Wednesday, July 1, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4241[1 Attachment]

4 Messages

Digest #4241

Messages

Tue Jun 30, 2015 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Kandung Dedah Serah Nur Zuliana Sebagai 'Syarat' Cerai Dengan Suami
siakapkeli.my

KOTA BHARU: Ibu kandung kepada kanak-kanak yang didera Nur Zuliana Zaara Zulkifli mendedahkan dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada suami sebagai syarat penceraian mereka pada 2013 yang lalu.

Sana Abdul Malek memberitahu punca penceraiannya dengan suaminya itu kerana sudah tidak tahan menjalani kehidupan berumah tangga.

"Saya tak tertanggung lagi untuk menjalani kehidupan dengannya; Saya terpaksa memberikan anak perempuan saya kepadanya sebagai syarat untuk bercerai," kata wanita keturunan Thai-Muslim yang menetap di Pasir Mas, sepertimana memetik laporan mStar.

Malah keputusan menyerahkan Nur Zuliana juga adalah perjanjian peribadi diantaranya dan suami, sekaligus bukan perintah mahkamah.

Doktor sebelum ini mengesahkan Nur Zuliana cacat kekal selepas mendapati 13 tulang kanak-kanak berkenaan telah patah akibat didera. -Siakapkeli.my

Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk
siakapkeli.my

KOTA BHARU: MAngsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, disahkan oleh pihak hospital telah mengalami kecacatan kekal selepas mengalami patah 13 tulang termasuk tulang belakangnya kerana didera oleh ibu tiri.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kecacatan yang dikesan dihadapi oleh Zuliana ialah bongkok kerana masalah tulang belakang dan tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, kecacatan ini berlaku kerana mangsa tidak pernah menerima sebarang rawatan sejak daripada awal sebaliknya dibiarkan sembuh sendiri kira-kira enam bulan lalu.

"Terdapat 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan."

"Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

"Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya," katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Zuliana dipercayai telah didera oleh ibu tirinya semasa tinggal di rumah bapanya di Rantau Panjang dan kejadian ini disedari oleh ibu kandungnya selepas cuba mengambil Zuliana.

Mangsa juga dibiarkan tanpa mendapat rawatan setelah didera setelah tinggal dengan bapa dan ibu tirinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Ghazali lagi, usaha untuk merawat Zuliana yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud sedikit mengalami kesukaran selepas kanak-kanak malang itu kini dalam keadaan truma yang teruk.

Dia dikatakan mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya telah susur sebanyak 15 kilogram iaitu bersamaan dengan berat budak 3 tahun.

"Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan," katanya. - Siakapkeli.my

Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari
siakapkeli.my

Pasir Mas: Sepasang suami isteri yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini telah ebrjaya ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini yang merupakan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak malang berkenaan berusia 39 dan 25 tahun telah berjaya ditahan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa telah mengeluarkan perintah tahanan reman kepada mereka selama 4 hari bermula khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak ini telah didera oleh ibu tirinya selepas sehingga patah tulang belakang, kurus kering dan terdapat parut dan luka seluruh badan selepas di ambil oleh ibu kandungnya di rumah bapa kanak-kanak tersebut di Rantau Panjang.- Siakapkeli.my

Kes Kanak-Kanak 5 Tahun Didera : Polis Kelantan Giat Buru Bapa Dan Ibu Tiri
siakapkeli.my

KOTA BHARU: Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun didera ibu tirinya, pihak polis kini giat mengesan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan yang masing-masing berusia 40 dan 25 tahun itu dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Thailand.

Sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk menangkap pasangan suami isteri itu.

"Kecederaan mangsa serius dan kita jalankan siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan kita akan jalankan tangkapan kepada penjaga dia iaitu bapa dan ibu tirinya.

"Buat masa ini kita sedang buru mereka. Kita pandang serius kes ini kerana kes penderaan menyebabkan kanak-kanak ini tidak seperti kanak kanak lima tahun kerana tidak bagi makan dan seluruh tubuh ada kecederaan sampai ke kepala," katanya memetik laporan Astro Awani.

Mazlan terlebih dahulu mengadakan lawatan ke atas kanak-kanak berkenaan di wad pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II siang tadi.

Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin berusia 5 tahun dilaporkan telah mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didera oleh ibu tirinya.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.

Nur Zuliana dijaga oleh ibu tirinya selepas bapa dan ibu kandungnya berpisah sejak 2013.

Mazlan dalam pada itu memberitahu berat badan mangsa susut dipercayai tidak diberi makan, malah badannya juga dipenuhi kecederaan lama dan baru.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. -Siakapkeli.my

Tue Jun 30, 2015 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah Hampir Dirompak di RnR Gua Musang 27 Jun 2015 (taktik cungkil tingkap)
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
Famili Ceria
Kisah Hampir Dirompak di RnR Gua Musang 27 Jun 2015 (taktik cungkil tingkap) - Kejadian ini berlaku awal pagi (27/06/2015) di RnR Baru Gua Musang .

Baru je terjadi pada saya dan husband. Malam ramadan ke-10, otw dari KL nak balik kampung husband kat Kelantan. Disingkatkan cerita, kami berhenti di RnR Gua Musang yg baru utk buang air, waktu tu lebih kurang 10pm. Mmg betul2 Allah lindungi kami sbb sblm turun sy tanya pd husband nak berhenti solat x? Dia jwb xpela kita solat sampai kt rumah nanti.

Jadi kami berdua turun ke toilet, selesai hajat dunia, saya balik semula ke kereta dan sy nampak husband tgh keluar dari kereta, dia pergi check bonet (husband sampai dulu kat kereta). Sy tanya knp? Dia jwb "takde ape" Nak jd kisah, sebelah kereta kami tu ade satu proton saga lama warna kelabu/hijau metalic (not so sure sbb gelap). Ade bdk perempuan umur around 16-19, mcm mengintai kami, sy tak syak apa2 langsung waktu tu. Lepas tu satu part ni bila dia bukak pintu tgk kami pastu dia tutup balik pintu, sy ingat dia nak keluar tp xlepas sbb dia parking rapat gila dgn kereta kteorg. Jadi sy berlari2 anak cepat2 masuk kt kereta sbb nak bagi ruang kt bdk sblh ni keluar. Ms sy berlari tu, dia cepat2 tutup pintu. Yg peliknya, dia tak keluar pon lepas tu! Kejadian seram bila driver proton saga tu yg cermin nya tinted gelap, dia bukak separuh pastu pandang sy, muka dia seram kot! Lama dia ushar je sy. So dlm hati xde ingat apa2 lg, positif lagi.

Sampai lah bila kteorg nak keluar dari parking tu, dlm 100meter lps tu, sy berpaling ke kiri nak tarik seatbelt, tgk tingkap belakang terbukak! Jadi ckp lah dgn husband "awak terbukak tingkap ni dari tadi ke?" dia tak cakap byk terus berhenti n keluar dari kete n check barang2. Alhamdullilah semua ada tapi tingkap yg terbukak tu ade kesan kena cungkil!!

Terus lah husband bukak mulut yg dari tadi ckp "takde ape" tu bercerita, dia kata dia dah mmg syak dgn kereta saga tu, sbb ms dia mula2 sampai kat kereta ade bunyi "bammm" yg sgt kuat mcm ade org ketuk, tu yg dia g check bonet. Terus sy plak buat kesimpulan dari scene bdk tu ngendap kami, bukak tutup bukak tutup pintu tu, maybe time tu dia dah ready nak grab handbag sy yg ada kat seat blkg. Tapi mungkin sbb kami yg dok kat bonet ni yg mcm dekat sgt dgn dia yg buat dia cuak nak buat keje syaiton tu. Mungkin jgk dia sengaja ketuk belakang kereta, nak biar husband keluar dan masa tu dia boleh grab handbag kt blkg. Ms ni Demi Allah sy sgt bersyukur sbb Allah izinkan sy tiba di waktu yg betul, berdiri di tmpt yg betul, maybe jgk sbb kami berdua berdiri blkg bonet tu buat bdk tu berkira2 nak rembat brg kt blkg. Allahuakbar, bulan2 puasa ni, ade jugak nak buat keje haram ni.

Pls dear family and friends, tolong lah berhati2 bila berhenti di mana2 RnR ni, org jahat, kerja jahat ni merata, dorg tak penah letih buat keje haram.

Sumber - Nazrila & Faiz

Tue Jun 30, 2015 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pelajar Sekolah Maut Digilis Lori
siakapkeli.my

Seremban: Seorang pelajar sekolah perempuan berusia 17 tahun maut setelah digilis oleh sebuah treler dalam satu kemalangan yang berlaku di Kuala Pilah berhampiran Ampangan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.50 pagi itu, Dina Shuhadah Ahmad Faris, pelajar sekolah tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dikatakan menunggang motosikal untuk ke sekolah.

Motosikal mangsa hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta di bahagian belakang.

"Akibatnya mangsa terjatuh sebelum digiris treler membawa muatan batu konkrit. Mangsa mengalami kecederaan di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun. - Siakapkeli.my

Allahu Akbar!!! Ibu Muda Maut Dirempuh Pacuan 4 Roda Ketika Hantar 2 Anak Ke Sekolah.. Al Fatihah!!!
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

2 anak mangsa cedera parah dan dalam sekelip mata kehilangan ibu buat selama-lamanya.

Dungun: Seorang ibu berusia 37 tahun maut, manakala anaknya berusia lapan tahun kritikal selepas motosikal mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Pulai Serai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.55 pagi itu, Juzalina Johari, 37, yang berasal dari rumah murah Pulau Serai meninggal dunia di tempat kejadian.

Nur Effy Elysha Azmi Sham kritikal, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Shah Ikhwan, 11, cedera ringan.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar kedua-dua anaknya itu yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah pacuan empat roda dari arah Dungun ke Kuala Terengganu dikatakan terbabas sebelum merempuh motosikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. -METRO

Mayat Juzalina ditutup dengan kain selepas dirempuh kenderaan Isuzu D-Max di Kilometer 71.6 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Dungun semalam.MOTOSIKAL jenis Honda yang dinaiki mangsa.

KENDERAAN pacuan empat roda jenis Isuzu D- Max yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar dua orang anaknya ke sekolah di Kampung Pulau Serai, Dungun, Terengganu, semalam .

Wanita maut dirempuh pacuan empat roda
Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 71.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Pulau Serai, di Dungun hari ini.
Dalam kejadian 7.05 pagi itu, Juzalina Johari, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.
Ketika kejadian, ibu kepada empat cahaya mata ini dalam perjalanan menghantar dua anaknya Nur Effy Elysha Azmi Sham, 8, dan Muhammad Shah Ikhwan Azmi Sham, 12, yang menuntut di sekolah berkenaan.
Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang dipandu pemuda berusia 23 tahun dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki 3 beranak tersebut.
Susulan rempuhan tersebut mengakibatkan murid perempuan darjah dua itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki manakala abangnya hanya cedera ringan pada bahagian tangan.
Pemandu kenderaan empat roda itu yang berasal dari Kampung Seberang Baruh Kiri, Kuala Terengganu turut mengalami kecederaan di bahagian dada dan bahu.
Bapa mertua mangsa Mahmad Jusoh, 61, berkata menantunya itu telah berjanji untuk menemaninya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Dungun hari ini.
"Semalam mereka sekeluarga datang berbuka puasa di rumah kami di Kampung Seberang Pintasan dan sempat menyediakan ikan bakar sebagai juadah berbuka. Sebelum pulang ke rumahnya dia berpesan untuk menjemput saya pada 7.30 pagi.
"Pagi tadi saya tunggu dia sampai 7.40 namun tidak muncul-muncul sebelum adik saya datang ke rumah dan memaklumkan menantu dan cucu saya terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Dungun.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan insiden tersebut.
Katanya mayat mangsa yang berasal dari Pulau Serai itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala kesemua mangsa yang cedera juga turut menerima rawatan di hospital sama.
"Anak perempuan mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana kecederaan parah bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
– Bernama

Tue Jun 30, 2015 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Mangsa nekad kejar peragut
bloglist-malaysia.blogspot
batuvskayu.blogspot

LUBOK JONG - Seorang Pembantu Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Lubok Jong nekad mengejar sambil menjerit ke arah seorang pemuda, yang meragut dompetnya dekat simpang tiga Pondok Polis Repek, jam 2 petang semalam.

Mazrina Mazlan, 26, berkata, dia baru sahaja mengambil adik sepupunya yang berusia sembilan tahun di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, dia terkejut apabila lelaki berkenaan mengambil beg yang diletakkan di dalam raga motosikalnya.

"Saya terlalu terkejut dan geram dengan tindakannya sehingga saya menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya dan hampir dilanggar kereta dari arah bertentangan.

"Ketika itu sebuah kereta Unit Pencegah Penyeludupan mendengar jeritan saya, turut mengekori suspek sehingga ke Kampung Tali Sauh, Lubok Jong berdekatan Taman Tengku Anis," katanya.

Namun Mazrina berkata, mereka mendapati motosikal yang digunakan oleh suspek terbalik di kawasan semak manakala suspek berjaya melarikan diri.

Tidak lama kemudian, Mazrina berkata, atas bantuan penduduk kampung, suspek berjaya ditahan dan mendapat semula dompet berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, seorang pemuda ditahan penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Menurutnya, suspek berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Suspek yang panik selepas mendapati diekori pihak berkuasa, disyaki terjatuh dari motosikal, mengalami patah tangan kiri, patah pergelangan tangan kanan cedera di bahagian atas kepala dan luka pada betis kaki kanan.

"Kes ini disiasatan mengikut sekyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun," katanya.

Kejadian Pembuli Jalanan Tarik Rambut Dan Maki Pengguna Jalanraya Lain
siakapkeli.my

Lagi kes samseng jalanan, kali ini melibatkan pemandu sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang berjaya dirakam di mana menujukkan aksi manrik rambut dan tolak menolak selain maki hamun.

Kejadian dikatakan berlaku di USJ 1, belakang pusat membeli belah Summit, Subang Jaya pada Ahad, 28 Jun kira-kira jam 1 tengahari dimana menunjukkan seorang lelaki telah memaki hamun pamandu kereta lain gara-gara tidak berpuas hati denagn pemandu kereta tersebut.

Pada awal video berkenaan yang berdurasi 3:03 minit menunjukkan kereta mereka seperti berhimpit-himpit dan kemudian kereta kuning berkenaan pergi dahulu.

Apabila sampai di kawasan sesak, pemandu Nisaan berkenaan kelaur dengan menghamburkan kata makian dan terus pergi ke arah pemandu kereta berkenaan dan menarik rambut.

Pemandu berkenaan juga dilihat menampar muka lelaki berkenaan tetapi ti dak di lawan. Kelihatan seorang lelaki lain yang memerhati kejadian berkenaan telah mendaaptkan mereka.

Apabila sampai dia bertindak menutup pintu kereta Nissan berkenaan dan cuba menolak pemandu tersebut.

Bagaimanapun tindakan itu membuatkan seorang perempuan keluar dari kereta Nissan berkenaan dan cuba mempertahankan suaminya.

Orang ramai mula berkerumun dan diliaht pemandu Nissan itu sekali lagi mengeluarkan kata-kata ke arah lelaki berkenaan.

Akhirnya kes tersebut diliaht selesai selepas mereka diliaht masuk ke dalam kereta msing-masing dan berlalu pergi. - Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: