Tuesday, January 21, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3823

2 New Messages

Digest #3823
1
Fw: Dikurung Dan Dirogol Kenalan FB by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon Jan 20, 2014 8:50 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Jururawat Dikurung Dan Dirogol Kenalan Facebook
greenboc.blogspot.
Posted by greenboc

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi 'tawanan' seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19 Subang lapor Harian Metro.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.

comments:

IbnAbdHalim said...

Kalau dapat tangkap dan dihukum, hukuman yang wajar untuknya ialah dikembirikan. Kalau tak ada hukuman tersebut elok dipancung saja anunya. Kalau mahkamah tak dapat jalankan maka yang diluar mahkamah boleh tolong cari 'ahli' yang mahir dalam bab tersebut di kalangan massa.

Anonymous said...
saya bersetuju admin terus siarkan berita2 sebegini untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja terutamanya tentang bahaya "cinta fb".

Anonymous said...
Fuhhh

Anonymous said...
kadang kala musibah menimpa kita disebabkan jauhnya kita dgn Allah. klu remaja tu betul2 menjaga hubungan dengan Allah, pasti dia akan sentiasa dilindungi Allah.

Anonymous said...
Perogol ini gaya Melayu lah nih.... Banyak sangat makan Kangkong, itu sebabnya. Suka ngentot free tak bertanggungjawab.

Hancur negara jika umat sebegini ramai , akibat Kangkong otak jadi binasa.

Anonymous said...
Dude Internet kebaikkan memang ada beb tapi keburukannya pun ada juga. We all tak kasih lu nak bersosial dengan komputerlah, tablet, I - phone dan seangkatan dengannya, but be sosial juga dengan manusia beb sebab by sosial dengan manusia baru we kenal sifat orang macam mana, perangai orang itu macam mana and what so ever.

nilah jadi kalau 24 hours surf internet (tak kira for good things or bad thing) and lu langsung tak mahu sosial dengan manusia. STOP IT DUDE AND GET YOUR BUD OUT FIND YOUR REAL FRIEND NOT VIRTUAL FRIEND WHICH LU PUN TAK TAHU DIA TU ANGEL OR DEMON.

Anonymous said...
Sedih. Anak Melayu kelihatan sentiasa bodoh dan mudah diperbodohkan. Suka meniru benda2 baru walaupun ianya tak senonoh. Mat rempit,gila fb,kaki gian dadah,cinta siber, lari ikut kekasih warga asing, tiru fesyen pakaian dan stail rambut terpacak dan entah apa2 lagi. Semuanya kebanyakan Melayu. Tolonglah jaga marwah bangsa dan sedar dirilah.

Anonymous said...
laksanakanlah dgn sgra hukum hudud...wahaiiiiiii unooo

iswara said...
nak buat mcm mn supaya kes sebegini tak berulang lagi.Sdh banyak berlaku kes demi kes namun jalan penyelesaian tak kunjung tiba.Org sekarang lebih takut kpd Umnoo daripada takut kpd Allah.jika takut kpd Allah maka Hudud mudah dilaksanakan.

BaDiN said...
Gunalah bahasa Melayu original kalau nak komen wahai 8.12AM.gabungan kedua2 bahasa nak panggil apa pulak.Hilang Jati diri Bahasa Melayu .BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA,

Anonymous said...
Kepada muda mudi diluar sana sy ingin menyeru peliharalah maruah anda kerana itu satu amanah dr Allah swt

aciaci90 said...
Inilah akibatnya apabila berlaku pembangunan yang tidak seimbang.

Mon Jan 20, 2014 8:54 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RINTIHAN SEORANG GURU YANG BERTUGAS DI MIRI.....
http://ping.busuk.org
miazarraannur.blogspot.
Posted By MiaZarra AN

"Assalamulaikum. Saya seorang cikgu di Marudi, Sarawak. Kami terpaksa naik feri setiap hari dengan bayaran yang sangat mahal untuk menyeberangi 2 batang sungai yang biasa sahaja untuk ke Miri. Kami kena lalui dua sungai pada harga RM15 satu trip. Dua batang sungai RM30.

Balik kadar yang sama juga. Total RM60 sehari. Ianya lebih mahal dari tol mahupun petrol setiap hari ramai di luar sana. Tak ada siapa peduli nasib masyarakat di sini. Mohon rahsiakan identiti saya dan rakan saya. Terima kasih."

RM60 sehari kalau diambil kira Isnin hingga Jumaat sahaja, dah mencecah RM300. Dalam sebulan, jumlahnya pasti melebihi RM1200. Masih beruntung jika hidup di bandar.

SUMBER

Kisah Cikgu Idayu Pasrah 8 tahun Tak Dapat Tinggal Bersama Suami
greenboc.blogspot
Posted by greenboc

Farita Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.
Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.

Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman. Gambar hisan.

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi.

Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains.

Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.

Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.

Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.

Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.

Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.

Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal.

Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.

Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.

Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.

Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.

Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.

Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.

Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.

Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.

Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. "Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya…"

Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.

Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya – mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau.

Tulis beliau kepada saya: "Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku… jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa."

Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa.

Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.

"Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu," katanya.

Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?

Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?

Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.

Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.

Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju? -suarainsan

comments:

Cikgu Baru Pencen said...

Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Mohon pihak KPM turun padang !

Anonymous said...
Sabar lah, kerana semua manusia pasti diuji. DIA lebih mengetahui. Bukan kamu sorang aje. Belum ade rezeki.

Suami nenek ketika anak berumur 1 thn berpisah dgn nek, kerana suami bertugas di seberang. Masa tu tak de hp, tak de tambang murah air asia.

Suami tinggal di kuarter, habiskan masa lapang mendalami agama, begitu juga nenek. Suami balik sesekali , dan dalam susah2 & ujian tu, kami dapat anak2 pun masih tak tinggal sama.

Anak2 tak rapat dgn ayah mereka, tapi mereka faham pengorbanan kami cari rezeki kerana Allah. Bila anak2 & org2 muda sekarang mengeluh, kami ada modal untuk respond & beri motivasi , Itu belum lagi org dulu2 yg lahirkan anak2 sampai >10, tapi mereka sangat sabar & makin dekat pada Allah.

Susah2 dulu adalah pengalaman yg sangat berharga, dgn syarat ujian tu tak menyebabkan kamu berputus asa, jadi negatif serta jauh dari Allah.

InsyaAllah Allah akan beri kelegaan pada masa yg sesuai di sisiNya, dalam pada tu, ujian2 lain akan datang hingga tua & renta & sampai akhir hayat, tu baru di dunia.

InsyaAllah kamu bisa menghadapinya, sbb bekalan & ilmu yg kamu cari & dapat masa susah & tak putus asa.

Sekarang banyak bas express, kamu masih muda, sihat, tak de hal. Zikir banyak2 dlm bas.

Usaha teruskan, dekatkan diri pada Allah, berdoa & tawakkal.

Anonymous said...
inilah kerenah yang terpaksa dihadapi oleh guru2, begitu juga saya dan pasangan yang sama2 bertugas sebagai pendidik. walau 2 tahun memohon tapi masih gagal. kami dari kedah ingin pulang ke terengganu kerana rumah dan tanah yang dibeli sejak 4 tahun telah siap. saya terpaksa menanggung kos pinjaman perumahan di terengganu dan kos sewa rumah di kedah. yang hairannya ada kawan2 guru yang bersuamikan askar, senang2 jer dapat tukar. sekali minta terus dapat. ada kawan (guru)saya yang 10 kali bertukar sekolah dan negeri kerana mengikut suami pegawai askar. memang mudah sgt! kenapa saya dan isteri sebagai pendidik di anak tirikan oleh kementerian kami sendiri....

Anonymous said...
saya merupakan seorang guru...saya memang dapati pegawai atasan di putrajaya nii kebanyakannya tiada
kebijaksannan menyelesaikan masalah....senang cerita pegawai IQ
tiada.....saya pernah diposting sebanyak 3 kali dalam setahun masa mula mula kerja sebagai guru....kerana kecuaian pegawai posting kan saya di sekolah yg sudah cukup guru.......

Anonymous said...
Kasihan cikgu idayu..tapi knapa suami cikgu idayu tak mintak tukar ke johor. Bukankah suaminya kerja wardar penjara. Saja nak tanya?

Anonymous said...
Tak yahlah nak jual nama umno tu.. org yg simpati jadi menyampah.. diam2 udahlah.. usahakn suami pindah ke johor. Sungguh2.
Kat johor nipun ada penjara. Kluang aje ada 2 penjara..

Anonymous said...
Kalau cikgu Idayu itu anak kroni UMNO, sudah tentu dia akan ditugaskan di sekolah depan rumah.

Saya pun pernah mengalami kisah yang hampir sama dengan cikgu Idayu. Mula-mula di kawasan pendalaman Sarawak, habis itu ke sebuah sekolah yang jauhnya 120 km dari rumah. Lepas itu 52 km. Akhir-akhirnya naik berang dan terus letak jawatan.

Guru Masakan said...
Menteri cakap bohong.Dia baca apa yang pegawai tulis saja depan wartawan.
Sebenarnya semua negeri di Malaysia ada kekosongan guru sekolah menengah dan rendah.
Menteri pun kena jual dengan pegawai dari kemeterian sahaja.
Pegawai cuba hendak tutup tembelang kelemahan mereka.Sebab itu dilaporkan negeri yang ada kaitan dengan isu ini katanya tak ada kekosongan.
Begitulah pemimpin dan Menteri buat kerja tipu rakyat.
Kalau masaalah yang amat kecil ini tak boleh tolong susahlah nak cakap.

Sekarang ramai Menteri Temberang yang di payungi pegawai bermuka-muka.

Kesian pada guru ini.

hasanain said...
isteri saya setahun mengajar di papar,sabah.lepas tu dipindah ke bagan serai perak, smk Abu Bakar al-baqir selama 5 tahun.saya kat kelantan, berulang alik ke perak.nasib baik dalam sekolah ada kuaters, naik bas express sampai kat kemunting 3.30 pagi,lepas tu naik teksi cas sampai rm25..sampai disekolah, pengawal kadg2 tertidur, terpaksa la panjat pagar sekolah..

Anonymous said...
jom cikgu2 dan semua kakitangan awam yg tak puas hati dgn kementerian masing2, kita sokong pakatan rakyat. jgn lg sokong bn yg suka menipu dan membenankan rakyat. pilih la kerajaan yg menjaga kebajikan rakyat.
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: