Wednesday, April 20, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4468[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4468
2
Fw: Maut Dipatuk Ular by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: MENCARI DUIT DENGAN MENJADI SYAITAN by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Berbagai Berita Menarik Minggu Ini by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Cubaan Bunuh Anggota Komando? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Apr 19, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BERITA BAIK UNTUK PENGANGGUR DI SHAH ALAM TAPI BERITA BURUK UNTUK TIKUS
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Guna mercun letup mesin deposit tunai..
bloglist-malaysia.blogspot
batuvskayu.blogspot

BAYAN BARU - Sebuah bank yang terletak di kawasan agak sunyi di Pantai Jerjak nyaris mengalami kerugian apabila sebuah mesin deposit tunai diletupkan menggunakan mercun buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kejadian kira-kira jam 3.45 pagi tadi itu disedari penduduk di kawasan perumahan itu yang terkejut mendengar letupan kuat dan kemudiannya menghubungi polis.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, terdapat taburan pasir dihadapan pintu masuk dan juga kawasan hadapan mesin deposit tunai bank berkenaan.

"Polis turut menjumpai sekeping besi penutup mesin deposit tunai yang tercabut dipercayai terkena bahan letupan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, suspek menggunakan sejenis bahan letupan yang dipercayai mercun buatan sendiri jenama pipe bom.

"Kita sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek berseorangan yang menaiki motosikal itu memasuki kawasan bank berkenaan lalu meletakkan sebuah kotak di salah sebuah mesin deposit tunai. Selepas beberapa saat, berlaku letupan menyebabkan pintu dan penutup mesin deposit tunai tercabut," katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun gagal memecahkan mesin berkenaan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 19, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Murid Perempuan Tahun 1 Maut Dipatuk Ular Di Sekolah
siakapkeli.my

Kota Bharu: Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa maut selepas dipercayai telah dipatuk seekor ular di betis kirinya kira-kira jam 10.30 pagi tadi di perkarangan sekolah, lapor Utusan Malaysia.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan dilaporkan telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di Taman Mini sekolah berhampiran kelasnya kerana waktu rehat dan dipercayai telah dipatuk ular.

Sebaik sahaja dipatuk, kanak-kanak itu dipercayai terus melarikan diri masuk kelas sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Menurut ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, ketika dihubungi oleh pihak sekolah tentang anaknya itu, beliau sedang berada di tempat kerja.

"Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan melihat anak sudah tidak sedarkan diri," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Penyanyi Dangdut Maut Dipatuk Ular Ketika Buat Persembahan
siakapkeli.my

JAKARTA 5 April – Seorang penyanyi dangdut Indonesia, Irmawaty atau Irma Bule maut dipatuk ular ketika mengadakan persembahan dangdut bersama ular di Kabupaten Karawang, Jakarta Barat pada malam minggu lalu.

Utusan melaporkan, penyanyi 26 tahun itu sedang menyanyi lagu keduanya apabila dia secara tidak sengaja terpijak ekor ular senduk yang sering dibawanya ketika membuat persembahan. Ular itu kemudian mematuk pahanya.

Bagaimanapun, Irma dikatakan meneruskan persembahannya sehingga akhir dan menolak untuk diberi rawatan oleh bomoh ular ketika berada di belakang pentas.

Rakan Irma, Ferlando Octavion Auzora berkata, selepas selesai persembahan Irma masih lagi boleh berbual-bual dengan rakan-rakan dan tidak mahu dirawat.

Namun sejam selepas itu, Irma mula muntah-muntah dan tubuhnya menjadi kejang.

Menurut Ferlando lagi, Irma dikejarkan ke hospital berdekatan kira-kira pukul 11 malam untuk rawatan kecemasan namun dia disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Polis tempatan berkata, doktor mengesahkan penyanyi dangdut itu mati kerana dipatuk ular.

"Irma menjadi penyanyi jemputan malam itu. Seperti biasa, dia tampil memukau penonton dengan lagunya sambil berjoget bersama ular. Semasa menyampaikan lagu pertama, tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Tetapi ketika sedang men­yampaikan lagu kedua, dia tidak sengaja terpijak ekor ular, menyebabkan ular itu mematuk pa­hanya," ujarnya. – Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 19, 2016 7:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ADA MANUSIA MENCARI DUIT DENGAN MENJADI SYAITAN
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kiriman seorang brother:

"Assalamualaikum pada semua kawan2....ni nak habaq skit...sy merupakan pengguna tegar maju express way@MEX putrajaya KL...kL putrajaya..masa balik kerja ri tu ternampak kayu melintang jalan..sekali ternampak paku terpacak kat papan tu..cara paku kat papan tu umpama mcm sengaja dipaku n diletakkan kat jalan..saya kutip ada 2 tempat berbeza masa tu..tp cuma amik pic kat bukit jalil ja...saya amik papan tu kat lane 1..yg papan tu sy kutip kat selekoh yg berdepan penghadang tu..selekoh kat lane 1..sapa laju mmg xdan elak...ada gak kereta yg langgar..pekara tak diingini leh berlaku jika penunggang moto terlanggar papan ni...waspada pada semua pengguna MEX..ada org cari rezeki cara tak elok huhuhuhu...paku n skru pon ada gak sy kutip time tu..semua lempaq tepi...kalu rasa info ni penting kawan2 bg tau laaa kat kawan2 lain ya...bahaya...biasa depa wat kerja masa org dapat gaji...info tau kat kawan2 yg pakai mex..lorong kecemasan biasa paku n skru banyak..mata mau liaq skit nohhh...share pada kawan2 yg pakai laluan ni ya..tqvm all"

SUMBER

Viral Video 'Pau' Pelajar : Polis Mohon Orang Ramai Tampil Beri Maklumat
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 19 Apr: Polis memohon agar orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berikutan viral video yang memaparkan dua anggota polis yang memeras wang dari seorang pelajar.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata perkara itu dipandang serius oleh pihaknya kerana ianya jelas mencalar kredibiliti pasukan.

"Polis mengesan sebaran video berdurasi dua minit 51 saat memaparkan tindakan dua anggota polis berpakaian operasi memeras wang daripada seorang individu didakwa seorang pelajar

"Justeru, polis memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan insiden itu atau mempunyai maklumat untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

"Polis tidak mengamalkan 'Blue Wall of Silence' (menyembunyikan salah laku) dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana warganya," katanya lagi.

Sebelum ini, video terbabit yang dimuat naik oleh laman Facebook Malaysia Viral Story menjadi viral. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Apr 19, 2016 7:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tambahan 1,200 Kamera AES Akan Telan RM500Juta?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Dianggarkan kerajaan perlu membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut maklumat yang diperolehi Nanyang Siang Pau daripada laman web Jenoptik Robot, pengeluar kamera AES berpangkalan di Jerman, Malaysia membelanjakan AS$53 juta (RM267 juta) untuk membeli 550 kamera AES buat pertama kalinya pada 2012.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan akan menambah 1,200 kamera AES yang memerlukan anggaran kos sebanyak AS$115 juta (RM450 juta).

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, penambahan kamera AES di seluruh negara tidak patut dipolitikkan, kerana ia merupakan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, bukannya untuk menghukum pemandu kenderaan.

Laporan kewangan suku kedua Jenoptik Robot pada 2012 menunjukkan, syarikat itu mendapat kontrak membekalkan 550 kamera AES pada harga AS$53 juta.

Ini bermakna, purata seunit kamera AES menelan belanja AS$96,364 (kira-kira RM375,819).

Jika mengikut kiraan harga itu, kerajaan perlu membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli tambahan 1,200 kamera AES dan kos itu belum merangkumi kadar inflasi lapor FMT

Wanita Terjun Dalam Kandang Harimau Untuk Ambil Topi Jatuh
siakapkeli.my

Toronto, Kanada: Seorang wanita sanggup untuk terjun ke dalam kandang harimau di sebuah zoo di sini hanya kerana hendak mengambil topi miliknya yang terjatuh ke dalam kandang tersebut.

Seorang pengunjung zoo telah berjaya merakam detik cemas berkenaan di mana kelihatan wanita berkenaan berjaya mencapai topinya sebelum naik semula dan harimau hampir berjaya menerkam ke arahnya.

Dia dilihat memanjat pagar dengan pantas untuk melarikan diri dengan memanja keluar dambil diperhatikan haiwan ganas berkenaan.

Pengunjung yang merakam kejadian berkenaan didengar bertanya apa yang sebenarnya berlaku dan kedengaran suara lain mengkritik tindakan wanita berkenaan.

Selepas berjaya keluar dari kandang, kelihatans eorang lelaki telah pergi ke arah wanita tersebut dan memarahinya dengan mengeluarkan perkataan bodoh kerana ia mungkin menjadi contoh buruk kepada kanak-kanak disitu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Apr 19, 2016 7:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Stesen Minyak Nyaris Terbakar, Tong Plastik Yang Sedang Diisi Minyak Disambar Api
siakapkeli.my

KUCHING: Sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Tawi Sli di sini telah digemparkan dengan kebakaran di pam minyaknya selepas tong plastik yang digunakan oleh seorang pelanggan untuk mengisi minyak telah disambar api, lapor Berita Harian.

Namun tindakan pantas pekerja stesen minyak berkenaan telah berjaya mengawal kebakaran daripada menjadi lebih besar kira-kira jam 1 tengahhari itu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketika pelanggan berkenaan mengisi minyak ke dalam tong plastik itu, terdapat sedikit percikan api yang terus menyambar petrol di dalam tangki yang sedang diisi.

"Api yang menyambar tong itu mencemaskan pekerja dan pelanggan stesen minyak itu.

"Bagaimanapun, beberapa pekerja bertindak pantas mengambil alat pemadam api dan berjaya mengawal kebakaran, seterusnya mengelak berlakunya tragedi," katanya. - Siakapkeli.my

Tertekan Pedal Minyak Punya Pasal
siakapkeli.my

KUANTAN, 17 Apr: Empat termasuk seorang pekerja sebuah stesen minyak cedera apabila seorang pemandu tertekan pedal minyak keretanya sebelum merempuh dua buah kereta lain di Jalan Sultan Abdullah dekat sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, dalam kejadian 11 pagi tiu, seorang pemandu kereta jenis Proton Waja dikatakan tertekan pedal minyak kerana mengalami masalah tekanan darah rendah.

"Pemandu kereta itu dikenali sebagai Amran Basir, 64 dan berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa diserang tekanan darah rendah sebelum tertekan pedal minyak kereta dipandunya itu.

"Kereta itu kemudiannya terbabas sebelum merempuh dua kereta lain iaitu kereta jenis PROTON Saga dan PERODUA Myvi yang sedang mengisi minyak di situ," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Empat yang cedera dalam kejadian adalah Amran, pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Nor Nasharudin Mohd Nor, 40 dan Safura Ainy Mohamed Taha serta pekerja warga bangladesh.

"Nor Nasharuddin dan Safura Ainy dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, dekat sini akibat mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan dan terseliuh pada bahagian bahu kiri.

"Amran pula dirawat di Pusat Perubatan Kuantan, manakala pekerja stesen minyak berkenaan, Mohsin Taludar, 42, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 19, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jenazah Rakyat Malaysia Lemas Di Indonesia Selamat Dikebumikan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Mohamad Azfar Tahir (kiri) dan Mohammad Ezzaq Azumi lemas ketika mandi di air terjun Cunca Wulang di daerah Mibeliling di Flores, Indonesia, Sabtu lalu.

BATU CAVES: Suasana suram menyelubungi majlis pengebumian Mohammad Ezzaq Azumi, salah seorang daripada dua mangsa yang lemas ketika mandi di air terjun Cunca Wulang di daerah Mibeliling di Flores, Indonesia, Sabtu lalu.

Ibu kepada Mohammad Ezzaq, Nik Rozaini Nik Mohd Nawi, 46, berkata, kali terakhir dia bercakap dengan anak lelakinya berusia 23 tahun itu adalah dua hari sebelum mendapat tahu anaknya itu telah hilang.
"Kami masih mengharapkan yang terbaik sehingga kami diberitahu bahawa mayatnya telah ditemui pada hari Ahad," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Gombak pada malam Isnin.

Nik Rozaini berkata beliau enggan untuk membenarkan anaknya pergi bercuti ke sana tetapi diberi jaminan bahawa segala-galanya akan selamat.

"Dia beritahu saya bahawa dia telah merancang perjalanan ini kira-kira setahun lalu dan beberapa kali telah menangguhkannya.

"Melihat dia sangat teruja, saya akhirnya memberi restu. Saya menerima ini sebagai sebahagian daripada ketentuan Allah untuk kami," katanya.

Mohammad Ezzaq, anak kedua daripada dua adik-beradik itu dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata kira-kira pukul 10.30 malam.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohamad Azfar Tahir, 23, yang juga lemas dalam kejadian itu, akan dikebumikan pada Selasa.

Mereka berdua bersama-sama dengan dua lagi rakan yang lain, Mohamad Qayyum Pirdous, 23, dari Perak, dan Mohamad Imran Helmy Had, 23, dari Kuala Lumpur, berlepas ke Indonesia pada 11 April.

Difahamkan Azfar terus berenang sebaik sahaja mereka tiba, dan apabila dia tidak timbul, pemandu arah mereka, Wenceslaus Hendro Agung terjun ke dalam kolam untuk mencarinya.

Walau bagaimanapun, apabila Wenceslaus juga tidak berjaya, Mohammad Ezzaq pula terjun ke kolam untuk membantu.

Akhirnya, ketiga-tiga hilang di bawah permukaan air.

Qayyum, yang menyaksikan apa yang berlaku, pergi mendapatkan bantuan dan berjaya menghubungi polis.

Usaha mencari dan menyelamat bermula pada pukul 3 petang Sabtu tetapi dihentikan pada pukul 5 petang apabila hari semakin gelap.

Operasi itu disambung semula pada pukul 6 pagi Ahad dan semua mayat ditemui pada pukul 1 tengahari.

- ALFATIHAH

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/jenazah-rakyat-malaysia-lemas-di.html#ixzz46HGdEizo
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Wanita Maut Terkena Renjatan Ketika Guna Telefon Sedang Dicas
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 17 Apr: Seorang wanita maut terkena renjatan elektrik ketika sedang membuat panggilan menggunakan sebuah telefon yang sedang dicas.

Suhana Mohamad, 30, 'diserang' renjatan elektrik di rumahnya di Taman Desa Baiduri, Cheras kira-kira 11.30 malam Jumaat lepas.

Laporan The Star melaporkan, suami mangsa, Raja Asri Raja Mat, seorang anggota polis unit E8 Bukit Aman sedang tidur ketika kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata Suhana telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di mana dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba oleh kakitangan perubatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Jenazah Suhana telah disembahyangkan di Bukit Aman sebelum di bawa ke Gua Musang, Kelantan untuk pengebumian.

Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun. - Siakapkeli.my

Bergaduh Nak Bantu Dua Gadis Terbabit Kemalangan
siakapkeli.my

RAWAT: Anggota paramedik memberikan rawatan kecemasan kepada kedua-dua wanita berkenaan

KUCHING: Niat baik untuk membantu dua gadis yang mengalami kemalangan kecil mencetuskan pertengkaran antara dua kumpulan di sebuah pusat komersil baharu di Jalan Pending dalam kejadian yang berlaku awal pagi kelmarin.

The Borneo Post melaporkan, insiden berlaku selepas tengah malam apabila kedua-dua wanita yang berusia dalam 20-an mengalami kecederaan ringan selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas.

Dua kumpulan lelaki yang melepak berhampiran kemudian bergegas membantu kedua-dua wanita dan seorang dari mereka kemudian menghubungi ambulans.

"Bagaimananapun, tindakannya dicemuh seorang pemuda kumpulan berlainan yang mendakwa hanya mahu berlagak di depan kedua-dua gadis terbabit.

"Ekoran itu, berlaku pertikaman lidah seterusnya membawa kepada aksi lasak dan tolak-menolak sebelum kedua-dua kumpulan bertumbuk," kata sumber The Borneo Post.

Keadaan tegang itu cuba dileraikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pusat komersil terbabit yang turut menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

Kehadiran beberapa anggota polis kemudian menamatkan pergaduhan serta merta selepas kedua-dua kumpulan itu lari dengan dengan motosikal masing-masing meninggalkan kawasan kejadian.

Kakitangan perubatan tiba sejurus kemudian dan merawat kedua-dua gadis yang cedera sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my

Tak Sedar Barang Kemas RM100,000 Kena Kebas Selepas Ditepuk 3 Kali
siakapkeli.my

Razali menunjukkan lokasi isterinya menyerahkan barang kemas kepada dua lelaki terbabit. Gambar kecil: Kandungan yang terdapat dalam sampul surat diserahkan suspek kepada Jamilah.

TUMPAT, 11 Apr - Seorang suri rumah tidak sedar barang kemas yang dipakai hilang ketika membeli belah barangan dapur di pasar tani Kok Majid pada pagi kelmarin sehinggalah dia selesai menunaikan solat Asar pada petang hari yang sama.

Suami mangsa, Razali Semail, 54, berkata isterinya, Jamilah Ismail, 51, ke pasar terbabit seorang diri lebih kurang jam 10.30 pagi.

Menurutnya juga, ketika dia singgah di gerai kuih, bahu isterinya ditepuk tiga kali sebelum diberi salam oleh seorang lelaki berkopiah serta berjubah yang muncul bersama seorang lelaki.

Kata beliau lagi, salah seorang dari lelaki terbabit mengajak isterinya ke sebuah gerai berdekatan untuk berbual serta menawarkan rawatan tradisional.

"Berdasarkan apa yang diceritakan isteri saya, dia seperti dipukau dan ikut saja cakap lelaki itu. Dia tak sedar macam mana dia boleh tanggalkan barang kemas dipakai dan menyerahkan kepada dua lelaki itu.

"Isteri saya beritahu dia ada terima sampul surat berwarna coklat daripada lelaki itu," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Bagaimanapun, selepas pulang dari pasar tani, Razali tidak mengesyaki apa-apa berlaku pada isterinya kerana di mampu memasak dan melakukan rutin harian seperti biasa.

"Selepas isteri saya selesai solat Asar, dia keluarkan sampul surat, dia kata barang kemasnya ada dalam sampul itu tetapi bila dibuka, dalamnya ada tisu, pasir, kayu dan besi.

"Isteri saya pengsan selepas menceritakan apa yang berlaku di pasar tani itu, sekarang ini keadaannya masih trauma," katanya.

Katanya, Jamilah kerugian lebih RM100,000 berikutan kejadian itu. Dua rantai leher, tiga gelang tangan, dua loket, empat cincin dan dua gelang kaki dilarikan oleh dua suspek tersebut.

Dalam pada itu, adik mangsa, Sarimah Ismail, 42, berkata dia ada ternampak Jamilah berbual dengan dua lelaki yang tidak dikenali di kaki lima di sebuah kedai roti canai.

"Kedai itu belum buka, saya nampak mereka bertiga berbual, saya letak motosikal berdekatan kedai itu.

"Selepas saya nampak kakak saya bagi isyarat suruh beredar, saya tinggalkan mereka," katanya.

Kemudian, Sarimah berkata dia terserempak kembali dengan kakaknya di tapak pasar tani dan terdengar kakaknya itu merungut tidak sempat mengambil nombor telefon lelaki itu kerana mahu berubat.

"Kakak saya membeli belah seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku, dia tak sedar barang kemasnya sudah dilarikan dua lelaki itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Siakapkeli.my

Polis Buru Wanita Indonesia Disyaki Culik Budak Perempuan 12 Tahun
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang didakwa menculik budak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak kepada pasangan di mana suspek tinggal di negara ini.

Kes berkenaan mendapat perhatian media apabila pemilik Facebook, Farah Nilofer Jamaludin memuatnaik gambar Puteri Nurkyra Izam Abdullah dan wanita warga asing itu.
Menerusi laman media sosial itu, ibu bapa Puteri Nurkyra mendapati anak perempuan mereka dan wanita Indonesia itu hilang dari kediaman mereka di SS19, di sini pada 5.30 pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlin Sadari mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan mereka.

"Kami meminta semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita Indonesia berusia 20 tahun dan budak perempuan itu supaya segera menghubungi polis," katanya sambil menambah pihaknya telah memaklumkan pihak polis di daerah berhampiran berkaitan kes itu.
Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai penculikan.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi talian 03-20529999 atau ke balai polis berhampiran, selain menghubungi keluarga mangsa, 010-400 7375 (Hazery).

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/polis-buru-wanita-indonesia-disyaki.html#ixzz46HGOG7uZ
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 19, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



3 Buah Pulau Hilang Semasa Tsunami 2004 Kini Muncul Semula
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

ACHEH: Bebeerapa buah pulau di kepulauan banyak yang dilaporkan telah hilang ketika bencana tsunami besar yang melanda ketika 2004 lalu telah timbul semula.

Sekurang-kurangnya 3 buah pulau telah dikenal pasti telah timbul dipermukaan termasuk pulau Jejawi yang dahulunya sebuah pulau yang dipenuhi pohon kelapa.

Menurut seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Hasbi, selain pulau Jejawi banyak pulau lain yang tenggelam kerana Tsunami dan gempa bumi.

"Tiga pulau yang tenggelam akibat tsunami adalah Pulau Jejawi, Pulau Maleno, dan Pulau Gosong Sianje. Jadi, beberapa tahun terakhir Pulau Jejawi ini sudah timbul kembali setelah tenggelam sekitar 10 tahun lebih," kata Hasbi dipetik dari portal Liputan 6.

Walaubagaimanpun, menurut Hasbi ketiga-tig pulau yang ditemui semula itu bukanlah pulau yang didiami manusia ketika gelombang tsunami dan gempa bumi melanda.

"Pulau-pulau itu hanya ditumbuhi tanaman pohon seperti kelapa dan pohon-pohon lainnya.

"Kalau Pulau Sianje belum timbul, namun pada saat terjadi kejadian pasang surut, pelantar minyak milik Pertamina (syarikat minyak Indonesia) yang dibangun tahun 1973 di atas hamparan Pulau Sianje itu kadangkala kelihatan," ujarnya.

Hasbi menyatakan, jumlah pulau besar di kawasan Kepulauan Banyak sekitar 71 pulau, namun akibat gempa bumi dan gelombang tsunami, tiga pulau telah tenggelam.

"Jadi, sekarang jumlah pulau di kawasan Kepulauan Banyak sekitar 68 pulau lagi termasuk dengan Pulau Setan. Jadi, 28 pulau masuk dalam Kecamatan (mukim) Pulau Banyak Barat dan 40 pulau masuk ke wilayah Kecamatan Induk Pulau Banyak," kata Hasbi. -sumber

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/3-buah-pulau-hilang-semasa-tsunami-2004.html#ixzz46HH0sWVx
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, April 03, 2016 11:20 PM
Subject: Fw: Jalan Tar 22 Tahun Hilang Muncul Kembali

Jalan Tar Lama 22 Tahun Hilang Kini Muncul Kembali
siakapkeli.my

Padang Besar: Sebuah Jalan lama yang pernah 'hilang' dan sudah pun dilupakan oleh penduduk kampung selama 22 tahun selepas ditenggelami air akibat pembinaan sebuah empangan telah muncul kembali selepas air tasik berkenaan mulai surut akibat cuaca panas melampau ketika ini.

Jalan yang dianggarkan sepanjang satu kilometer yang terletak di Kampung Sahabat, Tasoh itu telah menjadi jalan penghubung kampung berkenaan dengan batu 12 kira-kira 22 tahun dulu dan kini telah muncul kembali beberapa minggu lalu.

Memetik tulisan oleh saudara Mohd Shah Syah yang merupakan pengulas radio Perlis FM, beliau telah pergi melawat tempat berkenaan di mana jalan itu terakhir digunakan pada tahun 1994 iaitu dua tahun selepas Empangan Timah Tasoh yang terletak berhampiran kampung itu siap dibina.

Laporan Harian Metro Hari Ini

Beliau memuatnaik gambar dengan kapsyen berbunyi "Tengah-tengah empangan Timah Tasoh, 20 tahun baru timbul balik jalan ini, sebelum ini hanya nampak perahu dan bot sahaja(lalu kawasan itu)," tulisnya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 19, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis
siakapkeli.my

MELAKA, 18 Apr: Polis mengenal pasti empat suspek utama dalam kes cubaan bunuh seorang anggota komando Rejiman 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang disini yang ditemui cedera teruk di bahagian muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuh China pada awal pagi semalam.

Setakat ini, polis masih giat memburu keempat-empat suspek yang menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat mengenai punca dan motif kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan.

"Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya sebagaimana lapor BH Online.

BH sebelum ini melaporkan, Koperal Mohd Daud Karim, 26, ditemui penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Kamaluddin berkata, mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya. - Siakapkeli.my

Polis Dedah Faktor Wanita Punca Cubaan Bunuh Komando
siakapkeli.my

MELAKA: Hasil siasatan awal pihak polis telah mengenal pasti faktor wanita adalah sebagai punca utama seorang anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, cuba dibunuh di mana telah menyebabkan kecederaan teruk kerana dipukul di Sungai Timun, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin, lapor Berita Harian.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, pihak polis kini sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai telah terlibat dalam kejadian berkenaan tetapi sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

"Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa.

"Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya.

Sebelum ini, Koperal Mohd Daud Karim, 26, telah dijumpai oleh penduduk kampung di dalam Sungai Timun dalam keadaan cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai berkenaan.

Mangsa telah dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tumpul seperti kayu dan bata oleh keempat-empat suspek di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipaksa memasuki sebuah kenderaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - Siakapkeli.my

Cubaan Bunuh Anggota Komando?
siakapkeli.my

Melaka, 17 Apr: Seorang lelaki dipercayai anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang di sini ditemui dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, lelaki terbabit ditemui dalam sungai tersebut dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.

Difahamkan, mangsa bernasib baik kerana ditemui penduduk kampung sebelum lemas dalam sungai itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata pihaknya ada menerima maklumat berikutan kejadian.

"Bagaimanapun sehingga jam 6 petang ini, belum ada sesiapa membuat laporan dan jika ada laporan dibuat, polis akan membuka kertas siasatan," katanya.

Beliau menasihati agar pihak yang terbabit segera membuat laporan polis. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: