Thursday, March 13, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3866

4 Messages

Digest #3866
1
Fw: Macamana Selewengkan Diesel Sudsidi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Kubis mampu elak barah by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Wed Mar 12, 2014 9:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Macamana Selewengkan Diesel Sudsidi
http://ondscene.my
Written by ondscene

Jalan TIB 3/5
Taman Industri Bolton
Batu Caves, elangor
18 Feb 2014
3 petang
"Bang…saya ni dah lama baca blog ondscene. Banyak kes seleweng subsidi disiarkan. Tapi sampai sekarang masih tak faham macamana caranya sindiket selewengkan subsidi seperti gas dan diesel…"

Itu antara soalan yang saya pernah terima.

Baiklah murid-murid, hari ini saya akan ajar, macamana nak selewengkan minyak diesel.

Tapi ingat, saya ajar bukan suruh buat, tapi untuk memahaminya. Apa-apa jadi, tanggung sendiri.

Mula-mula kita kena ketahui harga diesel bersubsidi yang dijual di stesyen minyak untuk pengguna domestik dan harga diesel tidak bersubsidi yang dijual kepada pengguna industri.

Harganya RM2.00/liter manakala industri antara RM2.60 – RM2.70/liter

Siapakah pengguna industri ? Antaranya ialah industri pembinaan, kilang-kilang untuk menjana mesin dan peralatan – dan mereka tidak boleh membelinya di stesyen minyak mengikut harga kepada pengguna domestik, sebaliknya membeli di depot-depot secara pukal.

Disitulah secara kasarnya yang menjadikan ianya sebagai idea paling berguna untuk sindiket memanipulasikannya.

Caranya ?

Beli di stesyen minyak pada harga RM2/liter, kemudian menjualnya kepada pihak industri – mungkin harga lebih murah kepada mereka – seperti RM2.40 atau RM2.50/liter

Perbezaan harga 20sen-30sen /liter sudah memberi perbezaan yang banyak kepada industri dari segi penjimatan kos jika membelinya dari pihak sindiket.

Contoh :

1 lori tangki kapasiti 20,000 liter -melalui depot : RM2.70 x 20,000 = RM 54,000

1 lori tangki kapasiti 20,000 liter – melalui sindiket:RM2.40 x 20,000 =RM48,000

Industri dapat jimat RM6,000 setiap 20,000 liter

Manakala sindiket akan untung RM8,000 setiap lori tangki (.40sen/liter).

Bayangkan , ada sindiket berjaya paling tidak, sehari 1 muatan lori tangki habis.

RM8,000 x 30 hari : RM240,000 sebulan

Maka, anda cari dulu pelanggan kepada mana-mana industri yang setuju untuk membeli minyak dari anda, kemudian setkan kenderaan untuk membeli diesel subsidi di stesyen minyak.

Sindiket biasanya akan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda yang menggunakan diesel atau van/lori yang diubahsuai ruangan tangki, kemudian mereka akan membeli semaksimum yang boleh diesel di stesyen minyak.

(Sebab itu sekarang stesyen minyak menghadkan pembelian minyak diesel bagi setiap kenderaan sebagai salah 1 langkah membendung kegiatan ini.)

Dalam kes ini, setelah pembelian dilakukan, minyak akan dipindah ke dalam tangki statik di dalam premis ini, dan apabila telah penuh, sebuah lori tangki akan masuk ke dalam premis ini.

Tutup pintu, tutup penghadang depan kedai, kemudian anda isilah diesel itu tanpa sebarang gangguan – setelah penuh, lori tangki akan keluar dan menuju ke destinasi pelanggannya.

Risikan selama sebulan, akhirnya sepasukan anggota penguatkuatkuasa KPDNKK Gombak berjaya melakukan serbuan di premis ini ketika kerja-kerja pemindahan sedang dilakukan.

4 lelaki termasuk pemandu lori ditahan, lebih 18,000 liter diesel, sebuah lori tangki dan 2 tangki statik disita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961

Untuk maklumat lanjut mengenai barangan dan harga subsidi, sila rujuk agensi berkaitan. Saya hanya mengajar bagaimana hendak menipu, tetapi bukan suruh melakukannya.

Comments
a.. Najib menulis:

As Salam,
mmg banyak usaha yg dijalankan untuk membendung kegiatan ini. tapi masalahnya penguatkuasaan yang lemah. wife org kelantan, setiap kali isi minyak di rantau panjang mesti akan terserempak dengan mereka yang isi petrol untuk diseludup, walaupun ada RELA yang jaga tapi mereka tu semua hanya tunggul kayu. wira aeroback bole isi petrol sebanyak rm200. bayangkan kalau kalau sebulan mereka buat mcm ni. berapa banyak duit malaysia hilang mcm tu shj.

b.. Anyss menulis:

Assalamualaikum,
terima kasih dengan penerangan ni…dapat ilmu baru.
Harapnya kegiatan begini dapat dibenteras dengan lebih meluas.

c.. zailan menulis:

bas expres yg membawa penumpang ke thailand juga terlibat dalam penyeludupan minyak petrol. salah 1 nya bas espres ALISAN 2 tingkat yg dipandu lelaki india . mereka akan mengisi penuh tong tong minyak didalam perut bas apa bila berhenti di pam minyak petron keluar dari h.way plus ipoh.
sepanjang perjalanan kami penumpang akan menyedut econ yg berbau petrol.

d.. zailan menulis:

bayangkan jika bas tersebut terlibat dengan kemalangan. dah la bawa macam pelesit.

harap dapat buat sesuatu.

e.. Malaysia Tercinta menulis:

Seleweng disel ni patut diberi hukuman berat, sebab mengkhianati negara.

f.. JJbeh menulis:

Rasanya dulu kita ada tag mikro yang dicampur dalam diesel untuk mengesahkan diesel subsidi atau tidak. apa dah jadi ya?

Wed Mar 12, 2014 9:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kubis mampu elak barah
By Azwa Iela | Tupai

Tahukah anda bahawa kubis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C. kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.

Kubis juga bauk digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kubis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman, kubis bolhe mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angina ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kubis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.

Comments
a.. SLY •
a.. betul ke yahoo news ni..???...setau aku..kobis ni..dengan baja2 yg depa guna kasi cepat besar mcm kilat...adalah salah satu punca kanser.
b.. Suria •
bagus2..sy memang gemar memakan sayur kubis nii...
c.. Jerome •
Bagus saya sokong penuh,sayur kobis sangat bagus untuk kesihatan kita
d.. Paloma •
Semua Sayuran dan buah buahan ada khasiat tersendiri..memang betul...TETAPI bagaimana dengan Sayuran/Buah yang mengandungi bahan kimia dan racun...ini boleh lebih memudaratkan.....demikian juga ikan yang di jual..adalah dipercayai 80% ikan yang dijual dicampur dengan bahan pengawet....terutama formalin...
e.. Azian •
Segala info di atas bagus tentang kubis..tapi kalau yg ada penyakit gaut makan kubis ni..meraung sakit...
f.. matbon •
Murid2 sekalian selepas kita belajar khasiat KANGKONG, sekarang kita belajar pula khasiat KUBIS pulak, bolih !!!!!!!!!! Kubis mahal dan kita naik taraf sedikit. Malaysia BOLIH chegu....

Wed Mar 12, 2014 9:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MENGAPA ADA ORANG YANG DISUKAI NYAMUK DAN ADA YANG TIDAK?
telokbakong.blogspot
biaqpila.blogspot.
Oleh: biaqpila hensem >>>
yongsukakuning

Musim kemarau. Perasan tak sekarang ini ada banyak nyamuk? Entah datang dari mana tiba-tiba nyamuk menyerang. Tiada air bertakung kerana tiada hujan tapi nyamuk buat kita naik gila. Siang macam tiada nyamuk, tapi bila malam, adui!

Ada juga orang lebih digemari oleh nyamuk. Habis badannya bintat-bintat. sedangkan orang lain relex jer. Berikut beberapa sebab kenapa nyamuk suka menyerang seseorang berbanding orang lain. Adakah anda orang malang itu?

Karbon dioksida

Nyamuk suka karbon dioksida. Ia menghidu mangsa melalui bau karbon dioksida. Seorang yang kuat bernafas (heavy breathers) lebih menarik minat nyamuk untuk menggigitnya. Sebab itu nyamuk suka menggigit orang yang tidur dan di sekitar muka kerana di sana kita mengeluarkan karbon dioksida. Wanita mengandung juga menarik minat nyamuk kerana dia mengeluarkan 21% lebih banyak karbon dioksida.

Arak

Nyamuk gemar orang yang minum arak. Minumlah beer atau apa-apa saja arak, nyamuk akan berarak ke arah anda dengan gembira. Ini kerana peminum arak akan mengeluarkan bau yang meningkatkan tahap keboleh-upayaan nyamuk mengesan si mangsa.

Darah O

Ini paling menyampah. Orang berdarah O digemari oleh nyamuk berbanding dengan darah A atau lain-lain. Orang darah O dikatakan mengeluarkan bau semulajadi sebagai penarik nyamuk. Darah O ini dikira donor, kerana darahnya boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit. Tapi kerana nyamuk suka memberi penyakit maka ia juga suka pada darah O.

Haba Panas

Nyamuk suka pada haba yang agak panas. Sebab itu ia banyak di kawasan iklim tropika. Jika seseorang mengeluarkan haba panas, misalnya berpeluh kerana menjalani workout, nyamuk juga akan datang untuk menghisap darahnya.

Banyak steroids dan kolestrol.

Nyamuk suka pada orang yang banyak steroid dan kolestrol di kulit. Kalau seseorang itu memakan ubat yang mengandungi steroid (contohnya tongkat ali), atau penggemar makanan yang banyak kolestrol (goreng-goreng), mungkin akan menjadi makanan hidangan nyamuk.

Bau hapak

Nyamuk suka kepada bau hapak, misalnya bau stokin yang tak dibasuh. Sebab itu nyamuk gemar tempat tertutup seperti almari dan sering menghurung kaki. Ini kerana kaki mengeluarkan peluh yang mungkin terdapat dicelah-celaj jari.

Warna gelap

Nyamuk suka mendekati orang yang memakai baju warna gelap. Warna hitam, biru dan merah digemari oleh nyamuk. Nyamuk akan menyorok di kawasan yang gelap di rumah anda, misalnya di celah-celah perabut gelap. Sebab itu juga nyamuk menghurung kepala bagi orang yang rambut hitam.

Kulit lembut

Nyamuk suka kulit yang lembut kerana mudah ia menggigit. Ini menyebabkan orang yang berkulit cerah lebih disukai nyamuk berbanding yang berkulit gelap (hitam). Anehnya nyamuk tidak begitu menggigit bayi kerana bayi kurang mengeluarkan bau yang digemari nyamuk.

Minyak wangi

Ada beberapa minyak wangi yang menarik nyamuk. Ini bergantung kepada ingredien minyak wangi tersebut. Minyak wangi yang berbau seperti bunga lebih menarik perhatikan nyamuk berbanding dengan wangian lain.

Jogging

Walaupun nyamuk suka menghurung orang yang tidur, tapi ia juga suka orang yang berjogging waktu pagi dan senja. Ini kerana orang yang berjogging akan bernafas kuat, berpeluh dan badan menjadi lebih panas. Nyamuk boleh menghidu bau peluh dan karbon dioksida orang yang berjogging ini walaupun dari jauh.

Setelah mengetahui apa yang digemari nyamuk, kita boleh mencuba untuk mengelak dari digigit nyamuk. Tapi bagi yang berdarah O, maaflah…tak boleh buat apa-apa kerana darah itu keturunan. Tapi anda masih boleh mengurangkan serangan nyamuk dengan mengelakkan diri dari perkara yang menarik perhatikan nyamuk.

Selain daripada itu carilah apa-apa remedy semulajadi yang boleh digunakan untuk menghalang pembiakan nyamuk dan menghapuskannya.

Jika ada yang ingin menambah point, dipersilakan.

SUMBER:

http://insects.about.com/od/flies/a/how-to-get-mosquito-bites.htm

http://www.universityherald.com/articles/3881/20130715/top-5-reasons-why-mosquitoes-bite-people-more-others.htm

ulasan:
1..
mohd azrul
rumah saya pun dekat dapur ada nyamuk malam lagi lah tu kena spray sebelum tidur

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/02/mengapa-ada-orang-yang-disukai-nyamuk.html#ixzz2tPALQKO1

Wed Mar 12, 2014 9:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat
telokbakong.blogspot
freemalaysiatoday.com

Tujuh kawasan telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat petang ini
KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat pukul 5 petang hari ini.

Menurut senarai bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan yang mencatat bacaan tidak sihat ialah Nilai (108), Seremban (102), Banting (107), Kuala Selangor (104), Pelabuhan Klang (142), Cheras (108) dan Putrajaya (110).

Terdapat 17 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap baik sementara 28 kawasan mencatat IPU sederhana. IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel dalam kenyataan hari ini berkata, pengawasan rapi status kualiti udara dilaksanakan melalui 52 stesen pengawasan kualiti udara yang ditempatkan di seluruh negara bagi mengesan sebarang perubahan kepada status kualiti udara dan sebagai pengesanan awal kejadian jerebu.

Katanya, keadaan jerebu sederhana yang dialami negara pada masa kini adalah disebabkan punca dalaman berikutan kebakaran tanah dan hutan di beberapa negeri antaranya Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Terengganu.

"Terdapat juga punca dalaman lain seperti pelepasan daripada industri, kenderaan bermotor dan aktiviti kerja tanah. Dalam keadaan cuaca panas dan kering yang berlarutan, habuk terampai kekal berkumpul di ruang udara dan menyebabkan jerebu," katanya.

Tambah beliau, berdasarkan siasatan JAS, sejak Januari sehingga semalam (10 Mac) sebanyak 1,392 kes pembakaran terbuka telah dikesan iaitu pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan (284 kes), kawasan pertanian (482 kes).

Kawasan industri (18 kes), kawasan pembinaan (45 kes), tapak pelupusan sampah (24 kes), kawasan belukar (285 kes) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (254 kes).

Bagi tempoh sama, sebanyak 119 kes pembakaran terbuka telah dikompaun dan 31 kes telah dikeluarkan notis amaran.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

- Bernama
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: