Thursday, August 21, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3988

7 Messages

Digest #3988

Messages

Wed Aug 20, 2014 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

POLIS TRAFIK BUAT LALUAN AIR DENGAN MENGGUNAKAN CANGKUL DEMI ELAK SESAK.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!

Demi memastikan kelancaran lalu lintas, seorang anggota polis trafik yang dikenali sebagai Konst 177168 Sim Geok Heng dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur menggunakan cangkul bagi membuat laluan untuk mengalirkan air yang menjadi punca banjir kilat di Jalan Kinabalu dekat susur ke Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur petang semalam.

Sebelum ini Konstable Sim telah dikerahkan ke lokasi bagi mengawal lalu lintas yang sesak akibat banjir kilat sebelum mengambil inisiatif membuat laluan air terbabit selepas mendapati ianya punca kesesakan.

Usaha dan keikhlasan menjalankan tugas oleh Konstable Sim amat dihargai.

Tahniah kepada Konst 177168 Sim Geok Heng.

KETUA POLIS NEGERI YANG PERIHATIN.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!

YDH Senior DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim,Ketua Polis Kedah turut sama membantu L/Kpl Mohamad Syazwan yang telah terlibat dalam kemalangan semasa menjalankan tugas eskort di KM 20 Jalan Kulim/Mahang kira -kira jam 7.00 petang semalam.L/Kpl Mohamad Syazwan patah kedua-dua tangan dan kaki kiri dan kini sedang dirawat di Hospital Kulim,Kedah.

Doakan semoga cepat sembuh dan Tabik spring hormat kepada Ketua Polis Negeri Kedah atas sikap keperihatinan kepada anggota bawahan ketika ditimpa musibah... SALUTE!!!!

Wed Aug 20, 2014 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Kereta guru yang bermasalah, bukan dibakar pelajar
telokbakong.blogspot.
lagiberita.blogspot

Foto sebuah kereta milik seorang guru yang mula menjadi viral sejak siang tadi dan didakwa kononnya dibakar oleh pelajar - Foto sumber WhatsApps.

BANTING - Kebakaran kereta milik seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang di sini hari ini adalah disebabkan litar pintas, bukan dibakar oleh pelajar seperti dilaporkan di laman sosial.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu di kereta berkenaan, sebuah Proton Waja.

"Pasukan bomba Banting bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat dan api dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Hampir keseluruhan kereta itu terbakar," katanya.

Pelajar dikatakan panik apabila menyangka guru pemilik kereta berkenaan rentung dalam kejadian itu.

Pelajar, Sofiatul Hidayah Azman Naim, 18, ketika ditemui berkata kereta milik gurunya yang diletakkan di perkarangan sekolah itu terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi tadi.

"Seluruh pelajar kelas kami nampak kebakaran itu dan pada mulanya kami sangka cikgu kami berada dalam kereta itu sebelum sekumpulan pelajar lelaki bertindak memadamkan api menggunakan hos air berhampiran.

"Bagaimanapun, kami lega apabila dapat tahu cikgu tidak berada dalam kereta," katanya. - Bernama

Kereta Guru Terbakar Memang Bermasalah, Bukan Dibakar Pelajar
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

comments:
pak maun said...
Banyak kali dah keta waja terbakar disebabkan wiring. Di tempat aku ni pernah berlaku sekali juga kpd seorang guru wanita semasa sedang menghantar anak ke sekolah di waktu pagi

Anonymous said...
Jangan menuduh pelajar yg membakarnya kalau tiada bukti aah

Wed Aug 20, 2014 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Mesin Air Layan Diri Yang Boleh Membunuh
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Anda suka beli air dari mesin layan diri? Baca pendedahan ini selepas sampel dari air itu diuji..

Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur. Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.

Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya.

"Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek.

"Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan."

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons. Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150.

-Mstar

Wed Aug 20, 2014 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TERKINI ! 5 BUAH KAPAL PERONDA MILIK MARITIM DITENGGELAMKAN??
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot

JANGAN TERKEJUT CUMA DITENGGELAMKAN UNTUK DIBUAT Tukun tiruan.....

Maritim serah lima kapal

KUALA TERENGGANU - Lima kapal ronda Kelas Sipadan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia untuk dijadikan tukun tiruan di pulau-pulau terpilih di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata lima kapal terbabit ialah KM Siamil, KM Sempadi, KM Bidong, KM Jarak dan KM Ligitan yang bakal ditenggelamkan di Pulau Perhentian dan Pulau Redang, di Terengganu, Pulau Payar, Langkawi dan Mersing, Johor.

Katanya kesemua kapal berkenaan sebelum ini telah digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum diserahkan kepada APMM pada 2005 untuk tugas penguatkuasaan.

"Secara keseluruhannya kapal ronda itu telah berada di lautan selama 46 tahun sebelum diserahkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia untuk dijadian tukun tiruan dan kesemua kapal tersebut juga sudah tamat tempoh khidmatnya.

Justeru kita serahkan kapal ini kepada Jabatan Taman Laut Malaysia untuk dimanfaatkan kepada masyarakat khususnya para nelayan tempatan untuk dijadian tukun tiruan,"katanya selepas majlis penyerahan lima kapal itu kepada Jabatan Taman Laut Malaysia di Pejabat APMM Daerah Maritim Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Ahmad Puzi berkata projek kerjasama APMM dengan Jabatan Taman Laut Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu banyak memberi manfaatnya kepada penduduk tempatan pulau, operator pelancongan dan penyelam scuba.

Beliau berkata langkah yang dilakukan ini juga dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan kerana kapal ini akan berubah menjadi suatu habitat yang sesuai untuk perlindungan, pembiakan dan tempat mencari makanan kepada sebahagian besar spesis ikan dan habitat di laut.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Kamarruddin Ibrahim berkata sebelum ini pihaknya telah menerima dua buah kapal APMM untuk dijadikan tukun tiruan di Pulau Tioman, Pahang dan Labuan.

Katanya dengan wujudnya lebih banyak tukun tiruan di dasar laut ia juga dapat menarik pelancong terutama penyelam yang melakukan aktiviti selam scuba di kapal karam di taman laut di negara ini.

"Sebagai contoh, kapal APMM yang dijadikan tukun tiruan kini menjadi tarikan baru di Taman Laut Pulau Tioman apabila berjaya menarik kedatangan pelancong seramai 7,200 orang tahun lalu," katanya. - Bernama

SUMBER

Wed Aug 20, 2014 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Mewah Milik Aliff Syukri Terlajak Laris
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman

Aliff syukri yang terkenal dengan produk D'Herbs yang semakin popular dengan tagline Terlajak Laris.
Dikurniakan 3 orang anak Alif Syukri mula bergelar jutawan di usia yang terlalu muda, siapa sangka dulunya hanyalah peniaga pasar malam kini bergelar usahawan muda yang berjaya.

Kini beliau mampu memiliki kereta mewah Ferrari dan sebuah banglo mewah hasil kejayaan beliau selama ini. Memang berbaloi dengan apa yang dikecapi oleh Dato' selama ini.

Latar Belakang :
Dato' Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

comments:

Shonzu said...
Nah, klik disini dan lihatlah perancangan DAJJAL LAKNATULLAH untuk rakyat Malaysia demi sekelumit kuasa yang tidak kekal abadi.

Jahanamlah sesiapa yang sanggup bersekongkol dengan DAJJAL LAKNATULLAH tu.


Anonymous said...
adalah lebih baik jika tidak di sebarkan gambar anak demi keselamatan mereka tk

Anonymous said...
Kadang-kadang ade manusia ni terlajak sombong...saya sangat setuju komen di atas..

Wed Aug 20, 2014 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Berbini Batam harga serendah RM2.70

bloglist-malaysia.blogspot
mountdweller.blogspot
Posted by mountdweller

Kemaruk mahu berbini Batam harga serendah RM2.70

V Shuman -

SEKILAS PANDANG: Dengan wang sejumlah 27 sen, apa yang anda boleh beli? Bagaimana pula dengan RM2.70?

Mungkin gula-gula manis atau satu tin minuman ringan bagi harga yang kedua.

Tetapi ia seolah-olah satu boleh mendapatkan seorang isteri untuk jumlah bahawa jika anda tahu di mana untuk melihat.

Pendedahan muka depan akhbar berbahasa Melayu Harian Metro Jumaat lalu mengenai semakin ramai lelaki Malaysia yang kemaruk untuk mendapat bini rahsia sanggup ke Pulau Batam, Indonesia bagi melakukan urusan pernikahan yang mengenakan mahar semurah Rp1,000 (27 sen) hingga Rp10,000 atau RM2.70 saja mata wang Malaysia.

Lebih menarik apabila status pernikahan dilakukan jurunikah tanpa tauliah daripada pemerintah Indonesia itu adalah sah walaupun tidak mengikut prosedur dan upacara ini dikenali oleh rakyat tempatan sebagai 'nikah siri'.

Ia biasanya dilakukan secara rahsia atas sebab-sebab dari poligami mengelakkan kemiskinan, dan anak yang lahir daripada perkara ini dianggap sebagai anak tidak sah.
Dalam kes perceraian, isteri tidak boleh menuntut nafkah daripada suaminya dan jika mati, isterinya juga tidak boleh menuntut harta.

Asas goyah seperti dalam perkahwinan nampaknya tidak menghalang segelintir lelaki Malaysia tertarik kepada pulau itu, yang terletak beberaoa hanya 20 kilometer di luar pantai selatan Singapura.

Akhbar itu menemuramah "Jurunikah" (perkahwinan rasmi), seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Ayubi berusia dalam lingkungan 60-an. Beliau juga merupakan seorang imam di sebuah masjid di Batam dan mengakui telah menjalankan banyak upacara perkahwinan ini.

Menurut beliau, tidak ada dokumen atau kelulusan mahkamah diperlukan untuk seorang lelaki mengambil isteri tambahan di sana. Satu-satunya perkara yang diperlukan ialah persetujuan daripada dua orang dewasa.

Bagaimanapun, kehadiran ahli-ahli keluarga atau saksi-saksi dari pihak gadis itu adalah bonus.

Menurut Ayubi, kakitangan dari pelbagai agensi keselamatan Malaysia adalah pelanggan yang paling besar.

Laporan itu menambah bahawa pemandu teksi di pulau itu ebih daripada bersedia untuk menunjukkan orang-orang Malaysia dan Singapura yang mencari untuk mendapatkan isteri di sana untuk arah yang betul.

Selain daripada mencari jodoh, Ayubi juga turut menyediakan penginapan untuk pasangan yang baru berkahwin, dengan menyewakan mana-mana 20 buah rumah yang dia memiliki sekitar masjid di mana dia bekerja.

"Ini adalah cara saya untuk menyumbang untuk mengelakkan seks luar nikah," lapor Harian Metro memetik beliau sebagai berkata.

Fenomena lelaki berkahwin mengambil isteri di Batam hampir menjadi ancaman kepada perkahwinan Singapura menurut laporan berita dari pulau republik tetapi ia seolah-olah menunjukkan bahawa trend tersebut telah mula menular di negara kita.

Kebanyakan individu-individu ini telah berkahwin di negara asal mereka - ada yang mempunyai anak-anak usia remaja - pada masa sama mempunyai isteri dan anak-anak di Batam, yang mereka akan berkunjung setiap hujung minggu.

Terdapat bebeberapa kes, beberapa wanita Indonesia adalah pekerja seks bekas atau mereka daripada daerah-daerah lain yang datang ke Batam untuk bekerja pekerjaan yang membayar gaji amat rendah (mengikut piawaian Malaysia dan Singapura) untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kebanyakan isteri nombor dua (ketiga atau keempat) menyedari bahawa mereka berkongsi hidup mereka dengan wanita yang juga isteri di luar negara tetapi kebanyakan mereka tidak berkuasa untuk berbuat apa-apa atau mengabaikannya.

Ada yang berkahwin dengan lelaki dua kali ganda daripada umur mereka tetapi beberapa temu bual telah dipetik "bini Batam" sebagai berkata bahawa mereka tidak kisah perbezaan usia, kerana wang yang diberikan oleh suami asing itu membolehkan mereka untuk hidup serba kemewahan yang mereka tidak pernah alami sebelum ini.

Namun begitu terdapat cerita yang tidak enak khususnya kepada wanita di sana.

Sebahagian daripada mereka, biasanya orang-orang muda, menjadi mangsa kepada lelaki pujuk rayu manis yang menjanjikan matahari dan bulan. Apabila menyedari gadis itu mengandung, lelaki itu hilang lesap entah kemana.Beliau kemudiannya ditinggalkan terkapai-kapai keseorangan untuk menyara dirinya dan anak luar nikah itu.

Peringatan untuk isteri di Malaysia - jika suami anda kerap berulang alik melakukan perjalanan ke Batam pada hujung minggu atau setiap dua minggu sekali untuk "perniagaan" atau aktiviti "golf", Lebih baik anda pergi selidik sebelum terlambat.

comment:

Anonymous said...

Yahoo !!!!!!
Dato' , mari kita ke batam sabtu ini....

Wed Aug 20, 2014 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tiga sebab utama pekerja kemuka cuti sakit
bloglist-malaysia.blogspot

kl-today.com

by admin

KUALA LUMPUR - Satu kajian oleh JobStreet.com mendapati tiga sebab yang diberikan pekerja untuk mengemukakan sijil cuti sakit ialah tiada keinginan untuk bekerja, kepenatan dan berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan. JobStreet.com dalam satu kenyataan hari ini berkata alasan berkenaan menunjukkan pekerja tidak mempunyai motivasi di tempat kerja dan tidak jujur, hanya untuk mengelak daripada datang bekerja.

"Dua puluh enam peratus daripada pekerja dalam kajian mengaku mereka berpura-pura sakit untuk mendapatkan sijil cuti sakit dalam enam bulan lepas.

Ada yang telah mengemukakan lima sijil sakit dalam enam bulan lepas," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata sejumlah 1,058 majikan dan 749 pekerja daripada pelbagai industri di Malaysia terlibat dalam kajian JobStreet.com, dalam Jun tahun ini.

Seorang daripada empat responden dalam kajian itu berkata mereka akan membeli sijil sakit palsu, jika diberi peluang, katanya.

"Tambahan pula mereka (pekerja) menunjukkan mereka bersedia untuk membayar sehingga RM25 untuk satu sijil cuti sakit palsu," katanya.

Kenyataan itu berkata lebih daripada 57 peratus majikan dalam kajian di Malaysia itu mendakwa mempunyai pekerja yang mereka rasakan berpura-pura sakit untuk mendapatkan sijil cuti sakit.

Apabila majikan ditanya tindakan yang diambil jika pekerja mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu, majikan berkata mereka menggunakan surat amaran, amaran lisan dan penilaian prestasi buruk sebagai sebahagian tindakan diambil untuk mengekang masalah ini dalam syarikat mereka.

"Semakan dengan klinik perubatan untuk memastikan pekerja benar-benar sakit juga salah satu kaedah biasa digunakan jabatan sumber manusia untuk mengesahkan ketulenan sijil cuti sakit itu," kata kenyataan itu.

Minggu lepas, media melaporkan polis telah melumpuhkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit palsu dengan penangkapan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Shah Alam.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: