Sunday, August 10, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3978

2 Messages

Digest #3978
2
Fw: EDISI RAKYAT KENA TIPU BULAT-BULAT by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Aug 9, 2014 10:17 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Beri Alasan Jatuh Kerusi, Bayi Kritikal Seperti Dilanggar Sebuah Kereta
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SUNGAI BULOH – Jatuh daripada kerusi rotan tetapi kecederaan seperti dilanggar sebuah kereta!

Itulah yang dikatakan oleh doktor mengenai kecederaan yang dialami, Nurain Damia, setahun dua bulan, setelah dikatakan terjatuh di rumah pengasuhnya di Flora Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Menurut ibu mangsa, Nor Ani Shafarina Sani, 22, pengasuh anaknya mengatakan Nurain Damia terjatuh dari sebuah kerusi ketika sedang tidur kira-kira jam 7 petang.

"Sejurus mendengar berita itu, saya menghubungi suami saya, Mohd Naquudin Zakaria, 25, untuk memaklumkan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, semalam.

Nor Ani berkata, suaminya terpaksa mengambil Nurain Damia terlebih dahulu selepas pengasuh menghubungi sekali lagi memaklumkan keadaan anaknya dan meminta dibawa ke hospital dengan kadar segera.

"Ketika saya melihat keadaan Damia, saya sangat terkejut dan menangis. Saya lihat tangan serta kakinya sudah kejang," katanya.

Menurut Nor Ani, sepanjang perjalanan ke hospital, Nurain Damia dalam keadaan separa sedar dan mulutnya berbuih. Dia cuba memanggilnya berulang kali, namun tiada sebarang tindak balas diterima.

"Pemeriksaan doktor mendapati Damia mengalami pendarahan di dalam kepala dan perlu menjalani pembedahan segera," katanya.

Nor Ani sangat terkejut apabila doktor memaklumkan kecederaan Nurain Damia seperti bukan impak daripada jatuh kerusi.

Katanya, sekiranya jatuh kerusi, kecederaan di tempurung kepalanya tidak seteruk itu.

"Lebih malang lagi, tempurung kepala Damia retak dan tidak dapat disambung kerana otaknya mengembang," katanya.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, Nor Ani membuat laporan di pondok polis hospital.

Nor Ani berkata, Nurain Damia dihantar di bawah jagaan pengasuh itu sejak dua bulan lalu dan dalam tempoh itu terdapat beberapa kesan kecederaan di kepalanya.

"Pengasuh memberikan alasan yang Damia terjatuh. Pernah sekali pipi anak saya lebam. Namun, pengasuh mengatakan dia (Damia) digigit oleh salah seorang anak jagaannya," katanya.

Menurutnya, beliau mendapat khidmat pengasuh tersebut melalui laman sosial Facebook dan Nurain Damia merupakan anak tunggalnya setelah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat.

Sat Aug 9, 2014 10:18 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EDISI RAKYAT DI TIPU BULAT-BULAT ... HARGA PETROL RON95 DAN RON97 SAMA???????
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!

Harga kawalan Petrol RON95 dipasaran kini ialah RM2.10sen seliter dengan menghebohkan kepada seluruh dunia Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak telah memberikan subsidi RM0.75sen seliter menjadikan harga sebenar RON95 tanpa subsidi RM2.85sen seliter.

Peliknya harga Petrol RON97 petrol yang berkualiti jauh lebih baik dan tinggi dari RON95 pun harga seliter dijual tanpa subsidi ialah RM2.85sen seliter juga.

Apakah ini beerti harga petrol RON95 dan RON97 di Malaysia dibawah Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak harganya sama iaitu RM2.85sen seliter????

Adakah Kerajaan UMNO/BN pimpinan najib Razak ingin memberitahu rakyat bahawa kualiti petrol RON95 dan RON97 adalah sama????

Atau adakah rakyat terutamanya mak cik-mak cik di Felda, para pendokong UMNO sudah ditipu bulat-bulat kononnya setiap liter RON95 diberi subsidi oleh Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak amatlah tinggi sehingga mencecah RM0.75sen seliter untuk menunjukan betapa mulia dan baik sungguh hati kerajaan UMNO/BN ni??????

Mohon pihak yang berwajib memberikan respon segera akan isu ini demi pencerahan dan kebenaran kerana apa yang dikatakan ini benar maka jelas rakyat telah ditipu bulat-bulat secara pukal dan borong.

EDISI RAKYAT KENA TIPU BULAT-BULAT ... BELI DUA LEBIH MAHAL DARI BELI SATU.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!

Satu kotak harga RM9.49 sen bila beli dua sekali kena bayar RM19.99 sen .. sepatutnya beli dua sekali gus harganya lebih murah tetapi ini sudah terbalik... beli dua harga satu menjadi lebih kurang RM10. .. Lebih baik dan bijak beli satu satu .. harga menjadi RM18.98 .. jimat RM1.

Lokasi kejadian pedaya rakyat ini berlaku di Pasaraya Giant Sek 7 Shah Alam Selangor.

Mohon pihak berwajib dan berkenaan respon sebab hal ini jika benar amat jelas telah menipu pelanggan dan rakyat secara terang-terang.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: