Wednesday, December 13, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4871

15 Messages

Digest #4871
1
Fw: Isu Baitulmaqdis by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
2
Fw: PAS & Tolak BN @ UMNO by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
3
Fw: Baitulmaqdis - Tanda-tanda Kiamat by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: Anwar, UMNO, Mahathir, Siti Hasmah by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
9
Fw: Disindir tak faham politik by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Wed Dec 13, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jika tak sokong Trump, batal pelaburan Malaysia ke AS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SEMALAM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menulis satu tweet berkenaan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump, untuk mengalih kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang akan diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

Tweet beliau itu hanyalah retorik semata-mata sempena Persidangan Agung Umno 2017, sekiranya ia tidak diikuti beberapa langkah diplomatik dan perdagangan sebagai tanda bantahan Malaysia terhadap cadangan ini.

Sehingga hari ini, kita belum lagi mendengar Wisma Putra memanggil Duta AS ke Malaysia untuk memberi penjelasan tentang cadangan Presiden Trump yang cukup menggugat politik rantau Timur Tengah malah juga dunia Islam.

Sehingga ke hari ini juga, kita belum melihat sebarang langkah dari pentadbiran Najib Razak untuk membantah sekeras-kerasnya cadangan Presiden Trump ini.

Adakah ianya kerana Najib takut untuk menggores hati kawan baik beliau itu? Apakah nasib umat Islam di Palestin, serta juga yang beragama Kristian, lebih penting dari hubungan baik Najib dengan "rakan golf" beliau? Apakah nasib negara Palestin lebih penting dari membantu "mengukuhkan ekonomi AS"?

Maka saya mencabar Najib, jika beliau benar-benar membantah cadangan Presiden Trump ini, Najib perlu segera membatalkan semua perjanjian pelaburan yang beliau buat di White House pada 12 September lalu, termasuk pembelian kapal terbang Boeing berjumlah RM 42 bilion, dan membatalkan niat Khazanah dan KWSP untuk meningkatkan pelaburan di AS.

Rakyat sedang melihat apakah Najib benar-benar membantah Presiden Trump atau hanya bermain retorik sempena PAU 2017.

Fahmi Fadzil,
Pengarah Komunikasi PKR

Isu Baitulmaqdis: McDonald's Malaysia nafi salur dana bantu Israel

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: McDonald's Malaysia menafikan dakwaan penyaluran dana kepada Israel dan kecewa dengan seruan memboikot rangkaian restoran makanan segera itu, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook semalam berkata, mereka tidak menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun keagamaan di mana-mana negara.

Mereka menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui WhatsApp itu sebagai dusta, palsu dan fitnah.

"Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain."

Rabu lalu, Presiden Donald Trump mengisytiharkan Kedutaan AS di Tel Aviv akan dipindahkan ke Baitulmaqdis, dalam langkah untuk mengiktiraf kota suci kepada 3 agama itu sebagai milik Israel.

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia, termasuk di Malaysia yang disertai ribuan orang berkumpul di luar Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Pengarah Urusan dan pemilik saham tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, Azmir Jaafar dalam kenyataan itu berkata, perniagaan McDonald's di Malaysia dikendalikan syarikat itu yang merupakan 100% milik rakyat tempatan dengan pemegang saham terbesarnya beragama Islam.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan betul, dan mendoakan sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini."

Katanya, McDonald's menjadi sebahagian masyarakat negara ini sekian lama dengan lebih RM2.5 juta diperuntukkan untuk menganjurkan lebih 5,000 aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara, tahun ini.

Restoran itu pernah berdepan kempen boikot oleh kumpulan Islam pada Ogos 2014 yang menyebabkan kira-kira 80% kerugian di cawangan Kerteh dan Dungun akibat protes ganas.

Beberapa francais di seluruh negara turut berdepan vandalisme dan kakitangannya diganggu atas dakwaan ia menyalurkan dana dan membantu Israel melalui kekejaman rejim Zionis terhadap Gaza.

Isu Baitulmaqdis: "Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah" McDonald's Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 10 Dis: McDonald's Malaysia semalam menafikan dakwaan palsu yang mengatakan kononnya pihaknya ada menyalurkan dana kepada Israel.

Menerusi satu posting di Facebook rasminya, McDonald's Malaysia juga sempat menzahirkan rasa kecewa mereka apabila ada seruan untuk memboikot restoran mereka.

"McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini.

Menafikan tuduhan itu, McDonald's Malaysia berkata sebenarnya McDonald's di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd - satu syarikat yang 100% milik tempatan dan pemegang saham terbesarnya adalah beragama Islam.

"Dakwaan bahawa McDonald's menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah. Dakwaan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mesej WhatsApp juga tidak berasas.

"Adalah penting untuk semua mengetahui bahawa perniagaan McDonald's di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, dan syarikat ini 100% milik tempatan serta pemegang saham terbesarnya beragama Islam. Kami juga tidak menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau keagamaan di mana-mana negara di dunia." kata Azmir Jaafar yang merupakan Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan syarikat terbabit.

McDonald's juga berkata mereka telah membelanjakan lebih RM2.5juta tahun ini untuk lebih 5,000 aktiviti kemasyarakatan.

"McDonald's telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Tanggungjawab sosial korporat amat kami titik beratkan dan lebih RM2.5juta telah dibelanjakan pada tahun ini sahaja untuk lebih 5,000 aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan turun padang di sekitar Malaysia.

"Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.

"Bantulah kami menyebarkan kebenaran dengan berkongsi mesej ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda." tulisnya.

Baru-baru ini, Presiden Amerika Donald Trump mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan tindakan itu menyebabkan kemarahan umat Islam diperingkat global.

Tidak Akan Ada Pokok Yang Boleh Yahudi Bersembunyi Di Jerusalem - Erdogon
siakapkeli.my

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, teruskan kecaman terhadap Presiden Amerika, Donald Trump yang kini mendapat sokongan dari Russia. Russia bersetuju Amerika ibarat menyimbah kepada api dalam krisis di Asia Barat.

Menurut Erdogan, vandalisme dan kekejaman di Baitumaqdis ketika ini tidak akan berpanjangan.

"Mereka yang menyangka memiliki Baitulmaqdis sekarang, tidak akan menemui pokok untuk bersembunyi," katanya.

Erdogan yang juga Pengerusi Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) berkata, perjuangan serta jihad umat islam tidak akan berhenti selagi Palestin belum merdeka.

"Mereka tidak akan dapat mencuci darah yang akan terus tumpah," kata Erdogan.

Amerika kini menjadi rakan subahat Israel dan umat Islam tidak akan menerima pengiktirafan ini (Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel).

Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bakal mencetuskan keganasan serta meningkatkan ketegangan krisis yang sudah tegang.

Menurut Putin lagi, "Ia juga akan menjejaskan usaha damai Israel-Palestin serta kestabilan Asia Barat."

Sumber: AFP News

Turki, Perancis cuba pujuk AS pertimbang iktiraf Baitulmaqdis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

ISTANBUL: Presiden Turki dan Perancis akan bekerjasama untuk cuba memujuk Washington mempertimbangkan semula keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Seorang sumber presiden Turki pada Sabtu berkata, Recep Tayyip Erdogan dan Emmanuel Macron dalam satu panggilan telefon bersetuju akan bekerjasama cuba menerbalikkan keputusan Amerika Syarikat (AS) itu yang membimbangkan rantau berkenaan.

Sumber itu berkata, Erdogan turut menelefon presiden Kazakhstan, Lubnan dan Azerbaijan pada Sabtu berhubung isu itu.

Rabu lalu, Erdogan menggesa mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diadakan di Turki, minggu depan.

Pengumuman Presiden Donald Trump pada Rabu lalu mengecewakan sekutu AS di Barat.

Perancis, Itali, Jerman, Britain dan Sweden melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa AS "mengemukakan cadangan terperinci untuk penyelesaian isu Israel dan Palestin".

Penduduk Palestin mengadakan protes susulan keputusan Washington. Demonstrasi turut diadakan di Iran, Jordan, Tunisia, Somalia, Yaman, Malaysia dan Indonesia, serta di luar Kedutaan AS di Berlin.

Status Baitulmaqdis merupakan satu daripada halangan terbesar dalam perjanjian damai antara Israel dan Palestin selama beberapa generasi.

Perancis merupakan satu daripada penyokong Palestin. Pada 2014, Dewan Negaranya meluluskan usul menggesa kerajaan mengiktiraf Palestin, namun kerajaan tidak melakukannya secara rasmi.

Paris pernah menyuarakan pendiriannya yang penyelesaian dua negara memerlukan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenapa PAS macam tolak peluang menang?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Pertama kali Rasulullah SAW membawa ajaran Islam, masyarakat tidak memahami apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh baginda.

Mereka menyangka Rasulullah menyebarkan Islam untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukann dalam masyarakat, lalu mereka menawarkan jawatan raja kepada baginda.

Baginda menolaknya.

Mereka turut menyangka baginda menyebarkan Islam untuk mendapat habuan dunia, lalu mereka menawarkan kepada baginda timbunan harta sehingga baginda menjadi orang yang paling kaya di Mekah.

Baginda menolaknya.

Mereka menyangka baginda menyebarkan Islam untuk mendapatkan wanita yang cantik, menarik lalu mereka menawarkan wanita yang cantik.

Baginda menolaknya.

Ada orang silap dengan menganggap perjuangan PAS ialah perjuangan mendapatkan kekuasaan semata-mata seperti mereka.

Lalu mereka menuduh harta benda dan habuan dunia telah menjadikan pandangan PAS 'buta' sehingga tidak lagi nampak apa yang mereka nampak.

Buka pintu kerjasama

Oleh itu, mereka akan berasa hairan apabila PAS dilihat menolak peluang kemenangan di hadapan mata.

Mereka binggung PAS tidak berkelakuan seperti mereka. Mereka tidak faham mengapa PAS sanggup bersedia berisiko kalah demi mempertahankan dasar parti.

Mereka tidak boleh terima cara PAS yang terus menentang sebarang bentuk kemungkaran dan sedia menyokong kebaikan dan takwa dalam apa jua keadaan tanpa mengira siapa.

Hakikatnya, PAS adalah parti yang paling awal menentang kebatilan, kezaliman dan salah urus tadbir negera.

PAS menyertai pilihan raya sejak pertama kali ia diadakan.

Perjuangan PAS bukan membuta tuli terhadap realiti masyarakat majmuk di Malaysia.

PAS sedia bekerjasama dengan mempertahankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi denyut nadi perjuangan kami.

PAS sentiasa mencari jalan terbaik untuk kemenangan Islam bagi membolehkan Islam terlaksana dalam urus tadbir. Asalkan Islam sampai ke destinasi.

Lantaran itu, PAS sentiasa bersedia membuka pintu bekerjasama dengan pelbagai parti yang menerima dasar Islam yang kami bawa. PAS sudah serik bersama parti hanya rasa penting untuk bersama bila perlu, dan menyerang PAS selepas itu.

Begitulah prinsip PAS. PAS akan terus kekal dengan dasar dan prinsip ini.

Sumbangan penoreh, nelayan

Walaupun beberapa kali PAS dibuli apabila menyambut salam kerjasama, PAS tidak pernah kesal dengan keputusan yang telah diambil kerana semua keputusan parti dibuat melalui perbincangan, muktamar dan panduan Majlis Syura.

Di sepanjang perjuangan ini, PAS kehilangan rakan seperjuangan, rakan politik, markas, PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) dan pelbagai harta yang diwaqafkan oleh ahli dan penyokong kami.

PAS sedih dengan apa yang berlaku kerana PAS sedar ia datang daripada duit simpanan ahli kami yang miskin, penoreh getah, nelayan dan golongan susah. Namun untuk PAS korbankan prinsip perjuangannya, tidak mungkin.

PAS akan terus berkembang, menghijau dan mengeluarkan bunga dan buah. PAS akan terus mendidik masyarakat memahami politik Islam.

Ia suatu sistem politik yang jauh bezanya dengan pelbagai aliran politik yang diimport dari barat, yang tidak berpaksi kepada aqidah.

Politik Islam berteraskan perubahan dengan menghapuskan syirik kepada tauhid, mungkar kepada taat, maksiat kepada soleh, perubahan masyarakat bagi membina negara sejahtera dan harmoni, menikmati nilai persamaan dan menghormati nilai perbezaan.

Itu perjuangan PAS dan ahli-ahli parti akan terus memastikan pimpinan dan bahtera ini terus belayar mengikut arah ini sehingga hari kemenangan Islam dicapai.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS.

Azam tahun 2018 kami ialah mempertahankan pemerintahan Pas di Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Azam tahun 2018 kami ialah mempertahankan pemerintahan Pas di Kelantan. Anda bagaimana?

Dua orang Cina Kelantan sanggup pertahankan PAS kelantan. Anda bagaimana pula. Takkan nak bersama UMNO atau AMANAH (PAN/IKRAM) merosakkan pemerintahan Islam.

Kredit
Lau Chin Chua

Tolak BN @ UMNO

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Gambar ini akan menjawab betul ke PAS sekarang tak ada sokongan bukan Islam?

Kredit
Mahyuddinrahmat Din

Dayangku Intan Keluar PKR

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan yang menyertai PKR pada 2012 mengumumkan keluar parti hari ini.

"Saya ingin mengumumkan pengunduran diri dari PKR, Pakatan Harapan,"katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook.

Dayangku Intan berkata dia menyertai PKR, ketika parti itu bergabung dengan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

Namun, selepas PAS dikeluarkan daripada PR dan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada 2015 yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah, dua tahun selepas itu dia mengambil keputusan untuk keluar parti.

"Dengan ini saya harap segala persoalan kini yang ada mengenai di mana saya di gelanggang politik.

"Sepertimana Pakatan Rakyat tiada lagi, saya tidak lagi bersama mana-mana Parti dan mengucapkan yang terbaik bagi calon-calon yang akan bertanding pada PRU14,"katanya. - AIDCNews

Ada arahan tp ini saja yg hadir...??

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Parti Islam Baru AMANAH (PAN/IKRAM) telah membuat arahan agar semua ahlinya turun untuk protes Isreal di Kedutaan Amerika. Agaknya berapa orang yang hadir?

Sama ramai dengan polis...

AMANAH (PAN/IKRAM) patut malu kepada DHPP

Kredit
Kamarul Syazrin

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tanda-tanda Kiamat

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"Penaklukan Baitulmaqdis... adakah AL QASSAM akan berdiam diri???

Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?

Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?

Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba.

Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel. Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit2 khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit2 Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel.

Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.

Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?

sumber MMP

Isu Baitulmaqdis: Hamas Isytihar Intifada Bermula Esok
siakapkeli.my

Gaza, 7 Dec - Hamas mengisytiharkan intifada baharu bermula esok susulan pengumuman Trump yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Intifada merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948.

"Kami menyeru kepada semua orang Palestin untuk mengambil bahagian dalam 'hari kemarahan' pada Jumaat dan menjadikannya sebagai pemulaan intifada baru", kata ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah.

"Esok, rakyat kita akan melancarkan intifada terhadap pendudukan dan kita yakin bahawa kita akan mencapai kemenangan dan membebaskan tanah suci kita." tambah beliau.

Trump, selain mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, turut mengumumkan bahawa AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Intifada Baru, Ini Kekuatan Al-Qassam Pembela Tanah Palestin Yang Menggerunkan Musuhnya
siakapkeli.my

Sejak semalam, seluruh dunia khususnya umat Islam pasti berada dalam keadaan sedih selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan untuk mengiktiraf Baitumulqadis sebagai ibu negara kepada Negara Haram Israel. Tindakan AS itu mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia, namun yang paling terkesan dengan pengisytiharan tersebut tentulah orang Islam yang berada di Palestin itu sendiri.

Malah, Hamas sebagai salah satu pergerakkan politik di Palestin melalui pemimpin utamanya menganggap ia sebagai 'Pengisytihran Perang'. Dan pasti ramai yang dah tahu Hamas ini bukan pertubuhan politik yang biasa, mereka turut juga mempunyai sayap bersenjata yang dikenali sebagai Al Qassam, sama tarafnya dengan angkatan tentera sesebuah negara. Mereka ditekan dari segenap penjuru kerana kewujudan mereka menimbulkan gerun kepada musuh-musuh Islam dan Palestin.

Sebuah page yang dikenali sebagai Malaysia Military Power yang aktif berkongsi info mengenai dunia ketenteraan telah memuat naik satu artikel yang amat menarik mengenai kekuatan Al Qassam ini. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah.

Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?

Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?

Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba. Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel.

Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit-unit khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit-unit Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel. Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.

Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?

Sumber : Malaysia Military Power

Isu Baitulmaqdis : Indonesia Panggil Duta AS Minta Penjelasan

siakapkeli.my

Indonesia melalui Menteri Luar Negerinya, Retno Marsudi memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Joseph Donovon sekali lagi bagi meminta penjelasan berhubung tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara kepada negara haram Israel.

Menurut jurucakap Kemeterian Luar, Arrmanatha Nasir seperti yang dilaporkan agensi berita Antara berkata, Donovon dipanggil bagi meminta penjelasan mengenai sebuah laporan yang disiarkan di laman web kedutaan itu selepas mendakwa AS berunding dengan semua pihak termasuk dengan Indonesia sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengiktirafan tersebut.

Retno bagaimanapun menafikan bahawa negara republik ada membuat perundingan dengan negara kuasa dunia tersebut berhubung isu yang menimbulkan amarah umat Islam di seluruh dunia.

"Saya ingin tegaskan bahawa rundingan itu tidak pernah diadakan. Apa yang berlaku ialah Indonesia memanggil Duta Besar untuk menyampaikan pendirian kami untuk disampaikan kepada kerajaannya," katanya.

Retno pada masa yang sama turut mengulangi pendirian teguh Indonesia bahawa Indonesia mengutuk dan membantah tindakan AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang mana secara tidak langsung dilihat sebagai mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Katanya lagi, Indonesia dengan tegas mengatakan bahawa yindakan sedemikian melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu selain menjejaskan preoses damai Palestin - Israel.

Sumber : BERNAMA

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, December 07, 2017 11:41 PM
Subject: Fw: Baitulmaqdis

Isu Baitulmaqdis: "Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah", kata Faizal Tahir Sambil Tag Trump & Netanyahu
siakapkeli.my

7 Dec - Pemuzik tempatan, Faizal Tahir, sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti yang selalu mengambil berat tentang isu-isu yang melibatkan negara Palestin.

Tidak terlepas pandang isu Presiden AS mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Faizal Tahir menyuarakan rasa tidak puas hati di laman Twitternya hari ini.

"Baitulmaqdis akan selalu menjadi ibu negara Palestin.

"Pergi cari ibu negara sendiri lah @netanyahu @realDonaldTrump." tulis Faizal bersama tagging akan Netanyahu dan juga Donald Trump.

Sebelum ini, presiden AS, Donald Trump mengambil tindakan mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan Trump itu menyebabkan kemarahan banyak pihak dan mencetuskan rusuhan di bandar itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, turut mengecam tindakan Trump itu di Twitter beliau.

Joko Widodo: Indonesia Bantah Keras Tindakan Amerika Angkat Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel
siakapkeli.my

Presiden Indonesia, Joko Widodo membantah sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada hari Rabu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pengiktiraf secara rasmi mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Indonesia menentang keras mengenai pengakuan pihak Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya dalam ruangan Twitter miliknya harini.

Jelasnya, pengakuan itu melanggar resolusi DK serta Majlis Umum PBB.

"Saya dan rakyat Indonesia tetap konsisten bersama rakyat Palestina dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-haknya," tambahnya.

Joko Widodo
✔ @jokowi
Indonesia mengecam keras pengakuan sepihak Amerika Serikat terhadap Jerusalem sebagai ibu kota Israel. Pengakuan itu melanggar resolusi DK dan Majelis Umum PBB. Saya dan rakyat Indonesia tetap konsisten bersama rakyat Palestina dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-haknya -Jkw

Sumber - Twitter

Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KEPUTUSAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang pada Rabu mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditolak Perancis.

Presiden Emmanuel Macron menegaskan status Baitulmaqdis hanya boleh ditentukan antara Palestin dan Israel dalam rangka perundingan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya sudah menyatakan dengan jelas kepada Presiden Trump ketika pertemuan kami dua hari lalu.

"Status Baitulmaqdis melibatkan soal keselamatan antabarangsa dan komuniti antarabangsa," kata Macron ketika mengadakan lawatan di Algeria pada Rabu.
Macron menegaskan lagi, keputusan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan semua resolusi PBB.

"Keputusan Trump akan ada kesan hanya terhadap pentadbiran negara Amerika Syarikat, tetapi saya tetap tidak bersetuju.

"Perancis akan terus komited terhadap keamanan dalam rantau ini, dan tidak akan mengubah pendirian kami untuk melihat dua negara ini, iaitu Palestin dan Israel, mencapai persetujuan," kata Macron.

Sebelum ini, Turki turut memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv dipindahkan ke Baitulmaqdis.

Presiden Reccep Tayyip Erdogan menegaskan, Israel dan Amerika Syarikat bakal berdepan kemarahan umat Islam seantero dunia.

Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tersesat..

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Sekadar lawak...

Kiriman:
Lebai Hassan

Yang betul-betul hadir untuk menyatakan bantahan kepada amerika dan sekutunya israel..

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Yang betul-betul hadir untuk menyatakan bantahan kepada amerika dan sekutunya israel hanyalah #PAS manakala pemimpin dan penyokong #pakatanharPAN hanya mampu meroyan di dalam facebook dan twiteer manakala #UMENO hanya lantang di hadapan penyokong sendiri.

Kredit
Abdul Rahman Yusof
Mohd Zubit Lebai
Hawari Yahya
Zubir Abdullah
Sh Zain

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rakyat kini nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

 

Bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar kukuh sejak akhir 2014. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017.

RAKYAT Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli.

Beliau berkata rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, di samping kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar sebagaimana dinyatakan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2016.

Firdaos berkata berdasarkan data diterbitkan Persatuan Automotif Malaysia, jualan jenama pertengahan kereta asing seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan, Perodua.

"Baru-baru ini, barangan yang dibeli melalui platform perdagangan dalam talian popular mencatat jualan lebih RM100 juta pada Singles Day pada 11 November. Malaysia pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion).

"Malah nilai import telefon mudah alih lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan. Harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi," katanya.

Menurutnya, pengukuhan dolar AS berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.

"Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017.

"Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9% pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015."

Firdaos berkata bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.

Menyentuh kadar pengangguran Malaysia yang berada di bawah 4%, yang ditakrifkan sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sejak 1995, beliau berkata kadar pengangguran tidak melepasi paras 4% walaupun kejatuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008.

"Pada 2016, kadar pengangguran Malaysia sebanyak 3.4% lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (4.9%), Jerman (4.1%) dan Korea Selatan 3.7%," katanya.

Walaupun harga barangan dan perkhidmatan secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Firdaos berkata sejak 2009 purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruhannya meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40% (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain.

"Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3% pada 2008 kepada 35.3% pada 2016, statistik rasmi juga menunjukkan purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia meningkat 6.6% setahun antara 2014 dan 2016," katanya.

Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, Firdaos berkata rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dua fakta utama mengenai inisiatif itu; sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat, serta BR1M membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.

"Menurut statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain," katanya.

Firdaos berkata pengurangan cukai pendapatan peribadi secara beransur kepada golongan berpendapatan sederhana bermakna mereka mempunyai pendapatan boleh guna jauh lebih besar daripada sebelumnya seperti diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Oktober lalu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang.

Mengenai pengembangan dan pemantapan sistem pengangkutan awam sejak 2009, beliau berkata, ia memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkutan yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmatan e-hailing. Bagaimanapun, beliau juga menegaskan kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik sambil terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksanakan, seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

– Bernama, 12 Disember, 2017.

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula. Gaji kecil, kos sara hidup tinggi dan sukar menyimpan. Tiga faktor ini menyebabkan kebanyakan masyarakat bandar khususnya berpendapatan sederhana bergelut untuk persiapan persekolahan anak.

Mereka kebanyakannya terpaksa membuat kerja tambahan selain bergantung kepada bonus tahunan yang diberikan majikan setiap tahun.

Ia diakui Siti Marlina Abdul Rashid, 38, yang membelanjakan hampir RM1,000 bagi menyediakan barang keperluan sekolah untuk tiga anaknya.

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula. "Pendapatan kasar saya dan suami RM5,000 saja. Anak tiga orang sudah bersekolah. Kami memang kena kerja kuat demi anak-anak.

"Mujur setiap tahun, saya dapat bonus bergantung pada prestasi kerja. Duit untuk simpan memang susah sangat sebab gaji kami memang cukup-cukup untuk komitmen," katanya yang sudah 20 tahun bekerja di Pejabat Pos Malaysia.

Bagaimanapun, keluarga yang tinggal di Bukit Jalil ini hanya membeli barang keperluan sekolah anaknya mengikut kemampuan dan tidak berbelanja mewah.

"Untuk baju sekolah, kalau anak sulung saya beli sehelai dan selebihnya pakai saja tahun lepas yang masih elok. Anak yang lain pun sama, saya beli sepasang saja.

"Semuanya bergantung pada bajet sebab semakin hari harga barang naik. Kos belanja untuk keperluan rumah pun naik. Semuanya beri kesan," katanya kepada The Malaysian Insight.

Jabatan Perangkaan merekodkan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan meningkat pada kadar 3.7% bagi Oktober 2017 kepada 120.0 daripada 115.7 pada bulan sama tahun lepas.

Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks Pengangkutan (+12.1%) dan Penyelenggaraan Isi Rumah (+2.6%) dan Kesihatan (+2.4%).
Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula
Manakala bagi Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 4.4% pada Oktober 2017 yang didorong subkumpulan makanan Minyak dan Lemak (+16.2%), Ikan & Makanan Laut (+6.8%), Sayur-sayuran (+5.0%), Buah-buahan (+4.0%) dan Daging (+3.2%).

Bagi keluarga tidak berkemampuan, seorang anak hanya mendapat sepasang baju baru saja, selebihnya gunakan pakaian yang masih elok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017.
Bagi keluarga tidak berkemampuan, seorang anak hanya mendapat sepasang baju baru saja, selebihnya gunakan pakaian yang masih elok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017.
Bagaimanapun, Marlina berkata beliau tidak melihat peningkatan terhadap kelengkapan baju sekolah kerana pemilihan baju tidak konsisten dan pembelian dibuat berdasarkan kemampuan.

"Setiap tahun harga baju sekolah dan kasut sekolah lebih kurang sama. Saya memang tidak beli jenama sama. Saya akan cari mana pasar raya yang buat jualan murah.

"Misalnya, baju kalau kemampuan untuk seorang RM50 maka saya akan cari yang harga macam itu di pasar raya," katanya.

Tinjauan The Malaysian Insight di sekitar Lembah Klang baru-baru ini mendapati banyak pasar besar menjual barangan keperluan sekolah dengan pelbagai harga jualan.

Baju kurung boleh didapati dengan harga serendah RM30 sepasang, manakala kasut sekolah boleh didapati dengan harga serendah RM10 sepasang.

Sama seperti keluarga V.Shantamary, 40, juga menghadapi kesukaran untuk penyediaan barang dua anaknya. Beliau bukan saja bergantung kepada bonus tahunan tetapi terpaksa mengurangkan perbelanjaan perayaan hari Krismas demi memastikan keperluan anak-anaknya mencukupi.

"Untuk anak saya, beli baju dan kasut sudah RM600. Saya beli baju untuk mereka empat pasang. Kasut dua pasang. Yang perempuan tak lasak, lelaki memang kena selalu tukar baju.

"Itu belum lagi keperluan lain. Walaupun gaji saya kalau dengan suami lebih kurang RM10,000 tetapi kami susah hendak menyimpan. Krismas ini pun kita tidak sambut meriah kerana perlu jimat.

"Kita belanja RM5,000 untuk seorang anak setahun yang meliputi pakaian, buku, wang saku dan van sekolah. Tahun lepas RM4,000 seorang. Ada peningkatan dibandingkan tahun lepas," kata pegawai bank dari Puchong itu.

Katanya, disebabkan kos sara hidup tinggi dan peningkatan harga barang itu, mereka juga terpaksa melupakan hasrat untuk percutian keluarga.

"Disebabkan ekonomi, kita kena lupakan percutian keluarga. Kalau mahu, kena rancang awal-awal untuk jimat. Lihat mana yang berpatutan dan ikut kemampuan.

"Kami kena kerja lebih masa dan cuba untuk tidak membazir pada benda yang tidak perlu," katanya kepada The Malaysian Insight.

V.Shantamary lebih suka membeli barang sekolah berjenama untuk memastikan ia tahan lama dan berkualiti.

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula

Tidak kurang cabarannya bagi seorang ibu tunggal. Irma Arissa Sharuddin, 32, memerlukan sekurang-kurang RM1,000 untuk membeli kelengkapan tiga anaknya.

Pembantu perubatan di Hospital Selayang itu juga terpaksa berpisah dengan anaknya dengan meletakkan mereka di kampung bagi mengurangkan kos sara hidup.

"Selepas bercerai, tiga anak saya terpaksa duduk di Kampar, Perak, kampung saya. Kenalah saya kurangkan kos. Di KL hantar pengasuh pun mahal untuk tiga orang.

"Jadi mahu tidak mahu terpaksa saya berkorban hidup tanpa mereka. Di KL hidup saya hanyalah kerja dan hospital itu macam rumah pertama saya," katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, selain menerima wang bulanan RM600 sebulan daripada bekas suami, beliau juga perlu membawa Uber selepas pulang kerja untuk menampung perbelanjaan harian.

"Duit gaji saya, saya simpan dan asingkan, tak banyak pun. Saya bawa Uber jadi dapatlah sebulan RM500 paling sedikit.

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula. "Selain bekas suami bagi duit, bekas ibu mertua juga banyak membantu saya. Gaji saya bawah RM3,000 memang tak cukup," katanya. - MI

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, December 07, 2017 11:40 PM
Subject: Fw: Tambang Naik,

Tambang sekolah naik lagi RM20 tahun depan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net



IPOH, 5 Dis — Tambang bas sekolah dijangka naik sehingga RM20 sebulan di bandar susulan peningkatan kos operasi, kata persatuan pengusaha bas sekolah.

Presidennya berkata penambahan RM10 pula bagi kawasan luar bandar akibat kos alat ganti yang naik antara 50 hingga 80 peratus, lapor mStar Online.

"Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk membolehkan mereka terus bernafas dan memberikan perkhidmatan," kata Mohd Rofik Mohd Yusof.

Tambang bas sekolah di bandar sekarang sekitar RM80, manakala RM60 bagi kawasan luar bandar.

Namun, tambahnya, pengusaha bas perlu berbincang dengan ibu bapa dahulu sebelum menaikkan harga tambang.

Mohd Rofik juga menyeru kerajaan agar memberi subsidi minyak diesel sebanyak RM1 seliter kepada kira-kira 18,000 pengusaha bas di seluruh negara.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peguam AS bidas TPM kerana tidak benarkan bertemu Anwar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley, hari ini mengkritik menteri dalam negeri kerana menghalang beliau bertemu anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan halangan itu sebagai tidak wajar sama sekali, Motley berkata beliau meminta kebenaran untuk bertemu Anwar di Hospital Kuala Lumpur atas kapasiti sebagai peguamnya.

"Saya terkejut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kerajaan Malaysia enggan membenarkan pertemuan itu.

"Secara asasnya mana-mana orang yang dipenjarakan berhak mendapat akses kepada penasihat undang-undang pilihannya.

"Menolak permintaan saya untuk bertemu Anwar melanggar piawaian antarabangsa mengenai akses keadilan dan memburukkan imej Malaysia," kata Motley dalam kenyataan hari ini.

Zahid adalah timbalan perdana menteri.

Motley semalam menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji pembebasan segera pemimpin pembangkang itu.

Beliau berharap akan dapat bertemu Najib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semasa beliau berada di Malaysia dalam beberapa hari ini.

"Najib boleh menyeru Anwar dibebaskan segera dan terdapat beberapa cara yang boleh diambil bagi membolehkan pembebasan Anwar.

"Beliau boleh lakukannya. Beliau juga boleh benarkan Anwar teruskan rawatan di rumah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR semalam.

Motley mewakili Anwar sejak 7 September secara pro bono.

Anwar, 70, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara keranaa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Peguam AS desak Anwar dibebaskan segera

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Peguam hak asasi manusia dan penasihat undang-undang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberley Motley, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji pembebasan segera pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu.
Beliau berharap akan dapat bertemu Najib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semasa beliau berada di Malaysia dalam beberapa hari ini.

"Najib boleh menyeru Anwar dibebaskan segera dan terdapat beberapa cara yang boleh diambil bagi membolehkan pembebasan Anwar.

"Beliau boleh lakukannya. Beliau juga boleh benarkan Anwar teruskan rawatan di rumah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Saya mahu bercakap dengan Najib mengenai pemenjaraan Anwar yang tidak adil dan beliau masih seorang tahanan nurani.

"Perdana Menteri Najib sangat prihatin hinggakan beliau melawat Anwar di hospital, jadi pada pandangan saya, beliau nampaknya peduli dan mahu ambil tahu rawatan apa yang Anwar jalani, dia patut berminat untuk tahu rawatan apa sekarang ini.

"Saya teringin duduk semeja dengannya dan memberitahu beliau tentang keadaan kesihatan Anwar dan mohon pembebasan segera."

Motley juga berharap dapat bertemu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya difahamkan beliau bersependapat dengan saya kerana saya menyeru Anwar dibebaskan segera dan saya juga ingin berbincang dengan beliau dan memberitahu perkembangan terkini rawatan Anwar yang dimaklumkan pihak keluarga kepada saya."

Beliau mengkritik pemenjaraan Anwar, menggelarnya "kekotoran pada rekod hak asasi manusia Malaysia."

"Setiap hari beliau dalam penjara mencemar rekod hak asasi manusia Malaysia.

"Memohon beliau dibebaskan segera ialah permohonan yang wajar.

"Dari segi undang-undang, saya percaya banyak perkara yang berlaku dalam perbicaraan ini bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa serta undang-undang di Malaysia.

"Ini termasuk hak mengemukakan bukti; antara isu yang berbangkit ialah terdapat bukti tertentu yang dibuang mahkamah.

"Sejak Anwar dipenjarakan atas pertuduhan yang meragukan, pemenjaraannya mencabul undang-undang Malaysia dan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa, yang ditandangani Malaysia."

Motley mewakili Anwar sejak 7 September secara pro bono.

Anwar mengalami kesakitan di bahu kanan, yang memburuk selepas satu kemalangan pada 22 September semasa beliau dibawa dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh.

Kendereaan pengiring penjara terlanggar kenderaan yang dinaikinya dari belakang.

Anwar, 70, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara keranaa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Umno Selangor pun mudah lupa?
DETIK DAILY
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Oleh ROSLAN SMS

BUAT baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Menurut riwayatnya inilah pepatah Melayu yang menjadi pesanan Laksmana Hang Tuah buat saudaranya Hang Jebat.

Usaha memperlekeh, mempersenda dan mengkritik pihak istana kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan kebiadaban Tun Dr Mahathir dalam isu keturunan "Bugis" dan kini ahli DAP Zaid Ibrahim yang turut mengecam kononnya campurtangan Tuanku Sultan Selangor dalam urusan politik.

Raja-raja Melayu sudah wujud sejak lahir peradaban dan tamaddun Melayu dan di bawah konvensyen dan Perlembagaan Negara Duli-duli Tuanku punya peranan sebagai ketua agama negeri masing-masing serta pemegang kunci kestabilan negara dan negeri-negeri dalam menyempurnakan penubuhan kerajaan, perlatikkan dan yang berkaitan dengannya.

Kelangsungan institusi ini mencerminkan kayanya adat dan budaya Melayu serta tingginya status bangsa ini dalam pembentukan dan jati diri negara dan negeri-negeri.

Pihak istana punya tugas dan tanggungjawab mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Atas inisiatif masing-masing sebagai ketua negara dan negeri mereka juga mencemar duli melibatkan diri dalam aktiviti rakyat serta kebajikannya.

Dan kerana prihatin akan nasib dan masa depan rakyat serta status kedudukannya Duli-duli Tuanku juga memberikan teguran dan nasihat secara terbuka.

Dan sebagai rakyat - "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung" teguran dan nasihat Tuanku biasanya diraikan dan diterima dengan hati terbuka.

Kalau pun ia pedas ia ditelan apatah lagi kalau manis dan menyelerakan.

Meludah atau memuntahkannya mungkin satu pilihan tetapi di mata adab dan budaya tamaddun kita ia biadap dan tidak pernah diamalkan secara terbuka.

Menegur dan menasihatkan Raja sebagaimana pernah ditunjukkan oleh Bendahara Tun Perak juga satu amalan tetapi ia melibatkan korum tertutup dalam kalangan majlis Raja dan pemimpinnya demi memelihara adab dan kebesaran institusi di Raja itu.

Contohnya Tun Salleh Abas pernah berhujah dengan YDP Agong dulu, sebagaimana direkodkan dalam bukunya MAYDAY FOR JUSTICE tetapi dalam forum tertutup bukannya dalam majlis ceramah atau perhimpunan parti.

Saya merakamkan ini kerana tertarik dengan laporan NST pagi ini yang memetik kenyataan pemimpin Umno Hulu Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom.

Zainal dilaporkan mempertahankan institusi di raja dan menyerang DAP dan Zaid Ibrahim yang dikatakannya biadap.

Saya tertarik kerana 25 tahun dulu sekitar 1992 PM dan Presiden Umno ketika itu bernafsu merongkai kekebalan Raja-raja Melayu dengan membawa pindaan terhadap Perlembagaan Negara.

Dalam perhimpunan Umno ketika itu Raja-raja Melayu diserang dan jika saya tidak silap Zainal ketika itu berjawatan dalam kerajaan dan Umno negeri dan sebagai wakil Selangor beliau antara yang lantang menyerang termasuklah Almarhum Tuanku Sultan Selangor tidak terkecuali.

Itu dulu. Hari ini Zainal serang pula DAP dan Zaid kerana menyerang istana, ajaib!

Rupanya sindrom Melayu mudah lupa yang ditemui Tun Dr Mahathir hari ini membiak dan menular di mana-mana.

Apapun kekalkan dan hormatilah Instutusi Raja-raja Melayu ini - benteng terakhir survival bangsa dan agama.

Dr Mahathir serah semula pingat Sultan Selangor??

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Mengikut sumber Tun Mahathir telah menyerahkan semula dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor, termasuk satu darjah kebesaran tertinggi negeri itu, kata sumber yang dipercayai.

Kedua-dua pingat itu dikatakan diserahkan semula pada petang Khamis memlalui seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, kata seorang sumber itu lagi.

Mahathir menerima dua darjah kebesaran dari Sultan Selangor, pada 1978 dan 2003.
Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama pada 22 Jun 1978, yang ketika itu membawa gelaran Datuk. Pingat ini dikurniakan hanya kepada dua orang pada satu-satu masa dan kuota maksimum penerimanya ialah 40 orang. Sejak 1998, pingat itu membawa gelaran Datuk Seri.

Kira-kira sebulan sebelum persaraannya pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Shah Alam, Klang.

Anugerah yang hanya dikurniakan kepada maksimum 25 orang pada satu-satu masa itu diberikan sebagai penghargaan kerajaan negeri Selangor terhadap sumbangan dan jasa beliau kepada rakyat Selangor selama jadi Perdana Menteri.

Walaubagaimana masih belum ada pengesahan daripada Pejabat Sultan Selangor.

Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Hal itu disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Malaysiakini hari ini.

"Betul," kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu.

Seorang pembantu Dr Mahathir pula mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama.

"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.

Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri.

Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan pemulangan pingat berkenaan. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.

"Sudah gaharu cendana pula...," katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.

Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi BERSATU itu masing-masing diterima daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003.

Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Anugerah tertinggi negeri

Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan1994.

Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Portal The Malaysian Insight pula melaporkan pihak istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu esok.

Pada awal Nov lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Dr Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.

Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.

Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam temu bual baginda dengan akhbar The Star beberapa hari lalu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



RUU 355 tidak di bahaskan di parlimen, bukan salah PAS lagi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"

Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....

RUU 355 bergema lagi.Kali ini diletakkan di no 7 sedangkan speaker menyatakan pebahasan akan akan terhenti pada no 6, bermakna RUU 355 tidak akan dibahaskan.Sebelum ini RUU 355 sudah dibawa ke perbahasan parlimen tetapi ditangguhkan oleh TGHH.Maka bergemalah suara suara dari kem PH mengutuk dan menyalahkan PAS dengan berbagai bagai tuduhan dan komen dari pemimpin sehingga macai macai mereka.

Yang menariknya yang mengutuk dan menuduh itu rata ratanya terdiri dari orang Islam, sambil terus menuding jari kepada PAS sebagai punca RUU tidak dibahaskan.Hari ini Dato Nik Amar menyatakan pula bahawa tugas membawa RUU 355 ke perbahasan parlimen ialah tugas Umno dan speaker bukan tugas PAS, PAS sudah melaksanakan tugasnya.Sebelum itu, TGHH awal awal lagi menyatakan bahawa semua MP Islam dari semua parti bertanggungjawab menyokong RUU 355 sambil MP bukan Islam boleh berkecuali.

Tetapi mampukah semua MP Islam dari semua parti menyokong RUU 355 apabila dibahaskan nanti?Itulah soalan yang terlebih dahulu dijawab dan diketahui dengan jelas sebelum RUU 355 dibahaskan.

Untuk mendapat jawabannya, mari kita lihat responnya dulu dari parti parti terbabit.MP Umno ada yang menyatakan sokongan dan ada yang tidak.Begitu juga MP Islam dari parti parti komponen BN lain, masih berbelah bagi dan dari kritikan yang didengar,MP Islam dipihak PH hampir pasti menentang RUU 355.Maka ada kemungkinan besar RUU 355 akan tewas di parlimen kalau dibahaskan sekarang.Apatah lagi MP bukan Islam dari BN dan DAP sudah menyerlahkan pilihan mereka untuk turut menentang, menjadikan kemungkinan untuk tewas lebih besar.

Oleh itu tidak hairanlah kalaupun RUU 355 dibentangkan untuk dibahas, ianya akan ditangguhkan lagi oleh TGHH.Sebabnya dengan penangguhan tersebut, RUU 355 akan terus hidup sedangkan kalau dibahas dan ditewaskan oleh undi MP Islam sendiri, RUU 355 akan terkubur dan usaha mengembalikan perundangan Islam perlu dimulakan sekali lagi sedangkan kita tahu betapa sukarnya untuk memulakan RUU 355.

Oleh itu mana lebih baik, ditanggguhkan atau ditewaskan? Perkara ini tidak diambil kira oleh pengkritik RUU 355 dari PH(walaupun tiada suara kritik di pihak Umno).Mereka tetap juga mendakwa RUU 355 milik PAS dan mesti dibawa untuk dibahas oleh PAS.Mereka lupa sama sekali bahawa mereka juga orang Islam yang dituntut menyokong apa jua usaha untuk Islam tanpa mengira dari siapa usaha itu bermula.

Jadi menyalahkan PAS adalah kebodohan mereka yang nyata dan terang sedangkan RUU 355 adalah untuk mereka juga.Menyatakan PAS tidak pandai buat kerja tidak menjadikan mereka pandai dengan hanya mengutuk malah ada yang bodoh apabila mengambil kembali provokasi yang dimulakan oleh pencacai Umno yang sudahpun pupus.Ada kalangan macai mereka masih menggunakan istilah lebai dan PIS sedangkan semua tahu ketika sebahagian mereka masih dalam PAS. istilah ini digunakan dengan kerap oleh pencacai Umno untuk membangkitkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.Apa punya kelas macai begini?

Satu lagi aspek yang tidak begitu diberi penekanan oleh mereka ialah kalau RUU 355 terus dibiarkan tergantung di parlimen sambil PRU 14 semakin hampir akan menyebabkan RUU 355 akan terus hidup selepas PRU 14.Ketika PH begitu gharah untuk menewaskan BN, apa mereka tidak pernah terfikir nanti kalau mereka berjaya membentuk kerajaan, maka perbahasan RUU 355 akan menjadi tanggungjawab mereka? Atau inilah sebabnya mereka bersungguuh sungguh membuat provokasi agar RUU 355 cepat cepat dibahas dan ditewaskan di parlimen?

Pada hemat saya, PAS sudah matang dan faham benar dengan provokasi sebegini,lagipun RUU 355 bukan lagi milik dan hak PAS sebab ia milik dan hak semuua orang Islam.Barangsiapa yang cuba mengutuk PAS baik sebagai tidak pandai buat kerja atau mahu ug dengan Umno, RUU 355 tetap milik dan hak anda seandainya anda Islam, maka sepatutnya andalah tampil dengan idea idea yang boleh membantu RUU 355 diluluskan, bukan mengutuk untuk RUU 355 ditewaskan.

Apa idea anda untuk meluluskan RUU 355? bukankah menunggu PRU 14 merupakan alternatif terbaik untuk memilih MP Islam yang benar benar menyokong RUU 355 kerana MP Islam yang ada sekarang tidak menunjukkan minat besar kepada RUU 355!

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, December 07, 2017 11:38 PM
Subject: Fw: Keahlian PAS, Keluar mulut harimau, RUU355, Potong, Curi, Solat & Husam

RUU355 bukan masalah PAS lagi, Bola sekarang di kaki UMNO

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PAS menganggap nasib rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 yang belum dibahaskan di parlimen sebagai bukan tanggungjawab pihaknya lagi.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tanggungjawab itu kini digalas parti Umno dan speaker Dewan Rakyat.

Mengibaratkan seperti bermain bola sepak menurut beliau, PAS sudah melakukan hantaran, kini bola di kaki Umno untuk menjaringkan gol.

"Banyak orang pertikai, kata PAS kena tipu. Sebenarnya kita dah tendang bola ke kaki Umno, sepatutnya Umno kena tendang masuk gol.

"Jadi bukan masalah PAS lagi, sebab kita dah pass the ball," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat exco Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini RUU355 dibentangkan kali ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April tahun lalu oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usul persendirian.

Usul tersebut kemudiannya disokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada 17 Oktober lalu, PAS mendesak perbahasan RUU355 diberi ruang pada sidang parlimen kali ini, namun tidak mendapat perhatian speaker.

Terdahulu, RUU355 dilaporkan sudah berada dalam senarai ketujuh aturan mesyuarat, namun speaker memaklumkan Dewan Rakyat hanya akan berbahas sehingga aturan keenam sahaja.

Tambah Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan, tanggungjawab PAS untuk bawa RUU355 ke parlimen sudah selesai, selepas ia dibentangkan.

"Kita sudah bentang. Kalau main bola kita sudah pass (hantar) ke kaki Umno, sepatutnya Umno yang jaring gol," ujarnya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pengalaman jumpa Chiropractic Centre rawat sakit pinggang bahagian bawah
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Dia jadi pulak renjatan sakit pinggang bahagian bawah kat belakang tulang belakang ni. Memang kerap juga berlaku. Boleh kata, dalam tempoh 3 bulan sekali mesti terkena renjatan sakit pinggang macam ni.

Sakit macam terkena renjatan karan elektrik. Tiba-tiba saya berlaku. Tak semena-mena bila nak bergerak pusing ke kanan atau ke kiri untuk letakkan barang contohnya, terasa satu renjatan. Seluruh tubuh badan rasa lemah macam nak jatuh.

Bila jadi macam itu, terus tak boleh nak berdiri lurus tegak. Nak kena bengkokkan dan tundukkan sikit badan, barulah dapat berdiri. Itupun rasa macam tak kuat sangat.

Nak rukuk ketika solat lagilah tersiksa. Memang tak boleh buat dengan sempurna sebab otot pinggang terasa lemah dan renjatan akan berlaku lagi jika silap gaya. Boleh jatuh rebah kalau gagah rendahkan juga badan ke bawah.

Punca renjatan sakit pinggang
Ada dua sebab yang saya perasan membuatkan renjatan sakit pinggang ini akan datang. Semuanya bermula sejak lebih 10 tahun dulu, terkena renjatan kuat ketika angkat beras lebih dari 50 kilo. Badan masih kuat dan muda, jadi tak fikir pasal tulang belakang yang masih lama perlu digunakan.

Ketika tunduk dan mula nak naikkan guni beras itu, bunyi kuat "prakkk!" ... datang dari bahagian pinggang. Badan terus senget nak rebah. Tubuh badan terasa amat lemah tak boleh nak berdiri. Sakit, ngilu, risau, semua ada.

Sejak dari situ, sakit akan datang dan pergi. Macam saya kata, akan berlaku dalam 2 atau 3 bulan sekali bila ada sesuatu yang tak kena. Yang saya pasti, ianya berlaku dalam dua keadaan,

a.. Bila duduk lama sangat. Duduk berturut-turut berhari-hari, sekali duduk lebih dari 5 ke 6 jam berpanjangan. Aakan jadi macam itu
b.. Bila saya bawa pacuan 4 roda lebih dari 3 atau 4 hari. Sama juga macam duduk lama di atas. Tapi proses kena henjut pacuan 4 roda dengan kerusi duduk yang tegak mempercepatkan lagi renjatan datang.
Cuba rawat di Chiropractic Centre
Sebelum ini saya dah kongsikan berbagai pengalaman. Dari urut alingment tulang dengan Haji Man Lugua sampai guna perkhidmatan Fisioterapi kat Kelantan dan Bangsar. Semuanya atas masalah yang berbeza.

Biasanya bila kena renjatan sakit pinggang macam ini, saya akan amalkan senaman pinggang selama beberapa hari dan biasanya akan hilang dan baik semula. Boleh baca senaman pinggang yang selalu saya buat untuk legakan pinggang itu kat sini.

Tapi rasanya kali ini tak mahu teruskan senaman dan biarkan dia baik sendiri.

Risau takut kalau ada masalah yang lebih teruk berlaku. Lagipun saya risau kenapa ia sentiasa berulang.

Perlu tahu punca masalahnya dan dapatkan nasihat dari pakar pulak.

Kebetulan saya lihat ada satu pusat Chiropractic berdekatan rumah yang besar premisnya. Nampak sangat profesional dan macam hospital. Jadi saya nak cuba pakai khidmat dari Chiropractic lah pulak.

Pergi ke pusat rawatan Chiropractic
Dalam pukul 10.30 pagi baru-baru ini, saya dapatkan nombor telefon dari pusat Chiropractic itu dan terus telefon. Seorang wanita Melayu angkat cakap orang putih. Saya bertanya terus bagaimana nak buat rawatan kat situ.

Dia kata perlu buat temu janji terlebih dahulu. Saya kata ok sekarang saya nak buat temujanji.

Saya tanya bila ada free untuk saya pergi.

Dia kata hari ini pukul 11 pagi ada ruang. Eh! lagi 20 minit pukul 11. Kebetulan saya memang dekat kawasan itu. Jadi saya terus set pukul 11 dan terus pandu ke pusat tersebut.

Itu kawasan pusat bandar yang baru. Kali pertama saya sampai kat Setia Walk itu. Berbelit jugak nak masuk ke kawasan Setia Walk itu tapi jadi mudah bila guna Waze. Akhirnya saya sampai dan cari kawasan parkir.

Tanya India yang jaga Valvet, dia kata bagi RM10 untuk dia parking. Saya kata tak ada parking bawah banggunan ke. Dia terus jawab, saya tak tau, saya tak tau. Punyalah bebal dan tidak membantu manusia lain. Pikirkan duit saja kerjanya, mungkin itu ajaran bossnya.

Akhirnya saya jumpa jalan masuk ke parkir bawah banggunan. Tapi kat Blok B sedangkan pusat rawatan Choropractic itu di blik H. Tak apalah, sebab bangunannya bukan jauh sangat. Saya parkir kat B2 dan naik lif ke Ground Floor.

Pusat Rawatan Chiropractic yang meyakinkan
Sebaik saja sampai di depan pintu masuk pusat rawatan itu, saya cuba tolak pintu. Terdengar bunyi kunci dibuka. Kaunter pelayan nampak saya dari dalam melalui cermin itu rasanya. Bila saya masuk dia terus tanya nama saya dan terus minta IC.

Saya perlu isi borang. Baca akuan janji setuju dan tanda tangan pada 3 tempat di atas borang itu. Rupanya selain dari pusat rawatan, ia juga pusat pembelajaran ilmu chiropractic. Jadi ara pelajar kat situ yang mungkin akan buat kajian dan latihan praktikal. Saya perlu setuju untuk berikan kerjasama.

Saya tak kisah dan tanda tangan saja. Sebab nak cuba satu pengalaman baru buat rawatan tulang belakang secara profesional dengan teknik chiropractic yang memang mendapat pengiktirafan.

Selesai semua pendaftaran. Saya diambil tekanan darah, ukur tinggi dan timbang berat. Kemudian dibawa masuk dalam bilik rawatan. Dia suruh tunggu kat dalam tu sementara doktor datang untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.

Semua amat meyakinkan setakat ini.

Rawatan dan nasihat penting dari doktor
Tak lama kemudian masuk doktor berbangsa Cina. Masih muda. Dia minta saya dduk terlebih dahulu sambil dia membaca borang maklumat masalah tulang belakang yang dah saya isi. Kemudian dia bertanya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Kemudian dia suruh saya berdiri tegak dan minta saya rukuk. Memang saya gagal sebab rasa sakit dan ngilu. Dia kata ok. Disuruhnya pula lentingkan badan ke belakang mendongak langit. Tak ada masalah bagi saya untuk buat senaman itu. Lepas itu dia suruh senget ke kiri dan kanan. Juga tak ada masalah.

Selepas itu saya diminta baring dan dia mula tekan satu persatu tulang belakang saya bahagian bawah. Dia mula tekan otot pinggang kiri dan kanan dan otot punggung kiri dan kanan. Dapat dirasakan kesemua otot saya itu tegang dan keras.

Menahan sakit lah itu sebab itu sentiasa tegang dan menambahkan lagi masalah tulang kat bahagian pinggang itu, katanya.

Rawatan yang melegakan
Akhirnya dia mula kerjakan pinggang saya. Dipijaknya dan ditarik direntap macam lipat kain, kiri dan kanan. Dia tekan, dia betulkan tulang leher dan macam-macam lagi. Untuk betulkan semula kedudukan tulang katanya.

"Kalau sakit tak tahan, you beritahu. Saya akan berhenti, ok!" pesan doktor itu pada saya.

"Tak apa doktor, buatlah apa saja, asalkan jangan bunuh saya", jawab saya pada doktor serius.

Kemudian dia rawat dengan ultra sound untuk lembutkan dan legakan otot-otot yang dah tegang dan letih. Dia letakkan ais pada bahagian otot yang letih itu semua dan suruh saya rehat. Memang tak terus lega kerana perlu datang lagi.

Sakit masih terasa sebab semua otot saya dah mula tegang. Otot itulah yang mula tarik pada bahagian otot yang lemah dan akhirnya membuatkan kedudukan tulang tidak betul. Ia perlukan masa untuk pulih dalam seminggu dua.

Masa nak bangun dari katil selepas selesai semua rawatan, saya terhoyong hayang macam nak jatuh. Rasa teramat lemah pada kawasan yang kena rawat tadi. Mungkin normal, anggap saya. Selepas kena tekan dan kena tarik tentu kawasan itu masih lemah.

Tambah doktor itu lagi, mungkin ada potensi slip disc.

Tapi dari pemeriksaannya masih tidak ada apa-apa masalah sebegitu. Untuk pastikan, saya perlu buat MRI. Tapi tak payah nak risau lagi katanya. Pertemuan ke-2 nanti, kalau tak ada perubahan, masih teruk, dia akan berikan surat untuk buat MRI bagi pastikan kedudukan tulang belakang saya itu.

Memang melegakan.

Bukan pada sakit, tapi secara psikologi sahaja selepas yakin dan percaya dengan kepakaran pusat tersebut merawat para pesakitnya.

Memang berbaloi dan meyakinkan untuk rawatan dan khidmat nasihat itu semua. Saya bayar RM125 sahaja untuk pertemuan dari pukul 11 pagi sehingga 12.30 petang itu.

Petang itu semua sakit dah mula hilang. Boleh tegak berdiri macam biasa walaupun ada sikit-sikit sengal pada bahagian yang sakit tu.

Malamnya pula semakin pulih dan keesokkan harinya semua masalah hilang hampir 90%.

Bagus betul pusat tu. Biasanya saya akan ambil masa lebih dari seminggu untuk pulihkan sendiri semua masalah sakit pinggang bahagian bawah itu. Kali ini macam magik pulak.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PATUTNYA SHIELA YANG LEBIH MERASA KEPERITAN RAKYAT GANTI MAMAT NI JADI KSU PERBENDAHARAAN
bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot

'Sheila keliru antara kos sara hidup dan gaya hidup'

Luahan kecewa Sheila Majid terhadap kenaikan kos sara hidup menimbulkan rasa hairan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Selalu lalu Sheila menyatakan bahawa rakyat Malaysia bosan dan marah menaggung kos sara hidup yang tinggi serta hutang yang bukan berpunca daripada mereka.

"Kenapa dia mengadu mengenai kos sara hidup? Berapa pendapatannya?" soal Irwan semasa sidang akhbar di Cyberjaya petang ini.

Irwan berkata individu yang mengeluh mengenai kos sara hidup keliru antara kos sara hidup dan kos gaya hidup.

"Inflasi hanya 3.5 peratus, tapi kenaikan gaji tahunan lebih tinggi, pada lima hingga enam peratus, (kenaikan) gaji sepatutnya dapat menampung kos inflasi.

"Terdapat kos, kos gaya hidup yang lain. Orang selalu keliru antara kos gaya hidup dan kos sara hidup, jika anda menambah kos gaya hidup, maka segalanya di luar kemampuan anda," katanya.

Irwan juga menegaskan bahawa kerajaan telah melakukan banyak perkara bagi kumpulan pendapatan rendah (B40).

"(Kami beri) Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yuran pendidikan (percuma), dan yuran hospital RM1. Di mana di dunia boleh anda pergi ke hospital dan hanya bayar RM1?"

"Ekonomi semakin berkembang, semuanya baik, tidak perlu bimbang, negara ini adalah negara yang makmur," katanya.

Menerusi Twitter baru-baru, Sheila mengeluh tentang keadaan ekonomi negara yang membebankan ramai rakyat Malaysia.

"Makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan pula kurang.

"Rakyat Malaysia sudah bosan dan marah kerana diperah akibat hutang yang bukan berpunca daripada kami," katanya.

Kenyataan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi oleh pemimpin Umno.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Sheila mendapat maklumat salah mengenai kerajaan dan penyanyi itu bukanlah pakar dalam bidang ekonomi.

Manakala pembantu khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor pula mempersoalkan bagaimana tiket konsertnya yang berharga sehingga RM888 sekeping boleh habis terjual jika ekonomi teruk.

Bagaimanapun, sebilangan rakan-rakan artis mempertahan Sheila dengan mengatakan dia berhak bersuaara.

Antaranya pelakon dan penyanyi Adibah Noor yang merasa kecewa selepas melihat beberapa selebriti diserang hanya kerana menyatakan pendapat berkenaan isu semasa dan politik.

Read more at https://www.malaysiakini.com/hiburan/404761#AD7bLFbtz7tCCER0.99

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2017/12/patutnya-shiela-yang-lebih-merasa.html#ixzz511oywANJ

Disindir tak faham politik, Sheila Majid dijemput hadiri taklimat EPU
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

KELANTANGAN Sheila Majid dan beberapa artis yang meluahkan pandangan tentang hal ehwal negara seolah disindir tidak faham politik.

Beberapa Pimpinan Barisan Nasional dilihat memberi respon berikutan komen Sheila Majid di laman twitter yang meluahkan rasa kecewa dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan keadaan ekonomi yang semakin membebankan.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam laman twitternya Ahad lalu menjemput ikon penyanyi Sheila Majid (gambar) dan selebriti lain ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mendengar taklimat mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekarang.

Dalam laman twitternya, beliau yang bertanggungjawab dalam EPU dipetik sebagai berkata "Mungkin Persatuan Seniman boleh menganjurkan lawatan ini dan saya gembira menjadi tuan rumah."

Beliau juga berharap Sheila Majid bertanggungjawab dengan apa yang dilontarkan dan menjelaskan mengapa dia berkata begitu.

Sebelum itu, Rahman Dahlan dilihat seolah-olah membandingkan Sheila Majid dengan artis luar dimana dalam komennya menyebut, " selebriti, pelawak dan juga bintang lucah juga memberi pandangan mengenai isu-isu yang mempengaruhi negara dan sesetengah dari mereka memutuskan untuk menjadi ahli politik sepenuh masa.

Tetapi selebriti ini mempunyai rekod pencapaian yang menunjukkan penglibatan mereka, selama bertahun-tahun, dalam isu-isu yang mereka sukai. Mereka menghadiri dan menganjurkan ceramah, mengambil bahagian dalam perbincangan dan sebagainya. Mereka jarang tweet satu atau dua kali dan mengharapkan orang memahami motif mereka."

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam sumber The Star yang dipetik dari Portal Kelab Barisan Nasional Backbenchers berkata banyak perkara yang dikatakan Sheila itu tidak benar.

"Banyak yang salah, kerana ini bukan bidangnya," kata Annuar.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/12/disindir-tak-faham-politik-sheila-majid.html#ixzz511mrQxsg

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, December 07, 2017 11:40 PM
Subject: Fw: Sheila Majid

Sheila: Rakyat bosan, marah diperah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Nampaknya seorang demi seorang selebriti mula bersuara di luar lingkup bidang mereka iaitu seni dan hiburan.

Sebelum ini pelakon Fathia Latiff membela Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan dia dipersoal sesetengah pihak, termasuk pegawai Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor, yang menasihatkan golongan seni agar tidak menjadi alat pembangkang.

Hari ini giliran penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid pula. Walaupun tidak bercakap soal politik secara langsung, apa yang disuarakan itu menjadi perbincangan khalayak politik sehari-hari.

Menerusi Twitter hari ini, Sheila mengeluh tentang keadaan ekonomi negara yang dirasakannya buruk - suatu pendapat yang pastinya dikongsi ramai rakyat Malaysia.

"Makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan pula kurang.

"Rakyat Malaysia sudah bosan dan marah kerana diperah akibat hutang yang bukan berpunca daripada kami," katanya tanpa merujuk mana-mana pihak.

Namun apabila bercakap tentang hutang, tentulah fikiran kita mudah terarah kepada skandal 1MDB yang suatu ketika dulu mengumpul jumlah hutang yang besar.

Antaranya sejumlah AS$1.2 bilion yang perlu dibayar secara dua peringkat kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) beberapa bulan lalu.

'JASA kata Sheila meroyan'

Sheila yang mendapat jolokan Ratu Jazz Malaysia itu berharap pihak yang bertanggungjawab agar tidak lagi mencipta alasan dan menuding kesalahan, sebaliknya memulihkan kembali keadaan negara.

"Tumpu perhatian kepada tugas untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul. Mengecewakan," katanya lagi.

Sheila menulis luahan tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, dan setakat ini sudah mendapat 3,429 retweet.

Pastinya tulisan tersebut akan mengundang reaksi setuju dan membantah daripada pengguna Twitter lain, namun apa yang menarik perhatian ia turut mengundang respon Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz (gambar).

"Dah biasa mewah, itu yang meroyan. Kalau ikut kenyataan dia ini, (negara) Eropah sekarang off track. Lebih teruk kadar pengangguran dari Malaysia," katanya dalam satu balasan, sambil melampirkan statistik pengangguran yang disiarkan laman statista.com.

Menurut statistik setakat Mei 2017 itu, Greece mempunyai kadar pengangguran tertinggi dengan 22.5 peratus diikuti Sepanyol 17.7 peratus, manakala German dan Republik Czech memiliki kadar terendah pada 3.9 dan 3 peratus.

Sebagai perbandingan, laman itu menyatakan kadar pengangguran Malaysia pada 2016 adalah 3.45 peratus.

"Negara kita di landasan yang betul. Sendiri buat hutang, sendiri bayar. Siapa pula buat hutang yang you kena bayarkan pula?" soalnya lagi.

Sementara itu Dr Mahathir turut memberikan reaksinya selepas membaca tweet Sheila itu.

Azwan Ali: Pergi jahanam, Sheila Majid

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Selebriti kontroversi Azwan Ali menyelar tindakan penyanyi terkemuka negara, Datuk Sheila Majid yang membangkitkan keluhan berkaitan kos sara hidup rakyat.

Azwan berkata beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan ratu Jazz negara kerana menurutnya Sheila merupakan artis yang beliau segani dan hormati.

"Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam).

"Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral," katanya sewaktu ditemui di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71 2017, di PWTC, hari ini.

Penyanyi popular Sheila Majis menarik perhatian warga Internet apabila beliau mengeluh kos hidup yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter.

Pendirian tegas penyanyi Sinaran itu kini menjadi tular di Internet. Ia dilihat sebagai tamparan hebat kepada Umno kerana dibuat menjelang perhimpunan agung Umno di ibu negara yang bermula hari ini.
Kenyataan itu muncul selepas rakan artis Fathia Latiff membela bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdepan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara pada 90-an yang tidak memihaknya.

Bercakap kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal atas talian, Azwan berkata, kenyataan Sheila itu seolah-olah membunuh diri sendiri memandangkan Sheila mendapat banyak keuntungan dari kerajaan BN.

"Dia sebagai seorang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan sedemikian, ia membunuh diri.

"Ia (kenyataan Sheila) tidak akan jejaskan BN. Najib tidak perlu artis sangkak untuk menang pilihan raya. Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak," kata Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA.

Zahid AF beri komen umum

Sementara itu, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 37, pula ketika dihubungi hanya mahu memberikan ulasan umum.

"Saya akui kos sara hidup hari ini tinggi tetapi ini sebenarnya membuatkan kita akan lebih berusaha.

"Maksudnya untuk hidup yang lebih selesa dan tak sepatutnya kita kecam, komen atau beri pendapat negatif di laman sosial Facebook.

"Saya tidak berpihak kepada mana-mana tapi sebagai rakyat Malaysia sudah tentu kadang-kadang mereka ada suara untuk sesuatu perkara.

"Tetapi sepatutnya kena lebih terbuka dan jangan hanya sasar kepada satu-satu pihak saja disebabkan apa yang kita rasa," kata Zahid kepada Malaysiakini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Selepas Zimbabwe, Sri Lanka pula serah kawasan pelabuhan bayar hutang
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Menerusi perjanjian bagi mengukuhkan situasi kewangan negara yang sedang bergelut dengan masalah aliran tunai Sri Lanka telah menyerahkan kawasan di sebuah pelabuhan di negara itu kepada sebuah syarikat dari China.

Agensi berita asing AFP melaporkan pada Ahad, kekuatiran blok timur mengenai pengaruh Beijing yang semakin meluas dengan perjanjian itu.

Perjanjian bernilai AS$1.12 bilion itu pertama kali diumumkan pada Julai lalu, membolehkan syarikat China mengambil alih Pelabuhan Hambantota yang terletak di laluan perkapalan timur-barat tersibuk dunia dengan tempoh pajakan 99 tahun.

"Dengan menandatangani perjanjian hari ini, Perbendaharaan menerima AS$300 juta," kata Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe pada majlis penyerahan kuasa pelabuhan itu.

"Ini adalah permulaan penyelesaian hutang kita," kata Wickremesinghe seperti dipetik.

Pelabuhan yang sedang mengalami kerugian itu akan diuruskan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka dan China Merchants Port Holdings.

Sri Lanka berhutang dengan China sebanyak AS$8 bilion, jumlah itu dipinjam bekas Presiden Mahinda Rajapaksa untuk projek pembinaan infrastruktur negara itu, termasuklah pelabuhan tersebut.

Perjanjian itu menimbulkan kebimbangan di Sri Lanka dan negara lain, termasuklah India dan Amerika Syarikat yang bimbang sekiranya China diberikan kawalan ke atas pelabuhan laut dalam itu ia boleh membuka peluang kepada China menempatkan tenteranya di Lautan Hindi.

Pada Jumaat, Parlimen Sri Lanka meluluskan konsensi cukai termasuklah untuk perjanjian pelabuhan itu, antara faedah konsensi itu adalah membenarkan pengecualian cukai selama 32 tahun untuk syarikat China, tindakan yang dibantah pembangkang negara itu.

Sri Lanka mengatakan ia mahu mengurangkan hutang luarnya menggunakan keuntungan perjanjian Pelabuhan Hambantota serta menjual beberapa lagi perusahaan untuk meningkatkan pendapatannya.

Sebagai rekod sebelum itu negara Zimbabwe dengan hutang AS$40juta kepada China akhirnya terpaksa mengikuti keinginan negara komunis itu menggantikan mata wang negara itu kepada Yuan sebagai penghapusan hutang. Matawang Yuan di Zimbabwe mula digunakan pada 2016 lalu.

Malaysia juga banyak berhutang dengan China termasuk RM55bilion untuk projek mega pembinaan jajaran keretapi laju pantai timur (ECRL) yang amat dibimbangi sekiranya kegagalan melunaskan hutang, Malaysia bakal berhadapan situasi sama seperti negara Zimbabwe dan Sri Lanka.

Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
-A.Kadir Jassin.
Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.

Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.

Namun kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini, ia hanya akan berlaku sekiranya kerajaan yang diperintah oleh Umno-BN ini dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

"Kita tidak boleh membatalkan mana-mana perjanjian kerana kita menandatangani banyak konvensyen antarabangsa berkaitan pelaburan antara negara.

"Tetapi kita boleh kaji semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara.

"Itupun kalau kita tukar kerajaan yang ada ini kerana kerajaan Umno-BN tidak akan berubah.

"Ataupun mungkin apa yang kita bangkitkan selama ini menimbulkan kesedaran di kalangan sesetengah pemimpin Umno-BN yang diharapkan berani untuk melakukan sesuatu demi kedaulatan negara.

"Ini bukan isu menakut-nakutkan orang Melayu atau isu anti Cina ini soal kepentingan negara.

"Kita boleh tidur lena hari ini sebab kita tidak tahu apa-apa kesan jangka panjang. Jika kita tahu, kita tidak boleh tidur lena kerana takut bila rumah terbakar,kita tidak jumpa kunci rumah," ujarnya dalam temubual eksklusif dengan Malaysia Dateline baru-baru ini.

Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14 perjanjian dengan negara itu.

Beliau diminta pandangan mengenai Pelaburan Lansung Asing (FDI) China ke Malaysia antaranya sebahagian perjanjanjian yang dimeterai itu, membabitkan perjanjian pemilikan dalam hartanah, penempatan dan bandar merangkumi pemeteraian perjanjian pembangunan Forest City dengan kos RM175bilion, pembinaan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion serta Keretapi Laju Kuala Lumpur -Singapura (HSR) sejumlah RM60bilion selain mempertaruhkan kedaulatan Laut China Selatan dan Selat Melaka dengan pembinaan Kompleks Pelabuhan Melaka bernilai RM43bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berpandangan dengan Pelaburan Lansung Asing ke Malaysia, negara boleh menjadi gerbang China ke Asean.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan mengenai jenis FDI dari China ke Malaysia sebagai ancaman besar kepada Malaysia dari segi perdagangan dua hala dan kedaulatan negara.

Dalam pertikaian ini, Kadir menjelaskan sejak 1990-an apabila Malaysia memulakan dasar perindustrian telah bergantung kepada FDI.

"Pada satu peringkat negara menolak FDI dan tidak mahu industri tertentu dibuka di negara ini terutama industri yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

"Dalam tempoh itu juga Malaysia tidak pernah kekurangan pelabur asing kerana negara sentiasa ada pilihan.

"Natijahnya mana-mana negara masuk ke negara ini, kita boleh menentukan industri mana mereka boleh melabur kerana salah satu sebabnya tidak mahu kedaulatan negara kita terjejas. Kita juga tidak mahu peluang pelabur tempatan dirampas oleh pelabur asing," ujarnya.

Kata beliau lagi, sekiranya Malaysia memberi keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi maka tidak timbul dakwaan di mana pelaburan China akan bersaing dengan pelabur tempatan.

Amat perlu negara memberikan keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi yang mana rakyatnya memiliki kepakaran khusus mengenainya dalam sektor tertentu di negara ini.

"Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan bandar baru, perumahan, dan kompleks membeli belah sewajarnya tidak perlu diberikan kepada pelabur asing.

"Tetapi apa yang berlaku dalam pelaburan China mereka masuk ke bidang yang mana mereka bersaing

Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?

ARIF ATAN / Malaysian Dateline

Mesyuarat Meja Bulat antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Komunis China (PKC) pada 7 Disember dilihat susulan daripada pertemuan kedua-dua pemimpin parti pemerintah di negara masing-masing sejak tujuh tahun lalu.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mendedahkan Umno melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PKC seawal 4 Ogos 2010.

Urusan kemasukan warganegara China ke Malaysia sebagai pelancong, pelajar dan pemastautin juga dilihat dipermudahkan hasil pertemuan pemimpin Umno dengan pemimpin PKC tahun lalu melalui pelaksanaan sistem pengeluaran visa secara elektronik, E-visa dan program pengecualian pembayaran visa.

Bakal menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi sektor ekonomi di negara ini yang dibangunkan pemodal dari negara mereka sekali gus dibimbangi menjejaskan hak rakyat tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerajaan China menerima kesemua cadangan Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Keselamatan Awam, Guo Shengkun dan mesyuarat bersama Setiausaha Pusat, Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang, PKC, Meng Jianzhu pada Februari 2016.

Pada masa sama, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN beberapa kali mendakwa Malaysia akan mendapat manfaat besar hasil daripada pelaburan dan projek daripada "One Belt One Road" (OBOR) oleh China yang pertama kali disebut Presiden, Xi Jinping pada September 2013.

Gagasan satu wilayah satu jalan itu menyaksikan China berhasrat untuk membina laluan bersepadu merangkumi jalan raya, landasan kereta api dan pelabuhan di negara yang bersempadan dengan wilayahnya.

Peta laluan HSR Kuala Lumpur – Singapura.

Ekoran itu, pemberian kontrak dan penjualan aset strategik milik negara kepada syarikat-syarikat milik kerajaan China menyaksikan trend yang semakin ketara ketika Malaysia terus dibebani hutang mencecah RM685 bilion pada suku kedua 2017.

Hal ini termasuklah kesediaan China memberi hutang dalam kuantiti besar melalui pinjaman mudah kepada Malaysia bagi sejumlah projek mega antaranya projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Majlis pecah tanah projek yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Tumpat, Kelantan sepanjang 688 kilometer pada 9 Ogos lepas itu turut menyaksikan kehadiran Ahli Majlis Negeri China, Wang Yong selaku wakil khas Xi Jinping; pegawai kanan kerajaan China serta pemegang kepentingan projek tersebut.

Serentak itu, China dilihat turut mengukuhkan rangkaian pertahanan dan pengangkutan lautnya melalui minat republik itu dalam projek pembangunan pelabuhan laut dalam di Melaka Gateway, Pulau Melaka membabitkan dua syarikat pelabuhan terbesar China dengan pelaburan mencecah RM8 bilion.

Melaka Gateway menyaksikan pelaburan China berjumlah RM8 bilion.

Projek Taman Perindustrian Maritim dan Taman Perindustrian Guangdong-Melaka bagi pengeluaran barangan pengguna elektrik selain pembinaan sejumlah kawasan guna tanah bagi tujuan perdagangan dan perniagaan juga dipersetujui pada pertemuan antara kerajaan negeri Melaka dan Wilayah Guangdong pada 21 September 2015.

Bahkan dua tahun sebelum itu, pelaburan China mulai tertumpu di Kuantan pada ketika republik tersebut galak dengan tuntutan terhadap sebahagian besar laluan perdagangan antarabangsa di Laut China Selatan.

Di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng, Kuantan, pelaburan China melibatkan pembinaan kilang besi, kilang aluminium dan loji penapisan minyak sawit selepas pemeteraian perjanjian yang turut disaksikan Najib pada 5 Februari 2013.

Najib pada ketika itu juga mengumumkan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd akan bekerjasama dengan IJM Corporation Berhad bagi projek pembesaran Pelabuhan Kuantan merangkumi pembinaan terminal laut dalam yang baharu dengan kos pelaburan menelan lebih RM3 bilion.

Projek Bandar Malaysia menyaksikan hasrat China untuk membina bandar bawah tanah terbesar di dunia.

Namun, penguasaan 49 peratus syarikat milik kerajaan China itu dalam MCKIP serta pegangan 40 peratus dalam Pelabuhan Kuantan mengundang kebimbangan tentang aspek keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Akhir 2015 juga menyaksikan loji-loji penjanaan elektrik Edra Global Energy, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijual kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) dengan harga RM9.8 bilion walaupun penjana bebas itu dibeli daripada pemilik tempatan dengan harga RM12 bilion.

Seterusnya, 1MDB pada Mac 2016 telah menjual 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia, iaitu tapak lapangan terbang lama Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kepada syarikat usaha sama Malaysia dengan China Railway Construction Engineering (CREC).

Bandar Malaysia seluas 197 hektar yang akan menjadi pusat rangkaian kereta api dalam pelan besar-besaran China melalui OBOR itu juga diuar-uarkan akan menyaksikan kemunculan bandar bawah tanah terbesar di dunia.

Pentadbiran Najib juga dilihat terlalu bergantung kepada pinjaman dana dari China bagi projek raksasa lain seperti pusat kewangan antarabangsa, Tun Razak Exchange (TRX) seluas 28 hektar di tengah-tengah ibu negara serta projek Forest City merangkumi 1,370 hektar di Johor dengan pelaburan berjumlah RM450 bilion.

Perkembangan kerjasama dua hala BN dengan PKC turut diperkukuh melalui komitmen Persatuan Cina Malaysia (MCA) sebagai parti komponen rejim pemerintah itu dalam langkah meningkatkan apa yang dipanggil sebagai perkongsian di semua peringkat.

Buktinya, Ahli Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao yang juga Menteri di Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC dilapor amat menghargai usaha MCA membantu memperkukuhkan kerjasama antara China dengan Malaysia.

Pertemuan Song dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tahun lalu itu yang dilaporkan akhbar milik MCA, The Star pada 6 April 2016 berkaitan inisiatif China yang dikenali sebagai Jajaran Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Kemuncak siri pertemuan pemimpin BN dan PKC arkhirnya menyaksikan 14 MoU Malaysia – China ditandatangani pada 1 November 2016 membabitkan sektor pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom


Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2018

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya ingin berkongsikan Lampiran dari Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2017 yang bertajuk 'Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018' dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang menyenaraikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2018. Surat ini bertarikh 24 November 2017 dan ditandatangani oleh Tn. Saat Bin Esa, Akauntan Negara Malaysia.

Saya ambil siap-siap terus Lampiran 1 dari pekeliling tersebut untuk memudahkan anda semua. Jadual gaji ini adalah untuk kakitangan kerajaan sahaja.

Jika anda lihat tarikh gaji tersebut, ada yang dibayar terlalu awal antaranya bulan Februari, Jun dan Ogos disebabkan perayaan-perayaan. Jadi jangan enjoy lebih-lebih nanti merana nak tunggu gaji bulan seterusnya itu. Rancang gaji anda dengan bijak.

Semoga jadual gaji ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan pada tahun 2018.

Sila lawat blog saya di bawah sekiranya anda ingin membaca versi penuh surat pekeliling tersebut.

Oleh: Aizen Nasa (watcher)
Sumber: http://aizennasa.com/jadual-gaji-kakitangan-kerajaan-2018/

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: watcher
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Dua Hari Lepas Kita Baru Cakap Rindu Sandwich Awak Buat, Tapi Harini Awak Dah Tinggalkan Kita - Rakan
siakapkeli.my

Tiada yang lebih sedih dan memilukan daripada kehilangan orang tersayang. Suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan ataupun kehilangan sahabat yang kita sayangi. Pasti semua kenangan dan memori yang kita ada bersama mereka akan kekal terpahat dalam sanubari.

Apatah lagi bila kita sempat berbual dan merancang sesuatu untuk bergembira bersama dengan mereka tanpa kita sedari mereka akan pergi. Tiba-tiba sahaja, semua kegembiraan tersebut bagai direntap dengan ganas takala menerima khabar duka orang yang kita kenal dan sayang sudah pegi meninggalkan kita buat selamanya. Bagaimana?

Itulah yang terpaksa dilalui oleh wanita ini yang dikenali sebagai Wawa Zainal apabila kehilangan seorang sahabat yang dia sayangi dalam kemalangan yang baru sahaja berlaku pagi tadi.

Berkongsi kesedihannya melalui satu kemas kini di laman sosial Facebook, dia turut memberitahu bahawa mereka sempat menyuarakan rasa rindunya selain teringin untuk merasa masakan rakannya itu dua hari lalu.

Malah wanita itu juga turut berkongsi gurauan yang sering dilakukan bersama rakannya itu yang berhajat ingin hidup berjiran suatu masa kelak. Namun semua hajatnya bersama arwah itu tidak kesampaian apabila mendapat berita sedih mengenai kehilangan sahabat baik buat selama-lamanya pagi tadi.

Mangsa bersama suaminya maut dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa tersebut kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut pihak berkuasa, kemalangan tersebut membabitkan sebuah lori dan Proton Saga yang dinaiki oleh dua orang wanita dan seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika mengesahkan kejadian tersenut memberitahu bahawa mangsa yang terkorban adalah dua orang wanita dan seorang lelaki yang menaiki kereta Proton Saga tersebut.

"Manakala pemandu lori dan kelindannya selamat. Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut," katanya.

Manakala jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Perak memberitahu bahawa anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar mendapat maklumat kemalangan tersebut pada jam 7.26 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta Proton Saga masuk ke dalam parit.

"Dipercayai tiga mangsa terperangkap di dalam kereta dan bomba membantu mengeluarkan mangsa," katanya yang turut memberitahu bahawa operasi tersebut diketuai oleh Zaipul Affendy Ahmad.

Sumber : Wawa Zainal, BH Online

Samseng Jalan Ugut Bekas Ketua Polis
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Samseng Jalan yang disyaki turun dari Mercedes-Benz dan menghampiri Toyota
Alphard di tengah-tengah jalan pada hari Ahad. - Gambar dari JB Tracer.


Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan dan rombongannya diugut oleh seorang "gangster"; yang memaksa kenderaannya berhenti di sepanjang persimpangan Bukit Amber dan East Dispersal Link (EDL).

Kejadian itu berlaku pagi semalam pada jam 8.30 pagi ketika Dell, yang kini menjadi naib presiden eksekutif Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB), sedang dalam perjalanan dengan kenderaan Toyota MPV (MPV) yang disewa bersama tiga kakitangan pengurusan lain

Bekas Ketua Polis itu berusia 69 tahun yang juga bekas setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang dalam lawatan kerja dengan beberapa kakitangan kanan MRCB untuk mengawasi operasi EDL di sini yang dimiliki syarikat itu.

Sumber-sumber yang biasa dengan siasatan berkata MPV mengangkut kakitangan itu dipandu oleh pengurus besar syarikat itu yang berusia 40 tahun apabila ia dipintas oleh Mercedes-Benz hitam yang dipandu dengan cara merbahaya.

Pemandu Mercedes-Benz hitam itu menyusuri MPV di sepanjang persimpangan Bukit Amber dekat Kempas.

"Suspek lelaki, yang digambarkan dalam kemarahan, dikatakan telah memaksa MPV berhenti di bahu jalan di mana dia kemudian turun dan mendekati pemandu dengan objek logam sebelum menghamburkan maki hamun kepada pemandu," kata sumbernya.

Selain memaki hamun, sumber mengatakan suspek mengatakan bahawa dia adalah "gangster"; dengan cara yang mengancam.

Tetapi apa yang mengejutkan ialah suspek kemudiannya memberikan kad perniagaannya kepada pemandu MPV sebelum beredar dari tempat kejadian.

Sumber mengatakan bahawa drama itu tidak berakhir dengan Dell dan rombongannya kerana suspek mengekori dari belakang dan terus memandu dengan cara yang berbahaya, memaksa MPV berhenti di tengah-tengah EDL berdekatan dengan keluar dari Bakar Batu dan Permas Jaya.

" Bagi kali ini, suspek dikatakan telah turun dari keretanya sekali lagi memegang objek logam yang sama sambil memaki hamun dan menuduh penghuni MPV mengambil gambar keretanya," kata sumber itu.

Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan yang tiba-tiba berhenti di tengah lebuh raya EDL mencetuskan kesesakan kecil dan membahayakan pengguna lain.

Media sosial Facebook dan halaman Facebook yang berpusat di Johor, JB Tracer merakam imej kejadian itu.

Adalah dimaklumkan bahawa suspek kemudian pergi ke arah keluar dari Bakar Batu dan Permas Jaya.

Pihak berkuasa telah mengenal pasti suspek, terima kasih kepada kad perniagaan yang diberikannya kepada pemandu MPV.

Suspek dikatakan sebagai pengurus sekumpulan pemaju berdaftar di Johor.

Polis masih belum menangkap suspek dan menyiasat kes itu di bawah serangan jenayah bersama-sama dengan kerosakan. ~ sumber

Berakhir Hayat Lelaki Berani Mati China, Temui Ajal Selepas Terjatuh Dari Bangunan 62 Tingkat
siakapkeli.my

Pelagak ngeri terkenal China dikatakan menemui ajal akibat terjatuh dari bahagian atas sebuah bangunan setinggi 62 tingkat.

Menurut sumber, dia dipercayai terjatuh pada tingkat 45 bangunan itu, sebelum mayatnya ditemui pembersih tingkap bangunan terbabit.

Wu Yongning, 26, dikatakan sedang melakukan panjatan di bahangian atas bangunan tersebut, namun terlepas cengkaman menyebabkan dia terjatuh.

Insiden itu ditangkap pada kamera yang Yongning telah letakkan di bahagian bangunan lain untuk merakamkan dirinya.

Yongning telah meninggal dunia pada 8 November lalu tetapi kematiannya hanya disahkan oleh ahli keluarga pada 8 Disember kerana peminat bimbang selepas tiada video dimuatnaik ke akaun media sosialnya selama sebulan.

Dengan kerjaya sebagai seorang ahli seni pertahanan diri dan gemar mengimbangi diri di atas tali antara dua bangunan tinggi, Yongning meraih hampir satu juta orang pengikut di akaun media sosialnya.

Tetapi Yongning masih sempat mengingatkan para pengikutnya supaya tidak meniru aksi ngeri yang dilakukannya pada video terakhir itu.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan yang menyiasat kes itu menyifatkannya ia sebagai kemalangan dan belaku secara tidak sengaja.

Sumber - Daily Mail

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Al-Raheeq al-Makhtum (7)

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


SELEPAS KERASULAN

Kemunculan dakwah Rasulullah S.A.W. di tengah kegelapan jahiliyah, mendorong dakwah itu dilaksanakan secara berhati-hati dan berperingkat. Permulaan dakwah nabi secara rahsia, sebagai strategi dakwah nabi yang sangat cermat. Ia mengambil masa yang panjang dan penuh berhati-hati kerana apa yang hendak disampaikan adalah bercanggah secara total dengan kepercayaan dan amalan harian kaum jahiliyah Arab.

PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH DAN TAHAP-TAHAPNYA

Tempoh dakwah Rasulullah s.a.w boleh dibahagikan kepada dua peringkat, kedua-duanya itu berbeza di antara satu sama lain:
1. Peringkat Makkah selama tiga belas tahun.
2. Peringkat Madinah selama sepuluh tahun genap.

Setiap peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri, ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap zuruf dan persekitaran yang dilaluinya.

Peringkat Makkah boleh dibahagikan kepada tahap-tahap berikut:

1. Tahap dakwah secara rahsia tiga tahun.
2 .Tahap iklan dan keterbukaan dakwah penduduk Makkah. Bermula dari tahun keempat tarikh kebangkitan hinggalah ke kemuncak tahun kesepuluh.
3. Tahap ketiga keluar ke kota Makkah dan penyebaran di kalangan mereka, bermula dari penghujung tahun kesepuluh hingga ke hijrah Rasulullah.
Manakala tahap-tahap diperingkat Madinah akan kita jelaskan di tempatnya nanti.

TAHAP PERTAMA

JIHAD MELALUI DAKWAH

Tiga tahun berdakwah secara rahsia.

Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama bangsa Arab dan kecergasannya, pegawai dan pengumpul agama bertempat di Kota Makkah. Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhala seluruh bangsa Arab di masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahan amat sukar sekiranya jauh dari Makkah itu sendiri, kerja ini memerlukan kepada kecekalan hati dan ketabahan yang tidak boleh digugat oleh dugaan dan bencana.

Adalah bijak dan hikmah dakwah di masa ini secara rahsia, supaya tidak mengejutkan penduduk Makkah dengan suatu yang boleh membangkitkan kemarahan mereka.

GENERASI PERTAMA

Suatu hal yang biasa dan tabi'i di mana Rasulullah cuba memperkenalkan Islam untuk kali pertama kepada orang-orang yang terdekat dengan Baginda, keluarga dan kawan-kawan Baginda. Mereka inilah yang paling awal didakwahkan, didakwahkan juga orang-orang yang dikenali dengan kebaikan mereka, dikenali mereka sebagai golongan mencintai kebenaran dan kebaikan dan sebaliknya mereka pula mengenal Rasulullah sebagai individu yang mengutamakan kebenaran dan kebaikan. Antara mereka memang ada yang menyahut seruan Baginda itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadi Rasulullah dan mengenal maksud dan tujuan Rasulullah berdakwah dengan risalahnya itu, golongan ini dikenal dalam sejarah Islam sebagai generasi al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini terdiri dari isteri Baginda Saidah Khadijah r.anha, Ummu al-Mukminin sebagai orang yang terawal menganut Islam. Orang suruhannya Zaid bin Harithah bin Syurahbil al-Kalabi, anak saudaranya Ali Ibni Abu Talib yang masih kanak-kanak lagi, di bawahjagaan Rasulullah, kawannya yang terdekat Abu Bakr al-Siddiq, kesemua mereka ini mengucap Kalimah Syahadah di hari pertama Rasulullah memperkenalkan dakwahnya.

Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan pendakwah yang aktif, beliau merupakan tokoh yang disenangi dan mudah berkomunikasi dengan orang ramai lagi berakhlak mulia. Anggota kaumnya sentiasa mendatangi beliau dan berdamping dengannya, kerana ilmu pengetahuan, perniagaan dan mulia pergaulannya. Beliau bertugas mengajak orang yang dipercayai yang sentiasa berhubungan dengannya, mereka itu seperti Uthman bin Affan al-Umawi, al-Zubair bin al-Awam al-Usdi, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas al-Zuhri dan Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Mereka ini seramai lapan orang adalah generasi peneroka dan terawal menganut Islam.

Di antara yang terawal juga ialah, Bilal bin Rabah al-Habsyi, kemudian disusuli pula oleh Amin al-Ummah orang kepercayaan umat iaitu Abu Ubaidah 'Amir bin al-Jarah dari Bani al-Harith bin Fihr, Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi, al-Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhuzmi, Uthman bin Maz'un dan dua saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harith bin al-Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin Zaid al-Adawi al-Urus dan isterinya Fatimah bin al-Khattab al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni al-Khatab, Khabbab bin al-Arat, Abdullah bin Mas'ud al-Huzali dan ramai lagi selain mereka ini, mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal menganut Islam al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, Ibnu Hisham telah menghitung mereka seramai empat puloh orang. Menyebut sebahagian mereka sebagai golongan al-Sabiqun al-Awwalun sekadar sepintas lalu. Ibn Ishak telah menyebut: Kemudian maka masuklah bilangan yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidak putus-putus menyebabkan keriuhan di Kota Makkah dan diperkatakan orang.

Namun kesemua mereka ini memeluk Islam secara rahsia, Rasulullah terus membuat pertemuan dengan mereka member! pertunjuk kepada mereka mengenai hal agama secara bersembunyi, kerana dakwah masih lagi dalam bentuk individu dan rahsia. Wahyu turun tanpa putus-putus lagi, iaitu selepas terturunnya awalan surah al-Muddasir, bahagian-bahagian surah yang turun di masa-masa ini merupakan ayat-ayat yang pendek-pendek, struktur ayatnya indah dan kemas, rentak-rentaknya adalah lembut, seni susunannya sesuai dengan tuntutan suasana yang damai, bertemakan pembersihanjiwa dan mengecam kerja-kerja pencemaran diri dengan noda-noda dunia. Mengambarkan keindahan syurga dan keburukan neraka bagaikan tertera di hadapan mata kepala, membimbing manusia mukmin dalam satu suasana yang berbeza dari suasana masyarakat manusia di ketika itu.

5 Salam Yang Tidak Wajib Dijawab

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Hukum memberi salam adalah sunat manakala orang yang menjawab salam hukumnya wajib. Namun begitu ada juga salam yang diberikan oleh golongan tertentu yang tidak wajib dijawab. 5 golongan berikut adalah :

1- Salam yang diucapkan oleh Imam selepas selepas solat.

salam yang diucapkan oleh imam selepas solat tidak wajib dijawab. Ini kerana solat yang diucapkan itu adalah sebagai tanda berakhir solat seseorang itu, tetapi jika dijawab salam itu tidaklah menjadi salah atau berdosa.

2- Salam yang diberikan oleh orang kafir .

Pertikaian tentang salam yang diberikan orang kafir perlukah kita menjawab salam orang kafir ini. Adalah tidak perlu kita menjawab salam yang diucapkan oleh orang kafir tetapi jika kita hendak menjawab salam orang kafir ini tidaklah salah tetapi sekadar menghormati salam itu sendiri. Memang tidak dinafikan zaman sekarang orang kafir pun sudah bijak dan mahu memberikan salam kepada orang islam. Cara untuk menjawab salam orang kafir ini, anda boleh klik sini.

3- Salam yang diucapkan oleh seseorang apabila ia mendahulukan kata-katanya terlebih dahulu sebelum memberi salam.

Salam yang diucapkan oleh orang diatas ini adalah golongan yang memberikan ucapan di majlis tertentu. Ada ramai penceramah yang bercakap dulu kemudian memberikan salam kemudian. Amalan ini adalah salah.

4- Salam yang diucapkan bertujuan untuk mempermain-mainkan salam.

Kategori orang yang memberikan salam dengan bertujuan mempermain-mainkan salam ialah salam yang diucapkan oleh golongan mahram kepada suatu golongan mahram yang lain. Contohnya salam yang diucapkan oleh lelaki kepada perempuan atau wanita yang ingin diusik atau ditegurnya. Maka dalam keadaan atau situasi ini wanita yang mendengar salam itu, tidaklah wajib menjawab salam lelaki tersebut. Ini kerana jika salam yang diberikan itu jika dijawab ditakuti akan menimbulkan fitnah. Tetapi jika ingin dijawab juga boleh dijawab di dalam hati sahaja tanpa perlu didengari oleh lelaki tersebut.

5. Salam ketika dalam tandas

Makhruh memberi salam kepada orang yang berada di dalam tandas kerana salam merupakan satu dari nama Allah (Asma'ul Husna).Tidak perlu menjawab salam ketika di dalam tandas.

Sumber: Fatwa Negeri Selangor

Al-Raheeq al-Makhtum (8)

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


SOLAT

Perintah yang terawal sekali diturunkan ialah solat, Muqatil bin Sulaiman telah menyebut: Allah Subhanahu Wa Taala telah memfardukan solat di permulaan Islam dengan dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di malam hari, berdasarkan firman Allah:
"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu di waktu malam dan di waktu pagi".
(al-Mu'min: 55)

Ibn Hajar telah berkata: Dengan jelas Rasulullah sebelum Isra' bersembahyang, demikianjuga para sahabat Baginda, cuma yang diikhtilafkan apakah difardhukan solat-solat yang dilakukan sebelum kefardhuan solat lima waktu itu, atau apakah ianya bukan fardhu?

Ada pendapat mengatakan yang difardhukan itu ialah solat sebelum naik matahari dan sebelum terbenamnya. Al-Harith bin Usamah katanya: Bahawa Rasulullah (s.a.w) dipermulaan penurunan wahyu, Baginda telah didatangi Jibril (a.s), beliau mengajar Baginda cara berwudhuk setelah selesai berwudhuk diambilnya air secebok, maka dibasuh kemaluannya, Ibnu Majah meriwayat hadith yang sama dengannya, juga hadith yang diriwayat dari al-Bara' bin al 'Azib dan Ibnu Abbas, dan tersebut di dalam hadith Ibn Abbas yang bermaksud:

"am adalah dipermulaan fardhu solat"

Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat Baginda, mereka semua apabila tibanya waktu solat, mereka keluar ke lorong tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaum mereka, di suatu ketika Abu Talib pernah ternampak Rasulullah dan Saidina Ali sedarig bersembahyang lalu beliau menanyakan kepada mereka berdua, mengenai sembahyang yang mereka lakukan itu, bila beliau memastikan jelas amal ibadat ini, beliau menyuruh mereka beristiqamah dengannya.

MAKLUMAT TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN QURAISY.

Setelah dilihat dari berbagai aspek yang berlainan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku, nampaknya dakwah di dalam tahap ini, meskipun bersifat rahsia dan individu namun beritanya sudah pun tersibar kepengetahuan Quraisy, tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.

Al-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a. menyebut: Berita dakwah Rasulullah ini telahpun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi mereka tidak mengambil endah sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang jenis manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Sa'idah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini.

Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah, ianya masih lagi rahsia dan dalam konteks individu. Apa yang berlaku ialah tertegaknya sebuah jamaah golongan mukmin yang bertunggakkan persaudaraan dan sanggup tolong menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammad dan mengemaskan tapak perjuangannya. Namun selepas tiga tahun kini Rasulullah diminta supaya mengisytiharkan dakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang serta mengecam berhala-berhala mereka.

....bersambung

Melaka banyak masjid yang 'hidup' tapi…

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"

'Dimelaka ni kau kena hati kering sikit , dorang kalau bercakap agak kasar sikit, tapi maksud dorang bukan marah'. Bagitau sahabat pada aku petang itu. 'Dorang kalau panggil kau oii lahabau! Tu maknanya hello kawan ! , kalau orang tak faham mau bergaduh tau'. Sambung sahabat itu lagi. 'Dimelaka ni walaupun cakap kasar, tapi disini banyak masjid2 yang hebat, cumaaa…..

Jika anda berkesempatan melawat negeri Melaka, maka jadikan masjid2 bersejarah sebagai sebahagian dari jadual lawatan anda itu. Dimelaka, Masjid2 yang bersejarah dilindungi oleh kerajaan dari segi reka bentuk dan aktivitinya. Masjid2 ini menjadi produk pelancongan oleh kerajaan negeri.

Aku juga berkesempatan melawat beberapa masjid bersejarah yang terdapat disana. Kebanyakkan masjid yang dibina ini dinaungi oleh insan2 hebat yang terdiri dari para wali dan juga sultan2 yang hebat.

'Cuba kau lawati masjid kampong hulu sana,, banyak tanah perkuburan generasi awal ditanam disitu'. Beritahu kawan itu tadi bila aku memikirkan dimana hendak dicari masjid yang menarik.

'Apa keistimewaan masjid tersebut bro?'. Tanya aku padanya.

'Masjid tulah tempat aku mengaji agama dulu, dan dikatakan itulah antara masjid tertua dalam Negara kita'. Ceritanya berkenaan dengan masjid tersebut.

Setelah bersetuju dengan cadangan itu, maka aku pun menuju kearah yang diberitahu. Dan aku cuba kongsikan pengalaman aku dimasji disitu pada video klip dibawah ini.

Walaupun masjid ini didirikan oleh insane hebat dahulu kala, ia nya masih tidak terlepas dari perkara2 khurafat. Ada yang datang kemasjid itu semata2 untuk mengambil air kolah wudhuk untuk mengubat penyakit tertentu dan imam yang bertugas disitu agak risau dengan pengunjung sebegini.

'Ada yang datang semata2 untuk ambik air kolah sahaja, seolah seperti mengharapkan air itu yang menyembuhkan penyakitnya dan tidak oleh Allah.' Bisik imam masjid itu pada aku.

'Begitu juga dengan kubur dihadapan masjid itu, dulu ramai kaki2 khurafat ni datang meminta bantuan pada kubur2 para wali itu seolah2 wali itu mampu mengabulkan doa mereka dan tidak oleh Allah,Kerana itu kita pagarkan kubur sheikh itu untuk menghindari perkara demikian'. Cerita imam tersebut.

Walaupun masjid tersergam indah dengan kesan sejarah yang pelbagai, tapi fungsi masjid itu seperti sudah hilang ditelan zaman. Jemaah tempatan tidak seramai seri yang kita fikirkan , Cuma orang-ramai yang datang berkunjung yang menjadi tetamu Allah buat seketika. Dimana anak2 muda kawasan tersebut ketika azan dilaungkan.

Banyak tugas kita sebagai dai kecil2an ini untuk meneruskan kerja2 Baginda saw. Kita tidak patut salahkan anak2 itu tidak kemasjid tapi salahkan diri sendiri kerana tidak berbuat apa2 ketika mereka sedang asyik melepak disana sini tanpa teringat hendak solat.

Semoga perkongsian ini ada manfaat buat kita bersama

Wallahuaklam

Md daud yusri almelintangi

www.dadiydoo.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen" - Kisah Rezeki Tidak Disangka Ini Sentuh Hati Netizen
siakapkeli.my

Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita selaku manusia perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan olehNya.

Sesetengah hamba akan mengalami kesukaran dalam menerima rezeki, namun ada hamba yang akan menerima rezeki tanpa disangka-sangka. Itu semua sudah tertulis. Rezeki yang tidak penah dijangka merupakan kebesaran yang maha berkuasa dalam mengatur perancanagan Nya yang begitu indah.

Wan Mohd Hafiz telah berkongsi kisah yang menyentuh hati, sehinggakan ada netizen yang mengalirkan air mata selepas membaca kisah ini. Walaupun sedikit yang dihulurkan tapi amat besar nikmatnya kepada yang menerima. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada semua.

Semalam, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar, depan aku ada 3 orang. Depan skali ada makcik, berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, sedang mengeluarkan duit. Dia letak sekeping duit 5 ringgit, syilling segadang atas kaunter, kemudian dengan muka serba salah dia cakap dengan pekerja itu.

"Dik, kancil pam 4 tu, isi minyak kuning 9 ringgit 80 sen."

Pekerja tu hanya memandang slow pada makcik.

"Erm...lagi 20 sen tak ada ke cik?" soalan yang kelihatan janggal berserta serba salah bertanyakan soalan tersebut.

Makcik cuma geleng kepala "Tak ada dik, makcik ada itu saje."

Tiba-tiba, out of the blue, mat motor belakang makcik itu letak RM10 yang ada di tangan dia ke kaunter then cakap dengan pekerja tersebut "Nah, ini 10, campur 9 ringgit 80 sen makcik itu jadi 19.80."

Makcik itu sangat terkejut dan mukanya terharu habis. Mat moto itu cuma senyum saja.

"Tak apa cik, rezeki lebih, 20 sen saya tak ada, 10 ringgit saya ada lebih," katanya membuatkan makcik itu mengalir air mata.

Jadi aku ingat dah selesai, tapi tiba-tiba lelaki di belakang seluk tangan dalam poket jeans dia keluarkan 20 sen dan letak atas kaunter.

"Ini 20 sen cukup kan yang tak cukup tu," kemudian dia amik lagi beberapa keping duit dari dompetnya dan letak atas kaunter.

"Tambah lagi 30 ringgit ini cukupkan 50, minyak kancil 50 boleh tahan lama sikit cik."

Makcik itu sudah tidak mampu menahan dan matanya sudah berair.

"Terima kasih anak, terima kasih anak, syukur Ya Allah," sambil berjalan ke pam.

It was amazing, beyond miracle. Dalam kereta air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu, sebab beberapa malam sebelum, aku mengadap isteri aku sambil mengadu "Dalam 4 bulan habis ranap RM30.000. Susahnya, rezeki kurang menjadi la nampaknya."

Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki, malu rasa hati tapi Alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat.

Syukur, terima kasih Allah.

Sumber - Wan Mohd Hafiz

Masuk Percuma

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN
Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk.....

Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung, maka harga tiket pun ia turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk....
Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!

Akhirnya ditulislah pengumuman:
"MASUK PERCUMA"
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk.

Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !

Di pintu KELUAR di tulis:
"Keluar Bayar RM100.00!!!"

Ramai orang berebut membayarnya...

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau mendengarnya..

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya bil HOSPITAL, kita pasti akan berusaha membayarnya utk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan.

Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..

Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri.

Zaman Nabi, negara di perintah cara Islam!

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,

Lanjutan kepada isu kenaikan harga barang yang didakwa pernah berlaku di zaman Nabi menerusi satu hadis yang diutarakan oleh Hamzah Zainuddin di PAU Umno yang baru berlalu.Percubaan yang nampak bodoh dan memperbodohkan dirii sendiri oleh Hamzah Zainuddin sebenarnya membuka peluang untuk kita melanjutkan perbincangan kepada persoalan sistem, perbezaan sistem yang dijalankan semasa Nabi memerintah sebuah negara Islam dan sistem yang diamalkan di negara kita sekarang dan sejak merdeka.

Semasa penjajahan sistem pemerintahan negara sudah diubah kepada sistem penjajah yang meminggirkan Islam dan apabila merdeka, negara dimerdekakan oleh anak didik penjajah di bawah jenama Umno dan sejak itu negara terus diperintah dengan cara penjajah dan Islam terus dipinggirkan.

Cuma perkembangan sesudah itu, apabila suara untuk kembali kepada Islam semakin lantang, Umno yang pragmatik mula mengambil langkah langkah pragmatik yang menampakkan mereka juga mahukan Islam.Kita pernah mendengar dakwaan bahawa Umno ialah parti Islam terbesar, perlembagaan negara sama dengan perlembagaan Madinah dan pernah terpesona dengan penerapan nilai nilai Islam serta penubuhan Universiti Islam dan Bank Islam.

Semuanya terjadi kerana pragmatisnya Umno, bukan kerana ingin kembali kepada Islam.Begitu jugalah dakwaan terbaru Hamzah Zainuddin dengan menggunakan Hadis untuk mengatakan kenaikan harga barang adalah normal dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Saya tidak mahu membahaskan sama ada dakwaan Hamzah Zainuddin ini betul atau salah kerana sebenarnya dakwaan ini bukan satu yang utama kepada kita tetapi sistem yang mencetuskan kenaikan harga barang itu sendiri yang penting dan perlu terlebih dahulu ditentukan samaada ianya mengikutt petunjuk Islam atau tidak.

Untuk itu saya ingin menyatakan kepada Hamzah Zainuddin bahawa pada dasarnya sistem yang digunapakai di negara kita sejak merdeka tidak sama dengan sistem yang ada di zaman Nabi.Kerana sistem yang digunapakai inilah terjadinya kenaikan harga barang dan tidak sepatutnya dibandingkan dengan apa yang berlaku di zaman Nabi kerana di zaman Nabi, carahidup dikawal sepenuhnya oleh Islam sedangkan carahidup di zaman kita tidak.Sistem kapitalis zaman kita tidak sama dengan sistem urusniaga di zaman Nabi, riba tidak ada di zaman Nabi tetapi berlesuasa di zaman kita sehingga memerlukan persatuan pengguna untuk melindungi pengguna.Rasuah juga tidak ada di zaman Nabi tetapi menjadi kebiasaan di zaman kita dari atas sampai bawah.

Rumusannya, sistem yang ada di zaman Nabi ialah sistem Islam sepenuhnya, tetapi sistem zaman kita ialah sistem penjajah yang pula bertentangan dengan Islam dan sedang cuba dipertahankan oleh pakatan pembangkang PH.Sungguhpun Umno cuba menampakkan diri mereka lebih Islamik menerusi percubaan percubaan pemimpinnya bercakap macam seorang lebai, tetapi apa yang boleh nampak ialah ianya hanya kerana prgmatisnya mereka sahaja tetapi sebenarnya keikhlasan mereka untuk kembali kepada Islam tidak kelihatan.Oleh itu sama ada Umno/BN atau PH yang akan menang PRU 14, Islam masih tetap terpinggir.

Kerana itu umat Islam tiada pilihan selain untuk bersama Jemaah Islam yang sebenarnya.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Hamzah: Isu barang naik ada sejak zaman nabi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Berlandaskan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan isu harga barang naik ini bukanlah masalah baru.

Kata Datuk Seri Hamzah Zainudin, isu berkenaan sudah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi malah ada hadis yang menjelaskan suasana itu.

Membacakan terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bil Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan harga barangan untuk mereka.

"Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta.

"Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan, pemimpin besar kita sekarang adalah sesuatu yang menyamai apa dituntut oleh Rasulullah iaitu tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara kita," katanya semasa ucapan penggulungan di hari terakhir PAU di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Hamzah mengulas mengenai rungutan kenaikan kos sara hidup yang dibangkitkan pewakilan sejak persidangan tahunan Umno berlangsung Khamis lalu.

Berjihad perangi orang tamak

Salah seorang pembahas malah menegaskan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang turut dialami anggota Umno sendiri.

Isu kenaikan kos sara hidup lebih menjadi perhatian apabila ia turut disentuh tokoh yang berada di luar PWTC, termasuk Ratu Jazz Datuk Sheila Majid.

Kata Hamzah dalam keadaan begitu pun kerajaan bersetuju agar harga barangan keperluan asas dikawal supaya tidak dinaikkan sesuai dengan sikap prihatin dan keadilan yang dituntut Islam.

"Barang keperluan yang saya maksudkan ialah gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak.

"Ini adalah kerana presiden Umno berasakan bahawa untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan keadilan untuk seluruh negara, kita mampu memberikan subsidi melalui barangan keperluan asas," katanya.

Setakat ini kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kerajaan membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun bagi membiayai subsidi berkenaan.

Bagi barangan basa seperti ikan, ayam, sayur dan daging, kata Hamzah, kerajaan bersetuju "memerangi" orang tengah yang tamak dan rakus melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi yang berkaitan dengannya.

"Kita akan berjuang dan berjihad untuk memerangi mereka ini," katanya.

Ni dia menteri nak cari untung dengan guna nama Nabi!

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....

Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Umno yang nak jadi seorang muslim yang baik.Dengan mengambil sepotong Hadis dia mengulas tentang kenaikan harga barang yang sudahpun berlaku di zaman Nabi.Makna kata dia cuba menyatakan bahawa harga barangan itu sudaa ditentukan ALLAH dengan mengambil makna dari hadis tersebut.Tapi tanpa sedar, dia juga sedang menjalankkan amanah ALLAH dengan melanggar banyak perintah ALLAH menerusi kerajaan sekular yang mengasingkan petunjuk Islam dengan pentabdiran negara.

Kalau nak rujuk harga barang dengan hadis Nabi tersebut sepatutnya juga dia merujuk kepada banyak lagi hadis dalam semua aspek pemerintahan.Jangan jadi macam Yahudi pulak, ambil sekerat dan buang sekarat yang lain.Hadis tentang hudud perlu dirujuk dan banyak lagi hadis mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penipuanah yang sudah menjadi budaya pemerintah perlu diketengahkan kepada masyarakat agar segalanya kembali kepada carahidup Islam.

Hadis yang menjadi rujukan Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak akan menjadikan negara bakal mengamalkan carahidup Islam sebaliknya hanya mahu mempengaruhi rakyat supaya setuju dengan tingkah laku Umno selama ini.Ianya dijadikan alat untuk mendapatkan kuasa sahaja bukan bermaksud untuk menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan.

Atau dengan kata lain, menteri ini cuba mencari untung agar kuasanya tidak terjejas dan itulah tipikal orang orang yang pragmatis yang sentiasa menggunakan tren kemahuan semasa rakyat sebagai umpan untuk berkuasa.Umno tidak terlepas dari melalukannya dari zaman penerapan nilai nilai Islam Mahathir lagi.

Oleh itu tak usahlah ambil kisah sangat dengan perbuatan perbuatan seperti ini dari Umno kerana sudah menjadi tradisi mereka malah ketika berjogging pagi tadi saya terdengar perbualan antara seorang Umno dengan seorang pengiat PAN di mana dalam perbualan mereka saya terdengar kata kata orang Umno tersebut yang menyatakan sudah ramai orang Umno (di Kemaman) yang lari dan kebanyakannya lari ke PAS.Sementara pengiat PAN itu pula berkata menteri ini bercakap perkara bodoh yang tidak bijak langsung.Makna kata sudah lama orang orang Umno menyedari kebodohan pemimpin mereka dan kata kata menteri ini menjadi lanjutan kepada kebodohan pemimpin Umno.Dan pengiat PAN itu juga semakin sedar rasanya bahawa PAS semakin mendapat sambutan sebab orang Umno yang lari itu kebanyakannya kepada PAS walaupun berdegar degar penglima perang dan pencacai mereka mendakwa PAS nak Ug dengan Umno dan makan dedak 90-200 juta Umno.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ini Sebabnya Anda Harus Memiliki Kad Loyalti Petron Miles Dan Kenapa Kad Loyalti Adalah Sangat Penting Untuk Anda.
siakapkeli.my

Cuba kita bukak dompet kita yang tebal setebal bantal kekabu asli tu, pernah tak kita tenung satu kad yang tersisip rapi dalam celahan poket berupa kad loyalti stesen-stesen minyak yang terdapat di Malaysia ni? Pernah tak kita tertanya-tanya berapakah nilai mata ganjaran yang dah terkumpul dalam kad tu? Atau lebih kerap lagi kita tanya, apa guna kad ni sebenarnya?

Sedar kah kita, bahawa kad-kad tersebut menantikan ganjaran untuk kita tebusi di stesen-stesen minyak? Melalui pembelian barang runcit ataupun petrol, banyak manfaat yang boleh kita dapat dengan mengumpul mata ganjaran kad loyalti ini.

via GIPHY

Petron merupakan salah satu syarikat pengedar minyak kenderaan yang menawarkan ganjaran seperti yang dinyatakan tadi. Dengan pengenalan sebanyak RM1=1 mata ganjaran pada tahun 2013 dahulu, Petron telah membuat semakan semula disebabkan harga minyak yang tak menentu pada setiap minggu. Oleh yang demikian, Petron telah memperkenalkan kadar kumpulan mata ganjaran yang baru iaitu sebanyak 1 liter minyak = 2 mata ganjaran loyalti seterusnya mengekalkan status syarikat pengeluar minyak yang sangat pemurah.

via GIPHY

1. Kadar Penebusan Minyak Terbaik
Kebiasaannya, mata ganjaran loyalti lebih digemari untuk ditebus kepada minyak berbanding cenderamata atau pun barang-barang terpilih yang ditawarkan. Program loyalti Petron Miles menawarkan kadar minyak yang tinggi untuk penebusan mata ganjaran yang lebih rendah. Jadual di bawah menunjukkan kadar penebusan mata ganjaran bersamaan dengan berapa harga minyak yang boleh kita perolehi.

Untuk semua minyak: RON95/Diesel/Diesel Euro 5 (1 Liter = 2 Mata Ganjaran) dan RON97/RON100 (1 Liter = 3 Mata Ganjaran)

2. Tempoh Penebusan Yang Lebih Singkat
Untuk RON95, Diesel dan Diesel Euro 5, Petron Miles mempunyai kadar tempoh penebusan yang sama dengan program-program loyalti yang lain. Namun, Petron Miles tak nak kita mengambil satu penantian yang lama bagi pelanggan-pelanggan yang menikmati RON97 dan RON100 di mana puratanya hanya mengambil masa dalam 4 bulan untuk kita menebus 3000 mata ganjaran bersamaan RM45 minyak. Boleh rujuk jadual di bawah untuk kita telaah bersama-sama.

3. Tiada Tarikh Luput Untuk Mata Ganjaran Terkumpul

Kebiasaannya, program-program kad loyalti mempunyai satu polisi di mana mata ganjaran yang terkumpul harus lah digunakan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Jika tidak digunakan, mata ganjaran itu akan menemui satu tempoh luput dan "ditelan" atau lebih terkenal dengan istilah "burn". Tetapi tidak untuk Petron Miles. Petron Miles tak ada polisi seperti itu. Gunalah selama mungkin dan guna lah sebaiknya mengikut citarasa dan keperluan masing-masing tanpa rasa resah dan risau dengan syarat mestilah menggunakan kad tersebut 1X dalam masa 12 bulan.

5. Ganjaran Yang Cukup Istimewa Sepanjang Tahun

Marvel, AirAsia BIG, Enrich, Zalora, Uber, Kurnia Insurance adalah antara rakan kongsi Petron yang menawarkan promosi-promosi terbaik untuk semua ahli Petron Miles. Ada banyak lagi rakan kongsi Petron yang tidak dinyatakan kerana khuatir tak senang duduk dibuatnya jika kita dapat tahu banyak ganjaran yang menanti dan ganjaran-ganjaran ini cukup istimewa untuk kita semua.
Boleh layari disini untuk info tentang kad Petron Miles dan disini untuk pelanggan sedia ada yang nak tahu ganjaran mata untuk tebusan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 13, 2017 7:18 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Kami Anak Yatim Pak Cik", "Ya Ke, Panggil Semua Kawan Kamu, Saya Nak Bagi Cincin Free''
siakapkeli.my

Bukan semua orang sentiasa bernasib baik sepanjang hidupnya. Ada juga masanya misalnya merasa kehilangan orang tersayang atau hanya mampu melihat kerana apa yang dihajati tidak mampu dimiliki.

Begitulah apa yang yang terjadi kepada sekumpulan anak yatim ini seperti yang dikongsikan oleh Natipah Abu. Kanak-kanak ini terpesona dengan deretan cincin yang dijual oleh seorang lelaki namun tidak mampu untuk membelinya.

Namun kanak-kanak itu beruntung kerana dipertemukan dengan penjual cincin yang berhati mulia yang tak lokek untuk menggembirakan hati mereka. Untuk kisah lebih lanjut, kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda dibawah.

R&R GUNUNG SEMANGGOL

Ketika melintasi gerai yang menjual cincin ini, mata mereka masing-masing menjeling dan mencuri pandang pada gemerlapan cincin yang tersusun kemas di dalam kotak.

Beberapa orang anak mematikan langkah, berdiri di situ sambil mata menjamah keindahan cincin yang dipamerkan.

"Dari sekolah mana kamu?" tanya sipenjual sambil matanya beralih pada sekumpulan anak-anak yang lain.

"Kami dari rumah anak yatim," jawab salah seorang anak dengan suara yang perlahan. Terasa benar kekurangan diri saat soalan tentang dari mana itu diutarakan.

"Panggillah semua kawan-kawanmu ke mari. Saya ingin hadiahkan cincin sebagai tanda kenangan".

Mereka berpandangan sesama sendiri, lalu pandangan tertancap pada wajah sipenjual. Seakan tidak percaya dengan apa yang menerjah gegendang. Sipenjual menganguk seraya tersenyum manis.

Lalu dalam sekelip mata semuanya beratur panjang. Sipenjual pun menyarungkan cincin yang indah begemerlapan itu ke jari mereka. Seorang demi seorang mengikut saiz yang sepadan dan sesuai.

Masing-masing tersenyum gembira. Mengangkat tangan dan menayang-nayang di mata sendiri, puas hati bilamana cincin yang indah itu melingkar kemas di jari.

Lalu tangan sipenjual disalami dan dikucup seikhlas hati, tanda menghargai hadiah yang diberikan. Di mana pun dia dan biar siapa pun dia, semoga Allah S.W.T memberkati dia kerana telah menyantuni 36 orang kekasih Rasullullah S.A.W ini.

Sumber : Natipah Abu

Ayah Dihalau 7 Anak Bagaikan Anjing Kurap Selepas Serahkan Hartanya Bernilai RM 4 Juta
siakapkeli.my

Dulunya hidup mewah, kini hidupnya bagaikan orang melarat. Bukan kerana kerugian harta benda, tetapi dibuang oleh anak-anak yang lupakan tanggungjawab.

Itulah yang terpaksa ditempuhi oleh warga emas berusia 83 tahun, apabila anak kandungnya yang dibela dan diberi makan hingga besar dengan penuh kasih sayang dan ditatang bagaikan minyak yang penuh hari ini tergamak memperlakukannya seperti orang asing.

Setelah dirinya menyerahkan semua perniagaan dan harta bernilai RM 4 juta kepada anak-anaknya, balasan yang ia dapat sungguh memilukan. Dihalau bagaikan anjing kurap oleh darah dagingnya sendiri.

Ini bukan cerita dongeng, ini kisah realiti Hikayat 7 Tanggang yang benar-benar terjadi dan diceritakan oleh bapa mereka sendiri yang kini hanya mampu menagih simpati demi kelangsungan hidup di penghujung usia.

Dia yang dulu merupakan ahli perniagaan dan pemilik kepada 3 buah stesen minyak, punya ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang sawit. Bila tiba masanya, dia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh anaknya berusia 41 tahun hingga 58 tahun untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakan sejak tahun 70-an lagi.

Bertambah malang nasibnya apabila dia ditimpa penyakit angin ahmar pada tahun 2013. Sebagai seorang ayah yang sudahpun berusia, sudah tentulah dia mengharapkan ehsan anak-anaknya untuk menjaganya. Namun lain pula yang jadi, dia dipinggirkan bahkan terpaksa merawat sendiri penyakit yang dialami dengan sisa-sisa kudrat yang ada setelah menyerahkan semua asetnya kepada anak-anaknya.

Kongsi si ayah ini lagi, hasil perkongsian hidupnya bersama isteri pertama, dia dikurniakan 7 cahaya mata masing-masing 4 lelaki dan tiga perempuan. Ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir secara waras, salah seorang dari anaknya memperdayanya untuk menyerahkan segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.

Tidak cukup dengan itu, sebuah rumah yang bernilai RM 600,000 ribu di Cheras, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM 800,000 dan wang bernilai RM 100,000 dalam akaun simpanan semasa syarikat turut beralih tangan kepada anak-anaknya.

Hasilnya, dia kini hanya mampu hidup menumpang kasih dan berteduh di rumah isteri keduanya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah di Melaka. Hidupnya nyata ada sedikit sinar apabila 7 anak tiri dari isteri keduanya itu sanggup menjaga dirinya yang uzur seperti bapa kandung mereka sendiri.

Warga emas ini juga turut berkongsi sebuah kisah yang amat meruntun jiwa yang tidak mungkin akan dilupakannya. Empat tahun lalu, ketika itu dia memandu seorang diri sebelum mendapati bahawa keretanya hampir kehabisan minyak. Dia kemudian membuat keputusan untunk singgah di stesen minyak yang dibinanya dengan harapan untuk mendapatkan minyak percuma, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Setelah dua jam menunggu, dia bukan sahaja diherdik oleh anak perempuan kesayangannya yang kini menjadi pemilik stesen minyak tersebut, malah turut dihalau supaya segera meninggalkan kawasan tersebut.

"Di Kuala Sungai Baru empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.

"Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia hentam saya balik.

"Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan," katanya.

Menyedari dirinya diperdaya, warga emas ini pernah mendapatkan bantuan dan berjaya membawa isu ini ke mahkamah pada tahun 2014 sebelum mahkamah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar perlu diserahkan sepenuhnya kepadanya kembali.

Namun, anak-anaknya yang zalim kembali merampas semula ladang tersebut yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan harian warga emas itu pada September lalu.

Kini yang tinggal pada dirinya, cuma harapan agar anak-anaknya berubah dan sedikit keadilan agar hidup dipenghujung usia ini terbela.

Sumber : Astro Awani

"Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun," - Peguam
siakapkeli.my

Ramai daripada rakyat Malaysia berpendapat bahawa membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu untuk tujuan keselamatan adalah perkara biasa tanpa menyedari perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Faizal Rahman yang juga seorang peguam, memberitahu Bernama, individu yang memiliki, membawa atau menyimpan sebarang senjata walaupun sebilah pisau kecil tanpa sebab yang munasabah termasuk alasan melindungi diri, boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat jika didapati bersalah.

Faizal juga menjelaskan negara Malaysia bukanlah sebuah negara yang memiliki kadar jenayah yang tinggi sehingga rakyat perlu melengkapkan diri dengan senjata untuk keluar dari rumah.

"Jangan beri alasan bawa senjata untuk keselamatan diri, itu tidak boleh. Negara kita bukan macam sesetengah negara luar yang tidak selamat apabila pistol boleh digunakan sewenang-wenangnya, akses pada pasukan keselamatan juga senang dan banyak, alasan membawa senjata untuk lindungi diri tidak boleh diterima," katanya.

Faizal mengulas perkara itu susulan pelbagai pandangan umum yang mempersoalkan hukuman penjara ke atas individu yang memiliki senjata walaupun mendakwa ia untuk melindungi diri selain kembimbangan individu seperti pekebun atau tukang rumah yang terpaksa membawa pisau atau parang untuk tujuan pekerjaan.

Terbaru, pada Ogos lepas, seorang pencuci kereta dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memiliki sebilah pisau pemotong daging berukuran 25 sentimeter tanpa kebenaran.

Faizal menyatakan akta tersebut adalah sangat perlu bagi mencegah kes jenayah bersenjata termasuk pecah rumah, samun, rompakan bersenjata, peras ugut dan aktiviti kumpulan kongsi gelap.

"Namun tindakan penguatkuasaan atau sebarang penahanan individu perlu dilakukan dengan teliti agar tiada penganiayaan berlaku kepada individu yang tidak bersalah," jelas beliau.

Seorang Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara mengulas lebih lanjut isu ini. Beliau berkata masih lagi ramai yang tidak jelas tentang perkara ini dan menyifatkan pihak polis dan pendakwa raya sewenang-wenangnya bertindak dan menahan individu yang memiliki pisau atau senjata lain dan mendakwanya di mahkamah.

"Pihak pendakwaan tidak sewenang-wenangnya mendakwa mereka yang ada pisau atau apa-apa senjata sekiranya terdapat penjelasan yang munasabah. Sebagai contoh, seorang lelaki ditahan pada jam 3 pagi, dengan pisau rambo atau parang di hadapan Dataran Maybank." katanya

Sewaktu tangkapan dibuat, lelaki itu mendakwa senjata tersebut digunakan untuk ke kebun di Rawang.

"Persoalannya disini, apakah yang lelaki itu lakukan di Dataran Maybank dengan pisau dan parang tersebut pada jam 3 pagi," jelasnya lagi.

Timbalan Pendakwa Raya itu juga berkata seseorang individu yang memiliki apa-apa senjata yang disenaraikan sebagai senjata berjadual seperti pisau, parang, pedang, kerambit, tombak, buku lima, kapak kecil dan sebagainya tanpa sebab yang sah boleh didakwa di bawah akta tersebut.

Sehubungan itu, beliau sentiasa menasihatkan orang awam untuk tidak membawa apa-apa senjata dengan tujuan yang betul dan juga tidak memberi alasan yang membawa senjata untuk keselamatan diri.

"Bawalah senjata dengan tujuan. Kalau kata nak pergi ke kebun hari ini barulah bawa senjata itu masuk ke dalam kereta hari ini. Bukan nak pergi kebun hari Sabtu tetapi hari Isnin sebelumnya dah simpan dalam kereta, ia boleh menimbulkan curiga kepada pihak berkuasa," katanya.

Sumber: Awani

"Mikael Terbaring Lembik, Muntah, Muka Bengkak Kemerahan," Ibu Kongsi Derita Anaknya Termakan Susu Formula Tiruan
siakapkeli.my

Heboh sejak semalam kisah susu fomula kanak-kanak tiruan yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa di mana susu itu kini berada di pasaran di negara kita.

Kisah pembongkaran susu tiruan jena Enfalac A+ ini telah berlaku kisah disebaliknya di mana susu itu dikatakan mendatangkan mudarat kepada bayi jika meminumnya.

Dikongsikan oleh seorang ibu bernama Seila Nawi, kisah sedih yang berlaku kepada anak kecilnya, sungguh tidak disangka kanak-kanak kecil seperti ini menjadi mangsa gara-gara kerakusan manusia untuk mengaut keuntungan.

Disebalik kesungguhan Mead Johnson menjaga kualiti susu keluaran mereka, manusia-manusia yang mementingkan keuntungan ini sanggup membahayakan nyawa kanak-kanak dengan menghasilkan susu Enfalac tiruan.

Jom baca perkongsian beliau.

ENFALAC A+ TIRUAN

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.

Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.

Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;

1. Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu

2. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.

Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.

Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.

*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*

Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.

Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.

Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).

Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.

Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.

Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.

Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.

Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.

Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.

Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.

Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac😭

Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.

Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.

Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum😩).

Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.

Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.

Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.

#Enfalac
#FakeInfantFormula
#SusuTiruan

Ini kenyataan penuh dari pihak Enfagrow A+ Malaysia,
Enfagrow A+ Malaysia
· 19 jam ·
Dear Parents,

Mead Johnson has been working with the Malaysian authorities to investigate reports of possible counterfeit infant formula milk powder in Johor Bahru. The retail searches conducted this past week were based on information provided by MJN and resulted from its own investigation.

The searches identified a small percentage of suspect product in a handful of retail outlets within a limited geography in Skudai, Johor Bahru. The only product involved is Enfalac A+ Step 1 in 1.8 kg box, with three foil packs in each box – and only those sold in a small number of stores in Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid, and Taman Nusa Bestari. An extensive market search has confirmed no suspect product except for this specific packaging format in this limited geographic area.

As noted, we are working closely with the Malaysian authorities. Retail searches to date have only produced 210 counterfeit packs, but the investigation continues with the objective of completely eliminating their presence. The Malaysian authorities have confirmed that they are actively pursuing the counterfeiting operation and that those connected with it will be prosecuted and punished to the full extent of the law.

Our investigation – and the recent retail searches – indicate that the incidence of this counterfeit product is extremely low, but we want to ensure peace of mind for our consumers. The easiest way to identify the counterfeit product is to examine the individual foil pouches. The genuine Enfalac A+ Step 1 pouches are a bit puffy. The counterfeit pouches are tight-fitting to the powder and have distinctive sharp creases on both sides that are not present in genuine pouches, as indicated in the image.

If consumers find pouches of Enfalac A+ Step 1 1.8 kg with such creases in product that they have purchased, they should immediately contact the Mead Johnson consumer care line at 1-800-88-3585 (Monday-Sunday 9.00am -9.00pm) to report their concern and receive replacement product.

If consumers have Enfalac A+ Step1 1.8 kg product that is no longer in the original packaging, they can also contact us for replacement product.

"Sewaktu Lelaki Itu Keluar Dari Kereta, Saya Mula Tak Sedap Hati," Seorang Ibu Kongsi Detik Cemas, Anak Nyaris Diculik.
siakapkeli.my

12 Dis - Keselamatan ketika berada di dalam kereta harus di pandang serius oleh setiap ibu bapa. Tambahan pula jika memiliki anak-anak yang masih kecil. Kadar kes penculikkan kanak-kanak di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja kes penculikkan kanak-kanak yang berlaku.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengunci pintu kereta apabila sedang menunggu di dalam kereta. Jangan disangka tempat yang ramai orang awam itu selamat kerana masih ada mata-mata jahat yang bersedia untuk mengambil kesempatan ke atas kecuaian ibu bapa.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Shazzy Wanie telah melalui satu detik cemas apabila beliau yang sedang menunggu suami menguruskan beberapa hal kerja di dalam kereta, beliau didatangi oleh seorang lelaki yang tak dikenali. Jom ikuti detik cemas yang diceritakan semula oleh Shazzy Wanie menerusi akaun facebook beliau.

Tengok balik gambar anak yang sempat dirakam sebelum kejadian yang mendebarkan siang tadi. Rasa berdebar itu datang kembali. Alhamdulillah say dan anak-anak masih dilindungi Allah SWT.

Kira-kira jam tiga petang di kawasan kedai Bandar Puchong Jaya, suami masuk parking dan turun sebentar untuk pergi ke kedai printing untuk print beberapa dokumen yang baru teringat perlu diserahkan kepada klien untuk next appointment petang itu.

Saya menunggu di dalam kereta bersama dengan anak-anak. Melissa seperti biasa, pantang saja kereta berhenti, dia cepat-cepat ambil peluang berpindah ke tempat duduk pemandu dan berangan-angan memandu kereta. Saya dan baby pul berada di seat belakang.

Sedang saya menyuap baby ketika itu, saya perasa ada sebuah kereta hitam berhenti di belakang kereta. Kemudian salah seorang lelaki dengan cap dan shades keluar daripada pintu sebelah pemandu.

Sewaktu lelaki itu keluar daripada kereta, sebenarnya saya dah mula rasa tak sedap hati dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Susah nak jelaskan tetapi perasaan seperti perlu berjaga-jaga itu datang tiba-tiba.

Jadi, saya yang sedang menyuap baby makan ini memang terus memerhatikan pintu kereta dan perasan pintu kereta sudah dikunci. Kemudian saya perhatikan lelaki itu semula and guess what? Dia memang betul datang ke pintu yang aku duduk di tengah menghadap dan suapkan Mikhael (pintu belakang driver.

Lelaki itu terus tarik pemegang pintu dan cuba membukanya. Saya dah ketakutan sangat pada waktu itu dan terus pandang ke arah Melissa yang duduk di tempat duduk pemandu.

Waktu itu rasa nak tercabut jantung bila saya baru tersedar yang pintu itu tidak berkunci sebenarnya. Spontan saya terus menjerit "KAKAK!!!!" sambil menonggeng daripada tempat duduk belakang ke depan untuk menekan butang kunci pintu kereta.

Waktu itu saya menjerit dan mungkin lelaki itu terperanjat dan terus beredar meninggalkan kami. Baby pun menangis. Saya pula dah menggigil ketakutan dan cepat-cepat angkat baby. Bila toleh ke belakang, kereta hitam yang berhenti itu tadi sudah beredar meninggalkan kami. Sumpah terkejut sangat-sangat.

Cerita saya ini mungkin agak panjang dan kejadian itu berlaku dalam beberapa saat sahaja. Betul kata orang, kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh terjadi apa-apa.

Nak buat laporan petang tadi tetapi tidak jadi sebab mengejar masa untuk settlekan appointment dengan dua klien lagi. Kami selesai menguruskan semua itu pun dah lewat petang. Kasihan pada anak-anak yang penat mengikuti sejak awal pagi lagi dari Johor. Lagipun kalau nak buat laporan polis, tak semua detail yang saya tahu. Tak perasan pun sebab semuanya berlaku dengan pantas.

Sampai sekarang saya terfikir, apa niat lelaki itu sebenarnya? Kenapa dia nak buka pintu belakang? Kenapa bukan pintu bahagian pemandu? Kalaulah terbuka tadi, dia nak bawa lari baby saya ke? Apa nak buat kalau itu yang berlaku?

Haish! Bermacam-macam andaian yang terlintas di kepala. Terbayang-bayang pula dengan cerita-cerita yang saya baca sebelum ini. Ibu bapa tinggalkan anak sebentar di dalam kereta pun orang dah bawa anak lari. Nauzubillahiminzalik.

Sebab itu saya kongsikan pengalaman ini agar ibu bapa di luar sana tidak terleka seperti saya. Walaupun tinggal sekejap saja, walaupun ada orang dewasa temankan anak kecil dalam kereta, jangan sesekali luppa kuncikan semua pintu kereta. Ingat yang kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh jadi.

Alhamdulillah, Allah lindungi saya dan anak-anak dan diberi peluang belajar sesuatu yang sangat berharga hari ini. Saya tidak akan cuai lagi selepas ini.

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan pengajaran untuk semua ibu bapa di Malaysia.

Shazzy Wanie
pada hari Jumaat
JANGAN SESEKALI LUPA KUNCI SEMUA PINTU KERETA!

Tengok balik gambar anak yang sempat ambil before scene mendebarkan siang tadi, rasa berdebar tu datang balik pulak. Alhamdulillah aku dan anak2 masih dilindungi Allah swt.

Petang tadi kat Bandar Puchong Jaya dalam jam tiga lebih dekat kawasan kedai2, suami masuk parking n turun sekejap untuk ke kedai printing. Nak print few documents yang baru teringat kena passkan pada client untuk next appointment petang tu.

Sumber: Shazzy Wanie

Caj Pindah Wang Segera Atas Talian Dimansuhkan Tahun Hadapan
siakapkeli.my

8 Dis - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil pelbagai cara untuk meningkatkan platform e-pembayaran bagi mengaplikasikan ekonomi digital sekali gus menggerakkan negara ke arah masyarakat tanpa tunai.

Tan Sri Muhammad Ibrahim selaku Gabenor BNM berkata, mulai 1 Julai 2018, cas 50 sen untuk Pemindahan Segera akan diamansuhkan bagi pemindahan sehingga RM5,000 untuk setiap transaksi oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Walau bagaimanapun bayaran cek akan dinaikkan daripada 50 sen ke RM1.00, bermula 2 Januari 2021 untuk menunjukkan kos pemprosesannya yang lebih tinggi.

"Ekonomi digital yang meningkat, akan memerlukan kaedah e-pembayaran, yang merupakan komponen kritikal yang boleh meningkatkan produktiviti selain lebih cekap dari segi kos," katanya.

Setelah BNM melancarkan pelan e-pembayaran 10 tahun 2011 dan setakat ini jumlah-jumlah cek telah mengalami kemerosotan sebanyak 42% daripada 205 juta pada 2011 kepada hanya 120 tahun ini.

Kata Tan Sri Muhammad lagi, "Pada kadar penurunan semasa ini, kita dapat mencapai sasaran mengurangkan penggunaan cek kepada 100 juta pada 2019, setahun lebih awal daripada jadual.

Beliau juga mengatakan teknologi pembayaran kini lebih maju, berskala dan berkos rendah yang memberi manfaat kepada peniaga secara langsung memandangkan kos operasi mereka dapat diturunkan menerusi 'Quick Response' (Kod QR).

"Kebanyakan rakyat Malaysia dijangka membawa kad debit dan telefon bimbit, dan pada masa ini, terdapat 45.4 juta kad debit dan langganan telefon bimbit sebanyak 42.8 juta. Kita perlu memanfaatkan dan mengoptimumkan medium ini," jelasnya.

BNM telah mengeluarkan Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Operasi (ICTF) bagi menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR.

"Buat pertama kalinya dalam sejarah, pelanggan bank dan bukan bank tidak lama lagi akan dapat memindahkan dana dalam keseluruhan rangkaian, dengan merujuk kepada nombor telefon bimbit, nombor pengenalan atau kod QR," katanya lagi pada Forum dan Pameran Sistem Pembayaran Kuala Lumpur hari ini.

ICTF akan meningkatkan perlindungan pelanggan dan keyakinan mereka untuk menggunakan perkhidmatan pemindahan kredit.

Sumber: Bernama

Wanita Dilarikan Tiga Lelaki Semalam Selamat Ditemui Tetapi Ada Kesan Cedera
siakapkeli.my

Seorang penyelia sebuah kilang telah dilarikan oleh tiga lelaki pagi semalam telah ditemui oleh orang awam di kawasan kilang di Kampung Jawa, Seksyen 3, Shah Alam.

Memetik laporan Berita Harian, Menurut adik mangsa, S Sathya, 33, berkata kakaknya, S Jothimani, 49, ditemui polis kira-kira jam 10 malam dengan beberapa kesan kecederaan di badan.

Jelasnya, sebaik kakaknya ditemui, polis menghubungi keluarga mereka untuk memaklumkan perkara itu.

"Ketika ditemui, kakak dalam keadaan lemah dan kini dirawat di sebuah hospital di sini.

"Kakak memberitahu barang kemas serta beberapa lagi barang miliknya diambil suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian pula, mangsa dijumpai dalam keadaan lemah dan cedera seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berdarah di bahagian badan sekitar jam 10.30 malam.

"Mangsa segera dihantar ke sebuah hospital swasta di Klang untuk rawatan lanjut.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa mendakwa tidak mengenali semua suspek," katanya.

Menurutnya, mangsa juga mendakwa semasa berada dalam kereta dia turut dipukul dan matanya ditutup.

"Pada masa sama, telefon bimbitnya dan barangan lain turut dilarikan.

"Berikutan itu, polis sedang memburu kesemua suspek bagi membantu siasatan," katanya.

Difahamkan, ketika ditemui, tiga suspek yang melarikannya sudah menghilangkan diri.

Semalam, mangsa dilarikan di hadapan tempat kerjanya kira-kira jam 9.30 pagi, Jothimani dikatakan menerima panggilan telefon memintanya keluar untuk mengambil barang, yang kononnya dibeli secara atas talian.

Akan tetapi ketika mahu mengambil barang berkenaan, mangsa dilarikan tiga lelaki dengan menaiki sebuah kereta Mercedes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (KK).

TMJ Dedah Ada Pemain 'Besar Kepala'

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat pemain yang 'besar kepala' dalam skuad kebangsaan, sehingga menjejaskan prestasi pasukan negara.

Malah,Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata mentaliti pemain terbabit yang merosakkan prestasi dan masa depan skuad Harimau Malaya, turut bersikap sedemikian dalam pasukan dan kelab beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).

"Semua pasukan dalam negara ini lalui perkara yang sama, anda mempunyai beberapa pemain senior yang menentukan kelab berkenaan, jadi tidak kira banyak mana bakat muda disenaraikan dalam skuad senior, sama ada kelab atau negara, mereka akan mempengaruhi kelompok ini.

"Itulah tanggungjawab setiap pasukan kelab dan negeri untuk mengenal pasti individu-individu berkenaan dan berusaha memastikan mereka boleh mengawal keadaan tersebut. Kita perlu merombaknya secara menyeluruh.

"Tidak guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti pun, kalau ada peraturan latihan dia sendiri, terdapat lapan atau sembilan pemain senior yang mogok, tidak mempunyai mentaliti menang, sampai bila-bila kita tak akan menang. Kita sedang berusaha mengeluarkan liabiliti ini daripada pasukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco FAM ketiga sesi 2017-2021 di Wisma FAM di Kelana Jaya, Sabtu.

Berikutan itu, beliau berkata tugas utama ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ialah mengubah mentaliti pemain yang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.-Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: