Sunday, April 16, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4718[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4718
1
Fw: Jamal, 9 Pengikut Didakwa by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
4
5
Fw: FAM Berdepan Dengan Dua Kes Serius by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
9
Fw: Kenyataan Biadap DAP by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
10
Fw: "Ingat Saya Dah Jadi Kain Buruk" by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
12
Fw: Kematiannya Yang Dicemburui, by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
14a
Fw: Pelbagai Berita by "~:eSpAcE9808:~" rienacom

Messages

Sun Apr 16, 2017 7:18 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Jamal, 9 Pengikut Didakwa

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


KUALA LUMPUR 13 April - Pengerusi Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan sembilan penyokongnya didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, dekat sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan bagi menentang pelaksanaan undang-undang di sebuah pusat beli-belah di sini, November tahun lalu.

Jamal, 47, Reza Jamin, 37, Ariffin Abu Bakar, 47, Mohd. Shabudin Abu Hassan, 47, Izzrul Idris, 32, Hasannen Zikri Harizan, 24, Mohd. Faiz Amirul Mahsan, 22, Mohd. Yusoff Mohd. Sharif, 26, Abd. Razak Hassan, 29, dan R. Balaguru, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai ahli suatu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama didakwa telah menggunakan kekerasan untuk menentang pelaksanaan undang-undang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bangunan Pusat beli-belah Ampang Point, Ampang Jaya, dekat sini pada pukul 4 petang, 13 November tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Di Usia 40 an, 'Bekerja Berlebihan' Boleh Kurangi Kecerdasan

bloglist-malaysia.blogspot 

Dicatat oleh ustazcyber.com

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shaleh yang engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim." (QS. Al-Ahqâf: 15).

Menurut para ahli tafsir, usia 40 tahun disebut tersendiri pada ayat ini, kerana pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosional, karya, maupun spiritualnya. Orang yang berusia 40 tahun benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan beralih menapaki usia dewasa penuh.

Apa yang dialami pada usia ini sifatnya stabil, mapan, kokoh. Perilaku di usia ini kerananya akan menjadi ukuran manusia pada usia-usia berikutnya. Namun tahukah Anda jika pada usia 40 tahun, seseorang akan mengalami penurunan dari segi kecerdasan?

Apalagi jika Anda berusia lebih dari 40 tahun dan bekerja lebih dari 25 jam perminggu, Anda patut waspada. Pasalnya kebiasaan ini ternyata boleh merosak kecerdasan, menurut sebuah kajian yang disiar kumpulan peneliti dari Institut Penelitian Sosial dan Ekonomi Melbourne.

Kumpulan telah melakukan survei berdasarkan pola dan memori di lebih dari 6.000 pekerja berusia lebih dari 40 tahun. Ini untuk melihat bagaimana jumlah jam kerja setiap minggunya boleh memengaruhi kemampuan kognitif seseorang.

Bekerja 25 jam seminggu adalah jumlah maksimal dari waktu yang dihabiskan untuk fungsi kognitif. Saat bekerja kurang dari waktu tersebut ternyata boleh merugikan kelincahan otak bagi lelaki dan wanita. Kajian itu juga menemukan bahawa "Bekerja dapat merangsang aktiviti otak dan dapat membantu menjaga fungsi kognitif bagi pekerja lanjut usia yang telah kehilangan sebagian kemampuan kognisinya," kata pemimpin peneliti Colin McKenzie, seorang profesor ekonomi di Universiti Keio di Tokyo.

"Namun pada saat yang sama, berlebihan jam kerja juga dapat menyebabkan kelelahan dan stres fizikal maupun psikologi yang berpotensi merusak fungsi kognitif," tambah McKenzie.

Namun mengapa usia 40 tahun menjadi titik balik bagi fikiran?

Menurut McKenzie, "Cairan kecerdasan" yang berfungsi mengolah seberapa baik kita memproses informasi mulai menurun sekitar usia 20 tahunan. Lalu "kecerdasan mengkristal" atau kemampuan untuk menggunakan keterampilan, pengetahuan dan pengalaman mulai menurun setelah usia 30 tahun. Sedangkan pada usia 40, rata-rata orang menjadi buruk pada tes memori, pengenalan pola dan latihan ketangkasan mental.

Sumber: islampos.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Azizulhasni raih emas pertama di kejohanan dunia

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

Pelumba Colombia Fabian Hernando Puerta Zapata memenangi perak manakala gangsa milik pelumba Tomas Babek dari Republik Czech, menurut laman web kejohanan itu; www.trackworldchamp.hk.

Untuk rekod, Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.

Terdahulu, seorang lagi pelumba Malaysia Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia, gagal mara ke pusingan kedua selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan repechage pertama, di belakang pelumba Jerman, Joachim Eilers.

Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan memberi tumpuan acara pecut individu, yang berlangsung Sabtu ini. -Bernama

Mendebarkan pecutan juara azizul hasni awang

Baby Shima
18,194
75,202 views

Published on Apr 13, 2017
Tahniah Azizul Hasni Awang! 10 tahun menunggu akhirnya The Pocket Rocketman memenangi pingat emas pertama di Track Cycling World Championships 2017 di Hong Kong sebentar tadi. Perghh meremang bulu roma tengok tadi

Anak Kita Juara Dunia 2017!!! Mesti Tonton

modayu73
2,673
7,682 views

Published on Apr 13, 2017
Azizul Hasni Awang anak terengganu kini bergelar juara dunia. Manakan sama sang juara dengan usaha gigih beliau selama ini membuahkan hasil.
Bermula dengan seorang anak kampong yang lahir dihujung negeri pantai timur, kini sudah terkenal seantero

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
2 of 2 File(s)

Sun Apr 16, 2017 7:25 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kenyataan Rafizi itu hanyalah niat buruk - Tuan Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PETALING JAYA: PAS mempertahankan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali walaupun ketua penerangan Dewan Ulama itu menyedari bekas timbalan presiden Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak melihat sebarang masalah walaupun Khairuddin diberi maklumat mengenai perkara itu dari bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Bagi saya, tidak ada masalah sekalipun kalau dia (Khairuddin) tahu…Yang tentunya, ia tidak ada kaitan dengan pemimpin PAS. Itu sahaja," katanya kepada FMT hari ini.

Rafizi Ramli pada sidang media hari ini mengatakan Khairuddin pernah berjumpa seorang bekas pegawai kanan SPRM untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.

Ahli Parlimen Pandan berkata perkara didedahkannya hari ini menjurus kepada "salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara", sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menafikan tuduhan mengatakan PAS tidak lantang mengkritik isu 1MDB.

"PAS banyak keluarkan kenyataan dalam isu 1MDB. Saya sendiri berikan kenyataan dalam isu 1MDB. Isu Nasharudin adalah isu peribadi dia," katanya.

"Bagi saya pendedahan Rafizi itu bukanlah pendedahan yang mengejutkan PAS. Kenyataan Rafizi itu hanyalah niat buruk. Bagi PAS, kita tidak anggap serius isu ini."

PAS: Isu Nasha tiada kena mengena dengan kami

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PAS berkata isu dakwaan penerimaan dana 1MDB oleh bekas timbalan presiden parti itu Datuk Nasharudin Mat Isa tiada kena mengena dengannya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Nasharudin bukan lagi pemimpin PAS, tiada peranan, "tiada hubungan langsung" dan tidak boleh mempengaruhi parti itu.

"Itu antara dia dengan pihak berkuasa. Kalau laporan telah dibuat terhadap dia, tiada kena mengena dengan PAS sama sekali," katanya.

Setelah seminggu berteka-teki, Rafizi Ramli mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB, yang dikatakan Nasharudin.

Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) berhubung perkara itu di hadapan pesuruhjaya sumpah di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Memetik seorang bekas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rafizi mendakwa dana itu disalurkan daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak kepada "peguam tertentu" sebelum diedarkan kepada tokoh-tokoh politik lain, termasuk Nasharudin.

Sejak beberapa hari lalu, Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.

Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Takiyuddin juga menafikan PAS menerima sebarang dana daripada Nasharudin sejak 2015.

PAS juga, katanya, tidak tahu menahu sama ada Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Tuduhan masih 'dengar cakap'

Sementara itu, dalam kenyataan petang ini,Takiyiddin menjelaskan Nasharudin tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak gagal mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden pada 20111 dan selepas ditamatkan sebagai anggota Majlis Syura.

Takiyiddin berkata jawatankuasa pusat PAS tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada atau melalui beliau dalam apa bentuk sekali pun, kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai anggota parlimen PAS.

Nasharudin tidak lagi menjadi anggota parlimen Bachok selepas Mei 2013.

Sementara itu, berkaitan SD Rafizi itu, Takiyuddin menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk diambil tindasan wajar mengikut undang-undang.

"Namun, PAS berpandangan ia kekal berstatus dengar cakap selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau mengesahkannya," katanya.

Takiyuddin juga menggesa Rafizi turut segera membuat SD berkaitan dakwaan 'bersifat rasuah' yang dibuat penulis blog Raja Petra dan aktivis Chegubard terhadap beliau dan pemimpin lain PKR.

Semasa Nasha menjadi SU pun dia tak mampu nak bawa kepada UMNO apatahlagi dia ahli biasa. Hanya Rafizi lebih berminat nak palit tahi kepada PAS.

Kali ini memang betul tergelak,,,Rapiji oh Rapiji, siapa kau!

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Assalmualaikum,,

Ini komen seorang penjilat Rapiji di awal cerita dulu " akan didedahkan dlm waktu terdekat .. adaka ia melibatkan wang rm90 juta yg didakwa SR dan Husam sebelum ini atau bukan? .. kita akan tahu nanti .. kalo Rafizi gagal kemuka dokumen Pas boleh saman ..... kalo ada dokumen x kan Pas diam saja macam Najib .. Pas kenalah jawab dan jelaskan apa hubungan mereka dgn dokumen berkenaan ..

memang TERPANAS!"

Cerita yang nampak panas di awalnya berakhir dengan sejuk beku, tiada sedikitpun ada tanda PAS yang terima dana dari 1MBD kerana dana itu didakwa disalurkan kepada Nasarudin Mat Isa yang sudah kena cold storage oleh PAS ketika dana itu didakwa diterima.Akhirnya seruan Rapiji supaya PAS menyemak dana yang diterima dari tokoh ini yang mengikut Rapiji oleh ahli ahli yang menyokong UG dengan Umno jadi bahan ketawa terbahak bahak bukan saja oleh ahli PAS tetapi sesiapa juga yang mendengarnya.

Gelak juga jika difikirkan yang Rapiji awalnya mendakwa dana diterima oleh tokoh yang rapat dengan PAS tetapi kemudiannya ditukar kepada bekas pemimpin PAS, alih alih nama Nasarudin yang naik.Tambah gelak ketika Rajipi mengolah skip cerita penglipulara ini, RPK muncul di tengahnya dan membuat ramalan tentang nama Nasarudin dan orang yang menyalurkan maklumat kepada Rapiji dan akhirnya ramalan RPK ternyata betul.

Gelak ketawa kisah dana 1MDB yang diterima PAS dirancakkan lagi dengan berita penahanan Adam Rosly oleh SPRM beberapa jam selepas Rapiji membuat pendedahan yang lawak itu.Muncul pula penjilat bermindset pondan rapiji menyatakan rasuah ada di mana mana tetapi yang jadi masalahnya ada rasuah yang ditutup.Seolah olah maksudnya rasuah juga berlaku dalam PAS tetapi ditutup, bodoh punya mindset, tak sedar berapa lama usha untuk menyusup rasuah ke dalam PAS, waima ATGNA juga beberapa kali dituduh rasuah tetapi langsung tak ada bukti yang nyata dan terang seperti kes Adam Rosly itu.

Rapiji mengaku dia hanya mendapat bukti lisan dari penyalur maklumatnya, bekas orang kuat SPRM dan dengan bukti lisan itulah Rapiji mencipta skip cerita dongengnya untuk menjadikan ianya panas.Maknanya Rapiji dah buat penjilatnya kantoi sebab sebut kalau Rapiji gagal kemuka dokumen, PAS boleh saman.mana panasnya penjilat pondan weh, dah jadi sejuk beku....

Untuk lebih panas Rapiji sedia disaman kalau ceritanya hanya dongengan.Rapiji tidak belajar dari kes TSKI yang membawa dia memohon maaf kepada TSKI kerana fitnah 91 mukanya.Rapiji sebagai seorang yang hebat dan terpelajar pasti tahu bukti yang ada padanya adlah null and void dan menjadi bahan hearsay sahaja, pasti tak akan dapat digunakan dalam perbicaraan saman tetapi Rapiji juga tahu PAS bukan jens suka saman orang sepertinya dan geng gengnya, oleh itu Rapiji jadi berani dan celupar bila bercakap.Nanti kalau ad ayang saman sungguh baru ekor bergelumbang taik.

Teringat pada kata kata Ustaz Nik Abduh, taik ayam digembarkan sebagai taik tuan ayam yang merupakan perumpamaan yang tepat kepada gelagat Rapiji ini dan memang patutpun kena gelak,hax3!

Episod cerita penglipurlara ini mungkin akan panjang apabila nama yang dikaitkan Rapiji dalm ceritanya ia itu Nasarudin Mat Isa dan Dr. Khairuddin At Takiri respon kepada Rapiji..........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Tahi Kambing dan Tahi Tuan Kambing

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Taik kambing dan taik tuan kambing takde kaitan. Rafizi Ramli are you okay?

Kredit
Jkkk Fan Club

Renungan Pagi Untuk Yang Berakal

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Anwar Ibrahim sudah disahkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya oleh Mahkamah Persekutuan sebulat suara sebanyak 2 kali dengan 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan yang berlainan namum PAS tetap berpendirian tidak mempercayainya.

Lim Guan Eng sudah diheret ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan 2 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa sebagai KM Pulau Pinang kes melibatkan pembelian banglo dibawah harga pasaran .. Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS dan keseluruhan pimpinan PAS mengambil sikap dan pendirian Lim Guan Eng tidak bersalah seblum dibuktikan bersalah di mahkamah.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sekadar membuat Akuan Bersumpah kononnya memperolehi maklumat dari bekas Pegawai Tinggi SPRM yang kini dikatakan dalam siasatan pihak berwajib atas kesalahan salah guna kuasa .. para fanatik Anwar Ibrahim termasuk para pemuja DAP terus anggap ianya sahih sedangkan yang cuba beliau kaitkan ialah bekas Timbalan Presiden PAS sejak 2011.

Tak cukup dengan itu, cuba diheret isu peranannya sebagai usaha mengwujudkan kerajaan perpaduan (UG) PAS/UMNO.

Ianya tidak lebih sekadar suatu usaha jahat, kotor lagi jijik Rafizi Ramli mau membina persepsi kurang baik terhadap PAS setelah melihat rakyat dari hari ke hari semakin bertambah menyokong PAS sejak PAS disepak terajang keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa punya mentaliti para pengkagum Anwar Ibrahim dan pemuja tahap dewa DAP.

LOST FOR WORDS DENGAN PKR/DAP/PAN.

TENKIU

Kredit

Buletin Istiqomah

Rafizi Memang Bodoh, Patutlah Cikgu Pa Pernah Kata dia ni Bodoh!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB sebagai bekas timbalan presiden PAS Dr. Nasharudin Mat Isa.

Lebai hampir tergelak. Nasib baik Rafizi tak sebut Dr Hasaan Ali. Mana tahu kemaruk nak 'sapu tahi' kepada PAS.

Rafizi ni buta maklumat atau BODOH?

Pada 28 Januari 2013 Majlis Syura Ulama dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Nasharuddin Mat Isa dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Alasan pemecatan tersebut ialah beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. (sila rujuk di sini)

Menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai 'mesra kerajaan Pusat.'

Terakhir Nasharuddin menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.

Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.

"Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari 2013 lalu.

BODOH KALAU ADA YANG KATA PAS TERIMA DUIT DARIPADA NASHARUDDIN?
Kalau terima duit buat apa PAS pecat dia kerana dia tidak selari dengan parti dan rapat dengan UMNO?? Patutnya PAS bagi pingat pasal PAS dapat RM90 juta??

Lucukan??

Ini lagi bodoh, dia pimpinan PAS pada masa Nasharuddin dipecat ahli Majlis Syura kerana cenderung kepada UMNO. Tapi hari ini Khalid Samad berkata dalam Malaysiakini kalau betul pun saya tak hairan.

Ini seorang lagi Peguam. Dalam PAS dulu AJK PAS Pusat tahu tentang keputusan kenapa PAS singkirkan Nasharudin Mat Isa yang tidak selari dengan parti dan rapat dengan UMNO.

Tapi kerana ada sikap jahat dendam dan sanggup membelakangi Islam untuk mencapai cita-cita Putrajaya. Rafizi yang pernah fitnah Tan Sri Khalid Ibrahim lebih dipercayai daripada Ustaz Hadi Awang.

Ini pula sorang lagi Maslan Versi PAN. Dia ni mungkin hilang pengetahuan agama tentang menerima berita sebagaimana diajar dalam Islam. Daripada orang UMNO, kagum dengan Ustaz Hadi akhirnya menyertai PAS. Antara orang yang banyak tak berstuju dengan IRC (IKRAM). Tapi bila kalah pemilihan 'frust' dan menjadi penentang PAS dan akhirnya terjerumus dengan fitnah.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS. Al Hujurat: 6).

Suhaizan Kayat sekarang sudah lupa ajaran Islam tentang maklumat yang tak jelas dan tidak benar. Dia lebih mendaulatkan Putrajaya.

Kenapa lebai kata RAFIZI BODOH?

Sebelum ini nama Rafizi sangat baik dikalangan masyarakat, ramai puji cara kepimpinannya sehingga ada dikalangan pemuda PAS menyebut perlu ada orang macam Rafizi dalam Pemuda PAS. Tapi malangnya setelah dia menentang Undang-undang Islam dan penentangan ini maki jelas berhubung dengan RUU 355 maka sokongan kepada dia menjadi makin berkurangan.

Bila dia fitnah Tan Sri Khalid Ibrahim dan langkah Kajang ramai makin meluat dengan dia ini.

Dia cuba serang PAS dengan pelbagai isu antaranya mendedahkan pertemuan sulit antara 10 pimpinan PAS dan PKR sebelum PRU-13 lalu. Dia berbohong kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya dan menolak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan ini dibalas oleh Mustafa Ali.

Ayat yang lebai masih ingat sampai hari ini yang dikeluarkan oleh Cikgu Pa ialah "Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider

Rafizi Ramli terdiam terus dengan kenyataan sebaris sahaja oleh otai PAS ini.

Lebai hairan kenapa RAFIZI MEMBISU dengan kenyataan bodoh Cikgu Pa ini... Rupanya selepas beberapa bulan daripada isu ini bila dibangkitkan pula oleh seorang lagi 'kepala buruk' dalam PKR, Saifudin Nasution Presiden PAS telah membuat kenyataan bahawa yang mula-mula cuba menarik Tengku Razaliegh ke Pakatan Rakyat adalah DAP. DAP yang minta PAS memujuk Ku Li selepas mereka gagal akhirnya semua diam membisu!

Maaf malam ini banyak sangat perkataan bodoh lebai gunakan...
Bukan apa lebai dah rasa meluat dengan butir-butir taik dalam PKR yang makin hari makin melampau fitnah mereka.

...dan RAFIZI menjadi makin bodoh kerana apa yang dia buat sebenarnya merosakkan imej dirinya yang sebelum ini sangat baik tapi kini sudah jadi butir-butir najis yang sangat jijik dan kotor!

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:25 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



FAM Berdepan Dengan Dua Kes Serius

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM) bakal berdepan dengan krisis kewangan yang serius berdasarkan dua kes yang tertangguh.

Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui beliau kecewa dengan barisan-barisan exco sebelum ini yang tidak bertanggungjawab.

"Pada masa ini FAM berhadapan dua kes iaitu satu kes dengan MP & Silva, di mana sekiranya kita kalah, FAM terpaksa membayar RM25 juta termasuk tambahan RM9 juta lagi jika kalah dengan satu lagi syarikat yang kita tandatangani untuk skuad pembangunan Harimau Muda ke Slovakia.

"Bagaimana FAM boleh tandatangani perjanjian yang lebih memihak kepada pihak lain?

"Sepatutnya keutamaan, kelebihan dan 'financial securities' serta apa sahaja kepentingan adalah kepada FAM tetapi sekarang ini apa yang berlaku adalah perjanjian-perjanjian yang lemah yang telah ditandatangani oleh FAM dan meletakkan badan induk ini di dalam keadaan yang susah," jelasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Khamis.
Jelas beliau, walaupun FAM akan terima kemasukan duit, tetapi tetap duit-duit tersebut akan keluar semula jikalau kalah dengan kes-kes berkenaan.

"Oleh itu saya telah berhubung dengan rakan saya dari Singapura dan menggunakan kenalan yang saya ada dalam kerajaan Johor dimana saya akan berjumpa sendiri dengan pemilik atau orang atasan MP & Silva.

"Insya-Allah saya akan cuba apa yang saya boleh untuk selesaikan perkara ini di luar mahkamah dan supaya kita boleh menjaga duit yang ada dalam FAM.

"Jika FAM tiada duit, tiadalah peruntukan untuk pasukan-pasukan yang bertanding di dalam liga Malaysia dan juga skuad kebangsaan.

"Oleh sebab itu saya katakan perkara ini adalah sangat serius," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:25 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sambil Kutip Ulat Satu Persatu Dari Kaki Pak Cik Itu, Anaknya Boleh Pula Buat Muka Meluat Tengok Ulat-Ulat Itu, Doktor Ini Kongsi Kisah 'Anak Boleh Jadi Kejam Bila..'
siakapkeli.my

Foto Kecil & Besar, Gambar Hiasan

Baik anak-anak mahu pun ibu bapa, bila mana sudah hidup secara berkeluarga seharusnya punya sikap saling menghormati, dan bertoleransi antara satu sama lain.

Lebih indah kehidupan bersama jika anak-anak, dan ibu bapa itu sendiri diberi penghormatan, dan didikan yang baik, agar keseluruhan keluarga dapat memenuhi kehendak, dan tanggungjawab.

Menerusi perkongsian dari doktor ini, iaitu Dr Taufiq Razif, akan situasi yang mana anak tidak tahu, atau mahu membersihkan luka di kaki ayahnya, sehingga berulat, di mana silapnya?

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Gambar Hiasan

Anak Boleh Jadi Kejam Bila..

Korang takkan percaya dengan apa yang saya cerita ni. Saya pernah dapat pesakit yang badannya penuh dengan ulat sampah!

Waktu anak dia masuk bilik berjumpa dengan nurse kat bilik sebelah nampak macam sopan je. Bila ditanya kenapa datang ke hospital katanya ada ulat kat kaki ayahnya. Nurse tu dah curiga dah sebab biasanya luka yang berulat ni sebab tak pernah dicuci je ataupun sebab pesakit tu memang orang kurang siuman yang tak suka lukanya dicuci.

Bila masuk je pakcik tu ke bilik pemeriksaan, bau daging mati semerbak memenuhi ruangan bilik.

Saya dah tak sedap hati dah walaupun saya nampak je kaki si pakcik tu dah berbalut. Bila saya angkat je pakcik tu ke katil, saya nampak lembaga kecil dalam lebih kurang 1 cm tengah merayap rayap kat kaki si pakcik. Tiba-tiba makin banyak dan akhirnya memenuhi lantai dan katil kat bilik rawatan.

Nurse yang muda memang dah lari bertempiaran dah. Tinggal la saya dan seorang nurse senior kat situ.

Sambil saya kutip ulat tu satu persatu saya tengok je muka anak pakcik tu. Anak pakcik tu boleh pulak buat muka meluat tengok ulat tu semua sambil buat-buat pakai sarung tangan.

Kononnya nak bantu pegang si ayah tapi sampai ke sudah tak pegang langsung pun ayahnya.

Korang jangan ingat ni kes terpencil je. Ni kes yang biasa orang kat hospital handle tau. Kita pun sebagai ibu bapa jangan la ingat cara didikan kita ni dah terbaik. Tanya orang yang lebih tahu. Kadang-kadang kita tak sedar pun cara didikan kita la yang melahirkan anak yang kejam terhadap ibu bapanya suatu hari nanti.

Antara contoh didikan yang boleh membuatkan anak jadi tak hormat pada kita adalah :

1. Terlalu manjakan anak secara melampau

Anak mengadu kena cubit sikit terus kita pergi jumpa guru besar untuk buat report. Anak mengadu kena rotan dengan warden sebab tak solat subuh terus kita pergi asrama dia untuk serang warden balik. Kalau depan anak pun kita tak boleh respect seorang guru, camne kita nak anak kita respect ibubapanya?

2. Ikuti segala kemahuan anak

Ada masanya kita kena ajar anak yang tak semua yang dia nak tu dia akan dapat. Cuba ajar anak untuk kawal kemahuan dia pada sesuatu. Selalu ceritakan kat anak kisah fakir miskin dan orang yang kurang bernasib baik. Biar dia belajar untuk mensyukuri apa yang ada di dalam tangan.

3. Segan nak belajar agama depan anak

Ada ibubapa yang segan nak mengaji dan belajar agama depan anak-anak. Kalau nak anak suka pada agama bukan dengan cara kita suruh dan bebel dia untuk suka pada agama tapi tunjukkan la pada si anak yang kita yang dah tua bangka ni pun masih berminat untuk mendalami ilmu agama.

4. Lupa nak jelaskan hukum hormat ibubapa

Walaupun anak kita mungkin dah diajar dalam silibus buku teks sekolah tentang hukum taat pada ibubapa tapi kita kena la selalu sebut tentang hukum taat pada ibubapa ni kat anak-anak. Cakap je yang nombor 1 kena sayang pada Tuhan. Nombor 2 kena sayang pada Nabi. Nombor 3 kena la sayang pada ibubapa sendiri.

5. Kita lupa nak kawal hiburan anak-anak

Hiburan utama anak-anak kita biasanya televisyen dan internet. American Academy of Paediatrics ( AAP ) mengatakan keganasan di dalam media massa ( media violence ) boleh menyumbang kepada perbuatan ganas anak-anak kita semua.

Jadi apa tunggu lagi, sebarkan info dan mesej ni seluas-luasnya kepada seluruh ibu bapa di Malaysia ya supaya kes ibubapa yang diterlantarkan oleh anak sendiri akan semakin berkurangan. Jangan kerana kesilapan kita sendiri dalam mendidik anak-anak membuatkan anak-anak kita sendiri yang berlaku kejam pada kita semua.

Saya Dr Taufiq Razif sendiri mendoakan agar anak-anak kita semua menjadi aset terbaik kita untuk sampai ke syurga sana, bukannya menjadi beban yang mengheret kita ke lembah neraka. Amin!

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Benarkah Hidup Di Zaman Mahathir Lebih Senang? Lelaki Ini Buktikan Dgn Slip Gaji

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Kalau sudi baca bacalah. Kalau tak sudi abaikanlah.

Beginilah nasib kami para guru ketika sambung belajar pada tahun 1992-1995, UTM Skudai. Dulu tidak ada tawaran sambung belajar kepada kakitangan kerajaan dengan bergaji penuh seperti sekarang, hanya dibenarkan separuh gaji atau letak jawatan.

Penyata Gaji saya dari tahun 1992-1995.

Gaji pokok ketika itu RM1115.00 adalah gaji setelah berkhidmat selama 15 tahun tanpa ada kenaikkan gred atau kenaikkan tangga gaji. Gaji separuh ketika sambung belajar adalah sebanyak RM557.50 tambah Elaun Khidmat Awam sebanyak RM57.50 = RM615.00.

Dalam keadaan terdesak begini pun cukai pendapatan dipotong lagi sebanyak RM36.00, kemudian bayaran balik pinjaman perumahan sebanyak RM473.47 dipotong (permohonan untuk menangguhkan bayaran perumahan untuk selama pengajian ditolak).

Potongan Tabung Haji dan Angkasa sebanyak RM59.00. Dan jumlah potongan adalah sebanyak RM568.47 dan baki yang tercatat pada slip gaji hanya tinggal RM46.53.

INILAH GAJI AKU SELAMA TEMPOH PENGAJIAN.

Memang tidak lojik dik akal dengan gaji sebanyak ini boleh menyara kehidupan di kampus (kos hidup di Johor Baru memang sedia maklum sudah tinggi ketika itu) dan menyara keluarga. Sudah pastilah hutang keliling pinggang, antaranya buat pinjaman daripada Bahagian Biasiswa Negeri Kedah dan lain-lain.

Kos pengajian bukannya murah semua perkara memerlukan duit. Ketika itu belum ada PTPTN, kalau masa itu dah ada pasti aku akan pohon dan pasti akan ku bayar balik.

Kalau budak-budak hari ini merasa mereka terbeban sangat di Universiti maka sedarlah kami yang dahulu merasakan hal ini.

Alhamdulillah berkat kesabaran Isteri dan anak-anak yang sanggup berkorban maka semuanya berjalan dengan baik.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Meningkatkan Keupayaan Gomen Mengutip Cukai Di Era Digital Ekonomi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"

Gomen perlu tingkatkan keupayaan mengutip cukai secara efisen di era ekonomi digital dengan memantau lebih teliti bagaimana kelab kelab [kononnya kelab sosial] membuat transaksi banking [tanpa kertas] di dalam kelab kelab yang ada mesin judi.

Pada era digital ekonomi ini, Mat mat yang masok kelab untuk berjudi dah tak bawa dompet besar.

Mereka hanya buat transaksi pemindahan wang di mesin terminal dikelab [melalui internet] di dalam masa banking [seperti di MAYBANK] atau urusan banking di luar masa perbankan. anyak bank telah longgarkan syarat LIMIT kepada pemindahan wang hingga beratus ribu bolih dipindahkan de kelab sosial untyuk tujuan berjudi.

Kalaulah BNM bolih memantau kes Pak Man Telo di dalam hal pengambilan deposit secara haram, wajarlah BNM buat prosedur memantau pemindahan wang ke kelab untuk tujuan perjudian. Kelab merupakan industri perjudian terbesar selepas Genting yang tidak ada rekod pembayaran cukai yang nyata. satu cara untuk 'capture' transaksi di kelab ialah dengan mengenakan GST untuk pemindahan wang ke kelab kelab. .Cukai yang merupakan'sin tax' harus dikenakan ke atas semua transaksi antara kelab sosial dan tuan punya akaun di bank .Kadar yang sesuai pada permulaannya disyorkan 12.5 per sen. dengan ini Gomen sudah kutip cukai dari pemain judi .Kedua ianya akan memberi nilai transaksi yang dijalankan di kelab kelab melaui perjudian yang gomen susah nak tahu pada masa kini.

Akhir sekali, ke;lab kelab sosial ini merupakan 'outlet' mat melayu Islam dibenarkan berjudi yang mereka tak bolih buat di Genting. Olih itu wajarlah satu skim industri perjudian di buat ala Marina Bay Sands di tepi laut yang bolih menarik pelancong dan buka peluang 20-30 000 pekerjaan! Skim lapok perjudian di kelab kelab harus di hapuskan menjelang 2018! "

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokman
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Siapa lawan PH sekarang?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Assalamualaikum, PH semacam hilang arah! kesemua parti dalam PH hari ini lebih takut kepada PAS dari BN.Walaupun PH sedang tetap memainkan isu 1MBD sebagai isu utama mereka dalam menghadapi PRU 14 nanti, ketakutan mereka masih pada PAS.PAS dilihat boleh menjejaskan usaha mereka merampas Putra Jaya dan mungkin boleh mengkuburkan mereka selepas PRU 14, bukan BN.

Justeru itu seluruh senjata yang ada pada PH dihala kepada PAS dengan harapan PAS menyebelahi mereka.Sesudah mereka yang memulakan serangan dan mereka memulakan melempar taik kepada PAS, mereka muncul untuk mendakwa PAS tidak bermaruah, PAS parti lebai yang suka maki hamun dan ahli PAS hanya pandai mencarut tak ada fakta dan tak ada hujah.Mereka menyembunyikan tangan selepas melontar batu dan dengan bebalnya menuduh PAS yang biadap tanpa melihat bahawa dunia menyaksikan bahawa segalanya dimulakan mereka.

Begitu juga dengan sikap double standard mereka seperti dalam contoh terbaru bagaimana mereka mendakwa TGHH melemparkan fitnah kepada DAP kerana mengatakan DAP berunding dengan Amerika sedang apa yang Rapiji buat bukan pula fitnah.TGHH didakwa tiada bukit, sedangkan Piji hanya memutar mutarkan autanya dengan SD tanpa bukti yang sahih boleh pula dianggap mereka benar.Bukankah ada sesuatu yang tidak kena dengan PH?

PH sekarang sudah tidak tahu siapa musuh poilitik mereka jadi mereka mengganggap PAS musuh mereka kerana PAS berbaik dengan Umno, bukan Umno lagi.Hala peluru kapurnya ditujukan kepada PAS.PAS didakwa terima dedak dari Umno, ingin mendapatkan habuan dunia dan tidak lagi berjuang untuk rakyat.

RUU 355 itu bukan perjuangan PAS untuk rakyat tetapi cuma dedak untuk sengaja menjadikan pertandingan 3 penjuru yang memberi untung kepada Umno.Sebab itu PAS yang perlu dilawan dulu dan untuk melawan perlu mereka mulakan dari sekarang, serang PAS bertubu tubi dengan peluru kapur bercampur taik kambing, biar PAS berbau busuk dengan harapan mampu meraih simpati pengundi kepada mereka.

Kalau PAS melawan kembali dengan kaedah yang kasar, maka lemparkan tuduhan PAS parti lebai yang suka mencarut, yang buat bertimbun timbun dosa, seolah olah mereka parti yang bersih dari dosa.Itu taktik mereka yang mereka perasan boleh meraih undi tetapi tanpa sedar mereka sebenarnya membunuh diri kerana semakin mereka menjalankan provokasi kotor ini kepada PAS, sokongan kepada PAS semakin bertambah dan mereka semakin hilang sokongan.

PKR hari ini sudah berada pada tahap berkecamuk.DSAI menyatakan sokongannya kepada RUU 355 setelah sebelum itu pendirian PKR seperti diumumkan presidennya, menyebut mahu melihat dulu penjelasan dari TGHH sebelum membuat keputusan dan Rapiji dengan bongkaknya mengumumkan penemuannya mengenai dana 1MBD yang disalurkan kepada PAS sebagai dedak pada hari RUU 355 dibentang oleh TGHH.Tambah berkecamuk apabila naib presidennya Shamsul M. Akin menyatakan sokongan PKR kepada RUU 355 setelah PKR Selangor berbuat demikian.Rapiji menjuarai PKR dalam penentangan kepada RUU 355 sehingga dalam sidang Parlmen olok oloknya, dia sanggup menghina hakim mahkamah syariah dengan andaian rasuahnya kalau hukuman dinaikkan.

Kemudian timbul pula tahalul siyasi yang menurut beberapa orang pemimpin PKR, tuduhan Rapiji itu tidak akan menjelaskan tahalul siyasi partinya dengan PAS, itu tuduhan peribadi Rapiji sebagai MP Pandan, bukan tuduhan PKR.Tanpa sedar banyak pihak dalam PAS sekarang menunggu muktamar yang akan diadakan pada hujung bulan ini untuk memutuskan tahalul siyasi dengan PKR.

PKR juga menghadap masalah apabila seorang ketua pemudanya, Adam Rosly ditahan kerana rasuah pada hari yang sama Rapiji menamakan tokoh bekas pemimpin PAS menerima dana dedak untuk PAS itu.Selepas itu, PKR dan pakar strateginya tak buat apa apa dengan kes Adam Rosly yang memberi imej buruk kepada PKR sebaliknya terus sibuk untuk memburukan imej PAS dengan beberapa SD dan cadangan membuat SD kepada orang yang dituduh.Peliknya, pakar strategi mereka tak kisah dengan apa yang berlaku dalam parti tapi sibuk untuk membuktikan PAS terima dedak dari Umno.

Mungkinkah itu tanda tanda awal berakhirnya PH? kata orang" beginning of the end"dan tanda PH tak kenal siapa musuh mereka?

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Lawak waktu Maghrib

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Dalam perlimen olok-olok Rafizi Ramli menghina hakim mahkamah syariah kononnya dengan gaji yang sedikit meraka mungkin makan rasuah. Rafizi fikir macam dia sikit nak duit!!

Kredit
Pak Lebai Syawal Atan

Kenyataan Biadap DAP

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Sesiapa dikalangan muslim yg sokong RUU355, ketahuilah bahawa anda semua sudah jatuh MUNAFIK...ini antara 'FATWA' terbaru kalipah DAP....PAN mcm biasa, membatu. Titik.

Korang boleh lihat komen2 Ronnie Liu Tian Khiew ini dlm satu status beliau melalui link ini: https://m.facebook.com/story.php…

Kredit
Ibnu Noor

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Thursday, April 13, 2017 10:14 PM
Subject: Fw: PKR Selangor sokong RUU355

Azan 5X Sehari Surau Masjid Mesti Dapat Kebenaran Penduduk – Azira Aziz Melayu PKR

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Azira Aziz salah seorang pengasas BEBAS, pendokong BERSIH, penentang RUU 355 & pimpinan PKR mahukan supaya masjid dan surau dalam jarak 50m dari kawasan tempat tinggal penduduk mendapat kebenaran penduduk.

Ini kerana katanya, surau dan masjid melaungkan panggilan azan 5 kali setiap hari!

Dia juga menyatakan masalah fundamentalis yang melanda negara ini adalah berpunca dari akibat kemasukan tenaga pengajar dari benua Arab dan penghantaran pelajar ke sana mengakibatkan negara menjadi tidak aman.

Cadangannya :
1. Semua masjid dalam jarak 50 m mesti dapat kebenaran penduduk.
2. Hentikan hantar pelajar ke Timur Tengah.
3. Hentikan pengambilan tenaga pengajar di Timur Tengah.

Usaha martabat syariah, PKR Selangor sokong RUU355

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
KUALA LUMPUR, 12 April — PKR Selangor menyokong Rang Undang-undang (RUU) persendirian pinda Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usaha memartabatkan undang-undang dan institusi Mahkamah Syariah.

Dalam kenyataannya, Shuhaimi Shafiei berkata penjelasan Hadi dan Datuk Takiyuddin Hassan menghilangkan kegusaran umum bahawa "pindaan itu bukan hudud dan tidak melibatkan orang bukan Islam".
"Maka, KEADILAN Selangor ingin sekali lagi menegaskan bahawa RUU 355 ini wajar untuk diberikan sokongan dan perhatian oleh umat Islam dan ianya tidak sama sekali akan menyentuhkan hukuman kepada orang bukan Islam.

"Bahkan dalam waktu yang sama KEADILAN juga kekal menghormati hak beragama bagi penganut agama yang lain," kata ketua penerangan PKR negeri dalam satu kenyataan.

Setiausaha politik menteri besar Selangor itu mahu anggota dan kepimpinan PKR menyokong usaha positif memartabatkan undang-undang syariah dan institusinya seperti diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

Katanya kenyataan ahli PKR yang bercanggah dengan keputusan kepimpinan pusat adalah "bersifat peribadi" seperti yang dikeluarkan NGO Invoke, yang dipelopori naib presiden Rafizi Ramli.

Wakil rakyat Sri Muda itu juga berharap ahli parlimen bersikap terbuka mengenai RUU 355 dan menjadikan ia sebagai medan perkongsian ilmu demi memperkasa agenda dan kebaikan rakyat Malaysia.

"Kita akan lebih di hormati jika saling memahami, tidak emosi dan kekal sederhana dalam menyampaikan pandangan. KEADILAN Selangor berdiri teguh dengan pendirian ini," katanya.- themalaymailonline.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Ingat Saya Dah Jadi Kain Buruk" – Mazidul Akmal

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


'BERBISA, lantang, berani' - Demikian ayat sesuai untuk menggambarkan keperibadian penerbit dan wartawan, Mazidul Akmal Sidek ketika mengendali pelbagai program di TV3, beberapa tahun lalu.

Namun, tiada siapa boleh menolak ujian takdir Ilahi apabila dia menerima serangan strok tiga tahun lalu, hingga mengakibatkan dirinya terlantar sakit sekali gus merobah kehidupan yang dikecapi sebelum ini.

Tidak sekadar itu, bentuk tubuh fizikal gempal pengacara rancangan penyiasatan popular 360 ini juga berubah apabila berat badannya turun dengan mendadak.

Sebelum ini, Mazidul Akmal dilaporkan dalam keadaan agak tenat akibat serangan angin ahmar dan pernah berada dalam keadaan koma secara sementara.

Setelah tahun berganti tahun, perkembangan kesihatan Mazidul Akmal dilaporkan semakin beransur pulih dan yang paling membanggakan dia kini sudah mampu menulis dan berjalan kira-kira empat bulan lalu.

Prihatin dengan perkembangan positif Mazidul Akmal, Pertubuhan Bina Bangsa hari ini menganjurkan program ziarah ke atas bekas wartawan ternama itu di kediamannya di Kota Damansara, Selangor.

Mazidul (kiri), Datuk Khairul Anuar (tengah), dan Tan Sri Ismail Omar (kanan).
Menurut Penaung Pertubuhan Bina Bangsa, Datuk Khairul Anwar Rahmat, selain bertanya khabar, kunjungan juga bagi menghargai jasa dan sumbangan Mazidul Akmal dalam bidang media khususnya laporan bercorak penyiasatan.

"Kita adakan ziarah ini untuk erat silaturahim. Kita nak tujukan solidariti terhadap Mazidul. Pada masa sama, kita nak kenang unsung hero (wira tidak didendang) seperti Mazidul," katanya ringkas.

Selain Khairul Anwar, Tan Sri Ismail Omar turut meluangkan masa melawat Mazidul Akmal meskipun bekas Ketua Polis Negara itu sebenarnya sedang deman.

Sementara itu, Mazidul, 50, yang ditemui meluahkan ucapan terima kasih atas keperihatinan orang ramai yang masih lagi menziarahinya hari ini.

"Hari ini, saya rasa seronok dan gembira sangat kawan-kawan dan sahabat saya datang ramai-ramai, saya ingatkan saya dah jadi kain buruk, rupanya tak.

"Lepas saya tidak kerja, hanya kenangan sahaja yang tinggal tentang apa yang saya buat selama ini.

"Apa pun, alhamdulilah saya kini boleh jalan sedikit demi sedikit guna tongkat dan dapat sokongan bagus dari ahli keluarga, kawan-kawan yang datang jenguk saya, itulah kekuatan yang saya ada.

"Saya juga baharu pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu, tak sangka saya boleh lakukan," katanya dalam keadaan sebak.

Pada masa yang sama, Mazidul Akmal turut menyatakan keinginannya untuk kembali menulis dan melaporkan berita seperti dahulu, namun sedar akan kemampuan terhadnya kini.

Dalam pada itu, isterinya, Fazlin Kamarudin mengakui pada awalnya suaminya sukar menerima keadaan penyakit yang dialami itu, bagaimana dia kini bersyukur semuanya semakin baik.

"Dulu masa dia banyak di luar, kerana bekerja. Jadi apabila dia terlantar sakit, semangat dia hilang.

"Dulu bila dia koma, ayat pertama keluar dari mulut dia selepas bangun, 'Mana kamera I? Tolong call Noh, assigment dah dekat ni. Esoknya pun cakap, saya dah lambat nak pergi kerja ini.

"Selama setahun, saya pulihkan kembali semangat dia. Selepas setahun, baru dia boleh terima keadaan dia macam ini.

"Selain terima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur, kami juga turut menggunakan rawatan tradisional, dan sokongan keluarga.

"Alhamdulilah, dia kini sudah kembali mula menulis. Sampai penuh satu buku. Dia siap betulkan balik reporting yang dia tengok. Dia memang ada passion terhadap kerjaya wartawannya 100%," katanya.

Hasil perkahwinan bersama Fazlin, 47, pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhamad Afif Fariq, 19, dan Muhamad Azard Faez, 16.

Nama Mazidul Akmal mula terkenal menerusi rancangan Majalah 3, 999 dan 360 menerusi stesen TV3.

Dalam kunjungan ziarah itu, Persatuan Bina Bangsa turut mengumumkan akan mengadakan pertandingan esei untuk pelajar sekolah menengah atas nama Anugerah Mazidul Akmal Sidek – Pertubuhan Bina Bangsa.

Bagaimanapun, maklumat mengenai pertandingan itu akan dimaklumkan kemudian. – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



'Saya Orang Cina, Saya Penganut Agama Taoism... Saya Sokong RUU 355'

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: "Sebagai seorang bukan Islam, kita tidak perlu mencampuri urusan agama lain. Hadi Awang juga tidak pernah mencampuri agama lain seperti Kristian, Taoist, Buddha atau agama Hindu sekalipun," kata bekas Setiauasaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.

Menurut Tuan Tat, usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau lebih dikenali sebagai RUU355 adalah usaha Ahli Parlimen Marang itu untuk menjaga agamanya.

"Biar Hadi Awang buat apa yang dirasakannya baik untuk agamanya. Asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Tuhan Allah yang disembah orang Islam.

"Itu pendapat saya sebagai seorang penganut agama Taoist. Agama saya tidak pernah mengajar saya untuk menentang apa yang dilakukan oleh penganut agama lain," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha Pakatan Harapan menentang usul persendirian dibawa Abdul Hadi di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Swee (DAP) serta Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR) kedua-duanya mendakwa usul RUU355 merupakan cara PAS bersama UMNO menutup isu 1MDB.

Kedua-dua mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersekongkol bersama PAS.

Membidas dakwaan oleh Pakatan Harapan, Tuan Tat yang bersama DAP selama 18 tahun menegaskan taktik memburukkan PAS adalah kerana parti berkenaan kini tidak lagi menjadi rakan politiknya selepas pembubaran Pakatan Rakyat pada 2013.

"Dahulu, (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) Anthony Loke menyokong pelaksanaan hukum Hudud yang ingin dibawa oleh PAS. Tetapi sekarang mereka menentang RUU355 yang dibawa oleh PAS.

"Kalau menentang, dahulu lagi sudah menentang. Kalau sokong, sudah tentu sekarang juga perlu sokong. Hormati PAS samaada mereka masih berada bersama pakatan pembangkang ataupun tidak," tegasnya.

Bukan setakat isu agama, DAP juga menentang sesiapa sahaja yang tidak lagi menyokong perjuang parti teraju Lim Kit Siang itu sepertimana DAP kini menghentam wakil rakyat Melaka yang meninggalkan parti pada Februari lepas.

"Jangan cakap mengenai agama, lihat sahaja isu keahlian DAP. Terutama isu keahlian DAP Melaka. Selepas ADUN DAP dan Ahli Parlimen DAP dari Melaka keluar dari parti, lihat bagaimana DAP mengehentam mereka," katanya.

Mengulas lanjut mengenai RUU355 dibawa Abdul Hadi, Tuan Tat menjelaskan bahawa orang Islam sudah tentu menentang usul berkenaan sekiranya ianya bertentangan daripada ajaran Islam namun sokongan kuat masyarakat Muslim terhadap usul berkenaan menunjukkan sebaliknya.

"Jangan lupa, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama. Setiap agama mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Saya bukan satu-satunya orang Cina yang katakan sebegini, ramai lagi orang Cina diluar sana yang menyokong usul Hadi. Kerana mereka tahu apa yang dilakukan oleh PAS adalah untuk orang Islam semata-mata. Tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya lagi.

- Malaysian Digest

Kredit
Ibnu Noor

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, April 09, 2017 7:52 AM
Subject: Fw: saya benar-benar jelas mengenai RUU 355

MISTI RAMAI YANG TERASA BILA BACA KOMEN AMOI NI...

naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Siapa makan cili dia rasa pedas...

Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SHAH ALAM: Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan sepatutnya berasa malu dengan tindakan mereka yang cuba menghalang usul Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini wakil rakyat," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam kepada Antarapos.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan wakil rakyat beragama Islam yang tidak profesional semasa pembentangan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya rasa malu dengan perbuatan (wakil rakyat) Amanah, mereka adalah daripada PAS dan dasar PAS mereka dah tahu.

"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355," katanya.

Mengulas lanjut Subramaniam berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.

"Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.

"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soalnya.

Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, semalam.

Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.

Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

Ahli Parlimen DAP, PKR ganggu Abdul Hadi bentang RUU355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen DAP dan PKR sengaja bangun bertujuan melengah-lengahkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sepatutnya membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Antaranya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) dan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Mereka menggunakan alasan Peraturan Mesyuarat selain membangkitkan masalah teknikal berkaitan usul berkenaan.

Lebih setengah jam mereka bangun bersilih ganti mempertikaikan usul berkenaan yang diberi keutamaan untuk dibentangkan pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu tersenarai sebagai perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini.

Bagaimanapun selepas lebih setengah jam 'mengacau' akhirnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua Ahli Parlimen terbabit duduk dan meminta Abdul Hadi meneruskan pembentangan.

Ia bertujuan meminda perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebii lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagai mana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.

RUU 355: Khalid Samad dan Hanifa mengamuk serta memekik Pandikar 'takut' dan digelar Ayam

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan berang dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan kuasanya menangguhkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) mempersoalkan tindakan Pandikar yang disifatkan tidak adil kerana hanya membenarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan hujah.
"Beri kami peluang berbahas, Dewan Rakyat apa ini? Hari ini adalah hari PAS dan Umno saja. (Pandikar) tidak berani beri kita peluang berhujah, Islam ke ni? Islam ke ni? Malu… Islam bukan macam ini," katanya dalam Dewan Rakyat.

Manakala, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) turut mempersoalkan tindakan Pandikar yang seharusnya memberi peluang kepada Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan berhujah.

Sewaktu kekecohan berlaku, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menggelar Pandikar sebagai "ayam".

Kemudiannya, teriakan "takut" dan "tidak berani" disuarakan ahli Parlimen pembangkang lain.

Ketika itu, hanya Takiyuddin dibenarkan berbahas tanpa sebarang sekatan oleh Pandikar kira-kira satu jam setengah.

Sebelum itu, selepas mendengar hujah Takiyuddin, Pandikar menyatakan rasa teruja dan mengakui beliau kini memahami makna Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

"Selepas saya dengar hujah Marang (Hadi) dan hujah sokongan dari Kota Bharu (Takiyuddin), saya benar-benar jelas mengenai RUU 355," katanya.

Pandikar kemudiannya berkata tidak mahu menjadi bodoh walaupun mempunyai kuasa sepenuhnya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat dari seorang pemimpin Sabah yang terpahat dalam fikiran iaitu 'when you are in power, you are powerfull, when you don't use the power, you are bloody full, today i don't want to be a bloody fool (apabila anda memiliki kuasa, anda berkuasa, apabila tidak gunakan kuasa, anda seorang yang bodoh, hari ini saya tidak mahu menjadi bodoh)," katanya.

Sesi perbahasan akan datang dijadualkan pada 24 Julai dan berakhir pada 10 Ogos tahun ini.

Tengah hari tadi, Hadi akhirnya diberikan peluang menghuraikan RUU 355.

Sewaktu huraian, Hadi menegaskan akta berkenaan hanya dikhususkan kepada umat Islam negara ini dan memberi jaminan tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kematiannya Yang Dicemburui, Meninggal Selepas Solat Maghrib Hari Jumaat Dengan Tangan Memegang Erat Al Quran, Siapakah Beliau?
siakapkeli.my

Setiap antara kita ummat Islam sudah pasti mengimpikan mati dalam keadaan yang mulia di sisi Allah, tapi cukupkah amalan kita lakukan sekarang untuk melayakkan kita memperoleh ganjaran seperti itu?.

Terbaca sebuah artikel yang dimuatnaik ke laman Facebook milik Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan, kisah pemergian seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana pemergiannya dalam keadaan yang amat baik dan pasti dicemburui ramai.

Siapakah beliau sebenarnya selain 'title' pensyarah yang dipegangnya? hebatkah keperibadiannya? jom kita baca.

Kematian yang dicemburui, Pensyarah UKM Almarhumah Zakiah binti Muhammadun di Masjid Bulat PJ. Meninggal selepas solat Maghrib hari Jumaat 07-Apr-17 dlm keadaan bertelekung dan tangan memegang erat Al Quran.

Hari Jumaat yg terakhir, beliau berjemaah solat maghrib bersama suami. Selepas solat beliau meneruskan amalan rutin bacaan al-Quran sambil menunggu Isha' sementara suaminya turun ke bawah. Bila suami naik semula ke atas, dilihatnya isteri kesayangan terbaring masih bertelekung; tangan erat memegang al-Quran, inalillahi wainnailaihi rojiun.

Apakah amalannya dianugerah Allah meninggal in syaa allah dlm khusnul khotimah. Ini himpunan amalan hasil kongsian dari rakan-rakan yg rapat dgn Almarhumah.

Dia tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan segalanya seperti biasa.

1. Dia akan bangun pada pukul 4.30 pagi, mandi, qiyam dan membaca al-Quran sementara menunggu Subuh. Dia lakukan amalan ini walaupun pada hari bercuti.

2. Dia berjaya hafaz Suratul Kahf, Al Mulk, Al Waaqi'ah dan Yaseen. Almarhumah kini sedang cuba menghafaz Al Baqarah. Lazimnya bila dah hafal satu-satunya surah Almarhumah akan tasmik dengan ustazah untuk semak bacaan.

3. Rutin hariannya beliau akan mendengar bacaan Al-Quran semasa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja atau balik (Almarhumah tinggal di Seksyen 14 Petaling Jaya ke UKM).

4. Almarhumah dengan sabar menjaga ibunya yg tidak berapa sihat bagi satu tempoh yang agak lama.

5. Tidak ingat bila terakhir beliau marah kerana kehidupannya selalu tersenyum dan ketawa.

6. Almarhumah selalu bersyukur, turun kepada manusia di bumi, dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan, orang yang sangat mesra, mentor yang sangat bertanggungjawab.

7. Setiap Ramadhan: bersama2 dengan rakan pejabat, Almarhumah memenuhi masa rehat mengetuai sesi tadarrus. Juga bersedekah buah kurma pd rakan2 pejabat.

8. Sangat pemurah dan rajin bersedeqah.

Setiap kali ada permohonan donation anak yatim dll, tidak pernah Almarhumah hampakan dan selalunya dibuat secara diam2, termasuk bagi membayar bil elektrik surau kg orang asli. Almarhumah juga selalu bayarkan bil bila makan dengan rakan2 pejabat.

Apa yang kami tahu dan itu apa yang kami nampak depan mata kami.

Masa hayatnya byk membantu org lain, masa meninggalnya juga banyak memberi keinsafan pd org lain. Amalan arwah boleh menjadi kayu pengukur di mana kita berdiri sekarang, semoga 'kita hari ini adalah lebih baik daripada semalam ".

Marilah kita bermuhasabah diri & melakukan kebajikan dlm penuh keikhlasan kerana Allah SWT. Lazimnya perginya kita menghadap ilahi sama dgn amalan ketika di dunia. Jika didunia kita suka baca al-Quran kita dijemput pun cara begitu, in syaa Allah.

Teringat satu pesanan dlm WhatApps :

If salaat is sweet to us right now our death would be sweet if we died right now. If we eagerly wait for salaat, then when death comes to us, we will eagerly wait to be released from this cage and soar to new heights. If our salaat are burden on us right now, death will be burden on us if we die right now. If salaat is painful, death will be painful.

Look at our salaat, improve our salaat, and we will improve our connection with Allah. Wallahua'lam.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Dengan Ahli 1458 orang Mampukan Parti PAN bertanding 40 Dun di Kelantan?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Semalam lebai 'menonton' ceramah parti PAN di Jelawat. Lebai nak tahu juga maklumat dikatakan ada pembukaan cawangan baru. Bukan apa lebai sekarang ni sedang membuat 'kajian' tentang kekuatan parti PAN di Kelantan yang dikatakan negeri PAN paling bergiat cergas.

Lebai nak juga mendengar penafian Husam Musa berkenaan wang yang disalurkan kepadanya yang diwar-warkan dalam media sekarang ini. Husam tak sempat makan di rumah Baba pengasas pondok Jelawat. Katanya nak siap ucapan. Tapi ceramah semalam masih gagal menjelaskan keraguan berkenaan wang tersebut.Husam terus menikus dalam isu Rafizi menyerang Azmin dan PAS.

Lebai tahu Husam tak mampu menjawab kerana memang dia ambil duit itu tanpa pengetahuan PAS untuk membina kekuatannya dirinya di atas nama satu badan tertentu termasuk Kijang Care.

Hari ini lebai nak dedah 2 penggunaan duit tersebut.

1. Harakah pernah nak buat meja makan. Harakah memohon permohonan kepada Cikgu Pa selaku pengerusi Harakah tapi Cikgu PA kata Harakah tak ada duit. Mereka sebut pada Husam Husam terus berikan duit.

2. Harakah nak tambah muka surat dan buat cetakan khas untuk PRK. Minta duit dengan Cikgu Pa. Cikgu Pa kata tak ada duit. Husam sekali lagi berikan duit untuk cetakan tersebut yang melibatkan kos sangat besar.

Sangat banyak.Lebai berikan 2 dahulu cukup untuk kali ini. Dua ni kalau nak mudah... pergi jumpa dan tanya Zul Sulong sekarang ni dia kerja dan jadi bos akhbar PAN dengan menggunakan nama samaran. Kalau dia tak mengaku lebai akan dedahkan nama samarannya.

Tapi penulisan lebai bukan nak bicara duit Husam yang kini dah nak habis... dia pun 'slow' sikit maklum duit tak ada. DAP pun sekarang tak banyak menghulur.

Lebai nak bincang pasal PAN nak bertanding 40 kerusi Dun di Kelantan.

Lebai telah mengulas sebelum ini bagaimana Dr Hatta Mohd Ramli dalam ceramah perlancaran Bilik Gerakan parti PAN Kelantan. Sila baca di sini.

Pan ada ahli terakhir di Kelantan seramai 1458 orang dibahagi dengan 40 Dun, maka tinggal 37 orang setiap Dun.

Kita kena sedar semasa PRU-14 nanti setiap kawasan dan Dun akan sibuk dengan tugas-tugas masing di Dun masing-masing. Sekarang mereka boleh berkumpul dan pimpinan negeri lain boleh datang. Tapi PRU-14 nanti sukar untuk berbuat demikian. Mampukah 37 orang ini berkerja untuk PRU-14 nanti?

Pada majlis perasmian tersebut Dr Hatta Mohd Ramli berucapan 54 minit ++ menerangkan strategi bilik gerakan yang harus dilakukan untuk bergerak untuk menghadapi PRU-14 yang sudah hampir katanya.

Lebai akui Hatta ni pakar bilik gerakan. Semasa dalam PAS dulu dialah yang menyusun strategi dan membentuk 30 unit bilik gerakan dikenali sebagai JPRK. Tapi Hatta tahu PAN tak mampu buat sebagaimana PAS, jadi dia kecilkan JPRK ini kepada 20 unit sahaja. Dia kecilkan dan satukan unit-unit tersebut kerana PAN sangat kekuarangan ahli. Itu pun 20 orang setiap Dun sangat berat untuk PAN nak merealisasikannya.

Hatta Ramli tukar strategi dia mengambil contoh bagaimana DAP bergerak iaitu menggunakan sukarelewan. Jadi PAN sekarang mencari sukarelawan bukannya daripada ahlinya terutama mereka yang simpati atau pelajar universiti. Jika ini tidak mampu mereka akan mengaji orang-orang yang dipercayai yang mungkin melibatkan kos besar dan ini membebankan parti PAN yang makin kekuarangan kewangan.

Lebai tak nak bincang dan dedahkan 20 unit tersebut. Lebai nak tunjuk satu aje iaitu "Polling Agent dan Counting Agent" (PACA). PACA tugasnya ialah bersama SPR semasa PRU yang duduk dalam tempat mengundi dan mereka menjaga peti undi selain membantu membuat analisis pengundi yang hadir mengundi bagi tindakan bilik gerakan mencari pengundi yang belum mengundi. SPR memanggilnya sebagai "Agen Tempat Mengundi"

PAS memang memberikan perhatian lebih kepada PACA dan kursus khas kepada PACA akan dibuat. PACA memerlukan tenaga yang ramai bergantung kepada berapa saluran tempat mengundi bagi sesuatu lokaliti. Sebab itu satu DUN memerlukan lebih daripada 30 orang PACA terlatih dimana yang terakhir dia mempunyai wuduk dan akan bersolat maghrib dihadapan peti undi bagi menjamin keselamatan peti undi.

Agaknya semasa PRU-14 nanti, AGEN TEMPAT PARTI PAN ADA ORANG TAK??
Atau tinggal meja kosong aje??

Lebai semasa bercakap dengan kawan rapat Dr Hatta Mohd Ramli, lebai banyak perli dan sindir dengan kemampuan parti PAN untuk bertanding di Kelantan. Dia juga menyedari tentang apa yang lebai sebutkan. Itu memang ancaman kepada PAN yang sangat sukar dibantu.

Lebai tanya, bagaimana ahli IKRAM yang menyertai PAN??
Ahli IKRAM hanya boleh berniaga dan berusrah aje. Kerja politik mereka bodoh! Nak duit mereka mungkin dapatlah keluah kawan lebai yang sekarang ini berada dalam Jentera Pilihanraya parti PAN.

Kesimpulannya.
Strategi parti PAN yang berceramah setiap hari di Kelantan dan mengempur PAS bukan apa, hanya sekadar untuk memberikan tekanan kepada PAS supaya PAS bersama dengan PAKATAN HARAPAN.

Tapi akhirnya strategi ini makan diri dan PAN tersempit bila bersatu wujud.

Kata kawan lebai tadi, bila BERSATU bersama PH, beban PAN untuk bertanding 40 kerusi DUN menjadi makin ringan kerana berkongsi dan jika PKR putus dengan PAS maka beban itu makin lagi ringan tetapi PKR katanya di Kelantan macam tak ada.

Masalah Bersatu pula katanya, mengikut analisis yang PAN lakukan akan membantu PAS jika berlaku pertandingan 3 penjuru kerana jika BERSATU bertanding mewakili PH, undi UMNO akan terjejas dan ini membuatkan PAS lebih selesa.

Jadi tanya lebai??

PAN memang delima, tension!! Jawab ringkas dan itulah tanda akhir perjumpaan kami dan dia pun bangun bayar makanan. Lebai dapat maklumat dan makanan free... terima kasih

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



2 Orang Jururawat Parah, Kenderaan Hospital Terbalik Di Pendang
siakapkeli.my

PENDANG: Dua jururawat dari Hospital Sik dilaporkan mengalami kecederaan parah dan orang lagi mengalami cedera ringan selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 70.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.50 pagi ketika kereta jenis Toyota Fortuner milik Hospital Sik itu dalam perjalanan dari arah Pendang menuju utara.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.53 pagi.

Menurut beliau, seorang pegawai bersama lapan anggota dari BBP Guar Chempedak bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

"Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan terdapat enam mangsa terbabit dalam kejadian itu.

"Semua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan terbabit oleh orang awam dengan tiga dari mereka sudah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, oleh orang awam," katanya. - Siakapkeli.my

Rakyat Malaysia Meninggal Akibat Jangkitan Virus Di Australia, Adik Tertekan Perlu Cari RM80,000 Untuk Bayar Perubatan Dan Pengebumian
siakapkeli.my

Batu Pahat: Keluarga Mohammad Syahurilnal Shahrull Nizam, 27, rakyat Malaysia yang meninggal dunia kelmarin akibat virus Influenza Streptococcus di The Northern Hospital, Epping, Melbourne, Australia memerlukan RM80,000 bagi membayar kos perubatan dan pengebumian arwah, lapor Harian Metro.

Menurut keluarga allahyarham, Farah Fadilah Mazlan, 30, berkata, sehingga kini mereka hanya berjaya mengutip RM6,640 hasil sumbangan individu prihatin.

Kerana kekangan kewangan, jenazah Mohammad Syahurilnal akan dipindahkan ke sebuah pusat pengurusan mayat Muslim di Preston dalam waktu terdekat untuk proses pengebumian di sana.

Mohammad Syahurilnal telah merantau ke Australia pada 12 Disember 2015 untuk bekerja sebagai pengutip anggur di sebuah ladang di Mildura, Victoria.

"Arwah bekerja selama enam bulan sebagai pengutip buah sebelum berhenti kerana ketiadaan permit kerja. Selepas itu, arwah bekerja sebagai pengutip sewa rumah bagi menampung hidupnya.

"Keluarga arwah mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazahnya di Australia berikutan kekangan kewangan," katanya.

Menurut beliau lagi, arwah mula mengalami sakit kepala yang teruk sejak tiga minggu lalu dan ditafsirkan sebagai migrain oleh doktor sebuah klinik di Mildura, 2 April lalu.

"Bagaimanapun, sakitnya tidak reda, malah semakin menjadi-jadi. Adakalanya arwah menangis kerana kesakitan.

"Pada 11 April lalu, saya menerima panggilan daripada ahli keluarganya memaklumkan arwah ditemui tidak sedarkan diri di katil di rumah sewanya sebelum dibawa ke Mildura Base Hospital.

"Pada mulanya doktor tidak dapat mengenal pasti virus yang menyerang Mohammad Syahurilnal dan mereka terpaksa mengambil air tulang belakangnya bagi mengetahui jenis penyakit terbabit.

"Ibunya, Che Sharina Shahid yang berusia 48 tahun enggan membenarkan prosedur itu, tetapi selepas doktor menasihatinya dengan bantuan seorang penterjemah menggunakan panggilan video, baru ibunya bersetuju," katanya.

Beliau memberitahu yang selepas prosedur itu, pihak Mildura Base Hospital merujuk Mohammad Syahurilnal ke The Northern Hospital.

"Doktor mengatakan virus itu merebak melalui jangkitan komuniti dan arwah tidak dapat diselamatkan kerana virus menyebabkan hampir keseluruhan otaknya mati," katanya.

Untuk mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke 152023222745 (maybank) atas nama Mohd Syarozi Bin Shahid - Siakapkeli.my

Lelaki Dibelasah, Motor Dibakar Oleh Abang Gadis Yang Dikenalinya Melalui Aplikasi WeChat
siakapkeli.my

Aplikasi WeChat sememangnya terkenal di Malaysia dan banyak diguna pakai terutamanya oleh remaja-remaja di negara ini. Selain sebagai alat komunikasi, aplikasi itu juga turut dipandang negatif oleh masyarakat kerana banyak kes-kes berlaku berkaitan dengan aplikasi terbabit.

Terbaru, seorang lelaki dibelasah manakala motornya pula dibakar gara-gara mengenali seorang gadis melalui aplikasi sosial popular itu.

Lapor Astro Awani, lelaki itu dibelasah oleh abang kepada gadis tersebut dan dia mengalami kecederaan di tengkuk.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 malam Khamis itu, lelaki berkenaan dikatakan pergi ke rumah gadis terbabit untuk menjemputnya dan berjumpa anggota keluarganya di Taman Angsana, Pokok Sena, Kedah.

Namun, sebaik sahaja tiba, abang gadis berkenaan menerpa keluar dan memarahi mangsa sebelum membelasahnya sehingga mengalami kecederaan di tengkuk.

Lelaki itu kemudian dikatakan telah menendang motosikal mangsa sebelum membakarnya setelah membuka tangki minyak.

Mangsa kemudian melarikan diri dan meminta bantuan dari jiran yang kebetulan berada di hadapan rumhanya.

Mangsa kini berada di Hospial Sultanah Bahiyah Alor Setar dan berada dalam keadaan stabis.

Astro Awani berkata, kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin.

Sumber: Astro Awani

Ibu Bapa Harus Waspada, Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) Meningkat 300% Di Perak
siakapkeli.my

IPOH: Ibu bapa dan penjaga diminta mengambil langkah berjaga-jaga berikutkan perkembangan terbaru berkaitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini dimana berlakukanya peningkatan kes sebanyak 300 peratus bagi tempoh dua bulan pertama, lapor Sinar Harian.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, dari 1 Januari hingga 25 Februari lepas, Perak mencatatkan sebanyak 538 kes HFMD berbanding 134 bagi tempoh sama tahun lepas.

Katanya trend peningkatan penyakit HFMD ini dikesan sejak minggu pertama awal tahun setelah melepasi paras purata kes lima tahun.

"Untuk tahun ini sahaja, sembilan wabak dikesan berlaku, tiga daripadanya di tadika, masing-masing dua di sekolah rendah dan rumah persendirian sementara satu kes berlaku di taska dan institusi jagaan kanak-kanak khas, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan setakat ini," katanya.

Menurut beliau, majoriti kes terbaru HFMD ini melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.

Walaupun ada rawatan perubatan yang berkesan digunakan ketika ini, penyakit terbabit amat cepat menular dalam kalangan kanak-kanak kurang 10 tahun yang terdedah kepada tempat tumpuan seperti taska, tadika dan sekolah rendah.

"Ibu bapa termasuk pengusaha pusat jagaan kanak-kanak ini perlu sentiasa berwaspada, sebaiknya amalkan pencegahan sekiranya sudah ada tanda awal jangkitan.

"Penyakit HFMD merupakan satu daripada penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), jadinya orang ramai boleh melaporkan kejadian kes ini ke pejabat kesihatan daerah yang berhampiran," katanya. - Siakapkeli.my

Parah! Kulit Menggelupas Gara-Gara Nak Cantik Dengan Pil Manjakani
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

BAN Sadis
Apa yg telah tuhan dh bagi semuanya cantik, cumanya atas penjagaan korang. Jaga pemakanan, jaga kebersihan, jaga cuci muka semua dan pelbagai lagilah. Mesti akan cantik secara semulajadi. Ni sampai nak makan pil bagai, apa yg terkandung dalam pil pun tak tahu.

So, kalau nak makan apa2 pil, google @ tanya farmasi dulu. Tak pun setiap ingredient yang tertulis tu, ko google. Samada ingredient tu merbahaya atau tidak.

Gurls gurls gurls, Boys Boys Boys Beware

rafidah72

Warga asing hutang bil hospital kerajaan RM50.5 juta

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendedahkan warga asing yang menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan di seluruh negara masih berhutang bil perubatan berjumlah RM50.5 juta.

Memetik laporan The Star, di HKL sahaja, warga asing dari 38 negara dilaporkan berhutang sebanyak RM7.87 juta sejak tahun 2012.
Untuk tahun lepas, HKL memaklumkan pihaknya kerugian sebanyak RM3 juta susulan kegagalan golongan tersebut melunaskan bil perubatan mereka.

"Warga asing dari Indonesia disusuli Myanmar, Bangladesh, India dan Nepal antara lima kumpulan yang secara konsisten gagal melunaskan pembayaran bil perubatan mereka dengan hospital tersebut sejak 2012 hingga 2016.

"Terdapat juga warga asing dari negara Dunia Pertama seperti Jerman, Finland, Singapura, Sweden, Jepun dan Amerika Syarikat tetapi angka itu lebih kecil.

"Kami cuba melakukan yang terbaik selain menghantar surat kepada kedutaan masing-masing meminta hutang tersebut diselesaikan.

"Namun hanya 5% hingga 10% bil rawatan yang belum dijelaskan itu berjaya dikutip," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada The Star.

Jelas hospital itu, sebab mereka gagal membuat pembayaran berikutan pesakit tidak mempunyai waris, tidak bekerja, bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan.

Antara sebab lain adalah pesakit itu tiada tempat bergantung akibat penyakit mental, kekurangan kerjasama daripada kedutaan, pesakit melarikan diri dari hospital, penyakit pesakit tidak dilindungi insurans dan majikan lepas tangan.

"Jika pesakit tinggal lama di wad dan perlu menjalani pembedahan, dialisis atau rawatan implan atau perlu dirawat akibat batuk kering, kos rawatan akan naik mendadak," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 16, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Hantar Anak Belajar Hafazan Di Turki, Antara Cara-Cara Norman Hakim Didik Anak Untuk Dorong Mereka Dekati Agama
siakapkeli.my

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka mendalami ilmu agama, ada yang menyatakan impian ingin anak-anak menjadi imam apabila mereka meninggal nanti, ada yang menyatakan sejuk perut ibu mengandung jika anak yang dididik menjadi anak soleh dan solehah.

Apa yang diimpikan ini memang diimpikan oleh semua orang termasuk artis iaitu Norman Hakim, dia memastikan anak-anaknya termasuk anak-anak hasil perkahwinan pertama dengan Abby Abadi dididik dengan agama.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata Danish ialah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta, Turki dan dijangka bertolak ke negara itu tahun ini.

"Alhamdulillah, Danish dipilih antara 10 pelajar untuk sambung pengajian ke Turki bagi menyelesaikan baki hafazan lapan juzuk berdasarkan prestasi semasa.

"Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya antara syukur, gembira, sedih dan hiba. Inilah anak pertama, darah daging dan merangkap kawan baik saya dunia akhirat, yang boleh diajak berbual serta berkongsi bermacam-macam perkara.

"Sepatutnya dia perlu bertolak ke sana pada Mei depan, tetapi saya minta ia ditunda hingga Oktober. Sempatlah juga nak beraya bersama," dipetik laporan BH Online.

"Saya tanya Danish,dia suka tak terpilih? Dia cakap inilah doa dia siang & malam untuk sambung pengajian kat sana.

"Dulu pernah rasa mcm ni masa mula2 dia nak masuk asrama, sekarang ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu. Saya cubalah cari kekuatan dgn izinNya, dlm masa sama kalau ada kawan2 kat sini yg pernah ada pengalaman mcm ni,mohon bagi saya kata2 semangat & motivasi ye," katanya di laman Instagram miliknya.

Norman telah berkongsikan apa yang dia lakukan dalam memastikan anaknya terdedah dengan pendidikan agama.

1. Hantar anak ke sekolah agama

Muhammad Danish Hakim, 14, kini belajar di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz, Kajang, Selangor manakala Marisa Dania Hakim, 12, mengikuti pengajian di Darul Quran Wal Hadith As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan.

2. Baiki diri untuk jadi contoh terbaik

"Kehidupan saya sekarang ini bagaikan dirahmati. Melihat anak-anak membesar dan menjalani kehidupan Islamik sebegitu menyebabkan saya turut sama terangsang untuk mengubah cara hidup.

"Saya juga teruja untuk memperbaiki kehidupan saya sekali gus menjadi contoh terbaik buat mereka."

3. Sentiasa luang masa dengan anak

"Pada peringkat usia sebegini, saya sudah tak fikir tentang diri saya lagi. Keutamaan saya kepada anak-anak yang semakin membesar.

"Saya perlu bijak membahagikan masa dengan mereka. Sekarang ini, setiap hujung minggu ada saya program dengan anak-anak.

"Nak kena ambil anak di asrama, uruskan perniagaan dan hal-hal berkaitan membuatkan masa saya sentiasa diisi,"

4. Kisah solat taubat anak

Dalam pada itu hasil didikan agama yang diikuti anak sulungnya pelakon ini berkongsi satu cerita. Norman memberitahu, dia tidak dapat melupakan kejadian apabila Danish tergesa-gesa menunaikan solat sunat taubat gara-gara menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segera.

"Semasa itu kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari asrama Danish. Kebetulan ketika itu kami lapar kerana masih belum menjamah makanan sedangkan tak ada kedai makan yang dibuka pada waktu itu.

"Jadi nak tak nak terpaksalah kami makan juga di premis tersebut. Pada mulanya Danish memang tak mahu makan di situ dan apabila saya tanya, dia berikan alasannya mengapa dia tidak mahu makan di situ.

"Bagaimanapun saya terpaksa menerangkan kepadanya tentang situasi kami yang ketika itu 'darurat' dan semua orang sedang lapar dan mungkin akan menyebabkan masalah lain jika tidak makan.

"Saya nampak wajah Danish berubah waktu makan dan dia juga nampak risau dalam kereta sepanjang perjalanan. Sampai di rumah dia terus buat solat taubat. Saya memang terperanjat namun perkara itu memberi pengajaran kepada saya sebagai bapa," cerita Norman.

5. Berkongsi masa

Berperanan sebagai bapa dan suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang besar buat Norman.

Untuk itu, Norman sanggup menolak tawaran berlakon yang memerlukan dirinya berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

Bagi Norman, keluarga memerlukan perhatian sepanjang masa dan dia sanggup berkorban apa saja demi insan kesayangannya.

"Pada peringkat usia sebegini, saya sudah tak fikir tentang diri saya lagi. Keutamaan saya kepada anak-anak yang semakin membesar.

"Saya perlu bijak membahagikan masa dengan mereka. Sekarang ini, setiap hujung minggu ada saya program dengan anak-anak.

"Nak kena ambil anak di asrama, uruskan perniagaan dan hal-hal berkaitan membuatkan masa saya sentiasa diisi.

"Sebab itu jika ada tawaran mendatang yang menuntut saya perlu bekerja di luar daerah, awal-awal lagi saya minta maaf sebab tidak dapat melakukannya," kata Norman tulisan di Utusan Online.

Selain Danish, Marisa dan Maria, Norman mempunyai dua lagi anak menerusi perkahwinan dengan pelakon Memey Suhaiza iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun. - Siakapkeli.my

Sumber: BH Online & Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: