Thursday, January 19, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4664

8 Messages

Digest #4664

Messages

Wed Jan 18, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Disebalik Kebanggaan Najib 20 Ribu Penduduk Kedah Datang Sambut - Rupa-Rupanya Mereka Dipaksa Hadir, Kesian..
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Yeay, 20 ribu datang sambut kami di Kedah tau! Kedah bukan kubu kuat Mahathir lagi.

4 jam lepas. Najib dan keceriaannya. Jelas terpapar melalui gambar yang disebarkan olehnya. Ramai yang hadir ke program Najib bermaksud ramai yang sokong Najib. Ini kau kata BN nak tumbang? Mimpi sahaja la! BN kuat bukan hanya di kubu sendiri bahkan di kubu Mahathir juga tau. Buktinya? 20 ribu datang kepada Najib. Kau, ada?

Tetapi.. disebalik kehadiran yang ramai itu rupa-rupanya tersembunyi sebuah pakatan sulit..

Apa dia? Kelas dibatalkan dan pelajar diwajibkan hadir?

Oh, ada gula-gula lagi.

Eh, dia pun jadi mangsa juga.

Please la Najib. Permainan kamu, mereka-mereka yang menjadi mangsa 'dah nampak'.

Kah Kah Kah

Okay, okay, memang benar di antara 20 ribu yang hadir (20 ribu ke?) sudah pasti terselit juga mereka-mereka yang sokong kepimpinan Najib Razak. Tidak dinafikan.

Namun, di kalangan yang hadir juga ada di antaranya telah dipaksa untuk memeriahkan program.

Kan tak baik begitu. Sampai diwajibkan hadir. Alahai. Program pun bertaraf biasa-biasa sahaja. Kalau ku jadi Najib. Aku buat lawatan sport-check. Turun padang jelajah Kedah dan tengok cara pentadbiran Bashah, ngam ke tak ngam. Dengar masalah rakyat direct. Rakyat pasti sayangi aku sebab aku turun padang tanpa protokol dan paling penting bukan buat program himpun-himpun bagai neh. Kenapa la Najib tak seperti itu. Aku pun tidaklah tahu.

Kah Kah Kah!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 18, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isu "Penyeluk Saku Digital", Bank Negara Tampil Nafi Dan Jelaskan Ciri-Ciri Keselamatan Yang Ada Pada Kad PayWave
siakapkeli.my

Isu kad ATM baru yang mempunyai fungsi pay Wave nampaknya kini hangat diperkatakan, ada yang menyatakan kad berkenaan adalah tidak selamat di mana mereka yang mempunyai niat tidak baik dapat mencuri duit yang ada dalam bank kita tanpa kita sedari.

Ramai mereka diluar sana menyatakan amat risau dengan perkara ini, ada yang sehingga mahu mematikan fungsi Pay Wave yang ada pada kad mereka.

Betulkah orang lain boleh mencuri duit kita hanya dengan menggunakan aplikasi telefon? jom baca penjelasan daripada pihak Bank Negara Malaysia ini di mana kata mereka kad Pay Wave merupakan instrumen pembayaran yang amat selamat.

Berhubung dengan laporan media tentang 'electronic pick-pocketing' bagi kad tanpa sentuhan, Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar.

Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan:
(a) Cip pada kad yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
(b) Bagi transaksi dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urus niaga (transaction authorisation code, TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih mereka.
(c) Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara 'electronic pick-pocketing'

Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi yang tidak dibenarkan.

Pemegang kad dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.

Pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.

Bank Negara Malaysia
18 January 2017

Kad tanpa sentuhan yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini merupakan instrumen pembayaran yang amat selamat. Keselamatan kedua-dua kad pembayaran dan PIN adalah tanggungjawab pemegang kad.

Pemegang kad haruslah memaklumkan kepada pihak bank dengan kadar segera, sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau nombor PIN terdedah, atau terdapat urus niaga tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.

- Siakapkeli.my

Bank Negara jamin kad PayWave selamat, data tak boleh dicuri
bloglist-malaysia.blogspot.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
FMT Reporters

BNM menafikan berjuta-juta pengguna kad ATM dan kad kredit PayWave terdedah kepada penyeluk saku elektronik.

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menegaskan kad ATM dan kad kredit yang dilengkapi ciri keselamatan baharu di bawah sistem PayWave tidak boleh diklonkan atau digunakan untuk transaksi tidak disahkan pemegang kad sendiri.

Sehubungan itu, BNM menafikan berjuta-juta pengguna kad ATM dan kad kredit PayWave mudah terdedah kepada penyeluk saku elektronik.
BNM dalam satu kenyataan berkata, kad tanpa sentuh itu dilengkapi ciri keselamatan termasuk cip yang mengandungi kod dinamik bagi setiap transaksi dan pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan transaksi (TAC) untuk urus niaga kad dalam talian dan maklumat penting dalam kad tidak boleh dicuri secara elektronik.

BNM turut menasihatkan pemegang kad menghubungi bank dengan segera, jika kad mereka hilang atau dicuri atau nombor pengenalan peribadi (PIN) mereka terjejas atau berlaku transaksi tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.
Oktober lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah memberi jaminan kad tanpa sentuh yang dilengkapi ciri keselamatan terkini adalah instrumen pembayaran sangat selamat dan hampir mustahil dipalsukan.

Bagaimanapun, pada 7 Disember lalu, FMT memetik Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), A Karuna sebagai berkata, kad ATM, debit dan kredit baharu itu mungkin lebih mudah terdedah kepada kecurian data kerana pencuri boleh menggunakan alat khas yang dapat memantulkan secara magnetik maklumat kad mereka.

"Dengan menggerakkan alat di hadapan kad pengguna, maklumat pengguna boleh dicuri. Jadi bukankah ini bermaksud orang lain boleh menggunakan alat yang sama untuk mencuri maklumat?" katanya merujuk sebuah video YouTube yang menunjukkan bagaimana maklumat dicuri daripada kad PayWave.

Bukan itu sahaja, pakar keselamatan teknologi maklumat, Mohd Nizam Mohd Salleh yang dipetik Harian Metro semalam turut mendakwa cip baharu kad debit yang diperkenalkan awal tahun ini lebih berisiko terdedah kepada kecurian data.
Katanya, penjenayah boleh mengesan gelombang radio transaksi itu dalam jarak kurang 1m melalui aplikasi dimuat turun ke telefon pintar dan selepas data diperolehi, mereka boleh melakukan transaksi dengan mengimbas telefon pintar di mesin payWave.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 18, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



FGV rugi, imbuhan pegawai tinggi kian melambung
bloglist-malaysia.blogspot
sakmongkol.blogspot
Posted by Ariff Sabri

kena tulis juga.
Saya ingat saya mahu berhenti menulis untuk seketika mengenai felda, fgv dan peneroka. Demikianlah sangkaan saya sehinggalah saya melihat dan mendengar bagaimana tidak peka atau insensitive nya pegawai tinggi felda.

Imbuhan lebih RM2 juta setahun, FGV biar mampus.
Dia ini dapat gaji, yuran dan bonus melebihi RM2 juta setahun. Tapi setelah 2 tahun pun tidak dapat membetulkan keadaan, menyalahkan keadaan luar dunia Felda dan pihak lain.Sambil menikmati makanan disebuah restoren Melayu, memberitahu kawan2 nya, dia tidak boleh buat apa2 mengenai felda dan fgv. Banyak cerita kata nya...

'banyak cerita' itu apa ceritanya?
Kita tidak berminat kepada 'banyak cerita'. Kita pun boleh agak cerita nya- campur tangan pejabat PM, kumpulan yang ada kepentingan dsb. FGV ialah a creature created by the PM after experiencing a wet dream. Tak perlu hendak cerita- dunia pun tahu. Kita hendak tahu, apa yang pengurusan FGV hendak buat?

Adakah ujudnya 'banyak cerita' itu alasan dan justifikasi kegagalan? Jika tahu, beritahulah dunia. Jangan sembunyikan kebenaran dengan kepalsuan dan jangan sembunyikan kebenaran kalau dah tahu 'banyak cerita'.

Kepada saya dan juga kepada sesiapa yang mendengar plaintive pleading nya-( itulah dia pun sebenarnya) ini sudah suatu pengakuan bersalah atau admission of guilt. Maka apa yang boleh dilakukan oleh seorang yang berminda demikian ialah untuk berenang mengikut arus- just go with the flow, orang lain balun, aku pun balun. FGV dan Felda ada nun disana untuk diganasi, dirakusi dan diperkosa.

Dedahkan kemungkaran Felda/FGV dan semua konspirator.
Kepada kita , this will not do. Kita pula akan balun dalam bentuk mendedahkan kemungkaran yang berlaku. Fakta nya, mendapat imbuhan hampir lebih RM2 juta setahun tersangat lumayan. Berbohong dan menyembunyikan kebenaran adalah harga yang sangat kecil yang perlu dibayar berbanding dengan pendapatan lumayan. Lagi pun, menyembunyikan kebenaran ialah isu moral atau ethical dan bukan legal. Tidak menjadi kesalahan legal dan jenayah. Bukan demikian CEO?

FGV akan di delisting?
Sekarang ada ura2 mahu di private-kan FGV. FGV menjadi syarikat sendirian berhad. Orang bercakap macam main2 bila mengeluarkan cadangan de-listing. Implikasi nya banyak.

Adakah FGV menuju kemuflisan?
Ianya pengakuan bahawa FGV menuju kepada kebengkrapan. kalau share FGV lekat pada harga RM1.50-RM160 berbulan bulan lamanya, Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Saham sudah memberi amaran kepada pengurusan FGV. Ada atau tidak amaran diberi atau kedua dua institusi ini tidur lena?

Pelabur tidak yakin kepapa pengurusan FGV.
Bila harga mendatar untuk masa yang agak lama, ini bermakna pelabur tidak ada keyakinan keatas FGV. Tidak yakin kepada bisnes plan nya, pengurusan nya, perniagaan nya. Delisting akan mengakibatkan penurunan harga share dan pemegang share, walaupun masih pemilik, akan mendapati pelaburan mereka susut nilai yang teruk.

GLC kita akan kerugian berbilion Ringgit.
Ini bermakna, GLC kita yang duduk atas potensi kerugian RM7 billion, boleh hilang lebih dari RM7 bilion. sekurang kurang nya EPF telah memotong rugi dengan segera menjual saham nya dalam FGV dan menanggung kerugian. tentu EPF beranggapan, lagi tunggu lama, lagi teruk.

Apa bursa saham buat?
Jadi kalau share FGV bertahun trading pada harga RM1.50, itu bermakna harga itulah harga true value FGV. Soalan nya, bagaimana bursa saham kita menerima harga runcit pada RM4.55 yang dicadangkan semasa penyenaraian?

Adakah bursa saham sengaja mencipta harga ini supaya Najib boleh menunjukkan bahawa listing FGV adalah suatu keputusan yang bijak? Apa peranan bank2 pelaburan yang menasihati kerajaan? Adakah mereka berkomplot menyetujui harga retail RM4.55 sedangkan mereka tahu true value ialah ,sememang nya sekitar RM1.55?

Bank Pelaburan, SC dan Bursa tahu, FGV tidak ada track record.
Sebab nya, trek rekod pengurusan FGV teruk. ia kerugian banyak di Amerika dan Canada. Ia telah ditipu oleh broker2 yang hendak jual kilang Procter and Gamble dan tertipu lagi terpaksa belanja membina kilang di Canada. Kita hendak tahu samaada pegawai pelaburan Felda ketika itu dapat komisyen atau tidak ketika bersetuju membeli kilang2 Procter and Gamble.

Tidak ada orang menaruh keyakinan tinggi kepada FGV tapi, FGV lah yang dipilih sebagai kenderaan untuk listing Felda Holdings. Felda Holdings yang sebetulnya telur emas angsa. FGV sendiri ialah syarikat yang tidak bermaya.

Ertinya, peneroka Felda pemilik 51% share suatu ketika dahulu dalam Felda Holdings tertipu dan disamun dengan cerita kehebatan FGV.

Menjadikan syarikat FGV kepada sendirian berhad, bukan suatu kerja yang murah. Ia akan menelan belanja yang besar. bank pelaburan yang menasihati nya nanti akan caj yuran atau fees yang tinggi. sekali lagi , bank pelaburan akan buat duit dan individu tertentu juga akan mendapat bayaran yang tinggi.

Peneroka Felda kena kelentong sekali lagi. Dahulu ketika disenaraikan, KPF ditendang keluar. wang sogokan sebanyak RM2.2 bilion diberikan sedangkan nilai KPF ketika itu, mengikut analis, lebih RM4 billion. Peneroka bergembira kecuali yang diharamjadahkan. Kita hendak tanya, adakah pemegang saham dalam KPF menikmati hasil dari pemindahan kepentingan KPF kepada FGV? Adakah mereka dapat dividen dan bonus yang luarbiasa tinggi pada tahun 2012?

Sudahlah demikian, KPF dipaksa beli ladang sawit di Sarawak dengan harga tinggi dari pasaran- iaitu RM1.2 billion. Harga pasaran ketika itu RM750juta. Ada hantu sapu duit RM400 juta. Siasat CEO KPF ketika itu. Hello SPRM- jangan tangkap ikan bilis sahaja.Kenapa beli harga tinggi dari pasaran?

Kemudian dipaksa beli saham dalam FGV, syarikat yang tendang KPF keluar. Sebab itu saya kata, takde maruah betul KPF. sudahlah diaibkan, kena beli pula saham pihak yang mengaibkan nya.

Saya cadangkan- jika KPF ada fikiran stratejik, pergi kepada PM dan kata, KPF mahu beli kesemua saham outstanding yakni 2.1889 bilion saham tersebut pada harga sebenar FGV- RM1.80 ke... kemudian buat offer hendak beli saham yang masih ada dalam Felda. Bagaimana membiayai pembelian? dengan wang dalaman dan terbitan bon yang dijamin oleh kerajaan. Jika kerajaan boleh jamin 1MDB mengapa tidak KPF- Melayu punya kan?

Kemudian KPF evolve itself into KPF Inc dan lantik satu syarikat pengurusan yang baik. Ajak IOI atau United Plantations mengurus bagi pihak nya . atau ajak Wilmar Group.

tendang semua pegawai FGV dan felda. ambil tindakan undang2 keatas mereka yang menyeleweng. ambil tindakan keatas banker2 pelaburan yang meletakkan harga runcit RM4.55 seunit sedangkan harga sebenar ialah mungkin hanya RM1.80. Ramai orang bikin duit haram ketika itu- para penganalis, inversement bankers, politisyen dll. Gerenti, sebahagian besar nya Melayu yang menjunjung 6 rukun iman dan 5 rukun Islam.

Biarlah peneroka sedar akan perkara2 ini. Dibawah ini ialah suatu Jadual dengan petunjuk2 kewangan dari FGV. Bacalah, study nombor2 itu dan fahami. Kemudian, bandingkan perasaan yang dicetuskan oleh pembacaan tersebut dengan pembohongan yang dilakukan oleh blogger2 upahan UMNO.
Walaupun terpampang nyata angka2 yang menunjukkan Felda dan FGV kerugian atau mengering resev nya, pihak kerajaan masih mahu menegakkan benang basah. Jadi jadilah menipunya, agar kita berhenti mendedahkan kebenaran. Please stop the lies and we will stop telling the truth about you.
Faktanya, pengurusan tertinggi Felda dan FGV ialah lintah darat penghisap darah. Imbuhan mereka melambung naik, sedangkan Felda dan FGV kerugian. Sedarlah bahawa kita reward kejayaan, kita tidak reward kegagalan dan incompetence.

Fakta nya, Felda tidak ada wang. Tapi masih bernafsu hendak beli 37% Eagle High hanya kerana PM mahukan ia terjadi. FGV menanggung kerugian yang makin teruk.

Bila FGV teruk, Felda sebagai pelabur utama dalam FGV akan dijangkiti teruk nya. Satu hari akan tiba bila Felda tidak ada wang untuk menjalankan tanggung jawab sosial nya.

Wang untuk bina jalan pertanian, untuk repair jalan, untuk maintain balairaya, dewan serba guna akan berkurangan. Peneroka hendak pinjam duit pun susah. Hendak minta tolong pun sukar. Tapi semasa peneroka susah, felda dan fgv tidak untung, pegawai2 tingginya tetap dibayar lumayan.

Dan setelah membaca, jika masih ada perasaan marah dan dikeciwakan, bawalah perasaan tersebut ke Pilihanraya 14. Gunakan kuasa ditangan untuk menendang keluar kerajaan Perompakrasi Najib.

Nombor2 dibawah ini menunjukkan perompak menjaga kepentingan perompak. Peneroka biarlah hidup merempat.
Semenjak Najib ambil alih FGV dan Felda, imbuhan kepada Isa Samad dan CEO FGV naik lebih 66%, manakala pada tempoh yang sama, keuntungan FGV berkurang lebih dari 66%.

Tahun 2015, untung kasar FGV ialah RM1.8 billion. Tolak cukai, untung bersih ialah RM301 juta. ini hasil dari sektor perladangan. Mengikut perjanjian, Felda dapat 15% dari untung. Jika ianya dikira dari untung bersih, maka pulangan kongsian untung dari FGV untuk felda ialah sekitar RM 45 juta. campur dengan sewa dari ladang sebanyak RM250,000,000 , sekitar 300 juta untuk tahun 2015. bagaimana Felda mahu menampung deficit?

Adakah minda seorang guru seperti Isa Samad akan meminta kerajaan untuk mengecualikan FGV dari membayar cukai? Atau dia pujuk PM supaya FGV tidak perlu bayar sewa keatas 360,000 hektar tanah Felda Plantations? Ini suatu kemungkinan sebab isa Samad boleh menggunakan hujjah, FGV ialah GLC Melayu juga. Melayu mesti bantu Melayu.

Atau Isa Samad akan melakukan stunt Najib 26-9 = 15? Isa Samad boleh berdepan dengan peneroka dan berkata- FGV dahulu bayar RM26 billion. tahun ini mereka kata mereka bayar kurang. saya tanya berapa? mereka kata 9 bilion. saya kata- mana boleh. dari 26 billion ke 9 billion. Cannot sebab ada 15 bilion defisit. mana saya mahu cekau defisit RM15 billion?

Lihat dividen. tahun 2015, dividen ialah 4 sen. peneroka yang memegang 800 unit saham mendapat pulangan divden sebanyak RM32. wow. sungguh baik pelaburan ini. tapi peneroka membayar RM600 setahun keatas pinjaman membeli saham tahun 2012. Masuk RM32, keluar RM600.

Untung bersih menurun dividen menurun. apa yang Isa dan CEO FGV buat?
adakah mereka memandori bisness yang kian rugi? mengapa kita harus membayar mereka imbuhan yang tinggi. kita reward kejayaan bukan kegagalan.

semua mereka ini dapat gaji asas. kemudian ada pula yuran, bonus, elaun. bagaimana kita justify meningkatkan bayaran?
Yuran untuk Isa Samad meningkat dari RM700,000 dalam tahun 2012 kepada lebih dari RM1.6 juta tahun 2015. Pada masa yang sama, untung bersih FGV menurun dari RM900 juta tahun 2012 kepada RM300 juta tahun 2015.

Bagaimana kita justify bayaran fee untuk Isa Samad. Apa yang dia lakukan semasa FGV rugi?Dan lihat pada imbuhan kepada CEO. ianya sudah melangkahi batas RM2 juta setahun. Dan apa yang dia boleh lakukan ialah menyatakan dia tidak boleh buat apa2 sebab 'banyak cerita'.

kampong lad, 17 January 2017 at 13:40
itu felda dok kong kali kong puak2 peneroka. asb apa ka jadah pulak? mengapa nilai 1 unit saham sekarang masih sama semenjak 1990? adakah remuneration pengerusi, ceo & senior management serta gaji pekerja2 sekarang masih takok 1990? salah dap?

Anonymous, 17 January 2017 at 14:13
Nasib melayu bodoh tak bolih diajar. Bodoh sombong . Kamu warga felda terima lah habuan mung , minyak masak pon dah melambong tinggi harganya. Nasib lah nasib labu . Apalah nak jadi .

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 18, 2017 6:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pokok Tumbang & Banjir Kilat Landa UIA Selepas Ribut Kencang
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 17 Jan - Insiden pokok tumbang dan banjir kilat berlaku di Universiti Islam Antrabangsa (UIA) Gombak selepas ribut kencang bersama hujan melanda kawasan tersebut kira-kira jam 4 petang tadi.

Beberapa keping gambar menunjukkan kawasan-kawasan di dalam universiti terbabit dipenuhi dengan air selain pokok-pokok kelihatan tumbang akibat ribut kuat yang berlaku.

Beberapa foto insiden dimuat naik oleh saksi kejadian.

nabilah sulaiman ‏@nabilahbeyla
Just received those pics. UIA banjir, pokok tumbang. Takziah yg terlibat. Kesiannya...

(ف-ت-ح) ‏@aiman_fathi
Ribut dan banjir melanda UIA Gombak. Permudahkanlah ya Allah...

Haris ‏@MizterHaris
Banjir dlm uia harap semua selamat

BERNAMA Verified account ‏@bernamadotcom
Beberapa kenderaan kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia musnah dihempap pokok dalam kejadian ribut kencang petang tadi

Menurut Bernama, beberapa kenderaan milik kakitangan universiti terbabit musnah akibat dihempap pokok dalam kejadian tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 18, 2017 6:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tanah rizab Melayu wasiat raja-raja hanya tinggal 12 peratus
bloglist-malaysia.blogspot.milosuam.net
SEMASA pembentukan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957, wasiat raja-raja Melayu telah menetapkan nisbah sebanyak 50 peratus tanah di negara ini sebagai Tanah Rizab Melayu. Namun kini jumlah itu telah susut kepada hanya 12 peratus sahaja.

Satu daripada tujuh wasiat raja-raja Melayu ada menyebut:

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

Namun, kajian dalam tahun 2009 mendapati keluasan tanah yang ditetapkan sebagai Tanah Simpanan Melayu, atau Tanah Rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keseluruhan tanah Semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.

Secara rumusan, kajian Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur, UiTM mendapati, keluasan Tanah Rizab Melayu menunjukkan trend penyusutan keluasannya ekoran terdapat banyak tanah yang dibatalkan status untuk tujuan pembangunan dan penggantian tanah tersebut tidak dilakukan demgan serta merta.

Kerajaan Barang Naik, BN sering kali memainkan isu bangsa untuk meraih sokongan orang Melayu agar mengundi mereka.

Tak habis-habis cerita DAP nak rampas tanah orang Melayu, DAP nak hapuskan hak istimewa orang Melayu.

Persoalannya, selama 59 tahun sejak negara merdeka, parti manakah yang memerintah negara ini?

Jadi parti mana selama ini mentadbir negara sehingga tergadainya Tanah Rizab Melayu, dan hanya tinggal 12 peratus?

Adakah DAP yang memerintah sehingga tergadainya Tanah Rizab Melayu? Atau Umno dan Barisan Nasional?

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/tanah-rizab-melayu-wasiat-raja-raja.html#ixzz4W7Hl1G33

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 18, 2017 6:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Haram main forex dalam talian, kata mufti Perlis

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

GEORGE TOWN: Jabatan Mufti Perlis mengeluarkan fatwa melarang perdagangan dalam pertukaran mata wang asing atau forex dalam talian.

"Perdagangan forex dalam talian perlu dihentikan segera.

"Kami mendapati platform forex, sama ada di dalam atau luar negara adalah haram," kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Beliau berkata, secara amnya, pertukaran mata wang asing membabitkan wang tunai dibenarkan kerana ia adalah pertukaran satu-kepada-satu dan serta-merta.

Bagaimanapun, katanya, spekulasi dan perdagangan forex dalam talian adalah haram berdasarkan beberapa sebab.

Beliau berkata, sebab utama ialah kekurangan tunai sebenar melalui "hakiki atau hukmi", selain wujud unsur riba yang dimanfaatkan melalui kemudahan seperti pinjaman tunai ditawarkan platform forex.

"Terdapat juga unsur maisir (judi) yang mendedahkan pedagang kepada peluang keuntungan atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi pergerakan nilai mata wang di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurus niaga.

"Unsur gharar (ketidakpastian) juga wujud bagi penyedia platform dan kekurangan undang-undang memantau perdagangan serta kesahihan transaksi," katanya.

Difahamkan, fatwa itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 18, 2017 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BASHAH menipu mengatakan KUIN layak jadi UNIVERSITI hakikatnya NAJIB kata tak layak
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Semua pelajar dan pensyarah terlalu mengharapkan agar Kuin bertukar status kepada universiti penuh namun harapan kami musnah apabila Perdana Menteri mengumumkan Kuin masih belum layak.

"Kami agak tersinggung kerana Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Syah ( Kuisas) boleh dinaik taraf kepada universiti sedangkan kualiti keduanya tidak jauh berbeza,"katanya di sini semalam.

Pelajar, Mohd Syahril Sabdin, 33,berkata, kira-kira 3000 pelajar sanggup menunggu dalam tempoh lama bagi mendengar pengumuman berkenaan.

Menurutnya, mereka bersedia mengangkat kain rentang yang tertera "universiti penuh" sebagai tanda penghormatan kepada Perdana Menteri.

"Kawan-kawan saya semuanya menunggu lama di Padang Awam Kuala Ketil semata-mata untuk mendengar perasmian daripada Najib, malah ada yang menahan lapar.

"Sepatutnya jika sudah tahu Kuin tidak layak jadi universiti pada hari ini jangan sesekali libatkan pelajar dan pensyarah dalam program ini," katanya.

Katanya, pihak berkaitan tidak seharusnya menggunakan institusi pengajian sebagai mainan politik.

http://thekedahreport.blogspot.my/2017/01/bashah-dan-najib-munafik-pelajar.html?m=1

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 18, 2017 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hanya Kerana Menasihati Pengasas Dherbs Soal Aurat, Nik Abduh Dikutuk Oleh Netizens Kaw-Kaw.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot
Oleh Nik Abduh.

Salam buat semua. Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D'HERBS untuk salah satu produk kecantikannya.

Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato' Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana.

Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra. Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato' Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.

Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat.

Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.

Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki.

Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.

Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato' Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA.

Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus. Semoga perniagaan Dato' Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah. اللهم إنا نسألك النعيم المقيم الذى لا يحول ولا يزول ونسألك النعيم يوم العيلة والأمن يوم الخوف. اللهم إني عائذ بك من شر ما أعطيتني ومن شر ما منعتني.

-----------------------------

Berikut di atas ialah merupakan penulisan oleh Nik Muhammad Abduh, Ahli Parlimen bagi kawasan Pasir Mas, Kelantan. Teguran terbuka itu ditujukan khusus buat pemilik dan pengasas jenama Dherbs.

Namun respon yang diterima oleh Nik Abduh tersangatlah luar biasa apabila teguran terbukanya itu menerima kecaman dan kritikan pula dari sebilangan netizens yang membaca teguran tersebut.

Berikut antara beberapa paparan yang sempat kami tangkaplayar di status tersebut.

Amboi marah betul sesetengah pengomen terhadap teguran terbuka MP PAS kepada Dato Aliff Syukri ya. Bagi penulis, teguran yang dilakukan oleh MP PAS itu sangat berhemah dan sopan maka yang ditegur pasti dapat menerima teguran tersebut dengan sepositif yang mungkin. - Sozcyili.

Respon 'Kecil Hati' Aliff Syukri Terhadap Teguran Nik Abduh
bloglist-malaysia.blogspot.
ekeleh.com
Pengasas produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terkesan dengan teguran yang dibuat Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Nik Abduh sebelum ini membuat teguran kerana iklan seksi produk D'Herbs yang disiarkan di akhbar Sinar Harian.
Aliff Syukri berkata dirinya terkilan dan agak terkejut kerana teguran itu dilakukan secara terbuka menerusi laman sosial.

Berikut kenyataan Aliff Syukri yang ditulis di laman Instagram miliknya.

"Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberkan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau.

"Saya akui saya memang tidakada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan pabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya.

"Saya sebagai seorang usahawan kosmetik yang membawa jenama D'herbs terutamanya terpalit dengan kecaman mahupun komen-komen tidak membina hasil daripada teguran secara terbuka yang telah dibuat.

"Sejujurnya, syarikat saya ternyata bertungkus- lumus untuk meningkatkan dan mempertahankan perniagaan kami dalam keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dari segi pengiklanan untuk menarik minat pelanggan namun apabila perkara ini terjadi, jenama D'herbs serba-sedikit dipandang negatif oleh masyarakat.

"Sesungguhnya, bukan mudah untuk saya membina perniagaan dan bertapak dalam dunia kosmetik ini. Tidak mudah juga untuk saya menempuh segala dugaan dan cabaran bersama- sama tulang belakang syarikat sehingga namanya dikenali kini.

"Namun bak kata orang, 'meruntuhkan sesuatu itu lebih mudah daripada membinanya'. Perkara ini sebenarnya yang menjentik hati saya untuk berbicara. Bagi saya, lebih molek sekiranya saya ditegur secara peribadi berbanding secara terang- terangan agar perkara tersebut tidaklah memalukan. Saya faham niat beliau adalah amat murni agar saya menambahbaik pengiklanan yang akan dikeluarkan pada masa akan datang tetapi maruah saya dan D'herbs terutamanya tidak perlulah diperkecilkan sebegitu.

"Saya percaya bahawa menegur itu biarlah kena pada tempatnya dan tidak sampai mengaibkan. Saya berpegang pada satu kata- kata, 'Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki'.

"Buat akhirnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah dari saya."

Nik Abduh menegur kerana iklan tersebut agak keterlaluan mendedahkan aurat wanita. Tulis Nik Abduh di akaun laman sosial Facebook.

"Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D'Herbs untuk salah satu produk kecantikannya. Namun, atas tanggungjawab sebagai seorang muslim, saya menasihati dan menegur Aliff Syukri agar menapis iklan syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.

"Wanita adalah amanah Allah S.W.T ke atas para lelaki. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat agama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan agama."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: