Wednesday, January 8, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3813

4 New Messages

Digest #3813
1
Fw: Petrol RON 97 Naik 5 Sen by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Bencana Tanpa Kemalangan ...? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Jan 7, 2014 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Petrol RON 97 Naik 5 Sen
bloglist-malaysia.blogspot.
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Terbaek la Malaysia nih... Harga ais naik.. Harga telur naik... Harga kondom jer tak naik lagi... Nih harga petrol pon nak naik....

5 sen bhai... Bukannyer banyak kata diorang la...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2014/01/petrol-ron-97-naik-5-sen.html#ixzz2piqzj4Vg

Tue Jan 7, 2014 8:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Bencana Tanpa Kemalangan ...?
telokbakong.blogspot
siyasahsyariyah.blogspot
Posted by DaWaR

Bencana Tanpa Kemalangan ...?
Di KL ...?

Tanah runtuh sebabkan sesak teruk di KL

siyasahsyariyah.blogspot
http://v9.malaysiakini.com

a..


Lalu lintas mengalami kesesakan teruk dekat Bukit Tunku Kuala Lumpur akibat tanah runtuh di Lebuh Raya Mahameru dari Parlimen menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Laporan kejadian mula memenuhi alam maya apabila pelbagai pihak mengemaskini keadaan semasa di Twitter lalu lintas @kltrafficupdate sejak jam 6.30 tadi.

Terdapat sebahagian pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas teruk sehingga kira-kira 2 jam.

Sementara itu, Bernama melaporkan, jurucakap polis dari Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata runtuhan tebing bukit jalan itu b
erlaku pada
jam 5.20 petang dipercayai berpunca daripada hujan lebat pada sebelah petang.

Bagaimanapun, menurut agensi berita nasional itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Orang ramai yang hendak ke kawasan itu ketika ini dinasihat menggunakan laluan alternatif di Jalan Duta dan Parlimen sebelum mereka tembus di Bulatan Segambut di sini (Kuala Lumpur)," jurucakap itu dilapor sebagai berkata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata sejumlah 17 anggota dan pegawai serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hartamas dikejar ke tempat kejadian.

Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berada di lokasi kejadian bagi memantau dan membersihkan runtuhan serta mengawal lalu lintas, lapor Bernama lagi.

Runtuhan itu yang kedua di kawasan itu selepas kejadian pada Mei lepas.

Tanah Runtuh Di Lebuhraya Mahameru
telokbakong.blogspot

kerabubersuara.blogspot

sila jauhkan dari melalui kawasan berkenaan.

sila ambil perhatian buat semua.

JKR Di Minta Segera Baiki Jalan Mendap Di Sg.Nerek !
telokbakong.blogspot
pahangdaily.blogspot

MARAN - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diminta segera membaiki keadaan jalan di pekan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini yang rosak dan mendap akibat kejadian tanah runtuh bulan lalu. Lebih meresahkan orang ramai apabila mendapan tanah di bahagian kiri jalan tersebut semakin serius dan membesar sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna.

Tinjauan di lokasi tersebut hari ini mendapati, mendapan jalan akibat banjir itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa sebelum merebak ke kanan jalan. Ketua Kampung Felda Kampung Awah, Asri Mat Dahan berkata, pengguna perlu berhati-hati ketika melalui lokasi itu kerana laluan kanan sudah semakin mendap dan boleh mengundang bahaya jika tidak berwaspada.

"Berdasarkan rekod, laluan sebelah kanan itu pernah runtuh suatu ketika dahulu dan telah dibaiki manakala runtuhan sebelah kiri kali pertama berlaku. "Kami memuji keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail yang melawat lokasi berkenaan dan meminta JKR segera membaiki kawasan itu," katanya.

Menurut Asri, laluan pekan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka dianggap nadi ekonomi di situ kerana menjadi laluan penduduk menjual hasil getah dan kelapa sawit di samping laluan kakitangan kerajaan ke tempat kerja di sekitar Jengka. Tambahnya, kos untuk membaiki kawasan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000 yang memerlukan beberapa prosedur mungkin antara faktor kelambatan untuk mengatasi masalah itu pada masa sekarang ini. #sumber

comment:

Anonymous said...
bila nak mati adun ni..nanti dpt jalan baru..

Jeneri : Jalan sudah rosak dan berlubang 3 bulan, JKR buat apa.. nak tunggu YB mati dulu ka..??
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Mendapan tanah kian serius

Wartawan Sinar Harian

Keadaan jalan berlubang dipenuhi air yang bertakung.

SIK - Jalan utama yang menghubungkan penduduk di kawasan Jeneri terutama di Kampung Semiar kini kian mendap.

Tinjauan Sinar Harian mendapati tebing jalan itu runtuh manakala bahagian tengah jalan membentuk lubang yang dalam bagaimanapun ia tidak dapat dilihat berikutan jalan terbabit dipenuhi air yang bertakung sekali gus membahayakan pengguna jalan raya.

Pengguna jalan raya, Mohd Ridzuan Roze, 26, dari Kampung Sungai Semiar berkata, pengguna tiada pilihan lain kerana jalan terbabit merupakan jalan utama penduduk ke kawasan Jeneri dan kawasan sekitar kampung itu.

Menurutnya, risiko kemalangan tinggi terutama pengguna yang tidak biasa menggunakan jalan ini.

"Terdapat lopak besar di tengah jalan ini, bagaimanapun, tidak dapat lihat sebab dipenuhi air yang bertakung. Sekali pandang, memang nampak seperti jalan rata namun hakikatnya tidak.

"Disebabkan itu, ia amat berbahaya terutama kepada penunggang motosikal yang menggunakan jalan ini. Tambahan pada waktu malam, lagi bahaya," katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Abdullah Ahmad, 70, dari Kampung Cenar, sekiranya masalah ini dibiarkan terlalu lama, keadaan pasti bertambah teruk.

Katanya, masalah jalan ini bermula sejak hampir tiga bulan lalu disebabkan hakisan tanah yang didakwa berpunca daripada projek pertanian yang dilakukan dengan tidak terancang berdekatan kawasan ini.

"Disebabkan itu, aliran air mula memenuhi jalan terbabit sehingga mengakibatkan masalah mendapan yang serius," katanya.

Dalam proses baik pulih

Sementara itu, Adun Jeneri, Mahdzir Abdul Hamid mengesahkan masalah jalan terbabit dalam perhatian pihak berwajib dan ia dalam proses baik pulih.

Menurutnya, pihaknya sedia maklum mengenai masalah terbabit dan memanjangkan isu jalan itu kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan sewajarnya.

"Jalan di kawasan ini sebenarnya dah ditutup dan pengguna perlu menggunakan jalan alternatif berbanding jalan ini.

"Bagaimanapun, jalan alternatif itu juga berada dalam keadaan teruk, disebabkan itu, pengguna tiada pilihan dan tetap menggunakan jalan ini," katanya.

Mahdzir berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengeluarkan tender bagi projek baik pulih malah kontraktor juga sudah dipilih untuk melaksanakan projek itu.

Katanya, kos baik pulih jalan ini juga tinggi bagi memastikan jalan di kawasan ini dijamin selamat dalam tempoh masa yang panjang.

"Kita boleh melakukan baik pulih sementara tetapi ia kemungkinan tidak bertahan lama. Jadi, kita perlukan peruntukan besar untuk pastikan jalan ini benar-benar selamat.

"Justeru, kita perlukan sedikit masa kerana ia melibatkan kos yang tinggi untuk mengatasi masalah ini. Bagaimanapun, ia tidak terlalu lama kerana proses baik pulih ini dijangka bermula tidak lama lagi," katanya.

Lori punca jalan rosak

Dalam pada itu, Mahdzir turut menasihatkan kepada pengusaha kuari pasir berdekatan kawasan itu supaya mengikut prosedur terutama melibatkan pengangkutan muatan pasir.

Menurutnya, ada lori pasir yang tidak mengikut muatan yang ditetapkan mengakibatkan kebanyakan jalan pecah dan rosak.

"Sama seperti di jalan ini, lubang ataupun lopak yang terbentuk adalah disebabkan lori yang terlalu berat. Lama kelamaan, jalan itu akan terus berlubang sehingga membahayakan pengguna lain.

"Disebabkan itu, saya harap penguasa kuari bertimbang rasa dengan memastikan muatan lori mereka itu tidak melebihi had yang ditetapkan," katanya.

Mahdzir turut memberikan jaminan akan memastikan masalah jalan ini selesai demi kebaikan pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini.

Katanya, dia mengikuti setiap proses melibatkan projek baik pulih ini untuk kebaikan orang ramai.

"Saya berharap orang ramai dapat bersabar dan saya memberikan jaminan masalah ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya.

Tue Jan 7, 2014 8:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelongan Dua Buah 'Kereta Kempen' PRU Ke-13
telokbakong.blogspot
khalidsamad.com

Sepanjang tempoh PRU ke 13, saya telah mengguna beberapa buah kereta untuk tujuan kempen. Di antaranya adalah sebuah Toyota Celica Sport (1995) dan Land Rover Discovery TD5 (2003). Saya ingin menjual kedua-dua buah kereta ini secara lelong kerana walaupun masih dalam keadaan baik, saya mempunyai jumlah kereta yang cukup untuk kegunaan luar musim PRU. Oleh kerana PRU ke 14 adalah masih lama lagi, maka saya membuat keputusan untuk melelong dua kereta tersebut walaupun mereka mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi diri saya.

Sebahagian dari pendapatan dari lelongan ini akan saya serahkan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam untuk kegunaan Pusat Khidmat dalam membantu warga Shah Alam yang memerlukan.

Prosedur lelong ini adalah seperti berikut:
1. Setiap kereta mempunyai 'reserve price' atau 'harga minima' yang telah saya tetapkan. Setiap bida mesti lebih dari harga minima yang telah ditetapkan ini.
2. Harga bida hendaklah diterima sebelum jam 3.00 ptg 30 Januari 2014 samada melalui surat, fax (03-55198117), email atau boleh terus ke pejabat saya di:

6C, Tingkat 3, Blok 1,
World Wide Business Centre,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40000 Shah Alam.

3. Setiap bida mesti mengandungi maklumat pembida termasuk nombor kad pengenalan, alamat tinggal dan nombor telefon bimbitnya. Borang bida disertakan [download].
4. Keputusan pemenang bida adalah muktamad.
5. Kereta berkenaan boleh dilihat pada 15 Januari 2014 di pejabat saya seperti alamat di atas bagi yang berminat.
6. Sila hubungi Bob di 012-6519014 atau Jamil di 019-2138308 untuk segala pertanyaan dan urusan termasuk urusan melihat kereta berkenaan.

Gambar dan maklumat kereta berkenaan adalah disertakan.

Sekian, selamat membida dan terima kasih.
KHALID SAMAD

************

Maklumat Toyota Celica 2.0 (Reserve Price RM 15,000)

Saya telah memiliki kereta ini sejak tahun 1998. Hanya seorang pemilik sebelumnya. Ianya didaftarkan atas nama isteri saya. Ianya digunakan pada pilihan raya 2013 sebagai salah sebuah kereta kempen di mana ia turut ditampal dengan stiker nombor 108 (nombor Parlimen Shah Alam adalah P108), lambang PAS (telah ditanggalkan) dan gambar diri saya berbaju melayu sambil menunjukkan lambang 'bagus' atau 'thumbs up'. Ia mempunyai jalur biru, merah dan jingga melambangkankan PKR, DAP dan PR sambil berwarna hijau melambangkan PAS.

Pembantu saya telah membawa kereta ini 'round' Shah Alam sepanjang tempoh PRU 13 untuk menzahirkan kehadiran saya sebagai calon PAS/PR untuk PRU berkenaan. Ramai juga yang datang mengambil gambar dengan kereta berkenaan, berposing di tepinya dan sebagainya.

Pernah saya bawa ke Parlimen beberapa kali selepas memenangi PRU 13 dan turut menerima pujian dari beberapa rakan PR.

Kereta ini masih lagi dalam keadaan baik dan boleh diguna-pakai seperti biasa walaupun mileagenya sudah 250,000 km. Enjinnya tidak pernah di overhaul, tidak makan minyak hitam dan masih berjalan lancar. Gearnya manual seperti yang sesuai untuk kereta berjenis sport. Dalamannya memuaskan di mana kerusinya adalah dari jenis suede.

Masalah utama sekarang adalah hanya power windowsnya yang perlu dihantar untuk rewiring dan akan saya lakukan apabila sudah ada pembelinya. Selain itu ianya dalam keadaan yang baik.

************

Maklumat Land Rover Discovery TD5 (Reserve Price 45,000)

Kereta ini telah dibeli oleh Almarhum ayah saya pada tahun 2010. Ada 3 pemilik sebelumnya. Ianya didaftarkan atas nama isteri saya dan ayah saya menggunakan kereta ini di kawasan Janda Baik sehingga dia meninggal pada tahun 2011. Saya telah mengambil dan menyelenggaranya pada awal tahun 2013 dan menggunanya untuk PRU ke 13 sebagai kereta kempen. Ianya turut ditampal dengan stiker lambang PAS bersama Parlimen Shah Alam 108 dan gambar saya berbaju coat bertali leher menunjukkan lambang 'bagus' (telah ditanggalkan).

Seperti dengan Celica, pembantu saya membawa kereta ini 'round' Shah Alam sepanjang tempoh PRU 13 untuk menzahirkan kehadiran saya sebagai calon PAS/PR untuk PRU berkenaan. Pernah saya bawanya ke Parlimen dan TS Speaker serta YB Arau (Menteri) menegur betapa besarnya gambar saya di tepi kereta berkenaan. YB Bintulu menuduh saya membawa Range Rover baru (mungkin tidak kenal kereta jenis Land Rover) yang harganya lebih RM 500k dan bertanya dari mana saya dapat duit untuk membeli kereta semahal itu! Saya jawab ianya Land Rover Discovery buatan 2003 dan hanya kelihatan baru oleh kerana gambar saya di tepinya!

Kereta ini masih lagi dalam keadaan baik dan boleh diguna-pakai seperti biasa walaupun mileagenya sudah 205,000 km. Enjinnya jenis 'Diesel Hijau' tidak pernah di overhaul, tidak makan minyak hitam dan masih berjalan lancar. Gearnya Auto dan jenis 4x4 H&L. Dalamannya masih cantik dan kerusinya dibuat dari kulit.

Masalah utama sekarang adalah hanya central locking belah pemandu dan power side-mirror belah kiri yang perlu diganti dan akan saya lakukan apabila sudah ada pembelinya. Selain itu ianya dalam keadaan yang baik.

comment:

Izuddin said...
Kalau semua bangsa di Malaysia guna perkata ALLAH dalam kepercayaan mereka, UMNO akan musnah...haha

Tue Jan 7, 2014 7:04 pm (PST) . Posted by:

Salam semua dan salam sejahtera,

Motor RXZ utk dijual

Spec - 1996, 6 gear, sport rim 5 bilah, tayar baru tukar, lain2 standard

Thanks and regards



From: rezal_sapuan@amtek.my
To: automobil@yahoogroups.com,
Date: 11/11/2013 11:33 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Tanah Untuk Di Jual
Sent by: automobil@yahoogroups.com






Salam semua,

Ada 2 bidang tanah untuk dijual

1. 1.5 ekar, seekar RM 280K. Terletak di Beranang.

2. 5.7 ekar, seekar RM 1 Juta. Terletak di Kampung Limau Manis, Sungai
Merap. Semapdan antara Sepang dan Putrajaya

Terima kasih



GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: