Wednesday, January 25, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4669[14 Attachments]

9 Messages

Digest #4669
1
Fw: Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Laman Web Jabatan Penerangan Kantoi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4a
5a
Fw: Berbagai Berita Menarik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Kami Dilayan Bagaikan Pendatang by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Tak sangka sebanyak itu? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Jan 24, 2017 7:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi. Semakin ramai golongan muda di bawah usia 40-an didapati terbabit dalam gejala rasuah, terutama bagi tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Samat Kasah berkata, perkembangan itu amat membimbangkan kerana golongan muda ini adalah harapan untuk mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti.

"Perangkaan yang diperoleh SPRM menunjukkan antara 2013 hingga Oktober 2016, daripada 1,092 orang yang ditahan bersabit kesalahan rasuah, seramai 1,045 orang terdiri daripada orang muda berpangkat eksekutif, pegawai kanan dan lepasan universiti.

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi. "Kebanyakan mereka ini bertugas dalam sektor awam yang begitu mudah terpengaruh dengan suapan diberikan," kata Abdul Samat ketika ditemu bual oleh China Press.

Menurut beliau, data yang diperoleh SPRM turut membuktikan gejala rasuah berlaku secara meluas dalam kalangan orang muda dan pada masa sama, golongan muda adalah ejen perubahan yang mampu mengubah cara kehidupan.

"Sekiranya kita ingin mengembangkan akhlak yang jujur, bersih ataupun mendatangkan perubahan dalam masyarakat, orang muda adalah pilihan terbaik kerana mereka mudah menyesuaikan diri dan menerima nilai-nilai cara hidup baru.

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi

"Dan sekiranya kita menyerap nilai-nilai bersih ke dalam kehidupan golongan muda, mereka bukan sahaja akan menolak rasuah, malah masalah-masalah sosial yang lain turut boleh diselesaikan," jelas beliau.

Kata Abdul Samat, sistem pendidikan negara sebelum ini telah merangka nilai moral yang baik dalam pengajian, bagaimanapun ia tidak merangkumi anti rasuah sehinggalah pada tahun lalu, baru dimasukkan ke dalam mata pelajaran pendidikan moral dan pengajian agama.

Penjawat Awam Buat Kejutan Lagi. "Dengan memasukkan isi kandungan mengenai anti rasuah dalam buku teks, ia membolehkan murid sekolah memahami peranan dan fungsi SPRM serta menjelaskan secara ringkas jenis-jenis kesalahan rasuah yang dilakukan," katanya. - sinar

Seleweng projek ikan RM47.6 juta, 5 pegawai Felda ditahan
bloglist-malaysia.blogspot.
alhusseyn51.blogspot.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

SPRM berkata 4 yang ditahan itu ialah bekas pengarah besar Felda bergelar Datuk, bekas timbalan pengarah Felda (Sumber Strategik), ketua hartanah Felda di London, pegawai Projek Sturgeon dan penolong pegawai tadbir.
PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 4 pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar "Datuk" kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta sejak 2014.

Empat individu itu ialah bekas pengarah besar Felda bergelar Datuk berusia 57 tahun, bekas timbalan pengarah Felda (Sumber Strategik), ketua hartanah Felda di London, pegawai Projek Sturgeon dan penolong pegawai tadbir Felda.

Semua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi dan 1.30 petang hari ini menerusi Op Caviar.

Sumber berkata difahamkan pada Januari 2013, satu mesyuarat diadakan berhubung projek itu, tetapi Lembaga Pengarah meminta salah seorang suspek menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek tersebut untuk dibentangkan.

Bagaimanapun, katanya suspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014 dan menandatangani perjanjian dengan syarikat penternakan ikan sturgeon di Korea bernilai RM146.24 juta.

"Siasatan awal SPRM mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Pahang, dan pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea itu seminggu selepas FCSB ditubuhkan," katanya.

Sumber berkata disebabkan unit kewangan juga di bawah pengurusannya, suspek sehingga kini meluluskan kira-kira RM47.6 juta daripada dana Felda bagi membuat pembayaran kepada syarikat Korea itu melalui FCSB tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menandatangani perjanjian berkenaan.

"Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek ikan sturgeon yang ditandatangani itu meliputi pelaksanaan Technology Transfer Service Agreement (TTSA) dan Design and Build Construction Agreement (DBCA).

"Perjanjian itu dipercayai ditandatangani suspek bergelar Datuk dan pengarah FCSB," katanya.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata pihaknya juga merampas dokumen berhubung projek itu bagi membantu siasatan lanjut.

Semua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman esok. ~ sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 24, 2017 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tidak Laporkan Kepada Polis Kerana Diugut Kata Pemandu Lori - Patutlah, Rupanya Dipaksa Selesaikan Kes..
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Pemandu lori yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lepas tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana telah diugut.

Mangsa Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata, beliau bimbang akan keselamatan diri memandangkan kumpulan lelaki itu dipercayai gangster dan berbahaya.

"Selepas kejadian itu, pihak syarikat telah dihubungi oleh individu terbabit agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Menurut pengurus saya, kumpulan lelaki terbabit merupakan 'gangster' besar dan ia akan membahayakan keselamatan saya sekiranya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada perhimpunan aman bagi memberi sokongan terhadap Nasrul Faiz di sebuah stesen minyak di Sungai Besi di sini, hari ini.

Menceritakan kembali detik hitam itu, Nasrul Faiz berkata beliau mengakui yang tindakannya itu salah namun tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa.

Katanya, kereta berkenaan berada dekat dengan lori yang dipandunya dan dia sendiri tidak menyedari kereta itu berada di situ "Hanya kerana nombor (plat) kenderaan patah, saya dipukul sehingga menerima 13 jahitan di leher.

"Keadaan berlaku dengan pantas, apabila salah seorang daripada kumpulan lelaki itu menarik saya sebelum rakannya datang menyepak saya di kepala sehingga saya jatuh," katanya.

Perhimpunan yang disertai lebih 200 pemandu lori anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu dilakukan bagi mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata perbuatan ganas dan tidak berperikemanusian seperti itu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dan tindakan tegas harus diambil.

"Saya difahamkan polis sudah melakukan beberapa tangkapan berhubung kes ini dan saya berharap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya. Perhimpunan selama satu jam bermula jam 11 pagi itu berakhir tanpa sebarang kekacauan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan kes itu dan telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium itu ke makmal untuk dianalisis.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 32 tahun direman empat hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan. - Bernama

Antara Dua Darjat: Bukan pemandu lori saja kena tendang

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Al-Abror Mohd Yusuf Apa gamaknya yang sempat difikirkan Nasrul Faiz Zulfahmi ketika dia diterajang dua tiga orang yang setakat ini belum dapat kita kenali?

Mungkin dia tertanya-tanya mengapa dia dipukul. Mungkin juga dia terfikir bahawa ajalnya sedang menjenguk. Atau ada kemungkinan juga dia tidak sempat berfikir apa-apa.

Entah apa yang bermain di fikirannya ketika dia melangkah keluar memulakan hari kerjanya pada hari kejadian.

Sebagai pemandu lori, Nasrul sepatutnya faham benar makna berhati-hati dan mengelak kemalangan. Dia juga tentu tahu bahawa mencari masalah dengan kenderaan mewah adalah antara perkara terakhir yang perlu dibuatnya. Lainlah kalau dia memang ada banyak duit lebih yang tidak dapat dibelanjakan.

Tetapi pada hari berkenaan dia terlanggar kereta mewah. Dia - seorang pemandu lori - kemudian dibelasah. Khabarnya pemilik kereta mewah itu orang bergelar. Maksudnya, orang "ada-ada".

"Mengapa orang sekarang semakin baran?" tanya seorang jurupulih bateri pesawat udara di Doha, Qatar. Dia terbaca berita dan menonton klip video Nasrul dipukul.

Isunya bukan semakin baran, tetapi kian berani mencabar undang-undang. Puncanya banyak.

Satu daripada asas sesebuah negara yang berjaya dan cemerlang ialah undang-undangnya didaulatkan. Setiap peraturan dilaksanakan tanpa melihat status pelakunya.

Kegagalan menguatkuasakan undang-undang hanya berlaku pada sesebuah negara gagal. Malaysia tentulah tidak mahu terperangkap dalam lubang sumpahan begitu.

Diulang sekali lagi: Asas sesebuah negara yang baik ialah kedaulatan undang-undang. Malaysia juga tentu faham hakikat ini. Jika tidak, masakan salah satu Rukun Negara yang termaktub ialah "Kedaulatan Undang-undang".

Jika anda terlupa, satu lagi rukun itu ialah "Kesopanan dan Kesusilaan".

Masalahnya sehari demi sehari pelaksanaan undang-undang itu dilihat tidak lebih daripada lelucon. Kesalahan kecil - misalnya - dikenakan hukuman yang berat atau tidak sepadan. Jenayah besar pula - pada ketika tertentu melibatkan orang besar - terlepas daripada hukuman.

Lebih malang, salah laku dan penyelewengan yang sangat besar kadang-kadang tidak diambil tindakan. Kedudukan "benar" dan "salah" seolah-olah boleh ditentukan oleh pengaruh, kabel, wang dan darjat.

Ini bukan soal politik (walaupun tidak ada salahnya kalau anda mahu berpendapat begitu).

Status sosial masyarakat dibezakan oleh keadaan yang tidak lagi terkawal. Ketika sesetengah orang diberi layanan - dan kedudukan - yang tinggi, sebahagian lagi terus terbiar bergelut dengan keadaan semasa.

Bagaimana 'terpinggir' ditafsir

Lihat saja bagaimana golongan 'terpinggir' itu ditafsir. Pengguna motosikal kecil dimusuhi atas nama pencemaran udara, kesesakan lalu lintas dan jenayah. Bayaran letak kereta di lokasi strategik dinaikkan seolah-olah esok Kuala Lumpur akan lumpuh jika semakin banyak kenderaan seperti Kancil, MyVi atau Proton Saga dibiarkan menggunakan jalan raya.

Harga pelbagai barang keperluan pula nampaknya 'murah sungguh'. Terima kasih atas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu.

Pada masa sama, pak-pak menteri kita lihat berkereta besar bercermin gelap ke sana sini. Kalau kita bernasib baik, dapat juga menumpang tengok mereka diiringi motosikal polis meluncur laju ketika rakyat berasak-asak dalam kesesakan jalan raya.

Kalau lebih bernasib baik, kita - rakyat marhaen ini - disaran menaiki bersesak-sesak saban hari menggunakan pengangkutan awam.

Ketika kebanyakan keluarga menghabiskan masa berkelah di lata-lata percuma, ada antara kita pula yang terbang ke luar negara bercuti sempena hujung tahun.

Penemuan wang berjuta-juta dalam rumah pula belum tentu menjadikan seseorang itu pesalah rasuah. Maklumlah, ini negara kaya lagi makmur. Selain sumber semula jadinya melimpah-ruah, hatta harta (sesetengah) rakyatnya juga bersepah-sepah.

Ia juga mengundang curiga kepada ahli politik.

Ketika ahli politik dan wakil rakyat biasanya melaung-laungkan perjuangan untuk membela rakyat - biasanya semasa di atas pentas dan ditemani mikrofon - perbuatan serta sifir diambil pula lebih menampakkan bagaimana mereka sebenarnya membela nafsu, kerusi dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

Jika itu belum memadai, lihat saja bagaimana sesetengah mereka rela membodohkan diri sendiri di mata masyarakat demi keuntungan yang sedikit. Mendapat kontrak daripada kerajaan, misalnya.

Dalam keadaan begitu, tidak banyak yang layak dilakukan ke atas mereka kecuali dicarutkan saja.

Dalam keadaan begitu kita semua tertekan. Yang bergelar dan memiliki kenalan atau hubungan dengan orang yang berkuasa berasa sangat berkuasa pula.

Di sisi yang lain, rakyat mungkin berada di pihak yang benar. Tetapi masalahnya "kebenaran" itu selalu dikalahkan oleh pengaruh dan darjat.

Pada masa sama, keadilan dan undang-undang dilihat terus dimaknakan oleh kekuatan fizikal dan helaian wang ringgit.

Senario lebih buruk yang boleh terjadi nanti ialah, rakyat marhaen - yang berpihak kepada kebenaran tetapi selalu kalah - pula bangkit memberi makna keadilan mengikut tafsiran mereka sendiri.

Video kedua selepas insiden pemandu lori dipukul jadi viral

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Petaling Jaya -Tiga lelaki dikesan dalam rakaman video berhubung insiden mengasari seorang pengawal keselamatan di pondok pengawal sebuah kondominium di Ampang.

Namun masih belum dipastikan sama ada tiga individu berkenaan adalah antara mereka yang terlibat memukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang pada 14 Januari lalu.

Rakaman kedua-dua insiden itu mempunyai beberapa persamaan iaitu sebuah kereta berwarna cerah diletakkan di hadapan palang besi bersebelahan dengan pembahagi jalan berwarna kuning.

Klip video 56 saat itu yang dikongsi melalui Twitter sejak Ahad malam menunjukkan kumpulan lelaki berkenaan bercakap dengan pengawal keselamatan dengan nada yang tinggi.

Seorang lelaki yang memakai baju biru, topi dan cermin mata hitam dilihat menarik baju pengawal keselamatan itu dan mengheretnya keluar dari pondok pengawal.

Dia kemudian menendang kaki pengawal itu.

Dalam kejadian 14 Januari lalu, seorang pemandu lori Nasrul Faiz Zulfahmi diserang dengan kejam di kondominium itu selepas dia secara tidak sengaja melanggar sebuah Mercedes Benz yang diletakkan di belakang lorinya.

Pelanggaran itu menyebabkan nombor plat kereta itu jatuh dan meninggalkan sedikit kesan calar.

-mStar

 

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, January 22, 2017 10:59 PM
Subject: Fw: Pemandu Lori Dibelasah

"Saya Cakap: 'Ni Lori Saya'. Lepastu Dia Angkat Tangan Terus Pukul" - Mangsa Pukul Menceritakan Secara Terperinci Kejadian
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 22 Jan - Pemandu lori yang menjadi mangsa pukul beberapa lori hari ini tampil menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi ke atasnya baru-baru ini.

"Dia tanya, 'ni lori siapa?' Lepas tu saya cakap, 'ni lori saya'. Lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul", kata lelaki berkenaan ketika ditemuramah secara langsung oleh Harian Metro.

Ketika ditanya adakah dia sedar dia telah dibelasah oleh beberapa orang individu, mangsa berkata dia kurang jelas dengan kejadian.

"Saya rasa dalam sorang pukul saya, dua orang tendang saya. Tu je saya ingat", katanya.

Ditanya sama ada dia ada menerima sebarang ugutan, mangsa berkata tiada.

"Tiada. Bos beritahu saya yang diorang ni kumpulan gangster besar..", kata mangsa sebelum diikuti dengan sorakan 'gangster besar' dari orang ramai.

"Biarlah Polis Lakukan Kerja Mereka. Saya Hanya Pemuda yang Mencari Rezeki dengan Memandu Lori" - Mangsa
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Selepas dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki di kawasan sebuah kondominium di sini, pemandu lori menerima 13 jahitan bermula dari bawah telinga hingga leher.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Izhar, 25, berkata dia tidak menyangka diperlakukan sehingga sedemikian rupa.

"Saya tidak berdendam walaupun mereka tergamak membelasah saya sedemikian rupa," kata selepas terlanggar kereta milik lelaki bergelar Datuk Sabtu lalu.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu, Izhar berkata dia cuba untuk keluar dari kawasan tersebut.

"Selesai menghantar barang di situ, saya terus ke lori untuk keluar daripada tempat parkir. Namun ketika itu saya tidak menyedari sebuah kereta diparkir terlalu hampir dengan lori saya.

"Akibatnya saya terlanggar bahagian depan kereta terbabit sekali gus mencetuskan kemarahan pemandunya. Selepas itu saya dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki di situ," katanya.

Izhar kemudian dibawa ke hospital berhampiran oleh rakannya.

"Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Kes Pukul Pemandu Lori: Wanita Antara 5 Yang Ditahan
siakapkeli.my

PETALING JAYA, 22 Jan: Polis telah menahan lima individu termasuk seorang wanita susulan kes pukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohamad Fuad Abdul Latiff berkata, kelima-lima mereka, yang berusia antara 20-an dan 30-an itu ditahan awal pagi semalam di Selangor dan Negeri Sembilan.

"Kita telah mengenalpasti satu atau dua lagi individu yang terbabit dalam insiden itu", katanya sebagaimana lapor The Star.

"Polis akan mencari beberapa lagi rakan suspek untuk membantu siasatan, usaha mengesan individu lain sedang dijalankan bagi membantu polis mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya selepas merasmikan Ops Selamat 10/2017 Sempena Tahun Baharu Cina di sini, Ahad

Beliau berkata wanita terbabit terlibat dalam kejadian itu biarpun dia tidak kelihatan di dalam video klip yang tersebar luas.

"Ya, kami tidak nampak dia dalam video klip itu. Tetapi kami mempunyai sebab-sebab untuk menahannya kerana dia terlibat", katanya.

Sebelum ini, video klip yang memaparkan bagaimana pemandu lori berusia 25 tahun dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki menjadi viral di media sosial.

Sumber: The Star

Saksi Ceritakan Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Pemandu Lori Dibelasah Lima Lelaki Semalam

ohmymedia.cc

By OMM

Rakaman seorang lelaki sedang dibelasah dengan kejam oleh empat orang lelaki telah jadi tular di laman media sosial sejak semalam.

Susulan kejadian seorang pemandu lori dibelasah lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar datuk 14 Januari lalu di Bukit Antarabangsa, polis kini sedang giat mengenal pasti kesemua suspek.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis sedang mengenal pasti lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar datuk yang membelasah pemandu lori dalam kejadian di depan pondok keselamatan berhampiran apartmen di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan pergaduhan berlaku disebabkan insiden perlanggaran membabitkan dua kenderaan.

"Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan masalah itu sesama mereka tetapi pihak polis akan membuka kertas siasatan berdasarkan laporan dibuat oleh pengawal keselamatan apartmen terbabit.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum melakukan sebarang tangkapan dilakukan berhubung insiden terbabit.

"Bagaimanapun, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi bagi mengenal pasti suspek yang terbabit," katanya.

Terdahulu video berdurasi 2 minit 49 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular apabila ia dimuat naik di laman sosial sejak semalam.

Berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa dibelasah oleh lima individu terbabit hingga menyebabkan dia terbaring di atas jalan

Menurut laman The Reporter, berdasarkan keterangan dari pengawal keselamatan warga Nepal, Adhikari Dilli Ram, 28, berkata, mangsa, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, yang memandu lori berwarna merah datang menghantar roti dan air jus di mini market kondominium tersebut.

20 minit kemudian, sebuah kereta Mercedes Benz yang dinaiki oleh tiga lelaki Melayu dan seorang lelaki India meletakkan kenderaannya di bahagian drop off, di belakang lori tersebut untuk menghadiri majlis.

Pemandu lori yang telah selesai menghantar barang ingin beredar dan secara tiba-tiba semasa berundur, dia telah terlanggar bahagian hadapan kereta Mercedez tersebut sehingga mencetuskan pertengkaran dan pergelutan di antara kedua-dua pihak. Kejadian itu juga menyebabkan 4 lagi lekaki yang tidak dikenali masuk campur membelasah pemandu lori berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati, Nasrul menyatakan berlaku sedikit salah faham di antara dia dengan pemandu Mercedez berkenaan sehingga mencetuskan pergaduhan yang menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan.

Namun selepas kejadian itu reda, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan segala kos kerugian yang dialami oleh pemilik Mercedez itu akan ditanggung oleh majikan Nasrul. Kos rawatan Nasrul juga akan ditanggung oleh majikannya, manakala kos rawatan pemandu itu akan ditanggung sendiri.

Difahamkan juga, kedua-dua pihak tidak membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu telah diselesaikan dan mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak. –

Pemandu Lori Dibelasah: Polis Buru 4 Suspek 'Tumpang' Pukul, Alukan Maklumat Orang Ramai

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Susulan viral video yang memaparkan seorang pemandu lori dipukul dengan teruk, polis kini memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu lalu itu, mangsa bersama rakan yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki oleh empat lelaki di kawasan parkir di hadapan lobi utama di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Selepas itu, pemandu lori dan kereta itu bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan yang turut membelasah pemandu lori terbabit.

BH Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima dari pengawal keselamatan kondominium terbabit.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

"Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan," katanya kepada BH sebentar tadi.

Sebelum ini, satu video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang penduduk kondominium terbabit yang memaparkan bagaimana pemandu lori itu dibelasah dengan teruk menjadi viral.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul oleh suspek.

Sumber: BH Online

Pemandu lori dibelasah pemandu Mercedes Benz, polis rakam keterangan saksi
http://terbakor.com
Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa di sini, Sabtu lepas.

Pemandu lori dibelasah pemandu Mercedes Benz, polis rakam keterangan saksi

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial berikutan memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya tanpa belas kasihan selama beberapa minit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kejadian kira-kira2.15 petang itu tercetus dipercayai melibatkan mangsa berumur 25 tahun yang sedang memandu lori telah terlanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki empat lelaki.

"Polis telah merakam percakapan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Katanya mangsa dilaporkan bertikam lidah dengan pemandu kereta berumur 38 tahun sebelum berlaku pergaduhan tanpa menggunakan senjata.

"Empat lelaki lain kemudian masuk campur pergaduhan itu. Kedua-dua pemandu hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Rakaman video mangsa dibelasah berdurasi dua minit 49 saat dengan aksi tumbukan dan tendangan keras terhadap pemandu lori itu mulai tular di laman sosial pada Khamis.

Hamzah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -Bernama

Sumber: Mstar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Jan 24, 2017 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Laman Web Jabatan Penerangan Kantoikan Najib
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Laman Web Jabatan Penerangan Kantoikan Najib. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilapor menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa parti komponen BN, MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Sejak saya jadi PM, MCA tidak pernah minta nak jadi TPM. MCA dah dapat jadi menteri pun mereka sudah berterima kasih dah," kata Najib.

Seperti biasa apa sahaja yang keluar daripada mulut Najib tentu sekali tidak boleh dipercayai kerana beliau sudah banyak kali kantoi menipu.

Laman Web Jabatan Penerangan Kantoikan Najib
Contohnya sebelum ini Najib disahkan menipu berhubung status hartanah Forest City yang dikatanya dijual kepada warga asing secara 'leasehold' (pegangan pajak) padahal laman web dan papan iklan Forest City mengesahkan bahawa hartanah tersebut dijual secara 'free hold' (hak milik kekal).

Jadi dalam hal ini, aku cuba membuat carian di internet untuk menyemak sama ada benar atau tidak kata Najib bahawa MCA tidak pernah minta jadi TPM sejak beliau menjawat jawatan PM sejak 3 April 2009.

Jika Najib berkata benar, maknanya Tun Mahathir menipu, namun jika sebaliknya maka jelaslah Tun Mahathir berkata benar, dan Najib lah yang menipu.

Laman Web Jabatan Penerangan Kantoikan Najib

Hasilnya aku jumpa laman web Jabatan Penerangan Malaysia, yang mengesahkan bahawa Najib menipu lagi.

Web Jabatan Penerangan mengesahkan bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi oleh presiden parti itu pada bulan April 2009 bagi mencerminkan "perkongsian kuasa sebenar".

Laman Web Jabatan Penerangan Kantoikan Najib. Jadi jelas di sini Najib kantoi lagi menipu. Tapi aku tak hairan pun sebab Najib sudah biasa menipu, setakat menipu macam ni memang perkara biasa bagi dia. - milosuam

Laman web sahkan status freehold (hak milik kekal) hartanah di Forest City
milosuam.net

SEJAK semalam, gambar papan iklan tentang status tanah freehold (hak milik kekal) di Forest City, Johor menjadi kontroversi dan menular (viral) di laman sosial.

Orang ramai menyifatkan Najib Razak menipu kerana sebelum ini beliau mengatakan tanah yang dijual kepada orang asing di Forest City hanyalah atas pajakan 99 tahun sahaja (leasehold).

Namun sebilangan penyokong Najib ada yang mendakwa papan iklan itu hanya fitnah yang direka-reka oleh penyokong pembangkang dan Tun Mahathir.

Oleh itu aku cuba buat sedikit carian, tentang Forest City. Hasil carian aku dapati laman web pemasaran Forest City mengesahkan bahawa status hartanah yang dibeli di Forest City adalah "freehold property" (hartanah milik kekal).

Maknanya, mana-mana warga asing yang membeli hartanah di Forest City, akan menjadi pemilik kekal hartanah itu dan menurut laman web tersebut, segala haknya sebagai pemilik hartanah, dilindungi undang-undang commonwealth.

Isu pembangunan di Forest City, Johor menjadi buah mulut sejak akhir-akhir ini kerana ia didakwa akan menjejaskan kedaulatan negara.

Harga rumah yang dijual di situ terlalu mahal, didakwa bermula dari harga RM1,000,000 dan ke atas, menunjukkan sasaran pembeli bukanlah rakyat tempatan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir sebelum ini mendakwa lebih 700,000 warga asing dari China akan ditempatkan di Forest City, dan diberi kad pengenalan sekaligus membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya.

Orang ramai yang pernah berkunjung di Forest City turut menimbulkan beberapa isu antaranya penggunaan matawang Yuan oleh peniaga di Forest City, dan papan tanda "jangan pijak rumput" yang ditulis dalam tulisan cina.

Tun Mahathir turut mendakwa, pembangunan rumah-rumah yang sangat mahal di Forest City hanya akan mewujudkan satu komuniti masyarakat asing yang berbeza budaya, cara hidup dan pandangan politik mereka.

Ini akan menyukarkan pihak berkuasa tempatan untuk mengawal mereka. Beliau turut menyamakan Forest City dengan Singapura, satu kawasan yang satu masa dimiliki oleh Malaysia, akhirnya terpaksa dilepaskan kerana kerajaan tidak mampu mengawal masyarakat yang tinggal di situ.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/laman-web-sahkan-status-freehold-hak.html#ixzz4WapT9kJG

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 24, 2017 7:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KORANG HANYA BOLEH JUMPA PERMANDANGAN INI DI MALAYSIA
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Inilah nilai cukai jalan yang rakyat bayar... Bila ada nyawa melayang baru tindakan akan diambil...

JKR Janji Sifar Pothole Di Malaysia, Namun Peneroka Ini Maut Angkara Lubang - Mampukah JKR Kembalikan Nyawa Yang Terkorban?
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Aku-Janji Sifar pothole.

"Adalah kami jurutera-jurutera daerah JKR Malaysia berikrar dan berjanji serta komited untuk memastikan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri dibawah pentadbiran JKR sentiasa dalam status Sifar Pothole".

Ya, kami juga bersedia tunjuk tanda bagus di hadapan media tau!

Selepas Aku-janji dan bercakap besar di hadapan media, ahh jalan kami masih lagi penuh dengan lubang di sana sini sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya.

Eh, eh malahan ada yang maut la baru-baru ini.

(sumber)

Tapi katanya mahu Sifar Pothole kononnya? Siap dengan lafaz janji pula tu!

Sifar Pothole, yeah?

Rupa-rupanya kerja buat jalan pun kena bermain dengan broker dan rasuah, patutlah..

Aku-janji konon. Padahal aku-rasuah. Heh. Salam takziah kepada waris keluarga mangsa yang terkorban. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Kita yang masih hidup perlu lawan bagi mereka yang dah menjadi mangsa. 😢😢😢😢

Gambar : Bro Lando.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 24, 2017 3:40 pm (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

Janji tu kelentongJalan** berlubang.Neraka pun berlubang.
From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 24, 2017 11:58 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: KORANG HANYA BOLEH JUMPA INI DI MALAYSIA

  

KORANG HANYA BOLEH JUMPA PERMANDANGAN INI DI MALAYSIA 
bloglist-malaysia.blogspot.naimnikmat.blogspotDicatat oleh Na'im Nikmat  
Inilah nilai cukai jalan yang rakyat bayar... Bila ada nyawa melayang baru tindakan akan diambil...   Aku-Janji Sifar pothole.

"Adalah kami jurutera-jurutera daerah JKR Malaysia berikrar dan berjanji serta komited untuk memastikan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri dibawah pentadbiran JKR sentiasa dalam status Sifar Pothole".  

Ya, kami juga bersedia tunjuk tanda bagus di hadapan media tau!

Selepas Aku-janji dan bercakap besar di hadapan media, ahh jalan kami masih lagi penuh dengan lubang di sana sini sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya. 

Eh, eh malahan ada yang maut la baru-baru ini.

(sumber)

Tapi katanya mahu Sifar Pothole kononnya? Siap dengan lafaz janji pula tu!

Sifar Pothole, yeah?

Rupa-rupanya kerja buat jalan pun kena bermain dengan broker dan rasuah, patutlah..

Aku-janji konon. Padahal aku-rasuah. Heh. Salam takziah kepada waris keluarga mangsa yang terkorban. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Kita yang masih hidup perlu lawan bagi mereka yang dah menjadi mangsa. 😢😢😢😢

Gambar : Bro Lando.  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv8025099619 #yiv8025099619 -- #yiv8025099619ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mkp #yiv8025099619hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mkp #yiv8025099619ads {margin-bottom:10px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mkp .yiv8025099619ad {padding:0 0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mkp .yiv8025099619ad p {margin:0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mkp .yiv8025099619ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-sponsor #yiv8025099619ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-sponsor #yiv8025099619ygrp-lc #yiv8025099619hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-sponsor #yiv8025099619ygrp-lc .yiv8025099619ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619activity span {font-weight:700;}#yiv8025099619 #yiv8025099619activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv8025099619 #yiv8025099619activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv8025099619 #yiv8025099619activity span span {color:#ff7900;}#yiv8025099619 #yiv8025099619activity span .yiv8025099619underline {text-decoration:underline;}#yiv8025099619 .yiv8025099619attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv8025099619 .yiv8025099619attach div a {text-decoration:none;}#yiv8025099619 .yiv8025099619attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv8025099619 .yiv8025099619attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv8025099619 .yiv8025099619attach label a {text-decoration:none;}#yiv8025099619 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv8025099619 .yiv8025099619bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv8025099619 .yiv8025099619bold a {text-decoration:none;}#yiv8025099619 dd.yiv8025099619last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv8025099619 dd.yiv8025099619last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv8025099619 dd.yiv8025099619last p span.yiv8025099619yshortcuts {margin-right:0;}#yiv8025099619 div.yiv8025099619attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv8025099619 div.yiv8025099619attach-table {width:400px;}#yiv8025099619 div.yiv8025099619file-title a, #yiv8025099619 div.yiv8025099619file-title a:active, #yiv8025099619 div.yiv8025099619file-title a:hover, #yiv8025099619 div.yiv8025099619file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv8025099619 div.yiv8025099619photo-title a, #yiv8025099619 div.yiv8025099619photo-title a:active, #yiv8025099619 div.yiv8025099619photo-title a:hover, #yiv8025099619 div.yiv8025099619photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv8025099619 div#yiv8025099619ygrp-mlmsg #yiv8025099619ygrp-msg p a span.yiv8025099619yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv8025099619 .yiv8025099619green {color:#628c2a;}#yiv8025099619 .yiv8025099619MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv8025099619 o {font-size:0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619photos div {float:left;width:72px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619reco-category {font-size:77%;}#yiv8025099619 #yiv8025099619reco-desc {font-size:77%;}#yiv8025099619 .yiv8025099619replbq {margin:4px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mlmsg select, #yiv8025099619 input, #yiv8025099619 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mlmsg pre, #yiv8025099619 code {font:115% monospace;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-mlmsg #yiv8025099619logo {padding-bottom:10px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-msg p#yiv8025099619attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-reco #yiv8025099619reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-sponsor #yiv8025099619ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-sponsor #yiv8025099619ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-sponsor #yiv8025099619ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv8025099619 #yiv8025099619ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv8025099619

Attachment(s) from bashah
10 of 13 Photo(s) (View all Photos)

Tue Jan 24, 2017 8:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Air coklat perisa lipas

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Seremban: Sebuah restoran makanan segera di pasar raya di Seremban 2, di sini, diarah tutup selepas seorang pelanggan menemui lipas di dalam minuman coklat dipesannya.

Restoran berkenaan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), mulai hari ini, selepas tular di Facebook mengenai kejadian itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan pasukan penguatkuasa mendapati kebersihan restoran berkenaan tidak memuaskan dengan tahap penilaian kebersihan 57.5 peratus.

"Kami mengarahkan premis itu ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, untuk siasatan lanjut.

"Pemilik premis boleh merayu selepas semua tindakan penambahbaikan diambil terhadap ketidakpatuhan. Kami akan membuat pemeriksaan semula sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga menyiasat satu lagi kejadian seorang pelanggan menemui ulat di dalam sos sambal di sebuah restoran di Bandar Baru Nilai, Ahad lalu.

Katanya, pemeriksaan pada Isnin mendapati tempat penyimpanan makanan yang belum dimasak berada dalam keadaan tidak memuaskan dan pihaknya mengeluarkan notis mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pelajar terpaksa bertarung nyawa melintas sungai untuk ke sekolah
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

KASIHAN, dua orang pelajar ini terpaksa bertarung nyawa melintas sungai melalui sisa kabel jambatan gantung untuk ke sekolah dan aksi itu menular (viral) di laman sosial.

Gambar kejadian itu dikatakan diambil di Kampung Dundau menuju ke Kampung Pirasan yang terletak di Daerah Kota Belud Sabah.

Dua pelajar lelaki yang lengkap memakai pakaian seragam sekolah sambil masing-masing menggendong beg itu dikatakan terpaksa melintas sungai tersebut bagi meneruskan perjalanan ke sekolah.

Orang ramai melahirkan rasa kecewa dan marah melihat kejadian tersebut. Ramai mempersoalkan ke manakah hilangnya wakil rakyat di kawasan tersebut?

Oleh kerana ramai yang bertanya, siapakah wakil rakyat kawasan tersebut yang tidur sambil makan gaji buta dan tak buat kerja, maka aku membuat sedikit carian tentang kawasan tersebut.

Hasil semakan aku, Ahli Parlimen Kota Belud ialah wakil rakyat Barisan Nasional, YB Dato' Hj Abd Rahman Dahlan yang juga merangkap Pengarah Strategi Barisan Nasional.

Manakala dua DUN di bawah parlimen Kota Belud diwakili oleh, YB Datuk Musbah Haji Ramli — ADUN Tempasuk dan YB Datuk Japlin Akim — ADUN Usukan kedua-duanya adalah wakil rakyat Barisan Nasional, BN.

Satu lagi DUN di bawah parlimen Kota Belud ialah wakil rakyat bebas, YB Jeremmy Ukoh Malajad — ADUN Kadamaian.

Hasil semakan aku mendapati Kampung Pirasan tempat berlakunya kejadian ini terletak di bawah DUN Tempasuk kerana kedudukannya sangat dekat dengan SK Tampasuk. Iaitu hanya dalam lingkungan 2km.

Maknanya ia terletak di bawah DUN Tempasuk yang mana wakil rakyatnya adalah Datuk Musbah Haji Ramli, dari Barisan Nasional.

Dalam kata lain wakil rakyat kedua-dua Parlimen Kota Belud dan DUN Tempasuk adalah dari BN.

Aku tak tahu apa kerja kedua-dua wakil rakyat ini, takkanlah jambatan cuma tinggal kabel macam ni pun tak nampak, kalau betul tak nampak, maknanya mereka memang tak pernah balik kawasan.

Mungkin kena tunggu budak sekolah mati terjatuh sewaktu pergi atau balik sekolah barulah mereka akan sedar tentang keadaan jambatan gantung yang rosak ini.

Sumber — Kita Orang Sabahan

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/pelajar-terpaksa-bertarung-nyawa.html#ixzz4WaQybVXH

39 Lelaki Berbogel di Pusat Peranginan Ditahan Polis
siakapkeli.my

BENTONG 22 Jan. - Seramai 39 orang lelaki yang berbogel dalam aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di sini semalam telah ditahan polis selepas menerima aduan dari orang awam.

Peserta yang berusia antara 19-23 tahun itu melakukan perbuatan tidak senonoh ketika sedang mengikuti aktiviti dalam kem motvasi yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, polis telah menahan kesemua mereka bagi membantu mereka.

Menurut beliau lagi, terdapat 39 peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun menyertai kem motivasi berkenaan dan sembilan orang lagi merupakan wakil syarikat yang menyelia program motivasi tersebut.

"Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kursus motivasi di pusat peranginan berkenaan," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Menurut Mansor lagi, aktiviti yang mereka jalankan itu dikatakan dikenali sebagai 'All Out'.

"Menurut kata ketua penyelia aktiviti, pada jam lebih kurang 5.30 petang semasa berada di permainan, peserta sedang bermain satu permainan yang dinamakan 'All Out' di mana para peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada terlekat pada badan peserta.

"Semasa permainan ada para peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga para peserta mula menanggalkan keseluruhan pakaian di badan mereka dan berbogel," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Menurut Mansor lagi, pengurus pusat peranginan ada memaklumkan bahawa pihaknya hanya menyediakan kemudahan seperti makanan, peralatan dan tempat tinggal untuk peserta kem motivasi.

Pihak Resort telah dimaklumkan mengenai tentative program yang akan dijalankan tetapi tidak menyatakan secara spesifik jenis aktiviti yang hendak dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata sepasukan polis telah memantau kumpulan tersebut semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan dalam dewan resort tersebut

"Pihak kami telah membuat serbuan dan tangkapan pada jam 12.30 tengah malam tadi semasa kumpulan masing-masing sedang menjalankan aktiviti berkumpulan di resort berkenaan.

"Seramai 39 peserta telah ditahan tahun termasuk sembilan wakil syarikat dan fasilitator bagi membantu siasatan di dalam kes ini," katanya.

Sumber: Utusan Online, Sinar Online

Terkejut Beli Buah Laici Dalam Tin Bekas Berbalut Dua Kali, Seolah-Olah Dikitar Semula
siakapkeli.my

Seorang lelaki nayata terkejut selepas mendapati buah tin laici dalam yang dibelinya saripada sebuah pasar raya di Kuala Terengganu telah dibalut dua kali seolah-olah dikitar semula, Lapor Sinar Harian.

Hakim Fahmi Awang, 35 berkata, dia telah membeli laici dalam tin itu sejak dua minggu lalu yang diletakkan di dalam hamper yang dibeli di sebuah pasar raya milik bumiputera, di sini.

Namun perkara ini disedari selepas dia menyuruh isterinya, Che Ku Atyrah Farhana, 22, membuat minuman menggunakan laici yang dibelinya itu.

"Apabila isteri perhatikan tin itu, balutan pertama terkoyak dan terdapat satu lagi balutan jenama lain pada tin laici berkenaan.

"Manakala jenama pada kertas pembalut tin di bahagian dalam ditutup dengan pen marker, menyebabkan kami keliru dengan produk ini.

"Saya agak terkejut dengan apa yang dialami dan memuatnaik gambar itu di dalam laman media sosial, facebook, selepas gambar itu menjadi tular, rupa-rupanya ramai yang terkena dan mengalami nasib yang sama dengan saya," katanya.

Menurut Hakim lagi, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa dan juga tidak tampil berjumpa dengan pemilik pasar raya itu, kerana memikirkan ia hanya masalah kecil.

"Saya terkejut juga apabila ramai yang memberi ulasan pada facebook saya dan terdapat rakan facebook yang mengalami masalah sama termasuk juga jenama makanan dalam tin yang sama," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Azlan Abdul Samat berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian ini.

Selepas kejadian ini, beliau telah pun mengarahkan pegawainya memeriksa perkara itu berdasarkan maklumat yang diterima daripada Sinar Harian.

"Kita belum menerima apa-apa aduan daripada orang ramai mengenainya, tetapi akan melihat dengan lebih terperinci masalah ini sebelum melakukan tindakan selanjutnya," katanya. - Siakapkeli.my

Tahan Derita Kemaluan Tersangkut Dalam Botol Air Mineral
siakapkeli.my

Pelabuhan Klang: Seorang lelaki terpaksa menahan derita selepas kemaluannya dilaporkan telah tersangkur dalam botol mineral ketika dia membuang air kecil di dalamnya, lapor Harian Metro.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian yang berlaku di Teluk Gong, Pelabuhan Klang pada jam 4 awal pagi tadi berlaku ketika lelaki tempatan berusia 21 tahun itu tidak tahan untuk membuang air kecil.

Beliau dilaporkan telah cuba untuk memotong memotong botol air mineral berkenaan dengan gergaji logam tetapi menyebabkan kecederaan sehingga mengakibatkan pendarahan.

"Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.25 pagi.

"Botol air mineral berjaya dipotong dan dikeluarkan dari kemaluan lelaki tersebut dalam tempoh 10 minit dan mangsa diberi rawatan awal bagi menghentikan pendarahan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya lagi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.34 pagi apabila mangsa selamat tiba ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah. - Siakapkeli.my

Lelaki Warga Malaysia Sudah 4 Tahun Tinggal di Pusat Beli Belah di Singapura, Guna Wi-Fi, Air & Elektrik Percuma Tanpa Dimarahi Pihak Pasaraya
siakapkeli.my

SINGAPURA: Seorang lelaki warganegara Malaysia dikatakan tinggal di pusat membeli-belah Jurong Point di sini selama kira-kira empat tahun dan menggunakan bekalan air, elektrik dan Wi-Fi di sana.

Lelaki berusia 35 tahun itu, yang juga pekerja di sebuah kilang elektronik, menjadikan kawasan luar pusat membeli-belah itu sebagai 'rumahnya&#39;, lapor portal Lianhe Wanbao .

Lelaki yang berasal dari Ipoh itu sudah bekerja di Singapura selama lebih 10 tahun dan memperoleh pendapatan bulanan lebih S$1,000 (RM3,139).

Wanbao yang melawat pusat membeli belah di Jurong West itu menemui lelaki berkenaan duduk beralaskan surat khabar dan melihat telefon bimbitnya sambil minum air soya dan makan roti.

Lelaki itu memberitahu Wanbao bahawa dia menyewa sebuah bilik kongsi di Boon Lay tetapi mendapati bilik itu terlalu panas dan sempit.

Kata lelaki berkenaan lagi, dia lebih suka tinggal di Jurong Point kerana bilik di Boon Lay yang berharga S$250 (RM785) itu tidak elok dan hubungannya dengan penyewa lain tidak begitu rapat.

Dia berkata, keadaan di Jurong Point lebih sejuk selain buka lewat dan mempunyai sebuah pasar raya 24 jam.

Selain itu, dia juga berkata boleh menggunakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma dan mengecas telefon bimbit di pusat membeli belah itu.

Seorang jurucakap untuk Jurong Point memberitahu The Straits Times bahawa mereka membenarkan Chen tinggal di sana selagi dia tidak mencetuskan sebarang gangguan.

"Kami gembira kerana pengunjung menikmati kemudahan yang disediakan.

"Jika dia menggunakan kemudahan kami dengan cara yang baik tanpa menimbulkan gangguan atau ancaman kepada keselamatan di pusat membeli-belah itu, kami amat mengalu-alukannya sama seperti pengunjung yang lain," katanya.

Lelaki berkenaan juga turut berkata dia tidak pernah dihalau dan berkata dia turut melihat individu lain tinggal di pusat membeli-belah itu sama seperti dilakukannya

Sumber: MStar, Lianhe Wanbao

Hanya kerana sebuah telefon bimbit....... Cucu saudara wakil rakyat parah ditetak

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by fakhruddin yusoff

WARTAWAN SINAR HARIAN - 14 JANUARI 2017

KOTA BHARU - Cucu saudara kepada seorang wakil rakyat di sini, parah selepas ditetak dua lelaki dalam kejadian di Kampung Cabang Tiga, Bukit Marak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan di tangan, paha dan lutut akibat diserang menggunakan senjata tajam.

Dipercayai mangsa telah pergi ke rumah dua suspek yang terletak di Kampung Cabang Tiga untuk menuntut bayaran sebuah telefon yang dikatakan telah dicuri oleh salah seorang daripada suspek berkenaan.

Disebabkan rasa tidak puas hati, suspek telah menetak mangsa bersama rakan-rakannya yang lain dan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Mangsa cedera di bahagian tapak tangan, jari kelingking kirinya patah, luka akibat tetakan senjata tajam di bahagian lengan kanan, paha kanan serta di bahagian bawah lutut kanannya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 24, 2017 8:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Kalau Kereta itu Boleh Diajak Bersembang, Sudah Lama Saya Bertanya Khabar Dia" - 'Backpackers&#39; Malaysia Kongsi Keterujaan Jumpa Proton Wira di Chile
siakapkeli.my

CHILE - 'Backpackers&#39; Malaysia yang mengembara di Chile meluahkan rasa terujanya ketika bertemu dengan sebuah kreta Proton Wira di negara asing itu.

Sandy R. Dasan berkongsi keterujaan itu dengan memuat naik gambar kereta tersebut di laman Facebook Backpackers Buddies Malaysia semalam.

"Saya terjumpa Proton di Pubta Arenas, Chile! Tak jumpa orang Malaysia, jumpa produk Malaysia pun jadilah.

"Kalau kereta itu boleh diajak bersembang, sudah lama saya bertanya khabar dia," katanya di kapsyen gambar itu.

Postingnya mendapat reaksi dan perkongsian daripada lebih 2,700 pengguna Facebook yang lain.

Beberapa netizen lain turut mengambil peluang untuk berkongsi gambar penemuan kereta Malaysia di beberapa negara lain.

Seorang pengikut laman Facebook itu, Muhammad Azuan, berkata dia pernah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja di Nepal.

Muhammad Azuan turut menyertakan gambar kereta tersebut sebagai bukti penemuan kenderaan tersebut.

Seorang lagi netizen, Eyda Aziz turut mengambil kesempatan berkongsi gambar kereta Perodua jenis Kenari berwarna putih yang ditemuinya sewaktu bercuti di negara orang.

"Saya terjumpa (Perodua) Kenari di Mauritius," katanya.

Sumber: Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 24, 2017 8:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kami Dilayan Bagaikan Pendatang Bila Melawat Ke Forest City, Nak Bergambar Pun Dilarang Warga Asing - Luahan Anak Johor.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Ini apa yang kami jumpa dilaman sosial.

"Aku anak Johor. Selalu ke Forest City. Harga rumah memang mahal. 1 juta ke atas. Selalu bawa member. Pemandangan memang la cantik. Tapi sayang nak bergambar langsung tak dibenarkan. Terasa hinanya diri bila warga asing yang melarang.." - Anak Johor.

Dan apabila kami scroll di ruangan komen, kami jumpa ini.

"Walaupun kebenaran memang pahit, ya 100% benar kenyataan itu" - Naqim.

"Memang ramai warga China yang beli. Setiap minggu ada je yang datang tengok by bas" - Terumbu Karang, Hafiz Awang.

"Aku setuju sebab aku pun pernah kena, tapi aku tak berdiam diri, aku balas balik kata-kata pak guard warga asing tu" - Al Grasso Zeed.

Dalam pada itu, kami juga ternampak sebaran Lina Ina.

Menurut individu yang berkongsikan gambar tersebut di laman sosial, di Forest City, pembeli boleh melakukan urusniaga jual-beli dengan menggunakan matawang Yuan (China). Mungkin kerana terdapat ramai pelancong dan pekerja dari China di sana agaknya yang membuatkan matawang tersebut diterima secara meluas di kawasan Forest City.

Namun ada juga pihak yang menafikan sebaran gambar tersebut. Menurut pihak yang menafikan, Forest City masih lagi dalam frasa pembangunan. Belum disiapkan lagi sepenuhnya mana mungkin wujudnya kedai yang telah beroperasi. Oleh itu, haruslah netizens menghentikan sebaran gambar-gambar yang mendorong ke arah fitnah.

Mana satu yang betul agaknya?

Kita tunggu jawapan dari orang-orang Johor sendiri.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 24, 2017 8:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kaya di Usia 50 Tahun
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

RATA-rata di usia 50 tahun ke atas, orang boleh "kaya" mendadak dari hasil dirinya sendiri:

1. Ada PERAK di rambutnya
2. Ada EMAS di giginyaa
3. Ada GAS di perutnya
4. Ada KRISTAL di kandung kemihnya
5 .. Ada MINYAK di darahnya
6. Ada GULA di air seninya
7. Ada KAPUR di tulangnya
8. Ada PASIR di empedunya
9. Ada AKIK di ginjalnya
10. Bahkan jantungnya pun pakai CINCIN.

Meski begitu, umumnya orang itu tidak boleh sombong, kerana tercermin dari cara jalannya yang kian tunduk dan mula menyedari menjadi kaya ala dunia tidaklah menyeronokkan.

sumber islampos.com

Tak sangka sebanyak itu?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Disebalik tugas-tugas hakiki yang dijalankan seharian, mata dan hati aku memandang pelbagai karenah manusia di lembah kelang. Ada yang putih, ada yang sawo matang, ada yang hitam dan ada yang pelbagai. Negara kita memang kena dengan slogan 'Malaysia truly asia'. Apa bangsa yang tidak ada dalam ini negara. Dari antartika hinggalah ke artic, dari amerika hinggalah ke jepun semuanya menikmati kehidupan aman di dalam negra kita ini. Mereka betul-betul menikmati kehidupan dalam negara kita dan kita terpaksa berhempas pulas mengurus kehidupan. Disebalik itu ada cerita yang menarik untuk difikirkan.

Sejak dua menjak ni, aku lihat banyak juga gereja-gereja bertaburan dilembah kelang ini. Kita biasa lihat gereja dimana-mana dengan rupa bentuk yang seragam dan dapat dilihat ditepi jalan. Tapi setelah menjadi transpoter setahun yang lalu, rupanya gereja terdapat dimana-mana bangunan rumah kedai dilembah kelang ini. BUkan satu ataupun 10, aku rasa mahu dalam 100 unit gereja dirumah-rumah kedai ini.

Gereja-gereja ini pula 'dikuasai&#39; oleh golongan-golongan tertentu. Maksud saya dikunjungi oleh kaum-kaum tertentu. Ada mini gereja khas untuk rakyat malaysia (cina/india), agak banyak mini gereja yang dikuasai oleh golongan afrika (terutama nigeria) yang mempunyai bujet untuk menyewa rumah kedai dimana-mana dan juga untuk rakyat filipina.

Sepanjang pemerhatian aku, di Subang jaya agak banyak mini-mini gereja ini terutama yang dikuasai oleh pendatang asing ini. Setiap hari ahad akan sibuklah pemandu-pemandu teksi menghantar makmum-makmum kegereja yang dikehendaki. Gereja di belakang kotaraya KL dipenuhi dengan pendatang filipina dan juga afrika.

Dikawasan perindustrian bersebelahan Sunway Piramid terdapat gereja khas untuk sahabat-sahabat afrika berkumpul dihari ahad. Mereka ini amat aktif dan amat informatif. Mereka kegereja bukan berkain pelikat dan berbaju pagoda, tapi mereka ini amat kemas berpakaian berserta tali leher dan ditangan mereka ada kitab bible untuk rujukan masa didalam gereja.

Gereja yang dimaksud kan tadi itu, ada disediakan pengawal lalu lintas yang terdiri dari orang-orang afrika . Mereka ini amat menghormati pemandu yang lalu lalang disana serta pandai mengarahkan parkir agar lancar perjalanan disitu.

Gadis-gadis afrika diletakkan di pintu pagar masuk sambil menyapa makmum-makmum yang datang kegereja itu. Mereka amat friendly serta akrab sesama mereka.

Mungkin 'tahap keimanan' kristian mereka sudah kuat sejak di negera asal mereka lagi. Kalaulah ada anak-anak dara kita (yang islam) berkawan dengan puak2 ini, aku pasti akan hilanglah 'keislaman&#39; nya lalu menurut petunjuk boyfriend2 baru itu.

Yang selalu bermain difikiran kini adalah, besar juga bujet dorang sampai mampu menyewa kilang-kilang besar dikawasan utama untuk dijadikan gereja. Sedangkan kita , kalau masjid itu tidak diadakan solat jumaat, pasti pening kepala AJK masjid hendak mencari dana untuk menguruskan masjid itu.

Entahlah, semakin hari semakin kuat ujian buat kita dan anak cucu kita. Pernah aku bertanya pada seorang pelancong filipina berkenaan dengan negera mereka. Mereka terkejut bila diberitahu bahawa perkataan Manila itu berasal daripada perkataan arab iaitu AMANILA.

Dan aku boleh mengangak, dari nama pelancong itu sebagi contoh 'John Duterte, bapa dia mungkin Duterte Neyma, Atuk dia mungkin Neyma Jackson, Onyang dia mungkin Jackson Fandi, Ocot dia mungkin Fandi b Ahmad. Ketika zaman ocot dia itulah proses kristianisasi berlaku diFilipina pada zaman penjajahan kuasa barat.

Jadi kita tidak tahu apalah nasib anak2 dan cucu2 kita nanti. Masihkah mereka bernama Daud atau sudah bertukar kepada David? Nauzubillah. Mereka kini sudah dekat dengan rumah kita dan tempat permainan anak2 kita.

Mereka mempunyai bujet yang besar mungkin diatas sumbangan kita juga setiap hari. Sumbangan yang mana? Sumbangan dari pembelian 'ubat nyamok' berjenama dunkill, makboro dan juga saleng.

BUkan senang nak hentikan dari ketagihan ini kan. BUkan saja kalian, aku pun gagal juga. Tapi sejak dapat ilmu dari video ini , tersentap plak rasa nak berasap. Mungkin ada 'peluru hidup' yang mampu menembus dada kita bila tonton 'tembakkan2&#39; dari kiyai ini.

Wallahuaklam

md daud yusri almelintangi

www.dadiydoo.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Saya Beli Burger Kerana Akhlak Dia, Setiap kali ambil Duit, Tangannya Akan Ke Arah Dada Dan Ucap Alhamdulillah"
siakapkeli.my

Terbaca sebuah kisah yang dimuatnaik oleh Mohd Rasidi Rahim ke laman Facebooknya ini tentang satu kisah yang agak mengharukan.

Kisah ini mengisahkan seorang peniaga burger di tepi jalan yang ikhlas berniaga, beliau dikhabarkan sanggup berhenti dan menolak tawaran kerja demi menjaga insan tersayang.

Siapakah insan ini? jom kita baca.

Beli kerana akhlak...

Pertama kali beli burger kat dia sbb stall tu je yg masih bukak walaupun dah pukul 12.30 malam... Masa tunggu tu, tak pernah lekang dari mulut dia, ucapan 'alhamdulillah&#39; .

Cakap pun sopan sangat, setiap kali ambil duit orang beli burger, automatik tangannya ke arah dada sambil ucap 'alhamdulillah&#39;. Secara tidak langsung menunjukkan sikap dia amat menghargai setiap rezeki yang diperolehi.

Mulai saat itulah aku nak cuba support dia... burger dia sedap lain mcm... mungkin dia buat dengan hati...

Hari ni aku beli lagi.. ringan mulut aku tanya dia siang keje apa... bila dia jawab, jaga mak yg kena kanser... aku macam blur tak tahu nak cakap apa. Dia ada ijazah dalam engineering lulusan MFI..

Sanggup berhenti kerja kat puchong dan menolak tawaran kerja hebat demi menjaga mak dia... allahuakbar... anak yang soleh.. jangan takut aim.. niat kau demi mak.. ALLAH akan bukakan laluan yg luas untuk kau nanti...

Aim burger.. lokasi depan pasar borong peserai, Batu Pahat., Johor...sebelum petronas baru kalau dr arah simpang lima..

Sharelah sebanyak mungkin..kalau bukan kita yg bantu.. sape lagi...

***update terbaru...kedai tutup hari khamis...waktu niaga dari pkl 6 ptg sampai malam...

- Siakapkeli.my

"Melayu, mari tengok ni jap!!"
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
a.. Meminta kepada yang Melayu terutamanya Melayu UMNO yang katanya menjadi pembela Melayu hebat ketika ini. Juga kerana Melayu UMNO yang menjadi pemerintah ketika ini.
Gadaian kali ini melibatkan Menteri yang Melayu, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia yang Melayu dan orang kuat Axiata yang nampaknya semua Melayu.
Hari ini secara rasmi Stadium Putra Bukit Jalil dikenali dengan nama baharu iaitu Axiata Arena.

Kata Menteri kerana penjenamaan semula. Kerjasama antara Perbadanan Stadium Malaysia dan Kumpulan Axiata Bhd. Dengan perjanjian tajaan RM55 juta selama 10 tahun, nama Stadium Putra Bukit Jalil lenyap sama sekali.

Kata Menteri lagi Axiata Arena setaraf dengan lokasi-lokasi penganjuran acara bertaraf dunia. Maklumlah nama Stadium Putra Bukit Jalil tak bertaraf dunia.

Itulah hebatnya perundingan Menteri Melayu kita. Tak mampu nak selitkan nama yang asal Melayu walau sedikit.

Laporan Utusan Online juga menyebut, Menteri nampaknya bangga, Kompleks Sukan Bukit Jalil juga tak dikenali Kompleks Sukan Bukit Jalil lagi selepas ini, akan dikenali dengan nama KL Sport City.

Mungkin dengan KL Sport City, atlit Malaysia akan bertaraf dunia!!

Tak Sangka Peniaga Melayu Pun Sanggup Buat Macamni
siakapkeli.my

TAK SANGKA PENIAGA MELAYU PUN SANGGUP BUAT MACAM NI !!!
.
Bulan lepas ni saya ada beli surat khabar Sinar Harian. Terbaca satu artikel " Pewangi Berasaskan Tumbuhan, Sasar 200 orang stokis dan 450 Agen." dan semalam pun saya ada nampak lagi Dalam Surat Khabar Utusan Malaysia. " Bahtiar Keluarkan Produk Pewangi Fabrik "
.
Dalam Artikel tu ada lah tulis semua kebaikan dan kelebihan produk. Ye la takkan nak cerita yang tak best pulak kan?
.
Saya pun tertariklah untuk mencuba. Ye la.. Saya fikir dah 2 kali dapat liputan masuk surat khabar. Mesti produk dia ni bagus. kalau tak.. takkan surat khabar nak buat cerita pasal produk ni. Lagipun tak banyak lagi produk ni di pasaran. Tambahan pulak, produk ni keluaran orang Melayu Islam.
.
So bila saya hubungi, Staff dia jawab dengan penuh mesra dan meyakinkan. Disebabkan terpengaruh dengan kata-kata staff dia, saya pun beli. Apa yang lebih meyakinkan saya untuk beli ialah, dia siap bagi Jaminan Wang dikembalikan jika produk dia terbukti tak wangi !!
.

Harini saya buat payment, esok barang dah sampai. " Laju betul service dia ", saya cakap dalam hati. Tengok bungkusan dia pun kemas, bubble wrap penuh. " Ni betul tak nak bagi barang dia rosak ni ", saya fikir lagi.
.
Saya pun bukalah bungkusan tu semua... Lepas saya buka, saya nampak ada satu botol warna PINK yang ada cecair putih di dalamnya.
.
Terus saya cuba untuk spray sedikit kat lengan untuk try bau dia. ( kebetulan waktu tu saya kat office ). Bila saya spray je... terus keluar satu bau yang saya sendiri pun tak pernah bau !!!!
.
Sampaikan member kat sebelah kiri kanan pun toleh kat saya. Diorang tengok saya sambil buat muka pelik. macam diorang boleh bau je apa yg saya spray ni..
.
Pastu tetiba ada member tanya..

" Bau apa ni ?? ",

" Kat mana kau beli ? " ,

" Apasal kau beli tak bagi tau kitorang ? "..

Dan macam-macam lagi soalan diorang tanya sampai saya pun naik pening. Pas saya diasak dengan soalan yang bertubi-tubi tu.. saya pun bangun. Terus diorang diam. Saya pulak yang tanya diorang.. " Korang ni dah kenapa ?? "
.
Diorang jawab.. " WANGI GILER !! Dah lama kitorang cari bau ni !! Kau jual ke ?? Kitorang nak beli !! " Terus masing-masing hulur duit .
.

Tak sangka !! Pada mulanya saya beli untuk try je.. last-last saya terpaksa jadi agen sebab nampak peluang untuk niaga dan permintaan sangat bagus. BIla permintaan sangat bagus.. sebaga agen.. saya terpaksa UNTUNG.. Sehari tu je, jumlah order saya dapat ialah sebanyak 32 botol. Best giler.. untung woo..
.
Tak sangka saya produk orang melayu boleh bagus macam ni. Sangat Ohsem !! Sanggup seorang peniaga Melayu jadikan hidup saya Huru hara dan untung macam ni !!!
.
Baru-baru ni dia keluar kat Tv Al Hijrah. Time tu, huru-hara semua agen . Beribu-ribu order masuk.
.
Korang Dah try ke belum ?? kalau belum.. better korang try. Produk Laris Giler !! Tak rugi pun cuba..
Korang jugak boleh try usha-usha FB owner : Bahtiar Dan Eda
.
Kalau nak order, boleh direct PM / Komen

<< SAYA NAK >>

Di SINI
.
Atau kalau korang nak COD, boleh contact Agen Fabric Perfume by The Scent.
.
Kalau korang nak baca testimoni, boleh click kat link ni.. ini sebahagian dari testimoni tentang produk Fabric Perfume by The Scent ni.

Facebook: Fabric Perfume by The Scent - HQ
.

Kalau ada antara korang yang berminat nak tambah income.. boleh juga jadi AGEN atau STOKIS mereka. Modal pun tak besar.

Kalau yang nak tu.. kena cepat lah... sebab tempat terhad.
.
Berminat untuk jadi AGEN ?
Leh PM << AGEN >> atau << STOKIS >>
terus ke admin page atau
Whatsapp ke : +6016 - 289 2009
Whatsapp ke : +6016 - 289 2009
Whatsapp ke : +6016 - 289 2009
Whatsapp ke : +6016 - 289 2009

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: