Thursday, April 7, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4456

9 Messages

Digest #4456

Messages

Wed Apr 6, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LEBIH BANYAK RAHSIA JAKEL MUNGKIN TERDEDAH SELEPAS INI

bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Tidak ramai yang ambil peduli mengenai Jakel, sebuah gedung menjual kain dan pakaian ternama yang berpusat di Jalan Masjid India sehinggalah The Wall Street Journal mendedahkan bahawa Najib Razak telah melakukan pembayaran kepada syarikat itu sebanyak AS$14 juta atau kira-kira RM55 juta antara tahun 2011 hingga 2014.

Persepi umum lantas memuncak dengan persoalan paling mudah, apa yang sebenarnya dibeli Najib daripada Jakel dengan bayaran sedemikian banyak itu?

Kalau ia semata-mata untuk pakaian Najib, Rosmah dan ahli keluarganya, tidakkah jumlah itu terlalu besar hanya untuk tempoh empat?

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng kemudian membuat laporan polis terhadap Najib berhubung bayaran yang dibuatnya kepada Jakel Trading itu sebagaimana didedahkan oleh WSJ, juga mengepilkan dengan pertanyaan yang antaranya, apakah pakaian yang dibeli itu untuk Rosmah dan jika sehelai berharga RM10 ribu, apakah ia bermakna sebanyak 5,500 helai telah dibeli sepanjang tempoh empat tahun atau empat helai dalam sehari?

Selain itu, Lim Lip Eng juga meminta polis menyiasat daripada mana Najib memperolehi wang sebanyak itu yang diangggap jauh berpadanan dengan gajinya sebagai Perdana Menteri yang dianggarkan kira-kira RM273,912 setahun serta kemungkinan ia berkaitan dengan unsur-unsur rasuah, pengelakan cukai dan penggubahan wang haram.

Baik Najib mahu pun Jakel, kedua-duanya masih berdiam diri sehingga ke hari ini. Yang ada bersuara hanyalah sebuah portal pro Najib yang mengatakan bayaran puluhan juta itu adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan yang disampaikan kepada pertubuhan bukan kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian anak-anak yatim dan sayap-sayap politik.

"Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri.

"Jika benar ia kegunaan peribadi, berdasarkan harga pakaian di Jakel yang dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib mungkin terpaksa menyewa gedung untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut," kata portal itu lagi.

Ternampak bahawa portal itu sama ada sengaja melindungkan fakta atau pun tidak pernah sama sekali berkunjung ke gedung Jakel.

Perlu diberitahu bahawa harga pakaian di Jakel bermacam-macam peringkat, ada yang dalam kemampuan rakyat biasa membelinya, tetapi ada juga yang mencecah puluhan ribu ringgit sehelai di mana rakyat biasa hanya mampu menengoknya saja.

Selain itu, jika portal yang diketahui ada "tuan besarnya" itu mengatakan "belum ada orang gila membeli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri", mereka seharusnya tidak lupa bahawa Ahmad Maslan juga pernah berkata, "tiada Perdana Menteri yang begitu bodoh mahu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya" ketika isu wang RM2,600 juta mula-mula didedahkan dahulu.

Jika akhirnya terbukti bahawa Najib tidaklah begitu cerdik dengan membenarkan wang beribu-ribu juta dimasukkan ke akaun peribadinya, maka janganlah hairan jika kegilaan membeli pakaian berpuluh-puluh juta ringgit juga boleh menjadi amalan beliau dan keluarganya.

Lagi pula, bukankah kos bercuti, membeli barang kemas dan bermewah Najib dan Rosmah, sebagaimana yang didedahkan oleh media-media antarabangsa juga turut mencecah puluhan juta ringgit jumlahnya?

Bagi mereka yang tahu, hubungan Jakel dengan keluarga Najib bukanlah asing sebenarnya, walaupun ia boleh dikatakan hubungan yang agak baru saja terjalin.

Jakel bukan saja dilaporkan biasa menghantar kain-kain baru dan terpilih ke rumah Najib untuk kegunaan keluarga Perdana Menteri itu, malah dalam tahun-tahun terakhir ini dikatakan syarikat itu turut mendapat manfaat lain daripada hubungan tersebut.

Mereka yang rapat dengan Jakel ada memberitahu, syarikat itu yang hanya dikenali sebagai peruncit dan pemborong kain serta pakaian turut memiliki berpuluh-puluh keping tanah di sekitar Kuala Lumpur sekarang ini.

Antara tanah yang dipercayai milik Jakel itu ialah terletak di kawasan Setapak, Cheras dan Bandar Tun Razak dengan sebahagiannya sudah mula dibangunkan dengan pembinaan kondominium mewah dan separuh mewah.

Dengan mulanya terdedah sejumlah wang yang besar dibayar oleh Najib kepada Jakel dan hubungan itu terus menjadi bualan ramai, adalah dijangkakan lebih banyak perkara lagi mengenai syarikat itu akan terbongkar selepas ini.

Sama ada Najib dan Jakel berdiam diri atau cuba memberi apa-apa respon mengenainya, sorotan umum kini lebih menarik perhatian lagi, bukan saja mengenai apa yang diperolehinya daripada kerajaan tetapi juga siapakah personaliti di belakang syarikat itu yang mempunyai hubungan rapat dengan Seri Perdana.

Yang perlu dipersiapkan juga ialah kemungkinan Jakel akan terus berdepan dengan banyak persoalan dan keraguan, meskipun setelah Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri nanti.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Individu Yang Gambarnya Disebar Kononnya Pencuri Telefon Tampil Buat Laporan Polis
siakapkeli.my

Sejak minggu lalu tersebar sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang lelaki yang mendakwa telefonnya yang hilang berjaya mengambil gambar pencuri yang mencuri telefonnya.

Gambar berkenaan telah tersebar dimedia sosial menyebabkan rata-rata netizen memaki hamun pasangan keluarga berkenaan yang memaparkan gambar seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Menurut lelaki yang memuatnaik gambar berkenaan, gambar tersebut diambil secara automatik selepas menggunakan satu aplikasi keselamatan yang akan mengambil gambar jika gagal kata laluan sebanyak 5 kali berturut-turut dan akan dihantar ke emel pengguna.

Kerana penyebaran gambar berkenaan makan berpusu-pusulah manusia sambil melepaskan kata-kata kurang sopan mereka dipos berkenaan.

Namun, menyedari gambarnya mula tersebar, lelaki berkenaan telah tampil membuat laporan polis dan menafikan dia mencuri telefon berkenaan. — Siakapkeli.my

KEMASKINI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tangkapan RAFIZI adalah berdasarkan Undang-Undang yang diluluskan dalam parlimen

bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

TANGKAP RAFIZI IKUT UNDANG2
( kecuali cara penahanan seperti Rafizi penjenayah)

BERITA penangkapan Rafizi tidak salah dari segi undang-undang dan undang-undang telah menentukan begitu, maka kena akur.

Hakikat yang jelas POLIS juga tidak salah kerana polis melaksanakan undang-undang yang diluluskan dan demikian juga RAFIZI sebenarnya tidak salah, cuma cara polis melayan Rafizi tak sepatut begitu kala Rafizi bukan penjenayah, perampok atau pembunuh yang bahaya.

Siapa yang salah kalau demikian?

Pencipta undang-undang terdiri kalangan 222 YB di Parlimen dan jika sesuatu undang-undang baru itu diluluskan oleh 2/3 ahli parlimen, maka ia tetap jadi undang-undang yang diwartakan dan kemudian pelaksanaannya terserah yang melaksanakan undang-undang itu termasuk hakim2 dan juga polis yang diamanahkan.

Yang harus disalahkan ialah mereka yang meluluskan undang2 itu dan tentu saja mereka yang terdiri dari YB2 Barisan Nasional dan undang-undang itu dinamakan akta OSA yang boleh menangkap mereka yang menyebar bahan2 yang dianggap/takrif SULIT ikut akta OSA itu sendiri.

Seperti yang saya jelaskan RAFIZI telah menyiarkan bahan2 yang dimaksudkan terkait dana terkeluar RM288 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB maka di situ Rafizi terkena dan Rafizi sendiri memang tahu hal ini, tetapi kesan penyebaran itu tentu dia tak menyesal sebab yang diperjuangkannya ialah kepentingan rakyat Malaysia.

Jelas kesan pembongkaran itu dana 1MDB diselewengkan cara tidak benar dan pasti lagi banyak penyelewengan dilakukan, cuma hanya seorang RAFIZI sahaja yang berani meski ia tahu akta OSA itu bakal menghantarnya ke penjara.

Seorang pejuang sejati akan terus berani memperkatakan yang benar dan hanya pejuang bacul sahaja akan mendiamkan diri dan terus mempertahankan pencuri dan perampok khazanah negara bangsa.

Kalau kamu faham maskud saya ini pasti tahu dan lebih mengerti keadaan sebenarnya yang berlaku di Malaysia undang-undangnya bukan kepentingan rakyat ramai sebalik mahu sembunyikan perbuatan bobrok kepimpinan negara.

Demikian yang sebenarnya.

ISMAILY BUNGSU
Sabah
6 april, 2016
7:26am

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tindakan Adam Bangun Tolak Motosikal Ke Garisan Penamat Sentuh Emosi Penonton
siakapkeli.my

Tindakan pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin yang jatuh di selekoh terakhir dan bangun semula menolak motosikalnya sehingga ke garisan penamat di Grand Prix Argentina telah berjaya menyentuh emosi penonton di litar.

Beliau yang mewakili Drive M7 SIC Racing Team bersaing untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan pelumba Sepanyol, Jorge Navarro telah dilihat berjaya memintas pelumba SPA Estrella Galici di selekoh kedua terakhir sebelum terjatuh untuk mengambil selekoh terakhir.

Namun, selepas jatuh Adam dilihat mengambil keputusan untuk menolak motosikalnya sambil berlari terhenjut-henjut menahan kesakitan.

Kerana kegigihannya itu, Adam telah berjaya mendapat kedudukan ke-11 dan ternyata apa yang menarik dia menerima tepukan gemuruh daripada penonton dan juga petugas di pit lane.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mencipta sejarah selepas menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi perlumbaan di MotoGP yang membolehkan lagu kebangsaan buat pertama kalinya berkumandang buat kali pertama pada kejohanan motosikal utama dunia itu. - Siakapkeli.my

Khairul Idham Cipta Sejarah Juara GP Argentina, Dapat Pujian Kerana Lari Dari Arak
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Pelumba motoGP Malaysia, Khairul Idham Pawi yang yang memenangi tempat pertama Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina telah menerima pujian orang ramai apabila dikatakan memberikan contoh menarik kepada pelumba Islam dan orang lain.

Mana tidaknya, viral hari ini video yang memaparkan tindakannya melarikan diri dari podium bagi mengelakkan dirinya disembur arak yang dibuka oleh pelumba bukan beragama Islam.

Ternyata tindakannya itu mendapat pujian pelayar laman sosial yang beragama Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara luar.

Selain itu, apa yang membanggakan juga, kemenangan Idham sekaligus menyaksikan nyanyian lagu Negaraku berkumandang buat kali pertama pada kejohanan motosikal utama dunia itu.

Bagaimanapun nasib amat tidak menyebelahi seorang lagi pelumba negara iaitu Adam Norrodin apabila dia bersaing untuk tempat kedua telah terjatuh pada selekoh terakhir iaitu hanya 20 meter dari garisan penamat. -Sumber

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/khairul-idham-cipta-sejarah-juara-gp.html#ixzz44rjLrNoh
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Pelumba Moto3 negara cipta sejarah MotoGP Argentina
bloglist-malaysia.blogspot.
batuvskayu.blogspot

KUALA LUMPUR - Khairul Idham Pawi mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal pagi ini.

Pelumba berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia ini mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.

Pelumba Sepanyol, Jorge Navarro yang mewakili pasukan Estrella Galicia 0,0 Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 42'1.622 saat dan 42'5.512 saat.

Seorang lagi penunggang Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 walaupun terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan.

Khairul Idham yang beraksi buat kali ketiga dalam Moto3 teruja dengan kemenangan tidak dijangka itu.

"Saya gembira dan bersukur dengan keputusan ini dan teruja dengan kemenangan pertama ini. Saya tidak rasa tertekan. Saya mencuba yang terbaik untuk fokus dan mendahului perlumbaan," katanya.

Pelumba muda itu mencipta pusingan keempat terpantas dalam sesi kelayakan pada Sabtu tetapi turun ke tangga ketujuh dalam grid permulaan selepas menerima penalti kerana mengayuh perlahan dalam sesi latihan bebas pada Jumaat.

Kemenangan ini menyaksikan Khairul Idham memungut 25 poin untuk berada di tempat keempat sementara Adam kekal di tangga ke-19 dengan lima poin selepas leg kedua kejohanan.

Litar Amerika di Texas Tengah, Amerika Syarikat akan menjadi leg ketiga dari 8 hingga 10 April ini. - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pejaga Gol Melaka Tidak Sedarkan Diri Disambar Petir Ketika Latihan Di Padang
siakapkeli.my

MELAKA: Penjaga gol simpanan Melaka United (MU), Marco Stefan Petrovski, 18, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas disambar petir ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden 2016 di Padang Sepuluh di Krubong, di sini, kira-kira 5 petang semalam, lapor Berita Harian.

Ketika kejadian, pemain naturalisasi berkenaan sedang berada dipadang untuk latihan bersama 27 pemain lain, ahli fisioterapi dan jurulatih di padang berkenaan bermula jam 4 petang sebelum hujan lebat.

Pengurus Pasukan Piala Presiden 2016, Khairi Anuar Ahmad berkata, Marco Stefan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Menurutnya lagi, seorang permain Melaka United ,Muhammad Afiq Azuan, 21, yang merupakan pemain pertahanan turut terkena tempias petir dan ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital sama.

"Saya dimaklumkan, Muhammad Afiq dalam keadaan sedar, namun tidak stabil. Dia kini dipantau di Jabatan Kecemasan dan Trauma," katanya.

Beliau berkata, jurulatih G Torairaju dan ahli fisioterapi, Ahmad Faisal Miswan, 24, turut merasai renjatan petir, namun tidak mengalami kecederaan. - Siakapkeli.my

Terkini

Penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski kini dalam keadaan stabil tetapi masih belum sedarkan diri selepas dipercayai dipanah petir ketika menjalani latihan di Krubong, Melaka kira-kira pukul 5 petang semalam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Khairul Anak Murid PASTI Yang Berjaya Hingga Ke Argentina.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

DARI PASTI KE ARGENTINA

Tatkala mendapat berita seorang anak muda tanah melayu mengharumkan nama negara di litar moto3 Argentina, tentunya kita sebagai rakyat berkongsi kegembiraan. Bukan mudah anak melayu untuk bersaing dengan bangsa lain di peringkat antarabangsa.

Namun yang lebih mengujakan bagi saya ialah saat beliau lari dari podium ketika pelumba-pelumba lain meraikan dengan semburan arak. Hampir menitis airmata kebanggaan.

Anak muda ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, tetapi nama Islam juga. Umurnya belum mencecah 18 tahun, tetapi sudah tahu halal haram melebihi kebanyakan orang dewasa.

Tentu sekali reaksi spontan beliau adalah hasil didikan yang diatur oleh ibubapanya sejak kecil. Tanpa ilmu agama, masakan beliau sanggup lari dari pentas juara itu disaat sedang kegirangan meraikan kemenangan dengan disaksikan seluruh dunia.

Ibubapa Khairul Idham Pawi sedar kepentingan agama untuk anaknya. Dari kecil lagi, mereka telah menyediakan ilmu agama buat cahaya mata yang dikasihi. Tahukah anda, rupa-rupanya anak muda ini adalah lepasan pelajar PASTI Nurul Iman di Kg Gajah, Perak. Bukan sahaja dia, malah adiknya yang juga pelumba cubprix profesional juga dihantar ke PASTI.

Sebut sahaja PASTI, semua orang tahu inilah antara pusat asuhan kanak-kanak berasaskan Islam paling lama bertapak di Malaysia. Ianya milik parti PAS. Di PASTI, sebelum mumayyiz lagi pelajar sudah diajar kenal tuhan. Mereka sudah dibiasakan dengan al-Quran, dipenuhi dengan hafalan hadis-hadis dan doa serta dididik dengan halal haram yang asas. Maka tidak mustahil reaksi Khairul Idham itu adalah hasil didikan yang diperolehi semenjak PASTI dahulu.

PASTI menjadi bukti, PAS bukan sekadar parti yang memperjuangkan politik. PAS hakikatnya adalah gerakan Islam, yang meletakkan perjuangannya di atas tiga paksi utama iaitu tarbiyah, dakwah dan politik. Cuma nama sahaja 'parti' kerana berdaftar untuk membolehkan gerakan ini memasuki pilihanraya.

Kalaulah matlamat PAS sekadar berpolitik, mustahil ahli PAS sanggup berhabis jutaan ringgit membangunkan PASTI yang wujud di seluruh Malaysia. Apa yang boleh anak 6 tahun ke bawah sumbangkan kepada PAS dalam pilihanraya? Mereka hanya boleh mengundi 15 tahun akan datang. PAS tidak pernah buat akujanji kepada pelajar Pasti, untuk wajib undi PAS apabila mencapai umur 21 nanti.

Yang PASTI berikan kepada mereka hanyalah ilmu agama. Ini kerana PAS juga adalah parti tarbiah dan dakwah. Walaupun merugikan politik, PAS tetap lakukan. Seandainya politik saja yanh dofikir, baik PAS gunakan duit tersebut untuk biayai deposit untuk bertanding di setiap kerusi Parlimen dan Dun.

Alhamdulillah, dengan ketulusan PASTI memdidik manusia mengenal ajaran tuhan, pelajar PASTI kini tidak hanya terdiri dari kalangan anak ahli PAS, malah orang Umno, atas pagar, bukan melayu, bukan Islam serta orang-orang asli di pedalaman hutan turut menghantar anak mereka menerima tarbiah dari PAS.

Walaupun bukan 100% lepasan PASTI berjaya, namun dengan berkat kesungguhan mendidik anak-anak ini, ada alumni PASTI yang sudah bergelar doktor, engineer, peguam, jutawan, atlet, wakil rakyat dan sebagainya. Ini menjadi bukti pusat pendidikan tidak diiktiraf kerajaan juga boleh berjaya.

PASTI diasaskan atas kesedaran dakwah, bukan untuk perniagaan dan mencari untung. Segala pujian saya terhadap PASTI ini tidak dijanjikan sesen pun habuan. Sebaliknya pula, PASTI sentiasa merayu sumbangan untuk menampung kos penubuhan satu demi satu PASTI yang tumbuh merata tempat dek permintaan yang tinggi. Juga untuk meningkatkan taraf PASTI yang telah sedia ada bagi memenuhi kehendak semasa.

Inilah PASTI. Inilah PAS. Maka beruntunglah mereka yang pernah menyumbang untuk perjuangan PAS. Jika benar tercatit di sisi tuhan bahawa apa yang dilakukan oleh Khairul Idham adalah hasil didikan PASTI, semua yang terlibat membantu PAS dan PASTI akan beroleh saham yang sama di akhirat insyaAllah.

Dengan bangganya saya ingin katakan, saya ahli PAS, bekas pelajar PASTI dan kini memilih PASTI untuk anak. Anda pula?

Kepada Khairul Idham Pawi, semoga anda kekal istiqamah mempertahankan jati diri Islam. Anda kini bukan hanya ikon kebanggaan anak muda negara, malah anda juga lambang kebanggaan umat Islam sedunia yang cintakan syariat tuhan.

(Alang Ibn Shukrimun)

Pelajar Ditumbuk Setelah Terlanggar Bahu Rakan, Terima 5 Jahitan
siakapkeli.my

Bentong, 5 Apr: Seorang pelajar lelaki menerima lima jahitan di kepala selepas dia ditumbuk oleh rakan di sekolah menengah di Pelangai dalam kejadian semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, dalam kejadian yang berlaku pada 12.20 tengahhari itu, mangsa yang berusia 15 tahun dalam perjalanan dari dewan sekolah ke bilik darjah.

"Ketika itu mangsa dipercayai terlanggar bahu suspek kerana mahu mengelak tukang cuci yang berada di koridor.

"Bagaimanapun, suspek yang berang secara tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan menumbuknya sehingga terkena bahagian pipi sebelah kiri mangsa," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Akibat tumbukan itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

"Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penumpang Pesawat Dakwa Dapat Nasi Lemak 'Berlauk' Cicak

siakapkeli.my

Selangor, 6 Apr : Seorang penumpang pesawat penerbangan mendakwa menemui seekor cicak ketika dia sedang menikmati makanan itu.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat oleh penumpang terbabit, dalam kejadian 27 Mac itu, dia menaiki pesawat untuk ke Kuching dan telah membuat pesanan makanan dengan menu nasi lemak.

"Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.

"Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan," katanya.

Laporan polis itu serta gambar telah dimuat naik di media sosial.

Menurut penumpang warganegara Pakistan itu juga, dia membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya - Siakapkeli.my

Terkejut Jumpa Bangkai Dalam Sos Cili Ketika Masak Bihun Untuk Penduduk
siakapkeli.my

SUNGAI PETANI - Seorang ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Merbau, Tikam Batu di sini terkejut apabila menemui stu bangkai tikus di dalam bekas sos cili yang dibelinya untuk digunakan memasak bihun kepada penduduk yang menghadiri program ceramah agama di surat tersebut pada petang kelmarin.

Salbiah Saad berkata, dia tidak menyangka bekas sos cili seberat empat kg, yang mempunyai logo JAKIM itu mengandungi haiwan perosak tersebut.

"Saya selalu juga beli sos cili jenama ini sebab ada cop Jakim, jadi tak was-was nak guna. Tak sangka pula ada tikus mati di dalamnya.

"Nasib baik tak jadi masak, kalau tak mesti ramai penduduk kena keracunan makanan," katana sebagaimana lapor Sinar Online.

Salbiah turut berkata dia menemui bangkai haiwan itu bersama 10 penduduk taman terbabit yang sedang sibuk menyiapkan kuah untuk bihun tersebut.

"Lepas dah masuk bahan nak masak bihun, saya baru buka botol sos berkenaan dan nak tuang ke dalam kuali. Tapi sosnya tak keluar-keluar. Lepas itu saya picit-picit botol itu, keluar seketul objek hitam yang menyerupai bangkai haiwan.

"Kami terkejut, tengok-tengok, tikus yang mati dalam bekas sos tu. Memang terus meremang bulu roma dan rasa jijik tak terkata," katanya.

Menurut Salbiah lagi, mantan pegerusi KRT, Mohd Saiful Asri telah membuat aduan kepada KPDNKK dan tindakan bakal diambil ke atas syarikat pengeluar sos tersebut yang beralamat di Perai.

Sementara itu, Imam Surau Al-Kauthar Taman Merbau berharap agar JAKIM menyiasat logo halal itu sama ada sah atau tidak.

"Sejak kebelakangan ini, banyak kes pemalsuan logo halal pada produk makanan yang mengelirukan pengguna, terutamanya Islam yang lebih yakin terhadap produk dengan logo halal ini.

"Selain Jakim, Jabatan Kesihatan Negeri juga diminta untuk menyiasat tahap kebersihan produk dihasilkan syarikat berkenaan kerana ia membabitkan nyawa manusia dan juga semua agensi lain," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 8:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gadis Uniform Putih Bantu Mangsa Kemalangan Dapat Pujian Netizen
siakapkeli.my

Kedah, 30 Mac - Dua keping gambar yang memaparkan seorang gadis beruniform putih membantu mangsa menjadi viral di media sosial.

Menerusi Facebook Malaysia Velai Seivor Sangam, kejadian di dalam gambar itu difahamkan berlaku di Sungai Petani Bedong dan gadis itu adalah seorang pelajar di sebuah universiti tempatan.

Laman Facebook itu juga turut memuji biarpun masih belajar, gadis itu dengan berani tampil membantu mangsa kemalangan biarpun berlainan bangsa dan agama.

Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Kartik Tiben menulis : "Semoga kamu dirahmati Tuhan. Terima kasih kerana membantu."

KugAan VeEmah pula berkata : "Saya tabik pada kamu".

Pengguna Facebook Bensoon Soon pula berkata dia bangga dengan posting seperti ini dan akan berkongsi kisah gadis tersebut.

"Posting seperti ini akan saya kongsi di wall dan saya bangga dengannya".

Selain itu, turut kelihatan beberapa pelajar dari pelajar universiti gadis itu meluahkan rasa bangga di ruangan komen tersebut. - Siakapkeli.my

Malaysia Velai Seivor Sangam - malaysiatamilan
on Wednesday
Inbox Msg

Actually this incident happen at sungai petani bidong ...she is a student at AIMST college .. there's a Indian man who met an accident ... a Malay girl helped him without seeing races .. even though she Dono him at all she did that .. and she just a student only .. I just want this to be published need ur help Bro ..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 6, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Wednesday, 06 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: