Saturday, January 7, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4657

8 Messages

Digest #4657
3
Fw: BR1M Boleh Guna Beli Proton Iriz? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Perbagai Berita Politik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Perbagai Cerita Makanan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Pelbagai Kemalangan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Fri Jan 6, 2017 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC? - Tuan Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Penangkapan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian tidak dapat menutup rasa kecewa yang diluahkan oleh bekas pengarah bahagian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata 'amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah'," kata Tuan Ibrahim.

Malah, katanya, penahanan KSU itu sebenarnya menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang menurutnya, melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.

Dalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata tindakan SPRM itu mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.

"Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU?" tambahnya.

SPRM semalam menahan seorang KSU dan seorang lelaki berusia 29 tahun atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah.

Tangkapan itu dibuat sehari selepas Bahri mendedahkan dia telah memilih untuk bersara awal kerana kekecewaan berkaitan kes SRC.

3 bulan SPRM intip KSU KKLW Datuk Mohd Arif

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengintip Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman selama tiga bulan sebelum bertindak menahannya.

SPRM berjaya menemukan jongkong emas, 150 beg tangan mewah, jam tangan berjenama dan mata wang asing di rumahnya yang terletak di USJ3, Subang Jaya, selama 12 jam.

Bar emas dan mata wang Australia dan Euro yang dirampas dianggarkan bernilai RM3 juta.

Manakala beg tangan berjenama yang ditemukan adalah dari jenama seperti Chanel, Hermes, Dior, Louis Vuitton dan Gucci.

Harga untuk beberapa beg ini terdiri daripada RM7,000 kepada RM100,000 setiap satu.

Ketika dihubungi The Star, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan Mohd Arif, 59, dan anak lelaki berusia 29 tahun di rumah mereka 8 pagi semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat kerana penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM dikatakan menyiasat sama ada semua lawatan Arif ke luar negara dan perbelanjaan lain dibiaya oleh "individu tertentu".

Menurut sumber, Mohd Arif baru sahaja pulang dari lawatan golf ke Amerika Syarikat.

"Lebih suspek akan dipanggil tidak lama lagi untuk membantu siasatan," kata Azam.

Difahamkan bahawa SPRM sedang menyiasat 38 akaun simpanan dan semasa dan sekurang-kurangnya tiga peti simpanan di beberapa bank yang berkaitan dengan kes itu.

Siasatan ini juga meliputi beberapa bidang tanah.

Mohd Arif telah dilantik ke jawatan kementerian pada 16 Oktober, 2015. Beliau juga adalah ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan.

Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung di kementerian lain dan merupakan Timbalan Pegawai Kewangan Setiausaha Agung dan negeri.

Beliau menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1981 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dan adalah graduan Universiti Malaya.

Beliau bersama dua anaknya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Jan.

NAIK PANGKAT JADI KSU WALAU TERLIBAT RASUAH?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Kenyataan Media.

1. Suatu yang mengejutkan negara tentang sektor Perkhidmatan Awam bilamana *_SPRM menahan seorang pegawai tinggi kerajaan iaitu Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)_* yang menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981 dikatakan *_terlibat dengan rasuah sejak tahun 2010 sedangkan beliau menjawat jawatan sebagai KSU kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada bulan Oktober tahun 2015_*.

2. Persoalan yang berbangkit sekarang ialah SPRM mendakwa penglibatan KSU tersebut dengan perbuatan rasuah semenjak tahun 2010 dimana secara tidak langsung menunjukkan *_'amalan rasuah'_* KSU ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai KSU KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .

Perlantikan beliau sebagai KSU merupakan kenaikan pangkat dari jawatan yang beliau pernah sandang sebelum ini sebagai Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya,Pegawai Daerah Sepang,KSU Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan terakhir sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bermula 16 Okt 2015.

Yang menghairankan saya ialah *_bagaimana beliau boleh dinaikan pangkat dalam keadaan beliau sudah pun terlibat dengan pengambilan rasuah semenjak tahun 2010?_*.

3. Apakah sistem saringan dalaman perkhidmatan awam begitu lemah sehingga *_tiada penapisan terhadap pegawai bermasalah_*.

"Berdasarkan tangkapan yang dibuat ia menunjukkan *_SPRM telah lama 'menghidu' kegiatan rasuah KSU tersebut_*.

Bagi saya ini menunjukan sistem kenaikan pangkat dan *_pemilihan calon untuk kenaikan pangkat perkhidmatan awam kanan dibuat secara yang sangat tidak bertanggungjawab_*".

4. Kenaikan pangkat perkhidmatan awam berada *_dibawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam_* dan terletak dibawah *_pengawalan Jabatan Perdana Menteri yang anggotanya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri_*.Apa yang berlaku kepada kenaikan pangkat KSU KKLW yang kini ditahan dan disiasat oleh SPRM adalah suatu yang sangat memalukan.

*_"Amat memalukan apabila seorang yang berjawatan tinggi dikatakan berkelayakkan,berpengalaman dan berkredibiliti menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri"_*.

5. Apakah yang telah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa lakukan terhadap cadangan kenaikan pangkat terhadap Datuk Mohd Arif Abd Rahman dari jawatan Pegawai Kewangan Negeri kepada TKSU sehingga ke jawatan KSU.

Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan mengumumkan perlantikan Datuk Mohd Arif sebagai KSU KKLW pada 16 Okt 2015 menyatakan yang *_Datuk Mohd Arif mempunyai kelayakan,pengalaman dan kredibiliti_*.

Tan Sri Dr Ali Hamsa perlu memberi penjelasan sebelum memberi penghargaan dan kenaikkan pangkat kepada mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam.

Menjadi harapan 30 juta orang rakyat Malaysia agar Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dihukum dengan setimpalnya atas kesalahan yang sudah lama beliau lakukan serta menyebabkan kerugian besar kepada negara dan rakyat.

"Perbuatan rasuah bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam serta nilai-nilai dan tatasusila murni kemanusiaan, tetapi ia juga boleh menjejaskan imej negara dan integriti Perkhidmatan Awam.

Rasuah dapat dihindarkan jika seseorang itu sentiasa berpegang kepada ajaran agama dan moral serta nilai-nilai murni kemanusiaan, di samping melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan cekap, jujur dan amanah serta tulus ikhlas semata-mata kerana Allah SWT".

*_Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang!_*

#RasuahAdalahNajis
#RasuahMenjijikkan
#RasuahMusuhNegara
#MalaysiaTanpaRasuah
#PerangiRasuah
#SelamatkanMalaysia.

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3:30pm Taman Al Walid Alor Setar
6 Jan 2017/ 7 Rabiulakhir 1438H

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jan 6, 2017 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anak Kecil Umur 3 Tahun Ditinggalkan Ibu Sendirian - Ini 10 Fakta Kes Yang Anda Patut Tahu.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Hari ini kita dikecohkan dengan laporan berita bahawanya seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia 3 tahun telah ditinggalkan oleh ibunya secara sendirian.

Kes ini mengimbau kembali cerita lama yang membabitkan kisah hidup adik Firdaus yang mana remaja ini juga dibiarkan hidup sendirian oleh ibunya apatah lagi dia ialah seorang kanak-kanak OKU.

Walaubagaimanapun adik Firdaus telah pun meninggal dunia pada tahun lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi.

Dan ini ialah fakta kes tentang kanak-kanak lelaki usia 3 tahun yang ditinggalkan sendirian oleh ibunya begitu sahaja!

1. Kanak-kanak lelaki ini berusia 3 tahun. Dan ditinggalkan bermula jam 6 petang sebelum ditemui oleh pasukan keselamatan pada 12.45 tengah malam keesokan harinya.

2. Kanak-kanak lelaki itu ditemui secara sendirian dengan keadaan tidak terurus tanpa pakaian dan makanan.

3. Ibunya pulang ke kampung bersama dua anak lelakinya untuk menjaga ibu yang sakit dan membantu menguruskan ibu tirinya yang baru terbabit dalam kemalangan.

4. Ibunya menyorok identiti kanak-kanak lelaki tersebut kerana kanak-kanak lelaki itu ialah anak diluar pernikahan.

Kan bagus kalau ibunya bawa aje budak tersebut. Cakaplaha anak angkat ke apa untuk tutup malu sendiri. Daripada tinggalkan sebegitu last-last daripada nak tutup malu dengan keluarga tak pasal-pasal 1 Malaysia tahu, kan?

5. Ibunya mempunyai tiga orang anak lelaki. Dan kanak-kanak lelaki itu adalah anak bongsunya.

6. Ibu kepada kanak-kanak lelaki ini berusia 29 tahun. 2 anak terdahulu ialah hasil perkahwinan pertama. Perkahwinan kedua belum lagi dikurniakan cahayamata.

7. Ibu mangsa menyorok identiti mangsa dari pengetahuan ahli keluarganya dan ahli keluarga suaminya dan suaminya sendiri.

8. Ibu mangsa menyatakan kanak-kanak lelaki itu ialah anak kawannya dan dia sedang menjaga anak kawannya.

Malu nak mengaku anak sendiri tapi masa berzina syok beromen dengan lelaki tak fikir pula malu pada Allah. Hebat perempuan perangai macam neh. Demi nafsu sanggup sampai ke tahap bunuh anak sendiri.

9. Tidak hanya keluarga, bahkan jiran sekeliling juga tidak mengetahui identiti dan kewujudan kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu.

Tertanya-tanya juga tentang sijil beranak, vaksinasi, rekod perubatan dan sebagaimana. Adakah ibu ini demi nak menutup malu dia sanggup mencederakan anak sendiri? Tak pernah bawa anak ini keluar ke? Bagaimana perkembangan emosi kanak-kanak ini?

Bukan nak memuji tetapi ramai juga mereka diluar sana yang ada anak luar nikah tetapi jaga anaknya elok-elok. Kita dah buat satu benda silap, ya masyarakat pandang serong, ejek dan mengata ia adalah akibat dari kesilapan kita, tak perlu la kita nak menuding jari menyalahkan masyarakat tanpa cermin kesalahan sendiri. Namun janganla kita meneruskan kesalahan dengan mencederakan anak sendiri demi nak menutup malu kita. Pandai buat pandai tanggung. Pandai zina pandai beranak tolong pandai jaga anak juga. Simple as that.

10. Ibu mangsa akan disiasat dibawah akta kanak-kanak 2001 dan JKM juga akan mengambil tindakan susulan. Mangsa kini dibawa ke hospital Tampin untuk rawatan.

Bahkan ada yang mencadangkan agar bawa ibu mangsa untuk menjalani rawatan psikologi terutamanya kat bahagian otak. Mungkin ada terjatuh kat mana-mana sehingga hilang kewarasan akal fikiran. Dan cadangan itu dipersetujui penulis. Masalah mental si ibu neh boleh merosakkan anak kandungnya sendiri. Sekalipun anak itu ialah anak diluar pernikahan itu tidak menjadikan anak itu bukan anak kandungnya.

Budak Berumur Tiga Tahun Tinggal Sendirian Dalam Rumah Sementara Ibu Balik Kampung

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

TAMPIN: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui ditinggalkan sendirian di rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan di sini, selepas ibunya pulang ke kampung.

Difahamkan, penduduk mendengar tangisan kanak-kanak terbabit dari dalam rumah gelap lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut, 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, bertindak atas laporan itu sepasukan anggota ke lokasi dan menemui kanak-kanak terbabit dikurung dalam rumah.

Menurutnya, anggota polis memberikan makanan dan minuman kepada kanak-kanak itu sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut dilakukan kemudian menahan ibu mangsa. Wanita berusia 29 tahun itu mengaku meninggalkan anaknya kerana pulang ke kampung bersama dua anak lelakinya, 6 petang semalam.

"Wanita terbabit mendakwa suaminya tidak mengetahui budak itu adalah anaknya kerana diberitahu dia anak orang lain yang dijaga wanita terbabit.

"Keluarga dan jiran pula tidak mengetahui kewujudan anaknya itu kerana dilahirkan luar nikah dengan lelaki lain sebelum dia berkahwin dengan suaminya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

- Harian Metro

Bunyi Tangisan Kuat Bawa Penemuan Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah
siakapkeli.my

TAMPIN: Bunyi suara seorang kanak-kanak menangis dengan kuat dari sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh, di sini, telah terungkai apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah berjaya ditemui dikurung dalam rumah berkenaan seorang diri, lapor Sinar Harian.

Dia ditemui dalam sebuah bilik dalam yang amat kotor tanpa sebarang pakaian bersendirian di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, kira-kira jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar kanak-kanak menangis di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.

Selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung, pihak polis segera ke lokasi dimaksudkan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal bersendirian.

"Mangsa telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan."

"Berdasarkan siasatan ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi."

"Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 29 tahun menyembunyikan kelahiran anak bongsunya itu daripada orang ramai termasuklah keluarganya sendiri. Bahkan, suami keduanya juga tidak mengetahui itu adalah anak wanita berusia 29 tahun berkenaan kerana, si isteri menyatakan menjaga anak kawannya," katanya.

Dalam kejadian itu, Hamazah memaklumkan yang ibu kanak-kanak berkenaan telah meninggalkan anaknya seorang diri dan hanya membawa pulang dua anak lelakinya hasil perkahwinan pertama ke kampung yang terletak di Jelai kerana ahli keluarga tidak mengetahui kewujudan anak bongsunya itu.

Menurutnya, wanita berkenaan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sakit, selain menguruskan ibu tirinya yang baru sahaja terbabit kemalangan.

"Tiada kecederaan luaran pada kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, kita memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali.

"Sikap suspek dipuji atas komitmen menjaga ibu-ibunya yang sakit, namun undang-undang harus dipatuhi,'' Tegas beliau.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kanak-kanak. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jan 6, 2017 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BR1M Boleh Guna Beli Proton Iriz? .. Biaq Betoi..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Tak pasal-pasal hari ni Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah jadi sasaran kecaman Netizen..

Semuanya berpunca bila dia kata penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

Tapi sebenarnya dia nak sampaikan tu ialah BR1M boleh diguna untuk bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz.

Perkara ni Najib dah bentang dalam Belanjawan 2017 pada Oktober yang lalu..

Tapi persoalannya disini ialah.. sebenarnya Najib dah bagi BR1M tu seorang berapa juta Ringgit?.. semuanya diminta guna BR1M..

Petrol naik rakyat diminta guna BR1M untuk menyerap kenaikkan harga petrol tu, barang dapur naik rakyat diminta guna BR1M untuk menampung kenaikkan itu..

Keperluan Sekolah naik pun diminta guna BR1M juga untuk kurangkan keperitan bahana dari kenaikkan tu..

Ini pulak nak beli kereta?

Dia bagi geran RM5000.. tapi harga kereta tu berapa? katalah RM45,000, dicampur geran dah jadi RM50,000.. Tak pasal-pasal pulak berhutang RM50,000.. sebulan nak kena bayar berapa?..

Lagipun kalau sejuta dari penerima BR1M tu ikut cadangan Najib.. ada sejuta lah UBER kat jalan raya.. siapa pulak yang nak naik tu?

Bila dah tak ada penumpang, nak bayar bulanan dengan apa?.. nak kokak tayar tu sehari sebiji ke?.. BR1M yang dapat dah guna untuk bayar downpayment kereta tu..

Laporan berkaitan..

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.

"Kita aakan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.

"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.

Laporan penuh bacalah di SINI

Yang aku tahulah.. BR1M itu adalah untuk perbelanjaan kepada keluarga, bukannya menambah hutang..

Tapi kenapa Proton Iriz?.. kereta lain tak boleh ke?.. kalau macam tu siapa yang untung?

'Boleh guna BR1M beli Proton Iriz jadi pemandu Uber'
malaysiakini.com

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.

"Kita aakan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.

"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.

Menurutnya, bantuan itu adalah bukan rasuah kerana tujuannya disalurkan adalah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Katanya lagi, kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan 83.4 peratus responden menyokong BR1M diteruskan.

CABARAN BUAT UBER DAN GRABCAR
bloglist-malaysia.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Seorang KSU buat lawak. Dipetik oleh sebuah portal:

APA KATA PEMANDU TEKSI? MALAYSIAKINI

PM 1Malaysia pernah sebut skim ini (Baca di sini) tak berapa lama dulu. Bila baca macam terbaik!

Berikut senarai harga Iriz yang boleh dibeli melalui pinjaman. Kalau dapat BR1M, kononnya down payment tu boleh digagahi:

SUMBER

Lepas ini rakyat Sabah jangan bersungut kerana masalah pengangkutan ya...

Ini contoh rupa jalan-jalan di Sabah:

Tak sangka! Selepas 20 tahun meninggalkan Sabah, jalan raya di sana telah menjadi setaraf jalan-jalan di Jerman!

Apa macam? Uber dan Grabcar ada berani?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jan 6, 2017 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gara-Gara Ada Pemandu Kereta Pentingkan Diri Buat U-Turn Ditempat Salah, Kami Hilang Rakan Baik Untuk Selamanya
siakapkeli.my

Masalah disiplin pengguna jalan raya di Malaysia nampaknya semakin hari semakin membimbangkan, dilihat jumlahnya semakin bertambah walaupun penguatkuasaan ketat sudah dilakukan.

Dari kisah 'pembunuh' yang menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang petugas menyelamat sampai ke destinasi untuk menyelamatkan nyawa sehinggalah kisah kecil melibatkan mereka yang berada di atas jalanraya tidak kira motosikal, kereta, lori atau sebagainya.

Terjumpa admin sebuah nukilah di laman Facebook yang dimuatnaik oleh Encik Mohd Ein di mana beliau meluahkan rasa sedih selepas hilang seorang rakan yang amat baik gara-gara seorang pemandu kereta yang pentingkan diri sendiri buat pusingan U ditampat yang tidak sepatutnya.

DRIVE KERETA NAK U-TURN PASTIKAN TEMPAT YG BETUL. NYAWA MANUSIA BUKAN MURAH

Semalam sekitar 8.30pm aku kehilangan selamanya sahabat yg dikenali sejak tahun 1991 gara2 kebodohan manusia lain uturn di tempat x sepatutnya dgn bangganya.

Ayie Ariff PruBsn Takaful sorang sahabat penceria suasana. Di'bahan' teruk pun x pernah amik hati. Minta bantuan x prnah ditepis. Jiwa sahabatnya tinggi. Bergurau x prnh henti. Ada saja benda nk dibuat isu jd bhn lawak dan dia x prnh merajuk dgn kwn2.

Aku ingat lg dia antara yg menziarahi aku ketika masa krg sihat aku dulu di kg. Dia yg ride dr kedah tunggu aku di penang. Masa tu aku dr kl ride sorang2. Dia nk escort aku takut sejarah ride smpai katil hospital berulang. Tq ayie.

Smlm aku ke hospital banting jam 1 a.m nak ziarah jasadnya. Malangnya ayie, jodoh kt tiada smlm. Rumah mayat tutup x terima pelawat lg.

Aku x mau balik kosong ayie. Aku n kwn cari tmpat kmlangan tu. Mmg x logik akal dlm bandar banting sibuk org balik kerja ada bangang buat uturn di jalan utama.

Apa aku dpt lihat hny serpihan motor hg di atas jln. Hancurnya serpihan motor hg sama hancur hati kami kwn2. Semua terkejut dan masih x percaya hg pergi dulu selamanya sahabat. Kami harus terima takdir ini.

Rezeki hg pergi di mlm penghulu hari.

Doaku smg hg ditempatkan dlm golongan org2 bertakwa ayie. Damailah engkau di sana. Tiada lg senda gurau hg ayie. Ķehilangan hg amat dirasai kami dr sahoca 98. Dan kehilangan hg akn jd pemangkin keakraban kami yg masih hidup di sahc98.

Hg akn kami rindui n kenang selamanya.

Aku akn rindui ayat "hg diam sat dobel" yg selalu aku guna kat hg dlm ws group kt.

Doakankan sahabat sy ini fbookers.

Salam takziah buat keluarganya.

Ayie Dobel dalam kenangan.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jan 6, 2017 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PAS nak tukar kerajaan tapi bukan bersama DAP dan PAN!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,

Nampaknya masih ada yang buat buat tak faham sedangkan mesejnya jelas, tidak celaru dan tidak pula kluk klik.PAS sebagai pembangkang mahu pertimbangankan option utama untuk menumbangkan BN kerana masalah masalah yang sudah diketahui umum.Semua tahu masalahnya bukan sahaja PAN dan DAP dan semua tahu mesej jelas PAS bahawa kalau nak tukar kerajaan pun bukan bersama PAN atau DAP.Kenapa tidak faham faham?

Sebab itu PAS awal awal lagi sudah menolak kerjasama dengan DAP dan PAN, sebab PAS tahu kerajaan ang nak dibentuk nanti mesti tanpa DAP dan PAN, itupun kalau nak PAS jadi kerajaanlah.Kalau nak juga PAN dan DAP jadi kerajaan, maka lupakan PAS, PAS sedia terus menjadi pembangkang cuma pilihannya kalau PAS jadi pembangkang, PAS perlu pastikan BN terus jadi kerajaan,Sebabnya sikap BN kepada Islam sudah diketahui tetapi sikap DAP dan PAN meragukan.

Jadi tak payahlah PAN nak tawar apa apa kepada PAS, sebab PAS sedang dalam proses membina hubungan politiknya sendiri tanpa perlu campurtangan PAN , lagipun PAN bukan pemilik mana mana negeri nak tawarkannya kepada PAS.

Terimalah hakikat PAS tak akan jadi kerajaan atau pembangkang bersama DAP dan PAN.katalah apa saja, ugutlah apa saja, tawarlah apa saja tak ada kesannya kepada PAS,PAS tahu apa yang dibuat.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Selesai kemelut dalaman sendiri sebelum tuduh Pas

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) perlu belajar selesaikan kemelut dalamannya sendiri sebelum menuduh Pas membawa sikap pecah belah ke dalam gabungan pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ketika menafikan dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad ke atas Pas yang didakwa membawa perpecahan dalam pembangkang.

"Pas tidak akan mencampuri urusan parti lain atau parti pembangkang lain. Apa yang Pas buat hanyalah mempertahankan kerusi yang dimiliki Pas daripada dirampas oleh Amanah.

"Aamanah perlu sedar, kerusi yang mereka duduk sekarang adalah milik Pas. Mana boleh mereka mengaku itu kerusi Amanah. Masa PRU13 dulu yang bertanding di atas kerusi yang mereka duduki adalah Pas. Masa itu, Amanah pun tidak wujud lagi," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Khalid semalam berkata, usaha pecah belah oleh Pas dalam rundingan antara pembangkang bagi pilihan raya akan datang perlu dihentikan segera.

Menurut Khalid, titik noktah terhadap usaha Pas itu perlu bagi mengelak dari berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya.

Menyanggah dakwaan Khalid, Tuan Ibrahim sebaliknya menasihatkan Amanah untuk memperbaiki masalah dalaman yang dihadapi.

"Saya tengok Amanah ada masalah dalaman sendiri. Kadang-kadang kenyataan pimpinan sendiri pun menggambarkan mereka yang ada masalah.

"Contohnya kenyataan tentang pembahagian kerusi. Kenyataan sesama mereka pun bercanggah. Tak ada persefahaman. Mereka sendiri tidak ada penyatuan," bidasnya.

PAN jadi apa?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"Assalamualaikum,,,Membaca artikal PAS jadi saksi DAP anti Islam membuatkan tangan saya gatal nak mengetuk keybox memikirkan apa yang PAN yang ditubuhkan untuk menggantikan PAS sebagai parti Islam yang mesra DAP untuk memartabatkan Islam dengan disokong oleh DAP.Huraian terperinci mengenai sikap DAP yang disaksikan oleh PAS anti Islam membuatkan saya terfikir apa yang PAN nampak dan buat? Apakah PAN sedang berdakwah kepada DAP tentang keindahan Islam atau sedang berdakyah untuk menjatuhkan PAS? Maaf cakap kerana PAN tampil mendabik dada mengatakan mereka parti Islam dan PAS sudah tidak relevan serta celaru.

Ketika DAP berkempen berkata Hudud tidak sesuai serta zalim kepada bukan Islam, apa PAN kata?sedangkan ketika dalam PR mereka tidak menentang Hudud ketika Hudud disebut pada PRK Kuala Terengganu hanya untuk orang Islam, juga tak pernah membantah ketika TGHH berkata PAS berhak memperjuangkan Hudud bersendirian tetapi apabila Hudud diwartakan di Kelantan, tiba tiba bangkit DAP dengan sombong memutuskan hubungan dengan TGHH dan mengugut akan membubarkan PR kalau Hudud diwartakan di Kelantan.Ketika itu Gerombolangan PAN masih dalam PAS merancang mengambil alih pentadbiran PAS tetapi gagal, tidak membantah DAP yang kurang ajar dengan Islam sebaliknya bertindak keluar PAS dan menubuhkan parti baru dengan disokong oleh DAP.

Apa PAN buat untuk Islam? Kalau sebegitu rupa orang bukan Islam menentang hukum Islam, apa ke jadahnya masih buat baik lagi dan menuduh parti yang mahu memartabatkan hukum Islam itu tidak relevan dan celaru? Hairan sungguh!

Soalannya sekarang betul kah PAN itu parti Islam? atau hanya parti Islam seperti nasi bungus kertas minyak? Menjelaskan Islam nasi bungkus kertas minyak dan Islam nasi minyak mungkin tepat untuk PAN sebab nasi yang dibungkus kertas minyak tak akan jadi nasi minyak sampai bila bilapun.Sebab itu jugalah PAN tak akan jadi saksi DAP anti Islam sebaliknya akan bersama DAP untuk mempromosikan Islam nasi bungkus kertas minyak yang sesungguhnya mesti ditolak oleh setiap seorang yang mahu menjadi hamba ALLAH yang dikasihi dan disayangi ALLAH.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

PAS Jadi Saksi DAP Anti Islam

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Sejarah putusnya hubungan PAS dan DAP di atas sebab perjuangan hukum syariah ISLAM di Kelantan..

Setelah serangan bertali arus DAP terhadap PAS, Majlis Ulama mengusulkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dalam muktamar diterima sebulat suara atas beberapa perkara asas. Antaranya:

1. DAP melanggar perjanjian 'agree to disagree' yang dipersetujui.

2. Tahluf siyasi yang diputuskan Majlis Syura Ulamak (MSU) berkaitan kesepakatan dalam urusan teras tidak melibatkan urusan kepercayaan dan anutan aqidah umat ISLAM.

Ulama PAS lulus usul putus hubungan dengan DAP

3 Jun 2015.. GOMBAK – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik disambut dengan laungan 'takbir' oleh semua perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-54, hari ini.

Sejurus usul tersebut dikemukakan, seorang perwakilan dari Dewan Ulama PAS Perak, Nor Azli Musa menyokong usul tersebut susulan serangan bertali-arus pemimpin DAP terhadap peribadi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP.. bukan dengan PKR atau PR.. sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR.

"Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden kita, yang menjadi ayah kita.

"Apakah kita sebagai anak-anak dalam PAS tiada perasaan? Sanggup menyerahkan PAS dan presidennya dinodai oleh DAP? Kita sedar bahawa keberaniaan DAP ini bersumberkan kepada sikap sesetengah daripada kita yang tidak wala kepada presiden dan parti," katanya..

List kronologi serangan terhadap PAS dan Tuan Guru Haji Hadi sebelum Dewan Ulama mengusulkan putus hubungan dengan DAP.

1. Pada 18 Okt 2014 – DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan PAS kekal memperjuangkan hukum syariah di Kelantan malah menyuarakan pandangan jika golongan ulama kekal di dalam PAS maka DAP akan keluar PR, jika golongan LIBERAL menguasai PAS maka DAP akan kekal dalam gabungan.

2. Pada 30 Mac 2015 – DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan alasan yang sama. Jelas isunya berkaitan Undang-undang hudud di Kelantan.

3. Pada 15 Dis 2014 – Bekas Ahli jawatanKuasa PAS Pusat AJKPP mendedahkan terdapat perjanjian sebelum PRU 13 di antara PAS dan DAP berkaitan perjuangan teras Parti masing-masing. Perjanjian 'Agree to disagree' ditandatangani atas persetujuan bersama.

4. Pada 24 Mac 2015 – DAP melalui Setiausahanya Lim Guan Eng membuat keputusan melalui CEC memutuskan hubungan dengan Presiden PAS kerana meneruskan agenda PAS memperkasakan mahkamah syariah dengan membawa usul pindaan RUU 355 bagi negeri Kelantan.

5. 03 Jun 2015 – Setelah DAP Sabah dan Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS dan DAP pusat melalui CEC pula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Dewan Ulama PAS Pusat membawa Usul supaya PAS memutuskan hubungan tahluf siyasi kerana DAP telah melanggar perjanjian *agree to disagree* serta tindakan awal mereka memutuskan hubungan dengan PAS dan Presiden PAS di dalam muktamar PAS..

————————————————————————
Rentetan dan kronologi bagaimana PR setelah DAP melakukan provokasi serta memutuskan hubungan dengan PAS hanyalah kerana PAS cuba membawa dan menyambung perjuangan mereka yang terdahulu seperti arwah Tuan Guru Nik Aziz dan juga Ustaz Fadhil Nor.

Maka tuduhan PAS lari daripada landasan perjuangan adalah tidak berasas dan mengelirukan.

Jangan bias dalam menilai sejarah hanya kerana habuan – habuan dunia yang sifat sementara..

Menyokong penuh Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama

Sumber AIDCNews

Bilakan PAS kena tuduh?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"Assalamualaikum,,

PAS sudah lama wujud dan sejak kewujudan PAS, sejak bila menerima tuduhan bertubi tubi?Sejarah PAS melihat munculnya parti serpihan pertama bernama Berjasa dan kemudian parti kedua bernama Hamim, ketika terbentuknya Berjasa dan Hamim tiada kedengaran tuduhan demi tuduhan yang diterima PAS.Tetapi setelah munculnya parti serpihan ketiga bernama dengan nama yang hendak mereka dikenali ia itu Amanah tetapi kerana semasa kelahirannya dia diberi nama PAN maka agak lebih selesa menyebut nama bayinya, jadi kita sebutlah PAN saja.PAN agak istimewa kerana kelahirannya tidak seperti Berjasa dan Hamim, kalau Berjasa dan Hamim menerima penajaan Umno, PAN kelihatannya berbeza dengan kelibat DAP dllihat lebih banyak menjadi pendokongnya.

Barangkali kerana itulah PAN semacam bersungguh sungguh di peringkat awal penubuhannya untuk mengggantikan PAS sebagai rakan karib DAP dan untuk itu PAN berusaha bersungguh sungguh untuk mengajak ahli PAS lari menyertai mereka.Macam macam tawaran, ugutan kedengaran malah lebih menonjol apabila kelihatan PAN membuka kaunter pendafaran ahli di pasar pasar malam.

Tetapi semuanya itu tidak mendapat hasil yang bagus.Percubaan PAN untuk menambah ahli di perhimpunan Fastaqim PAS juga tidak berhasil dan lebih parah lagi apabila melihat ceramah ceramah anjuran PAN dipenuhi kerusi kosong dan dalam satu ceramah oleh pengerusi PAN Terengganu di Pasar Dungun, orang ramai langsung tidak menghiraukan kehadirannya dan ceramahnya yang berdegar degar.

PAN kemudian menciplak taktik politik Umno, mula mula dengan pencacainya yang menyerupai pencacai Umno dan kemudiannya meniru provokasi Umno terhadap PAS satu ketika dulu dengan kisah kereta Dr.Hatta dibakar, tayar 4x4 Salehuddin di torek dan ugutan bunuh yang diterima Husam.Ini semua menyerupai cara umno memprovoke PAS di akhir 80an dan awal 90an.

Akhir sekali sejak penubuhan PAN, bertimbun timbun tuduhan diterima oleh TGHH dan PAS.Presiden PAS ketika tertubuhnya Berjasa dan Hamim tak pernah menerima sebarang tuduhan tetapi TGHH serba tak kena, pergi ke Iranpun salah,muncul sepentas sedongong dengan Najib salah, bersama Najib dalam perhimpunan soladiriti Rohinya pun salah, bentang RUU 355 pun salah, tangguh RUU 355 pun salah.Tak ada yang betul seolah olah TGHH tak bijak seperti Mat Sabu yang mengatakan PAN akan mengambil Kelantan pada PRU 14 sebab rakyat dah tak terima PAS.

PAS dituduh celaru dan tidak boleh diselamatkan lagi kerana makan keliling.PAN yang tak makan keliling akan mengambil alih peranan PAS.Tetapi tiba tiba, pakar strategi PAN Khalid Samad menawarkan Kelantan dan Tengganu kepada PAS kalau PAS mahu bersama PH.Tawaran yang tidak boleh ditolak oleh PAS, dakwa pencacai PAN dan seolah olah Kelantan dan Terengganu itu milik PAN, kalau PAS tak nak dakwa mereka, PAN akan ambil alih dari PAS.

Taktik licik yang mudah dilihat, Lebih baik menuduh PAS celaru sambil mengumpan tawaran yang tak dapat ditolak untuk mendapatkan sokongan jentera pilihanraya PAS untuk dimenafaat oleh PAN.

Lupakan penegasan yang sudahpun dibuat oleh PAS mengenai wawasan dan hal tujunya, t erus mengandaikan PAS tidak ada hala tuju dan terus menuduh PAS celaru agak satu hari ahli PAS akan kecut perut dan menerima PAN.

Strategi budak tadika, kita dalam politik sudah masak dengan menang kalah dalam pilihanraya, kita tak kisah lagi samada menang atau kalah, bukan kuasa yang kita cari sebab kalau kuasa yang kita cari kita tak akan jadi lebih baik dari Umno, tetapi lebih penting, Mardhatillah.......

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jan 6, 2017 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Minta Siasat Anak IGP Tapi Saya Pula Yang Disiasat, Azmin
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Mohamed Azmin menunjukkan salinan kenyataan polis dan keratan akhbar selepas memberikan keterangan di IPD Shah Alam. - Foto: Afiq Razali

SHAH ALAM - "Saya hanya minta siasat bagaimana anak ketua polis negara memperoleh lesen perniagaan senjata api, sebaliknya kenapa saya pula yang disiasat?," soal Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaik selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Beliau tiba di IPD itu jam 5 petang ditemani peguam, N Surendran dan Latheefa Koya serta puluhan penyokong daripada PKR serta Bersatu.

Pada masa sama, beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan polis merakamkan keterangannya atas satu pertuduhan selepas pihaknya mengkritik anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Sebenarnya rakaman yang diambil sebentar tadi (semalam) adalah satu ucapan ceramah, di mana saya minta supaya anak Khalid disiasat selepas anaknya didakwa mendapat lesen penjualan senjata api.

"Saya sekadar minta disiasat apakah sistem hari ini, perdana menteri dan ketua polis negara tidak boleh disiasat? Sedangkan saya tunjuk kepada pihak polis tadi (semalam) bahawa beliau (Khalid) sendiri mengaku bahawa anaknya memperoleh lesen perniagaan senjata api sebelum beliau menjadi ketua polis negara," katanya.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan adakah tindakannya meminta siasatan dilakukan terhadap anak Khalid sebagai satu kesalahan.

"Sebab itu saya rasa dukacita, sebab banyak masa dibuang semata-mata untuk menekan saya agar tampil memberikan keterangan.

"Bagaimanapun saya bersedia tentang apa juga kemungkinan di atas siasatan ini, kerana apa yang ditekankan satu proses perolehan yang mestilah telus, terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Mohamed Azmin dipanggil polis bagi memberikan keterangan susulan kenyataan mempersoalkan perolehan lesen perniagaan senjata api milik anak Khalid dalam satu ceramah pada 3 Mac lalu.

N Surendran berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Terdahulu, Khalid mengakui firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya itu memperoleh lesen perniagaan sebelum beliau dilantik menjadi ketua polis negara.

Khalid berkata demikian ketika mengulas satu artikel Sarawak Report bahawa anaknya, Juwiza dan adik iparnya, Mohd Isa Hussin pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

-sharian

Rasuah JANS: Bekas Pengarah Dan Isteri Gagal Bayar Wang Jaminan RM12 Juta

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Awang Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Piut gagal membayar wang jaminan sebanyak RM10 juta dan RM2 juta dan akan dihantar ke Penjara Kota Kinabalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan perkara itu dan turut diakui oleh peguam mereka Hairul Vaiyron Othman.

SPRM turut memaklumkan seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Ben dibebaskan selepas membayar wang jaminan RM1 juta melalui deraf bank dan perkara itu turut disahkan oleh peguamnya Chin.

Awang Mohd Tahir mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.

Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas.

Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wangRM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Lam Ben yang digantung tugasnya, menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Hakim Ummu Kalthum Abdul Samad menetapkan 28 Februari sebagai tarikh pengurusan kes.

PAS Alukan Gencatan Senjata Di Syria

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengalu-alukan dengan positif perkembangan terkini proses gencatan senjata yang dipersetujui di kalangan pihak yang bertempur di Syria sebagaimana yang dilaporkan agensi media antarabangsa.

Umat Islam juga mestilah cermat memahami bahawa apa yang berlaku adalah campurtangan strategik kuasa besar dunia untuk mewujudkan ketidakstabilan di bumi Syria sebagai tindakan menjaga kepentingan keselamatan Israel di rantau itu. Maklumat risikan rekacipta dan propaganda media negara kuasa besar ini diangkat sebagai fakta yang dikelirukan terhadap umat Islam. Negara-negara Arab dipergunakan sebagai proksi dengan cagaran mempertahankan takhta kerajaan masing-masing sebagai umpannya dan seterusnya ditiupkan adu domba api peperangan Sunni-Syiah. Percaturan kompleks geo-politik sebegini memerlukan kefahaman di kalangan umat Islam supaya tidak dikelirukan oleh agenda zionis dan kepentingan mereka.

Secara umumnya PAS melihat keadaan yang tegang dan berdarah di bumi Syria sememangnya perlu dihentikan segera, kesejahteraan rakyat awam di kembalikan, dan pada masa yang sama sebarang cubaan provokasi jahat untuk menggagalkan gencatan ini mestilah dihalang dari berlaku terutamanya pada masa yang sangat kritikal ini. Formula ini adalah antara syarat awal dalam memastikan gencatan ini dapat dipertahankan.

Apabila keadaan keselamatan lebih terpelihara, maka baharulah isu berkaitan dengan kezaliman dan pembunuhan semasa tragedi berdarah ini berlaku mestilah disiasat dan diambil langkah konstruktif seterusnya yang bersesuaian dengan protokol undang-undang yang diterima diperingkat antarabangsa.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
30 Rabiul Awwal 1438H / 30 Disember 2016M

Rusia umum gencatan senjata Syria mulai tengah malam ini

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini mengumumkan gencatan senjata antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Syria mulai tengah malam ini.

Pihak bertelagah juga bersedia untuk memulakan rundingan damai, kata Putin, selepas Moscow, Iran dan Turki menyuarakan kesediaan untuk menjadi orang tengah dalam mencari penyelesaian kepada perang Syria yang berlarutan sejak 6 tahun lalu.

Tentera Syria mengumumkan gencatan senjata di seluruh negara tetapi militan IS dikecualikan daripada rundingan itu.

Sementara itu, jurucakap pakatan pemberontak Tentera Pembebasan Syria, Osama Abu Zaid, berkata parti politik Kurd di Syria, PYD tidak terbabit dalam rundingan ramai yang dirancang diadakan di Astana, Kazakhstan.

Rancangan ini merupakan gencatan senjata ketiga tahun ini. Gencatan sebelum ini, yang dirundingkan oleh Washington dan Moscow, menemui kegagalan. Rundingan kali ini tidak melibatkan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov berkata Amerika Syarikat boleh menyertai proses damai apabila bakal Presiden Donald Trump mengambil alih pentadbiran AS bulan depan.

Rundingan gencatan senjata itu mencerminkan kerumitan perang saudara di Syria, memandangkan penglibatan kuasa asing dan pelbagai kumpulan di semua pihak.

Turki dan Rusia menyebelahi pihak berbeza dalam perang ini. Ankara mendesak pengunduran Assad, yang disokong Rusia.

Sementara itu, tuntutan agar gerakan Hezbollah meninggalkan Syria mungkin tidak akan menggembirakan Iran, yang turut menyokong Assad.

Sumber Reuters memberitahu, mengikut garis rundingan antara ketiga negara terbabit, Syria mungkin akan dibahagikan kepada zon kuasa serantau yang tidak rasmi manakala Assad akan kekal menjadi presiden untuk beberapa tahun lagi.

Lihatlah di Pulau Pinang, kuasa Melayu hilang apabila Umno tewas?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Sejak tahun 1969, DAP sertai pilihan raya di tanah air ini.

Sehingga kini, DAP bersama-sama parti-parti pembangkang lain masih belum berjaya mendapatkan mandat rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Ertinya DAP sudah begitu banyak kali kalah dalam PRU13.

Namun, DAP masih mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan pilihan raya.

Ini kerana, DAP adalah parti yang sah ditubuhkan di bawah Penfadtar Pertubuhan (ROS).

Jika UMNO kalah dalam PRU14 akan datang, parti perkauman itu hanya kalah dalam pilihan raya sahaja, dan masih boleh mengambil bahagian dalam proses pilihan raya negara secara demokratik, seperti DAP pada hari ini.

Kalah di Pulau Pinang

Kekalahan Barisan Nasional dalam PRU12 (8 Mac 2008) di Pulau Pinang sekaligus menunjukkan UMNO yang masih mempunyai 10 ADUN kini pun kalah, kerana mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri ini.

Adakah kuasa Melayu sehingga kini telah hilang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang sejak tahun 2008?

Khianat Melayu Punca Umno Kalah

Pada tahun 2010, 9.362 ekar tanah milik 31 Melayu Kampung Terang dekat Balik Pulau secara spekulatif.

Syarikat broker tanah terbabit mengaut keuntungan 'jual atas angin' sejumlah RM5 juta dalam tempoh tidak sampai empat bulan.

Dan, sehingga kini Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Dato' Omar Faudzar yang dikaitkan dengan syarikat broker tanah itu diam seribu bahasa.

Yang mendedahkan skandal tersebut ketika itu adalah pemimpin Melayu, Dato' Abdul Halim Hussain.

Siapa beliau? Dato' Abdul Halim adalah Ketua PKR Cabang Balik Pulau. Dato' Abdul Halim juga Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Apa yang wajib ditegaskan di sini, Melayu untung apabila UMNO kalah di Pulau Pinang.

Umumnya, Melayu Pulau Pinang tahu bahawa semua pengkhianatan atas tanah pusaka mereka di Balik Pulau ini kerana ada pemimpin Melayu seperti Dato' Abdul Halim yang lantang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu di Pulau Pinang sekarang ini telah hilang, selepas dua penggal Umno kalah di negeri ini?

Melayu Pulau Pinang hari ini yakin bahawa hanya Umno sahaja kalah di negeri ini.

Melayu wajib kuatkan keyakinan mereka bahawa Melayu tidak akan hilang kuasa jika Umno kalah di seluruh negara dalam PRU14.

Nasib Melayu Desa

Seorang lagi pemimpin Melayu Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin ada mengumumkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini melalui Bajet 2017 Negeri ada memperuntukkan RM3 juta untuk pembangunan desa, termasuk membantu ekonomi Melayu.

Dr. Afif adalah Timbalan Ketua Pemuda bagi Angkatan Muda KeADILan (AMK) di peringkat nasional PKR. Di Pulau Pinang, Dr. Afif adalah Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Baru-baru ini, Dr. Afif lancar Program Jelajah Desa 2016 untuk masuk ke kampung, bela nasib rakyat, termasuk bantu ekonomi orang Melayu.

Apa yang Kerajaan Negeri dan Dr. Afif bantu perbaik nasib orang Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang?

Kita ambil rekod di Seberang Perai dahulu kerana Forum "Kuasa Melayu Hilang Bila Umno Kalah" berlangsung di sini kini, 21 Disember.

Jamilah Zainol, umur 45 tahun, seorang ibu tunggal terima sebuah rumah baharu bernilai RM40,000 daripada Kerajaan Pulau Pinang melalui Program Bina Rumah Baru di Kampung Pasir Gebu dekat Penaga.

Pak Saad, 85 tahun di Kampung Pak Elong Penaga pun dapat rumah RM40,000 dalam Program Jelajah Desa 2016 baru-baru ini.

Di Kampung Tepi Laut Pasir Gebu dekat Penaga juga, Melayu bernama Othman Mohd. Isa diberi 10 ekar tanah pendudukan sementara (TOL) oleh Kerajaan Negeri, untuk peladangan nipah dan perusahaan air nira.

Khatijah Zainon, umur 39 tahun di Taman Penaga Permai terima mesin ketuhar bernilai RM2,100 untuk mengembangkan peniagaan kuih muih beliau.

Di bahagian Pulau juga, Melayu Desa dibantu di bawah Program Ekonomi Khas dan Projek Bina Rumah Baru.

Antaranya, Rabihah Abdul Manap dekat Jalan Persiaran Sungai Gelugor dapat rumah RM40,000 ini.

Bantuan peralatan niaga yang pelbagai bernilai RM2,968 untuk Lizarosnita Zakariah di Daerah Timur Laut; selain mesin pengadun kuih bernilai RM2,980 untuk Md. Amin Babjan dan isteri, Zarina Shaari.

Di Seberang Jaya, 21 Disember lepas, Dr. Afif sendiri baru menyampaikan RM100 insentif kepada 73 pelajar cemerlang UPSR.

Sebenarnya banyak lagi bantuan Kerajaan Negeri untuk rakyat, termasuk membela nasib Melayu di kampung dan desa.

Adakah Melayu hilang kuasa selepas Umno kalah di Pulau Pinang? Jawapannya, tidak!

Di mana untung Melayu Pulau Pinang?

Dulu, Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Koh Tsu Koon. Sekarang, Sdr. Lim Guan Eng. Ertinya, Ketua Menteri dahulu dan sekarang adalah Cina.

Exco Agama Islam dahulu adalah Melayu dan Islam. Sekarang, pemimpin Melayu daripada PKR, Dato' Abdul Malik Abul Kassim yang menjaga hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Ertinya, kuasa Melayu yang memegang jawatan Exco berkaitan agama adalah sama, masih Melayu Islam.

Cuma, peruntukan Islam waktu Umno masih memerintah Pulau Pinang pada tahun 2008 (sehingga Mac) hanya RM25.49 juta, berbanding sekarang yang direkodkan RM35.78 juta (2009), RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012), RM54.55 juta (2013), RM51.17 juta (2014) dan sebagainya.

Ini, angka umum. Selepas ini, akan dibawa rekod rasmi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini – berapakah sebenarnya yang telah pun pentadbiran Guan Eng ini belanja untuk orang Islam dan umat Melayu di negeri ini?

Memartabat Islam

Daripada aspek lain, walaupun Umno kalah di Pulau Pinang, tak ada lagi masjid yang menjadi tempat orang Islam dan umat Melayu amal ibadat diruntuhkan.

Bawah Dato' Abdul Malik, ada Masjid Umar Abdul Aziz bernilai RM4.01 juta siap didirikan di KADUN Batu Maung pada Jun lepas.

1 Disember lalu, bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah (SRIMAT) dekat Guar Jering, Penanti yang bernilai RM1.3 juta baru dirasmikan.

Sdr. Anwar Ibrahim yang minta bangunan baharu itu pada tahun 2015.

Dan, pentadbiran Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meluluskan semua permohonam peruntukan RM1.3 juta itu.

Ini berlaku sekarang, ketika Umno kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu hilang sejak Umno kalah di Pulau Pinang?

Memperkasa Mahkamah Syariah

Selain itu, pentadbiran Guan Eng yang digambarkan anti Islam menyerahkan 3.49 ekar bernilai RM80 juta di Jalan Scotland untuk pembangunan Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Kini, kompleks mahkamah syariah paling canggih di Malaysia itu hampir siap, dan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memartabatkan agama serta umat Melayu-Islam Pulau Pinang, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini satu lagi bukti Melayu dan Islam tak hilang kuasa pun apabila Umno tewas di Pulau Pinang?

Bayangkan jika UMNO kalah di seluruh negara dalam PRU14, takkan Melayu akan hilang kuasa?

Atau, Umno sebenarnya hilang kuasa dalam Kerajaan Pusat, sebagaimana mereka hilang kuasa untuk menipu dan mengkhianati Melayu seperti didedahkan di Pulau Pinang sebelum ini?

Belanja RM49.37 Juta Demi Islam?

Sebagaimana dijanjikan, ini rekod rasmi yang dikeluarkan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Untuk rekod, sejumlah RM49,375,900 diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam bagi tahun 2017, seperti berikut:

● RM1,750,000 untuk program bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR);

● RM930 000 untuk sumbangan Ex-Gracia guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

● RM9,050,020 untuk projek-projek pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama dan Masjid Negeri;

● RM21,469,280 untuk peruntukan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam;

● RM2,964,270 untuk peruntukan mengurus Jabatan Mufti;

● RM7,642,330 untuk peruntukan mengurus Jabatan Kehakiman Syariah;

● RM3,000,000 untuk bayaran saguhati pegawai-pegawai masjid; dan

● RM2,570,000 untuk bantuan khas wang/bonus kepada guru KAFA, guru agama, guru pondok, guru tahfiz, guru Tadika Islam (TADIS), sumbangan kepada Ijtimak Huffaz, sumbangan kepada masjid sempena bukan Ramadan, sambutan Maal Hijrah, Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Ujian Menghafaz Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Sambutan Maulidur Rasul, peruntukan MMK Agama dan Tabung Perumahan Agama Islam.

"Tuduhan media massa BN (Barisan Nasional) bahawa kita (Kerajaan Negeri) hanya peruntukan RM8 juta sahaja, ini satu lagi dusta dan fitnah.

"Pecahan peruntukan Kerajaan Negeri 2017 untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam, jumlah peruntukan terkumpul sebenarnya hampir RM50 juta (RM49,375,900)," ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada sesi penggulungan ucapan Bajet 2017 Negeri di dalam DUN Pulau Pinang, 17 November lalu.

Sekali lagi, elok kita berbincang persoalan pokok di sini – Adakah kuasa Melayu akan hilang jika Umno kalah PRU14 nanti?

Bagi saya, Umno percaya mereka pasti hilang kuasa untuk merompak tanah milik Melayu, membazir wang rakyat, menyeleweng dan rasuah.

Berdasarkan rekod kejayaan pemimpin Melayu daripada KeADILan, DAP dan terbaru AMANAH dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengangkat taraf hidup orang Islam dan umat Melayu sehingga kini, wajiblah kita semua menggembleng undi sokongan semua rakyat tanpa mengira kaum untuk memastikan Umno BN kalah di seluruh negara dalam PRU14 nanti.

Setuju?

■ Komentar bebas penulis politik dan aktivis masyarakat, Zainulfaqar Yaaco

Persekutuan majikan jangka 50,000 pekerja dibuang tahun depan
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Samsuddin berkata, sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans manakala pekerja sektor teknologi kewangan, teknologi insurans, pembuatan dan pembinaan juga berisiko tinggi dibuang.

PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada tahun depan akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Oriental Daily 31,000 pekerja diberhentikan setakat September lalu dan sehingga 50,000 orang dijangka dibuang tahun depan dengan sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans.

Beliau berkata, risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech), pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan merosot.

Beliau meramalkan produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil tahun depan danseterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja.

"Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di negara pengeksport utama, termasuk negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun yang mengakibatkan pasaran eksport lemah.

"Dalam pasaran tempatan pula, harga barangan dan perkhidmatan akan naik menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat dan pengguna berwaspada ketika berbelanja."

Dalam pada itu, Samsuddin berkata, kadar kenaikan gaji di kebanyakan syarikat tidak tinggi, malah lebih rendah daripada kadar kenaikan tahun ini.

Beliau berkata, kadar kenaikan gaji bagi pekerja bukan eksekutif tahun ini ialah 5.51% dan tahun depan dijangkakan 5.43%, manakala kadar kenaikan gaji bagi eksekutif pula ialah 5.55% tahun ini, tetapi ia mungkin naik sekitar 5.3% sahaja tahun depan.

Ini kerana, katanya, pendapatan dan keuntungan kebanyakan majikan terjejas dan dijangka mengalami penurunan 30% hingga 40% tahun ini berbanding 2015.
Beliau berkata, cabaran terbesar majikan pada tahun depan ialah bagaimana mengekalkan prestasi perniagaan dan jumlah pekerja ketika modal berniaga semakin meningkat

Padah maki polis

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Melaka – Padah memaki polis, seorang wanita diperintah membayar denda RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas perbuatannya.

Siti Nurjannah Abd Aziz, 25, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor, membuat pengakuan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa sengaja berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata menghina terhadap anggota polis di sebelah restoran di Kilometer 7 Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) pada jam 5.30 petang, 27 Disember lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebelah kedai makan dan memperkenal diri dengan menunjukkan kad kuasa selain meminta lelaki terbabit menyerahkan kad pengenalan diri.

Namun lelaki itu enggan dan menolak anggota polis wanita terbabit sebelum datang tertuduh yang juga isteri lelaki itu menghalang polis.

Ketika polis memujuk lelaki terbabit menyerah diri, tertuduh mengeluarkan kata-kata provokasi menghina dan memalukan PDRM.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan iaitu mendatangkan cedera parah terhadap Lans Koperal Mohd Khairul Anuar Ismail serta menghalang tugas Koperal Norhayati Zakaria dan Mohd Khairul Anuar pada masa tarikh dan tempat sama.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun yang sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana menanggung ibu bapa uzur selain diberhentikan kerja.

Analia memerintahkan tertuduh membayar denda RM100 bagi tuduhan pertama atau dipenjara tujuh hari jika gagal membayarnya.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 bagi dua lagi pertuduhan dan menetapkan 6 Februari depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

kualalumpurpost

Penduduk kampung terpaksa bayar RM50 untuk dapat air bersih
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

PENDUDUK Kampung Awat Awat di Lawas, Sarawak bukan sahaja menderita kerana ketiadaan bekalan air bersih sejak berpuluh tahun, malah terpaksa membayar RM50 untuk setiap kali penghantaran air bersih.

Pihak yang mengenakan bayaran RM50 bagi setiap kali penghantaran air itu didakwa mengunakan kenderaan JKR.

Seorang pengadu yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa masaalah air ini telah berlarutan sejak dia masih kecil lagi, sehinggalah umurnya kini yang telah menjangkau 26 tahun.

Masaalah ini katanya bukan semakin baik, malah semakin memburuk sampaikan mereka tidak tahu kepada siapa lagi perkara ini boleh diadukan.

Dakwanya lagi, orang tuanya terpaksa bangun seawal pukul 2 atau 3 pagi semata-mata untuk mengisi air bersih sebagai simpanan, namun ada yang terpaksa membayar RM50 untuk setiap kali penghantaran air bersih oleh kenderaan JKR Lawas.

Selain itu, orang kampung terpaksa membasuh pakaian di kedai dobi yang terletak di Bandar Lawas, yang jaraknya sejauh 40 km dari kampung mereka.

Hasil tinjauan aku di facebook, kisah masaalah air yang meruncing di Kampung awat-awat ni bukan kali pertama diutarakan, malah sudah berulang kali disuarakan namun pihak kerajaan Barang Naik, BN nampaknya buat bodoh sahaja.

Sebagai contoh di bawah ini aduan yang sama dan kisah yang sama turut pernah disuarakan oleh seorang lagi pengguna facebook sekitar sebulan yang lalu.

Apa boleh buat, isu ini sama sahaja seperti video yang disiarkan di MiLo SuaM sebelum ini, di mana penduduk kampung di Baling Kedah terpaksa bergotong royong ceduk air parit untuk majlis kenduri kahwin.

Isu seperti ini takkan disiarkan di media arus perdana kawalan Kerajaan Barang Naik, BN sebab ia tidak berlaku di Selangor, atau Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/penduduk-kampung-terpaksa-bayar-rm50.html#ixzz4UyeAj5tl

Angkara durjana Najib- dari 1MDB ke FGV
bloglist-malaysia.blogspot
sakmongkol.blogspot
Posted by Ariff Sabri

Ada berita Najib sebut dia akan pulangkan RM2.6 billion kalau dia menang PRU14.
??? ertinya, dia mengaku dia ambil RM2.6 billion. Dengan wang siapa dia akan pulangkan? Tentu bukan dengan duit sendiri. Dengan memalsukan harga2 projek yang diberi kerajaan? Itu maknanya, curi duit dol beri kepada samdol.

Rakyat yang cerdik sudah tahu cara Najib dan menteri2 nya curi duit. Mana2 projek akan ditambah dengan komisyen yang diidamkan. Contoh: jika kos ERL ialah RM46 billion, tapi dia mahukan RM9 billion- kos itu ditambah menjadi RM55 billion. RM9 billion boleh bayar RM2.6 billion dan ada lebih untuk membiayai pilihanraya.

Kemudian beri cerita bohong kepada rakyat- RM46 bilion kos pembinaan sahaja- tidak termasuk kos pengambilan tanah dan lain2.

Mustahil angka RM46 billion iti disebut tanpa melakukan costing dan memasukkan perkara2 seperti kos tanah dan kos pelbagai yang lain.

Benar, ianya jumlah yang dipinjamkan oleh China, tapi keajaan akan bayar bagi pihak rakyat. Ini mungkin dicapai dengan menjual asset negara- tanah, sumber2 asli. Adakah Najib peduli hal ini? Dia tidak peduli kerana sekarang, dia terdesak membayar kembali wang yang dicuri melalui 1MDB, SRC dan entah mana lagi, termasuk Felda.
Najib rasuah. Najib mencuri duit 1MDB. Curi duit SRC. Duit Felda duit GLC2 lain. Najib bohong berulang kali. Najib tidak boleh di beri amanah.

Diberi kepercayaan, dia menipu kita. Diberi kuasa dia guna kuasa untuk menindas diberi kekebasan, dia bebas mencuri dan melakukan apa sahaja.

Jika Najib mewakili bangsa Melayu- maka bangsa Melayui itu kaki bohong, tidak boleh dipercayai, tidak amanah, suka berbohong dan menekan orang lain.

Inikah bangsa Melayu yang lemah lembut dan berbudi perkerti dan beragama Islam? Jika demikian, semua pujian kepada bangsa kita ialah pujian pada diri sendiri dan fantasi.
Maka jangan kita biarkan Najib dan UMNO mewakili bangsa Melayu. Bahkan tidak ada parti pun yang boleh mewaikili kita. Kita mesti tegaskan kermerdekaan minda kita dan memandangkan kerajaan hanya sebagai suatu wadah mencapai matlamat masyarakat yang tidak boleh dicapai secara sendirian.

Ingat tak bila FGV dicadang disenaraikan- PM kata, FGV akan mempunyai rakan kongsi pelabur asing yang mempunyai strong global presence? Well, kata orang putih- itu semua bullshit. Hari ini, hampir 90% saham FGV dimiliki oleh pelabur tempatan yang tidak ada nama lansung dalam dunia. Jadi pelabur asing yang ada global presence hanya kelentongan Najib.

Akhir tahun,2016, dividen ialah 2 sen. Jika peneroka masih simpan 800 unit saham FGV, dia dapat dividen RM16. Dia bayar pinjaman ke Felda pada kadar RM50 sebulan iaitu RM600 setahun. Masuk RM16, keluar RM 600. Inilah pelaburan yang baik yang dijanjikan oleh Najib.

Harga runcit saham ketika diapung ialah RM4.55. pada kemuncak nya, saham melonjak naik hingga RM5.30. pemain2 yang memegang jutaan saham sudah pun menjual saham mereka dan meraih jutaan Ringgit untung dari bermain saham. Inilah pulangan atas pelaburan asal sebanyak RM3600.

Tapi mereka yang pegang saham tersebut , tersadai dengan saham yang berharga RM1.50—RM1.60. Felda sendiri ada 730 juta saham. Jika dividen 2 sen, pulangan pelaburan kepada Felda ialah RM14.58 juta. Dicampur dengan RM585 juta( yakni hasil kongsian bersama, felda ada 599 juta. campur dengan RM250 juta, Felda dapat 849 juta.

Katalah akhir tahun 2016, Felda dapat RM1 billion. Tapi ianya masih tidak cukup untuk mengurus tanggung jawab social nya keatas peneroka. Ia masih memerlukan RM1.9 bilion untuk mengurus felda- pengurusan, perbelanjaan keatas peneroka, belanja tanam semula oleh peneroka.

Daripada mana felda akan dapat sumber pembiayaan?

Dari tahun 2013 sehingga 2016, keuntungan FGV menurun sehingga menjadi kerugian RM98 juta tahun 2016. Dan antara sebab yang dikatakan penyumbang kerugian ialah land lease agreement antara FGV dan Felda iaitu kena bayar sewa RM250 juta setahun.

Apakah FGV , seperti sebahagian besar masyarakat, mahu berniaga dengan kosong kos? Hendak dapat tanah sawit free?

Ini bermakna Felda , institusi kerajaan yang menjalankan tanggung jawab social akan tersekat menjalankan kewajipan nya. 70% pendapatan Felda dahulu datang dari sector perladangan. Jika ia kekurangan RM800 juta setahun, bagaimana ia mahu menjalankan kewajipan sosial nya?

Membina jalan kampong, menurap jalan, membaiki kemudahan sosial- balairaya, dewan orang ramai , membaiki surau dan masjid dll. Bererti kawasan rancangan Felda akan jadi tumpuan perbelanaan kebajikan yang besar. Ini akan menyedut belanja dari perbendaharaan.

Kedua, ingat tidak janji Najib bahawa investment arm peneroka iaitu KPF akan menjadi pemegang share terbesar dalama FGV? Lagis ekali- bohng dan tipu. KPF hari ini hanya ada 5.8% share dalam FGV.

Ertinya, peneroka kena tipu hidup2.

Ingat atau tidak bahawa FGV sebelum disenaraikan ialah 100% milik Felda. Jadi apabila FGV ambil alih Felda Holdings, sebetulnya, Felda sendiri ambil alih felda Holdings dan membuang KPF.

Ertinya, felda tidak mahu kehadiran KPF dalam FGV yang disenaraikan. Buat menyemak sahaja dengan budaya koperasi yang memerlukan satu kampong untuk membuat suatu keputusan. Cara ini tidak baik untuk bisnes bertaraf global presence.
Fakta ini peneroka tidak sedar. Sebab mereka ingat, KPF akan dapat durian runtuh selepas penyenaraian dan untung akan diagihkan kepada ahli KPF. Ia tidak terjadi.

Apa yang dimilik oleh KPF dalam Felda Holdings Bhd- hilang dengan angkat tangan. 360,000 hektar sawit dalam FPsb hilang. Puluhan syarikat yang mendapat untung terlepas dari KPF. Peluang untuk terus membeli sawit dari peneroka sekarang ini jatuh dalam tangan FGV. Itupun ada economic value.

Melalui FGV- Felda nyahkan KPF, ambil alih semua harta dan Felda Holidngs dan hak membeli saiwit peneroka.

Siapa yang menasihati Najib dan dibayar lumayan pula , terbukti bukan pemikir stratejik. Daalm kes felda/fgv /kpf/felda holdings misalnya- asset2 startejik sepatutnya diletak dalam tangan KPF. Hampir semua ahli KPF itu Melayu dan meletakkan asset stratejik dalam tangan mereka menjamin pendapatan yang tinggi. Sebaik sahaja asset stratejik terlepas, bukan sahaja susah untuk diambil balik, kos nya tentu tinggi.

Shahrir Samad dilantik pengerusi Felda baharu
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Bernama
| January 6, 2017

Beliau menggantikan Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya tetapi akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi FGV.

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharunya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan badan tersebut.

Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai pengerusi tetapi akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd, kata Felda dalam satu kenyataan, disini, hari ini.

"Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan Feld," kata lembaga tersebut.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, pelantikan Shahrir bertepatan kerana mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah menjadi menteri di 3 kementerian.

"Saya yakin beliau dapat meneruskan segala usaha yang sedang dibuat bagi mensejahterakan lagi warga Felda", katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Najib, Shahrir pernah menyandang jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.

Perdana menteri dalam kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada Isa terhadap sumbangannya kepada Felda sejak memegang jawatan itu pada 2011.
Najib berkata di bawah kepimpinan Isa, Felda menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga.

FMT

Perancis Larang Majikan Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat, Walaupun Hantar Emel
siakapkeli.my

Semua majikan di Perancis telah diperintahkan supaya menyiapkan jaminan tidak mengganggu pekerja mereka selepas waktu pejabat bermula 1 Januari, sebagai usaha negara itu menangani masalah terikat dengan tugas selepas waktu pejabat.

Memetik laporan BBC, undang-undang yang mula diperkenalkan ini memerintahkan syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak menggangu pekerja dengan panggilan atau e-mel selepas waktu pejabat atau waktu cuti.

Ketika mula hendak diperkenalkan kira-kira Mei lalu, beberapa pihak mendakwa pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat namun para pekerja mendakwa mereka tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.

Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan.

Beberapa syarikat besar seperti Volkswagen dan Daimler dari Jerman dan syarikat kuasa nuklear terkenal, Areva serta syarikat insurans Axa di Perancis sudahpun mengambil langkah membataskan panggilan telefon atau pesanan ringkas selepas waktu kerja bagi mengelakkan kelesuan pekerja mereka. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jan 6, 2017 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Mickey Mouse' Lepak Dalam Peti Makanan 7-Eleven Kelana Centre Point Sambil Makan Hot Dog

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Kembang tekak! Loya, apabila sekeping gambar seekor tikus menjamu hot dog di dalam peti pemanas makanan sambil menjamu hot dog menular di laman sosial.

Insiden dipercayai berlaku di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di Kelana Centre Point.

"Kehadiran Mickey Mouse.

"Kalian perlu berhati hati bila membeli makanan kat Kedai 7Eleven.. Baru nampak seekor tikus makan hotdog kat 7Eleven Kelana Centre Point," kata pemilik akaun Facebook, Aman Shah.

Menjawab pertikaian yang dilontarkan, 7-Eleven Malaysia mengakui insiden tersebut berlaku dan meminta maaf diatas kejadian yang tidak diingini tersebut.

"7-Eleven Malaysia mengambil maklum diatas insiden binatang perosak yang berlaku di 7-Eleven Kelana Centre Point pada 2 Januari 2017 dan kami ingin memohon maaf diatas kesulitan kepada pelanggan kami.

Ujar syarikat berkenaan, siasatan dalaman sudah dijalankan termasuk bekerjasama dengan pejabat Kementerian Kesihatan berhubung isu berkenaan.

"Yakinlah, bahawa insiden ini adalah terpencil kerana mempunyai audit berkualiti yang dijamin dan mengambil langkah mengawal binatang perosak secara berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama dari berlaku," katanya.

- Malaysian Digest

Viral Kononnya Goreng 'French Fries" Campur Lemak Babi, Ini Jawapan Daripada McDonald's Dan JAKIM
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersebar di laman sosial kononnya syarikat makanan segera terkenal, McDonald's telah menggunakan lemak babi dalam minyak goreng dan mereka.

Oleh itu pihak McDonald's dalam satu kenyataan telah tampil menafikan sekeras-kerasnya perkara berkenaan, menurut mereka apa yang disebutkan itu adalah berlaku di luar negara bukannya di Malaysia.

Berikut adalah penjelasan mengenai penutupan sementara cawangan Banting.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) turut mengesahkan perkara ini di mana ia bukan berlaku di Malaysia.

Sementara itu khabar angin berkenaan masih lagi berlegar-legar di laman sosial walaupun netizen mendesak supaya ianya diturunkan, namun dilihat masih ramai lagi netizen yang percaya sedang kongsi status berkenaan.

Pos yang dikongsikan oleh seorang wanita berkenaan menunjukkan sebuah cawangan makanan segera berkenaan diperintah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan beliau telah sertakan keratan kononnya pihak McDonald's menggunakan lemak babi dalam makanan dan minuman mereka.

Elakkan menyebarkan berita palsu sebegini. - Siakapkeli.my

Audio Viral Kononnya Starbucks Tidak Halal, Ini Jawapan Daripada JAKIM Mengenai Isu Ini
siakapkeli.my

Sejak minggu lalu sebuah audio yang mendakwa restoran minuman terkenal Starbuck haram telah menjadi viral di laman sosial.

Viral audio berdurasi 10 minit 29 saat yang didakwa dari seorang pemandu lori juga turut dikongsi oleh netizen yang menyatakan bahan ramuannya dari sumber yang tidak halal.

Perlu dimaklumkan bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah adalah berbeza mengikut negara dan Starbucks di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Prosedur pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira status halal setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh Pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Untuk makluman juga, sijil halal diberi mengikut premis. Pengguna dinasihatkan untuk memilih premis makanan yang memaparkan logo halal dengan tarikh yang masih sah.

Sebarang aduan berkenaan penyalahgunaan logo halal boleh dipanjangkan ke pihak kami melalui alamat emel yang tertera di bawah.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di Bahagian Hab Halal, JAKIM atau hubungi 03-8892 5000/1

- Siakapkeli.my

AKU RASA DONALD TRUMP PUN TAK PERNAH BUAT MACAM NI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Tak tahu samada nak nangis atau nak gelak...

DAP nak bawa BABI ke Restoran McDonald's Protest Polisi ISLAM

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

McDonald's menjelaskan kenapa rangkaian makanan segera itu mensyaratkan kek hari jadi yang dibawa masuk ke restoran mereka mesti diperakukan halal ialah bagi mengekalkan integriti sijil halal yang diperolehi.

McDonald menjelaskan mereka melaksanakan dasar tiada makanan luar bagi memastikan semua produk yang disediakan dan dinikmati di restoran mereka halal. Bagaimanapun ada sedikit kelonggaran kepada kek hari jadi yang dibawa pelanggan, dengan syarat ia mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malasia (Jakim).

Tapi malang polisi ini telah di'viral'kan (tular) oleh kumpulan anti Islam. Lagi malang ada orang Islam bersama mempersoalkan polisi ini dan menjadi penyokong kumpulan bukan Islam ini.

Seorang bekas pemimpin kontroversi DAP Hew Kuan Yau menyeru orang ramai memboikot McDonald's.

Gesaan itu dibuat susulan tidak puas hati dengan dasar yang hanya membenarkan kek diperakui halal dibawa masuk ke restoran rangkaian makanan segera itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Superman' mengaitkan langkah itu dengan "hagemoni Islam".

"Kita mesti boikot sampai (polisi ini) terbatal dan mereka memohon maaf. Kalau setuju sila share," tulisnya di Facebook pagi ini.

Yang pelik puak DAP ni tak pula memboikot RESTORAN VEGETARIAN? Sedangkan restoran berkenaan tidak membenarkan membawa babi panggang ke dalam restoran mereka.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Jakim Puji McD, Tapi Jamie Oliver Saman McD
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
BAN Masyarakat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memuji langkah McDonald's Malaysia melarang kek tanpa sijil halal memasuki premisnya.

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, usaha McDonald's itu mencerminkan komitmennya dalam memastikan status halal terpelihara.

Beliau menjelaskan bahawa pengeluaran sijil halal oleh jabatan berkenaan adalah selaras Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (semakan ketiga) 2014.

"Manual ini mempunyai 13 garis panduan berhubung pemberian sijil halal kepada pengusaha makanan, dan Jakim menyifatkan polisi yang dilakukan McDonald's merupakan inisiatif yang baik, yang mengikut Sistem Pengurusan Jaminan Halal," katanya.
Othman menambah, polisi itu bukan sesuatu yang baharu kerana banyak pengusaha makanan telah mengamalkan "polisi makanan luar tidak dibenarkan" yang menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, mereka yang tidak pasti mengenai isu berkaitan dengan status halal di restoran dinasihatkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa.

Minggu lalu, McDonald's mengesahkan ia melaksanakan satu polisi yang melarang pelanggannya daripada membawa kek tanpa pensijilan halal ke premisnya, dan menjelaskan bahawa ia bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan Jakim. Mstar

Sesiapa yang kenal chef dari UK nama Jamie Oliver, dia telah menang dalam mahkamah kes saman McDonald tahun 2013. Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari quality yang paling rendah hanya layak utk binatang ternakan yg makan. So, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi jugak kerana 'they really serve you JUNK food.

Sebarkan

Pemain Dota Professional ini Kecewa Dapat Air Kosong Bila Pesan 'Sky Juice' Ketika di Malaysia
siakapkeli.my

'Sky Juice'. Satu nama menarik bagi air yang pasti membuatkan orang luar tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan 'Sky' itu.

Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu, Sky Juice merupakan alias kepada air kosong dan tiada apa-apa yang istimewa dengan air itu.

Tetapi, seorang pemain permainan Dota professional, Arif MSSDota, merasa kecewa setelah dia dihidangkan air kosong apabila memesan air yang disangkakan eksotik itu.

"Pesan sky juice dari sebuah restoran dan jangkakan sesuatu yang sangat eksotik. Mereka cuma bagi saya air kosong. Gurauan yang baik dari orang Malaysia", tulisnya di Twitter.

Arif @MSSDota
ordered some sky juice from a restaurant expecting some exotic shit. they gave me water. top tier memes from the malaysians

11:06 AM - 3 Jan 2017

Difahamkan, pemain Dota warganegara Amerika Syarikat itu sedang berada di malaysia bagi perlawanan ESL One Genting Dota 2 yang dijadualkan pada 6-8 Januari.

Dan seperti biasa, di bahagian komen, kebanyakan peminat Arif dari Malaysia memberi respon balas ke atas insiden tersebut. Antaranya:

Arif @MSSDota
ordered some sky juice from a restaurant expecting some exotic shit. they gave me water. top tier memes from the malaysians

Follow
Matthew Esporter @RealHeyoka
@MSSDota what kind of fucking exotic juice comes from the SKY

this is all on you

11:06 AM - 3 Jan 2017
Arif @MSSDota
ordered some sky juice from a restaurant expecting some exotic shit. they gave me water. top tier memes from the malaysians

Follow
Adzrin⚽️ @AdzrinBinAsbul
@MSSDota haha. Welcome to Malaysia.

12:26 PM - 3 Jan 2017
Arif @MSSDota
ordered some sky juice from a restaurant expecting some exotic shit. they gave me water. top tier memes from the malaysians

Follow
Muhayaz @amirulmuayaz
@MSSDota the most rares food..plss..order "Nasi Bujang"..

7:28 PM - 3 Jan 2017
Arif @MSSDota
ordered some sky juice from a restaurant expecting some exotic shit. they gave me water. top tier memes from the malaysians

Follow
william see @williamsee1014
@MSSDota skyjuice is drinking water in Malaysia

12:11 PM - 3 Jan 2017 · George Town, Pinang
a.. b.. Retweets
c.. 7
Arif @MSSDota
ordered some sky juice from a restaurant expecting some exotic shit. they gave me water. top tier memes from the malaysians

Follow
Mohammad Syafiq @MohdSyafiqApik
@MSSDota rofl

7:22 PM - 4 Jan 2017
Arif @MSSDota
ordered some sky juice from a restaurant expecting some exotic shit. they gave me water. top tier memes from the malaysians

Follow
Helvetica_Standard @helveticastdr
@MSSDota they don't lie

11:59 AM - 3 Jan 2017
a.. b.. 1 1 Retweet
c.. 11
Buat, Arif, kami ucapakan selamat datang ke Malaysia dan jika benar-benar mahukan minuman eksotik, anda boleh cuba air Apple Asam Boi atau cendol durian.

Bermula Ahad peniaga perlu guna produk biodegradasi bungkus makanan

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted by Mohd Sulaiman

BERNAMA

 

Peniaga di bawah DBKL perlu beralih kepada produk biodegradasi yang mana bekas polisterin dan beg plastik tidak digalakkan dan penguatkuasaan larangan pengunaannya pada September 2017.

Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000 kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 Sept 2017.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata tindakan itu susulan pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi (boleh urai) yang berkuat kuasa mulai Ahad ini.

Beliau berkata kementerian memberi tempoh selama sembilan bulan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan 100 peratus penggunaan bahan tersebut.

"Dalam tempoh tersebut, kita menyasarkan agar Kuala Lumpur menjadi bandar raya bebas plastik. Saya menggalakkan rakyat agar berhenti menggunakan beg plastik, sila bawa beg anda sendiri apabila membeli-belah," katanya pada sidang media sempena penguatkuasaan penggunaan produk biodegradasi di sini hari ini.

Katanya kementerian telah memaklumkan kepada persatuan peniaga dan pasar malam berhubung pelaksanaan itu selain mendapat kerjasama daripada pembekal produk biodegradasi yang menepati keperluan peniaga dan pengguna.

"Kebiasaannya bahan biodegradasi ini mahal...hasil daripada perbincangan bersama pembekal, mereka telah pun bersetuju untuk menawarkan harga borong yang wajar kepada peniaga-peniaga setanding dengan harga polisterin dan plastik," katanya.

Loga Bala berkata tindakan proaktif kementerian itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman polisterin dan plastik terhadap kesihatan, sekali gus menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi.

Pelancaran penggunaan bahan boleh urai itu telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 3 Jun lepas.

Mengulas mengenai pelaksanaan undang-undang itu, rakan kongsi Restoran Chat Masala Brickfields dan Klang, N. Palaniappan berkata restoran itu sedang menggantikan bekas polisterin kepada bekas makanan biodegradasi secara berperingkat.

"Kami faham akan keburukan bekas polisterin itu...jadi kami guna pendekatan gantikan ia dengan bekas mesra alam bagi pengguna.

"Biarpun harga bekas itu lebih mahal berbanding bekas polisterin, kami tak kisah melaksanakannya...harga makanan yang dijual akan tetap sama, margin keuntungan mungkin kurang tetapi kami tidak akan rugi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, restoran itu pernah menerima notis daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi.

Sementara itu, peniaga pasar malam di Pantai Dalam di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Kadir berkata larangan penggunaan plastik di pasar malam sukar dikawal memandangkan pengguna lebih 'mesra plastik'.

"Mungkin mereka perlu membawa beg kertas atau beg kain sendiri ketika ke pasar malam, implementasi sepenuhnya tetap akan mengambil masa panjang," katanya.

Amalkan Petua Susu Kambing Lima Jari ini Untuk Kurangkan Risiko Penyakit Kuning Pada Bayi
siakapkeli.my

Penyakit kuning sememangnya satu penyakit yang biasa dalam kalangan bayi yang baru lahir.

Kondisi ini terjadi kerana si Kecil memiliki kelebihan bilirubin (unsur kuning) pada darahnya. Bayi baru lahir memiliki kadar sel darah yang tinggi sehingga memicu produksi bilirubin. Bilirubin sendiri terbentuk ketika sel-sel darah merah yang tua dihancurkan.

Biarpun penyakit dengan nama saintifiknya Jaundice itu adalah satu penyakit biasa berlaku, ibu bapa tidak patut mengambil mudah akan perkara. Ini kerana jika kadar bilirubin terlalu tinggi, ianya bukan sahaja boleh menimbulkan kecacatan, bahkan mengancam jiwa.

Salah satu usaha awal untuk mengurangkan risiko penyakit itu adalah dengan cara pemakanan ibu ketika dan selepas mengandung. Salah satu petua yang boleh diamalkan adalah dengan mengamalkan susu kambing.

Pengambilan susu kambing ketika hamil membantu meningkatkan HB yang mengandungi protein, zat besi dan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan termasuk janin dalam kandungan. Gabungan susu kambing, kurma dan madu dapat membekalkan asid folik semulajadi yg penting untuk pertumbuhan sel dan perkembangan embrio.

Selepas dilahirkan, bayi yang mengalami penyakit kuning perlu kerap diberi susu ibu kerana itu akan membantu menurunkan kuning. Selain itu, antara petua yang boleh dijadikan alternatif melalui kaedah tradisional yang boleh membantu menurunkan tahap kuning bayi adalah si ibu boleh meminum susu kambing, memakan kurma dan juga madu. Namun seperti yang sedia maklum, ramai yang tidak gemarkan susu kambing kerana bau hamisnya dan agak sukar untuk mengambil ketiga-tiga bahan ini sekaligus.

Kerana itu, produk Susu Kambing Lima Jari menggabungkan ketiga-tiga bahan berkhasiat itu menjadi satu produk yang mudah untuk dikonsumpsi. Malah, produk Susu Kambing Lima Jari juga turut dikeluarkan dalam bentuk tablet (candy) yang dinamakan Candy Susu Kambing Lima Jari.

Dengan Candy Susu Kambing Lima Jari, para ibu boleh mendapat khasiat dari susu kambing tanpa perlu bersusah payah membancuh susu. Cuma cukup sekadar mengambil tablet Candy Susu Kambing Lima Jari dan mengunyah atau mengemam tablet tersebut.

Susu Kambing Lima Jari mengesyorkan para ibu yang hamil mengambil susu kambing beberapa bulan sebelum melahirkan anak.

Selain kuning, susu kambing juga bagus untuk pesakit gastrik, diabetes, hypertension serta masalah-masalah kulit seperti ekzema dan SLE. Selain dari kandungan kurma dan madu, Susu Kambing Lima Jari juga diadun bersama dengan kolagen ikan salmon, Vitamin C dan E serta dan antioksida untuk membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik.

Bagi yang berminat dengan produk Susu Kambing Lima Jari, boleh layari laman rasmi produk itu di
Facebook Susu Kambing Pemutih Kulit - Limajari atau di Instagram @candy_susukambing atau menghubungi secara terus menerusi Whatsapp di talian 011-29451523 atau 013-2880282 atau 019-6808023.

Sumber: health.kompas.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Jan 6, 2017 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tolong Saya Viralkan, Suami Kemalangan Dan Dibawa Ambulan Ke Hospital, Saya Nak Pergi Ambil Kereta, Kereta Hilang
siakapkeli.my

Seorang wanita melalui laman Facebooknya yang bernama Nita Mohd Noor sebentar tadi telah memuatnaik beberapa keping gambar mendakwa kereta miliknya hilang selepas suaminya kemalangan.

Menurut beliau, ketika kejadian suaminya berseorangan telah terlibat dalam kemalangan di susur keluar berhampiran Tol UPM menghala ke Uniten, suami beliau telah dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Selepas kejadian, beliau telah pergi ke lokasi untuk mengambil kereta, namun kereta miliknya sudah tiada di lokasi, sehingga kini katanya dia tidak menerima sebarang panggilan telefon (jika ditunda Callman) mengenai keretanya itu.

Pada pemikiran admin kemungkinan kereta berkenaan telah ditunda oleh pihak Callman, tapi sepatutunya mereka perlu telefon pemilik terlebih dahulu, apapun harap kereta dapat dijumpai dengan segera. - Siakapkeli.my

Kejadian Tanah runtuh di Jalan Gua Musang-Cameron Highlands, Operasi Pembersihan Selesai
siakapkeli.my

GUA MUSANG 3 Jan. - Jalan Gua Musang - Cameron Highland terpaksa ditutup sementara ekoran kejadian tanah runtuh di KM 97 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang itu berlaku akibat hujan lebat yang mana menyebabkan lereng bukit runtuh dengan lumpur dan kayu mengalir turun menutup jalan raya.

Katanya susulan kejadian itu, jalan tersebut telah ditutup buat sementara dan dibuka semula kepada kenderaan pada pukul 6.30 petang tadi.

"Seorang lelaki yang bekerja di tapak pembinaan berhampiran telah memaklumkan mengenai kejadian ini dan anggota pasukan dari Pondok Polis Lojing telah bergegas ke tempat kejadian.

"Runtuhan tanah itu telah menghalang laluan kenderaan dari kedua-dua arah, namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Operasi membersihkan sisa runtuhan tanah itu telah selesai dijalankan oleh orang awam, pekebun dan pihak polis. Kami juga masih membuat pemantauan di sekitar lokasi," katanya menurut Utusan Online.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya Malaysia dalam satu posting FB memuat naik foto kejadian.

Sumber: Utusan Online, FB KKR

Dua Buah Kapal Kontena Berlanggar Di Pasir Gudang, 300 Tan Minyak Tumpah
siakapkeli.my

Dua buah kapal kontena masing-masing didaftarkan di Singapura dan Gibraltar dilaporkan telah bertembung di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru menyebabkan 300 tan minyak tumpah di perairan sekitarnya, lapor MediaCorp.

Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan berkata pihaknya dimaklumkan mengenai pelanggaran antara kedua-dua kapal kontena tersebut oleh Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) pada kira-kira 11.50 malam pada Selasa.

Kedua-dua kapal berkenaan ialah WAN HAI 301 yang didaftarkan di Singapuran, dan APL DENVER yang didaftarkan di Gibraltar .

Kenyataan tersebut juga menyebut, salah satu daripada tangki kontena di APL DENVER dilaporkan mengalami kerosakan dan menumpahkan kira-kira 300 tan minyak.

JPA telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan 'oil boom' untuk mengawal tumpahan minyak.

Di Singapura, tompokan minyak dikesan, dengan tumpahan di barat Pulau Ubin. Menurut MPA, ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak.

Ketika ini punca pelanggaran masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my

Perhilitan Akui kemungkinan Wujud Harimau Di LPT2 Berhampiran Bukit Besi
siakapkeli.my

Berikutan tersebarnya sekeping gambar yang didakwa seekor harimau belang yang sedang berehat di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi, Terengganu semalam, pihak PERHILITAN tidak menafikan kewujudan binatang buas berkenaan di lokasi tersebut, lapor Harian Metro.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, mereka tidak menolak ada harimau Bukit Besi selepas gambar haiwan terancam itu menjadi tular di media sosial hari ini.

Menurutnya, beliau telah menerima laporan daripada pihak LPT2 mengenai kehadiran haiwan liar berkenaan oleh pihak pengurusan lebuh raya berkenaan tadi.

Beliau memberitahu sudah mengarahkan petugas dan pegawai PERHILITAN Negeri melakukan pemantauan di lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat.

"Walaupun maklumat yang menjadi tular itu belum dapat disahkan lagi namun PERHILITAN sudah mengambil tindakan segera di lokasi didakwa harimau itu berada.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada PERHILITAN termasuk kehadiran individu disyaki pemburu haram," katanya.

Dalam kejadian 6 Februari tahun lalu, seekor harimau betina mati selepas dilanggar sebuah MPV di Kilometer 321.2, LPT2. - Siakapkeli.my

Gajah Dipercayai Dibunuh Pemburu Haram, Gading Diambil
siakapkeli.my

Foto besar: Gajah unik bernama Sabre itu ditemui dibunuh dan rangkanya ditemui oleh DGFC (foto kecil atas). Foto kecil bawah: Seekor lagi gajah lain ditemui mati 1.5km dari kawasan bangkai Sabre ditemui.

Kota Kinabalu, 1 Jan - Gajah di Sabah yang pernah menjadi tumpuan antarabangsa kerana gadingnya yang unik ditemui mati ditembak di kawasan Sungai Segama, Lahad Datu dekat sini semalam.

Gajah yang diberi nama Sabre mempunyai gading yang menghala ke bawah, sama seperti haiwan prasejarah dan penemuan unik itu turut mendapat liputan beberapa portal antarabangsa.

Kata Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), Dr. Benoit Goosseens, bangkai gajah itu yang dipasang alat pengesan satelit ditemui oleh pihaknya dan Unit Perlindungan Hidupan Liar Sabah (JHL).

"Mengikut data yang direkodkan dalam kalung di leher, gajah jantan itu dipercayai dibunuh pada 20 November lalu sebelum gadingnya diambil oleh pemburu haram.

"Lebih menyedihkan, seekor lagi bangkai gajah ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi bangkai gajah pertama dengan kesan kecederaan di muka dan gadingnya juga menerima nasib yang sama," katanya Benoit.

Katanya, ada kesan tembakan pada haiwan berkenaan dan ia dilakukan oleh pemburu haram.

"Cukup menyedihkan apabila haiwan mamalia unik dan terlindung ini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Selain itu, pihaknya juga berharap agar pihak berkuasa memburu dalang yang membunuh gajah berkenaan.

Gajah yang pernah mendapat liputan luar negara kerana keunikan gadingnya turut ditemui terbunuh.

RANGKA gajah yang menyerupai haiwan prasejarah ditemui di kawasan Sungai Segama Lahad Datu

Seekor gajah lain ditemui 1.5km dari kawasan bangkai Sabre ditemui.

Sumber: Facebook DGFC

Di China, Pemilik Kereta Tampal Stiker Hantu Untuk Takutkan Pemandu Yang Guna Lampu Tinggi
siakapkeli.my

Beijing - Pemandu kereta di China menggunakan cara kreatif iaitu dengan menampal stiker hantu reflektif pada cermin belakang kenderaan mereka untuk menakut-nakutkan pemandu lain yang menggunakan lampu tinggi ketika memandu.

Namun, pemandu yang menggunakan 'teknik mengejutkan' itu boleh dikenakan hukuman kerana boleh menyebabkan bahaya di jalan raya, kata agensi berita Xinhua.

Polis trafik di Jinan, wilayah timur Shandong, mula sedar poster-poster hantu dengan muka pucat dan lidah merah ditampal oleh pemandu di sini.

Di laman beli belah Taobao, berpuluh-puluh kedai mula menjual stiker menakutkan itu. Menurut deskripsi di laman produk, salah seorang penjual berkata stiker itu tidak akan kelihatan jika tiada pancaran lampu dan boleh memberi tindak balas refleks sekiranya pemandu di belakang menggunakan lampu tinggi.

Di Jinan, pemandu yang melekatkan stiker itu boleh didenda 100 Yuan (RM63) bagi setiap satu.

Polis berkata hukuman akan jadi lebih berat jika stiker terbabit menyebakan kemalangan jalan raya.

Sumber: The Star

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, November 07, 2016 8:43 PM
Subject: Fw: Pemandu Dengan Lampu Tinggi Dihukum Tenung Cahaya Lampu

Di China, Pemandu Yang Memandu Dengan Lampu Tinggi Dihukum Tenung Cahaya Lampu itu Selama 1 Minit
siakapkeli.my

SHENZHEN - CHINA. Polis di selatan China mendenda pemandu yang menggunakan lampu tinggi semasa memandu dengan menyuruh mereka merenung cahaya lampu itu selama satu minit.

Foto hukuman itu dikongsi oleh laman web Weibo Polis Trafik Shenzhen yang mana menunjukkan pemandu dikehendaki duduk diatas kerusi dan merenung lampu kereta tinggi selama seminit.

"Malam ini kami menjalankan denda ke atas pemandu yang menggunakan lampu tinggi," tulisnya dalam perkongsian yang mendapat lebih dari 80,000 likes dan lebih 90,000 perkongsian.

Selain denda itu, pemandu yang melakukan kesalahan tersebut turut didenda 300 Yuan (RM185).

Kaedah hukuman itu pernah dijalankan pada 2014 dan mendapat kritikan ramai. Namun ia dilaksanakan semula pada Selasa lalu.

Kebanyakan netizen bersetuju dengan tindakan tersebut sebagai pengajaran kepada pemandu yang mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa.

Pada tahun lepas, polis trafik Shenzhen menjalankan hukuman unik kepada pejalan kaki yang melanggar undang-undang dengan menyuruh pesalah mengawal lalu lintas dengan memakai topi hijau dan jaket jika tidak mahu membayar denda yang dikenakan.

Foto 2014

Foto 2014

Foto 2014

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: