Wednesday, April 5, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4712

8 Messages

Digest #4712
1
Fw: Sosma lari daripada tujuan asal by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
4
Fw: Dua berita gembira by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
5
Fw: IC nama2 pelik by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
6
Fw: Kementerian Kesihatan Dedah Lagi by "~:eSpAcE9808:~" rienacom

Messages

Wed Apr 5, 2017 7:27 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sosma lari daripada tujuan asal, kata Suhakam

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (Sosma) yang diluluskan 5 tahun lalu tidak diguna sepenuhnya dalam mengekang aktiviti keganasan, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata laporan tahunan badan itu mendapati Sosma digunakan untuk tujuan lain demi menjaga kepentingan pihak tertentu sehingga melangkaui hak asasi manusia.
"Dalam tempoh pendek sejak ia diluluskan, Sosma digunakan bagi tujuan lain daripada anti keganasan dan Suhakam mencatatkan aduan tahanan yang mendakwa terjadinya penderaan sepanjang ditahan 28 hari, contohnya temu duga yang dijalankan dalam keadaan bertujuan menghina tahanan.

"Terdapat kes di mana individu yang memilih melaksanakan hak berhimpun secara aman ditahan di bawah akta tersebut.

"Malah, seakan-akan ada trend untuk melemahkan percubaan serius bagi mengkaji kepatuhan undang-undang anti keganasan ini kepada hak asasi manusia," katanya sambil menyifatkan akta itu melampaui kesalahan keganasan.-FMT

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Thursday, March 30, 2017 10:58 PM
Subject: Fw: Mohon Sumbangan Untuk keluarga Siti Noor Aishah

Menyeksa Siti Noor Aishah

Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
tranungkite.net

Oleh AMIR ABD HADI
Ini kisah Siti Noor Aishah. Dari jauh aku lihat dia mengesat air mata. Bukan kerana bebanan yang menimpa, tapi rasa malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain.

"Terima kasih banyak. Mak cik tak ada duit nak bagi, mak cik malu dengan kamu. Semoga tuhan balas jasa kamu," katanya.

Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bas ekspres yang sedang menunggu. Waktu itu aku lihat dia mengesat air mata walaupun sebenarnya dia cuba menyembunyikan kesedihan itu dengan berselindung di celah-celah kereta.

Pak Cik Atam pula masih berdiri di tepi kereta aku. Dia ingin menghulurkan duit. Aku tahu, orang tua ini seorang OKU yang hanya menyara hidup anak isteri hasil wang bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta wang pencen Socso sebanyak RM600.

Aku menolak wang yang dihulur itu bukan kerana aku ada banyak duit, tapi langsung tak tergamak mengambilnya.

"Terima kasih banyaklah encik. Pak cik tak tahu dah nak mengadu pada siapa. Di KL ni, kami sekeluarga tak ada siapa-siapa nak mengadu."

Pak Cik Atam Jusof dan isterinya, Mak Cik Saadiah Ibrahim adalah ibu dan ayah kepada Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar Universiti Malaya yang dituduh mengikut Sosma - atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 kerana kononnya memiliki 12 buku yang diharamkan.

Mereka aku hantar ke stesen bas sementara Shah Alam untuk membolehkan mereka pulang ke Dungun, Terengganu.

Semalam, anak mereka itu baru saja ditahan semula mengikut Sosma dan dihantar ke Penjara Kajang.

Tidak dapat aku bayangkan jika kedua-dua orang tua itu adalah ibu dan bapa aku. Aku tak tahu sialan apa yang merasuk dalam diri orang yang sanggup mendera mereka sekeluarga.

Disekat dua tahun

Siti Noor Aishah pelajar pintar. Menyambung ijazah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) walaupun dia sebenarnya menerima tawaran dari universiti lain.

Dia kemudian menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana dalam jurusan usuluddin (akidah) di Universiti Malaya. Suka membaca, malah sewaktu berjumpa dengannya, kami sempat bertanya apa harapan jika dibebaskan kelak.

Jawab dia: "Saya harap minat saya untuk membaca tak dihalang".

Aku sempat ke rumah mereka beberapa minggu lalu. Rumah itu cuma ada satu bilik, dan ia tak berpintu pun. Cuma ditutup dengan kain langsir.

Aishah tak pernah keluar dari kediaman itu sejak dikenakan sekatan rumah dan dipakaikan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) apabila dia ditahan kali kedua mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca). Sekatan itu dikenakan kepadanya selama dua tahun.

Ketika kami datang itulah baru dia keluar. Kata ibunya, wajah Aishah sedikit ceria.

Aishah merupakan anak sulung daripada lima beradik. Seorang daripada daripada adiknya baru menamatkan pengajian di peringkat dan diploma dan bekerja kilang di Senawang.

Dua yang lain bekerja di Shah Alam dan Kerteh, manakala seorang lagi masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian.

Di bahu Aishahlah harapan keluarga digantungkan kerana mendapat kesempatan belajar lebih tinggi berbanding adik-adiknya yang lain.

Pada 22 Mac 2016 kira-kira jam 12.25 tengah hari, sepasukan polis Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman - lengkap bersenjata M-16 - menyerbu kediaman pasangan Pak Cik Atam dan Mak Cik Saadiah.

Ketika itu Aishah sedang tidur di bilik. Dia kemudian dibawa ke kereta dalam keadaan terpinga-pinga. Sebanyak 25 naskah buku serta telefon bimbit dirampas polis.

"Masuk saja dalam kereta polis, diorang dah mula soal siasat. Polis tanya saya, mana bendera? Mana bom?" kata Aishah.

Selepas itu Aishah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya. Di situlah dia ditempatkan selama 28 hari.

Mengikut cerita Aishah, bilik tahanannya sempit, tidak bertilam dan bantal, lampu dibuka sentiasa. Setiap hari, Aishah disoal siasat selama 12 jam. Itulah rutin yang dijalaninya sepanjang 28 hari itu.

"Mereka tak pukul saya, tapi kalau jawapan yang saya beri tidak memuaskan, mereka 'cuma' suruh saya ketuk ketampi, jalan itik dan berdiri separuh duduk.

"Sepanjang 28 hari itu saya beberapa kali mohon kepada polis supaya dapat menghubungi ayah, dan minta dilantik seorang peguam untuk mewakili saya. Polis jawab, mereka sudah beberapa kali maklum pada ayah, tapi tiada jawapan," katanya.

Realitinya, polis tidak memaklumkan apa-apa pun pada ayah Aishah. Malah apabila ayahnya melantik peguam, polis memarahi orang tua itu. Mereka minta Pak Cik Atam tidak melantik peguam mewakili Aishah.

Petaka apakah ni?

Atas dasar ingin memudahkan kerja, kau layan mereka macam sampah. Ayah mana yang akan membiarkan anaknya meringkuk dalam penjara tanpa pembelaan?

Tamat tempoh 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 19 April 2016, dan dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana didakwa memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Gagal jalankan fungsi

Aishah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa lebih dari sebulan, kemudian dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir lima bulan. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Aishah tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Memang itulah prosedur di bawah Sosma.

Pada 29 September 2016 Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan Aishah dibebaskan.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku dimiliki Aishah itu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini!

"Apalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan ke atas sesiapa yang memiliki buku-buku tersebut, walhal Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut," kata Mohamad Sharif.

Berikut adalah senarai buku didakwa dimiliki Aishah:

* Visi Politik Gerakan Jihad
Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush'ab As-Suri
Penterjemah: Luqman Hakim
Penerbit: Jazera

* Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi, Apa Rencana Mereka Ke Depan
Penulis: Fuad Hussein
Penterjemah: Ahmad Syakrikin
Penerbit: Jazera

* Akankan Sejarah Terulang
Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah
Penterjemah: Abas Mansur Tamam
Penerbit: Jazera

* Deklarasi Daulah Islam Iraq
Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq
Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar
Penerbit: Islamika

* Merentas Jalan Jihad Fisabillah
Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz
Penterjemah: Hassan As-Sayyari
Penerbit: Pustaka Al Alaq

* Misteri Pasukan Panji Hitam
Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani
Penterjemah: H Muhammad Harun Zein
Penerbit: Jasmin Publication

* Turki Negara Dua Wajah
Penulis: Abdullah Azam
Penterjemah: Abdurrahman
Penerbit: Al Alaq

* Masterplan 2020: Strategi al-Qaeda Menjebak Amerika
Penulis: Fahmi Suwaidi
Penerbit: Jazera

* Dari Usama Kepada Para Aktivis
Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al Uyairi
Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man
Penerbit: Kafayeh

* Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda
Penulis: Ayman Az-Zawahiri
Penterjemah: Umar Burhanuddin
Penerbit: Kafayeh

* Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru
Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat

* Seri Materi Tauhid for the Greatest Happiness
Penulis: Tiada dicatat
Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman
Penerbit: Tiada dicatat

Mengikut kata Mak Cik Saadiah, hakim secara tegas mengarahkan supaya anaknya itu dibebaskan dan tidak ditahan semula.

"Kamu nak tahan dia semulakah? Kamu bebaskan dia segera", kata beliau kepada pendakwaraya. Itu cerita menurut ibu Aishah.

Namun keluar dari mahkamah, Aishah ditahan semula mengikut Poca. Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka. Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke Malaysia. Tapi buktinya? TIADA.

Tanya dijawab tanya

Lebih dari sebulan ditahan didalam solitary confinement di bawah Poca, Aishah diarahkan untuk dikenakan tahanan rumah selama dua tahun dan EMD. Sepanjang tempoh dua tahun itu Aishah mesti hadir melapor diri ke IPD Dungun setiap minggu.

Dia juga dilarang keluar dari kawasan sekatan. Adakah peluang pekerjaaan untuk Aishah? TIDAK ADA.

Kami sempat ke rumah Aishah dan menemubualnya sambil makan petang bersama keluarga. Aishah sedikit ceria.

Keluarga itu kini dibebani hutang ribuan ringgit untuk menguruskan kes Aishah. Orang kampung pula jarang-jarang gagal bertanya mengenai Aishah apabila bertemu dengan keluarganya.

"Pak Cik dah tak tahu nak jawab apa pada orang kampung. Sekarang pak cik bawa keratan akhbar ke mana-mana. Setiap kali orang kampung tanya, pak cik tunjuk keratan akhbar ni," kata Pak Cik Atam.

Pada 27 Mac 2017, Mahkamah Rayuan di Putrajaya meluluskan rayuan pendakwa raya untuk menyebelahi mereka dalam penahanan Aishah mengikut Sosma.

Keluarga gadis itu tidak tahu langsung bahawa dia akan ditahan semula pada hari berkenaan. Tidak ada permohonan tahanan dibuat kepada Aishah di dalam mahkamah.

Selesai perbicaraan, keluarga membawa Aishah keluar untuk menikmati makanan di restoran. Peguam pula sudah dalam perjalanan pulang ke Terengganu.

Ketika itulah baru Pak Cik Atam dihubungi pegawai penyiasat yang memaklumkan supaya anaknya dibawa semula ke mahkamah.

Rupa-rupanya Aishah akan ditahan semula. Pak Cik Atam seorang OKU dan tak dapat berfikir secara lurus. Aku dihubungi, dan dimaklumkan mengenai penahanan semula Aishah.

Pagi itu aku tak sempat ke Mahkamah Rayuan kerana terpaksa bergegas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk satu lagi kes melibatkan remaja Rohingya berusia 15 tahun yang dipenjara sejak Disember tahun lalu.

Petang itu, aku bawa keluarga Aishah ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk membuat aduan. Perkara paling dirisaukan ialah kedudukan Aishah. Di mana dia sekarang?

Pegawai Suhakam menghubungi pegawai penyiasat untuk bertanyakan lokasi Aishah. Yang diterima bukanlah jawapan, sebaliknya pertanyaan!

"Aishah ditahan oleh siapa? Polis atau mahkamah?" soal pegawai penyiasat kepada pegawai Suhakam.

Seperti bola kamu buat keluarga ini. Tendang ke sana ke mari. Kamu hukum Aishah, kamu hukum keluarga juga.

Kini Aishah ditahan di Penjara Kajang sehinggalah perbicaraannya selesai. Kalau menang sekali lagi pun, pendakwa raya boleh membuat rayuan sekali lagi, dan Aishah akan ditahan lagi. Inilah Sosma, inilah tahan tanpa bicara.

Yang ditahan kebanyakannya orang miskin. Diseksa terus-terusan mereka. Keluarga mereka turut sama diseksa. Sampai bila?

Kalau mereka bersalah, bicaralah dengan adil. Setiap orang ada hak untuk dibicarakan secara adil, bukan? Bukan kita yang perlu menjatuhkan hukuman.

Hari ini keluarga mereka, hari esok, mungkin kita pula…..

----------------------------------------------------------

AMIR ABD HADI ialah penyelaras Suaram serta jurucakap Gerakan Anak Muda Demi Malaysia.

Mohon bantuan Sumbangan Untuk keluarga Siti Noor Aishah

Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
tranungkite.net

Siti Noor Aishah, pelajar Sarjana Usuluddin (Akidah) Universiti Malaya, yang ditahan SOSMA pada 22 Mac 2016, kerana dituduh memiliki 12 buku yang diharamkan, telah diperintahkan untuk dibebaskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, pada 29 September tahun yang sama.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan.

Siti Noor Aishah kemudiannya ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada hari yang sama beliau dibebaskan.

Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016.

Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu.

Beliau kemudiannya diarahkan untuk ditahan di mukimnya di Terengganu dan dipakaikan EMD selama 2 tahun, dan perlu melaporkan diri di IPD Dungun setiap minggu.

27 Mac 2017, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah SOSMA, selepas pendakwaraya membuat permohonan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Siti Noor Aishah.

*BANTUAN BUAT KELUARGA*

Keluarga Siti Noor Aishah, merupakan sebuah keluarga miskin dari Dungun, Terengganu. Beliau terpaksa mengeluarkan wang untuk urusan pergi balik ke Mahkamah di Kuala Lumpur. Bayaran peguam pula, dibantu oleh orang kampung yang prihatin.

Siti Noor Aishah, hampir sahaja memilih untuk mengaku bersalah kerana tidak sanggup melihat keluarga bersusah payah.

Mewakili SUARAM, dan masyarakat sivil keseluruhannya, kami memohon sedikit sumbangan yang boleh disalurkan terus kepada keluarga. Maklumat akaun peribadi keluarga seperti berikut:

*Bank*: Bank Simpanan Nasional
*No Akaun*: 1100441000154606
*Nama Pemegang Akaun*: Atam bin Jusof (Ayah Siti Noor Aishah)

Sebarang pertanyaan, mohon berhubung dengan Penyelaras SUARAM, Amir Abd Hadi ditalian 012-3744647.

Terima kasih

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 5, 2017 7:27 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



'Kaki' Baling Batu Atas Kenderaan Di Lebuhraya Kena Cekup
siakapkeli.my

Pihak polis semalam telah berjaya menahan empat remaja dipercayai membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 96.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Sungai Lalang ke Gurun dekat Sungai Petani, lapor Utusan Online.

Ketika ditahan, remaja-remaja berkenaan sedang bersembunyi di bawah jejantas di laluan berkenaan sebelum bertindak membaling batu ke arah kenderaan yang lalu di lebuh raya itu kira-kira jam lima petang.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, perlakuan remaja-remaja yang masing-masin berumur 14 tahun dan masih bersekolah itu disedari orang awam yang lalu di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada peronda lebuh raya.

"Maklumat diterima daripada orang awam yang memaklumkan kepada pihak peronda arah selatan ada kejadian membaling batu ke arah kenderaan.

"Mereka kemudian menahan di tempat kejadian empat suspek dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, " katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 5, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Saya Hanya Tak Mampu Berjalan, Bukannya Tak Mampu Hidup"
siakapkeli.my

Dilahirkan dengan kecacatan tidak menjadi halangan kepada Magadlino Borces, 58, untuk bekerja dengan gaji RM9 sehari.

Lelaki di Filipina itu dilahirkan dengan kecacatan yang dikenali sebagai Amelia - satu kondisi kecacatan yang teruk pada anggota badan.

Biarpun tidak berkaki sempurna dan mempunyai tangan dengan hanya dua jari - itu tidak menghalang Magadlino bekerja seperti orang lain.

Magdalino keluar dari rumah pada awal pagi dan mengharungi terik matahari untuk mengawal lalu lintas sibuk di sebatang jalan yang mana kebanyakan dari pengguna suka memandu secara laju.

Magadlino berdiri di bahu jalan untuk memberi signal kepada para pemandu supaya memperlahankan kenderaan menggunakan tangannya disamping bantuan wisel.

Biarpun diupah hanya dengan RM9 sehari, Magadlino masih mampu menampung kehidupan sehariannya dan melakukan kerjanya bersungguh-sungguh.

Aksi Migadlino dirakam oleh seorang jurufoto, Ian Maclean.

"Saya hanya tidak mampu berjalan, bukannya tidak mampu hidup," kata Magdalino.

"Kita semua mampu melakukan sesuatu yang hebat kerana cabaran hanya akan membuat kita lebih kuat." katanya lagi.

Sumber: Caters TV

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 5, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Dua berita gembira

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Situasi politik dalam negara kita kini dalam kecamuknya yang memuncak. Terbaru ialah tunduknya Umno kepada tekanan rakan-rakan BN yang lain dalam isu RUU355 yang menyaksikan kerajaan menarik diri untuk membentangkannya sendiri.

Dikatakan bahawa dalam isu-isu besar dibawa Umno, belum pernah rakan-rakan dalam BN seberani itu menolak cadangan mereka. Jika begitu, tepatlah andaian sesetengah penganalisis politik yang mengatakan Umno kini semakin lemah. Ia seperti Umno mencabut gigi taringnya di dalam BN. MCA pun sudah mengisytiharkan kemenangan secara terbuka.

Kecuali isu RUU355 ini adalah kecil bagi Umno, maka andaian tadi mungkin salah. Jika ianya satu isu kecil sahaja, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin tidak berasa tertekan untuk mengumumkan penarikan diri kerajaan daripada membentangkannya. Maka Umno tidak boleh dikatakan lemah. Umno masih bertaring di dalam BN.

Jika begitu, maka RUU355 pulalah yang kecil sehingga Umno tak berasa tertekan dan terhina untuk menarik diri daripada pembentangan. Ia dikira bukan satu kekalahan dan ketundukan kepada rakan-rakan komponen dalam BN. Ia hanyalah soal keraian dan menjaga silarurahim yang tidak menjejaskan dasar dan ketuanan Umno dalam BN.

Kalau begini keadaannya, maka Umno bukanlah boleh dianggap sebagai pejuang Islam sejati. Pejuang Islam sejati sudah pasti berasa tertekan dan amat terguris untuk tunduk kepada tekanan parti-parti politik yang bersatu menolak agenda Islam untuk negara.

RUU355 adalah agenda besar untuk pemerkasaan Islam dalam negara melalui pemerkasaan kuasa mahkamah syariah. Jika ianya kecil bagi Umno, maka sudah pasti Umno bukan pejuang Islam sejati. Umno masih bermain-main saja dengan Islam yang dianutinya itu.

PAS sudah menduga

Mana satu yang betul, Umnolah yang akan menentukannya. Apa yang Umno rasa dengan penarikan diri itu, itulah Umno yang sebenar. Rakyat akan mengukurnya di situ.

Jika Umno tidak berasa tertekan dan terhina, rakyat yang enggan dengan agenda Islam akan memuji Umno. Manakala rakyat yang cintakan Islam akan marahkan Umno kerana tunduk kepada tekanan orang yang menghalang agenda Islam.

Itu Umno. Adapun PAS, ia lain. PAS sudah menduga sebarang kebarangkalian ketika berhadapan isu RUU355 ini. RUU355 bagi PAS adalah sebuah perjuangan. PAS menjemput semua umat Islam untuk bersama memperjuangkan Islam dan syariatnya. Malah, PAS sentiasa mendukung dan bersama semua kumpulan umat Islam yang menggerakkan agenda Islam untuk negara.

Islam adalah milik dan hak semua. Semua berhak untuk menjadi pejuang Islam. Hak semua juga untuk saling bantu membantu dan menasihati.

Jika boleh disebut kelebihan PAS, maka ia adalah kepakaran dan keseniorannya di dalam medan politik tanah air dan antarabangsa. Politik adalah dunia PAS. Ia jatuh bangun dan kalah menang dalam politik sejak zaman kemerdekaan negara lagi. Tiada siapa yang boleh menafikannya.

Adapun medan-medan lain seperti pendidikan Islam, kebajikan, kesukarelawanan dan sebagainya, walaupun PAS amat menyerlah, tetapi kumpulan-kumpulan Islam juga turut menyerlah. Ia satu persaingan atau kerjasama yang amat baik dan dialu-alukan.

Memartabatkan Syariah Islam melalui pengkanunan hukum-hukum Islam di dalam undang-undang negara adalah perjuangan PAS yang begitu mendasar. PAS tidak pernah dalam sejarahnya berundur atau berhenti. Jika dilihat berundur, maka ia hanya satu strategi untuk segera mara melalui laluan dan bukaan yang lebih baik. Mengalah jauh sama sekali.

Krisis terbaru PAS beberapa tahun lalu membuktikan kesetiaan dan keikhlasan PAS memperjuangkan syariat Islam. Sekumpulan pemimpin PAS yang gelojoh akibat termakan umpan musuh mula mencanangkan perjuangan Islam tanpa syariat untuk PAS.

Mereka menghiaskan kehendak nafsu mereka dengan nama-nama yang indah seperti Islam rahmatan lil alamin, Islam maqasid syar'iyah, Islam moderate dan lain-lain lagi. Isinya yang utama ialah ketepikan dulu bicara soal syariat Islam dan pengukuhannya. Ada lagi yang lebih besar dan lebih utama, hujah mereka.

Para ulama, pemimpin PAS dan akar umbinya yang ikhlas dan setia menghidu bau busuk ini. Akhirnya kumpulan pemimpin PAS yang gelojoh tersebut diturunkan dan diberi pilihan sama ada untuk kekal atau keluar daripada PAS.

Ia kisah pilu dan sedih. Tetapi PAS dan ahlinya menganggapnya sebagai satu pengorbanan mesti terhadap sebuah perjuangan suci yang tidak mungkin ditinggalkan atau dirosakkan.

Mimpi manis dikerat putus

RUU355 mula muncul di persada politik negara apabila Umno menerima seruan PAS agar turut serta memajukan Islam melalui pengkanunan undang-undang jenayah Islam.

Bersama Umno memperjuangkan agenda Islam memberi satu maksud besar bahawa majoriti umat Islam sudah bersedia untuk berubah dan bergerak kepada Islam.

Walaupun agenda PAS adalah lebih menyeluruh dengan hukum hudud, qisas dan takzir Islami, tetapi PAS menerima pandangan banyak pihak agar bergerak menelusuri perlembagaan negara yang masih utuh tafsiran sekular dan otak penjajahnya.

Justeru RUU355 disarankan sebagai satu proses pemerkasaan undang-undang syariah yang lebih harmoni dan tidak menyanggahi perlembagaan. Melaluinya, hukum-hukum jenayah syariah ditambah baik dan menepati al-Quran dan sunnah nabawiy buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan jenayah syariah negara.

Menempuh perjalanan sebuah perjuangan Islam yang sentiasa sukar dihadang dan dihalang oleh kejahilan, keegoan, kemunafikan, kelemahan dan ketakutan umat sendiri, isu RUU355 seperti akan berakhir dengan ceria apabila kerajaan mengumumkan untuk membentangkannya sendiri sebagai rang undang-undang kerajaan.

Sudah pasti ia laluan yang ditunggu-tunggu kerana sememangnya ia merupakan satu tanggung jawab pemerintah Islam seperti Umno.

Tetapi ia bagaikan sebuah mimpi manis yang dikerat putus oleh kejutan kegagalan Umno untuk meyakinkan rakan-rakan komponen dalam BN bahawa ia adalah sebuah penambahbaikan undang-undang Islam untuk umat Islam sahaja.

Ia adalah kelemahan Umno yang tentu sahaja difahami dengan mudah sebagai petunjuk kerasnya penentangan rakan-rakan Umno terhadap agenda pemerkasaan Islam khususnya di dalam perundangan negara.

Sehingga artikel ini ditulis, RUU355 akan kekal sebagai satu rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS.

Umno pula kekal menyatakan sokongannya melalui undinya nanti. Itu satu kepujian yang patut disyukuri.

Namun, ketika Umno dirundung malang kerana terpaksa tunduk kepada rakan-rakan komponennya, RUU355 terus mendapat sokongan dan kekuatan daripada anggota tubuh umat Islam.

Sokongan ulama hadis

Ada dua kejutan yang menggembirakan kita semua.

Pertama, kenyataan berani dan terbuka oleh bekas Ketua Hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bahawa sudah tiba masanya negara kita keluar daripada kepompong perlembagaan dan undang-undang yang diwarisi lama daripada penjajah dan disifatkan beliau sebagai terlalu antik dan tidak lagi sesuai.

Beliau juga secara terang-terangan mahukan Islam sebagai ganti. Untuk RUU355, apabila ditanya, beliau menyatakan kehairanannya dengan sikap menentang oleh pihak-pihak yang menentang.

Kenyataan tersebut adalah satu kredit besar kepada perjuangan menegakkan Islam. Negara kita yang dirundung pelbagai masalah yang menekan dan menyusahkan hidup rakyat amat memerlukan proses pengislahan yang menyeluruh.

Ia sebagaimana menuntut perubahan minda rakyat ramai, ia juga menuntut sokongan padu daripada golongan atasan yang turut berpengaruh memandu negara ini.

Ahmad Fairuz mewakili golongan kedua ini. Ia adalah satu berita gembira yang mengukuhkan azam dan kesetiaan kepada agama.

Kedua, kenyataan sokongan oleh dua tokoh dan ulama besar dari Timur Tengah terhadap usaha pemerkasaan hukum syariah di dalam perundangan negara yang terkandung lewat RUU355 yang sedang diperjuangkan.

Syeikh Hamman Said, seorang ulama hadis yang menjadi rujukan umat dan juga bekas muraqib am Ikhwanul Muslimin Jordan secara terang-terangan menyeru umat Islam khususnya ahli-ahli parlimen muslim untuk bersatu menyokong RUU355 yang akan dibentangkan nanti.

Begitu juga dengan Syeikh Abdul Fattah al-Khalidi, seorang ulama tafsir yang terkenal turut membuat kenyataan yang sama. Beliau amat dikenali di kalangan para penuntut Malaysia di negara Jordan.

Kenyataan kedua-dua tokoh besar yang menjadi rujukan umat ini yang sedang ditularkan melalui media sosial kini diharap mampu menutup pintu fitnah dan serangan dari dalam kumpulan Islam sendiri yang mempertikaikan kewajaran RUU355 ini.

Kedua-dua ulama besar ini dalam kenyataan ringkas langsung mereka memetik beberapa ayat al-Quran dan mentafsirkannya. Ia adalah sebuah kewajiban yang jelas difahami kecuali oleh mereka yang suka berjidal dan dijangkiti virus pemikiran yang cuba membantutkan kemaaraan umat menuju kehidupan bersyariat yang diredai Allah.

Bagi mereka yang berfikir dengan insaf dan tanpa diikat sebarang ketaksuban kepada mana-mana individu atau kumpulan, mereka akan dapat merasakan bahawa PAS sebenarnya lebih dekat kepada pengajaran dan petunjuk yang diberikan oleh para ulama besar ahlus sunnah wal jamaah. Semoga Allah memberkati kita semua.

NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Pemuda PAS

Suara akar umbi Umno bersama PAS

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
KUALA LUMPUR: Biarpun Dato' Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN sepakat tidak akan membawa Rang Undang-undang Akta 355 Mahkamah Syariah melalui kerajaan ke Parlimen, namun ramai dalam kalangan akar umbi Umno di kampung- kampung kini bersama agenda PAS memartabatkan Islam.

"Kita tahu suara hati orang Umno di kampung-kampung bersama kita dalam isu RUU 355. Saya dapat maklumat menyatakan beberapa orang kuat Umno Jabi (Terengganu) hadir H355 di Padang Suara akar umbi Umno bersama PAS Merbok, Kuala Lumpur.

"Lantaran itu janganlah dijadikan alasan keputusan PM dan rakan-rakan komponen BN berkaitan pindaan RUU 355 untuk kita menjauhi dan memandang serong dengan orang Umno di sekeliling kita. Mereka adalah Mad'u yang perlu terus didekati," katanya.

Beliau juga yakin, atas dasar aqidah dan keimanan, akar umbi Umno juga tidak selesa bila akhirnya PM merangkap Presiden Umno terpaksa tunduk dengan desakan komponen bukan Islam dalam BN.

"Tak sepatutnya mereka terus merelakan diri berada dalam zon tak selesa yang bertentangan dengan naluri keyakinan mereka. Sedangkan di muka bumi Malaysia ini ada wadah yang lebih selesa untuk memperjuangkan Islam," ujarnya lagi.

Apa yang berlaku ini mendedahkan wajah sebenar Umno-BN katanya, tetapi dalam masa yang sama inilah ruang untuk kita menyedarkan masyarakat bahawa parti yang benar-benar serius dengan agenda Islam ialah PAS!

RRU355 buat mp umno tersepit

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"

Mula-mula nak bentang, kemudian tak nak bentang. Sebab tak bentang kerana keputusan concensus BN. Itulah drama yang pengarahnya tok najib dalam hal RRU355.

Drama adalah lakonan. Ada skrip ada pelakon. Skripnya ialah, mula-mula nak bentang kemudian tak nak bentang pula. Pelakonnya ialah umno, pengarahnya ialah tok najib, PM malaysia.

Tak nak bentang kerana keputusan concensus. Ertinya keputusan sebulat suaralah. Ertinya mca, mic, pbs dll juga umno, sebulat suara tidak mahu rru355 dibentang, dibahas dan diluluskan. Jadi apabila disebut concensus, semua sepakat tidak ada yang menolak supaya tidak dibentangkan.

Kata ulama umno asyraf wajdi dasuki, tidak membentangkan tidak bermakna tidak menyokong rru355. Pulak dah! Macam tidak suka judi tap tak nak menutup pusat judi, tidak menutup pusat judi tidak bermakna suka judi, tak solat tidak bermakna membenci solat.

Agak pelik qiasan yang diberikan asyraf. Dia kata umno mahukan rru355 tapi tak nak bentang aja. Apa alasannya sokong tapi tak nak bentang? Agaknya tunggu prasarana siap sedia dulu barulah bentang. Tak logik juga sebab kalau mca, mic, gerakan dan semua parti komponen bukan islam menentang, walau prasarana cukup sempurnapun, ia tidak akan dapat dibentang sebab parti-parti tersebut dah registerd menentang.

Penulis melihat asyaraf dah mula berbelit lidah. Asyraf dah mula belajar bersilat lidah.

Namun yang jelas, apabila umno tidak membentangkannya, ia kembali menjadi usul persendirian pas. Hanya haji hadi yang akan membentangkannya dengan peraturan dewan melalui speaker. Speaker boleh membenarkan haji hadi membentangkannya.

Namun apakah speaker akan memberi laluan? Penulis rasa tidak. Sebab speaker tidak akan membuat mp umno serba salah, bepeluh bila hadi diberi laluan membentangkannya. Sebab apa? Sebab mp umno akan berada dalam keadaan ditelan mati emak diluah mati bapak. Nak sokong rru355 nanti takut dilempang mp mca, mic, pbs dan lain-lain. Tak nak sokong, kena peluru haji hadi "Selepas ini kita tahu siapa munafik siapa tidak"

Payah juga ya speaker nak buat keputusan. dan payah juga mp umno nak memperlihatkan mereka menyokong tapi tak mengundi setuju. Sebab bila speaker meminta undian, isyarat apa yang akan diberikan mp umno untuk "sokong tanpa angkat tangan mengundi menyokong"

Dalam sokong tapi tak sokong, tak sokong tapi sokong.

Itulah dilema mp umno bila berhadapan dengan haji hadi nanti.

Wassalam.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 5, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Viva Anak Proton Saga

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

TROLAK: "Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju."

Itu reaksi Kelambu Jambi, 54, mengenai nama unik anak sulungnya, Proton Saga yang diambil sempena nama model kereta nasional pertama negara.
Mengimbas kenangan 33 tahun lalu, Kelambu berkata, nama itu dicadangkan seorang anggota polis yang ditemui di pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak lelakinya.

Katanya, dia yang tidak tahu menulis dan membaca bingung kerana tidak mempunyai sebarang idea untuk menamakan anaknya.

"Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.

"Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama, jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak.

Nama Proton Saga anak Kelambu ini mula menjadi perhatian selepas surat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tertulis namanya menjadi tular di media sosial.

Anak sulung daripada tujuh beradik hasil perkongsian hidup Kelambu bersama Jamaliah Dua, 49, ini dilahirkan pada 6 Ogos 1984, kira-kira 11 bulan sebelum model kereta Proton Saga dilancarkan pada Julai 1985.

Menurut Kelambu, dia dan isteri sedikit pun tidak menyesal dengan pilihan nama itu, malah berbangga setiap kali orang menyebut nama anaknya.

"Masa mula-mula dengar memanglah macam janggal, tapi lama-lama dah biasa.

"Orang luar yang pertama kali dengar nama anak saya akan cakap nama itu unik dan sangat bagus. Sebagai bapa tentulah saya bangga," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, hanya anak sulung memiliki nama unik, sementara enam yang lain menggunakan nama biasa, antaranya Arman, Hasimah dan Ahmad.

Buat apa nak malu

Proton Saga ketika ditemui berkata, tidak ada sekelumit pun perasaan malu mengenai nama yang diberikan itu.

Katanya, sejak kecil, kawan-kawan sekampungnya juga tidak pernah mengejek atau mempermainkan namanya meskipun mereka tahu ia nama sebuah kereta.

"Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar.

"Cuma di sini, orang kampung lebih senang panggil saya Alor, tapi mereka tahu nama sebenar saya dan terima saja nama tu," katanya.

Dia sama sekali tidak menyangka namanya jadi tular gara-gara BR1M yang diterima sejak 2012 itu.

"Saya dah lama terima BR1M, tapi tak sangka baru kali ni heboh. Saya pun tak tahu nama saya dah disebut-sebut orang sampailah ada wartawan cari," katanya.

Namakan anak Viva

Proton Saga mendirikan rumah tangga bersama Rodiah Yok Ramu, 30, dan dikurniakan sepasang anak, Viva, 10, dan Sani berusia setahun.

Seakan mengulangi sejarah bapanya, anak sulungnya turut diberi nama unik iaitu Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007.

Menurutnya, nama itu dicadangkan seorang jururawat di Tapah memandangkan pada ketika itu anaknya lahir dua bulan selepas model kereta itu dilancarkan.

"Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju," katanya.

Secara berseloroh, dia mengakui akan tersenyum setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga. Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan.

- Sinar Harian

JPN jawab isu IC 'nama Cina tapi wajah 'lain'

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini, tampil menjawab berhubung isu kad pengenalan yang tular di media sosial kononnya merupakan 'IC warga asing yang diberikan warganegara'.

Menjelaskan salah faham tersebut, menurut jurucakap JPN pemegang MyKad tersebut merupakan seorang yang berketurunan daripada kaum India.

"Beliau merupakan anak angkat kepada ibu bapa berketurunan Cina," jelas jurucakap JPN kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan berdasarkan peraturan sedia ada, ibu bapa angkat boleh menamakan anak angkat dengan nama selain nama asal dan dalam kes bukan Islam boleh mengikut nama keluarga angkatnya.

Terdahulu, MyKad yang tular di media sosial didakwa milik warga asing yang diberikan bertujuan untuk PRU-14.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 5, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kementerian kesihatan siasat 10 produk stevia palsu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung 10 produk stevia yang didakwa palsu dan dijual di pasaran bagi memastikan produk terbabit mematuhi perundangan makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan itu susulan laporan sebuah akhbar bertajuk 'Awas Stevia Palsu' yang mendedahkan hasil ujian makmal dua universiti tempatan.

Siasatan dijalankan menurut Peraturan 118A Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983 yang telah menetapkan standard bagi produk ekstrak stevia, katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata mereka yang mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan termasuk produk stevia yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak 1ebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Laporan akhbar itu menyebut hasil ujian makmal oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menunjukkan 10 produk terbabit tidak mengandungi ekstrak tumbuhan sebaliknya adalah kombinasai bahan kimia berbahaya.

Ekstrak stevia adalah sejenis bahan pemanis semula jadi yang diekstrak
daripada daun pokok Stevia rebaudiana bertoni yang mengandungi glikosida steviol dan diproses menjadi serbuk putih hingga kuning cerah, tidak berbau dan mempunyai rasa manis.

Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gula biasa khususnya
kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Dr Noor Hisham turut meminta pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung keselamatan makanan agar menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. -Bernama

Kementerian Kesihatan Dedah Lagi 8 Produk Kecantikan Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Yang Tidak Dibenarkan
siakapkeli.my

Jika sebelum ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendedahkan 162 produk kesihatan yang mengandungi bahan terlarang, terbaru pihak KKM telah mengumumkan lapan lagi produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan, lapor Berita Harian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk kosmetik yang didedahkan ini mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Berikut adalah senarai 8 produk berkenaan.

1. Moleek Day Cream.
2. Adel Miracle Flawless Serum
3. Ah Beauty Night Cream
4. NDZ UV Whitening
5. Snow Cream Normal
6. Snow Cream Sensitif
7. Dnars Nar Cream-Sensitif
8. Ellfie Night Cream.

Menurut beliau, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

" Mereka turut diingatkan penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Bagi syarikat yang melakukan empat kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham menegaskan bahawa sebarang produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan terlalu sensitif.

"Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, " katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 5, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pas cadang Akta 164 dikaji semula

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

MARANG - Pas mencadangkan agar Akta 164 ini dikaji semula secara mendalam, menerusi pembentukan satu jawatankuasa khas untuk merangka dan mengemukakan satu penyelesaian lain lebih adil, menyeluruh dan inklusif.

Abdul Hadi Awang
MARANG - Pas mencadangkan agar Akta 164 ini dikaji semula secara mendalam, menerusi pembentukan satu jawatankuasa khas untuk merangka dan mengemukakan satu penyelesaian lain lebih adil, menyeluruh dan inklusif.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jawatankuasa itu perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain.

Menurutnya, perlu mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, NGO dan sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini.

"Sebagaimana yang tertera dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari Selasa 4 April 2017 (D.R.20/2016), pihak Kerajaan adalah dalam proses untuk meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali kini sebagai Akta 164.

"Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan terhadap hak kekeluargaan orang Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.

"Pas berpandangan bahawa implikasi menyeluruh yang bakal timbul daripada Akta 164 ini adalah sangat serius, iaitu terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

"Ia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, pencemaran terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara kita," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan, berkata Akta 164 perlu dipinda kerana ia melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah anak-anak.

Katanya, ia wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Mengulas isu sama, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria turut meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta 164 daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurutnya, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan Islam dan hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.

Pinda Akta 164 gagalkan hak pertahan aqidah anak-anak muallaf

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net


Oleh AHMAD TARMIZI SULAIMAN

SEJARAH perundangan negara kita menyaksikan beberapa kes mahkamah syariah yang melibatkan kekeluargaan Islam, aqidah dan hadanah dicabar di Mahkamah sivil atas beberapa peruntukan undang-undang yang membenarkan hal ini berlaku walaupun Perkara 121 (1A) menjamin keputusan dan kuasa Mahkamah Syariah.

Kini jika berlakunya pindaan terhadap Akta 164 sebagaimana hasrat kerajaan mambawa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali kini sebagai Akta 164, peluang untuk mempertahan aqidah anak-anak muallaf akan semakin sukar, sempit dan terhalang.

Antara intipati perubahan yang bakal dicadang kerajaan adalah:

Pertama, jika selama ini orang yang menganut Islam tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan melalui seksyen 51 akta berkenaan, pindaan ini mengusulkan agar mualaf turut dibenarkan untuk membubarkan perkahwinannya mengikut undang-undang sivil sama ada berdasarkan pemelukan Islam ataupun kausa tindakan lain.

Kedua, agama anak mualaf ini kekal pada agama asalnya dan hanya boleh ditukar jika kanak-kanak ini mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas usia 18 tahun.

Pihak kami merasa kesal dengan jawapan Timbalan Perdana Menteri yang menggunakan alasan berlapang dada dan toleransi semua agama, dan menghormati hak semua kaum untuk meneruskan agenda pindaan yang merugikan agama Islam selaku agama rasmi. Malah kami sependapat dengan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu kerajaan menangguhkan pembentangan pindaan Akta 164 itu sehingga kajian dan pemurniaan intipati diadakan.

Tindakan pihak kerajaan ini menghampakan dan menyedihkan para pejuang Islam baik dari kalangan ahli politik mahupun NGO Islam kerana ia bercanggah dengan suara majoriti umat Islam.

Sebelum ini Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil Kali Ke-19 telah sebulat suara memutuskan antara lain mana-mana pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun hendaklah menjadi orang Islam selaras hukum syarak.

Manakala keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-87, 2009 yang secara jelas memutuskan bahawa "Apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam".

MAPIM meningatkan rakyat Malayia isu agama anak muallaf bukan sekadar isu maruah seorang ibu bapa yang inginkan anaknya beragama sepertinya, tetapi ia melibatkan isu faraid (agihan harta) isu nafkah kepada anak serta isu hadanah ataupun hak penjagaan anak yang kesemuanya adalah dalam ruang bicara Mahkamah Syariah.

Kami juga menasihati beberapa pemimpin politik bukan Islam agar menjaga kata-kata supaya jangan sewenang mengutuk usaha umat Islam mempertahan keputusan keputusan fatwa di negara ini. MAPIM juga bersetuju agar suatu suruhanjaya yang berautoriti serta disertai oleh ahli akademik dan ilmiah Islam bagi membincangkan kembali secara terperinci kesan kepada aqidah umat Islam selepas pindaan akta ini di Parlimen.

AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Naib Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) –

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 5, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Penyu Ini Sukar Berenang Selepas Tertelan 915 Syiling 'Good Luck' Yang Dilempar Dalam Kolam, Berjaya Diselamatkan Doktor Haiwan
siakapkeli.my

BANGKOK, 6 Mac - Doktor haiwan Thailand berjaya mengeluarkan 915 syiling dari perut seekor penyu berusia 25 tahun yang telah menelan objek-objek yang dibuang ke kolamnya (untuk nasib baik) sehingga menyebabkan ia sukar berenang.

Syiling-syiling dan lain-lain objek yang dikeluarkan dari penyu bernama Omsin itu seberat 5kg.

Penyu tersebut, yang hidup di pusat pemuliharaan di Sriracha, Chonburi, timur Bangkok, didapati sukar berenang kerana berat badannya yang tidak normal.

Masalah sebenar penyu berkenaan dikesan selepas imbasan 3D mendapati terdapat banyak bendasing di perutnya termasuk syiling dan dua batang kail.

"Saya merasa sangat marah kepada manusia, tidak kira sama ada mereka sengaja atau tidak sengaja (membuang objek ke dalam kolam), tindakan itu telah menyebabkan penyu ini cedera"

"Kami fikir ia akan mengambil masa lebih kurang sebulan untuk pulih sepenuhnya," kata Nantarika Chansue dari Universiti Chulalongkorn sambil menambah penyu itu juga memerlukan terapi selama enam bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa nilai kesemua duit syiling tersebut kerana ada dari mereka sudah berkarat dan dari matawang negara asing.

Sumber: ST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: