Thursday, January 26, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4670

8 Messages

Digest #4670

Messages

Wed Jan 25, 2017 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Duit Felda Diguna Bayar Gaji, Penginapan Anak Pegawai Di Australia
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Firma Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd di Australia mendakwa sebuah anak syarikat milik Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) membayar gaji dan kos sara hidup anak perempuan seorang bekas timbalan ketua pengarahnya di Australia.

Ini, termasuk gaji A$128,000, sebuah kereta syarikat dan penginapan di kondominium mewah, kata Gordagen dalam satu kenyataan akhbar.

Gordagen berkata, kontrak perjanjian antaranya dengan anak syarikat Felda, Felda Wellness Corporation (FWC) menyatakan dana dari FWC akan digunakan untuk membayar segala perbelanjaan anak pegawai berkenaan.

Walau bagaimanapun, FWC memberitahu Mahkamah Tinggi di Malaysia bahawa ia tidak tahu mengenai perjanjian kontrak, semasa prosiding yang membawa kepada perintah penggulungan terhadap FWC.

"Di bawah perjanjian kontrak yang disempurnakan oleh Mohd Nasir Shafion bagi pihak FWC, dana dari FWC akan digunakan untuk membayar gaji dan perbelanjaan kos sara hidup anak perempuan Muhammad Sufi Mahbub, Athirah Sufi, semasa dia tinggal di Australia.

"Semua urusan ini diselaraskan oleh pegawai FWC, Mohd Nasir Shafion dan Muhammad Sufi Mahbub, bagi pihak FWC.

"Bagaimanapun, semasa prosiding penggulungan, FWC atas sebab-sebab yang hanya diketahuinya sendiri, cuba memaklumkan kepada mahkamah bahawa ia tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perjanjian kontrak ini," kata Gordagen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2016.

Malaysiakini telah menghubungi Felda dan sedang menunggu ulasannya mengenai perkara itu.

Mohd Nasir adalah Ketua Pegawai Eksekutif FWC manakala Muhammad Sufi ketika itu adalah Timbalan Ketua Pengarah Felda yang bertanggungjawab terhadapa strategi.

Kenyataan Gordagen adalah untuk mengumumkan bahawa firma itu berjaya memperoleh perintah penggulungan daripada Mahkamah Tinggi Malaysia ke atas FWC pada 3 Mac 2016. Menurutnya, FWC berhutang dengan Gordagen sebanyak A$652,083.60.

Kenyataan akhbar itu diketengahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati bahawa FWC kerugian sebanyak RM155 juta dalam dua tahun beroperasi mulai Julai 2013. Ia kerugian RM74 juta pada tahun pertama, katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 25, 2017 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jika Berlaku Kemalangan Kecil, Mangsa Tidak Perlu Lagi Ke Balai Untuk Buat Laporan - KPN
siakapkeli.my

Bermula hari ini, 21/1/2017 pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan kerana ia boleh dilakukan di lokasi kejadian, lapor FMT.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia hanya melibatkan kemalangan kecil dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau menyatakan kemudahan itu hanya melibatkan kemalangan dalam kawasan antara Plaza Tol Sungai Besi sehingga Plaza Tol Seremban di Lebuhraya Utara Selatan sahaja.

"Ini kerana unit penyiasat lebuh raya akan terus ke lokasi kemalangan sebaik menerima maklumat mangsa yang terlibat kemalangan kecil."

"Melalui kemudahan ini mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi berhubung kemalangan yang berlaku.'

"Mereka juga boleh mendapatkan laporan segera yang dibuat di lokasi kemalangan tanpa perlu ke balai polis. Ini adalah untuk memudahkan mereka terlibat agar tidak perlu membuang masa hadir ke balai polis," katanya.

Menurut beliau lagi, kemalangan jalanaraya pasa tahun 2016 kepada 7,512 berbanding tahun 2015 iaitu 6,076 di mana 60% daripada jumlah itu melibatkan penunggang motosikal.

"Analisis kami mendapati mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya.

"Walaupun tindakan undang-undang dilaksanakan ke atas pesalah trafik di mahkamah, namun ia masih gagal mendisplinkan pemandu negara ini yang membawa kebimbangan apabila tibanya musim perayaan," jelas beliau lagi.

Tayar Lori 10 Tan Tercabut Hempap Kereta Sedang Bergerak Di Sibu
siakapkeli.my

Seorang pemandu kereta nyaris maut selepas kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya telah mengalami kerosakan teruk apabila tayar lori dari arah bertentangan tercabut dan terus merempuh kereta tersebut, lapor NST.

Mangsa yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengalami luka ringan di tangan walaupun keretanya rosak teruk di bahagian tempat duduk penumpang dalam kejadian yang belaku kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Difahamkan lori tersebut sedang menuju ke sebuah kilang papan berhampiran di mana ketika itu mangsa telah datang dari arah bertentangan, bagaimapun pemandu lori tersebut dilaporkan telah melarikan diri.

Ketua penyiasat trafik Negeri Sarawak, Assistant Superintendent Mathew Manggie berkata, pihak polis telah menerima satu laporan mengenai kejadian itu.

"Kami sedang menunggu memandu lori itu tampil untuk membuat laporan untuk menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai kejadian ini," katanya ketika dihubungi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 25, 2017 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Tiada Masa Layan Karenah Politik Cetek, Patutnya Tilam Dan Katil Boleh Bawa Ke Pusat Pemindahan Banjir," - Azmin
siakapkeli.my

Pagi tadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah membuat demontrasi membantah rumah urut di Selangor dengan membawa 10 set katil, tilam dan ais krim di hadapan pejabat SUK Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu temubual dilihat beliau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Jamal itu sebaliknya beliau menyatakan hanya ingin memberi tumpuan terhadap pembangunan di negeri ini, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, Datuk Seri Jamal Md Yunos sepatutnya menghantar set katil di pusat pemindahan banjir yang dibuka di daerah Sabak Bernam.

"Seperti hari ini, sepatutnya tilam-tilam itu dihantar ke pusat pemindahan banjir, bukannya diletakkan di depan SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan) Negeri Selangor .

"Tak apalah, saya malas nak komen... saya serah kepada rakyat untuk penilaian."

"Saya tidak ada masa untuk melayan karenah politik cetek seperti ini kerana kepentingan dan kesejahteraan rakyat itu perlu diutamakan," katanya.

Ditanya berhubung ketegasan kerajaan negeri dalam isu judi dan rumah urut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang kegiatan atau aktiviti haram seperti itu berlaku di Selangor.

"Pihak Berkuasa Tempatan telah memainkan peranan yang cukup berkesan untuk memastikan aktiviti ini tidak berkembang, malah sekiranya dikesan tindakan tegas akan diambil," katanya.

Dalam kejadian pagi tadi, Jamal mendakwa, setakat siasatan yang dilakukan oleh rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti beroperasi di rumah-rumah kedai di seluruh Selangor. - Siakapkeli.my

Selepas Tampil Bertuala, Jamal Kembali 'Serang' SUK Selangor, Kini Bawa Katil Dan Tunggang Motosikal Bawa Aiskrim
siakapkeli.my

Sebelum ini Datuk Seri Jamal Md Yunos telah tampil dengan hanya memakai tuala di depan pejabat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, kini beliau sekali lagi tampil 'menyerang' dengan membawa 10 set katil sebagai tanda protes terhadap isu rumah urut yang dibawanya sebelum ini, lapor Berita Harian.

Beliau dan pengikutnya telah menyusun beberapa set katil bujang dan cadar putih di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 10.50 pagi ini selepas dihantar menggunakan sebuah lori.

Di atas cadar katil berkenaan tertulis perkataan 'D.A.P (Dapat Aiskrim Percuma)' manakala bantal ditulis dengan perkataan 'Rumah Urut Selangorku'.

Kira-kira jam 11 pagi, Jamal yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tiba menaiki motosikal berkuasa tinggi dengan membawa tong aiskrim di mana diluar tong aiskrim berkenaan memaparkan gambar 'aksi aiskrim' Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu dia juga telah mengadakan 'persembahan' demonstrasi mengurut di mana seorang wanita mengurut seorang lelaki berbaju merah di salah satu katil yang dibawa itu.- Siakapkeli.my

Sumber: Berita Harian, Malaysiakini, NST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 25, 2017 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kes Dera Di Taska: Empat Wanita Direman Hingga Esok

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Empat wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini direman sehingga Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata empat wanita yang ditahan terdiri daripada tiga pekerja dan seorang pemilik taska berkenaan.

Dua hari lepas, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi dekat sini, tersebar di laman sosial.

Tiga pekerja dan pemilik taska itu ditahan petang Sabtu.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

"Kami akan meneruskan siasatan dan menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya. - BERNAMA

Polis Siasat Laporan Tiga Kanak-Kanak Didera Di Taska

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan gambar tiga kanak-kanak yang diikat dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian serta kesahihan gambar itu.

"Saya sahkan laporan polis telah diterima hari ini (daripada orang awam) dan gambar yang ditularkan itu dalam siasatan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Gambar yang memaparkan tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan serta mulut yang didakwa berlaku di sebuah taska di Bangi itu, tersebar di laman sosial pada Khamis.

Kes Taska Ikat Kaki, Tangan Dan Mulut, Polis Sudah Terima Laporan Kes Penderaan Kanak-Kanak
siakapkeli.my

Kajang: Gambar viral empat orang kanak-kanak yang diikat kaki, tangan dan mulut mereka menggunakan kain berwarna putih yang tersebar sejak beberapa hari lalu telah menimbulkan kemarahan netizen.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan dikatakan telah berlaku di sebuah taska di Bangi di mana pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan kes penderaan kanak-kanak itu

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam selepas gambar yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial didakwa kes dera di taska itu akan disiasat.

"Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar itu.

"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak," katanya.

Berdasarkan gambar, empat orang kanak-kanak sedang berbaring dengan kaki, tangan dan mulut mereka diikat menggunakan kain betwarna putih disebuah taska,

Individu yang memuatnaik gambar meminta orang ramai menyebarkan kejadian penderaan kanak-kanak di taska didakwa berada di Seksyen 15, Bangi.

Selain itu, individu itu juga meminta ibu bapa supaya berhati-hati dan memilih tempat selamat untuk menghantar anak mereka. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 25, 2017 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kutipan GST meningkat, kualiti hidup rakyat menurun
bloglist-malaysia.blogspot.
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
USTAZ IDRIS AHMAD

TAHNIAH kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang telah berjaya mengutip RM41.2 bilion untuk tahun 2016, ia melebihi sasaran hanya RM39 bilion. Ini sebagai penanda aras kecekapan pegawai perkhidmatan awam di Malaysia. Pihak Kastam juga mensasarkan kutipan tahun 2017 sebanyak RM40 bilion hingga RM42 bilion.

Pengarahnya, Da­tuk Seri Khazali Ahmad berkata, selain itu, jumlah individu dan syarikat yang berdaftar dengan GST turut meningkat kepada 431,000 sejak pelaksanaan cukai tersebut pada 1 April 2015.

Pada tahun 2015 hasil GST sebanyak RM27.1 ­bilion dalam tempoh 9 bulan.

Pihak Jabatan Kastam hanya melaksanakan polisi kerajaan untuk memastikan bagi membantu kewangan negara, terutama kejatuhan harga petrol di peringkat antarabangsa. Ia menjejas pendapatan negara. Dari setahun ke setahun pendapatan negara melalui Petronas semakin merosot 2014 (RM62 bilion), 2015 (RM44 bilion) dan 2016 (RM31.7 bilion). Maka jalan pintasnya dengan dikenakan GST pada kadar 6%.

Walaupun kerajaan memberi jaminan GST tidak akan berlaku kenaikan harga barang. GST hanya kepada orang kaya, orang miskin tidak kena. GST menstabilkan nilai ringgit. Bebanan GST akan dibantu dengan BR1M untuk orang miskin. GST akan diguna oleh kerajaan untuk meningkat kualiti hidup rakyat.

Realitinya semua penyataan di atas hanya ilusi semata-mata. Pendapatan kerajaan semakin bertambah bukan semakin menurun. Misalnya jika dicampur hasil Petronas tahun 2016 sebanyak RM31.7 bilion dan GST pula RM41.2 bilion, berjumlah RM72.9 bilion. Ertinya pendapatan kerajaan semakin bertambah tetapi kenapa kualiti hidup rakyat semakin menurun.

Barang keperluan meningkat. Ikan sardin RM12 sekilo, ikan kembung RM16 sekilo. Daging import daripada RM12 naik RM17 untuk 900 gram. Minyak masak RM13 naik RM21.

Paling sedih sekali kelengkapan hospital tidak mencukupi. Berlaku di depan mata saya sendiri di wad 17 Hospital Taiping, jururawat terpaksa menggunakan tangan untuk bantuan oksigen kepada pesakit kerana tidak cukup alat.

Ke mana wang kita hilang? Cukai dipungut, sepatutnya perlu dikembali kepada rakyat di dalam bentuk perkhidmatan. Rakyat tidak kisah, jika cukai dipungut tetapi mereka mendapat kemudahan yang baik. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

* Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 25, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jurang kaya-miskin antara masalah utama persekolahan Malaysia, kata pengkaji
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Di Malaysia, sistem pendidikan lebih menguntungkan kelas atasan dan pertengahan dan ini dapat dilihat dalam penguasaan bahasa di kalangan mereka.

SUBANG JAYA: Kajian 18 bulan seorang profesor Universiti Harvard dari Amerika Syarikat mengenai sistem pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, di mana golongan miskin jauh ketinggalan.

"Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas, tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil," kata Profesor Michael Woolcock kepada FMT.

Satu daripada penemuan Woolcock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas.
"Mereka tidak dapat menggunakan teori atau memahami bahasa Inggeris. Ia bukan isu geografi," katanya kepada FMT.

"Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang."

Woolcock merupakan antara panelis Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.

Beliau turut mengakui halangan terbesar dalam penguasaan bahasa Inggeris.
Katanya, seperti negara Eropah, wujud perbahasan hangat sama ada penggunaan bahasa Inggeris akan menjejaskan penggunaan bahasa ibunda.

"Perbahasan sedemikian sering berlaku tetapi mereka berjaya mencari jalan penyelesaiannya. Mereka mengajar bahasa Inggeris dengan baik sehinggakan warga Eropah fasih 2 bahasa itu (bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka)."

Menurutnya, di Iceland, mereka mengambil serius bahasa ibunda.
"Tetapi, mereka mengakui mereka berasal dari sebuah negara kecil dan jika mereka hanya boleh berbahasa Iceland, ekonomi mereka mungkin tidak berfungsi kepada keperluan ekonomi dunia.

"Semua orang bercakap bahasa Iceland dan Inggeris. Mereka belajar bahasa Inggeris untuk berniaga dengan orang Itali, Sepanyol dan orang lain."

Sebaliknya, di Malaysia, mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris adalah daripada kelas atasan dan pertengahan.

Woolcock berkata, sistem pendidikan perlu memanfaatkan semua lapisan masyarakat.
Sebagai contoh, beliau berkata, kajian beliau di Palestin menunjukkan sebuah sekolah di tengah zon perang mendapat markah tinggi bertaraf antarabangsa.

"Itu sesuatu yang luar biasa. Kami kemudiannya mendapati masyarakat itu melatih pelajar menggunakan apa yang dipelajari mereka. Ia berkesan untuk mereka."

Woolcock mencadangkan sistem untuk mengesan punca sesebuah sekolah berprestasi lebih baik atau lebih teruk daripada sekolah lain untuk merapatkan jurang antara sekolah.

Katanya, Malaysia mempunyai semua bahan betul dan prasarana lengkap untuk sistem pendidikan cekap, tetapi masalahnya terletak pada pelaksanaan dasar.
"Semua bahan mentah dan wang sudah ada, tetapi tiada pelaksanaan."

Beliau tidak melihat masalah pendidikan di negara ini berpunca daripada guru.
"Bukannya mereka tidak bijak atau mampu atau rajin dalam menjalankan tugas. Masalahnya ialah sistem yang merupakan sebahagian daripada mereka. Jika mahu menukar sistem, anda perlu mengubah peraturan dan amalan."

Beliau berkata, guru perlu diberi ruang untuk mencuba sesuatu yang berbeza.
Beliau memberi contoh di India di mana guru hanya dianggap baik selepas mereka berjaya mengajar semua bab dalam buku teks. Namun, mereka tidak dinilai sama ada kanak-kanak mempelajari sesuatu.

"Jika seorang guru perlu menunjukkan semua mata pelajaran selesai diajar untuk mendapat kenaikan gaji, maka itu yang akan dilakukan guru. Pengutamaan amat penting."

Beliau memuji kerajaan melaksanakan kemahiran berfikir lebih tinggi serta program dwibahasa di sekolah kebangsaan.

Namun, ia juga berdepan masalah sama: jurang kaya dan miskin.
"Kerana sekali lagi, mungkin ada variasi dengan kelas atasan berjaya melakukannya. Beberapa sekolah mungkin berjaya dan sekolah lain mungkin tidak.

Pagi ini portal Free Malaysia Today (FMT) mengejutkan dunia akademia dengan membawa tajuk berita
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Pagi ini portal Free Malaysia Today (FMT) mengejutkan dunia akademia dengan membawa tajuk berita:

Local grads only as good as Danish high school dropouts.

atau

Graduan tempatan hanya setaraf dengan pelajar sekolah menengah Denmark yang keciciran.

Saya tidak sempat membaca dengan lebih teliti kerana ada tugasan mengendalikan peperiksaan di fakulti. Tetapi saya lihat sudah ramai ahli akademia memperkatakannya, ada dengan nada kecewa dan ada yang mengambil kesempatan untuk menyalahkan pihak-pihak lain kerana mereka mengatakan kajian telah membuktikannya.

Selesai tugas, di sebelah petang baru saya sempat meneliti. Saya membandingkan laporan berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu dari portal yang sama. Ini fakta sebenar:

1. PROFESSOR LANT PRITCHETT- Citing a recent research on literacy among Indonesian students, which among others found their level to be similar to junior high school dropouts in Denmark, Harvard professor Lant Pritchett said he feared the same could be true with Malaysia if its schools failed to prepare students for university-level education.

2. PROF MICHAEL WOOLCOCK - is the one who conducted the 18 months study and gave a fair contructional views.

Ada 2 professor. Professor pertama, Prof Lant Pritchett memetik kajian literasi/celikhuruf di Indonesia yang membandingkan PELAJAR SEKOLAH di Indonesia (bukan graduan pun) yang dikatakan sama dengan pelajar Denmark tercicir. Dia kemudian memberi amaran bahawa Malaysia mungkin menuju ke arah yang sama jika sekolah tidak mempersiapkan para pelajar untuk ke menara gading.

Lantas dari mana FMT membuat kesimpulan dari kata-kata beliau ini dengan "declare" bahawa GRADUAN MALAYSIA ADALAH SETARAF DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN?

Suratkhabar atau portal apakah yang merasa bangga memutarbelitkan kenyataan ke arah "demoralising their own citizens based on totally wrong conclusion" dengan "headlines" sebegitu rupa?

Saya bukanlah seorang yang menolak teguran untuk penambahbaikan. Bahkan saya mengambil maklum laporan Professor kedua, Prof Michael Woolcock yang antaranya menyatakan dalam kajian 18 bulannya di Malaysia :

--------------------------------------

Sistem pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, di mana golongan miskin jauh ketinggalan.

"Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas, tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil," kata Profesor Michael Woolcock kepada FMT.

Satu daripada penemuan Woolcock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas.

"Mereka tidak dapat menggunakan teori atau memahami bahasa Inggeris. Ia bukan isu geografi," katanya kepada FMT.

"Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang."

Woolcock merupakan antara panelis Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.

Beliau turut mengakui halangan terbesar dalam penguasaan bahasa Inggeris.

------------------------------------

TIDAK ADA SATU KOMPONEN PUN DALAM KAJIAN PROF MICHAEL YANG MEMBANDINGKAN GRADUAN KITA DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN.

Saya percaya graduan kita mempunyai ruang yang banyak untuk memajukan diri sendiri, dan ramai yang telah membuktikannya di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

Namun secara semberono melihat dan menganggap mereka setaraf dengan pelajar sekolah menengah negara maju yang tercicir, adalah pandangan yang sangat berniat jahat oleh mereka yang mempunyai agenda untuk meruntuhkan moral anak bangsa. Apatah lagi dasar dan falsafah pendidikan kita berbeza. Bukan semua pelajar kita mampu ke universiti tetapi kerajaan tetap menyediakan pusat-pusat pembelajaran lain seperti institut latihan, institut kemahiran, politeknik dengan bantuan pembiayaan agar anak muda kita tetap mempunyai peluang memperoleh skill berguna walaupun tanpa kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi.

Petang ini sama ada FMT baru menyedari kualiti teruk editor yang menyediakan tajuk, atau mereka ditegur secara langsung oleh pihak kementerian, atau agaknya ditegur langsung oleh Professor2 tersebut kerana jauh benar isi dengan tajuk, FMT TELAH MENGUBAH TAJUK MEREKA. Begitulah perangai portal bebas kita!!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=732653783556750&id=248354411986692

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 25, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Berita Mengejutkan..
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Berita Mengejutkan. Jenayah keganasan dilakukan sindiket ceti haram atau Ah Long meningkat sejak 2014 hingga 2016 ekoran permintaan berterusan daripada orang ramai yang gagal mendapat pinjaman bank, kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

"Peningkatan jumlah pinjaman wang tanpa lesen berlaku disebabkan permintaan yang semakin meningkat.

Berita Mengejutkan. "Dapatkan pinjaman dari bank dan institusi kewangan lain agak sukar, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen secukupnya atau kedudukan kewangan baik.

"Ah Long pula memberi pinjaman dengan cara mudah, tanpa perlu peminjam menyediakan dokumen secukupnya," kata Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dipetik akhbar New Straits Times, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 735 laporan polis berkaitan Ah Long diterima pada 2014 dan angka itu meningkat kepada 951 laporan pada 2015 dan 1,343 laporan tahun lalu.

Berita Mengejutkan

Jumlah wang yang dipinjam daripada Ah Long turut meningkat daripada RM4.54 juta pada 2014 kepada RM32.4 juta pada 2015 dan RM12.1 juta pada 2016.

Sehubungan itu, katanya, tahun ini, polis akan memfokuskan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen serta kes yang memberi kesan sampingan dan menggunakan kekerasan terhadap peminjam.

"Polis melakukan 2,212 operasi menentang sindiket ini tahun lepas dan ia membawa kepada penahanan 475 orang.

Berita Mengejutkan. "Kita juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam isu ini. Ia termasuk usaha membuang pelekat dan poster yang ditampal di tempat awam," katanya. - fmt

Pelantikannya Diberitakan Sepi, Donald Trump Marah kepada Media
bloglist-malaysia.blogspot.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Reuters/Telegraph Foto udara ini membandingkan upacara pelantikan Barack Obama dan Donald Trump. Di sebelah kiri, suasana pelantikan Trump (2017) sementara foto sebelah kanan adalah kerumunan massa dalam pelantikan Barack Obama 2009.
WASHINGTON — Donald Trump lagi-lagi melancarkan serangannya terhadap media di Amerika Syarikat, meski telah resmi menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Kali ini, Trump marah atas pemberitaan media terhadap upacara pelantikannya.
Saat berkunjung ke markas Central Intelligence Agency di Langley, Virginia, Trump mengungkapkan kekesalannya kerana diberitakan bahwa masyarakat AS tidak antusias mengikuti inaugurasi yang mengesahkannya sebagai presiden ke-45.

"Saya sedang berpidato. Saya kemudian melihat ada jutaan, sekitar 1.5 juta orang," ucap Trump, seperti dilansir dari AFP, Ahad (22/1/2017).
"Namun, mereka (media) memperlihatkan tanah lapang yang seperti tidak ada orang di sana, dan mereka mengatakan, Donald Trump tidak disambut baik," kata dia.

Menurut mantan pengusaha properti tersebut, salah satu jaringan televisyen memang ada yang menyatakan bahwa pelantikan disaksikan 250,000 orang. Trump menilai, itu bukan jumlah yang sedikit.

"Itu tidak jelek, tetapi itu satu kebohongan," ujarnya.
Menurut Trump, masyarakat AS antusias mengikuti proses inaugurasi. Bahkan, Trump mengaku melihat massa memadati jalan dari Capitol Hill hingga sekitar 20 blok ke arah Washington Monument.

Tidak hanya Trump, serangan terhadap media juga dilancarkan Jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer. Dalam konferensi pers pertama di Rumah Putih, Spicer menyerang wartawan atas tuduhan "berita palsu".
"Itu merupakan massa terbesar yang menyaksikan proses inaugurasi. Titik!" kata Spicer, dengan suara tinggi dan keras.
"Usaha untuk mengecilkan antusiasme terhadap proses inaugurasi jelas memalukan dan salah," ucapnya.

Setelah itu, Spicer pun meninggalkan ruangan konferensi pers tanpa memberikan kesempatan kepada wartawan untuk bertanya.
Otoriti keselamatan di Washington sendiri menyatakan, massa yang menghadiri inaugurasi terdiri dari 800,000 hingga 900,000 orang.

Namun, jumlah ini jauh lebih sedikit ketimbang pelantikan Presiden Barack Obama pada 2009, yang mencapai lebih dari dua kali ganda massa pelantikan Trump.
Sebuah foto udara menunjukkan bahwa pelantikan Obama memang lebih banyak menarik perhatian dibanding Trump.

Foto udara proses pelantikan Trump memang diambil 26 minit lebih awal dibanding ketika pelantikan Obama. Namun, perbedaan besar sudah terlihat dari jumlah warga yang hadir di depan Bangunan Capitol.
Data resmi menunjukkan, jumlah warga yang hadir dalam pelantikan Barack Obama pada 2009 sekitar 1.8 juta orang.

Sumber:KOMPAS.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 25, 2017 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Deretan 8 Kedai Di Kea Farm, Cameron Highland Musnah Terbakar
siakapkeli.my

Cameron Highlands: Lapan kedai di kawasan membeli belah popular, Kea Farm, Brinchang, dilaporkan musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi, lapor Harian Metro.

Kejadian yang belaku kira-kira jam 12.45 tengah malam itu memusnahkan deretan lapan kedai yang termasuk sebuah restoran, kedai menjual buah dan kedai menjual cenderamata.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran itu dari merebak.

"Pihak kami telah mencuba sedaya upaya mengawal kebakaran itu daripada merebak dan tindakan pantas dilakukan menyelamatkan 40 kedai yang berada berdekatan kedai itu."

"Siasatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan dan dijangka mengambil masa 14 hari manakala nilai kerugian dianggarkan RM500,000.

"Operasi ditamatkan pada 7 pagi tadi selepas keseluruhan kebakaran berjaya dipadamkan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini. - Siakapkeli.my

Caj Jalan Raya RM20 Untuk Kenderaan Asing, Singapura Akan Tarik Balik Jika Malaysia Turut Tarik Balik
siakapkeli.my

Kerajaan Singapura akan menarik kembali Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) jika Malaysia menarik balik Caj Jalan Rayanya, atau melaksanakan caj itu tanpa diskriminasi, lapor Bernama.

Menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT), Malaysia perlulah melaksanakan Caj Jalan Rayanya di semua sempadan daratan tanpa diskriminasi di semua sempadan daratan pada kos yang sama dan ke atas semua kenderaan bukan berdaftar di Malaysia.

"Kita sejak dahulu lagi mengamalkan dasar memadankan sebarang levi, tol dan bayaran yang dikenakan oleh Malaysia kerana menggunakan jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Malaysia," kata MOT.

Kenyataan ini telah dimuatnaik ke alam portal www.gov.sg platform komunikasi dalam talian rasmi Kerajaan Singapura di bawah segmen "Faktual" untuk topik "Pengangkutan dan Pemotoran" dalan fotmat soalan dan jawapan berkaitan Caj Jalan Raya Timbal Balas.

MOT menegaskan Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang diperkenalkan Singapura dan Caj Jalan Raya Malaysia mempunyai perbezaan fundamental.

"Caj Jalan Raya Malaysia ialah levi yang dikenakan ke atas semua kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor pada sepanjang masa."

"Sebaliknya, VEP Singapura diperkenalkan untuk menyamakan kos pemilikan dan menggunakan kenderaan atau motosikal asing di Singapura, dengan kos memiliki dan menggunakan kereta atau motosikal berdaftar di Singapura."

"Ini perlu untuk memastikan keadilan, kerana kenderaan berdaftar di Singapura tertakluk kepada kos yang berbeza secara ketara daripada kenderaan asing seperti premium Sijil Hak Milik (COE) dan cukai kenderaan," kata MOT.

MOT berkata konsesi juga diberikan di bawan skim VEP.

"Semua kenderaan dan motosikal asing menikmati 10 hari bekerja waktu bebas VEP. Bayaran VEP juga tidak dikenakan jika kenderaan masuk dan keluar Singapura pada hujung minggu dan cuti umum, atau selepas waktu kerja (5 petang hingga 2 pagi) pada hari bekerja,''katanya lagi.

Pada 16 Januari lalu Singapura telah mengumumkan semua kenderaan asing perlu membayar Caj Jalan Raya Timbal Balas sebanyak S$6.40 setiap kali apabila memasuki republik itu melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands mulai 15 Februari 2017.

VEP Singapura menyamai Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 (kira-kira S$6.50) bagi sekali masuk ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor, yang dilaksanakan pada 1 November 2016. - Siakapkeli.my

Singapura Akan Kenakan Cas Sebanyak S$6.40 Mana-Mana kenderaan Asing Masuk Ke Negara Berkenaan
siakapkeli.my

Mana-mana kenderaan asing yang memasuki Singapura dari Johor, sama ada melalui pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands akan dikenakan caj jalan raya sebanyak S$6.40 berkuatkuasa 15 Februari ini.

Caj jalan raya (RRC) berjumlah S$6.40 (RM20)akan dikuatkankuasakan terhadap semua kereta dengan nombor pendaftaran asing yang hendak memasuki Singapura di mana jumlah berkenaan adalah menyamai caj jalan raya sebanyak RM20 yang dikenakan Malaysia terhadap mana-mana kenderaan asing yang memasuki Johor. Caj tersebut telah dilaksanakan pada 1 November lalu.

Memetik laporan berita Channel News Asia, perkara itu diumumkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) republik itu.

Caj RRC berkenaan perlu dibayar bersama Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), tol dan Sistem Kadar Bayaran Elektronik (ERP) sewaktu meninggalkan Singapura dari pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

Ketika ini papantanda telah didirikan untuk mengingatkan pengguna yang masuk ke negara pulau itu, agar membayar caj yang dikenakan melalui penggunaan kad Autopass atau kad tunai di pondok-pondok imigresen. - Siakapkeli.my

Sumber: Astro Awani

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: