Friday, March 11, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4427

11 Messages

Digest #4427
7
10
Fw: MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK BIKIN GEMPAK by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Mar 10, 2016 4:58 am (PST) . Posted by:

"Norain"

Alam barzakh...
On Mar 9, 2016 11:13 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

> 
>
>
>
>
> *Pulau Pinang lokasi no 2 terbaik dunia untuk pencen *
> bloglist-malaysia.blogspot
> jasduit.com
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1E_J9XTn3GGIe5ARc1wRcQLm2s-fJBg9HLPmsDtwjgzYL3-qhKpomwjSxaSdAkBMxbEyT3oDgj_pq65kSSkmfEfVsWiwZvii8NJAeeElcutEKRcwAzltJGKVLXMyeTtiorZxRZgkdAVg/s1600/_SRU7396.jpg>
> Pulau Pinang, negeri kelahiran saya, terpilih sebagai lokasi nombor 2
> terbaik di dunia untuk dijadikan tempat pencen.
>
> Bukan itu saja !, yang lebih menarik adalah Pulau Pinang merupakan
> satu-satunya lokasi di Asia yang mendapat pengiktirafan tersebut.
>
> Pulau Pinang berada di tangga kedua selepas Coronado, Panama. Berikut
> antara lokasi lain yang berada dalam senarai 10 lokasi paling baik untuk
> orang pencen:
>
> 1. Cascais, Portugal
> 2. San Miguel de Allende, Mexico
> 3. Killarney, Ireland
> 4. Corozal, Belize
> 5. Concord, California
> 6. Grand Haven, Michigan
> 7. Santa Fe, New Mexico
> 8. Louisville, Kentucky.
>
> Senarai lokasi paling baik dunia untuk warga pencen itu dikeluarkan oleh Condé
> Nast Traveller <http://www.cntraveller.com/>, sebuah majalah kembara dari
> Amerika.
>
> Antara sebab Pulau Pinang mendapat kedudukan nombor 2 sebagai destinasi
> untuk orang tua pencen jadikan sebagai tempat penginapan adalah:
>
>
> 1. Galakan dari kerajaan Malaysia dalam program "Malaysia My Second
> Home" (MM2H). Orang luar bukan rakyat Malaysia sekarang dengan mudah boleh
> memohon Visa selama 10 tahun untuk tinggal di Malaysia.
> 2. Berbagai perkara menarik yang ada di Pulau Pinang seperti, masakan
> makanannya, bangunan bersejarah yang cantik dan terpelihara, aktiviti
> kesenian yang menonjol, sistem penjagaan kesihatan yang bertaraf dunia,
> komuniti penduduk yang berbahasa Inggeris terutamanya Expats.
> 3. Kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah pulau yang kaya dengan
> kawasan pantai yang cantik.
> 4. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO terhadap Georgetown, Pulau
> Pinang sebagai bandar bersejarah. (UNESCO World Heritage Site)
> 5. Kemudahan pengangkutan untuk keluar dan masuk ke Pulau Pinang
> samada dari Kuala Lumpur atau Singapura.
> 6. Juga berdekatan dengan destinasi pelancongan lain seperti Langkawi
> dan sebagainya.
>
> Pulau Pinang memang lokasi pencen
> Bagi saya memang Pulau Pinang merupakan sebuah lokasi yang paling baik
> untuk orang yang nak pencen menginap. Tak kisah sama dia orang luar ataupun
> orang Malaysia sendiri.
>
> Di sana tempat berkumpulnya berbagai bangsa Malaysia dari etnik Cina,
> India atau Melayu dan lain-lainnya hidup secara aman sejak dahulu lagi.
>
> Yang paling best adalah keenakkan masakan yang ditawarkan oleh banyak
> restoran di Pulau Pinang. Dari masakan tengahari, makanan pagi sampailah
> makanan malam semuanya best-best belaka.
>
> Beruntunglah orang yang memiliki tanah di Pulau Pinang dan rugilah mereka
> yang ada tanah di sana tetapi menjulanya pada orang lain.
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>
>

Thu Mar 10, 2016 5:00 am (PST) . Posted by:

"Norain"

Yahooo...umno bergolak akhirnya
On Mar 7, 2016 10:54 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

> 
>
>
>
>
> *Menteri Guna Gelaran 'Tengku' Palsu Rupanya.. *
> bloglist-malaysia.blogspot
> amenoworld.net
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKGnBiE6k4xxopcKnJtQx7s4hU0Dk_gmH0P6d2JvQbrmUiY-Mklb1Rmv4FY5zMJxjxXIrBsvrmq8giX7d2L5vgx7GW1lAbO3Gq4Ba7imFrlTLrN_MAFVeN8ijX7iPCRJbkVyMmRzFY8A/s1600/Ku+Nan.jpg>
> Gelaran 'tengku' yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri
> Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.
> Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu
> Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal
> daripada keturunan.
> Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya
> tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS)
> kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.
> *"Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah
> ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran 'tengku palsu' tu?*
> "Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari
> mana awak dapat gelaran 'tengku' palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan
> Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak
> udang.
>
> *"Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam
> mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib
> ketua UMNO bahagian?," soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.*
> Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan
> terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu
> sebagai "tidak boleh pakai".
> *"Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia
> sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan
> seperti 'gergaji dua mata'*.
> "Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti
> politik. Tolong cakap kat 'tengku palsu' ni jangan cakap banyak," tambah
> Khairuddin.
>
>
> Laporan oleh FMT. (rujuk
> <http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/29/tengku-adnan-guna-gelaran-palsu-khairuddin/>
> ).
>
> Gelaran palsu?
>
> Macam mana dia boleh dapat gelaran TENGKU?
>
> Bukan keturunan raja?
>
> Dah tue apa nama sebenar dia?
>
> Itu baru gelaran palsu. Belum lagi perkara-perkara lain. Tak mustahil dia
> dah melakukan banyak kejahatan. Kalau la negara neh mengkebalkan pemimpin2
> negara dah lama dah dia kena. Silap2 nak naik menjadi menteri pun tak
> layak. Siapa la pengundi2 Ku Nan. Spesis bebal bodoh bangang penyangak juga
> kot..
>
> *KAH KAH KAH*
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>
>

Thu Mar 10, 2016 7:20 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki Dakwa Ada Unsur Freemason Pada Duit Ringgit Malaysia Jadi viral
siakapkeli.my

Pelbagai teori konspirasi wujud sejak kebelakangan ini, ada yang betul ada yang tidak dan ada yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, namun terserah kepada kita untuk menilai sama ada percaya atau tidak.

Admin terbaca satu posting di laman Facebook yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Neil Armsteen di mana beliau mendakwa terdapat mesej tersembunyi atau unsur-unsur freemason atau pemujaan syaitan di dalam duit kertas RM1 dan RM5.

Menurut beliau mesej tersembunyi ada pada wang kertas ciptaan Roth, penyembah syaitan.

Beliau turut menyertakan gambar untuk memberitahu cara-cara mengesah simbul berkenaan iaitu temukan bahagian 'transparent&#39; secara bertentangan dan sambungkan kepala burung enggang yang ada di dalam duit RM5.

Apabila duit berkenaan disambungkan dakwanya akan kita akan dapat melihat tanduk burung enggang akan menjadi parah dan paruhnya akan menjadi telinga.

"Inilah jawapan mengapa dunia huru hara dengan sistem riba ciptaan Roth. Dunia berperang angkara pihak-pihak bank. Umat Islam berpecah belah angkara sistem demoncrazy. Ekonomi negara dan matawang semakin menjunam kerana wang kertas dicipta oleh Roth, anak haram," katanya.

Menurut beliau, Roth dalam bahasa klasik eropah bermaksud anak sumbang mahram iaitu eturunan Namrud yang mengamalkan sumbang mahram di mana katanya Namrud sendiri mengahwini ibunya sbg isteri (Semiramis)

"Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild&#39; pada hujung nama mereka, contoh Jacob Rothschild, Baron Rothschild etc," jelasnya lagi.

Beliau bagaimanapun memberitahu bahawa pendedahan yang dilakukannya bukan unutk menakut-nakutkan netizen, tetapi untuk menyedarkan penentang-penentang ilmu fitan agar sel-sel otak mereka berhubung.

"Apakah maksud simbol-simbol ini pada wang kertas? Anda akan mendapat jawapannya. Ilmu-ilmu ekonomi hanyalah satu penipuan. Malangnya, jika kita mahu menyedarkan golongan ini, kita akan dilabel sebagai individu taksub Freemason, paranoid, khurafat dan sebagainya.

"Posting ini khas untuk pelajar-pelajar ekonomi yang menentang kebenaran kerana telah disihir oleh ilmu palsu ciptaan Roth di sekolah dan universiti. Mereka tidak percaya wang kertas adalah sistem Roth," kata Neil lagi.

Kepada kita yang membaca atau melihat gambar-gambar ini terserahlah untuk percaya atau tidak, ianya mungkin cuma satu kebetulan, apapun admin nak mengiyakan pun tidak, nak nafikan pun tidak. - Siakapkeli.my

'Mesej Tersembunyi&#39; Dalam Wang Kertas RM5 & RM1
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM


Konspirasi demi konspirasi muncul lagi dan kali ini melibat wang kertas RM5 dan RM1 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

10 jam yang lalu, individu bernama Neil Armsteen, memuat naik teori konspirasinya yang mendakwa terdapat mesej tersembunyi dalam dua wang kertas tersebut.

"Mesej tersembunyi pada wang kertas ciptaan Roth, penyembah syaitan. Caranya, temukan bahagian 'transparent&#39; secara bertentangan dan sambungkan kepala burung enggang itu. Dari situ, anda dapat melihat tanduk burung enggang akan menjadi parah dan paruhnya akan menjadi telinga.

"Inilah jawapan mengapa dunia huru hara dengan sistem riba ciptaan Roth. Dunia berperang angkara pihak-pihak bank. Umat Islam berpecah belah angkara sistem demoncrazy. Ekonomi negara dan matawang semakin menjunam kerana wang kertas dicipta oleh Roth, anak haram," katanya.


Menurut Neil, Roth (bahasa klasik Eropah) bermaksud anak sumbang mahram dari keturunan Namrud yang mengamalkan sumbang mahram. Namrud akan mengahwini ibunya sendiri sebagai isteri.

Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild&#39; pada hujung nama mereka. Sebagai contoh, Jacob Rothschild, Baron Rothchild dan sebagainya.

Jelas Neil lagi, dia mendedahkan perkara ini bukan meminta netizen takut pada simbol, tetapi untuk menyedarkan penentang-penentang ilmu fitan agar sel-sel otak mereka berhubung.

"Apakah maksud simbol-simbol ini pada wang kertas? Anda akan mendapat jawapannya. Ilmu-ilmu ekonomi hanyalah satu penipuan. Malangnya, jika kita mahu menyedarkan golongan ini, kita akan dilabel sebagai individu taksub Freemason, paranoid, khurafat dan sebagainya.

"Posting ini khas untuk pelajar-pelajar ekonomi yang menentang kebenaran kerana telah disihir oleh ilmu palsu ciptaan Roth di sekolah dan universiti. Mereka tidak percaya wang kertas adalah sistem Roth," kata Neil.

Percaya atau pun tidak, itu terpulang pada masing-masing untuk menilai dan menerima. Mungkin kebetulan, atau mungkin golongan ini terlebih rajin mengkaji perkara seperti ini. - PIXEL MEDIA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 7:20 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mereka Dikencing 'Orang Dacing' Setiap Kali Pilihanraya..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul mendedahkan bahawa mereka dijanjikan bekalan elektrik dan air bersih setiap kali pilihan raya.

Lina Abdullah, 63, berkata janji itu ditabur ahli politik yang bertandang ke kampung berkenaan setiap kali kempen pemilihan diadakan.

"Letih dah kami, ada 'orang dacing' ini setiap kali pilihan raya cakap mahu bagi bekalan elektrik dan air bersih tapi sampai sekarang tak ada apa-apa.

"Itulah kami pun hairan sebab kampung kami sebelah sahaja dengan Putrajaya tapi Putrajaya ada semua, kampung kami tak ada apa-apa," katanya ketika ditemui FMT, baru-baru ini.

Mohamad Amin Abdullah, 67, janji sama juga ditaburkan bahawa akan ada bekalan elektrik dan air bersih, namun ia kekal tiada dan penduduk kampung tetap menunggu.

Katanya, penduduk kampung sudah lama dahagakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.

"Perkara ini tidak patut berlaku, Putrajaya dekat sangat dengan kampung kami, tapi kampung ini tiada elektrik.

"Orang kampung di sini sudah macam cerita P Ramlee, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul timbul," katanya.

Kadir Mohamad Amin, 32, berkata penduduk kampung sudah beberapa kali memohon bekalan elektrik dan air termasuk menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Sepang, tetapi tiada maklum balas.

Katanya, perkara itu amat dikesali dan menyebabkan penduduk kampung Orang Asal di kawasan Dengkil merasa diabaikan sekali pun mereka rakyat negara ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 7:21 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Staf DEFTECH Maut Dihempap Kereta Perisai
siakapkeli.my

Pekan, 10 Mac - Seorang pekerja DRB-HICOM Defence Tenchnologies Sdn Bhd (DEFTECH) maut setelah dihempap oleh kereta perisai di kilang terbabit dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahhari tadi.

Laporan dari Harian Metro berkata, mangsa Abdul Razak Jabbar, 45, sedang mngajar seorang pelatih mengendalikan kenderaan terbabit ketika kejadian.

Bagaimanapun, kereta perisai yang dinaiki mereka itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbalik menghempap mangsa.

Mangsa yang parah dikepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakal pelatih tersebut mengalami cedera ringan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan untuk tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga mangsa. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 7:21 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SEORANG LAGI MENTERI "SAKIT" DALAM KABINET NAJIB
shahbudindotcom
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Apabila Hasan Malek digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai tahun lalu, antara harapan ramai tentunya ialah mahukan menteri yang menggantinya itu lebih baik atau sekurang-kurangnya tidaklah kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal yang menyakitkan hati rakyat.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah yang paling dekat dengan pengguna atau rakyat, khususnya berkaitan turun naik harga barangan keperluan harian mereka.

Untuk itu, kalau pun menterinya gagal memainkan peranan dalam memuaskan hati pengguna atau memastikan harga barangan terus stabil, setidak-tidaklah janganlah memberi jawapan tidak masuk akal untuk menutup kelemahan sendiri.

Tetapi, nampaknya Hamzah Zainuddin yang dilantik menggantikan Hasan Malek bagi menerajui kementerian itu hampir sama dan lebih kurang saja "sakitnya";.

Dalam kenyataan terbarunya, Hamzah berkata, hanya peniaga yang tidak percaya kepada Tuhan saja akan menaikkan harga barangan.

"Jika anda bertanya saya, Tuhan tidak pernah memberitahu sesiapa untuk menaikkan atau menurunkan harga barangan. Tetapi hanya mereka yang tidak percaya kepada Tuhan akan menaiklan harga jualan," ujarnya lagi.

Masya Allah...di mana menteri ini belajar agama. Kepada Hadi Awang pula, tolonglah beri nasihat, teguran dan panduan mengenai konsep Ketuhanan kepada menteri berkenaan ini.

Apa kaitannya kenaikan harga barang dengan percaya atau tidak percaya kepada Tuhan?

Apakah peniaga tidak boleh menaikkan harga barang jika bekalan yang diperolehi sudah meningkat harganya semata-mata kerana ingin mempertahankan konsep percaya kepada Tuhan?

Kalau rugi dalam perniagaan yang disebabkan "kebodohan&quot; sendiri iaitu tidak mahu menaikkan harga walaupun bekalan yang diterima sudah pun naik, apakah Tuhan akan menampung kerugian itu?

Jika begitu, apakah peniaga di kota Mekah dan Madinah tidak pernah sama sekali menaikkan harga barangan mereka?

Kalau mereka menaikkan harga yang disebabkan bekalan juga sudah meningkat, adakah mereka itu dianggap tidak percaya kepada Tuhan?

Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan menaikkan cukai, memperkenalkan GST dan memotong subsidi subsidi yang secara langsung menyebabkan harga barang meningkat naik?

Apakah ini bermakna kerajaan dan menteri-menterinya terdiri daripada golongan yang tidak percaya kepada Tuhan?

Susah betul jika ada menteri "sakit" seperti ini. Lebih parah, yang dulu "sakit", yang mengganti juga "sakit".

Apakah kerajaan dan yang melantik menteri-menteri juga sebenarnya "sakit" sama?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saranan Sebat Pesalah Zina Depan Masjid, Bagi Keinsafan - Hassan Mahmood
siakapkeli.my

KOTA BHARU - Kerajaan negeri disaran agar menimbangkan cadangan supaya mengenakan hukuman sebat di khayalak ramai terhadap pesalah yang melakukan zina sebagai satu langkah pencegahan dan menginsafkan rakyat.

Saranan itu disuarakan oleh Datuk Hassan Mahmood ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam sidang Dun Kelantan semalam.

Beliau mengumumkan cadangan itu ketika menyentuh mengenai hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu diteruskan, bukan sahaja dalam aspek pembangunan tetapi hukuman hudud.

"Saya mencadangkan kepada kerajaan, sebelum berjaya menjalankan Kanun Jenayah Syariah kita laksana setakat mampu

"Hukuman sebat, sekarang ini walaupun bidang kuasa mahkamah syariah hanya enam sebatan sahaja yang diizinkan oleh undang-undang, maka kita buat yang enam dahulu," katanya semalam.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat, dan sekiranya boleh dilaksanakan di hadapan masjid.

"Kalau boleh kerajaan negeri cuba buat persiapan di masjid utama di setiap jajahan, sediakan tempat untuk melaksanakan sebatan kepada pesalah," katanya.

Beliau memberikan contoh kes yang berlaku di Sabah dimana seorang lelaki dihukum sebat di pekarangan Mahkamah Tinggi Tawau akibat kesalahan berzina.

"Satu kes melalui seorang peguam, kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80 (1) AKJS Sabah 1995, pesalah itu dikenakan enam kali sebatan di dewan mahkamah pada 29 September 2015, disaksikan 40 jemputan khas," katanya.

"Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah supaya memikirkan, sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang

"Walaupun enam sebatan kita laksanakan di khalayak ramai, ia adalah untuk memberikan keinsafan kepada orang yang menyaksikan supaya tidak melakukan perkara sama," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



6 Juta Kaum Muslimin Iringi Jenazah 'Sang Pembela Nabi
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh wabillah

Namanya As Syarif Muhammad Mumtaz Husain Al Qodiri Rahimahullah, seorang tentara Pakistan pengawal Hakim.

Sang mujahid ini telah membunuh Hakim Wilayah Pinjab Negara Pakistan 5 tahun yg lalu bernama Salman Tatsir.

Karena sang Hakim mencela dan menghina Rosulullah secara terang- terangan didepan publik dan di depan Para Tentara.

Si hakim mengatakan bahwa undang-undang Pakistan yang menegaskan bahwa hukuman bagi orang yg menghina Rosulullah adalah hukuman mati merupakan undang-undang gelap harus diamandement, lalu dia pun mencaci maki dan menghina Rosulullah.

Spontan Muhammad Mumtaz Husin dengan gagah berani berdiri dan membunuh sang Hakim dengan tembakan 40 peluru timah bertubi-tubi, Karena tidak rela Nabinya dihina.

Setelah pembunuhan itu pemerintah Pakistan memenjarakannya dan memvonis hukum gantung.

Eksekusi hukuman mati telah dilaksanakan hari senin yang lalu 20 Jumadal Ula 1437 H atau 29 Februari 2016.

Sang Pecinta Rosulullah ini dibawa dari tempat gantungannya dalam keadaan tersenyum. Subhanallah…!!!

Karena sebelumnya sering bermimpi bertemu Rosulullah didalam penjara.

Diperkirakan sekitar 6.000.000 juta kaum Ahlussunnah Wal jam'ah shufiyah dari penjuru Pakistan berduyun -duyun telah menyolati jenazahnya beberapa hari kemarin.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun Dan Jadi Ayah 2 Bulan," Luahan Hati Seorang Isteri
siakapkeli.my

Orang selalu berpesan, "jangan terlalu membenci seseorang kerana itu mungkin jodoh kita," dan ianya dibuktikan oleh Puan Nadirah Razak yang telah berkahwin dengan suami tercintanya di mana suaminya itu dulu tidak disukainya kerana suka menyakat, memang 'sweet&#39;kan.

Namun, segala keindahan itu hanya pinjaman sementara daripada yang Maha Esa, pada 3 November, jam 11 malam, suami Puan Nadirah, Ali Hazman Md Din yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya telah berhenti menolong sebuah kemalangan.

Namun, Allah lebih sayangkannya, ketika itu datang sebuah kereta dengan laju yang dipandu seorang pemandu mabuk telah melanggar mereka yang berhenti disitu untuk membantu termasuk mangsa kemalangan dan Ali Hazman disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 1 pagi, 4 November 2015.

Berita mengenai kemalangan suami Puan Nadirah ini telah disiarkan oleh akhbar Harian Metro, ketika arwah meninggal, anak mereka ketika itu baru berumur 46 hari di mana majlis aqiqah akan diadakan beberapa hari selepas itu.

Puan Nadirah dalam kenyataan kepada Harian Metro memberitahu bahawa arwah sebelum itu telah meninggalkan pesan supaya menjaga anak perempuan mereka dengan baik

"Saya bertanya mengapa dia meminta sedemikian, tetapi arwah hanya berkata bahawa ia hanya satu pesanan.

"Kami merancang untuk mengadakan kenduri aqiqah hujung bulan ini dan semua persiapan sudah dibuat dan arwah sangat teruja.

"Bagaimanapun, setiba saya di hospital arwah disahkan meninggal dunia, Saya tidak sangka dia pergi meninggalkan kami," katanya di mana arwah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras.

Menurut carita seorang penunggang motosikal yang turut cedera kerana turun membantu mangsa kemalangan, Mohamad Jusoh Miskun, 41, berkata, arwah bersungguh-sungguh mahu membantu mangsa kemalangan itu sebelum dirempuh kereta.

"Saya ternampak seorang lelaki dan seorang wanita berada di tepi jalan di susur keluar ke Bandar Tun Razak sebelum memberhentikan motosikal.

"Wanita yang menunggang motosikal itu terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang lelaki. Bagaimanapun selepas beberapa minit berbincang untuk membantu menyelesaikan kemalangan itu, tiba-tiba sebuah kereta merempuh kami," katanya.

Menurutnya, dia bersama lima lagi mangsa yang berada di tempat kejadian tercampak selepas dirempuh kenderaan berkenaan.

Apapun kepada Puan Nadirah, kami di Siakapkeli mengucapkan takziah kepada keluarga puan, kami tahu puan tabah, anggap ini sebagai ujian kerana ujian itu tuhan nak uji hambaNya itu kuat atau tidak dan tuhan tidak akan sekali-kali menguji lebih dari kemampuan HambaNya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK BIKIN GEMPAK 1 MALAYSIA.
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 10, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 10 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: