Monday, July 18, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4550

11 Messages

Digest #4550

Messages

Sun Jul 17, 2016 4:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tentera Cuba Lakukan Rampasan Kuasa Di Turki Serah Diri
siakapkeli.my

ISTANBUL: Seramai kira-kira 30 orang tentera Turki yang menyertai kumpulan cuba merampas kuasa di sini semalam dilaporkan telah menyerah diri dan kesemua senjata mereka selepas dikepung polis bersenjata di Dataran Taksim, di sini, kata saksi.

Memetik laporan RT, Askar-askar berkenaan dilihat menyerahkan senjata dan dibawa menaiki van polis di mana jet pejuang diliaht berulang-ulang berjuang terbang rendah mengegarkan bagunan sehingga memecahkan cermin tingkap.

Memetik laporan portal berita CNN, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengiystiharkan rampasan kuasa tentera berkenaan sudah tamat dan keadaan terkawal.

Beliau dilaporkan telah melantik pemangku panglima tentera yang baharu selepas percubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan, kata perdana menteri Binali Yildirim

"Komander Tentera Pertama, Jeneral Umit Dundar, dilantik sebagai pemangku panglima tentera," katanya.

Sehingga kini mereka belum mengetahui di mana bekas panglima, Hulusi Akar berada.

Media Turki melaporkan sehingga kini sekurang-kurangnya 60 orang terkorban di mana majoritinya adalah anggota polis. - Siakapkeli.my

Rampasan kuasa di Turki gagal, Erdogan kembali
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
16 Jul 2016, pagi 10:55 (Dikemaskini 16 Jul 2016, pagi 10:59)
Rampasan kuasa tentera Turki gagal pada awal pagi Sabtu selepas orang ramai menjawab panggilan Presiden Tayyip Erdogan untuk berkumpul di jalan raya bagi menyokong beliau.

Erdogan, yang bercuti apabila rampasan kuasa dilancarkan, terbang ke Istanbul sebelum subuh pada hari Sabtu dan telah muncul di TV bersama kalangan penyokongnya di luar lapangan terbang, di mana komplot rampasan kuasa gagal dilakukan.

Pemberontakan itu merupakan "perbuatan khianat", dan mereka yang bertanggungjawab akan membayar harga yang tinggi, katanya kepada pemberita pada sidang akhbar tergempar.

Tembakan dan letupan telah menggegarkan kedua-dua bandar raya Istanbul dan Ankara selepas tentera mengambil kedudukan di kedua-dua bandar dan mengarahkan televisyen negara untuk membacakan kenyataan mengisytiharkan mereka telah mengambil kuasa.

Tetapi pada awal Sabtu, wartawan Reuters melihat sekitar 30 tentera pro-rampasan kuasa menyerahkan senjata mereka selepas dikelilingi oleh polis bersenjata di dataran Taksim di Istanbul.

Erdogan Seru Rakyat Turki Bangkit Menentang Rampasan Kuasa
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Sekumpulan bahagian dalam tentera Turki telah mengambil tindakan menyalahi undang-undang, di luar rantaian perintah dalam cubaan rampasan kuasa.

Presiden Recep Tayyip Erdogan pada awal hari ini menyeru seluruh rakyat Turki untuk bangkit dan turun ke jalan raya bagi menentang tindakan tersebut.

"Saya menyeru seluruh rakyat kita. Pergi keluar ke dataran (menentang rampasan kuasa), marilah kita memberi mereka jawapan yang terbaik,"kata Erdogan pada mesej video dari telefon bimbit yang disiarkan

Beliau membuat kenyataan tersebut dari Marmaris, sebuah rumah rehat di mana beliau sedang dalam percutian.

"Saya tidak percaya cubaan rampasan kuasa ini akan berjaya. Tiada rampasan kuasa dalam sejarah yang pernah berjaya,"tegasnyanya.

Rakyat Turki telah bertindak balas dengan turun 'mencurah-curah' ke jalan-jalan raya di seluruh negara.

Komander Tentera Pertama Umit Dundar telah berkata bahawa rampasan kuasa-komplot mewakili sebilangan kecil dalam perintah Tentera Pertama.

"Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami mengambil langkah-langkah perlu dengan tentera yang belum berhubungan dengan mereka dan masih bertindak dalam rantaian perintah,"kata Umit.

Erdogan berkata tidak pernah apa-apa percubaan yang mengancam keselamatannya dan berkata jawatan presiden Turki telah berada di lokasi yang selamat.

Erdogan mengenal pasti kumpulan itu sebagai milik yang Feto, organisasi pengganas PDY, yang tiga tahun lalu telah gagal dalam cubaan yang sama penggulingan.

"Ini adalah satu pemberontakan terhadap demokrasi dan kehendak negara,"kata Perdana Menteri Binali Yildirim memberitahu rangkaian TV nasional secara langsung pada Jumaat.

"Kita tidak akan membenarkannya. Tidak akan ada apa-apa kompromi terhadap demokrasi. Pelaku akan membayar harga yang paling berat,"jelasnya.
Perdana Menteri Yildirim berkata "beberapa bangunan utama" di ibu negara adalah di bawah sekatan.

Laporan menyebut Ketua Turus Am, Hulusi Akar, telah dijadikan tebusan dan 'perampas kuasa'dilaporkan telah mengambil alih kawalan terhadap agensi TRT, penyiaran yang dikendalikan negara.

Ia telah memaksa penyiar untuk membaca kenyataan yang menyatakan tentera telah merampas kuasa dan Presiden pantas berkata kenyataan itu adalah tidak sah.
Sebuah agensi berita antarabangsa, Anadolu Agency telah mendapati bahawa agensi komunikasi satelit Turksat memotong siaran udara langsung selepas mengikuti kenyataan itu dipaksa itu.

Perampas kuasa juga dilaporkan melakukan serangan udara ke atas stesen bumi agensi itu di Golbasi, 20 kilometer (12 batu) di luar ibu kota Ankara.

"Kita akan memahami siapa mereka dan tujuan mereka tidak lama lagi dan akan melakukan apa yang diperlukan. Negara kita perlu bertenang. Kami tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan haram seperti yang mengganggu demokrasi," menurut Yildirim.

Tentera yang merampas kuasa telah dilihat menyekat kedua-dua jambatan di Istanbul, dan kereta kebal ditempatkan di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk.
Perdana Menteri berkata polis akan "bertindak balas" dan bahawa mereka akan lakukan apa yang perlu dilakukan walaupun ia melibatkan pengorbanan nyawa dan kematian," kata Yildirim.

Pemimpin pembangkang Pergerakan Nasionalis Parti Devlet Bahceli menggesa Perdana Menteri untuk menyeru rakyat berpadu dan menegaskan percubaan rampasan kuasa yang tidak boleh diterima, kata sumber kementerian.

Kilicdaroglu (Gambar kanan), pemimpin pembangkang utama Parti Republikan Rakyat (CHP) berkata: "Negara ini telah didera dengan rampasan kuasa,kami tidak mahu melalui masalah yang sama.."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Elakkan Menangis Dibelakang Hari, Sebab Penting Kenapa Isteri Perlu Tahu Password Dan ID Akaun Bank Suami
siakapkeli.my

Sebelum ini ramai orang mempermainkan di laman sosial yang isteri tidak boleh tahu kata lalaun akaun bank suami kerana takut habis diajak shopping.

Ia mungkin sekadar gurauan dan mungkin ada terjadi di dalam segelintir masyarakat sekarang.

Tetapi tahukah anda yang isteri atau suamio memang perlu tahu kata laluan akaun simpanan pasangan masing-masinga tas sebab yang amat penting terutamanya jika suami atau isteri meninggal dunia.

Apa yang penting sangat itu, jom baca penerangan oleh Cikgu Tg Abdul Ghafar.

"Sayang kena hafal Password Maybank2U Abang ni," pesan Cikgu Tg lembut dalam kereta semasa perjalanan pulang ke Port Dickson dari kampung halaman semalam.

"Kalau abang meninggal nanti, perkara pertama Sayang kena buat sebelum menangis adalah keluarkan sebanyak mungkin limit harian abang," tambah Cikgu Tg.

"Iya insyaAllah bang," jawapannya bersahaja, mungkin memikirkan benarnya kata-kata Cikgu Tg ini tetapi berat untuk difikirkan.

"Sayang faham kalau meninggal nanti semua akaun bank, KWSP, Tabung Haji, ASB dan semua institusi kewangan yang ada akan freeze," semestinya dia arif, semasa di USIM dulu dia mengambil jurusan Financial Math dan belajar tentang Muamalat dan Takaful ini.

"Pernah terjadi satu kes, arwah suami seorang isteri ini meninggal, si isteri dapat keluarkan setiap hari RM5,000 selama 3 hari berturut-turut sebelum akaun bank itu freeze. Alhamdulillah sekurang-kurangnya si isteri ini telah punyai RM15,000 dalam tangan untuk urusan pengebumian, langsaikan hutang-hutang arwah dan agihkan duit itu sebagai pusaka kepada yang berhak.

"Ada jugalah dapat duit sedikit sebelum menunggu DUIT HIBAH TAKAFUL RM100,000 yang ditinggalkan oleh arwah suami beliau diserahkan 4 bulan selepas itu," Cikgu Tg memberikan contoh agar si dia ini betul-betul memahami apa yang Cikgu Tg ingin sampaikan.

Bicara ini adalah kisah benar semalam, kami berbincang dalam nada bersahaja namun betul-betul mengambil serius tentang hal ini.

Buat para isteri di luar sana, berapa ramai dikalangan kalian mengetahui ID dan PASSWORD akaun bank suami kalian? Jika belum, bincangkanlah tentang hal ini.

Hal tentang masa depan bukan setakat bincang anak-anak akan datang nak sekolah di mana? Raya tahun ini nak pakai baju warna apa? Hujung minggu nanti nak beli barang dapur berapa bajetnya?

Hal tentang PENINGGALAN perlu difikirkan sama, saat Allah masih lagi beri peluang kita tidur atas katil bersama. Kerana apabila kita dijemput Ilahi, sangat berbeza mereka yang punyai PERANCANGAN dan mereka yang tiada langsung PERBINCANGAN.

Ramai yang terkejut tidak terkata dan terus buntu tidak tahu ingin buat apa jika sewaktu hayat ini tidak pernah mereka berbicara tentang KEMATIAN. Walhal ia adalah suatu KEPASTIAN.

Fikirkan teman-teman, telah ramai kawan-kawan kita pergi pada usia sebaya kita. Kita tidak terkecuali, suatu hari nanti pasti akan mengadapNya jua.
Mengingat Untuk Sama-sama Beringat

- Cikgu Tg -
Calon Jenazah
Anak, Suami dan Ayah Kepada 3 Orang Anak Kecil.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bapa Leka Main Game Tak Sedar Anak Yang Diberi Susu Meronta-Ronta Lemas Sebelum Mati Tercekik
siakapkeli.my

Gara-gara terlalu asyik dengan permainan 'game' bola sepak di telefon bimbitnya, seorang bapa dari Singapura telah menyebabkan anak perempuannya mati kerana kelemasan, lapor FMT.

Dalam siasaran yang dilakukan pada Selasa lalu mendapati bayi tiga bulan tersebut mungkin mati tercekik sewaktu diberikan susu oleh bapanya Mohamed Shiddiq Sazali, 27 yang ketika itu sedang leka bermain 'game'.

Shiddiq dikatakan tidak sedar anak perempuannya Reyhana Qailah Mohamad telah tercekik dan meronta-ronta menangis kerana terlalu menumpu pada permainan di telefonnya.

Kejadian dipercayai berlaku pada 12 Oktober tahun lalu kira-kira jam 10:10 pagi di sebuah flat di Telok Blangah Crescent, oleh ibunya, Nurraishah Mahzan, 31 , yang tiada di rumah.

Dia dipercayai telah bermain game sambil meriba anaknya itu di atas katil dengan tangan kanan memegang telefon dan tangan kiri memegang botol susu.

Menurut pegawai penyiasat Tony Won, Reyhana menolak botol susu menggunakan lidah namun bapanya dipercayai secara paksa terus menolak botol susu di dalam mulutnya.

Bayi malang tersebut dipercayai menangis dan memendang namun, Shiddiq terus bermain telefon tanpa memberi tumpuan kepada anak perempuannya.

Dua minit kemudian, Reyhana terus senyap.

Ketika kejadian tersebut, datuk mangsa yang baru pulang daripada pasar mendapati cucunya itu pucat dan tidak bergerak menyebabkan dia terus melakukan bantuan pernafasan CPR.

Ekoran itu, Reyhana kembali bernafas, memuntahkan susu malangnya, bantuan CPR seterusnya oleh ibu, pegawai polis dan paramedik tidak membawa apa-apa kesan.

Reyhana meninggal dunia kira-kira sejam selepas itu di hospital.

Hasil bedah siasat mendapati wujud kecederaan lama termasuk patah tulang rusuk kanan dan tengkorak namun polis tidak mengesyaki sebarang kejadian khianat.

Menurut seorang pakat patologi, kecederaan yang dikesan itu tidak menyebabkan kematiannya sebaliknya laporan kematian menujukkan sesak nafas atau lemas dan tercekik akibat meminum susu mungkin menyebabkan kematian. - Siakapkeli.my

MANUSIA MACAM NI TAK LAYAK JADI BAPA...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan Mulai 16 Julai

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan pada Khamis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

"Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.

"Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia," katanya.

Aminar berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

"Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan Beza dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna berbeza dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua yang jelas berbeza," katanya.

Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.

Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia.

Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian iaitu 1.0L dengan transmisi manual dan automatik; 1.3L "Premium X" (transmisi manual dan automatik); dan, 1.3L "Advanced Version" transmisi automatik.

"Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti," kata Aminar.

Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam -- 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'ebony black', 'glittering silver' dan 'solid ivory white'.

Perodua Bezza Sedan Harga Dan Spesifikasi
Rossa Calla
panduanmalaysia.com

Harga Dan Spesifikasi Perodua Bezza Sedan 2016. Perodua Bezza kompak sedan baru? Jenama kereta popular pilihan rakyat Malaysia, Perodua bakal melancarkan model sedan baru dalam kategori B iaitu Perodua Bezza pada 21 Julai 2016. Menurut Laman Web Perodua pula, tempahan pembelian akan dibuka bermula 16 Julai 2016.

Perodua Bezza Kompak Sedan Pertama Perodua
Model Sedan baru Perodua Bezza ini merupakan model pertama yang dikeluarkan oleh Perodua dalam kategori sedan. Ianya dibangunkan dengan menggunakan Platform Axia dengan sokongan dari Daihatsu Motor. Nama kereta mengambil inspirasi daripada perkataan 'Beza' dalam Bahasa Malaysia.

Kehadirannya pasti dinantikan terutama buat peminat kereta kategori B yang bakal menyaksikan Bezza bakal bersaing dengan Proton Saga, Nissan Almera, Toyota Vios, Honda City dan banyak lagi.

Spesifikasi
Berikut adalah di antara spesifikasi Perodua Bezza yang bakal hadir dengan 2 kapasiti enjin seperti berikut :-

Kapasiti Enjin
1.. 1.0 Liter (Jenis Enjin - 1KR-VE dengan VVTi)
2.. 1.3 Liter (Jenis Enjin - 1NR-VE dengan Dual VVTi)

Ianya ditawarkan dalam lima varian di pasaran Malaysia iaitu :-

1.. Bezza Standard G 1.0L (Manual dan Automatik) : Specs Asas
2.. Bezza Premium X 1.3L (Manual dan Automatik) : Specs pertengahan
3.. Bezza Advance 1.3L (Automatik) : Specs Tertinggi
Transmisi yang ditawarkan pula adalah Automatik 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan. Spesifikasi lain Perodua Bezza boleh dirujuk di brosur di bawah ini dan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pelancaran rasmi:-

Spesifikasi Lain
a.. Dilengkapi dengan ciri ABS dan EBD. Untuk Varian Advance, ianya ditambah dengan ciri VSC
b.. Sistem Mula Henti (Eco Idle) akan ditawarkan pada varian premium yang mempunyai persamaan dengan teknolgi yang digunakan di Mazda2 iaitu i-Stop. Enjin mati sendiri bila berhenti atau tidak bergerak. Enjin akan hidup semula dengan menekan minyak.
c.. Enam warna yang ditawarkan : 'solid ivory white', 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'glittering silver' dan 'ebony black'
d.. Ruang boot yang luas
Harga Perodua Bezza
Harga rasmi Perodua Bezza akan diumumkan pada hari pelancaran dengan jangkaan harga dalam lingkungan RM35,000 hingga RM60,000. Jika anda berminat dengan Perodua Bezza Sedan Baru 2016 ini, anda boleh mengunjungi Pejabat Jualan PERODUA di seluruh Malaysia.

Sumber: Perodua

Gambar Perodua Bezza
Berikut diantara gambar menarik kereta sedan pertama Perodua iaitu Perodua Bezza.

Perodua Bezza Sedan Harga Dan Spesifikasi.

9 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Bezza (2016)
pandulaju.com
July 13, 2016 By AO Leave a Comment

1328
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS foto hadapan dan belakang, kini giliran brosur Perodua sedan pula berlegar-legar di media-media sosial. Jadi, memang sah beberapa maklumat spesifikasi yang didedahkan beberapa sumber. Dikenali sebagai Perodua Bezza, nama itu sendiri sebenarnya diambil daripada model konsep Perodua yang didedahkan di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010.

Sedia maklum juga, Perodua Bezza atau dikenali sebagai Perodua Sedan sebelum ini bakal dilancarkan pada 21 Julai 2016. Sebelum menanti hari pelancaran, apa kata kita kenali dahulu ciri-ciri menarik Perodua Bezza.

1. DUA PILIHAN ENJIN
Perodua Bezza hadir dengan kapasiti enjin 1.0L dan 1.3L. Bagi enjin 1.0L 1KR-VE dengan VVT-i, ia menghasilkan kuasa sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan tork 91Nm (4,400rpm). Manakala enjin 1.3L dijana enjin 1NR-VE dengan Dual VVT-i berkuasa 94hp (4,400rpm) dan tork 121 (4,000rpm).

2. TAMPIL 3 VARIAN
Perodua Bezza tampil dengan tiga varian; Bezza Standard G (1.0L), Bezza Premium X (1.3L) dan Bezza Advance (1.3L).

Jenis transmisi ialah automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan, tetapi varian Bezza Advance cuma ada transmisi automatik sahaja.

3. CIRI KESELAMATAN TERMAJU
Menarik mengenai Bezza ialah semua varian dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik( EBD). Bagi varian Advance pula mendapat tambahan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

4. SISTEM MULA-HENTI
Perodua Bezza bakal memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

BACA>>> Gambar Belakang Perodua Sedan Tampak Awesome!!!

5. TEKNOLOGI TERKINI
Pembeli Bezza Premium X dan Advance turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar, akses pintar, punat mula-henti dan port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang, punat kawalan jauh untuk bukaan but.

Ciri audio pula didatangkan standard bersama sambungan USB untuk semua varian, manakala Bezza Premium X mendapat tambahan fungsi wayarles, Bluetooth dan Bezza Advance dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi dan 'Smart Link' berserta kamera undur.

6. TERIMA 5-BINTANG ASEAN NCAP
Bagi versi premium, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

7. WARANTI 5 TAHUN
Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000km perbatuan.

8. PRAKTIKALITI
Tidak juga dilupakan aspek praktikaliti yang sinonim dengan model Perodua, di mana konfigurasi tempat duduk belakang Bezza boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan.

9. HARGA KOMPETITIF
Bagaimana pula harga? Jika lihat pada brosur dilampirkan, Perodua turut nyatakan harga Perodua Bezza adalah mampu milik. Kami jangkakan harga jualan akan berada di pertengahan antara Perodua Axia dan Myvi. Kemungkinan harga jualan akan berada sekitar RM35,000 hingga RM50,000.

Apa-apapun, nantikan laporan penuh kami pada 21 Julai ini sebaik saja model sedan ini dilancarkan.

Perodua Bakal Lancar Sedan Pertama : Ini 9 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Selepas berjaya dengan kereta kompak sehingga mengungguli jualan kenderaan di pasaran tempatan sejak lebih 20 tahun lalu terutama menerusi model Kancil, MyVi dan Axia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kini tampil pula dengan model sedan. Model sedan sulung syarikat automotif terkemuka tempatan itu yang belum diketahui namanya, dikatakan bakal dilancarkan dalam masa terdekat, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan model kepada orang ramai.

Ini 9 point menarik yang perlu anda tahu mengenai Perodua sedan terbaru itu :

1 - Bakal Dikeluarkan Dengan Enjin 1.0 liter dan 1.3 liter
PERODUA sedan itu akan dikeluarkan dalam dua variasi enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Enjin 1.0 yang digunakan adalah enjin yang sama menghidupkan Axia (tapi dengan modifikasi) manakala enjin 1.3 adalah enjin yang baharu.

2 - Model pertama keluaran PERODUA menggunakan kepakaran reka bentuk tempatan
PERODUA sebelum ini mengeluarkan kereta-keretanya berasaskan blueprint reka bentuk kereta lain. Tapi bagi sedan pertamanya, PERODUA mengambil keputusan untuk mereka bentuk sendiri keretanya menggunakan kemahiran tempatan.

3 - Enjin dihasilkan di kilang PERODUA/Daihatsu di N. Sembilan
Enjinya juga dihasilkan secara tempatan di kilang terbaru PERODUA/Daihatsu di Negeri Sembilan.

4 - Varian 1.3 Mengguna Enjin Baharu iaitu 1NR-VE dwi VVT-i
Enjin 1.3 yang bakal digunapakai dalam varian Premium X dan Advance adalah enjin baharu. Rasanya ramai yang akan membeli varian ini bagi merasai sendiri enjin baru ini selain lebih kuasa yang akan dihasilkan.

5 - Dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.8 km/l
PERODUA dan jimat minyak berpisah tiada!

6 - Varian 1.3 Advance dilengkapi dengan sistem Eco-Idle (Varian Advance)
Varian 1.3 Advance juga dilengkapi dengan sistem Eco-Idle dimana enjinnya akan mati sendiri apabila dalam keadaan Idle (seperti menunggu lampu isyarat). Dan sistem ini juga akan menghidupkan enjin secara automatik apabila pemandu menekan pedal minyak.

7 - 5 bintang ASEAN NCAP
Yup, model sedan ini merupakan model PERODUA pertama yang menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP. Tak dinafikan, ianya satu langkah kehadapan oleh PERODUA.

8 - Dilengkapi dengan VSC (Varian Advance)
PERODUA sedan Advance pula juga dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control). Tambah lagi 1 bintang bagi variasi Advance.

9 - Harga dianggarkan antara RM30,000 hingga RM55,000
Melihatkan kepada harga yang ditawarkan, tidaklah jauh mana jika dibandingkan dengan Nissan Almera dan mampu milik. Jika dilihat dalam konteks harga, nyata sekali PERODUA sedan ini dicipta bagi menyaingi model PROTON saga.

Sumber : http://careta.my/?p=12994

PERODUA BEZZA BODYKIT AKSESORI GEAR UP | Harga Dan Spesifikasi
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

Smart gila Perodua Bezza yang ditambah bodykit aksesori GearUp.

Dengan harga bermula RM37,300 hingga RM50,800 adalah tak pelik kalau Perodua Bezza ni akan memenuhi lane 1 highway dan kasi highbeam kat korang suruh ketepi macam kereta paling laju di dunia, Myvi.

Apapun tahniah Perodua!!

Kredit Paultan.Org

Boleh buat tempahan skrg...

PERODUA BEZZA...

BEZZA 1.0 MANUAL
HARGA RM 37300
DEPOSIT RM 3800
BULANAN RM 402
FULL LOAN
BULANAN RM 447

BEZZA 1.0 AUTO
HARGA RM 39300
DEPOSIT RM 4000
BULANAN RM 423
FULL LOAN
BULANAN RM 471

BEZZA 1.3 SE MANUAL
HARGA RM 42800
DEPOSIT RM 4300
BULANAN RM 462
FULL LOAN
BULANAN RM 514

BEZZA 1.3 SE AUTO
HARGA RM 44800
DEPOSIT RM 4500
BULANAN RM 483
FULL LOAN
BULANAN RM 538

BEZZA 1.3 ADVANCE
HARGA RM 50800
DEPOSIT RM 5100
BULANAN RM 548
FULL LOAN
BULANAN RM 610

**KIRAAN BULANAN MENGIKUT ANGGARAN 3.3%

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bantah TOL LPT2

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Anda tidak akan jumpa di mana mana lebuhraya bertol di selurrruuh alam Nusantara stesyen minyak mcm ni.

Stesyen minyak Buraq Oil dekat Parlimen Kuala Kangsar pun lagi besar dari ini.
Hanya di Terengganu, negeri kaya rakyat miskin.

Kredit

Ahmad Amzad Hashim

Jom lihat stesen minyak LPT2
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Memetik tulisan di Facebook yang mana beliau menulis, anda tidak akan menjumpai mana-mana stesen minyak di lebuhraya bertol di seluruh alam nusantara seperti ini. Katanya stesen minyak Buraq Oil di Parlimen Kuala Kangsar lagi besar dari stesen ini.
Apapun lebih baik ada daripada tiada. Admin yang menuju ke Kuala Terengganu pernah terpaksa keluar melalui tol Paka kerana mencari stesen minyak kerana beranggapan stesen minyak ada di lebuhraya berkenaan ketika itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suspek Bunuh Sekeluarga Mati Ditembak Polis
siakapkeli.my

Georgetown, 14 Julai: Suspek bunuh tiga sekeluarga dan seorang pemilik kilang pemprosesan ayam di Batu Maung kelmarin ditembak bati berhampiran bank di Jalan Air Itam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 malam itu, suspek dikatakan berbalas tempakan dengan sepasukan polis Bukit Aman yang menjejakinya sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid, menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan khas Bukit Aman selepas berjaya menumpaskan penjenayah itu.

"Syabas STAFFOC @PDRMsia tumpaskan penjenayah selepas bbalas tembak di Air Itam Pg tadi. Spek disyaki tlibat kes bunuh 4 sekeluarga #GoPDRMGo", tulis beliau

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Razaruddin Hussain mengesahkan kejayaan menumpaskan suspek namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan di lokasi masih dijalankan.

Dalam kejadian 2.55 pagi kelmarin, suspek Chung Chun Wah, 32, menembak mati ibu, adik, anak saudara serta teman lelaki ibunya di kilang memproses ayam di Jalan Baru, Batu Maung, Balik Pulau.

Suspek dikatakan berang kerana tidak mendapat wang untuk membeli dadah dan dia kemudian melarikan diri. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian Metro

4 Sekeluarga Ditembak Mati Termasuk Seorang Kanak-Kanak 2 Tahun di Batu Maung
siakapkeli.my

BAYAN LEPAS 13 Julai- Empat sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, maut ditembak dalam satu kejadian di sebuah kilan gmemproses ayam di Batu Maung, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi tiu, keempat-empat mereka iaitu - pasangan suami isteri berusa 50 dan 55 tahun - anak lelaki mereka yang berusia 30-an dan cucu berusia 2 thun mati ditembak suspek yang juga anak kepada pasangan itu.

Mangsa dikenali sebagai Tan Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong berumur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Bee.

Kteua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain @ Abdul Rasid, suspek yang berusia 32 tahun itu bertindak menembak kesemu amangsa selepas tercetus satu pergaduhan yang dipercayai selepas suspek gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Menerusi siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak menjumpai barang berharga selepas menyelongkar bahagian yang dijadikan rumah oleh pengusaha ayam proses di kilang terbabit.

"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat sebanyak 11 das menggunakan pistol semi automatik," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Polis kini sedang memburu suspek yang melarikan diri dengan sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran PLJ 7392 untuk membantu siasatan kes.

Sumber: Utusan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Helikopter Tiba-Tiba Mendarat Berhampiran Sawah, Cetus Pelbagai Spekulasi
siakapkeli.my

KEPALA BATAS: Penduduk kampung Permatang Tiga Ringgit gempar apabila terlihat sebuah helikopter yang tiba-tiba mendarat di kampung mereka iaitu di kawasan lapang berhampiran sawah padi di sini, lapor Sinar Harian.

Keadaan ini membuatkan orang kampung dan pengguna jalan raya melalui kawasan berkenaan berhenti mengerumuni helikopter berkenaan.

Pelbagai spekulasi mula timbul, ada yang mengatakan helikopter berkenaan mendarat cemas dan menjadi buah mulut setempat sehingga tersebar di media sosial, namun telahan mereka ternyata meleset apabila cerita sebenar bukan seperti yang disangka.

Seorang penduduk, Maznah Aznan, 70, memberitahu helikopter tersebut sebenarnya mendarat untuk mengisi minyak dan mengambil adiknya untuk ke sebuah lokasi di Kedah.

"Adik saya dia bekerja dengan syarikat balak, dia tinggal di Batu Kurau, helikopter itu turun untuk mengisi minyak dan mengambilnya untuk ke sebuah lokasi.

"Dia telefon awal lagi pada saya, katanya dia akan naik helikopter itu di sini, jadi bila ramai orang yang bercerita, saya buat tak kisah saja, tapi tak sangka berita ini tersebar secepat ini," katanya.

Lori menghantar minyak untuk helikopter berkenaan

Pihak Sinar Harian telah menemubual penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar berkata ketika itu dia baru balik dari sawah.

"Saya lalu jalan di Kampung Permatang Tiga Ringgit, masa tu lebih kurang jam 12 lebih, terkejut juga tiba-tiba ada helikopter mendarat di sini.

"Saya tak berani nak jangka apa-apa, tapi ini kali pertama kejadian yang berlaku di kampung ini," katanya.

Helikopter berkenaan difahamkan milik sebuah syarikat yang dalam perjalanan dari Perak menuju ke Kedah mendarat di kawasan itu untuk mengambil rakan mereka dan mengisi minyak di mana 15 mini kemudian pesawat itu telah beredar. - Siakapkeli.my

Pihak polis turut datang ambil keterangan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Hidup Anak-Anak Lebih Kreatif Hidup Tanpa TV," Wanita Kongsi 12 Kelebihan Mendidik Anaknya Tanpa TV Di Rumah
siakapkeli.my

Lahirnya seorang anak kecil seperti kain putih, elok kita mewarnainya maka hasilnya sudah pasti cantik atas kehendak yang Maha Esa.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk anak mereka, memberi pendidikan awal sejak dari lahir sehingga besar, apabila sudah menjangkau umur 3-5 tahun anak-anak akan mula belajar menerokai apa yang ada di sekeliling mereka.

Ada ibu bapa yang mendedahkan teknologi kepada anak mereka seawal umur 1 tahun, di berikan tablet untuk anak-anak mereka melihat kartun kegemaran, dan tabiat ini akan berterusan sehingga besar.

Ada ibu bapa hang menggunakan siaran televisyen untuk pendedahan pendidikan kepada anak mereka apabila ada siaran tv yang menawarkan rancangan berkaitan pendidikan, tetapi itu waktu kita ada di rumah sahaja, kalau kita tiada di rumah adakah anak kita akan membuka siaran berkenaan.

Ada ibu bapa yang melarang anak-anak membuka siaran televisyen di mana lebih memberi pendidikan yang praktikal sendiri di rumah

Dikongsikan oleh seorang ibu bernama Widyana Ali di mana beliau berkongsikan apa yang terjadi kepada anak-anaknya apabila mendidik anak-anaknya tanpa televisyen.

Jom kita baca.

Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan "idiot box" untuk TV. Baru sekarang nak cari kenapa TV ni dipanggil idiot box.

Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu.

Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama2 menonton drama/filem.

Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak tiba pula slot drama sampai maghrib.

Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Bila anak-anak dah semakin membesar. Saya dan suami mula fikir nak cuba hidup tanpa TV. Hasilnya?

1. Anak-anak kurang tantrum. (meragam)

2. Anak- anak senang dengar arahan.

3. Fokus bertambah sebab tiada gangguan.

4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat bila mama minta bantu di dapur.

5. Senang mendengar nasihat.

6. Hidup lebih gembira rupanya.

Kesan baik untuk saya dan suami:

1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV.

2. Kurang marah (saya) sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.

3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.

4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.

5. Senang nak solat di awal waktu.

6. Banyak masa untuk borak2 dengan suami dan anak2.

Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah.

Kepada kawan- kawan, cubalah 'buang' TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.

Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan.

Nota: Dulu- dulu mama tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin.Sekarang pelakon pun tak kenal.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 4:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hati-Hati, Elakkan Dari Memakai 'Contact Lens' Tanpa Usul Periksa
siakapkeli.my

Untuk cantik ada manusia sanggup lakukan apa saja, ada yang sanggup berhabisan beribu ringgit, ada yang sanggup lakukan pembedahan dan ada yang sanggup memasukkan 'benda' palsu dalam badan mereka.

Pernah juga kita dengar, ada mereka meninggal kerana taksub untuk kurus gara-gara sedut lemak, untuk nak cantik tidak salah, tapi jangan 'over' sehingga mendatangkan kesan kepada kita.

Selain itu, pastikan produk atau perkhidmatan yang kita guna itu selamat, diiktiraf dan terbukti, iai bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingin berlaku. Dari hendak cantik terus jadi tak cantik.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama MizDya Nieya, pada tahun lalu di mana dia telah mengalami masalah mata gara-gara selalu memakai 'contact lens'

Berdasarkan perkongisan itu, seorang pelajar perubatan bernama Hanis Kamel memberikan nasihat cara pemakaian contact lens dengan betul dan tips-tips yang berguna.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 17, 2016 10:14 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Jul 17, 2016 10:14 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: