Monday, January 13, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3818

3 New Messages

Digest #3818

Messages

Sun Jan 12, 2014 7:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Fakta2 Penting Dlm Berselawat – Sempena Maulidurrasul

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

"Semasa hayat baginda nabi, tentulah ramai para sahabat yang sentiasa ingin bersama dengan nabi. Berdampingan dengan nabi. Mereka ingin berjumpa nabi, bertanya soalan, berbincang, menziarahi, belajar ilmu, memberi hadiah dan sebagainya.

Kadangkala kita terbayang suasana ketika itu. Alangkah indah dan seronoknya mengenali dan mendampingi nabi. Menjadi makmum solat jemaah nabi. Berebut saf pertama. Berebut saf sebelah kanan agak dapat melihat dan dilihat nabi sebaik sahaja nabi menoleh kekanan. Berebut untuk memberi salam terlebih dahulu daripada nabi apabila bertemu, walaupun ia tidak mungkin berlaku. Mendengar kuliah nabi. Menatapi nabi, menghayati setiap butir kata nabi dan pelbagai perlain lain lagi. Namun semua itu hanya umpama mimpi dalam mimpi. Kami tersentak dari lamunan, kami beristighfar. Kami sedar kami bukan yang terbaik untuk berada di zaman itu. Zaman penuh dugaan dan cabaran.

Ketika zaman itu, pasti seribu macam alasan dicari, asal sahaja dapat bersama dengan nabi. Walaupun kadangkala tiada kepentingan sebenar melainkan ingatan yang kuat kepada nabi. Sekadar dapat melihat nabi atau mendengar kata baginda sudah menggembirakan hati.

Ada yang mungkin sengaja datang ketika waktu makan hampir tiba. Semua mengetahui mana mungkin nabi yang mulia pekerti berbuat tidak peduli, melainkan menjemput sekali. Dah makan, melepak lama. Buat susah nabi pula. Kalau kita ada pada masa itu, pasti kitapun beperangai macam tu.

Namun dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman (maksudnya) :- "wahai orang yang beriman! Janganlah kamu masuk ke rumah Nabi kecuali apabila kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya. Tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah, kemudian setelah kamu makan hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga Baginda merasa malu hendak menyatakan hal itu kepada kamu, sedangkan Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran."[ al-Ahzab (33) : 53].

Tentulah dalam keadaan tertentu, nabi perlukan masa untuk diri, isteri dan keluarga terdekat. Maka kerana itulah juga, salah satu kepentingan salawat supaya sahabat dapat mengingati dan berkomunikasi dengan nabi tanpa perlu sentiasa berada di sisi. Kenikmatan itu turut diperolehi sekelian umat islam, dulu dan kini.

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada ." [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; "Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu." [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat." [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271, sahih oleh Imam Az zahabi dan Shaikh Nasiiruddin Albani ]

Hadith Sahih. Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]

Hadith Sahih. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : "apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?"maka kami(para sahabat) menjawab : "Baik benar Rasulullah!" Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: " Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!"
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]

Hadith Hasan. Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : "Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya."
[Sila rujuk kitab Al-Mu'jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan, Shaikh Nasiruddin Albani.]

Hadith Sahih. Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : "Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah (penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka." [Sila rujuk HR At-Tirmiza-3440 ]

Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: "……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan." [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]

Lafaz Selawat Sahih

Oleh itu berselawatlah sebanyak-banyaknya. Namun utamakanlah selawat-selawat dari lafaz sahih yang diajar oleh nabi sendiri.

Hadith Sahih 1:- Abdul Rahman bin Abi Lailah r.a. berkata: "Saya berjumpa dengan Ka'ab bin Abi Lailah lalu dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya daripada Nabi s.a.w.? Jawabku: Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku. Dia berkata: Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahli bait kerana sesungguhnya ALLAH telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)? Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh kamu semua:-

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صلَّيْتَ عَلى اِبْرَاهِيمَ وَعَلى اَلِ اِبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَاركْتَ عَلى إبْرَاهِيمَ وَعَلى آلِ ابْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: "Ya Allah! selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha mulia. Ya Allah! berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha mulia." [Sila rujuk Sahih al-Bukhari].

Hadith Sahih 2:- Musa bin Talhah meriwayatkan daripada bapanya (iaitu Talhah bin 'Ubaidullah) r.a. katanya: "Kami (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu? Baginda bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan:-

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صلَّيْتَ عَلى اِبْرَاهِيمَ وَعَلى اَلِ اِبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَاركْتَ عَلى إبْرَاهِيمَ وَعَلى آلِ ابْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: "Ya Allah! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Kau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Dikau Maha Terpuji lagi Maha Mulia."

Hadith Sahih 3:- Abu Masud al-Ansori r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. datang kepada kami sedang kami berada dalam majlis Saad bin Ubadah. Kemudian Basyir bin Saad bertanya kepada baginda: Allah telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu? Abu Masud berkata: Lalu Rasulullah s.a.w. diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Saad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah s.a.w.bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan:-

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صلَّيْتَ عَلى اِبْرَاهِيمَ وَعَلى اَلِ اِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلى إبْرَاهِيمَ وَعَلى آلِ إِبْرَاهِيمِ فِي العَالمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: "Ya Allah, Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim mengatasi seluruh alam. Sesungguhnya Dikau Maha Terpuji lagi Maha Mulia."

Komen kami:- 2 selawat di atas sangat popular. Amalkan keduanya. Lafaz yang sahih ini tiada perkataan sayyidina. Perkataan sayyidina adalah penambahan atas kreativiti dan innovasi manusia.

Pilihan 1 : walaupun ada pandangan yang mahukan penambahan perkataan sayyidina pada lafaz selawat tapi pandangan ini memilih berpegang pada nas yang sorih dan sahih adalah dikatakan lebih baik kerana ia adalah lafaz selawat yang diajar oleh nabi sendiri. (Semasa nabi mengajar lafaz salawat, nabi menyebut nama nendanya, Ibrahim dan keluarga Ibrahim tanpa sayyidina juga) Hujah terkuat ialah lafaz ini sebenarnya bersifat tauqifi, bukan taufiqi. Besar dan penting perbezaan dua perkataan ini. Fikiran logik mengatakan bahawa lebih baik ikut yang sohih.

Pilihan 2: Kalau nak berbalas hujah memang berjela. Sebahagian ada berkata terdapat bukti kes antaranya di mana nabi menyuruh satu kaum berdiri tanda hormat kepada seorang sahabat, ketua kaum mereka. Nabi dikatakan ada menyebut "tuan kamu". Kalau betul kes itu, kiranya satu hujah juga. Fikiran logik juga mengatakan apa salahnya, kan lebih baik bunyi dan maksudnya.

Kesimpulan, tidak mengapalah, ikutlah mana satu hujah (bukan suara hati atau emosi) yang anda yakin kuat dan tepat.

Pilihan 3 : Mungkin ada yang memilih begini :- di dalam ibadah khusus seperti solat, lafaz original dikekalkan namun dalam keadaan santai, lafaz tambahan sayyidina digunapakai.

Tapi ingatlah penghormatan sebenar adalah melalui berselawat. Banyaklah berselawat.

Hadith Sahih 4:- Abu Humaid al-Saaidi r.a. berkata: "Sesungguhnya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana (cara) kami berselawat kepadamu? Jawab baginda: Ucapkanlah,

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وأَزْوَجِهِ وَذُرَّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وأَزْوَجِهِ وَذُرَّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلى آلِ إبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: "Ya Allah! Selawatlah kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri baginda dan keturunannya sebagaimana Dikau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah! Berkatilah Muhammad, isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Dikau telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Dikau Maha Terpuji lagi Maha Mulia." (Muttafaqun 'alaih- Sahih Bukhari dan Muslim).

[Komen kami : Selawat ini jarang kami dengar dibaca. Sudah sampai masanya kita pelbagai cara berselawat di luar solat tapi dalam lingkungan hadith-hadith sahih ]

Selawat Paling Ringkas:-

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

"Ya Allah ! Berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad."
[ HR An-Nasai-1266 ]

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ الَّنبِيِّ الأُمِّيِ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

"Ya Allah ! Berselawatlah ke atas Muhammad, Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga Muhammad."
[ HR Abu Daud -0942 ]

Kesimpulan.

Salawat-salawat di atas bersifat tauqifi. Bermakna walaupun ia diajar oleh nabi, ia sebenarnya petunjuk dari Allah. Oleh itu, selawat-selawat yang lafaznya tidak dari tunjuk ajar nabi (bukan dari hadith sahih) tidak memiliki keutamaan untuk didahulukan daripada selawat-selawat di atas.

Selawat-selawat hasil gubahan (jenis baru, tambahan atau pindaan) atas kreativiti manusia sealim manapun, tiada ditentukan fadilat dan kelebihan sebagaimana selawat-selawat di atas. Tidak wajar kita menjadikan selawat hasil ciptaan manusia sebagai amalan harian, utama dan tetap sedangkan selawat ajaran nabi dipinggirkan, sekadar kewajipan dalam solat. Inilah kefahaman yang betul yang perlu ada pada setiap muslim dan mukmin.

Kegembiraan Nabi dan Selawat.

Perhatikan betapa besar kegembiraan nabi jika kita berselawat kepadanya. Pastinya mengikut selawat yang nabi ajar dari tiga jenis selawat yang sahih di atas. Kegembiraan Rasulullah s.a.w. terhadap amalan berselawat kepada baginda terserlah melalui hadis berikut:

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاتَّبَعْتُهُ حَتَّى دَخَلَ نَخْلاً فَسَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ حَتَّى خِفْتُ أَوْ خَشِيتُ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ قَدْ تَوَفَّاهُ أَوْ قَبَضَهُ. قَالَ: فَجِئْتُ أَنْظُرُ فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: مَا لَكَ يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ؟ قَالَ: فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ.فَقَالَ: إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلاَم قَالَ لِي: أَلاَ أُبَشِّرُكَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ لَكَ: مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ صَلَّيْتُ عَلَيْهِ وَمَنْ سَلَّمَ عَلَيْكَ سَلَّمْتُ عَلَيْهِ.(زاد في رواية): فَسَجَدْتُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ شُكْرًا.

"Daripada 'Abd al-Rahman bin 'Auf (r.a.), dia berkata: Rasulullah s.a.w. keluar, lalu aku mengikuti baginda sehingga memasuki kebun kurma. Baginda lalu sujud dan alangkah lama sujud baginda sehingga aku bimbang atau takut seandainya Allah mewafatkan baginda atau mencabut rohnya. ('Abd al-Rahman bin 'Auf) meneruskan: Maka aku datang untuk melihat baginda, lalu baginda mengangkat kepalanya dan bertanya: "Kenapa dengan kamu wahai 'Abd al-Rahman?" ('Abd al-Rahman bin 'Auf) berkata, maka aku menyebutkan apa yang berlaku kepada baginda. Maka Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Jibrail 'a.s. berkata kepadaku, "Hendakkah aku gembirakan kamu bahawa sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah berfirman kepada kamu: "Sesiapa yang berselawat ke atas kamu maka Aku berselawat ke atasnya dan sesiapa yang memberi salam ke atas kamu maka aku memberi salam ke atasnya." (Dalam sebuah riwayat lain ditambah): "Maka aku (Rasulullah) bersujud kepada Allah Azza wa Jalla kerana bersyukur."

[Hadith Hasan: Sila rujuk Musnad Imam Ahmad (Musnad al-'Asyarah wa al-Mubasysyarin bi al-Jannah, hadith 'Abd al-Rahman bin 'Auf) dan ia dinilai Hasan Lighairihi oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadith no: 1658)].

Selawat yang dimaksudkan dalam hadith ini sudah tentu merujuk kepada hanya lafaz-lafaz selawat yang sahih daripada hadith sahih. Maka ia sahih diperintah Allah s.w.t., sahih disukai oleh nabi s.a.w. sendiri dan sahih juga manfaat dan fadilatnya yang gerenti dikembali dan dinikmati kepada kita yang berselawat. Fadilat dan kenikmatan ini tidak wujud pada selawat tafjiriyah, munjiyah atau lainnya.

Walaupun ada pandangan yang keras yang melarang selawat-selawat ciptaan atau pindaan, kami tiada komen kerana keilmuan kita tidak melayakkan kami untuk memberi penghukuman sedemikian. Cuma kami menggesa kepada kefahaman yang betul khusus dari segi keutamaan dan kelebihan.

Namun mari kita beri perhatian kepada dalil-dalil ini:-

Hadith Sahih. Umar Al-Khattab r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagai mana kaum Nasrani (kristian) telah lakukan terhadap Isa anak Maryam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan hanyalah hamba Allah, oleh itu gelarlah aku 'Hamba Allah dan Pesuruh Allah.'" [ Sahih Bukhari-3445 ]

Husain bin Ali r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : "Janganlah kamu mengangkat aku sedikit pun daripada kedudukan aku sekarang ini, kerana sesungguhnya Allah telah mencipta aku sebagai seorang hambaNya sebelum dia mengutuskan aku sebagai pesuruhNya." [HR Ath-Thabrani;29]

Mutarrif bin Abdullah r.a berkata bahawa ayahnya pernah bersama satu rombongan daripada Banu Amir pergi untuk berjumpa Rasulullah s.a.w. Apabila mereka tiba,mereka berkata kepada Rasulullah : "Anta Saidina!" kau Tuan kami) , Rasulullah menjawab : "Tuan kamu ialah Allah Tabaraka wa Ta'ala! " Mereka (Banu Amir) berkata lagi: "Engkau adalah yang paling mulia kemuliaannya, dan yang paling besar keutamaannya." Rasulullah menjawab: "Berkatalah kamu dengan perkataan kamu itu, atau sebahagian perkataanmu itu, akan tetapi janganlah sampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya." [HR Abu-Daud-4638 ]

Di dalam satu peristiwa yang lain pula : Anas bin Malik r.a. berkata seorang Arab telah datang kepada Rasulullah s.a.w. berkata : "Ya Saidina wa ibni Saudina!" (Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuan kami!) Rasulullah menjawab : "Wahai manusia! Berkatalah apa yang engkau hendaki, akan tetapi berhati-hati lah kalau-kalau syaitan mempermainkan engkau dan mempengaruhi engkau sehingga menyebabkan engkau melampaui batas."

"sesungguhnya aku adalah Muhammad ibni Abdillah; dan Aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi sedikit pun daripada apa yang telah Allah tentukan bagi aku." [HR Ahmad 32] [ Rujuk Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, dirujukkitab Taqwiyat-Ul-Iman,ms.149 tulisan Maulana Shah Muhammad Ismail].

Berselawat Dengan Sempurna

Sesungguhnya ia adalah suatu fakta bahawa lafaz selawat yang terbaik ialah apa yang diajar oleh nabi s.a.w. kepada para Sahabat dan yang diriwayatkan melalui hadith hasan dan sahih serta dijadikan sebagai lafaz selawat dalam solat.

Dalam konteks ini, Imam As-Sayuti berkata: "Aku telah membaca keterangan Imam As-Subki dalam kitab At-Tabaqat yang diterimanya daripada ayahnya, bahawa sebaik-baik selawat yang dibaca ketika berselawat ialah selawat yang dibaca di dalam solat ketika tasyahhud, iaitu yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Maka sesiapa yang membacanya dia dilihat sebagai telah berselawat dengan sempurna dan sesiapa yang membaca selainnya, maka mereka tetap berada dalam keraguan, kerana bentuk-bentuk selawat yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim itu adalah yang sering diajar oleh Nabi s.a.w. sendiri dan yang sering disuruh supaya kita membacanya".
(Sila rujuk buku Pedoman Zikir Dan Doa, Thinkers Library, Malaysia, 1987, hal: 91 oleh Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy)

Wallahu taala alam.

Hisham-ahmad.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad

Sun Jan 12, 2014 7:41 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

9 Smartphone Dengan Baterai Paling Tahan Lama

selatanonline.net
Blog didno76.com

Tidak bisa dipungkiri selain fiturnya yang canggih dan multifungsi, pengguna smartphone banyak yang memilih smartphone yang memiliki kemampuan baterai yang tahan lama. Karena dengan baterai yang tahan lama, mereka bisa lebih leluasa untuk menggunakan smartphone untuk menelepon, browsing, chatting dan lain sebagainya.

Banyak smartphone yang beredar saat ini, tetapi hanya beberapa saja yang memiliki kemampuan baterai tahan paling lama. Berikut 9 Smartphone dengan baterai paling tahan lama :

1- Lenovo P780. Smartphone ini memiliki baterai Li-ion 4000 mAh, Smartphone ini didukung oleh prosesor quad core Media Tek MT6589, berjalan menggunakan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean. Dengan RAM 1GB, kapasitas penyimpanan memori internal sebesar 8GB. Perangkat ini memiliki layar 5 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel dan kamera 1,3 megapiksel dengan fitur tambahan seperti Self Portrait Mirror. Smartphone ini memiliki konektivitas W-CDMA/GSM.

2- Huawei Ascend D2. Smartphone yang dirilis di CES 2013. Perangkat ini menggunakan baterai 3000 mAh. Smartphone memiliki waktu stand by selama enam hari di jaringan WCDMA. Didukung oleh prosesor K3V2 1,5 GHz, Smartphone ini menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean. Perangkat ini memiliki RAM 2GB dan dilengkapi dengan memori penyimpanan internal 32GB. Smartphone ini memiliki layar 5 inci dengan teknologi Full High Definition 1080p. Ia juga memiliki kamera belakang 13 megapiksel dan kamera depan 1,3 megapiksel. Smartphone ini memiliki konektivitas Wi-Fi dan 3G. Smartphone ini memiliki kelebihan tahan air dan debu.

3- Nokia Lumia 920. Smartphone yang dirilis November tahun lalu ini memiliki baterai 2000mAh yang dapat digunakan selama 17 jam waktu bicara dan 400 jam (16 hari) waktu siaga. Prosesor Smartphone ini menggunakan dual core Krait Qualcomm Snapdragon S4 Plus clock 1,5 GHz. Smartphone ini berjalan menggunakan sistem operasi Windows Phone 8 dan memiliki RAM 1024. Kapasitas penyimpanan memori internalnya adalah 32 GB. Layar handset dilengkapi dengan teknologi IPS dan LED, layarnya memiliki ukuran 4,5 inci dan resolusi 1280 x 768 piksel. Memiliki kamera belakang 8,7 megapiksel dan kamera depan 1,3 megapiksel dapat mengambil video dengan kualitas HD 720p. Untuk konektivitas smartphone ini memiliki GPRS, WLAN, EDGE, Bluetooth, NFC dan USB.

4- Huawei Ascend Mate 6.1. Smartphone yang memiliki layar besar di CES 2013. Smartphone ini dilengkapi dengan baterai 4050 mAh yang dapat bertahan selama 9 hari atau setara dengan 216 jam. Spesifikasi Smartphone ini terdiri dari prosesor quad-core 1,5 GHz dan menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean dengan UI emosional. Memiliki RAM 2040 MB, dan kapasitas penyimpanan internal smartphone 16GB. Perangkat ini memiliki layar sentuh berukuran 6.1 inci dengan teknologi Super IPS dan LCD dengan resolusi 720 x 1280 piksel. Ada kamera 8 megapiksel di bagian belakang dengan LED dan autofocus dan kamera depan 1 megapiksel. Memiliki konektivitas Wi-Fi, HSDPA, A-GPS.

5- iPhone Apple 5. Smartphone menggunakan kapasitas baterai 1440 mAh yang dapat bertahan selama 225 jam waktu siaga dan 8 jam waktu bicara. Smartphone generasi keenam memiliki layar sentuh dan merupakan penerus iPhone 4S. Apple iPhone 5 hadir dengan prosesor dual-core A6 1,3 GHz (diklaim dua kali lebih cepat dari A5), berjalan dengan sistem operasi terbaru iOS 6. Smartphone ini memiliki RAM 1016 MB dan kapasitas penyimpanan internal 16, 32 dan 64 GB. Multi layar sentuh kapasitif memiliki ukuran layar 4 inci dengan resolusi 640 x 1140 piksel dan teknologi LCD IPS. Di sisi belakang terdapat kamera 8 megapiksel dan di depan ada kamera 1,2 megapiksel. Memiliki fitur konektivitas GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth dan USB.

6- Motorola RAZR MAXX. Smartphone yang diluncurkan sejak tahun 2012 ini memiliki baterai Li-Ion 3300 mAh. Smartphone ini dapat digunakan untuk menelepon selama 21 jam waktu bicara dan 15 hari waktu siaga. Smartphone ini berjalan dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan didukung oleh prosesor dual core 1,5 GHz. Dikemas dengan RAM 1024 MB, Smartphone ini memiliki kapasitas penyimpanan internal 32 GB dengan dukungan microSD. Layar smartphone ini menggunakan AMOLED, memiliki layar super multi touch 4,3 inci dengan resolusi 540 x 960 piksel. Perangkat ini memiliki kamera 8 megapiksel dengan LED, autofokus dan panggilan video dengan kualitas HD 1080p dan kamera depan 1,3 megapiksel. Smartphone ini memiliki fitur GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth, NFC dan USB.

7- Google Nexus 4. Smartphone ini dilengkapi dengan baterai 2100 mAh yang dapat bertahan selama 15 jam waktu bicara dan 390 jam (16,2 hari) waktu siaga. Smartphone ini menggunakan prosesor Kkrait 1,5GHz. Nexus 4 berjalan menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean. Smartphone ini memiliki RAM 2048 MB. Kapasitas penyimpanan internalnya 8GB, hingga 16 GB saja. Smartphone ini dilengkapi dengan multi touch, teknologi layar kapasitif IPS berukuran 4,7 inci dengan resolusi 760 x 1280 piksel. Kamera belakang 8 megapixel dengan LED flash dan autofocus, dan kamera depan 1,3 megapiksel. Pengguna dapat menikmati GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth dan NFC bersama dengan konektivitas USB, sayangnya belum mendukung jaringan LTE.

8- Samsung Galaxy Note 2. Smartphone Android yang hanya bisa digenggam dengan tangan orang besar dan hanya bisa masuk di kantong besar memiliki fitur high-end. Smartphone ini dilengkapi dengan S Pen yang membantu Anda menyalin teks, gambar dan bahkan berbagi konten. Perangkat ini memiliki baterai Li-Ion 3100 mAh. Pengguna dapat bertahan selama 35 jam waktu bicara, 980 jam (40,8 hari) waktu stand-by-time, dan 16 jam waktu bicara pada jaringan 3G dengan 890 jam (37,1 hari) waktu siaga di jaringan 3G. Didukung oleh prosesor quad-core Exynos 1,6 GHz, Smartphone berjalan dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean. Perangkat ini memiliki RAM 2048 MB dan kapasitas penyimpanan internal berbagai varian sebesar 16, 32 dan 64 GB. Layarnya menggunakan Super AMOLED 5,5 inci dengan kamera belakang 8 megapiksel dan kamera depan 1,9 megapiksel. Fitur konektivitas termasuk GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth, USB dan NFC.

9- Lava Xolo B700. Smartphone besutan dari NCR berbasis Lava Internasional di India ini baru saja meluncurkan Xolo B700. Smartphone ini menggunakan baterai 3450 mAh dan dapat digunakan untuk menelepon selama 23 jam dan 380 jam waktu siaga. Smartphone dengan dual SIM ini dilengkapi dengan prosesor dual core 1 GHz dengan PowerVR SGX 531 GPU dan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Dengan RAM 512 MB, memiliki kapasitas penyimpanan internal sebesar 4GB yang dapat diupgrade hingga 32GB melalui kartu microSD. Smartphone ini memiliki layar IPS berukuran 4,3 inci dengan resolusi 960 x 540 piksel, kamera belakang 5 megapiksel dan kamera depan 0,3 megapiksel. Memiliki fitur konektivitas Wi-Fi, Bluetooth dan 3G.

Sumber

Posted by ahmadi

Sun Jan 12, 2014 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dalam orang dok sebok TOL NAIK, Najib selamba ja pie rasmi TOL BARU...
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Semalam Yang Miskin Dah Kena, Malam Ni Si Kaya Pulak Kena
biaqpila.blogspot
bulatdusun.blogspot
Posted by Bulat Dusun

Edisi Berita Tak Pelik

Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dipercayai RON97 juga akan naik. Ini bertujuan untuk menyeimbangkan kadar kenaikan RON95 yang telah dipertikai rakyat kerana lebih mahal 3 sen dari RON97. Selain dari itu rundingan juga di buat untuk mengulingkan NAJIB Mongol tanpa kehadirannya.

Menteri dan bekas menteri kaya nak mampos. Yang baru join UMNO dan dapat jadi wakil rakyat setengah mampos kipas bontot dan pertahankan pemimpin atasan kerana takut tidak diberi jawatan lain selain wakil rakyat. Jalan mudah nak kaya agihan wang dari pusat di sulamkan untuk kepentingan sendiri. Rakyat yang bodoh dan dibodohkan terus memberi sokongan. Itulah politik Malaysia. - Macai kata oooyehhh babay i like Barisan Nasional.

Malaysia kita sudah berjaya....
Mudahnya rakyat ditipu... -King Jason
Muno Nomu · Top Commenter
a.. kita diperbodoh selamanya.

Defisit', ibu terpaksa catu belanja harian
telokbakong.blogspot.
penpasksgb.blogspot
MUHAMMAD FAIZAL

Dicatat oleh ELBI RISALAH

SHAH ALAM: "Tahun 2014 amat menyeksakan dan tiada lagi baki gaji untuk simpanan," luah seorang ibu tunggal ketika bercerita tentang cabaran 2014 kepada Harakahdaily.

Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.

Ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan, dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan dan tinggal di kawasan Lemmbah Klang, beliau tidak mampu lagi untuk berbelanja seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa mencatu perbelanjaan.

Malah lebih teruk katanya, pendapatan bulan itu langsung tidak ada bahagian untuk simpanan kerana senuanya cukup-cukup untuk perbelanjaan barangan keperluan..

"Ayat paling mudah nak saya katakan adalah tahun yang menyeksakan. Semua kena dicatu dan dirancangkan dengan teliti jika ingin berbelanja.

"Dengan pendapatan yang saya perolehi ini, kalau dulu ada juga simpanan walau sedikit tetapi sekarang tidak lagi, malah pengiraan sekarang tahap negerif," jelas beliau.

Dua anaknya, Muhammad Danish Zharfan, 10 dan Nurhanania Batrisyia, 7 tahun masing-masing bersekolah Maahad Tahfiz di Kapar yang yuran pendaftaran sekolah mereka sebanyak RM980 dan RM800 setiap seorang.

Tambahnya lagi, beliau hanya menyelesaikan yuran sekolah bagi seorang anak sahaja terlebih dahulu, manakala yuran bagi anaknya seorang lagi akan diselesaikan bulan hadapan.

Katanya, walaupun malu tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan wang yang ingin digunakan bagi keperluan lain yang lebih utama tidak tergendala.

Menurutnya, disebabkan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang melambung, beliau terpaksa 'ikat perut' dan perlu berbelanja dengan lebih teliti.

"Sebelum minyak (petrol) naik saya hanya perlu mengeluarkan RM240 sahaja untuk minyak sebulan, tetapi sekarang lebih RM300 sebulan dan itu hanya untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja sahaja.

"Kalau campur sewa rumah, barang dapur, keperluan-keperluan lain, bil-bil dan keperluan anak-anak sekolah, apa yang mampu saya lakukan dengan jumlah gaji yang saya perolehi," jelasnya.

Tegas Norziana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan jumlah gaji yang sama, perbelanjaan beliau boleh dikatakan mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga biarpun tidak boleh bermewah-mewah seperti orang lain.

Namun selepas itu katanya, keadaan makin menghimpit apabila satu-persatu harga barangan diumum naik oleh kerajaan.

"Memang hidup tertekan, tetapi terpaksa diteruskan walaupun ikat perut dan catu makan saya sekali sehari.

"Harapan saya agar kerajaan dengar suara rakyat, jangan menyiksa rakyat.

"Ini ke balasan kerajaan terhadap rakyat, mana janji sebelum ini," jelas beliau dalam nada kesal.

Harga barang di luar negara pun naik juga, kata Timb. Ketua Setiausaha KPDNKK
telokbakong.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Basaruddin Sadali berkata, kenaikan harga barang tidak sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di luar negara.

"Soal kenaikan (harga barang) bukan berlaku di Malaysia sahaja, tetapi juga diluar negara. Kenaikan harga barang kita tak dapat kawal," kata Basaruddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui delegasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) selepas serahan memorandum membantah kenaikan harga barang dan kosa sara hidup di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Basaruddin turut berkata bahawa kenaikan harga barang diakibatkan oleh bencana alam yang melanda Malaysia.

"Malaysia ini kalau bulan 11 (November), 12 (Disember) dan awal Januari memang banjir. Nelayan tak ke laut, sayur-sayur rosak dan sebagainya," kata Basaruddin.

Naib Ketua AMK, Nazree Yunos dalam reaksi segeranya berkata, kenyataan tersebut tidak tepat, kerana kenaikan harga barang bukan sahaja berpunca daripda faktor cuaca, tetapi kesan kenaikan harga minyak dan kelemahan urus tadbir kerajaan.

"Kalau menteri cakap alasan cuaca, mesti ambil tanggungjawab macam mana nak selesaikan masalah ini.

"Masalah cuaca berulang sertiap tahun. Takkan masih mahu menggunakan alasan yang sama?

"Apa pun alasan, kerajaan harus bertanggungjawab atas kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Nazree kepada Keadilandaily.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58182
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: