Tuesday, July 12, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4546

9 Messages

Digest #4546

Messages

Mon Jul 11, 2016 7:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penyokong dan Pengampu pemimpin Zalim akan dihalau dari telaga Kauthar

bloglist-malaysia.blogspot.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kekayaan negeri dikongsi bersama rakyat Selangor

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM - Rakyat Selangor perlu bersyukur kerana negeri ini terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor mempunyai pasukan penjawat awam yang gigih bekerja dan melaksanakan dasar-dasar negeri peduli rakyat.

Menurutnya, dalam tempoh 18 bulan melaksanakan amanah sebagai menteri besar, prestasi kewangan negeri semakin kukuh dan rizab negeri dapat terus ditingkatkan sehingga RM4 bilion.

"Pengurusan kewangan yang baik dan telus membolehkan kerajaan negeri memberi tiga insentif kepada 17,528 anggota perkhidmatan awam Selangor iaitu Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri, dua kenaikan gaji serta kenaikan baru bayaran Imbuhan Tetap Perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300.

"Kerajaan negeri bertanggungjawab meneruskan amalan urus tadbir yang baik dengan menjamin keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negeri kepada rakyat melalui pembangunan mampan," katanya menerusi ucapan video Selangor Kini.

Beliau berkata, golongan berpendapatan rendah terus diupayakan dengan pembiayaan oleh kerajaan negeri sebanyak RM100 juta bagi program mikrokredit Hijrah.

"Perkhidmatan Bas Percuma Smart Selangor pula diwujudkan bertujuan mewujudkan 'connectivity' bandar dan desa.

"WiFi percuma Smart Selangor pula adalah untuk memastikan tidak berlaku kesenjangan digital, pembahagian digital antara kawasan bandar dan desa.

"Melalui dua perkhidmatan ini, kawasan desa akan disuntik dengan dinamisme baru, memiliki dinamo ekonomi, mempunyai tahap prasarana yang setara dengan masyarakat bandar tetapi mengekalkan ciri-ciri kehidupan desa; khusus persekitaran hijau dan semangat hidup bermasyarakat," katanya.

Beliau berkata, kegawatan ekonomi negara dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan rakyat.

"Sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan merasai setiap denyutan nadi keperitan hidup rakyat, kita terpanggil meringankan beban hidup rakyat Selangor.

"Untuk itu, kita mengecualikan cukai taksiran bagi 2016 untuk pemilik rumah kos rendah dan rumah di kampung tradisi Melayu dan kampung baru Cina serta mengecualikan fi lesen perniagaan untuk penjaja, peniaga gerai dan pasar.

"Lebih RM64 juta dinikmati rakyat daripada pengecualian ini. Malahan, bagi meringankan beban golongan termiskin di Selangor, kerajaan negeri melaksanakan Program Bantuan Makanan Asas atau Smart Selangor Food Stamp mulai 1 Jun lalu," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekeluarga serta seluruh pentadbiran Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



AWESOME Anti Serangga | Penghalau SERANGGA 100% Berkesan

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

#Lalat #Semut #Lipas... Sekali spray semua 'meninggal' berkali kali... Tak percaya? beli la sebotol try test.... Confirm anda puas hati.

Perhatian pada SURI RUMAH dan peniaga kedai makan semuaaa!!!

Anda ada masalah dengan Lalat?... Anai anai?... lipas?... pepijat?... tikus?... cicak?... semut?... pacat?... tebuan?... kutu kucing/manusia?... siput babi?... kerengga?... agas?... Saya pasti masalah anda akan selesai sekiranya anda menggunakan anti serangga ini.

Anda wajib beli dan guna anti serangga ini kerana ia tdk menjadi racun jika terkena makanan... Anti serangga ini akan pastikan kedai anda tiada lipas, tikus, lalat... semut... dan lain² lagi.

Satu satunya anti serangga mesra pengguna yang terkini dipasaran. Terbukti sangat power dan berkesan membunuh serangga berdarah sejuk.

#Agent diperlukan segera whatsapp ke 017-681-7067 @ Call 019 2758 647.
#Peluang perniagaan untuk anda yang berminat. Modal sangat rendah dan barang senang jual. Semua orang memerlukannya selagi mana masih lagi ada serangga dimuka bumi ini.

#Saya Stokis AWESOME Anti Serangga cawangan Banting, Selangor...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Inilah wajah sebenar PAN, Penipu!

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

nilah wajah sebenar PAN. Kalau tak menjadi pengkhianat, pemfitnah dan penipu tak sahlah puak khadam DAP ni. 98% peratus dah berhijrah ke PAN konon. Setakat kumpulkan ahli PAN dari luar ramai-ramai dan bergambar depan Markas PAS dengan caption "PAS lumpuh, ramai tinggalkan PAS" baik tak payah.

Lepas ni eloklah PAN bergambar di Putrajaya. Letak sekali caption "100% penduduk Putrajaya sudah berhijrah masuk PAN, PAN akan rampas Putrajaya". Baru puas hati nak tunjuk kebodohan tu Tarmizi.

Kredit
تنڤا ناما

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Di Akhir Zaman, Hukum Allah Ditinggalkan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Menjelang akhir zaman, hukum Allah SWT akan ditinggalkan. Kebanyakan manusia tidak lagi mengindahkan aturan-Nya. HIDUP ini penuh dengan permasalahan. Tetapi, kita tidak merasa ianya cara terbaik mengatasinya. Sebab, Allah SWT dan Rasul-Nya telah memberikan kita pedoman, yakni kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasul. Kedua-duanya merupakan sumber undang-undang utama bagi setiap muslim. Permasalahan apapun dapat diatasi dengan baik, jika mengikuti aturan-Nya.

Meski begitu, ternyata kebanyakan orang tak mengindahkan aturan Allah SWT tersebut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman kelak. Di mana kebanyakan manusia tidak lagi mempergunakan hukum Allah SWT.

Kita tahu bahawa mengambil keputusan hukum berdasarkan peraturan yang ditetapkan Allah SWT turunkan adalah salah satu kewajiban utama. Allah SWT berfirman, "Barang siapa tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir," (QS. Al-Maidah: 44).

Di akhir zaman, tali-tali pengikat Islam akan terlepas satu per satu. Tali yang pertama kali akan terlepas itu adalah hukum Allah.

Umamah al-Bahli RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Tali-tali pengikat Islam ini akan terleas satu per satu. Setiap kali satu tali terlepas, manusia akan berpegang pada tali berikutnya. Yang pertama akan terlepas adalah hukum Allah dan terakhir adalah solat, "(HR. Ahmad dan At-Thabrani. Perawi hadis ini adalah perawi as-sahih).

Tanda ini sudah kelihatan di sebahagian besar negeri Islam. Mereka sudah tidak lagi berpegang pada hukum Islam kecuali dalam persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pernikahan, talak, waris dan seumpamanya. Dalam persoalan-persoalan jual-beli, undang-undang jenayah dan undang-undang sivil, mereka berpedoman pada undang-undang Perancis, Inggeris dan hukum-hukum positif lainnya. Inilah maksud tidak berhukum dengan hukum Allah. "Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (QS. Al-Maidah: 50). []

http://silverheritage.blogspot.my

Lain2 Artikel menarik

1. wartawan Australia memeluk Islam setelah melawat Malaysia

2. -Senarai lengkap para pejuang-perang-badar.

3. Kebangkitan-dari-timur.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: kamal_hasan
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Biarkan Anak-Anak Kecil Anda Bermain Atau Peluk Kucing Terbiar
siakapkeli.my

Seperti kita sedia maklum, begitu banyak haiwan terbiar seperti kucing atau anjing di luar sana yang tidak dijaga atau diuruskan dengan baik di mana haiwan ini berkeliaran merata-rata tempat.

Haiwan-haiwan ini merayau ke pelbagai jenis tempat sama ada kawasan bersih, semak samun atau ke longkang-longkang yang kotor, jadi tidak hairanlah ada antara haiwan-haiwan ini dihinggapi dengan pelbagai jenis serangga parasit seperti kutu, sengkenit dan pelbagai lagi.

Jadi, elakkan anak kecil anda daripada bermain dengan haiwan-haiwan terbiar ini, bukan kerana haiwan-haiwan ini terbiar, tetapi demi keselamatan anak kecil anda.

Sekali kena gigit, orang dewasa pun boleh demam dan meraung bila nak buang.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nadhrah Zulkifli di mana beliau telah memuatnaik dua keping gambar yang mendakwa telinga anak rakannya telah dimasuki sejenis kutu atau sengkenit.

Berdasarkan gambar berkenaan katanya serangga parasit iaitu sengkenit berkenaan telah bertelur dan menghisap darah di dalam telinga bayi tersebut.

Beliau juga mengingatkan supaya orang ramai tidak membiarkan anak kecil mereka bermain atau peluk kucing liar.

Sengkenit kebanyakkan terdapat di dalam semak samun tidak kiralah di dalam hutan atau berhampiran rumah anda, jadi bila haiwan peliharaan anda melalui kawasan semak mungkin menyebabkan haiwan peliharaan anda dihinggapi serangga penghisap darah ini.

Ia bukan semata-mata merebak melalui haiwan liar atau haiwan peliharaan, serangga ini juga boleh mehinggapi kita apabila kita melalui kawasan tempatnya membiak.

Apapun untuk mengelakkan serangga ini menghinggapi anak kecil kita, pastikan haiwan peliharaan anda sentiasa dibersih dan dimandikan. - Siakapkeli.my

Sengkenit atau juga dikenali sebagai kutu babi, Gambar: Google

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Boleh tak minum air Kangen? Baca penjelasan Dr Suhazeli

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Seorang pesakit bertanya: "Boleh ke Doc minum air Kangen?" Sambil tunjukkan sebotol air Kangen depan saya.

Saya akan jawab, "Boleh minum¹. Secara umum apa sahaja air pun boleh minum selagi tidak mendatangkan mudarat."

"Tapi kerajaan larang jual, sebab tak masuk duit dalam cukai kerajaan kan?" Soalan menguja dari beliau.

"Tuan, peraturan yang melarang minum itu bukan berkait dengan masuk duit kepada kerajaan atau tidak. Ia sebenarnya melibatkan dakwaan yang salah jika apa-apa air termasuk Air Kangen boleh merawat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Ini dah jadi misleading maklumat kesihatan kepada orang ramai. Kesannya, ada pesakit saya yang tinggal terus ubat kencing Manis gara-gara percaya. Gula naik mencanak"

"Begitu juga terdapat satu akta khusus bagi larangan membuat iklan yang mendakwa sesuatu produk boleh merawat 20 jenis penyakit."[1] Panjang juga ulasan..

"Dalam peraturan 360b tersebut melarang mana-mana individu atau syarikat yang menjalani pembungkusan produk tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan. Isu ini juga timbul dalam penjualan air jampi.[2] KKM mengambil langkah pengawalan ini bagi mengelakkan pengambilan air dari sumber yang tidak selamat samada mengandungi coliform (kuman) atau logam berat yang berbahaya. Jika ia bebas dibungkus dan dijual tanpa standard piawaian tertentu, tiada jaminan tapisan keselamatan mutu."

"Tapikan doktor, air ni kan ada banyak khasiat." Tanya lagi dalam sedikit sangsi.
"Tuan, pengalaman individu tidak boleh dipukul rata kepada semua orang. Dalam perubatan setiap ubatan perlu melepasi tahap ujian klinikal yang melepasi piawaian berkualiti, berkesan dan selamat. Tahap ujian klinikal tersebut menunjukkan majoriti (biasanya melebihi 70% berkualiti, berkesan dan selamat), baru lah boleh mendakwa sesuatu bahan boleh digunakan dalam masyarakat."[3]

"Terdapat kajian berkenaan air beralkali ni. Tetapi hasil kajian tidak meyakinkan. Malah ianya lebih kepada kesan psikologi kepada pengguna."[4, 5]

"Tuan, badan kita ada sistem keseimbangan asid-alkali (acid-base balance). Jika perut serap air alkali sekali pun, darah kita akan menyeimbangkan semula kepada pH 7.35 – 7.45. Jika pH darah terlalu alkali, ia memudaratkan badan."[6]

"Saya risau juga, jika dalam perut terlalu beralkali, boleh menyebabkan kesan sampingan kesihatan yang lain. Ada kajian menyebut jika makan terlalu kerap dan berpanjangan Antacid (ubat gastrik yang beralkali), risiko jangkitan kuman paru-paru akan bertambah." [7,8]

"Okay Doktor, terima kasih kerana penerangan tu." Jawabnya separa puas hati.

"Doktor ni sokong kerajaan ek?" Beliau menyerkap pegangan politik saya.

"Saya sokong peraturan yang boleh menyelamatkan ummah serta masyarakat terbela. Jika pembangkang tadbir Malaysia pun, peraturan ini tetap wujud dan saya akan sokong seutuhnya." Saya semat pendirian saya disini.

"Angguk faham"….

Dr Suhazeli Abdullah
Insan Faqir
Fb.com/drsuhazeli
8 Julai 2016
3 Syawal 1437

Rujukan tepi

[1] Larangan iklan 20 jenis penyakit.http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/04-dis-2012/berwaspada-dengan-iklan-iklan-haram.html
[2] Larangan Jual air Jampi. http://www.sinarharian.com.my/mobile/wawancara/amaran-tindakan-kepada-air-jampi-komersial-1.438411
[3] Evidence based Medicine. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0019483216301857
[4] Alkaline Water Beneficial?http://m.huffpost.com/us/entry/7762588.html
[5] Hoax Alkaline water. http://www.precisionnutrition.com/alkaline-water-legit-or-hoax
[6] keseimbangan pH darah. http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=10001
[7] Ubat Gastric mungkin penyebab pneumonia.http://www.m.webmd.com/heartburn-gerd/news/20101219/heartburn-drugs-linked-to-pneumonia-risk
[8] Alkalinization cause pneumonia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8578208
P/s . Minum dibolehkan atas risiko sendiri. Tanpa melihat dari sudut kesihatan, sama juga dengan meminun air perigi, air sawah, air kolam, air jeram dll yang tidak melalui proses rawatan air. Bukan bermakna air Kangen tidak melalui proses rawatan, tetapi tidak ada pembuktian bahawa air Kangen itu sempurna dirawat semasa proses pengeluarannya.

Dr Suhazeli Abdullah
*Artikel ini diambil daripada Facebook DrSuhazeli Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Awas Sindiket Bengkel Kereta?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Assalamualaikum. ....

Ini adalah situasi yang berlaku keatas saya apabila kereta saya rosak di Lebuhraya. Senawang Seremban arah Selatan. Hampir 1 jam tunggu bantuan Dr Plusline tapi mungkin tgh waktu berbuka jadi tiada bantuan yang kunjung tiba. Hinggalah saya didatangi seorang Pomen dan offer untuk lihat kerosakan kereta saya.

Belia maklumkan bahawa kereta saya bearing pecah. Memandangkan saya dh lama ditepi highway dengan hanya berbuka puasa sekotak air, saya terima offer dia Untuk towing kereta ke bengkel mereka yang terletak di Jalan SS 8/8A Taman Seremban Jaya. Setelah diperiksa dia maklumkan kos pembaikan dalam anggaran RM1000+ jadi saya setuju asalkan kereta saya boleh bergerak.

Hampir seminggu kereta ditinggalkan, dia call Untuk saya amik semula kereta yg dah diperbaiki dengan kos RM2628. Saya negotiate dengan belia Untuk amik lepas Raya tapi saya dipaksa Untuk amik jugak dan akan ada extra bayaran RM15 sehari jika saya tak amik. Jam 5.30ptg semalam saya n wife naik bus ke Seremban Untuk amik kereta.

Sampai dibengkel dia NS Bluesky Auto Workshop dalam jam 11.30malam dan ada jugak owner lain datang Untuk pick up kereta. Owner nie pun sama kena kat tempat yang sama dengan saya pada waktu yang sama. Settlekan urusan pembayaran dan kami pun bergerak balik ke JB

Sampai di Simpang Renggam, kereta tetiba tunjuk kn signal panas n depan dah berasap. Saya berenti Untuk lihat keadaan dan dapati tangki air panas. Jadi saya berenti Untuk sejukkan....lebih kurang 20 minit saya cuba hidup kan enjin dan boleh maka saya sambung semula perjalanan. Akhir sekali kereta overheat di Kulai, & kereta x boleh berjalan. Lebih kurang 10 minit Plusline datang dan kereta kami ditarik Hingga ke Tol Kulai.

Nasihat saya kepada anda :
- Jangan berhenti di Hentian Seremban atau Senawang. Kalo terpaksa pastikn ada org dalam kereta. Ini kerana saya ada berhenti untuk ke toilet
- Tunggu Hingga Plusline datang Untuk bantu anda kerana mereka ada senarai Bengkel dan akan bantu anda Hingga selesai.
- Walau apa jua keadaan jangan terima offer dari mana-mana bengkel area Senawang/Seremban/Nilai sebab mereka nie semua sindiket sebab once saya keluar dari Senawang, ada 3 kenderaan menghadapi masalah n semuanya di area Senawang.

#Hati2dijalanraya#hati2denganSindiketkeretarosak#

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 11, 2016 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ayam Sakit Kerongkong Punca Naik Harga - Pandai Pula Ayam Sakit Beramai2 Pada Musim Perayaan.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot

Ayam sakit kerongkong > ayam mati disebabkan penyakit > bekalan ayam berkurangan > permintaan tinggi > penawaran menurun > harga naik bagi memenuhi permintaan.
Itulah ringkasannya. Senang betul alasan yang dorang bagi kan. Untuk menghalalkan kenaikan harga ayam secara mendadak pada musim perayaan + cuti sekolah.
Cuba fikir. Kenaikan harga ayam bermula khamis, iaitu pada hari kedua, hari yang mana permintaan ayam akan naik melambung-lambung disebabkan musim perayaan.
Bermula selasa, rabu permintaan ayam mentah memang tinggi disebabkan sambutan perayaan.
Dan-dan aje menjelang raya, ayam-ayam ternakan dilanda wabak IB secara beramai-ramai diseluruh negara.
Logik ke korang rasa?
Logik ke?
Hihi.
Baca laporan KOSMO! kat bawah neh dan nilaikan sendiri kebenarannya ;
Wabak penyakit infectious bronchitis atau bronkitis berjangkit (IB) yang menyebabkan beribu-ribu ayam di ladang ternakan mati didakwa menjadi punca harga ayam di pasar-pasar di seluruh negara naik mendadak sejak Khamis lalu apabila dijual sehingga RM10 sekilogram.
Ia merupakan kenaikan sehingga RM2.10 sekilogram berbanding RM7.90 sekilogram yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Skim Kawalan Harga Runcit Barangan Terkawal Musim Perayaan 2016 yang berakhir pada hari raya pertama.
Pengerusi Penternak Ayam Selangor, Datuk Ishak Mat Arif berkata, penyakit IB menyebabkan kerongkong ayam menjadi berkahak dan mengakibatkan ternakan sukar bernafas seterusnya mati. - Kosmo Online.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: