Tuesday, February 13, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4894

15 Messages

Digest #4894
3
Fw: Calon PAS Perak PRU14 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
12
Fw: Bangunan KWSP terbakar, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
13
Fw: Azmin 'Balas Dendam' Pada PAS by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Sun Feb 11, 2018 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pembangunan Insan dalam hakikat sebenar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Dalam program Ceramah Isu Semasa di Gual Ipoh Tanah Merah semalam, kawan saya Cikgu Chin Chua Lau, Pegawai Khas YAB MB Kelantan sebut, Kelantan negeri miskin, bajet 600 juta lebih saja tapi rakyat kaya. Terengganu negeri kaya tapi rakyatnya...

Sampai giliran saya ceramah, dengan jujur saya akui bahawa fakta Cikgu Lau adalah benar. Terengganu Bajet hampir RM2b. Bajet Kelantan hanya RM600 juta lebih. Peruntukan ADUN BN Terengganu RM1 juta setahun. Peruntukan ADUN PAS Kelantan hanya RM180 ribu sahaja.

Tapi fakta yang tak dapat dinafikan, bandar Kota Bharu jauh lebih membangun dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kuasa beli orang Kelantan lebih tinggi dari orang Terengganu. Kelantan ada banyak Hypermarket seperti TESCO, AEON, GIANT, MYDIN, THE STORE, KB MALL, BILLION dan lain-lain lagi. Anehnya peniaga ayam, ikan, sayur dan santan di gerai-gerai tepi jalan tetap laku dan laris.

Kapal terbang turun naik di Lapangan Terbang Kota Bharu 47 kali sehari. Di Lapangang Terbang Kuala Terengganu, kapal terbang turun naik hanya 7 kali saja sehari. Hotel 5 bintang pun ada di Kota Bharu iaitu Renaisance Hotel. Di Kuala Terengganu ada?

KDNK Kelantan bagu tahun 2016 ialah 4.8% untuk berada di kedudukan ketiga selepas Johor dan Penang. KDNK Terengganu hanya 3.1%, juga di kedudukan ketiga tapi ketiga paling akhir.

Saya ringkaskan bahawa puncanya sangat mudah. Di Terengganu, memang air banyak ada dalam tangki. Tapi bila nak air ambil untuk digunakan bagi menyiram pokok, baldi warna biru yang digunakan untuk mengambil air dah tembus. Akibatnya air yang diceduk dalam baldi akan meleleh keluar walaupun asalnya air penuh dalam baldi. Sampai dekat pokok yang nak disiram, hanya tinggal baki beberapa titik saja air. Yang lain dah hilang bocor dan tiris di tengah jalan. Nak siram pokok pun tak cukup.

Di Kelantan, walaupun air dalam tangki tak banyak, tapi baldi hijau yang digunakan untuk ceduk air tak tiris. Bukan kita kata, sebaliknya Jabatan Audit Negara yang bagi markah 99% kepada Kelantan. Maknanya baldi tak tiris! Sebab tu walaupun air sedikit tapi mencukupi. Sepanjang 28 tahun pemimpin PAS Kelantan pegang baldi air warna hijau, tak ada seorang pun anggota pentadbiran kerajaan Kelantan yang diseret ke mahkamah dan disabitkan bersalah tuduhan rasuah. Ini satu rekod dunia!

Juga jangan dilupa bahawa hasil Terengganu setelah ditarik royalti oleh Mahathir pada tahun 2000 hanyalah RM180 juta. Sedangkan belanja mengurus negeri saja dah RM230 juta. Macam mana Kerajaan PAS Terengganu boleh survive? Jawabnya juga kerana baldi hijau tak tiris.

Tanggungjawab kita sekarang ialah untuk tukar baldi biru kepada hijau. Baru selamat negeri dan negara.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat

TIADA APA YG HENDAK DITAKUTKAN.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Wartawan bertanya saya, apakah gabungan TUN M dan DSAI menggerunkan PAS dan menyebabkan PAS rasa tergugat.

Saya ingin menjawapnya, bahawa kedua-duanya adakah bekas pemimpin UMNO yang sama tarafnya dgn DS Najib, cumanya DS Najib masih didalam UMNO dan TUN M keluar dari UMNO kerana tak puas hati dengan DS Najib sementara DSAI pula terkeluar dari UMNO dan tubuhkan PKR setelah dipecat sebagai TPM terpalit isu liwat yang didakwa oleh TUN M.

Tapi kini sedikit perbezaan, DS Najib masih UMNO, Tun M dah tubuh PPBM dan DSAI tubuh PKR, ketiga-tiga mereka berada didalam parti yang berlainan namun walaupun mereka berlainan parti masih ada juga yang tetap serupa seperti dulu iaitu ketiga-tiga parti ini menyerang PAS.

PAS tidak pernah tunduk, berpulas kaki pun PAS tetap melawan, meniarap makan pasir, terlentang minum embun sekalipun PAS tetap akan bertanding menentang mereka, tiada siapa yang digerunkan oleh PAS kerana PAS berjuang diatas dasar Islam yang meletakkan Allah swt sebagai tempat diletakkan ketakutan mengatasi sesuatu yang lain.

Kalau sekiranya DS Najib, TUN M dan DSAI bergabung sekalipun PAS tetap akan melawan juga, masa TUN M jadi PM, PAS dah lawan dia, masa DSAI jadi TPM pun PAS lawan dia juga sebagaimana PAS lawan DS Najib sekarang ini.

Jika diwaktu mereka bertaring kuasa pun PAS menentang mereka, apatah lagi kini mereka setaraf sahaja dengan PAS berada di blok pembangkang, kerana PAS tidak takut lah PAS tidak bersama PH dan BN dan berada diblok ketiga, kerana PAS tidak takut, PAS akan bertanding di Permatang Pauh dan juga Pekan, keduanya di katakan sebagai kubu PH dan BN.

Apakah PAS tergugat?, UMNO sejak tahun 1951 lagi mengerjakan PAS, macam2 fitnah dan strategi digunakan, PH sejak berpecah cuba menanamkan persepsi buruk terhadap PAS, mereka tuduh PAS nak UG ngan UMNO, fitnah PAS ambil duit 90 juta dari Najib dan bermacam lagi bahasa najis yang dilontarkan untuk membusukkan PAS.

Senario yang ada hari ini adalah jawapannya, ratusan ribu manusia yang cintakan PAS berhimpun di himpunan Fastaqim di Terengganu, diikuti dengan belasan dan puluhan ribu dihimpunan Fastaqim peringkat Negeri2, PAS tetap mendapat sokongan dari rakyat Malaysia, malahan keahlian baru bertambah mendadak, sejak januari hingga november 2017 mencecah seramai 38,949 keahlian baru tidak termasuk disember 2017 dan januari 2018.

PAS bukan sahaja tidak tergugat, malahan terus melangkah gagah, membawa gagasan budaya politik matang dan sejahtera, mendidik masyarakat dengan Islam, terus berjuang dan terus berdakwah dengan keyakinan bahawa siapa yang berpegang dengan Islam pasti akan mencapai kemenangan disuatu masa yang selayaknya dan dijanjikan oleh Allah swt.

ROSLI ABDUL JABAR
TANJUNG LUMPUR.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 11, 2018 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



KWSP umum dividen Simpanan Konvensional 6.9%, Simpanan Syariah 6.4%

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 6.9% bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.4% bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8% dari 2016.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata keseluruhan prestasi 2017 merupakan tahun penting bagi KWSP memandangkan ia kini menguruskan 2 skim simpanan dan mengisytiharkan 2 kadar dividen.

"Simpanan Syariah menunjukkan prestasi kukuh untuk pengisytiharan dividen pertama.

"Ini membuktikan prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Syariah. Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.9% merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan sejak 1997," katanya.

KWSP berkata, pengagihan dividen bagi setiap akaun diperoleh daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Simpanan Syariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagiannya daripada aset syariah, manakala bagi Simpanan Konvensional, sebanyak 38% pendapatan diperoleh daripada aset syariah dan 62% daripada aset bukan syariah.

Sementara itu, pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah RM53.14 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951.

KWSP berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM4.60 bilion diatribusikan kepada Simpanan Syariah, mengikut bahagiannya daripada jumlah keseluruhan aset syariah, manakala RM48.54 bilion diatribusikan kepada Simpanan Konvensional.

Pulangan bagi Simpanan Konvensional ditingkatkan pendapatan diperoleh daripada pelaburan bukan syariah, berikutan peningkatan prestasi saham perbankan sedunia, manakala Simpanan Syariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvensional memandangkan ia tidak patuh syariah.

Di samping itu, KWSP berkata, rosot nilai ekuiti daripada saham patuh syariah, terutamanya daripada sektor minyak dan gas dan telekomunikasi menurunkan pendapatan portfolio syariah KWSP.

Samsudin berkata, sememangnya terdapat perbezaan pulangan Simpanan Syariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek.

"Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan sama.

"Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, objektif kami adalah untuk melindungi dan menambah nilai simpanan persaraan ahli kami dan ini boleh dinilai daripada kadar dividen diisytiharkan berbanding kadar inflasi Malaysia.

"Bagi 2017, kadar dividen yang diisytiharkan untuk Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional masing-masing adalah pada 2.61% dan 3.11% melebihi kadar inflasi sebanyak 3.79%," katanya.

Beliau berkata, sepanjang 3 tahun lepas, KWSP mengisytiharkan kadar dividen melebihi sasaran 2% dividen sebenar, masing-masing sebanyak 3.51% dan 3.67%.

Mengenai pengagihan dividen 2017 sebanyak RM48.13 bilion, beliau berkata, jumlah perlu diagihkan untuk setiap 1% kadar dividen adalah RM7.02 bilion, selaras pertumbuhan tahunan baki simpanan ahli sebanyak 10.98% sejak 1990.

Setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan ahli adalah RM768.51 bilion, yang mana RM67.76 bilion di bawah Simpanan Syariah dan RM700.75 bilion di bawah Simpanan Konvensional.

"Ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi dalam menguruskan dana besar seperti KWSP bagi menjana pulangan pelaburan konsisten dan mampan untuk jangka panjang.

"Ini juga merupakan tujuan mengapa kami mempelbagaikan pasaran luar negara memandangkan peningkatan nilai aset global memberi peluang kepada kami untuk mengaut keuntungan daripada pasaran dan kelas aset berbeza," katanya.

KWSP berkata, jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah RM53.14 bilion meningkat 14.13% daripada RM46.56 bilion pada 2016 dan jumlah itu meningkat sebanyak 11.90% sejak 2007, dan bersamaan 7.30% pulangan atas pelaburan (ROI).

Samsudin berkata, pelaburan KWSP memberikan ROI tahunan 3 tahun sebanyak 7.3% dan ini merupakan satu pencapaian membanggakan, memandangkan KWSP adalah sebuah dana seimbang dengan pendedahan sebanyak 50% terhadap instrumen pendapatan tetap.

Menurut KWSP, pengkreditan dividen 2017 akan dilaksanakan pada Ahad, 11 Februari 2018 dan ahli boleh mendapatkan maklumat terkini melalui www.kwsp.gov..my atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

Ahli yang ingin menukar ke Simpanan Syariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018.

KWSP mungkin umum dividen tertinggi 7% dalam 22 tahun

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mungkin yang tertinggi dalam tempoh 22 tahun.
Ini susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada bulan lalu yang berkata, dana itu akan meneruskan rekod prestasi 5 tahunnya untuk mengatasi inflasi sekurang-kurangnya 3.5% mata.

Susulan pendedahan kerajaan yang kadar inflasi tahun lalu sebanyak 3.7%, spekulasi kini timbul yang dividen KWSP mungkin sekurang-kurangnya 7.2%, lapor The Straits Times.

Ini berbanding dividen 5.7% yang diumumkan tahun lalu dan 6.4% pada 2016. Pembayaran kepada pencarum bagi 2 tahun itu masing-masing berjumlah RM37 bilion dan RM38 bilion.

Akhbar Singapura itu berkata, berdasarkan dividen yang dijangka lebih tinggi tahun ini, jumlah pembayaran juga dijangka mencapai rekod baharu RM40 bilion buat julung kali.

Langkah itu tidak mengejutkan kebanyakan pemerhati kerana tahun ini Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka paling sukar pernah dihadapi Barisan Nasional tidak lama lagi.

Jika KWSP mengikut trend 5 tahunnya, ia adalah pertama kali sejak 1 yang dividen itu mencecah 7%, hanya setahun sebelum krisis mata wang menjejaskan ekonomi.

Sejak itu, dividen tertinggi diagihkan KWSP ialah 6.84% pada 1999, ketika BN berdepan satu lagi tahun PRU mencabar, berdepan pakatan pembangkang diketuai Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP, susulan penahanan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain faktor PRU14, ada penganalisis berpendapat tahun lalu baik untuk pasaran ekuiti.

Permodalan Nasional Berhad pada Disember lalu mengumumkan pembayaran dividen 7% bagi 2017 berbanding 6.75% pada 2016.

"Berdasarkan prestasi pelaburan dan aset portfolio KWSP, tidak hairan kadar dividen mungkin lebih tinggi daripada 6%," kata pensyarah ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng dipetik The Sun.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 11, 2018 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pas Perak Sedia Letak Calon Di Kerusi DUN, Parlimen Pada PRU-14
peraktoday.com

Perak Hari Ini

IPOH:Pas Perak sedia meletakkan calon di semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang dengan kerjasama dan agihan kerusi kepada rakan politik di dalam Gagasan Sejahtera.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata PAS bakal meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini serta agihan kerusi selebihnya iaitu 17 kerusi lagi kepada calon dari Gagasan Sejahtera dan individu perseorangan, badan bukan Kerajaan (NGO) yang menawarkan diri untuk bertanding..

"Pas Perak telah bersedia dari segi persiapan menghadapi pilihan raya dan bakal bertanding 42 kerusi DUN serta selebihnya kerusi dibuka untuk rakan gagasan seperti Parti Harapan Malaysia (PHM),Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) serta badan NGO dan perseorangan yang menawarkan diri," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Manakala bagi peringkat Parlimen, Pas Perak telah menetapkan 15 kerusi daripada 24 kesemuanya akan diisi oleh parti tersebut bagi memenuhi keseluruhan 130 kerusi yang diperkatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pas akan bertanding 15 kerusi dan selebihnya akan dikongsi bersama dengan rakan di Gagasan Sejahtera dan pihak perseorangan yang berminat," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai isu kerjasama Pas dan UMNO yang digembar-gemburkan banyak pihak, katanya, ia adalah satu bentuk tomahan semata.

"Dakwaan Pas ingin bekerjasama dengan UMNO hanya satu tomahan sahaja dan sekiranya 42 kerusi itu UMNO tidak mahu bertanding kami menyambut baik," katanya.

Katanya lagi, PAS bakal melancarkan gelombang hijau satu dikenali juga sebagai Gerakan Sejahtera Bersama Islam, G-Salam pada bulan Januari tahun hadapan sebagai siri persiapan menghadapi pilihan raya kelak.

Mengulas mengenai calon muda, kata Razman hampir keseluruhan calon adalah calon muda dan wajah baru yang sentiasa bersemangat bagi memberikan bantuan dan berkhidmat kepada masyarakat.

"PAS kini bergerak dalam budaya politik matang dan sejahtera sama sekali tidak ada permusuhan serta banyak memberi penerangan berkaitan dasar dan hala tuju parti.

"Wawasan induk sejahtera yang ingin dicapai pada tahun 2051 kelak dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama, 2018-2030 fasa kedua 2031-2041 dan fasa ketiga 2041-2051 iaitu genap 100 tahun penubuhan PAS.

"Fasa pertama akan berfokus kepada tindakan untuk membaiki urus tadbir negara, memperbetulkan agihan kuasa supaya tidak berlaku campur tangan politik dalam urusan tadbir negara yang kini memperlihatkan agensi kerajaan sukar menjalankan tugas mereka jadi di dalam Dokumen hijau kita akan cuba bantu mengatasi beban hidup ditanggung rakyat, penurunan harga ringgit, penarikan subsidi dan kenaikan cukai sekiranya diberikan mandat oleh rakyat,"katanya.

Calon PAS Perak Razman lari ke DUN.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot.

Berikut senarai didakwa calon Pas Perak.Dhhp didapati tiada dalam senarai.Razman Zakaria lari ke kerusi kononnya selamat,Dun Selinsing,Bagan Serai.

Sementara itu,seorang calon Bukan Melayu di Kuala Kangsar.

Terdapat juga calon lama seperti Pru13.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 11, 2018 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Duit Sedekah Masjid Untuk Bagi Manfaat Pada Masjid Atau Ahli Kariah, Bukannya Suruh Peram Sampai Puluh Ribu
siakapkeli.my

Rata-rata masjid di negara ini sebahagian besar bergantung kepada peruntukan dari sedekah jariah daripada orang ramai. Wang yang disedekahkan akan digunakan sebagai dana dalam pembangunan masjid, juga membiayai kos operasi atau pun sebarang sebarang aktiviti yang dilakukan di rumah Allah ini.

Tidak dinafikan, memberi sedekah untuk tabung masjid merupakan amalan yang terpuji dan mulia. Pahala yang tidak akan terputus walaupun setelah kita meninggal dunia. Namun, apa yang tidak enak didengar, duit dari hasil kutipan tabung masjid terlalu banyak hingga tak tahu hendak digunakan untuk apa. Sudahnya, pembaziran berlaku.

Masjid yang sudah tersedia lengkap dengan kemudahan seperti kipas dan aircond, ditukar ganti dengan yang baru sedangkan yang tersedia masih elok untuk digunakan. Hakikatnya, masih ramai masyarakat setempat yang hidup dalam kedaifan dan perlu untuk dibantu.

Pandangan yang disuarakan oleh Mohd Fadli Salleh ini melalui laman facebook mungkin boleh difikirkan oleh kita. Seharusnya, masjid yang mempunyai lebihan dana yang banyak, memanfaatkan wang tersebut untuk membantu orang ramai.. Orang bersedekah supaya digunakan untuk memberi manfaat pada masjid mahupun ahli kariah, bukan untuk diperam tunggu dividen mahupun makan bunga sahaja.

Jom kita baca perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Aku pernah menulis hal ini beberapa tahun dulu. Tentang dana masjid yang diperam.

Hari Jumaat hari paling ramai orang suka bersedekah. Maka ada masjid kutipan setiap kali solat Jumaat hingga berbelas-belas ribu ringgit. Setahun lebih setengah juta pun ada.

Pendedahan Sinar Harian mengenai simpanan duit masjid di Perak mencecah 7juta menimbulkan banyak benda yang boleh kita bincang secara matang dan tenang.

Ada sesetengah orang masjid tak suka bila orang biasa macam aku nak bagi cadangan dan pendapat. Kata mereka,

"Kau seminggu sekali je datang masjid baik duduk diam. Tak payah masuk campur. Ini muka pun payah nak nampak, tiba-tiba nak ajar pihak masjid pula."

Pemikiran lapuk penuh angkuh begitu kena buang wahai ahli masjid yang dihormati. Masjid itu bukan masjid kamu. Duit itu bukan duit kamu. Duit kami yang jarang-jarang pergi masjid inilah yang banyaknya kat situ.

Aku pernah berborak dengan seorang imam muda. Katanya dana masjid dia beratus ribu sampai tak tahu nak buat apa. Masjid yang sudah dipenuhi aircond, akhirnya dipasang 'giant fan' yang berpuluh ribu harganya.

Kerana apa pasang? Apa tidak selesa? Apa belum cukup sejuk? Bukan, kerana duit dah tak tahu nak buat apa. Pasang 'giant fan' beberapa buah, akhirnya berhabuk macam tu sahaja. Awal-awal pasang sahaja guna, lepas tu tak pasang dah.

Agaknya nak jimat letrik. Lagipun aircond masjid yang baru ditukar itu memang masih sejuk. Tak perlu dah bantuan 'giant fan' itu sebenarnya.

Dah jadi satu pembaziran besar kat situ. Belum aku cerita bab masjid beli chandelier berharga lebih RM200k lagi.

Jika orang bukan ahli masjid macam aku dibenarkan memberi pendapat, aku nak usulkan 3 pendapat buat masjid yang punya dana tapi tak tahu nak buat apa.

1. Selepas Asar, AJK masjid boleh meronda kariah mereka. Naik motor bagi salam dari rumah ke rumah. Lihat apa keperluan mereka, apa yang pihak masjid boleh bantu.

Walau tidak mampu beri banyak, mungkin boleh beri sekampit beras 5kg yang berharga RM15 cuma. Atau mungkin setin susu untuk anak mereka. Pilih keluarga yang layak dan bantulah sedikit sebanyak. Baru orang respek dengan geng masjid. Baru mereka yang tak pernah pergi masjid nak dekati masjid.

Banyak aku lihat depat mata, masjidnya nilai berjuta. Duit masjid berpuluh ribu, malah beratus-ratus ribu diperam saja. Sedangkan, ada asnaf sekeliling masjid. Sedangkan, ada orang miskin terpaksa berhutang beras di kedai India supaya ahli keluarga tidak kelaparan.

Kalau sehari pihak masjid boleh ronda 4-5 buah rumah, sebulan dah 150 buah rumah dah dalam kariah tu mereka ziarahi dan santuni. Kan bagus begitu? Pasti pandangan ahli kariah pada geng masjid jadi lain macam. Kan?

2. Beri kemudahan untuk fakir miskin dalam kariah mulakan kehidupan. Belikan balang air, meja dan payung untuk mereka mula berniaga.

Ajak mereka berniaga di kawasan masjid terutamanya hari Jumaat. Bagi tempat untuk mereka jual air, kuih, makanan, sayur-sayuran dan apa-apa barang yang mudah dijual.

Modalkan mereka untuk beli barang mentah buat kali pertama. Cari perniagaan yang modalnya sekitar RM1000 atau kurang sahaja.

Jangan bagi mereka duit, sediakan mereka barang asas untuk mulakan jualan dan bahan mentah. Bantu dan ajar mereka berniaga dengan betul.

Kalau sebulan satu keluarga pihak masjid bantu, setahun dah ada 12 keluarga mampu berdikari dan menyara keluarga sendiri. Pilih mereka yang benar-benar layak, walau orang itu tak pernah ke masjid! Jangan pilih kroni pula ya.

3. Di bandar sesak seperti Kuala Lumpur ini, banyak budak-budak tercicir kelas prasekolah. Satu prasekolah hanya terima 25 murid, sedangkan kepadatan penduduk setempat mencecah 2000 murid.

Maka keluarga yang miskin tidak mampu hantar anak-anak ke tadika swasta. Anak masuk ke sekolah rendah tanpa tahu baca kira.

Alangkah eloknya jika masjid buka kelas percuma untuk anak-anak tercicir ini. Buka pada hujung minggu pun jadilah.

Ambil saja student Universiti berdekatan atau mereka yang tiada kerja tapi ada bakat mengajar sebagai tenaga pengajar. Student Universiti ni sentiasa mencari kerja part time. Bayar mereka RM50 untuk dua jam pun mereka sangat seronok.

Kalau sehari 2 guru, seminggu baru RM200 (andaikan kelas hanya pada hari Sabtu dan Ahad). Sebulan baru RM800 pihak masjid perlu bayar kepada tenaga pengajar.

Masjid juga makin dikagumi. Orang ramai makin mendekati. Sambil hantar dan ambil anak, mereka pasti turun solat. Dan jika ada seringgit dua dalam kocek, pasti ke tabung masjid juga perginya.

Pandangan ini aku tujukan buat masjid yang kaya raya sampai dana tak tahu nak buat apa. Yang masjid cukup-cukup makan je, teruskan mendekati dan menyantuni ahli kariah masing-masing.

Apa pun, ini sekadar pandangan yang bersifat peribadi. Kalian berhak nak setuju atau tidak. Bebas juga untuk cadangkan aktiviti atau program lain yang lebih bermanfaat.

Cuma aku berharap, tiada lagi dana yang diperam banyak-banyak sampai berpuluh-puluh ribu mahupun beratus-ratus ribu.

Orang bersedekah supaya digunakan untuk memberi manfaat pada masjid mahupun ahli kariah, bukan untuk diperam tunggu dividen mahupun makan bunga sahaja.. Begitulah.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 11, 2018 7:35 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Dia Teringin Nak Makan, Tapi Menelan 2 French Fries Pun Dia Sudah Tidak Mampu'' - Bantulah Adik Arissa
siakapkeli.my

Berat mata memandang, berat lagi kesakitan yang terpaksa dipikul oleh tubuh kecil ini. Arissa, berat sungguh ujianmu, namun semangatmu masih kental untuk meneruskan hidup. Ketika kanak-kanak lain seusianya sedang bergembira menikmati zaman kanak-kanak, Arissa hanya terbaring lemah. Seluruh hidupnya telah direntap oleh kanser, Bilateral Retinoblastoma (sejenis kanser mata).

Melihat keadaan Arissa, terbit rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Dikurniakan nikmat kesihatan, masih mampu makan dan minum tapi selalu merungut dan tidak kenal erti syukur. Sungguh, kisah adik Arissa ini menginsafkan setiap dari kita.

Perkongsian daripada Wan Shahriza di laman facebook, menjentik hati siapa sahaja yang melihat. Di luar imaginasi, derita yang terpaksa ditanggung Arissa. Moga anak kecil ini terus kuat unuk melawan kanser, ibu ayahnya terus tabah dalam menghadapi ujian ini.

Semalam, 20/1/2018, dalam perjalanan ke KL, saya singgah di Maran utk menjenguk Arissa.

Pilu melihat Arissa. Terbaring dia dalam kelambu yg dipasang utk mengelakkan lalat menghurung wajahnya.

Kurus. Hanya tulang2. Chemoport yg masih tertanam di dadanya amat jelas kelihatan, terbonjol menolak kulitnya.

Dia ingin makan. Meminta ibunya membelikan KFC. Dia sukakan french fries. Saya lihat ibunya membantu dia duduk. Memang dia sangat lemah. Sudah seminggu dia sudah tidak boleh makan kerana ketumbuhan di dalam mulutnya sudah menghalang laluan makanan.

Pun dia masih mencuba. Menolak fries masuk ke mulutnya. Dia lakukan itu sendiri kerana mungkin hanya dia yang dapat merasakan bahagian mana yang sakit, bahagian mana yg masih boleh bersentuh dgn makanan yg cuba ditelannya.

Tidak sampai dua fries, dia mengalah. Meminta untuk minum air pula. Mencuba menyedut melalui straw, tapi air itu hanya naik separuh. Segera ayahnya memotong straw menjadi dua bahagian pendek. Barulah masuk air itu disedutnya.

Sungguh luluh melihat dia.

Saya cuba mengusap rambutnya. Itu yang paling mampu saya lakukan untuknya. Dia merengek, membantah tangan asing menyentuhnya.

Mengingatkan saya pada Ijjat saya yang juga tidak suka pada orang2 asing yg tidak dikenalinya.

Namun dia alert. Cerdas dan bijak. Bila dia mendengar bunyi sudu dan pinggan sewaktu saya makan mee yang dihidangkan keluarga ibunya, dia bertanya,

"Auntie makan apa..?"

Sungguh luluh perasaan untuk memberi jawapan, ketika dia sudah tidak lagi mampu memasukkan makanan ke mulutnya sendiri.

Arissa.. saya tidak tahu selama manakah dia akan mampu bertahan lagi oleh ganasnya kanser yg menyerang tubuh kecilnya. Getirnya ujianmu, anak.

Dan begitu hancur hati apabila mengingatkan betapa kita sudah tidak lagi mampu untuk melakukan apa2 untuknya. Untuk meringankan sedikit azab yg ditanggungnya.

Saya hanyalah mata yg memandang. Tidak mampu saya bayangkan perasaan ibu ayahnya yang melalui ini bersama Ariissa. Dan apatah lagi utk membayangkan apa yg dirasa dan dilalui Arissa sendiri. Di luar imaginasi.

Maaf jika saya mengganggu emosi sesiapa dengan gambar2 ini. Tapi inilah hakikat kanser. Tak perlu kita berpura2 mengatakan everything is ok or going to be ok. Dengan kanser, NOTHING is ok. Kanser boleh menjadi sejahat ini.

Yang penting ialah awareness. Kesedaran dan pentingnya pengesanan awal. Ianya boleh terkena pada sesiapa sahaja, bila2 masa sahaja.

Untuk yg ingin menyumbang sebagai tanda bersimpati kpd Arissa dan keluarganya, saya sertakan di sini no akaun ibunya. Untuk makluman, kedua ibu bapa Arissa bergilir2 mangambil cuti tanpa gaji.

7618002751 CIMB
Rosmaniza salleh (ibu)

104068164068. Maybank
Rosmaniza

162263129718 Maybank
Norimi Fazil b. Shamshuddin (ayah)

(Ariisa ialah pengidap Bilateral Retinoblastoma, sejenis kanser mata. Sudah tidak boleh melihat bertahun2 kerana kedua2 mata sudah dibuang).

Siakapkeli.my

"Disebabkan Lubang Di Tengah Jalan, Kami Hilang Mak Selamanya" Gadis Ini Kongsi Kisah Tragis Yang Meragut Nyawa Ibunya Buat Netizen Sebak
siakapkeli.my

Setiap dari kita pasti menghadapi saat kehilangan insan yang tersayang. Semua yang terjadi sudah tertulis dan ketentuan dari Allah, siapalah kita untuk menghalang. Namun, sekiranya kehilangan insan tersayang disebabkan kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab, pasti akan timbul rasa terkilan dan kesal dengan apa yang berlaku.

Seperti apa yang dikongsikan oleh gadis ini melalui twitter cikajaii pasti menyentuh hati setiap yang membacanya. Kehilangan ibunya yang tersayang akibat kemalangan perit untuk ditelan. Lebih menyedihkan, kemalangan itu disebabkan kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyelenggara jalan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, sudah sembilan kali kes kemalangan berlaku di tempat yang sama akibat jalan yang berlubang dan tidak berturap. Namun begitu, masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak tertentu bagi mengatasi masalah itu.

Setelah kejadian yang sama berlaku hingga meragut nyawa ibunya, barulah jalan yang berlubang itu dibaik pulih semula. Nasi sudah menjadi bubur, diharap perkara sebegini tidak dipandang remeh oleh pihak yang berwajib kerana melibatkan keselamatan orang lain.

Moga kisah ini boleh menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua. Jom kita baca perkongsian gadis ini seperti di bawah.
Harini aku rasa nak share a tragically story about my beloved n lovely Mak. So basically aku jarang2 bercerita tapi entah arini rasa nk lepaskn kesal dan sedih yang aku rasa.. ini bebenang aku
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Aku n mak mmg sangat rapat since aku anak bongsu so aku la yang paling rapat dan manja.. manja tahap tidur kene cium ketiak mak.. makan kene tangan mak yang suap serta menangis kalau kene tinggal dgn mak walaupun dia cuma nk ke kenduri lps mgrib. lol pic..twitter.com/AMAWqABrs8
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018cerita dia bermula hujung 2015 masa tu aku sem 1 di UTHM. a weeks before final.. msa tu mak dtg bawak kfc dudk sembang kt cafe TDi ..aku dh nmpk mak mcm sedih je but idkw myb dia xnk aku g program anak angkt kt https://t.co/yNbr3u0jXl a few days later entah mcmne aku cancel
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018then aku terus call mak ckp aku xjd pegi progrm tu.. like seriusly she very happy dan suruh aku balik.. memandangkn rumah aku dgn UTHM tu cuma amek masa dlm 30mnt je mcmtu.. dia plan macam2 untk ktorg.. sbb mak mmg suke spend time dgn aku keluar berdua naik motor.
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018that week evryday dia call "adik.mak dh servis motor mak dah.. dh tuka tayar dh tuka mnyak hitam.rasanya klo pegi rumah abglong naik moto pun blh ni..kalo penat dua2 sandar tepi highway" she joke..btw umh abg aku kt kajang dn mak bawak skuter je 😅
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018so lps tu mak decide nk amek aku dkt u hri sbtu..sbb dia nk bawak aku jalan2 pusing parit raja sambil ke pasar beli ikan mayong nk masak asam pedas fav aku n mak.. so di pendek kn cerita sampai lah hari sabtu..5 dis 2015
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Pagi tu mak msj "dik mak dh gerak ni.." then entah knp aku blh terlajak tidur.. sedar2 ada miscall dri nmbor mak.. aku call semula masa tu pukul 7.40 pagi n mak msj pkul 7.30 .. tiba2 lelaki pulak yang angkt phne mak.. masa tu darah aku dh start berderau dah mmg dh fkr bukan2
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Lelaki tu terus jawab " ni nombor mak awak ke? mak awak kemalangan dekat dpn blaa blaa blaa..tolong dtg cepat" .. aku dh menggigil aku terus call kakak aku n suruh dia g kt mak aku cpt..dia mcm xfhm sampai aku jerit dkt dia CEPATLAH!
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Lps tu aku xtau apa jd kt tmpt kejadian..sbb aku dkt hostel..aku dh berteriak menjerit smuanye lah.. aku call bf aku masa tu kbtulan kawan dia bwk krete. dia naik basikal n amek krete kawan dia terus bawak aku g spital kluang.
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018sampai je spital.. everyone blame on me.. knp mak amek kau knp mak xbgtau mak nk amek kau.. im like really down masa tu.. aku msuk ward kecemasan zone merah.. mak xsedar.. mak cuma blh gerakkn jari je.. aku lost sgt msa tu
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Dok pgl waris n aku antra yg masuk.. she explain everything..mak xde luka tp mak ada pendarahan dkt blakang kepala.. mak kene refer ke HSAJB memandangkn kluang xd pakar neuro... xberlengah terus sign surat kebenaran n ambulan bawak ke jb.
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Mak dimasukkan dalam neuro ward ni..dia mcm icu but more specific untuk kepala sahaja.. dua kali mak kene operation first buang darah yang blocking n second take out her tempurung kepala seblah kanan.. so mak cuma ada sebelah je tempurung kpla.. mak koma almost 2month pic.twitter.com/0E3uhUHplN
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Actually mak xdilanggar atau langgar kenderaan lain but mak terlanggar lubang besar kat lorong kiri jalan besar.. disbbkan ada org2 atasan yang x aware smpai jd mangsa kt org lain...percya atau x mak aku mangsa ke 9 yang jatuh sbb lubang tu.. esok nye aleh2 tgk jalan dh ok.🤔
— shnnn (@cikajaii) January 24, 20182 bulan lps mak koma dia sedar semula but everything was changed. she paralyze the whole body kecuali tangan kanan.. mak xblh bercakap dan cuma mnum susu guna rice tube.. that really break my heart.. badan mkin susut dan susut
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018We prepare alot for her.. beli katil khas beli tilam angin..suction machine.. pampers susu ensure..dressing kit kemandangkan kpla mak ada luka bekas opration n leher kene tebuk..
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018so this is her after the accident.. on off demam keluar masuk hospital.. but we really take this as our advantage nk balas jasa mak.. jaga macam baby sometimes buat bubur wlaupun cuma sesuap je..tiap pagi bangun tukarkan pampers..every 4 hours kne bg susu..i love to do that all pic.twitter.com/eOZ4YjTzMp
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018How happy she is.. a lovely mom a great parent of 6.. hard-working sweet at smile and sangat penyabar ❤ pic.twitter.com/ZSdADGOckR
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018This is Mak on her birthday celebrations 31 ogos 2016 .. abah belikan mak kek.. abah really sweet.. every morning dia akan tarikkan semula selimut mak.. n kiss her checks n her forehead..who know actually this is her last birthday celebrations.. pic..twitter.com/iXQwifm9Cz
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Our last raya celebrations 2016 .. my mom really strong.. she fight everything..walaupun dia xberupaya nk berckp tp dia still buat anak2 n suami happy sbb dia akan berinteraksi dgn mata n angkat kening.. klo suruh cubit dia cubit..klo bg sikat nnt dia sikat rambut.. cute right? pic.twitter.com/0zdAqZ1mCh
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018sadly after her last birthday celebration dalam semggu lpstu mak suddenly demam panas n kerap kene sawan...12tgh mlm call ambulance n bawak ke spital sbb tau ada yang xkene pic.twitter.com/c0TjaEnpz6
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018so literally aku akan gilir2 dgn kakak aku jaga siang malam sbb mak mmg kene bg susu n tukar pampers tiap 4jam.. kita pun faham nurse banyak lg keje n pesakit nk jaga.. pic.twitter.com/55vqAsxvDt
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018sampaila 1 hari tu dok pnggl adik bradik aku smua n explain condition mak.. dia kata mk alergic pd ubat... n buat bdn dia klua merah2 n bengkak.. n organ dlman mcm hati n buah pinggang bg bacaan yang xnormal.. dok say just be prepare if anything happen.. again it's break our heart
— shnnn (@cikajaii) January 24, 20181 hari tu mak suddenly sawan...mula2 tiap 2 jam skli.. dok said tu normal. smpai la tgh malam.. mak sawan non stop sepatutnya dose ubt blh tahan smpai 6pagi tp penenang untk mak tgl 1 dose je sbb tiap kali dia sawan kene cucuk then reda cuma skjap.nurse give up xtau nk buat apa pic.twitter.com/HDsSopeuMh
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018pagi 24 sept 16 dok pakar datang n on off panggil kami ke bilik untuk discuss.. dok kata mak kne tidurkn untuk stopkan sawan tu..tu je cara..so last call ktorg stuju..dok said incase apa2 jd nk buat cpr x? kami stuju untk xbg cpr sbb xnk mak lg seksa..if this her day kami redha pic.twitter.com/zTcUuH0J47
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018xlama kami kluar dri blk dok the othr dok jumpa kami..he said " ini la masanya yang sesuai untuk ajar mak mengucap sbb mak tgh nazak" .. kami nk masuk but the other lg dok xbg.. less a minit she went out n bgtau mak dh xada.. This is her last fight.. she give up..
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018cuma sebab lubang jalan yang sepatutnya diselenggara tapi orang sepatutnya tidak berbuat demikian dan orang lain jadi mangsa.. walaupun kau saman dan menang kes duit tak boleh kembalikan orang yang kita sayang.. Harini genap 4bulan mak pergi.. pic.twitter.com/nomb71fPp1
— shnnn (@cikajaii) January 24, 201824 September 2016 mak pergi.. 24 oktober pula tarikh lahir aku.. dan masa tu umur aku 24 tahun.. can u all see how close we are.. Terima kasih mak sebab jadi kawan baik kita.. Semoga Allah jagakan mak selalu mcm mana mak jaga kita .. ❤ pic.twitter.com/J7nTeR1PNx
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018so gais.. if korang jumpa mana2 lubang yang merbahaya lagi2 untuk penunggang motorsikal please report it to jkr MP or what so ever badan yang bertanggungjawab..sbelum kes yang sama jadi kat org lain.. aku pun xnk org org lain rasa sakit nye hilang org yang aku sayang. pic.twitter.com/627sind7Nx
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018dah siapa2 je yang kemalangan sbb jatuh langgar lubang kt jalan besar pls cepat2 make a police report n amek gmbar as a bukti.. korang boleh saman those yang bertanggungjawb ats pnyelenggaraan jalan tu.. cuma myb it take a long procedure. but at least blh bg pngjaran kt mereka.
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018and kalo korang nk saman tiba2 ada pihak nk hulur duit suruh kau tutup mata please ignore them.. mereka cuma nk lari dari tanggungjawab.. banyak je kes langgar lubang yang kita xtau ni sbb xpnh ada yng buka mulut..
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018pls..atas dasar perihatin kpd pengguna jln raya terutama yg naik motosikal.. hati2 n ingt la org kita sayang.. kadang kita dh cukup berhati2 tapi sbb kecuaian orang lain kita jadi mangsa..thts all from me.. maaf andai terkasar bahasa.. Mohon sedekahkan Alfatihah untk mak saya ❤ pic.twitter.com/WSdRUNxO3u
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Im sorry guys.. My bad i thought tahun ni baru 2017 tp sebenarnya dah 2018 😢 .. pembetulan My mom passed away 24 September 2017..
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018Al fatihah semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman. Menangis sis 😭 btw your mum meninggal 2016 or 2017? Kalau sept 2016 kiranya sekrg dah setahun 5 bulan la lebih kurang kan. Btw be tough ya ❤️✨
— 🐝 (@fatinnuraiin_) January 24, 2018Aminn thank you sis.. btw my mom passed away 24sept 2017.. my eyes couldn't let me type it right.. my mistake..
— shnnn (@cikajaii) January 24, 2018
Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 11, 2018 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tukar Cara Kira Dividen, Ini Jawapan Tabung Haji Kepada Pendeposit Seluruh Malaysia.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Kenyataan Media

Isu penggiraan dividen

Assalamualaikum Pendeposit yang dihormati,

Simpanan di TH adalah berkonsepkan Al-Wadi'ah Yad Dhamanah di mana simpanan adalah terjamin. Tujuan utama simpanan TH adalah untuk menunaikan haji tetapi kebanyakan pendeposit mengharapkan pulangan yang kompetitif seperti akaun pelaburan lain di bank, unit dana amanah swasta dan pencaruman di wang simpanan pekerja.

Harus diingatkan, bahawa akaun simpanan di TH adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan struktur dan prestasi mana-mana akaun simpanan lain. Simpanan di TH mempunyai risiko simpanan atau pelaburan terendah di dalam negara kerana ia dijamin 100% oleh kerajaan.

Walaupun pemberian hibah bukanlah suatu amalan yang wajib, TH sentiasa menjaga kebajikan pendeposit dan berkongsi pulangannya dari pelbagai pelaburan. Oleh itu, pengiraan dan pemberian hibah adalah mengikut budi bicara TH serta berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan kumpulan TH pada tahun semasa.

Pelaburan yang dijalankan oleh TH berdasarkan nilai dana yang terendah bagi tempoh 12 bulan. Oleh itu, pengiraan hibah juga wajar mengikuti formula yang sama iaitu berlandaskan baki minima tahunan akaun TH.

Pengiraan hibah pada tahun 2017 mengikut formula ini tidak seharusnya menimbulkan persoalan. Ini bukan kali pertama TH menggunakan kaedah pengiraan ini. Ia konsisten dengan galakan kepada semua pendeposit untuk menyimpan dana secara jangka panjang.

Setiap tahun sejak penubuhannya, segala keuntungan bersih yang dicapai oleh TH telah dihibahkan kepada pendeposit. Tidak kira apa formula yang digunapakai, pendeposit menerima kesemua keuntungan bersih yang ada.

Untuk kesejahteraan para jemaah Haji, TH juga telah membelanjakan sebanyak RM358 juta bagi tahun 2017 untuk subsidi Haji muaasasah dan perkhidmatan perkhidmatan lain secara menyeluruh saperti kemudahan hospital kesihatan, bimbingan haji dan lain lain tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sekali lagi, kami ingin menegaskan, penabungan di TH adalah untuk mengerjakan ibadah Haji dan tidak seharusnya bagi tujuan mengharapkan pulangan semata-mata.

Sekian, terima kasih.
Read more: http://www.amenoworld.org/2018/02/tukar-cara-kira-dividen-ini-jawapan.html#ixzz56nxWKY7T

KR1M Buat Mydin Rugi Lebih RM100 juta
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Pengarah urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin tidak menyangka projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan berakhir dengan kerugian besar – lebih RM100 juta.

"Berapa sangat yang anda boleh rugi," fikirnya ketika peringkat awal projek yang diperkenal pada 2011 itu.

Pada ketika itu, rangkaian Mydin merekodkan keuntungan antara RM50 juta hingga RM70 juta setahun, katanya.

Maka, syarikatnya itu bersetuju untuk menjalankan projek jualan runcit barangan keperluan pengguna dengan harga murah itu.

"Saya fikir niatnya sangat murni. Kerajaan mempunyai niat yang sangat murni. Kami juga berfikir dengan naif bahawa, memandangkan kami adalah pemain industri tempatan yang paling besar, kami perlu mengambil inisiatif ini," kata Ameer.

Dalam temubual disiarkan stesen radio BFM itu, beliau berkata Mydin setuju menjalankan operasi runcit KR1M itu "demi rakyat" dan atas "tanggungjawab sosial korporat (CSR)".
"Apa pun, ia adalah CSR untuk kami. Ia adalah satu pengajaran," kata Ameer yang menambah, barangan terbabit dijual tanpa sebarang subsidi dari kerajaan.

Akhirnya, Mydin terpaksa menanggung kesemua kerugian terbabit. Kos yang ditanggung kerajaan pula, yang dilaporkan sehingga lebih RM100 juta, adalah melibatkan aset.

Aset tersebut termasuk kos ubah suai kedai dan rak barangan yang ditanggung oleh kerajaan. Barangan yang dijual itu pula adalah milik Mydin, jelasnya.

"Aset tersebut bukan barang jualan. Barangan tersebut kami tanggung, kos operasi kami tanggung, harga kami tanggung, kerugian kami tanggung, kos logistik juga kami tanggung. Saya hasilkan lebih RM100 juta dalam bentuk kerugian," katanya.

Faktor utama kerugian itu adalah kos logistik yang menurutnya sangat besar – sehingga 25 peratus.

Ini kerana, KR1M meliputi kawasan luar bandar seperti di Kapit, Belaga di Sabah dan Sarawak di mana harga barangan sangat tinggi, katanya.

"Kami hantar banyak kontena ke sana dan barangan itu habis hampir serta merta," katanya yang menjelaskan, kebanyakan produk tersebut dijual pada harga yang sama dengan harga di Semenanjung.

Wawancara itu disiarkan BFM hari ini selepas Perdana Menteri Najib Razak semalam melancarkan projek baru KR1M, dengan nama KR1M 2.0 dan dengan model bisnes baharu tanpa penyertaan Mydin.

Pada kali ini ia dilaksanakan di kedai Tunas Manja Group yang menjadi rakan kongsi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurut Najib, KR1M 2.0 juga tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama. – Malaysian Insight

KDNK BAGUS TAK GUNA JIKA RAKYAT MISKIN
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

KDNK bagus tak guna jika rakyat miskin
Posted By: Pentadbiron: February 08, 2018 Print EmailPeningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kuasa belanja individu kini tidak lagi mempunyai kaitan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata, kos hidup yang tinggi telah melampaui kenaikan pendapatan serta menjejaskan kuasa beli pengguna.
"Pertumbuhan KDNK (kini) tidak bermakna kepada rakyat," kata Pengerusi Pakatan Harapan dalam sesi "Sembang Dasar" di Facebook beliau hari ini.
Pengarah urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin dalam temu bual dengan BFM semalam berkata jualan pasar raya besar terus menyaksikan penguncupan.
Katanya walaupun perbelanjaan domestik pada asasnya bagus, tetapi pasar raya besar yang menguasai 50 peratus pasaran runcit menyaksikan pertumbuhan negatif kerana orang ramai tiada wang.
Mahthir memberikan contoh mudah bagaimana KDNK tidak memberikan gambaran sebenar keadaan individu.
"Jika ada seorang jutawan dalam 1,000 orang, dan 999 lagi tiada wang, purata kekayaan adalah RM1,000 seorang.
"Jadi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada angka pertumbuhan KDNK," katanya.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, February 05, 2018 11:31 PM
Subject: Fw: Ekonomi berkembang tapi rakyat tak berduit

PELIK: Ekonomi berkembang tapi rakyat tak berduit - Pengarah urusan pasaraya Mydin

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Rakyat tak berduit walaupun ekonomi berkembang, kata Mydin Pengguna tidak dapat memenuhi peningkatan kos barangan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan meningkat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Februari, 2018.

RAKYAT awam, yakni pengguna tidak dapat memenuhi peningkatan kos barangan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan meningkat.

Inilah rumusan oleh bos pasar raya tempatan Ameer Ali Mydin bila menghuraikan data tentang bagaimana tahun lalu penjualan merosot di seluruh pasar raya di negara ini.

Diakibatkan penjualan yang rendah, kemerosotan dalam pertumbuhan untuk pasar raya terjadi kerana harga untuk lebih 100 jenis makanan meningkat sebanyak 14% dalam lima tahun kebelakangan ini.

"Saya fikir rakyat tak ada duit," kata Ameer, pengarah urusan Mydin dalam temu ramah bersama stesen radio BFM.

-themalaysianinsight

Pengedar Bumiputera Melayu Islam Kereta Proton Bakal Gulung Tikar
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Zaman lemak-kelemak telah berakhir. Sekarang Ploton bukan lagi Proton.

Kahkahkah!

Ploton dah dapat kat Cina, sudah tentu dia akan melebihkan pengedar sebangsa dgnnya. Sudah tentu dia akan melebihkan pembeli dari kalangan bangsanya.

Kalau Proton dapat kat India pun senarionya akan sama. Bangsa India pula akan menikmati diskaun seperti mana yg akan dinikmati keturunan Hokkien.

Bezanya Proton yg sekian lama dikuasai Melayu haram tak menyumbang hapa kpd pembeli Melayu. Lagi nak mengerat tembolok Melayu ada.

Kahkahkah!

Dah macam2 syarat, macam2 titah perintah tauke baru Proton, tak kan tak paham2??

Maknanya ramai lagi pengedar bangsa dia yg mampu buat kerja. Maknanya dia tak kisah sangatlah kalau tak ada pengedar Melayu pun.

Maknanya dia suruh balik kampung tunggu duit BRIM je la.

Kahkahkah!
 

Menara Warisan Merdeka (Kl118)

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Dijangka siap pada tahun 2024, Malaysia akan mempunyai sebuah menara yang bakal menjadi mercu tanda baru dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Ketinggian menara yang bakal dibina ini akan menandingi ketinggian KLCC (451.2 meter) dan The Exchange 106 (492 meter) sekaligus meletakkannya sebagai menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Apabila siap pembinaannya kelak, ia mampu mempertingkatkan lagi kepesatan ekonomi negara.

Menara Warisan Merdeka atau juga dikenali dengan KL118 merupakan inisiatif Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk merangsang perkembangan ekonomi negara. Nama KL118 diambil bersempena dengan jumlah tingkat menara tersebut. Manakala, Menara Warisan Merdeka diberi nama atas kapasiti menara tersebut berada di tengah-tengah kawasan warisan sejarah sebelum kemerdekaan. Ketinggiannya bakal mencecah 630 meter (ada juga mengatakan sampai 645 meter), 200 meter lebih tinggi dari KLCC.

Namun, ketinggiannya masih tidak dapat ditetapkan lagi sehingga ianya siap sepenuhnya pada tahun 2024. KL118 terletak di Bukit Petaling di mana tapak asalnya adalah Taman Merdeka dan dikelilingi dengan bangunan bersejarah lain seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara, Institusi Victoria dan Sekolah Lelaki Methodist.
..
KL118 juga dihubungkan dengan jajaran 'Mass Rapid Transit (MRT)' iaitu berdekatan dengan Stesen MRT Merdeka. KL118 mempunyai 118 tingkat di mana 100 tingkat akan disewakan dan 80 tingkat daripadanya untuk ruang pejabat di mana 60 tingkat daripadanya akan diletakkan pejabat-pejabat syarikat di bawah naungan PNB, manakala 20 lagi tingkat akan disewakan kepada syarikat-syarikat tempatan yang bertaraf antarabangsa. 20 tingkat lagi akan disewakan untuk kegunaan ruang hotel yang akan dikendalikan oleh hotel yang bertaraf antarabangsa. Selebihnya akan digunakan untuk ruang perniagaan, taman rekreasi, pusat konvensyen dan fasiliti-fasiliti yang lain termasuk ruang parkir yang memuatkan sehingga 5000 kenderaan.

Konsep seni bina KL118 diilhamkan daripada genggaman tangan kanan Tunku Abdul Rahman apabila melaungkan 'Merdeka' pada tahun 1957. Ia melambangkan keharmonian yang digunapakai oleh negara dalam mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Bentuk rekaan yang moden pula untuk mencerminkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan moden. Kalau dalam ilmu senibina, konsep menara yang moden ini digambarkan sebagai 'dominant architecture' kerana menara ini akan kelihatan seperti dominan dikelilingi bangunan-bangunan bersejarah lain.

Arkitek Australia, Fender Katsalidis adalah arkitek yang memberikan idea mengenai konsep rekabentuk ini. Walaubagaimanapun, segala penghasilan lukisan dan pengurusan projek diserahkan kepada arkitek tempatan iaitu RSP Architect. PNB telah mengumumkan pelantikan UEM Group Bhd dengan kerjasama South Korea's Samsung C&T sebagai kontraktor utama dalam membangunkan KL118. Kerja-kerja tanah pula diuruskan oleh Pintaras Geotechnic Sdn Bhd. Kini, kerja-kerja penanaman cerucuk (piling works) sedang giat dijalankan sejak akhir tahun 2017.
..
Dengan pembinaan menara ini, maka Malaysia mampu mengekalkan 'title' negara yang mempunyai menara tertinggi di Asia Tenggara. Ini disebabkan terdapat 2 buah negara yang bakal membina menara yang bakal menandingi KLCC dan The Exchange 106 iaitu Indonesia dengan pembinaan Jakarta Signature Tower dan Thailand dengan pembinaan Rama IX Super Tower. Kedua-dua menara ini juga sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020
..
Sungguhpun begitu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa Malaysia juga sedang dalam perancangan membina sebuah menara yang mencapai ketinggian sehingga 775 meter yang akan dimiliki oleh syarikat Tradewinds Corp Sdn Bhd pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari yang dikenali sebagai Tradewinds Square. Namun, ia masih dalam peringkat perbincangan.

Kos keseluruhan pembinaan KL118 dijangka mencecah RM5 billions. Kos pembinaan yang tinggi ini telah mendapat kecaman daripada sesetengah pihak kerana ianya dianggap membazir dan bakal meningkatkan hutang negara. Walaubagaimanapun, PNB telah menjangkakan apabila KL118 siap sepenuhnya, ia mampu memberi pulangan sehingga RM6 billions pada 5 tahun akan datang seperti yang diumumkan oleh Presiden dan GCEO PNB. Pembinaan KL118 adalah inisiatif PNB sendiri dan bukan cadangan daripada kerajaan. Dana yang diperoleh di dalam pembinaan KL118 adalah kebanyakan melalui pelaburan-pelaburan rakyat Malaysia.
..
Jadi, pulangan keuntungan yang terhasil daripada pembinaan KL118 ini juga akan turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Kecaman dan kritikan ke atas pembinaan projek mega ini bukanlah satu perkara yang pelik bahkan ianya pernah juga berlaku terhadap projek-projek mega di Malaysia yang lain seperti KLCC, Putrajaya dan Jambatan Pulan Pinang. Tidak kiralah siapa yang memerintah ketika pembinaan projek-projek mega ini, sudah pasti ianya akan dipolitikkan.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita lebih berfikiran terbuka dan mengambil kira projek-projek mega ini sebagai pemangkin ekonomi negara. Dengan pembinaan menara ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan yang luas kepada golongan profesional seperti Arkitek dan Jurutera tempatan ketika pembinaan menara ini manakala apabila siap kelak ia mampu memberi peluang pekerjaan kepada pelbagai bidang.

Nota Editor: Ini ialah artikel info mengenai Warisan Merdeka. Sebarang komentar berbaur politik kepartian dan membanding-bandingkan setiap monumen dan binaan dengan niat politik di Malaysia akan membawa kepada hukuman ban seumur hidup. Layan artikel ini sebagai artikel ilmiah, bukannya artikel politik murahan.
..
(gambar bangunan adalah hiasan )
the Patriots
#RKIDM

Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat", KPDNKK Akan Buru Peniaga Online Yang Gagal Papar Harga Barang Dijual
siakapkeli.my

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas talian dan mana-mana web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu, lapor NST.

Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna Selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk di atas talian tetapi tidak meletakkan tanda harga barang dijual samaada sengaja atau tidak.

Penggunaan frasa "PM saya, sis", "Done PM" adalah antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga.

Peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvesional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

*Harga perlu dibayar
*Nama penjual atau syarikat
*Nombor Pendaftaran Perniagaan
*Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
*Keterangan produk
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri"

"Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi."

"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat."

"Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan."kata Roslan.

Beliau juga menyatakan sudah lama masa diberikan, sekarang semua peniaga atas talian perlu memaparkan tanda harga.

Roslan menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800. - Siakapkeli.my

SUMBER: New Straits Times

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 11, 2018 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Bagi Kucing Anda 3 Makanan Bahaya Ini, Pesanan Penting Buat Semua Pencinta Kucing
siakapkeli.my

Sama ada sedar atau tak, kebanyakan pemilik kucing memberi makanan yang tidak sepatutnya kepada kucing-kucing peliharaan mereka tanpa menyedari makanan tersebut boleh mengancam kesihatan dan membahayakan si comel.

Perkongsian daripada PollCat melalui laman facebook mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda.

3 JENIS MAKANAN BERBAHAYA BAGI KUCING

Disebabkan kucing hidup di rumah yang sama dengan tuannya, kemungkinan tinggi kucing menemui makanan yang dimakan oleh manusia ketika lapar.

Sebagai pencinta kucing, kita perlu berhati-hati tentang pemakanan kucing kerana kucing tidak dapat membezakan antara makanan sihat dan makanan yang memudaratkan.

Di sini kami kongsikan 3 jenis makanan yang boleh memudaratkan kucing anda.

1. Kafein

Kafein berbahaya bagi kucing kerana kafein akan merangsang sistem saraf kucing dan menimbulkan kesan gementar, muntah dan sebagainya.

2. Coklat

Coklat mengandungi theobromine iaitu zat kimia yang berbahaya untuk kucing dan dalam jumlah yang banyak bisa membunuh kucing. Coklat berbahaya bagi kucing dan boleh menyebabkan muntah, dehidrasi, demam, denyut jantung tidak teratur, kejang dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 24 jam jika dos yang tinggi coklat diambil.

3. Kismis dan Anggur

Bagi kucing, kismis menjadi racun yang amat berbahaya. Kismis dan anggur boleh menyebabkan kucing mengalami kegagalan fungsi ginjal. Kesan buruk ini berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang dari 24 jam. Simpton yang timbul adalah muntah, buang air kecil dan lesu.

Sebagai pemilik dan pencinta kucing, kita perlu berhati-hati dan jauhkan 3 jenis makanan ini dari kucing kita.

Siakapkeli.my

Di bungkusan Milo memang 40 peratus gula, tapi...

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Selepas hebat dipertikaikan, Nestle mempertahankan minuman keluaran syarikatnya, Milo merupakan minuman sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff berkata walaupun ia mengandungi 40 peratus gula, apabila dibancuh kandungan itu hanya tinggal enam peratus sahaja.

"Bagi saya, minuman Milo ialah minuman yang sihat.

"Sebenarnya, di bungkusan memang tertulis gula sebanyak 40 peratus, 40 peratus gula itu, 20 peratus daripadanya ialah daripada susu, laktosa dan malt.

"Susu yang ada merupakan susu yang mempunyai gula semula jadi dan baik untuk badan. Lagi 20 peratus itu gula dan ia dalam bentuk serbuk.

"Selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus sahaja iaitu tiga peratus daripada susu tadi dan tiga peratus lagi gula.

"(Kadar) 40 peratus itu bila tidak dicampur air. Jadi sebenarnya hanya enam peratus gula sahaja yang masuk ke badan. Video yang viral itu mengelirukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara hari ini.

Othman berkata demikian sebagai menjawab dakwaan video yang tular di media sosial yang mendakwa Milo tidak sihat kerana mengandungi gula yang tinggi, sekali gus menggemukkan.

'Jangan tambah susu, gula'

Selain itu, Othman turut memberitahu, minuman Milo hanya menjadi tidak sihat apabila ia ditambah dengan susu dan gula.

Justeru beliau meminta agar orang ramai menyediakan minuman Milo seperti panduan yang tertulis pada bungkusan minuman itu.

"Dekat bungkusan kita ada tulis penyediaan Milo iaitu lima sudu teh Milo dan kemudian tambah 200 mililiter air panas.

"Tapi orang kita tambah susu, gula. Itu yang jadi tak sihat," katanya lagi.

Tak sama dengan Milo Australia

Sementara itu, ditanya mengenai perbezaan kandungan gula Milo di luar negara dan di Malaysia, Pegawai Kanan Pemakanan Unit Kesihatan Korporat Nestle, Nurul Iliani Ahmad memberitahu ia dibuat berdasarkan populasi penduduk di setiap negara.

"Kita ikut populasi di setiap negara. Macam di Malaysia kita ikut selera penduduk di negara ini dan seperti di Australia, Milo mereka mengikut selera negara sana.

"Jadi formulasi bagi setiap kandungan Milo berbeza-beza mengikut negara yang diedarkan," katanya.

Jangan Tertipu Dengan KRIM Tonsil & Resdung
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Bila bercakap pasal tonsil dan resdung ni, semestinya mereka yang mengalami amat perit untuk diperjelaskan perasaan. Kalau tonsil, jangankan nak makan, nak telan air liur pun sakit. Kalau resdung pulak, semua seluruh muka gatal mengila. Kalau kena dua sekali dalam satu masa. Meroyan sampai hilang!

Tapi jangan ambil krim sembarangan yang dikatakan mampu menyembuhkan. Doktor muhyiddin mengesahkan krim tidak mampu sembuhkan resdung ataupun tonsil.

iPay88 Dedahkan 3 Sebab Utama Pengguna Lebih Memilih 'Online Banking' Berbanding Kad Kredit
siakapkeli.my

24 Jan - Kebanyakkan pengguna lebih cenderung menggunakan perbankan atas talian semasa membuat sebarang transaksi 'online' berbanding kad kredit, lapor iPay88.

Transaksi perbankan atas talian mencatatkan sehingga 4.4 juta transaksi berbanding 2.4 juta transaksi menggunakan kad kredit dalam tempoh tertentu.

Perkara ini didorong oleh beberapa aspek utama seperti tiada caj faedah, mesra pengguna dan boleh digunakan oleh bukan pemegang kad kredit.

Menurut laporan itu juga turut menyambut baik trend tersebut kerana ini menunjukkan pengguna akan berbelanja mengikut kemampuan.

Menurut kajian yang dibuat, menunjukkan transaksi melibatkan perkhidmatan pengangkutan meingkat sehingga 276 peratus.

Pengarah Eksekutif iPay88, Chan Kok Long menjelaskan, perkara terbabit bukanlah satu kejutan memandangkan lebih ramai pengguna kini lebih memilih untuk membeli tiket pengangkutan awam secara dalam talian.
"Ini bukan sesuatu yang luar biasa sebab terdapat banyak aplikasi untuk tujuan ini seperti KTM yang sangat sinonim sebagai pengangkutan alternatif antara negeri," jelas Kok Long.

Chan Kok Long
Pengarah Eksekutif iPay88

iPay88 adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran atas talian dan ia merekodkan transaksi bernilai RM6.6 juta pada tahun 2017 serta peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding 2016.

Dalam rekod yang dicatatkan, bulan Disember 2017 adalah bulan yang paling banyak merekodkan transaksi dalam talian. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 11, 2018 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin hari ini menyindir usaha kerajaan untuk menggubal undang-undang baru bagi membendung berita palsu.

"Difahamkan BN nak gubal undang-undang dalam sidang parlimen bulan depan ini bagi mengekang berita palsu.

"Hairanlah demokrat palsu nak bendung berita palsu!" kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata langkah itu berkait rapat dengan keselamatan negara dan tidak hanya berpaksikan politik semata-mata.

Beliau justeru meminta pembangkang bekerjasama dan tidak membuat tuduhan melulu atas pelaksanaan akta tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Hanipa berkata realitinya dalam negara ini rakyat menjadi mangsa kerana "berita benar dan tepat".

"Contoh yang klasik kes rakan baik saya, YB Pandan. Dihukum penjara 30 bulan sebab dedah berita benar dan tepat.

"Yang terpalit dengan berita benar itu bebas di luar dan khabarnya sibuk nak jadi calon PRU," katanya merujuk kepada kes Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Hanipa yang juga seorang peguam berkata sudah banyak undang-undang yang "masih hukum rakyat sebab bercakap dan sebar berita benar".

"Contohnya Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) diguna (baca salah guna) sebab rakyat cakap benda benar.

"Benar bukan satu pembelaan dalam akta-akta itu," katanya.

Hanipa juga memberi bayangan kerajaan tidak akan mendapat laluan mudah ketika membentangkan cadangan akta baru itu di parlimen nanti.

"Insya-Allah dengan mandat rakyat yang hantar kami ke Dewan Rakyat, kami akan bersuara lantang melawan budaya buli BN di sana.

"Kami tak akan rela orang kata jadi MP pasu bunga saja di sana," katanya. ~ Malaysiakini

Media kerajaan dan pemimpin Umno lebih dahsyat cetuskan berita palsu
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Begitu ramai pemimpin UMNO dan kerajaan bercakap mengenai undang-undang mengekang berita palsu sekarang ini. Ada yang mengatakan ia suatu keperluan, meminta undang-undang itu disokong semua orang dan tidak kurang yang menyatakan sesiapa yang melakukannya tidak akan terlepas daripada tindakan.

Cara mereka bercakap seolah-olah hanya pihak pembangkang atau mereka yang condong kepada perubahan saja yang gemar menyebar berita palsu ini.

Seolah-olahnya juga pemimpin UMNO dan kerajaan serta media yang ditaja oleh mereka tidak pernah sama sekali terlibat dalam berita palsu, sebaliknya hanya menjadi mangsa belaka.

Benarkah begitu?

Untuk melihat yang mana benar dan yang mana palsu, cuba kita imbas kembali beberapa kenyataan Najib Razak mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya sebelum ini.

Daripada beliau pada mulanya menafikan perkara itu, kemudian mengakuinya dan beberapa kenyataannya yang berbeza-beza mengenai satu perkara, tidaklah itu sebenarnya berita palsu?

Malah, dua hari lalu apabila Najib mengatakan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion tidak hilang dan asetnya lebih besar daripada itu, ia adalah jelas suatu lagi berita palsu daripadanya yang baru kembali daripada menunaikan umrah, menziarahi makam Rasulullah serta masuk ke dalam Kaabah.

Bukankah sebelum ini juga Najib mengakui 1MDB adalah suatu kegagalan kerajaan?

Kenapakah Najib asyik merapu dan tidak konsisten tentang 1MDB yang bagi rakyat adalah suatu malapetaka bagi negara?

Begitu juga dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengakui pernah berjumpa dengan wakil keluarga penderma RM2,600 juta kepada Najib, tetapi apabila diasak untuk berterus-terang siapakah yang ditemuinya itu, sehingga sekarang senyap terus kata-katanya, tidakkah ia suatu berita palsu?

Lebih dari itu, Zahid Hamidi juga pernah gah membuat dakwaan mengenai dalang Lahad Datu, amalan syiah yang melibatkan Mohamad Sabu, kad pengenalan biru Tun Mahathir Mohamad yang didakwanya bertulis "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty" dan beberapa perkara lain yang gagal dibuktikannya, bukankah ia satu lagi berita palsu yang nyata?

Dalam beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang berbeza dan bercanggah antara satu sama lain ketika mempertahankan Najib berhubung wang RM2,600 juta yang diterimanya, apakah ia bukan berita palsu?

Ketika Ahmad Maslan dengan bangga menyatakan GST akan menurunkan harga barang, tetapi semunya terbukti tipu belaka sehingga kini, tidakkah ia juga berita palsu?

Dalam waktu yang sama, cuba juga kita lihat media-media arus perdana seperti akhbar dan televisyen yang semakin tidak laku dan diketepikan rakyat, terutama dalam laporannya berkaitan politik, berapa peratuskah berita benar yang ada di dalamnya?

Ada yang mengatakan dalam media arus perdana sekarang, hanya laporan waktu sembahyang dan keputusan nombor ekor saja berita yang benar dan boleh dipercayai.

Tidakkah dengan semua perkembangan ini, media arus perdana sudah menjadi penyebar berita palsu berlesen paling utama dalam negara?

Jika media arus perdana pun sudah begitu dahsyat kelakuannya, usah dibayangkan lagi bagaimana ganas dan rakusnya media baru, media sosial dan blog serta portal yang ditaja oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam menyebarkan berita-berita palsu melalui tulisan-tulisan mereka setiap hari.

Yang nyata, hampir semuanya palsu, rekaan dan khayalan semata-mata yang dilaporkan sedemikian rupa hanya untuk memastikan kerajaan kleptokrasi terus kekal berkuasa.

Maka, ketika kerajaan mahu merangka undang-undang mengekang berita palsu ini, siapakah yang mereka mahu sasarkan sebenarnya?

Pembangkang atau diri mereka sendiri?

Sudahkah kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO menatap cermin untuk melihat kebenaran?

>> Komentar bebas Shahbudin Husin, penganalisa isu semasa I 05 Februari 2018

Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SABAK BERNAM: PAS Selangor mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga kini mengambil sikap membisu dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar untuk bertanyakan isu pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau sendiri menghantar SMS berkenaan dan sedikit pelik mengapa Mohamed Azmin tidak membalasnya, kerana selalunya Timbalan Presiden PKR tersebut mudah menjawab sebarang pertanyaan.

"Biasanya, MB (Menteri Besar) sangat mudah membalas SMS, tapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan sehingga hari ini. MB juga ada bertemu dengan ADUN Dusun Tua (Razaly Hassan) dan beliau menyatakan ada menerima SMS saya," katanya di petik Utusan Online.

Sallehen berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah yang diserang penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib..

Mengulas lanjut, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau ada menghuhungi Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Shuhaimi beritahu beliau akan atur pertemuan itu, tapi sampai sekarang Menteri Besar belum ada masa untuk jumpa saya. Kalau beliau ada masa, tentunya saya pada bila-bila masa akan datang sendiri dan boleh tinggalkan urusan lain untuk berjumpa beliau di sana," katanya sinis.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan telah merujuk perkara itu kepada pegawai daerah sepertimana diarahkan Mohamed Azmin sebelum ini tetapi jawapan yang diterima ialah saya mesti jumpa Menteri Besar.

Kepada soalan apakah peruntukan ADUN Pakatan Harapan Selangor sudah diperolehi, Sallehen menjelaskan, beliau difahamkan hanya wakil rakyat Pas masih belum menerima peruntukan terbabit.

"Saya tak pasti tapi lazimnya, mereka dapatlah…sebab itu geng (sekutu) mereka.

"Saya tak tahu, sama ada tidak dapat peruntukan itu kerana duit belum turun ke daerah atau pun memang tidak diturunkan, tapi lazimnya kalau bulan Februari duit dah turun ke pejabat daerah," katanya – AP

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 02, 2018 11:19 PM
Subject: Fw: bukan angan-angan, tapi cita-cita, Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.

Azmin Arah Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor Disiasat ?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

AIDCNews -29/01/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.

Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.

"Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.

"Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.

"Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR," dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Apa motif peruntukan Adun PAS S'gor ditahan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SABAK BERNAM: Penahanan dan pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS berlaku dalam keadaan serba pelik, demikian menurut Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Beliau juga menyatakan tidak kisah dengan pembekuan tersebut kerana sejak dahulu pun PAS sentiasa menambah sokongan masyarakat tanpa peruntukan dan akan bertemu dengan Menteri Besar. -HARAKAHDAILY 29/1/2018

ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

"Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.," menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak bersih.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 13, 2018 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kepala Pelajar Perempuan Terbelah Dua Terkena Bilah Pisau Traktor Mesin Rumput Di Padang Sekolah
siakapkeli.my

Seorang pelajar perempunan tingkatan dua maut selepas dipercayai terkena bilah mata pisau traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, hari ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi di mana Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kejadian itu berlaku.. Namun, difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.

"Pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan," katanya.

Bibir kanak-kanak melecur, ibu tiri paksa minum air mendidih

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SEREMBAN: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, yang melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan Sabtu lalu daripada IPD Dang Wangi dan kes masih dalam siasatan awal.

"Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes.

"Dakwaan ibu mangsa yang mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan yang pernah dibuat sebelum ini, adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setiap kes yang dilaporkan kepada pihaknya akan disiasat seadilnya.

Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun menderita akibat melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.

Kejadian berlaku Isnin lalu iaitu sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada 4 beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.

Amah tidur dengan anjing Rottweiler selama 2 bulan, maut

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Gambar diambil seorang jiran kepada amah berusia 21 tahun itu pada tarikh berbeza, mulai 20 Disember 2017 menunjukkan beliau tidur bersebelahan sangkar seekor anjing Rottweiler.

BUKIT MERTAJAM: Seorang pembantu rumah dari Indonesia yang didakwa didera majikannya, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya di Hospital Bukit Mertajam, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Adelina meninggal dunia pada 4.45 petang tadi. Punca kematian belum dikenal pasti.

Wanita berusia 21 tahun dari Medan itu bekerja di sebuah kediaman di Taman Kota Permai, di sini.

Beliau dikesan cedera di tangan dan kakinya oleh seorang jiran yang prihatin.

Jiran itu berkata, Adelina dikesan tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler setiap hari hampir 2 bulan dan beliau enggan bercakap dengan mereka yang menyapanya.

Jiran turut mendakwa terdengar jeritan yang menjadi kebiasaan selang sehari..

Menurut jiran, Adelina dikesan tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler hampir 2 bulan.

Mengesyaki sesuatu tidak kena, jiran itu menghubungi seorang wartawan yang kemudiannya memaklumkan pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Joshua Woo dan rakan sekerjanya menemui pengadu pada jam 4 petang semalam dan mendapati Adelina terduduk di anjung kereta.

Seorang wanita berusia 60 tahun yang juga majikan Adelina meminta mereka "tidak menjaga tepi kainnya" dan tunggu anak perempuannya pulang.

Anak perempuannya bagaimanapun menafikan mendera atau menganiaya pembantu rumah itu, tetapi mengakui beliau pernah menampar Adelina "sekali dua".

Wanita itu kemudian menjelaskan kecederaan dialami Adelina ialah akibat "bahan kimia kuat" kerana mendakwa pembantu rumahnya membuang air besar dalam saliran dapur menyebabkan ia tersumbat dan diminta menuang bahan kimia dalam saliran itu.

Beliau mendakwa Adelina tertumpah bahan kimia itu atas kaki dan tangannya sehingga menyebabkannya melecur.

Wanita itu kemudiannya membeli iodin untuk Adelina, namun ubat itu memburukkan proses penyembuhan dan lukanya.

Anak perempuan majikannya mengakui pernah menampar Adelina "sekali dua".

Difahamkan, tangan dan kaki Adelina juga bernanah.

Woo kemudiannya memberitahu kumpulan memperjuangkan hak asasi pekerja asing, Tenaganita dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kematian amah itu disiasat sebagai kes bunuh.

Katanya, kes itu pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain.

Nik Ros berkata, wanita itu sudah bekerja dengan majikan kira-kira 2 tahun dan dibawa ke balai polis oleh majikannya.

"Apabila kami cuba bercakap dengannya, beliau masih takut dan enggan memberi sebarang keterangan," katanya kepada wartawan hari ini.

Beliau berkata, Adelina kemudiannya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dirawat.

Katanya, 2 beradik berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan untuk siasatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 13, 2018 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Proton jawab Pekema, suruh pengedar naik taraf kedai

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) menggesa pengedarnya untuk menaik taraf outlet mereka dalam tempoh 2018 hingga 2020.

Ia berkata, sasaran untuk 2018 adalah untuk meningkatkan bilangan outlet 3S (jualan, servis dan alat ganti) di seluruh negara bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dengan pengenalan beberapa model baru tahun ini.

"Ketika ini pengedaran 3S/4S di seluruh negara hanyalah 30 peratus dan 70 peratus adalah kemudahan 1S (jualan) di mana pengedar hanya menjual kenderaan tanpa menawarkan sebarang perkhidmatan selepas jualan.

"Kami tahu wang yang banyak perlu dibelanjakan oleh pengedar dalam eksesais ini. Oleh itu kami memperkenal skim khas bagi membanti pengedar dalam usaha menaik taraf kepada premis baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, selain itu pengedar terlibat akan menikmati margin lebih tinggi ke atas kereta yang dijual sehingga tiga tahun.

POBSB berkata, pada masa lalu, pengedar Proton menikmati margin empat peratus berdasarkan volum bulanan sebanyak 40 unit yang dipersetujui dengan syarikat itu untuk melayakkan mereka mendapat insentif jualan.

Ia telah menyemak semula skim itu dengan menurunkan kadar itu untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan keseluruhan pengedar.

Skim itu selaras dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh pengedar dan syarikat akan terus mengawasi keadaan tersebut untuk memastikan pertumbuhan perniagaan dapat dicapai.

Di samping itu, skim insentif suku tahunan juga disediakan sepanjang tahun, di mana pengedar memperoleh pendapatan tambahan dengan melepasi sasaran jualan mereka, serta sokongan insentif negeri untuk aktiviti pengedar.

Mengulas dakwaan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) yang pengedar Bumiputera menerima tekanan, PONSB berkata, ia mengakui cabaran sukar yang dihadapi mereka sejak bertahun-tahun sebelum ini.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, sejak tahun 2000, kemerosotan penguasaan pasaran dan jumlah jualan telah mempengaruhi keupayaan syarikat untuk membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunannya, yang menyebabkan syarikat ketinggalan berbanding pesaingnya dari segi teknologi dan daya saing produk.

Ia juga secara tidak langsung menjejaskan pelaburan dalam membangunkan rangkaian, kakitangan dan keupayaan pengeluaran syarikat, tambahnya.

Dalam usaha untuk menangani penurunan ini, pengeluar kereta nasional itu telah mencuba pelbagai pendekatan, termasuk perkongsian platform dengan jenama lain untuk membangunkan enjin dan transmisi sendiri bagi mengurangkan pergantungan kepada komponen yang diimport.

"Walaupun tindakan ini membawa hasil yang positif, ia masih tidak berjaya menangani kemerosotan jualan dan penguasaan pasaran di Malaysia serta seberang laut.

"Oleh itu, keperluan untuk rakan kongsi strategik asing menjadi lebih jelas jika Proton ingin memulihkan kedudukan sebagai peneraju pasaran automotif Malaysia.

"Ini juga akan membantu aspirasi kami untuk mengembangkan jenama itu di dalam dan di luar negara, yang merupakan penggerak utama bagi rancangan perniagaan syarikat pada masa depan," kata PONSB.

- Bernama

Pengurusan baru Proton diskriminasi bumiputera, kata Pekema

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mendakwa dasar Proton di bawah pengurusan baru syarikat menyebabkan pengedar bumiputera berdepan diskriminasi dan kemungkinan akan diganti oleh pengedar bukan bumiputera sepenuhnya.
Presiden Pekema Datuk Zainuddin Abdul Rahman membuat dakwaan itu sebagai mengulas dasar Proton yang mengarahkan pengedar menaik taraf daripada pusat 1S (jualan saja) kepada pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dalam tempoh setahun.

"Orang yang menjaga perancangan dan pembangunan wakil jualan Proton diketuai oleh seorang bukan bumiputera yang tentunya tidak mempunyai jiwa untuk membantu bumiputera.

"Beliau telah memberi berbagai tekanan dan tidak memberi pilihan kepada wakil jualan bumiputera 1S dalam usaha untuk naik taraf kepada 3S. Tidak ada kompromi atau rundingan," katanya dalam satu wawancara Mingguan Malaysia.

Zainuddin mendakwa kebanyakan pusat 3S diuruskan oleh bukan bumiputera sementara pusat 1S kebanyakannya diuruskan oleh bumiputera yang tidak mampu menaik taraf ke 3S dalam tempoh yang singkat.

"Kalau tak ikut syarat ini, mereka akan tukar dengan wakil jualan lain yang kemungkinan besar rata-ratanya adalah wakil jualan bukan bumiputera," katanya dipetik sebagai berkata.

Zainuddin menambah, kos untuk menaik taraf pusat servis menelan kos sehingga RM60 juta termasuk untuk tanah, bangunan dan modal pusingan.

Tahun lalu, syarikat milik China, Geely memperoleh 49.9 peratus saham Proton dalam bidaan untuk membangunkan semula syarikat automatif berkenaan. Proton kini di bawah pengurusan baru yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li Chunrong sejak November lalu.

Zainuddin turut mendakwa Proton hanya membenarkan pengedar 3S untuk menjual model Boyue yang akan dikeluarkan.

"Kita difahamkan pihak Proton dengan bantuan kerajaan akan membawa masuk sejumlah besar secara complete-built-up (CBU) Boyue dengan insentif istimewa daripada kerajaan bagi menggalakkan jualan Proton di pasaran.

"Malangnya CBU Boyue ini difahamkan akan diberi kepada wakil jualan Proton 3S sahaja. Ini satu lagi diskriminasi secara halus kepada wakil jualan bumiputera 1S yang tidak diberi hak untuk menjual CBU Boyue," katanya dipetik sebagai berkata.

Menurut Zainuddin lagi, tidak mudah untuk menaik taraf pusat 3S kerana banyak prosedur yang perlu dilalui termasuk mendapatkan pemilikan tanah bagi membina pusat servis tersebut.

"Di Lembah Kelang ini terutamanya, mana nak dapat tanah untuk bina bangunan sendiri atas tanah seluas 0.61 hektar (1.5 ekar) seperti ditetapkan pengurusan baru Proton ini.

"Jelas tidak logik. Wakil jualan bumiputera tidak mampu untuk menyewa atau membeli tanah 0.61 hektar (1.5 ekar) tersebut. Akhirnya di Lembah Kelang, saya percaya akan dimonopoli oleh wakil jualan bukan bumiputera," katanya.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, February 11, 2018 11:35 PM
Subject: Fw: Tukar Cara Kira Dividen, KR1M Buat Mydin Rugi

Pengedar Bumiputera Melayu Islam Kereta Proton Bakal Gulung Tikar

bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Zaman lemak-kelemak telah berakhir. Sekarang Ploton bukan lagi Proton.

Kahkahkah!

Ploton dah dapat kat Cina, sudah tentu dia akan melebihkan pengedar sebangsa dgnnya. Sudah tentu dia akan melebihkan pembeli dari kalangan bangsanya.

Kalau Proton dapat kat India pun senarionya akan sama. Bangsa India pula akan menikmati diskaun seperti mana yg akan dinikmati keturunan Hokkien.

Bezanya Proton yg sekian lama dikuasai Melayu haram tak menyumbang hapa kpd pembeli Melayu. Lagi nak mengerat tembolok Melayu ada.

Kahkahkah!

Dah macam2 syarat, macam2 titah perintah tauke baru Proton, tak kan tak paham2??

Maknanya ramai lagi pengedar bangsa dia yg mampu buat kerja. Maknanya dia tak kisah sangatlah kalau tak ada pengedar Melayu pun.

Maknanya dia suruh balik kampung tunggu duit BRIM je la.

Kahkahkah! 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 13, 2018 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hadi: Umat Islam wajib pilih pemimpin

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


PAS menentang keras kempen undi rosak yang menjadi tular di laman sosial dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama dan negara.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan politik sebagai sebahagian daripada agama dan adalah menjadi kewajipan umatnya untuk mengundi.

"Memilih pemimpin adalah satu amanah yang besar, bermakna ia adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang Islam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks PAS Perlis di Kangar, semalam.

Beliau mengulas mengenai kempen #UndiRosak atau #SpoiltVote dan 'ProtesPRU' yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai kemungkinan berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada pihak menang majoriti kerusi Dewan Rakyat, Abdul Hadi berkata PAS akan bergantung kepada parti yang kukuh jika andaian itu benar-benar terjadi.

"Kalau berlaku (Parlimen tergantung) kita akan bergantung kepada parti yang kukuh dan teguh... yang mudah menerima agenda Islam," katanya.

Sabtu lalu, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata Parlimen tergantung tidak mustahil boleh berlaku apabila Dewan Rakyat terbahagi dua dengan bilangan kerusi sama.

Katanya jika keadaan itu berlaku, semua parti harus bersama bagi membolehkan badan eksekutif dipimpin seorang ahli politik yang diterima oleh kedua-dua pihak di Dewan Rakyat.

- Bernama

Redha Allah Dan Tarbiah Teras Kekuatan Pas, Yang Ini Geng Harapan Tak Faham

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


KUANTAN: Antara kelebihan PAS ialah para pejuangnya dirarbiah dan diajar agar tidak mengharapkan habuan dunia bahkan menjadikan akhirat sebagai sebaik-baik balasan dalam memperjuangkan Islam.

Demikian tegas AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam pembentangan Ijtimak Tarbawi PAS kawasan Kuantan yang berlansung semalam di Dewan Pusat Tarbiah Peramu (PUTIP)

Menurut beliau lagi, keikhlasan petugas-petugas PAS yang datang daripada pelbagai latar belakang telah menambahkan lagi keberkatan perjuangan ini.

Turut hadir dalam himpunan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar dan Naib YDP PAS kawasan Kuantan Ustaz Fadhli dan ketua urusan ulama kawasan

" Hasil sumbangan ikhlas ahli-ahli PAS, perjuangan Islam terus bangkit dan berkembang maju pada hari ini dalam menunaikan bakti terhadap masyarakat" ujar beliau yang juga merupakan ADUN PAS Tanjung Lumpur.

Menurut beliau lagi bahawa PAS Pahang akan mengemukakan calon-calon yang berwibawa untuk mewakili suara rakyat Pahang dalam pilihanraya yang akan datang.

Dengan perkembangan yang semakin positif beliau yakin inshaAllah rakyat cerdik dalam membuat keputusan dan penilaian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 13, 2018 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bomba Sahkan Punca Kebakaran Bangunan KWSP Percikan Dari Kerja Penyelenggaraan Sambar Bahan Mudah Terbakar
siakapkeli.my

Rentetan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing pagi Selasa tadi, pihak bomba mendapati ianya berpunca daripada percikan api daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang terkena pada lapisan pelindung atau cladding yang mudah terbakar dibahagian luar bangunan terbabit.

Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasa pada pukul 11.52 pagi dan tiba ditempat kejadian enam minit kemudian.

"Kesemua kekaitangan yang berada dalam bangunan itu telah dibawa ke tempat selamat. Tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan lain, cuma kesesakan yang berlaku hingga ke Kuala Lumpur."

"Kebakaran hanya berlaku di luar bangunan sahaja. Ia berpunca daripada penyelenggaraan di tingkat satu yang menyebabkan kebakaran luar bangunan."

"Faktor penggunaan cladding (material bangunan) yang mudah terbakar di luar bangunan menyebabkan api cepat marak. Ditambah pula dengan cuaca panas dan angin."

"Ia turut dijumpai di tempat kejadian dan kita dapati ia diperbuat daripada poliform yang mudah terbakar."

"Ini tidak sepatutnya digunakan di semua bangunan."

Menurut laporan media, semua dokumen penting selamat walaupun tingkat enam bangunan berkenaan terkena sedikit percikan api. Soiman menambah lagi, "usaha akan dilakukan untuk menukar semua material yang digunakan di luar bangunan dan mengikut standard yang betul."

KWSP dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pejabat itu akan ditutup sementara waktu dan memberi jaminan kepada pencarum bahawa segala maklumat tidak terjejas dan bekerjasama dengan pihak bomba memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain malah kawasan berdekatan.

Daripada kenyataan KWSP itu juga mereka memberitahu, majikan yang ingin menjalankan sebarang urusan boleh terus mengunjungi cawangan lain yang berdekatan atau terus ke ibu pejabat KWSP di Jalan Raja Laut.

Siakapkeli.my

Sumber: Astro Awani

Bangunan KWSP terbakar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menghadap Lebuhraya Persekutuan terbakar hari ini, dengan asap tebal kelihatan keluar dari tingkat atasnya.

Bangunan berusia 58 tahun yang terletak di Jalan Gasing itu sangat terkenal bagi berpuluh ribu pengguna motosikal yang menggunakan lebuh raya tersebut..
Kelihatan sebuah ambulans sedang berada di lebuh raya, menuju ke Kuala Lumpur.

Bagunan KWSP Petaling Jaya Hampir Musnah Terbakar
siakapkeli.my

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Selangor di Jalan Gasing, Petaling Jaya dilaporkan hampir terbakar kira-kira jam 11.56 pagi sebentar tadi.

Kelihatan asap hitam berkepul-kepul telah naik ke udara dan rakaman video yang dimuatnaik ke laman sosial menunjukkan api sedang marak dan hampir separuh bagunan menempatkan pejabat KWSP itu musnah terbakar.

Kemaskini.

Pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 13, 2018 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Azmin Sedang 'Balas Dendam' Pada PAS kata Penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang 'membalas dendam' kepada PAS apabila sengaja melambat-lambatkan agihan peruntukan wakil rakyat kepada 13 ADUN parti itu, kata penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy.

PAS, walaupun dipujuk bekali-kali untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetap nekad mahu menentang gagasan itu berikutan enggan bekerjasama dengan DAP dan parti serpihannya, Amanah.
Justeru Edwin berkata tidak mustahil Azmin menggunakan peluang ini untuk mengenakan PAS, yang masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor, biarpun sudah memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

"Ini yang kita panggil membalas dendam politik. Kita tahu bahawa PAS dengan PH khususnya tidak pernah sebulu, senada dan tidak pernah menyokong ideologi politik PH.

"Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk PH membalas dendam terhadap PAS. Apa yang kita kesalkan disini ialah bagaimana kesetiaan PAS terhadap kerajaan negeri Selangor dibalas dengan cara politik yang cukup kotor," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Exco Selangor yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan hanya 13 ADUN PAS yang belum boleh menggunakan peruntukan wakil rakyat, berikutan disekat di Pejabat Daerah masing-masing.

Azmin sebelum itu menafikan peruntukan ADUN PAS disekat namun mengatakan terdapat 'masalah teknikal'.

Selasa lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memberikan kata dua kepada Azmin untuk menyelesaikan isu peruntukan berkenaan sehingga perayaan Tahun Baru Cina, sebelum pihaknya mengambil langkah susulan.

Kata dua itu diajukan kepada Azmin dan timbalan presiden PKR itu berkata 'tulis lah surat, tak ada masalah', jika mahu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Malah Azmin berseloroh mustahil beliau menafikan hak ADUN PAS sedangkan kerajaan negeri tetap memberikan keistimewaan kepada wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Azmin juga berkata beliau sedar peruntukan itu adalah untuk rakyat Selangor..

Mengulas perkara itu, Edwin berkata tidak wujud istilah 'berkhidmat untuk rakyat' dalam kamus PH selama ini.

"Kalau kita bercakap dalam konteks tanggungjawab politik kepada rakyat, sebenarnya itu tidak wujud dalam kamus politik pembangkang.

"Rakyat tidak pernah wujud dalam kamus politik pembangkang, semuanya tentang kuasa, perebutan kuasa dan siapa yang mendominasi siapa, siapa yang memiliki status quo itu.

"Sama isu yang melibatkan Azmin dan PAS ini, walaupun ini adalah hak rakyat, wang itu adalah untuk kebaikan rakyat tetapi politik dan kuasa melebihi rakyat dalam konteks politik pembangkang ini," ujarnya lagi.

PAS Selangor sebelum ini mengumumkan akan meletakkan calon di 42 kerusi DUN negeri itu pada PRU14.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam reaksinya berkata PAS tidak sepatutnya memohon peruntukan itu kerana parti itu nekad menentang gagasan itu pada pilihan raya akan datang.

- Antarapos

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, February 11, 2018 11:36 PM
Subject: Fw: Tak Balas SMS

Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SABAK BERNAM: PAS Selangor mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga kini mengambil sikap membisu dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar untuk bertanyakan isu pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau sendiri menghantar SMS berkenaan dan sedikit pelik mengapa Mohamed Azmin tidak membalasnya, kerana selalunya Timbalan Presiden PKR tersebut mudah menjawab sebarang pertanyaan.

"Biasanya, MB (Menteri Besar) sangat mudah membalas SMS, tapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan sehingga hari ini. MB juga ada bertemu dengan ADUN Dusun Tua (Razaly Hassan) dan beliau menyatakan ada menerima SMS saya," katanya di petik Utusan Online.

Sallehen berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah yang diserang penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib..

Mengulas lanjut, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau ada menghuhungi Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Shuhaimi beritahu beliau akan atur pertemuan itu, tapi sampai sekarang Menteri Besar belum ada masa untuk jumpa saya. Kalau beliau ada masa, tentunya saya pada bila-bila masa akan datang sendiri dan boleh tinggalkan urusan lain untuk berjumpa beliau di sana," katanya sinis.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan telah merujuk perkara itu kepada pegawai daerah sepertimana diarahkan Mohamed Azmin sebelum ini tetapi jawapan yang diterima ialah saya mesti jumpa Menteri Besar.

Kepada soalan apakah peruntukan ADUN Pakatan Harapan Selangor sudah diperolehi, Sallehen menjelaskan, beliau difahamkan hanya wakil rakyat Pas masih belum menerima peruntukan terbabit.

"Saya tak pasti tapi lazimnya, mereka dapatlah…sebab itu geng (sekutu) mereka.

"Saya tak tahu, sama ada tidak dapat peruntukan itu kerana duit belum turun ke daerah atau pun memang tidak diturunkan, tapi lazimnya kalau bulan Februari duit dah turun ke pejabat daerah," katanya – AP

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 02, 2018 11:19 PM
Subject: Fw: bukan angan-angan, tapi cita-cita, Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.

Azmin Arah Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor Disiasat ?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

AIDCNews -29/01/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.

Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.

"Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.

"Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.

"Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR," dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Apa motif peruntukan Adun PAS S'gor ditahan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SABAK BERNAM: Penahanan dan pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS berlaku dalam keadaan serba pelik, demikian menurut Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Beliau juga menyatakan tidak kisah dengan pembekuan tersebut kerana sejak dahulu pun PAS sentiasa menambah sokongan masyarakat tanpa peruntukan dan akan bertemu dengan Menteri Besar. -HARAKAHDAILY 29/1/2018

ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

"Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.," menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak bersih.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 13, 2018 7:39 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wanita Hasilkan Resepi Susu Pekat Manis 'Homemade' Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja
siakapkeli.my

Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah mendapat tempat dihati orang ramai kerana cara penyediaannya yang mudah sekaligus dapat menjimatkan kos belian susu sejat segera yang dijual dipasaraya.

Susu pekat manis selalu digunakan dalam manisan atau minuman sebagai penambah rasa lemak lebih sedap daripada semata-mata gula. Sebagai seorang penggemar masakan pastri dan kek, Aleen selalu menggunakan susu pekat sebagai manisan tambahan dan sebab itulah beliau mengambil inisiatif untuk mencipta resepi susu pekat manis buatannya sendiri.

Dibawah adalah cara-cara mudah membuat susu pekat manis buatan sendiri hasil ciptaan Aleen sekaligus membantu ibu-ibu berjimat kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak akan digunakan sehingga habis dan boleh digunakan untuk masakan lain.

RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE:

BAHAN-BAHAN (sukatan cawan & gram)

a.. 1 cawan/100gm susu tepung
b.. 2/3 cawan/125gm gula halus (gula biasa pun boleh)
c.. 1/3 cawan/60ml air suam
d.. 1/4 cawan margerin (lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)

CARA MEMASAK:

1.. Masukkan air suam dalam blender
2.. Kemudian masukkan bahan-bahan lain
3.. Kisar halus hingga berkrim (kacau dengan sudu sekali sekala). Jika rasa kurang pekat boleh tambah sedikit susu tepung
4.. Sedia untuk digunakan. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara kemudia diletakkan didalam peti ais untuk ketahanan lebih lama
Siakapkeli.my

"Roti Rasa Ayam", Menu Minum Petang Ringkas Tapi Sedap 'Roti Rangup Berlauk' Untuk Anda Cuba Dihujung Minggu
siakapkeli.my

Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo


Santai berhujung minggu, para ibulah paling sibuk didapur. Selesai masak untuk makan tengahari, pasti ada diantara anda yang masih terfikir-fikir, apa pula menu sesuai dihidangkan untuk keluarga pada petang nanti sebagai menu 'hi-tea'.

Kali ini kami berkongsi resepi Roti Rangup yang paling mudah untuk santapan tak kira waktu sarapan, minum petang ataupun kudap-kudapan ketika malam. Resepi ini juga sesuai dijadikan sebagai menu bekal untuk anak-anak ke sekolah.

Mari kita cuba resepi baru hasil perkongsian daripada Mleyisya Scarf Comel Sokmo ini yang pastinya akan menjadi menu kegemaran setiap ahli keluarga anda! Jom cuba!

ROTI RANGUP BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

a.. Roti Sandwich
b.. Tepung Goreng Serbaguna

Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo

a.. Telur - Digoreng hancur tanpa minyak
b.. Ayam - Direbus dan dicincang halus
c.. Sosej - Direbus dan dipotong nipis
d.. Daun ketumbar @ Daun sup - Dihiris halus
e.. Lobak merah - Dihiris nipis
f.. Mayonis
g.. Serbuk lada hitam @ serbuk lada putih - Secukup rasa
CARA MEMASAK

1.. Ambil tepung goreng serbaguna dan bancuh dengan air hingga menjadi bancuhan pekat. Adun sebati, kemudian celop roti menggunakan tepung tadi.
2.. Satukan telur hancur, isi ayam, sosej, daun ketumbar dan lobak merah dalam satu bekas.
3.. Kemudian masukkan mayonis serta serbuk lada secukup rasa dan digaul mesra.
4.. Ambil roti dipotong dua, kemudian isikan dengan inti yang sudah siap tadi.

Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo

Lipat kemas dan salut roti dalam bancuhan tepung

Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo

Kemudian golekkan roti dalam bekas berisi tepung gorengan serbagunan yang kering.

Panaskan minyak dan goreng roti sehingga garing dan berwarna keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan roti. Goreng dengan api sederhana.

Angkat dan sedia untuk dihidang.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 13, 2018 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS bertanding sendiri sejarah dah bukti menang banyak.
bloglist-malaysia.blogspot.
sisibukit.blogspot.

PAS mempunyai 196 kawasan sewajarnya bertanding 196 dan 16 kerusi lagi diberi kepada rakan sekutu PCM dan Ikatan. PAS dengan Gagasan Sejahteranya mampu dapat lebih daripada 1 kerusi.

Gagasan Sejahtera komited ubah dasar negara.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
TUAN IBRAHIM TUAN MAN 21 JANUARY 2018
JOHOR ini saya banyak kali turun sebab saya duduk tengok bulan purnama akan muncul di Johor. Dan Johor ini walaupun kita rasa suatu negeri yang payah untuk kita menangi, tetapi kadang-kadang Allah Taala ingat kita dua kali, dalam surah (asy-Syarh):

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(asy-Syarh: 5-6)

Dalam surah Asy-Syarh ini Allah Taala menyebut:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Bersama susah kamu itu akan ada kesenangan."

Dan Allah Taala sebut kali kedua:

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Dan bersama susah kamu itu akan ada kesenangan."

Apa maknanya? Kesusahan kita berjuang, kesusahan kita berlawan, bina, kita tubuh, kita bentuk, Allah janji bila kita berdepan dengan kesusahan, Allah akan sediakan jalan kepada kemenangan dan kesenangan insya-Allah.

Jadi oleh kerana itu kalau kita lihat dalam Gagasan Sejahtera, kita ada tiga komponen. Yang pertama parti politik hingga setakat ini kita ada Ikatan, kita ada Berjasa, kita ada PCM, kita ada PAS, dan ada beberapa parti lagi yang dalam perundingan.

Yang kedua kita ada hampir 300 NGO, 200 daripada Kongres Rakyat yang telah kita adakan, dan 26 haribulan ini kita ada satu lagi himpunan juga di bawah anjuran NGO bersama-sama dengan PAS iaitu Himpunan MyAqsa yang dijangka lebih kurang 300 NGO yang akan menjayakan himpunan ini. Dan ini sangat besar tuan-tuan sekalian.

Kemudian di samping NGO, kita ada tokoh-tokoh individu-individu tertentu, tokoh korporat, tokoh akademik, tokoh usahawan yang bagi komitmen untuk bersama-sama dengan Gagasan Sejahtera dalam Pilihan Raya Ke-14.

Sebab itu bila kita menganalisa senario politik negara kita, parti yang bersedia untuk mengubah dasar ada dua. Yang pertama semua orang tahu bahawa PAS bersama dengan Gagasan Sejahtera, komitmen kita nak ialah mengubah polisi, mengubah dasar, kerana negara kita punah ialah kerana dasar yang rosak. Tukar individu tidak menjamin negara jadi baik, apatahlagi nak tukar Najib, nak naik Tun Mahathir, lagi teruk.

Komitmen kita ialah untuk mengubah dasar, sebab Sirah Nabi, Nabi tidak datang untuk basmi rasuah, Nabi tidak datang untuk basmi minum arak, berzina atau sebagainya, sebab semua nilai-nilai buruk ini dia berpunca daripada kerosakan dasar. Bila akidah mereka betul, maka akan betullah ekonomi mereka, akan betullah politik mereka, akan betullah sistem sosial mereka, akan betullah undang-undang mereka.

Tetapi bila mana akidah mereka rosak, maka akan rosaklah ekonomi dia, akan rosaklah politik dia, akan rosaklah undang-undang dia. Sebab manusia, dia tidak boleh mengatur hidup dalam kerangka manusia, dia mesti duduk dalam satu sistem di mana kerangkanya yang mengatur dia ialah pencipta manusia, bukan manusia. Pencipta manusia, dia mengatur untuk manusia.

Maka kerana itu, PAS, kita gerakkan perubahan bahawa kalau nak negara kita selamat, ialah kita kena kembali kepada satu sistem yang selamat. Sistem yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa, kepelbagaian warna kulit, kepelbagaian agama.

Islam tidak pernah membahagikan manusia mengikut bangsa. Sebab bangsa bukan pilihan kita. Dr Ann Wan Seng tidak minta dilahirkan Cina. Saya tidak minta dilahirkan Melayu. Yang Berhormat tidak minta dilahirkan Jawa. Siapa yang menentu? Yang menentu Allah. Kalau kita kata Melayu lebih mulia daripada Cina, kita letakkan ketidakadilan kepada Allah. Sebab itu Nabi sebut:

لا فضل لعربي على أعجمي
ولا لأبيض على أسود إلا بالتقوى

"Tidak ada kelebihan orang kulit putih berbanding kulit hitam. Tidak ada kelebihan bangsa Arab berbanding bukan bangsa Arab. Yang lebih ialah takwa."

Tuan-tuan tengok ayat ini, yang lebih ialah takwa. Kenapa takwa? Sebab takwa semua orang boleh dapat. Semua orang boleh dapat takwa. Cina boleh dapat takwa, India boleh dapat takwa. Iban boleh dapat takwa. Tapi Iban tak boleh jadi Cina. Saya tak boleh jadi Cina. Cina tak boleh jadi Melayu.

Jadi kalau kita letak bangsa sebagai tanda kemuliaan, kita letak benda yang manusia tak mungkin boleh capai. Sebab ini tak boleh buat. Saya nak tukar warna kulit jadi putih, tak boleh. Warna kulit bangsa bahkan agama, agama. Sebab itu Allah Taala menurunkan ayat:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ
"Tidak boleh paksa, tak boleh paksa orang masuk Islam."
(al-Baqarah: 256)

Kenapa tak boleh paksa? Kalau kita paksa, dia jadi munafik. Dia berpura-pura Islam. Islam tak mahu berpura-pura. Sebab itu bagi kita, agama ialah pilihan. Manusia boleh memilih. Allah Taala turunkan Nabi Muhammad S.A.W membawa al-Quranul Karim, tunjuk akhlak yang baik, tunjuk cara yang baik, hidup yang baik, lalu ini dibuka, dibentang kepada manusia.

Sebab itu Islam itu dipanggil Al-Fathu. Al-Fathu makna buka, bentang. Umpama air. Kalau sekiranya kita tak buka, dia tak mungkin boleh keluar. Minyak wangi, wangi macam mana minyak wangi, kalau tak dibuka tudungnya, orang tak tahu.

Demikian juga Islam, orang tak nampak cantiknya undang-undang Islam sebab mereka tidak pernah berada di dalam sistem tersebut. Orang tak nampak bagaimana indahnya ekonomi Islam sebab dia tak berada dalam sistem itu.

Jadi untuk memahami sistem tersebut, yang ada dua, yang pertama kena baca sejarah kejayaan Islam dulu. Kita akan nampak kejayaan. Yang kedua kita perlu menunjukkan model, mewujudkan model contoh. Walaupun contoh ini tidak sempurna, tetapi ini yang terbaik yang kita ada.

PAS memerintah Kelantan 27 tahun. Baru ini Jabatan Audit Negara bagi anugerah kepada Jabatan-jabatan, ada sembilan Jabatan di Kelantan, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Kewangan Negeri Kelantan mendapat markah 99 peratus. Jabatan Kewangan 98 peratus. Jabatan lain kebanyakan 95, 96, 97 peratus. Itu tinggi, tak ada negeri macam itu di Malaysia. Ini contoh model.

Yang kedua, sepanjang 27 tahun tak ada rekod pimpinan kita didakwa di mahkamah kerana terlibat rasuah, tak ada. Sepanjang 27 tahun kita memerintah, tidak ada non-Muslim mengadu dia dianiaya, dia tak boleh beramal.

Saya ingat lagi bila Dr Ann Wan Seng sebut soal kubur, di Kota Bharu, masyarakat Cina pada waktu itu sebelum PAS memerintah, tak ada kawasan perkuburan Cina. Kalau meninggal dunia, dia terpaksa kebumikan jauh kawasan lain. Bila PAS mengambil alih tahun 1990, Persatuan Cina datang jumpa Menteri Besar, minta digazet satu kawasan perkuburan Cina. Tok Guru Nik Aziz terkejut, dia kata tak ada kubur? Tak ada.

Dia orang kata kami orang bukan Islam hidup susah, mati pun susah. Tak ada kubur. Ini hak asasi. Ini hak kaum, ini hak agama, mana boleh kita tak bagi, tak boleh. Ini hak dia. Lalu kita bagi.

Sebab itu bagi kita, kita nak minta rakyat Malaysia, bukan menilai hanya pada parti yang boleh dimanipulasi, tapi tengok jasa. Pilihan Raya Ke-14, rakyat Malaysia makin matang. Dia akan menilai seseorang itu bukan sahaja pada parti yang ingin buat perubahan, tapi ialah calon yang bersedia membawa kebajikan kepada pengundi, bukan calon menang, makan tidur, bukan. Tapi calon yang turun bekerja, jentera yang turun bekerja.

Jadi ini malam ini saya nak ucap tahniah kepada Unit Amal PAS. Unit Amal ini tuan-tuan, berlaku banjir di mana, pergi tanpa minta bantuan, tanpa minta duit, buat kerja tanpa minta upah. Ini Kota Tinggi ini dulu banjir besar, ada satu peti undi saya tak ingat nama peti undi itu di sini, PAS dapat dua undi.

Ini saudara Onn Jaafar beritahu sayalah. Dia dah keluar. Tak apalah. PAS tidak pernah memusuhi kawan-kawan kita yang keluar. Cuma kita terkilan elok-elok duduk dalam jamaah Islam, sabarlah sekejap. Tak apa, mudah-mudahan kita doa dia balik semula. Ramai juga yang dah balik sebenarnya. Ramai yang dah balik. Yang isi borang semula, yang minta nak balik semula ramai. Alhamdulillah. Cuma tak perlu kita hebohlah.

Jentera Amal kita buat kerja misi banjir di Kota Tinggi masa itu. Dia basuh, pindahkan pengundi, sediakan makan, basuh rumah bersih siap. Tahun depan, mari Pilihan Raya Umum, kampung itu, peti undi itu PAS dapat tiga undi, tambah satu je. Sebab itu saya beritahu orang Unit Amal kita, dan kitalah pimpinan PAS khususnya, kalau kita bekerja kerana manusia, kita akan kecewa. Tapi kalau kita bekerja kerana Allah, Allah tidak pernah mengecewakan kita.

Dan akhir sekali, dalam Gagasan Sejahtera, kita sentiasa ada pertemuan, dan insya-Allah lepas ini pun kita ada mesyuarat dengan rakan-rakan parti kita ini, sebagaimana disebut tadi, 130 kerusi yang PAS akan bertanding, yang Gagasan Sejahtera akan bertanding, 130 ini bukan PAS, 130 ini ialah Gagasan Sejahtera. Makna 130 ini ialah kerusi PAS, kerusi Ikatan, kerusi Berjasa, kerusi PCM. 130 ini juga kita akan bagi kepada rakan-rakan NGO yang bernaung di bawah Gagasan Sejahtera.

(Jumlah) 130 juga kita akan bagi kepada individu-individu tertentu. Kalau tuan-tuan ingat, Tuan Guru Presiden banyak kali sebut, mengemukakan idea Kerajaan Teknokrat. Kerajaan Teknokrat bererti kerajaan yang bukan hanya disusun oleh ahli politik. Saya sangat bersetuju dan kami pimpinan setuju dengan cadangan Gagasan Presiden, sebab bagi menentu hala tuju negara kita, tak akan orang politik sahaja? Seluruh rakyat ada hak bagi menentu masa depan negara kita.

Jadi bukan orang politik sahaja, jangan biarkan orang politik sahaja menentukan masa depan negara. NGO ada hak, individu ada hak, tokoh-tokoh pun ada hak. Negara kita negara kita, negara Malaysia negara kita semua. Dan tadi saya sebut, ada dua parti yang menggerakkan perubahan dasar. Satu PAS, mana satu lagi? Satu lagi ialah Parti Sosialis. PSM.

Tuan-tuan baca kenyataan dibuat oleh Saudara Arul dua hari lepas. Dia menyebut bahawa komitmen ialah untuk merubah dasar, dia tak percaya kepada BN, tak percaya kepada PH. Tapi dia tak sebut PAS. Pakatan Harapan tidak bersedia mengubah dasar negara. Barisan Nasional tidak bersedia mengubah dasar negara.

Dia kata Parti Sosialis bersedia, PSM sedia. Cuma kami bertanding tiga percent. Dia kata dia hanya bertanding tiga peratus. Tiga peratus ini tak boleh ubahlah tuan-tuan. Tiga peratus tak mungkin boleh mengubah dasar negara.

Sebab itu PSM ini dia tak join Pakatan Harapan. Dia tak mari bersama dengan Gagasan Sejahtera sebab dia Sosialis. Sosialis dengan Parti Islam dia tak bertemu. Dia dua line yang berbeza, tak mungkin boleh bertemu. Walaupun Islam menerima beberapa konsep dalam idealisma Sosialis, sebab Islam lebih awal daripada Sosialis. Soal kesamarataan, keadilan, hak sebagainya, tapi berbeza.

Jadi oleh kerana itu bagi kita, satu-satunya muafakat politik yang bekerja untuk ubah polisi dasar ialah Gagasan Sejahtera bersama-sama dengan PAS, Ikatan, Berjasa, dan PCM. Sebab itu bagi rakyat Malaysia, kita tidak mungkin boleh sebuah negara yang kita ingin tanpa merubah dasar, polisi dalam negara ini.

Dan insya-Allah bagi saya, apa yang sedang berlaku pergolakan dalam Pakatan Harapan, pergolakan dalam Barisan Nasional, dia menyebabkan kita dalam Gagasan Sejahtera tak ada masalah, kami tak ada masalah, bincang kerusi pun tak ada masalah, bincang calon tak ada masalah, jawatan? Jawatan kita tak bincang. Pasal apa tak bincang? Kambing belum bela lagi, tak usah bincang bahagi nak untung berapa. Cawangan tak tahu mana.

Kita bagi kita, fokus rakyat. Fokus kebajikan rakyat. Selesaikan masalah rakyat. Insya-Allah rakyat akan beri harapan kepada parti yang menjaga dan pelihara hak-hak mereka insya-Allah. Dan parti itu ialah PAS, insya-Allah bersama dengan Gagasan Sejahtera.

Mudah-mudahan himpunan kita pada malam ini, kita memahami bagaimana hasrat besar parti ialah membawa perubahan yang besar kepada sebuah negara yang seringkali kita sebut:

بلدة طيبة ورب غفور

"Sebuah negara yang baik, dan Allah Taala mengampuni penduduk negara ini"

Insya-Allah. Wallahua'lam.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Ucapan Timbalan Presiden PAS Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Gagasan Sejahtera pada 18 Januari 2018 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi) - HARAKAHDAILY 21/1/2018

#UPhttp://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/4862-gagasan-sejahtera-komited-ubah-dasar-negara

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: