Sunday, February 25, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4898

8 Messages

Digest #4898

Messages

Sun Feb 25, 2018 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PEJAWAT AWAM " WAJIB " SOKONG KERAJAAN. BUKAN PARTI.
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Penjawat Awam Perlu Taat Setia Sokong Kerajaan, Negara
Published on Feb 24, 2018 in Terkini
PUTRAJAYA – Penjawat awam perlu melunaskan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam yang memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan dan negara atas prinsip ikrar taat setia dan integriti yang dilafazkan mereka ketika mula bertugas.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman ( gambar ) berkata ikrar Aku Janji itu perlu dijadikan sebagai peringatan kepada penjawat awam supaya mereka mempunyai kesedaran dan tanggungjawab pada setiap masa memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan negara selaras di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Beliau berkata penjawat awam perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam.
Menurutnya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pelbagai manfaat kepada penjawat awam seperti kenaikan gaji, pangkat, pelaksanaan cuti rehat khas, kemudahan cuti umrah, kemudahan cuti bersalin serta pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500.
"Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perancangan dasar yang cukup baik. Kita bermula dengan Rancangan Malaysia setiap lima tahun, meliputi kerangka inisiatif transformasi di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, serta tidak pernah mengetepikan transformasi perkhidmatan awam," katanya dalam wawancara bersama media terpilih di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Menurut Zainal Rahim, dasar Rancangan Malaysia sentiasa dipandang tinggi dan dipuji oleh negara-negara lain kerana mereka menyifatkan perancangan setiap lima tahun itu inklusif dan holistik menjurus ke arah kelestarian kejayaan pembangunan dan ekonomi.
"Kenapa kita mempunyai kerangka sedemikian? Kerana kita ingin membentuk rakyat sebagai masyarakat yang bertanggungjawab. Kita kena ingat, kita memainkan dua peranan, pertama sebagai anggota perkhidmatan awam dan kedua sebagai rakyat.
"Sebagai rakyat, kita mahu memilih kerajaan yang telah menabur jasa kepada kita. Saya mahu menjadi seperti ini kerana kerajaan, saya telah mendapat pelajaran dibiayai oleh kerajaan, dapat kemudahan dibiayai kerajaan.
"Jadi kita kena ingat, bahawa tanggungjawab kita ialah merealisasikan secara tepat dan kesungguhan kita tentang apa yang sudah dimainkan kerajaan dalam memberikan kepuasan serta menjaga kebajikan kita. Prinsipnya, kita perlu ikhlas dan mengenang budi apa yang kita perolehi hari ini" katanya.
Walaupun sesetengah golongan mempunyai pandangan yang berbeza dan sukar memahaminya namun Zainal Rahim mengingatkan penjawat awam untuk memikirkan kerajaan yang sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan seluruh rakyat di negara ini sentiasa terbela.
"Sejak 60 tahun, kita membina kemerdekaan kita dengan penuh kebanggaan. Sejak 1511 kita dijajah dan apabila kita merdeka pada 1957, pemimpin-pemimpin kita melakar perancangan setiap lima tahun. Hari ini terbukti pencapaian ekonomi kita secara purata 5.9 peratus, adakah dengan sekelip mata kita hendak musnahkan.
"Anak cucu kita memerlukan sebuah negara. Jadi apa yang hendak kita tinggalkan untuk mereka. Kalau hari ini kita musnahkannya, apa yang kita akan tinggalkan untuk mereka. Janganlah musnahkan masa depan negara yang sudah terjamin dan terbukti dengan sekelip mata," katanya.
Berhubung isu integriti dan rasuah dalam kalangan penjawat awam, Zainal Rahim menyeru anggota perkhidmatan awam menjadikan integriti, jujur dan ikhlas sebagai tonggak pembinaan jati diri serta menolak rasuah agar dapat menghasilkan perkhidmatan yang lebih profesional dan dinamik.
"Kegiatan rasuah dan salah guna kuasa menimbulkan suatu kesan sangat negatif kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jadi, apa jua peraturan, penjawat awam hendaklah berpegang kepada prinsip keikhlasan, kejujuran, berhemah, integriti dan kasih sayang," katanya.
Berkaitan peluang graduan menyertai sektor perkhidmatan awam, Zainal Rahim berkata graduan baharu sentiasa mempunyai peluang dalam perkhidmatan awam memandangkan hampir 40,000 kakitangan bersara setiap tahun.
"Ini bermakna secara tidak langsung, setiap tahun ada pengambilan baharu untuk berkhidmat dengan kerajaan. Setiap tahun, ada orang bersara, dibersarakan awal kerana sakit atau ada kematian dan mengurangkan jumlah 1.6 juta kakitanagn awam. Jawatan-jawatan ini memerlukan pengganti.
"Jadi, anggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak lagi membuat pengambilan adalah fitnah semata-mata memandangkan setiap tahun, ada pengambilan penjawat awam untuk kerajaan tanpa mengira latar belakang. Ini yang dikatakan transformasi tadbir urus penggantian untuk sumber manusia," katanya. – BERNAMA

Pilihlah BN yang sudah diuji, kata PM

Berita Terkini

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa masyarakat perniagaan supaya tidak mengambil risiko memilih sebuah kerajaan atau gabungan yang belum dicuba dan diuji.

Beliau berkata mereka perlu terus menaruh kepercayaan kepada kerajaan BN yang telah memberi manfaat kepada masyarakat perniagaan.

"Tetapi kami (BN) sebagai kerajaan, gabungan kami telah dicuba dan diuji berulang kali dan kami telah melaksanakan tanggungjawab," kata beliau pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2018 di Shah Alam malam tadi.

Najib berkata pastinya masyarakat perniagaan tidak mahu mengambil risiko terhadap masa depan dengan memilih entiti yang belum diuji untuk menerajui kerajaan.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijangka diadakan tidak lama lagi.

Turut hadir Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden ACCCIM Tan Sri Ter Leong Yap dan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian.

Perdana menteri juga memberi jaminan kerajaan mempunyai cara dan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawabnya sambil menarik perhatian kepada projek Transit Aliran Massa (MRT) sebagai contoh.

"Kita menyiapkan projek MRT1 bernilai RM2 bilion lebih awal daripada jadual dan di bawah bajet.

"Jika kita boleh melakukannya, kita juga boleh melaksanakan projek utama infrastruktur yang lain," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib berkata masyarakat perniagaan perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan sekarang yang komited untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan lebih besar pada masa depan.

"Sudah tentu, kita akan cuba menjadi lebih baik, saya tidak menyatakan bahawa segala-galanya sempurna, kita menghadapi cabaran tetapi saya memberi jaminan bahawa kita akan melakukan yang lebih baik dan terbaik pada masa depan.

"Apa yang kita minta daripada anda ialah memikirkan dengan teliti mengenai masa depan kerana masa depan kelihatan cerah dan baik. Kita mempunyai rancangan untuk masa depan, kita hanya mahu anda menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan," kata beliau. - Bernama

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413369#rjxKhM2alUY4tphQ.99

 

Hanya Selangor percuma.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Hanya di Selangor percuma. 12 negeri perlu bayar. Negeri lain seolah-olah negara lain.Itulah politik sempit BN.

Bekas Gitaris Ukays, Akel Zainal Kini Pemimpin Kanan IS
bloglist-malaysia.blogspot.
ekeleh.com
Bekas gitaris kumpulan Ukays, Akel Zainal, kini salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang menjadi pemimpin kanan pengganas Islamic State (IS).

Memetik laporan Harian Metro semalam, tiga lagi adalah bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) Mohd Rafi Udin dan dua individu yang hanya dikenali dengan nama Abu Gomez dan Abu Zar.

Mohd Rafi Udin pernah mencetuskan kegemparan dua tahun lalu menerusi satu rakaman video yang akan melancarkan serangan di Malaysia.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mereka memainkan peranan merekrut anggota baru di Asia Tenggara selepas kematian Ketua Militan Malaysia Muhamad Wanndy Mohamad Jedi pada Julai lalu.

"Mereka menyebarkan propaganda termasuk dakyah ideologi radikal menerusi pelbagai platform termasuk bahan bacaan," katanya.

Beliau berkata selain majalah propaganda IS bernama Dabiq yang dapat dimuat turun di internet, kumpulan militan itu juga menyebarkan ideologi menerusi aplikasi seperti Telegram.
Akel atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal mula menyertai IS sejak tercetusnya konflik di Syria dan malah turut ke sana untuk menyertai perang.

Pada Oktober 2014, dia dilaporkan giat merekrut wanita khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk ke Syria dan bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah lari ke negara itu untuk berkahwin dengannya.

'Takrif kemiskinan oleh BN menipu rakyat'
kedahlaniie.blogspot.

Saya meneliti laporan terkini Jabatan Perangkaan yang kononnya membuktikan pengurusan ekonomi yang dirancang oleh kerajaan Umno BN mencapai keputusan yang cemerlang.

Laporan itu juga menyatakan pendapatan isi rumah kumpulan sederhana meningkat kepada RM5,228 pada 2016 berbanding RM4,585 pada 2014 iaitu pertumbuhan pada kadar 6.6 peratus setahun dengan nilai nominal.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan pencapaian itu secara tidak langsung menafikan dakwaan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak memberangsangkan dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Berikutan kesan kejatuhan nilai matawang ringgit dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semasa, boleh saya sifatkan angka yang dikemukakan ini tidak menunjukkan realiti sebenar kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat.

Indikator yang menentukan angka ini ialah pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas daripada segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.

Jika benar, apa yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan tersebut, saya mendesak kerajaan segera umumkan dasar dan perancangan untuk meningkatkan paras pendapatan rakyat supaya rakyat bebas daripada dibelenggu kemiskinan.

Bank Negara di dalam data kepenggunaan isi rumah (household consumption) bagi tempoh 2000 – 2009 menyatakan bahawa perbelanjaan untuk makanan ialah 23 peratus daripada jumlah perbelanjaan isi rumah (household expenditure), perumahan sebanyak 18.9 peratus dan pengangkutan pula sebanyak 13.4 peratus.

Berdasarkan peratusan ini, jika RM950 dijadikan rujukan, bererti untuk setiap item tersebut bernilai RM220 untuk makanan, RM180 untuk perumahan dan RM130 untuk pengangkutan. Jika diteliti secara kasar pun nilai-nilai ini bolehlah dianggap terpesong daripada realiti sebenar.

Semua pihak perlu sedar bahawa takrifan kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan Umno BN adalah untuk menipu rakyat, terutama bagi keluarga miskin tegar.

Bagi saya, Program Transformasi Ekonomi hasil cetusan idea Datuk Seri Najib Razak yang dilaksanakan pada 2010 nampaknya tidak membuahkan hasil seperti yang diwar-warkan oleh Umno BN, berdasarkan pemerhatian dan realiti kehidupan sebenar rakyat pada masa kini, bahawa lebih ramai isi rumah di Malaysia berada di dalam kepompong kemiskinan.

Sementara kita melihat negara ini menghadapi krisis ekonomi dalaman ekoran pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM52 bilion..

Malah berlaku penurunan nilai mata wang ringgit secara mendadak, kenaikan harga barangan daripada minyak masak ke minyak petrol, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 'siasatan rakus' audit cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesemua faktor ini telah mengurangkan aliran dana dalam pasaran kewangan dan ekonomi yang menyebabkan perniagaan menurun dan kekangan wang belanja bagi para pekerja.

Purata kadar pengangguran negara adalah meningkat pada kadar 3.4 peratus pada tahun 2016. Ini merupakan peningkatan 0.1 peratus berbanding suku sebelumnya.

Walaupun ia mungkin nampak rendah, tetapi walaupun kenaikan 0.5 peratus dalam 14 juta tenaga kerja akan menyebabkan 70,000 rakyat Malaysia tiada kerja..

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL merupakan setiausaha agung PKR

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398371#iiifM4LueIZ5rojW.99

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 25, 2018 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



MUNGKIN SEBAB INILAH TEKSI DAH TAK LAKU LAGI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kerana nila setitik habis susu sebelanga... Ramai pemandu teksi yang baik dapat nama buruk disebabkan segelintir pemandu teksi yang berhati busuk...

CASSA: Pasar raya untung RM120 juta setahun jual beg plastik
ANTARAPOS
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

SHAH ALAM: Pasar raya dan kedai runcit seluruh negara termasuk kerajaan PKR Selangor mampu mengaut keuntungan konservatif sebanyak RM120 juta setahun bagi caj 20 sen pada setiap beg plastik yang digunakan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata, keuntungan itu meliputi semua pasar raya di seluruh negara terutama di Selangor yang dilihat mendapat keuntungan sehingga 70 peratus daripada caj yang dikenakan itu.

"Setiap pengguna akan membeli sekurang-kurangnya tiga beg plastik bernilai 60 sen, kita andaikan 600 hingga 700 pengguna membeli di kedai runcit dan pasar raya setiap hari dan jumlah anggaran keuntungan kasar yang diperoleh sebanyak RM10 juta sebulan.

"Saya difahamkan, kos setiap beg plastik adalah sebanyak 3 sen sahaja, namun seperti Kerajaan PKR Selangor, mereka menyuruh rakyat membayar pada kadar 20 sen.

"Jumlah itu menunjukkan perbezaan besar iaitu seba­nyak 17 sen. Ini bermakna, kedai runcit dan pasar raya mampu mendapat untung besar jika memperoleh 1,000 pengguna setiap hari," katanya dipetik Utusan Online.

Selasa lalu beberapa persatuan pengguna mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan ke mana caj 20 sen tersebut disalurkan supaya pelaksanaan kempen beg plastik tersebut lebih telus.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar dalam kenyataannya berikrar menghapuskan caj 20 sen bagi setiap penggunaan plastik yang dikuatkuasakan Kerajaan PKR Selangor, jika BN berjaya kembali mentadbir Selangor.

Untuk rekod, Selangor mula mengenakan caj 20 sen bagi setiap ber plastik bermula pada 1 Januari 2017.
Penyebab Kelahiran Prematur, Ibu Hamil Wajib Tahu Ini!
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Bayi dianggap lahir prematur ketika bayi tersebut dilahirkan sebelum usia kandungan 9 bulan atau sebelum usia kandungan 36 minggu. Tentunya bayi yang lahir secara prematur akan berbeda dengan bayi yang lahir secara normal di usia kandungan 9 bulan. Organ – organ yang terbentuk juga akan berbeda karena bayi yang dilahirkan secara prematur masih belum mengalami fase pembentukan organ yang sempurna seperti bayi yang dilahirkan secara normal di usia kandungan 9 bulan.

Bayi bisa mengalami kelahiran prematur karena beberapa faktor penyebab. Berikut ini kami berikan informasinya untuk Anda apa saja penyebab kelahiran prematur yang Anda harus tahu. Hindari faktor penyebabnya agar kelahiran prematur tidak terjadi pada kandungan Anda bunda!
Penyebab Kelahiran Prematur
Riwayat kehamilan
Jika ini adalah kehamilan kedua dan pada kehamilan pertama ibu mengalami kelahiran prematur maka hal ini menjadi suatu indikasi bahwa di kehamilan kedua Anda berpotensi mengalami kelahiran prematur selayaknya di kehamilan pertama. Selain itu ibu hamil yang memiliki riwayat aborsi atau pernah mengalami keguguran sebelumnya juga rentan mengalami masalah kelahiran prematur. Beberapa riwayat kehamilan lain yang juga berbahaya dan berpotensi menjadi penyebab ibu hamil mengalami kelahiran prematur yaitu kehamilan ektopik dan hamil anggur.
Kesehatan dan kondisi janin
Kesehatan dan juga kondisi janin didalam rahim juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan ibu hamil mengalami kelahiran prematur. Misalkan saja janin didalam rahim yang mengalami kekurangan gizi bisa menjadi penyebab ia tidak sehat didalam rahim dan keluar sebelum waktu persalinan tiba. Bayi yang terkena infeksi juga berpotensi untuk lahir dalam kondisi prematur. Ada baiknya untuk Anda senantiasa kontrol secara rutin ke dokter kandungan agar bisa membuat bayi Anda terhindar dari kelahiran prematur. Selain itu kontrol juga secara rutin agar bisa membuat Anda terhindar dari berbagai kemungkinan komplikasi kehamilan yang berbahaya.
Usia
Hamil di usia muda atau dengan usia dibawah 20 tahun menjadi salah satu faktor yang menjadi penyebab bayi lahir secara prematur. Wanita yang nikah muda tentu belum memiliki kesiapan rahim sebagaimana wanita yang sudah menikah dengan usia yang seharusnya. Kematangan fisik dan rahim juga masih berbeda jauh dengan wanita yang menikah di usia yang seharusnya. Akibatnya belum genap umur bayi didalam rahim sudah lahir atau mengalami lahir prematur. Selain itu wanita yang menikah dan hamil dibawah usia 20 tahun juga beresiko mengalami kondisi bayi lahir dengan berat badan rendah ketika lahir.

Itulah beberapa penyebab kelahiran prematur yang Anda harus tahu. Semoga Anda terhindar dari kelahiran prematur dan semoga persalinan Anda berjalan dengan lancar bunda. Jaga selalu kesehatan Anda dan janin didalam rahim.

Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot.
Posted by indah.com
Ho Kit Yen
| February 24, 2018

Setiausaha kehormat Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia itu berkata, beliau dan rakan sekerjanya tidak pernah mempersoalkan sebab mereka tidak diberi peluang mengundi pada PRU lain.

SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai tentera mendakwa beliau hanya diberi peluang sekali sepanjang 24 tahun perkhidmatannya untuk menandakan kertas undi melalui undi pos.
Lt Kol (B) Wong Ah Jit berkata, walaupun berhak bertanya penyelianya kenapa tidak diberi peluang mengundi pada pilihan raya lain, beliau tidak berbuat demikian kerana dirinya anggota bawahan dalam angkatan tentera.

"Kami sepatutnya tanya, tetapi kami tidak berbuat demikian," kataya merujuk rakan sekerja lain yang turut tidak berpeluang mengundi melalui undi pos sendiri.
Tanpa mendedahkan tahun ia berlaku, katanya, beliau diberikan sekeping kertas undi ketika berkhidmat jauh dari rumah dan membuang undi dalam sebuah pusat mengundi di dalam kem beliau ditempatkan.

Beliau berkata, di bawah sistem yang telus, mereka boleh mempersoalkan kenapa tidak diberikan peluang mengundi, tetapi mereka tidak berbuat demikian.
Wong berkata demikian pada sidang media anjuran Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (Macva), di mana beliau ialah setiausaha berhormat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kritikan Bersih 2.0 terhadap Suruhanjaya Pilinan Raya (SPR) pada Rabu lalu yang memperkenalkan 9 kategori baharu pengundi pos.
Pemantau pilihan raya itu mendakwa SPR mewartakan kategori itu secara sulit tahun lalu tanpa mewajarkan mengapa mereka layak mengundi dari jauh.
Katanya, tindakan itu adalah langkah ke belakang daripada sasaran memansuhkan undi pos dan menggantikannya dengan pengundian awal sehari sebelum hari pengundian.

Khamis lalu, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji mendesak kerajaan menghentikan undi pos bagi tentera dan polis kerana negara berada dalam keadaan aman, di mana anggota keselamatan tidak lagi ditempatkan di kawasan jauh.

Presiden Macva, Mejar (B) Tan Pau Son yang turut hadir pada sidang media hari ini bersetuju dengan Arshad yang undi pos perlu dimansuhkan.
"Kenapa kita perlu mempunyai undi pos di mana pegawai ditempatkan di KL?" soalnya.

Beliau berkata, penyelia kem boleh mengatur anggota bertugas pergi mengundi dalam kelompok berasingan pada pagi dan petang.
Tan berkata, peti undi yang mengandungi undi pos anggota keselamatan disimpan di balai polis tanpa pengawasan kamera, di mana tidak pasti jika ia dilindungi daripada diusik.

Timbalan Presiden Macva, Mejar (B) Godfey Chang, berkata penyelia kem tentera perlu memastikan anggota bawahan boleh membuang undi sendiri, bukannya orang lain yang menandakan bagi pihak mereka.
"Jika terdapat 1,000 orang di sana, maka mesti ada 1,000 kertas undi untuk mereka semua." FMT

Penipuan PRU14 Terbongkar?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Din

Penipuan PRU14 Terbongkar? Saya ada terbaca kenyataan Mahathir Muhamad pengerusi Pakatan Harapan. Mahathir memberi penerangan kepada media tentang dasar dan isi manifesto Pakatan Harapan untuk PRU14.

Antara lain, mengikut Mahathir, dalam masa 100 hari Pakatan Harapan berkuasa di Putrajaya, Najib – yang telah menjadi bekas perdana menteri - akan ditangkap dan didakwa.

Penipuan PRU14 Terbongkar? Untuk saya ini satu kenyataan yang amat bahaya. Untuk saya ini satu berita yang menakutkan. Saya faham kenapa kenyataan ini dibuat. Saya faham kenapa dasar ini dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Harapan. Tetapi saya merasa takut.

Apa yang saya takutkan?

Dari satu segi manifesto Pakatan Harapan yang ini memang menggembirakan hati rakyat Malaysia. Isi manifesto PRU14 seperti ini memang ditunggu-tunngu oleh 30 juta warga Malaysia. Anak semua bangsa, bangsa semua agama, di Malaysia ini telah lama tertunggu-tunggu untuk melihat Najib dan Rosmah didakwa.

Rakyat satu Malaysia, malah rakyat dunia gian bagai nak rak. Satu dunia tak sabar hendak melihat Najib dan Rosmah memakai baju lokap. Tetapi awas!

Secara jujur saya katakan, saya juga menyimpan harapan yang sama. Dalam hati kecil, saya juga mahu melihat Najib dan Rosmah ditangkap dan didakwa. Tetapi saya merasa gusar. Saya merasa risau. Ada sesuatu yang menakutkan saya.

Penipuan PRU14 Terbongkar?
Saya akui pada ketika ini Pakatan Harapan semakin mantap. Organisasi dan struktur Pakatan semakin tersusun. Kluk Klak di Selangor kini telah selesai tuntas. Tidak ada lagi niat dan cita-cita gelap untuk membuat kerjasama dengan parti Islam PAS.

Parti Islam PAS ini semakin jelas dilihat sebagai musuh rakyat. Menjalin kerjasama secara terang atau gelap akan memudaratkan sokongan rakyat yang telah muak mual loya dengan pembelotan PAS.

Pengagihan kerusi bakal calon semakin selesai. Ini langkah yang bijak – bersedia seawal mungkin.

Kritikan di sana sini membuktikan bahawa perbincangan sedang berjalan. Bersuara mengeluarkan pandangan dibaca sebagai politik sihat.

Penipuan PRU14 Terbongkar?
Ini membuktikan dalam Pakatan Harapan tidak wujud kuasa hegemoni dari mana-mana parti politik. Ini satu yang amat positif.

Dalam Pakatan Harapan tidak wujud parti besar. Tidak ada kuasa hegemon atau veto. Semua disuarakan untuk dituntaskan secara bersama.

Justeru dalam keadaan sedemikian saya melihat sokongan orang ramai terhadap Pakatan semakin ampuh. Di mana-mana saya pergi, bakal pengundi akan bertanya bila PRU?

Penipuan PRU14 Terbongkar? Penyokong dan orang ramai sudah mula tidak sabar untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah.

Baca selanjutnya di SINI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 25, 2018 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



BR1M: Penerima Boleh Mula Periksa Akaun Isnin Ini
siakapkeli.my

Kuantan 24 Feb - Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh mula memeriksa akaun mereka mulai Isnin ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran itu dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan dianggarkan RM6.3 billion.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan BR1M di Pekan, dekat sini esok. Sehari selepas itu, para penerima boleh memeriksa bayaran yang dibuat menerusi akaun mereka," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana Menter berkata, kira-kira tujuh juta penerima BR1M akan terus menikmati pemberian kerajaan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 pada tahun ini.

Sumber: Utusan Online

Petanda PRU 14 Makin Hampir, Cuti Anggota Polis Dari Mac Hingga Mei Dibekukan
siakapkeli.my

Semua cuti anggota polis pada bulan Mac, April dan Mei dibekukan menunjukkan satu lagi petanda Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir berlaku.

Menurut Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Abdul Ghafar Rajab, pembekuan itu diumumkan dua hari lalu dan terpakai kepada semua anggota PDRM termasuk kepimpinan kanan Bukit Aman.

"Ia sebahagian persediaan kami untuk pilihan raya akan datang. Pembekuan semua cuti, termasuk cuti perjalanan dalam negara akan dikenakan sebaik sahaja tarikh pilihan raya diumumkan," katanya kepada sumber.

Menurut sumber, PRU14 perlu diadakan pada atau sebelum Ogos ini. Namun, pembekuan itu bagaimanapun tidak melibatkan lawatan kerja ke luar negara pengarah Bukit Aman, katanya lagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Azizan Abu Bakar juga menjelaskan bahawa sekitar 130,000 anggota polis akan digerakkan semasa pilihan raya.

Berikutan itu, polis sudah melakukan sesi latihan sebagai persediaan pilihan raya, kali terakhir ia dilakukan adalah awal Mac lalu, kata Azizan.

Latihan itu melibatkan empat situasi iaitu tempoh selepas Parlimen dibubarkan, hari penamaan calon, hari pengundian dan ketika keputusan pemilihan diumumkan, katanya.

Semalam menurut sumber, dilaporkan bahawa Suruhajaya Pilihan Raya sudah menempah semua pesawat daripada dua pembekal perkhidmatan helikopter peribadi di Sabah untuk April dan Mei.

Siakapkeli.my

Sumber : The Malaysian Insight via The Star

SALLEH SAID KERUAK TAK BUAT KERJA? INTERNET PALING LEMBAB?
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

SEMUA INI SALAH SALLEH SAID KERUAK!!!

Kenapa internet 4G di Malaysia paling lembab di dunia?

Dilaporkan bahawa purata kelajuan internet 4G di negara ini ialah 14.83 megabit sesaat dan ia merupakan antara yang terendah di kalangan 88 negara yang dikaji.

Tidak itu saja, kelajuan yang dicatatkan itu juga menunjukkan ia jauh tertinggal berbanding negara-negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar.

Kalau tertinggal dengan Singapura mungkin boleh difahami keadaannya, tetapi macam tak masuk akal kalau dengan Vietnam dan Myanmar pun Malaysia boleh kalah juga.

Tak malukah kita?

Bagi sesiapa yang pernah pergi ke Vietnam misalnya, bukan saja internetnya laju, malah banyak kedai tidak kedekut meletakkan "password" di merata-rata tempat untuk kemudahan pelanggan menggunakan kemudahan itu.

Kenapakah semua itu tidak berlaku di Malaysia?

Mungkin ada sebab-sebab yang lain, tetapi punca paling utama mengapa internet 4G negara kita masih perlahan, selain kadarnya yang mahal ialah kerana menteri yang bertanggungjawab mengenainya ialah Salleh Said Keruak.

Lihat dan perhati apa yang dilakukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia selama ini.

Apakah beliau sebenarnya banyak bekerja untuk rakyat dan pembayar cukai atau lebih menumpukan seluruh jiwa raganya mengampu serta membodek Najib Razak sekeluarga?

Berbanding membodek dan mengampu Najib, berapa kali Salleh pernah bercakap tentang tahap kelajuan, mutu internet dan dunia komunikasi serta multimedia?

Kalau ada pun, yang paling diingati tentunya kenyataan beliau tidak lama sebelum ini bahawa rakyat Malaysia lebih suka internet perlahan berbanding laju.

Logikkah kenyataan seperti itu?

Kenapa Salleh tidak terlihat bersungguh-sungguh memajukan dunia internet melalui jawatan menteri yang disandangnya sebagaimana menteri-menteri lain dengan bidang kuasa masing-masing mereka?

Apa pun, jika bukan Salleh jadi menterinya atau setidak-tidaknya tumpuan beliau tidak terlalu mengampu dan membodek Najib, internet 4G negara kita sekarang ini mungkin lebih baik keadaannya. (ShahbudinHusin 21/02/2018).

Zahid: Terima kasih pada BN tanda syukur pada Allah

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Mohd Sulaiman

wak-labu

N Faizal Ghazali

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Kelantan supaya berterima kasih kepada kerajaan BN sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Menurut beliau, ini kerana selama 28 tahun Kelantan ditakdirkan diperintah PAS, kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat negeri itu.

Katanya, banyak peruntukan disalurkan kepada rakyat Kelantan melalui pimpinan BN negeri sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi perdana menteri sehingga ke era Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak namanya bersyukur kepada Allah jika tidak berterima kasih kepada yang memberi. Dan yang mencari peruntukan untuk diberi, tidak namanya bersyukur kepada Allah.

"Saya ingin mengingatkan diri saya dan hadirin cukuplah 28 tahun Allah memberi peluang dan amanah kepada mereka (PAS).

"Inilah ketika kita kena ambil alih semula negeri Kelantan di bawah Umno dan BN," katanya ketika berucap di Program Sepetang Bersama Rakyat di Tendong, Pasir Mas, hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meluluskan tiga peruntukan iaitu RM500,000 bantuan ibu tunggal dan warga emas, peruntukan pembinaan baik pulih Masjid Bunut Susu berjumlah RM4 juta dan peruntukan membina 647 buah rumah dan baik pulih sebanyak 1,230 buah rumah di parlimen Pasir Mas.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, sebaik parlimen dibubarkan, demokrasi akan diterjemahkan secara terbuka untuk rakyat memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Bagaimanapun beliau berkata, rakyat Kelantan khususnya perlu memilih parti yang dapat membantu mereka.

"Rakyat harus memilih kepada mereka yang memberi. Kepada parti yang telah memberi, kepada kerajaan pusat yang telah memberi.

"Kalau tidak, kita tidak bersyukur kepada Allah, kerana tidak berterima kasih kepada yang memberi.

"Marilah orang Tendong, Pasir Mas, orang Kelantan berterima kasih kepada yang memberi, berterima kasih kepada Umno, berterima kasih kepada BN tanda syukur kita pada Allah SWT," tegas anggota Parlimen Bagan Datok itu..

Tambah beliau, angin perubahan untuk Kelantan sudah tiba dan semakin kencang.

"Oleh yang demikian, kita merasakan bahawa angin perubahan telah sampai. Angin perubahan telah bertiup kencang.

"Tetapi ingin saya ingatkan sekali lagi kita tidak perlu memburukkan dan melemahkan orang lain, tetapi bercerita tentang diri kita," kata Ahmad Zahid.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413345#ayry8xS2GbFeIFHs.99

TENGKU RAZALEIGH JANGAN ASYIK RECYCLE FITNAH LAMA BURUKKAN KELANTAN
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
TENGKU RAZALEIGH JANGAN ASYIK RECYCLE FITNAH LAMA BURUKKAN KELANTAN

Modal yang sama direcycle umno bertahun - tahun "Kelantan miskin, takda peluang pekerjaan, terpaksa hijrah ke negeri lain untuk cari makan". Mereka lupa, bab hijrah ni bukan orang Kelantan sahaja. Sabah, Sarawak, Kedah, Johor, Pulau pinang dan semua negeri lain, rakyat mereka ramai yang berhijrah ke Lembah Klang.

Nampaknya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah masih duduk dalam tahun 2000 kerana mengatakan Penduduk Kelantan hanya 1.2 juta orang sedangkan rekod bancian pada 2015 merekodkan jumlah terkini 1.75 juta orang.

Kelantan miskin? Kalau benar Kelantan miskin, pasti ada isu kebuluran dilaporkan. Data laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri menunjukkan kadar kemiskinan Kelantan pada 2012 sebanyak 2.7% berjaya dikurangkan kepada 0.9% pada 2014. Kadar kemiskinan kelantan sama dengan Sarawak iaitu 0.9% tapi lebih baik dari Labuan 1.1% dan Sabah 4.0%.

Malah Peratus isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) pada 2014 yang direkodkan oleh EPU menunjukkan rekod Kelantan lebih baik berbanding beberapa negeri lain dengan 8.5% sahaja. Negeri lain yang ditadbir BN Dan PH seperti Johor adalah 8.7%, Sabah 9.2%, kedah 10%, Sarawak 11.2%, Selangor 12.3% dan Perak 13%.

Kelantan tidak membangun? Pembangunan Kelantan memang "slow" kalau dibanding dengan negeri maju kerana duit Royalti Minyak Kelantan dicuri oleh Persekutuan.

Tapi itu bukan bermakna tiada pembangunan langsung. Kelantan meneruskan pembangunan tanpa menekan poket rakyat secara keterlaluan melalui cukai. Atas nama pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibawah pentadbiran BN pada 2014 menaikkan kadar cukai taksiran sebanyak 10% untuk perumahan dan 25% untuk komersial hingga meningkatkan kos hidup rakyat.

Perniagaan persendirian seperti penjaja kecil banyak di Kelantan dan kos hidup masih murah berbanding negeri - negeri maju di Lembah Klang.

Sumbangan Persekutuan juga amat sedikit kerana Kelantan dianak tirikan sejak ia bersama PAS.

Walaupun begitu rekod laporan KDNK Jabatan Perangkaan bagi 2016 menunjukkan Kelantan mencatat pertumbuhan sebanyak 4.8%. Ini berbeza dengan negeri lain di Bawah BN yang dapat pelbagai peruntukkan tetapi masih di tangga tercorot negeri-negeri miskin dan mempunyai KDNK yang rendah seperti Pahang (2.0%) Sarawak (2.3%), Terengganu (3.1%). Manakala kedah (3.2%), Perlis (3.9%), Perak (4.1%), Melaka (4.5%) dan Sabah (4.7%). Selangor sebuah negeri maju pula KDNKnya pada 2016 sama dengan Kelantan iaitu 4.8%.

Kemasukan Pelancong domestik dan Antarabangsa ke negeri Kelantan juga meningkat dari 4.9 juta pada 2011 kepada 5.1 juta pada 2015. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman melaporkan pada 2016 jumlah kedatangan pelancongan terus meningkat kepada 5.8 juta.

Walaupun terus difitnah oleh Umno-BN dan PAN-PH, PAS Kelantan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam pelbagai segi. Laporan Jabatan Audit Negara pula memberikan skor Cemerlang bagi pengurusan audit kewangan Kelantan yang mencapai 99%. Ini membuktikan Kelantan mempunyai tadbir urus yang sangat baik dibawah pentadbiran PAS sejak tahun 1990.

Rakyat Kelantan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan akan mengekalkan pentadbiran sedia ada. Hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan istana juga sangat baik dan sukar untuk dipertikaikan. Semoga Allah terus rahmati negeri serambi mekah ini dengan warganya yang menyayangi Ulama' dan penuh kemakmuran.

#up #Allahuakhbar #tolakbn #tolakph

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
24 Februari 2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 25, 2018 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Please Do Something'', Dia Minta Bukan Sikit, RM10, Kita Nak Keluarkan Duit Di Bank Pun Takut, Kalau Tak Bagi, Takut Diapa-Apakan
siakapkeli.my

Tular hari ini di laman Facebook I Love Teluk Intan di mana luahan seorang wanita bernama Laila Hanim Ramli‎ di mana beliau memuatnaik sekeping gambar menyatakan kebimbangannya dengan tindakan seorang lelaki yang sering menunggu orang mengeluarkan duit di sebuah bank di daerah ini.

Menurut beliau lelaki berkenaan akan meminta wang daripada mereka yang mengeluarkan wang di bank berkenaan dengan jumlah yang agak banyak iaitu RM10.

"Please do something laa, kita nak ambil duit pun takut kat dia ni, minta duit bkn sikit.. RM10," Tulisnya di laman Facebook dengan memuatnaik gambar berkenaan.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Nabella Baharain, lelaki berkenaan selalu menggangu orang di wad kecemasan Hospital Teluk Ini,

"Dah la sound orang orang nak mintak duit, bukannya sikit," tulisnya.

Bukan saja kt Cimb jer, dekat Maybank pun dia ada juga, saya buat tak layan, kalau dia buat hal, buat laporan polis jer, dia bukan cacat, tapi malas nak cari kerja, senang minta kat orang," tulis Muhammad Aiman Jamal.

"Dah buat macam-macam dekat dia, dah hantar jauh ke rumah kebajikan di Pahang, dia lari balik semula ke sini, penat dah nak layan dia," tulis Emma Hamsuri.

Kehadiran lelaki berkenaan telah menimbulkan rasa risau orang ramai untuk mengeluarkan wang mereka di bank berkeaan, mereka risau akan diapa-apakan jika tidak memberi wang kepada lelaki itu.

"Bahaya ni, takut kalau tak bagi duit, dia akan pukul ke ape ke," tulis Mazlina Dahlan, komen beliau telah dibalas oleh Emma Hamsuri, dia menyatakan "Memang bahaya ..klu Kema kat pejabat dia datang..time dia tak makan ubat..macam-macam dia buat. haritu dia kelar tangan mak andak,"

Rata-rata warga Teluk Intan di dalam group berkenaan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bimbangkan akan keselamatan mereka, ada yang mencadangkan agar ada pihak melakukan laporan polis mengenai kehadiran lelaki berkenaan. - Siakapkeli.my

Cubaan Menculik Gagal, Lelaki Rohingya Ditampar Sebelum Sempat Melarikan Kanak-Kanak Perempuan Berusia 7 Tahun
siakapkeli.my

Berlaku di Malaysia, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun hampir diculik oleh seorang warga Rohingya di pasar malam Taman Highland, pada 19 Januari lalu.

Media melaporkan bahawa insiden itu berlaku berdekatan dengan gerai jualan mangsa terbabit kira-kira 6.30 petang.

Bapa mangsa memberitahu, warga asing tersebut telah membeli beberapa sayuran daripada gerai miliknya sebelum mendengar anak perempuannya menangis secara tiba-tiba.

Sejurus mendengar tangisan anaknya itu, ibu mangsa telah meminta suaminya untuk memeriksa dan ternyata lelaki Rohingya tersebut sedang menarik mangsa untuk dilarikan.
Image via China Press


Bapa mangsa terus menjerkah lelaki tersebut dengan kuat dan secara tidak langsung telah menarik hatian beberapa peniaga lain yang menyangka gerai mereka dirompak.

Namun setelah itu barulah mereka sedar bahawa suspek sedang dalam percubaan menculik kanak-kanak terbabit dan segera menghalang warga asing tersebut daripada melarikan diri.

Seorang lagi anak perempuan mangsa telah merakam detik cemas ketika bapanya sedang bergelut dengan penculik tersebut dan berkongsi pengalaman menerusi laman Facebook miliknya.

Image via China Press


Sebagaimana yang ditulis melalui perkongsian anak perempuannya di Facebook itu, kejadian itu berlaku ketika adiknya sedang membantu ibu mereka mengutip duit syiling yang jatuh di tanah sebelum lelaki itu bertindak untuk menarik dan mengangkat mangsa.

Menurutnya lagi, ibu mangsa cuba menjerit dan menarik anaknya namun dihalang sehinggalah bapa kanak-kanak terbabit tiba dan menampar muka suspek.

Warga Rohingya yang baru saja berusia 21 tahun itu, dikatakan pernah dibebaskan daripada Depoh Tahanan Imigresen, Perak 2 tahun lalu namun kembali melakukan kegiatan itu sekali lagi.

Siakapkeli.my

Sumber: China Press

Tabiat Tempah Maut Jika Buka Aircond Dan Tutup Tingkap Ketika Kereta Tidak Bergerak
siakapkeli.my

Banyak kes kematian ketika tidur dalam kereta. Tanpa kita sangka, tidur dalam kereta semasa kenderaan tidak bergerak boleh membunuh. Tidur dalam kereta bahaya kalau enjin pasang, aircond juga dibuka tapi tingkap ditutup rapat sama juga kalau enjin dimatikan, aircond tidak dihidupkan dan tingkap ditutup.

Kedua-dua tabiat ini sangat salah kerana apabila enjin dihidupkan, dan kereta terbiar dalam jangka masa yang lama, kebocoran gas Karbon dioksida daripada ekzos boleh masuk melalui tempat duduk penumpang.

Melalui perkongsian sebuah portal ada menyatakan bahawa ada diantara kita yang akan berasa pening ketika mengadap kesesakan lalu lintas terlalu lama. Ini adalah kerana, kita telah keracunan karbon dioksida. Ketika kesesakan jalan, penghasilan gas karbon dioksida akan lebih banyak apabila kenderaan berkumpul bersama. Oleh itu, apa yang patut anda buat adalah, buka tingkap dalam masa 30 saat untuk membenarkan oksigen masuk dan mengeluarkan Karbon dioksida daripada cabin.

Perkongsian daripada Maslaily Lijong dibawah ini sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada kita untuk lebih berhati-hati dengan keadaan gas kereta dan oksigen yang dihasilkan kerana ianya mampu membunuh jika salah kaedahnya. Mari baca semoga dijadikan rujukan buat kita semua.

Sy baru mengikuti kursus gas leaking oleh Gas Malaysia 3 hari lps. Ini skadar berkongsi ilmu.

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dr kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan adalah selamat dihidu & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yg kenderaan lpskan.

Siakapkeli.my

Pisau Tertusuk Di Belakang Badan, 'Selamber' Jalan-Jalan Di Kaki Lima Sementara Tunggu Ambulans Tiba
siakapkeli.my

22 Feb - Baru-baru ini seorang lelaki di Braseila, utara Brazil kelihatan santai dan bersahaja walaupun ada sebilah pisau terpacak di belakangnya sangat mengejutkan orang ramai.

Dalam kejadian itu, Elionardo Nascimento sedang minum bersama rakannya di sebuah pub apabila seorang lelaki menerkam dan menikam belakangnya dengan pisau.

Menurut doktor, lelaki berusia 22 tahun itu bernasib baik kerana tikaman itu tidak terkena organ utama dan hanya beberapa milimeter daripada tulang belakangnya.

Menurut Dailymail, rakaman video menunjukkan Nascimento berdiri di tepi jalan dengan darah mengalir daripada luka di belakangnya, namun dia kelihatan tidak terganggu dengan kecederaannya.

Orang ramai cuba menenangkan mangsa sementara menunggu ambulans tiba dan memberi amaran kepadanya supaya tidak pengsan.

"Saya sedang berdiri, berbual dengan rakan di luar pub apabila penyerang terbabit tiba-tiba muncul dan menikam belakang saya.

"Saya berasa seperti dipukul di belakang dan hanya mengetahui ditikam dengan pisau selepas diberitahu rakan," katanya.

Dia mendakwa tidak mengenali penyerang berkenaan dan tidak tahu kenapa diserang kerana tidak terbabit dalam sebarang pergaduhan.

Dia kini semakin pulih di Hospital Rio Branco selepas menjalani pembedahan mengeluarkan pisau itu.

Video: AP

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 25, 2018 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sebelum ini UMNO Akui kekuatan PAS, Kini DAP pula & Akhirnya PAN akui juga!

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Betul ke PAS ada kekuatan untuk hadapi PRU-14 nanti. Lihat apa kata UMNO.Walaupun PAS kini bergerak solo, kekuatan parti itu tidak boleh dipandang rendah, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurutnya di sebalik status PAS tidak menyertai gagasan pembangkang lain, parti itu tetap mempunyai ramai pengikut fanatik.

Itu UMNO, Kita dengar apa kata DAP musuh PAS paling lantang kritik PAS. Meskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri.

Agaknya Macai DAP sokong tak kenyataan ini. Mereka malu nak cakap tapi tersalah cakap secara tak langsung akui kekuatan PAS terutamanya PAS Kelantan. Dengar apa kata Husam Musa.

Sementara itu, Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, kehadiran Tuan Ibrahim untuk bertanding di Kelantan disifatkan sebagai 'mencari tempat selamat'.

"Dia terpaksa cari tempat air tohor (selamat). Di Pahang (PAS) tak yakin boleh menang, terpaksa hantar orang bertanding di kelantan.

Bila Husam sebut bahawa Kelantan adalah tempat selamat bagi PAS ini bermakna tidak selamat bagi HARAPAN (termasuk PAN) dan UMNO.

Apa kata penganalisis politik.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata biarpun PAS kerap kali dilihat menyokong dasar yang dilaksana kerajaan Persekutuan, parti itu tetap berikrar untuk menentang Umno BN pada PRU14.

"Orang sentiasa nak lihat Pakatan Harapan (PH), nak porak perandakan PH, tetapi selalu terlepas pandang tentang PAS. PAS pula seolah berpura-pura nak berbaik dengan Barisan (BN) tetapi tak buat (berbaik) sebab dia tahu dia punya status quo pada Umno BN.

"Jadi dalam diam-diam dia (PAS)mengumpul pengaruh dan mungkin kita tidak duga, kalau kita tidak awasi dia (PAS) dia boleh menang.

"Sebab ada banyak beberapa perkara berkenaan dengan Islamik, dengan agama Islam sebagainya, yang diputuskan mahkamah baru-baru ini banyak menyentuh sensitiviti umat Islam. Dia (PAS) boleh mengambil peluang disitu untuk memperkuatkan pengaruh PAS di kalangan pengundi," katanya.

Apa Kata Penganalisis UMNO pula.

Perebutan undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Beliau berkata berdasarkan landskap politik semasa, ada empat parti yang akan bertarung untuk undi Melayu iaitu Umno, PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Namun, kata Shamsul Amri, hanya Umno dan PAS mempunyai akar umbi yang kukuh.. Yang lain hanya sekadar memeriahkan pertandingan sahaja.

HANYA MACAI DAP, PAN YANG DUDUK DEPAN KOMPUTER SERANG PAS KONONNYA PAS LEMAH. MEREKA NI DAFTAR MENGUNDI ATAU TIDAK TAK TAHU. POSTING BODOH TANPA ILMU. Dapatlah sikit dedak.

XOXO - Makin PAS jelas prinsip perjuangan menegakkan Islam, makin rakyat faham dan sokong. Bukan sahaja Islam, malah PAS juga berusaha memertabatkan bangsa Melayu, itu membuatkan PAS pimpinan Abdul Hadi makin dipercayai oleh cerdik pandai Melayu Islam malah ada yang akan bersama PAS untuk memastikan PAS menguasai Malaysia.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

BN bakal hilang empat negeri?
kedahlaniie.blogspot

SHAH ALAM - BN berkemungkinan hilang kuasa di empat negeri yang mereka kuasai kini.

Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, negeri BN yang akan jatuh adalah Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah berdasarkan beberapa perkembangan semasa.

"Dalam kajian yang kita dapatkan, selain Selangor dan Pulau Pinang (kekalkan kuasa)... Pakatan Harapan (Harapan) berpotensi besar untuk memenangi keempat negeri berkenaan.

"Perkembangan ini dapat dilihat menerusi sambutan rakyat terhadap jelajah Harapan, dapatan culaan kita, dan hasil perbincangan... ini menunjukkan petanda positif, jadi saya yakin empat negeri ini akan jatuh dalam PRU14 nanti," katanya sesi siaran langsung di Facebook Sinar Harian, semalam.

Shaharuddin berkata, Pahang dan Sabah dilihat juga antara negeri yang berpotensi besar untuk Harapan memerintah negeri berkenaan selepas PRU14 nanti.

"Jangan disangka Pahang lubuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Walaupun banyak kawasan Felda namun respons rakyat di sana terhadap Harapan sangat positif.

"Begitu juga Sabah, gelombang 'Sabah For Sabahan' yang dibuat oleh Harapan dilihat sangat berkesan terutama kepada rakyat Dusun, Kadazan dan Murut," katanya.

Pada PRU13, BN secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang, Walau bagaimanapun, pakatan pembangkang ketika itu (Pakatan Rakyat) memenangi undian popular buat pertama kali.

BANGSA JOHOR MAKIN SEDAR
bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub

HAM DU LIL

BANGSA JOHOR

TELAH SEDAR

BN goyah di Johor
SEINGAT rakyat Malaysia, Johor memang sinonim dengan Umno/Barisan Nasional.

Tetapi, sinonim itu nampaknya bukan lagi satu kenyataan. Negeri selatan tanah air itu mungkin merupakan tempat lahir parti politik paling terkenal negara tetapi ikatannya sudahpun diputuskan apabila satu kajian terbaru menunjukkan lebih separuh penduduk Johor kini terbuka memilih muka baru untuk mentadbir negeri.

Dalam kajian dilakukan Merdeka Center for Opinion Research bulan lepas, 51% daripada 1,007 responden penduduk Johor mengatakan mereka akan memberi peluang kepada parti lain untuk menguruskan kerajaan negeri.

Pengundi Cina mempunyai peratusan tertinggi sebanyak 69% diikuti oleh India (50%) dan Melayu (39%).

MUSTAHIL TAK

SEDAR SEDAR

TANAH MILIK

BANI MELAYU

MAKIN LESAP

DIREMBAT

CHINA MERAH

JOHOR AKAN JADI

PROVINSI

PERTAMA

CHINA MERAH

DI TANAH MELAYU

Kenapa Pemimpin Islam Retorik Menagih Sokongan ?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot


Sampai bila pemimpin islam perlu menagih simpati menggunakan retorik agama. Tetapi tidak menunjukkan contoh dengan jalan penyelesaian setiap permasalahan. Dipilih menjadi ahli parlimen tetapi hanya diam membisu. Apakah itu contoh terbaik. Isu terbesar negata 1MDB, dipandang sepi tetapi isu ruu355 dibangkitkan seolah dunia akan kiamat.

Apakah bajet alternatif parti yang popular dengan jolokan parti islam. Apakah inisiatif yang akan ditonjolkan sekiranya mereka berjaya merampas putrajaya daripada BN. Kelantan disegani kerana ketokohan TGNA tetapi tidak TGH di terengganu.

Lebih baik sekiranya PAS menonjol sebaga cara penyelesaian daripada terus retorik agama, retorik bangsa dan menanam sikap membenci antara agama dan parti bangsa.

Sumber : MK

'Bukan orang lain burukkan negara, tapi MO1'
kedahlaniie.blogspot

Saya ambil maklum kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyalahkan tindakan sesetengah pihak memburukkan Malaysia di luar negara sehingga memberi kesan buruk kepada pasaran kerja anak-anak muda dalam negara.

Tidakkah Abdul Rahman sendiri sedar bahawa Malaysian Official 1 (MO1) sendiri yang tidak segan silu yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia menerusi skandal 1MDB?

Salah satu penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Umno BN ialah tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) serta amalan ketelusan yang sangat diperlukan.

Hal ini terbukti apabila kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib Razak terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017, sekali gus membawa kesan buruk negara di mata pelabur - sama ada tempatan mahu pun antarabangsa.

Kerajaan harus sedar bahawa hampir separuh daripada jumlah pekerja menganggur di negara ini adalah golongan muda walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia.

Walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin meninggi, peluang pekerjaan yang wujud dalam ekonomi negara masih tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana yang kini dipelopori oleh warga asing.

Sekiranya untuk membolehkan anak muda Malaysia - terutama golongan siswazah - memperoleh gaji yang adil dan berpatutan, Pakatan Harapan akan membuat perubahan yang menyeluruh bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Antara perhitungan besar pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara daripada amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa sebagai faktor utama yang telah menggagalkan negara untuk mencapai kedudukan negara maju.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL ialah Setiausaha Agung PKR.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413375#AvGGPuYfiMmRjmaf.99

CPI negara jatuh merudum, perasuah kekal sebagai MO1
DATUK MAHFUZ OMAR
kedahlaniie.blogspot

ULASAN: Kedudukan Malaysia yang jatuh sebanyak tujuh tangga dalam indeks rasuah dengan kini berada di kedudukan ke 62 di bawah Greece daripada 180 buah negara amat memalukan dan menjatuhkan maruah Malaysia. Kedudukan ini menjadikan prestasi negara menjadi yang terburuk dalam tempoh lima tahun lepas.

Malaysia hanya mencatat skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), sebuah badan yang mengkaji tahap rasuah di negara-negara di dunia ini yang berpangkalan di Berlin, Jerman.

Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai "penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi".

Walaupun Malaysia berada pada kedudukan ke tiga dalam kalangan 10 buah negara Asean, namun ia masih jauh ketinggalan daripada negara-negara lain.

Menghairankan apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad memberi respons terkejut dengan pengumuman kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Ini menunjukkan beliau sebenarnya gagal memahami peranan sebenar SPRM atau buat-buat tidak faham dengan alasan data tersebut 'tidak berpijak di bumi yang nyata' kerana SPRM telah bertindak agresif dengan pelbagai tangkapan yang dilakukan oleh pihaknya sejak dua tahun lalu tetapi pengumuman CPI negara membuktikan usaha SPRM itu tidak memberi kesan dalam menurunkan kadar rasuah negara dan kedudukan ke-62 setaraf negara komunis Cuba.

Dalam hal ini, elok jika Tan Sri Dzulkifli Ahmad belajar daripada Pengerusi TI-M Datuk Akhbar Satar yang mana dalam kenyataannya beliau menjelaskan kegagalan Malaysia untuk menyelesaikan skandal rasuah berskala besar membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji, skandal Felda serta Jabatan Air Negeri Sabah menyumbang kepada prestasi buruk Malaysia.

Datuk Akhbar Satar turut mengakui bahawa kedudukan Malaysia akan terus jatuh dalam tempoh beberapa tahun lagi jika skandal yang membabitkan dana awam ini tidak diselesaikan segera.

Pengumuman CPI 2017 membuktikan kegagalan SPRM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab selama ini.

Tan Sri Dzulkifli tidak perlu berdolak dalik dengan menyalahkan data CPI TI-M atau mencadangkan mewujudkan indeks rasuah khas 'ala SPRM'.

Cadangan beliau bukan boleh selesaikan masalah, tetapi sekadar melarikan diri dari masalah. Sepatutnya beliau fokus dengan masalah yang dibangkitkan, iaitu selesaikan kes-kes berat yang menyebabkan rasuah negara jatuh merudum dan bukan untuk melarikan diri.

Apa yang SPRM lakukan hanya majlis tandatangan dan ikrar bebas dan lawan rasuah sedangkan sebahagian yang berikrar adalah perasuah.

Penyumbang terbesar kejatuhan CPI negara adalah dengan membiarkan perasuah memimpin negara dan berikrar lawan serta bebas rasuah diwaktu mereka itu adalah pemakan najis rasuah.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh SPRM ialah tindakan kepada perasuah negara bukannya meminta perasuah berkuasa berikrar lawan rasuah.

Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin berprofil tinggi termasuk mereka yang berjawatan menteri hatta Perdana Menteri sendiri.

Jangan hanya garang dan agresif terhadap penjawat awam, pemimpin pembangkang dan ahli politik pertengahan* tetapi apabila berhadapan dengan pembesar utama negara, SPRM 'kecut perut' dan diam membisu.

Sikap berpilih-pilih SPRM terhadap rasuah menjadi sebab indeks rasuah negara jatuh merudum walaupun mereka menangkap beratus orang sehari tetapi membiarkan perasuah kekal sebagai MO1.

SPRM perlu buktikan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia bebas dari kepompong pemimpin klaptokrat, korup, menindas, menyeleweng, rasuah dan salah guna kuasa*.

SPRM mesti tegas dan bertindak adil kepada semua pihak, tanpa mengira siapa dan latar belakang mereka.

Tidak ada nilai Malaysia menjadi sebuah negara maju atau membangun, tetapi dari sudut integriti kualiti Malaysia sama seperti negara dunia ketiga sahaja.

Jika Malaysia berterusan dalam keadaan begini, bukan CPI ala SPRM yang perlu dibentuk, tetapi *'SPRM baru' dengan struktur, peranan, tanggungjawab yang lebih telus dan bebas perlu dibentuk.

Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan reformasi institusi menyeluruh dalam tempoh 100 hari apabila PH mendapat mandat rakyat memerintah Malaysia untuk memerangi rasuah tanpa pilih kasih.

Rakyat mesti bangkit dan menolak kerajaan kleptokrat yang bertanggugjawab terhadap hak-hak ketelusan dan integriti dalam tadbir urus kerajaan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik serta merosakan nama baik Malaysia.

Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.

Indeks rasuah SPRM cuba bendung imej buruk kerajaan BN?
ARIF ATAN
kedahlaniie.blogspot

AMANAH Wilayah Persekutuan menyifatkan langkah SPRM untuk mewujudkan indeks rasuah sendiri dilihat cuba untuk membendung imej buruk dan reputasi negatif berkenaan rasuah di negara ini agar menepati kehendak kerajaan BN.

Timbalan Pengerusinya, Tarmizi Mohd Jam berkata, cadangan yang disuarakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad itu juga dilihat cara untuk mengawal persepsi buruk terhadap kejijikan gejala rasuah.

"Pembentangan kertas kerja cadangan pada Mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah dalam masa terdekat juga boleh dianggap reaksi 'terdesak' BN memulihkan wajah hodoh rasuah negara.

"AMANAH percaya, kegagalan SPRM bertindak terhadap 'ibu segala rasuah' dalam 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang merupakan skandal kewangan terbesar dunia diperkatakan, menyebabkan imej Malaysia merudum di mata antarabangsa.

"Keadaan ini telah mensudutkan kepimpinan Najib pada kedudukan terburuk berbanding era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad," tegasnya dalam satu kenyataan.

Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan itu berkata, hasil tangkapan, serbuan dan pelbagai tindakan SPRM dipersoalkan walaupun Dzulkifli mendakwa Malaysia sepatutnya mendapat status lebih baik dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ekoran penangkapan agresif dilakukan pihaknya pada tahun lalu.

"Sudah berapa ramai daripada yang ditangkap itu dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukum? Adalah sangat menghairankan apabila Dzulkifli berbangga dengan kes tangkapan rasuah yang meningkat.

"Selagi tiada tindakan terhadap skandal yang berlarutan dilakukan pemimpin kelas jerung oleh SPRM atau selagi Najib tidak dijatuhkan, sangat mudah untuk menjangka bahawa indeks rasuah negara akan terus jatuh, jatuh dan jatuh lagi pada masa depan.

"Tangkapan mesti disusuli dengan pendakwaan dan diakhiri dengan hukuman setimpal. Bukannya tangkapan menjadi hiasan TV, kemudian lepas dan bebas," bidasnya.

Mengulas pendedahan Pengerusi TI Malaysia, Datuk Akhbar Satar tentang kemerosotan kedudukan Malaysia pada tangga terburuk CPI sepanjang 23 tahun, Tarmizi berpendapat, laporan tersebut mungkin mendorong SPRM mahu mewujudkan indeks rasuah sendiri.

Mengikut laporan itu, Malaysia memperoleh 47 daripada 100 markah dalam CPI 2017 dan muncul di kedudukan ketiga dalam kalangan 10 negara Asean manakala Singapura teratas dengan 84 markah diikuti Brunei 62 markah.

Sehubungan itu, AMANAH, ujarnya lagi, menyokong penuh langkah PH untuk menubuhkan Pelan Induk Integriti Nasional bersama masyarakat sivil bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara dalam Asia yang berintegriti, membasmi rasuah dan mengamalkan urus tadbir yang baik, jika diberi peluang memerintah selepas PRU-14 nanti.

Mungkin Cuba sahaja akan terima indeks rasuah bikinan SPRM
MALAYSIA DATELINE
kedahlaniie.blogspot

Berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang berkata SPRM akan mengemukakan rancangannya sendiri bagi mentukan indeks rasuah, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata mungkin negara Cuba sahaja yang akan menerimanya.

"Mungkin negara Cuba sahaja yang akan menerima indeks rasuah bikinan SPRM ini," kata beliau.

Dalam kenyataan medianya kelamrin Lim Lip Eng memberikan analogi mengenai penerimaan Malaysia terhadap indeks persepsi rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia baru-baru ini.

"Seorang pelajar yang degil gagal dalam peperiksaan bertaraf antarabangsa tahun ini dengan keputusan yang paling teruk sepanjang tempoh lima tahun lalu.

"Bukan sahaja dia menolak keputusan itu kerana katanya dia telah belajar dengan gigih, dia turut memecat lembaga peperiksaan antarabangsa itu dan menggantikannya dengan lembaganya sendiri.

"Pada peperiksaan tahun hadapan, dan tahun-tahun seterusnya, dia akan menduduki peperiksaan dan memeriksa kertas jawapannya sendiri. Justeru menjamin keputusan cemerlang dan berada di puncak ranking dunia," kata beliau.

Kata beliau, ilustrasi di atas menggambarkan bagaimana mereka yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas agensi anti-rasuah negara telah bertindak balas terhadap indeks persepsi rasuah (CPI) Transparency International terkini yang meletakkan Malaysia setaraf Cuba dari aspek rasuah.

Jelas beliau lagi, ketua SPRM, Dzulkifli Ahmad khabarnya terperanjat dengan indeks CPI itu kerana katanya indeks itu tidak berpijak di bumi nyata.

"Adakah beliau mengandaikan indeks CPI ini sesuatu yang 'palsu'?" soal peguam DAP itu.

Kata beliau, menteri yang bertanggungjawab ke atas isu rasuah ialah Paul Low namun beliau tidak diiktiraf oleh Dzulkifli, yang kebetulan adalah mantan presiden Transparency International Malaysia, menyifatkan prestasi CPI yang paling teruk ini adalah ekoran tindakan penguatkuasaan yang agresif di pihak SPRM sepanjang tahun lalu.

"Kenyataan Low seolah-olah memberi gambaran bahawa murid sekolah yang rajin berusaha pastinya akan gagal dalam peperiksaan.

"Jika Paul benar, mungkin SPRM sepatutnya menghindarkan diri daripada tangkapan berprofil tinggi pada masa akan datang bagi mencapai kedudukan yang lebih baik dalam indeks CPI tahun depan," katanya.

Lip Eng turut menyarankan supaya Low meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet dan juga senator yang dilantik kerana beliau telah mempersembahkan prestasi CPI paling buruk buat negara dalam tempoh lima tahun lalu sejak beliau dilantik ke 'jabatan integriti' Perdana Menteri di Putrajaya lima tahun lalu.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 23, 2018 11:33 PM
Subject: Fw: hati-hati dengan PAS , BN anggap PAS ancaman terbesar

Betul kata Nazri, hati-hati dengan PAS - penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Gesaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar Umno Barisan Nasional (BN) lebih waspada terhadap PAS, ada benarnya, kata Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.

Beliau berkata biarpun PAS kerap kali dilihat menyokong dasar yang dilaksana kerajaan Persekutuan, parti itu tetap berikrar untuk menentang Umno BN pada PRU14.

"Orang sentiasa nak lihat Pakatan Harapan (PH), nak porak perandakan PH, tetapi selalu terlepas pandang tentang PAS. PAS pula seolah berpura-pura nak berbaik dengan Barisan (BN) tetapi tak buat (berbaik) sebab dia tahu dia punya status quo pada Umno BN.

"Jadi dalam diam-diam dia (PAS)mengumpul pengaruh dan mungkin kita tidak duga, kalau kita tidak awasi dia (PAS) dia boleh menang.

"Sebab ada banyak beberapa perkara berkenaan dengan Islamik, dengan agama Islam sebagainya, yang diputuskan mahkamah baru-baru ini banyak menyentuh sensitiviti umat Islam. Dia (PAS) boleh mengambil peluang disitu untuk memperkuatkan pengaruh PAS di kalangan pengundi," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Nazri sebelum ini berkata Umno BN harus lebih waspada kepada PAS dan bukan hanya memberi tumpuan kepada Pakatan Harapan (PH) sahaja.

Katanya, PAS mempunyai jentera pilihan raya dan akar umbi yang taat justeru parti itu tidak boleh dipandang sebelah mata.

Mengulas lanjut, Salawati berkata bukan sahaja Umno BN, malah PH juga perlu berhati-hati dengan PAS yang dilihat mampu menjadi 'kingmaker' pada PRU14 akan datang.

"Nak kata dia kuat itu subjektif, kita tidak tahu macam mana besar kekuatan dia. Sebab semua orang takkan dedah dia punya kekuatan. Cuma, berwaspada sebab dia pandai mengambil kesempatan.

"Perbalahan pembangkang dengan kerajaan, PAS di tengah-tengah sebab dia tidak bersama siapa-siapa. Jadi dia boleh buat keputusan. Jadi nampak dia cuba berbaik-baik dengan BN tetapi tidak menjadi. Dia banyak mengacah acah (untuk berbaik)," ujarnya.

Sebelum ini, PAS bukan saja menolak kerjasama politik dengan Umno tetapi juga enggan menyertai PH yang dibarisi dua musuh ketatnya iaitu DAP dan Amanah.

Meskipun Umno-BN berkali-kali menghulurkan tangan untuk menjalinkan kerjasama politik, namun PAS tidak sesekali menyambutnya malah tanpa berselindung akan menjadi saingan utama parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu pada PRU14.

BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Barisan Nasional (BN) menganggap ancaman utamanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah PAS dan bukan pakatan harapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, walaupun PAS menyokong beberapa dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan, hakikatnya parti itu tetap menjadi musuh utama BN setiap kali PRU.

"Kita mesti bekerja keras dan jangan fikir PAS bukan ancaman hanya kerana ia akan sendirian tanpa sokongan parti lain dalam PH.

"PAS mempunyai penyokong setia, yang melangkau banyak generasi," katanya seperti dilapor NST.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun pertembungan tiga penjuru antara PH dan PAS memihak kepada BN, parti pemerintah tidak harus mengambil ringan..

"Pengundi Cina mungkin menyokong PKR kerana parti itu bukan hanya mewakili orang Melayu.

"Jadi ada masalah di sini, kerana orang Cina akan mengundi PKR, manakala UMNO dan PAS akan bersaing untuk mendapatkan undi Melayu," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 25, 2018 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dia Tak Sedar Sikapnya Selama Ini Menghalang Pintu Rezeki," Ustaz Ebit Lew Kongsi 3 Amalan Menjaga Keberkatan Rezeki
siakapkeli.my

Dalam hidup semua orang pagi, petang, siang dan malam kerja keras mencari rezeki. Tuntutan hidup dengan kos saraa yng tinggi membuatkan setiap daripada kita terpaksa mengerah lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung komitmen.

Tak kira jual nasi lemak ke, goreng pisang atau di pasar malam, setiap pendapatan itu rezeki lainlah bagi yang nak kaya cepat, sanggup menipu semata-mata mencara kaya didunia yang hanya sementara.

Paling penting dalam mencari rezeki bukanlah berapa banyak yang kita dapat, tapi berapa besar keberkatan dalam setiap rezeki itu. Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebooknya berkongsi kisah seorang lelaki yang datang kepadanya dan bertanya akan rezekinya yang dirasakan tidak cukup malah dibebani dengan hutang keliling pinggang.

Baca perkongsian penuh Ustaz Ebit Lew dibawah ini sebagai salah satu cara kita bermuhasabah diri merenung nikmat yang Allah beri disebalik perilaku kita tanpa sedar mungkin telah menyakiti orang lain dan memberi kesan terhadap aliran rezeki sehari-harian. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Renung-renungkan.

Malam tadi 11.50malam pergi Bukit Bintang jumpa ramai orang. Seorang abang tanya saya, ustaz ebit lew kan? Syukur jumpa di sini. Saya berniaga ustaz. Macam-macam saya buat. Tapi hidup saya semakin sempit. Saya rasa tuhan tak adil pada saya. Saya dah buat macam-macam. Saya berusaha siang malam. Bukan tambah rezeki tapi tambah hutang jer. Masalah makin banyak. Dekat rumah pun semuanya jadi panas jer...saya dah buntu ustaz...
Abang, Allah sayang. Allah sayang kita. Mungkin malam ini jadi permulaan semuanya. Abang betul nak kelapangan dan kekayaan kan?

Yer ustaz. Sebab tulah saya berniaga. .

Kaya tu bermula di sini. Tangan saya tunjukkan hati. Cuma disini. Bila syukur Allah tambah nikmat. Pertama syukur kita kenal Allah. Syukur kita Islam. Minta pada dia yang maha kaya. Jaga solat awal waktu abang. Maaf saya sebut orang jaga solat awal waktu tidak akan merungut dengan hidupnya. Dia sedih, dia susah, dia senang, dia kaya tapi dia rasa ketenangan dan rasa diri dekat dengan Allah. Sebab dia tahu,dia tak seorang. Dia sedang diuji oleh Allah yang maha baik..

Ya Allah, ustaz...saya mengaku saya selalu tinggal solat subuh. Solat lain pun lambat-lambat, kadang-kadang sibuk kerja tinggal..

Kedua abang, abang ada ibubapa. Ada isteri. Ada anak-anak. Ada ustaz. Hargailah mereka. Nabi saw bersabda yang terbaik di kalangan kamu, yang terbaik pada isterinya. Akulah orang paling baik terhadap isteri. Yakni Rasulullah saw paling baik pada isteri..jika nak lemah lembut. Paling lembut dan romantik pada isteri. Jika berdakwah paling banyak berdakwah pada isteri. Jika memberi hadiah atau sedekah. Paling banyak beri pada isteri..
Zaman ini ramai orang dengan ibubapa kasar. Buat mak bapa macam orang suruhan. Buat isteri macam orang gaji. Bagi makan sikit. Bagi tempat tinggal. Gaji pun takde. Balik rumah marah-marah. Pegang telefon 24 jam. Takde dah nak buat taklim. Ajak solat tahajud sama-sama. Beri isteri rehat sikit. Tolong buang sampah. Tolong jaga anak sejam. Bagi isteri masa nak mandi, nak solat, nak rehat sekejap.

Ya Allah, ustaz...saya memang kasar ustaz. Begitulah saya dalam rumah dengan keluarga. Ya Allah..

Abang kita sebenarnya telah kaya. Diberi keluarga oleh Allah. Tapi kita kejar kaya lain lupa doa yang dirumah itulah asbab ketenangan dan kekayaan dalam hidup ini..

Ketiga abang bekerja niat dakwah. Niat bangunkan orag lain. Kita marketing, jumpa orang, buat apapun niat utama kita nak bawa manusia yang lain kepada Allah. Bukan kepada diri kita. Walaupun difitnah, diumpat, dibalas buruk usahlah dilayan. Kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah. Allah punya semua. Sebarkan salam, beri makan, sebarkan senyuman. Beri nasihat. Barulah Allah bantu kita. Kalau seseorang jadi orang seseorang bila dia susah dia dibantu oleh orang itu. Bila kita jadi orang Allah. Bila kita susah Allah bantu kita..

Berilah masa buat dakwah. Bawa isteri sama-sama belajar iman dan berjuang di jalan Allah. Pimpin mereka masuk syurga..

Abang tadi mengalir air mata dari mula saya cerita. Sebab begitulah hati bila kita diuji. Sakit, ujian, keperitan seruan Allah kita balik pada dia..

Siakapkeli.my

Penindasan Islam Di China, Negara Islam Bisu ?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.


Kalau israel, boycott israel. Agak2 akan ada perhimpunan boikot china tak?

Catatan Dari Airport KB

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Kebetulan beliau sedang makan di hadapan meja saya di Airport.

Saya sempat google dan dapat tahu usianya kini mencecah 80 tahun. Saya ingat semasa zaman muda dahulu dan ketika itu beliau juga muda saya pernah mendengar taklimatnya sebagai Setiausaha SPR di KL.

Kini sosok depan mata saya ni sudah tua, tiada siapa menyapanyanya kecuali pelayan yang mengambil order yang memanggilnya Pak Cik.

Pak Cik ini adalah Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman bekas Pengerusi SPR yang kini Naib Presiden PBBM parti Tun Dr Mahathir yang juga kini berusia 92 tahun.

Pak Cik ini sebagaimana Tun Dr M khabarnya tersenarai oleh PH dan bakal bertanding sebagai calon dalam PRU ke 14.

Disenja usia begini masih bersemangat untuk menentukan arah tuju negara ... hebat dan syabas diucapkan.

Apapun sebaiknya Malaysia baru yang lebih sejahtera dan makmur yang mahu kita bina biarlah dipimpin oleh mereka yang segar dan bertenaga tanpa sejarah silam yang tercalar.

Semoga selamat Pak Cik.

FB

Roslan

Rahsia Bismillah Untuk Rumah Tangga, Nampak Mudah Namun Jangan Abaikan
siakapkeli.my

Kehidupan berumah tangga pasti penuh dengan cabaran. Tipulah, kalau anda dan pasangan tidak pernah bergaduh atau tidak sefahaman. Lebih teruk jika kes pergaduhan membawa kepada penceraian, hilang sudah kasih sayang yang dibina antara suami isteri. Paling terkesan, pastinya anak-anak.

Namun, pernahkah anda terfikir ada ''petua'' mudah dan berkesan yang jika diamalkan mampu menjaga kerukunan rumah tangga. Keberkatan kalimah Bismillahirrahmanirrahim yang masih ramai tidak tahu, diharap dapat memberi manfaat untuk kita semua.

Perkongsian oleh Ustaz Md Rosdi Hasan ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Tidak rugi untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Untuk penerangan yang lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian Ustaz Rosdi seperti di bawah ini.

RAHSIA BISMILLAH UNTUK RUMAH TANGGA.

Sekarang ini banyak sangat kisah rumah tangga yang dibina tapi tak bahagia. Selalu sahaja kita dengar kes berlaku penceraian kerana suami dan isteri masing-masing ego dengan pendirian masing-masing serta hilang sifat kasih sayang.

Ada juga di antara mereka cuba mendapatkan ikhtiar daripada jalan dengan berjumpa ustaz dan orang yang arif dengan ilmu kebahagiaan rumah tangga ini.

Di sini saya nak ajar petua yang mudah dan amat berkesan sekiranya mereka yakin dengan sepenuh yakin kepada Allah.

Caranya hanya membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Ini ialah rahsia orang tua-tua dahulu untuk membuat hati isteri supaya tidak berpaling kepada yang lain sekiranya suami pergi berdagang di tempat yang jauh, jadi kita juga boleh mencuba supaya kita dapat memulihkan kebahagiaan rumah tangga kita.

Caranya mudah sahaja kita mestilah mengajak mereka buat apa yang kita buat dengan perbuatan kita sama ada mandi, tidur, makan, dan bekerja kita mesti membaca bismillah dan mengajak mereka tadi bersama kita.

Contohnya begini kita tidur lalu baca Bismillah tadi sampai habis dan sebut nama suaminya dan ajak mari tidur sekali.

In Sha Allah cukup sahaja 44 hari suami atau isteri akan kembali rasa kasih dan sayang kepada kita kerana dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani doa kita itu akan di makbulkan.

Inilah petua orang tua-tua terdahulu yang semakin hilang ketinggalan zaman.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 25, 2018 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Siri 5: Kononnya PAS Selepas Ketiadaan TG Nik Aziz Dah Berubah Haluan
bloglist-malaysia.blogspot

wabillahagro.blogspot

Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

*تصحيح الفهم في تكوين الفكر*
(Mensahihkan Kefahaman Dalam Membentuk Pemikiran)

1. Selepas TG Nik Aziz meninggal dunia, mengapa PAS dah berubah? Adakah PAS telah lari dari dasar perjuangan?

Dasar PAS adalah tetap, tidak akan berubah, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti iaitu panduan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Perjuangan PAS adalah menegakkan hukum Allah di atas tanah air yang merdeka dan mendirikan masyarakat yang mengamalkan nilai ajaran Islam. Seruan PAS ialah laungan takbir : Allahu akbar.

PAS tidak pernah berubah haluan dengan berubahnya dasar sejak dari awal sehinggalah kini. Pimpinan boleh datang dan pergi, tetapi dasar PAS kekal.

Dasar tetap, ini tidak boleh berubah. Datanglah siapa yang menjadi pemimpin, dasar ini jugalah yang dibawa. Majlis Syura Ulamak akan pandu perjuangan dengan suluhan nas agar setiap tindakan semasa PAS dalam lingkungan syarak.

Perbezaan strategi itu perkara dimaklumi kerana strategi itu berubah berdasarkan perubahan zaman agar kesesuaian strategi yang menguntungkan Islam tetap terjaga. Zaman Khulafa al Rasyidin pun ijtihad berbeza, tetapi dasar tetap sama.

Sayiduna Umar ijtihad sebatan ke atas peminum arak sebanyak 80 kali sebatan sedangkan sebelum itu Sayiduna Abu Bakar sama sebagaimana zaman Rasulullah SAW iaitu 40 kali sebatan. Sayiduna Umar ijtihad tambahan 40 lagi kerana ada faktor semasa yang berlaku.

Sayiduna Uthman ijtihad azan pada waktu Jumaat dua kali kerana faktor semasa masyarakat sibuk di pasar. Sedangkan sebelumnya Sayiduna Abu Bakar dan Sayiduna Umar azan Jumaat sekali. Ini contoh. Berbeza pada teknikal, cabang begitu juga strategi. Dasar dan panduan tetap sama.

PAS adalah parti yang dah lama tertubuh. Berpengalaman dalam liku liku kancah politik. Sama ada zaman PAS sertai kerajaan, PAS bekerjasama dengan Semangat 46, adanya Barisan Alternatif, begitu juga Pakatan Rakyat dan terbaru Gagasan Sejahtera, itu semua ada strateginya. Asasnya dasar bagi strategi tidak bercanggah syariat. Ini perubahan berdasarkan zaman kerana faktor yang berubah. Hukum furu' yang bersifat ijtihad ia berlegar berdasarkan faktor sebab iaitu illah. Ada faktor sebab maka ada hukum, ketiadaannya maka tiada hukum.

Ini kerja Majlis Syura Ulamak akan pantau agar PAS terus di atas landasan perjuangan Islam.

Hakikatnya PAS masih sama seperti zaman TG Nik Aziz masih ada sehingga kini.. Hanya momokan musuh sahaja nak celarukan ahli dan masyarakat kononnya PAS dah lari dari prinsip selepas ketiadaan TG Nik Aziz.

2. Pendekatan TG Nik Aziz lebih berstrategi dengan mampu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) sebagai pembangkang yang hebat berhadapan dengan UMNO-BN, tapi sekarang mengapa PR dah tiada selepas pemergian TG Nik Aziz?

Batalnya tahaluf PR dah dijelaskan dalam siri 3 yang lalu. Boleh baca di situ untuk ulang kaji lebih terperinci.

Tahaluf dalam PR ini adalah strategi bukan matlamat. Bila sebut strategi, ia boleh berubah. Apatah lagi apabila 6 syarat atau garis panduan telah dilanggar, maka tiadalah tahaluf.

Sebagaimana juga bertahaluf kerana mengikut hukum, maka terbatal tahaluf juga mengikut hukum. Kita ikut hukum. Tak boleh pakai kaedah matlamat menghalalkan cara. Kaedah ini tak betul. Kaedah ini golongan Islamist Democrat pakai kerana terpengaruh pemikiran Liberal.

Zaman TG Nik Aziz pernah tegur mendiang Karpal Sigh yang ketika itu berkeras terhadap hudud yang diperjuangkan PAS.

TG Nik Aziz juga pernah tegur DS Anwar Ibrahim mengenai kenyataannya terhadap pengiktiran Israel di bumi Palestin.

Jelas TG Nik Aziz tegas perjuangkan Islam. Beliau berkeras dan tegas sekiranya sesuatu isu tersebut tidak betul pada pertimbangan syariah.

PAS kini selepas pemergian TG Nik Aziz juga sama. Namun kemuncaknya dengan terbatal tahaluf PR apabila DAP dan PKR sendiri yang bertindak melanggar sempadan persefahaman dan semangat setiakawan dalam PR. Rujuk semula siri 3.

3. Adakah PAN lebih Islamik dan meneruskan legasi TG Nik Aziz berbanding Kerajaan PAS Kelantan yang sedia ada?

Hakikatnya PAN melawan perjuangan yang disertai dan dibawa oleh TG Nik Aziz.. PAN dakwa ingin lawan UMNO tetapi realitinya di Kelantan, PAN lawan PAS. Malah PAN isytihar untuk bertanding di semua kerusi yang PAS bertanding.

Jika ingin lawan UMNO mengapa kerusi PAS jadi sasaran. Malah tindakan Husam Musa di Sidang Dewan Negeri jelas mengambil alih peranan UMNO Kelantan sebelum ni dengan membuat pelbagai tohmahan dan kecelaruan terhadap Kerajaan PAS Kelantan.

Di mana dakwaan PAN yang mahu meneruskan legasi TG Nik Aziz? Tiada. Malah pendustaan atas nama TG Nik Aziz. Ini biadap.

TG Nik Aziz juga pernah berpesan wajib jaga kerajaan Kelantan yang sedia ada, iaitu PAS memerintah. Tapi serangan PAN menunjukkan mahu menumbangkan PAS. Bertentangan dengan legasi TG Nik Aziz malah melawan terhadap apa yang telah TG Nik Aziz bangunkan selama ini di Kelantan.

Mana mungkin PAN lebih Islamik jika dilihat pada kenyataan di atas. Malah penubuhan PAN pun atas kekecewaan oleh mereka yang kalah dalam pemilihan Muktamar PAS di Kuala Selangor tahun 2015 lalu. Baiah yang diaku janji oleh calon pun dilanggar sedangkan baiah tersebut TG Nik Aziz terima. Tiada Islamik, hanya atas faktor tidak puas hati dan kekecewaan yang ada, kerana niat dah lari.

Malah sebahagian yang lari ke PAN asalnya pun bukan dari tarbiyah PAS. Mereka hanya jadikan PAS bahtera dalam kancah politik semata-mata tidak sebagai jemaah Islam yang diintima'. Sebab itu, tidak pelik mereka yang demikian keluar. Ada juga yang terpengaruh dan tidak sabar, maka dia pun keluar. Ini ujian.

Moga jadi pedoman pada kita selaku ahli untuk terus istiqamah dengan PAS dan kerja-kerja memenangkan Islam. Lihatlah teladan TG Nik Aziz sehingga ke akhir hayat tetap bersama perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Dapatkan jawapan santai secara bersiri mengenai persepsi yang bermain di minda :- Di Page PAS Cawangan Taman Sri Serdang :

https://mobile.facebook.com/Pas-Cawangan-Taman-Sri-Serdang-1034634703348148/?tsid=0.832186334229235&source=result

Ahli Umno dakwa Shahrir menipu tentang projek KLVC
kedahlaniie.blogspot

Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yassin mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berbohong mengenai projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak.

Kata beliau, projek usahasama antara Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dengan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd itu jelas menunjukkan bahawa Felda mempunyai kepetingan di dalamnya.

Menurut Zaharin, dalam pengamatan beliau, sehingga hari ini projek tersebut masih berjalan seperti biasa dengan mesin-mesin serta pekerja bergerak seperti biasa tanpa gangguan.

Kata beliau, sekiranya telah berlaku pertukaran milik tanah seperti diumumkan Shahrir Samad, pastilah kerja-kerja bagi projek berkenaan telah dihentikan.

Berikutan itu beliau memperosalkan apakah permainan yang dibuat oleh Shahrir Abd Samad selaku Pengerusi Felda dalam isu projek KLVC ini.

"Sekejap begini, sekejap begitu, sekejap dapat, sekejap tak dapat.

"Apabila pembangkang membangkitkan soal ini dia (Sahrir) kata bohong," kata bekas Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak itu kelmarin.

Kata Zaharin, beliau tidak dapat lagi mempertahankan isu Felda ini.

Ekoran itu tambah penulis blog itu, dalam masa terdekat beliau akan menulis mengenai apa sebenarnya di sebalik sandiwara isu tanah Felda ini.

"Benarkah ada penyelewengan oleh pengurusan tertinggi Felda atau ia permainan orang dalam yang cuba mencari keuntungan.

"Atau Shahrir Samad cuba juga mencari keuntungan dan menjadi popular melalui isu ini dengan mengupah pihak Berita Harian membangkitkannya," kata beliau.

Hakikatnya kata beliau lagi, projek ini masih berjalan seperti biasa.

Menteri dijabatan perdana menteri ada saham

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"

Penulis yakin dan percaya. Percayalah bahawa kebanyakan kita tahu akan fungsi dan peranan menteri menteri dan tiumbalan timbalan menteri yang bukan Melayu.

Terutama sekali mereka daripada parti MCA dan parti GERAKAN dan mereka yang seangkatannya.

Oleh itu, kenyataan Dato Paul Low mengenai Kemerosotan 7 tangga Malaysia daripada 55 di 2016 ke 62 di 2017 dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru Transparency International Malaysia (TI-M) dikatakan berpunca tindakan agresif SPRM.

Pada penulis Dato Paul Low dan mereka yang seangkatannya sememangnya tidak bersetuju dengan tindakan agresif SPRM .

Mengapa tidak? Kerana tindakan agresif SPRM itu boleh menolong menyelamatkan kerajaan yang tinggi rasuahnya.Lebih lebih lagi kegiatahn rasuah merupakan jalan mudah untuk sesebuah kerajaan jatuh dan hanacur.

Oleh itu,kenyataan yang dibuat oleh Dato Paul Low yang disebut sebagai menyedihkan malah mengejutkan sememangnya itulah yang pernah berlaku dalam kerajaan UMNO/BN.

Menteri menteri dan timbalan timbalan menteri daripada MCA dan GERAKAN selama lama telah memainkan peranan aktif memberi saham kepada parti DAP.

sebab itu calon calonya yang bertanding kebanyakan kalah. cuma beberapa orang sahaja yang menang dan masih diberi kepercayaan dan orang penting dalam kerajaan

Segala urustadbir kerajaan umno/BN sudah lama bocor dek angkara menteri menteri dan timbalan timbalan menteri dari MCA dan Gerakan.

Pendek kata ia adalah peranan yang dimainkan oleh mereka yang bukan beragama Islam agar agenda tersembunyikan dapat dijayakan suatu masa nanti.

Sebab itu Dato Paul Low menteri di jabatan perdana menteri menyalah tindakan agresif SPRM, sedangkan tindakan agerif SPRM itu semata mata untuk menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke tangan DAP yang dapat dana piliharaya dari Yahudi.

DAP yang berfahaman RECS telah membawa masuk padri seluruh dunia kedalam malaysia, terutama sekali di satu himpunan di Pulau Pianng dan baru baru ini diadakan himpunan jureslam di Melaka.

Di johor Bahru banyak ceramah diadakan dan penceramahnya terdiri daripada dari tokoh RECS seluruh dunia untuk menperkenalkan kepada rakyat jelata akan gerakan kristian zionis sebagai kempen PRU 14.

Awas. Berhati hatilah rakyat jelata satu Malaysia dengan gerakan tersebut.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 23, 2018 11:30 PM
Subject: Fw: Indeks Rasuah paling buruk, Bosan janji kerajaan, Tak Boleh Terima Kenyataan..

CPI2017 Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017, daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
CPI2017 Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017, daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara. - Transparency International - Malaysia @501Awani

https://t.co/eKnXjz8rgU

#CPI2017 Menurut indeks yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga merosot kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu. @501Awani

#CPI2017 Di peringkat negara-negara Islam, Malaysia menduduki tangga ke-5. Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendahului senarai negara Islam dengan menduduki tangga ke-22 dunia, diikuti Qatar (29), Brunei (32) dan Arab Saudi (57). @501Awani

Indeks Tanggapan Rasuah paling buruk di era pentadbiran Najib
kedahlaniie.blogspot.

Kemerosotan teruk kedudukan Malaysia pada tangga Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) sepanjang 23 tahun diperkenalkan oleh Transparency International (TI) berlaku di era pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, keadaan ini meletakkan kepimpinan Najib berada di kedudukan terburuk berbanding era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir.

"Kepimpinan sembilan tahun Najib telah menyebabkan negara menduduki kedudukan tercorot berbanding dua bekas Perdana Menteri, Pak Lah dan Tun Mahathir," katanya dalam satu kenyataan media.

Bermula dari tahun 1995, kedudukan Malaysia katanya tidak berganjak malah menunjukkan prinsip integriti, ketelusan dan urus tadbir yang baik namun semakin keterbelakang berbanding beberapa negara seperti China dan Indonesia yang memperlihatkan penambahbaikan.

"Pada tahun pertama CPI ini diperkenalkan meliputi 41 negara, kedudukan Malaysia ketika itu berada di tengah-tengah iaitu di tangga 23 dengan skor pada skala 5.28 berbanding 10 (paling bersih) dari kedudukan sifar (paling korup).

Lim Kit Siang"Ketika itu, China dan Indonesia berada di kedudukan terbawah pada tangga 40 dan 41," kata Kit Siang (foto).

Jelasnya, jika Malaysia mencatat peningkatan skor sebanyak 0.1 mata setiap tahun selama 22 tahun lalu, negara pasti berada pada kedudukan skor 7.58 yang akan meletakkan Malaysia pada kedudukan ke 16 daripada 180 negara.

"Malangnya, kedudukan CPI Malaysia semakin merosot di tangga 62 daripada 180 negara dengan skor yang rendah daripada pertengahan," katanya lagi.

Justeru, tugas utama kerajaan Pakatan Harapan sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN dalam pilihan raya akan datang katanya adalah menubuhkan Pelan Induk Integriti Nasional bersama masyarakat sivil.

Ini bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara dalam Asia yang berintegriti, membasmi rasuah dan mengamalkan urus tadbir yang baik.

Bosan dengan janji kerajaan tentang pembinaan hospital Pendang
kedahlaniie.blogspot

PENDANG - "Saya dah bosan dengar tentang pembinaan hospital Pendang," demikian kata Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman ketika diminta mengulas berkaitan kelewatan pembinaan hospital Pendang yang pernah dijanjikan kerajaan.

Mohd Hayati berkata, pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan hospital berkenaan selesai pada tahun 1984 dan kerajaan berjanji untuk memulakan pembinaan pada PRK Pendang pada 2002.

"Masuk ja bajet pada zaman pemerintahan Tun Abdullah, beliau telah luluskan bajet sekitar tahun 2004.

"Tapi sehingga sekarang belum nampak bayang, pagar tapak pun dah kena curi dah, kawasan tu pula penuh dengan hutan rimba.

"Tak keterlaluan kalau saya kata tapak tu ada babi, biawak, musang dan mungkin juga ada harimau," ujarnya.

Katanya, beliau sentiasa membawa isu ini ke Parlimen setiap kali persidangan diadakan.

"Bila bangun ja saya akan bahas mengenai isu hospital Pendang, namun masih lagi dipandang sepi," katanya.

Menurutnya, Pendang adalah satu-satunya daerah yang belum ada hospital walaupun bajet sudah lulus.

"Oleh itu bila ada ura-ura dah keluarkan tender, rakyat Pendang dah lali dengan berita dongeng tersebut.

"Saya cuma nak tau, bajet yang sebelum ni lulus bawa lari mana?," soalnya.

Semalam Sinar Harian melaporkan mengenai kenyataan Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkaitan pembinaan hopital Pendang bukannya janji kosong kerajaan.

Bila Menteri Tak Boleh Terima Kenyataan.. SPRM ...
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot.


Tak tahulah nak cakap, ni sebenarnya adalah pemghibur dikala sunyi atau pembakar semangat kepada anggota sprm supaya tidak terlalu down dengan reputasi rasuah negara yang dikatakan setaraf dengan CUBA.

Sememanya menteri malaysia sinonim dengan jokes yang menghiburkan dan semestinya rakyat jelata semakin jelita dengan kenyataan menteri ini.

Sumber : MK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 25, 2018 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hafizh Syahrin Sah Beraksi Di Pentas MotoGP
siakapkeli.my

21 Feb - Akhirnya segala tanda tanya terjawab apabila Hafizh Syahrin sah akan beraksi di kelas MotoGP dan mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3

Pengesahan itu dibuat menerusi sidang media bersama Ketua Pengarah Eksekutif SIC, Dato' Razlan Razali dan Hafizh Syahrin sendiri.

Malah, laman rasmi Motogp juga telah mengcapkan tahniah buat Hafizh Syahrin setelah berjaya memikat hati pasukan Monster Yamaha itu dengan menampilkan aksi memberangsangkan.

Satu lagi sejarah baru buat Malaysia apabila Hafizh bakal menjadi pelumba dari Asia Tenggara yang pertama beraksi di pelumbaan MotoGP secara sepenuh masa.

Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Hafizh Syahrin di peringkat tertinggi ini. - Siakapkeli.my

Saya Mahu Hafizh Syahrin Bersama Pasukan Kami Sepanjang Musim 2018 - Herve Poncharal
siakapkeli.my

21 Feb - Baru-baru ini, Hafizh Syahrin telah melakukan debut sulungnya untuk kelas utama MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 di Buriram, Thailand. Penampilan Hafizh itu telah menjadi buah mulut media massa bukan sahaja di dalam negara malah, negara luar juga turut memperkatakan tentang Hafizh Syahrin, lapor laman web rasmi MotoGP.

Selepas ujian yang yang memberansangkan itu, timbul persoalan status Hafizh Syahrin bersama pasukan Yamaha Tech3. Sama ada beliau berjaya mewakili pasukan itu secara rasmi atau tidak.

Herve Poncharal yang juga Prinsipal pasukan Monster Yamaha Tech3 telah membuat kenyataan yang dinantikan oleh peminat serta Hafizh sendiri. Menurut Poncharal dia mahukan Hafizh bersama pasukannya sepanjang musim 2018 namun, masih belum ada kata putus buat masa ini.

"Saya mahu Hafizh bersama pasukan kami sepanjang musim 2018 ini, tetapi pertama sekali saya perlu menyakinkan rakan-rakan kongsi saya," kata Poncharal.

Menurut beliau juga, dengan penarikan diri Jonas Folger dari pasukan itu, semuanya seakan menjadi kelam kabut namun, pasukan itu pasti ada jalan penyelesaian terbaik.

Bukan itu sahaja, Dato Razlan juga telah memuat turun status baru yang menyatakan bahawa ada berita yang akan disampaikan pada hari ini dan lebih tepat lagi pada jam 4 petang katanya

Manakala khabar berita dari Buriram pula memberitahu bahawa ada kargo yang dalam perjalanan menuju ke Sepang.

Siakapkeli.my

''Powerbank Promosi Katanya, Jual Murah-Murah," Sekali Cas Tak Masuk-Masuk, Bila Buka Dalam Bukan Bateri Tapi Pasir
siakapkeli.my

Kisah penipuan alatan elektronik terutamanya melibatkan powerbank ini bukanlah perkara baru di malaysia, pernah heboh sebelum ini namun ianya dilihat sepi seketika.

Powerbank tiruan ini merupakan produk yang merbahaya kerana tidak mendapat kelulusan boleh digunakan daripada pihak MCMC, selain itu barangan tiruan ini menjadi punca

Namun, baru-baru ini ianya kembali diperkatakan kembali selepas tersebar video tular, berlaku kepada seorang pengguna Facebook bernama Rahayu Che Romli.

Menurut beliau, dia membeli powerbank berkenaan di sebuah RnR ketika dalam perjalanan ke Terangganu, dia membeli powerbank berkenaan selepas powerbanknya tertinggal di rumah.

Bila menggunakan powerbank yang dibelinya berharga Rm25 itu tidak boleh digunakan dengan baik, dia membuka untuk melihat bateri powerbank berkeaan, apa yang ditemuinya amat mengejutkan, jom lihat.

Selain beliau, ramai juga berkongsi pengalaman terkena seperti ini, antaranya pengguna Facebook bernama Megat Kembara berkongsi di laman Facebooknya, powerbank yang sama dibeli oleh rakannya di sebuah pasar lambak dengan harga lelong Rm10, jadi nasibnya pun sama seperti pengguna Facebook di atas.

Jadi, kepada mereka diluar sana, berhati-hatilah bila jumpa barang-barang murah ini, jangan terkena lagi dengan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.. - Siakapkeli.my

ALLAH ITU MAHA ADIL PERCAYALAH...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

BNM - Harga Rumah Tidak Selari Dengan Pendapatan Median Isi Rumah Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.


Malaysia menghadapi kekurangan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan ramai, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran, dalam laporan yang lengkap dengan data, yang menunjukkan rumah di negara ini "tidak mampu dibeli" pada 2016 oleh standard antarabangsa.

Untuk mengatasinya, Bank pusat menggariskan lima strategi, termasuk memusatkan inisiatif perumahan mampu milik dan menubuhkan pangkalan data perumahan bersepadu dan pendaftaran pemohon untuk merancang dan memperuntukkan rumah mampu milik.
BNM juga mencadangkan halangan kos kepada perumahan mampu milik dikurangkan, memulihkan lembaran imbangan isi rumah dengan meningkatkan celik kewangan selain meningkatkan pasaran sewaan dengan mengukuhkan rangka kerja perundangan.

"Isu kemampuan untuk membeli rumah sebahagian besarnya disebabkan oleh penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, serta pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan," kata bank pusat.

BNM menganggarkan harga rumah mampu milik di negara ini ialah pada maksimum RM282,000 berdasarkan pendekatan beban kos perumahan.
"Bagaimanapun, median harga rumah sebenar ialah RM313,000 (pada 2016), jauh melepasi kemampuan kebanyakan isi rumah, dengan pendapatan median isi rumah kebangsaan hanya RM5,228," katanya dalam buletin suku tahunannya yang dikeluarkan hari ini.

Bank pusat menegaskan bahawa kekurangan bekalan rumah mampu milik terus menjadi masalah.

Ia menggariskan tiga faktor yang menyumbang kepada perumahan tidak mampu dimiliki di Malaysia iaitu bilangan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan, pelancaran baharu yang jauh melepasi tahap kemampuan membeli serta peningkatan harga rumah mengatasi pendapatan isi rumah.

"Sejak 2012, bekalan rumah baharu semakin berkurangan berbanding pertambahan permintaan oleh isi rumah," kata BNM.

Sepanjang tahun berkenaan hingga suku pertama 2017, hanya 24% daripada pelancaran baharu dijual pada harga RM250,000 atau kurang, dan hanya 35% isi rumah Malaysia yang mampu memilikinya.

Buletin itu juga menyebut sejak 2007 hingga 2016, harga rumah meningkat 9.8% manakala pendapatan isi rumah hanya meningkat 8.3%.

Kedudukan yang tidak seimbang itu paling ketara dari 2012 hingga 2014, apabila pertumbuhan harga rumah (26.5%) meningkat lebih sekali ganda daripada tahap pertumbuhan pendapatan (12.4%).

Susulan penawaran dan permintaan yang tidak sepadan itu, BNM berkata tahap jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia mencatat paras tertinggi dalam tempoh sedekad, dengan 146,497 unit pada suku kedua (S2) 2017, berbanding 130,690 unit pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Pada suku kedua 2017, hampir 82% unit tidak terjual berharga melebihi RM250,000.

Bank pusat juga berkata pembiayaan terus disediakan untuk pembelian rumah bagi peminjam yang layak, dengan lebih daripada 70% pinjaman perumahan diberikan kepada pembeli kali pertama dan hampir dua pertiga daripada pinjaman perumahan baharu disalurkan kepada pembelian rumah berharga kurang daripada RM500,000.

Bagi penawaran, faktor struktur dan kitaran dalam pasaran perumahan di Malaysia mengakibatkan kegagalan pasaran menyediakan bekalan perumahan mampu milik yang mencukupi kepada orang ramai, manakala dari segi permintaan, pertumbuhan pendapatan isi rumah tidak sepadan dengan kenaikan harga rumah.

"Keadaan celik kewangan yang rendah dalam kalangan majoriti isi rumah Malaysia dan keutamaan budaya ke arah pemilikan rumah berbanding menyewa, turut menyumbang kepada permintaan tinggi untuk pembelian rumah," katanya.

Sumber : MI

Harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik, kata BNM
kedahlaniie.blogspot
MALAYSIA DATELINEF

Harga rumah di Malaysia berada pada tahap sangat tidak mampu milik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata, menurut piawaian antarabangsa, 'rumah mampu milik' ditakrifkan sebagai rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Sebaliknya, harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan, sekaligus menjadikannya sangat tidak mampu milik.

Dalam laporan bertajuk "Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian" yang diterbitkan pada Rabu bersama laporan ekonomi negara suku keempat 2017, BNM berkata, harga median rumah di Malaysia dicatatkan pada RM313,000.

Ini berbanding harga maksimum mampu milik sebanyak RM282,000.

"Hasil daripada ketidakpadanan bekalan-permintaan yang serius ini, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua 2017, meningkat dari 130,690 unit pada suku pertama 2017.

"Pada suku kedua 2017, hampir 82% kediaman tidak terjual berharga lebih RM250,000," kata BNM seperti di lapor Astroawani.

BNM berkata, tiga faktor utama menyumbang kepada situasi kediaman tidak terjual.

Pertama, ketidakpadanan bekalan dan permintaan.

"Secara purata dari 2014-2016, sebanyak 114,000 rumah baru dibina, jauh lebih rendah dari pembentukan 154,000 isi rumah baru," katanya..

Kedua, lebih banyak kediaman baru dibina pada harga yang tidak mampu milik.

"Dari 2016 hingga suku pertama 2017, 35 peratus isi rumah Malaysia mampu membeli rumah berharga sehingga RM250,000, namun hanya 24 peratus dari rumah baru dibina dengan harga tersebut," tambah BNM.

Ketiga, pendapatan rakyat Malaysia yang meningkat lebih perlahan berbanding peningkatan harga rumah.

"Dari 2007 ke 2016, harga rumah meningkat 9.8 peratus, sementara pendapatan isi rumah rakyat Malaysia hanya meningkat 8.3 peratus."

Bagi menyelesaikan isu rumah tidak mampu milik di Malaysia ini, BNM turut menggariskan lima cadangan yang boleh dipertimbangkan pihak berkaitan.

Antaranya termasuk, dengan menubuhkan pangkalan data bagi mengumpul maklumat dan keperluan pembeli, meningkatkan kadar celik kewangan rakyat dan menggalakkan amalan menyewa rumah kediaman.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: