Tuesday, December 19, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4874

8 Messages

Digest #4874

Messages

Tue Dec 19, 2017 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cikgu Azizan dilepaskan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan guru dikenali sebagai Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini, Oktober lalu, dan hari ini sepatutnya menjadi hari pertama proses perbicaraan. Azizan diwakili peguam Francis Pereira.

Lebih 300 orang yang menyokong Cikgu Azizan termasuk guru dan penduduk sekitar Taman Semarak, selain wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi tadi.

Mereka bersorak apabila Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik.

Cikgu Azizan ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan berkenaan dan memberi jaminan kes berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus mendidik.

Terharu, Ratusan Warga Pendidik Hadir Ke Perkarangan Mahkamah Tanda Sokongan Kepada Cikgu Azizan
siakapkeli.my

19 Dis - Seperti kita ketahui, kes Cikgu Azizan telah berakhir sebentar tadi selepas mahkamah Majistret Seremban telah membebaskan beliau daripada sebarang pertuduhan selepas dipercayai kes telah ditarik balik oleh waris murid terlibat.

Namun, apa yang begitu mengharukan adalah sokongan daripada ratusan orang ramai, warga pendidik yang hadir ke perkarangan mahkamah dan sokongan penuh daripada pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia(NUTP) sendiri.

Mereka memenuhi perkarangan Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan bagi memberikan sokongan moral kepada Cikgu Azizan untuk beliau menghadapi hari perbicaraannya hari ini.

Cikgu Azizan atau nama sebenarnnya Azizan Manap sebelum ini dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menampar pelajarnya yang dikatakan menghidu gam, membuli pelajar lain dan ponteng sekolah. Ibu bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis mendakwa Cikgu Azizan di bawah akta Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Berikut adalah kronologi kes Cikgu Azizan yang dipetik dari sumber Pendidik2u.

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:
Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
Buli.
Memukul murid lain.
Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula, Cikgu Azizan dibebaskan daripada sebarang pertuduhan, Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Sumber: Pendidik2u

Protes Kementerian Pendidikan Dengan Tidak Memberi Undi Kepada BN

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Amat memualkan sikap Kementerian Pendidikan yang berlepas tangan dalam kes yang dihadapi Cikgu Azizan. Sepatutnya sebagai 'ayah', kementerian membela dan membantu 'anaknya'. Tetapi tidak. Kementerian dengan Menterinya sekali membiarkan apa yang akan terjadi kepada Cikgu Azizan.

Agaknya kementerian tidak membela, kerana Cikgu Azizan bertindak menampar pelajar yang bertindak agresif terhadapnya. Itu tidak pernah disuruh oleh kementerian. Jadi, apa kehendak kementerian sebenarnya dalam kes seperti itu?

Memang Kementerian mahu guru diam saja jika murid memaki dan mengherdiknya. Kalau diludahi, sapu saja air liurnya. Apabila diserang oleh murid dan ibu bapa mereka, buka saja langkah 1000? Kalau dipukul, lindunginya saja diri dengan buku-buku.

Itulah SOP yang diharapkan Kementerian. Atas sebab itulah, sebagai guru aku dedahkan apa yang berlaku di sekolah sekarang? Jika ada 100 orang guru di sebuah sekolah, hanya 2 orang guru yang peduli dalam menghadapi masalah disiplin pelajar yang kronik, seorang HEM dan seorang Guru Disiplin. Cikgu Azizan adalah Guru HEM di sekolahnya.

Dua orang inilah dengan berat hati mengawal masalah disiplin 1 000 orang pelajar. Manakala 98 orang guru lagi tak mampu nak ikut SOP Kementerian. Cara selamat, pejam saja mata. Itulah apa yang berlaku di sekolah sekarang.

Saya guru. Saya ada di sekolah bersama pelajar. Punca gejala sosial hari ini adalah sikap Kementerian. Pekerja Zoo pun dapat pembelaan, bantuan perubatan dan insurans jika dicederakan harimau. Tetapi bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, nasib kamulah guru cari ubat sendiri, cari peguam sendiri, cari belanja sendiri jika diterkam harimau-harimau.

Aku yakin Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan PAS/GS mampu memberi layanan yang baik kepada guru-guru. Dan aku optimis Kerajaan PAS/GS yang Membangun Bersama Islam mampu membanteras gejala social dan membina generasi mulia.

#UP
#NekadMempertahankanIslam

# MAMPUCenter

#SolidaritiUntukCikguAzizan

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

'Cikgu Azizan, kami di belakang anda'

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


"ANAKKU Sazali tidak akan berulang." Itu pendirian Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak Md Fakarudin Ab Rahman apabila ditanya mengenai kes guru sekolah itu, Cikgu Azizan atau Azizan Manap, 44, yang tular di Facebook (FB).

Menurutnya, pihaknya mewujudkan solidariti menyokong Cikgu Azizan selepas mengetahui guru itu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memukul muridnya pada Oktober lalu.

Beliau tidak menyangka ia mendapat sokongan secara meluas bukan saja dari ibu bapa, tetapi juga penduduk sekitar dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan menjadi tular di FB.

"Saya memulakan solidariti menyokong Cikgu Azizan bukan kerana nak jadi hero, tetapi menghormati guru sebagai pendidik. Sokongan itu bukan bersifat peribadi sebaliknya demi melihat kemenjadian murid mendepani aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

"Dalam hal ini, kita bukan mahu mencari salah sesiapa tetapi sekadar memberi sokongan. Kalah atau menang bergantung kepada keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Fakarudin berkata, pihaknya turut mewujudkan hashtag buat guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu seperti #pray4cikguazizan dan #anakkusazalitidakakanberulang.

Katanya, solat hajat dan taklimat turut diadakan di Masjid Al-Azim Taman Semarak, Nilai, selepas solat Isyak malam tadi dan kira-kira 100 orang terdiri daripada ibu bapa, ahli kariah dan NUTP hadir.

Beliau menjangkakan 300 guru, ibu bapa dan masyarakat setempat hadir memberi sokongan kepada Cikgu Azizan yang akan menghadapi perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Seremban, esok.

Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan dalam kenyataan menzahirkan simpati terhadap apa yang berlaku kepada Cikgu Azizan.

Jelasnya, iGuru memberi sokongan penuh dan bersolidariti kepada guru terbabit atas usahanya mendidik dan mendisiplin murid.

"iGuru berharap ibu bapa dan mahkamah dapat menyelesaikan isu dengan penuh bijaksana dan harmoni serta adil. iGuru berharap ibu bapa tidak terburu-buru membuat pendakwaan dan sewajarnya mencari jalan muzakarah atau perbincangan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menggesa warga guru menjaga imej dan profesion agar martabat guru dihormati dan disegani.

Kes Cikgu Azizan: Kami Sekeluarga Tertekan, Kami Akan Jelaskan Semuanya Esok - Waris Pelajar
siakapkeli.my

Bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa menghadapi masalah disiplin sehingga menyebabkan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan diheret ke mahkamah masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan.

Menurutnya, dia mendakwa menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak selepas kes berkenaan menjadi tular di Facebook (FB).

"Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenar yang berlaku, esok. Sekarang ini kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan," katanya.

Disamping itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak Md Fakarudin Ab Rahman, memohon agar orang ramai tidak terus menyalahkan keluarga murid terbabit dan melakukan sebarang spekulasi berkenaan isu tersebut.

"Bapa murid terbabit membuat laporan polis apabila diminta pihak hospital berbuat demikian selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan.

"Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur undang-undang sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya.

Jelasnya, mereka sekeluarga berserta murid tersebut harus diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan tenang dan masyarakat harus berhenti menyalahkan mereka.

Tambahnya, pihaknya bersedia menyelesaikan kes di luar mahkamah, namun tetap bersyukur kes berkenaan sudah selesai.

Hari ini Mahkamah Majistret Seremban, melepas tanpa membebaskan Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya itu pada 6 April lalu.

Sumber - Harian Metro

Saya Tidak Sama Sekali Akan Berdendam, Saya Maafkan Anak Murid Saya
siakapkeli.my

"Saya tidak berdendam, dan Alhamdulillah kes ini selesai," itulah yang diucapkan Cikgu Azizan setelah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Azizan Manap, 44 sebelum ini dituduh mencederakan pelajarnya, Oktober lalu telah dibebaskan selepas ibu bapa pelajar berkenaan menarik balik petuduhan tersebut.

Berliau berkata, pihaknya tidak akan berdendam sama sekali serta telah memaafkan anak muridnya itu.

Jelasnya, beliau bersyukur dengan keputusan berkenaan dan memberi jaminan kes berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus mendidik.

Cikgu Azizan turut berterima kasih terhadap rakyat Malaysia serta rakan-rakan sepejuangannya yang memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razikin, memohon perbaiki sistem yang ada terutama terhadap etika ibu bapa.

"Etika ibu bapa mesti diperkenankan untuk menjamin hubungan harmoni di antara guru, murid dan ibu bapa," katanya.

Sumber - Berita Harian Online

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, December 17, 2017 11:45 PM
Subject: Fw: Saman Guru Kerana Ambil Tindakan Disiplin,

Kes Waris Saman Guru Kerana Ambil Tindakan Disiplin, NUTP Seru Guru Beri Sokongan Kepada Cikgu Azizan Di Mahkamah
siakapkeli.my

Nasib Cikgu Mohd Azizan yang menampar seorang murid yang didakwa oleh pihak Sekolah Kebangsan Taman Semarak sering kali melakukan kesalahan berat bakal ditentukan pada 19 Disember ini. Apabila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A Selasa ini atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyeru seluruh ahli NUTP agar turun bersama-sama memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan kerana beliau percaya hanya sokongan moral dan kehadiran yang ramai sahaja mampu untuk kes ini berpihak kepada Cikgu Azizan.

Pelajar berkenaan dipercayai sering melakukan kesalahan seperti menghidu gam, membuli dan sering bergaduh di sekolah.

Pihak NUTP dalam satu postingnya memuatnaik dua keping gambar di mana mereka mendakwa ia adalah penjelasan daripada wakil SK Taman Semarak, tulisan pada gambar itu menyeru supaya seluruh ahli NUTP untuk hadir dan memberikan sokongan moral kepada guru terbabit.

Berikut adalah tulisan pada gambar yang dimuatnaik.

Salam semua, hanya dengan sokongan moral dan kehadiran ramai pada hari pendengaran/perbicaraan kes cikgu ini di Mahkamah Seremban pada 19/12/2017 adalah merit terpenting untuk memastikan kemenangan buat kes ini.

Oleh itu, jasa baik semua adalah diharapkan kecuali tiada kelapangan dan keuzuran. Sila panjangkan pada mereka yang tiada dalam Telegramm bagi memastikan kehadiran yang ramai pada hari tersebut.

Sebagai pencerahan, tindakan tegas cikgu berkenaan kerana disiplin yang berat dan berulang-ulang seperti menghidu gam di dalam sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi. Tujuan cikgu tersebut adalah untuk mendidik.

PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa seperti ini akan menyebabkan kes disiplin akan menjadi lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak akibat daripada ketakutan dan kerisauan cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin anak-anak SK Taman Semarak selepas ini.

Saya sebagai YDP PIBG akan terus menyokong sepenuhnya guru tersebut demi kemaslahatan anak-anak dan guru-guru SKTS.

Sekian

YDP PIBG SK Taman Semarak

Sumber: NUTP

SOLIDARITI UNTUK CIKGU AZIZAN
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang menyalahi undang-undang secara sukarela, dan menghadapi satu tahun penjara atau denda RM2,000 jika didapati bersalah.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

a.. Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
a.. Buli.
a.. Memukul murid lain.
a.. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa) Masa: 8.30 pagi

Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.

Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDM sahaja..

Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi di sini dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.~sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 19, 2017 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



14 KEMULIAAN WANITA ''ISLAM'' YANG SEDANG HAMIL
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

14 KEMULIAAN WANITA ''ISLAM'' YANG SEDANG HAMIL

1. ➪ Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. ➪ Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. ➪ Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. ➪ Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. ➪ Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. ➪ Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

7. ➪ Wanita yang memberi minum air susu ibu (ASI) kepada anaknya dari diri nya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. ➪ Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. ➪ Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. ➪ Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. ➪ Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. ➪ Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. ➪ Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. ➪ Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

Subhanallah...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 19, 2017 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pemuda Cedera Dipukul Secara Berjemaah Oleh Lebih 10 Lelaki Ketika Ingin Berjumpa Tunang
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Seorang pemuda cedera pada kepala dan beberapa bahagian anggota badan akibat dipukul 10 lelaki ketika ingin berjumpa dengan tunangnya dalam kejadian di sebuah restoran di Pekan Layang-Layang, Kluang, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu mangsa yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun tiba-tiba ditolak dan dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali sebaik menghampiri tunangnya.

Berikutan itu, mangsa yang cedera telah membuat laporan polis di balai berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia dipercayai berlaku ekoran tindakan mangsa yang memalukan tunangnya dalam laman Facebook dengan mengatakan tunangnya ada berhutang dengannya.

Dalam masa sama, tunang mangsa pula dikatakan ada 'orang' (teman lelaki) baharu yang tidak berpuas hati apabila mangsa mengganggu teman wanitanya dengan cara memberi mesej dalam aplikasi WhatsApp dan Facebook.

"Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Sementara itu, satu video yang dikatakan rakaman kejadian dimuat naik di Twitter.

Sumber: Bernama

Ingatkan Tunang Ajak Jumpa Nak Bincang, Tapi Kena Belasah Berjemaah Dengan Teman Lelaki Baru Wanita Itu
siakapkeli.my

Seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas dibelasah oleh sekurang-kurangnya 20 lelaki di sebuah restoran 24 jam dekat Layang-layang Kluang Johor, awal pagi Jumaat lalu.

Menurut mangsa, selepas hadir ke restoran berkenaan kerana ingin menyelesaikan masalah yang berlaku antara dia dan tunangnya serta seorang lelaki yang berusia lingkungan 20an, dia dpercayai diserang kumpulan lelaki berkenaan.

"Sebelum kejadian saya dan tunang ada masalah peribadi dan kami bercakap menerusi telefon kira-kira dua jam setengah .

"Kira-kira 4 pagi saya menerima mesej suara menerusi WhatApps daripada tunang dan lelaki berkenaan yang mahu berjumpa di restoran berhampiran tempat tinggal saya bagi menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.

"Kira-kira 4.30 pagi saya menunggang motosikal dan sebaik turun, lelaki berkenaan meluru dan menendang saya disusuli dengan lelaki lain yang tiba-tiba menyerbu memukul saya termasuk menggunakan kerusi plastik, kayu dan topi keledar hingga saya berasa seperti mahu pitam," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelasnya, sekumpulan lelaki itu melarikan diri sejurus penunggang motosikal lain mendekati mereka dan dia dibawa ke klinik berhampiran menaiki kereta oleh orang ramai.

"Kemudian saya ke hospital bagi melakukan pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis di Balai Polis Layang-Layang kira-kira 7 pagi selepas itu," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, usaha menjejaki suspek yang tinggal di sekitar Kulai sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Umi Maisara menambah 5 foto dan video
· Semalam pada pukul 3.31 pagi ·
Kejadian berlaku di kg layang layang, kluang Johor. Cousin saya di belasah kira kira 20 orang lelaki . Perempuan tersebut adalah tunang kepada cousin saya. Pada pukul 4:00 pagi waktu kejadian, perempuan tersebut dan seorang lelaki yang merupakan kekasih barunya, menghubungi cousin saya mengatakan kononnya "nak settle cara baik" salah faham antara cousin saya dan tunangnya. Dia meminta cousin saya untuk datang ke kedai mamak tempat dia dan kekasihnya lepak. Cousin saya datang seorang diri untuk menyelesaikan masalah dengan cara baik seperti yang dikatakan. Selepas cousin saya sampai di tempat kejadian, kekasih baru perempuan tersebut telah memukul cousin saya. Tak lama selepas itu 20 orang lelaki muncul dari arah yg berlainan memukul cousin saya beramai ramai. Kejadian seperti sudah dirancang oleh mereka. Laporan polis sudah di buat. Tetapi belum ada apa apa tindakkan . Penjenayah masih terlepas. Lelaki tersebut bernama muhammad alif bin zainuddin dan perempuan tersebut bernama nadia kamuridin. Sementara itu, tunang cousin saya juga telah membuat laporan palsu dan mendakwa cousin saya yang menyerangnya. Segala bukti cctv dan conversation antara cousin saya dan perempuan tersebut telah di simpan sebagai bahan bukti. Harap pihak #pdrm melakukan kerja dgn segera, jujur dan amanah. #pdrm #pdrm #pdrm #pdrm #pdrm #pdrm #pdrm #prdm #pdrm

Pertembungan 2 kongsi gelap

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

JOHOR BAHRU 18 Dis. - Kes pembunuhan kejam se­orang lelaki di sebuah ste­­sen minyak di Taman Pe­langi di sini malam semalam dipercayai melibatkan pertembungan dua kumpulan kongsi gelap.

Punca mangsa ditikam dan dilanggar sebelum digilis oleh ke­­reta empat suspek itu berkemungkinan tercetus daripada per­selisihan faham antara dua geng berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 44 tahun itu merupakan ahli keluarga daripada sebuah kumpulan kongsi gelap di bandar raya ini yang beralamat di Taman Perling dekat sini.

Bagaimanapun, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya telah pun mengenal pasti empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Malah beliau turut menegaskan, polis negeri telah mengge­rakkan usaha giat bagi memburu, sekali gus menahan dalang yang terlibat.

"Selain itu, kenderaan jenis BMW 520i yang dinaiki empat sus­pek menggunakan nombor pen­daftaran WB79L adalah palsu.

"Pemilik asal nombor pendaftaran itu sudah dikesan dan setelah ditemubual, dia didapati tiada kaitan dengan kes ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kes berkenaan, Mohd. Khalil ber­kata, hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat tikaman di bahagian dada.

"Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat terhadap kejadian ini diharap menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Johor di talian 07-2212999 segera," katanya.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam, mangsa yang menaiki kereta Volkswagen Polo berwarna putih bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang didakwa isteri mangsa singgah di stesen minyak berkenaan untuk mengisi angin tayar kereta.

Secara tiba-tiba, datang sebu­ah­ kereta BMW dinaiki empat suspek cuba menarik mangsa ma­suk ke dalam kereta mereka sebelum berlaku pergelutan dan mangsa kemudiannya ditikam di bahagian dada.

Mangsa berjaya meloloskan di­ri dan suspek kemudian bertindak melanggarnya sebelum me­ngundurkan kereta lalu menggilis sehingga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Azman Ayob meminta semua pihak agar tidak menularkan dakwaan empat suspek itu sudah ditahan kerana hanya akan mengganggu siasatan polis.

"Kes ini masih dalam siasatan dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan. Maklumat telah ada tangkapan tidak tepat. Kami minta orang ramai henti tularkan maklumat yang tidak tepat kerana boleh mengganggu siasatan," ka­tanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lelaki dibunuh di khalayak ramai di stesen petrol JB

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan dilanggar menggunakan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta jenis Volkswagen mereka di stesen berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata kedua-duanya kemudian secara tiba-tiba didatangi 4 lelaki yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta jenis BMW mereka.

Namun mangsa dilaporkan melawan dan akibat daripada itu, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa. Melihat kejadian itu, wanita yang bersama mangsa terus melarikan diri meminta bantuan orang awam.

"Dalam pergelutan itu, mangsa berjaya meloloskan diri namun suspek kemudian naik ke kereta mereka dan membuat pusingan di stesen minyak berkenaan sebelum bertindak melanggar mangsa dan kemudian mengundurkan kenderaan dan melanggar mangsa sekali lagi sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Khalil berkata berikutan kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Daripada pemeriksaan, polis menemui satu kesan tikaman di dada kiri mangsa.

Menurut beliau, polis kini sedang mengambil keterangan daripada wanita asing berkenaan yang dilaporkan masih trauma akibat kejadian itu.

Motif kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kes Bunuh Dan Bakar Empat Sekeluarga, Tertuduh Tidak Faham Pertuduhan Buat Perbicaraan Terpaksa Ditangguh
siakapkeli.my

19 Dis - Mahkamah majistret Teluk Datuk, hari ini telah menangguhkan tarikh sebutan kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat baru-baru ini.

Tarikh itu ditangguh membolehkan tertuduh, Khang Chang heng, 38, untuk melantik seorang jurubahasa isyarat kerana dia seorang yang cacat pendengaran dan bisu untuk dibawa ke hari perbicaraan tersebut.

Majistret Mohd Isa Md Nor membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Md Ali mengemukakan permohonan supaya mahkamah menyediakan jurubahasa isyarat dan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula kes.

Sebelum itu, Chang Heng tidak memberi sebarang reaksi sejurus pertuduhan pertama membunuh warga emas dibacakan terhadapnya kerana masalah pekak dan bisu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pertama, membunuh Chia Tee Nang, 73, di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, antara jam 4 hingga 5 pagi, 13 Disember lalu.

Dia juga berdepan lima pertuduhan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 kanun yang sama.

Selain Tee Nang, mangsa lain ialah seorang wanita, Lim Mai Shak, 68, dan dua kanak-kanak, iaitu Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Xi, 10.

Terdahulu, seorang lelaki OKU telah membunuh dan membakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat baru-baru ini. Dikatakan motif pembunuhan itu adalah disebabkan masalah kewangan.

Sumber: BH Online, Awani

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, December 17, 2017 11:46 PM
Subject: Fw: Nak Bawa Kaki Sekali, The Speedy Jantan, Tengking Isteri, Habis Wang Pencen & Suspek Bunuh

Suspek Bunuh, Bakar Dibawa Ke Lokasi Kejadian

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


KUALA LANGAT: Suspek bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu, dibawa ke lokasi kejadian, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek yang ditahan awal pagi semalam, di Taman Pusat Kepong, tiba kira-kira jam 11 pagi tadi sebelum beredar dua jam kemudian.

Katanya, tindakan membawa suspek ke lokasi berkenaan adalah bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap perbuatannya itu.

"Polis turut membawa juru isyarat kerana suspek bisu. Siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Suspek berusia 38 tahun yang juga teman lelaki kepada anak bongsu mangsa, tiba diiringi beberapa anggota selain tangan digari dan memakai penutup muka..

Dalam kejadian jam 6.30 Rabu lalu, satu keluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Mangsa adalah Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73, dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun.

- BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 19, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Isu IMANS, Nazri Aziz kantoi!

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Nazri Aziz kata pembatalan IMAMS disebabkan caj tak seperti yg dibincangkan dalam kabinet.

Namun dalam hansard Parlimen baru-baru ni, Nazri Aziz sendiri yang bentangkan jumlah caj adalah RM90.10.

Mana mungkin akan dibentangkan dalam dewan Parlimen kalau dalam Mesyuarat Kabinet tak dipersetujui jumlah tersebut.

Kredit
Fauzi Hamid

Tak masuk akal Kabinet tak tahu IMAMS wujud

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kewujudan sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), kononnya tanpa pengetahuan Kabinet suatu yang tidak masuk akal, kata Bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain.

Beliau berkata, mana mungkin syarikat yang menguruskan hal ehwal berkaitan ibadat orang Islam tidak berada dalam pengetahuan Kabinet.

"Ini bukan syarikat kutip sampah. Takkan syarikat yang mengurus hal ibadat yang sangat sensitif ini boleh dirancang dan dilaksanakan tanpa pengetahuan dan kelulusan pihak tertinggi dalam kerajaan?

"Sangat tidak masuk akal syarikat yang menguruskan sistem IMAMS boleh diwujudkan tanpa pengetahuan Kabinet.

"Kecuali Kabinet berfungsi sebagai kabinet dapur. Bisu. Apa saja yang hendak disumbat, diam saja," katanya menulis di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa tidak dimaklumkan IMAMS dikendalikan syarikat luar atau swasta.

Katanya, sistem tersebut ada dibawa ketika mesyuarat Kabinet, tetapi tidak ada taklimat terperinci yang diberikan.

Terdahulu, Ismaweb mendedahkan, sistem IMAMS diperkenalkan di mana setiap jemaah perlu membayar RM90.10 setahun dalam bentuk prabayar. RM5.10 daripada jumlah itu dikenakan sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ku Seman berkata, isu yang dibangkitkan adalah syarikat ini memonopoli.

Dalam kes ini katanya, untuk menunaikan umrah pengguna tidak ada pilihan.

"Tidak ada risiko kecuali orang Islam Malaysia boikot pergi umrah.

"Hari ini semua pihak sepatutnya tahu dan mesti tahu telah cuci tangan, tak tau tak tau tak tau. Si kambing hitam hulurlah leher untuk disembelih," katanya.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, December 17, 2017 11:44 PM
Subject: Fw: 'Ingat barang saja GST, ibadah pun GST'

Apa sebenarnya yang berlaku dengan IMAMS?

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Jahabar Sadiq

DALAM tempoh sehari, kerajaan yang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya membatalkan skim tak masuk akal untuk meraih untung daripada kepesatan perniagaan Umrah di Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak mengatakan beliau tidak bersetuju bakal jemaah dikenakan bayaran untuk memohon visa Umrah di bawah Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Bersepadu (IMAMS) yang diuruskan syarikat swasta.

Menteri Pelancongan Nazri Aziz dipetik sebagai berkata yang beliau membatalkan sistem itu kerana ia jauh berbeza daripada maklumat yang beliau terima dan bentangkan kepada Parlimen.

Timbalannya, Mas Ermieyati Samsudin mengatakan beliau membatalkannya kerana orang bukan Islam menguruskan sistem yang diwujudkan untuk menguruskan ibadah umrah dan akan memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan pengurusan pemantauan serta menangani penipuan pakej umrah yang banyak berlaku.

Biar betul? Itu bukanlah rungutan daripada industri dan bakal jemaah. Lebih daripada 300,000 bakal jemaah yang akan menunaikan umrah tahun depan mahu mengetahui mengapa mereka perlu bayar caj tambahan RM90.10?

Bukan kerana sistem itu kendalian orang bukan Islam.

Lagipun, Nazri juga mengatakan yang perkhidmatan itu hanya berharga RM40 dan tidak wajib.

Bagaimana ada orang boleh tersalah tafsir idea seorang menteri dan melaksanakan sistem wajib dipatuhi semua ejen perniagaan Umrah?

Bagaimana boleh tak ada seorangpun terfikir yang akan wujud tentangan daripada bakal jemaah yang sejak bertahun menyimpan duit untuk melakukan Umrah?

Siapa yang memutuskan untuk membenarkan semua ini dan melancarkan sistem itu? Adakah menteri, timbalan menteri atau pegawai kementerian?

Ia bukanlah keputusan yang dibuat dalam tempoh singkat. Sistem itu perlu dibangunkan, diuji dan menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Arab Saudi dan industri. Tidakkah semua perkara ini dilakukan dan dipertimbangkan?

Adakah wujud dana kerajaan yang digunakan untuk membangunkan IMAMS atau ia memang usaha sama swasta semata-mata? Tidakkah kerajaan mempertimbangkan siapakah pemilik syarikat sebelum menganugerahkan konsensi itu?

Keseluruhan peristiwa dan dolak dalih yang berlaku membuktikan ada perkara lain yang lebih besar, ia bukan hanya salah faham.

Ia hanya membuktikan yang ada orang dalam kerajaan yang tak peduli tentang realiti semasa dan fikir mereka boleh buat untung daripada perniagaan Umrah yang berkembang pesat.

Ya, industri itu perlukan kawal selia dan penipuan perlu dihentikan. Tetapi itu adalah tugas penguatkuasa, bukan tugas sebuah konsensi yang mengutip duit rakyat kerana buat kerja kerajaan.

Ya, IMAMS mungkin idea yang baik atas kertas tetapi realitinya, kosnya bukan sekadar RM90.10 setiap jemaah- harga yang perlu dibayar adalah potensi kerajaan hilang undi setiap seorang jemaah.

INI SYARIKAT KRONI SIAPA? BETULKAH SEMUA DALAM SYARIKAT MENGURUSKAN UMRAH INI BERAGAMA ISLAM?
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom
Berikutan rungutan serta kecaman pelbagai pihak mengenai perlaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia atau IMAMS, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan yang memperkenalkan sistem tersebut tampil dengan kenyataan terbaru meminta syarikat tersebut memastikan kakitangan syarikat itu hanya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.
Kata kementerian itu, ia adalah bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam dalam perlaksanaannya.

Selain itu, menurut kenyataan Kemeterian Kebudayaan dan Pelancongan lagi, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam, manakala pemegang sahamnya terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan.

Sebenarnya, dalam isu pengenalan IMAMS ini ada dua perkara yang menjadi rungutan dan kecaman orangramai.
Pertama, COO syarikat tersebut sebagaimana dalam tandatangan suratnya yang tersebar luas kepada syarikat-syarikat pengendali umrah, adalah didapati bukan beragama Islam.

Gambar-gambar beliau yang diambil daripada laman Facebooknya juga disebarkan untuk menyokong perkara itu.

Jika COOnya bukan Islam, kebiasaannya tentulah pemilik dan pemegang saham syarikat itu juga dipegang secara majoriti atau sepenuhnya oleh bukan Islam.. Ahli lembaga pengarah hanyalah lantikan semata-mata.

Apakah tiada syarikat orang Islam yang mampu mengendalikan urusan ibadah orang Islam sendiri?

Kenapa syarikat tersebut yang dipilih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan?

Kroni siapa syarikat tersebut?

Meskipun kementerian menggesa syarikat tersebut memastikan kakitangannya mesti beragama Islam, tetapi bagaimana dengan pemilikan dan pemegang sahamnya?

Apa guna jika hanya kakitangan beragama Islam, tetapi pemilik dan pemegang sahamnya bukan Islam?

Di mana suara pemimpin Islam dalam kerajaan atau persatuan-persatuan pengguna berkaitan Islam dalam hal ini? Isu kedua yang menjadi rungutan orangramai ialah caj yang dikenakan oleh syarikat tersebut iaitu sebanyak RM90.10 kepada setiap jemaah yang ingin menunaikan umrah.

Caj RM90.10 yang dikenakan itu adalah meliputi bayaran untuk sistem dan pengurusan sebanyak RM45, insurans RM40 dan GST RM5.10.

Hahahaha....tahniahlah kerajaan Malaysian kerana orang pergi umrah pun dah kena GST di era Najib ini!!

Pada tahun lalu, umat Islam Malaysia yang menunaikan umrah ialah seramai 240 ribu orang dan jika tahun depan jumlahnya meningkat kepada 300 ribu orang, bermakna syarikat itu berjaya mengutip lebih RM27 juta dalam setahun.

Ditolak insurans dan GST yang masuk ke kantung kerajaan yang sentias mendakwa prihatin kepada rakyat, bayangkan berapa syarikat tersebut berjaya mengaut keuntungannya?

Selain kroni siapa syarikat yang dipilih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan itu, tidakkah pengenalan sistem ini hanya satu cara mudah untuk "pau" wang umat Islam yang mahu beribadah, meskipun mereka sebelumnya telah bersusah payah dan membanting tulang untuk mengumpulkannya demi untuk pergi ke Mekah?

'Ingat barang saja GST, ibadah pun GST'

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – 'Ingatkan barangan saja dikenakan GST, rupanya ibadah juga ada GST.'
Demikian antara sindiran dan keluhan rata-rata pengguna media sosial dan pembaca Ismaweb.net yang tidak berpuas hati serta membantah pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

Rata-rata netizen menyelar tindakan kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) menguatkuasakan IMAMS bermula hari ini, yang turut merangkumi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10 selain bayaran tambahan berjumlah RM85.

"Nak beribadat pun kena GST, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka yang teraniaya. Semoga Allah memberi pembalasan kepada mereka yang menyusahkan orang lain," tulis Aziah Mat.

"Astaghfirullah, kenapa sampai mengerjakan umrah pun dikenakan GST? Miskin betulkan kerajaan ini," kata Royal Sanchez.

Pemilik akaun Facebook, Salwa Keluarga Safeforeveraamin berkata, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab menjelaskan sebab dikenakan GST dalam pembayaran umrah kepada rakyat.

"Kerajaan elok perjelas kenapa GST dikenakan…..Jangan sebut saja dikenakan, segelintir rakyat tidak faham," tulisnya.

"Sepatutnya perkara berkaitan agama Islam perlu dirujuk kepada pihak berkenaan agama Islam dan bukannya kementerian pelancongan," tulis Khori Kasim.

"Dah tak berduit sangat ke kerajaan sampaikan nak beribadah pun kena GST? Ini dia PM yang mendaulatkan Islam," kata Liah Qamar.

Muhammad Hamzi meluahkan kekesalan dengan sikap kerajaan kerana menjadikan ibadah sebagai barang dagangan, selain mengakui ianya bakal membebankan bakal jemaah untuk ke Tanah Suci.

"Dah macam negara komunis, semua nak dikaut," tulis Khairil Anuar.

"Kalau penunggang agama buat keputusan, inilah jadinya," kata Salmah Salleh.

Ismaweb.net menerusi laporan eksklusifnya pada Oktober lalu mendedahkan berkenaan program IMAMS yang dikendalikan oleh sebuah swasta yang membuat cadangan kepada kementerian, satu sistem yang boleh diguna pakai serentak dengan penguatkuasaan Lesen Khas Umrah (LKU).

LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan umrah yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Menerusi IMAMS, syarikat itu akan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans), daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? Pembangkang hari ini mempertikaikan pengenaan cukai GST ke atas ibadah umrah melalui Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang berkuat kuasa semalam.

Penyelaras Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata pengenaan cukai ke atas orang yang menjalankan ibadah sebagai tidak masuk akal.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? Ini kerana kerajaan sepatutnya permudahkan aktiviti keagamaan, dan memberi insentif kepada rakyat mengerjakan ibadah.

"Nampak sangat kerajaan sudah tak ada duit sehinggakan umat Islam di negara kita nak tunaikan ibadah umrah pun kena bayar GST," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Inilah kerja menteri yang senantiasa kreatif memerah duit rakyat."

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.
Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?
Portal Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ismaweb, melaporkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan syarikat pengendali IMAMS mengutip GST dan bayaran untuk sistem pengurusan serta insurans ke atas setiap rakyat yang hendak mengerjakan umrah menerusi IMAMS.

Menurut portal itu lagi, kerajaan mensyaratkan semua syarikat pengendali umrah berlesen dan berstatus muasassah wajib menguna pakai sistem itu.

PKR bagaimanapun mempertikaikan kewajaran melantik sebuah syarikat swasta untuk memantau aktiviti penipuan pakej umrah di negara.

Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sepatutnya kerajaan boleh melakukan sendiri pemantauan secara berkesan, malah kementerian telah menyenaraikan pengendali umrah berlesen di portal.

"Mengapa tanggungjawab ini perlu diswastakan dengan beban GST yang perlu ditanggung oleh jemaah umrah?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?
Saifuddin menambah kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memaklumkan lembaga pengarah syarikat pengendali IMAMS dan pemegang saham di syarikat itu terdiri daripada orang Islam juga meragukan.

"Malah mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat terdiri daripada seorang Melayu selaku pengarah dan 3 orang Cina selaku setiausaha.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? "Adakah mereka yang bukan beragama Islam boleh menguruskan amal ibadat umat Islam di negara ini?"

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 19, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Isu Panggilan Hangit Kepada Seorang Pengayuh Basikal, Pihak Pengurusan Hot FM Tampil Memohon Maaf
siakapkeli.my

Pihak pengrusan Hot FM memohon maaf di atas isu panggilan hangit yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan, pihak pengurusan memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan hangit tersebut.

Hot FM
8 jam yang lalu
Merujuk kepada pengisian Panggilan Hangit yang disiarkan baru-baru ini, pihak pengurusan Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan Hangit tersebut.
Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak terbabit. Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami.
Sekali lagi, Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah tersinggung mengenai isu ini.
Terima Kasih

"Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak terbabit. Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan sekali lagi mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung mengenai isu ini.

Sebelum ini, segmen Panggilan Hangit Hot FM telah membuat panggilan kepada salah seorang pendengar iaitu Zairi Zainal yang ketika ini sedang menjalankan misi menjelajah satu semenanjung dengan berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan.

Untuk itu, pendengar tersebut, Zakir akur dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara yang dipinta.

Namun, selepas itu rupa-rupanya ia hanya sekadar gurauan sahaja. Oleh itu, perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan menganggap stesen radio tersebut tidak sensitif.

Zairi Zainal juga telah mengemas kini status Facebook nya memohon agar netizen berhenti untuk mengecam Hot FM. Beliau juga ada menyatakan bahawa penyampai-penyampai radio Hot FM juga ada menghulurkan sumbangan kepada beliau secara peribadi. Zairi dikatakan akan membuat penjelasan lanjut tentang isu ini supaya netizen faham keadaan yang sebenar.

Zairi Zainal sedang dalam satu misi mengumpul derma dengan berbasikal seluruh semenanjung untuk diberikan kepada orang yang memerlukan. Semoga berjaya kami ucapkan.
Zairi Bin Zainal
· 9 jam · Semenyih ·
Assalamualaikum semua.. Saya dgn rendah diri ingin mengajak sahabat2 semua utk berhenti kecam radio hot.fm .. Please.. nnt saya akan buat penjelasan.. lagipun DJ kt situ kawan2 saya juga.. Saya secara peribadi maafkan mereka... Syuk, fizie dan kamal ada menghulurkan sumbangan peribadi pada saya disamping ada juga bertanya tentang keadaan saya (sebelum panggilan hangit on air dan mereka suruh rahsiakan).. So jgn kecam mereka.. itu sumber rezeki mereka kerja di hot.fm dan menghiburkan kita.. Lagipun secara jujurnya saya tak salahkan hot.fm atas apa yg berlaku.. for me diorang just nk tanggungjawab sosial melalui hiburan.. tp mungkin cara tu tak kena..

Ada pro and kontra bila panggilan hangit saya on air kt hot.fm.. Saya pun tak salahkan netizen dan kawan2 saya yg meluahkan pendapat dan perasaan setelah dengar panggilan hangit tu.. coz kita semua ada hak utk bersuara dalam negara ini. Saya bukanlah manusia yg baik. cuma saya harap jgnlah tuan dan puan menggunakan bahasa yg kurang sopan.. Kita semua manusia, masing2 tak pernah terlepas dari buat kesilapan.

Bayangkan jika hot.fm tak keluarkan panggilan hangit tu, tak ramai tau apa yg sedang di lakukan oleh saya. Saya anggap ini asbab membuka mata semua. Dan alhamdulillah, beratus panggilan saya terima dari semalam sehingga ke hari ini utk sponsor makan,penginapan dan mcm2 lagi dari seluruh negara.. (saya yg kacak dan tampan serta gagah ni menangis terharu gak semalam.. hahahaha) .. Saya ucapkan terima kasih pada yg ambil berat tentang saya.. hanya Allah je yg dpt balas kebaikan anda semua..

Yang mana ada buat sumbangan tu, insyaallah saya akan galas amanah tuan/puan dgn sebaik mungkin.. Doakan perjalanan saya selamat..

Buat masa ni saya masih lagi tengah recover melecet kt tempat sensitif dan sahabat yg cover saya iaitu Pett Mimalanders juga kurang sihat hari ni..

Dan last!! saya nk ucapkan terima kasih tak terhingga pada encik Faizul Rizal dari Dpeakoutdoorventure bertempat di puncak alam coz bagi saya pinjam basikal dan seluar utk berbasikal.. semoga bisnes anda maju tuan..

* Esok saya akan ke konti HOT.FM .. Insyaallah pada pagi esok akan di interview.. Alhamdulillah diorang siap sediakan tiket flight (return) dan penginapan.

* Saya tetap akan berkayuh satu semenanjung.. nk jumpa kawan2 baru sambil menjalankan amanah org..

*Lama dah tak tulis status mcmni.. selalunya merapu je.. hahahhaa..

#misi320
#mimalanders

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 19, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PDRM Dedah Senarai 30 Syarikat Pelaburan Terlibat Dalam Penipuan Kira-Kira RM 3.8 Bilion
siakapkeli.my

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan senarai 30 syarikat yang dipercayai terlibat dalam penipuan pelaburan membabitkan nilai kira-kira RM 3.8 bilion.

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 orang menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat pelaburan tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, kebanyakkan daripada syarikat tersebut baru didaftar secara sah selepas pemiliknya disiasat oleh pihak berkuasa berhubung kes penipuan.

Datuk Amar Singh

Tambahnya lagi, kebanyakkan mangsa yang terlibat dalam skim pelaburan tersebut dipercayai tertipu dengan imbuhan lumayan hasil daripada pelaburan yang dibuat.

"Semua syarikat terbabit sudah dikenal pasti dan pada masa ini, kami sedang menjalankan usaha mengesan semua sindiket terbabit.

"JSJK menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak sahih," katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya kerap mendapat laporan mengenai penipuan dalam pelaburan saham, emas dan bit coin.

"Mangsa mendapat tahu tentang tawaran pelaburan yang dibuat melalui media sosial serta diperkenalkan oleh saudara-mara serta rakan.

"Selepas itu, mangsa yang berminat akan menyertai pertemuan atau ceramah oleh syarikat pelaburan terbabit sebelum mereka membuat pelaburan," katanya lagi.

Berikut adalah senarai 30 syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK :

1. MGSB

2. CAPITAL FOSTER ADVISOR

3. PELABURAN EMAS ROYAL GOLD

4. KONGSI MAKAN

5. RICHWAY

6. MONSPACE

7. MFACE/MBI

8. SAHAM - CENTURY DINASTY

9. BOOKCOIN

10. BIT COIN - AL MUBIN AGARWOOD

11. BIT COIN - BIT KINGDOM

12. MI1 GLOBAL SDN BHD

13. ZG SPACE CITY (M) SDN BHD

14. FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH

15. ROOPERS BURGER

16. PRO VENDING MACHINE

17. SAHAM 500 PLUS

18. KOPI PAK BELALANG

19. NHA STRATEGIC HOLDING BHD

20. DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK

21. YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)

22. PELABURAN SAHAM MYZIA COIN

23. PELABURAN AGR HOLDING

24. FOREX - FXUNITED

25. FOREX - TRIGERFX

26. PELABURAN BITCLUB

27. PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES

28. PELABURAN PTM4U

29. PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES

30. PELABURAN MINES AND METALS

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 19, 2017 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAPAN KENYATAAN DI HENTIAN SEBELAH LEBUHRAYA

bloglist-malaysia.blogspot
biarlembuyangjadilembu.blogspot.
Posted by Adam

Gambar di atas: Papan kenyataan di hentian sebelah Behrang di lebuhraya Plus dari utara ke selatan. (Disember 12, 2017)

Papan kenyataan ditulis dalam dua bahagian.

Perhatikan tulisan di bahagian pertama di perenggan yang ke enam di papan kenyataan tersebut:

"THE MANAGEMENT SHALL BE ENTITLED TO CLAIM FROM THE VEHICLE OWNER"

Adakah kita sudah tidak ada lagi perkataan Melayu yang boleh mengganti ayat Inggeris di atas?

Entry sebelumnya: (Klik) BE HAPPY FOR THIS MOMENT BECAUSE THIS MOMENT IS YOUR LIFE.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

comments:
1..
Kluangman
Ini tanahairku yang tercinta..

a..
Adam15
Tiada siapa yg ambil peduli sebelum ni.
Thanks.

2.. Shahida Dzulkafli
Betul tu encik adam.. Tiada siapa pun yang peduli mengenai bahasa Melayu... Tidak ada penegasan dan penekanan pun mengenai bahasa Melayu.. Sebab itu semua orang buat tak tahu..

a..
Adam
Pelik kan? Even iran plus dg bos mereka pun buat tak tau bahasa yg bercampur campur tu. Thnks.

3.. Hulubalang
Di mana terletaknya kedudukan bahasa kita yg sebenar?

a..
Adam
Hahaha

4.. paridah
Negara meminggirkan bahasanya sendiri...kan

a..
Adam
Yg peliknya pehak pengurusan takkan tak tau papan kenyataan tu.

5.. umi alya
Jangan melayu hilang di dunia sudah... 😭

a..
Adam
Bangla dah ramai di malaysia.

6.. Warisan Petani
Oh Malaysiaku.
Tulisan jawi dah lama hilang.

a..
Adam
Ramai guru pun dah tak tau baca tulisan jawi. Menulis lagi lah tak tau.

7.. Flavnesz
err.. Serba salah nak jawab soalan ni sebab diri sendiri pun menulis dalam bi...

a..
Adam
Menulis dlm bi saya rasa ok tapi papan kenyataan ni menggambarkan juga kedaulatan bahasa kita.

Terpampang menunjukkan kita tak ada perkataan melayu di situ. Ok tak pandangan saya ni. Hihihi. Terima kasih Flavnes

Adam Ahmad 2017. Powered by Blogger.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 19, 2017 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



UMNO Suruh Ikut PASTI PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Hari ini PASTI diterima oleh semua masyarakat, termasuk bukan Islam.

Malah UMNO sendiri juga mengiktiraf pendidikan di PASTI.

Tapi malangnya..
Apabila AMANAH (PAN) tubuh parti Islam baru mereka cuba duplicate apa yang PAS buat seperti UNIT AMAL dan PASTI demi untuk menghacurkan PAS.

Tapi perkara yang dibuat bukan atas kesedaran perlunya pendidikan untuk anak-anak semenjak zaman kecil lagi, maka urusan itu sudah menjadi urusan perniagaan dan mencari keuntungan.

Jangan hairan PASTI PAN sangat mahal.

Sokongan DHPP kepada PAS sangat menguja

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Terbaekkklahhhh.... DHPP kan adooo bersama PAS dengan memberi komitmen yg cukup hebat .

Kredit
Sh Zain

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: