Saturday, March 19, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4436

10 Messages

Digest #4436

Messages

Fri Mar 18, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hutang negara RM630.5b menghampiri kadar 55% KDNK

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Hutang Kerajaan Malaysia sehingga bulan Disember tahun lepas mencecah RM630.5 bilion, iaitu 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perkara itu didedahkan dalam Dewan Rakyat hari ini oleh Kementerian Kewangan yang turut mengakui daripada jumlah itu, 96.6 peratus atau RM 609.100.000.000 adalah hutang dalam negeri manakala baki RM21.5 bilion atau 3.4 peratus merupakan hutang luar negeri.

"Hutang Kerajaan Persekutuan masih terkawal dan boleh dikategorikan pada kedudukan yang sederhana," kata jawapan bertulis kepada soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) yang meminta status khusus hutang semasa negara bersama nisbahnya kepada yang KDNK, serta 'Surat Jaminan', 'Surat Sokongan' dan 'Surat Penenang' yang diberikan oleh kerajaan.

Menurut kementerian itu lagi, kerajaan telah mengeluarkan RM177.7 bilion jaminan pada akhir tahun lepas, yang merupakan 15.4 peratus daripada KDNK.

"Ia jaminan kepada entiti awam yang menjalankan projek-projek infrastruktur, seperti DanaInfra dan Prasarana.

"Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa, memberikan jaminan kepada badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek yang bermanfaat kepada rakyat.

"Bagi Surat Sokongan (LoS), hanya dua surat yang dikeluarkan pada akhir tahun 2015, masing-masing berjumlah USD3 bilion dan AS$150 juta. Pembayaran balik adalah mengikut jadual setakat ini, " petik kata jawapan yang diberikan.

Kementerian itu berkata kerajaan komited untuk memastikan hutang negara tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



British American Tobacco Tutup Operasi Kilang Di Petaling Jaya
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Pengeluar produk tembakau terkenal, British American Tobacco (M) semalam telah mengumumkan akan menutup operasi kilangnya yang terletak di Petaling Jaya dan memberhentikan 230 orang pekerja.

Penutupan kilang berkenaan adalah kerana syarikat tembakau berkenaan mengambil langkah penyusunan semula kerana jaualn mereka yang jatuh berikutan duti tinggi yang dikenakan.

Menurut jurucakap firma berkenaan, penjualan mereka mula terjejas selepas rokok di negara ini difatwakan haram dan didorang pula dengan tindakan kerajaan yang menaikkan duti eksais ke atas produk tembakau menyebabkan margin keuntungan mereka semakin rendah.

"Persekitaran yang semakin mencabar ini memerlukan syarikat untuk menyusun semula dan mengubah strategi perniagaannya selain daripada penutupan beberapa operasi kilang, termasuk mengasah keupayaan komersil manakala mengoptimumkan rantaian bekalan dan aktiviti transaksi untuk memastikan BAT yang kekal sebagai pasaran memberi tumpuan kepada pengguna yang berdaya saing pemimpin, "kata firma itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam.

"Pemberhetian operasi kilang akan memberi kesan kepada kira-kira 230 pekerja dan mereka akan disediakan dengan pakej faedah dan juga pilihan untuk menjalani program kerjaya peralihan."

Antara rokok yang dikeluarkan oleh BAT ialah Rothmans, Dunhill, Benson & Hedges, Lucky Strike, Pall Mall dan Kent.

Harga sekotak rokok yang dijual oleh BAT ialah sekitar RM3.20 bagi setiap kotak 20 batang tanpa cukai kerajaan. - Siakapkeli.my

Jualan merosot - Kilang rokok terbesar Malaysia tutup terus
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com

Ini berita terbaru berkenaan industri pembuatan rokok kat negara kita. Kilang buat rokok terbesar negara kita British American Tobacco ( Malaysia) Berhad - BAT, atau sebelum itu dikenali sebagai Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Bhd, umumkan akan tutup operasi kilangnya kat Malaysia.

Penutupan operasi kilang itu bakal mengakibatkan pembuangan pekerja seramai 230 orang. Mereka akan diberikan pampasan dan latihan peralihan untuk menyediakan diri mereka terhadap perubahan kerjaya lain selepas ini.

Ada dua buah kilang buat rokok besar di negara kita. Pertamanya yang terbesar adalah BAT. Mereka menguasai sebanyak 62.1% pasaran rokok di negara kita. Kilang buat rokok kedua terbesar adalah JTI Malaysia yang menguasai sebanyak 22% pasaran rokok di negara kita.

Sebab kilang rokok terpaksa tutup
Punca utama BAT buat keputusan untuk tutup kilang rokok mereka di sini dan outsource pembuatan rokok untuk pasaran sini dari kilang rokok di negara lain adalah disebabkan kos pembuatan yang meningkat dan mereka sudah tidak mampu bertahan lagi.

Hasil jualan rokok secara sah dari segi undang-undang telah merosot dengan teruk akibat harga rokok yang meningkat terus menerus dah 3 kali sejak tahun 2013. Ini ditambah lagi dengan adanya GST dikenakan pula pada April 2015 menambahkan lagi parah juaan rokok.

Peningkatan harga rokok
Sejak dari tahun 2013 harga rokok naik 3 kali.

1.. Pada September 2013 harga rokok naik sebanyak 14%
2.. Pada November 2014 nak lagi dengan kadar 12%
3.. Paling hebat peningkatan harga rokok adalah pada November 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak 36%.
Akibat dari kenaikan harga rokok

Apabila harga rokok mula meningkat menjadikan rokok sebagai bahan mewah buat mereka yang ketagih merokok, maka perokok tegar terpaksa cari jalan lain untuk lepaskan gian mereka. Ini ang mereka buat:

1.. Hisap rokok daun. Sebab itu permintaan rokok daun dan tembakau jawa naik secara mendadak sampai sentiasa habis stok rokok daun di kampung. Industri pembuatan rokok daun dan aktiviti impot rokok daun dari Indonesia juga naik secara mendadak.
2.. Hisap rokok seludup. Rokok seludup atau lebih tepat lagi rokok haram dari segi undang-undang telah bersepah muncul di pasaran. Malah ramai orang yang buat duit hasil dari aktiviti seludup rokok haram ini.
3.. Hisap Vape. Ini salah satu sebab kenapa vape menjadi laris sebelum ianya diwar-warkan sebagai benda haram oleh semua khatib membaca khutbah di seluruh negara. Kalau para khatib tak buat begitu, tentu jualan vape ini jauh lebih meningkat dan akan lahir pula orang kaya baru hasil dari bisnes jual vape.
Bagi yang boleh tahan ketagihan bolehlah berhenti terus dari merokok. Kenaikan harga yang terlalu tinggi itu boleh dijadikan satu alasan kuat untuk berhenti merokok. Berbahagialah mereka yang berjaya melakukannya.

Macam yang saya sebut kat atas tadi, aktiviti seludup dan jual rokok haram berleluasa sekarang. Ianya menjadi lebih rancak sekali termasuklah munculnya kilang buat rokok secara haram di negara kita.

Dan kesan yang paling penting adalah pendapatan kerajaan hasil dari aktiviti jualan dan pembuatan rokok merosot dengan terusk sekali. Bila kilang BAT tutup, maka bertambahlah merosotlah lagi pendapatan negara dari cukai pembuatan rokok dan jualan.

Aktiviti jualan rokok secara haram meningkat dan orang masih tetap hisap rokok dengan membeli rokok seludut sedangkan pendapatan kerajaan hilang walaupun aktiviti merokok tak berapa hilang sangat dari rakyat Malaysia.

Kilang buat kotak rokok juga terkesan
Pembekal terbesar kotak rokok untuk BAT adalah syarikat Tien Wah Press Holding Berhad. Satu lagi syarikat tersenarai di bursa saham yang terkesan sebab secara automatik dia hilang punca pendapatan yang amat besar dari BAT.

Dengar khabar dia dah mula shift perniagaan pada bidang ain pula. Itupun dia bernasib baik sebab syarikat tersebut sebenarnya amat kaya dan banyak duit. Dia cash rich kata orang putih hasil dari mengaut keuntungan dah lama dari buat kotak tokok untuk BAT. Tak ada masalah untuk syarikat itu nampaknya.

Kita tunggu pula selepas ini hala tuju satu lagi kilang buat rokok besar negara iaitu JTI samada dia juga akan bungkun atau tidak. Menurut kata JTI, jualan mereka merosot teruk sampai 20% selepas kenaikan ketiga harga rokok.

Mereka dah sampai ke titik akhir buat untung nampaknya. Industri buat rokok sudah tidak lagi mewah dan menguntungkan buat pembuat rokok secara sah di Malaysia.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Kes Pertama Maut Akibat Strok Haba
siakapkeli.my

Segamat: Seorang pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini, semalam, selepas Allahyarham pitam pada majlis suai kenal kelmarin.

Menurut Pegawai Latihan Luar Pusat Latihan Polis Segamat di Batu Anam, Asisten Superintendan Muzammil Mohammad Mor, Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas pitam dan disedari oleh rakan-rakan pelatih ketika majlis suai kenal di kawasan padang kawad di pusat latihan itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

"Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, arwah masih bujang dan berasal dari Tanjung Kling, Melaka.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampung halaman oleh keluarga terdekat untuk dikebumikan.

Allahyarham antara 467 pelatih konstable lelaki yang didaftarkan diri ke PULAPOL di Segamat yang dijangka menamatkan latihan asas kepolisan pada 11 September ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr Aman Rabu mengesahkan pihaknya menerima pesakit dan punca kematian adalah akibat strok haba yang menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi. - Siakapkeli.my

Sekolah Tutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celcius Melebihi 3 Hari
siakapkeli.my

PUTRAJAYA, 18 Mac - Jawatankuasa khas yang ditubuhkan berikutan cuaca panas yang melanda negara hari ini mengeluarkan garis panduan tetap mengenai pelan tindakan menanangi gelombang haba merangkumi tiga peringkat amaran yang berkuat kuasa serta merta.

Menurut pengerusi jawatankuasa khas itu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, garis panduan itu melibatkan semua pihak berkaitan termasuk tindakan oleh Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di sesuatu kawasan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam, iaitu dalam amaran peringkat kedua.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata 'Kecemasan Gelombang Haba' pula akan diisytihar di sesuatu kawasan jika suhu meningkat melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih tujuh hari.

"Bagaimanapun, pelan tindakan bagi menghadapi situasi buruk seperti itu akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal melibatkan semua kementerian dan agensi terlibat pada Isnin depan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Selain itu beliau juga berkata, pada amaran peringkat pertama, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengeluarkan amaran gelombang haba jika suhu sesuatu kawasan itu melebihi 37 darjah celcius selama 72 jam.

"Kementerian Pendidikan seterusnya boleh mengeluarkan arahan untuk menghentikan aktiviti pelajar di luar kelas seperti aktiviti kokurikulum, perhimpunan, perkhemahan dan sebagainya," katanya.

Wan Junaidi berkata pada peringkat itu, nasihat akan turut dikeluarkan kepada orang ramai untuk mengehadkan aktiviti luar terutama bagi warga emas dan kanak-kanak, menghentikan segala aktiviti sukan di tempat terbuka, nasihat keselamatan pekerja dan nasihat berkaitan masalah strok haba.

Beliau berkata, amaran peringkat kedua pula dikeluarkan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan yang merangkumi arahan penutupan sekolah.

"Pada peringkat ini, jawatankuasa khas akan bermesyurat untuk bincang tindakan kecemasan) bagi menangani cuaca panas melampau yang berpanjangan dan impak kepada pelbagai sektor," katanya.

Wan Junaidi juga berkata ramalan Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun.

Secara ringkasnya, ini garis panduan yang diberikan :

a.. Peringkat 1 : Suhu melebihi 37 darjah celcius selama 72 jam
a.. Arahan menghentikan aktiviti luar akan dikeluarkan
b.. Peringkat 2 : Suhu melebihi 37 darjah celcius melebihi 72 jam
a.. Arahan untuk penutupan sekolah
c.. Kecemasan Gelombang Haba : Suhu melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih 7 hari
a.. 'Kecemasan Gelombang Haba' akan diistiharkan di kawasan tersebut.
. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SAMBUT PM DI LAPANGAN TERBANG KUANTAN DAPAT RM 50 SAHAJA???
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Wahai anak-anak sekalian jaga ibubapa atau sedara mara

yang dah berumur jgn terjebak sama....skrg musim panas

............ tak
``
pasal-pasal boleh pengsan disebab kan nak kejar

50hinggit.....

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

14 Kenderaan Dirempuh Lori

siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 17 Mac: Sebuah lori yang membawa muatan pasir merempuh 14 kenderaan dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Halim menghala ke pusat bandar berhampiran dengan pintu 3 pintu Istana Negara dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang tadi.

Laporan dari Harian Metro menyebut, lori terbabit yang dipandu oleh seorang lelaki yang berusia 20-an hilang kawalan selepas mengalami masalah brek.

Salah seorang mangsa, Elaine Ng, berkata dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya juga, dia masih trauma selepas dirempuh lebih lima kali sehingga menyebabkan kenderaannya remuk di semua bahagian.

Di dalam kejadian, tiga individu dilaporkan mengalami kecederana luka-luka kecil dan kejadian turut menyebabkan kesesakan jalan hampir dua kilometer. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kerajaan Jimat RM240j Setahun Kerana Pembatalan Biasiswa

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM240juta apabila membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara, lapor Sinar Harian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melalui dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang.

"Purata kos perbelanjaan kerajaan untuk seorang pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk setiap tahun adalah berbeza mengikut negara dan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar," katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Teresa sebelum ini telah bertanya anggaran jumlah kos yang dijimatkan apabila kerajaan membatalkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan jumlah pelajar serta kos terlibat.

Azalina turut menerangkan bahawa kos penajaan bagi seorang pelajar dalam negara adalah antara RM10,350 hingga RM12,690 setahun manakala bagi tajaan pelajar ke luar negara pula antara RM38,115 hingga RM277,515. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kisah Tesco Bukit Mertajam Beri Kerja kepada Pencuri Curi Perhatian Dunia

siakapkeli.my

Bukit Mertajam, 17 Mac - Kisah Tesco Bukit Mertajam yang memberikan kerja kepada seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri kini telah menjadi perhatian dunia.

Beberapa portal telah memuat naik kisah itu dan diletakkan di muka hadapan portal mereka.

Portal Metro.co.uk telah menulis mengenai kisah itu dengan artikel bertajuk : Tesco beri pekerjaan kepada lelaki yang mencuri untuk memberi makan kepada keluarga.

Di portal Independent.co.uk pula, tertera artikel dengan tajuk yang sama.

Selain dari dua portal itu, kisah lelaki berkenaan juga turut dikongsi di Mirror.co.uk dan International Business Time (IBT) Uk.

Baru-baru ini, kisah Tesco memberi pekerjaan kepada seorang pencuri menjadi viral di Malaysia. Difahamkan, lelaki tersebut terpaksa mencuri untuk memberi makan kepada 3 orang anaknya selain terpaksa menjaga isterinya yang sakit.

Pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam yang tersentuh dengan apa yang perlu dilalui oleh lelaki terbabit memberi kerja kepada lelaki itu dan tidak melaporkan jenayah yang dilakukan. - Siakapkeli.my

PENJELASAN PENGURUS BESAR TESCO BUKIT MERTAJAM BILA BANYAK KOMEN NEGATIF ISU BERI KERJA KEPADA PENCURI
ammboi |
ammboi.com
a.. Penjelasan Pengurus Besar Tesco Bukit Mertajam itu beri kerja kepada pencuri! Beberapa hari lepas tersebar berita di media sosial dengan isu seorang lelaki yang ditahan kerana didapati mencuri di pasaraya Tesco Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Namun yang jadi kecohnya adalah lelaki berkenaan tidak dikenakan sebarang hukuman malah beliau telah diberi kerja oleh pihak pengurusan Tesco tersebut memandangkan beliau melakukan kesalahan mencuri makanan di pasaraya itu kerana terdesak.

Ramai yang memberikan ucapan penghargaan kepada pihak Tesco berkenaan diatas tindakan prihatin mereka kepada lelaki terbabit dan keluarganya.

Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan reaksi kurang senang dan menganggap apa yang dilakukan oleh pasaraya itu hanyalah menggalakkan orang untuk mencuri dengan 'alasan terdesak'. Selain itu, mereka juga beranggapan tindakan itu hanya untuk meraih publisiti.

Bagaimanapun menerusi laporan Sinar Harian Online, Pengurus Besar Tesco Bukit Mertajam, Radzuan Ma'asan menjelaskan apa yang pihaknya lakukan itu adalah atas dasar kemanusiaan, bukannya mengejar publisiti semata. Radzuan berkata, dalam soal ini pihaknya tidak berniat untuk mencari publisiti dengan menawarkan pekerjaan kepada lelaki terbabit.

"Kami buat semua ini atas dasar kemanusiaan, bukannya mengejar publisiti. Pihak Tesco sememangnya amat tegas dalam mengendalikan kes-kes sebegini, dan dalam hal ini kita tidak berkompromi.

"Namun dalam kes yang melibatkan lelaki itu, apa yang kami lakukan atas dasar kemanusiaan. Siasatan awal yang kita jalankan sememangnya dia berada dalam situasi memerlukan," katanya.

Menceritakan kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu, katanya, lelaki berusia 31 tahun tersebut ditahan kerana didapati mencuri buah pir wangi berharga RM5.75, buah epal Royal Gala (RM6.57) dan enam botol minuman jenama Ranger 260ml (RM14.99).

"Ketika ditahan dia terus mengaku yang dia ada ambil barang tersebut. Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak kami jumpa kesemua barang itu. Dia langsung tidak berdolak-dalik. Kita pun lakukan proses seperti biasa dan masa tu dia merayu dan memberitahu ada masalah sehingga terpaksa bertindak demikian," katanya.

Katanya, pihaknya juga melakukan siasatan secara terperinci bagi memastikan apa yang dikatakan lelaki tersebut benar.

"Kami dapati dia mencuri kerana tak ada duit nak beli makanan untuk tiga anaknya yang berusia antara dua hingga tujuh tahun yang kelaparan."

"Isterinya juga yang berusia 31 tahun kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bukit Mertajam kerana komplikasi akibat keguguran," katanya.

Mengakui agak terkilan apabila terdapat tuduhan negatif yang timbul rentetan peristiwa itu, Radzuan berkata, ada sesetengah perkara seseorang itu perlu diberi peluang kedua.

"Dalam hal ini, apa yang saya mahukan adalah lelaki terbabit dapat hidup dengan lebih selesa di masa depan. Bukan bermakna kita galakkan dia untuk mencuri.

"Apa yang pihak kami tawarkan kepadanya adalah kecil sahaja, namun saya percaya ia memberi makna besar kepada diri lelaki ini untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik dan terjamin," katanya.

Radzuan berkata, peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan semata-mata berkonsepkan tangkap muat. Saya katakan kepadanya dia boleh hubungi saya pada bila-bila masa, datang bekerja bila-bila masa.

"Tapi dalam perkara ini pihak kami akan pastikan yang lelaki ini akan ditempatkan di bahagian yang sememangnya menjadi kebolehannya, supaya dia dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh," katanya.

Tambahnya, kini lelaki tersebut tinggal bersama abangnya di Alma.

"Kita pun dah pergi sendiri ke rumah dia dan beri bantuan kepada keluarganya. Dan Alhamdulillah, setakat ini ramai pihak yang sudi membantu lelaki ini setelah kisahnya menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu," katanya.

Radzuan berkata, kes yang terjadi ini merupakan pengalaman pertama baginya setelah 24 tahun berkecimpung dalam bidang peruncitan.

"Sebagai insan, kita harus ingat bahawa sekecil-kecil bantuan yang diberikan, maka ALLAH akan beri lebih lagi. Semoga apa yang kami lakukan memberi makna kepadanya," katanya.

Dalam pada itu di SHAH ALAM, jurucakap Tesco berkata, sememangnya lelaki tersebut telah ditawarkan pekerjaan, namun situasi kini tidak sesuai untuknya.

"Kita faham, dia terpaksa menguruskan anak-anak dan menjaga isterinya yang kini berada di hospital. Buat masa ini, biarlah isterinya beransur pulih dahulu dan anaknya kembali semula ke sekolah. Selepas itu, dia boleh datang untuk bekerja," katanya.

Tesco Tawar Kerja Pada Pencuri
bloggercomeldansantai.blogspot

Seorang lelaki yang dicekup mencuri buah-buahan dan air di pasar raya Tesco Bukit Mertajam di sini Rabu lalu sepatutnya dihukum penjara kerana perbuatannya itu.

Namun, kisah ayah kepada tiga orang anak yang mencuri demi memberi makan anak-anaknya yang kelaparan menyebabkan pengurusan pasar raya tersebut akhirnya menawarkan pekerjaan kepada lelaki berusia 31 tahun itu.

Lelaki berkenaan didapati mencuri buah pir wangi berharga RM5.75, buah epal Royal Gala (RM6.57) dan enam botol minuman jenama Ranger 260 mililiter (RM14.99) kira-kira pukul 6.30 petang pada Rabu lalu sambil membawa salah seorang anaknya.

Jurucakap Tesco berkata, tawaran itu diberikan atas dasar kemanusiaan memandangkan lelaki terbabit berdepan pelbagai masalah hidup dan mencuri kerana terdesak.

"Selepas disoal siasat, lelaki terbabit mengaku mencuri kerana tidak mempunyai wang bagi membeli makanan untuk tiga orang anaknya yang ber­usia antara dua hingga tujuh tahun yang kelaparan.

"Isterinya yang berusia 31 tahun kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Bukit Mertajam kerana kom­plikasi akibat keguguran dan diberitakan sedang koma," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Difahamkan sehingga kini sudah dua kali wakil Tesco pergi ke rumahnya di Bukit Mertajam bagi melakukan siasatan lanjut dan didapati keluarga lelaki terbabit dalam keadaan ter­desak.

Menurut jurucakap itu lagi, pihaknya tidak mengeluarkan surat tawaran bekerja sebalik­nya memberi tawaran terbuka kepada lelaki terbabit untuk mula bertugas pada bila-bila masa.

Sumber: Kosmo

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Tahun Enam Muncul Juara Muay Thai Dunia
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

TAIPING: Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Bukit Gantang di sini melakar sejarah apabila mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia di Bangkok, Thailand.

Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin muncul juara kategori itu selepas menundukkan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn dalam perlawanan akhir pada Selasa.
Ayah Iskandar Zulqarnain, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab berkata beliau dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya itu oleh Presiden Muay Thai Malaysia Nooramain Kaw Abdullah.
"Lebih membanggakan apabila diberitahu lawan anak saya memiliki fizikal lebih tinggi selain lebih berpengalaman memandangkan Muay Thai memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Thailand," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Mohamad Ezry A'Zamin yang juga jurulatih sukan Muay Thai berkata kejayaan anaknya itu hasil kesungguhan semasa berlatih dan ia pastinya akan menyuntik semangat Iskandar Zulqarnain untuk terus berjaya.
Katanya Iskandar Zulqarnain yang dijadual pulang ke Perak Sabtu ini akan menyertai kejohanan Muay Thai di Eropah Mei depan. -- Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/pelajar-tahun-enam-muncul-juara-muay.html#ixzz43GFi7YKQ
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Budak 12 Tahun Dari Taiping Tumbangkan Juara Dunia Muay Thai

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

Malaysia mencipta kejutan di bumi Thailand selepas peserta Malaysia, Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia pada perlawanan akhir di Bangkok, semalam.

Lebih manis, kejayaan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering yang lebih mesra dipanggil 'Khuntab Iskandar' itu muncul selepas dia menewaskan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn juara dunia tiga kali, sekali gus menobatkan dia selaku juara pertama pada kejohanan julung-julung kali diadakan itu.

Bapanya, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab ketika dihubungi BH Sukan mengakui terkejut selepas anak sulungnya itu menumbangkan lawannya yang memiliki kelebihan fizikal lebih tinggi.

Ezry yang juga jurulatih Muay Thai berkata, kejayaan Iskandar merangkul gelaran dunia pastinya dapat menyuntik semangat anaknya itu untuk terus memperkembangkan bakatnya dalam sukan tempur terbabit dan membuka mata orang ramai untuk membabitkan diri dalam sukan itu.

Jadual 'pertempurannya' juga sudah dipenuhi hingga hujung tahun ini dengan Iskandar bakal menyertai kejohanan di Eropah yang pastinya menjanjikan cabaran yang besar sebelum ke Uzbekistan dan ke Indonesia pada hujung tahun nanti.

Tahniah daripada kami untuk Zulqarnain Ezry. Teruskan prestasi anda.-thevocket

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Mar 18, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Friday, 18 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Sat Mar 19, 2016 1:17 am (PDT) . Posted by:

"MetalWorks Calibra" azz95

Saya dh cuba. Cam xmenjadi je
On Mar 15, 2016 4:18 PM, "bashah bwasi@yahoo.com [automobil]" <
automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> Admin ,,cuba try email kpd yahoo- beri nama group dan printscreen "target"
> event tu..nanti yahoo tolong delete event
>
>
> On Tuesday, March 15, 2016 3:03 PM, "Nazri Ahtar littlenoti@yahoo.com
> [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
> [Attachment(s)
> <https://us-mg5.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=clm11ugni774d#TopText>
> from Nazri Ahtar included below]
> saya check dalam event tu.....ada macam2 event.....sehingga feb 2024....
> huhuhuhuh.......
>
>
> rgds,
> Nazri Ahtar
>
>
> ------------------------------
> *From:* "Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil]" <
> automobil@yahoogroups.com>
> *To:* "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
> *Sent:* Tuesday, March 15, 2016 12:34 PM
> *Subject:* Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Admin, tolonglah
>
>
> Abg Nazri,
>
> Cuba ni..
> [image: Inline image 1]
>
> Delete event. pastu delete event in series.
>
> [image: Inline image 2]
>
> Cuba dulu..
>
>
> [image: Inline image 3]
> Saya bukan admin.., 😁
>
>
> On Tue, Mar 15, 2016 at 10:28 AM, Nazri Ahtar littlenoti@yahoo.com
> [automobil] <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
> [Attachment(s)
> <https://us-mg5.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=1mnhcq9g79le9#3077299974964754615_TopText>
> from Nazri Ahtar included below]
> Dear Admin,
>
> tolong clearkan event dalam group ni....... banyak sangat kot......
>
> saya dah try delete, tapi 'power&#39; tak ada.
>
> tq.
>
>
>
>
>
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: