Thursday, February 22, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4896

2 Messages

Digest #4896

Messages

Tue Feb 20, 2018 2:03 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dari 'Mak Cik Bawang', Wanita Kini Pun Boleh Jadi 'Mak Cik Pedang Samurai' - Pakar Psikologi
siakapkeli.my

12 Feb - Baru-baru ini, secara kebetulan banyak video masalah kejiranan yang tular di laman sosial yang berisiko berlakunya pertumpahan darah kerana ada yang sudah berani menggunakan senjata dalam pertelingkahan dengan jiran.

Pakar Psikologi, Professor Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub berkata, ia sekali gus menunjukkan kelemahan semangat kejiranan dan sebarang unsur ugutan menunjukkan tahap keselamatan rendah di kediaman berkenaan.

Tambahnya lagi, penyelesaian konstruktif perlu dicari selain mengenal pasti punca sebenar sesuatu perkara berlaku.

"Kejadian mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan jirannya. Jiran itu mungkin ada televisyen lebih besar atau isu lebih besar yang dipendam sekian lama.

"Perbalahan antara jiran kini ada juga berpunca berlainan parti politik. Masalah antara anak-anak ini mungkin kecil tetapi dibesarkan oleh sikap ibu bapa. Dalam hal 'makcik samurai' ini jangan masalah membawa kepada kes kematian.

"Sekarang ini banyak ahli kejiranan suka bergosip serta mengumpat dan dikenali sebagai 'makcik bawang'. Perbuatan ini seumpama mengadu domba yang boleh menghancurkan keharmonian kejiranan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Dr Rohaty juga tidak ketinggalan untuk mengulas insiden ibu bapa yang campur tangan dalam pergaduhan anak-anak di Dungun, Terengganu sehingga menggunakan sebilah pedang samurai dalam insiden itu.

Menurut laporan, ia berpunca daripada pertengkaran mulut sebelum kemudiannya, berlarutan sehingga klimaksnya pedang samurai dikeluarkan.

Dalam pada itu, Dr Rohaty juga menegaskan, semangat jawatankuasa kejiranan seharusnya diperkuatkan kembali dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan isu penduduk.

"Selain itu makcik-makcik ini juga harus balik kepada hadis dan sunnah serta mengetahui hasad dengki dan mengumpat ini sesuatu yang mengaibkan.

"Penggunaan senjata seperti samurai ini tidak menyelesai masalah, jika ada kematian pasti ia akan menjadi isu yang lebih memudaratkan," jelasnya.

Sementara itu, di laman Twitter, netizen menyifatkan tindakan 'makcik samurai' adalah keterlaluan dan mungkin membawa kepada akibat dipenjarakan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenainya.

Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbau ugutan itu juga turut dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Hari ni ja dah 3 jenis movie jiran gaduh aku tengok.

1. Jiran ku makcik the last samurai
2. Jiran ku chef hidung sensetif
3. Jiran ku auntie pelontar pasu pic.twitter.com/3LfkGqT5FP
— Temenggong Alap Alap (@JayZuldkarnain) February 10, 2018
Makcik Samurai teringin tidoq dalam hotel besi ka? https://t.co/ViP82BXcPA
— Suka Suki Suku (@SukaSukiSuku3S) February 10, 2018
Siakapkeli.my

Betul Ke Kena Cas Telefon 8 Jam Sebelum Guna Untuk Kali Pertama?, Baca Panduan Ini Untuk Guna Peranti Anda Secara Selamat
siakapkeli.my

Beli gajet baru mesti kena cas 8 jam sebelum guna. Betul ke? Tapi kita selalu dengar ayat ni setiap kali lepas beli telefon bimbit baru. Jadi sebenarnya perlu atau tidak?

Jawapannya mestilah.........,

"TIDAK"

Namun kenyataan itu boleh diguna pakai suatu masa dulu apabila semua peranti telefon bimbit menggunakan bateri jenis Nikel Kadmium (NICd) dan Nikel Logam Hidrida (NiMH).

Berbalik kepada persoalan tadi, mitos perlu cas sampai 8 jam ini adalah sama sekali tidak benar. Sebaiknya baca dulu panduan penggunaan telefon bimbit, laptop atau apa-apa peranti elektronik yang lain. Jika tidak terdapat arahan untuk mengecas peranti tersebut, janganglah rajin sangat nak cas juga.

via GIPHY

Seiring teknologi maju, kebanyakkan peranti atau gajet moden kini menggunakan Li-Ion yang tidak memerlukan pengguna untuk mengecas sehingga 8 jam. Sekadar cas hingga penuh, dah boleh cabut.

Yang pastinya, bateri anda akan mempunyai kapasiti berkurangan dengan masa. Antara sebabnya adalah pergerakan ion Litium dalam bateri tersebut yang bertindakbalas dengan unsur sekitar terminal katodnya membentuk lapisan separa penebat pada terminal anod, yang akhirnya menyebabkan bateri tersebut hilang keupayaannya. - Rootofscience.com

via GIPHY

Sebaiknya cas bateri telefon anda apabila ia sudah turun pada paras 40% kerana ianya membantu meningkatkan jangka hayat bateri dan menjadikannya lebih lama.

Oleh dengan ini, sebaik sahaja beli sebarang peranti, baca arahan penggunaan sebelum melakukan sesuatu yang mampu memberi kesan buruk kepada peranti tersebut. Baca tips dan panduan daripada pakar-pakar teknologi untuk mengekalkan keupayaan gajet anda. Jangan terlebih cas pula ya!

Siakapkeli.my

Sumber: Root of Science

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 20, 2018 3:41 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Politik 'dedalu' Pakatan Harapan terlondeh

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Nampaknya PKR baru sedar bahawa keikhlasan dan komitmen Parti Amanah Negara, jauh tidak sama dengan pendirian bekas saudara tahaluf siyasinya PAS; sekurang-kurangnya dari segi integritinya.

PAS menjadi sahabat PKR sejak ia ditubuhkan pada 1998 bukan sahaja kerana bersimpati pada nasib yang menimpa pemimpin utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'dianiayai' oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah PAS tanpa banyak soal menawarkan beberapa kerusi untuk ditandingi oleh PKR (ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional atau PKN) sebagai lambang persahabatan politik yang unggul tanpa menjadikan umur "setahun jagung PKN" sebagai isu.

Malah apabila bekerjasama dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PAS secara budiman menyokong PKR untuk menerajui Selangor walaupun majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri itu bukanlah mutlak.

Ketika itu PKR ada 15 kerusi, DAP 13 dan PAS, 8. Sementara UMNO-BN pula memenang 20 kerusi.

Sikap budiman PAS itu dipamerkan sekali lagi apabila PKR menghadapi krisis dalamannya berpunca menteri besarnya suatu ketika dahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'keberatan' meletak jawatan walaupun diarahkan oleh kepimpinan PKR.

Yang mengkagumkan ialah, PASlah yang bertanggungjawab mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar. Tiada sekelumit pun hasad PAS mahu menyaingi PKR untuk menduduki kerusi berprestij itu..
Sayugia diingat bahawa PAS selepas PRU 13 pada 2013 memiliki 15 kerusi sementara PKR 14, DAP 15, dan UMNO-BN, 12. Namun PAS tidakpun menuntut kerusi peneraju di Selangor.

PAS juga istiqamah mahu menunaikan janji pilihan rayanya kepada rakyat untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP ketika itu. Terharu dengan pendirian PAS itu, PKR bertegas mahu PAS terus berada dalam kerajaan Selangor walaupun sudah ditalak DAP.

Sungguhpun begitu luhur dan mudah pendekatan politik PAS Selangor, namun di bawah pimpinan Azmin, PKR pun tidaklah begitu tulus melayani PAS. Dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu, PKR jelas tidak menyokong PAS.

PKR mendakwa ia bukan tidak sayang PAS tetapi lebih setia pada Pakatan Rakyat. Kemunculan Tun Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menghanyutkan PKR lebih jauh dari PAS.

Akhirnya, PAS tidak lagi mahu melayan PKR bagai menantang minyak yang penuh.. PKR nyata lebih mementingkan pengekalan kuasa dan bukan budi bicara politik matang. PAS pun memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR tahun lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14 kelak, PAS tidak mahu bekerjasama politik dengan rakan asalnya, DAP dan PKR. Pastinya, PAS enggan bekerjasama dengan Amanah yang lahir dari tulang rusuk politiknya tetapi kini mencerca sendi dan akhlak politiknya pula.

Apabila PRU14 makin dekat, PKR baru dapat melihat sisi hodoh Amanah pengganti PAS dalam pakatan pembangkang. Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas Amanah negeri itu sebagai menipu serta tidak amanah kepada rakyat.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata Amanah sepatutnya memberitahu umum bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor sudah bermesyuarat empat kali bagi membincangkan isu agihan kerusi.

"Amanah menipu. Apa yang Dr Mahathir kata adalah tiada jawatankuasa khas. Apa yang Dr Mahathir (Mohamad) kata adalah kita ada jawatankuasa yang ditubuhkan seperti negeri lain dan kita telah berjumpa empat kali.

"Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini 'Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor' sekarang mereka mahu ubah kepada 'Jawatankuasa Pengagihan Kerusi', ahli jawatankuasa masih sama," katanya.

Amanah Selangor sebelum ini mendesak agar PKR Selangor terutama Azmin agar patuh pada pengumuman Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung isu agih kerusi.

Ia susulan Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar bertegas mahu meneruskan rundingan itu menerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor - yang sudah empat kali bermesyuarat.
Perkara itu dibantah tiga parti komponen PH yang lain Amanah, PPBM dan DAP seraya mahukan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan itu.

Azmin dalam pada itu bertegas mahu meneruskan rundingan agihan kerusi sehingga keempat-empat parti komponen PH di Selangor mencapai konsensus.

"Kita sudah berjumpa empat kali bukan hanya untuk berbincang pembahagian kerusi, tetapi juga isu lain berkaitan persediaan Pilihan Raya Umum ke-14.

"Sudah tentu rundingan kerusi adalah salah satu isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa, tetapi malangnya kami belum capai konsensus empat parti dan saya rasa proses itu perlu diteruskan," kata Azmin.

"Jadi adil di Selangor, awak mahu tetapkan tarikh akhir atau awak mahu proses itu diteruskan hingga kita capai konsensus? Saya ingat kedua-duanya penting?" katanya.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim sebelum ini memberitahu, PH Selangor diberi tempoh sehingga 7 Februari untuk memuktamadkan agihan kerusi, selepas gagal berbuat demikian pada 31 Januari lalu.

Yang pasti setiap kerabat PH menyimpan hasrat menjadi peneraju gagasan berkenaan. Bagaimanapun oleh kerana PKR sudah mengisi keperluan lebih dahulu, parti-parti lain mula menunjukkan rasa cemburu terhadap PKR.

Memang begitu resam politik pembangkang. Masing-masing berusaha bak dedalu tanpa segan silu melepaskan 'pucuk dan tembolok politik' mereka dahulu.

ABDUL RAHMAN MALIK
ANTARAPOS

Azmin kata tiada lagi pakatan dengan PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Azmin Ali akhirnya menegaskan tiada kerjasama dengan PAS menjelang pilihan raya umum nanti.

Dalam wawancara dengan akhbar Nanyang Siang Pau, menteri besar Selangor juga sempat mengkritik presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"[...] Saya percaya akan ada banyak pertembungan tiga penjuru [dengan PAS] tetapi kami bersedia untuk mempertahankan Selangor," katanya.

Azmin juga mendakwa Abdul Hadi tidak memahami persoalan di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung yang memerlukan sokongan undi bukan Melayu.

"Beliau [Hadi] tidak memahami ini tetapi PAS Selangor tahu untuk selamat mereka perlu mendapatkan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam," katanya.

Tambahnya, ramai pemimpin PAS tidak berpuas hati dengan Abdul Hadi kerana presiden mereka tidak memahami politik Pulau Pinang, Perak and Selangor.

"Selangor tidak sama dengan Kelantan atau Terengganu kerana di Selangor, PAS mesti bekerjasama dengan bukan Islam.

"Selangor sebuah negeri pelbagai kaum, agama dan budaya."

Azmin, timbalan presiden PKR, turut menegaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan PAS untuk pengagihan kerusi pilihan raya.

Beliau bagaimanapun bertolak ansur dengan anggota-anggota exco Selangor dan ahli-ahli majlis PAS kerana mereka dipilih oleh orang ramai.

Azmin Tutup Pintu Kerjasama Dengan PAS Di Selangor, Lapor Nanyang Siang Pau
AIDCNews
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menutup pintu kerjasama dengan PAS di Selangor, lapor Nanyang Siang Pau.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina itu, Azmin berkata semua kerja pra-pilihan raya Selangor dijalankan atas nama Pakatan Harapan dan tidak akan ada lagi rundingan kerusi atau pakatan rahsia antara beliau dan PAS.

"Memandangkan PAS telah menyatakan berpecah dengan PH di peringkat kebangsaan, kita tidak akan bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya dipetik sebagai berkata.

Azmin berkata beliau menghormati kedudukan tiga exco PAS di dalam kerajaan negeri, walaupun selepas parti Islam itu mengumumkan ia memutuskan semua hubungan dengan PH, kerana mereka dipilih oleh rakyat.

"Saya bertolak ansur dengan PAS Selangor, kerana mereka benar dari segi dasar Selangor yang melayan semua rakyat secara saksama,"

"Sebenarnya, saya sudah bertolak ansur dengan mereka sejak sekian lama. Saya tidak memilih ini, ia pilihan rakyat,"kata Azmin.

Bagaimanapun, memandangkan penggal mereka sudah berakhir, Azmin berkata beliau tidak akan dapat bertolak ansur dan bersedia berdepan pertarungan tiga penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak faham suasana politik Selangor yang berbeza dengan Kelantan atau Terengganu kerana negeri ini berbilang bangsa untuk semua kaum, agama dan budaya.

"Kami adalah masyarakat berbilang kaum, masyarakat berbilang bangsa dan sangat penting kerajaan negeri dan kepimpinan mesti dapat menyediakan dasar yang sangat kondusif kepada semua orang.
"Hadi tidak memahami perkara di atas dan tersilap memikirkan PAS kekal di Selangor berdasarkan sokongan pengundi Islam,"katanya

Azmin Yang Terhegeh-Hegeh Ajak PAS berunding

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KEPUTUSAN untuk PAS menyertai PRU14 bersama Gagasan Sejahtera dan bukannya bersama Umno atau PH ialah keputusan Muktamar PAS di Alor Setar 2017 kemudian diperakui oleh Majlis Syura Ulama PAS.
Bukan kerana mana-mana pemimpin dalam PH seperti Azmin menutup pintu kerjasama dengan PAS. Parti PAS ada prinsip tersendiri dalam membuat keputusan.

Fakta sebenarnya ialah, Azmin yang beria-ria nak ajak PAS berunding supaya tak berlaku pertembungan PAS – PKR di Selangor. Dia pun boleh baca bagaimana masa depan politiknya di kerusi MB tanpa PAS.

Pelik juga bila Azmin bercakap dengan nada bagaikan PAS yang terhegeh-hegeh nak minta belas ihsan Azmin dan PKR untuk menghadapi PRU 14. Statement Azmin sebenarnya terbalik dari fakta sebenar.

PAS tak dipengaruhi oleh sesiapa dalam membuat keputusan. Bila Muktamar dan MSU dah buat ketetapan, semua PAS negeri akan patuh tanpa terkecuali. Inilah kehebatan PAS.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat

Akhirnya Azmin akui gagal jinakkan Pas
bloglist-malaysia.blogspot.
msomelayu.blogspot.
Posted by mohd sayuti Omar

REAKSI

Azmin: Biarlah kata putus dengan Pas itu muktamad.
KENYATAAN berupa pengakuan Timbalan Presiden Keadilan, Mohamed Azmin Ali yang beliau telah memuktamadkan hubungan dengan Pas seperti dilaporkan Nanyang Siang Pau, sesungguhnya melegakan banyak pihak.

Kenyataan itu dikira tepat dan kena pada masa memandangkan parlimen dalam keadaan siap sedia dibubarkan. Azmin berbuat sambil menunjukkan kematangan politiknya. Dia tidak gaduh dan menunggu masa lama, selesai segala usai dilakukan.

Azmin tidak perlu breksperimen dan terus "hengki pengki" lagi jikalau cara itu sia-sia dan memberi implikasi kepada dirinya kemudian meletakkan Pakatan Harapan (PH) dalam suasana celaru. Sebab cara itu tidak disukai oleh pendukung PH.

Selama ini orang konfius dengan sikap MB Selangor itu yang masih berlunak dengan Pas. Tidak kurang juga yang marah dan menyumpah kepadanya kononnya beliau cuba bermain politik untuk dirinya bukan kepentingan bersama, PH. Jarang orang dapat membaca makrifat siasahnya.

Alasan Azmin untuk memutuskan harapan (hubungan) dengan Pas dan tidak mengharapkan kerjasama dengan parti itu juga menarik. Katanya beliau sudah banyak bertolak ansur dengan Pas, memberi dan mengambil tempoh agak lama untuk mencari solusinya demi kesejahteraan bersama.

Dalam tempoh itu tentu beliau cuba untuk membawa Pas kembali kepada pembangkang, bersama PH seperti mana kewujudan Pakatan Rakyat (PR) lalu. Sesungguhnya usaha itu sesuatu yang bersifat bijak berpolitik. Namun tidak berjaya. Azmin gagal untuk mempengaruhi pemimpin Pas agar menerima formulanya. Kegagalan itu bukan sahaja mengecewakan Azmin tetapi banyak pihak.

Selama berusaha itulah Azmin dilihat berjalan tidak sehaluan dengan mereka yang membenci Pas dan tidak faham dengan pendekatan parti itu. Baik dari dalam partinya sendiri, (PKR), Amanah dan DAP sudah hilang kepercayaan kepadanya dan bosan dengan kemabukannya ("intoxitation") untuk terus bersama Pas. Bahkan ada yang secara terang-terangan marahkan Azmin dan melancarkan serang hendap terhadapnya.

Bagi pemain politik yang tahu membaca arah serta masak dengan sifat politik, mengerti akan "muslihat" Azmin. Mereka bersangka baik dan membiarkan Azmin menyelesaikan kekusutan itu. Sebaliknya mereka yang memahami erti politik secara harfiah dan lurus serta sudah cemuh dan berpatah arang dengan Pas, marahkan Azmin. Azmin diletakkan sebagai perosak peluang masa PH.

Politik macam sungai

Sepatutnya kita semua perlu tahu dan faham senario politik serta lenggang lengguknya. Politik bergerak macam sungai yang kadang kala airnya tenang, kemudian deras dan laju sampai meruntuhkan tebingnya. Atau ada juga terus mati buat sementara waktu. Kadang kala ia bertindak secara anih, dimana lenggang lengguk itu memapatkan tebing sungai itu.

Kegagalan Azmin dan keenggan Pas untuk kembali bersama PH itu memberi erti dan terjemahan tersendiri. Apa dihadapi sesuatu yang sangat sulit. Bukan semua pemimpin dan orang Pas menolak untuk bekerjasama dengan PH. Ada yang percaya masa depan Pas panjang dengan bekerjasama dengan PH bukan secara bersendirian. Pas belum mempunyai kekuatan untuk bersendirian. Mungkin kalau Pas bersendirian, semua kerusi dimenanginya dalam Piraum ke 13 dahulu akan hilang?

Dalam Pas Selangor sendiri misalnya berbelah bagi dengan keputusan ini. Khabarnya daripada 13 orang wakil rakyat Pas di negeri Selangor ada yang tidak sekata untuk menerima formula meninggalkan pembangkang. Mereka menolak bayangan untuk Pas bersama Umno kerana tindakan itu seperti Pas melakukan harakiri. Gara-gara itu ada mengambil sikap tawaqqus dan malas untuk menggerakkan jentera pilihan raya.

Apa yang boleh diterjemahkan dengan keengganan Pas serta kegagalan Azmin itu, ialah kerana Pas sudah tidak boleh mundur lagi. Pas sudah terlanjur jauh dengan pendirian dan formunya untuk undur ke belakang. Pemimpin Pas yang menolak formula Azmin agar kembali bersama oposisi itu tangan mereka sudah digari. Tali yang mengikat tangan mereka itu pula besar dan kuat. Mereka umpama ikan yang sudah termasuk ke dalam "tuar" beronak; untuk keluar tidak mungkin kerana ia akan merosakkan sisiknya, maka hendak tak hendak mereka terpaksa mendorong tuar.

Itulah masalah dan kesukaran bagi Azmin dan juga Pas untuk berpatah balik. Hakikat ini jarang diketahui umum. Sebabnya kalau mereka tidak terikat, mereka akan melarikan diri untuk kembali bergabung dengan oposisi semula.

Seni politik Azmin halus dan indah. Alasan yang beliau berikan kenapa beliau bertarik tali dengan Pas ialah kerana menghormati parti itu. Azmin tidak memecat tiga exconya kerana masalahat politik yang digunakan alasan sebab mereka dipilih oleh rakyat. Bukan itu sahaja Pas Selangor juga masih selari dengan dasar kerajaan Selangor untuk membantu rakyat. Ertinya Azmin bukan seorang peringus tetapi sangat menghormati kuasa rakyat.

Adalah bagus Azmin tidak sedia mengikut amarah mereka yang mendesak agar tiga Exco Pas dibuang. Azmin sebagai bahu yang memikul tahu akan masalah dan risikonya. Apa yang tidak mahu dilihat beliau ialah kerajaan pimpinannya kemelut dan berkecamuk. Beliau mahukan elakkan sesutau buruk berlaku di Selangor yang mana insiden itu akan diambil kesempatan oleh UBN.

Bayangkan apa akan terjadi kalau beliau bertindak memecat tiga Exco Pas itu.. Apa sahaja kemungkinan boleh terjadi. Yang sangat ditakuti ialah kalau-kalau ketiga Exco itu tidak mengikhtiraf pemecatan itu dan berlindung di sebalik istana? Jika ini terjadi kerajaannya akan dalam bahaya, lebih bahaya daripada diserang oleh mereka yang membenci Pas dan tindakannya memelihara Pas tersebut.

Namun kini segala sudah selesai. Azmin sudah meluahkan rasa kecewanya. Harapnya kita semua tahu dan faham akan komplikated politik di Selangor itu. Dan dengan muktamadnya segala itu, kita berharap Azmin sendiri tidak lagi membuka mana-mana pintu untuk Pas selepas ini. Tali yang dimainkan secara tarik-tarik itu biarlah putus sungguh. Pas pula perlulah bersedia memikul risiko kesendiriannya itu tanpa menyesal selepas ini.

Sejajar itu apa yang perlu digerakkan Azmin ialah menyusun barisan PH di Selangor. Beliau kena melipat gandakan penyusunan itu kerana terabai selama disebabkan beliau ralik bermain mata dengan Pas. Azmin hanya perlu memberi sedikit tumpuan sahaja untuk menyusun PH. Perkara yang utama ialah menyelesaikan pengagihan kerusi DUN. Dan jika beliau dapat melakukan itu, martabat dan imej politiknya sebagai pemimpin akan pulih kembali. Orang akan angkat tabik kepadanya dan tidak mustahil akan menyanjungnya sebagai pemimpin masa depan.

Azmin tidak perlu bimbang kepada apa-apa kesan dan masalah bakal menimpanya.. Beliau tidak perlu takut kepada tentangan daripada Pas sendiri. Sekiranya beliau berjaya mengemas dan memantapkan PH, beliau tidak perlu bimbang dengan undi protes Pas. Sokongan rakyat kerana komitmen kepada PH atas matlamat untuk mengekalkan Selangor akan menambahkan kekurangan undi dari Pas yang mungkin tidak akan mengundi PH lagi kerana mereka bersendiri.

Tidak mustahil juga tindakan Azmin itu nanti akan membawa pertambahan sokongan besar rakyat kepada PH. [wm.kl.6:42 pm 14/02/18]

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, February 13, 2018 11:38 PM
Subject: Fw: Azmin 'Balas Dendam' Pada PAS

Azmin Sedang 'Balas Dendam' Pada PAS kata Penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang 'membalas dendam' kepada PAS apabila sengaja melambat-lambatkan agihan peruntukan wakil rakyat kepada 13 ADUN parti itu, kata penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy.

PAS, walaupun dipujuk bekali-kali untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetap nekad mahu menentang gagasan itu berikutan enggan bekerjasama dengan DAP dan parti serpihannya, Amanah.
Justeru Edwin berkata tidak mustahil Azmin menggunakan peluang ini untuk mengenakan PAS, yang masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor, biarpun sudah memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

"Ini yang kita panggil membalas dendam politik. Kita tahu bahawa PAS dengan PH khususnya tidak pernah sebulu, senada dan tidak pernah menyokong ideologi politik PH.

"Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk PH membalas dendam terhadap PAS. Apa yang kita kesalkan disini ialah bagaimana kesetiaan PAS terhadap kerajaan negeri Selangor dibalas dengan cara politik yang cukup kotor," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Exco Selangor yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan hanya 13 ADUN PAS yang belum boleh menggunakan peruntukan wakil rakyat, berikutan disekat di Pejabat Daerah masing-masing.

Azmin sebelum itu menafikan peruntukan ADUN PAS disekat namun mengatakan terdapat 'masalah teknikal'.

Selasa lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memberikan kata dua kepada Azmin untuk menyelesaikan isu peruntukan berkenaan sehingga perayaan Tahun Baru Cina, sebelum pihaknya mengambil langkah susulan.

Kata dua itu diajukan kepada Azmin dan timbalan presiden PKR itu berkata 'tulis lah surat, tak ada masalah', jika mahu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Malah Azmin berseloroh mustahil beliau menafikan hak ADUN PAS sedangkan kerajaan negeri tetap memberikan keistimewaan kepada wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Azmin juga berkata beliau sedar peruntukan itu adalah untuk rakyat Selangor..

Mengulas perkara itu, Edwin berkata tidak wujud istilah 'berkhidmat untuk rakyat' dalam kamus PH selama ini.

"Kalau kita bercakap dalam konteks tanggungjawab politik kepada rakyat, sebenarnya itu tidak wujud dalam kamus politik pembangkang.

"Rakyat tidak pernah wujud dalam kamus politik pembangkang, semuanya tentang kuasa, perebutan kuasa dan siapa yang mendominasi siapa, siapa yang memiliki status quo itu.

"Sama isu yang melibatkan Azmin dan PAS ini, walaupun ini adalah hak rakyat, wang itu adalah untuk kebaikan rakyat tetapi politik dan kuasa melebihi rakyat dalam konteks politik pembangkang ini," ujarnya lagi.

PAS Selangor sebelum ini mengumumkan akan meletakkan calon di 42 kerusi DUN negeri itu pada PRU14.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam reaksinya berkata PAS tidak sepatutnya memohon peruntukan itu kerana parti itu nekad menentang gagasan itu pada pilihan raya akan datang.

- Antarapos

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, February 11, 2018 11:36 PM
Subject: Fw: Tak Balas SMS

Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SABAK BERNAM: PAS Selangor mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga kini mengambil sikap membisu dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar untuk bertanyakan isu pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau sendiri menghantar SMS berkenaan dan sedikit pelik mengapa Mohamed Azmin tidak membalasnya, kerana selalunya Timbalan Presiden PKR tersebut mudah menjawab sebarang pertanyaan.

"Biasanya, MB (Menteri Besar) sangat mudah membalas SMS, tapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan sehingga hari ini. MB juga ada bertemu dengan ADUN Dusun Tua (Razaly Hassan) dan beliau menyatakan ada menerima SMS saya," katanya di petik Utusan Online.

Sallehen berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah yang diserang penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib..

Mengulas lanjut, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau ada menghuhungi Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Shuhaimi beritahu beliau akan atur pertemuan itu, tapi sampai sekarang Menteri Besar belum ada masa untuk jumpa saya. Kalau beliau ada masa, tentunya saya pada bila-bila masa akan datang sendiri dan boleh tinggalkan urusan lain untuk berjumpa beliau di sana," katanya sinis.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan telah merujuk perkara itu kepada pegawai daerah sepertimana diarahkan Mohamed Azmin sebelum ini tetapi jawapan yang diterima ialah saya mesti jumpa Menteri Besar.

Kepada soalan apakah peruntukan ADUN Pakatan Harapan Selangor sudah diperolehi, Sallehen menjelaskan, beliau difahamkan hanya wakil rakyat Pas masih belum menerima peruntukan terbabit.

"Saya tak pasti tapi lazimnya, mereka dapatlah…sebab itu geng (sekutu) mereka.

"Saya tak tahu, sama ada tidak dapat peruntukan itu kerana duit belum turun ke daerah atau pun memang tidak diturunkan, tapi lazimnya kalau bulan Februari duit dah turun ke pejabat daerah," katanya – AP

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 02, 2018 11:19 PM
Subject: Fw: bukan angan-angan, tapi cita-cita, Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.

Azmin Arah Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor Disiasat ?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

AIDCNews -29/01/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.

Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.

"Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.

"Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.

"Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR," dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Apa motif peruntukan Adun PAS S'gor ditahan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SABAK BERNAM: Penahanan dan pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS berlaku dalam keadaan serba pelik, demikian menurut Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Beliau juga menyatakan tidak kisah dengan pembekuan tersebut kerana sejak dahulu pun PAS sentiasa menambah sokongan masyarakat tanpa peruntukan dan akan bertemu dengan Menteri Besar. -HARAKAHDAILY 29/1/2018

ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

"Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.," menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak bersih.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: