Thursday, December 14, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4872

8 Messages

Digest #4872

Messages

Thu Dec 14, 2017 6:45 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,

وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد

Maksudnya, " Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji ". Surah al-Buruj : 8.

Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta'ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..

Maksudnya, " Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan"..

Berkata Imam Ibn al-Qayyim, " Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih".

UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)

Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da'i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato, kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga dan juga mereka yang munafik, Firman Allah,

Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah, maka apabila diuji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin".

– al-'Ankabut : 11 – 15.

FirmanNya lagi:

ليميز الله الخبيث من الطيب

Maksudnya , Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk ". – Surah al-Anfal : 37

Telah menjadi sunatullah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatalan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya , dan untuk menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,

وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحدا

Maksudnya ,'Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun". dan firmanNya :
يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون

Maksudnya," Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang – orang kafir"

Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun, Haman ,Qarun, Musa Samiriy , dan Bal'am bin Ba'ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :

إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذى

Maksudnya, "Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia', kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,"dan sabdanya lagi,

إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة في الدنيا
رواه الترمذى والحاكم والبيهقى

Maksudnya: Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia."

Sebab itulah seruluh Nabi dan Rasul mrnempuh berbagai – bagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.

Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai – bagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al – Quran, FirmanNya:

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب ..... البقرة 214

Maksudnya," Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka – mereka yang sebelum kamu, mereka ditimpa kesusahan, kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama – sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir".

Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai – bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.

Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulama ' sebagai contoh :

· Said bin Jubair disembelih oleh Al – Hajaj bin Yusof Al Thaqafi
· Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa
· Imam Al Shafei di tangkap
· Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa

Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama' tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Iman Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh.

Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir 'Audah dan lain-lain.

Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;

" Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.

Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.

Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu.

Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu.

Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka.

Firman Allah,

يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون – الصف : 6

Maksudnya," Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang – orang kafir"

Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون – العنكبوت 2

Maksudnya, " Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata " Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? ".

Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin".

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan.

Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis – jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.

1. Penyeksaan dan perkara – perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong – pendokong gerakan yang batil.

2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.

3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong – penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.

4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.

5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.

6. Ujian keatas nyawa.

7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan

8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini.

9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malah bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah danberjuang kerana Islam.

10. Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan.

11. Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah.

12. Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan dapat dicapai.

CARA MENGATASI UJIAN

Pendakwah – pendakwah apabila diduga denganujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara – cara berikut : <

1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.

2. Membanyakkan membaca Al – Quran dan Doa kepada Allah.

3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.

4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.

5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.

6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada' dan qadar daarinya.

7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.

8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.

9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.

Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.

Sumber dari Ustaz Nasrudin Tantawi

Penyatuan Hanya Dengan Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


1. Berhadapan dengan cabaran semasa terhadap umat Islam khasnya dan negara amnya (merangkumi masalah dalaman mahupun ancaman luar) memerlukan penyatuan jitu umat Islam tanpa lengah.

2. Aqal yang sihat pasti berjaya mengesan bahawa antara punca lemahnya ummat ini ialah kerana perpecahan dan pertelingkahan dikalangan mereka.

Firman Allah swt :

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

dan taatilah Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu bertelingkah; kelak kamu akan binasa dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Surah Al Anfaal : 46

3. Sementara musuh Islam pula tanpa mengira dari blok mana datangnya mereka, sangat mengharapkan umat Islam berpecah. Justeru atas perpecahan itulah mereka mampu membina kekuatan, menang dan menguasai umat Islam.

4. Menggunakan strategi pecah dan perintah, musuh Islam mencetuskan pelbagai propaganda dan provokasi termasuk fitnah dan tohmahan terhadap perjuangan Islam. Kehendak mereka hanya satu iaitu umat Islam mesti berpecah dan lemah.

5. PAS sebagai sebuah gerakan Islam pula berperanan sebagai Duta Penyelamat dan Kasih Sayang, selayaknya bertindak untuk menyatukan ummat ini. Mereka tidak boleh dibiarkan berpecah atas apa alasan sekalipun termasuklah perbedaan latar fahaman politik, mazhab dan manhaj pemikiran.

6. Semestinya seruan penyatuan ini berpaksi kepada Islam. Justeru hanya Islam atau "Tali Allah" sahaja yang berupaya menambat dan mengikat hati-hati umat Islam supaya bersatu teguh dan utuh. Bukan wang ringgit, derajat dan pangkat, tetapi Islam.

Firman Allah swt :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu saling bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara, dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu mendapat petunjukNya.

Surah Aali Imran : 103

7. Sebagaimana musuh boleh bersatu meskipun mereka berbeza parti politik dan aliran pemikiran demi "menyerang" Islam dan ummatnya. Maka umat Islam mesti bertolak ansur dan korbankan kepentingan diri serta puak dengan kembali kepada paksi Islam yang benar.

8. Mereka pastinya cuak lihat umat Islam bersatu. Mereka gelisah lihat umat Islam kembali berpaut erat pada Tali Allah. Mereka kepanasan lihat umat Islam mengurus perbedaan fahaman politik dan aliran pemikiran secara matang dan sejahtera.

9. Lantaran apa yang mereka mahu ialah umat Islam saling bercakaran, bergaduh tanpa sudah dan benci membenci antara satu sama lain. Perkara kecil diperbesarkan, yang mudah dipayahkan. Mereka gunakan pelbagai medium termasuk media dan cybertrooper milik mereka untuk mengadu domba.

10. Aslim Taslam ! "Terimalah Islam Nescaya Kamu Selamat" inilah intipati seruan perjuangan Rasulullah saw. Pelajari dan Hayati Islam serta jalani kehidupan ini berdasarkan syariat dan sunnah Rasulullah saw. Tinggalkan amalan jahiliyah dan elakkan daripada terjebak dalam kancah dosa dan noda. Nescaya kita semua selamat di dunia dan akhirat.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://telegram.me/nasrudinhassan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 14, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Umno dah nak pupus?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"

Assalamualikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,

Saya terdengar perbualan 2 orang veteren Umno ketika berjogging pagi tadi.Seronoknya sebab dalam perbualan mereka, mereka mengatakan Umno sudah hampir pupus berdasarkan beberapa kejadian yang tidak pernah berlaku semasa program program anjuran Umno sebelum ini.Dalam masa yang sama seorang dari mereka tetap memuji Dr.Mahathir dengan mengambil fakta bahawa PutraJaya itu dibina oleh Mahathir dan banyak lagi jasa Mahathir kepada Malaysia.Satu petanda bahawa masih ada yang menyokong Mahathir di kalangan veteren Umno dan paling penting menjadi petunjuk kepada kemungkinan pupusnya Umno apabila ramai warga emas semakin menolak Umno.

Sekaligus membenarkan kata kata Zahid Hamidi ketika PAU dulu bahawa pertandingan 3 penjuru tidak semua menguntungkan Umno.Tren yang nampak sekarang ialah ahli dan penyokong Umno agak ramai juga lari ke Bersatu atau dengan kata lain kekuatan Umno kini terbahagi 2, tidak seperti ketika Umno berpecah kepada Keadilan(PKR) dulu.

Kita boleh nampak kalau PKR walaupun diasaskan oleh ahli Umno tetapi kekuatannya disumbangkan oleh ahli ahli bukan melayu tetapi Bersatu ditubuhkan dengan kekuatan ahli Umno semata mata dan ini meninggalkan Umno terbahagi dua.

Feedback yang saya dapat sebelum ini mengatakan ramai juga ahli dan penyokong Umno lari kepada PAS dan ianya selari dengan fakta yang menunjukkan tren pertambahan ahli PAS sepanjang tahun ini.

Kita juga menyaksikan kekuatan sebenar PAN ketika demo anti Yahudi baru baru ini dan boleh melihat dengan jelas bagaimana keruntuhan instutusi Umno tidak dapat dimenafaatkan oleh PAN yang bergantung sepenuhnya kepada ahli ahli PAS yang lari dari dasar perjuangan.Sekaligus menunjukkan tidak ramai orang Islam yang lari dari perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.

Feedback yang semakin lantang di kalangan orang Umno sendiri mengatakan Umno dan Najib perlu dijatuhkan untuk menyelamatkan Malaysia.Suara yang inginkan Najib dan Umno jatuh dan pupus semakin kuat kedengaran tetapi suara tentang siapa bakal pengganti Umno tidak begitu kedengaran.

Siapa yang nak menggantikan Umno yang bakal pupus? PH berkempen sebagai penganti tetapi apakah PH akan mampu menyelesaikan semua masalah yang buat Umno dan apakah jaminan PH tidak akan mengulangi apa apa penyelewengan kuasa yang pernah jadi budaya Umno?

Lebih penting apakah kedudukan Islam di bawah pemerintahan PH? Saya tidak mahu jawab soalan ini tetapi meninggalkan kepada pembaca semua, sekadar ingin mengingatkan bahawa politik negara dewasa ini menyediakan satu lagi alternatif ialah Gagasan Sejahtera(GS).Dengan mengambil soalan yang sama, kita perlu juga menilai apakah kemampuan GS (atau PH) untuk menjadi pegganti.

Semuga kita semua tidak salah pilih.Nilailah sendiri dengan menggunakan akal yang dikurnakan ALLAH dan jadilah orang orang yang berfikir.....

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Pelakon Latiff Borgiba Meninggal Dunia, Pergi Menghadap Ilahi Pada Hari Lahirnya
siakapkeli.my

14 Dis - Pelakon veteran terkenal, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul latiff T.K Gomu Kakah meninggal dunia di kediamannya di Setapak Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 petang tadi, lapor Utusan Online.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua hari ini iaitu pada hari lahirnya ke 80 tahun.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Allahyarham berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 dan memulakan kerjanya sekitar 1960-an, di mana watak yang dibawaoleh Allahyarham cukup dikenali terutamanya dalam drama-drama pendekar.

Memetik laporan Astro Awani, anaknya Ab Uzza menyatakan Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu lalu.

"Semua anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.

"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk 'Dang Lenggang', 'Ribut di Hujung Senja' dan 'Anakku Suamiku".. Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.

Sumber: Utusan Online, Astro Awani

Ibrahim Mat Zin tamat menuntut ilmu fardu ain
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Malaysiakini 14/12/17

Watak yang pernah menarik perhatian dengan gelagatnya menjunjung buah kelapa untuk mencari pesawat malang MH370, Ibrahim Mat Zin, menamatkan kelas fardu ain yang dikendalikan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam kenyataan hari ini mufti, Datuk Dr Zulkifli Mohamad, berkata Ibrahim mengikuti kelas asas itu selama enam bulan membabitkan pengajian al-Quran, akidah, fikah dan akhlak.

Pengajian itu, kata Zulkifli, dikendalikan beliau sendiri serta pegawai pejabatnya.
"Usahanya hadir secara konsisten sepanjang tempoh enam bulan ini wajar dipuji walaupun dalam keadaannya yang kadang kala kurang sihat," katanya.
Ibrahim mendakwa seorang bomoh dan selalu melakukan pelbagai aksi yang menarik perhatian.

Selain melakukan ritual aneh - dan lucu - mengenai kapal terbang milik Malaysia yang masih belum ditemui itu, Ibrahim turut pernah membuat persembahan di depan Institut Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.
Kononnya dia mahu memagar Malaysia daripada ancaman Korea Utara selepas Kim Jong-nam mati diracun.

Orang suruh goyang
Ibrahim akhirnya ditangkap polis di sebuah hotel Segamat, Johor, pada 21 April lalu.
Dia yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh kemudian mendedahkan semua aksi yang dilakukannya itu cuma lakonan semata-mata.

Malah, dia juga mendakwa kononnya menerima arahan daripada pihak tertentu - yang dirahsiakan identitinya - untuk melakukan aksi berkenaan.
"Goyang itu semua drama. Apa pun tak nampak. Jangan silap kata nampak kapal terbang ke... Saya dilatih suruh buat goyang, saya pun goyanglah," katanya.

'Raja Bomoh' tamat kelas fardu ain, kata Mufti Wilayah
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

BANGI – Ibrahim Mat Zin yang dulunya terkenal dengan gelaran 'Raja Bomoh', selesai menjalani kelas fardu ain dikendalikan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Ibrahim menamatkan kelasnya dengan memperoleh ilmu dan pengalaman mengenai asas al-Quran, akidah, fiqah dan akhlak, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Malah, katanya, usaha Ibrahim untuk hadir kelas tersebut secara konsisten sepanjang tempoh enam bulan wajar dipuji walaupun kadangkala beliau kurang sihat.

"Apa yang paling penting, beliau berjanji untuk menjadikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai rujukan utamanya dalam hal-hal berkaitan keagamaan.

"Diharapkan masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk terus berubah," katanya.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Disember lalu, hakim memutuskan bahawa Ibrahim masih perlu hadir di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebulan sekali untuk memberi laporan berkaitan ilmunya bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

"Mahkamah turut memberi amaran terakhir kepada tertuduh. Jika tertuduh masih melakukan apa-apa ritual yang bersalahan dengan syarak, mahkamah tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman dua tahun penjara kepada beliau," katanya.

Ibrahim sebelum ini giat dalam amalan perbomohan di beberapa tempat dan akhirnya ditangkap polis di sebuah hotel Segamat, Johor, pada 21 April lalu.

Fathia Perli Najib Jumpa Trump Ke ?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Haritu dengan penuh bersungguh untuk tingkatkan ekonomi US. Cuba nak berbaik dengan trump yang akhirnya menindas balik. Mungkin najib boleh amik fathia sebagai tukang pemikir kritis. Sebab fathia banyak tidak berpuashati. Sat aku cuba tweet cadangan kat najib.

APAKAH MALAYSIA MENGAMALKAN PEMERINTAN DIKTATOR?
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta

Kadir Jasin berkata, perwakilan Umno itu boleh mengambil tindakan sivil jika beliau yakin portal berita itu menghina perdana menteri melalui laporan mereka.

KUALA LUMPUR: Dua wartawan veteran hari ini membidas seorang perwakilan Umno Pulau Pinang yang menggesa pihak berkuasa menyiasat sebuah portal berita didakwa menyiarkan laporan "menghina" perdana menteri.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu, Datuk A Kadir Jasin berkata, Malaysia bukan negara diktator seperti China dan Korea Utara, di mana pemimpin wajib disanjung seperti tuhan dan tidak boleh dikritik sedikit pun.

"Sesiapa pun boleh gesa TMI (The Malaysian Insight) atau mana-mana portal berita disiasat, kalau ada asas yang kuat.

"Kalau wakil Umno itu berasa yakin Najib telah dihina, dia bolehlah mengemukakan tindakan sivil seperti saman malu.

"Itupun hanyalah selepas TMI gagal atau enggan memberi peluang kepada Najib membela diri melalui proses 'right of reply'," katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Bahagian Tasek Gelugor, Mohd Nashrol Hisham Abdullah yang menggesa kerajaan menyiasat TMI kerana laporan mereka didakwa menghina pemimpin negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan berkata, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat portal berita itu.

"Jika ia langgar akta yang ada, sudah tentu kita akan buat siasatan dan kita akan beri laporan pada pihak yang berkenaan ambil tindakan seterusnya," katanya.

Mengulas lanjut, Kadir berkata, mengkritik seseorang, khususnya ahli politik bukan perbuatan jenayah.

"Tidak tahulah saya kalau Umno sekarang sudah mengikut cara parti komunis."

Sementara itu, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tindakan wakil Umno Pulau Pinang membawa usul itu ke Perhimpunan Agung Umno tidak bijak.

Bekas menteri penerangan itu berkata, perhimpunan agung itu bukan saluran betul untuk menangani perkara berkenaan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 14, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cara Solat Dhuha Yang Mudah Berserta Doa! Mesti anda amalkan seawal pagi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Cara Mengerjakan Sholat Dhuha – Sholat Dhuha merupakan Shalat Sunnah yg dikerjakan minimal dua Raka'at dan bisa dikerjakan maksimal 12 Raka'at yg masing – masing dua Raka'atnya diakhiri dg satu salam. Kemudian Waktu Sholat Dhuha sendiri bisa dikerjakan saat matahari sedang terbit atau tepatnya sekitar pukul 07.00 pagi sampai masuk waktu shalat Zhuhur lebih tepatnya kurang dari jam 12.00 siang sehingga jika anda ingin mengerjakan Sholat Dhuha ini ada baiknya sekitar jam 08.,00 – 10,00 pagi.

Keutamaan Sholat Dhuha sendiri ialah untuk memperlancarkan, melapangkan dan mempermudahkan suatu rezeki anda, Menghapus dosa – dosa anda, mendapatkan pahala sholat sunnah dan masih banyak lagi. Tetapi Manfaat Sholat Dhuha yg paling besar ialah untuk mempermudahkan Rezeki anda karena menurut sabda Nabi Muhammad Saw yg berbunyi, " Sholat Dhuha dapat mendatangkan suatu rezeki dan menolak kekafiran, dan tidak ada yg akan memelihara Sholat Dhuha melainkan orang2 yg bertaubat ".

Adapun Cara Mengerjakan Sholat Dhuha sendiri dilakukan seperti mengerjakan Sholat pada umumnya yg diawali dg membaca Niat Shalat, Membaca Surat Al Fatihah dan Suratan, Ruku, Itidal, Sujud dan Salam sehingga anda pasti sudah memahami Cara Mengerjakan Sholat Sunah Dhuha ini. Hanya saja saya akan memberikan beberapa Bacaan Suratan yg bisa anda baca di dlm Shalat Dhuha yg lengkap dg niat serta terjemahan seperti dibawah ini

Cara Mengerjakan Sholat Dhuha Terlengkap

Niat Sholat Dhuha Terlengkap

Terjemahan Niat Sholat Dhuha diatas, " Ushalli Sunnatadl Dluhaa Rak'ataini lillaahi Ta'aalaa, Allahu Akbar ". Kemudian Artian dlm Bahasa Indonesia, "' Aku Niat Shalat Dhuha Dua Raka'at karena Alloh Ta'ala, Alloh Maha Besar "'. Kemudian setelah membaca Niat Shalat Dhuha, dilanjutkan membaca Suratan Al Fatihah.

Untuk Raka'at pertama setelah anda membaca Surat Al Fatihah, kemudian dilanjutkan dg membaca Surat Asy Syamsu (Wasy Syamsi Wadluhaaha). Ingat Suratan Asy Syamsu dibawah ini dibacakan di Raka'at Pertama setelah membaca Surat Al Fatihah

Setelah itu Ruku, Itidal, Sujud dan kembali berdiri untuk Raka'at kedua, didlm Sholat Dhuha Raka'at kedua ini anda tinggal membaca Bacaan Surat Adl-Dluha (Wadl Dluhaa Wal Laili) setelah anda membaca Surat Al Fatihah
..
Bacaan Surat Adl – Dluha diatas dibaca setelah Surat Al Fatihah di Raka'at kedua, kemudian Ruku, Itidal, Sujud dan Salam. Setelah anda mengerjakan Sholat Dhuha ini tinggal duduk dan membaca Dzikir secara Khusyu.

Doa Setelah Sholat Dhuha Terlengkap

Setelah mengerjakan Sholat Dhuha anda tinggal duduk dg khusyu dan konsentrasi dlm membaca Bacaan Doa Dzikir seperti Istighfar 100 kali, Sholawat Nabi 32 kali, Bacaan Tasbih dan Tahmid yg bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Alloh. Setelah itu anda bisa dilanjut dg membaca Doa Setelah Sholat Dhuha seperti dibawah ini.

jika anda susah dlm menghafalkan Bacaan Doa Setelah Sholat Dhuha diatas maka anda bisa membaca Bacaan Doa Sholat Dhuha dg bahasa anda sendiri atau dg Bahasa Indonesia karena didalam Islam tidak menyulitkan para hambanya dlm melakukan berbagai hal dan Alloh Swt juga Maha Pintar dan Maha Pemurah sehingga Alloh Swt pasti dpt mengerti dan mendengar bacaan Doa Sholat Dhuha anda..

Mungkin sudah cukup penjesalan Cara Sholat Dhuha yang bisa saya jelaskan kpd anda semua para pengunjung yg beriman dan semoga tulisan yg sederhana ini bisa berguna dan bermanfaat bagii anda karena tujuan kami dlm menulis artikel ini tak lain hanya ditujukan untuk anda semua.

Awal Pagi Sudah Letih Dan Lesu? Anda Perlu Tahu Puncanya.
siakapkeli.my

Mungkin ada antara anda kerap merasakan letih dan lesu tiap saat. Sehinggakan pagi anda juga bersertakan wajah yang lesu. Belum sampai waktu tengah hari anda sudah mengantuk dan keletihan. Bagaimana hendak menjadi perkerja yang produktif?

Rata-rata individu akan berkerja di bilik berhawa dingin berserta pergerakan yang kurang. Iaitu lebih banyak duduk dari berjalan. Tapi apa yang pelik badan mudah menjadi letih dan lesu.

Telah pelbagai perkara dilakukan tapi masih juga letih dan lesu. Ikuti perkongsian dari Dr Azima mengenai punca-punca anda mengalami masalah kelesuan dan keletihan sepanjang hari.

Dalam menjalani kehidupan seharian yang sibuk dan serba pantas, ramai yang kongsi dengan saya kata badan cepat letih, lesu, tidak bermaya dan bila pulang kerja petang terus tak larat nak buat semua benda. Semua perkara yang terjadi mesti ada punca kan?

Hari ini saya nak kongsi dengan anda semua kenapa badan kita cepat lemah dan letih serta cara mengatasinya. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua.

1)TIDAK CUKUP TIDUR

Setiap malam tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari. Jadikan tidur sebagai keutamaan untuk mengembalikan tenaga anda.

2)TIDAK CUKUP TENAGA

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan membuatkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

3)TEKANAN EMOSI

Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

4)KURANG SEL DARAH MERAH

Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan tiada rehat langsung? Sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketika haid menyebabkan zat besi dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

5)LEMAH JANTUNG

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius..

Sumber - Dr Azima

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, November 08, 2017 10:15 PM
Subject: Fw: tanda serangan jantung! & 'Isyarat&#39; Mengalami Tekanan

Awas 6 tanda ini sebulan sebelum berlaku serangan jantung!
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Awas! sebulan sebelum berlakunya serngan jantung, tubuh badan anda sudah mampu memberikan 6 tanda awal. 6 tanda ini perlu diberikan perhatian yang amat penting sebab ramai orang di negara kita yang mati akibat dari berlakunya serangan jantung.

Serangan jantung sekarang dah tak kira umur. Tua atau muda akan ada potensi untuk terkena serangan jantung. Semuanya adalah hasil dari gaya hidup zaman moden yang dipenuhi dengan tekanan hidup yang amat tinggi.

Tambah lagi pula jika anda dah masuk dalam era 40 tahun ke atas. Semakin lanjut umur anda meningkat, semakin meningkat pula potensi untuk terkena serangan jantung. Samada anda jenis yang aktif atau tidak aktif, perlu ambil perhatian tanda-tanda yang potensi serangan jantung dapat dikesan dari awal.

Elakkan potensi serangan jantung
Ada dua sebab besar orang ramai kena serangan atau masalah jantung. Ketahui dua punca itu saja sudah cukup untuk anda hindari atau paling tidak kurangkan potensi terkena serangan jantung.

Pertamanya adalah disebabkan tekanan jiwa atau orang putih panggil 'stress&#39;. Keadaan hidup sekarang memang penuh dengan stress. Kalau tinggal di sekitar bandaraya tentu bertambah lagi tekanan hidup dari pagi sampai malam.

Tekanan kerja, tekanan duit tak cukup, tekanan lambat pergi kerja sebab kesesakan lalulintas di jalanraya. tekanan tak ada kawan dan kesunyian. Tekanan bergaduh dengan isteri. Boss tekan itu dan ini. Tekanan politik tanah air yang berserabut sekarang dan seribu satu macam lagi yang mampu memberikan tekanan dalam jiwa.

Tips untuk kawal tekanan jiwa adalah dengan pergi belajar bagaimana nak kawal tekanan tersebut. Laburkan wang jika perlu untuk belajar bagaimana atasi tekanan. Jangan kedekut dengan kesihatan.

Sebab kedua adalah sifat suka melantak ikut nafsu. Tak kira masa, tak kira baiak atau buruk untuk kesihatan. Asalkan sedap lidah merasa, terus melantak tak ingat diri. Jadi perlu berikan perhatian besar terhadap aktiviti makan ini supaya tubuh badan terjaga.

Sama juga macam ilmu kawal tekanan jiwa, ilmu makan juga perlu dicari. Mana makanan yang boleh dan bagus dan mana satu yang tak boleh atau perlu dielakkan. Kalau perlu keluarkan duit untuk dapatkan pemahaman penuh tentang ilmu makan, jangan kedekut.

6 tanda awal serangan jantung
Dalam masa anda cuba amalkan gaya hidup yang sihat. Jaga tekanan dan jaga makan, sila berikan perhatian penuh juga terhadap tanda-tanda awal akan berlakunya serangan jantung ini. Dengan isyarat yang tubuh badan berikan supaya tindakan awal dapat dilakukan.

Ambil perhatian terhadap 6 tanda awal serangan jantung di bawah ini,

1. Keletihan
Anda biasanya ok saja selama ini. Tapi semenjak dua menjak terasa mudah sangat letih. Tak buat apa-apapun terasa letih. Itu tanda pelik yang perlu diberikan perhatian.

Puncanya mungkin disebabkan arteri anda dah mula menjadi sempit. Darah berkurangan dan badan mula mendapat bekalan darah yang rendah daripada biasa. Jadi jantung terpaksa kerja keras lebih dari biasa untuk pastikan bekalan darah dapat disebarkan ke semua tempat. Sebab itu anda rasa letih sangat.

2. Nafas menjadi pendek
Puncanya adalah disebabkan darah tak cukup juga bila arteri menjadi sempit. Bila kurang darah, paru-paru akan kekurangan oksigen. Hirup udara macam manapun tak akan dapat membantu sebab puncanya bukan kurang oksigen kat luar tu. Tapi oksigen tak cukup yang masuk ke dalam paru-paru.

3. Menjadi lemah
Puncanya sama juga sebab arteri sempit dan darah kurang mengalir ke otot di tubuh badan anda. Bila otot tak cukup bekalan oksigen, maka mulalah tarasa lemah tak larat semacam sahaja tanpa dapat dikesan sebab apa.

Silap hari bulan bleh mudah jatuh sebab tubuh badan jadi lemah semacam.

4. Berpeluh dan rasa nak pitam
Bila arteri sempit, darah kurang, darah yang kurang masuk ke otak juga berkurangan. Ini memberikan kesan kepala rasa macam berpusing seperti nak pitam.. Ini lagi bahaya dan perlu bertindak segera dan jangan sesekali abaikannya..

5. Tekanan dada
Dada akan terasa tak selesa macam ditekan kuat. Sesekali datang dan sesekali ok pulak. Semakin lama semakin kerap jadi macam itu dan kekuatannya semakin bertambah. Tekanan dan rasa sakit pada dada itu tidak dapat dikenal pasti kat mana. Terasa di keseluruhan dada anda.

Kalau setakat rasa sakit dan tahu kat mana siapa boleh tekan dan tunjuk haaa! kati sini, itu bukan tanda serangan jantung. Tapi kalau rasa berat pada dada dan tak tahu betul-betul kat mana, jangan berlengah lagi.

6. Selsema rasa nak demam
Dok tak dok, tetiba rasa macam selsema dan nak demam seram sejuk. Tiba-tiba saja rasa macam tu tidak seperti selsema yang biasa. Kalau nak demam selsema betul biasanya akan bermula dari sakit tekak perit, lepas itu mula selsema dan kemudian batuk. Tapi ini mai entah dari mana.

Ramai yang bagi tau dia tetiba selsema rasa nak demam beberapa hari sebelum serangan jantung berlaku.

Rumusan
Sila hafal semua tanda tersebut di atas. Samada terjadi pada anda atau pada orang rapat, segera ambil tindakan selamat dengan pergi mendapatkan pemeriksaan doktor. Kepantasan anda bertemu doktor untuk buat pemeriksaan mampu menyelamatkan nyawa, insyaallah.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 14, 2017 6:47 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Baitulmuqaddis hak Palestin
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Presiden Turki desak dunia tolak keputusan Trump

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menggesa dunia agar mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur yang dijajah Israel sebagai 'ibu negara Palestin', manakala pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas memberi amaran keamanan tidak akan wujud di Asia Barat selagi langkah seumpamanya tidak diambil.

Erdogan merasmikan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul semalam, bertujuan untuk menggembleng sokongan pemimpin-pemimpin Islam ke arah tindak balas bersama bagi menentang langkah Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Mahmoud memberi amaran bahawa AS kehilangan pe­ranannya sebagai orang tengah dalam proses damai Israel-Palestin susulan pengiktirafan oleh Presiden Donald Trump itu.

Erdogan pula menganggap Israel sebagai negara 'penjajah' dan 'pengganas'.

"Keputusan ini memberikan ganjaran kepada Israel atas semua aktiviti keganasan yang dilakukannya. Lebih teruk lagi, pengiktirafan ini diberikan oleh Trump sendiri.

"Saya menjemput semua negara yang menghargai undang-undang dan keadilan antarabangsa supaya mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin," kata Erdogan sambil menambah, negara-negara Islam tidak akan berputus asa untuk merealisasikan tuntutan itu.

Mahmoud pula mengutuk pengiktirafan kontroversi Trump itu sebagai hadiah kepada 'pergerakan Zionis' dan menegaskan bahawa Washington tidak lagi mempunyai sebarang peranan dalam proses damai di Asia Barat.

"Kami tidak menerima sebarang peranan AS dalam proses politik bermula dari hari ini kerana Washington bersikap berat sebelah dan memihak kepada Israel," katanya.

Di Arab Saudi, Raja Salman senada dengan Erdogan bahawa penduduk Palestin berhak ke atas Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota mereka.

"Arab Saudi menggesa hak penduduk Palestin termasuk hak mereka untuk menubuhkan negara sendiri yang merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota dikembalikan," kata baginda.

Erdogan yang mana negaranya menjadi pengerusi OIC mengikut giliran, berharap dapat menyatupadukan pemimpin-pemimpin Islam yang sering bertelagah supaya dapat mengeluarkan satu konsensus yang tegas bagi membantah langkah Trump itu. – AFP

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, December 13, 2017 11:08 PM
Subject: Fw: Isu Baitulmaqdis

Jika tak sokong Trump, batal pelaburan Malaysia ke AS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SEMALAM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menulis satu tweet berkenaan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump, untuk mengalih kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang akan diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

Tweet beliau itu hanyalah retorik semata-mata sempena Persidangan Agung Umno 2017, sekiranya ia tidak diikuti beberapa langkah diplomatik dan perdagangan sebagai tanda bantahan Malaysia terhadap cadangan ini.

Sehingga hari ini, kita belum lagi mendengar Wisma Putra memanggil Duta AS ke Malaysia untuk memberi penjelasan tentang cadangan Presiden Trump yang cukup menggugat politik rantau Timur Tengah malah juga dunia Islam.

Sehingga ke hari ini juga, kita belum melihat sebarang langkah dari pentadbiran Najib Razak untuk membantah sekeras-kerasnya cadangan Presiden Trump ini.

Adakah ianya kerana Najib takut untuk menggores hati kawan baik beliau itu? Apakah nasib umat Islam di Palestin, serta juga yang beragama Kristian, lebih penting dari hubungan baik Najib dengan "rakan golf" beliau? Apakah nasib negara Palestin lebih penting dari membantu "mengukuhkan ekonomi AS"?

Maka saya mencabar Najib, jika beliau benar-benar membantah cadangan Presiden Trump ini, Najib perlu segera membatalkan semua perjanjian pelaburan yang beliau buat di White House pada 12 September lalu, termasuk pembelian kapal terbang Boeing berjumlah RM 42 bilion, dan membatalkan niat Khazanah dan KWSP untuk meningkatkan pelaburan di AS.

Rakyat sedang melihat apakah Najib benar-benar membantah Presiden Trump atau hanya bermain retorik sempena PAU 2017.

Fahmi Fadzil,
Pengarah Komunikasi PKR

Tidak Akan Ada Pokok Yang Boleh Yahudi Bersembunyi Di Jerusalem - Erdogon

siakapkeli.my

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, teruskan kecaman terhadap Presiden Amerika, Donald Trump yang kini mendapat sokongan dari Russia. Russia bersetuju Amerika ibarat menyimbah kepada api dalam krisis di Asia Barat.

Menurut Erdogan, vandalisme dan kekejaman di Baitumaqdis ketika ini tidak akan berpanjangan.

"Mereka yang menyangka memiliki Baitulmaqdis sekarang, tidak akan menemui pokok untuk bersembunyi," katanya.

Erdogan yang juga Pengerusi Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) berkata, perjuangan serta jihad umat islam tidak akan berhenti selagi Palestin belum merdeka.

"Mereka tidak akan dapat mencuci darah yang akan terus tumpah," kata Erdogan.

Amerika kini menjadi rakan subahat Israel dan umat Islam tidak akan menerima pengiktirafan ini (Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel).

Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bakal mencetuskan keganasan serta meningkatkan ketegangan krisis yang sudah tegang.

Menurut Putin lagi, "Ia juga akan menjejaskan usaha damai Israel-Palestin serta kestabilan Asia Barat."

Sumber: AFP News

Turki, Perancis cuba pujuk AS pertimbang iktiraf Baitulmaqdis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

ISTANBUL: Presiden Turki dan Perancis akan bekerjasama untuk cuba memujuk Washington mempertimbangkan semula keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Seorang sumber presiden Turki pada Sabtu berkata, Recep Tayyip Erdogan dan Emmanuel Macron dalam satu panggilan telefon bersetuju akan bekerjasama cuba menerbalikkan keputusan Amerika Syarikat (AS) itu yang membimbangkan rantau berkenaan.

Sumber itu berkata, Erdogan turut menelefon presiden Kazakhstan, Lubnan dan Azerbaijan pada Sabtu berhubung isu itu.

Rabu lalu, Erdogan menggesa mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diadakan di Turki, minggu depan.

Pengumuman Presiden Donald Trump pada Rabu lalu mengecewakan sekutu AS di Barat.

Perancis, Itali, Jerman, Britain dan Sweden melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa AS "mengemukakan cadangan terperinci untuk penyelesaian isu Israel dan Palestin".

Penduduk Palestin mengadakan protes susulan keputusan Washington. Demonstrasi turut diadakan di Iran, Jordan, Tunisia, Somalia, Yaman, Malaysia dan Indonesia, serta di luar Kedutaan AS di Berlin.

Status Baitulmaqdis merupakan satu daripada halangan terbesar dalam perjanjian damai antara Israel dan Palestin selama beberapa generasi.

Perancis merupakan satu daripada penyokong Palestin. Pada 2014, Dewan Negaranya meluluskan usul menggesa kerajaan mengiktiraf Palestin, namun kerajaan tidak melakukannya secara rasmi.

Paris pernah menyuarakan pendiriannya yang penyelesaian dua negara memerlukan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, December 13, 2017 11:09 PM
Subject: Fw: Baitulmaqdis - Tanda-tanda Kiamat

Isu Baitulmaqdis : Indonesia Panggil Duta AS Minta Penjelasan

siakapkeli.my

Indonesia melalui Menteri Luar Negerinya, Retno Marsudi memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Joseph Donovon sekali lagi bagi meminta penjelasan berhubung tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara kepada negara haram Israel.

Menurut jurucakap Kemeterian Luar, Arrmanatha Nasir seperti yang dilaporkan agensi berita Antara berkata, Donovon dipanggil bagi meminta penjelasan mengenai sebuah laporan yang disiarkan di laman web kedutaan itu selepas mendakwa AS berunding dengan semua pihak termasuk dengan Indonesia sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengiktirafan tersebut.

Retno bagaimanapun menafikan bahawa negara republik ada membuat perundingan dengan negara kuasa dunia tersebut berhubung isu yang menimbulkan amarah umat Islam di seluruh dunia.

"Saya ingin tegaskan bahawa rundingan itu tidak pernah diadakan. Apa yang berlaku ialah Indonesia memanggil Duta Besar untuk menyampaikan pendirian kami untuk disampaikan kepada kerajaannya," katanya.

Retno pada masa yang sama turut mengulangi pendirian teguh Indonesia bahawa Indonesia mengutuk dan membantah tindakan AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang mana secara tidak langsung dilihat sebagai mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Katanya lagi, Indonesia dengan tegas mengatakan bahawa yindakan sedemikian melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu selain menjejaskan preoses damai Palestin - Israel.

Sumber : BERNAMA

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, December 07, 2017 11:41 PM
Subject: Fw: Baitulmaqdis
Isu Baitulmaqdis: "Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah", kata Faizal Tahir Sambil Tag Trump & Netanyahu
siakapkeli.my

7 Dec - Pemuzik tempatan, Faizal Tahir, sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti yang selalu mengambil berat tentang isu-isu yang melibatkan negara Palestin.

Tidak terlepas pandang isu Presiden AS mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Faizal Tahir menyuarakan rasa tidak puas hati di laman Twitternya hari ini.

"Baitulmaqdis akan selalu menjadi ibu negara Palestin.

"Pergi cari ibu negara sendiri lah @netanyahu @realDonaldTrump." tulis Faizal bersama tagging akan Netanyahu dan juga Donald Trump.

Sebelum ini, presiden AS, Donald Trump mengambil tindakan mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan Trump itu menyebabkan kemarahan banyak pihak dan mencetuskan rusuhan di bandar itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, turut mengecam tindakan Trump itu di Twitter beliau.

Joko Widodo: Indonesia Bantah Keras Tindakan Amerika Angkat Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel
siakapkeli.my

Presiden Indonesia, Joko Widodo membantah sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada hari Rabu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pengiktiraf secara rasmi mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Indonesia menentang keras mengenai pengakuan pihak Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya dalam ruangan Twitter miliknya harini.

Jelasnya, pengakuan itu melanggar resolusi DK serta Majlis Umum PBB.

"Saya dan rakyat Indonesia tetap konsisten bersama rakyat Palestina dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-haknya," tambahnya.

Joko Widodo
✔ @jokowi
Indonesia mengecam keras pengakuan sepihak Amerika Serikat terhadap Jerusalem sebagai ibu kota Israel. Pengakuan itu melanggar resolusi DK dan Majelis Umum PBB. Saya dan rakyat Indonesia tetap konsisten bersama rakyat Palestina dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-haknya -Jkw

Sumber - Twitter

Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KEPUTUSAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang pada Rabu mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditolak Perancis.

Presiden Emmanuel Macron menegaskan status Baitulmaqdis hanya boleh ditentukan antara Palestin dan Israel dalam rangka perundingan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya sudah menyatakan dengan jelas kepada Presiden Trump ketika pertemuan kami dua hari lalu.

"Status Baitulmaqdis melibatkan soal keselamatan antabarangsa dan komuniti antarabangsa," kata Macron ketika mengadakan lawatan di Algeria pada Rabu.
Macron menegaskan lagi, keputusan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan semua resolusi PBB.

"Keputusan Trump akan ada kesan hanya terhadap pentadbiran negara Amerika Syarikat, tetapi saya tetap tidak bersetuju.

"Perancis akan terus komited terhadap keamanan dalam rantau ini, dan tidak akan mengubah pendirian kami untuk melihat dua negara ini, iaitu Palestin dan Israel, mencapai persetujuan," kata Macron.

Sebelum ini, Turki turut memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv dipindahkan ke Baitulmaqdis.

Presiden Reccep Tayyip Erdogan menegaskan, Israel dan Amerika Syarikat bakal berdepan kemarahan umat Islam seantero dunia.

Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 14, 2017 6:47 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kedua-Duanya Daging Kambing, Tapi Apa Yang Membezakan Antara 'Lamb' Dengan 'Mutton&#39;
siakapkeli.my

Malaysia terkenal dengan jolokan nama 'syurga makanan' yang memiliki banyak jenis makanan termasuklah masakan berasaskan kambing yang pastinya menjadi pilihan rata-rata rakyat Malaysia.

Umumnya, ramai yang tahu dua jenis kambing yang popular dan selalu digunakan ialah Lamb dan Mutton. Bagaimanapun, segelintir daripada kita tidak mengetahui bahawa dua jenis isi kambing ini sangat berbeza dari segi rasa, tekstur dan harganya.

Lamb dan mutton keduanya adalah kambing biri-biri yang sama tapi berbeza umur dan tekstur dagingnya kerana perbezaan umur sebuah haiwan itu boleh mempengaruhi tekstur dan rasa dagingnya.

Lamb

Lamb adalah daging anak kambing biri-biri yang berumur bawah dari satu tahun yang telah mencapai berat dan ciri yang dikehendaki serta ianya sesuai untuk di sembelih.

Antara perbezaan ketara antara lamb dan mutton adalah terdapat lemak yang sedikit pada lamb dan dagingnya boleh berubah warna dari merah jambu ke merah pucat.

Di Amerika Syarikat, daging lamb menerima lebih banyak permintaan berbanding mutton yang agak sukar untuk didapatkan di pasaran.

Selain itu, daging lamb juga terkenal dengan tiga cara masak yang popular iaitu bakar, panggang dan tumis reneh selain dimasak untuk lauk catering dan BBQ.

Dagingnya yang lebih lembut dan 'juicy&#39; menjadikan lamb lebih sesuai dijadikan kambing golek dan sebagainya.

Mutton

Mutton ialah daging kambing biri-biri yang lebih tua dari 1 hingga 3 tahun. Dagingnya berwarna merang terang dan diselaputi sejumlah besar lemak. Daging Mutton juga dikatakan mempunyai sejenis bauan yang agak kuat selain tekstur daging lebih keras berbanding lamb serta perlu dimasak lama.

Daging jenis ini lebih popular di Timur Tengah dan Eropah kerana rasa dan tekstur dagingnya bersesuaian dengan jenis masakan yang lebih berat seperti biryani, nasi arab, gulai, kari, sup atau stew.

Perbezaan harga diantara dua daging ini juga jelas ketara kerana harga lamb jauh lebih mahal berbanding daging mutton.

Bagaimanapun, setiap jenis daging ini memiliki kelebihan tersendiri yang berdasarkan tujuan penggunaannya.

Seharusnya kita tahu memilih daging lamb atau mutton yang bersesuaian dengan jenis masakan kita.

Sumber- The Spruce

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 14, 2017 6:48 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ketum berpotensi sebagai penahan sakit dan rawatan dadah - USM

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman 

Ketum berpotensi sebagai penahan sakit dan rawatan dadah - USM

Ketum dilihat mempunyai potensi untuk penghasilan ubat baharu sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah, menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor..

Beliau berkata ketum berpotensi bagi menggantikan methadone yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Bagaimanapun, katanya kajian berhubung potensi itu masih dijalankan dan tiada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan perkara itu.

"Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Tapi kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan.

"Kita memerlukan data-data dalam haiwan itu untuk dapat kelulusan terhadap etika manusia. Sekarang tidak boleh lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum pelantikan profesor bertajuk 'Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini' di George Town hari ini.

Sharif Mahsufi telah menjalankan kajian mengenai potensi ketum itu sejak 2007 sehingga kini dan dibiayai oleh geran program Universiti Penyelidikan (RM860,000), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)/Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) (RM700,000) dan program Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE) (RM5.4 juta).

Beliau berkata walaupun ketum atau nama saintifiknya 'Mitragyna speciosa' digunakan sekian lama sejak tahun 1845, namun tiada data saintifik yang membuktikan ia adalah selamat.

Namun, katanya kajian yang berterusan dan penemuan data-data baharu pada masa depan boleh membuktikan potensi ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Dalam pada itu, Sharif Mahsufi berkata pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan Risda bagi mengenalpasti baka pokok ketum terbaik untuk menjalankan penyelidikan seterusnya.

"Kita tidak ada baka pokok ketum yang terbaik. Kami sedang mencari 'musang king' ketum. The best pokok ketum untuk kita buat kajian. "Pihak Risda ada mengamalkan amalan pertanian baik (GAP). Jadi, mungkin mereka boleh kenal pasti baka ketum yang terbaik," katanya.

- Bernama

Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Jan Depan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA LUMPUR – Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Jan depan.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Dis, perkiraan tujuh hari itu bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan ziarah di Madinah.

"Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya," menurut pekeliling itu.

Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lepas mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka. – BERNAMA

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, December 13, 2017 11:13 PM
Subject: Fw: Jadual Gaji, Kemalangan, Ugut Bekas Ketua Polis & Temui Ajal

Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2018

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya ingin berkongsikan Lampiran dari Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2017 yang bertajuk 'Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018' dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang menyenaraikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2018. Surat ini bertarikh 24 November 2017 dan ditandatangani oleh Tn. Saat Bin Esa, Akauntan Negara Malaysia.

Saya ambil siap-siap terus Lampiran 1 dari pekeliling tersebut untuk memudahkan anda semua. Jadual gaji ini adalah untuk kakitangan kerajaan sahaja.

Jika anda lihat tarikh gaji tersebut, ada yang dibayar terlalu awal antaranya bulan Februari, Jun dan Ogos disebabkan perayaan-perayaan. Jadi jangan enjoy lebih-lebih nanti merana nak tunggu gaji bulan seterusnya itu. Rancang gaji anda dengan bijak.

Semoga jadual gaji ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan pada tahun 2018.

Sila lawat blog saya di bawah sekiranya anda ingin membaca versi penuh surat pekeliling tersebut.

Oleh: Aizen Nasa (watcher)
Sumber: http://aizennasa.com/jadual-gaji-kakitangan-kerajaan-2018/

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: watcher
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 14, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hanya Gula Semata-Mata, Tiada Pun Susu Lembu Dalam Susu Pekat Manis - Dr Jue
siakapkeli.my

Susu pekat manis sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Rasanya enak jika dibancuh bersama-sama milo, tea atau kopi. Tidak cukup dengan hanya membuat air, susu pekat manis ini juga enak digunakan untuk membuat pemanis mulut.

Dari dahulu lagi susu pekat manis ini telah menjadi pilihan. Tetapi rakyat Malaysia telah menggunakan susu pekat manis ini secara berlebihan. Ramai yang sangka susu pekat manis ini memberi kebaikan namun sebaliknya ia adalah gula.

Menurut pakar kesihatan Dr Jue, susu pekat manis ini adalah konspirasi gula semata-mata. Nilai kalori dalam susu ini menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Ikuti perkongsiannya.

Kita sudah lama tertipu!
Assalamualaikum semua follower Dr Jue. Dr jue ingin berkongsi satu artikel yang di tulis oleh seorang yang pentingkan kesihatan. Dr Jue copy and paste sahaja kerana merasa anda semua patut tahu perkara ini. Dulu masa Dr Jue share perkara ini di profile Dr Jue, ada yang marah!! Tak tahu kenapa mereka marah, banyak Dr Jue kena negative comment.
Tak apa, Dr Jue nak anda semua baca artikel ini.

Konspirasi Gula Di dalam Susu Pekat Manis Disangka susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah #konspirasigula semata mata! Susu Pekat Manis di proses dengan menambah gula yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya tidak di buka dari tin. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut.

Susu pekat di buat dari susu yang di sejatkan (agak mahal) dan kebanyakan di pasaran sekarang susu pekat manis ada lah dari susu rong kelapa sawit! Tiada susu lembu dalam susu pekat. Cuba anda tengok tulisan pada kandungan susu pekat yang ada. Kebanyakan di tulis creamer manis!

Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%. Masihkah anda ingat kepada satu iklan yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline " Membesar Dengan Susu Cap X ?" siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak kanak berebut minum "susu" berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

Menggunakan tagline "Minuman Yang di Percayai Turun Temurun", bermakna sudah turun temurun kita tertipu! Pada ketika itu (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada susu tepung.

Seperti mana produk #konspirasigula yang lain, produk Susu Pekat Manis juga di war warkan dengan slogan Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis? Fikirkan Semula.. Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA. Susu Pekat Manis di gunakan secara berleluasa sebagai pemanis minuman seperti teh Tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat dan sebagainya.

Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya. Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.

Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram. Mengikut pecahan kaum, MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.

Teh Tarik Sebagai BONEKA #KONSPIRASIGULA? Teh Tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada #konspirasigula.

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak,''.

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikaisnya Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia.

Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami maslaah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung . Menurut kajian pada 2013 Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis. Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya. Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis, Ingats Diabetes dan Komplikasinya.

Mesej dari Public Health Malaysia

Sumber - Dr Jue

Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Tular di laman sosial mengenai luahan seorang facebooker yang menggunakan nama Seri Noor di Facebook yang kecewa kerana gagal mendapatkan bantuan KISS..

Beliau menulis : "KISS INDAH KHABAR DARI RUPA

Pagi ini ke pejabat ADUN bertanyakan tentang Program Kiss yang di warkan permohonannya di buka hari ini 13 Dis 2017. Setiba disana pegawai yg berada di Pejabat tersebut menerangkan bahawa permohonan ini hanya di beri pada pemohon yang belum pernah menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan negeri atau pusat.

Diterangkan lagi yang telah menerima Kad Peduli Sihat bantuan JKM bantuan Zakat dan #BR1M adalah tidak layak memohon. Bertepatanlah dengan peruntukan kerajaan Negeri Selangor yang hanya seramai 30 ribu orang sahaja penerima bagi program Kiss ini. Adalah amat tidak wajar penerima-penerima bantuan daripada kerajaan pusat atau pun negeri dinafikan hak untuk menerima bantuan yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor ini.

Persoalannya jika penerima-penerima bantuan ini tidak layak siapakah yang layak? Rasanya mungkin hanya warga asing yang layak untuk menerima bantuan program Kiss ini.

Jadi benarlah kata sesetengah pihak bahawa program ini hanya mahu mencari populariti menjelang PRU akan datang.

Rakyat Selangor Kecewa," di satu kenyataan yang dipetik dari Facebook peribadinya.

Tinjauan yang dilakukan oleh pihak kami juga mendapati Seri Noor aktif menyerang dan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri selama ini.

Semakan yang dilakukan pula mendapati penulisan oleh Seri Noor menjadi viral di media sosial dan kerajaan negeri menerima kecaman terutamanya dikalangan penyokong Barisan Nasional.

Menurut portal kerajaan negeri;

Syarat Kelayakan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 adalah seperti berikut;

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Lahir di Selangor atau menetap di
Selangor melebihi 10 tahun ; dan

3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
dan

4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan

5. Pendapatan isi rumah di bawah RM
2,000 sebulan.

Dan setiap permohonan yang diluluskan akan menerima Kad KISS yang mana;

1. RM200 akan dimasukkan setiap bulan.

2. Perbelanjaan secara cashless = tanpa menggunakan tunai, transaksi jual beli menggunakan kad sahaja.

3. Baki kad tidak akan dibawa ke bulan hadapan.

4. 200 tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan makanan & keperluan seperti beras, susu, ikan, pampers, gula, bawang dan seerti dengannya.

5. Tertakluk kepada pasaraya dan pusat membeli belah tertentu yang bekerjasama dengan kerajaan negeri sahaja.

Menurut kerajaan negeri lain kuota 30,000 yang diperuntukkan adalah merujuk kepada statistics sebenar penduduk Selangor yang menerima gaji dibawah 2,000. Ini bermaksud kesemua yang bergaji rm2,000 sepatutnya layak mendapatkan bantuan ini.

Tiada syarat tambahan dikenakan seperti penerima BR1M, JKM dan zakat yang dilarang memohon KISS Selangor disebutkan dalam laporan itu.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/12/penerima-br1m-jkm-zakat-tak-layak-mohon.html#ixzz51F0zKYpQ

Tips Bagaimana Nak Kesan Dan 'Delete' Virus Trojan Pada Komputer Anda
siakapkeli.my

Pasti ramai daripada kita tidak pernah sedar pun gajet yang diguna setiap hari khususnya komputer sebenarnya sudah pun dijangkiti virus. Sama ada kita tidak kisah ataupun memang tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti jangkitan tersebut, komputer yang diserang dengan virus sebenarnya tidak selamat untuk diguna pakai selagi virus tersebut tidak dibuang.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Fried telah berkongsi kaedah mudah untuk mengesan dan menghapuskan virus yang berpunca daripada pendrive yang dicucuk pada komputer secara membuta tuli. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda dibawah.

Pernah kena virus mcm ni?

Kalau pernah kena , jangan cucuk lagi pendrive tu dekat devices lain. Virus dia 64% bahaya dan virus ni mampu untuk record mouse input , keyboard dan distribute malicious activities.

This is a Trojan Virus. Attackers boleh access laptop anda from a remote location. What would they do ? Curi password dan personal data.

Macam mana nak tahu your computer or laptop infected ke tak ?

Right click Taskbar > open "Task Manager" > pergi dekat tab Details.

Cari samada "spoolsvc.exe" dan "explorers.exe" macam tu running atau tak.

Kalau ada , welcome to the victims farm geng.

Ni video cara - cara untuk remove it from your laptop. Video credit to Muhammad Fariz.

Last sekali download any free Registry Scan , install dan repair windows registry anda. Dah complete, run antivirus balik and scan.

Sebelum ada yang expert reply dengan kecaman tolong bezakan ya. Yang gambar belah kiri tu (atas), memang system file. Belah kanan tu baru virus (bawah), dia guna nama lebih kurang untuk menyamar bagi nampak macam system services. Sebab bila open file location, dia akan direct ke folder lain.

Kalau yang tak dapat remove tu juga. Esok aku bagi method kedua. For now, please jangan gatal-jangan pergi cucuk pendrive yang infected dekat ofis atau mana-mana public desktop. Simpan, peram kejap. Then follow my next method untuk remove virus tersebut.

Method 2

Ni untuk remove completely dari computer dan pendrive. Probability untuk berjaya 92%.

First , anda perlukan internet connection. Next download this software CCleaner :

http://www.piriform.com/CCLEANER

Install CCleaner > Run Cleaner > Registry dan last sekali Run Tools dan pergi ke Tab 'Startup'.

Bila tekan tab startup you will find something like this : \AppData\Roaming\Kaspersky Internet Security 2017

Unfortunately , its true your laptop has been infected.

Next , install Norton Security Power Eraser https://security.symantec.com/nbrt/npe.aspx

Dah install Norton Power Eraser , click "Scan For Risk".

Run the scan and dia akan request untuk restart laptop. Biar je restart.

Dah habis scan dia akan keluar macam ni. Now click "Fix".

Kalau tak boleh Create System Restore Point , just untick and click fix. And delete the virus.

Next, install Adwcleaner

Link here: https://www.malwarebytes.com/adwcleaner/

Dah install , click Scan. Wait for a while.

Click Clean , pc will restart and done ! Your PC sudah bebas daripada virus..

Last step , open balik CCleaner > Tools > Startup.

Delete ketiga - tiga tu sekiranya ada.

Restart your computer and your pc are clean now. Check balik Task Manager your CPU Memory will back to normal.

So nak recover balik file dalam pendrive. Follow step macam dalam gambar.

Cucuk pendrive, pergi ke location pendrive you will find this : <Pendrive Letter>:&#92;System Volume Information

Semua file yang tersorok ada dalam ni. Now copy file-file yang ada ke pc , jangan "CUT".

Format balik pendrive and copy balik file-file tadi ke dalam pendrive. Pendrive dah clean now. Untuk lebih secure , install Smadav antivirus atau EsetNod32.

Final step , sepak laju-laju member yang pakai cucuk je pendrive dia yang ada virus ni. Make sure your PC turn on antivirus sebelum nak cucuk pendrive macam ni.

Sumber : Fried

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 14, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sering Selesema? Ambil Perhatian, Anda Mungkin Penghidap Kanser Nasofarinks Tanpa Sedar
siakapkeli.my

Kesihatan hidung jarang sekali dititik beratkan oleh majoriti masyarakat dengan anggapan bahawa ia tidak memerlukan penjagaan rapi, apatah lagi letaknya hidung adalah pada wajah yang boleh dibelek setiap kali bercermin.

Masalah hidung seperti hidung tersumbat seringkali dikaitkan dengan resdung, manakala sakit kepala disebabkan tekanan, selesema berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria dan hidung berdarah akibat cuaca panas.

Simptom-simptom di atas sering dipandang mudah dan menjangkakan tiada masalah serius yang boleh berlaku. Malah, kita sering menganggap gejala tersebut mungkin berlaku disebabkan gejala sinusitis.

Sinusitis adalah masalah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Keradangan ini boleh menyebabkan gejala selsema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sakit kepala berpanjangan, sakit sekitar muka dan mata serta selalu bersin terutama di waktu pagi.

Keadaan bertambah rimas apabila muka turut gatal seolah-olah ada sesuatu yang merayap pada wajah. Masalah ini boleh menjadi lebih teruk apabila terdedah kepada perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar serta habuk dan bakteria.

Sedekad yang lalu, masalah sinusitis dianggap sebagai penyakit yang unik kerana penghidap-penghidapnya hanya ditemui dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara dan China Selatan. Namun kini, sinusitis adalah masalah yang sangat lazim dan ditemui diseluruh dunia.

Malah, jika dibuat imbasan kepada 10 orang normal, 8 orang didapati mempunyai masalah sinusitis yang tidak memerlukan rawatan. Bakteria adalah antara punca yang lazim ditemui menjadi punca kepada masalah ini.

Namun, adakah anda terlintas di minda anda bahawa keradangan ini mungkin disebabkan oleh nasofarinks ataupun kanser pangkal hidung?

Anda perlu maklum bahawa kanser ini sukar dikesan kerana tiada simptom ketara yang ditunjukkan, malah hampir serupa dengan sakit biasa. Pemeriksaan biasa juga tidak mampu mengenal pasti masalah ini disebabkan kedudukannya di bahagian belakang hidung dan di atas tekak.

Menurut, Dr Mallina Sivarajasingam , Perunding telinga, hidung dan tekak (ENT) merangkap Pakar Bedah Kepala dan Leher Pusat Perubatan Tropicana, kanser nasofarinks adalah sejenis kanser yang menyerang bahagian pangkal hidung sehingga ke farinks.

Serangan pada bahagian itu dianggap bahaya kerana terletak di kawasan sempit dan tersembunyi, berdekatan dengan otak dan tiub eustachia iaitu saluran yang menyambungkan farinks dengan telinga tengah.

Bahagian itu dianggap berisiko kerana terletak di kawasan sempit dan tersembunyi, berdekatan otak dan tiub eustachia iaitu saluran yang menyambungkan telinga tengah dengan farinks.

"Karsinoma nasofarinks kerap ditemui tumbuh daripada 'fossa rosenmuller' dan merebak ke hidung, tenggorok serta dasar tengkorak. Selalunya, 70 peratus daripada pesakit akan mengalami simptom hingus atau kahak bercampur darah. Ia bukan keluar secara menitis, tetapi hanya bercampur sedikit. Darah berkenaan pula merah cerah, bukan kecoklatan.

"Keduanya, 60 peratus daripada pesakit akan mempunyai kesan bengkak di tepi leher. Bengkak ini bagaimanapun tidak mendatangkan rasa sakit, sebaliknya akan terus membesar dari semasa ke semasa.

"Simptom ketiga adalah paling kerap ditemui iaitu telinga tersumbat.. Ini lazimnya ditemui dalam kalangan pesakit dewasa. Mereka datang ke hospital dan mengadu kurang dengar, telinga tersumbat, pendengaran terhalang dan sebagainya, namun tidak berasa sakit. Ini berlaku apabila tumor tumbuh berdekatan tiub eustachia dan menutup ruang yang menghubungkan telinga. Akibatnya, banyak cecair bertakung di bahagian dalam salur yang akan menekan gegendang dan akhirnya menghalang pendengaran.

"Selain itu, ada juga simptom lain yang jarang berlaku seperti rasa kebas di bahagian pipi dan diplopia atau sebelah mata tidak boleh bergerak.. Apabila ini berlaku, boleh dianggap pesakit sudah menderita kanser tahap empat," katanya.

Ujar Dr Mallina, kaum Cina merupakan yang paling berisiko menghidapi masalah ini, seterusnya masyarakat di Sabah dan Sarawak terutamanya Bidayuh.

"Hal ini dipengaruhi faktor migrasi penduduk yang sebahagian daripada mereka ini berdarah campuran Filipina. Sementara Filipina pula mempunyai banyak pengaruh Cina. Kemudian, barulah pecahan kaum Melayu dan India.

"Penyebab utama yang dikesan ketika ini adalah faktor genetik atau keturunan. Jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang menghidap karsinoma nasofarinks, dia perlu tahu petanda dan simptom awal serta mengambil langkah berjaga-jaga.

"Dari segi jantina, kanser ini selalunya akan menyerang lelaki dengan nisbah 3:1 berbanding wanita manakala umur pula tergolong dalam kelompok 40 hingga 60 tahun. Perlu diingatkan perokok antara kelompok yang berisiko lebih tinggi," katanya.

IKAN MASIN SEBABKAN KANSER

Selain faktor genetik, tabiat pemakanan terutamanya kepada mereka yang gemar memakan makanan diawet seperti ikan masin, sayuran berjeruk dan makanan dalam tin juga dikatakan punca epada masalah ini.

"Makanan yang diawet seperti ikan masin dan daging salai biasanya mengandungi nitrosamina. Ia bersifat karsinogenik yang cenderung membawa kepada kanser. Begitu juga dengan orang yang terdedah kepada suasana kerja tidak sihat, berdepan habuk serta banyak bermain dengan bahan pelarut serta pencair (thinner). Mereka ini tergolong dalam kelompok berisiko," katanya.

Menurutnya, berbanding pelbagai jenis penyakit yang lain, kesembuhan kanser dinilai dari sudut yang berbeza. Kesembuhan ini bergantung kepada tahap kanser dihidapi, jenis rawatan yang diambil dan tingkat kelangsungan hidup pesakit itu sendiri.

"Apabila kita bercakap mengenai kanser, kesembuhan pesakit diukur daripada tahap kelangsungan hidup mereka dalam tempoh lima tahun selepas mendapatkan rawatan sewajarnya. Sekiranya mereka mampu melangkaui jangka masa itu, pesakit dianggap sembuh.

"Jadi, bagi pesakit kanser nasofarinks tahap satu, mereka mempunyai 80 peratus peluang untuk melepasi tempoh lima tahun. Bagi tahap dua, tiga dan seterusnya, peratus ini akan semakin berkurangan. Sebab itulah pesakit di saran menjalani saringan awal sekiranya tergolong dalam kelompok berisiko atau mendapati simptom berkaitan pada tubuh.

"Jangan mudah membuat kesimpulan sendiri, sebaliknya usahakan untuk bertemu dengan pakar ENT di hospital berdekatan kerana lokasi tumor ini memang sukar dilihat. Doktor biasanya akan menggunakan skop nasofarinks (nasoskopi) yang dilengkapi kamera untuk melihat kewujudan tumor, meneliti saiz dan posisinya serta mengenal pasti sejauh mana kanser merebak.

"Kemudian doktor akan terus mengambil biopsi daripada hidung untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti jenis karsinoma nasofarinks, sama ada ia terdiri daripada 'keratinizing', 'non-keratinizing' atau 'undifferentiated'. Ketiga-tiga jenis klasifikasi ini mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," tambahnya lagi.

Namun keadaan menjadi berbeza apabila pesakit hadir ke hospital dengan bengkak di tepi leher. Beliau berkata, kes berkenaan akan melibatkan prosedur kajian sel atau disebut sebagai sitologi iaitu jarum dimasukkan ke dalam bahagian berkenaan bagi mendapatkan sampel uji kaji.

"Seterusnya, barulah doktor lakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada bahagian otak, nasofarinks, leher dan paru-paru. Imbasan ini penting kerana paru-paru adalah tempat pertama yang membolehkan karsinoma nasofarinks merebak keluar dari tempat asalnya. Malah, 60 peratus metastasis (kanser merebak) adalah kepada organ berkenaan. Bermula daripada pangkal hidung, tenggorok, kemudian ke dasar tengkorak, kanser ini boleh merebak ke tisu limfa dan akhirnya pergi ke paru-paru," katanya.

Mengenai kaedah pemulihannya pula, rawatan utama yang sering diguna pakai adalah radioterapi.

"Bagi pesakit kanser tahap satu, hanya akan diberi radioterapi atau kaedah terkininya disebut IMRT (intensity modulated radioterapi). Kalau dulu, pesakit terpaksa melalui rawatan radioterapi luaran, tetapi kini IMRT lebih berfokus ke arah tumor itu sendiri.

"Sebelum ini pesakit kanser nasofarinks dirawat dengan terapi sinaran 60 Gray (Gy) dari luar dan semua bahagian tubuh atau organ sehingga ke lapisan tumor akan mendapat kesan radiasi dalam jumlah sama. Tetapi kini sinaran berkenaan akan terarah 100 peratus kepada tumor, sementara lapisan luaran menerima dalam peratusan yang lebih rendah. Ini sekali gus mengurangkan kerosakan pada bahagian sekitar seperti telinga dan mata.

"Kemudian, bagi pesakit kanser tahap dua sehingga empat, mereka akan diberi rawatan IMRT bersama kemoterapi. Rawatan pembedahan adalah sangat kecil dan jika diperlukan sekalipun hanyalah bagi kes berulang di bahagian hidung atau leher. Jika ia berulang di tempat sama, doktor akan keluarkan (buang) semua bahagian nasofarinks melalui hidung secara endoskopi.

"Semua rawatan yang ada ketika ini adalah berisiko rendah kecuali bagi pesakit kanser tahap tiga dan empat. Pada situasi ini, ada yang sel kansernya sudah merebak ke otak dan menjejaskan saraf. Jadi itu akan membawa lebih banyak masalah. Malah yang sampai ke paru-paru juga diklasifikasi sebagai tahap empat," katanya.

ADA KESEDARAN, TAPI LAMBAT

Dr Mallina juga berkata, rakyat Malaysia kini semakin mengambil berat mengenai kesihatan dan perubahan pada tubuh malah ada yang membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala serta merujuk pandangan pakar. Namun, majoriti yang lewat mendapatkan rawatan seringkali didiagnosis tahap tiga atau empat kanser nasofarinks.

"Setakat ini, boleh dikatakan 70 peratus pesakit datang pada tahap tiga dan empat kerana kanser ini sukar dikesan. Mereka bukan saja tidak nampak perubahan dalaman, malah tidak berasa sakit. Jika ada sekalipun, hanya sedikit kesan darah bercampur hingus. Itu pun masih ramai yang fikir ia perkara normal.

"Sebaik-baiknya jika umur sudah mencecah 50 tahun, merokok dan ada sedikit kesan darah dalam hidung, rujuklah kepada doktor. Ramai orang, kalau mengalami bengkak di leher yang tidak sakit, mereka tidak pergi ke klinik atau hospital. Mereka fikir, kalau tidak sakit maka tidak perlu risau. Tapi sebenarnya, yang tidak sakit itulah perlu dirisaukan.

"Petanda kanser ini sangat kecil dan ia tumbuh di kawasan tersembunyi. Biasanya, memang ia tidak memberi masalah sehinggalah telinga atau hidung tersumbat. Itu bermakna tumor itu sudah membesar. Apabila sampai tahap sakit kepala berpanjangan, berdengung, itu bermakna tumor berkenaan sudah agak besar.

"Perhatikan beberapa tanda ini. Jika ada kesan darah keluar bersama hingus dan ia berpanjangan, anda lelaki, Cina dan berumur antara 40 hingga 50 tahun, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan," katanya.

TIP PENJAGAAN TEKAK DAN HIDUNG

1. Bersederhana dalam pengambilan diet harian.

2. Minum air secukupnya.

3. Amalkan pengambilan probiotik.

4. Jangan merokok.

5. Hindari kawasan sesak dan berhabuk.

6. Perbanyakan pengambilan sumber antioksidan.

Sumber : myMetro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: