Sunday, May 25, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3924

3 Messages

Digest #3924
1
(no subject) by carmal_cas
2
3
Fw: Jangan Sombong Bawak Motor Besor by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat May 24, 2014 10:42 am (PDT) . Posted by:

carmal_cas


Hi! http://szaki.net/-redirect?retesy25808925

Sun May 25, 2014 1:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Akhirnya.. Peraturan cermin gelap dikaji semula
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
KUALA LUMPUR 23 Mei - Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan.

Pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman.

"Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

"Saya telah mengarahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Long See Wool untuk menganjurkan bengkel khas bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu Cermin Gelap: Ini Jawapan dari JPJ
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada aduan tuan berhubung "JPJ HARUS MESRA PENGGUNA BERHUBUNG ISU CERMIN GELAP".

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan tuan dalam isu cermin gelap. Untuk makluman tuan, peraturan mengenai cermin gelap diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Di dalam kaedah tersebut menyatakan bahawa cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% tetapi 20% daripada bahagian paling atas cermin hadapan tersebut adalah dikecualikan manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 50%.

Ini bermakna, pemilik-pemilik kenderaan dibenarkan untuk menggelapkan cermin kenderaan mereka tetapi mengikut kadar ketelusan cahaya sebagaimana yang ditetapkan.Sebagai makluman tuan, peraturan cermin gelap yang diguna pakai di peringkat antarabangsa adalah di bawah Reg.43 UNECE.

Peraturan ini memperuntukkan cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 75% dan tiada pengecualian kepada mana-mana bahagian kaca hadapan tersebut, cermin sisi pemandu dan sebelah pemandu perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin sisi belakang dan cermin belakang tidak dinyatakan tahap ketelusan cahaya kerana ia bergantung kepada persetujuan pengeluar kenderaan tersebut untuk meletakkan tahap ketelusan.

Biasanya ia di nyatakan dengan simbol V. Contohnya: V30 bermakna tahap ketelusan yang dipersetujui oleh pengeluar kenderaan tersebut adalah sebanyak 30%.

Untuk makluman tuan juga, di negara-negara yang menjadi ahli kepada WP29 (World Harmonization For Vehicle Regulation) iaitu yang mengguna pakai Reg.43 UNECE, pengeluar kenderaan adalah bertanggungjawab kepada tahap ketelusan cahaya dan juga bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan akibat daripada cermin gelap yang dipersetujuinya.

Oleh sebab itu, terdapat perjanjian yang ditandatangani bersama di antara pengeluar kenderaan dan pihak insuran mengenai fasal kemalangan yang diakibatkan oleh cermin gelap tersebut. Malaysia telah pun menjadi ahli kepada WP29 tersebut dan telah menerima pakai peraturan-peraturan tersebut secara berperingkat.

Di dalam perkara berhubung cermin gelap, Malaysia masih belum dapat melaksanakan peraturan tersebut sebagaimana negara-negara luar kerana pengeluar kenderaan masih belum ada perjanjian bersama dengan pihak insuran berkenaan fasal kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kadar ketelusan cermin gelap.

Berhubung perkara ada pihak yang dibenarkan untuk memasang cermin gelap, di dalam kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 ada memperuntukkan mengenai pengecualian terhadap kenderaan yang digunakan untuk Yang di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah, Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi, pegawai polis atau pegawai tentera yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.

Kaedah tersebut juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk memberi pengecualian secara bertulis kepada mana-mana orang. Menteri Pengangkutan telah membuat garis panduan bahawa sesiapa yang memenuhi syarat dan benar-benar perlu boleh diberi pengecualian daripada peraturan kaca gelap. Faktor-faktor yang akan dipertimbangkan adalah berdasarkan isu keselamatan dan kesihatan.

Bagi faktor keselamatan, pemohon perlu menulis surat kepada Ketua Polis Negeri mereka dan membuktikan terdapat isu keselamatan terhadap diri mereka atau keluarga mereka kerana kedudukan, pangkat, harta, persengketaan atau pernah menerima ancaman dan sebagainya. Di atas sokongan daripada Ketua Polis Negeri, Ketua Pengarah JPJ akan mempertimbangkan permohonan untuk kelulusan sebagaimana arahan daripada Menteri.

Bagi faktor kesihatan pula, pemohon perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari sama ada penyakit mata atau kulit dan sedang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan dan laporan perubatan disahkan oleh doktor pakar di dalam bidang yang berkenaan.

Penyakit yang dinyatakan mestilah merupakan salah satu penyakit yang terdapat di dalam senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tergolong dalam penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari bagi membolehkan permohonan tersebut dipertimbangkan untuk kelulusan.

JPJ sememangnya mesra pengguna berhubung cermin gelap kerana apabila sesuatu kenderaan dikesan menggunakan cermin gelap, pemilik hanya diberi Notis PG1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan bagi membolehkan pemilik menanggalkan filem/plastik hitam atau menukar kepada cermin cerah dalam masa sepuluh hari. Kenderaan tersebut perlu dibawa ke mana-mana JPJ berhampiran bagi mempastikan pemilik telah mematuhi peraturan dan membolehkan notis larangan ditarik balik.

Notis saman tidak dikeluarkan kepada pemilik yang dikesan menggunakan cermin gelap kecuali kepada pemilik yang enggan mematuhi notis larangan tersebut. Untuk makluman tuan juga, Jabatan Pengangkutan Jalan pernah berhasrat untuk menurunkan kadar ketelusan di mana cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 40%.

Namun demikian, setelah Menteri Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, banyak isu-isu penguatkuasaan yang perlu dipertimbangkan dan ditangani sekiranya kadar ketelusan sedia ada diturunkan.

Di antara isu yang di bangkitkan adalah:

(a) Menyukarkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya. Cermin kenderaan yang terlalu gelap tentunya akan mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa.

b) Menimbulkan kesusahan untuk mengesan pesalah-pesalah trafik terutamanya yang tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan, pemandu dalam keadaan mabuk, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu sambil meriba bayi atau anak kecil dan sebagainya.

c) Menyebabkan bahaya kepada pemanduan dan keselamatan di jalan raya kerana cermin gelap boleh mengelirukan pandangan sebenar pemandu terutamanya sewaktu hujan lebat dan pada waktu malam khususnya di tempat-tempat yang tidak mempunyai lampu jalan yang mana boleh mengakibatkan kemalangan. Kajian mengenai keselamatan pemanduan yang dilakukan oleh institusi-institusi keselamatan jalan raya diperingkat antarabangsa mendapati bahawa dalam keadaan biasa terdapat "blind spot" di mana pemandu tak dapat melihat kenderaan yang berada di lorong sebelah belakang kenderaannya, apa lagi jika kenderaan bercermin gelap. Pemandu yang memandu dibelakang kenderaan yang bercermin gelap juga akan jadi resah kerana tidak nampak apa yang ada di hadapan.

(d) Menggalakkan berlakunya pecah kenderaan terutamanya kenderaan mewah yang bercermin gelap kerana penjenayah mungkin beranggapan ada sesuatu yang berharga yang diletakkan di dalam kenderaan.Mengenai usul tuan tentang kesalahan-kesalahan lain yang mengundang kepada kemalangan jalan raya seperti tayar botak serta sikap pemandu sememangnya menjadi kesalahan utama yang dikenakan mata demerit dan boleh menyebabkan pemandu digantung atau dibatalkan lesen memandunya.

Modifikasi terhadap enjin tanpa kelulusan juga merupakan suatu kesalahan di bawah peraturan Kaedah-kaedah Pembinaan dan Kegunaan.Untuk makluman tuan seterusnya, JPJ tidak pernah memberi kelulusan kepada bas ekspres untuk memasang cermin gelap. Peraturan yang sama adalah terpakai kepada bas ekspres. Sebelum ini, Kementerian Pelancongan meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk tidak mengambil tindakan ke atas bas-bas ekspres sempena tahun melawat Malaysia yang di lanjutkan sehingga tahun lepas.

Mengenai perbandingan dengan negara-negara maju, mereka di iktiraf sebagai negara maju bukan sahaja kerana kemajuan perindustrian dan ekomoni, malah kerana sikap dan mentaliti rakyat mereka juga adalah jauh lebih tinggi dari negara-negara membangun seperti Malaysia.

Contohnya, di Jepun dan Eropah, kesedaran mengenai keselamatan sememangnya menjadi perkara utama di dalam kehidupan harian mereka. Pemandu akan memakai tali pinggang keledar keselamatan sebaik sahaja bersedia untuk memandu, anak-anak mereka dididik untuk memakai tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk belakang dan ia telah diimplimentasikan semenjak tahun 70-an tanpa perlu dikuatkuasakan oleh badan penguatkuasa trafik kerana mereka mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan.

Berbeza keadaannya di Malaysia di mana pemandu dan penumpang hanya akan memasang tali pinggang keledar keselamatan apabila ternampak anggota JPJ atau Polis. Di Eropah malahan juga Singapura, setiap kenderaan mempunyai alat seperti 'smart tag' yang ada di negara kita cuma tol mereka tidak mempunyai palang dan tiada siapa yang melakukan kesalahan melepasi tol tersebut jika tidak mempunyai 'smart tag' , senario ini amat berbeza sekali dengan negara ini. Ia adalah disebabkan rakyat di negara mereka sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menuju ke arah itu rakyat Malaysia perlulah menanamkan sikap dan mentaliti yang sebegitu juga.

Untuk makluman tuan, Jabatan ini menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya, yang mana ianya telah digubal setelah dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah dipersetujui sebelum diwartakan menjadi undang-undang.

JPJ sentiasa mengkaji dan mengemaskini Akta dan Kaedah selari dengan keperluan dan kehendak semasa. Mengenai persoalan 'nombor spray' atau 'nombor tidak timbul' yang tuan utarakan, kenderaan Singapura menggunakan teknik yang mana nombor di emboss di atas plat dan ianya timbul. JPJ juga sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem plat pendaftaran seperti Singapura dalam usaha memperketatkan penguatkuasaan sepertimana yang dilaksanakan oleh Singapura.

Sekian terima kasih.

Bahagian Penguatkuasa,
Ibu PejabatJabatan Pengangkutan Jalan
Putrajaya.

Comments
aku ·

selalu juga nampak para polis peronda berkereta tidak memakai tali pinggang keselamatan...

Maha Garu ·
Polis "tak pa",
Menteri "tak pa",
Anak Menteri "lagi tak pa"

Malaysia tanah airku......

Ikau ·
pernah tgk gak...

JIHA-DISC ·
malaysia adalah sebuah negara yg paling bengong dlm menetapkan undang2 .....banyak peraturan2 yg paling mengarut dilaksanakan...perkara2 yg x mendatangkan dosa SIBUK utk di kuatkuasakan tapi hudud yg jauh lebih penting di sepak ke tepi kalau mempunyai pemerintah yg bengong maka perkara2 yg bengong akn di laksanakan

Ikau ·
kreativi dimalaysia terhad... xblh modified keta sesuka hati... lihat lah rancang2an TV.. korea, us kreativiti permotoran dah jauh lebih maju..

umnopenipu ·
Apa macai nak spin pulak kali ni
Benci dengan pap yang memerintah singapore
Tapi guna pakai pulak kaedah yang digunakan nya
Copy cat

JIHA-DISC ·
staff2 JPJ sendiri pun x ikut peraturan....bukan nk menfitnah sila pergi ke pejabat2 JPJ seluruh negara....cermin gelap, no. plat ...mcm2 ada !!

ex-pas ·
orang terjun masuk lobang taik, ko pun sama nak masuk lobang taik ke?? apa daa...

MyEmail ·
dah dorang wat peraturan, dorang la yang sepatutnya yang pertama2 mengamalkan. apa la ko neh.

JIHA-DISC ·
org2 baik dn jujur bekerja memang x boleh hidup dlm kerajaan umgok BABI-N....sesiapa yg cuba melawan arus akn di cantas...apa sudah jadi dgn pegawai tinggi kastam yg di tembak mati baru2 ni...???? MATI KATAK la dia

Aku Dah Peduli ·
Kan dia orang tu raja di M'sia...kebal undang2! Tak tau lagi ker?

ex-pas ·
betul....peguam bakal rakyat pun langgar undang2..mmg kebal

umnopenipu ·
Yang terang terang dah jatuh hukum pon belum lagi masok penjara
Bila nak masok da

Ayiee ·
salam satu malaysia....saya nak bertanya bagaimana pula dengan kereta yang di import seperti toyota wish, estima yang cermin gelap asal, bukan yang di tampal filem, mohon penyelasan...

Mud ·
kalau ikut standard UNECE REG 43, Light Transmission >= 75% ikut procedure ISO 3538 ( Europe ), Jepun ngan US >=70%, kalau JPJ dah cakap ikut 70%, aku rasa x kira le gelap asal atau film. Dan lagi satu aku nak tambah JPJ pon belum ikut UNECE REG 43 100%( mungkin berperingkat ), yang ada kat atas tu undang2 sendiri yang mana lagi longgar dari Unece dan ANSI Z26.

Jumaat ·
Keadaan cuaca sepatutnya kena ambil kira juga kalau pun nak ikut standard tu... kita buat perbandingan dengan negara-negara spt Europe dan Jepun cuaca mereka ada ke sepanas disini?

nonama ·
malaysia ni negara pariah...

ex-pas ·
dalam hal ni aku setuju dgn JPJ... JPJ knows best sbb malaysian mmg jenis tak patuh undang2 jalanraya , tengok je samseng langgar lari..kan cermin gelap tuh

neosaladin ·
YDP,Menteri dan masalah kesihatan dan keselamatan. Tapi anak menteri tak terkecuali sbb mereka ni kebanyakannya kepala penjenayah.....

MyEmail ·
apa plak kaitan samseng langgar lari dengan cermin gelap? kalo mcmtuh, ertinya ko kutuk menteri2 kita semua samseng lanngar lari la? ko pembangkang ek?

MRR ·
Berapa banyak negara yang tandatangan REG 43 UNECE ni....kalau kita tengok kat negara-negara jiran Thailand dan Indonesia...tiada masalah dengan pemasangan cermin gelap ni...negara2 maju lagilah....Thai dan Indon ni lebih maju ker dari M'sia...?? kajian2 yang mengatakan penggunaan cermin gelap mengakibatkan kemalangan dan peningkatan kes curi..bagi lah statistik...jangan cakap ikut sedap...nak cari sangat yang pakai cermin gelap nie..pergi kat kawasan Ibu Pejabat JPJ pun melambak...rasanya mereka2 tu tak der pulak dalam kategori golongan yang diberi pengecualian pasal cermin gelap...nak laksanakan undang-undang biarlah adil untuk semua...jangan hanya penguatkuasaan untuk golongan tertentu sahaja....

koko ·
kat singapore, rkyt tak langgar palang tol..sebab patuh ke....sebab kalo buat tak leh nk kowtim..

norliah abdullah ·
Setuju dgn jawapan JPJ tu. Tepat dan padat. Mentaliti rkyat msia masih tahap afrika dn sewaktu dgnnya bila dijlnraya. Yg letak anak celah kangkanglah sb nk jimat bli car seat. Yg naik motor 3, 4 orglah. Degil masih guna hp masa memandulah. Ramai kutuk org barat tp trus terang sy katakn baru 3 tahun dok di england, sy lebih bnyk alami kejutan budaya bila balik msia sb org msialah yg bnyk pentingkan diri sendiri dn tiada simpati sesama manusia dlm bnyk hal apa lg dgn haiwan. Perkataan terima kasih dn mendahulukan org lain memang takda dlm kamus hidup org msia. Tanyalah sesapa yg pernah bermastautin di barat, inilah yg mereka rasakan.

no2ajal ·
ada peraturan kuatkuasa saja la dimana perlu

ajak ·
" Bagi faktor keselamatan, pemohon perlu menulis surat kepada Ketua Polis Negeri mereka dan membuktikan terdapat isu keselamatan terhadap diri mereka atau keluarga mereka kerana kedudukan, pangkat, harta, persengketaan atau pernah menerima ancaman dan sebagainya. Di atas sokongan daripada Ketua Polis Negeri, Ketua Pengarah JPJ akan mempertimbangkan permohonan untuk kelulusan sebagaimana arahan daripada Menteri"

NAK KENA TUNGGU ANCAMAN & BUKTI BARU BOLEH PAKAI CERMIN GELAP? ITUPUN BELUM TENTU LULUS. BUKANKAH SETIAP HARI KITA DENGAR PENJENAYAH PECAHKAN CERMIN KERETA UTK MEROMPAK KETIKA MEMANDU, SEMUA INI SEBAB PENJENAYAH DAPAT KENAL PASTI MANGSA & LOKASI BARANG DI DALAM KERETA KERANA CERMIN TIDAK GELAP!

LAGI SATU, UNDANG2 NI DOUBLE STANDARD KERANA HANYA SEGELINTIR SAHAJA YG DIBENARKAN CERMIN GELAP....MURAHNYA NYAWA ORANG YANG TAKDE DALAM GOLONGAN INI..

ex-pas ·
orang yg berkepentingan perlu dilindungi la cai...ini standard mana2 negara pun ..ko tak penting.. tak perlu cermin gelap pun tak pe

atoaotai ·
ni lagi satu saya nak cakap,penggunaan talifon semasa memandu kan dah ada akta tapi kenapa tak jalan kan,lebih dasat lagi boleh main SMS ketika memandu.Yang dasat lagi tengah bawa matosikal pun boleh main SMS.Apa tindakan JPJ ?

ex-pas ·
takkan nak letak penguatkuasa jpj sepanjang jalanraya dan setiap lorong cai

undang2 diadakan untuk kita ikut bukan bila ada penguatkuasa tunggu tepi jalan baru terhegeh-hegek nak ikut

Bonggok najib ·
ko panggil atok ko ganti peg jpj tepi longkang bwhtu byk kangkong...jwbpan yg bonggok

atoaotai ·
UNDANG2 apa bila tahah, bukan minta lesen, dia tanya berapa boleh kasi....RM kalau tak,tak kan banyak mat2 indon dan bangla boleh memandu kat M'sia ni tak payah ambil lesen,yg kena ambil lesen orang2 M'sia sahajaaaaa..

Rice ·
Macai PR ni apa sahaja ulasan dari jabatan kerajaan semua kana di tentang dan di persendakan ,, fikir lah secara logik,,, mentang mentag lah ramai macai PR pandai ckapa sebab mrk sendiri mungkin tak ada kereta atau lasen kereta ,, mrk semua layak bawa kereta lembu atau yg merempat suka pada warna hijau boleh lah bawa keta tolak minta sedekah letak tin Milo,,

Bonggok najib ·
Cko ingat bbapa ko je ada kereta tuperkara asas ngok...ko cuma ada kereta malascia kot ni emburu kehadinran Panda punca pemuda UMNO menggana... tak pyh syok se ndiri mcm standard umno ...huh.

Jaiho ·
Di Malaysia.. nak custom kereta pun x blh... kena JPJ.. lihatlah Korea, Jepun, US ke... mcm2 custom keta blh buat...

ian ·
Yg peliknya kereta recond Jepun ni lepas kat PUSPAKOM tp bila JPJ roadblocks, tak lepas....bukankah kedua2 party ni dari satu department atau aku yang bangang tak tau tentang letak duduk department kat Malaysia ni? Pakcik gilo memikirkan bondo ni!

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

Sent: Sunday, May 18, 2014 12:23 AM
Subject: Fw: Operasi cermin gelap dan nombor plat

Cermin gelap: Saman juga pemilik kedai
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
HAMBALI AKRAM .

PDRM mengumumkan bahawa akan menjalankan operasi besar-besaran untuk menyaman pemilik kereta yang menggunakan cermin gelap dan nombor plat yang tidak menepati spesifikasi. Pemilik diberi tempoh sebulan untuk menukarnya kepada bentuk standard.

Bagi saya, perkara ini merupakan ulangan kepada perkara yang sama. Secara dasarnya saya bersetuju dengan tindakan PDRM itu.

Namun, untuk lebih berkesan mengurangkan kesalahan ini daripada dilakukan, saya mencadangkan agar bukan sahaja pemilik kenderaan yang disaman, malah pemilik kedai juga dikenakan tindakan undang-undang.

Jika PDRM dan agensi kerajaan berpendapat kedua-dua kes di atas boleh menyusahkan pihak berkuasa menjalankan tugas, maka tindakan menghalangnya boleh dipanjangkan kepada pekedai juga.

Jika tindakan ini lebih menyeluruh, saya berpendapat tiada lagi kedai yang mahu memasang cermin gelap yang melebihi had dan nombor plat yang tidak megikut spesifikasi. Dalam kes cermin gelap (gelap sepenuhnya), pekedai hanya akan memasang cermin gelap tersebut jika pemilik kenderaan mendapat kebenaran atau lesen daripada JPJ atau agensi kerajaan yang berkaitan.

Jadi, selepas ini tidak timbul lagi kenderaan awam yang memasang cermin gelap dan nombor yang tidak mengikut spesifikasi.

Pada masa yang sama agensi kerajaan melalui media massa boleh memaklumkan secara berkala tentang had cermin gelap yang dibolehkan, contohnya tidak melebihi 50 peratus bagai kenderaan awam.

Saya bimbang operasi yang bakal dijalankan akan disalahtafsir oleh rakyat bahawa kerajaan mahu mengutip wang dengan cara mudah melalui saman yang dikenakan.

Undang-Undang Cermin Gelap Untuk MPV merupakan undang-undang paling bangang di Malaysia
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Rakyat M@rhaen...

Cermin gelap pulak depa nak buat operasi.... Gua bab cermin gelap nie jika nak saman kereta gua tak dak hal tapi jika pada pengguna mpv yg mana cermin di blkg gelap dan kena saman gua bantah la sebab area blkg tu konsider mcm kwsn simpan barang jika gelap ia memang sesuai utk mengelakkan penyamun dan penyangak dok usha barang kat blkg tuu....

Jika cermin depan tak boleh gelap lantak laaa....itu kami tak kesah..yg kami tekankan bahagian belakang sahaja....dan jika nak ambik tindakan kat kereta pun kami tak kesah sebab kereta ada 'pungkoq' belakang yg terkunci dan terlindung dari pandangan manusia....

tapi bab nie polis dan menteri yg dok buat undang2 tak nampak.. depa main pukoi rata jaa almaklomlah depa boleh pakai cermin gelap kita rakyat besa nie jadi hamba mesin cetak duit kat depa...macam taik undang2 negara bab cermin gelap nie...



Denda RM300 cermin gelap, plat tak ikut spesifikasi
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi perlu menukar kepada yang mematuhi peraturan selewat-lewatnya 15 Jun ini.

Polis akan melancarkan operasi pemeriksaan besar-besaran bermula 16 Jun yang mana denda maksimum RM300 akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan itu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi serta cermin yang terlalu gelap menyukarkan polis untuk mengecam penjenayah.

Sukar jejaki penjenayah

Apabila berlaku kes seperti ragut, samun dan bunuh, adalah sukar untuk mangsa atau saksi mengecam nombor pendaftaran yang digunakan suspek. Secara tidak langsung sukar untuk menjejaki suspek.

Begitu juga dengan cermin yang gelap yang menyukarkan pandangan pihak berkuasa untuk mengetahui kemungkinan terdapat penjenayah yang dikehendaki atau barangan terlarang di dalam sesebuah kenderaan, katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengenai persoalan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap penjual, Mohd Fuad berkata polis akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Operasi cermin gelap dan nombor plat mulai 16 Jun
telokbakong.blogspot
warkahdaily.blogspot
Posted by Admin

Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

"Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Namun beliau berkata penggunaannya perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. –Bernama

Pengguna Tinted Kena Baca Ni,Kalau JPJ Saman,Kemuka kan Fakta Ini
kitabantai.info/

ISU TINTED GELAP: SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT |

Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.

Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Penggunaan tinted gelap sebenarnya adalah untuk mengelakkan cuaca panas dan kehilangan barangan berharga.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ mengkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya:

APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?

Jika BOLEH:

Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.

Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.

Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan 'nombor spray' atau 'nombo tidak timbul' juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.

Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.

Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.

Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.

sumber

Sun May 25, 2014 1:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jangan Sombong Bawak Motor Besor
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua..

Aper yang gua nak tulis nih mesti akan menyebabkan amarah kat biker yang bawak motor besor... Superbikes... Dual Purpose.... Easy Riders dan Replica Race....

Tolong jangan sombong bawak motor besor...

Pasai aper gua tulis camnie... Sebab kebanyakan bikers yang baru-baru pakai dalam 5 atau 6 tahun nih motor besor memang jenis bangang dan sombong berlagak...

Jalan dalam bandar pecut macam kat litar sampai 180km/j.... Kalo atas lebuh raya takper la... Ini tak.. Depan sekolah ka... Depan rumah ibadat ka... Bedal semacam jer bawak motor besor macam gampang...

Macam la orang lain takder motor besor dan takder lesen B Full... Bodoh dan bangang... Undang-undang jalanraya takmo nak ikut... Harap banyak duit jer... Tapi akai takdak...

Gua dulu pon pakai Superbike gak... Lesen B Full tahun 1985 lagi... Amik kat JPJ Ipoh... Cuma motor gua hilang kena curik kat Shah Alam Seksyen 7 dulu...

Tapi takder la gua bawak motor laju giler kat jalan dalam bandar atau kampung... Masih lagi ikut speed limit... Konar tetap lagi baring cecah lutut...

Takder la macam bikers yang baru setahun jagung bawak motor besor nih... Laju macam gampang... Tak ingat nak mati... Kalo dier sendiri mati takder hal la... Jangan la sebabkan orang lain yang mati...

Bodoh lagi gampang...

Macam kes kat bawah nih di Kemaman hari nih... Kawasan 60km/j dibedal speed 140km/j.... Tue nasib baek bikers yang jalan... Bukan orang lain yang "jalan" ... Cuma bikers tue jer...

Sori aaa... Bawak motor besor tue jangan la berlagak macam jalan tue tok nenek lu orang yang punya...

Gambor mangsa ngan "awek" atau "bini" dok meratap gua takmo nak letak... Gua still hormat sama jenazah... Cuma perangai bawak motor macam gampang laju tak hingat tue yang gua hangin...

Kepada bikers yang nak flame gua... Ader brani bawak la motor lu masuk litar... Kiter tengok lu ader telor ker idak amik lap...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2014/05/jangan-sombong-bawak-motor-besor.html#ixzz32e0vL2Oe
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: