Thursday, April 28, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4475

9 Messages

Digest #4475

Messages

Wed Apr 27, 2016 7:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Gabi", "Merarau, "Cicipan" Perkataan Baru Dalam Bahasa Melayu?
siakapkeli.my

27 Apr - Kini, sedang heboh dibicarakan di media sosial tentang satu keratan gambar yang memaparkan beberapa perkataan iaitu "Gabi", "Kudapan", "Cicipan" dan "Merarau", yang dipercayai orang ramai bakal menggantikan beberapa perkataan dalam bahasa melayu.

Keratan gambar itu tersebar di media sosial Twitter dan Facebook.

Perkataan-perkataan 'baharu' itu mendapat pelbagai respon, termasuk respon melucukan dari orang ramai.

Laman Facebook The Patriots pula mengatakan antara perkataan baru itu diambil dari bahasa Iban.

"DBP cuba mengkayakan bahasa dengan menggunakan perkataan-perkataan kumpulan etnik orang asal yang lain", tulis akaun tersebut.

Setelah diteliti di laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), beberapa perkataan yang tersebar sebenarnya sudah berada dalam pangkalan data DBP.

Apa pun, jika benar perkataan-perkataan ini akan digunakan, sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak bertanggungjawab untuk memperkayakan bahasa kita.

Jom Cicipan semua!!. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 27, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



7 Aplikasi yang melambatkan HP anda

bloglist-malaysia.blogspot

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 27, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LUTH - RAFIZI BERSALAH, CEO TUKAR JAWATAN BARU
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta

Walaupun ramai masih terkejut dengan pertembungan kerusi di Sarawak, kita perlu terus membela rakyat sementara isu tersebut diselesaikan. Terbaru ialah berita CEO Tabung Haji dilaporkan akan meletakkan jawatan dan dipindahkan ke GLC lain. Kalau benar, bagi saya ia berita yang baik untuk rakyat. Kepada mereka yang terus menyebarkan konon saya memfitnah Tabung Haji, fikir-fikirlah jika yang saya bawa itu tidak benar, kenapa pula perlu seorang CEO meletakkan jawatan? Bezanya beliau diberi jawatan baru saya diberikan kertas pertuduhan baru ha3. Mohon sebarkan!
26 APRIL 2016
CEO TABUNG HAJI YANG BARU MESTILAH DARI LUAR DAN MELALUI PROSES SARINGAN PARLIMEN
Saya mengambil maklum berita yang disiarkan The Edge Financial Daily hari ini di capaian http://www.theedgemarkets.com/…/ismee-resigns-lembaga-tabun…mengenai keputusan Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji yang akan meletakkan jawatan mengikut sumber akhbar kewangan tersebut.

pendedahan Rafizi menyebabkan CEO ini meletakkan jawatan tapi dapat jawatan baru...
Saya tidak terkejut dengan berita tersebut kerana saya memang telah mendengar ura-ura ini sejak sebulan yang lalu semasa persidangan Parlimen yang lepas pun.
Jika benar, ia merupakan satu kemenangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kesemua isu bersabit tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji yang saya bawa sebelum ini ada kebenarannya.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pengurusan baru Tabung Haji kelak meneliti kesemua isu yang saya bawakan dan memberi penjelasan yang telus kepada rakyat. Saya juga ingin menyatakan apabila isu-isu itu terbukti ada kebenarannya, maka wajarlah Tabung Haji menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap saya dan menggugurkan kes jenayah supaya satu tindakan saman di mahkamah sivil boleh diambil jika isu-isu yang saya bawa dikira memfitnah Tabung Haji.
Mengambil kira keterlibatan Tan Sri Ismee Ismail di dalam 1MDB dan kemungkinan beliau juga akan disiasat tidak lama lagi, saya berpendapat kerajaan tidak boleh melantik beliau ke mana-mana jawatan dalam mana-mana agensi, badan atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan sehinggalah siasatan selesai dan beliau disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian. Oleh itu, saya berharap sebarang usaha untuk melantik beliau menjadi orang nombor 2 di Sime Darby seperti yang dilaporkan tidak diteruskan.

Pendedahan isu LUTH, Rafizi di tahan, CEO letak jawatan, tapi di gantikan dengan jawatan baru.
Bagi memastikan sebarang langkah melantik beliau ke mana-mana jawatan di badan berkepentingan awam tidak diteruskan sehingga siasatan ke atas 1MDB selesai, saya akan memfailkan satu usul untuk dibahaskan di sidang Dewan Rakyat akan datang menghalang sebarang usaha ke arah itu.
Saya juga mencadangkan perkara-perkara berikut berkenaan pengurusan baru Tabung Haji:
1. CEO baru hendaklah disenaraipendek dan dipilih dari luar supaya beliau boleh bertindak secara objektif menilai segala masalah yang ada
2. Calon CEO baru itu hendaklah melalui proses saringan yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas Parlimen yang bertanggungjawab membuat pendengaran terbuka ("confirmation hearing") bagi memastikan beliau benar-benar sesuai
3. CEO baru melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan Tabung Haji sebaik dilantik dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini
Saya berharap rakyat akan terus bersama-sama memberi perhatian dan menjadi timbang tara kepada pengurusan badan-badan awam seperti Tabung Haji untuk mengelakkan perkara-perkara yang sama berulang.
Walaupun berita ini saya sambut dengan rasa syukur, saya akan terus menumpukan kepada analisa dan pendedahan berkaitan Tabung Haji bermula minggu ini.

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 27, 2016 9:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kagum, Seronok Jadi Peguam Negara & Bercakap Ikut Sunnah Nabi Kata Apandi Ali.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui beliau kagum dan terkejut dengan dirinya yang boleh bertahan sepanjang lapan bulan memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Menceritakan pengalaman sepanjang tempoh itu, Apandi berkata, menduduki kerusi tersebut bukanlah sesuatu yang teruk seperti yang disangka.

Meskipun dikritik, beliau tetap berasa seronok dengan jawatan itu ekoran minatnya terhadap sesuatu yang mencabar, katanya yang dipetik dari laman portal Malaysiagazzette.

"Saya mengambil cabaran ini dan akan sentiasa sukakan cabaran.

"Saya beritahu diri dan orang lain, selagi tugas yang diambil melibatkan undang-undang, bidang yang amat saya suka, sudah tentu saya berminat," katanya ketika sesi soal jawab pada Luncheon Talk bertajuk 'Media dan Undang-Undang: Perspektif Negara' bersama pengamal media. Majlis itu dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI).

Menjelaskan mengapa beliau terpaksa berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media, Apandi yang sebelum itu merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan berkata, ia disebabkan beliau mahu mengelak sebarang kontroversi dan lebih senang untuk tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

"Untuk itu saya mengikut sunnah Nabi iaitu kita bercakap apabila perlu sahaja. Saya cakap dan komen apabila ia perlu sahaja. Walaupun anda hubungi saya beberapa kali, saya masih enggan memberi ulasan, maafkan saya," ujarnya.

Pada sesi itu, Mohamed Apandi ditanya pandangannya bagaimana menangani tuduhan salah lapor atau kenyataan yang ditulis di luar konteks kepada pengamal media, beliau berkata, media boleh menyaman pihak yang menafikan kenyataan mereka jika ada bukti.

"Anda mempunyai remedi undang-undang, saman mereka. Sekali sekala kamu juga perlu memberi pengajaran kepada mereka juga.

"Kadang-kadang kena ajar mereka. Saya juga tidak suka kepada orang yang bercakap bohong, apabila kenyataan itu secara jelas direkod, apa yang dia cakap, apa yang ditulis oleh wartawan tetapi dia nafi. Bawa dia ke mahkamah," tambahnya. - FMT.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 27, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Wednesday, 27 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Wed Apr 27, 2016 10:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Jadi, anak IGP jual senjata kepada siapa?'
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Jika anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mempunyai kontrak untuk menjual senjata api kepada kerajaan, siapa yang membeli daripadanya?

Persoalan itu ditimbulkan oleh ahli jawatankuasa pusat PKR Latheefa Koya pada satu forum di Kuala Lumpur, malam semalam sempena memperingati kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati, enam tahun lalu.

Sebagai seorang anggota panel forum, beliau menjawab soalan daripada seorang penonton yang bertanya bagaimana dan mengapa anggota polis perlu mempunyai senjata api.

"Setakat yang saya tahu, bukan anak perempuan IGP yang membekalkannya (senjata api). Oleh kerana IGP sebelum ini berkata, walaupun anaknya mempunyai lesen untuk menjual senjata api, beliau tidak mempunyai kontrak dengan kerajaan," kata Latheefa sambil disambut gelak ketwa oleh hadirin.

"Anaknya menjual senjata api yang agak canggih dan soalan saya, jika awak tidak membekalkan senjata kepada pihak kerajaan atau pegawai penguatkuasaan atau tentera, seperti kata IGP, kepada siapa yang awak jual?" soalnya.

Khalid, Isnin lalu mengakui firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya itu memperolehi lesen perniagaan sebelum beliau dilantik menjadi ketua polis negara.

Beliau juga mendedahkan bahawa beliau melarang syarikat anaknya itu daripada membida sebarang tender senjata api berkaitan kerajaan atau polis.

Khalid berkata demikian ketika mengulas satu artikel oleh Sarawak Report bahawa anaknya, Juwiza, dan juga adik iparnya, Mohd Isa Hussin beliau, adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Dipetik dari malaysiakini

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, April 25, 2016 10:29 PM
Subject: Fw: Ini jawapan Ketua Polis Negara

Ini jawapan Ketua Polis Negara

bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya itu memperolehi lesen perniagaan sebelum beliau dilantik menjadi ketua polis negara.

Malah, Khalid berkata beliau juga telah melarang syarikat milik anaknya itu untuk membida sebarang tender senjata api berkaitan kerajaan atau polis.

"Mereka memperolehi lesen berniaga dan memperbaiki senjata api sebelum saya jadi ketua polis negara lagi.

"Saya juga telah melarang mereka membida apa jua tender kerajaan dan polis, jadi mereka tidak ada mendapat apa-apa tender pembekalan senjata dari kerajaan dan polis," kata Khalid dalam sidang media selepas Bicara Persada XXIX bersama IGP di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini.

PERKASA semalam dilaporkan menggesa Khalid menjelaskan sekiranya firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai ketua polis negara.

Ketua Biro Pemantauan dan Integriti PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata Khalid perlu menjelaskan bila syarikat senjata api anaknya itu ditubuhkan dan adakah syarikat itu beroperasi ketika beliau memegang jawatan ketua polis negara.

Mengulas lanjut, Khalid berkata jika benar dakwaan firma senjata api milik anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai IGP, sudah pasti portal seperti Sarawak Report akan mendedahkan segala bukti mengenainya.

"Kalau ada (mendapat manfaat) sudah tentu Sarawak Report telah dedahkan segala bukti mengenainya. Kerana mereka memang mencari benda-benda macam itu," tegas Khalid.

Malah, Khalid berkata adalah lebih baik untuk beliau tidak mengulas lanjut perkara itu kerana pasti siasatan akan dijalankan.

"Saya rasa elok ia tak beri banyak kenyataan mengenainya kerana saya pasti siasatan akan dijalankan dan jika saya jelaskan lagi banyak mengenai perkara ini ia hanya akan menjejaskan siasatan.

"Jadi, biarlah siasatan dilakukan kerana jika ada apa saja perkara yang melanggar peraturan tindakan akan diambil," tambah Khalid.

Pistol Buatan Malaysia Yang Pertama Bakal Tembusi Pasaran

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Syarikat pembuat pistol Malaysia, Aegis Malinnov Sdn Bhd mengorak langkah dalam industri keselamatan dan pertahanan tempatan, menerusi pengenalan pistol pertamanya, iaitu Semi Automatik M1P 9MM Caliber yang dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hashim Meon berkata, syarikat itu telah mendapat kelulusan (lesen) untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan syarikat itu akan ke fasa seterusnya, iaitu mendapat pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan proses terbabit akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, sebelum selesai sepenuhnya.

"Selepas itu, kita boleh memasarkan pistol keluaran pertama syarikat ini. Sebagai permulaan, kita sasarkan jualan di peringkat dalam negara kepada pihak pegawai keselamatan, seperti polis dan tentera serta pembeli peribadi yang mempunyai lesen sah untuk memiliki senjata api.

"Selepas yakin dan mengukuhkan reputasi di segmen pasaran tempatan, barulah kita akan mula meneroka pasaran lebih luas di luar negara," katanya ketika ditemui Bernama di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-15 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Hashim berkata, kejayaan menghasilkan pistol seberat 830 gram yang mempunyai kualiti setaraf jenama antarabangsa, dengan hanya menggunakan kepakaran tempatan bukan perkara mudah.

Beliau berkata, ia mengambil masa lebih lima hingga enam tahun untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan syarikat itu untuk menghasilkan pistol menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran.

"Kebanyakan anggota pasukan R&D itu mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata, seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas dan pengalaman berkenaan sangat membantu untuk menghasilkan produk terbaik dari kilang di Taman Teknologi Malaysia.

"Mereka dilantik menjadi penasihat dalam hal berkaitan kualiti tembakan. Dalam aspek penghasilan reka bentuk pula, kita juga menggunakan kepakaran anak tempatan. Bagaimanapun, kita masih menggunakan mesin pembuatan yang diimport dari luar," katanya.

Bagi pembangunan jangka panjang, Hashim berkata, Aegis Malinnov menjalin kerjasama dengan pihak STRIDE dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam cadangan untuk membangunkan dua produk ketenteraan terbaru, iaitu Rocket Proper Grenade dan Mortar Launcher.

Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan:

Barrel length: 119.1 mm

Weight: 830gm

Caliber: 9MM

Overall length: 210mm

Height: 139.1mm

Width: 35mm

Magazine capacity: 16

Action: Double Action

- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 27, 2016 10:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Datuk Muhammad Ibrahim Dilantik Sebagai Gabenor Bank Negara Yang Baru
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi dalam satu kenyataan mengumumkan Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016.

Perlantikan berkenaan atas nasihat Perdana Menteri itu telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau yakin bahawa kepimpinan Datuk Muhammad Ibrahim di mana beliau akan meneruskan sumbangan dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan padangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

"Beliau juga akan mentadbir dasar monetari dan mengawalselia industri kewangan negara termasuk meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya," kata Perdan menteri dalam kenyataan akhbarnya dipetik dari Sarawak Edition.

Datuk Muhammad Ibrahim sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara yang telah disandang sejak 2010 di mana beliau merupakan pemegang sijil sarjana dari Universiti Harvard. - Siakapkeli.my

Kenali Muhammad Ibrahim, gabenor baru Bank Negara
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Datuk Muhammad Ibrahim yang bakal menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, berkuat kuasa 1 Mei ini adalah antara tiga calon utama yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menamatkan kontrak beliau hujung bulan ini.

Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, Muhammad secara sahnya ditabalkan sebagai gabenor ke-8 untuk tempoh lima tahun lagi setelah 32 tahun berkhidmat dengan bank pusat itu dalam pelbagai bahagian.

Antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.

Pendakian beliau yang sering digelar Datuk MI dalam bank pusat itu sarat membawa pengalaman sehinggalah beliau diangkat ke jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010.

Beliau juga ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.

Pada masa yang sama, beliau turut memantau pembangunan perbankan termasuk kewangan Islam dan sektor insurans.

Tidak terhad kepada itu, Muhammad juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments untuk menjana kecekapan kos dan operasi kepada perniagaan.

Beliau turut terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.

Dari sudut pengajian, selain melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Harvard, Amerika Syarikat, beliau turut memegang sijil Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya dan Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain memegang jawatan nombor dua bank pusat, Muhammad juga menjawat pelbagai portfolio dalam pelbagai bidang korporat dan badan profesional.

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan, ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan, ahli Institut Akauntan Malaysia selain ahli panel Dana Amanah Nasional.

Di samping itu, beliau juga Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.

-malaysiakini
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/kenali-muhammad-ibrahim-gabenor-baru.html#ixzz47277JgY1
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 27, 2016 11:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Terkejut Jumpa Ular Tedung Sepanjang 2 Meter Dalam Makmal Sekolah
siakapkeli.my

LABUAN: Ratusan pelajar sebuah sekolah menengah di sini terkejut dan kecoh apabila mengetahui bahawa seekor ular tedung telah ditemui di dalam makmal sekolah berkenaan, lapor Bernama.

Ular tersebut sepanjang dua meter telah ditemui oleh pelajar SMK Pantai ketika sedang belajar di makmal berkenaan pada 11 pagi tadi, dan segera memaklumkannya kepada guru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata, mereka telah menerima panggilan daripada guru berkenaan pada 11.25 pagi, dan satu pasukan segera dihantar ke sekolah itu.

"Pasukan kami segera bergegas ke tempat itu sebelum ular berkenaan lari ke tempat lain. Amat berbahaya sekiranya ular tedung itu pergi ke kawasan sekolah.

Kami mengambil langkah lebih berwaspasda dalam menangani ular tedung kerana ia berbahaya. Nasib baiklah tiada murid yang cedera," katanya.

Menurut beliau, pasukannya telah mengambil masa hanya beberapa minit untuk menangkap ular itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar. - Siakapkeli.my

Ular Sawa Seberat 30 Kilogram 'Ceroboh' Kawasan Sekolah
siakapkeli.my

TUMPAT: Seekor ular saw seberat 30 kilogram telah berjaya ditangkap di perkarangan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.

Ketika ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan kira-kira ham 6 pagi, ular sawa berkenaan dipercayai dalam keadaan kekenyangan.

Penolong Kanan Kokurikulum, Che Zaharah Husain berkata, ular sawa sepanjang empat meter itu ditemui di kaki lima berhadapan kelas Tahun Satu.

"Pengawal keselamatan terbabit terus menghubungi pihak sekolah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat.

"Mujurlah murid belum hadir pada waktu itu," katanya.

Menurut Che Zaharah lagi, kejadian berkenaan merupakan kejadian kali pertama berlaku di sekolah terbabit dan beliau tidak menolak kemungkinan ular tersebut mencari tempat sejuk untuk berlindung berikutan cuaca panas sekarang.

Ketua Operasi JPAM Tumpat, Mohamad Shahiran Mohamad Asri berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular sawa itu pada jam 6.11 pagi.

"Saya bersama seorang anggota bergegas ke lokasi untuk menangkap reptilia itu.

"Ular sawa terbabit tidak agresif kerana dipercayai kekenyangan dan kami tidak menghadapi masalah menangkapnya dan diserahkan kepada PERHILITAN," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 27, 2016 12:17 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kemelut Terengganu: Pilihanraya pulak kita weh.....ke guaner?
bloglist-malaysia.blogspot
al-brangionline.blogspot
Posted by al-brangi Online

Harakahdaily

albrangionline:

Ada orang 'Hulu' beritahu malah mengharap sesangat bahawa MB baru akan dilantik dari Adun dari 'Hulu'.

Bunyinya macam sejarah lama berulang seorang Adun dari 'Hulu' dilantik menjadi MB satu ketika dahulu.

Saya langsung tidak terkesima mahupun terkejut, malah tidak mengharap apa2 dengan berita itu, walaupun saya juga orang 'Hulu'.

Saya bukan orangnya nak berasa bangga, kalaulah betul orang 'Hulu' dilantik, kerana samada orang 'Hulu' ke atau orang 'Kuala' ke dilantik menjadi MB menggantikan YAB Cik Gu Ahmad Razif, dasarnya, colournya tetap sama.

Jalan terbaik, serah mandat kepada rakyat......biar rakyat menjadi Hakim.....ke guaner?

Sultan murka MB, 3 Adun bakal jadi Bebas, Terengganu di ambang PRN?
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.

Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.

Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.

Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu setelah 3 Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said didakwa akan menjadi Adun Bebas.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

Bagaimanapun, seperti Umno, PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.

Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.

Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya.

Dipetik dari SINI

Antara Penyebab Sultan Mizan Murka Dengan MB Terengganu
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Antara penyebab Sultan Mizan Murka dengan MB Terengganu. Terengganu Darul Iman sekali lagi bergolak melibatkan krisis antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Segala-galanya bermula selepas Sultan Mizan menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada Menteri Besar Terengganu ke-14 itu berkuatkuasa 22 April lalu.

Maka, tersebar pelbagai dakwaan kononnya Sultan Terengganu murka dengan teks ucapan yang dibacakan Sultan Mizan yang memperkecilkan sumbangan Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Akhbar Cina pula membuat spekulasi bahawa krisis itu berpunca apabila Ahmad Razif menyokong pendakwah dari India, Dr Zakir Naik dan menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.

Apapun spekulasi punca krisis itu bermula, kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dikatakan ibarat 'nyawa di hujung tanduk' kerana sebagai ketua pentadbir sebuah kerajaan, Menteri Besar mesti mempunyai hubungan sangat baik dengan Sultan Terengganu.

Menteri Besar bertanggungjawab menghadap Sultan sama ada sebelum atau selepas Mesyuarat EXCO Negeri untuk memaklumkan perkembangan negeri dan keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan negeri yang memerlukan perkenaan daripada Sultan.

Antara penyebab Sultan Mizan Murka dengan MB Terengganu. Jika hubungan Menteri Besar dan Sultan tidak baik, pentadbiran negeri terganggu dan banyak keputusan-keputusan tidak dapat dilaksanakan.

Justeru, dalam krisis di Terengganu ini, jalan paling baik adalah menukar Menteri Besar supaya krisis itu tidak terus berpanjangan.

Jika dikatakan kerusi Menteri Besar Selangor panas, sebenarnya Terengganu lagi panas berdasarkan sejarah Datuk Seri Idris Jusoh apabila beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua selepas pilihan raya 2008.

Beberapa kain rentang yang berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami hendak Idris, binatang" dalam loghat Terengganu, telah dipamer di depan kediaman rasmi bekas Menteri Besar Terengganu itu dan beberapa tempat strategik di bandar itu oleh orang yang tidak diketahui.

Tiada siapa mengaku memasang kain rentang itu tetapi insiden itu telah menimbulkan persepsi berlaku penderhakaan kepada institusi beraja di negara ini.

ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar ke-13 menggantikan Idris yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, namun Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa pelantikan Ahmad Said "tidak mengikut Perlembagaan".

Pada Mei 2014, pelantikan Ahmad Razif pula menjadi perhatian selepas Ahmad Said 'dipaksa meletak' jawatan Menteri Besar. Ahmad yang terkenal dengan gelaran 'nelang' atau 'berani melawan' pada mulanya enggan meletak jawatan dan mengugut mendedahkan rahsia kerajaan tetapi akhirnya akur.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tahun lalu, Ahmad menggegarkan negara apabila mendakwa peletakan jawatan Menteri Besar ada kaitan dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) yang sekarang dikenali 1MDB.

Katanya, dia pernah menolak cadangan 1MDB untuk pajak gadai hasil petroleum dan gas di Laut Terengganu yang menyebabkan Perdana Menteri tidak puas hati dan mendesaknya meletak jawatan.

Berbalik kepada krisis Ahmad Razif dan Sultan Terengganu, penganalisis politik berpendapat jalan terbaik adalah menggantikan Menteri Besar baharu.

Antara penyebab Sultan Mizan Murka dengan MB Terengganu. Spekulasi pula menyebut dua nama, ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan ADUN Telemong, Datuk Pozi Mamat bagi menggantikan Ahmad Razif.

Namun antara kedua-dua calon itu, peluang Mohd Jidin lebih cerah kerana lebih berpengalaman dan pernah menjadi Ahli Parlimen Setiu dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Sultan Terengganu dalam waktu terdekat ini dan cerita mula tersebar pihak Istana Terengganu sudah bersiap sedia untuk majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baharu.

Dikhabarkan pula Najib dan pihak istana mempunyai calon masing-masing untuk mengetuai pentadbiran negeri.

Adakah Ahmad Said ada kaitan dalam krisis ini? Ini kerana beliau pernah meramalkan Ahmad Razif bakal kehilangan jawatan Menteri Besar.

Ahmad Said menafikan perkara itu dan mengaku tidak tahu menahu Sultan Terengganu menarik semua gelaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif.

Biar apapun, rakyat Terengganu berharap krisis ini tidak berpanjangan seperti di Kedah, kerana ia boleh mengganggu pentadbiran negeri selain ia memberi gambaran sebenar bahawa UMNO sedang menghadapi masalah besar di negeri itu, lapor FMT.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: