Sunday, March 23, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3873

7 Messages

Digest #3873
2
Fw: Rawat denggi dengan sup ketam by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Tip Bijak Wang Beli Kereta by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Panduan kesihatan untuk lelaki by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: BANTUAN DGN PEMBELIAN RM 12.00 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Mar 22, 2014 3:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar istimewa cemerlang SPM dengan 11A
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Mohd Hadi berkongsi kegembiraan dengan bapanya, Darus.

ALOR SETAR - "Kalau kita cacat, orang tak akan nampak kita cacat kalau kita berjaya," kata Mohd Hadi Darus.

Sebagai pelajar orang kurang upaya (OKU), kata-kata semangat diberikan seorang doktor ketika merawatnya, dijadikan inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh di samping dorongan keluarga.

Kini, Mohd Hadi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dinobatkan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan keputusan 11A dalam kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK), semalam.

Anak kedua daripada lima beradik yang menulis menggunakan kaki kiri itu berkata, kecacatan tidak menghalangnya untuk menjadi pensyarah.

"Saya minat bidang pendidikan. Saya suka nak berkongsi ilmu dengan semua orang. Saya juga selepas ini nak sambung belajar dan mengambil diploma di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu," katanya.

Mohd Hadi yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan berkata, keputusan SPM memberi kejutan kepadanya apabila subjek 'digeruni' turut cemerlang.

"Saya rasa Matematik Tambahan paling susah. Dulu masa percubaan saya dapat C saja. Tapi tengok keputusan hari ini (semalam), saya dapat semua A termasuk subjek itu," katanya.

Mohd Hadi berkata, berkat dorongan keluarga, rakan dan guru-guru membantunya cemerlang dalam SPM.

"Walaupun saya kurang upaya tapi rakan-rakan banyak tolong begitu juga keluarga dan guru," katanya.

Sementara itu ayahnya, Darus Dariman, 53, berkata, kejayaan anaknya itu amat membanggakannya.

Sat Mar 22, 2014 9:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rawat denggi dengan sup ketam
By Azwa Iela | Tupai

– Pada awal tahun ini telah menyaksikan musim demam denggi semakin menjadi-jadi apabila laporan akhbar tempatan menyatakan sebanyak enam kematian telah dilaporkan akibat dari serangan demam denggi pada awal tahun lalu.

Malah, sejumlah besar kes demam denggi turut dilaporkan di seluruh negara dan ini pastinya membimbangkan anda semua.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda petua merawat demam denggi dengan sup ketam.

Ketam dikatakan sangat mujarab dalam merawat denggi dan juga penyakit chikungunya yang diakibatkan oleh bawaan nyamuk.

Ketam perlu dimasak sebagai sup dan perlu diminum serta makan isinya sekali bertujuan untuk meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan. Ini kerana pesakit denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. ketam memnpunyai kandungan protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.

Namun bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk mencari sup ketam atau tidak tahu bagaimana untuk memasaknya, di sini kami sertakan resipi untuk menyediakan hidangan ini.

Bahan-bahan

Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang

Cara-caranya

Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika.
Kemudian masukkan air, serbuk lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah
kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang yang telah diricih itu. Selamat mencuba!

Sat Mar 22, 2014 9:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jika AMERIKA berbangga dengan Diego Garcia, Malaysia juga ada satu di Pulau Layang-Layang
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
KEHEBATAN PANGKALAN TENTERA UDARA TERAPUNG MALAYSIA DI PULAU LAYANG-LAYANG

Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu. Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.

KEDUDUKAN PULAU LAYANG-LAYANG

"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing. Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau. Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.

F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ini ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.

DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.
Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.
Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.
Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.
Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.
Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly? Kubu pertahanan di Pulau Spratly
1. Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
2. Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.
3. Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta "helipad" di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.
4. Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.
5. China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.
6. Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.
7. Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.
8. Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.
9. Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.
STRATEGI MALAYSIA
10. Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.
11. Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.
12. Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.
13. Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.
14. Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.
15. Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.
16. Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

17. Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filipina sehinggalah ke Sabah.
SUMBER: DISINI

Sat Mar 22, 2014 9:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[EKSKLUSIF] Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa | WAJIB BACA !!!
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

[EKSKLUSIF] Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa | WAJIB BACA !!! | Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

gambar credit: muslimahversatile.wordpress.com

Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud:
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama.

Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah.

"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

sumber

comments:

Mohd Ridzwan Abdullah said...
Aduhai...banyaknya dosa wan kalau nak difikirkan. Bahaya dosa ngumpat nih. Jangan kata org yg ngumpat, yg dengar pun dpt benda yg sama.

Sat Mar 22, 2014 9:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tip Bijak Wang Beli Kereta

Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
telokbakong.blogspot
tranungkite.net

Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.

Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi

Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.

Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.

Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?

Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.

Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?

Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.

Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.

Formula Bank
Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.

Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.

Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.

Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.

Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.

Formula Pembelian Kereta Secara Bijak
Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.

Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai
Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.

Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.

Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!

Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Formula 2: Deposit Tinggi
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran "beli kereta tanpa deposit". Sebenarnya ia bermakna 'hutang lebih banyak'.

Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.

Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.

Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!

Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji
Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.

Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.

Boleh, tapi gunakan formula ini;

Harga Kereta = Setahun Gaji

Gaji bulanan:RM2,000

Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000

Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.

Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.

Sumber Link

Sat Mar 22, 2014 9:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Panduan kesihatan untuk lelaki
By Azwa | Tupai –
a..

– Mengikut penyelidikan atau secara umumnya, lelaki sememangnya kurang berminat untuk ke klinik membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan berbanding golongan wanita.

Terdapat statistik yang menunjukkan bahawa golongan wanita akan hidup 10 tahun lebih lama daripada lelaki kerana mereka peka dengan tahap kesihatan mereka.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan golongan lelaki di luar sana beberapa jenis ujian kesihatan yang boleh membantu anda.

Lakukan ujian tekanan darah

Berapa tinggi tekanan darah anda hari ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Tekanan di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, kerosakan otak, kegagalan fungsi jantung dan kerosakan salur darah.

Lakukan ujian kolesterol

Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL. Bagaimana untuk mengetahui tahap kolesterol anda? Sila lakukan ujian kolesterol sekarang.

Lakukan ujian BMI dan ukuran pinggang

Mengekalkan berat badan yang sihat merupakan penyelamat utama hidup anda. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Lakukan pengiraan BMI (body mass index) dan ukuran pinggang. Menerusi BMI, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti.

Lakukan ujian mengesan barah kolorektum

Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini. Sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan mengaku depan doktor anda.

Diharap dengan tips ini dapat membantu golongan lelaki di luar sana mula menitikberatkan tentang kesihatan tubuh badan anda.

Sat Mar 22, 2014 9:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



----- Original Message -----
From: hazriza

Subject: BANTUAN DGN PEMBELIAN : Melty hershey, chocolate lasagna & cadburry bars mars RM 12.00

Assalammualaikum..

Tolong publish kat grp.

Tolong kawan je,

Dia seorg ibu tunggal yg mencari lebihan rezeki utk menampung keperluan anak-2 seramai 3 org.

Semoga sedikit pembelian dr kawan-2 kat grp, dpt meringankan beban puan ariana.

Jom pakat-2 tolong.

From: ariana.zaini@yahoo.com [mailto:ariana.zaini@yahoo.com]

Assalamualaikum.. Saya ada jual melty hershey( chocolate/strawberry) RM 12.00,chocolate lasagna RM 12.00,cadburry bars mars RM 12.00. COD ipoh perak,pos pon boleh. Boleh hubunggi/whatsapp saya di talian 0195024457 terima kasih.

Melty Hershey RM 12.00

Lasagna chocolate RM 12.00

Crispy Cadbury mars – RM 12.00

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: