Monday, March 17, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3868

10 Messages

Digest #3868

Messages

Sun Mar 16, 2014 4:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pertolongan Pertama Pada STROKE
telokbakong.blogspot
btmmari.blogspot.
Written By canang

Pertolongan Pertama Pada STROKE

orang yg kena STROKE mendadak (jatuh dr WC dsB), pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat,untuk mengatasi hal ini janganlah gugup/panik. Jika korban berada di tempat kejadian seperti dikamar mandi/ruang tidur/ruang tamu dll. JANGAN dipindah2kan ke tempat lain, karena akan percepat pecahnya pembuluh darah, dan janganlah sampai dy terjatuh lg. Caranya adl dengan mengeluarkan darah korban dgn menggunakan jarum yg telah dibakar/disteril yg kemudian ditusukkan ke ujung setiap jari masing2 sampai darahnya keluar± 1-2 tetes. Kalau darahnya tidak keluar dapat diurut sampai keluar, sesudah itu korban akan sadar setelah beberapa menit kemudian. Jika korban mulutnya miring, tariklah kedua daun telingany sampai merah dan langsung tusuk bagian bawah daun telinga dg jarum steril sampai darah keluar ± 1-2 tetes. Setelah korban sadar dan mulutnya sudah pulih kembali, barulah dibawa ke dokter/RS.

Biasanya orang yg terkena STROKE pembuluh darahnya akan lebih cepat pecah karena goncangan dalam perjalanan ke RS/dokter. Orang tsb dapat tidak sadar kembali/pingsan dan biasanya akan cacat/lumpuh. (Kita harus ingat MENGELUARKAN DARAH dari jari orang yg terkena STROKE, maka kita sudah bisa menolong orang tsb dari penyakit STROKE).Share ini boleh diteruskan. Maka Tak terhinggalah jasa pahala anda, indah berbagi teman, saudara , jgn berhenti ∂ï anda okeh.

Silahkan share & bagikan ke temen-temen ya sist, biar semakin banyak yang tahu dan tulisan ini menjadi lebih banyak bermanfaat serta berikan komentarny
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=728400773859763&set=a.705080209525153.1073741828.705054712861036&type=1&theater

Sun Mar 16, 2014 4:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

World Car of the Year finalists named
telokbakong.blogspot
freemalaysiatoday.com
This year's main prize finalists include the Audi A3, BMW 4 Series, Ford Fusion/Mondeo, Mazda 3 and Peugeot 308 but, for once, VW hasn't made the cut.

The list has been whittled down to 12 vehicles ahead of the awards ceremony, which will be held as part of the New York International Auto Show on April 17.

Developed to celebrate excellence in real-world automotive achievement, 2014 marks the event's 11th year and the inclusion of a new sub-category.

As well as the overall winner, there are also awards for the performance car of the year; green car of the year; world car design of the year; and for the first time ever, world luxury car of the year.

The new category has been introduced to reflect the fact that some of the world's best cars are in the premium segment and therefore too niche to be considered true world cars, yet are still worthy of recognition.

This year's main prize finalists include the Audi A3, BMW 4 Series, Ford Fusion/Mondeo, Mazda 3 and Peugeot 308 but, for once, VW hasn't made the cut. The German car company has managed to scoop the top award in four of the past five years, including 2013 when the Golf claimed the top prize.

However Volkswagen will be competing in the Green Car of the Year category with its XL1 super-efficient diesel hybrid two-seater city car. What's more, its hot hatch Golf GTI has somehow made it onto the list for the performance car of the year award.

The newly announced luxury car competition will see a host of SUVs, including the Range Rover Sport and Porsche Macan, go up against more traditionally comfortable cars, most notably the Rolls-Royce Wraith, Maserati Quattroporte and Bentley Flying Spur.

As well as the Golf GTI, the performance car category will be contested by, among others, the Ferrari 458 Speciale, Porsche 911 Turbo, Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster and Alfa Romeo 4C.

The Full lists:

World Car of the Year finalists

Audi A3
BMW 4 Series
BMW i3
Cadillac CTS
Citroen C4 Picasso
Ford Fusion / Mondeo
Infiniti Q50
Jeep Cherokee
Lexus IS
Mazda3
Peugeot 308
Skoda Octavia

Performance car of the Year finalists

Alfa Romeo 4C
Audi RS 6 Avant
BMW M6 Gran Coupe
Chevrolet Corvette Stingray
Ferrari 458 Speciale
Ford Fiesta ST
Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster
Mercedes-Benz A/CLA45 AMG
Porsche 911 GT3
Porsche 911 Turbo
Volkswagen Golf GTI

Luxury Car of the Year finalists

Bentley Flying Spur
BMW X5
Cadillac ELR
Cadillac Escalade
Maserati Ghibli
Maserati Quattroporte
Mercedes-Benz S-Class
Porsche Macan
Range Rover Sport
Rolls-Royce Wraith

World Green Car finalists
Audi A3 Sportback e-tron (+ Audi e-gas)
BMW i3
Honda Accord Hybrid
Mitsubishi Outlander PHEV
Volkswagen XL1

World Car Design of the Year finalists

BMW i3
Cadillac CTS
Citroen C4 Picasso
Mazda3
Lexus IS
Mercedes-Benz C-Class
Volkswagen XL1

Sun Mar 16, 2014 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: Haron, Saipudin

Subject: FW: Salmonela pasar malam

Salmonela pasar malam

AYAM yang terdedah dan tidak disimpan di bawah suhu sepatutnya mudah terkena bakteria salmonela.

----------------------------------------------------------

ANEKA makanan yang dijual di pasar malam begitu mudah membangkitkan selera namun, risiko untuk terkena keracunan makanan juga tinggi kerana kebersihannya belum pasti terjamin.

Selasa lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme, mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan ayam goreng yang dibeli oleh ibunya daripada sebuah pasar malam di Terengganu.

Ibu kanak-kanak malang tersebut, Siti Zuraina Mohd. Yusoff, 28, berkata, sebelum kejadian, dia dan anak tunggalnya pergi ke pasar malam tersebut pada pukul 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng serta air keladi.

Kesemua makanan tersebut dimakan oleh Siti Zuraina sekeluarga.

"Pada pukul 7 pagi keesokan hari, anak dan suami saya mengadu sakit perut dan mengalami cirit-birit. Kami kemudian bergegas ke Klinik Kesihatan Bukit Payung di Marang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Tambah Siti Zuraina, walaupun ubat-ubatan telah diambil, keadaan anak dan suaminya sebaliknya semakin teruk.

"Selepas itu, kami pergi semula ke klinik yang sama. Bagaimanapun, doktor mengatakan keadaan Iqbal semakin teruk hinggakan dia terpaksa menerima bantuan pernafasan.

"Kemudian, Iqbal terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zafirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Semasa dalam perjalanan ke hospital tersebut, Siti Zuraina menyedari nadi anaknya telah tiada manakala keadaan suaminya masih lemah. Muhammad Iqbal disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang sewaktu dalam perjalanan ke HSNZ.

Sebenarnya keracunan makanan tersebut bukan sahaja berlaku kepada keluarga Siti Zuraina malah melibatkan berpuluh-puluh penduduk tempatan lain pada hari kejadian.

SITI ZURAINA dan suaminya, Mohd. Ilme menunjukkan gambar Muhammad Iqbal yang maut akibat keracunan salmonela di Terengganu baru-baru ini.

----------------------------------------------------------

Difahamkan, rata-rata mereka mengalami simptom keracunan makanan iaitu muntah-muntah dan cirit-birit selepas membeli makanan di pasar malam berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Sains Sosial, Konsultan Makanan dan Kulinari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, peniaga sepatutnya lebih peka terhadap makanan yang dijual terutamanya dari segi kebersihan supaya tidak memudaratkan pembeli.

"Kebersihan pasar malam di negara ini boleh diragukan kerana kita tidak tahu cara penyediaan makanan tersebut lebih-lebih lagi pada masa ini sesiapa sahaja boleh berniaga dengan mudah di pasar malam.

"Jika diteliti, segelintir peniaga tidak mempunyai pengetahuan tentang cara penyediaan makanan yang betul dan sering mengambil mudah dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Ujarnya, atas faktor tersebut, tidak hairanlah jika kejadian keracunan makanan disebabkan memakan makanan di pasar malam kerap berlaku.

Pemeriksaan pihak hospital terhadap 10 sampel najis pesakit di Kuala Terengganu baru-baru ini turut mendapati kesemuanya positif bakteria salmonela.

Oktober tahun lalu, tiga orang maut di Kedah selepas mereka makan ayam masak merah yang dicemari salmonela pada majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof. Dr. Son Radu berkata, salmonela merupakan sejenis bakteria yang mudah merebak di dalam makanan terutamanya jika ia terdedah kepada suhu yang tidak bersesuaian dalam jangka masa yang lama.

"Kebiasaannya salmonela wujud dalam makanan berasaskan ayam dan itik di mana ia boleh membiak sepantas 10 minit jika tidak disimpan di tempat yang betul.

"Saya percaya faktor kebersihan juga menjadi punca yang membawa kematian kanak-kanak lima tahun di Terengganu baru-baru ini," katanya. - KHAIRIYAH HANAFI

Sun Mar 16, 2014 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: Mohd Shukri Mohamed Talib

Subject: Rayuan sumbangan untuk Maryam Jannah

As Salam Semua,

Bagi pihak AJK Surau Seagate , saya selaku wakil NGO Wargakilang memohon bantuan tuan puan semua untuk membantu sahabat kita yg sedang diuji. Sila refer cerita dibawah atau contact direct for more detail info.

Bapa - Ellias Ismail (Hp 019 6757200)
Ibu - Maria Omar (Hp 012 4596811)

Shukri
NGO Wargakilang

---------- Forwarded message ----------
From: Ibrahim Ismail

Assalamualaikum,

Minta tolong untuk derma bagi menampung kos rawatan anak ini, Maryam Jannah Binti Ellias berusia 5 bulan, yang mengalami sakit barah di otak dan ada air didalam kepala. Anak ini dirancang untuk prosedur pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah pada 6/4/2014.

Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun ibubapa kepada anak ini, dan segala pertanyaan boleh di tanya terus kepada mereka. Semuga sumbangan dapat menampung kos pembedahan dan rawatan dan meringankan beban keluarga ini. Untuk pengetahuan, ibu kepada anak ini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak malang sepenuh masa.

Bapa - Ellias Ismail (Hp 019 6757200)
Ibu - Maria Omar (Hp 012 4596811)

Akaun Bank - CIMB 07140154634523 (Maria Omar)

Sun Mar 16, 2014 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: 3

Subject: PINGGAN MANGKUK DAN CAWAN DARI TULANG BABI

AWAS!!! PINGGAN MANGKUK DAN CAWAN DARI TULANG BABI!!!

AWAS GENG,

Terutama menjelang perayaan ni, yang bercadang nak beli pinggan mangkuk raya buat letak rendang sangat2 di galakkan baca..

biasanya pinggan mangkuk di perbuat dari seramik atau kaca. Tapi ramai yang x tahu ada pinggan mangkuk di perbuat dari tulang khinzir. Ya, tulang khinzir/babi.

Fine YIYUN Bone China. Ingat betul2 jenama ini, catit kat handphone or kertas kot2 nak gi shopping. Ini adalah jenama set pinggan mangkuk yang di perbuat dari TULANG KHINZIR. Ia di perbuat dari negara China.

Ada sesetengah kedai akan letak label kalau sesuatu barang tu di perbuat dari unsur2 khinzir. Itu okey, orang Islam boleh alert, tapi yang x letak?? kita sendiri la yang harus berhati2…

Kalau dah terbeli buanglah, jangan pakai okey….

JANGAN LUPA SEBAR KAT KAWAN2 DAN KENALAN ANDA…

p/s: dulu masa kanak2 selalu tanya kat apek jual berus lukisan. "apek, ni berus babi ka?? ekeke

Ini pula kenyaatan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu tersebut.

Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram. Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam.

"Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak.

"Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.

"Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Berwaspadalah ketika membeli pinggan mangkuk dan perkakas makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan termasuk tulang babi.

Istilah bone China bermaksud campuran tulang-temulang babi yang dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi tanah liat.

Amat mudah untuk mengenali perkakasan yang mengandungi tulang babi kerana kebiasaannya tercatat bone China di belakangnya.

Tujuan menggunakan tulang itu adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus serta warnanya yang lebih putih dan ringan.

Makan dalam pinggan mangkuk tak halal? Boleh ke?

Salam Isnin....hujung minggu dah pun berlalu.Hari ini bermula lembaran yang baru.Anak-anak dah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun.Alhamdulillah...lega rasanya.Nabihah masih batuk-batuk.Demam sudah kebah walaupun tak sepenuhnya.Sunyi jer rumah ni bila Nabihah demam.Terima kasih Kak Tie atas tips panduan yang diberi :)

Ok,hari ni nak kongsi satu isu, mengenai pinggan mangkuk tak halal.Isu ini memang dah lama dah jadi sebutan dulukala.Cuma saya nak bangkitkan kembali isu ni, sebab saya rasa isunya masih lagi ada kerelevanannya dengan keadaan semasa.Mungkin antara anda pernah dengar 'Fine Bone China' .Untuk lebih jelas lagi, tahukah anda apa itu Fine Bone China??

Gambar ihsan :Google - pinggan mangkuk yang di perbuat dari bone china

a.. sejenis pinggan mangkuk porcelain yang dikategorikan mahal dan klasik. Porcelain ialah barangan seramik yang mana penciptaannya telah dipelopori oleh Negara China sejak daripada kurun ke 7 lagi.
b.. barangan porcelain ini dipanggil dengan gelaran "china". Malah "fine china" ditujukan kepada barangan seramik yang menggunakan tanah liat khas yang dipanggil "china clay" walaupun tanah liat ini dikorek di Amerika Syarikat.
c.. Bone china dicipta oleh seorang Inggeris bernama Josiah Spode pada kurun ke 18.
d.. Perbezaan bone china dengan fine china yang lain ialah ramuan abu tulang haiwan ke dalam ramuan penciptaan bone china.
e.. Komposisi ramuan tersebut ialah 50% abu tulang, 25% china clay dan 25% china stone. Pada asalnya, abu tulang yang digunakan oleh Josiah berasal daripada seladang (ox). Abu tulang ini yang menjadikan warna china bone putih dan mempunyai tahap kekerasan yang tinggi.
f.. didapati abu tulang seladang adalah hanya salah satu daripada tulang-tulang binatang yang digunakan. Terdapat banyak lagi jenis tulang binatang seperti unta, kuda, lembu, llama dan juga.....khinzir.

Berikut adalah artikel yang saya salin tampal dari website lain.:
"Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China.

Gambar ihsan :Google - contoh trademark yang ada di bawah pinggan mangkuk yg diperbuat dari Bone China.

Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay'.Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina.

Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china?. China maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan 'china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.

Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.

Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit.

Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal.

Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat."

Bagaimana ingin diketahui samada ia adalah barang porcelain jenis bone china?

Bone china bewarna putih seputihnya. Oleh kerana ia diperbuat daripada abu tulang, maka ia adalah separa lut cahaya. Anda boleh lihat bayang tangan anda disebalik pinggan bone china jika diletakkan berhampiran cahaya. Sekarang telah banyak syarikat yang menghasilkan bone china dan tidak eksklusif seperti dahulu. Maka ini menjadikan proses untukmengenal halal-haram di dalam penghasilan bone china menjadi sukar. Cara yang paling mudah adalah untuk mengelakkannya.

Sun Mar 16, 2014 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: Mas Joko Mas Joko

Subject: Waspada Strok Haba Ketika Cuaca Panas & Kering

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini terutamanya bagi bayi, kanak kanak dan warga emas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Sun Mar 16, 2014 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



----- Original Message -----
From: Haron, Saipudin

Lumba kerbau besi di Perlis
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

SETIAP pesawah di Perlis memiliki sekurang-kurangnya sebuah Kubota.

----------------------------------------------------------

SUASANA di Kampung Permatang Keriang, Sanglang, Perlis pada 1 dan 2 Mac lalu bertukar meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sempena Pesta Angin Timur 2014 yang diadakan di situ.

Sebelum ini, kira-kira 1,000 penduduk perkampungan nelayan itu hanya menjalankan rutin harian seperti menangkap ikan dan mengusahakan sawah.

Tumpuan pesta itu tentunya permainan tradisional seperti wau, mengagau (menangkap) ikan, menangkap itik dan menumbuk padi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis, Abdul Jamil Saad, sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana pesta dua kali setahun itu sebelum ini hanya menarik 5,000 pengunjung.

"Mungkin ia disebabkan negeri ini bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2014 pada Mei ini selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 yang sedang berlangsung sekarang.

"Selain permainan tradisional, kami juga mengadakan pertandingan seni suara burung merbah jambul, teka jumlah padi dan tarik tali dalam bendang," katanya.

Lupakan sebentar kemeriahan Pesta Angin Timur ini dan mengapa dinamakan sedemikian?

Cuaca

Fenomena angin timur berlaku setiap tahun di negeri ini. Hakikatnya ia angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan Disember hingga Mac.

Perlis terletak paling hampir dengan Garisan Jadi (garis lintang yang menandakan kedudukan matahari tegak yang paling jauh ke selatan) menyebabkan negeri ini menerima tempiasnya.

TRAKTOR pembajak ini boleh diubah suai dengan menambah tempat duduk seperti beca.

----------------------------------------------------------

Angin timur ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu ketika hemisfera selatan Bumi paling condong ke arah matahari.

Uniknya, pada waktu siang suhu panas yang dicatatkan sekitar 32 darjah Celcius malah pernah melebihi 40 darjah Celcius khususnya di Padang Besar. Namun, suhunya jatuh kepada 20 darjah Celcius pada waktu malam.

Menurut orang-orang tua di Perlis, sebelum pembangunan pesat berlaku di negeri ini pada 30 tahun lalu, suhu di negeri ini lebih sejuk hinggakan minyak kelapa menjadi beku pada waktu pagi.

Berbalik kepada Pesta Angin Timur 2014, Jamil berkata, pengunjung pesta dirai seperti berada di sebuah kampung tradisional tahun 1950-an.

"Pengunjung dijamu dengan hidangan ringan dan menikmatinya dalam keadaan bersila," katanya.

Himpunan lebih 100 acara sememangnya menyeronokkan tetapi pasti pertandingan lumba kerbau besi kedengaran ganjil.

Tetapi jangan bayangkan kerbau yang dipakaikan kepingan besi terutama di bahagian kepala tetapi bagi orang Perlis, istilah itu merujuk kepada traktor pembajak sawah jenis Kubota.

Mengepam air

Pertandingan traktor pembajak sawah ini merupakan kali pertama diadakan di negara ini.

Menurut seorang pesawah di Kampung Sanglang, Hadi Amran, 35, traktor Kubota yang dikendalikan menggunakan kedua-dua belah tangan itu mempunyai sejarah tersendiri kepada pesawah di negeri ni.

PERTANDINGAN lumba Kubota merupakan acara menarik pesta ini.

----------------------------------------------------------

"Boleh dikatakan setiap pesawah di Perlis mempunyai traktor ini yang digunakan untuk membajak sawah kerana harganya sekitar RM1,000 sahaja.

"Ia bukan sekadar untuk membajak bahkan boleh digunakan untuk mengepam air dari sawah atau menyiram tanaman," katanya.

Ujarnya, bateri dan enjin traktor itu turut digunakan sebagai generator bagi menjana tenaga elektrik di rumah pesawah.

"Jika berlaku gangguan elektrik, kami cuma sambung enjin dengan lampu kalimantang ia terus menyala," ceritanya.

Terang Hadi, traktor kecil itu mempunyai pelbagai fungsi malah boleh diubah suai menjadi kenderaan untuk bersiar-siar dengan menambah tempat duduk seperti beca.

"Di negara jiran, Thailand, traktor ini ibarat teksi untuk membawa pelancong asing di kawasan perkampungan.

"Dahulu traktor ini digunakan secara meluas untuk membajak sawah tetapi kerana penggunaan traktor pembajak yang lebih besar dan moden, kebanyakan Kubota ini menjadi besi buruk kerana tidak digunakan lagi," katanya.

Kini, kerajaan Perlis mahu mempopularkan kembali pertandingan lumba traktor pembajak sawah ini dengan menjadikannya sebagai ikon baharu pelancongan negeri ini.

Sun Mar 16, 2014 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kesan Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia

Dilulus untuk paparan oleh Juragan
tranungkite.net


Tidur memang menyeronokkan setelah penat seharian, tidur adalah jawapannya. Selepas tidur badan kita akan rasa lebih segar. Namun tidur ada hadnya, tidur untuk orang dewasa adalah tidak lebih dari 8 jam. Tahukah anda tidur berlebihan boleh memudaratkan tubuh kita, ynang paling senang dapat rasa seperti Yanz kalau terlebih tidur badan akan terasa sakit-sakit serta kepala akan pening.

Memang benar, seperti yang Yanz nyatakan di atas tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya berbagai penyakit. Agar tidak kurang tidur, para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya terdapat juga keburukannya jika kita terlebih tidur.
Apa yang menyebabkan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?

1.. Penyebab Terlebih Tidur Pertama – Sleep apnea : jenis gangguan tidur di mana orang berhenti bernafas seketika ketika tidur yang membuatkan penghidapnya merasa tidak cukup tidur dan akan tidur lebih lama kerana tidurnya tidak berkualiti. Pengidap akan merasa letih dan tidak segar walaupun sudah tidur lebih dari 10 jam. Gangguan pernafasan terjadi kerana dinding kerongkong berhenti beroperasi ketika penghidap sedang tidur. Akibatnya, aliran udara di dalam tubuh terhenti sehingga penghidap terkejut dan bernafas semula.

2.. Penyebab Terlebih Tidur Ke-2 - Narcolepsy : masalah neurologis juga penyebab tidur berlebihan. Narcolepsy memengaruhi bahagian otak yang mengawal tidur. Penghidap narcolepsy ini gagal untuk menetapkan dimana dan bila waktu sesuai untuk tidur. Oleh itu dia akan tertidur dimana shaja dan bila-bila msa sahaja

3.. Penyebab Terlebih Tidur Pertama ke-3 - Stres dan Tekanan : Kedua-dua perkara ini memang mengganggu jiwa, pemikiran dan mental penghidapnya, sehingga terganggunya tidurnya dan salah satu terjadi oversleeping.

4.. Penyebab Terlebih Tidur Pertama - Keletihan : Keletihan akibat terlalu kuat bekerja, gangguan waktu tidur, hamil atau kekurangan tidur juga merupakan antara faktor penyebab utama oversleeping ini. Jika seseorang itu terlalu letih, dia tentu akan memutuskan akan tidur lebih lama, malah kadang-kadang lebih 9 jam. Ini kerana kononnya lebih tidur badan akan segar kembali.
Apakah kesan dari masalah terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
1.. Kesan terlebih tidur Pertama – Diabetes : Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.

2.. Kesan terlebih tidur ke-2 - Penyakit jantung : Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

3.. Kesan terlebih tidur ke-3 - Cepat lupa : Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.

4.. Kesan terlebih tidur ke-4 - Kemurungan : Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.

5.. Kesan terlebih tidur ke-5 - Sakit belakang : Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.

6.. Kesan terlebih tidur ke-6 - Obesiti : Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.

7.. Kesan terlebih tidur ke-7 - Kematian : Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.

8.. Kesan terlebih tidur ke-8 - Menjadi kurang menarik : Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.
Apakah Tips mengatasi Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia

1.. Pilih nada dering atau suara jam tidur yang tepat. Memilih suara yang tepat penting bermaksud supaya apabila anda bangun anda akan sedar dan lebih segar

2.. Jangan suga mengamalkan tidur-tidur ayam atau curi-curi tidur. Pilih lah masa sesuai untuk tidur, biar sebentar tetapi berkualiti.

3.. Jadualkan waktu tidur anda. Amalkan tidur pada setiap masa yang sama setiap hari. Oleh itu tubuh akan dapat diprogramkan bila waktu rehat dan waktu bekerja.

4.. Jika terpaksa menghadiri aktiviti pada waktu malam, sila atur semula jadual tidur anda supaya tidak mengganggu tugas anda ke esokkan harinya.

5.. Berjumpalah doktor yang di iktiraf dan berbincanglah masalah anda ini.
Tidur amat penting untuk kesihatan tubuh namun apa sahaja di dalam dunia ini haruslah besederhana. Perkara ini juga ada ditekankan didalam agama suci kita agama Islam supaya besederhana dalam segala hal. Di sini ingin juga Yanz kongsikan rangkaian product dari shaklee yang juga dapat membantu anda mendapat tidur yang berkualiti. Oleh itu ke esokan harinya anda akan lebih segar dan berkeyakinan menjalankan tugas seharian.

Sumber: yanzhealth.mommybizz.com
Pengedar Shaklee Anda

Sun Mar 16, 2014 5:42 pm (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Mar 16, 2014 5:42 pm (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: