Sunday, December 3, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4869

10 Messages

Digest #4869

Messages

Sat Dec 2, 2017 9:02 pm (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sat Dec 2, 2017 9:02 pm (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Dec 3, 2017 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



đź“—10 SEBAB PAS PILIHANKUđź“—
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
1➖ AL-QURAN DAN AL-SUNNAH SEBAGAI RUJUKAN TERTINGGI

- Sejak PAS ditubuhkan, PAS telah menetapkan dalam perlembagaan PAS bahawa dasar PAS adalah islam. Manakala rujukan tertinggi PAS seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS adalah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

2➖ PARTI DIPIMPIN OLEH ULAMAK

- Halatuju PAS dipandu oleh badan tertinggu dikenali sebagai MAJLIS SYURA ULAMA' dianggotai oleh pakar dalam pelbagai bidang agama.

3➖ PROFESIONAL & CENDEKIAWAN BERSAMA PAS

- PAS tidak hanya disertai oleh golongan agamawan, malah ramai pimpinan serta penggeraknya dalam kalangan pakar ekonomi, perubatan, sains, teknologi dan pelbagai bidang lain

4➖ MENJALANKAN KEWAJIPAN ISLAM

- PAS tidak hanya berpolitik sepanjang masa, malahan PAS juga terlibat dalam bidang pendidikan, dakwah, tarbiah, kebajikan dan kemanusian.

5➖ MENEGAKKAN KERAJAAN ISLAM YANG ADIL

- Kelemahan umat islam hari ini berpunca dari hilangnya kuasa Khalifah Islamiah. Pas memilih untuk memperjuangkan Islam kembali ke tampuk kekuasaan.

6➖ MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI DASAR NEGARA

- PAS percaya hanya Islam boleh menyelesaikan segala masalah. Andai pemerintahan yang ada mengamalkan Isam secara menyeluruh, maka PAS bersedia membubarkan partinya.

7➖ HUBUNGAN ANTARABANGSA DENGAN UMAT ISLAM SEDUNIA TERMASUK GERAKAN ISLAM

- Penglibatan aktif Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam Kesatuan Ulamak Sedunia sehingga dilantik oleh Sheikh Dr Yusof Qardawi (Presiden Persatuan Ulamak Sedunia) sebagai Naib Presiden Kesatuan tersebut. Presiden dan pimpinan PAS juga sering dijemput ke pelbagai forum dan seminar membincangkan masalah umat Islam.

8➖ BERI CADANGAN PENYELESAIAN KEPADA NEGARA

- PAS bukan sekadar mengkritik kesilapan kerajaan tetapi turut menawarkan penyelesaian kesilapan tersebut dengan penyelesaian secara islam termasuk menyelesaikan masalah rakyat.

9➖ PEMBANGKANG YANG MATANG

- PAS tidak membangkang semua idea kerajaan dan tidak menyokong semua. Apa yang bermanfaat untuk negara dan rakyat, PAS sentiasa sokong tidak kira dari sesiapa.

10➖ MENGAMBIL BERAT NASIB UMAT ISLAM SERATA DUNIA

- Selain dari mendesak kerajaan membantu umat Islam, PAS turut menghantar pasukan kemanusian ke kem Pelarian membantu mangsa perang. PAS turut terlibat ke meja rundingan dalam mencari penyelesaian secara diplomatik. PAS juga banyak membuka pusat-pusat bantuab saudara muslim yang menjadi pelarian di negara ini.

#SejahteraBersamaIslam #PAS
#Bersama_Kepimpinan_Ulamak
#BudayaPolitikMatangSejahtera
#PASpilihanku #MaraMenujuCita

Dimana Presiden PAS Semalam??

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Dalam keadaan uzur, beliau sempat menziarahi mangsa banjir.

Kredit
Sh Zain

PAS ucap takziah kepada keluarga Surin Pitsuwan

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan takziah di atas pemergian bekas Menteri Luar Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan ke rahmatullah semalam. Almarhum Dr Surin adalah seorang tokoh besar yang terkenal dalam usaha diplomatik ke arah mewujudkan keamanan serantau.

Saya mengajak seluruh umat Islam untuk menunaikan solat jenazah ghaib dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh serta diterima amalannya yang baik di sisi Allah S.W.T.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Rabiul Awal 1439 / 1 Disember 2017

Ibu Bapa Berjaya Halang Jamal Rasmi Program Khatan
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Jemputan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menghadiri Majlis Khatan Perdana di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah, di sini tidak disenangi segelintir ibu bapa.

Wakil ibu bapa, Normala Ismail berkata, mereka membantah jemputan itu kerana Jamal dipercayai terlibat dengan pelbagai kontroversi dan tidak memberi contoh yang baik kepada pelajar.

"Kami bimbang budaya ganas yang dipamerkan Jamal Baju Merah akan menular ke dalam sekolah dengan jemputan tersebut.

"Ini bukan caranya untuk mendidik generasi muda yang merupakan harapan negara untuk masa akan datang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Adun Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad turut mempersoalkan mengenai jemputan Jamal untuk merasmikan program itu.

Iskandar berkata, ibu bapa wajar menyuarakan bantahan kerana Jamal adalah individu kontroversi dan bukannya teladan yang baik untuk anak-anak mereka.
Normala juga mendakwa, pihaknya tidak dimaklumkan perkara itu dan mereka hanya mengetahuinya apabila wajah Jamal terpampang di kain rentang yang digantung di luar sekolah sehari sebelum majlis.

"Program Khatan Perdana 2017 anjuran Pemuda UMNO Bahagian Pandan ini tidak dimaklumkan kepada semua ibu bapa Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

"Bukan semua pelajar sekolah tersebut berpeluang untuk menyertai program tersebut," dakwanya.

Katanya lagi, pihaknya menggesa pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor dan Kementerian Pendidikan memberi penjelasan berhubung insiden tersebut.

"Alhamdulillah di atas desakan penduduk, Jamal telah tidak hadir pada hari tersebut.

"Walau bagaimanapun kami menuntut perkara ini tidak berulang," katanya.

Sementara itu, Jamal memaklumkan beliau tidak pernah datang ke program tersebut kerana pada tarikh majlis itu beliau berada di Program Jualan Ikan Murah di Taman Putra Perdana, Puchong.

"Saya pun tak pernah datang program (Majlis Khatan Perdana 2017) tersebut," katanya melalui aplikasi Whasapp, hari ini. – MalaysiaGazette

PAS lega Khalid Ibrahim hadiri konvensyen Umno kata Iskandar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PAS berkata parti itu berasa 'lega' apabila bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadiri Konvensyen Umno Selangor semalam.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata dengan kehadiran anggota parlimen Bandar Tun Razak itu, kini jelas Khalid berada di pihak parti pemerintah.

"Saya berasa lega Tan Sri Khalid Ibrahim muncul di Konvensyen Umno dan apa yang penting sekarang adalah kita tahu beliau berada di pihak yang mana (Umno).

"Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Khalid akan menyertai PAS tetapi hari ini jelas beliau cenderung kepada Umno," kata Iskandar kepada Malaysiakini.

Iskandar berkata demikian mengulas kehadiran Khalid ke Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Khalid membuat penampilan mengejutkan di Dewan Merdeka PWTC bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan perasmian pada acara yang diadakan secara tertutup itu.

Turut hadir seorang lagi bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Zahid juga memberitahu pemberita tiada keperluan bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan kewajaran Umno Selangor melibatkan Abdul Khalid, serta bekas MB Selangor yang lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya.

Tuduhan berniat jahat

Malah, Abdul Khalid pada sidang media selepas menghadiri konvensyen Umno Selangor itu turut mengumumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

"Saya akan kerja untuk tolong Umno, saya juga beritahu rakan-rakan dalam PAS. Saya beritahu rakan-rakan PAS yang telah menolong saya, saya tolong juga mereka untuk penyatuan ummah," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau mahu mengekalkan hubungan dengan kedua-dua parti PAS dan Umno atas dasar untuk memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.

Khalid juga mengulangi pendirian beliau untuk tidak berhasrat bertanding dalam PRU14 dan akan kekal sebagai anggota parlimen bebas.

Mengulas kenyataan itu, Iskandar yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor menegaskan ia sama sekali tidak masuk akal.

"Rakyat Selangor telah dua kali menolak Umno iaitu pada 2008 dan 2013, jadi tidak ada sebab untuk PAS mendekati Umno di Selangor.

"Umno menyerang PAS bertubi-tubi di Selangor melalui Tan Sri Noh Omar dan pimpinan lain. PAS dan Umno berperang mulut di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Tidak masuk akal Umno dan PAS akan bekerjasama di Selangor," katanya.

Iskandar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata dakwaan kerjasama itu sebenarnya berniat jahat.

"Mereka yang berkata PAS akan tubuh kerajaan negeri dengan Umno sebenarnya berniat jahat.

"Tuduhan itu bertujuan untuk merosakkan kredibiliti PAS," tegas Iskandar.

Khalid Ibrahim sedia bantu Umno, PAS pada PRU14

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

"Saya akan kerja untuk tolong Umno, saya juga beritahu rakan-rakan dalam PAS. Saya beritahu rakan-rakan PAS yang telah menolong saya, saya tolong juga mereka untuk penyatuan ummah," katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagagan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Digesa menjelaskan pendiriannya, Khalid berkata beliau telah mengekalkan hubungan dengan kedua-dua parti itu dengan agenda utama untuk memastikan kemajuan berterusan untuk rakyat Selangor.

"Perpaduan umat Islam maksudnya dualah. PAS saya ada. Umno pun saya ada. Tak ada orang katakan saya asingkan. Saya tolong orang yang bangunkan negeri Selangor," katanya.

Pada masa yang sama, Khalid juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat bertanding dalam PRU14 dan akan kekal sebagai anggota parlimen bebas.
Terdahulu, Khalid membuat penampilan mengejutkan di Dewan Merdeka PWTC bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan perasmian pada acara yang diadakan secara tertutup itu.

Zahid memberitahu pemberita tiada keperluan bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid, serta bekas MB Selangor yang lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya.

"Kenapa perlu pertikai? Tan Sri Khalid kita tahu hatinya tetap merah dan biru.Kita tetap menghargai.

"Tan Sri Muhammad Taib bertukar rumah agam dua kali sebelum ini, akhirnya rumah agam yang dipilih merah," katanya merujuk kepada seorang lagi bekas menteri besar Selangor yang turut hadir semasa sidang akhbar berkenaan.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Taib, keluar Umno pada 2013 untuk menyertai PAS.
Beliau kemudiannya meninggalkan PAS untuk menyertai PKR pada tahun 2015 sebelum kembali ke pangkuan Umno pada September lalu.

Khalid, yang kini Angota Parlimen Bandar Tun Razak, sebelum ini mengetuai kerajaan Selangor tetapi kemudian dipecat daripada PKR pada tahun 2014.

Sejak itu, Khalid dilihat menghadiri banyak acara PAS termasuk dua muktamarnya, serta perhimpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu pada bulan September.

Pada masa itu, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata ketika beliau menyokong perjuangan PAS tetapi tidak berhasrta menyertai parti itu.

Khalid sebelum ini menjadi ahli Umno selama hampir 30 tahun sebelum menyertai PKR pada 2006. Beliau menjadi menteri besar Selangor yang pertam daripaa PKR selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada PRU12.

Zuhdi akui wujud wakil rakyat 'hati' bersama PH tapi kekal dalam PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SHAH ALAM: Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, mengakui bahawa wujudnya individu yang 'hatinya' masih bersama Pakatan Harapan (PH) tetapi enggan meninggalkan parti gara-gara terikat dengan bai'aih yang dilafazkan sebelum ini.

Ujar beliau, pemimpin dan wakil rakyat PAS yang tidak berpuas hati itu adalah merupakan mereka yang kalah semasa Muktamar Tahunan PAS 2015.

Beliau walau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama individu-individu berkenaan.

"Pimpinan dan wakil rakyat yang dikatakan itu adalah 4-5 orang yang kalah dalam pemilihan semasa Muktamar PAS 2015 yang lalu.

"Mereka ini sememangnya hati mereka sudah bersama PH tapi tidak berani keluar parti disebabkan akan melanggar ba'iah semasa terpilih sebagai calon PAS PRU 13 lalu. Ada atau tidak adanya mereka bersama PAS hanya umpama 'melukut di tepi gantang'," katanya kepada Antarapos melalui aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang baru sahaja meninggalkan PAS untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Ahad lalu mendakwa terdapat pemimpin dan wakil rakyatnya di sekurang-kurangnya empat negeri tidak menyokong tindakan PAS membentuk Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang sekaligus memecahbelahkan pembangkang.

Amirudin juga tidak menolak akan ramai yang bakal mengikuti jejak langkahnya meninggalkan parti berteras Islam itu.

Mengulas hal itu, Zuhdi berkata parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak goyang sama sekali sekiranya individu-individu berkenaan bertindak keluar parti.

"PAS sedikitpun tidak tergugat jika mereka ini keluar seorang demi seorang dari PAS selepas ini," tambahnya.

Untuk rekod, pemilihan barisan kepimpinan Muktamar parti itu pada 2015 menyaksikan perwakilan membawa suara yang jelas mahu golongan ulama memimpin parti itu.

Ia memperlihatkan golongan profesional yang diketuai bekas Timbalan Presiden PAS yang kini Presiden parti serpihannya Amanah, Mohamad Sabu kalah teruk.

Mat Sabu gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden dan Tuan Ibrahim adalah salah seorang golongan ulama.

Amiruddin yang kini bersama parti komponen PH iaitu PPBM, juga pernah tewas pada pemilihan tersebut.

-na-

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 3, 2017 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Seorang Dah Arwah .. Seorang Lagi Tulang Retak" – Punca Dia Nescafe 3 in 1?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Tergerak hati nak share benda ni, mgkin ada yg xsuka sbb dia suka minum tp bila wife sya sendiri hampir botak sbb ketagih benda ni, sya share jugalah. Benda ni jadi zaman wife study (bujang), hari2 minum sbb mudah dan tahan mengantuk utk belajar, sampailah rambut dia gugur dan botak, skrg bila jadi kt korg lain pula, sya rasa kena share!

Peringatan sahaja.. kebenarannya terpulang kepada anda sendiri menilainya. Saya minum juga nescafe, tapi bukan 3 in 1 dan jarang2 sekali.

Kawan2 yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1.
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang.
Kawan saya (dah arwah)…
dari usia muda…
pagi nescafe…2 X..
petang nescafe…2X…
malam nescafe…2X…
depan mata saya…
bengun dari kerusi …
kaki dia terus patah…tulang dia reput…

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan.
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya.
Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.

Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one.

Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.

Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan :Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

Dah lama dah tinggalkan Nescafe, lagipun Nestle tu kan syarikat Yahudi, Yahudi Zionis dah lama rancang untuk memusnahkan umat Islam. Tepuk dada, tanya perut.

Masih ada yg meragui. Blh google byk artikal pasal kenapa produk 3in1 bahaya :
Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Kita Wajib Tahu.

Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
4. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
5. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
6. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
7. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
8. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.

Atau blh shj baca tulisan Dr Zubaidi Hj Ahmad ini

Di fikiran pengguna, produk 3-in-1 ini adalah memudahkan. Lebih-lebih lagi ia dijadikan sebagai benda yang wajib ada di setiap pejabat. Dengan lambakan pelbagai jenis 3-in-1 membuatkan pengguna rambang mata nak memilih yang mana satu menepati citarasa.
Namun, apakah benar informasi yang ternyata di bungkusan produk 3-in-1 ini benar-benar mengikut sukatan yang betul atau berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?

Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, yang membongkar sedikit informasi mengenai produk 3-in-1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini.
Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.

"Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
"Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut," katanya.

Menurut Prof Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius. – Dr Zubaidi Hj Ahmad

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 3, 2017 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nak Solat berjamaah Sebelum Pulang Sekolah Ada Juga Orang Islam Marah!!

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Pihak terlibat dalam pendidikan mengingatkan pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri yang sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu mahupun sekolah agama.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, menjadi tanggungjawab pengetua dan guru besar untuk memastikan semangat kebangsaan dikekalkan di sekolah kebangsaan.

"Tetapi orang mungkin lupa. Ia memerlukan semangat kebangsaan. Ini kerana agama ada tempat dan masanya dalam kelas tertentu," katanya kepada FMT.

Katanya, ibu bapa dengan anak yang berminat dalam agama boleh menghantar mereka ke sekolah agama atau tahfiz kerana ia lebih khusus.

Beliau mengulas peraturan baharu diumumkan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar pada Rabu lalu, di mana semua sekolah di daerah itu wajib mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka.

Katanya, sembahyang antara pengisian utama pihaknya membina karektor warga sekolah, khususnya murid untuk mencegah perkara negatif dalam mengharungi dunia kian mencabar.

Azimah yang kerap bercakap mengenai isu pendidikan berkata, pengetua sekolah perlu memastikan pelajar bukan Islam tidak diketepikan atau berasa terasing di sekolah kebangsaan.

Katanya, doa adalah baik dan patut digalakkan sebanyak mungkin, tetapi ia juga boleh dilakukan secara bersendirian.

Beliau berkata, keluarga atau individu biasanya berdoa sebelum meninggalkan rumah untuk perjalanan atau hari yang baik dan amalan Islam itu bukan bertujuan untuk memaksa sesiapa pun.

Bekas guru, Tan Ai Ming berkata, sekolah kebangsaan patut menyemarakkan semula semangat Rukun Negara, satu pengisytiharan falsafah kebangsaan sebagai cara menggalakkan perpaduan di kalangan anak muda.

Katanya, jika ini tidak dilaksanakan dan keadaan semasa berterusan di sekolah kebangsaan, semakin ramai ibu bapa akan memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah Cina, Tamil atau sekolah antarabangsa yang mahal.

Ahli politik turut bantah peraturan solat berjemaah

Saifuddin berkata, kadangkala niat pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri adalah baik, tetapi pendekatan mereka salah.

Bekas timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meminta Jabatan Pendidikan Pahang segera menyiasat kesan peraturan itu kepada sekolah di Kuantan.

Beliau berkata, jabatan itu harus mengkaji jika tindakan itu mendorong lebih ramai ibu bapa India, Cina dan sesetengah ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah lain.

"Mereka menganggap sekolah kebangsaan seperti sekolah agama."

Saifuddin yang kini ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan berkata, pendidikan Islam sudah disediakan untuk pelajar Islam, di mana "guru boleh berdoa sebanyak mungkin dalam kelas itu".

Beliau berkata, kadangkala niat pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri adalah baik, tetapi pendekatan mereka salah.

"Masalahnya, kadangkala niat itu silap dilaksanakan," katanya merujuk peraturan di Kuantan itu.

Pemimpin MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker memberitahu FMT sekolah kebangsaan berjaya menarik ramai murid bukan Melayu sebelum ini dan lebih baik jika fokus ditumpukan kepada pendidikan, bukannya agama sebagai tugas dan tanggungjawab utamanya.

FMT masih cuba menghubungi Razali untuk mengulas peraturan itu.

Orang Melayu tak perlu kenang jasa UMNO?

bloglist-malaysia.blogspot.

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman 

 

KUALA LUMPUR – Orang Melayu tidak perlu mengenang jasa UMNO dalam pendidikan anak bangsa kerana pendidikan adalah hak rakyat!

Exco Pemuda Pakatan Harapan, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, orang Melayu tidak perlu mengingati jasa UMNO hanya kerana mereka berjaya mencapai tahap sekarang.

"Pendidikan merupakan hak rakyat. Ianya jelas merupakan tanggungjawab yang wajib dijalankan oleh mana-mana kerajaan di dunia.

"Jikalau UMNO ingin mengungkit, maka UMNO tak payah jadi kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Ashraf Mustaqim dalam pada itu menyifatkan mahasiswa adalah kelompok cerdik pandai maka mereka tidak akan mempedulikan jasa UMNO kepada orang Melayu.

Justeru, beliau menyeru seluruh mahasiswa supaya memberi sokongan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Pakatan Harapan memberi jaminan akan memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar universiti termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM)

"Pakatan Harapan akan membawa kepada agenda pendidikan percuma yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum," katanya.

-MYNEWSHUB.CC

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi? Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempertahankan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pelajar "slow learner" masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru.

Memetik laporan Umno Online, Khairy berkata Tengku Adnan sekadar menyatakan hakikat sejarah iaitu penubuhan institusi pengajian tinggi itu pada asalnya bertujuan membantu pelajar Melayu yang tidak cemerlang melanjutkan pelajaran.

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi? "Apa yang Tengku Adnan cakap itu adalah idea dan dasar Umno supaya kita dapat memberi tempat kepada anak Melayu yang mungkin tidak dapat masuk ke universiti maka dapat masuk ke ITM.

"Ketika ini, UiTM adalah antara universiti terbaik di Malaysia, tetapi sewaktu ITM ditubuhkan adalah untuk membenarkan mereka yang tak boleh ke universiti lain, dapat diploma, dapat melanjutkan pelajaran mereka ke ITM," kata Khairy.

Khairy mengingatkan penubuhan ITM itu hasil perjuangan Umno memartabatkan bangsa Melayu, dan Tengku Adnan tidak berniat menghina para pelajar yang mendapat menfaat itu.

"Takkan Tengku Adnan tak tahu sejarah kerana dia sendiri adalah produk ITM," kata menteri itu. "Kita kena akui apabila ITM ditubuhkan, antara tujuannya adalah untuk memberi tempat kepada pelajar miskin, pelajar yang tak sampai tahap kecemerlangan mereka di sekolah."
Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi?
Tengku Adnan membuat kenyataan 'slow learner' itu ketika berucap di majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Ahad lalu. Kenyataan tu mencetuskan kemarahan alumni universiti tersebut dan orang ramai.

"Anda dapat masuk universiti, kalau 'slow learner' (boleh) masuk UiTm. Kadang kala kalau tak dapat markah (secukupnya), markah akan diturunkan agar anda boleh masuk universiti.

"Ada kala kalau tak boleh masuk (universiti) di Malaysia, kita hantar ke luar negara. (Bila) Balik, tunjuk pandai dan marah Umno," katanya.

Tengku Adnan semalam membuat permohonan maaf kepada pihak yang terguris dengan kenyataannya, dan menjelaskan beliau cuma mahu menyedarkan rakyat bahawa kerajaan yang telah memerintah selama 60 tahun ini banyak berjaya.

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi?
"Saya sedar dan tahu saya kadang-kadang mulut celupar. Jadi mulut celupar ini perlu hati-hati," katanya. - fmt

Pemimpin perlu cermat dalam ucapan, jangan jadi gurauan rakyat

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

UCAPAN Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu program semalam di Majlis Anugerah Nadi negara 2017 semalam yag mengaitkan pelajar UiTM sebagai 'slow learner' (tempat mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran), sememangnya melucukan. Pastinya kenyatan beliau menjadi bola tanggung buat sesiapa sahaja khususnya bekas pelajar UiTM untuk 'membelasah' beliau secukupnya. Biarpun beliau menafikan dengan mendakwa kenyataannya disalahtafsirkan, namun hakikatnya beliau telah menyebut perkataan itu, dan kini perlu bersedia menerima apa juga kritikan mahupun kutukan.

Sememangnya kenyataan bodoh dan kurang matang seperti ini ditunggu buat ahli politik atau seteru politik, lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Sikap pandir atau bendol dalam kenyataan memang akan menjadi mangsa belasahan awam, sama ada daripada netizen mahupun para pemimpin sendiri. Jadi usah menyesal jika kenyataan beliau menjadi bahan kempen jenaka dan kritikan pedas daripada mana-mana pihak buat beberapa hari dan minggu ini.
Sebagai pemimpin besar Umno dan berstatus menteri, Datuk Seri Tengku Adnan seharusnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa ucapan atau kenyataan. Jika tidak mahu kenyataannya disalah tafsir, jangan memberi kenyataan yang bersifat kontroversi atau menimbulkan persoalan dan polemik. Beliau perlu menjaga air muka Perdana Menteri yang teruk dihentam ekoran kata-kata kesat 'Kepala Bapak Kau' beberapa minggu yang lalu yang mengundang kemarahan rakyat.

Umum melihat kenyataan beliau dan pemimpin Umno langsung tidak mencerminkan sikap profesional, bijak, matang dan cerdik, berjiwa besar dan berstatus negarawan. Malah, rakyat mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno sekarang sebagai golongan yang begitu emosional dan bercakap tanpa berfikir. Ia menggambarkan betapa buruk dan busuknya hati mereka yang suka bercakap kasar dan kesat di hadapan media.

Meskipun mungkin ucapannya bernada gurau, berjenaka atau sinikal kepada pihak tertentu, atau mungkin tersalah cakap dan disalahtafsir media. Namun rakyat melihat ucapan beliau mengandungi unsur penghinaan. Bagaimana perasaan ribuan bekas graduan UiTM yang kini berjaya dalam pelbagai lapangan termasuk usahawan, teknokrat, profesional, mahupun pemimpin negara tatkala membaca atau menghayati ucapan beliau. Janganlah kerana beliau dan beberapa kerat pemimpin besar belajar di institusi pendidikan terkenal dalam dan luar negara, graduan UiTM pula diperkecilkan. Sedangkan UiTM begitu banyak jasanya kepada rakyat terutama anak-anak Melayu. Tanpa UiTM, betapa ramai anak Melayu tercicir dalam pelajaran, dan mungkin tidak mendapat kedudukan seperti sekarang.

Bagi pemimpin berjiwa besar, ucapan salah maksud atau tersalah cakap seperti ini tidak harus dijadikan modal politik dalam mengharungi PRU ke 14. Namun pendidikan dan pengajaran perlu disampaikan, agar pemimpin negara berhati-hati dalam menyampaikan ucapan. Jangan kerana 'nila setitik, habis rosak susu sebelanga' atau kerana satu dua kerat pemimpin yang tidak menjaga mulut, habis rosak Umno dan pemimpinnya dijatuhkan rakyat.

Sebaiknya, dalam waktu-waktu kritikal ini, pemimpin Umno perlu banyak belajar menghormati dan menghargai rakyat. Sekalipun jika tidak mampu memuji rakyat atas jasa dan pengorbanan mereka, jangan pula mengeji mereka. Jika tidak mampu menyenangkan rakyat, jangan pula menyusahkan rakyat dengan pelbagai bebanan dan tekanan. Jika tidak mampu memberi bahagia, jangan menjadikan rakyat menderita.

DR RIDUAN MOHD NOR

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 3, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tuah Miliki Setem Tanpa Harga, Kini Dijual Pada Harga RM5 Juta
siakapkeli.my

Siapa sangka dengan miliki hobi mengumpul setem, seorang lelaki bakal bergelar jutawan dengan hanya sekeping setem yang mampu mencecah dengan harga RM5 juta,

Menurut Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, pemilik setem berkenaan, Mubarak Ali Rajak yang ketika itu baru berusia 15 tahun sedang melihat surat-surat yang diterima bapanya di kedai mereka di Kuantan, Pahang.

Kerana hobinya gemar mengumpul setem, Mubarak leka membelek setiap kepingan itu, akan tetapi dia terlihat sekeping surat daripada Bank Standard Chartered yang dikirim kepada bapanya.

Bila ditenung dan diperhatikan dengan teliti, Mubarak terkejut kerana setem di surat tersebut tidak tertera harga seperti mana setem yang lain.

Walaupun masih muda remaja ketika itu, Mubarak dapat merasakan setem berkenaan pasti akan menjadi satu 'collector' yang berharga suatu hari nanti.

Sangkaannya tidak meleset dan kini setelah 50 tahun berlalu, apa yang dirasakannya itu ternyata tepat!

Menurut Mubarak, keaslian dan keunikan setem ini telah diakui oleh Pos Malaysia sendiri dan juga telah disahkan tulin oleh The Royal Philatelic Society Of London, malah ia juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record.

Mubarak juga bersedia 'melepaskan' setem kesayangannya itu jika ada pihak yang sanggup membelinya dengan harga RM5juta!

Jelas Mubarak, sebenarnya berlaku kesilapan dalam mencetak setem-setem berkenaan.

"Saya difahamkan syarikat yang mencetak setem tersebut iaitu Harrison And Son Limited di London, telah melakukan kesilapan hingga 100 keping setem yang sama dihasilkan mereka tidak mempunyai tanda harga. Apabila saya ke pejabat pos untuk membeli beberapa keping lagi setem yang sama, kerani itu memberitahu kesemua setem tersebut telah dibatalkan/dimusnahkan.

"Hanya sekeping setem yang 'terlepas' iaitu yang ada pada simpanan saya sekarang, sekali gus mencatat rekod satu-satunya setem di dunia yang tidak mempunyai tanda harga," katanya.

Jelasnya, dia bukan sengaja mahu meletakkan harga yang tinggi itu, tetapi ia dibuat setelah penyelidikan dan mengkaji harga pasaran setem-setem yang unik seperti ini.

"Pergilah cari kat mana-mana tempat di dunia ini yang ada setem sebegini, tak ada. Hanya di Malaysia," tambahnya.

Sumber - Syahril A. Kadir

Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Buku merah ini kelihatan biasa-biasa saja tetapi bagi mereka yang melihatnya pasti berasa kagum.

Ramai memuji dokumen perjalanan ini yang cantik dengan rekaan batik berwarna biru, merah dan oren.

Bahagian kulit di sebelah dalam pula mempunyai motif songket seolah tenunan keemasan, selain dua kuntum bunga raya kembang mekar di bahagian belakang.

Dengan motif flora dan fauna, helaian demi helaian memaparkan ikonik dan mercu tanda negara, dari Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Istana Negara, sehingga ke Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Muka surat biodata polikarbonat mempunyai ciri keselamatan tambahan termasuk dilengkapi dengan cip.

Ia bukanlah buku karya seni, tetapi merupakan pasport Malaysia versi baharu dengan wajah baharu yang mula dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen sejak 15 November lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, rekaan pasport Malaysia versi baharu itu berkonsepkan lima rukun negara, tradisi dan flora dan fauna, masing-masing mempamerkan kedamaian dan kesejahteraan negara.

"Konsep lima rukun negara ini dapat dilihat menerusi paparan awal gambar-gambar masjid iaitu simbolik kepada kepercayaan kepada Tuhan, Istana Negara (kesetiaan kepada raja dan negara), bangunan Parlimen (keluhuran perlembagaan), Istana Kehakiman (kedaulatan undang-undang) dan Muzium Negara yang menunjukkan warisan dan budaya kita (kesopanan dan kesusilaan)," katanya kepada mStar Online.

Berdasarkan pandangan dan maklum balas orang ramai, Mustafar berkata, mereka menyifatkan pasport Malaysia versi baharu ini adalah antara pasport antarabangsa yang tercantik di dunia.

Mustafar berkata, selain rekaan yang lebih cantik, pasport versi baharu turut mempunyai penambahbaikan pada ciri keselamatan.

Kulit hadapan dan belakang pasport turut dilengkapi ciri keselamatan.
"Muka surat biodata polikarbonat disertakan bersama cip di dalamnya berbanding sebelum ini cip di bahagian belakang pasport.

"Setiap halaman pada pasport juga mempunyai ciri keselamatan tambahan. Pengesahan dari segi ketulenan pasport tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya didedahkan melalui cahaya ultra-violet (UV)," katanya sambil menambah kedudukan baharu cip itu menyukarkan pemalsuan maklumat dan bacaan data yang lebih mudah.

Difahamkan, ciri keselamatan tambahan pasport versi baharu adalah sekali ganda berbanding sebelum ini.

Selain itu, ciri keselamatan turut dilengkapi pada kulit hadapan dan belakang pasport.

Mustafar berkata, hampir 20,000 pasport Malaysia versi baharu dikeluarkan sejak 15 sehingga 29 November lalu.

Setiap muka surat pasport mempunyai rekaan batik dan bermotifkan flora dan fauna.
"Secara keseluruhan, sebanyak 1.7 juta pasport dikeluarkan dari Januari sehingga Oktober tahun ini dan secara purata Jabatan Imigresen mengeluarkan dua juta pasport setahun," tambahnya.

Pasport Malaysia versi baharu ini dikeluarkan di pejabat Imigresen bermula di Menara Ikhlas, Putrajaya sebelum diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.

Dalam pada itu, Mustafar menegaskan bahawa pasport versi baharu itu hanya dikeluarkan untuk permohonan baharu dan pasport sedia ada yang sah laku masih boleh digunakan.

Katanya, Jabatan Imigresen mengenakan pemeriksaan yang rapi terhadap setiap pasport dalam menentukan kesahihannya bagi memastikan standard mutu pasport Malaysia kekal unggul.

PIALA DUNIA 2018-Tiada Kumpulan Mudah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

MOSCOW – Berikut adalah undian pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang diadakan di sini, sebentar tadi.

Perlawanan pertama akan berlangsung pada 14 Jun menemukan tuan rumah, Rusia dan Arab Saudi.
KUMPULAN A: RUSIA, ARAB SAUDI, MESIR, URUGUAY

KUMPULAN B: PORTUGAL, SEPANYOL, MAGHRIBI, IRAN

KUMPULAN C: PERANCIS, AUSTRALIA, PERU, DENMARK

KUMPULAN D: ARGENTINA, ICELAND, CROATIA, NIGERIA

KUMPULAN E: BRAZIL, SWITZERLAND, COSTA RICA, SERBIA

KUMPULAN F: JERMAN, MEXICO, SWEDEN, KOREA SELATAN

KUMPULAN G: BELGIUM, PANAMA, TUNISIA, ENGLAND

KUMPULAN H: POLAND, SENEGAL, COLUMBIA, JEPUN

Dilahirkan Dengan Kaki Terbalik Tapi Kini Sudah Mampu Pandang Ke Depan
siakapkeli.my

Lahirnya bersama kaki yang terbalik tapi kini kanak-kanak ini sudah mampu berjalan secara normal selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan kecacatannya itu.

Kanak-kanak yang lebih dikenali dengan nama Ulrich,12, itu dilahirkan cacat apabila kakinya seolah-olah terpusing ke belakang sebelum mendapat perhatian badan amal Mercy Ships yang berusaha membantunya.

Kini, Ulrich semakin pulih selepas melalui pembedahan yang dilakukan oleh pakar perubatan dari luar negara itu secara percuma.

lebih kurang 2 minggu yang lalu

Straight legs mean a new start in life for 12-year-old Ulrich, who has now received free surgery on the #AfricaMercy to correct his backward facing legs: "Before, people would just stare at me in the street and label me a handicap. Now, they will look again!" #globalsurgery

Pada 19 November lalu, Mercy Ships memuat naik gambar kanak-kanak itu di laman Facebook rasmi mereka berserta keterangan yang bertulis, "Kaki lurus bermakna kehidupan baru untuk Ulrich yang menerima pembedahan percuma bagi membetulkan kakinya yang membengkok ke belakang.

"Sebelum ini orang ramai hanya memandang pelik dan melabelnya cacat."

Terdahulu badan amal tersebut turut memuat naik gambar Ulrich di laman Instagram rasmi mereka menunjukkan dia baru selesai menjalani pembedahan untuk sebelah kaki.

"Lihat senyuman itu! Ulrich teruja buat pertama kali dalam hidupnya. Sebelah kaki berjaya diluruskan, tinggal satu lagi."

Sumber - Harian Metro

Trump Dijangka Bakal Umum Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel Minggu Depan
siakapkeli.my

WASHINGTON: "Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trunp dijangka membuat pengumuman pada minggu depan untuk mengiktiraf 'Jerusalem' sebagai ibu negara Israel ",jelas pegawai pentadbiran kanan pada Jumaat lalu.

Menurut laporan dari Reuters, tindakan itu disifatkan bakal mengubah polisi AS selain berkemungkinan meningkatkan ketegangan di Asia Barat.

Trump dijangka akan membuat pengiktirafan itu pada Rabu meskipun beliau dikatakan cenderung untuk melengahkan lagi janji kempennya yang ingin memindahkan pejabat kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem.

'Jerusalem' adalah nama yang tidak diiktiraf oleh umat Islam sedunia yang mahu terus mengekalkan kedaulatan dan kebebasan Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin menginginkan Baitulmaqdis menjadi ibu kota negara mereka. Selain itu, komuniti antarabangsa juga tidak mengiktiraf tuntutan Israel ke atas semua bahagian kota yang dihuni bersama oleh penganut Islam, Yahudi dan Kristian itu.

Berita tentang pengumuman Trump itu nyata berbaza dengan presiden-presiden AS sebelum ini yang menegaskan bahawa status kota itu perlu diputuskan secara rundingan.

Selain mengundang kritikan daripada pihak berkuasa Palestin dan negara-negara Arab, perkembangan itu juga mendedahkan ketidaktentuan usaha diplomatik pentadbiran AS yang diketuai menantu yang juga penasihat kanan Trump yang kurang berpengalaman, Jared Kushner.

Menutut jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah, pengiktirafan 'Jerusalem' sebagai ibu negara Israel akan 'memusnahkan proses keamanan' dan 'menjejaskan kestabilan serantau'.

Tindakan itu dilihat hanya akan memuaskan hati golongan pro-Israel, iaitu kumpulan penyokong yang telah membantu Trump memenangi pilihan raya presiden.

Bagaimanapun setakat ini, belum ada pengesahan rasmi tentang rancangan pengumuman pengiktirafan tersebut daripada pegawai atasan White House.

Sumber- Reuters

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 3, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jika Di Singapura, Siti Kasim Sudah Lama Dikenakan Tindakan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Kuala Lumpur: "Orang-orang seperti Siti Kasim ini sepatutnya telah lama diambil tindakan, dia bukan sahaja telah mencabar tugas duli-duli Tuanku malah secara terang-terangan menghina Islam," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Sheikh Abd Kareem Sheikh Kadaeid.

Menurutnya, bukan sahaja dari pihak pejabat penguatkuasa agama Islam malah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta semua agensi yang terlibat menguatkuasa Islam perlu bertindak kerana perkara ini melibatkan perlembagaan negara dan apabila melibatkan perlembagaan ia juga melibatkan keselamatan Islam itu sendiri.

"Kalau terus dibiarkan perkara ini, di manakah kita sebagai orang Islam meletakkan Perlembagaan Malaysia dalam pentadbiran hidup kita?" soal beliau.

Beliau berkata, tertera Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Islam adalah Agama Persekutuan, itulah nilainya yang wajib diletakkan tinggi supaya semua orang sedar dan hormat kedudukan Islam itu, tindakan tegas perlu diambil berlandaskan kedudukan Islam di dalam perlembagaan yang telah termaktub.

"Jika tindakan tegas terus diambil, saya percaya tidak ada sesiapa yang berani mengganggu gugat kedudukan Islam lagi," katanya.

Sheikh Kareem berkata, PERTAMA amat menyokong semua usaha-usaha dalam menjaga kemurnian Islam sebagai agama Persekutuan.

"Maka semua pencemaran dalam bentuk fahaman-fahaman yang bercanggah dan menggangu gugat keaslian Islam itu sendiri perlu diambil tindakan tegas dan pantas."

Menurut beliau lagi, visi Islam yang mengikut otoriti agama yang duduk dibawah duli-duli Tuanku yang merupakan pelindung agama Islam dan mengikut amanah duli-duli Tuanku itu adalah fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Agensi-agensi penguatkuasa seharusnya menjaga dan mengambil tindakan menghalang sebarang bentuk penularan, penyebaran ajaran-ajaran yang bertentangan," tegasnya.

Beliau berkata, penyebaran satu fahaman yang melanggar nilai perlembagaan adalah merupakan satu kesalahan tetapi agensi-agensi ini seolah-olah seperti tidak ada dan mungkin kerana di dalam agensi-agensi ini terdapat orang-orang yang tidak ada nilai perlembagaan dalam hati mereka, tidak ada nilai Islam di dalam hati mereka dan hanya melihat Islam itu bersifat "personal".

Menurut Sheikh Kareem, "Di Singapura misalnya mereka ada Religious Harmony Act, kalau ada budak seperti Siti Kassim ini di Singapura sudah lama dia ditangkap, kalau di negara Brunei jangan cakaplah, apatah lagi di Arab Saudi."- menara.my

Hanipa Maidin Bangga Dilabel Pejuang Ateisme ? – Dr Kamarul

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Hebat sekali rupanya publisiti yang diperolehi oleh Pengerusi KANUN AMANAH merangkap Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, di dalam isu ateisme ini sehingga menyebabkan beliau mula diberikan dengan gelaran seperti "seorang pejuang ateisme" pula oleh pihak-pihak tertentu.
Bukan setakat portal berita Malaysia Kini sahaja yang mengeluarkan kenyataan Hanipa Maidin ini, tetapi juga portal berita Free Malaysia Today dan portal Malaysia Today, di bawah tajuk eksklusif, "A Muslim's Defence of Atheists" ("Pemertahanan Seorang Islam Terhadap Golongan Ateis").

Malah, tindakan Malaysia Kini memberi tajuk yang agak mengelirukan kepadanya, iaitu "Deputy Minister, Please Respect My Religious Right" ("Timbalan Menteri, Sila Hormat Hak Beragama Saya"), yang menggambarkan seolah-olah Hanipa Maidin adalah ateis, juga tidak beliau hiraukan.

Peliknya, kenyataan di dalam Bahasa Inggeris Hanipa Maidin ini tidak pula diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh beliau, malah tidak pun disiarkan oleh mana-mana portal berita Melayu yang pro kepada AMANAH mahupun oleh laman rasmi AMANAH, AMANAH Daily, sendiri.

Sama ada ini adalah strategi untuk menunjukkan kepada khalayak berbahasa Inggeris mengenai keliberalan AMANAH dan pada masa yang sama untuk mengelakkan keliberalan ini dari diperbualkan oleh khalayak berbahasa Melayu yang lebih konservatif, hanya Hanipa Maidin sahaja yang tahu.

Apa pun, bagi saya, hujah Hanipa Maidin bahawa ateisme dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyimpang dari fakta sebenar kerana Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa keputusannya jelas tidak berpendapat demikian.

Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana seorang peguam berpengalaman seperti Hanipa Maidin, yang sebelum menyertai AMANAH dahulu selalunya akan mengalaskan pendapat perundangan beliau dengan bukti perundangan, gagal untuk melakukan perkara sama di dalam isu ini.

Beliau bukan setakat gagal menjelaskan kenapa, mengikut beliau, pandangan "ateisme bukan satu agama" adalah asing kepada idea perlindungan keperlembagaan, malah gagal menjelaskan kenapa ia adalah asing dengan konsep kebebasan beragama yang terkandung di dalam al-Qur'an.

Jika dulu, sewaktu masih berada di dalam PAS, beliau kelihatan sering mengalaskan hujah kenapa hukuman bunuh ke atas murtad di dalam Islam tidak bertentangan dengan kebebasan beragama dengan cara memberikan bukti seperti ayat al-Qur'an, kenapa pula kini beliau gagal berbuat begitu?

Membaca tulisan Hanipa Maidin mengenai isu ateisme ini dan membanding tulisan ini dengan pelbagai tulisan beliau sewaktu masih berada di dalam PAS akan membuatkan kita di dalam kebingungan: Apa yang sudah terjadi kepada Hanipa Maidin? Ke mana perginya Hanipa Maidin yang dulu?

Hanipa Maidin bukan tidak tahu bahawa yang mula-mula membangkitkan isu ateisme ini ialah rakan beliau sendiri, iaitu Ketua AWAN AMANAH, Dr Siti Mariah Mahmud, yang meluahkan kegusaran masyarakat kerana kebanyakan yang terlibat dengannya adalah anak-anak muda Melayu.

Bila, seperti disebut oleh Dr Siti Mariah, kebanyakan yang terlibat dengan ateisme ini adalah anak-anak muda Melayu, ini bermakna bahawa anak-anak muda Melayu ini sudah tidak mempercayai adanya Tuhan (murtad), dan ini juga bermakna bahawa ada penyebaran ateisme di kalangan mereka.

Malangnya, Hanipa Maidin, yang sebelum ini begitu lantang sekali memperjuangkan hukuman bunuh ke atas murtad, kini sudah lagi tidak berani untuk memperkatakan mengenai kemurtadan anak-anak muda Melayu ateis ini mahupun mengenai penyebaran ateisme di kalangan mereka.

Sangat menyedihkan sekali jika perubahan sikap Hanipa Maidin ini adalah berpunca kerana mahu dilihat selari dengan pendirian pemimpin parti seperti DAP, atau semata-mata kerana mahu mengekalkan kerusi AMANAH yang dimenangi di atas tiket PAS, khususnya kerusi Parlimen Sepang.

Kepada Hanipa Maidin, rakan Hanipa Maidin dan pengikut Hanipa Maidin, eloklah jika dapat dibaca dan dihadam kandungan salah satu tulisan Hanipa Maidin yang dulu ini, semoga ia akan perlahan-lahan menemukan kembali seorang pejuang "hukuman bunuh ke atas murtad" yang hilang.

TULISAN HANIPA MAIDIN, SEORANG PEJUANG "HUKUMAN BUNUH KE ATAS MURTAD"

"Hukuman bunuh ke atas orang murtad dikritik oleh undang-undang barat dan juga sesetengah orang Islam sendiri termasuk di dalam negara ini seperti Sisters in Islam tanpa mereka dalam masa yang sama membisu seribu bahasa terhadap hukuman bunuh di dalam negara ini untuk beberapa kesalahan jenayah tertentu seperti kesalahan membunuh, kesalahan mengedar dadah, kesalahan memiliki senjata api yang tidak berlesen, kesalahan melancar peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong (waging a war). Untuk kesalahan melancar peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan, hukuman bunuh boleh dikenakan bukan sahaja ke atas mereka yang melancarkan peperangan tetapi juga mereka yang bersubahat dan mencuba (attempt) untuk melancarkan peperangan…"

"Hujah yang menyatakan bahawa Islam tidak menghormati kebebasan beragama dengan mengenakan hukuman bunuh ke atas murtad adalah tidak tepat dan diukur dengan neraca kebebasan agama menurut pengertian orang-orang barat. Islam sebenarnya menghormati kebebasan beragama dengan Allah melarang di dalam Kitab-Nya untuk kita memaksa penganut agama lain untuk memeluk agama Islam (lihat Surah al-Baqarah: 256)… Sebaik sahaja beliau telah memasuki agama (Islam) ini beliau terikat dengan segala peraturan yang mengatur agama ini dan beliau tidak boleh kini mengkritik agama ini dengan sesuka hati atau ingin keluar daripadanya. Islam bukan pakaian yang boleh ditukar ganti jika kita tidak menyukai atau menggemarinya…"

"Hukuman bunuh ke atas murtad juga berperanan sebagai deterrent dan juga sebagai pencegah (prevention) kepada merebaknya gejala murtad. Kita boleh membayangkan dan kini telah dibuktikan bahawa kegagalan pihak berkuasa di negara ini mengenakan hukuman bunuh ke atas murtad telah mengakibatkan orang-orang Islam telah begitu berani keluar daripada agamanya tanpa takut dihukum dengan hukuman yang berat sepertimana yang dinyatakan oleh Islam. Beberapa undang-undang yang ada di negara ini akibat terlalu longgar telah digunakan oleh orang Islam malangnya untuk menukar agamanya. Akta Pendaftaran Negara mempunyai peruntukan yang terlalu longgar untuk membolehkan orang Islam menukar nama Islamnya kepada nama bukan Islam. Apa yang diperlukan untuk menukar agamanya hanyalah borang permohonan JPN 3/1 yang boleh didapati secara percuma, salinan surat sumpah yang menyatakan bahawa ia tidak lagi ingin menggunakan nama Islam dan permohonan tersebut akan diluluskan…"

"Jika dilihat kepada Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 tiada peruntukan langsung mengenai kesalahn irtidad di dalam akta, tersebut jauh sekali hukuman ke atas murtad. Sebagai seorang peguam yang terlibat mengedalikan kes murtad di negara ini, penulis mendapati lacuna (kekosongan) yang terdapat pada akta inilah sedikit sebanyak menjadi punca kepada keberanian orang-orang Islam untuk murtad daripada agamanya seperti yang berlaku ke atas seorang wanita Islam yang bernama Siti Maryam binti Shaikh Mohd yang telah bertukar ke agama Hindu di Wilayah Persekutuan dan menggunakan nama M Tarini (pihak JPN telah meluluskan pertukaran namanya) tetapi sehingga kini pihak Majlis Agama Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Syariah tidak dapat membicarakan beliau di bawah Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana tiada peruntukan bagi mendakwa beliau melakukan kesalahan murtad…"

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Asiah Disiasat JAIP, Dilepaskan Dengan Bon Jaminan.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama dari Jabatan Agama Islam Pahang menyerbu kediaman aktivis kontroversi Asiah Binti Abd Jalil berikutan aduan yang dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini.

Asiah sebelum ini menjadi perhatian awam berikutan mengeluarkan beberapa kenyataan yang didakwa menghina agama termasuklah mengkritik Nabi Muhammad SAW di akaun media sosialnya.

Tindakan Asiah itu turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Asri Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai MAZA untuk memberikan pandangan berhubung kenyataan kontroversi oleh Asiah sebelum ini.

Asiah menerusi akaun facebooknya menyatakan beliau diserbu oleh sekumpulan pegawai agama kira-kira jam 11 malam semalam.

"Sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), diketuai Sharafuddin Zainal Ariffin, baru saja serbu rumah saya pada jam 11 malam tadi. Bersama waran geledah untuk menangkap saya.

Saya disyaki melakukan jenayah syariah di bawah seksyen 11 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 kerana 1) menghina atau menyebabkan dipandang hina Agama Islam, 2) mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith Saya cabar waran geledah yang defective dan penyalahgunaan prosedur siasatan oleh JAIP.

Akhirnya Pegawai Penguatkuasa keluarkan arahan hadir membantu siasatan di pejabat JAIP jam 10 pagi esok (hari ini). Tanpa gentar saya akan jawab semua pertuduhan di Mahkamah Syariah," katanya dalam satu kenyataan.

Asiah juga turut melaporkan yang beliau telah selesai memberikan keterangan seperti yang diminta dan dibebaskan dengan bon jaminan dengan suaminya sebagai penjamin.

"Selepas merakam percakapan lebih kurang satu jam, saya kini selamat dan telah pulang. Saya dibebaskan dengan bon dan suami adalah sebagai penjamin. Tiada sebarang pertuduhan buat masa sekarang. Mungkin ini adalah percubaan try and error oleh agensi keagamaan," katanya di facebook.

Selain didakwa menghina Islam dan Nabi, Asiah juga menjadi tumpuan berikutan menuntut cerai kerana suaminya dianggap taksub kepada PAS sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/11/asiah-disiasat-jaip-dilepaskan-dengan.html#ixzz4zpRkfggV

Persendakan Al Quran & Hadis : Asiah Abd Jalil Dihadapkan Ke Mahkamah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Kerana mempersendakan Al Quran dan Al Hadis, akhirnya Asiah Abd Jalil dihadapkan ke Mahkamah Syariah Pahang.

Asiah berkata hari ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menyerbunya di rumah untuk menangkapkan terhadap dua kesalahan berkaitan dengan menghina Islam.

"Sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), diketuai Sharafuddin Zainal Ariffin, baru saja serbu rumah saya pada jam 11 malam tadi.

"Bersama waran geledah untuk menangkap saya. Saya disyaki melakukan jenayah syariah di bawah seksyen 11 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 kerana :-1) menghina atau menyebabkan dipandang hina Agama Islam 2) mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith,"katanya dalam Facebook.

Walau bagaimanapun kata Asiah penguatkuasa JAIP itu tidak berjaya menangkapnya kerana dia mempertikaikan berkenaan prosedur waran tangkap.

"Saya cabar waran geledah yang defective dan penyalahgunaan prosedur siasatan oleh JAIP. Akhirnya Pegawai Penguatkuasa keluarkan arahan hadir membantu siasatan di pejabat JAIP jam 10 pagi esok.

"Tanpa gentar saya akan jawab semua pertuduhan di Mahkamah Syariah,"katanya lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 3, 2017 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sebenarnya Bahaya Kepada Bayi, Jadi Ibu Bapa Wajib Pantau
siakapkeli.my

Risau secara berlebihan apabila sudah menjadi ibu bapa itu perkara biasa. Yelah biasanya kita akan beli barang demi memikirkan keselamatan anak-anak kita. Tanpa kita sedar rupa-rupanya barang itu bahaya kepada anak kita.

Tapi biasanya kita beli sebab nampak comel dekat mata kita. Selain itu, kita juga sudah terbiasa dan terdidik agar memiliki barang-barang tersebut apabila sudah mempunyai anak.

Mari ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq Razif, mengenai tiga benda yang comel tapi sebenarnya bahaya kepada anak-anak. Semoga bermanfaat.

Semua Mak Ayah Wajib Tahu Bahaya 3 Benda Comel Ni Pada Anak Mereka

1. Sarung Tangan Bayi / Baby Mittens

Ramai mak ayah tak tahu yang bayi ni sebenarnya gunakan jari jemari mereka ni untuk meransang otak mereka. Makin banyak sentuhan dan ransangan taktil, makin cepat berkembang otak anak kita.

Sebab tu la sebaiknya pakaikan mittens ni jarang-jarang je dan sebaiknya jangan pakai dah untuk anak yang dah nak masuk umur 1 bulan. Biar je anak kita meneroka dunianya dengan jari jemari comelnya.

2. Walker

Ramai mak ayah belikan walker supaya anak cepat berjalan. Salah tu! Walker ni la membuatkan ransangan otak dan otot kaki anak kita jadi makin berkurang.

Berguling, merangkak dan bermain di lantai lah yang sebenarnya menjadi asas untuk anak kita berjalan. Yang paling saya takutkan, walker ni la antara penyebab terbanyak kecederaan pada anak-anak.

Banyak kes anak melecur masuk ke kecemasan bila tersimbah air panas yang si comel di capai sendiri masa tengah naik walker ni. Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker ni.

3. Bantal

Yang ni paling ramai tak tahu. Tahu tak bantal ni boleh meningkatkan risiko bayi kita meninggal secara tiba-tiba / sindrom bayi mati mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome ).

Tanpa sedar, bantal hiasan tu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas!

Sebab tu sebaiknya elakkan la pakai bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam tapi tak mungkin la kan? Saran saya, bila nampak anak dah lena tu, alihkan la bantal tu semua kecuali anak kita dah berumur 2 tahun ke atas.

p/s : Tolong sebar info penting ni pada mak ayah yang belum tahu ye.

Sumber - Taufiq Razif

Bengkak Tidak Surut, Demam, Letih Dan Lesu Tanda-Tanda Kanser Limfoma
siakapkeli.my

Beberapa hari lepas, penyanyi lagu kalis rindu, Elyana mengumumkan bahawa dirinya penghidap kanser limfoma tahap empat. Berikutan itu, ramai yang tertanya-tanya mengenai penyakit ini,

Rata-rata diantara kita masih kurang faham dan tidak mengetahui punca yang jelas mengenai penyakit ini. Menyedari tentang itu, Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan, memberi sedikit perkongsian mengenai penyakit ini dalam bahasa yang lebih mudah.

Terdahulu, penyakit yang sama telah menyebabkan kematian kepada anak ahli kumpulan UNIC, Bazli telah kehilangan anaknya pada Jun lalu selepas setahun berjuang melawan sakit ini.

Sejak bila pulak perubatan alternatif jadi rawatan limfoma?

Sejak semalam, perkataan limfoma berlegar di media sosial. Limfoma atau barah kelenjar limfa dalam badan bukan sama dengan barah yang lain. Ianya banyak jenis rawatan dan prognosis juga tidak sama.

Ia terbahagi kepada Non-Hodgkins Lymphoma (NHL: gambar di bawah adalah dari internet dimana tahap IV ) dan Hodgkins Lymphoma. Yang kedua adalah lebih agresif sedikit. Ya, bergantung kepada jenis, rawatan biasanya kemoterapi / radioterapi dan ada beberapa lagi. Doktor akan ambil tisu dan beberapa ujian terperinci untuk membuat keputusan apa rawatan yang sesuai.

Kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. Kalau di leher kita itu, agak biasa bengkak bila kita mengalami kuman infeksi; itulah reaksi biasa bilamana badan kita mengalami proses untuk melawan kuman tersebut. Kalau bengkak kejap, ok. Tapi kalau bengkak tidak baik, elok berjumpa dengan Doktor. Tambah lagi kalau ada simptom sistemik yang lain seperti demam, letih & lesu.

Tapi yang tentunya tidak boleh pukul rata semua orang rawatannya sama. Bergantung kepada jenisnya juga. Jika anda tidak tahan dengan apa-apa rawatan, bincang dengan Doktor yang merawat. Ianya boleh di kurangkan dos, ditukar dan pelbagai cara lagi.

Saya mohon sangat-sangat supaya artis kita bekerja sama dengan pengamal perubatan, bukan dengan founder produk apa-apa pun. Ya, kami tahu, menghadapi penyakit kanser / barah apa jenis sekalipun bukan senang. Kami tahu, ya memahami memang tidak. Tapi bincang lah dengan kami. TALK TO US! Beri kami pemahaman tersebut.

Lepas itu, elok benar lah founder produk ambil kesempatan pulak. Yang TV pulak, teruskan lah kan mengambil revenue dari orang macam ini. Etika perubatan, pada saya langsung tidak dihiraukan disini. Dah lah tau pun tidak apa limfoma tu; tup tup kata produk dia bagus dan boleh diambil. Yang produk-produk lain beri harapan pesakit macam ini dah kenapa? Cukup-cukup lah, jangan menipu.

Kami merayu anda yang ada penyakit apa-apa terutamanya kanser, tolong lah jumpa Doktor.
JANGAN ambil apa-apa produk. Ia bukan hanya TAK JALAN, malah ada yang membuat penyakit anda semakin teruk. Kami tak sanggup golongan ini membanjiri Zon Merah, Jabatan Kecemasan. Pada masa tersebut, sudah terlambat untuk kami buat apa-apa.
Menyesal kemudian, tiada gunanya.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan

Sumber - Rafidah Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 3, 2017 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



AMANAH (PAN/IKRAM) ini memang kaki PANipu betul

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Menipu pun tak cerdik .. yang lain air paras lutut tetapi Ketua Pemuda PAN Kelantan punya nak berlakun redah air sampai paras pinggang konon.

Dia lupa tayar pacuan empat roda sebelah pun setakat 1/4 tayar ditenggelami air.

Tipu dengan PAN tidak boleh dipisahkan .. seperti kentut dengan taik.

TENKIU

Kredit
Hanisya Abdul Hamid

....
Gambar sebenar diperolehi

Masih adakah ruang PKR kembali bersama PAS?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SEHINGGA kini, PAS masih dengan keputusan Majlis Syura Ulamak dan sokongan sebulat suara ahli dalam Muktamar 2017, bahawa tiada apa-apa lagi di antara PAS dan PKR. Tiada sebarang perubahan strategi yang diumumkan oleh PAS berkenaan hubungan dengan PKR selepas daripada itu, sama ada di peringkat nasional, negeri ataupun parlimen tertentu.

Namun di pihak PKR, masih terdapat beberapa pihak yang melihat keperluan untuk bersama PAS. Mereka mengakui kekuatan PAS yang kian meningkat terutama di kalangan pengundi muda dan pengundi atas pagar kalangan kaum melayu. Dapatan-dapatan Merdeka Centre, IDE dan kajian dalaman setiap parti membuktikan perkara sedemikian. Membuatkan mereka mahu tidak mahu terpaksa mendekati PAS kembali akhirnya.

KEMELUT PKR

Kini, PKR berbelah bahagi. Anggota mereka pening dalam menentukan hala tuju PKR. Jika mereka masih dengan PH, mereka akan kehilangan banyak sokongan muslim kerana DAP yang menunjukkan sikap anti-Islamnya membuatkan melayu semakin menjauhi semua yang bersekongkol dengan DAP. Kemasukan ahli-ahli melayu kepada DAP tidak mampu menjelirakan orang melayu untuk menerima DAP melainkan 2 ke 3 peratus mereka yang berfikiran liberal sahaja.

Anggota PKR sedar hakikat ini, tetapi pucuk pimpinan parti itu kini dikuasai oleh kem yang telah dipegang oleh DAP. Mereka cuba sedaya upaya menyingkirkan pihak yang sanggup menjadi kuda DAP ini, tetapi sistem pemilihan kepimpinan PKR yang terlalu pelik (satu ahli satu undi) menyebabkan manipulasi pemilihan berlaku.

Kepimpinan yang ada sekarang adalah kepimpinan yang dilantik sejak 2014, yang menyaksikan proses pemilihan berjalan hampir setahun kerana terlalu banyak kepincangan berlaku sepanjang proses pemilihan. Sehingga kini, mereka belum berani membuat pemilihan bimbang kedudukannya tergugat.

Secara mudah, kita boleh bahagikan PKR kepada dua kem. Kem yang menyebelahi DAP dan kem yang menyebelahi PAS. Sebenarnya di bawah setiap kem ini masih terdapat klik-klik kecil yang lain. Di samping itu, terdapat juga PKR yang independen, tidak PH dan tidak PAS. Lebih memihak kepada PSM tetapi terlalu minoriti.

APA PERLU PKR BUAT?

Khusus bagi pihak yang masih menyedari kepentingan untuk bersama PAS, mereka sebenarnya masih ada jalan. Jika dilihat antara punca PAS berputus dengan PKR adalah kerana mereka lebih menyebelahi DAP daripada PAS, sehingga merugikan PAS. Presiden PAS juga telah menegaskan, PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan mana-mana pihak yang bersekutu dengan DAP. Maksudnya, DAP menjadi sebab kenapa PAS dan PKR berpecah.

Kalau PKR yang pro-PAS setakat berjumpa dengan PAS untuk mengadakan kerjasama atas alasan-alasan kebaikan dua penjuru semata-mata, mustahil PAS akan menerima. PAS sudah mempertimbangkan kemungkinan tiga penjuru sebelum daripada memutuskan tahaluf dengan DAP lagi tahun 2015.

Apa yang perlu mereka lakukan, adalah bersikap lebih vokal untuk memberikan pandangan kontra kepada kepimpinan tertinggi mereka. Nyatakan dengan berani bahawa mereka tidak bersetuju untuk terus mengadakan hubungan DAP. Gerakkan akar umbi yang banyak kecewa dan menjadi pasif selepas pemilihan 2014. Bina jatidiri PKR sebagai parti independen dan memiliki kekuatan teras.

PKR juga perlu dilihat tegas dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam supaya tidak dilihat terikut dengan ideologi DAP. Perlu berani nyatakan pandangan tersendiri, walaupun berbeza dengan DAP. PKR bukan seperti PAN yang ditaja oleh DAP. Justeru apa yang perlu ditakutkan sangat sampai semua pendirian mereka perlu mengikut telunjuk parti cauvinis itu.

NYAHKAN PRO-DAP

Mungkin mereka memikirkan sukar untuk berbuat demikian kerana mereka juga menumpang sokongan DAP terutama kalangan non-muslim. Tetapi sedarkah mereka, sokongan non muslim kini semakin lemah kepada DAP?

Strategis DAP, Liew Chin Tong sebelum ini menyatakan bahawa sokongan cina kepada DAP kini sudah jatuh sehingga ke 65%. PRU13 Dahulu mereka capai sehingga 85-90% sokongan. Kenyataan Liew Chin Tong itu adalah sebelum berlaku tanah runtuh dan banjir besar di Pulau Pinang. Sekarang, kemungkinan besar tidak sampai 65% pun.

Justeru PKR perlu mengkaji kembali apakah masih relevan untuk terus bergayut kepada DAP. Kalau cina pun sudah menolak DAP, apa lagi yang masih diharap kepada parti tersebut? Silap haribulan, PKR akan ikut lingkup sekali dengan DAP.

PKR masih ada kelebihan tersendiri. Mereka lebih dilihat parti yang multi-racial berbanding parti-parti lain. Walaupun PAS tidak memilih kaum, tetapi persepsi kaum Cina majoritinya masih negatif kerana diracun oleh DAP. DAP pula walaupun bukan parti kaum, dominasi Cina di dalamnya menyukarkan masyarakat membuang stigma perkauman.

Kini PKR perlu meneroka segmen pengundi tersendiri. Mereka perlu mengambil peluang merebut kira-kira 30% cina yang sudah hilang sokongan dari DAP. Jika tidak, kemungkinan cina ini akan kembali kepada BN, ataupun berkecuali.

MAHATHIR LIABILITI

PKR juga perlu mengambil peluang merebut sokongan melayu di kalangan bekas penyokong Umno. Sikap mereka yang berbaik dengan Mahathir adalah satu kesilapan besar. Bekas ahli Umno yang pro-reformasi menolak parti tersebut kerana Mahathir. Semakin mereka merapati Mahathir, semakin orang melayu menjauhi PKR.

Kenyataan terbaru Mahathir yang negatif terhadap Anwar mungkin menjadi turning point yang baik untuk PKR mengkaji kembali hubungan mereka dengan Mahathir. Orang tua itu sehingga kini masih tidak mengakui kesalahannya terhadap Anwar. Jangan sampai Najib pula yang memanipulasi isu ini untuk menarik Anwar dan otai-otai reformasi.

Muhyiddin juga perlu berani bertindak sekarang. Kita tahu sehingga kini beliau dan penyokongnya masih tidak senang dengan hegemoni Mahathir di dalam parti tersebut. PPBM sepatutnya lebih independen, tidak tunduk di bawah PH yang dikuasai DAP. Idea Mahathir ini hanya akan menjauhkan PPBM daripada orang melayu. Lihatlah sekarang, seorang demi seorang penaja parti tersebut meninggalkan.

Mahathir dah mula cari pasal dengan semua orang. Sampai memainkan sentimen kabilah. Kerana nak serang Najib, habis semua Bugis dihalaunya dari Malaysia. Sultan Selangor murka. Sultan Johor terasa. Bukankah Muhyiddin juga Bugis? Bukankah kubu kuat PPBM di Johor, di mana ramai mereka adalah Bugis? Kenapa sampai ke situ menghina Bugis?

Mahathir kini bukan setakat buat orang melayu marah, tetapi cina juga menjauhi PH. Lupakah kisah bagaimana perwakilan DAP dalam perhimpunan mereka tahun lepas menghentam Lim Kit Siang yang cuba rapat dengan Mahathir? Kini, seorang demi seorang anggota DAP melarika diri.

DAP liabiliti dalam konteks melayu. Mahathir liabiliti dalam konteks Cina.

POLITIK WANG

Walau bagaimanapun, kita sangat memahami sekatan untuk mereka memulakan langkah berani itu. Semuanya hanya kerana fulus. Kalau mereka lawan Mahathir, mereka akan kehilangan sumber dana. Samalah kalau lawan DAP, mereka hilang dana. Bila tiada dana, tiadalah lagi umpan mereka untuk mempengaruhi jentera di bawah.

Nak buat macam mana. Negara sudah diajar terlalu lama dengan politik wang ini. Sampai bila jadi pembangkang pun masih tak dapat nak kikis perangai itu dalam politik. Inilah ujian sebenar siasah. Harta dan takhta.

Sebab itulah, PAS bersungguh bawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Untuk buang budaya politik jahiliah yang sudah berpuluh tahun menguasai Malaysia. Politik sebegini tidak ada untungnya kepada demokrasi. Politik jahiliah hanya akan menyuburkan politiking, membelakangi kepentingan agama dan rakyat.

Sudah sampai masanya Malaysia keluar dari kepompong politik konvensional. Rakyat sekarang semakin meluat dengan politik disebabkan budaya-budaya tidak sihat dalam politik. Bukan salah politik kerana politik juga sebahagian dari ajaran Islam. Tapi salah orang politik yang tidak mengamalkan Islam dalam berpolitik.

PAS SUDAH SELESA DENGAN KEADAAN

Kesimpulannya, sebelum mendekati PAS, jauhi diri dahulu daripada DAP. Bina kekuatan sendiri dan belajar untuk menyokong perjuangan PAS. Barulah ada modal untuk berunding dengan PAS. Jika setakat bergantung kepada status-quo sekarang, atau bermodalkan kenangan-kenangan manis lama yang sudah jauh ketinggalan dengan perkembangan semasa, tidak ada apa-apa yang mampu merasionalkan PAS untuk kembali bekerjasama.

Jangan bimbang. Seperti yang ditegaskan oleh Presiden dan juga Majlis Syura, PAS masih sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan menguntungkan Islam. PAS dilihat positif kepada Umno dalam beberapa sudut adalah atas isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam. Maka tidak mustahil parti-parti lain juga boleh bersama PAS, jika mereka meletakkan kepentingan kepada Islam. PAS menolak DAP pula kerana mereka merugikan dan menghalang agenda Islam Maka kerana itulah PAS menolak semua pihak yang bersekongkol dengan DAP.

Walau bagaimanapun, seperti ditegaskan di awal tulisan ini, setakat ini PAS masih belum punya apa-apa pendirian yang berbeza dari keputusan muktamar dan Majlis Syura. Dan PAS cukup selesa dengan keadaan sekarang. Membina kekuatan tersendiri atas muafakat GAGASAN. Berkecuali dari BN dan PH. Fokus untuk mencapai misi King-Maker menerusi PRU14. Tidak terikut dengan rentak BN mahupun PH.

Dengan pendekatan baru politik tanah air ini, penerimaan awam kalangan orang melayu kepada PAS meningkat dengan mendadak mengatasi BN. Dan graf sokongan PAS semakin meningkat hari demi hari. Bermakna langkah yang PAS ambil sekarang adalah tepat.

Justeru, PKR perlu bekerja lebih gigih supaya dilihat ada nilai dalam politik Malaysia. PKR yang tidak dibayangi DAP. PKR yang berdiri atas ideologi perjuangan sendiri. PKR yang memiliki penyokong teras tersendiri. Nilai-nilai inilah yang mungkin boleh digunakan sebagai bargaining power untuk berbincang dengan PAS.

Jumpa lagi PKR. Semoga berjaya.

Alang Ibn Shukrimun
9 Rabiul Awwal 1439 / 28 November 2017

MB Johor Diminta Jawab Dakwaan Rasuah RM12Juta
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Tan Sri Mohamad Aziz yang menghalau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai Wong Shu Qi adalah suatu yang mengecewakan.

Pandangan itu disuarakan oleh Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan apabila beliau menyatakan rasa kecewa dengan tindakan Speaker yang tidak mendesak Menteri Besar menjawab isu berkenaan rasuah hartanah sebaliknya menghalau Adun Senai itu keluar dari dewan.

Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor juga menyatakan, Adun Senai itu hanya bertanya bukan menuduh berkenaan pembabitan wang rasuah sebanyak RM12 juta terhadap Menteri Besar (MB) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah dinyatakan dalam sebuah portal.

"Berdasarkan kepada portal yang dinyatakan, sepatutnya MB Johor perlu menjawab lebih awal dan beliau tidak perlu menunggu sehingga penggulungan sidang dewan.

"Adun Senai, YB Wong hanya bertanya berkenaan sama ada perkara itu munasabah atau tidak bahawa MB Johor Datuk Seri Khaled mengambil wang sebanyak RM12 juta itu dan jika beliau di pihak yang benar kenyataan penafian perli dibuat segera.

"Saya berharap MB Johor perlu menjawab soalan berkenaan bukan dengan hanya melarikan diri serta mengambil tindakan kepada mereka yang bertanyakan soalan berkenaan wang sebanyak itu yang mana wang sebanyak RM11.2 juta ditemui dalam keadaan tunai," jelas Aminolhuda.

Sehubungan dengan itu, Aminolhuda berkata akan mengadakan tindakan selanjutnya dengan mengemukakan persoalan berkenaan terhadap pihak berwajib bagi mendesak untuk menjalankan siasatan ke atas MB Johor itu. "

Pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu ini dan pihak kami termasuk dari Pakatan Harapan tidak akan duduk diam dengan apa yang berlaku kerana duit yang diseleweng itu adalah milik rakyat negeri Johor serta ia bukan hak milik peribadi," tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Adun Senai Wong Shu Qi telah diperintahkan untuk meninggalkan sidang Dun selepas beliau bertanyakan berkenaan dengan kenyataan sebuah portal mengenai penyelewengan dana pemindahan kuota bumiputra kepada non bumi yang turut membabitkan penama MB Johor dalam menerima wang sogokan berkenaan dalam isu skandal hartanah negeri Johor lapor MalaysiaDateLine

Adakah MB Johor terima RM12 juta?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor menggesa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menjelaskan sama ada beliau menerima RM12 juta untuk mengubah status lot perumahan bumiputera kepada status bukan bumiputera.

Dalam satu kenyataan media bersama, enam pemimpin HARAPAN itu berkata, pengakuan perlu dibuat susulan sebuah laman web yang memuat naik dokumen yang didakwa dikaitkan dengan penyiasatan SPRM mengenai perkara berkenaan.

"Isu melibatkan pengubahan status lot perumahan bumiputera yang timbul telah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri BN pimpinan Khaled telah gagal untuk memperjuangkan nasib rakyat.

"Oleh itu, Pakatan Harapan Johor mendesak agar Khaled Nordin tampil ke hadapan dan menjawab persoalan ini dengan kadar segera tanpa berselindung," petik kenyataan itu.

Ia ditandatangani oleh Pengerusi HARAPAN Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh; Pengerusi AMANAH Johor, Aminulhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim dan pemimpin DAP Johor, Liew Chin Tong.
Tuduhan itu ditimbulkan oleh ADUN Senai Wong Shu Qi di Dewan Undangan Negeri Johor, semalam.

Wong berkata, bahawa sebuah laman web kononnya telah memuat naik kenyataan seorang saksi SPRM yang mengaitkan Khaled menerima suapan sebanyak RM12 juta untuk menukar status lot perumahan bumiputera.

Beliau kemudian menuntut supaya Khaled menjawab pertuduhan itu tetapi sebaliknya, dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan dan diarah keluar dewan.

Pada Mac lalu, exco kerajaan negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi ditahan dan didakwa sebulan kemudian atas 33 pertuduhan bersubahat bersama seorang jururunding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.

Sebelum itu, pada 25 Februari lalu, anak exco itu dan pegawai khas beliau ditahan oleh SPRM dalam satu serbuan.

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sebanyak 45 akaun bank milik bersama semua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pembocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan melibatkan kes bekas exco itu di media sosial.

Katanya, pihaknya memandang serius pembocoran itu dan akan membuat laporan polis supaya mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Malaysiakini juga telah menghubungi pegawai di pejabat menteri besar Johor dan masih menunggu penjelasannya berhubung dakwaan itu.

Setakat laporan ini ditulis, Khalid setakat ini belum bersuara terhadap kenyataan HARAPAN itu.

Bagaimanapun, satu NGO negeri Persatuan Pemikir Muda Johor menyifatkan tuduhan itu hanya "berdasarkan andaian semata-mata dengan ditambah rencah memuat naik sebuah lampiran pengakuan saksi kes tersebut".

"Malangnya, ia hanya sehelai kertas yang tidak menyebut dan menyatakan apa-apa pun tentang penglibatan menteri besar Johor!" kata jurucakap persatuan itu Fikri Allaudin.


"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 3, 2017 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bahaya, Jangan Berhenti Atas Jambatan Semata-Mata Nak Selfie
siakapkeli.my

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) telah dibuka kepada orang ramai seawal jam 6 pagi, semalam.

Pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu mampu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.

Jambatan yang mempunyai ketinggian 58.2 meter dari atas tanah itu merupakan jambatan tertinggi di Malaysia menyebabkan ramai penduduk sekitar lembah Klang tertarik untuk merasai pengalaman menggunakan jambatan itu.

Menurut pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia JKR) , pengguna-pengguna yang melalui jalan tersebut, adalah dilarang sama sekali untuk berhenti di atas jambatan.

"Ia bagi memastikan keselamatan anda dan pengguna jalan yang lain," jelasnya.

Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menyusun kon bagi mengelakkan orang ramai berhenti di tepi jalan.

Para pengguna Rawang Bypass turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang.

Sumber - Malaysian Response Team

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, November 28, 2017 10:31 PM
Subject: Fw: Rawang Bypass, Motosikal Banjir & Yokohama Gold

Rawang Bypass, Jalan Raya Tertinggi Malaysia Akan Mula Dibuka Esok
siakapkeli.my

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang sepanjang sembilan kilometer dan merupakan yang tertinggi di Malaysia akan dibuka kepada orang ramai pada jam 6 pagi esok.

Jambatan yang mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah itu akan menjadi mercu tanda yang baru serta telah mencatat sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia.

Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi.
"Pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.

"Pemandu turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang," katanya.
"Kerajaan mengambil kira impak kepada alam sekitar demi memelihara ekosistem kerana pembinaannya melalui Taman Warisan Negeri Selangor.

"Ia juga demi memelihara spesies pokok Giam Kanching yang hanya ada di hutan di sini," tambahnya.
Projek yang menggunakan teknologi dari Eropah itu telah menelan belanja sebanyak RM628 juta.

Ia mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017.

Sumber - Kosmo

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: