Monday, November 5, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3406

15 New Messages

Digest #3406
1
Fw: Anggota Bomba Yang Disambar Api by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2a
Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2b
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "Zaiedishaq" zaiedishaq
2c
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "fuzzyinn@yahoo.com" fuzzyinn
2d
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "hadi hashim" hadi_hashim2002
2e
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "Nazri Ahtar" littlenoti
2f
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "Zaiedishaq" zaiedishaq
2g
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "hadi hashim" hadi_hashim2002
2h
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "Fhazly Yusop" neoli18
2j
Re: Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES by "Razali Bin Md Yusoff"
3
(no subject) by "jay" jaynoll
4a
Re: Throttle body - Wira by "Syahril Riz" syahril_riz
4b
Re: Throttle body - Wira by "Zaiedishaq" zaiedishaq
5a

Messages

Mon Nov 5, 2012 2:46 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Inilah Gambar Anggota Bomba Yang Disambar Api Bila Tangki Minyak Selinder Meletup, 10 Anggota Bomba Cedera, 5 Serius.. Jom Terjah!!!

sedakasejahtera.blogspot.

AZMI (kanan) melawat anggotanya yang parah ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.

----------------------------------------------------------

SEORANG anggota bomba berada dalam keadaan cemas setelah api menyambar pakaiannya di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.
----------------------------------------------------------


KOTA BHARU - Operasi memadam kebakaran oleh sepasukan anggota bomba di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dekat sini bertukar malang apabila 10 orang daripada mereka mengalami kecederaan.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam apabila sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman memberitahu, ada empat tangki minyak silinder di tempat tersebut dengan dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan salah satu daripadanya meletup.
"Minyak silinder yang berada di dalam dua buah tangki tersebut bocor dan tumpah sebelum mengenai api yang masih menyala menyebabkan kebakaran menjadi marak sehingga api tersebut menyambar 10 anggota kita yang sedang berusaha memadamkan kebakaran.
"Tujuh daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala, selebihnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, dekat sini. Lima daripada mereka melecur dengan agak serius," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika operasi memadam kebakaran tersebut hampir selesai.
Sebelum itu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.11 pagi dan seramai 39 pegawai dan anggota bersama lima buah jentera dari Balai Bomba Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Darulnaim dan Tunjung telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut Azmi, antara kecederaan yang dialami anggotanya ialah melecur pada muka, tangan, leher dan badan.
Pegawai dan anggota bomba yang mengalami kecederaan serius ialah Pegawai Kanan Bomba I (PBK I), Abdullah Din Mohamed; PBK II, Nazah Nafi; Pegawai Bomba (PB), Wan Asri Wan Yaacob, PB Zulkifli Mahmad dan PB Abdul Razak Abdullah.
Sementara itu, lima lagi yang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Unit Pesakit Luar ialah Penguasa Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmar Mat Yusoff, PB Mohd. Zakee Daud, PB Rohanizam Othman, PB Mohd. Fathir Mohd. Jusoh dan PB Mohd. Shaiful Fitri.
Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Ong Cheok Hong, 38, berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pekerjanya kira-kira pukul 8.10 pagi dan terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Jelasnya, gudang tersebut sebelum ini digunakan untuk aktiviti mencelup tayar terpakai sebelum operasi kilang tersebut dipindahkan ke Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu dan gudang tersebut kini hanya dijadikan pusat servis tayar sahaja.
"Ketika ini saya hanya mempunyai lima orang pekerja dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan," ujarnya.

Cemas: 10 Anggota Bomba Cedera Tangki Minyak Meletup
Posted by greenboc

Kota Bharu- 10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di sini pagi tadi.

Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu.

Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal.

Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II.

"Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian.

"Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya.

"Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit," katanya. -SH

Tangki 'muntah' api

KOTA BHARU: Laungan Allahuakbar berulang-kali mengiringi suasana cemas di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di Kawasan Perindustrian, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, selepas sebuah tangki minyak pelincir terpakai berkapasiti antara 16,000 hingga 25,000 liter meletup sehingga 'memuntahkan' minyak bersama api dan membakar anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran di kilang berkenaan.

Kilang itu yang ditawarkan untuk dijual pada harga RM5 juta pada mulanya terbakar pada jam 8 pagi sebelum anggota bomba tiba pada jam 8.

11 pagi, namun ketika menyudahkan tugas memastikan api di tangki berkenaan padam sepenuhnya setengah jam kemudian, minyak dari tangki itu memancut meletuskan api setinggi lebih 30 meter dan membakar beberapa anggota bomba yang berada berhampiran tangki berkenaan.

Akibatnya, tercetus suasana kelam-kabut apabila ada anggota bomba terbakar bersama pakaian dan ada pula yang berlari, berguling sebelum terbaring.

Seramai 10 pegawai dan anggota bomba cedera termasuk seorang anggota bomba wanita dengan lima daripadanya parah selepas melecur di muka dan badan.

Sekumpulan wartawan dan jurugambar turut bertakbir apabila berdepan detik cemas kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari tempat mereka berkumpul.

Malah, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman yang turun padang turut memberi pertolongan kepada anggotanya yang cedera.

Antara yang parah ialah tiga pegawai bomba, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1), Abdullah Din Mohd, 55, dan Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Nazah Nafi, 43 yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala seorang lagi, PBKII, Wan Asri Wan Yaacob, 53, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mangsa melecur di muka, tangan serta badan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Seorang anggota bomba, Mahusin Hassan, 45, bersyukur kerana api hanya membakar baju khas memadam kebakaran yang dipakai, namun sayu melihat rakan setugas yang melecur akibat terbakar.

Katanya, mereka tidak menyangka tangki minyak berkenaan meletup sehingga api menyambar anggota bomba.

"Ketika kejadian saya berehat dan berada 50 meter dari tangki berkenaan selepas memadamkan kebakaran di beberapa bahagian lain. Tiba-tiba saya terdengar letupan dan apabila menoleh ke belakang, saya lihat api seperti menyambar dan mengejar dari belakang.

"Saya bingkas bangun untuk melarikan diri sebelum menyedari api menyambar belakang baju khas memadam kebakaran. "Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya melihat beberapa anggota yang berguling-guling di atas tanah bagi memadamkan api di pakaian mereka dan ada yang melecur di muka, badan, dan tangan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, saksi kebakaran, Nadzri Noor, 37, yang juga pemilik kedai makan berhampiran kilang tayar itu berkata, dia menyedari berlaku kebakaran selepas melihat kepulan asap tebal bersama api menjulang tinggi sebelum terdengar letupan.

"Saya melayan pelanggan sebelum terlihat kepulan asap dan terkejut apabila terdengar beberapa letupan. "Walaupun jarak kedai dan kilang kira-kira 100 meter, saya dapat rasa bahang apinya," katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, sebanyak lima jentera dan 39 pegawai serta anggota bomba dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan Katanya, pihaknya berdepan masalah tekanan air, sekali gus menyukarkan operasi memadamkan kebakaran selain perlu menggunakan buih untuk memadamkan api yang berpunca daripada minyak.

"Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Kota Darulnaim dan Tunjung dikejarkan ke tempat kejadian, malah kami juga meminta bantuan tambahan selepas letupan yang mencederakan 10 anggota bomba berlaku.

"Kami masih menyiasat punca kejadian dan anggota yang cedera dihantar ke HUSM dan HRPZ II," katanya. -HM

comments:

Anonymous said...
Mereka layak mendapat anugerah atas keberanian mereka

din berendoi said...
Kepada pihak berwajib kena kaji betul2 apakah prosedur penyimpanan bahan mudah terbakar tersebut dipatuhi sepenuhnya. Kalau tak, niaya saja kepada anggota bomba tersebut ! Pastikan kecuaian bukan menjadi puncanya !

Anonymous said...
Alhamdulillah semuanya selamat.

Moga moga MB TGNA dapat merekomen pada Tuanku Sultan menganugerah darjah berpatutan kepada mereka yang berani menempah risiko maut dalam menjalankan tugas.

Mon Nov 5, 2012 2:46 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......

Mon Nov 5, 2012 5:02 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Bagus�..!! hehe
Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
1. Tumpang kete kawan,
2. Jangan bawak laju,
3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.

2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
> PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
> <http://naimnikmat.blogspot.com/2012/11/petua-untuk-elak-terkena-aes-gambar.html>
> naimnikmat.blogspot
> Dicatat oleh Na'im Nikmat Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......
>
>
>
>
>

Mon Nov 5, 2012 5:12 pm (PST) . Posted by:

"fuzzyinn@yahoo.com" fuzzyinn

Cadangan no.1 Dan no. 2 tu boleh la diterima pakai tetapi yg no.3 tu saja cari pasal utk Kena Saman tak pasal2 la pulak ..hehehe
Sent from my BlackBerry� wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
Sender: automobil@yahoogroups.com
Date: Tue, 6 Nov 2012 09:02:30
To: <automobil@yahoogroups.com>
Reply-To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES

Bagus�..!! hehe
Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
1. Tumpang kete kawan,
2. Jangan bawak laju,
3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.


2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
> PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
> <http://naimnikmat.blogspot.com/2012/11/petua-untuk-elak-terkena-aes-gambar.html>
> naimnikmat.blogspot
> Dicatat oleh Na'im Nikmat Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......
>
>
>
>
>

Mon Nov 5, 2012 5:13 pm (PST) . Posted by:

"hadi hashim" hadi_hashim2002

Ada lagi yang bro lupa taruk....NAIK BECA!!!

Hadi Bin Hashim

http://hzmarketing-bio.blogspot.com

>________________________________
> From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
>To: automobil@yahoogroups.com
>Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:02 AM
>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>
>

>Bagus²..!! hehe
>Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
>1. Tumpang kete kawan,
>2. Jangan bawak laju,
>3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.
>
>
>
>2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>
>
>> 
>>
>>
>>PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>>naimnikmat.blogspot
>>Dicatat oleh Na'im
Nikmat
>>Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......
>> 
>
>
>
>

Mon Nov 5, 2012 5:47 pm (PST) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

nak lrt....eh jap... kat rumah aku tak ada lrt.....dem !

 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: hadi hashim <hadi_hashim2002@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:13 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES


Ada lagi yang bro lupa taruk....NAIK BECA!!!

Hadi Bin Hashim

http://hzmarketing-bio.blogspot.com

>________________________________
> From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
>To: automobil@yahoogroups.com
>Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:02 AM
>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>
>

>Bagus²..!! hehe
>Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
>1. Tumpang kete kawan,
>2. Jangan bawak laju,
>3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.
>
>
>
>2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>
>
>> 
>>
>>
>>PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>>naimnikmat.blogspot
>>Dicatat oleh Na'im
Nikmat
>>Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......
>> 
>
>
>

Mon Nov 5, 2012 5:47 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

tapi beca takleh masuk highway..

2012/11/6 hadi hashim <hadi_hashim2002@yahoo.com>

> Ada lagi yang bro lupa taruk....NAIK BECA!!!
>
>
> Hadi Bin Hashim
> http://hzmarketing-bio.blogspot.com
>
> ------------------------------
> *From:* Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
> *To:* automobil@yahoogroups.com
> *Sent:* Tuesday, November 6, 2012 9:02 AM
> *Subject:* Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK
> TERKENA AES
>
>
> Bagus²..!! hehe
> Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
> 1. Tumpang kete kawan,
> 2. Jangan bawak laju,
> 3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.
>
>
> 2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>
> **
>
> **
> PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
> <http://naimnikmat.blogspot.com/2012/11/petua-untuk-elak-terkena-aes-gambar.html>
> naimnikmat.blogspot
> Dicatat oleh Na'im Nikmat Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......
>
>
>
>
>
>

Mon Nov 5, 2012 5:55 pm (PST) . Posted by:

"hadi hashim" hadi_hashim2002

Haaa...tu lagi bagus sbb AES tu pasang kat highway aje...kalau dah x leh masuk highway...memang confirm 100% la tak kena saman...hihihi
 
Hadi Bin Hashim
http://hzmarketing-bio.blogspot.com

>________________________________
> From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
>To: automobil@yahoogroups.com
>Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:47 AM
>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>
>

>tapi beca takleh masuk highway..
>
>
>
>2012/11/6 hadi hashim <hadi_hashim2002@yahoo.com>
>
>Ada lagi yang bro lupa taruk....NAIK BECA!!!
>>
>>
>>
>>
>>Hadi Bin Hashim
>>
>>http://hzmarketing-bio.blogspot.com
>>
>>
>>
>>
>>>________________________________
>>> From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
>>>To: automobil@yahoogroups.com
>>>Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:02 AM
>>>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>>>
>>>
>>> 
>>>Bagus²..!! hehe
>>>Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
>>>1. Tumpang kete kawan,
>>>2. Jangan bawak laju,
>>>3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.
>>>
>>>
>>>
>>>2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>>>
>>>
>>>> 
>>>>
>>>>
>>>>PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>>>>naimnikmat.blogspot
>>>>Dicatat oleh Na'im
Nikmat
>>>>Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......
>>>> 
>>>
>>>
>>>
>
>
>
>

Mon Nov 5, 2012 5:59 pm (PST) . Posted by:

"Fhazly Yusop" neoli18

satu lagi tambah, pakai plate holder yang boleh pusing2, mcm kete james bond. dh dekat road block tukar balik no plet asal

________________________________
From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:02 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES


 
Bagus²..!! hehe
Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
1. Tumpang kete kawan,
2. Jangan bawak laju,
3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.

2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>


>
>
>PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>naimnikmat.blogspot
>Dicatat oleh Na'im
Nikmat
>Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......


Mon Nov 5, 2012 8:51 pm (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

aku cadangkan plate holder pusing2 tu letak plet perak >   AES 110..sure JPJ makan hati ulam jantung..ha ha

________________________________
From: Fhazly Yusop <neoli18@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:59 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES


satu lagi tambah, pakai plate holder yang boleh pusing2, mcm kete james bond. dh dekat road block tukar balik no plet asal

________________________________
From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:02 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES


 
Bagus²..!! hehe
Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;
1. Tumpang kete kawan,
2. Jangan bawak laju,
3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.

2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>


>
>
>PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES
>naimnikmat.blogspot
>Dicatat oleh Na'im
Nikmat
>Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......

Mon Nov 5, 2012 9:03 pm (PST) . Posted by:

"Razali Bin Md Yusoff"

Ni petua sepupu aku yg keja JPJ....

1) abik beg plastic sampah ka, janji besar sikit...selit kat celah plate number,,,so masa jalan pastik ni akan cover separuh atau semua plate number... kalau AES tangkap pun tak dapat no plate..kalau polois tahan pun kita boleh jawab...tak perasan sangkut beg plastic.

2) Kopek/patah 1 nombor plate kat depan tu....kalau AES tangkap...no plate tak lengkap...depa susuh nak saman... spare yg elok kat dalam bonet..nanti sampai pekan tukar balik yg elok.....

So far tektik ni...depa dok pakai lama dah...tiada saman yg kena....habis kuat pun kena 1 kalau road blok sebab plate patah...boleh kawtim, atas budi bicara polis la tu....selamat beramal

Thank You,

With Best Regards;

Razali Md Yusoff

From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf Of bashah
Sent: Tuesday, November 06, 2012 12:52 PM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES

aku cadangkan plate holder pusing2 tu letak plet perak > AES 110..sure JPJ makan hati ulam jantung..ha ha

________________________________

From: Fhazly Yusop <neoli18@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:59 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES

satu lagi tambah, pakai plate holder yang boleh pusing2, mcm kete james bond. dh dekat road block tukar balik no plet asal

________________________________

From: Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, November 6, 2012 9:02 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES

Bagus²..!! hehe

Antara cara lain untuk elakkan dari kete kita dari "kantoi" dengan AES;

1. Tumpang kete kawan,

2. Jangan bawak laju,

3. Cabut no plet, taruk dalam bonet.

2012/11/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

PETUA UNTUK ELAK TERKENA AES <http://naimnikmat.blogspot.com/2012/11/petua-untuk-elak-terkena-aes-gambar.html>

naimnikmat.blogspot

Dicatat oleh Na'im Nikmat

Jangan kayakan Kroni UMNO/BN......

Mon Nov 5, 2012 7:11 pm (PST) . Posted by:

"Syahril Riz" syahril_riz

cuba tuan tanya mekanik P44autoworks, contact no kat sini http://p44autoworks.blogspot.com/ Insyaallah harga throttle body (recond, ada jaminan jika dipasang di bengkel tersebut) yg ditawarkan agak berpatutan berbanding dengan tempat yg lain.

syahril_riz

________________________________
From: weerra <weerra@yahoo.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Friday, October 19, 2012 10:11 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Re: Throttle body - Wira


 
TB boleh direpair tp tak semua pomen buat sbb kos tukar getah tu brapa sen je berbanding tukar seketul TB cecah rm700++ gak kalo baru ..

--- In automobil@yahoogroups.com, Zaiedishaq <zaiedishaq@...> wrote:
>
> Salam,
> Mohon laluan bertanya ye..
>
> Saya memandu P.Wira A/B 1.5A dan nak tanya pasal 2 benda ni;
> a) Throttle body
> b) Injection
>
> a) sejak saya drive kete ni dah 2 kali throttle body rosak. Bila saya tanya
> pomen dia cakap wira punya throttle body memang takleh repair. Kalau nak
> buat kena tukar seketul terus. Kalau harga cam alternator takpe la.. ni
> sampai RM800~900 seketul. Kalau nak yang boleh repair kena masuk Lancer
> punya.
> Soalan: 1a. Betul ke throttle body standard proton takleh repair?
> 2a. Ada cara tak nak service/maintenance throttle body?
> 3a. Iye ke kena masuk Lancer punya baru bole repair?
> 4b. Berapa sebenarnya harga throttle body wira & lancer
> (baru/recond)?
>
> b) Buat masa sekarang ni injection tak/belum rosak lagi tapi ngeri jugak
> kalau dibuatnya rosak time² camni (musim saving surut) sebab dengar
> ceritanya injection ni memang mahal.
> Soalan: 1b. Camna nak tau injection ni nak rosak?
> 2b. Ada cara tak untuk service/maintenance injection ni?
>
> Sekian, Wassalam.
> -zaied-
>

Mon Nov 5, 2012 8:14 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Huih.. jauh sungguh nak hantar repair.. saya duk kat johor je ni..

2012/11/6 Syahril Riz <Syahril_riz@yahoo.com>

> **
>
>
> cuba tuan tanya mekanik P44autoworks, contact no kat sini
> http://p44autoworks.blogspot.com/ Insyaallah harga throttle body (recond,
> ada jaminan jika dipasang di bengkel tersebut) yg ditawarkan agak
> berpatutan berbanding dengan tempat yg lain.
>
> syahril_riz
>
> ------------------------------
> *From:* weerra <weerra@yahoo.com>
> *To:* automobil@yahoogroups.com
> *Sent:* Friday, October 19, 2012 10:11 PM
> *Subject:* www.groupautomobil.blogspot.com - Re: Throttle body - Wira
>
>
> TB boleh direpair tp tak semua pomen buat sbb kos tukar getah tu brapa sen
> je berbanding tukar seketul TB cecah rm700++ gak kalo baru ..
>
> --- In automobil@yahoogroups.com, Zaiedishaq <zaiedishaq@...> wrote:
> >
> > Salam,
> > Mohon laluan bertanya ye..
> >
> > Saya memandu P.Wira A/B 1.5A dan nak tanya pasal 2 benda ni;
> > a) Throttle body
> > b) Injection
> >
> > a) sejak saya drive kete ni dah 2 kali throttle body rosak. Bila saya
> tanya
> > pomen dia cakap wira punya throttle body memang takleh repair. Kalau nak
> > buat kena tukar seketul terus. Kalau harga cam alternator takpe la.. ni
> > sampai RM800~900 seketul. Kalau nak yang boleh repair kena masuk Lancer
> > punya.
> > Soalan: 1a. Betul ke throttle body standard proton takleh repair?
> > 2a. Ada cara tak nak service/maintenance throttle body?
> > 3a. Iye ke kena masuk Lancer punya baru bole repair?
> > 4b. Berapa sebenarnya harga throttle body wira & lancer
> > (baru/recond)?
> >
> > b) Buat masa sekarang ni injection tak/belum rosak lagi tapi ngeri jugak
> > kalau dibuatnya rosak time� camni (musim saving surut) sebab dengar
> > ceritanya injection ni memang mahal.
> > Soalan: 1b. Camna nak tau injection ni nak rosak?
> > 2b. Ada cara tak untuk service/maintenance injection ni?
> >
> > Sekian, Wassalam.
> > -zaied-
> >
>
>
>
>
>

Mon Nov 5, 2012 7:20 pm (PST) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

ini betul2 punya jam.. bukan cobaan.. jalan perlu dinaiktaraf..

On 05/11/2012 10:41 PM, idea_um idea_um07 wrote:
> saya kena jem jugak ms blik kelate ..15jam bersama anak 2bulan..siap
> tumpang rumah orang coz dua2 hala jem..xgerak lngsung.last sekali kami
> pakat park tepi jaln...kejadian lebih kurang 20km nk ke bukit
> tujuh.(bas sekolah xcident d bukit 7) dlm jam 230ptg...kereta boleh
> gerak dlm 420ptg khamis..
>
> --- On *Tue, 10/30/12, tsyede@yahoo.com.sg /<tsyede@yahoo.com.sg>/* wrote:
>
>
> From: tsyede@yahoo.com.sg <tsyede@yahoo.com.sg>
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Cerita
> Kesesakan Aidiadha
> To: automobil@yahoogroups.com
> Date: Tuesday, October 30, 2012, 10:13 AM
>
> Janganlah dipolitikkan semuanya. Negeri yang ada hyway pun jam.
> Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
> ----------------------------------------------------------
> *From: *"-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
> *Sender: *automobil@yahoogroups.com
> *Date: *Mon, 29 Oct 2012 23:46:58 +0800
> *To: *zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
> *ReplyTo: *automobil@yahoogroups.com
> *Subject: *www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Cerita Kesesakan
> Aidiadha
>
> 
>
>
> _Cerita Kesesakan Aidiadha: Beringat Sebelum Kena_
>
> msomelayu.blogspot.
> Posted by mso.im
> KORBAN AIDIADHA **
>
> *Raya* Aidiada tahun ini tidak ada berita pelik kendengaran
> seperti lembu yang hendak dikorbankan terlucut atau putus tali,
> orang yang hendak rebahkan lembu kena tanduk sampai sampai
> terburai tali perut dan sebagainya, tidak kedengaran dan
> dilaporkan. Di Kelantan semua cerita berkisar kepada masalah jam
> dan terperangkap dalam 'hutan cerang' di Pahang. Bukalah /Fb/ atau
> blog peribadi cerita itu akan menghiasi /wall-wall Fb./
>
> Nada yang diluahkan nada kesal dan marah, geram dan hairan. Hanya
> mereka yang membenci Kelantan dan suka melihat rakyat Kelantan
> terus bergelut dengan ketidakadilan saja, melihat segala itu
> dengan senyum sinis dan di dalam hati berkata, padan muka, padan
> muka.*
> *
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-_gqurQjiaa8/UI4MN-JAvzI/AAAAAAAAOrQ/BcbI5QGcQTM/s1600/20121025_182125.jpg>
>
> *Sebahagian kereta yang berpatah balik dari Padang Tengku ke Lipis.*
>
> Iya saya juga tidak terkecuali akan membuat sedikit catatan
> berhubung masalah sama. Semalam lagi saya nak bercerita tetapi
> kerana keletihan yang pelik, campur dengan selesema saya
> tangguhkan hingga pagi ini. Kesian blog saya tidak ada pengeposan
> baru sejak 25 Oktober lepas! Maaflah kepada para penjengok semua
> kerana mengecewakan anda.
>
> Cerita kesesakan jalan raya dan masa diambil berbelas-belas jam
> untuk sampai ke kampung halaman di musim perayaan sudah menjadi
> cerita tradisi. Setiap kali raya kejadian ini sudah tidak dapat
> dielakkan. Bezanya sama ada jam itu 'gila' atau jam 'tolol' saja,
> jam tetap jam. Jam gila bermakna jam luar biasa, jam tolol adalah
> jam biasa. Rasanya semua sudah tahu kenapa sebab musababnya
> berlaku demikian.
>
> Sebenarnya kesesakan semasa raya bukan saja berlaku di Kelantan,
> tetapi ia berlaku juga di negeri-negeri lain. Bila banyak kereta
> masuk - pulang ke kampung, maka berlakulah kesesakan jalan raya.
> Dua faktor utama, kenapa berlaku demikian, pertama jalan-jalan di
> kampung sempit, kedua kerana tiada pengawal lalu lintas. Tambah
> pula dengan adanya seeekor dua pemandu yang mabuk todi dan telan
> pil kuda belang. Selalu kemalangan dalam suasana begini berlaku
> disebabkan ada dua jenis pemandu ini.
>
> Faktor pertama, jalan sempit bagaimana pun merupakan masalah
> utama. Apabila dirujuk kepada masalah berlaku di Kelantan, dan
> memang Kelantan mengalami masalah ini sudah sampai ke tahap
> kritikal, ialah kerana tidak ada lebuh raya, ataupun rata-rata
> jalan di Kelantan masih bersaiz lama, baik sedikit semasa zaman
> Jepun. Jarang jalan ada empat lorong, kebanyakan hanya dua lorong
> sahaja.
>
> Sebelum saya menyebut Kelantan, apa juga yang perlu difahamkan
> kesesakan yang dialami rakyat Kelantan untuk pulang ke ngeri
> mereka bukan seratus peratus disebabkan jalan raya di negeri itu.
> Tetapi ia bermula di negeri Pahang lagi. Jalan menghubungkan
> Kelantan melalui Pahang, Raub, Kuala Lipis dan Merampuh sebenarnya
> menyumbangkan kesesakan kepada pengguna di Kelantan. Adalah tidak
> benar kalau bersoal jawab mengenai kesesakan jalan raya di musim
> raya, disalahkan kepada jalan sempit di Kelantan. Rasanya
> tanggapan begitu lebih kepada elemen politik?
>
> Jalan dari Raub hingga ke Kuala Lipis elok dan lebar tetapi mulai
> di Padang Tengku ke Merapuh untuk masuk ke Gua Musang jalan sempit
> dan kurang sempurna. Jalan inilah yang menyumbangkan kesesakan
> apabila pergerakan yang lancar dari Raub hingga Lipis tiba-tiba
> 'bersumbat' di Padang Tengku. Aliran trafik akan menjadi perlahan
> lagi apabila sampai di Kecau hinggalah ke Bukit Tujuh.
>
> Di sinilah kalau berlaku sedikit saja kemalangan dan sebelah jalan
> ditutup, maka akan berlaku kesumbatan dan jam gila. Ertinya kalau
> mahu melancarkan pergerakan ke Kelantan jalan-jalan ini dulu,
> bermula dari Padang Tengku sampai ke Merapuh hendak diperbesarkan.
> Jalan di sepanjang naik turun Bukit Tujuh sudah pasti kena
> disempurnakan lengkap dengan jaminan keselamatan. Statistik maut
> yang berlaku di sini sudah sampai masanya untuk diambil tindakan
> bukan dijadikan maklumat semata-mata.
>
> Kini sebahagian jalan-jalan itu iaini di sebelah depan Bukit Tujuh
> (dari Kuala Lumpur) sedang dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap
> kesesakan akan berkurangan, bagaimana pun kesesakan tetap juga
> akan berlaku selagi jalan dari Padang Tungku ke Bukit Tujuh tidak
> dibina.
>
> Sementara di Kelantan, jalan dari Gua Musang ke Kuala Krai tidak
> ada masalah. Walaupun jalan itu bukan bertaraf lebuh raya tetapi
> keadaan jalannya yang lurus boleh mengalirkan trafik dengan baik.
> Kesumbatan hanya bermula di Kuala Krai untuk menuju ke Kota Bharu.
> Kesesakan juga boleh dielak sekiranya ada arahan kepada pengguna
> supaya mengambil jalan alternatif misalnya dari Gua Musang
> menerusi Jeribung untuk ke Jeli bagi mereka yang ingin pulang ke
> Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.
>
> Begitu pun permasalahan ini sudah pun dikenali pasti oleh JKR dan
> pihak berkuasa kerajaan baik tempatan dan negeri. Mereka lebih
> arif dan pakar. Jadi saya tidak perlu menghuraikan berhubung
> perkara itu. Tidak ada guna mengajak itik yang sudah pandai berenang.
>
> Apa yang hendak disebut ialah mengenai keperluan Lebuh Raya Kuala
> Krai ke Kota Bharu. Sepatutnya sudah lama lebuh raya menghubungkan
> dua bandar ini wujud. Bukan hari ini tetapi sejak tahun 70-an
> lagi. Tetapi malang kerana sikap dan sifat orang politik di
> Kelantan yang kurang bijak dan terlebih emosi menyebabkan lebuh
> raya berkenaan tidak wujud sampai ke hari ini. Kalau ada lebuh
> raya di sini kesesakan teruk di sepajang jalan Kuala Krai - Kota
> Bharu tidak akan berlaku.
>
> Bila menyebut ini saya hairan, mungkin orang lain juga hairan
> kenapa tidak bina lebuh raya berkenaan. Sekali lagi saya tidak
> mahu bercakap soal ini. Bagi saya ketiadaan lebuh raya ini bukan
> kerana apa melainkan kerana 'dedel'nya orang politik Kelantan baik
> Umno maupun Pas. Menghairankan saya mereka tidak boleh bersatu
> demi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Mereka sanggup 'bercekah
> belah' untuk mendapat kuasa masing-masing. Keadaan ini ditambah
> juga oleh anak-anak Kelantan yang memegang jawatan tinggi dalam
> kerajaan.
>
> Mereka semua bijak, pandai dan hebat tetapi sayang mereka -
> pegawai kerajaan asal Kelantan yang ada disemua jabatan,
> kementerian dan agensi kerajaan tidak mampu mempengaruhi keputusan
> kerajaan (politik). Mereka, pegawai tinggi kerajaan Kelantan tidak
> ada sifat penakluk. Seharusnya dengan kedudukan mereka, mereka
> boleh mempengaruhi keputusan kerajaan untuk membawa sesuatu kepada
> negeri mereka, membantu adik kakak mereka, seperti lebih raya
> berkenaan.
>
> Maksud mempengaruhi kerajaan ini bukan saja kerajaan Federal,
> kerajaan Kelantan juga. Mereka boleh memainkan peranan untuk
> memujuk atau memberi pandangan agar kerajaan Kelantan berbaik
> dengan kerajaan Federal demi rakyat.
>
> Kalau selama ini kita bangga anak Kelantan ramai yang memegang
> jawatan tinggi di Federal, tetapi dengan apa yang berlaku kita
> tidak perlu merasa apa-apa keuntungan dengan kehadiran mereka.
> Mereka hanyalah enau dalam belukar saja. Mereka hanya
> menyenangkan diri mereka sendiri tetapi lupa untuk berbakti kepada
> negeri sendiri. Sikap pegawai tinggi seperti ini bolehlah dianggap
> sebagai si Tengang yang tidak membawa apa-apa kelabaan kepada
> negeri sendiri.
>
> Ada yang baru menerjunkan diri dalam politik dan berjanji untuk
> membela rakyat selepas pencen. Selepas tidak memegang apa-apa
> kuasa. Sebenarnya orang pencen yang ingin memberi sumbangan kepada
> rakyat menerusi jawatan politik adalah orang pondan.
>
> Saya tidak mahu memanjang soal lebuh raya dan sikap orang Kelantan
> yang cerdik tetapi tidak boleh ditumpangi atau pondan itu. Soal
> lebuh raya Kuala Krai - Kota Bharu sudah muak untuk diperkatakan.
> Umno sendiri sudah pun merancang untuk membinanya, tetapi ditarik
> balik. Siapa menarik balik, sekali lagi orang politik Kelantan
> tidak bersifat penakluk dan bijak merubah keputusan pimpinan
> pusat. Kalau saya jadi mereka saya telah meletakkan jawatan secara
> terhormat.
>
> Hari ini kerajaan Kelantan mencang untuk membina lebuh raya
> berkenaan. Apa yang hendak dilakukan kerajaan Kelantan, hanya
> boleh didengar dan menyeronokkan diri saja, ia tidak mungkin
> menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Saya berani memberi jaminan
> kalau pembinaan itu mengharapkan kepada wang kerajaan atau
> pulangan royalti petroleum ia tidak akan menjadi kenyataan. LRRK
> itu hanya bagaikan mimpi di siang hari saja. Selagi kerajaan
> Federal tidak tumbang wang minyak tidak akan mengalir ke Kelantan.
> Tambah rewel lagi khabarnya bukan semua orang dalam Pas menyokong
> projek lebuh raya rakyat itu? Exco Kelantan juga berbelah bagi
> dengan projek raksasa berkenaan?
>
> Atas apa yang berlaku baik di kalangan Umno dan juga Pas termasuk
> juga penjawat awam asal Kelantan dalam soal lebih raya itu,
> marilah kita katakan CIS.
>
> *Keperitan dalam kesesakan*
>
> Apa yang sebenar saya ingin berkongsi cerita disini ialah mengenai
> kesesakan jalan raya yang memerangkapkan ribuan orang di Jalan
> Sungai Koyan, Bukit Bentung dan Cegal Perah. Saya kebetulan ikut
> sama terperangkap dalam kejadian yang tidak patut berlaku ini.
> Kejadian ini sesuatu yang menyeksakan dan patut diambil iktibar
> oleh semua pihak khasnya pasukan keselamatan dan penyelamat
> terutamanya polis demi mengelakkan kecelakaan di masa akan datang.
>
> Mungkin kejadian itu tidak meninggalkan apa-apa kesan memilukan.
> Dan ia akan dilupakan begitu saja. Kerana betapa lima jam berada
> di tengah hutan cerang itu di tengah malam buta tetapi yang nyata
> semuanya sampai ke rumah dengan selamat walaupun lewat berberapa
> jam. Sudah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka lepas dari
> keadaan susah, dapat berjumpa sanak saudara duduk makan sehidangan
> mereka tidak ingat lagi akan keperitan masa lalu. Kecelakaan dan
> kesusahan dalam hidup kita umpama jerat dengan pelanduk.
>
> Bagaimana pun pihak polis tidak seharus memandang enteng perkara
> ini. Polis kena ambil perhatian dan dijadikan iktibar penting buat
> mereka dalam mencemerlangkan perkhidmatan mereka. Bayangkan apa
> akan terjadi sekiranya keadaan itu mendatangkan kecelakaan? Saya
> membayangkan ini bukan saja-saja untuk menyalahkan polis. Sebagai
> orang yang berada sendiri di kawasan itu dapat merasakan atau
> membayangkan kemungkinan itu.
>
> Apa yang orang di luar tidak tahu bagaimana susana dalam kesesakan
> itu dan kenapa kesesakan di hutan cerang itu berlaku. Kesesakan
> berlaku apabila kenderaan sukar melalui jalan berliku-liku sebaik
> meninggalkan Bukit Bentung. Jalan sempit hanya memuatkan sebuah
> kenderaan sahaja. Nasib baik tidak berlalu perselisihan, cuma dua
> kali saja. Kiri kanan jalan curam dengan gaung. Jalan walaupun
> ditar tetapi lebih 60% sudah terkopek dan berlubang. Kereta rendah
> akan tersangkut dan terdorong.
>
> Sampai di pertengah jalan, berlaku kesesakan menyebabkan kereta
> berbaris panjang. Dianggarkan lebih 500 buah kereta tersangkut.
> Ini berlaku kerana ratusan kereta dihadapan terpaksa
> berinsut-insut perlahan untuk menaiki bukit yang tinggi berselut
> disebabkan hujan pada petang tadi. Mana-mana kereta yang rendah
> ada yang terperosok ke dalam selut dan terpaksa ditolak beramai-ramai.
>
> Kereta besar yang tidak berdaya mendaki bukit pula akan dibantu
> dengan *jentera penarik * ditarik satu-satu. Bunyi deruman enjin
> *jentera penarik *menakutkan saya, membayangkan bagaimana kereta
> saya akan ditarik macam menarik bangkai gajah. Saya membayangkan
> macam mana kalau ada yang 'terbolah' dalam mengenderaikan
> kenderaan tentu akan terbolong ke dalam gaung.
>
> Mungkin jauh daripada perasaan orang lain saya membayangkan macam
> mana akan berlaku kalau tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya
> membayangkan pasti akan berlaku banjir kilat. Sebatang anak sungai
> yang dilalui di atas jambatan kayu kira-kira 2 km dari belakang
> tadi, airnya sudah hampir melimpah ke tebing. Gayat hati semasa
> melintas jambatan kayu yang sudah uzur 'muzur' itu. Mungkin kalau
> hujan lebat turun tak henti-henti selama dua jam akan berlaku banjir.
>
> Inilah yang menggeritkan menyebabkan jiwa saya panas dan marah.
> Kalau berlaku bencana itu saya tidak dapat hendak bayangkan
> bagaimana nasib ribuan nyawa atas kereta yang terperangkap itu.
> Bukan sayangkan kereta akan tenggealm tetapi manusia, penumpang.
> Rata-rata dalam ribuan kereta terperangkap itu terdiri dari
> kanak-kanak dan orang tua. Salah seorang yang berada dalam kereta
> yang teperangkap kesesakan gila itu ialah cucunda saya, Muhamamd
> Khalid Ummar 10 bulan.
>
> Kalau berlaku banjir ke mana hendak menyelamatkan diri. Bongok
> mana nak rukas. Kiri kanan saya nampak ada parit atau paya besar.
> Tentu keadaan menjadi kelam kabut dalam suasana gelap pekat
> begitu. Bayangan inilah menyebabkan saya naik angin dan merasakan
> polis cuai dan malas dalam menjalankan tugasnya.
>
> Di awal sebelum hendak melencong ke Sungai Koyan lagi sebaik
> melihat kereta berjujutan menghala ke Padang Tengku saya sudah
> menghubungi polis untuk mengetahui apa yang berlaku dan menentukan
> apakah jalan Sungai Koyan untuk keluar ke Cegal Perah selamat.
> Malangnya anggota polis yang menjawab pihaknya tidak menerima
> apa-apa maklumat mengenai kesesakan jalan dan tidak pasti apa yang
> berlaku. Jawaban itu sungguh mengharainkan saya.
>
> Kerana mempercayai maklumat tidak sahih dari orang ramai
> menyebabkan saya ikut melencong ke Sungai Koyan, Bukit Bentung dan
> keluar di Cegal Perah. Semasa kira-kira lima jam terperangkap
> dalam hutan cerang Felda Cegal Perah itu, saya menghubungi balai
> polis Kuala Lipis sekali lagi, jam 9:50 malam. Jawaban diterima
> sama dengan panggilan jam 6:00 petang tadi. Saya bertanya kepada
> anggota itu apakah pihak polis tahu apa yang berlaku di hutan
> Cegal Perah sekarang ini, dimana ribuan kereta terperangkap dalam
> kesesakan? Jawabannya belum terima apa-apa aduan.
>
> Saya mencadangkan kepada anggota itu supaya membuat kawalan di
> jalan masuk simpang Sungai Koyan. Minta diarahkan kereta berpaling
> balik ke Raub atau Kuala Lumpur. Cadangan itu dibuat atas
> kepercayaan bahawa Bukit Tujuh tidak dapat dilalui. Saya juga
> meminta agar polis menghantar anggota trafik untuk meninjau
> keadaan keselamatan jalan di Cegal Perah yang melalui bukit tinggi
> berselut dan licin. Saya minta sangat-sangat kerana bimbang dengan
> situasi pada masa itu. Ketika itu sudah kedengaran anak-anak kecil
> menangis kerimasan di depan dan di belakang.
>
> Sampai akhir saya tidak nampak kelibat wajah polis mengawal
> kesesakan itu atau meninjau keadaan. Inilah mengecewakan saya.
> Cuma semasa menghampir bukit licin baru saya nampak ada anggota
> berpakian baju celoreng merah, saya tidak pasti dari jabatan mana
> sedang mengawal lalu lintas membuat lampaian tangan mengarahkan
> pemandu masing-masing memandau dengan cermat dan hati-hati agak
> tidak tercongik ke dalam gaung.
>
> Kira-kira jam 12:40 tengah malam apabila saya bersama isteri serta
> anak-anak dan cucu dan seorang sahabat dan ribuan yang lain keluar
> dari hutan cerang itu untuk menaiki ke jalan asal menuju ke Gua
> Musang baru hati tertasa lega dan nyawa dapat ditarik dengan
> tenang. Namun... tatakala melihat jujutan kereta yang baru turun
> dari Bukit Tujuh dan bertembung dengan kampi di simpang jalan,
> hati yang panas kepada polis membara semula.
>
> Rupa-rupa jalan di Bukit Tujuh yang diremuors dengan berbagai
> dongengan, jambatan runtuh, tanah runtuh dan
> sebagainya....kemudian ditutup tidak benar belaka. Saya merasalkan
> diri macam Pak Pandir saja kerana berjalan tanpa ada maklumat lengkap.
>
> Yang /bagharal/ di dalam hal ini adalah polis, polis Kuala Lipis
> kerana tidak membekalkan maklumat yang sempurna untuk pengguna
> jalan raya. Saya mohonkan agar Balai Polis Lipis khasnya unit
> trafik dapat membuat penjelasan bagi menyejutkan perasaan marah.
> Bertanggungjawablah! /[wm.kl.12:15 t/hari 29/10/12]/
>

GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info     

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info     

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com     

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

No comments: