Wednesday, March 9, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4425

10 Messages

Digest #4425

Messages

Tue Mar 8, 2016 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari): Teks Khutbah & Cara Salot

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


'Gerhana Matahari' disebut 'Kusuf' (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.

Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai 'sebaik-baik kurun'.

Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. .

Dari Abu Mas'ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.
"Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang."

.

Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi."

.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah."

.

.

Solat Sunat Gerhana Matahari
.

Melakukan 'Solat Gerhana Matahari' atau dikenali juga dengan nama 'Solat Sunat Kusuf' adalah 'sunat muakkad' bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

.

Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.

.

Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma'ruf nahi mungkar..

.

Waktu Solat Gerhana Matahari
.

Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana..

A. Pelaksanaan Gerhana Matahari (Kusuf)
.

'Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari' tidak perlu 'Iqamah' tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara ketika membaca surah.

.

.

1. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta'ala.

.

2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).

Dari Aisyah r.a. berkata:

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
"Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan mengucapkan "Sami' Allahhu Liman Hamidah", dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: "Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana." (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

.

3. Dilaksanakan dengan dua raka'at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka'at.

.

4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

.

5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

.

.

B. Ringkasan Cara Solat Sunat Kusuf
.

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu 'Iqamah' tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan 4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.

Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :

.

1. Cara Pertama
.

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.

.

.

.

2. Cara Ke-Dua
.

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ' ال أدنى ', iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.

.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula (qiam kedua).

Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian rukuk semula (dipanggil rukuk kedua). Apabila bangkit I'tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

.

.

.

3. Cara Ke-Tiga
.

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara membaca tasbih dan surah panjang.

.

a. Rakaat Pertama

.

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca Doa Iftitah.

3. Membaca Ta`awwuz.

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.

6. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

.

.

b. Rakaat kedua

.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.

3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.

5. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca Tasyahud Akhir.

11. Memberi salam.

.

.

Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة
Ishak B. Rahawaih berkata: "Tidak boleh melebihi empat kali ruku' dalam satu raka'at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ruku' lebih dari empat kali."

.

.

.

4. Cara Ke-Empat
Cara keempat Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari), ia didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 4 kali Qiam, 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.

.

1.. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan membaca 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
2.. Disunatkan membaca dengan suara perlahan surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana matahari.
3.. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah, lalu rukuk.
4.. Bangun i'tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
5.. Kemudian i'tidal lagi dengan tu'maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
6.. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
7.. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.

Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ سَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
"Ketika terjadi gerhana di zaman Nabi Muhammad SAW maka diserukan: "Ash-shalaatu jaami'ah (tegakkanlah solat berjamaah)." Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: "Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu." (Hr Bukhari dan Muslim).

.

Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata: "Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara solat gerhana memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat gerhana dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku' dalam setiap raka'at, tiga kali rukuk dalam setiap raka'at, atau empat kali rukuk dalam setiap raka'at." (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)

.

.

Nota
a.. Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
.

.

.

C. Khutbah Solat Gerhana :
.

1.. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
2.. Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
3.. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
4.. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.
.

Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
"Seterusnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: "Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana." (Riwayat Bukhari r.a.)

.

.

Pertembungan Solat
.

Jika gerhana berlaku serentak dengan solat fardhu yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling utama:

.

1.. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
2.. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
3.. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat witir didahulukan solat gerhana.
.

.

Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan dan menunaikan 'Solat Sunat Kusuf' ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana matahari tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.

.

.

Matla' Badrain.

1.. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
2.. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
3.. Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
4.. Maklumat lanjut sila ruju' kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A'lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Artikel Berkaitan:
1.. Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) (Klik Di Sini)
2.. Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf (Klik Di Sini)
3.. Khutbah Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) (Klik Di Sini)
4.. Gerhana Penuh Dan Solat Khusuf (Klik Di Sini)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.

shafiqolbu

# Contoh Isi Khutbah Gerhana

Khutbah pertama:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini; dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk jikalau Allah tidak memberi petunjuk kepada kami. Sesungguhnya, telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran. Diserukan kepada mereka, "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan amalan yang dahulu kamu kerjakan."

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، وَهُوَ الْقَائِلُ سُبْحَانَهُ: يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ. إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ. وَمَآأَمْرُنَآ إِلاَّ وَاحِدَةٌ كَلَمْحٍ بِالْبَصَرِ.

وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَهُوَ خَيْرُ الْبَشَرِ، وَصَاحِبُ الْحَوْضِ الْكَوْثَرِ،

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ الْمُطَهَّرِ، وَعَلَى مَنْ صَاحَبَهُ وَأَزَرَهُ وَوَقَرَ، وَعَلَى التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ فِيْ كُلِّ أَثَرٍ، إِلَى يَوْمِ الْمَحْشَرِ.

أَمَّا بَعْدُ؛ عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَاتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ.

Isi khutbah:

إن الشَّمس و القَمَر آيتانِ مِنْ آيَاتِ الله لاَ تنْخَسِفَانِ لِمَوتِ أحد. وَلاَ لِحَيَاتِهِ. فَإذَا رَأيتمْ ذلك فَادعُوا الله وَكبروا وَصَلُّوا وَتَصَدَّ قوا".

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo'alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah."

يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِىَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِىَ أَمَتُهُ ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

"Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah karena ada seorang hamba baik laki-laki maupun perempuan yang berzina.

Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kalian mengetahui yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis."

Khutbah kedua:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi serta mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.

وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. أَيـُّهَا النَّاسُ، اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. أَمَّا بَعْدُ؛

Do'a khutbah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

"Ya Allah, ampunilah kaum mukminin laki-laki dan wanita, kaum muslimin laki-laki dan wanita, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal. Sesungguhnya, Engkau adalah Dzat yang Maha Mendengar, Mahadekat, Dzat yang mengabulkan doa."

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالْإِيْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلًّا لِلَّذِيْنَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

"Ya Rabb kami, berilah ampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu sebelum kami, dan janganlah Engkau membiarkan ada kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."

اَللَّهُمَّ آمِنَّا فِيْ أَوْطَانِنَا وَأَصْلِحْ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ أُمُوْرِنَا وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيْ مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ وَاتَّبَعَ رِضَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ وَلِيَّ أَمْرِنَا لِهُدَاكَ وَاجْعَلْ عَمَلَهُ فِيْ رِضَاكَ، وَارْزُقْهُ الْبِطَانَةَ الصَّالِحَةَ النَاصِحَةَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

"Ya Allah, berilah kami keamanan di negeri kami, jadikanlah pemimpin kami dan penguasa kami orang yang baik. Jadikanlah loyalitas kami untuk orang yang takut kepada-Mu, bertakwa kepada-Mu, dan mengikuti ridha-Mu, yaa Rabbal 'alamin. Ya Allah, berikanlah taufik kepada pemimpin kami untuk menempuh jalan petunjuk-Mu, jadikanlah sikap dan perbuatan mereka sesuai ridha-Mu, dan berikanlah teman dekat yang baik untuk mereka, yaa Rabbal 'alamin."

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

"Ya Allah, ampunilah kami dan kedua orang tua kami, serta berilah rahmat kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil."

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِيْ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ

"Wahai Rabb kami, ampunilah dosa-dosa kami dan segala tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, teguhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami atas kaum yang kafir."

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Wahai Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami dari siksa neraka."

وصلى الله على نبينا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Ini Senarai Bandar Yang Dilalui Gerhana Matahari Total di Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Beritafresh.com - tarikh 9 Mac esok lusa akan terjadi Gerhana Matahari Total yang melalui garis khatulistiwa (equator). Gerhana matahari total yang terjadi puluhan tahun sekali ini memang sudah lama tak terjadi di belahan buni Asis Tenggara. Selepas tahun 1983 baru 33 tahun selepas berlaku lagi. Ini Artinya ada detik-detik yang sayang untuk dilewatkan pada hari rabu 9 Mac 2016 esok. Hanya saja Gerhana Matahri total ahanya akan kelihatan sempurnya di bawah garis laluannya, iaitu di Lautan Pasifik dan sebahagian besar Pulau di Indonesia seperti Borneo, Sumatera, Sulawesi, dan Maluku. Tewrcatat ada banyak kota yang dapat melihat matahari ditutupi oleh bulan 100% di Indonesia. lantas bagaimana dengan malaysia?

Menurut data yang kami terima dari Lembaga pengulas Angkasa malaysia, di Malaysia memang tak akan terjadi Gerhana Matahari total 100%. Meski demikian, bandar bandar di Malaysia juga akan gelap hari Rabu esok kerana terjadi gerhana Separa yang mencapai litupan 86%. Ada kira-kira 20 Bandar di Malaysia yang dilintasi gerhana Matahari yang Separa ini, dengan peratusan litupan berbeza-beza mulai dari 60-85%. Gerhana Matahari total di Malaysia hanya akan terjadi 80% dari sempurnya. Keadaan itu akan berlangsung kira-kira pagi hari antara pukul 07.00 am hingga 9.30 pm. So persiapkan diri anda untuk menyambut datangnya gerhana matahari separa ini.

Nah sebagai maklumat tambahan, berikut ini info grafik gambaran gerhana Matahari yang akan terjadi di malaysia 9 Maret mendatang.

Rajah Gerhana matahari di Malaysia 9 Maret 2016


Berikut ini senarai bandar di Malaysia yang dilalui gerhana matahari beserta peratusan litupan.

Jadual 1: Keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia

NO LOKASI PERMULAAN GERHANA GERHANA MAKSIMUM PENGHUJUNG GERHANA LITUPAN
(%)
Waktu
Jam:Minit:Saat Waktu
Jam:Minit:Saat Altitud Matahari Waktu
Jam:Minit:Saat
1 Alor Setar 07:30 (r) 08:25:08 13 09:30:22 68
2 Bintulu 07:27:22 08:33:23 28 09:49:16 81.8
3 Georgetown 07:30 (r) 08:24:35 13 09:30:08 70.7
4 Ipoh 07:27 (r) 08:24:24 14 09:30:47 73.7
5 Johor Bahru 07:23:09 08:23:46 17 09:32:44 85.7
6 Kangar 07:31 (r) 08:25:23 13 09:30:21 66.6
7 Kota Bahru 07:27:32 08:26:18 15 09:32:50 68.2
8 Kota Kinabalu 07:32:23 08:40:01 33 09:57:43 72.9
9 Kuala Lumpur 07:24:20 08:23:36 14 09:30:48 79.4
10 Kuala Terengganu 07:26:44 08:26:06 16 09:33:26 71.1
11 Kuantan 07:25:07 08:25:00 16 09:33:00 76.9
12 Kuching 07:24:40 08:29:01 24 09:42:49 86.9
13 Labuan 07:30:59 08:38:09 31 09:55:19 74.9
14 Lahad Datu 07:32:18 08:41:33 35 10:01:11 77.5
15 Melaka 07:23:35 08:23:22 15 09:31:13 82.9
16 Miri 07:28:21 08:34:28 29 09:50:27 79.1
17 Sandakan 07:33:11 08:42:09 35 10:01:25 74.7
18 Seremban 07:23:59 08:23:29 15 09:30:59 81
19 Sibu 07:25:55 08:30:59 26 09:45:40 84
20 Tawau 07:31:05 08:39:56 34 09:59:08 79.4

Fenomena gerhana matahari separa 9 Mac ini

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

Katanya, fenomena itu akan bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh negara.

"ANGKASA dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program gerhana matahari separa bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10 pagi di Planetarium Negara.

"Selain itu, Observatori Negara Langkawi (ONL) akan turut mengadakan program pencerapan gerhana itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Menghulu, Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. Agensi itu berkata, kaca mata gerhana juga akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal secara percuma.

"Objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan menanam minat mengenai astronomi dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena gerhana matahari separa.

"Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan VS 8x42WP Monocular sumbangan Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang bertuah," katanya. ANGKASA berkata, fenomena itu juga boleh ditonton secara langsung pada Rabu depan di laman web iaitu www.angkasa.gov.my.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KERETA MENTERI PARKING DITEMPAT YANG DIKHASKAN UNTUK O.K.U TERSEBAR...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comments:

Anonymous said...
Nko bukan tak tau mentality menteri...........macam bangla.

Anonymous said...
Apa masaalah nya? bukankah menteri itu orang OKU juga? biarkan aje.kah.kah.kah

Raja Kumbang said...
Cer citer sikit menteri/pemandu mana yang buat kerja ni. Lagi satu, no plet tu pakai duit sendiri ke duit kerajaan ke derma. Berapa harga tender yang dibayar?

Anonymous said...
Agaknya menteri OKU cacat otak

Rakyat Diperbodoh said...
Segala etika, rules & law dlm perundangan & penguatkuasaan, khusus di Msua - hanya 'terpakai' utk rakyat marhaen. Diorg - ada kekebalan...

Barangkali, kalau toreh lengan diorg - yg meleleh, darah kaler emas. Buat yg serupa kat kita2 nih - hanya meleleh darah warna merah yg biasa...

Anonymous said...
OKU tu Orang Kuat Umno... tu sebab menteri ni boleh parking...

Anonymous said...
betul tu, menteri menteri OCO!!!!

otaiblues.blogspot said...
driver menteri / menteri vvip oku.ada depa heran?
setakat parking je...bukan ada sape nk saman marah kan depa pun.
menteri ada lah raja.

Anonymous said...
Menteri tu oku juga. Kalau sihat tak kan masih sokong lanun tu.

Anonymous said...
pikiq la sikit pegawai kanan kerajaan pun ada pemandu inikan pulak pak menteri..
pemandu mana ler berape nak pintar
dia bangga bawak menteri dia parking pun ikut kepala biul dia ler

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 7:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penjelasan Isu Seluk Tangan Dalam Mulut Buaya
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

ISU SELUK MULUT BUAYA

Oleh: Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

Sejak akhir-akhir ini timbul semula rakaman video dan gambar di media sosial mengenai upacara menyeluk mulut buaya ini. Isu yang telah berlaku pada 2010 ini diungkit kembali oleh manusia-manusia yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui niat mereka dan kepada Allah SWT jua kami serahkan mereka. Sebagai murid Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, saya terpanggil untuk menjawab isu ini:

1- Acara menyeluk mulut buaya merupakan acara tradisional masyarakat dahulu kala apabila mereka mendapati ada manfaat yang diperolehi iaitu tangan orang yang pernah dimasukkan ke dalam mulut buaya didapati boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu khasnya penyakit kulit dan ulser dalam mulut hanya dengan menyapukannya pada tempat sakit, bukan menyapu dengan lendir buaya tersebut tetapi hanya dengan sentuhan dan usapan. Keberkesanan kaedah ini adalah semata-mata berdasarkan penelitian, pengalaman yang telah diujikaji iaitu sesuatu yang 'mujarrabah' . Pengalaman dan tajribah sememangnya menjadi prinsip utama para pengubat tradisional terdahulu. Oleh kerana itu terdapat pepatah Arab yang berbunyi:
اسأل المجرب ولا تسأل الطبيب
"Tanyalah kepada orang yang melakukan ujikaji (orang yang telah mencuba keberkesanan sesuatu kaedah dan ubat) dan janganlah tanya doktor (yang tidak semestinya melaluinya)".
Maka apabila ada buaya yang ditangkap masyarakat tempatan termasuk orang Asli tidak melepaskan peluang untuk mengadakan acara tersebut beramai-ramai.

2- Acara ini diadakan di Darussyifa' (DS) sebagai aktiviti ekstra kurikulum dan bukan sebahagian daripada pengajian mahu pun pengijazahan DS seperti yang didakwa bahkan ramai penduduk sekitar Bandar Baru Bangi yang turut serta dan mereka bukan ahli DS.

3- Acara ini sama sekali tidak berunsurkan mistik, tahayul dan khurafat. Tiada sebarang mantera atau jampi, yang ada hanyalah bacaan Basmalah sebelum menyeluk mulut buaya. Dalam video kedengaran suara orang berzikir kerana semasa itu juga sedang berlangsung kelas pengajian Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' di surau sebelah atas bangunan DS. Kelas tersebut biasanya didahului dengan solat Hajat, bacaan Yasin, zikir dan doa.

4- Buaya yang digunakan dalam acara ini tidak dizalimi kerana terdapat pihak Perhilitan bersama-sama memantau. Ia direhatkan secara berkala sepanjang acara ini. Buaya tersebut juga dikembalikan ke habitat asalnya dengan selamat. Isu mulut buaya yang dibuka ternganga dengan diikat adalah untuk tujuan keselamatan dan buaya sememangnya binatang yang mampu mengangakan mulutnya berjam-jam lamanya.

5- Dari segi logika pula, kita mendapati buaya merupakan haiwan reptilia karnivor yang makan pelbagai haiwan lain sama ada yang hidup mahu pun yang telah menjadi bangkai. Walau bagaimanapun buaya didapati tidak sakit disebabkan makan bangkai kerana sistem pertahanan dirinya yang kuat. Ini termasuklah air liur buaya yang mampu mengatasi pelbagai kuman dan bakteria seawal makanan itu masuk ke dalam mulutnya. Jika dilihat dengan mata kasar, mulut buaya putih bersih lebih bersih daripada mulut kita (apatah lagi mulut para pemfitnah TG).

Berikut ialah beberapa link yang berkaitan kajian saintifik mengenai buaya di Barat sehingga ada yang membuat antibiotik daripada darah buaya (kita tidak berniat sampai ke situ):

http://crocodilian.blogspot.my/2008/04/antibiotic-factors-in-crocodile-and.html
https://theglyptodon.wordpress.com/2012/12/11/super-antibiotics-from-crocodile-blood/
http://www.medscape.com/viewarticle/775470
http://www.pubfacts.com/detail/21294399/Antibacterial-and-antifungal-activities-from-Siamese-crocodile-blood

6- Kesimpulannya ialah menyeluk tangan ke dalam mulut buaya bukanlah suatu yang bertentangan dengan syarak jauh sekali boleh menjejaskan akidah. Ia hanya bersumberkan pengalaman dan ujikaji para perawat tradisional yang didapati memberi manfaat kepada masyarakat suatu ketika dahulu.

Diharapkan agar selepas ini isu ini tidak lagi dibangkitkan. Kepada para pemfitnah DS dan Tuan Guru, cubaan yang baik. Cuba lagi kalau tidak takut azab Allah..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1077626992257945&id=100000319636123

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 7:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Bila Harga Minyak Turun, Dia Tak Kata Pula Kerajaan Baik" - Luahan Najib.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Kesian. Kesian. Kesian.

Rupanya mengharap kena puji.

KAH KAH KAH

Najib berkata ;

"Kerana kalau kita tak ambil tindakan, kerajaan yang dipersalahkan. Seolah2 bila barang naik, kerajaan salah. Bila harga minyak naik, kerajaan salah. Bila harga minyak turun, dia tak kata pula kerajaan baik. Ini saya nampak tak adil dalam hal ini".

Daripada dulu lagi aku perati je perangai Najib neh. Dia macam tak faham-faham bidang kuasa kerajaan dan had seorang individu biasa macam kita.

Sememangnya kerajaan patut dipersalahkan jika peniaga menipu dan memanipulasi harga jualan product dan perkhidmatan mereka.

Ini kerana kita punya ruang undang2 untuk menghukum peniaga-peniaga yang jahat.

Kerajaan siap upah penguatkuasa untuk memantau peniaga2 tersebut kan. Dah kalau tak ambil tindakan bermaksud tak menjalankan tugas. Bila tak menjalankan tugas apa salahnya rakyat menyalahkan kerajaan? Duhh Najib. Ko neh dah kenapa.

Tentang harga minyak naik ataupun turun, kan ko sendiri yang tetapkan bahawa harga minyak sekarang akan dijual mengikut pasaran dunia.

Kalau harga minyak naik memang kerajaan salah sebab tarik subsidi dan sampai sekarang gagal mengemukakan sebarang subsidi gantian. Kononnya nak perkenalkan subsidi bersasar. Haram. Tarik balik beberapa subsidi lain lagi la ada selepas subisid petrol dimahsuhkan. Tak fikir ke kesan kenaikan minyak terhadap golongan miskin dan serdahana. Ko kaya takpe la kot. Beg bini pun kalah harga rumah orang miskin der.

Kalau harga minyak turun pasal apa pula nak puji kamu Najib?

Kan ikut harga pasaran dunia. Ko yang janji begitu. So ko kena la tunaikan kata-kata ko sendiri. Sendiri yang tetapkan polisi sendiri minta dipuji. Tak adil apa bendanya tah.

Kadang macam sewel gak aku tengok ko neh Najib. Btw, betul ke ISIS nak culik ko? Bukan pe. Aku baca komen-komen di wall efbi tadi. Nampak gayanya ramai yang meredhai andai benar ISIS mahu menculik kamu. Malahan ada yang minta agar dipercepatkan. Hilang sudah satu masalah negara.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cuaca Panas Landa Negara Dijangka Kembali Normal Bulan Jun - MET Malaysia
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Ketika ini cuaca panas dilaporkan melanda negara dan menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail, cuaca panas ini akan kembali normal pada bulan Jun ini.

Memetik laporan Berita Harian, cuaca panas ini berlaku berikutan fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca menjadi panas dijangka kembali normal mulai bulan itu.

Fenomena El Nino yang dikesan berlaku pada Disember tahun lalu hingga bulan Januari didapati mula menurun dan dijangka terus menjadi lemah, katanya.

Che Gayah turut memberitahu bahawa peralihan monsun pada bulan April ini juga dijangka akan mengurankan kesan cuaca panas ini kerana hujan dan ribut petir diramal kerap berlaku terutama pada waktu petang.

"Namun walaupun El Nino berada dalam keadaan neutral mulai bulan Jun, negara akan mengalami musim kering semasa monsun barat daya dari bulan Mei hingga September," katanya.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Undi Tidak Percaya Terhadap MB Terengganu Ditolak
siakapkeli.my

Kuala Terengganu, 8 Mac: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-13 hari ini.

Ahmad Said mengemukakan usul itu ketika berucap membahaskan ucapa terima kasih terhadap titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong kemudian menagguhkan persidangan DUN untuk mengkaji butirannya mengikut perlembagaan undang-undang tubuh negeri.

Sidang ditangguh 1 tengahhari hingga 2.30 petang ini dan dewan dijangka membuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu. - Siakapkeli.my

Kemaskini

Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyambung sidang petang ini, menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang diusulkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada hari ini.

Disebabkan Takut.. Dewan Rakyat Tolak Soalan Peguam Negara?
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Addin Deen

Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan tindakan Dewan Rakyat menolak soalan menyentuh berkenaan siasatan Peguam Negara Switzerland berhubung dakwaan penyelewengan AS$4 bilion wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara soalan yang ditolak adalah daripada ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan permintaan dan bantuan yang diperlukan peguam negara Switzerland berhubung siasatan isu tersebut.

Selain itu, turut menerima nasib sama ialah ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang bertanyakan perkara sama kepada Najib.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman turut menerima nasib sama.

Usul berkenaan meminta Najib menyatakan status wang baki daripada derma RM2.6 bilion yang tidak dipulangkan.

Pertanyaan mereka ditolak atas alasan sesuatu petanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji, atau keji yang mengandungi kalimah-kalimah yang mengelirukan, menyindir, atau menyakitkan hati ataupun mengenai perkara-perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Salinan makluman soalan-soalan yang ditolak itu ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Lim ketika tamat sesi pertanyaan soal jawab lisan di Dewan Rakyat bangkit mempersoalkan kewajaran soalannya ditolak kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar bagaimanapun berkata pihaknya akan meneliti perkara itu sebelum memberikan makluman balas kepada pertanyaan beliau.

Sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 7:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



5 Sekeluarga Terpaksa Berumah Dalam Kereta di Stesen Minyak
siakapkeli.my

Kulim - Kerana tekanan kewangan, lima sekeluarga terpaksa menjadikan kereta sebagai tempat berteduh mereka kerana tidak mampu untuk menyewa sebuah rumah, lapor Guang Ming Daily.

Khor Sze Yuan, 38, bersama isteri dan tiga anak mereka yang berusia antara 11 bulan dan 5 tahun telah dilihat berumah di kereta terbabit yang berada di sebuah stesen minyak dari bulan lepas.

Khor berkata, dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah mertuanya selepas dia tidak mampu membayar sewa setelah dia berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya.

Khor, yang sebelum ini berpendapatan RM900, mengambil keputusan berhenti kerja selepas pengasuh anak-anaknya menaikkan yuran dari RM550 ke RM850.

Keluarga itu kini bergantung kepada isterinya yang bekerja sebagai janitor. Khor berharap dia boleh mencari kerja dan menyewa sebuah rumah untuk keluarganya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 7:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pembantu Rumah Buat Kek Nak Bawa Balik Ke Indonesia, Bila Kami Belah Kek Itu Rupa-Rupanya..
siakapkeli.my

Sudah menjadi lumrah ramai pekerja asing yang datang ke Malaysia adalah semata-mata mencari rezeki dan kebanyakkan wang berkenaan dihantar balik ke negara masing-masing kerana kadar tukaran yang tinggi.

Ada antara mereka yang datang ke sini bekerja berdasarkan "target" dimana bila sudah cukup wang dihantar mereka akan pulang ke negara mereka balik dan dengan wang tersimpan berkenaan mereka boleh jadikan modal berniaga di sana.

Kita ada terdengar majikan bertindak kasar dengan pekerja terutamanya pembantu rumah, namun ianya hanyalah segelintir sahaja di mana ramai majikan yang baik dengan pembantu rumah sehingga menganggap mereka seperti keluarga sendiri.

Kisah kebaikan majikan tersebut samalah seperti kebaikan keluarga lelaki ini yang menganggap pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri namun secara tiba-tiba pembantu rumahnya meminta untuk pulang ke negaranya Indonesia kerana katanya anaknya sakit.

Namun mereka terpaksa merelakan dia balik, tetapi disebalik itu rupanya ada 'udang sebalik batu', ada misteri di dalam sebijik kek yang dibuat pembantu rumah berkenaan yang hendak dibawa pulang ke Indonesia.

Semasa dipertengahan jalan menuju ke lapangan terbang di mana pembantu rumah berkenaan terlupa untuk mengambil keknya itu dan bertegas mahu berpatah balik semula. Apakah misteri dengan kek berkenaan?

Jom kita baca.

Apapun tidaklah semua pembantu rumah seperti itu, apa yang diceritakan ini jadikan sebagai peringatan, Admin pun dulu ada maid, dah hantar balik sebab anak sakit juga katanya, tapi tak ada pula barang hilang. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 8, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 08 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Wed Mar 9, 2016 12:22 am (PST) . Posted by:

"MetalWorks Calibra" azz95

cikgu pun nak jadi hakim jpj

2016-03-06 23:58 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *Guru Bagi RM2 Selepas Belasah Pelajar*
> kitabantai.info
> Posted by Kita Bantai
>
>
> <https://1.bp.blogspot.com/-LtgXsBSUeOc/Vtuhxh6vjsI/AAAAAAAAU08/Tu3rvx6Xeiw/s1600/muridpukul.jpg>
>
>
> *KEPALA BATAS:* Seorang murid sekolah rendah mendakwa dipukul oleh
> gurunya dan kemudian diberikan RM2 supaya menutup mulut.
>
> Murid Tahun Enam, Khairul Najwan Jamsari, 12, berkata, dia dicekik,
> ditumbuk dan dipijak kerana lewat ke sekolah dan menggunakan basikal yang
> diubah suai.
>
>
>
>
> <https://4.bp.blogspot.com/-VYpqje0S-yM/VtuhfRlQb0I/AAAAAAAAU04/O32-4Y8cvVM/s1600/pelajar%2B%25281%2529.jpg>
>
>
> Katanya dia terlewat beberapa minit ke sekolah di Tikam Batu dekat Sungai
> Petani pada pagi Rabu dan telah ditangkap oleh guru terbabit yang merupakan
> pembantu kanan hal ehwal murid.
> "Guru itu memberitahu saya hendal basikal yang diubahsuai adalah
> melanggari peraturan sekolah. Beliau kemudian memegang leher, menumbuk saya
> dan memijak saya selepas saya jatuh," kata Khairul Najwan ketika sidang
> akhbar yang dianjurkan aktivis sosial, Nor Hasni Saad semalam.
>
> "Beberapa guru yang melihat insiden itu memberikan saya makanan dan
> menasihatkan saya untuk memohon maaf kepada guru itu.
>
> "Selepas saya meminta maaf, dia menghulurkan dua keping wang kertas RM1
> dan memberitahu saya supaya berdiam diri mengenai kejadian itu," katanya,
> sambil menambah bahawa dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya.
>
> Jamsari Mohammad Hassan, juruelektrik berusia 46 tahun, berkata leher
> serta bahagian kaki anaknya lebam manakala mukanya bengkak akibat dipukul.
>
> "Saya berada di Kuala Lumpur apabila isteri saya memberitahu saya tentang
> perkara ini. Saya menghubungi pejabat sekolah untuk mendapatkan penjelasan
> tetapi tidak boleh mendapatkan jawapan yang munasabah.
>
> "Kemudian saya dihubungi penolong kanan dan beliau berkata anak saya
> dipukul kerana dia menunggang basikal dengan hendal yang diubahsuai ke
> sekolah," kata Jamsari.
>
> Jamsari berkata dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis
> Daerah Kuala Muda di Sungai Petani dan juga membawa Khairul Najwan untuk
> rawatan perubatan.
>
> Dia berkata anaknya kini takut untuk pergi ke sekolah dan menggesa Jabatan
> Pendidikan Negeri untuk menyiasat perkara itu.
>
> Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata,
> kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
>
> -Mstar
> <http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/03/06/guru-bagi-rm2-selepas-pukul-pelajar/>
>
> Read more:
> http://www.kitabantai.info/2016/03/guru-bagi-rm2-selepas-belasah-pelajar.html#ixzz4264E4cyv
> Follow us: @kitabantai on Twitter
> <http://ec.tynt.com/b/rw?id=dZ5zIAYISr4RtHacwqm_6r%7Ew%211kqoyi7nxfks&u=kitabantai>
> | kitabantai on Facebook
> <http://ec.tynt.com/b/rf?id=dZ5zIAYISr4RtHacwqm_6r%7Ew%211kqoyi7nxfks&u=kitabantai>
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: