Wednesday, April 26, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4725[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4725

Messages

Wed Apr 26, 2017 6:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pelajar Tahfiz, Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia

siakapkeli.my

JOHOR BAHRU 26 April - Pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang mana kedua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman, meninggal dunia sebentar tadi, lapor Utusan Online.

Menurut Utusan Online, bapa pelajar berkenaan, Mohd Ghaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan perkara itu dan memberitahu anaknya meninggal dunia pada pukul 2.05 petang tadi.

Sumber: Utusan Online, The Star

Pembedahan Tangan Adik Thaqif Yang Dijadual Pagi Ini Terpaksa Ditangguh Kerana Jantung Tak Stabil - Keluarga
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU, 26 April - Tangan adik Mohd Thaqif Amin, 11, dijadualkan menjalani pembedahan bagi memotong tangan kanannya di Hospital Sultan Ismail di sini pagi ini.

Bernama melaporkan, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata langkah itu dibuat setelah didapati keadaan tangannya itu yang dijangkiti kuman dari jari hingga bawah paras siku semakin membimbangkan.

"Mohamad Thaqif Amin dijadualkan menjalani pembedahan 8 pagi ini. Doktor ada maklumkan yang penting ialah nyawanya. Jadi kita ikut pada kata doktor walaupun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan tangannya untuk tidak dipotong," katanya.

[Dikemaskini]

Dalam perkembangan terkini, Dzuraidah berkata pembedahan tangan adik Thaqif yang dijadualkan pagi ini telah ditangguhkan, lapor Kosmo!

Dzuraidah berkata, penangguhan itu disebabkan keadaan jantung pelajar tahfiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

"Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.

"Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil," katanya.

Sumber: Bernama, Kosmo!

Tangan Pelajar Tahfiz Pula Kena Potong

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya.

Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong," katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuang darah beku, beberapa hari kemudian.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, April 25, 2017 10:52 PM
Subject: Fw: Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

CCTV rakam Thaqif dipukul di tapak kaki, dakwa gabungan sekolah tahfiz

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PUTRAJAYA: Sebuah pertubuhan bertanggungjawab hal ehwal sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia mempertahankan tindakan seorang pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor yang didakwa memukul seorang pelajar sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood mendakwa berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terbabit, pelajar tahfiz itu hanya dipukul di tapak kakinya sahaja.

Zahid berkata pihaknya sedang menimbang untuk mengambil peguam untuk membela sekolah dan guru terbabit.

"Kita lihat CCTV di sekolah itu, didapati memukul di satu kaki sahaja di tapak kaki dan berkemungkinan ada isu lain.

"Maklumat ini kita dapat setelah turun ke sekolah tahfiz itu dan berjumpa dengan pihak sekolah iaitu pengetua dan guru sekolah tahfiz itu," katanya selepas hadir dalam satu majlis penyampaian peruntukan kepada sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz berdaftar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.

Kisah pelajar sekolah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin, 11, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, minggu lalu menjadi tular di media sosial.

Thaqif dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Seorang pembantu warden direman 4 hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam, dilaporkan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya.

Ibu saudaranya, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata Thaqif yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.

Nabila berkata keluarga mereka turut dimaklumkan doktor, pembedahan yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.

Zahid meminta masyarakat di luar termasuk media untuk memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan siastan terhadap kes itu sebelum membuat tuduhan.

Tekanan

Katanya, sikap menunding jari kepada sebelah pihak hanya menunjukkan sekolah tahfiz itu dilihat sebagai tempat pengganas.

"Sebab tak ada keputusan lagi dan saya harap kita masyarakat beri ruang sepenuh-penuhnya kepada pihak berwajib seperti polis buat siastan, doktor buat siasatan perubatan, supaya mendapat satu jawapan yang telus.

"Apa kita lihat hari ini, rakyat menunding jari terus kepada sekolah, ustaz, sedangkan benda itu berlaku lepas 2 minggu.

"Janganlah kerana nyamuk seekor kita bakar kelambu dan seluruh tahfiz dilabelkan mendera, pengganas," katanya.

Sementara itu, seorang pengetua sekolah tahfiz dari Baling, Kedah, Abdul Rahman Yahya Tohar berkata gangguan emosi guru tahfiz mungkin antara puncanya.

Katanya, jika dilihat peraturan yang ditetapkan. sekolah tahfiz tidak membenarkan pelajar tahfiz dipukul.

"Kalau apa-apa kesalahan, dia akan rekod dan bawa kepada pengetua."

Menurutnya, hukuman disiplin termasuk denda, gantung atau buang sekolah.

"Jika rotan pun hanya tempat yang tidak menyakitkan dan memudaratkan seperti di tapak kaki. Itu pun jika pelajar tahfiz itu betul-betul degil," katanya kepada FMT.

Menurut Abdul Rahman, pelajar tahfiz biasanya akan diberikan nasihat jika membuat sesuatu kesalahan.

"Tetapi ada juga mungkin guru yang tak tahan sangat akan rotan tetapi tidak sampai memudaratkan. Melainkan ketika itu guru tahfiz tersebut ada masalah tekanan di rumah atau masalah kerja yang menyebabkan pelajar tahfiz yang dipukul cedera.

"Itu pun kalau berlaku hanya kes terpencil," katanya.

Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang kehilangan kedua kakinya kini mula menunjukkan darah beku di bahu kiri.

Menurut ibu saudara mangsa, Nurul Nabila Ahmad, 30, bahu kiri Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi menunjukkan tanda-tanda darah beku pada pukul 6 petang Ahad.

Bercakap ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail di sini Isnin, Nurul berkata, doktor memberikan ubat penipisan darah kepada anak saudaranya.

Dilaporkan tangan kanan Mohamad Thaqif kembali kepada warna asal secara perlahan-perlahan selepas ia berwarna kehitaman akibat jangkitan kuman.

Nurul turut memberitahu bahawa ujian telah dijalankan ke atas tangan kanan anak saudaranya yang terkena jangkitan kuman dari paras siku sehingga jari.
Bagaimanapun, ubat bagi merawat tangan Mohamad Thaqif memerlukan masa 48 jam untuk menampakkan kesan sepenuhnya dan hanya boleh diketahui pada pagi Selasa.

Dilaporkan murid berkenaan didakwa dipukul oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Lukut, Kota Tinggi di sini.

Mangsa yang merupakan tiga daripada lima beradik mengalami demam selepas lembam dan bengkak mula kelihatan pada kedua kakinya akibat jangkitan kuman.

Doktor terpaksa memotong kedua kakinya bagi mengelakkan kuman itu daripada merebak.

"Ya Allah..." - Pelajar Madrasah Yang Dipukul Luah Perasaan Di Dalam Diari - Ibu Saudara
siakapkeli.my

Johor Bharu - Pelajar sebuah madrasah yang mana kakinya dipotong selepas didakwa didera bulan lepas menulis pengalaman itu di dalam diarinya.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata anak saudaranya itu sebelum ini mengadu dipukul.

"Anak saudara saya berkata kadang-kadang, dia dan rakan akan sukarela untuk dipukul terlebih dahulu kerana mereka mahu tidur awal memandangkan mereka perlu bagun pada jam 3pagi untuk sembahya," dakwanya.

Katanya lagi, keluarga telah menemukan diari pelajar itu yang mencertikan tentang azab yang terpaksa ditempuhinya.

"Anak saudara saya menulis dia ditumbuk tanpa sebarang sebab dan tidak lagi mampu bertahan dari penderaan, dan mahu bertukar ke sekolah lain," kata Dzuraidah Said kepada The Star Online.

Dalam satu entri, budak lelaki itu menulis beliau dipukul di bahagian punggung selepas diberitahu oleh pembantu warden untuk mencuci beberapa cawan.

"Wahai Allah, tolong bukakan hati ibu bapaku untuk membenarkanku bertukar ke sekolah lain kerana aku tidak tahan lagi. Tolong, Allah, buatkan hasratku menjadi kenyataan," tulis pelajar itu sebagaimana yang diberitahu.

Pelajar itu kini berada dalam keadaan koma dan doktor sedang merawat untuk memberhentikan darah bekunya dari menjadi lebih teruk.

Sumber: The Star

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Biar Kami Dipandang Kotor, Tapi Hati Kami Masih Bersih Bantu Orang' - Respon Sedih Abang Bomba Selepas Dipanggil 'Anjing Kurap'
siakapkeli.my

Tidak dapat disangkal lagi khidmat Bomba Malaysia dalam menyelesaikan masalah-masalah harian kita sangat membantu dan terbaik. Dari tolong memadamkan kebakaran, buang ular dalam jamban sampaikan turunkan kucing yang terlekat atas pokok kelapa, boleh dikatakan bomba langsung tidak menolak aduan yang dibuat oleh orang awam.

Bagaimanapun, satu status yang dimuat naik oleh seorang lelaki ternyata membuat abang-abang bomba yang menjaga laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Puchong terasa hati.

Tindakan lelaki berkenaan menyamakan bomba dengan anjing kurap jelas mengguris hati bomba yang kemudiannya memuatnaik satu respon sedih di laman Facebook terbabit.

Status yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan.

Menjawab balas kritikan itu, bomba menulis:

"Kami tau, kami hina. Tapi Nabi SAW tak ajar umatnya menghina...Kami tau kami bukan Raja, tapi kami mintak kerjasama...Kami rela mati dengan lori(jentera) kami bawak untuk keselamatan awam, tapi doakan lah kami supaya mati dlm Iman(demi tugas)...biar kami dipandang kotor, comot, dan serabai...

"Tapi hati kami masih bersih membantu orang sekeliling...dan kami tau gaji kami kecik anak, sekurang-kurangnya kami dapat merasai nikmat bersyukur.Bersyukur Kerana Kami Masih digelar BOMBA(penyelamat xdiundang)." tulis Bomba diakhiri dengan hashtag #anjing_kurap_pun_makhluk_Allah Taala jgk #ManusiaxkanxBuatDosa.

Respon dah Bomba itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi positif dari orang ramai yang 'memujuk' bomba dengan kata-kata semangat.

Yuslina Yusof menulis: "Tak perlu layan komen macam ni sbb sebenarnya si penulis yang ada masalah. IQ dan EQ dia rendah. Dia langsung tak ingat semua makhluk dalam dunia walau seekor semut pun ada fungsinya.

"Come on Bomba...Tak payah pandang benda2 ni semua.It's just noise."

Status bomba itu mendapat lebih 2,000 perkongsian dan menerima lebih 2,000 komen.

Sumber: Bomba Puchong

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Perbandingan "Pengguna Bayar" Air Penang, Selangor, Johor & Melaka
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot.
Selangor Dengan 20 Meter Padu Air Percuma. Pulau Pinang Pula Dengan 35 Meter Padu Dengan Tarif Terendah Berbanding Seluruh Negara.

Kerajaan Pakatan di Selangor telah memberi bekalan air percuma kepada rakyat yang tinggal dalam Selangor sejumlah 20 meter padu. Ramai tertanya-tanya 20 meter padu itu banyak mana?

Sebenarnya, 1 meter padu adalah bersamaan 1 cubic meter yang juga bersamaan bersamaan 1,000 liter. Justeru 20 meter padu itu adalah sebanyak 20 ribu liter air.

Harga Air bagi satu meter padu (m3) di atas berbeza mengikut negeri sebagai contoh kita ambil yang *Termahal* dan *Termurah* iaitu :

TERMAHAL
▪Johor
▪1 meter padu = RM1.07

TERMURAH
▪Pulau Pinang
▪1 meter padu = 31 sen

Jika anda menggunakan air sebanyak 20 meter padu sebulan maka :

🚰 *Rakyat Johor* kena bayar sebanyak RM1.07 × 20 (m3) = *RM21.40 sebulan.*

🚰 *Rakyat Pulau Pinang* kena bayar sebanyak 31 sen × 20 (m3) = *RM6.20 sebulan*

🚰 *Rakyat Melaka* perlu membayar 75 sen × 20 (m3) = *RM15.00 sebulan*

🚰 *Rakyat Selangor* paling beruntung kerana penggunaan 20 meter padu pertama adalah *FREE*, (yang kata tidak dapat free itu adalah disebabkan mereka tidak menggunakan meter air sendiri).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sedang Khusyuk Mengalunkan Bacaan Al-Quran
siakapkeli.my

SURABAYA, lndonesia - Seorang qari tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika beliau sedang khusyuk mengalunkan bacaan al_Quran di satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia.

Ustaz Mohammad Ja'far Abdulrahmad, 60, rebah secara tiba-tiba ketika majlis meraikan ualng tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama yang diadakan di rumah terbabit.

Mohammad Ja'far kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia.

Punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

Video kejadian juga dimuat naik di media sosial sebelum menjadi viral.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Apr 26, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pastikan Pemanduan Lebih Selesa, Lakukan Cara Ini Untuk Elakkan Sakit Badan & Rasa Lenguh-Lenguh Ketika Memandu Jarak Jauh
siakapkeli.my

Biasanya kalau kita ingin ke mana-mana kalau tidak menggunakan pengangkutan awam, sudah pasti kita akan memandu sendiri. Ia lebih memudahkan, kerana kita dapat merancang perjalanan mengikut masa kita sendiri.

Dalam perjalanan yang jauh pula, ia pasti mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi, dan disebabkan itu, badan akan mula lenguh-lenguh, dan lengan atau tangan juga akan berasa begitu juga, kerana terlalu lama memegang stereng.

Kalau macam tu, ada ke cara yang boleh dilakukan, untuk kurangkan rasa senagl-sengal atau lenguh, lebih-lebih lagi dekat lengan?

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan, jom kit abaca untuk ketahui lebih lanjut.

Foto: wikiHow

a. Kurangkan tekanan pada bahagian lengan

1. Regangan

Buat regangan sebelum mulakan perjalanan, atau sewaktu berhenti rehat. Dengan membuat regangan ia boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan badan terasa lebih fleksibel. Anda perlu regangkan bahagian belakang badan juga lengan, kerana sakit belakang, boleh sebabkan lengan sakit.

Anda boleh cuba cara ini untuk buat regangan:

i. Regangkan jari, dan depakan tangan ke hadapan selama 10 saat. Rileks sebentar, dan bengkok jari pada sendi, biarkan selama 10 saat, dan ulang pergerakan yang sama.

ii. Temukan kedua-dua tapak tangan, dengan keadaan siku ke atas. Gerakkan tangan ke bawah, dan biar selama 10 saat. Kemudian kembali pada posisi awal, dengan tapak tangan masih bersentuhan, gerakkan jari ke kiri dan kanan.

iii. Depakan tangan ke luar, dan buat pusingan, ke depan juga ke belakang.

iv. Semasa berdiri, tunduk, dan cuba capai ibu jari kaki anda, untuk regangkan belakang badan. Kira sehingga sepuluh, bengkokkan lutut jika perlu.

Foto; wikiHow

2. Pegang stereng dengan betul

Dengan keadaan tangan yang rileks, pegang stereng kereta. Pastikan genggaman tidak terlalu kuat, dan ubah cara genggaman dari semasa ke semasa. Gerakkan jari, untuk elakkan dari kekejangan.

Lengan anda sepatutnya dalam keadaan rileks, dengan dibengkokkan sedikit.

Elakkan dari menggenggam dengan terlalu kemas pada stereng, atau dengan keadaan lengan yang lurus.

Foto: wikiHow

3. Biar tangan berehat seketika

Setiap 15 – 20 minit perjalanan yang jauh, berikan tangan anda berehat seketika. Memang benar, adalah baik anda memegang stereng kereta dengan kedua-dua belah tangan sepanjang masa. Tapi, dalam perjalanan jauh, dan dalam keadaan yang selamat, rehatkan sebentar sebelah tangan anda selama 30 saat. Biarkan ianya rehat di atas peha anda, dan buat perkara yang sama pada tangan yang lain.

Dalam keadaan jalan yang tidak sibuk, ia adalah peluang yang baik untuk rehatkan tangan anda selama 30 saat, tapi jika terlalu banyak kenderaan, anda harus pastikan kedua-dua tangan pada stereng kereta.

Foto: wikiHow

4. Tidak capai benda lain

Jangan cuba mencapai sesuatu dalam jarak yang jauh dari kedudukan anda, ia bukan sahaja membahayakan, tetapi akan menyebabkan lengan anda sakit. Berhenti sebentar ke tepi, jika anda perlu mengambil sesuatu.

Foto: wikiHow

5. Berehat sebentar

Jika menempuh perjalanan jauh, pastikan anda berehat, jika boleh setiap sejam, atau di hentian yang ada. Beri badan anda rehat, paling kurang 30 minit, jadi anda ada masa untuk rehat. Sewaktu waktu rehat itu, regangkan lengan, tangan, belakang, dan berjalan buat berepa ketika.

Foto: wikiHow

b. Pastikan anda selesa

1. Duduk dengan selesa

Betulkan tempat duduk, dan stereng kereta. Jarak anda dengan stereng adalah di antara 10 ke 12 inci (25 ke 30 cm) dari dada. Betulkan kedudukan, supaya belakang badan boleh bersandar sepenuhnya pada kerusi, dan 'headrest'. Kerusi anda dicondongkan pada, 100 ke 110 darjah.

2.Gunakan 'strap cushion'

Tali pinggang keselamatan boleh menyebabkan bahu anda tidak selesa. Cari 'kusyen' untuk tali pinggang keselamatan, supaya dapat membuatkan anda lebih selesa.

3. Periksa minyak 'power steering'

Ini untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik, supaya anda tidak terlalu bersusah payah memusingkan stereng, kerana ia boleh jadi punca lengan atau bahu anda sakit.

Ini sedikit sebanyak apa yang anda boleh lakukan, dalam memastikan anda dapat memandu dengan selesa tanpa mengalami masalah sakit atau lenguh-lenguh pada lengan, juga belakang badan. Pandu dengan selesa, juga selamat. – Siakap Keli

Sumber: wikiHow

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bagaimana nak periksa samada degupan jantung anda terlalu perlahan
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Berapa kiraan degupan jantung anda sekarang ? Tahu kira tak ?

Berapa sepatutnya jumlah kiraan degupan jantung yang normal dan berapa pula kiraan degupan jantung yang tak berapa normal ?

Saya baru saja periksa degupan jantung tadi dengan menggunakan telefon samsung. Bila tengok bacaannya jauh rendah dari bacaan normal, maka terpaksa semak dan cari maklumat supaya lega sikit hati.

Bacaan degupan jantung normal
Kalau nak ikutkan kepada saranan para pakar, jumlah degupan jantung yang normal sepatutnya ada pada orang dewasa adalah dalam lingkungan 60 bpm ke 100 bpm.

Kiraan degupan jantung dibuat berdasarkan jumlah degupan dalam tempoh satu minit. Sebab itu kita letakkan unit bpm selepas nombor kiraan degupan jantung.

Sebagai contoh, 60 bpm menunjukkan jantung anda berdenyut sebanyak 60 kali dalam tempoh satu minit.

Bacaan degupan jantung tak normal
Kalau jumlah degupan jantung normal tu adalah antara 60 bpm ke 100 bpm, maka selain dari yang tersebut itu dikira tak normal lah tu.

Jumlah yang disebut itu adalah dalam keadaan anda sedang berehat dan tidak melalukan apa-apa aktiviti fizikal seperti menari atau berjoget. Bila anda mula berjoget, degupan jantung akan mula menjadi lebih rancak.

Jika dalam keadaan melepak dan santai, degupan jantung anda kurang dari 60 bpm, itu ertinya degupan jantung anda adalah perlahan. Terma perubatannya adalah dipanggil Bradycardia.

Orang yang ada masalah Brycandia akan jadi meloya nak termuntah, pening-pening memusing, keletihan, rasa keliru, susah nak bernafas, tak larat dan seumpamanya lagi.

Degupan jantung ahli sukan perlahan
Tapi jangan nak risau lagi jika anda dapati jumlah kiraan degupan jantung anda hanya dalam lingkungan 40 bpm ke 50 bpm sahaja.

Saya tahu ramai dikalangan pembaca blog ini terdiri daripada ahli sukan kampung yang aktif bersukan. Samada main bolasepak, main sepak takraw bulat atau badminton dan lain-lain lagi. Anda memang aktif bersukan.

Sekali dah terbiasa main sukan macam yang saya sebut kat atas tadi kat kampung, ketagihan untuk bersukan setiap hari membuatkan anda punya tahap seorang ahli sukan. Walaupun hanya ahli sukan tahap kampung Tobiaq, dikira ahli sukan juga.

Jadi jika anda kira degupan jantung anda perlahan dalam lingkungan 40 ke 50 bpm, jangan panik kalau tak ada apa-apa masalah.

Bagaimana nak periksa degupan jantung
Kalau anda nak tahu cara tradisi dan manual yang semua orang boleh lakukan dengan mudah, pergi baca kat panduan di pautan ini sahaja.

Bila pergi klinik dan diperiksa oleh nurse, dia akan pegang pergelangan tangan kita dan mula buat kiraan. Anda juga boleh buat sendiri dan tak payah nak biarkan nurse yang gebu pegang tangan anda tu.

Guna Samsung S6 periksa degupan jantung
Ada satu lagi cara yang jauh lebih mudah. Anda hanya perlu gunakan telefon pintar jenama Samsung yang anda pakai sekarang saja. Saya tak pasti pada model samsung lain, tapi yang biasa saya pakai, itiu Samsung S6 atau S7, ada App yang tersedia bernama Samsung Health.

Mungkin ramai yang ada Samsung S6 tapi tak pakai, malah tak sedar adanya App yang amat berguna untuk tahu tahap kesihatan anda. Bagi yang masih tak tahu pergi ambil telefon pintar segera dan buka App tu segera.

Logo dia macam gambar yang tertera kat atas tu. Tekan dan buka App itu dan boleh mula gunakannya segera sekarang. Anda boleh buat kiraan degupan jantung hanya dengan letakkan sahaja jari anda pada lampu kamera kat belakang telefon tu.

Bila jari diletakkan, lampu merah akan menyala dan telefon anda mula mengira bacaan degupan jantung anda dengan pantas dan mudah. Selain dari mengira degupan jantung,a nda boleh juga kira tahap stress dan kandungan air dalam badan. Semua tersedia dalam Samsung Health.

Jaga jantung jaga kesihatan
App itu juga boleh digunakan untuk merekodkan segala langkah atau aktiviti bersenam anda. Bila anda bergerak, dia akan mula kira jumlah langkah yang anda buat dan rekodkannya berserta dengan tempoh masa berapa lama anda bergerak.

Bagun pagi-pagi selesai semua urusan solat dan zikir, kemudian ikat kain pelikat kuat-kuat dan turun ke bawah. Pergi berjalan kaki sekeliling kampung dan jangan lupa pada telefon pintar Samsung sekali.

Kalau nak sihat, pastikan anda berjalan kaki sebanyak 10 ribu langkah sehari. Susah juga nak kira kalau nak buat secara manual kira satu dua tiga dan seterusnya. Tapi jadi mudah bila anda guna samsung health app tu.

Jadi apa nak tunggu lagi, buka app tu, mula kemas kini maklumat yang dia minta dan boleh terus mula guna ...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Universiti kita kesempitan wang?

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh SITI NUR BARIAH ABDUL HADI

Baru-baru ini saya bertemu semula dengan pelajar-pelajar saya di Shah Alam ketika menghadiri persidangan anjuran sebuah universiti tempatan. Saya hadir bukanlah sebagai pembicara, lebih dekat hanya sebagai hadirin.

Tujuan saya cumalah untuk melihat semula universiti tempat saya bekerja lebih sepuluh tahun itu semenjak saya menumpukan perniagaan kek dan roti kecil-kecilan bersama anak di Bukit Beruntung.

Kemudian, kami pun ke restoran berdekatan untuk berbual-bual dengan anak-anak didik saya yang kebanyakannya sudah memasuki tahun akhir kuliah. Sekadar ingin tahu perkembangan-perkembangan baru.

Apa yang saya dengar pada petang itu telah membuat saya terkejut sebagai seorang bekas pensyarah. Firasat saya sendiri memang rasa tidak kena dengan pentadbiran baru universiti ini.

Pelajar-pelajar inilah yang mendedahkan kepada saya. Menurut anak-anak ini, yuran kemasukan telah dinaikkan hampir-hampir tiga kali ganda daripada harga asal untuk beberapa keadaan.

Tidak ada penjelasan yang diberikan sebelum yuran dinaikkan sebelum semester mereka bermula. Yuran baru diperkenalkan serta-merta. Ada beberapa daripada mereka telah bertemu pihak pentadbiran, namun banyak yang tersekat di situ. Karenah birokrasi.

Banyak daripada pelajar saya sendiri, yang saya kenal, bukannya datang daripada keluarga yang berada. Ada juga anak petani dan penjahit kain. Mereka risau untuk meminta wang daripada ibu bapa mereka di kampung.

Sesetengah daripada mereka terpaksa mengambil kerja tambahan di hujung minggu hanya untuk melunaskan yuran.

Itu tak termasuk lagi dengan bayaran saman yang dinaikkan sampai seratus ringgit. Hanya semata kerana salah parkir?

"Ya, mahal sekali madam. Majlis Bandaraya juga tidak pernah mengenakan saman setinggi itu untuk kesalahan salah parkir."

Kita kena beringat: ini pelajar yang harus membayarnya. Bukan orang yang mempunyai pendapatan tetap.

Selain itu, yang menyayat hati saya adalah bagaimana begitu banyak dana untuk program-program universiti terpaksa dipotong. Mereka merungut kepada saya aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak dapat lagi dijalankan kerana wang universiti tidak cukup.

Ada di kalangan mereka yang terpaksa mengumpul wang sendiri untuk menjayakan program kelab masing-masing.

"Mungkin universiti kita kesempitan wang, madam." Seloroh mereka.

Merah wajah saya mendengarnya – bercampur malu, marah, dan kesal.

Saya balik daripada pertemuan itu dengan hati yang kesal. Ini tidak pernah terjadi sepanjang tempoh saya menganggotai bidang pendidikan di universiti tersebut. Bagaimana hal ini boleh dibiarkan sama sekali? Saya memasuki bidang pendidikan dengan harapan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti demi masa depan bangsa, agama, dan negara.

Terfikir juga, adakah ini kerana pemotongan belanjawan pendidikan yang diumumkan beberapa bulan lepas? Beberapa akhbar pun ada memaparkan ribuan pensyarah yang berhenti kerja kerana kekangan wang.

Jika ini benar, kita sebagai warga Malaysia harus berwaspada agar masa depan anak-anak ini terjamin dengan baik.

Tidak patut sama sekali jika mereka terpaksa menanggung kepayahan yang berpunca daripada ketidakcekapan generasi kita yang lebih tua dalam menguruskan kewangan negara.

Saya menulis ini hanya dengan niat untuk menegur situasi pusat-pusat pengajian kita. Universiti kita seperti yang ditubuhkan oleh bapa-bapa negara dengan tujuan untuk melahirkan generasi cerdik pandai dan mampu bersaing dalam era globalisasi.

Membebankan mereka dengan yuran mahal, potongan dana, dan saman yang keterlaluan bukanlah jawapan yang kita semua carikan. Kita harus memikirkan sesuatu untuk menangani masalah ini, meskipun dalam ekonomi yang meribut.

----------------------------------------------------------

SITI NUR BARIAH ABDUL HADI seorang bekas pensyarah sains gunaan di universiti. Beliau kini menetap di Rawang, Selangor.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jika Ada Lalat 'Mendarat' Di Atas Makanan Anda, Adalah Baik Jika Anda Berhenti Jamah Bahagian Yang Dihinggap Itu
siakapkeli.my

Reaksi biasa apabila terlihat lalat mendarat di atas makanan adalah dengan menghalau serangga itu menggunakan tangan dan teruskan aktiviti makan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Tapi sekarang anda mungkin perlu memikirkannya semula kerana mereka muntah hampir setiap kali mereka mendarat di atas makanan.

Mungkin ia cuma kelihatan kecil, tetapi lalat mampu membawa banyak jenis bakteria dan kuman - pada puratanya 200 - yang berpotensi membahayakan kesihatan.

Antara bakteria yang dibawa adalah najis dan makanan reput lain yang telah mereka mendarat sebelum ini.

Pengkaji di Universiti Florida sebelum ini menemui bahawa lalat rumah membawa bakteria yang menyebabkan infeksi pernafasan dan keracunan makanan.

Satu kajian yang mereka jalankan menggunakan lalat dari tong sampah dan pintu masuk di empat restoran mendapati serangga itu membawa lebih banyak penyakit dari yang disangka.

Mereka berkata orang dewasa yang sihat boleh melawan bakteria-bakteria itu, tetapi kanak-kanak dan orang tua serta mereka yang lemah sistem imun berada dalam risiko.

Ron Harrison, dari kawalan serangga Orkin berkata: "Mereka cuma perlu menyentuh makanan anda selama satu saat untuk membolehkan kaki dan bulu halus di badan mereka memindahkan kuman dari semua benda kotor yang mereka makan ke makanan anda".

"Dan memandangkan lalat boleh memindahkan penyakit berjangkit serius seperti taun, disentri, dan kepialu, mungkin langkah yang terbaik jika anda mengelakkan makan benda-benda yang pernah disentuh oleh lalat.

Mereka juga boleh membawa salmonella, antraks dan tibi dan dalam masa yang sama mereka juga terkenal sebagai penghantar telur cacing parasit. Wow.

Kalau anda mahu berjimat, mungkin boleh potong bahagian yang berjaya ditakluki oleh serangga itu.

Sumber: Metro.co.uk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: