Thursday, December 7, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4870

8 Messages

Digest #4870

Messages

Thu Dec 7, 2017 7:39 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hati Suci 'Abam Polis' Dapat Pujian Netizen

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KEPRIHATINAN anggota polis sedia menumpangkan seorang ibu dan kanak-kanak yang bonceng motosikal dalam keadaan hujan di Gelang Patah, Johor menerima pujian menggunung netizen.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Rabu itu, pengguna Facebook yang hanya dikenali sebagai Muhammad Fadil pada mulanya menyaksikan kejadian tersebut ketika dia bersama dengan isterinya.
Pasangan tersebut secara kebetulan dalam perjalanan menuju ke sebuah gerai berdekatan kediaman mereka di Taman Universiti, Skudai di Iskandar Puteri.

Setibanya di persimpangan lampu isyarat, dia berhasrat untuk menumpangkan keluarga berkenaan namun sebuah kereta peronda MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dilihat terlebih dahulu 'menahan' keluarga itu.

Anggota polis terbabit malah mempelawa mereka untuk menaiki kenderaan tersebut. Lantas Muhammad Fadil merakam momen berharga itu dan kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada netizen menerusi media sosial.

Menurutnya, dia melahirkan rasa hormat dengan tindakan anggota polis terbabit tetap membantu orang awam ketika sibuk menjalankan tugas hakiki iaitu menjaga ketenteraman awam.

"Di saat kita merungut bawa kereta yang kecil, ada lagi insan yang kurang bernasib baik, bawa motor meredah hujan dengan bawa baby lagi.

"Sebak rasa hati aku melihat gelagat mereka, walau macam mana pun respect pada PDRM yang tampil membantu menghantar isteri dan anaknya ke tempat yang ingin dituju," tulisnya.

Berdasarkan dua keping gambar dimuat naik tersebut, unit MPV dari IPD Iskandar Puteri itu dilihat muncul sebelum menumpangkan wanita dan dua anaknya akibat hujan lebat.

Gambar pertama memperlihatkan wanita itu memangku anak kecil manakala gambar kedua menunjukkan wanita itu bersama dua anak kecil menaiki kenderaan polis dalam suasana hujan.

Posting yang dimuat naik Muhammad Fadil itu sehingga kini menerima lebih 2,600 perkongsian dan maklum balas positif daripada rakyat Malaysia yang memuji tindakan anggota polis terbabit di ruangan komen.

"Inilah anggota yang layak diberikan surat atau sijil penghargaan… walaupun di belakang orang atasan… tetap menjalankan tugas dengan baik, di samping punyai sifat insaniah yang amat tinggi," tulis penggguna Facebook yang menggunakan akaun nama Fauzi Jamari.

"Masih ada lagi yang prihatin situasi macam ni, harap-harap bukan abam-abam polis jer… masyarakat pun bantu sama kalau nampak mereka yang perlu bantuan.. #salutePDRM," kata Farah Menado.

Difahamkan, pasangan suami isteri tersebut bersama-sama dengan dua anak mereka itu hampir kehabisan minyak motosikal ketika kejadian.

Mereka kemudian ditumpangkan sehingga ke stesen minyak Petronas Taman Orkid malah diberikan RM20 sebagai ihsan untuk mengisi minyak.

Syabas diucapkan buat anggota polis berkenaan yang sanggup melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan yang menjangkui tugas hakiki. – MYNEWSHUB.CC

Anak2 perempuan kecilnya dengan berani memegang bendera Palestin & mengecam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Gambar ini di ambil beberapa minggu lalu oleh keluarga Palestine yang rumah mereka di geledah oleh Tentera Rejim Zionist Israel di sebabkan salah seorang anak empunya rumah tersebut membaling batu kepada Tentera Zionist. Setelah di geledah, mengejutkan Tuan Rumah, anak perempuan kecilnya & beberapa kawannya dengan berani memegang bendera Palestin & mengecam Israel sebagai penjajah zalim & haram.

Keberanian mereka patut menjadi contoh kepada kita yang semakin hari semakin bacul walaupun untuk mempertahankan agama, bangsa mahupun tanah air sendiri. Sudahlah di permain serta memperlekeh agama & bangsa sendiri, malahan tanah air sendiri pun tidak di perduli dengan mengajak kuasa asing masuk campur dalam urusan negara.

Hari ini mungkin akan menjadi sejarah hitam buat rakyat Palestin & Umat Islam khususnya. Hari ini jika benar berlaku seperti mana yang di cita oleh Israel, kemungkinan besar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengisytiharkan Baitul Muqaddis sebagai Ibu Negara Israel, pengisytiharan yang menjadi noda hitam dalam sejarah dunia Islam.

Ternyata jika berlaku jelas menampakkan lemahnya dunia Islam yang membisu di atas kekejaman Israel. Qiblat pertama Umat Islam di rampas ketika negara Arab sibuk berperang sesama mereka, sibuk membeli senjata berbilion ringgit & memperkuatkan kuasa hanya untuk kekenyangan hempedu & tengkuk pemerintah yang langsung tidak peduli nasib umat Islam & rakyat Palestine khususnya.

Doakanlah kesejahteraan buat Palestin & rakyatnya serta hancurkan kekejaman, kezaliman serta kerakusan rejim Zionist Israel. Sedarkanlah pemerintah dunia Islam khususnya dunia Arab yang segala tindak tanduk mereka sekarang tidak lain & tidak bukan hanyalah merugikan umat Islam semata - mata.

Syaiful Hizam

Mulai 2018, Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Layak Untuk Terima Elaun Tunai
siakapkeli.my

Kerajaan memperuntukan RM122 juta untuk pekerja yang kehilangan pekerjaan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) bermula awal 2018.

Menurut Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, individu ini layak menerima faedah interim berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Jelasnya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.

"Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak menerima faedah berkenaan," katanya.

Tambahnya, pihak Perkeso akan mengadakan hebahan melalui jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi terpilih di seluruh negara mulai rabu lalu.

"Ia bertujuan memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP.

Jelasnya, SIP bakal dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 pada 25 Oktober lalu serta Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Sumber -Bernama

14 Cedera Dalam Kemalangan Membabitkan Bas Ekspres, Treler Dan Lori
siakapkeli.my

Kemalangan membabitkan treler dan lori menyebabkan 14 orang cedera di Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu melibatkan bas ekspres, treler serta lori membawa muatan kertas.

Tambahnya, 12 penumpang berserta pemandu bas ekspres cedera manakala pemandu treler turut tersepit di tempat duduknya.

Jelasnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan menjalankan kerja penyelamatan.

"Anggota bomba membawa keluar pemandu lori kontena yang tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan," katanya.

Sementara itu, menurut Twitter PLUS, kerja mengalihkan ketiga-tiga kenderaan masih dijalankan dan lorong kiri masih ditutup menyebabkan trafik perlahan kira-kira tiga kilometer (km).

Sumber - Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 7, 2017 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jumlah anggota meningkat bukti PAS tidak terpinggir

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Anggota PAS diingatkan berkenaan jumlah anggotanya pada tahun ini yang mencecah 41,813 - jumlah tertinggi dalam tempoh lima - merupakan bukti PAS tidak melarat malah semakin ke hadapan.

Naib presidennya, Idris Ahmad dalam mengingatkan perkara itu menyeru agar anggota PAS tidak peduli persepsi orang dan terus bekerja.

"Teruskan buat kerja, usah peduli apa fitnah dan persepsi orang yang benci pada perjuangan PAS. Emas yang tulen lagi dibakar dengan api yang kuat semakin terserlah ketulenannya," katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Idris turut meningingatkan bahawa kekuatan PAS tidak terletak pada pemimpin tapi pada dasar yang diperjuangkan.

"PAS sentiasa evergreen. Pemimpin boleh datang dan pergi. Kekuatan PAS bukan kepada pemimpinnya, tetapi kepada dasar Islam yang diperjuangkan.

"Anggota PAS tidak ada apa-apa kepentingan, kalau ada yang khianat kepada perjuangan PAS, sedikit pun tidak melunturkan semangat anggota," katanya yang dipercayai merujuk kepada pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang keluar PAS selepas Pakatan Rakyat berkubur pada 2015.

Jumlah anggota PAS pada 2015 sebanyak 41,431 yang kemudian menurun kepada 23,559 pada 2016 sebelum meningkat semula tahun ini.

Menurut Idris lagi, anggota PAS menyertai parti untuk memperjuangkan Islam dan mereka akan kekal dalam parti selagi PAS tidak meninggalkan agenda itu.

"Mereka (anggota PAS) tidak kisah kalau ada dalam kalangan pimpinan PAS yang meninggalkan PAS bersama elaun dan pencen yang diterima. Mereka tidak pernah serik dan menyesal terhadap apa yang berlaku.

"Prinsip mereka mengatakan bahawa PAS tidak susah dan melarat malahan terus memacu ke hadapan. Perjuangan mesti diteruskan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata jumlah keanggotaan PAS yang meningkat membuktikan tohmahan PAS ditolak rakyat adalah tidak benar.

"Ini satu bukti bahawa tohmahan PAS ditolak oleh rakyat mutakhir ini adalah tidak benar.

"Tanggapan bahawa PAS kian terpinggir dewasa kini juga salah. InsyaAllah PAS akan terus memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan perubahan," katanya.

Keahlian PAS 2017 pecah rekod

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


BIARPUN diserang oleh pelbagai pihak termasuk cybertrooper yang menggunakan ribuan fake account di alam siber, ternyata tidak menjejaskan reputasi PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpencak di pentas politik tanah air.

Fitnah musuh dan tohmahan mereka yang sakit hati dengan PAS saban ketika tidak menjadi kudis gatal kepada PAS.

Cabaran didepani dengan sabar dan ancaman ditangani dengan tenang. PAS terus mengatur langkah dengan tabah untuk melebarkan risalah perjuangan dan meraih sokongan rakyat buat perjuangan Islam yang didukung.

Realiti kedudukan PAS terkini berasaskan data keahlian:

Tahun 2013: 14,544
Tahun 2014: 19,764
Tahun 2015: 41,431
Tahun 2016: 23,559
Tahun 2017: 41,813

Keahlian PAS pada tahun ini mengatasi rekod keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Menjadikan jumlah keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun terakhir ini ialah 141,111 ahli baharu.

Justeru, ini satu bukti bahawa tohmahan PAS ditolak oleh rakyat mutakhir ini adalah tidak benar. Tanggapan bahawa PAS kian terpinggir dewasa kini juga salah. Insya Allah PAS akan terus memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan perubahan.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
15 Rabiul Awwal 1439 / 4 Disember 2017

Keluar mulut harimau masuk mulut buaya

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SERINGKALI rakyat yang dikuasai emosi dalam mengamati politik, menyebabkan mereka lebih cenderung memilih jalan singkat sebagai penyelesaian. Sikap simplistik tersebut kerana beberapa faktor.

Pertama, melihat politik semata-mata berorientasikan isu. Bukan kepada dasar ideologi yang menjadi latar penentu kepada sesebuah parti politik. Contohnya, ramai yang suka bicara berkenaan masalah ekonomi, lantas menekankan soal rasuah sebagai punca kemalangan ekonomi. Kita tidak nafikan itu antara puncanya. Namun kita perlu sedar bahawa faktor utama jahanamnya ekonomi negara kerana dasar kapitalisme yang diamalkan selama ini. Dasar percukaian dan penswastaan amat memberi laluan kepada politikus dan kapitalis mengamalkan kronisme sesama mereka. Dari ruang itulah munculnya rasuah yang disebut-sebut oleh ramai orang.

Kedua, terikut-ikut dengan kempen politikus yang hanya beragenda menukar tampuk kepimpinan negara dan parti. Bukan menukar dasar pemerintahan yang menjadi faktor utama kerosakan negara. Kadang-kadang kita melihat gaya mereka melawan penyelewengan bukan kerana prinsip nahi mungkar. Sebaliknya kerana mereka tidak dapat habuan seperti yang dinikmati oleh pesaing politiknya. Jika dapat, mereka kenyang dan mengangkat ibu jari tanda politiknya bagus. Rakyat dipergunakan untuk merealisasikan dendam materialistik mereka. Politikus seperti ini bila diberikan kuasa, sama sahaja menghidapi penyakit penyelewengan berbanding politikus sebelumnya. Dari sudut yang lain, jika mereka benar-benar jujur membawa perubahan, mereka mestilah menekankan soal dasar yang wajib diubah serta plan solusi yang menyeluruh. Bukan semata-mata perubahan batang tubuh pucuk pimpinan negara.

Berapa banyak sejarah yang kita saksikan, dengan hanya menukar pucuk pimpinan tidak mendatangkan perubahan ideal yang diidamkan. Selagi dasar tidak berubah, maka produksi kitaran pemimpin yang korup tetap berulang.

Dahulu rakyat meluat dengan Tun Mahathir yang memerintah selama 22 tahun. Berundurnya Mahathir, digantikan oleh Pak Lah. Walaupun pada awalnya beliau mendapat sambutan dari rakyat dengan produk Islam Hadharinya, tetapi akhirnya rakyat sedar itu hanyalah gimik. Pak Lah tetap tidak menepati hasrat perubahan yang rakyat mahukan. Kemudian digantikan pula dengan Najib, hasil restu Tun Mahathir.

Yang terbaharu, mereka mendakwa perlu jatuhkan Najib seterusnya dipulangkan kembali kerusi PM kepada Tun Mahathir. Idea gila. Dakwa mereka kononnya tidak perlu dibimbangkan Tun Mahathir, kerana beliau hanyalah diktator yang sudah pencen. Sedangkan kempen tersebut membuka jalan kepada diktator pencen tersebut untuk kembali berkuasa.

Ada yang mengatakan, berilah peluang kedua kepada Tun Mahathir untuk mengelola negara. Sesungguhnya beliau telah bertaubat. Kita perlu faham, seorang penguasa yang telah melakukan kezaliman dan menanam doktrin negatif yang mengelirukan rakyat terhadap Islam, taubatnya tidak cukup dengan ungkapan saya telah bertaubat. Bahkan ia mesti disusuli dengan tindakan serius membetulkan, menerangkan dan mengakui kesalahan-kesalahan terdahulu yang telah dikenakan ke atas rakyat. Ini wajib agar kesan onar yang telah dibuat benar-benar dapat dihentikan. Allah berfirman:

"Melainkan mereka yang telah bertaubat, memperbaiki dan menerangkan (memperakui kesalahan), maka merekalah yang Aku terima taubatnya" - surah al-Baqarah 160.

Di dalam ayat ini Allah meletakkan syarat taubat mestilah disusuli dengan pengakuan dan memperbaiki kesalahan agar kesalahan yang dibuat tidak berpanjangan.

Kita tidak boleh naif dan semberono dengan hanya meletakkan markah seseorang itu bertaubat semata-mata kerana dia telah menukar jersi parti politiknya. Sedangkan nafsu tipu daya dan gejolak pemikiran yang cukup tidak mesra dengan Islam masih bersarang dalam dirinya.

Apakah negara kita mahu dibawa ke situasi keluar mulut harimau masuk mulut buaya? Yang lebih malang, buaya yang dimaksudkan adalah buaya sama yang pernah membaham hak rakyat satu ketika dahulu. Sampai bila kita mahu diheret menonton drama politik kartun ini?

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang

RUU355 bukan masalah PAS lagi, Bola sekarang di kaki UMNO

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PAS menganggap nasib rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 yang belum dibahaskan di parlimen sebagai bukan tanggungjawab pihaknya lagi.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tanggungjawab itu kini digalas parti Umno dan speaker Dewan Rakyat.

Mengibaratkan seperti bermain bola sepak menurut beliau, PAS sudah melakukan hantaran, kini bola di kaki Umno untuk menjaringkan gol.

"Banyak orang pertikai, kata PAS kena tipu. Sebenarnya kita dah tendang bola ke kaki Umno, sepatutnya Umno kena tendang masuk gol.

"Jadi bukan masalah PAS lagi, sebab kita dah pass the ball," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri mesyuarat exco Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini RUU355 dibentangkan kali ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April tahun lalu oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usul persendirian.

Usul tersebut kemudiannya disokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada 17 Oktober lalu, PAS mendesak perbahasan RUU355 diberi ruang pada sidang parlimen kali ini, namun tidak mendapat perhatian speaker.

Terdahulu, RUU355 dilaporkan sudah berada dalam senarai ketujuh aturan mesyuarat, namun speaker memaklumkan Dewan Rakyat hanya akan berbahas sehingga aturan keenam sahaja.

Tambah Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan, tanggungjawab PAS untuk bawa RUU355 ke parlimen sudah selesai, selepas ia dibentangkan.

"Kita sudah bentang. Kalau main bola kita sudah pass (hantar) ke kaki Umno, sepatutnya Umno yang jaring gol," ujarnya.

'Potong' kena masuk Islam ke?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Kepong: "Lepas 'potong' kena masuk Islam ke?"

Itulah antara soalan yang diajukan oleh Brian Wong, 7, kepada ibu saudaranya, Aly Wong apabila dia bercadang mendaftar nama anak saudaranya itu sebagai peserta acara khatan beramai-ramai.

Selain itu, pelbagai soalan lagi ditanya oleh Brian menyebabkan Aly terpaksa menerangkan satu persatu sehingga anak saudaranya itu benar-benar faham.

"Soalan pertama ditanya Brian sudah tentulah sakit atau tidak. Selain itu, dia mahu tahu bagaimana proses bersunat itu dilakukan serta apakah peralatan yang digunakan?

"Semua soalan itu saya jawab dengan jujur, malah menunjukkan kepadanya proses bersunat yang dimuat naik di YouTube. Memang pada awalnya dia tidak mahu kerana takut.

"Saya mengambil masa beberapa hari untuk memujuknya dengan memberi penerangan terperinci mengenai kaedah serta faedah bersunat," katanya.
BRIAN ditemani keluarga yang mengikuti majlis berkhatan. FOTO NSTP

Brian adalah satu-satunya kanak-kanak bukan Islam yang menyertai program Jom Berkhatan anjuran Masjid Al Imam Al Ghazali, di sini, kelmarin. Seramai 25 peserta mengambil bahagian terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun.

Bercerita lanjut, Aly berkata, Brian juga bertanya mengapa perlu bersunat kerana setahunya orang bukan Islam tidak wajib berbuat begitu.

"Malah Brian bertanya saya adakah dia perlu memeluk agama Islam selepas bersunat. Saya agak terkejut dengan soalan ini, mungkin ada orang yang memberitahunya begitu," katanya.

Cubaan mencuri di dalam premis KFC gagal, lelaki 'dikantoikan' oleh anak perempuan sendiri

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Dalam dunia masa kini, kesedaran terhadap keselamatan perlulah dipertingkat. Di mana-mana sahaja, terdapat kemungkinan barangan kita dicuri akibat sedikit kelekaan.

Perkara ini hampir berlaku kepada seorang pelanggan KFC ketika dia sedang menikmati makanannya seorang diri. Ketika sedang makan, dia meletakkan telefon pintar dan dompetnya di atas meja.

Kemudian, dia telah bangun untuk mengambil sos dan terlupa untuk membawa barangannya yang ditinggalkan di atas meja. Tidak sampai seminit, dia menyedari seorang lelaki cuba mengambil telefon dan dompetnya.

"Hey, tu saya punya," tegur wanita tersebut.

"Oh, ingatkan ada orang tertinggal tadi. Saya nak pulangkan ke kaunter KFC," jawab lelaki tersebut.

Namun demikian, tembelang lelaki ini tidak menjadi apabila anak perempuannya bersuara, "Baba cakap nak curi telefon dengan dompet purple tu bagi adik. Cepatlah ambil."

Selepas si kecil itu bersuara, ibunya pula telah menepis supaya anaknya diam. Malu dengan perkara tersebut, mereka sekeluarga bangun dan terus keluar daripada premis KFC.

Sikap ini melambangkan sikap yang tidak bertanggungjawab oleh rakyat Malaysia dan sangat memalukan. Perkara ini dengan jelas menunjukkan seorang bapa dan ibu merancang untuk mencuri di depan anaknya.

Malah, lebih memalukan apabila mereka turut mengajar anak mereka untuk mencuri.

Walaupun Husna sedar perkara ini adalah berpunca daripada kelekaannya, tetapi sebagai manusia kita perlu bersikap lebih bertanggungjawab untuk tidak mengambil hak orang lain.

Lebih-lebih di hadapan kanak-kanak, kita mestilah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada mereka.

Solatlah berjemaah dahulu, 'persetankan' pemikiran syaitan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


BERINGATLAH! Jangan terlalu mudah dan lancang lidah kamu mempertikaikan arahan dan didikan agama. Saat Allah menurunkan ketetapannya, tiada kudrat kamu menepisnya. Ayat ini adalah respon balas terhadap kenyataan Zaid Ibrahim dan beberapa lagi individu yang bertikaikan keputusan PPD Kuantan yang mewajibkan solat berjemaah sebelum pulang dari sekolah.

Proses didikan dan tarbiyah pada murid dan pelajar di sekolah dengan kewajiban solat berjemaah adalah satu usaha yang murni dan sepatutnya disambut baik oleh semua pihak. Kita maklum bahawa solat itu wajib. Hendak mendidik agar anak-anak pelajar fahami kewajiban dan tidak meninggalkan solat adalah melalui konsep solat secara amali di samping penguatkuasaan dari para pendidik.

Budaya yang tidak sihat zaman kini yang terdedah pada para pelajar menyebabkan para pendidik melihat elemen spritual pegangan agama melalui solat ini adalah penawar paling mujarab. Apatah lagi Allah SWT sendiri menyatakan penawar ini dalam Al-Quran.

(اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ)

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [Surat Al-Ankabut 45]

Kita menjadi hairan mengapa ada manusia sebegini yang mempertikaikan usaha yang murni lebih-lebih lagi dalam menanam rasa kewajiban terhadap arahan Allah. Tidak ada agamakah mereka? Tidak takut pada ancaman dan bala Allahkah? Atau mereka telah diselubungi pemikiran syaitan. Allah SWT sendiri yang menyatakan demikian.

(الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [Surat Al-Baqarah 268]

Teruskanlah usaha mendidik anak-anak pelajar dengan mengutamakan penerapan nilai-nilai ketaatan pada Allah dan agama. Kewajiban itu akan tersemat kukuh dalam hati para pelajar melalui arahan dan penguatkuasaan displin para pendidik. Justeru, "persetankan" pemikiran syaitan yang senantiasa berusaha menghalang hambanya dekat dengan Allah Rabbul Jalil.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
19 Rabiul Awal 1439H | 7 Disember 2017

Zaid: Mewajibkan Solat ke atas pelajar hanyalah satu lagi drp perkara bodoh

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mengkritik tindakan pegawai pendidikan daerah di Pahang yang mengarahkan sekolah di Kuantan mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah.

Bekas menteri itu merujuk kenyataan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar yang dipetik Bernama Rabu lalu sebagai berkata, sembahyang antara salah satu pengisian utama pihaknya membina perwatakan warga sekolah, khasnya di kalangan pelajar.

"Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita.

"Ritual agama diamalkan setiap hari di sekolah kita adalah satu kegagalan dan mereka akan terus gagal membina perwatakan dan menyemai nilai baik dalam kehidupan.

"Anda mahu membina perwatakan? Maka ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras," tulisnya dalam blognya hari ini.

Razali dilaporkan berkata, solat berjemaah juga boleh membantu memperkukuhkan ketahanan diri pelajar daripada terbabit dalam kegiatan negatif dan masalah sosial.

"Demi kecemerlangan murid-murid, kita meletakkan 5 fokus utama iaitu pembinaan karektor, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, pemimpin pertengahan (guru) dan bijak sifir.

"Untuk itu, setiap sekolah menganjurkan solat berjemaah di kawasan sekolah dan untuk itu (solat) jangan sempitkan pemikiran untuk membina surau baharu atau besarkan," kata Razali.

Bagaimanapun, Zaid berkata, "ritual" sedemikian membebankan pelajar yang menurutnya sudah melakukan "ritual lain".

"Ritual ini tidak dapat membantu pelajar Melayu menjadi lebih berpendidikan, memahami tanggungjawab peribadi atau lebih berdisiplin.

"Ia tidak perlu dan tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada persekolahan abad ke-21. Saya juga bersetuju dengan Abdul Razak Baginda yang berkata kita mempunyai 'terlalu banyak agama' di sekolah kita."

Pada 28 November lalu, Razak dalam forum bertajuk "Pendidikan Malaysia: Ke Mana Arah Tuju kita" berkata, peningkatan pengaruh agama di sekolah memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan.

"Pengaruh agama telah merayap, mengeluarkan sisi buruknya di sekolah dan institusi pendidikan kita. Ia mempunyai kesan negatif.

"Agama kini terlalu menonjol di sekolah, tetapi tiada seorang pun ahli politik berani mempersoalkan kesan buruk daripadanya kerana bimbang digelar anti-Islam," kata penganalisis politik yang mengetuai badan pemikir, Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon).

Ambil guru baik

Zaid berkata, Kementerian Pendidikan perlu mengelak daripada "melaksanakan pelbagai tanggungjawab agama ke atas pelajar".

"Beri mereka pendidikan yang betul. Tak mengapa jika ada yang tidak layak menjadi imam.

"Mula ambil guru yang baik, bukan mereka yang hanya tahu tentang ritual agama, tetapi pendidik yang pandai dalam pelbagai disiplin akademik.

"Dengan cara itu, pelajar yang kebanyakannya berasal daripada golongan berpendapatan rendah berpeluang cemerlang seperti rakan mereka yang kaya di sekolah swasta."

Beliau turut mendakwa peningkatan ritual agama di sekolah ialah satu lagi petanda "pemimpin Umno, pendidik dan pegawai hilang akal".

"Ia jelas menunjukkan mereka tiada minat atau kemahiran lain untuk disampaikan kepada pelajar. Pendidik ini nampaknya tiada kemampuan apabila bercakap mengenai pendidikan moden.

"Hanya agama dan tuhan yang memberi mereka sesuatu untuk dikatakan kerana kedua-dua subjek tidak memerlukan standard kecekapan dan tiada persekitaran kompetitif untuk cemerlang."

Katanya, untuk pendidik sedemikian, ritual mudah dilaksanakan kerana mereka boleh meletak unsur ketakutan ke atas pelajar, tanpa perlu mereka memahami keseluruhan prosesnya.

"Mungkin pendidik ini tidak tahu apa maksud pembinaan perwatakan. Mungkin mereka sibuk cuba memuaskan hati ahli politik Umno sehingga mengabaikan kerja mereka dan lupa apa yang baik untuk pelajar."

Dahulu tiada polis moral

Zaid bagaimanapun memuji kejayaan umat Islam dalam pelbagai bidang beberapa dekad dulu.

"Lelaki dan wanita generasi terdahulu tidak mempunyai tahap atau keamatan ritual agama hari ini, sama ada di sekolah atau tempat awam.

"Tiada polis moral yang akan mencari mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat atau bersama gadis di pusat joget.

"Mereka bagaimanapun melakukan dengan baik sebagai penjawat awam, hakim, wartawan, anggota polis dan pemimpin politik."

Katanya, ini kerana orang seperti itu bangga dengan profesionalisme dan memahami kehormatan dan integriti untuk berkhidmat kepada orang ramai.

"Mereka hidup secara sederhana. Ia bukan cara mereka untuk menayang ketakwaan. Itulah karektor.

"Pengajaran hidup boleh dipelajari di banyak tempat, pelbagai cara dan daripada ramai orang kerana pembinaan perwatakan lebih daripada sekadar membaca ayat-ayat."

Zaid Ibrahim : tipikal produk pendidikan liberal......

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....

Zaid Ibrahim menyerlahkan kepada kita semua satu contoh produk pendidikan liberal yang terbaik.Kini dia mengkritik arahan solat sebelum pulang sekolah oleh Pengarah pendidikan Pahang kerana katanya ritual ugama tidak harus dicampur adukan dengan pendidikan.Seolah olah pendidikan itu tidak boleh dicampurkan dengan ugama.Pertamanya Zaid Ibrahim menjadi contoh terbaik seorang yang berfahaman liberal yang beranggapan ugama itu hanya ritual bukan carahidup.Keduanya Zaid Ibrahim percaya untuk membentuk jatidiri insan, pendidikan haruslah mengasingkan pengisian ugama dari silibusnya.Kata Zaid " Anda mahu membina perwatakan? Maka ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras,".

Itu saja yang perlu ada dalam pendidikan bagi Zaid, seorang pemikir liberal negara.Aspek aspek keugamaan perlu dijauhkan kerana ugama itu hanya ritual yang hanya dianggap suci ketika ritual itu dijalankan sahaja.Kalau solat, solat itu suci ketika solat sahaja, selepas selesai ianya tidak ada kena mengena dengan kehidupan dan tidak perlu diberi penekanan.

Inilah tipikal pemikiran liberal yang sudah sebati dalam diri Zaid yang sebenarnya dibina menerusi pendidikan yang diperolehinya.Semuanya tentang kehidupan yang mesti ditabdirkan dengan otak manusia, tidak boleh diikat dengan ugama.Ugama hanyalah ritual semata mata yang dianggap suci hanya ketika ritual itu berjalan, tidak sebelum dan selepasnya.

Dengan kata kata lain. Zaid dan pemikir liberal yang lain beranggapan solat itu sama dengan ritual ugama ugama lain.Solat bagi Zaid tidak ada pengaruh dalam kehidupan, apa jua pengajaran yang datang dari Rasullulah mengenai ugama tidak ada diyakini Zaid dan lain lain pemikiir liberal boleh membentuk jatidiri dan modal insan yang kukuh sihat untuk menguruskan kehidupan tetapi bagi mereka, pemikir seperti merekalah yang bijak menguruskan kehidupan.

Saya percaya dan yakin sepenuhnya bahawa seandainya pemikir pemikir seperti Zaid ini menguasai kehidupan rakyat hari ini, nescaya Islam akan runtuh.Oleh itu saya juga percaya dan yakin bahawa selagi umat Isam teguh dalam satu jemaah Islamiah seperti disuruh oleh Baginga Nabi, pemikir pemikir liberal seperti Zaid tidak akan mampu menembusi akal fikiran umat Islam yang sentiasa terkawal dengan petunjuk ugama.

Dari itu, sewajarnyalah umat Islam hari ini sedar dan sentiasa berwaspada dalam menguruskan kehidupan mereka.Sebetulnya sistem pendidikan yang dijalankan dalam negara hari ini merupakan platform yang subur untuk memperbanyak golongan liberal dalam kalangan umat Islam.Arahan solat sebelum pulang sekolah bukanlah jaminan untuk menghapuskan golongan liberal kerana silibus dan matapelajaran yang diajarkan di sekolah semuanya ada unsur liberal.Yang perlu ialah mengubah keseluruhan sistem pendidikan dari sistem mengajar erti kejujuran,intergriti dan kerja keras kepada sistem yang mengajar para pelajar untuk menjadi insan atau hamba ALLAH yang patut, mendengar dan mentaati.Silibus pendidikan perlu diubah daripada silibus untuk menjadi orang berilmu untuk mencari kekayaan dunia semata mata kepada silibus yang mendidik jiwa kehambaan yang kerdil.

Maka di situ terserlah pertembungan pemikir liberal dan petunjuk ugama di mana pendidikan liberal dan pendidikan berasaskan petunjuk ugama akan sentiasa bertentangan.Kita hanya mampu menghentikan kelahiran produk produk liberal dengan menghentikan sistem pendidikan liberal yang dijalankan di negara kita sekarang.Tiada pilihan lain yang juga bermakna selain dari perjuangan untuk memartabatkan undang undang Islam, tugas kita sebagai pejuang ugama juga turut melibatkan perjuangan untuk menukar sistem pendidikan negara.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Oii Engkau Main Banjir Ya, Ingat Hadir Mahkamah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Bicara Saman Pemula kes Wisma Tok Guru yang dijadualkan untuk dijalankan hari ini di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu telah ditangguhkan ke 17/12/2017.

Penangguhan ini adalah kerana pihak peguam yang mewakili Dato' Husam Musa baru sahaja menerima Affidavit Jawapan bagi Saman Pemula Dato' Husam Musa terhadap proksi Pas, Mohd Yasin bin Yusoff pada hari khamis lepas.

Menurut berita peguam Husam memerlukan masa bagi mengemukakan jawapan balas afidavit Mohd Yasin itu dengan alasan baru balik daripada Mekah.

Ini adalah normal.

Yang tak normalnya ialah Husam Musa mengambil kesempatan untuk melambatkan bagi memastikan mereka kononnya dapat menggunakan bangunan itu sehingga PRU14.

BUKTI??

Pada pukul 11.20 malam, 17 Oktober 2017 Husam Musa berkata

Jadi notis tu ambo sendiri, secara rasmi tidak terima lagi. Kalau terima notis, ambo akan failkan ke makhamah. Sementara makhamah selesaikan, Amanah akan gunakan bangunan tu sampai bila-bila. Kalau makhamah lambat selesai, selepas pru 2018,2019 Amanah akan guna bangunan tu sampai bila-bila.
Jadi Husam Musa guna strategi ini untuk memastikan dia dapat guna Pejabat Utama AMANAH (PAN/IKRAM) Kelantan. Malu markaz utama kena tawan belum bertanding. Macam mana nak tawan Kelantan daripada PAS??

Husam kata lagi
Jadi sebelum dia boleh hambat kita, kita kena cara dulu .Cara setahun ka, cara 10 tahun ka , selagi cara tak selesai Amanah akan gunakan bangunan tersebut. INI PENEGASAN AMBO.
Husam Musa guna teknik kotor dah lama. Lebai ada menulis sebelum ini anda boleh baca di sini.

Politik itu pada asalanya tidak kotor. Hari ini, terutama menjelang PRU-14 kita melihat aksi politik makin menyimpan daripada asalnya. Islam diketepikan, skularisme menyusut masuk, maka timbul MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

Sejarah Politik Dunia barat moden makin menjadi rujukan, politik Islam yang diajar Rasulullah s.a.w. kian dilupakan. Nama Niccolo Machiavelli tentu tak terlepas menjadi rujukan golongan profesional yang masuk terjah dalam dunia politik. Politik dan pemikiran serta praktikal politik kotor semacam menjadi kewajipan demi untuk mencapai kememangan.

Melalui buah pemikiran termasyur yang berjudul "The Prince" menjadi kitab rujukan golongan ini dengan slogan "Politik itu Bebas Nilai" dan agama itu diketepikan.Bagi Nicco, politik tidak boleh dikaitkan dengan etika atau moralisme. Yang penting darinya adalah bagaimana seorang (calon) mampu mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan. Maka di sini mulai STRATEGI POLITIK KOTOR menjadi agenda "kewajipan" untuk digunakan tanpa batas AGAMA.

Husam belajar semua ini dan dipratikkan. Ajaran Tok Guru Nik Aziz dia ketepikan.

Husam memikirkan cara baru. Cara baru ialah menyambung LIDAH SYAITAN, mengikut politik "Niccolo Machiavelli" dan mengenepitkan ajaran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

MATLAMAT MENGHALAKAN CARA, iaitu dengan membuat fitnah kepada PAS berkenaan dengan duit RM90 juta masuk dalam akuan PAS melalui Affin Bank.
Bukan itu sahaja Husam Musa mengepikan ajaran Islam bahawa orang yang membuat tuduhan mesti mengemukan bukti atas tuduhannya. Bagi Husam itu tidak penting asalakan dia boleh LANYAK PAS dan geng ULAMA dalam PAS.

Husam lebih suka cara politik barat, yang kena tuduh terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyaman orang membuat tuduhan. Bukan sahaja wang, malah orang kena tuduhan terpaksa menghabiskan masa untuk menyelesaikan kes ini di mahkamah.

Jika orang yang dituduh tidak menyaman, maka ini peluang dan modal untuk Husam Musa akan jaja diceramah-ceramahnya bahawa yang kena tuduh ini sebenarnya bersalah. Imej politik PAS akan menjadi makin tercalar. Dari segi politik Husam Musa akan berjaya dan politik kotor ini menepikan akan adanya hari Akhirat yang pasti setiap apa yang kita lakukan pasti Allah s.w.t. akan menghitungnya.

Ada yang berkata takkan Husam nak buat perkara seperti ini.

Saya berkata bai'ah talak isteri pun Husam langgar. Baiah dengan Allah pun Husam sanggup langgar apakan perkara tuduhan kecil seperti ini bagi Husam. Biasalah manusia apabila dendam menghantui diri akal menjadi sempit, pemikiran menjadi tidak waras dan nafsu menguasa segala-galanya.

Ini Gambar semasa dia nak mengampu Presiden PAS

Husam Musa juga tahu proses mahkamah memakan masa yang lama. Jika PAS sama Husam Musa masih sempat mengatakan ini benar-benar berlaku dalam ceramah-ceramahnya. Jadi sempatlah isu ini digunakan untuk PRU-14 nanti.

Perkara ini sudah sebut pada ceramah 6 Februari 2017 lalu bahawa bukti akan ditunjukkan pada PRU-14 nanti jika PAS tak bersama PAKATAN HARAPAN.

Selepas PRU-14 Husam Musa akan minta penyelesaian diluar mahkamah. Dia hanya mungkin membayar paling banyak RM30 ribu untuk penyelesaian diluar mahkamah kepada PAS. Berbaloilah dengan RM30k boleh LANYAK PAS dan imej PAS tercalar teruk.

Husam pernah menggunakan cara politik kotor ini kepada UMNO iaitu dengan membuat tuduhan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Dato' Pa memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ketika hampir PRU-13 lalu.

Dewan Ulama PAS Kelantan membantah cara ini tetapi Husam Musa berdegil dan meneruskan cara politiknya dan mengatakan dia akan tanggungjawab. Husam Musa mengenepikan arahan Dewan Ulama dan mengikut cara politik Pakatan Rakyat.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. PRU-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April 2013.

Sinar Harian 5 April 2013 telah menyiarkan berita penafian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dakwaan Husam Musa kononnya beliau memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri Kelantan. (sila rujuk di sini)

Sehubungan itu, Dato' Pa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

Husam tidak berbuat demikian kerana ini adalah strategi politik kotornya, kononnya nak selamatkan Kelantan dan membantah cara Ulama PAS bekerja yang dikatakan politik kuno yang berstratgi. Kononnya jujur dan ikhlas tak akan berjaya dalam dunia hari ini. Ini pemikiran sesat Husam Musa.

15 April 2016 Sinar Harian sekali lagi menyiarkan berita "Saman Tok Pa terhadap Husam selesai" (sila rujuk di sini)

Saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung dakwaan pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) kepada setiap ketua Umno bahagian di negeri itu selesai.
Keputusan itu dicapai selepas kedua- dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Husam membacakan pernyataan kekesalannya dan bersalaman dengan Mustafa selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nor Bee Ariffin sebentar tadi.

TIGA TAHUN isu ini bermain di Mahkamah. barulah Mahkamah boleh membersihkan nama Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Saya bukan nak membela UMNO tetapi saya bercakap diatas KEBENARAN, diatas fakta dan hujah. Inilah Husam Musa yang anda tidak kenali. Semasa dalam PAS dibuat perkara yang tak betul, apatah lagi bila diluar PAS bersama parti AMANAH (PAN/IKRAM).

Husam Musa ini jika bercaramah bercakap pasal agama, macam-macam nas dan hadis mengalahkan ulama silam, tetapi hatinya buruk, busuk dan perangainya sangat JAHAT. Suka berdendam. Tanya Sayuti Omar penulis upahan, kalau tak percaya. Sayuti masih hidup. Kalau tak jumpa engkau cari Zulaimi Kazim tokey Kopi Janda (dulu) tukang sponsor MSO sekarang ini. MSO akan cerita bagaimana Husam buat kepada dia semasa mereka kawan baik dulu sehingga Sayuti menulis SI BAJU PETAK.

Dia hendak menggunakan cara yang sama untuk PERKENA PAS.

Orang yang bodoh sahaja boleh percaya kerana orang bodoh tidak mempunyai maklumat yang benar dan Allah gelapkan hatinya supaya dia jahil dengan maklumat yang tidak benar, Nauzubuillah semoga Allah jauhkan kita daripada POLITIK KOTOR HUSAM BIN MUSA.

Kita memang nak Putrajaya. Kita memang nak jatuhkan UMNO. Tetapi kita ada ISLAM. Islam mengajar kita cara berpolitik yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Kini

Husam Musa nak guna tektik yang sama kepada PAS. Dia ingat dia cerdik. Dia tak lihat cerdiknya PAS. Dia kata PAS tak boleh guna bangunan tersebut sehingga mahkamah putuskan.

ok PAS tak guna bangunan itu.
PAS pula kata, AMANAH (PAN/IKRAM) jangan guna tanah PAS termasuk pijak!!

AGAK-AGAKnya HUSAM dan parti ISLAM BARU PAN/IKRAM akan GUNA JINnya tak dalam kes ini??
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 7, 2017 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Keputusan Pahang Tepat, FAM Patut Bantu Kedah Dapatkan Lesen Sementara AFC, Bukannya Salahkan Pahang - Jamal
siakapkeli.my

Lagenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir menyifatkan Pahang membuat keputusan tepat dengan menolak tawaran menyertai saingan Piala AFC walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap skuad tersebut menilai semula keputusan awal tersebut.

Malah, beliau turut menggesa semua pihak agar menghormati keputusan yang dibuat oleh Naib Juara Liga Super 2017 itu.

Katanya, dalam kemelut ini Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak wajar dipersalahkan kerana mereka sememangnya tidak layak secara merit dari awal sebaliknya hanya bertindak sebagai pengganti kepada pasukan Kedah yang yang tidak dapat beraksi akibat kegagalan mendapatkan lesen AFC.

"Pada pandangan saya, keputusan Pahang menolak tawaran menyertai Piala AFC tepat kerana mereka ditawar bukannya disahkan beraksi pada pertandingan itu.

"Pada masa sama, keputusan Pahang juga mungkin disebabkan beberapa faktor iaitu pasukan belum bersedia serta tidak mempunyai cukup masa untuk membentuk barisan terbaik.

"Bagi mengelak menjadi pasukan yang gagal mempamer aksi terbaik di Piala AFC hingga memberi kesan terhadap mutu bola sepak negara, PBNP berasakan lebih baik menolak tawaran itu.

"Bagi saya hanya barisan kepimpinan PBNP yang tahu prestasi pasukan hingga memutuskan untuk menolak tawaran selepas Kedah tidak dibenarkan beraksi," katanya.

Beliau yang juga pernah beraksi bersama skuad terkenal dengan jolokan Tok Gajah itu berkata FAM sepatutnya terlebih dahulu membantu Kedah mendapatkan lesen sementara daripada AFC bagi memastikan slot tersebut diisi oleh skuad Helang Merah yang layak beraksi secara merit.

"Bagi saya tidak adil mengambil tindakan terhadap Pahang dan ia sememangnya tidak sepatutnya dilakukan kerana Pahang bukannya layak secara automatik.

"Sebaiknya FAM mencari jalan penyelesaian terbaik iaitu membantu Kedah mendapatkan lesen bukannya bertindak untuk menghukum Pahang," katanya lagi.

FAM pada Sabtu lalu mengeluarkan satu kenyataan melalui Setiausaha Agungnya yang dimuat naik melalui laman web rasmi persatuan tersebut mengesahkan Pahang tidak akan beraksi dalam saingan Piala AFC pada tahun depan.

Sumber : myMetro

Skuad Tok Gajah Sah Kekal Tolak Tawaran Wakili Malaysia Ke Piala AFC 2018, JDT Wakil Tunggal
siakapkeli.my

Bermula daripada kegagalan Juara Piala FA 2017, Kedah untuk mendapatkan Lesen AFC yang menyaksikan mereka terlepas untuk mengisi satu lagi slot ke Pertandingan Piala AFC 2018 selaku wakil Malaysia, isu ini berlarutan menjadi antara kontroversi panas bola sepak negara untuk musim ini apabila Pahang yang ditawarkan tempat untuk menggantikan Kedah menolak tawaran tersebut.

Hari ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan rasmi oleh Setiausaha Agungnya, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang dimuat naik ke laman web organisasi tersebut mengesahkan dengan rasminya bahawa Naib Juara Liga Super 2017, Pahang tidak akan mewakili negara negara untuk saingan Asia tersebut pada tahaun hadapan.

Menurut FAM lagi, keputusan itu dibuat selepas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak memberi sebarang maklum balas terhadap tawaran yang dibuat oleh FAM sehingga tarikh tutup yang ditetapkan pada 30 November 2017.

Lebih menyedihkan, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan syarat bahawa slot yang tidak diisi oleh Pahang itu tidak boleh digantikan oleh mana-mana pasukan lain menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul sebagai wakil tunggul negara.

JDT selaku Juara Liga Super 2017 akan beraksi dalam pusingan kelayakkan Liga Juara-Juara AFC 2018, sekiranya gagal untuk menempatkan diri dalam saingan tertinggi kelab peringkat Asia itu, JDT secara automatik akan mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018.

Sekiranya JDT berjaya mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC, slot Piala AFC akan diisi oleh pasukan Selangor yang kini berada dalam senarai menunggu.

FAM turut memberitahu bahawa majlis undian Liga Juara-Juara AFC 2018 dan Piala AFC 2018 akan diadakan di AFC House, Bukit Jalil pada 6 Disember ini.

Sumber : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Isu Gaji Tertunggak, Gomez Cadang Bawa Kes Ke Mahkamah Manakala JDT Nafi Ada Berhutang Dengan Bekas Jurulatih
siakapkeli.my

Nampaknya isu antara bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez yang pernah membimbing pasukan tersebut muncul pasukan pertama dari Malaysia untuk merangkul trofi kelab Paiala AFC dengan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) masih lagi belum berakhir.

Pada 27 Ogos lalu, sebuah portal media tempatan berbahasa Inggeris pernah melaporkan bahawa jurulatih berusia 60 tahun itu mendesak agar JDT mencari penyelesaian segera untuk membayar tunggakkan gajinya atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Kontroversi tersebut akhirnya sampai kemuncak apabila baru-baru ini Gomez bercadang mahu membawa kes tersebut ke peringkat tertinggi dengan merujuk kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain berhajat mengheret TMJ khususnya ke mahkamah.

''Kami akan bertemu antara satu sama lain di mahkamah tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membayar gaji saya. Saya dan peguam saya sedang membuat persedian membawa kes ini ke FIFA.

''Saya akan menyerahkan beberapa dokumen sensitif kepada FIFA,'' kata Gomez seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online

Gomez bakal memulakan tanggungjawab sebagai jurulatih dengan menjadi pembimbing skuad Persib Bandung dalam saingan liga negara jiran tersebut pada musim depan.

Dalam pada itu PBNJ dan JDT melalui sebuah kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook kelab tersebut oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dibuat oleh Gomez.

Menurut Alistair Edwards, pihaknya pada awal tidak mahu memperbesarkan hal tersebut namun mengubah fikiran selepas Gomez bertindak membawakan perkara itu kepada pengetahuan umum.

Malah, Alistair Edwards turut menyangkal tuduhan yang dilemparkan oleh Gomez bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepadanya.

Ujarnya lagi, Gomez sepatutnya tidak bertindak sedemikian kerana mendakwa pembayaran gaji kepadanya dilakukan mengikut seperti perjanjian kontrak yang ditandatangani.

Berdasarkan sebahagian daripada kontrak tersebut, Gomez dikehendaki membayar gaji pembantunya iaitu Raul Longhi. Pada peringkat awal, Gomez bertindak membayar jumlah ini secara terus kepada Raul Longhi sebelum dia meminta kepada Setiausaha Kelab JDT pula yang membuat pembayaran terus tersebut.

Oleh itu bermula dari tahun 2015, Alistair Edwards memberitahu bahawa JDT telah membuat pembayaran tersebut secara terus kepada Raul Longhi melalui pemotongan gaji Gomez berdasarkan permintaan khususnya selaras dengan kontrak yang ditadantangani.

Melalui kenyataan tersebut juga, JDT menafikan dakwaan bahawa mereka tidak menjawab surat yang dihantar oleh Gomez kepada kelab tersebut.

Sebaliknya Alistair Edwards memberitahu bahawa surat yang ditulis di dalam bahasa Sepanyol tersebut sudahpun dijawab dengan sewajarnya oleh pihak JDT selain turut bertindak mendedahkan beberapa dokumen dipercayai ada kaitan dengan soal pembayaran tersebut.

Alistair Edwards pada masa yang sama turut menasihatkan Gomez agar mendapatkan nasihat undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan media.

Di akhir kenyataan tersebut, dilaporkan bahawa barisan peguam JDT telah pun bersedia dengan semua fakta dan asas yang kukuh untuk berhadapan dengan Gomez di mahkamah.

JOHOR Southern Tigers telah menambah 8 foto baru
FROM JDT WITH LOVE

Kami pada mulanya tidak mahu menimbulkan isu ini kepada umum tetapi disebabkan pihak Mario Gomez telah membuat kenyataan secara umum, kami tidak ada pilihan selain melakukan perkara yang sama.

Mario Gomez telah membuat kenyataan bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepada beliau. Ini sememangnya tidak benar dan merupakan tindakan tidak sepatutnya dari pihak Encik Gomez. Faktanya ialah sebahagian daripada kontrak Encik Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.

Encik Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Encik Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami untuk membuat pembayaran terus kepada Encik Longhi. Sejak 2015 JDT telah membayar komponen gaji ini secara terus kepada Encik Longhi daripada gaji Encik Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontrak Encik Gomez.

Encik Gomez juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kami tidak menjawab suratnya, kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia.

Saya nasihatkan beliau supaya dapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum merapu di media.

Kita ada saluran perundangan yang betul di mahkamah dan bukannya cuba menarik polemik kosong dengan memulakan perbicaraan melalui media.

Barisan peguam kami telah bersiap-siaga dengan segala fakta dan asas yang kukuh kerana kita yakin bahawa tindakan diambil sebelum ini adalah bertepatan dan selari dengan 'rules of law'.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

——

FROM JDT WITH LOVE

We do not intend to air this issue in public but because Mario Gomez has decided to so, we are left with little choice but to do the same.

Mario Gomez has made a statement that JDT owes him salary payments. This is simply not true and mischievous on behalf of Mr. Gomez. The fact is that as part of Mr. Gomez's contract with JDT he was required to pay the salary of his assistant Raul Longhi.

Mr. Gomez initially paid this amount directly to Mr. Longhi and then later he asked our club secretary to make the payments directly to Mr. Longhi. Since 2015 JDT has paid this salary component directly to Mr. Longhi from Mr. Gomez's salary as per his the specific request in line with Mr. Gomez's contractual obligations.

Mr Gomez has also made a false statement that we have not replied to his letter, we received the letter in Spanish and have replied accordingly. Do not try to cheat because this will tarnish you in Indonesia.

I advice him to get the correct legal advice before uttering rubbish to the media.

There is a proper channel in the legal system and hence shouldn't try to gather empty polemics by starting a trial via the media.

Our line up of lawyers are prepared with all the facts because we are confident that the actions taken are accurate in line with the rules of law.

Alistair Edwards, Johor Darul Ta'zim FC Technical Director

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Sumber : Johor Southern Tiger , The Malaymail Online

Sah, Tan Cheng Hoe Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 7 Dec - Penolong jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, sah dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebooknya sebelum ini.

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas perlantikan beliau menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu." tulis kenyataan itu.

Tan Cheng Hoe juga merupakan bekas jurulatih Kedah.

Semalam, Nelo Vingada membuat keputusan mengejut dengan meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan.

Jodoh Nelo Vingada Dengan Harimau Malaya Tak Panjang, Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta
siakapkeli.my

Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan Malaysia, Nelo Vingada sebentar tadi dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuada Harimau Malaya.

Keputusan Viganda atau dikenali sebagai 'The Proffesor' itu dibuat beliau sebagai tanggungjawab selepas mengalami beberapa siri kekalahan tanpa sebarang kemenangan dalam perlawanan semasa dibawah kendaliaannya.

Kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu sekali gus menamatkan kontroversi kedudukan jurulatih itu dalam skuad kebangsaan.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini," katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa dua pembantu yang dibawanya bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut melepaskan jawatan mereka iaitu masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

"Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini." tulis beliau.

Sumber: FAM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 7, 2017 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kemenangan adalah milik Allah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Menang dengan bergaya, atau menipu sampai berjaya. Kalah dengan mulia, pendam seribu duka. Semuanya berlaku di atas qudrat dan iradat Allah SWT. Perhitungan dan formula Allah tak tercapai oleh akal manusia. Usah ditanya mengapa ditakdirkan Allah begitu begini. Ikhtiar diberikan kepada makhluk, tadbir urusan Sang Khaliq, Teruskan ikhtiar, kemenangan hakiki terletak di negeri abadi. Hanya bersama Allah ia boleh dikecapi.

Kemenangan adalah milik Allah. Jika Dia belum mahu memberikannya kepada kita, maka kita takkan pernah memperolehnya. Kita selalu tertipu. Merasakan bahawa kemenangan itu milik kita, hak kita, bahawa dengan segala amal dan usaha yang kita lakukan, kita pasti menang. Sehinggakan kita terkeliru, tersilau mata. Memfokuskan kepada kemenangan, bukan pada amal dakwah yang berterusan.

Kita harus memahami realiti dakwah. Ia bersifat Robbani. Kita menyeru manusia kepada Allah, menegakkan hukum-hukum Allah. Dakwah ini bukan milik kita, ia adalah amanah. Amanah yang wajib kita sandarkan kepada-Nya. Apabila Dia menentukan bahawa sudah tiba masanya kita menang, maka pasti tidak ada yang dapat menghalang. Jika masih belum nampak bibit-bibit kemenangan, kita harus terus beramal dan berjihad tanpa sedikitpun meragui akan kehendak Allah.

Maka kemenangan, adalah sebuah anugerah Allah. Apabila Allah memberikannya kepada kita, itu bererti sudah selayaknya kita memperolehnya. Jika belum, ertinya kita belum layak memperolehnya. Boleh jadi kesediaan kita belum cukup untuk menggalas segala amanah-amanah pasca kemenangan tersebut. Maka masa, bukanlah sebuah indikator sesebuah kemenangan. Sekalipun sebuah perjuangan itu memakan masa puluhan tahun, bahkan ratusan tahun, belum menjadi penguat bahawa kita harus menang kerana ia adalah sebuah ketentuan Allah!

Kita tahu bahawa kita bukan pemula sebuah perjuangan menegakkan agama Allah. Kita adalah penerus kepada tali-tali rantainya. Dan hujungnya belum tentu kita. Kita mungkin akan bisa merasa kemenangan tersebut, atau kita mungkin mati sebelum tertegak agama ini di seluruh pelusuk bumi. Apa yang paling penting, kita mengambil posisi penerus dakwah yang tidak kenal henti berjuang dan tidak menggantungkan usaha kepada hasil.

Taujih Robbani itu selalu menyeru kita agar ikhlas dalam perjuangan. Tidak merasa besar dengan amal kita, tidak menggantungkan kekuatan pada jumlah kita. Lihat sahaja dalam kisah perang Hunain ketika Umat Islam itu ramai, namun Allah memberikan pelajaran dengan menangguhkan kemenangan untuk Umat Islam. Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai." [At-Taubah: 25]

Sudah tiba masanya kita tidak bermain-main dalam melaksanakan dakwah kerana Allah. Ketika Allah memilih kita untuk diberikan nikmat besar ini, janganlah kita mengabaikan dan menolaknya lalu menjadikannya sebagai tugas sampingan. Takut-takut apabila sampai masa kemenangan, kita tidak berada bersama-sama dalam angkatan yang memperjuangkannya.

Bersyukurlah, apabila Allah terus memberikan kesempatan dan ruang untuk kita beramal. Jangan dirisaukan akan kemenangan dan jangan dijadikan ia pelemah kepada amal, kerana KEMENANGAN ADALAH MILIK ALLAH!

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat". [An-Nasr: 1-3]

Kemenangan besar yang kita semua inginkan adalah kita mati dalam keadaan Allah meredhai kita, bahkan lebih istimewa kita gugur ketika sedang melaksanakan tugas-tugas dakwah.

Wallahua'lam.
...
http://wabillahagro.blogspot.my

Tiga jalan kejayaan disabda Rasulullah S.A.W

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SAHABAT Rasulullah bertanya dengan satu soalan:

يا رسول الله
ما النجاة
"Wahai Rasulullah, manakah jalan kejayaan?"

Satu soalan yang ringkas, tetapi pengertiannya adalah sangat dalam. An-Najah, kejayaan yang sering difahami dan digunakan sekarang ini sistem nilai kejayaan itu berdasarkan kepada kebendaan. Orang itu berjaya dalam hidup apabila dia jadi seorang yang kaya-raya, ada motor car besar, rumah, kemudahan-kemudahan lain ada pada mereka. Tapi Nabi tak jawab begitu, Nabi tak kata apabila ada rumah besar, apabila ada kekayaan, apabila ada kemudahan hidup, maka itu lah kejayaan, An-Najah.

Nabi kata, dia bagi tiga saja, ini perlu kita ambil perhatian. Yang pertama ialah

ابكي على خطيئتك
"Tangislah atas kesalahan-kesalahan yang telah kamu lakukan."

Nak berjaya, kita kena menangis kalau ada kesalahan yang kita lakukan. Tapi orang tak pernah diajar begitu, tak pernah ditonjolkan nilai itu, tangisan apabila kita bersalah, bertaubat kepada Allah S.W.T. Yang ini yang sepatutnya.

Yang kedua,
أمسك عليك لسانك
"Pelihara lidah."

Sebab lidahlah yang selalunya membawa kepada permusuhan, pergaduhan dan kucar-kacir dalam masyarakat disebabkan oleh lidah. Cuba tengok sekarang ini kita dah dekat dengan nak masuk pilihan raya, lidah berperanan, fitnah-fitnah cukup banyak, orang melepaskan cakap ikut sedap hati, orang itu tuduh orang ini penyamun, perompak, pencuri, penipu, semua itu berpunca daripada lidah.

أمسك عليك لسانك
"Kawal lidah kamu."

Bukan tak boleh, bukan tak boleh bercakap, tak payah bercakap, tak. (Tapi) bercakap hal baik saja.

من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik ataupun senyap."

Tak payah bercakap, ataupun kalau kita bercakap itu boleh, yang hai betul pun boleh membawa kepada pergaduhan, perselisihan, malapetaka, berhenti. Sebab itu ulama kata kalau hal baik dengan hal buruk itu sama je. Kalau kita cakap, ada kebaikan, ada keburukan, tak payah bercakap, berhenti dulu, tak payah bercakap, sebab bimbang keburukan itu akan mengatasi kebaikan dan masyarakat akan menjadi porak-peranda.
أمسك عليك لسانك

Dan yang ketiga yang Nabi bagi itu ialah
وليسعك بيتك
"Perluaskan rumah kamu."

Rumah jadi luas, lapang. Bukannya suruh buat rumah besar, bukan wajib kita buat rumah besar, kalau kita tak ada kemampuan, tak payah.
وليسعك بيتك

Maksud dia, kalau yang belum berumah tangga, dia seorang, perluaskan rumah ertinya dia berkeluarga, dia berkahwin mengikut syariat dan panduan yang diberikan oleh Allah S.W.T, oleh syariat. Lepas berkahwin, dia akan dapat keturunan, anak, anak banyak,
تزوجوا الودود والولود
"Kalau nak pilih isteri, pilih yang jenis anak ramai."

Itu termasuk dalam
وليسعك بيتك

Minta maaflah kalau kadang-kadang orang terasa juga, kahwin 15 tahun tak ada seorang pun lagi anak, kita pergi duduk ceramah bab ini, dia kecik hati tuan-tuan, dia rasa kita kata kat dia, padahal itu pesanan Nabi. Soal dapat anak, tak ada anak itu bukan kerja kita, itu kerja orang lain, jangan campur.

Tapi Nabi suruh
تزوجوا الولود
"Yang jenis mahu beranak banyak."

والودود
"Yang berkasih-sayang, bermesra, baik."

Semuanya kerana nak membina rumah tangga. Saya ulang balik,

ما النجاة

Semua kita nak kejayaan, tapi macam mana nak capai kejayaan? Kalau dalam Hadis itu dia mula dengan,

أمسك عليك لسانك
"Jaga lidah."

وليسعك بيتك
"Perluaskan rumah kamu."

Bina keluarga kamu mengikut panduan yang diberi oleh syarak.

وابك على خطيئتك
"Dan tangislah atas kesalahan yang telah kita lakukan."

Biasa orang buat taubat, menangis, dia nak ulang lagi perbuatan yang salah, sebab manusia ini tak boleh lari daripada melakukan kesalahan.

كل ابن ادم خطاء
"Setiap anak Adam bersalah."

وخير الخطائين التوابون
"Sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang mahu bertaubat kepada Allah S.W.T. "

Tuan-tuan dan saudara sekalian.

Melihat kepada Hadis pendek ini, dan melihat kepada panduan yang Nabi bagi, boleh memberi kepada kita panduan yang jelas mengenai hala tuju kehidupan kita, terutama kita yang terlibat dengan jamaah PAS ini, organisasi politik yang kita berjuang, yang kita pilih, yang kita yakin bahawasanya inilah satu jalan yang boleh membantu dan membawa kita menuju kepada kejayaan.

TUAN GURU HASHIM JASIN

...........

*Petikan transkrip oleh Pelatih Harakah, Zaid Mohd Adhar dari Kuliah Dhuha Siri Ke-2, Politik Islam, oleh Mursyidul Am PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada Ahad, 26 November 2017

Sirah Nabawiyyah dan berpolitik

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

BERSEMPENA dengan memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W pada bulan Rabiul Awal ini, umat Islam wajib mempelajari teladan dan contoh pelaksanaan Islam yang sempurna, sebahagiannya adalah aspek politik yang menjadi salah satu daripada peranan manusia diciptakan. Maka Allah menjadikan Rasulullah S.A.W adalah ikutan terbaik yang dipilih oleh Allah menjadi Rasul Akhir Zaman bagi sepanjang zaman dan dikuatkan dengan mukjizat ilmu daripada Al Quran.

Peranan Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dan keadilannya pula terhadap semua, sehingga melangkah perbezaan agama, bangsa dan negara, termasuk wajib berlaku adil terhadap musuh, walaupun di saat kemuncak kemarahan dan kebencian, kerana menyahut seruan Allah S.W.T:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah Al-Maidah: 8)

Perdamaian didahulukan walaupun terhadap musuh yang menceroboh supaya melihat Islam yang diamalkan secara langsung, bukannya teori sahaja atau cerita daripada golongan yang dengki terhadap Islam dan menganggapnya penghalang nafsu si zalim. Ini berpandukan firman Allah:

وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ الأنفال

"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Anfal: 61)

Pendekatan dakwah Nabi Muhammad S.A.W berusaha menyelamatkan manusia seramai-ramainya, dengan penuh kebijaksaan dan memilih cara terbaik tanpa paksaan. Walau apa jua halangan sekalipun, Baginda S.A.W terus beristiqamah dan tetap berpegang kepada Islam tanpa boleh dihanyutkan oleh pihak lawan yang paling zalim tanpa batas.

Berkat kesabaran bersama ketegasan beristiqamah menjadikan cahaya Islam menembusi hati yang layak mendapat hidayah dan tidak boleh dikalahkan oleh musuh yang tidak layak mendapat hidayah kerana takabur dan kezalimannya.

Perjuangan Islam terus mara ketika kuat dan lemah. Marhalah Makiyyah yang paling mencabar pada masa paling lemah kerana tiada negara yang menaunginya, yang ada hanyalah beriman kepada Allah bersama Islam dan percayakan janji Allah akan kemenangan dunia dan akhirat.

Apabila menghadapi halangan yang menekan dan menyekat perjalanannya, dakwah terus mara mengambil setiap kesempatan dan ruang, diizinkan berhubung dengan pihak yang masih tidak menerima Islam.

Allah mengizinkan hubungan bernama Tahalluf (bersefahaman), Himayah (mendapat perlindungan), Taawun (bertolong-menolong) dan berbagai pendekatan kerjasama dengan pihak bukan Islam, yang ada titik persamaan dalam menghormati hak kemanusiaan dan bencikan kezaliman, walaupun masih tidak mahu menerima Islam.

Rasulullah S.A.W tetap mengambil setiap ruang tersebut dan peluang untuk menyatakan Islam secara dakwah dan melaksanakan perkara yang boleh dilaksanakan walaupun dalam melakukan syiar ibadat sahaja dan menunjukkan akhlak yang mulia, meskipun belum lagi dapat menegakkan cara kehidupan sehingga berpolitik menegakkan negara.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang awal itu tetap teguh juga menyatakan Islam yang sempurna termasuk yang dihalang pelaksanaannya dan yang paling dibenci oleh musuh. Apabila Abu Talib, bapa saudara yang paling disayangi, disegani dan dihormati menyampaikan tawaran daripada pemimpin Makkah, mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W ditabalkan menjadi raja dan dijanjikan harta kekayaan, tetapi syaratnya terus mengekalkan dasar, konsep dan sistem jahiliah dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Maka Rasulullah S.A.W menolak dan menjawab dengan tegas:

يا عم، والله لو وضعوا الشمسَ في يميني، والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يُظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته. السيرة النبوية لابن هشام) 1/ 372(

"Wahai bapa saudara kesayanganku! Sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (menegakkan Islam) ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati sebelumnya (ketika masih dalam perjuangan), nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini." (Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam: 372/1)

Begitu juga Rasulullah S.A.W. menolak permintaan untuk menubuhkan kabinet bayangan sebelum kemenangan yang ditawarkan oleh Bani Amir. Baginda Nabi S.A.W juga menolak Bani Syaiban yang percayakan kebenaran Islam tetapi mahu menunggu kemenangan yang dilihat secara kenyataan tanpa bersedia menghadapi cabaran yang besar dalam perjuangannya.

Rasulullah S.A.W. hanyalah menerima golongan Ansar daripada Aus dan Khazraj yang berbaiah dan setia dengan baiahnya, sepertimana yang dinyatakan dalam firman Allah tentang mereka:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤ الأحزاب

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (24)" (Surah al-Ahzab: 23-24)

Inilah teladan perjuangan Islam yang beristiqamah. Inilah juga contoh yang wajib diikuti oleh semua ahli PAS yang ditubuhkan menjadi mata rantai perjuangan Islam yang tidak putus di sepanjang zaman. Teguh bersama aqidah, dasar dan matlamat perjuangan, serta bijak menangani pendekatan dakwah dan menghadapi cabaran perubahan semasa dan situasi, serta realiti masyarakat yang menjadi tujuan dakwahnya.

Langkah menyembunyikan cita-cita Islam hanya dalam keadaan darurat bagi golongan lemah yang disebut sebagai rukhsah, berpandukan firman Allah:

مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرٗا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٦ النحل

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripada Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar." (Surah An-Nahl: 106)

Adapun para pemimpin Harakah Islamiyah dan pengikutnya yang berada di medan perjuangan hendaklah memilih ketegasan menyatakan Islam secara terbuka walaupun akibatnya sangat mencabar, yang disebut azimah bagi menyontohi para Rasul Ulu Al-Azmi berpandukan firman Allah kepada Rasulullah S.A.W:

فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٩٤ الحجر

"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu." (Surah Al-Hajr: 94)

Firman Allah:

لَتُبۡلَوُنَّ فِيٓ أَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ وَلَتَسۡمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُوٓاْ أَذٗى كَثِيرٗاۚ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ١٨٦

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)." (Surah Ali-Imran: 186)

Inilah petunjuk Al-Quran dan Sirah Nabawiyah dalam aspek aqidah, dasar dan matlamat. Adapun pendekatan dan strategi yang berkait dengan perkara ijtihad memerlukan kebijaksanaan dalam menghadapi perubahan dan perbezaan zaman, yang berlainan situasi dan realiti yang ditunjukkan oleh Sirah Nabawiyah yang sangat berkait dengan Asbab Nuzul dan berlakunya Hadis Rasulullah S.A.W. dalam perkara furu'.

Semua para pemimpin dan ulama gerakan Islam di seluruh dunia adalah pelopor gerakan tajdid yang mengikut perkembangan dan perubahan zaman masing-masing dengan beristiqamah di atas dasar dan matlamat perjuangannya.

Adapun tajdid adalah mengikut keadaan yang berubah. Apabila tamat tempoh pendekatannya kerana masyarakat berubah dan berlakunya perubahan situasi, realiti dan isu. Maka pendekatan mereka hendaklah dikaji semula dan dilakukan muhasabah, bukan semuanya dijadikan nas yang tidak boleh diubah seperti Al-Quran dan Hadis dalam perkara asas. Namun, mereka yang terdahulu tetap disanjung kerana telah menunaikan janji dan baiah masing-masing sehingga akhir hayat beristiqamah.

Petunjuk yang kekal untuk diteladani ialah Sirah Nabawiyah dan mukjizat daripada petunjuk Al-Quran dalam perkara prinsip, konsep dan matlamat perjuangan. Maka hendaklah difahami di antara perkara asas yang disebut sebagai Thawabit iaitu perkara yang tetap teguh dan wajib beristiqamah di atasnya tanpa perubahan serta menjadi aqidah perjuangan dan wawasannya daripada dunia sehingga akhirat.

Selain itu, hendaklah difahami juga perkara yang wajib berubah yang disebut Mutaghayyirat yang berhubung dengan strategi dan pendekatan menarik seramai mungkin pengikut bersama Islam, berpandukan pesanan Rasulullah S.A.W kepada menantunya Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H yang berkobar semangatnya dalam peperangan Khaibar untuk menghadapi kaum Yahudi, musuh yang paling zalim. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda:

فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَم. متفقٌ عَلَيْهِ

"Demi Allah! Sesungguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah Allah (menerima Islam) lebih baik daripada kamu mendapat kenderaan paling mahal harganya"

Sikap terbuka Rasulullah S.A.W dalam menerima kebaikan dan akhlak mulia yang ada pada musuh, sembelihan kaum Yahudi itu dimakan dan kepercayaan kepada Taurat yang sebenar diiktiraf, namun tetap menolak kekufuran mereka dalam banyak perkara dalam kitab Allah seperti haramnya riba dan lain-lain.

Inilah politik matang dan sejahtera yang sinonim dengan konsep demokrasi yang mengizinkan PAS bersuara dan bergerak secara terpilih di Parlimen dan DUN. Di lapangan pula, PAS bersama rakyat dengan cara menijinakkan bukan meliarkan, berhujah dengan menerang bukan menyerang secara melulu dan tidak memutuskan hubungan dengan semua pihak berasaskan konsep ta'awun mengikut petunjuk Allah dan Rasulullah S.A.W.

وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ أَن صَدُّوكُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ أَن تَعۡتَدُواْۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة

"Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidil Haram itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)." (Surah Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah S.A.W:

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا) صحيح البخاري)

"Tolong saudara mu yang berlaku zalim atau dizalimi"

Pendekatannya ialah menyelamatkan si zalim supaya berhenti dan bertaubat dan selamatkan yang menjadi mangsa kezaliman dengan membela dan mempertahankan haknya. Mendahulukan kemaafan kepada yang bertaubat dan insaf, bukannya menghukum secara dendam. Inilah kunci yang membawa kejayaan ketika Fathu Makkah dengan berduyun-duyunnya datang menganut Islam.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 9 Rabiul Awal 1439 / 28 November 2017

Kewafatan Rasulullah dan kesinambungan perjuangan Islam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SUDAH menjadi lumrah kebanyakan umat Islam, setiap kali tibanya bulan Rabiulawwal maka mereka menyambut Maulidurrasul dengan pelbagai cara dan kaedah. Apa yang terbaik ialah menghayati dan memperingati perjuangan Nabi SAW untuk dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

Hari dan tarikh kelahiran Nabi SAW menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam dalam menentukannya dan pandangan yang kuat ianya berlaku antara 8 dan 12 Rabiulawwal tahun Gajah. Adapun tarikh dan hari yang tidak menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam ialah kewafatan Nabi SAW yang jatuh pada hari Isnin tanggal 12 Rabiulawwal tahun ke-11 hijrah.
Jika sekiranya tanggal kelahiran Nabi SAW adalah penting dan selalu dikaitkan dengan penyebaran ajaran Islam yang dibawa oleh baginda yang telah berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam, maka kewafatan Nabi SAW juga adalah satu peristiwa penting yang perlu diingati oleh umat Islam.

Setelah wafatnya Nabi SAW di rumah Aisyah RA, beritanya tersebar ke seluruh Madinah. Ia umpama halilintar yang mengejutkan para sahabat sehingga menjadikan mereka tidak dapat untuk mengawal perasaan kerana kesedihan yang teramat sangat. Ada antara mereka yang terduduk dan ramai yang terdiam tidak dapat mengeluarkan kata-kata kerana terlalu sedih dan dukacita.

Saidina Umar Al-Khattab RA keluar ke lorong-lorong Madinah sambil menghunuskan pedangnya menafikan khabar berita ini dan mengancam untuk menetak pedangnya ke atas sesiapa yang menyebarkan berita ini kerana khuatir ianya adalah cakap-cakap golongan munafiqin. Akan tetapi hatinya masih gundah, hanya seorang sahaja yang boleh menenangkan hatinya, tidak lain dan bukan ialah Saidina Abu Bakar RA, sahabat setia Nabi SAW.

Melihat keadaan yang terkucar kacir ini, Saidina Abu Bakar RA memberikan ucapannya yang masyhur: "Wahai manusia! Ketahuilah sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Hidup tidak mati". Lalu beliau membacakan ayat dari firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan bukanlah Muhammad itu melainkan seorang Rasul yang telah didahului sebelumnya rasul-rasul. Maka apakah jika sekiranya dia mati atau terbunuh di medan perang nescaya kamu memalingkan tumit-tumit kamu (dari ajaran Islam). Sesiapa yang memalingkan kedua tumitnya (dari ajaran Islam) maka dia tidak memberikan apa-apa mudarat terhadap Allah dan pasti Allah akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur". (Al-Imraan)

Tersentak Saidina Umar RA dan para sahabat RA yang mendengar ayat ini, seolah-olah baru pertama kali mereka mendengarnya sedangkan ianya sudah lama diturunkan oleh Allah, iaitu sejurus berlakunya peperangan Uhud mengingatkan umat Islam agar tidak berganjak dari perjuangan Islam.

Begitulah faqihnya Saidina Abu Bakar RA dalam memahami nas syarak dan menterjemahkannya ke alam realiti. Beliau telah menunjukkan satu sikap yang ditulis dengan tinta emas; bahawa perjuangan Islam ini tidak terhenti dengan kewafatan Nabi SAW, bahkan ianya mesti diteruskan walaupun baginda SAW sudah tidak berada di sisinya dan para sahabat yang lain. Justeru para sahabat bersepakat melantik beliau sebagai Khalifah menggantikan Nabi SAW untuk mengurus pemerintahan Islam dan memimpin ummah bagi meneruskan perjuangan baginda SAW. Pemerintahannya hanya dua tahun tiga bulan, akan tetapi ia memberikan kesan yang sangat besar kepada sejarah Islam yang diingati sehingga ke hari ini. Langkahnya yang telah berjaya menstabilkan pemerintahan Islam daripada golongan murtad yang mengikut nabi-nabi palsu dan mereka yang khianat ke atas pemerintahan Islam menjadi pemangkin kepada pemerintahan Saidina Umar SA selepas itu untuk melakukan banyak perubahan-perubahan dalam sistem pemerintahan Islam, dalam masa yang sama meluaskan pemerintahan Islam dengan mengalahkan Rom dan Parsi.

Begitulah seterusnya, amanat yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar RA diingati oleh umat Islam zaman berzaman sehinggalah kita berada di zaman kegelapan umat Islam pada hari ini. Sudah 1428 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita, di tengah waqi' umat Islam yang berkecamuk. Nyawa mereka tidak ada nilai di mata manusia lain; ratusan ribu yang dibunuh di Afghanistan, Iraq, Bosnia, Arakan dan lain-lain lagi. Nyawa mereka juga dipertaruhkan demi untuk mencapai cita-cita musuh-musuh mereka sendiri sebagaimana di Syria, Iraq dan Yaman. Hak-hak mereka dinafikan seperti di Palestin dan Kashmir. Syariah Islam direndah-rendahkan sehingga terpaksa mengemis dengan penganutnya sendiri untuk dilaksanakan. Ajarannya ditakut-takutkan dengan dilabel pelbagai label-label yang jelek. Umat Islam yang memperjuang dan mempertahankan hak mereka dilabel sebagai pengganas sedangkan perampas hak mereka digelar sebagai pendamai.

Di tengah kabus yang meliputi umat ini, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan walaupun musuh-musuhnya melakukan pelbagai perancangan untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Mereka (musuh-musuh) Islam mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Sedangkan Allah memenuhi cahayanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir". (Al-Saff) Ianya terbukti apabila cahaya Islam menembusi tembok-tembok pemikiran di Barat dan Timur sehingga Islam menjadi agama yang paling cepat tersebar. Malang yang menimpa umat ini pasti akan ada cahaya kemenangan di hadapannya; umpama ucapan seorang penyair Arab: "Jika rakyat mahu kepada kehidupan maka ketentuan terpaksa mengikutnya. Malam yang gelap akan tiba penghujungnya dengan terbitnya fajar. Tangan-tangan yang digari akan berkecai juga garinya bila tiba masanya".

Walaupun 1428 Rasulullah SAW telah wafat akan tetapi perjuangannya akan diteruskan oleh umatnya yang dipilih oleh Allah yang akan ada di sepanjang zaman sehinggalah pada masa yang ditentu dan ditetapkan oleh Allah SWT. Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: "Akan tetap ada di kalangan umatku satu kumpulan yang menegakkan kebenaran, musuh-musuh mereka tidak boleh menghina mereka sehinggalah datangnya urusan Allah SWT (Qiamat)." (Hadis Sahih).

Mudah-mudahan Allah menggolongkan kita berada dalam kumpulan yang dipelihara oleh Allah ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
15 Rabiulawwal 1439 / 4 Disember 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 7, 2017 7:41 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tambang sekolah naik lagi RM20 tahun depan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


IPOH, 5 Dis — Tambang bas sekolah dijangka naik sehingga RM20 sebulan di bandar susulan peningkatan kos operasi, kata persatuan pengusaha bas sekolah.

Presidennya berkata penambahan RM10 pula bagi kawasan luar bandar akibat kos alat ganti yang naik antara 50 hingga 80 peratus, lapor mStar Online.

"Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk membolehkan mereka terus bernafas dan memberikan perkhidmatan," kata Mohd Rofik Mohd Yusof.

Tambang bas sekolah di bandar sekarang sekitar RM80, manakala RM60 bagi kawasan luar bandar.

Namun, tambahnya, pengusaha bas perlu berbincang dengan ibu bapa dahulu sebelum menaikkan harga tambang.

Mohd Rofik juga menyeru kerajaan agar memberi subsidi minyak diesel sebanyak RM1 seliter kepada kira-kira 18,000 pengusaha bas di seluruh negara.

Kanak-Kanak Perempuan Tersepit Kepala Di Katil Urut

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang katil urut mengundang padah apabila kepalanya tersangkut hampir setengah jam sebelum dapat dikeluarkan.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Mohd Shahlan Amrin berkata kejadian berlaku di kedai spa yang diusahakan ibu mangsa di Kampung Melayu, Kayu Ara, dekat Pontian dekat sini hari ini.
Keluarganya memanggil pihak bomba pada kira-kira 4 petang setelah mereka gagal mengeluarkan kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu.

"Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bermain dengan adik perempuannya dengan masing-masing memasukkan kepala di dalam lubang tersebut.

"Adiknya dapat mengeluarkan kepalanya, tetapi kepala mangsa tersangkut," katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahlan berkata bomba terpaksa membesarkan lubang katil berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.
Mangsa, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan, katanya. – BERNAMA

Sheila: Rakyat bosan, marah diperah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Nampaknya seorang demi seorang selebriti mula bersuara di luar lingkup bidang mereka iaitu seni dan hiburan.

Sebelum ini pelakon Fathia Latiff membela Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan dia dipersoal sesetengah pihak, termasuk pegawai Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor, yang menasihatkan golongan seni agar tidak menjadi alat pembangkang.

Hari ini giliran penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid pula. Walaupun tidak bercakap soal politik secara langsung, apa yang disuarakan itu menjadi perbincangan khalayak politik sehari-hari.

Menerusi Twitter hari ini, Sheila mengeluh tentang keadaan ekonomi negara yang dirasakannya buruk - suatu pendapat yang pastinya dikongsi ramai rakyat Malaysia.

"Makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan pula kurang.

"Rakyat Malaysia sudah bosan dan marah kerana diperah akibat hutang yang bukan berpunca daripada kami," katanya tanpa merujuk mana-mana pihak.

Namun apabila bercakap tentang hutang, tentulah fikiran kita mudah terarah kepada skandal 1MDB yang suatu ketika dulu mengumpul jumlah hutang yang besar.

Antaranya sejumlah AS$1.2 bilion yang perlu dibayar secara dua peringkat kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) beberapa bulan lalu.

'JASA kata Sheila meroyan'

Sheila yang mendapat jolokan Ratu Jazz Malaysia itu berharap pihak yang bertanggungjawab agar tidak lagi mencipta alasan dan menuding kesalahan, sebaliknya memulihkan kembali keadaan negara.

"Tumpu perhatian kepada tugas untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul. Mengecewakan," katanya lagi.

Sheila menulis luahan tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, dan setakat ini sudah mendapat 3,429 retweet.

Pastinya tulisan tersebut akan mengundang reaksi setuju dan membantah daripada pengguna Twitter lain, namun apa yang menarik perhatian ia turut mengundang respon Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz (gambar).

"Dah biasa mewah, itu yang meroyan. Kalau ikut kenyataan dia ini, (negara) Eropah sekarang off track. Lebih teruk kadar pengangguran dari Malaysia," katanya dalam satu balasan, sambil melampirkan statistik pengangguran yang disiarkan laman statista.com.

Menurut statistik setakat Mei 2017 itu, Greece mempunyai kadar pengangguran tertinggi dengan 22.5 peratus diikuti Sepanyol 17.7 peratus, manakala German dan Republik Czech memiliki kadar terendah pada 3.9 dan 3 peratus.

Sebagai perbandingan, laman itu menyatakan kadar pengangguran Malaysia pada 2016 adalah 3.45 peratus.

"Negara kita di landasan yang betul. Sendiri buat hutang, sendiri bayar. Siapa pula buat hutang yang you kena bayarkan pula?" soalnya lagi.

Sementara itu Dr Mahathir turut memberikan reaksinya selepas membaca tweet Sheila itu.

Azwan Ali: Pergi jahanam, Sheila Majid

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Selebriti kontroversi Azwan Ali menyelar tindakan penyanyi terkemuka negara, Datuk Sheila Majid yang membangkitkan keluhan berkaitan kos sara hidup rakyat.

Azwan berkata beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan ratu Jazz negara kerana menurutnya Sheila merupakan artis yang beliau segani dan hormati.

"Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam).

"Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral," katanya sewaktu ditemui di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71 2017, di PWTC, hari ini.

Penyanyi popular Sheila Majis menarik perhatian warga Internet apabila beliau mengeluh kos hidup yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter.

Pendirian tegas penyanyi Sinaran itu kini menjadi tular di Internet. Ia dilihat sebagai tamparan hebat kepada Umno kerana dibuat menjelang perhimpunan agung Umno di ibu negara yang bermula hari ini.
Kenyataan itu muncul selepas rakan artis Fathia Latiff membela bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdepan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara pada 90-an yang tidak memihaknya.

Bercakap kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal atas talian, Azwan berkata, kenyataan Sheila itu seolah-olah membunuh diri sendiri memandangkan Sheila mendapat banyak keuntungan dari kerajaan BN.

"Dia sebagai seorang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan sedemikian, ia membunuh diri.

"Ia (kenyataan Sheila) tidak akan jejaskan BN. Najib tidak perlu artis sangkak untuk menang pilihan raya. Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak," kata Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA.

Zahid AF beri komen umum

Sementara itu, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 37, pula ketika dihubungi hanya mahu memberikan ulasan umum.

"Saya akui kos sara hidup hari ini tinggi tetapi ini sebenarnya membuatkan kita akan lebih berusaha.

"Maksudnya untuk hidup yang lebih selesa dan tak sepatutnya kita kecam, komen atau beri pendapat negatif di laman sosial Facebook.

"Saya tidak berpihak kepada mana-mana tapi sebagai rakyat Malaysia sudah tentu kadang-kadang mereka ada suara untuk sesuatu perkara.

"Tetapi sepatutnya kena lebih terbuka dan jangan hanya sasar kepada satu-satu pihak saja disebabkan apa yang kita rasa," kata Zahid kepada Malaysiakini.

Bicara Akhlak - Perkara Besar Yang Dipandang Kecil

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Ada kalanya redha dengan kehidupan yang susah dan sederhana itu lebih baik dari hidup mewah yang menjadikan kita togho (melampau) dan akhlak jadi tidak tentu hala.

Ketika hidup orang Melayu di tahap susah dahulu, masing-masing tahu berjimat. Baju dan buku sekolah tetap dipelihara untuk diguna semula. Kalau tidak untuk diri sendiri, mungkin untuk adik beradik, saudara mara atau jiran tetangga.

Apabila tabiat buruk ini tidak dicegah ketika ia bermula sedikit masa dahulu, kini tabiat ini sudah membentuk habitat.

Ya... habitat pelajar yang sudah tidak lagi terdidik... yang sudah tidak lagi kenal batas jantina.., sudah jadi sombong dan pemboros.

Semua ini ada kaitan dengan kemewahan rezeki yang telah Allah kurnia. Lihat sahaja motosikal dan kereta yang diberikan ibubapa, lihat sahaja jenis gajet mereka.

Semua ini ada kaitan dengan sikap liberal dan 'tidak apa' oleh ibubapa, saudara mara dan jiran tetangga. Sekarang ini nak tegur mereka pun sudah tidak berani.

Sekarang ini guru disiplin, ketua kampung, imam masjid bahkan saudara mara sendiripun cuma boleh 'tengok' sahaja mereka bercengkerama, bahkan merokok di depan pagar sekolah.

Itu belum masuk lagi 'acara' gila selepas habis periksa. Lelaki perempuan sewa hotel atau berhimpun di 'private house' yang di'hadiahkan' oleh ibubapa. Beramai-ramai mereka meraikan 'hari akhir' persekolahan selepas SPM.

Apabila diserbu, ada yang dengan selamba saja menempelak penguatkuasa yang itu adalah hak 'peribadi' mereka.

Dengan rokok dan arak di tangan, dengan pakaian tidak cukup kain dan lelaki perempuan ramai-ramai duduk 'bersentuhan' rapat-rapat di atas katil, mereka masih katakan itu hak peribadi mereka???

Inikah anak-anak 'pintar' yang sudah sangat yakin dan terjamin akan masuk universiti selepas SPM? Pasti benarkah yang mereka ini tidak akan masuk sekolah lagi (mungkin perlu tingkatan 6) sehingga pakaian sekolah harus dimusnah?

APAPUN JANGAN TERKEJUT DENGAN SEMUA INI KERANA PELBAGAI TARIAN SEKSI, LAKONAN LUCAH, NYANYIAN CINTA BERAHI SUDAH PUN DI'AJAR'KAN DAN DIPERSEMBAHKAN DALAM ACARA RASMI SEKOLAH. TENTUNYA ITU LAH JUGA 'MINAT' SANG GURU.

ADA YANG BARU NAK ANJURKAN SOLAT BERJEMAAH DI SEKOLAH PUN SUDAH DITENTANG DENGAN LANTANG.

Sesungguhnya kita sudah tiada masa untuk berpolitik tentang ini. Yang perlu hanyalah tindakbalas segera untuk mencegah dan memberhentikan segalanya.

WARGA PRIHATIN

Kredit untuk mereka yang mengengahkan isu ini berserta gambar-gambar sebagai bukti. Semuga ia mampu mengetuk pintu hati ibubapa dan generasi muda kita.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 7, 2017 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Macam mana Khalid nak tolong PAS, Umno serentak?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PAS menganggap kenyataan terbaru bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai janggal.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya melihat pendirian Khalid yang "menyokong Umno" untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak sehaluan dengan sikap beliau kepada PAS.

"Kenyataan beliau menyokong Umno dalam PRU ke-14 dan pada waktu sama menyokong PAS juga adalah perkara janggal, kerana PAS dan Umno saling berlawanan dalam konteks politik," katanya yang dihubungi Malaysiakini dari Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Semalam, Khalid - yang pernah dibayangkan bakal menyertai PAS oleh sesetengah pemimpin parti itu - muncul bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Konvensyen Umno Selangor.

Program itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Khalid hadir bersama seorang lagi bekas menteri besar yang pernah menyertai PAS - sebelum berhijrah ke PKR dan kembali semula ke pangkuan Umno - Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Khalid ialah bekas bendahari agung PKR dan disegani sebagai tokoh korporat yang berjaya membuat gerakan mengejut - digelar Dawn Raid - menguasai syarikat Sime Darby pada 7 Sept 1981.

Percaturan politik PKR menyaksikan beliau diketepikan oleh aliran perdana parti terbabit sebelum beliau akhirnya dipecat pada 2014.

Langkah itu membawa Khalid lebih akrab dengan PAS, terutama presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sokong Umno lawan PAS

Menjelang himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus, pemimpin PAS mendakwa akan ada kejutan diumumkan pada program itu membabitkan penyertaan tokoh terkenal ke dalam parti.

Ketika cakap-cakap semakin kencang, Khalid memang membuat kemunculan di Fastaqim 2.0 namun menegaskan beliau kekal sebagai anggota parlimen bebas.

Ketika di Konvensyen Umno Selangor semalam, Khalid menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor bagi menghadapi kerajaan negeri yang dibentuk bersama oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara serta wakil PAS.
Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, setakat petang ini turut menyiarkan penjelasan dibuat Khalid mengenai kehadirannya di majlis Umno semalam.

Kata Khalid pendiriannya itu dibuat untuk memperjuangkan agenda utama memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.

Ahmad Zahid pula memberitahu pemberita tiada keperluan mana-mana pihak mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid serta bekas menteri besar lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya parti itu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim bagaimana menegaskan Khalid berhak untuk menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya wajar dan PAS menghormati pendirian berkenaan.

Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, keadaan politik semasa meletakkan PAS akan menentang Umno dalam pilihan raya akan datang.

"Justeru, (jika Khalid) menyokong Umno bermakna (beliau) menentang PAS," katanya ringkas.

Saya masuk UMNO? Ini jawapan bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau masih lagi Ahli Parlimen Bebas.

Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dan Pas demi perpaduan serta kepentingan rakyat Selangor.

"Perjumpaan saya dengan Datuk Seri Noh Omar (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor) bersedia untuk bekerjasama serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.

"Saya akan menggunakan pengalaman dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor untuk mereka memilih parti yang layak serta terbaik untuk meneraju Selangor.

"Untuk pengetahuan saya masih lagi Bebas saya rasa ada baiknya saya masih lagi Ahli Parlimen Bebas agar rakyat Selangor tidak khuatir dengan tujuan saya. Malah bukan masanya untuk saya masuk UMNO," katanya sekaligus menjawab teka-teki kehadirannya pada Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ditanya sama ada kerjasama ini juga merupakan perancangan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Khalid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu, beliau datang ke konvensyen tersebut untuk sama-sama berterima kasih atas kerjasama sepanjang saya menjadi menteri besar.

"Rakan di Pas juga saya akan tolong dan beri kerjasama kerana mereka juga banyak membantu saya ketika melaksanakan tugas menteri besar.

"Selain daripada itu, kerjasama ini untuk perpaduan ummah dan bukan untuk mendapatkan kerusia pada PRU14," katanya.

Kehadiran Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang ke Konvensyen UMNO Selangor itu menjadi tanda tanya sama ada beliau telah menyertai parti keramat Melayu tersebut.

Turut kelihatan Khalid duduk di atas pentas sebaris dengan kepemimpinan kanan UMNO Pusat dan Selangor.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, December 03, 2017 11:05 PM
Subject: Fw: Pilih PAS, Dimana Presiden, Takziah, Khatan, Khalid Hati Sama PH

PAS lega Khalid Ibrahim hadiri konvensyen Umno kata Iskandar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PAS berkata parti itu berasa 'lega' apabila bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadiri Konvensyen Umno Selangor semalam.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata dengan kehadiran anggota parlimen Bandar Tun Razak itu, kini jelas Khalid berada di pihak parti pemerintah.

"Saya berasa lega Tan Sri Khalid Ibrahim muncul di Konvensyen Umno dan apa yang penting sekarang adalah kita tahu beliau berada di pihak yang mana (Umno).

"Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Khalid akan menyertai PAS tetapi hari ini jelas beliau cenderung kepada Umno," kata Iskandar kepada Malaysiakini.

Iskandar berkata demikian mengulas kehadiran Khalid ke Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Khalid membuat penampilan mengejutkan di Dewan Merdeka PWTC bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan perasmian pada acara yang diadakan secara tertutup itu.

Turut hadir seorang lagi bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Zahid juga memberitahu pemberita tiada keperluan bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan kewajaran Umno Selangor melibatkan Abdul Khalid, serta bekas MB Selangor yang lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya.

Tuduhan berniat jahat

Malah, Abdul Khalid pada sidang media selepas menghadiri konvensyen Umno Selangor itu turut mengumumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

"Saya akan kerja untuk tolong Umno, saya juga beritahu rakan-rakan dalam PAS. Saya beritahu rakan-rakan PAS yang telah menolong saya, saya tolong juga mereka untuk penyatuan ummah," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau mahu mengekalkan hubungan dengan kedua-dua parti PAS dan Umno atas dasar untuk memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.

Khalid juga mengulangi pendirian beliau untuk tidak berhasrat bertanding dalam PRU14 dan akan kekal sebagai anggota parlimen bebas.

Mengulas kenyataan itu, Iskandar yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor menegaskan ia sama sekali tidak masuk akal.

"Rakyat Selangor telah dua kali menolak Umno iaitu pada 2008 dan 2013, jadi tidak ada sebab untuk PAS mendekati Umno di Selangor.

"Umno menyerang PAS bertubi-tubi di Selangor melalui Tan Sri Noh Omar dan pimpinan lain. PAS dan Umno berperang mulut di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Tidak masuk akal Umno dan PAS akan bekerjasama di Selangor," katanya.

Iskandar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata dakwaan kerjasama itu sebenarnya berniat jahat.

"Mereka yang berkata PAS akan tubuh kerajaan negeri dengan Umno sebenarnya berniat jahat.

"Tuduhan itu bertujuan untuk merosakkan kredibiliti PAS," tegas Iskandar.

Khalid Ibrahim sedia bantu Umno, PAS pada PRU14

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

"Saya akan kerja untuk tolong Umno, saya juga beritahu rakan-rakan dalam PAS. Saya beritahu rakan-rakan PAS yang telah menolong saya, saya tolong juga mereka untuk penyatuan ummah," katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagagan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Digesa menjelaskan pendiriannya, Khalid berkata beliau telah mengekalkan hubungan dengan kedua-dua parti itu dengan agenda utama untuk memastikan kemajuan berterusan untuk rakyat Selangor.

"Perpaduan umat Islam maksudnya dualah. PAS saya ada. Umno pun saya ada. Tak ada orang katakan saya asingkan. Saya tolong orang yang bangunkan negeri Selangor," katanya.

Pada masa yang sama, Khalid juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat bertanding dalam PRU14 dan akan kekal sebagai anggota parlimen bebas.
Terdahulu, Khalid membuat penampilan mengejutkan di Dewan Merdeka PWTC bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan perasmian pada acara yang diadakan secara tertutup itu.

Zahid memberitahu pemberita tiada keperluan bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid, serta bekas MB Selangor yang lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya.

"Kenapa perlu pertikai? Tan Sri Khalid kita tahu hatinya tetap merah dan biru.Kita tetap menghargai.

"Tan Sri Muhammad Taib bertukar rumah agam dua kali sebelum ini, akhirnya rumah agam yang dipilih merah," katanya merujuk kepada seorang lagi bekas menteri besar Selangor yang turut hadir semasa sidang akhbar berkenaan.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Taib, keluar Umno pada 2013 untuk menyertai PAS.
Beliau kemudiannya meninggalkan PAS untuk menyertai PKR pada tahun 2015 sebelum kembali ke pangkuan Umno pada September lalu.

Khalid, yang kini Angota Parlimen Bandar Tun Razak, sebelum ini mengetuai kerajaan Selangor tetapi kemudian dipecat daripada PKR pada tahun 2014.

Sejak itu, Khalid dilihat menghadiri banyak acara PAS termasuk dua muktamarnya, serta perhimpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu pada bulan September.

Pada masa itu, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata ketika beliau menyokong perjuangan PAS tetapi tidak berhasrta menyertai parti itu.

Khalid sebelum ini menjadi ahli Umno selama hampir 30 tahun sebelum menyertai PKR pada 2006. Beliau menjadi menteri besar Selangor yang pertam daripaa PKR selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada PRU12.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 7, 2017 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pekerja stesen minyak selamatkan bayi disyaki mahu dibuang

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Seorang pekerja sebuah stesen minyak di sini menyifatkan kejadian beliau diserahkan seorang bayi lelaki oleh seorang wanita yang baharu sahaja melahirkan bayi itu petang semalam sesuatu yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 25, berkata beliau gembira tindakannya memujuk wanita berusia 30-an itu yang baharu sahaja keluar daripada tandas stesen minyak itu kira-kira pukul 2.15 petang dengan membawa 'sesuatu' yang berbungkus dengan kain batik agar diserahkan kepadanya akhirnya berhasil.

"Memang dia marah tetapi saya tidak jemu-jemu memujuknya agar benda berbungkus yang saya yakin ia adalah bayi yang baharu dilahirkan kerana terdengar tangisan agar diserahkan kepada saya kerana khuatir wanita itu akan berbuat sesuatu yang di luar jangkaan.

Jika tidak lakukan sesuatu, saya khuatir wanita itu akan buang bayi itu dan disebabkan itulah saya tidak henti-henti memujuknya walaupun dimarahi dan saya lega sebaik saja dapat memeluk bayi itu dan terus membuat laporan polis sebelum bayi itu di hantar ke hospital untuk rawatan dan penjagaan," katanya ketika ditemui pemberita di stesen minyak berkenaan di Baling, Kedah hari ini.

Nurul Shuhada berkata selepas menyerahkan bayi berkenaan, wanita itu sempat berpesan agar menjaganya dengan baik sebelum memandu sebuah kenderaan Proton Waja dalam keadaan kesakitan dan keletihan

Polis siasat sembunyi kelahiran, uji DNA

Sementara itu Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffuddin Yusuf berkata polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

"Bagi kes semalam, kita sedang menyiasat dan mengesan wanita itu termasuk melalui ujian perbandingan darah bayi itu untuk tujuan (ujian) DNA," katanya.

Beliau berkata bayi berkenaan kini sedang menerima rawatan di Hospital Baling dan dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak, berkata, JKM Baling akan mendapat Perintah Hak Perjagaan Sementara mengikut Seksyen 25( 2) ( A) Akta Kanak- Kanak 2001 Pindaan 2016 daripada Mahkamah Sesyen Baling .

Beliau berkata, bayi ini akan ditempatkan ke Rumah Kanak Kanak Taman Bakti Kepala Batas bagi memberikan perlindungan sewajarnya.

- Bernama

Pelajar Orang Asli Muncul Juara Catur Remaja Wanita Asia Tenggara
siakapkeli.my

Pelajar Orang Asli melakar nama sebagai pemain catur remaja wanita pertama negara selepas berjaya memenangi dua pingat emas Kejohanan Peringkat Umur Catur Asia Tenggara kali ke-18 di Kuantan, semalam.

Lanida Dahlan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya, Pahang, muncul pemenang kategori 'standard' dan 'rapid' bawah 14 tahun berkumpulan dalam kejohanan sembilan hari itu.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia mula berjinak dengan dunia catur sejak berusia lapan tahun sebelum membabitkan diri secara aktif menyertai persatuan catur sekolah.

"Ketika di sekolah kebangsaan saya menyertai persatuan catur dan bermain secara konsisten.

"Ada guru yang mahir permainan ini mengajar kami bermain dengan teknik dan taktikyang betul.

"Apabila ke sekolah menengah, saya nampak potensi dalam diri lalu bermain secara serius dan menyertai beberapa kejohanan," ujarnya.

Lanida yang bercita-cita meraih gelaran Grandmaster catur pertama negara berharap impian itu dapat direalisasikan nanti dengan meningkatkan mutu permainan bagi melayakkannya menerima pengiktirafan tertinggi Organisasi Catur Dunia (FIDE).

Kejohanan bermula 25 November lalu, menyaksikan dua lagi pemain catur negara Veronica Mahdan, 16, dan Erni Sharira Yusri, 15, merangkul pingat perak dan dua gangsa.

Sumber- Harian Metro

Pemancing Maut Selepas Cuba Ambil Umpan Kesayangan Tersangkut Pada Kabel Elektrik
siakapkeli.my

Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mahu mengambil umpan tiruan untuk memancing yang tersangkut pada kabel elektrik di Kampung Bukit Temalong, Gunong, Bachok, hari ini.

Mangsa yang dikenali Muhammad Sarwan Mohd Sabri, 22, ditemui dalam sawah padi di lokasi kejadian pada 4.30 petang semalam.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Kanan II Ibrahim Mohd Rohni, mangsa seorang diri ke sawah berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi untuk menjolok umpan tiruan yang tersangkut pada kabel elektrik petang kelmarin.

"Kami dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa, lelaki itu cuba menarik umpan tiruan yang disayanginya kerana selalu mendapat ikan.

"Selepas umpan itu tersangkut, dia pulang dan datang kembali membawa galah aluminium untuk mengambil umpan berkenaan.

"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjolok umpan yang tersangkut menyebabkan dia terjatuh dalam sawah yang mempunyai air sedalam 0.3 meter," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelas beliau lagi, abang kepada mangsa yang mencari adiknya di lokasi kejadian, menemui mayat Muhammad Sarwan dalam air sebelum membuat laporan polis.

Difahamkan, polis memaklumkan kepada bomba yang meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memeriksa arus elektrik dalam air.

"Selepas TNB mengesahkan tiada arus elektrik dalam air, kami mengangkat jenazah mangsa dan diserahkan kepada pihak polis.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa berhubung kejadian itu.

"Kita masih menunggu laporan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya.

Sumber- Harian Metro

Bingung Anak Tak Balas Whatsapp, Rupa-Rupanya Hilang, Hanya Tinggal Moto Terbalik Tepi Jalan
siakapkeli.my

BATU PAHAT- "Saya tertanya-tanya juga punca anak saya tak balas atau baca mesej Whatsapp. Saya sangka sedang menunggang motosikal," ujar Haslan Hamidan, 45.

Menurut Haslan, anaknya, Nur A'liyah, 16 terakhir kali berbalas mesej dengannya ialah pada jam 6.55 pagi semalam dan mesej yang dihantar sekitar jam 7.04 pagi tidak dibalas mahupun dibaca anaknya.

Jelasnya, lebih mengejutkan apabila dia turut menerima khabar melalui panggilan telefon daripada Balai Polis Yong Peng pada pukul 9.30 pagi yang menemui motosikal miliknya di tepi jalan tanpa kelihatan kelibat anaknya yang mesra dipanggil Along.

"Jika diikutkan, ketika kejadian Isnin lalu, Along akan duduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen memandu di Batu Pahat, selain turut bercuti daripada kerja sambilannya di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng.

"Saya yang ketika itu sedang bekerja di Subang, Selangor, terkejut dengan panggilan itu dan bergegas pulang ke Yong Peng. Saya terus ke balai polis untuk mengetahui perkara sebenar dan pegawai penyiasat memaklumkan yang anak saya hilang, selain motosikal ditemui di Jalan River Estet, Yong Peng, berkeadaan masih baik," katanya.

Haslan berkata, dia juga membuat semakan pendaftaran di hospital, namun nama anaknya tidak termasuk dalam senarai nama pesakit dan kini dia sekeluarga bingung dengan kehilangan anaknya itu.

Katanya, dalam masa sama dia turut memeriksa bilik dan semua barangan anaknya tidak hilang malah ada beberapa pakaian yang siap dibasuh.

"Apa dibawa hanyalah beg sandang yang biasanya diisi dengan telefon bimbit serta alat soleknya.

"Cuma yang saya bimbang, ada beberapa rakan baik Along kata dalam beberapa hari ini, seperti ada orang mengekorinya sehingga ke rumah. Buat masa ini saya tak syak sesiapa malah polis masih kategorikan kes sebagai orang hilang dan usaha untuk mencarinya masih dilakukan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya kini giat mencari mangsa berdasarkan laporan yang dibuat oleh keluarganya.

Sumber- Sinar Harian

Pencuri Ferrari kantoi tak tahu nak isi minyak

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


FERRARI 458 Spider berharga $300,000 (RM1.23 juta) yang dicuri dari sebuah pusat servis di Costa Mesa, California dua minggu lalu, ditemui polis selepas pencuri terbabit 'mengemis' meminta wang daripada orang ramai untuk mengisi minyak kereta berkenaan.

Israel Perez Rangel, 38, ditahan di Santa Ana selepas dia memandu kereta mewah itu ke sebuah stesen minyak dan meminta wang daripada orang ramai untuk membeli minyak, Khamis lalu.

Menurut Fox News, polis yang dihubungi datang ke stesen minyak terbabit kerana berasa pelik seseorang memandu kereta mewah, mengemis untuk membeli minyak.

Jurucakap Jabatan Polis Santa Ana, Anthony Bertagna, berkata apabila ternampak polis, lelaki itu melarikan diri namun dia berjaya ditahan dalam semak berdekatan sebuah hotel.

"Walaupun sudah membeli minyak, namun dia tidak tahu bagaimana untuk membuka penutup tangki bagi mengisi minyak," katanya.

Ketika ditemui, kereta berkenaan rosak teruk dengan bampar retak, sistem gear rosak dan kesan muntah pada badan kereta.

Kereta itu dilapor dicuri selepas pemiliknya, Susan Friedman, mendapati ia tiada di pusat servis Ferrari & Maserati di Newport Beach, Costa Mesa.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berjaket Ferrari memandu keluar kereta itu selepas menemui kunci ditinggalkan di atas kerusi. Pekerja pusat servis itu tidak menyedari kereta berkenaan hilang selama 24 jam.

Rangel mempunyai rekod jenayah, termasuk mencuri kenderaan, memilik dadah, melawan ketika ditahan, mencuri di kedai, memiliki senjata bahaya, menyerang dan memandu dengan cara bahaya.

Susan Friedman yang mendapat bayaran kerosakan kereta itu daripada syarikat insurans, kemudian Lamborghini Huracan model 2018.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 7, 2017 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rakyat Semakin Celik Pentingnya Pas Meneraju Perubahan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Kelmarin ada 3 perkara yg menarik dan merangsang minda saya berhubung politik negara yang dinamik sifatnya.

Pertama adalah laporan Malaysian Insider yang diketahui media kegemaran Pakatan Harapan bertajuk "Cheers For PAS Reflects Grassroot's Sentiment". Ia menceritakan suasana di Kongres PKR kelmarin ketika nama parti PAS disebut, delegasi yang mewakili akar umbi PKR di seluruh negara memberikan tepukan gemuruh berbanding bila disebut DAP dan PAN yang hanya diberikan 'mild claps' atau tepukan ala kadar.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bila ditanya wartawan berhubung senario itu langsung tidak berselindung bila berkata itulah gambaran sentimen akar umbi PKR.

Perkara kedua adalah semakin meningkatnya tentangan dan kritikan terbuka dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP sendiri dan masyakat cina terhadap kepimpinan tertinggi DAP yang diketuai oleh anak beranak Lim.

Kelmarin saya menerima beberapa foto menunjukkan sepanduk yang dipegang oleh sekumpulan rakyat dari kaum Cina yang saya percayai berlaku di Pulau Pinang. Sepanduk itu dengan keras meminta Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang supaya pulang saja ke Melaka. Ini mungkin babak awal tentangan masyarakat cina tempatan kepada kepimpinan Lim itu. Dalam masa yg sama saya menerima foto sepanduk yg lain di insiden yg lain dipegang oleh sekumpulan kaum Cina yang mempertahankan ADUN DAP yang kini diberikan tekanan meletak jawatan hanya kerana melaksanakan amanahnya bersuara demi kepentingan pihak rakyat yang diwakilinya.

Ini konsisten dengan tamparan keras yang diberikan oleh bekas Pengerusi DAP Johor yang dengan lantang menyatakan perasaan kesal kerana membuka pintu kepada pemimpin DAP Pusat masuk ke Johor. Beliau menggelarkan pimpinan DAP Pusat sebagai "Soviet Madhouse" yang terjemahan literalnya Rumah Orang Gila Soviet. Soviet adalah sebuah negara komunis di era SovietUnion sebelum berlaku perpecahan yang mewujudkan negara-negara seperti Rusia, Ukraine dan lain-lain. Pengerusi DAP Kedah pernah menyebut perkara yang sama.

2 hari lepas, Dr. Bala Chandran, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat menalipon saya dengan nada yang amat ceria. "Tuan Hj, I'm on the way back from a programme in Kerteh. I have a great news for you!!!". Saya teruja dan tanya apa dia berita besar itu dan dia minta saya tunggu sebab nak ceritakan secara berdepan.

Dr. Bala hadir ke Surau Al Ikhlas Durian Burung di program pelancaran Persatuan Kepolisan Komuniti oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu dan bercerita kepada saya bahawa dia didatangi oleh seorang penyokong dan pendokong tegar DAP (beliau menyebut staunch supporter), yang tiba-tiba memberitahu Dr. Bala bahawa dia baru sedar setelah berfikir panjang bahawa untuk selamatkan Malaysia, tak boleh tanpa PAS. Mesti PAS yang berada di hadapan. Tanpa PAS takkan berjaya. Kalau ada PAS tapi PAS duduk belakang sebagai pak turut pun tak jadi juga. Mesti PAS dilihat berada di hadapan. Baru boleh berjaya dan dapat sokongan yang cukup untuk tumbangkan BN yang rosakkan negara!

Saya tanya Dr. Bala, yang berkata demikian, pendokong DAP dari kaum India kah? (sebab saya tahu ada gelombang besar penolakan kepimpinan keluarga Lim di kalangan ahli DAP dari kaum India).

Saya teruja bila dijawab tidak, orang berkenaan seorang DAP dari kaum Cina. Allahu Akbar!

Peristiwa ke tiga kelmarin saya dimaklumkan berlangsung satu program utama PAN peringkat nasional di Selangor. Mungkin dibayangi berita-berita perkembangan dalam PKR dan DAP, saya dilaporkan kesugulan, suasana hambar dan tidak ceria dan aura negatif yang mungkin ditanggapi oleh yang berada di sana membuat laporan dan liputan.

Bayangan tahap ketidakpastian halatuju semakin jelas. Tak apalah. Ini karakter golongan kecewa yang sudah berulang-ulang kisah sepertinya dalam lipatan sejarah.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kelihatannya sedikitpun tidak terganggu dengan kenakalan para 'pembencinya'. Sekalipun ditohmah sudah hilang upaya kononnya kesan dari jatuh sakit yang lalu, fikiran murobbi ini sudah 'tidak sihat', ternyata buah buah pemikirannya semakin tajam, tepat dan semakin diminta oleh masyarakat antarabangsa. Bulan ini saja berucap untuk ratusan ribu pendokong gerakan Islam di Bangladesh, sekarang tetamu utama di Turki.

Saya yakin segala perencanaan Allah SWT yang sedang dizahirkan satu persatu adalah amat besar hikmahnya kepada kita semua.

ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Kekuatan Pas Yang Sebenar Bermula

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

(Firasat Almarhum Dato' Ustaz Harun Taib,sebelum meninggalkan kita terhadap PAS sedang benar2 berlaku)

Apa Yang Sedang Berlaku Dalam PAS sekarang adalah TAPISAN DARIPADA ALLAH

Sekarang ni bising dan hingar bingar cakap-cakap yang mengatakan "habislah PAS kali ini, siapa lagi nak bersama dengan PAS, golongan bijak pandai dalam PAS telah tidak terpilih masa muktamar baru ni, sebahagian mereka ni nak menubuhkan parti baru, habislah PAS, ramailah nanti yang akan bersama mereka" dan berbagai-bagai versi ungkapan negatif, celaan dan hinaan dikenakan keatas PAS dan pimpinan PAS sekarang.

Saya teringat satu peristiwa yang saya yakin masih segar dalam ingatan kita semua. Muktamar PAS kali ke59 yang diadakan pada 22 hingga 24 Nov 2013 yang bertemakan "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan Al Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS telah diamanahkan oleh muktamar untuk berdoa ketika penutup Muktamar.

Antara doa Al Marhum Tuan Guru Harun Taib ialah;
الَّلهُمَّ عَلَيكَ بِأَعدَاءِ الحِزبِ الِإسلَامِيِّ فِي الدَّاخِلِ وَالخَارِجِ

"Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Parti Islam didalam dan diluar".

Doa itu segera mendapat perhatian sesetengah perwakilan yang menganggap hal itu merupakan satu isu kritikal yang perlu diambil perhatian oleh ahli.

Sehari sebelum Muktamar penuh bermula, di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Muktamar Dewan Ulama meluluskan usul mengenai "Pemikiran Islam Dan Pluralisma Yang Menyesatkan ",menyentuh aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang disifatkan sebagai gerakan yang menyebarkan fahaman Islam liberal.(Harakah 25-28 Nov 2013)

Sekembalinya saya dari muktamar, saya terus mengadap Al Marhum dan bertanya "Ustaz! Mengenai doa yang Ustaz baca semasa penutup tu, musuh luaran ana fahamlah, tapi apa maksud Ustaz mengenai musuh dalaman ni sehingga doa itu ditujukan sama dengan musuh luaran?"

Al-Marhum TG Harun Taib dalam keadaan tidak berapa sihat tapi apabila dikemukakan soalan tersebut terus menjawab pertanyaan saya dengan penuh semangat dan nada yang sangat tegas dan yakin;

" Din, kalau anta umur panjang, anta akan tengok Allah Ta'ala akan bersihkan PAS dari semua anasir-anasir yang merosakkan Pas dari dalam!"

"Anta kena faham, PAS adalah jamaah Islam tulin yang menepati ciri-ciri jamaah Islam yang Allah dan RasulNya jelaskan sifat-sifatnya dalam Quran dan hadith. Allah tak akan redha Pas berada dalam keadaan yang ada sekarang ini melainkan Allah akan bersihkan Pas!"

Al-Marhum seperti biasa akan mendatangkan hujahnya dengan AlQuran atau hadith lalu Al-Marhum membacakan kepada saya ;

مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ

( Ayat 179 Surah Ali- Imran)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar."

Saya suka untuk menyalinkan di sini beberapa sedutan tafsiran ulamak mengenai ayat ini.

1) Mujahid berkata "Pada saat terjadi perang Uhud itu Allah membezakan antara orang-orang mukmin dengan orang-orang munafiq"

2) Qatadah berkata "Allah membezakan mereka melalui jihad dan Hijrah."

3) Ibnu Abas dan kebanyakan mufassirin mengatakan ayat ini ditujukan secara umum kepada orang kafir, orang mukmin serta kepada orang munafiq.

4) Syed Qutb mengatakan "Nas AlQuran ini memastikan bahawa bukanlah urusan Allah dengan keagungan UluhiyahNya dan bukan perbuatan sunnahNya untuk membiarkan saff Islam bercampur aduk tanpa dilakukan penapisan di mana orang munafiq bersembunyi di sebalik pengakuan beriman dan memakai simbol Islam.."…

"…Semua itu menghendaki supaya saff kaum muslimin dicairkan untuk mengeluarkan kotorannya, ditekan supaya runtuh batu bata bangunan yang rapuh kemudian disiasat untuk mengetahui bahagian-bahagian dalamnya dari segala sudut dan bahagiannya."

"Oleh kerana itu,adalah menjadi urusan Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bukan menjadi urusanNya untuk membiarkan kaum mukminin berada dalam keadaan seperti sebelum terjadinya goncangan ini"

Sebaik saja saya teringat akan doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib dan ayat 179 Ali- Imran yang dibacakan pada saya dan memerhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pas ini,maka fahamlah saya kenapa Dato' Seri Tuan Guru Presiden menjawab soalan wartawan yang bertanya beliau adakah tidak bimbang setelah terdapatnya ahli parti yang bertindak meletakkan jawatan.

TGHAH mengungkapkan dengan senyuman "Untuk pembersihan Parti dengan sendirinya!". Ungkapan itu diucapkan apabila wartawan bertanyakan Tuan Guru Presiden soalan tersebut ketika menghadhiri Majlis Eidul Fitri Badan Perhubungan PAS Terengganu pada hari Khamis 28 Syawal 1436 , 13 hb Ogos 2015.

Akhirnya saya menyeru ahli-ahli dan pemimpin PAS jangan bimbang dan bersedih dengan apa yang berlaku sekarang dan yakinlah dengan Allah sepenuhnya bahawa Allah sentiasa memelihara PAS dan Allah akan melakukan pembersihan berterusan dalam Pas selagi mana jamaah kita berada dilandasan yang benar.

Saya juga menyeru sahabat-sahabat dan bekas pemimpin Pas yang masih menjadi ahli Pas agar bertenang, bersabar dan terus Istiqamah di dalam PAS dan jangan biarkan diri kita ini menjadi antara yang ditapis oleh Allah dari jamaah ini.

Hj Zainuddin Abu Bakar
AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat
1 Zulqaedah 1436

Isu Baitulmaqdis: "Pergi Cari Ibu Negara Sendiri Lah", kata Faizal Tahir Sambil Tag Trump & Netanyahu
siakapkeli.my

7 Dec - Pemuzik tempatan, Faizal Tahir, sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti yang selalu mengambil berat tentang isu-isu yang melibatkan negara Palestin.

Tidak terlepas pandang isu Presiden AS mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Faizal Tahir menyuarakan rasa tidak puas hati di laman Twitternya hari ini.

"Baitulmaqdis akan selalu menjadi ibu negara Palestin.

"Pergi cari ibu negara sendiri lah @netanyahu @realDonaldTrump." tulis Faizal bersama tagging akan Netanyahu dan juga Donald Trump.

Sebelum ini, presiden AS, Donald Trump mengambil tindakan mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan Trump itu menyebabkan kemarahan banyak pihak dan mencetuskan rusuhan di bandar itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, turut mengecam tindakan Trump itu di Twitter beliau.

Joko Widodo: Indonesia Bantah Keras Tindakan Amerika Angkat Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel
siakapkeli.my

Presiden Indonesia, Joko Widodo membantah sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada hari Rabu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pengiktiraf secara rasmi mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Indonesia menentang keras mengenai pengakuan pihak Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya dalam ruangan Twitter miliknya harini.

Jelasnya, pengakuan itu melanggar resolusi DK serta Majlis Umum PBB.

"Saya dan rakyat Indonesia tetap konsisten bersama rakyat Palestina dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-haknya," tambahnya.

Joko Widodo
✔ @jokowi
Indonesia mengecam keras pengakuan sepihak Amerika Serikat terhadap Jerusalem sebagai ibu kota Israel. Pengakuan itu melanggar resolusi DK dan Majelis Umum PBB. Saya dan rakyat Indonesia tetap konsisten bersama rakyat Palestina dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-haknya -Jkw

Sumber - Twitter

Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

KEPUTUSAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang pada Rabu mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditolak Perancis.

Presiden Emmanuel Macron menegaskan status Baitulmaqdis hanya boleh ditentukan antara Palestin dan Israel dalam rangka perundingan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya sudah menyatakan dengan jelas kepada Presiden Trump ketika pertemuan kami dua hari lalu.

"Status Baitulmaqdis melibatkan soal keselamatan antabarangsa dan komuniti antarabangsa," kata Macron ketika mengadakan lawatan di Algeria pada Rabu.
Macron menegaskan lagi, keputusan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan semua resolusi PBB.

"Keputusan Trump akan ada kesan hanya terhadap pentadbiran negara Amerika Syarikat, tetapi saya tetap tidak bersetuju.

"Perancis akan terus komited terhadap keamanan dalam rantau ini, dan tidak akan mengubah pendirian kami untuk melihat dua negara ini, iaitu Palestin dan Israel, mencapai persetujuan," kata Macron.

Sebelum ini, Turki turut memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv dipindahkan ke Baitulmaqdis.

Presiden Reccep Tayyip Erdogan menegaskan, Israel dan Amerika Syarikat bakal berdepan kemarahan umat Islam seantero dunia.

Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Anak2 perempuan kecilnya dengan berani memegang bendera Palestin & mengecam

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Gambar ini di ambil beberapa minggu lalu oleh keluarga Palestine yang rumah mereka di geledah oleh Tentera Rejim Zionist Israel di sebabkan salah seorang anak empunya rumah tersebut membaling batu kepada Tentera Zionist. Setelah di geledah, mengejutkan Tuan Rumah, anak perempuan kecilnya & beberapa kawannya dengan berani memegang bendera Palestin & mengecam Israel sebagai penjajah zalim & haram.

Keberanian mereka patut menjadi contoh kepada kita yang semakin hari semakin bacul walaupun untuk mempertahankan agama, bangsa mahupun tanah air sendiri. Sudahlah di permain serta memperlekeh agama & bangsa sendiri, malahan tanah air sendiri pun tidak di perduli dengan mengajak kuasa asing masuk campur dalam urusan negara.

Hari ini mungkin akan menjadi sejarah hitam buat rakyat Palestin & Umat Islam khususnya. Hari ini jika benar berlaku seperti mana yang di cita oleh Israel, kemungkinan besar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengisytiharkan Baitul Muqaddis sebagai Ibu Negara Israel, pengisytiharan yang menjadi noda hitam dalam sejarah dunia Islam.

Ternyata jika berlaku jelas menampakkan lemahnya dunia Islam yang membisu di atas kekejaman Israel. Qiblat pertama Umat Islam di rampas ketika negara Arab sibuk berperang sesama mereka, sibuk membeli senjata berbilion ringgit & memperkuatkan kuasa hanya untuk kekenyangan hempedu & tengkuk pemerintah yang langsung tidak peduli nasib umat Islam & rakyat Palestine khususnya.

Doakanlah kesejahteraan buat Palestin & rakyatnya serta hancurkan kekejaman, kezaliman serta kerakusan rejim Zionist Israel. Sedarkanlah pemerintah dunia Islam khususnya dunia Arab yang segala tindak tanduk mereka sekarang tidak lain & tidak bukan hanyalah merugikan umat Islam semata - mata.

Syaiful Hizam

Peguam negara Donald Trump dedah aset AS$3.5 bilion berkait 1MDB dibekukan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Peguam Negara AS Jeff Sessions mendedahkan fakta tersebut di 'Global Forum on Asset Recovery' dan menyebutnya pada minit 4.26. – Foto AFP

Malaysia mendakwa tiada wang yang hilang dalam skandal 1MDB namun Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump mengatakan ia "menahan" aset bernilai AS$3.5 bilion daripada dana pelaburan negara yang dimulakan Perdana Menteri Najib Razak tersebut.

"Sebagai contoh, hampir separuh daripada AS$3.5 bilion hasil rasuah yang kami tahan adalah berkaitan dengan hanya satu tindakan penguatkuasaan.

"Tindakan itu mempunyai kaitan dengan dana kekayaan Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB. 1MDB diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi jangka panjang demi kepentingan rakyat Malaysia, namun digunakan untuk perbelanjaan mewah [lavish spending]" kata Peguam Negara AS Jeff Sessions pada Global Forum on Asset Recovery pada 4 Disember di AS.

Beliau menggelar skandal 1MDB sebagai "kleptokrasi paling buruk" dan berkata lebih AS$4.5 bilion dana pengubahan wang haram melalui urus niaga yang kompleks oleh beberapa syarikat bayangan dari Switzerland dan Singapura ke Luxembourg dan AS.

"Tetapi pegawai yang didakwa rasuah dan sekutunya dilaporkan menggunakan dana untuk berbelanja mewah: AS$200 juta untuk harta tanah di California Selatan dan New York AS$130 juta dalam hasil seni AS$100 juta dalam label musik Amerika. Termasuk A$265 juta kapal layar. Yang mana keseluruhannya bernilai AS4.5 bilion."

"Jabatan Kehakiman AS kini berusaha untuk memberikan keadilan kepada semua mangsa skim ini," katanya. – Majalah Review Malaysia – MRM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: