Friday, July 24, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4254[1 Attachment]

10 Messages

Digest #4254
2
3a
Fw: Gerabak Tren LRT Terbakar by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3b
Re: Fw: Gerabak Tren LRT Terbakar by "muhamad zuki bin abdul kadir" myv183
4
6
Fw: Rokok Elektronik Bahaya Ke Tak? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Buat Peringatan Dan Renungan SEMUA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Anak Derhaka Belasah Ibu Sendiri by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
Fw: Cebisan Al-Quran Tertua Dunia Ditemui by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Jul 23, 2015 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kanak-kanak 3 Tahun Hancur Pergelangan Tangan Tersepit Eskalator

siakapkeli.my

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun terpaksa menahan kesakitan selama 30 minit sebelum diselamatkan oleh bomba apabila tangannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat membeli belah disini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang Rabu itu menyebabkan mangsa, Ng Wei hancur tangannya.

Bapa mangsa, Ng Juen SHen, 34 berkata anaknya memegang bahagian tepi eskalator sebelum dia terdengar bunyi meletup.

Dia kemudian melihat tangan anaknya tersepit di dalam eskalator terbabit.

"Dia duduk, baru masuk tangan di dalam. Emak dia tarik tangan dia. Lepas itu dia duduk, tangan dia letak dan sangkut di dalam.

"Tangan dia hancur; lima jari semua hancur," kata Juen Shen memetik laporan Astro Awani.

Pasukan perubatan yang bertanggungjawab mangsa berkata tangan mangsa parah hingga ke pergelangan tangan dan berkemungkinan akan dipotong. - Siakapkeli.my

Thu Jul 23, 2015 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Satu Keluarga Nyaris Maut Selepas Dirempuh Honda City Dari Arah Bertentangan

siakapkeli.my

Kemalangan sering terjadi bukan sahaja atas kecuaian diri sendiri, namun ia boleh juga disebabkan oleh sikap sesetengah pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau dashcam ini, menunjukkan bagaimana sikap pemandu Honda City membawa dengan terlalu laju hingga hilang kawalan dan hampir saja meragut nyawa sebuah keluarga.

Rakaman itu bertarikh 22 Julai baru-baru ini.

Pada mulanya keluarga berkenaan yang menggunakan lorong kanan sedang memotong sebuah lori treler di Lebuhraya Gambang menuju ke Kuantan.

Namun secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda City dari arah bertentangan dan terus merempuh masuk laluan mereka.

Kejadian tersebut lantas mengejutkan kesemua ahli keluarga yang berada di dalam kereta itu dan terdengar jeritan, selain ucapan kalimah Allah dan istighfar.

Ternyata Allah SWT masih memanjangkan umur kesemua ahli keluarga di dalam kereta itu walaupun tindakan memandu secara laju seperti yang ditunjukkan oleh pemandu Honda City itu boleh membawa maut kedua-dua belah pihak. -Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Jul 23, 2015 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gerabak Tren LRT Terbakar Berhampiran Stesen Setiawangsa & Stesen Universiti

siakapkeli.my

LRT terbakar berdekatan Stesen Universiti.

KUALA LUMPUR: Sebuah gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbakar berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi dipercayai akibat masalah brek.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizah Ismail berkata ketika anggota bomba di tempat kejadian mendapati asap tebal memenuhi ruang di salah satu daripada empat gerabah tren berkenaan.

"Ketika bomba tiba, gerabak sudah dikosongkan dan kereta api itu digerakkan ke lokasi landasan yang lebih selamat oleh petugas LRT.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah brek. Api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian," katanya. - Siakapkeli.my

[Gambar Kebakaran di Setiawangsa]

[Kemaskini]

Satu lagi kebakaran yang membabitkan LRT berlaku kira-kira jam 12.15 tengahhari tadi berdekatan Stesen Universiti.

Sebuah LRT 4 gerabak terbakar di bahagian penyambung dan kebakaran dipercayai berpunca dari masalah brek.

[Gambar Kebakaran di Stesen Universiti]

Thu Jul 23, 2015 11:03 pm (PDT) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

Kelemahan senggaraan?penjimatan kos?
On Jul 23, 2015 10:09 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> 
> *Gerabak Tren LRT Terbakar Berhampiran Stesen Setiawangsa & Stesen
> Universiti *
>
> siakapkeli.my
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-19qhWrVywy0/Va8uStdN0gI/AAAAAAAAHC8/mg9cAXI10LU/s1600/CKfo_5lUYAANtV9%2Bcopy.jpg> LRT
> terbakar berdekatan Stesen Universiti.
> KUALA LUMPUR: Sebuah gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbakar
> berhampiran Stesen Setiawangsa, pagi tadi dipercayai akibat masalah brek.
>
> Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur,
> Azizah Ismail berkata ketika anggota bomba di tempat kejadian mendapati
> asap tebal memenuhi ruang di salah satu daripada empat gerabah tren
> berkenaan.
>
> *"Ketika bomba tiba, gerabak sudah dikosongkan dan kereta api itu
> digerakkan ke lokasi landasan yang lebih selamat oleh petugas LRT.*
>
> *"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada masalah brek. Api
> dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya kira-kira 20 minit
> kemudian,*" katanya. - *Siakapkeli.my <http://siakapkeli.my/>*
>
> *[Gambar Kebakaran di Setiawangsa]*
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-3P7LWNMaFPE/Va80IS4WnvI/AAAAAAAAHDQ/cfZBJC1FRqE/s1600/CKepUL2UkAAHJi8.jpg>
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-r6qXluRmpvc/Va80IdilFCI/AAAAAAAAHDM/hnbyUFRaBmU/s1600/CKerc_cUkAAsM2o.jpg>
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-UDgobsYv9gU/Va80IiXDZAI/AAAAAAAAHDU/Q5tVoQDe-Qo/s1600/CKes7PlUwAAb-9o.jpg>
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-shJ2KXMmfxQ/Va80JIbD_BI/AAAAAAAAHDk/IttFtsThQiM/s1600/CKey0FDUYAEZZBY.jpg>
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-4pyuxMGQ86I/Va80JSJWKrI/AAAAAAAAHDo/ugSUEUsbK48/s1600/CKey0qjUkAEOFOF.jpg>
>
>
>
> *[Kemaskini]*
>
> Satu lagi kebakaran yang membabitkan LRT berlaku kira-kira jam 12.15
> tengahhari tadi berdekatan Stesen Universiti.
>
> Sebuah LRT 4 gerabak terbakar di bahagian penyambung dan kebakaran
> dipercayai berpunca dari masalah brek.
>
> *[Gambar Kebakaran di Stesen Universiti]*
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-Hx0Uv9cnobA/Va8t6kFPaOI/AAAAAAAAHCs/LPYAISFwa1g/s1600/CKfo_5lUMAATBI3.jpg>
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-R2qaX4roAYs/Va8t6qHxSeI/AAAAAAAAHCw/pUIhtSm6Sw4/s1600/CKfo_5lUYAANtV9.jpg>
>
>

Thu Jul 23, 2015 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Empat Beranak Balik Raya Naik Motorsikal Dari Sepang-Penang Jadi Viral
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

GAMBAR empat beranak yang pulang ke kampung dengan hanya menunggang motorsikal merupakan antara kisah yang menjadi viral dan menyentuh hati ramai pengguna media sosial sewaktu musim Aidilfitri yang lalu.

Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya sebagai pembonceng dari Sepang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perkara tersebut masih lagi menjadi perbualan hangat, dan seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Firdaus Baharuddin baru-baru ini menyatakan kegembiraannya kerana dapat bertemu dengan mereka sekeluarga ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Firdaus melalui akaun Facebooknya berkata, "Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ini tadi otw balik kerja. Family ini yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari Sepang ke Penang."

Menurut Firdaus, dia terjumpa mereka ketika dalam perjalanan pulang ke Serdang dan walaupun dia dapat mengecam mereka, Firdaus tidak sempat untuk menahan mereka berikutan kesesakan jalan raya.

Difahamkan, pemuda itu kemudian teruskan perjalanan dan menahan mereka berhampiran Putra Heights untuk memberi duit raya kepada tiga kanak-kanak tersebut.

" Saya teruskan perjalanan sampai exit Putra Heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni.

Bagaimanapun, Firdaus sebak apabila ayah mereka yang dikenali sebagai Moza sudi meghulur bantuan kerana beranggapan Firdaus kehabisan minyak ketika dia cuba menahan mereka.

"Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak.."motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih.

Dalam keadaan kita tengok dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang. Semoga anak anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. InsyaAllah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang, " kata Firdaus.

Tindakan Firdaus yang menyatakan kejadian itu menyebabkan kini ramai netizen tampil untuk menghulurkan bantuan kepada Moza dan keluarganya.

Thu Jul 23, 2015 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sedih : Tak Naklah Tidur Di Rumah Mak Ayah, Jijik'

telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman

Tak sanggup tidur di rumah emak

Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual selepas solat ketika saya berada di motosikal untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya terus berubah.

Katanya, "Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini tapi tak cuti, jalan jem. Tak apalah, asal dia balik,"

"Petang raya, dia kata nak pergi rumah mentua dan tidur di sana, di Kampung Tongplu, Pedu. Saya tak kata apa-apa. Tetapi semasa depan nak naik kereta, cucu saya bertanya pada mak dia,

"Kita tidur di hotel semalam kah?"

"Mak dan bapa dia hanya mendiamkan diri tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliakkan mata pada anaknya," katanya.

Sampai di sini, dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yang masih dipakai. Saya faham anak dia sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

"Hinakah kami mak bapa dia? Bapa yang membesarkan dia, yang mendodokan dia dalam kain sentung, menepuknya sehingga lena di dalam kelambu kerana takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya sehingga bertahun, disuap nasi sehingga membesar. Hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami?

"Saya tahu, depa jijik tengok dapur saya, jijik dengan bilik ayaq dan jambannya, jijik dengan bilik tidur yang panas bertilam kekabu.

"Tetapi tidak sedarkah mereka yang mereka membesar dengan keadaan itu? Tetapi hari ini mereka pandang jijik. Itulah sebab depa tak mahu tidur di rumah ibu bapa sendiri. Mereka sanggup tidur di hotel. Bukan tak ada tempat di rumah itu, kerana hanya dia saja anak tunggal. Termagaknya dia," katanya dalam nada yang sedih.

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja yang boleh melukakan hati ayah dan bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja yang boleh mengguris hati emak dan ayahmu. Tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka.

Jika biasa dengan kemewahan di rumah sendiri, jangan mengharapkan perkara yang sama di rumah ayah dan bonda. Kita dibesarkan dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita biarkana mereka hidup tidak selesa? Kenapa tidak diubahsuai rumah mereka seperti rumah kita?

Ingat, kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ibu bapa yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga untuk mencipta kejayaan kita.

Tetapi, hasilnya kita kau semuanya, meninggalkan ibu bapa dengan hidup di rumah tuanya. Apa jua perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnyadibebankan kepada diri kita. Bukannya melarikan diri dari keadaan itu.

Dalam kes ini, tidur di hotel kerana tidak sanggup tidur di rumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.

Jika anak-anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari nanti mereka tidak akan mampu hidup apabila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yang orang lain lalui, apa lagi keturunannya suatu hari nanti mereka juga akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.

Betapa ibubapa mengharapkan anak yang pulang sesekali menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur sebagainya. Jika rasa payah, biarlah demi menjaga hati ibu bapa. Janganlah merungut dengan apa yang tidak sempurna di rumah mereka.

Mungkin ibu bapa teringin nak menaiki kereta baru kita, bawalah mengunjung saudara mara. Mungkin mereka sedikit teringin berbangga dengan kejayaan anak, bawalah bertandang dan bershopping.

Sesungguhnya Allah memberikan ganjaran yang baik kerana berkunjung mengeratkan silaturrahim, mengembirakan ibu bapa. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam pada hati ibu bapa yang akan memahat pada dosa yang besar.

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah yang tidak muat kerana ramai. Mohon izin dengan baik dari ibu bapa, sudah tentu mereka memahami. Menipu itu ibarat bangkai yang amat mudah tercium bau busuknya. Apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dengan rasional. Ibu bapa itu satu keutamaan. Ingat, suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu bapa kita. - ABD GHANI HARON

rafa said
Shared publicly

Adakah yang empunya diri boleh mengharapkan doa dari anak yang seumpama itu? Jawablah sendiri. Cara terbaik untuk selesaikan perkara ini ialah mewakafkan harta yang ada agar pahala wakaf sentiasa mengalir kepada yang mewakaf. Anak macam ini kalau dapat tanah macam dikampung sudah tentu dijual dan duitnya digunakan untuk besar dan cantikkan rumah dibandar, beli kereta baru dan makan angin di Eropah. Bila kita sudah tua masa untuk anak-anak sudah berlalu. Masa tua masa untuk memaksimakan amal agar ada bekalan disana. Doa anak dianggap bonus. Kalau ada bagus dan kalau takde takpe!! Maaf kalau menyinggung perasaan.

Thu Jul 23, 2015 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rokok Elektronik Bahaya Ke Tak?

bloglist-malaysia.blogspot.
depalma-sp.blogspot
Famili Ceria

Rokok Elektronik Bahaya Ke Tak? - 8 jam selepas seseorang itu berhenti merokok, paras nikotin dan kandungan karbon monoksida di dalam darahnya turun mendadak sehingga separuh dan kandungan oksigen kembali ke paras normal. Dalam tempoh 24 jam selepas itu pula, karbon monoksida yang juga racun jangka kepada paru-paru disingkirkan daripada tubuh bersama mukus. Kandungan lain dalam rokok pula mula dikeluarkan dari organ pernafasan itu.

Malah hanya dalam tempoh dua hari, tiada lagi kandungan nikotin dalam badan selain keupayaan deria rasa dan bau pulih seperti sedia kala. Ini kerana merokok menyebabkan lidah menjadi kebas.

Begitulah betapa pantasnya tubuh membersihkan dirinya sebaik seseorang membuat keputusan untuk menghentikan tabiat merokok yang mendedahkan mereka kepada 7,000 jenis racun merbahaya yang menyumbang kepada penyakit kanser.

Bagi mereka yang ingin membebaskan diri daripada tabiat buruk merokok, terdapat banyak kaedah yang diguna pakai ketika ini antaranya terapi gantian nikotin menggunakan cara tampalan, menyedut, gula-gula getah atau pengambilan ubat.

Namun sejak akhir-akhir ini, wujud satu lagi kaedah yang semakin popular di kalangan perokok tegar iaitu rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin pada paras lebih rendah bagi mengawal ketagihan terhadap rokok.

Rokok elektronik ialah alat yang menggunakan kuasa bateri dan membolehkan nikotin yang berada dalam bekas katrij yang dimasukkan dalam alat berkenaan, disedut oleh penggunanya. Tiada asap sebenar dikeluarkan sebaliknya ia hanyalah wap hasil pemanasan nikotin bersama beberapa bahan tidak merbahaya.

Ada kenyataan mengatakan rokok elektronik lebih membahayakan kesihatan seseorang berbanding rokok biasa namun sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Sallehudin Abu Bakar, kenyataan yang mengatakan rokok elektronik lebih merbahaya berbanding rokok biasa tidak begitu tepat jika kandungan kimia antara kedua-duanya dibuat perbandingan.

Berbeza dengan rokok biasa yang mengandungi 5,000 hingga 7,000 bahan kimia, rokok elektronik hanya mempunyai empat bahan iaitu nikotin cecair yang dicampurkan dengan tiga bahan yang biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan iaitu propylene glycol, polyethylene glycol dan glyserin sayuran.

Malah katanya, rokok elektronik dihasilkan oleh seorang ahli farmasi di China pada 2003 yang mempunyai matlamat untuk membantu perokok tegar yang sangat sukar meninggalkan tabiat merokok.

Tiga bahan tadi dicampurkan bagi memberikan kesan asap seperti rokok. Apabila ia dipanaskan, ia menukarkan nikotin dalam bentuk cecair menjadi wap. Namun paras nikotin yang ada dalam rokok elektronik memang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah, katanya.

Beliau berkata, rokok elektronik boleh menjadi bahaya kepada penggunanya apabila nikotin yang bercampur dengan kandungan asid nitrik dalam udara, bertukar menjadi bahan kanser iaitu nitrosamines yang khusus datang daripada tembakau.

Menurut Dr Sallehuddin, misalnya apabila seseorang menghisap rokok elektronik di kawasan sibuk dengan asap kenderaan, udara berkenaan penuh dengan asid nitrik dan apabila bercampur dengan wap nikotin, ia boleh mendedahkannya kepada kanser.

Jika hisap di rumah pula dan berdekatan dengan dapur gas, kesannya juga tetap merbahaya kepada pengguna rokok elektronik apabila asapnya bercampur dengan wap nikotin dan kandungan nitrik asid yang ada dalam udara.

Sekiranya menggunakan rokok elektronik dalam tempoh berpanjangan, pengguna juga boleh terdedah kepada risiko kanser. Namun bagi perokok tegar, rokok elektronik ialah alternatif yang jauh lebih selamat jika mereka mahu membuang tabiat merokok secara perlahan-lahan, katanya.
Ketika ini, penggunaan rokok elektronik dibenarkan dari segi undang-undang di beberapa bahagian Amerika Syarikat tetapi masih dikawal terutama di kawasan awam dan ia tidak dibenarkan dijual kepada golongan bawah umur.

Di United Kingdom pula yang juga pasaran terbesar bagi rokok elektronik di Eropah, penjualan, pengimportan dan penggunaan rokok itu sah di sisi undang-undang dan tiada perlembagaan khusus berkaitan rokok elektronik di seluruh Kesatuan Eropah buat masa ini.

Di Austria, rokok elektronik dianggap sebagai produk perubatan dan perlu didaftarkan sebelum dijual kepada orang awam. Di Jerman dan Belanda, ia dibenarkan namun di beberapa negara Eropah lain termasuk Belgium, Denmark, Finland dan Norway, rokok elektronik diharamkan.

Dr Sallehudin berkata, biarpun rokok elektronik pilihan lebih baik kepada perokok tegar yang ingin berhenti merokok, dibimbangi ia akan akan menjadi trend baru hingga menarik perhatian bukan perokok untuk mengamalkan tabiat berkenaan.

Apatah lagi ketika ini sudah wujud perasa tertentu yang boleh membuatkan menghisap rokok elektronik menjadi lebih nikmat, berbanding sebelum ini.Selain itu, jumlah nikotin yang ada dalam rokok elektronik biarpun tidak banyak, boleh menyebabkan ketagihan sekiranya digunakan dalam tempoh yang lama dan kerap.

Namun sebenarnya faktor ketagihan juga berdasarkan genetik kerana ada yang mudah ketagih tetapi ada pula yang tidak ketagih. Empat faktor lain yang menyebabkan ketagihan ialah nikotin, psikologi, tabiat dan sosial, katanya.

Menurut Dr Sallehudin, golongan wanita didapati lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser akibat kesan menghisap rokok berbanding lelaki, biarpun tempoh menghisap rokok lebih pendek berbanding lelaki.

Rokok berada pada tangga kedua bagi pembunuh utama di dunia selepas garam yang menyebabkan penyakit darah tinggi, diikuti gula (diabetes) dan lemak (kolesterol).

Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan seseorang menggunakan rokok elektronik sebagai cara membuang tabiat merokok sebaliknya kami menyarankan mereka menggunakan kaedah kaunseling dan rawatan gantian berasaskan nikotin termasuk ubatan yang ada nikotin seperti varenicline dan bupropian, katanya.

Sementara itu, Jururawat Unit Pendidikan Kesihatan Klinik Berhenti Merokok Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Markamah Munadar berkata, pihaknya tidak menggalakkan penggunaan rokok elektronik, sebaliknya menggunakan kaedah kaunseling serta terapi gantian nikotin bagi merawat perokok tegar yang dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
Kaedah rokok elektronik jarang digunakan kerana pihaknya mahu tabiat menghisap rokok dihentikan bukan saja secara fizikal tetapi dari segi psikologi.

Di klinik, kami menggunakan rawatan gantian nikotin yang diambil secara oral dan tampalan. Adakalanya ia digabungkan bagi membantu perokok tegar meninggalkan tabiat buruk itu dengan lebih berkesan.

Semua kaedah ini sebenarnya lebih berkesan kepada mereka yang memang mempunyai tekad atau datang sendiri ke klinik kerana mahu berhenti merokok. Ini kerana ketagihan juga disebabkan oleh psikologi dan lebih berjaya jika kita mempunyai azam, katanya.

Bagi kaedah tampalan, ia perlu ditampal selama 16 jam sehari bermula sebaik bangun tidur awal pagi bagi mengurangkan keinginan merokok dan ditanggalkan ketika waktu tidur.

Penggunaan kaedah tampalan diteruskan sehingga seseorang itu berasa mereka sudah boleh berdikari dan mampu mengawal keinginan untuk kembali kepada tabiat merokok.

Bagi kaedah mengunyah gula-gula getah yang mengandungi nikotin pula, ia boleh dikunyah selama setengah jam setiap kali keinginan menghisap rokok memuncak.

Lebih menarik, pengambilan ubatan terbabit akan menyebabkan perokok mula kehilangan nikmat menghisap rokok dan sekiranya dijalankan secara teratur ditambah keazaman yang tinggi, mereka akan meninggalkan tabiat merokok.

Menurut Markamah, sepanjang tahun lalu dia sudah merawat seramai 544 pesakit dan 30 peratus daripadanya berjaya meninggalkan tabiat merokok. Lapan peratus daripada perokok yang dirawatnya ialah wanita.

Saya pernah merawat seorang lelaki yang menghisap rokok sejak remaja hingga berusia 60 tahun namun selepas mengikuti program rawatan di klinik, dia akhirnya berjaya meninggalkan tabiat itu.
Kami memang menggalakkan sesiapa yang ingin berhenti rokok untuk datang ke klinik berhenti merokok yang ada di semua hospital kerajaan untuk menjalani rawatan secara percuma, katanya.
Bulan pertama selepas meninggalkan tabiat merokok, perokok tegar akan mengalami reaksi yang agak teruk seperti batuk-batuk dan pengeluaran kahak sama ada berbau atau mempunyai warna namun ia sebenarnya proses pembersihan yang dilakukan tubuh.

Dengan gabungan ubatan, senaman pernafasan serta minum banyak air, ia akan membantu proses pembersihan menjadi lebih lancar. Tiga hari selepas meninggalkan tabiat merokok, pernafasan akan menjadi lebih lancar, paru-paru akan mula tenang dan tahap tenaga meningkat.

Dalam tempoh antara tiga hingga sembilan bulan selepas itu, batuk yang mengeluarkan bunyi berdesit dan gangguan pernafasan beransur kurang dan fungsi paru-paru meningkat sehingga 10 peratus.
Lima tahun selepas itu, risiko serangan penyakit jantung menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan 10 tahun selepas itu, risiko penyakit kanser paru-paru menurun kepada kadar separuh berbanding perokok dan risiko serangan jantung kembali kepada kadar individu yang tidak merokok
.
Fakta Bahayanya Rokok :
Statistik terbaru mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.

Menurut kajian pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, Kanada, Roopinder Sandhu, wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung.

Kira-kira 40 jenis penyakit ada hubung kait dengan merokok, termasuk barah mulut dan paru-paru. Rokok mengandungi 4,000 hingga 7,000 bahan kimia merbahaya.

Statistik di Malaysia menunjukkan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

Statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan terdapat 600,000 kematian setahun berlaku di seluruh dunia disebabkan pendedahan kepada asap rokok dan 64 peratus daripada angka terbabit ialah wanita.

Cecair Nikotin Rokok Elektronik Bahaya Mengandungi Bahan Penyebab Kanser
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
Famili Ceria
Cecair Nikotin Rokok Elektronik Mengandungi Bahan Penyebab Kanser - Lanjutan dari artikel Rokok Elektronik Bahaya Ke Tak?, Kajian penyelidikan terbaru mendedahkan bahawa rokok elektronik keluarkan bahan kimia yang terbukti menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Siasatan menunjukkan terdapat sisiko terhadap kesihatan apabila cecair wap tembakau disedut dan mendapati ia penuh dengan "radikal bebas" sama seperti yang terdapat dalam asap rokok biasa.

Ahli-ahli sains terkejut melihat bahan-bahan kimia penyebab kanser dalam wap yang dipancarkan oleh peranti "vape" , dan berada dalam ketakutan bahawa masalah kesihatan yang akan semakin meningkat.

Walaupun vaping dianggap lebih selamat daripada merokok, selepas kajian demi kajian telah menjumpai banyak bahaya yang disebabkan oleh cecair nikotin tersebut.

Profesor Shyam Biswal, seorang pakar penyakit paru-paru di Johns Hopkins University, yang mengetuai kajian itu.

Beliau berkata kajian beliau memusnahkan dakwaan bahawa rokok elektronik adalah tidak berbahaya.

"Penemuan kami menunjukkan bahawa e-rokok tidak neutral dari segi kesan ke atas paru-paru," katanya.
"Kami telah perhatikan bahawa rokok electronik ini meningkatkan kecenderungan terhadap jangkitan pernafasan."

Beliau menghabiskan masa selama dua minggu mengenakan tikus dengan wap e-rokok sebelum dedahkan mereka kepada radang paru-paru atau virus selesema.

Beberapa tikus yang dikenakan dengan wap menjadi tidak berupaya melawan jangkitan paru-paru.

"Pendedahan e-rokok menghalang keupayaan tikus untuk membersihkan bakteria daripada paru-paru, dan jangkitan virus membawa kepada penurunan berat badan meningkat dan kematian," kata penyelidik bersama Dr Thomas Sussan.

Dia mempunyai satu berita baik untuk para vapers: rokok elektronik hanya hasilkan 1% daripada jumlah radikal bebas dalam asap tembakau.

"Kami terkejut dengan bagaimana tinggi jumlah yang, memandangkan e-rokok tidak menghasilkan produk pembakaran," tambah Dr Sussan.
"Ia masih jumlah yang tinggi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel," katanya lagi.

Radikal bebas adalah molekul yang merosakkan diketahui menyebabkan kerosakan serius pada sel-sel dan DNA. Ia terbukti menyumbang kepada pembangunan kanser.

Selepas kajian ini telah diterbitkan, Electronic Cigarette Industry Trade Association mengeluarkan kenyataan mendakwa kajian ini tidak boleh dipercayai.

Badan tersebut mendakwa kandungan wap yang didedahkan kepada tikus malang tersebut mungkin terlebih berbanding manusia.

Thu Jul 23, 2015 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PESANAN BUAT WANITA | Buat Peringatan Dan Renungan SEMUA

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by TraveloQue ByQueAchmad

PESANAN BUAT WANITA - 30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA.

1. Menyambung rambut palsu.

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain.

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri.

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami.

9. Derhaka kepada suami.

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.

11. Mengingkari kebaikan suami.

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram.

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya.

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram.

15. Menyerupai lelaki.

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.

17. Memandang aurat wanita lain.

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.

19. Masuk permandian awam.

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah.

21. Meratapi kematian.

22. Berhias atas meninggalnya seseorang.

23. Menghantar jenazah.

24. Mempercayai dukun dan peramal.

25. Menyumpah anak-anak sendiri.

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.

27. Menganiaya pembantu.

28. Mengganggu jiran.

29. Minta cerai kerana suami sakit.

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi.

Thu Jul 23, 2015 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Perbuatan Anak Derhaka Belasah Ibu Sendiri Dirakam Oleh Jiran

siakapkeli.my

Entah apalah salah yang dilakukan seorang ibu sehingga anak-anaknya sanggup memukul tanpa ada langsung belas kasihan.

Video yang mula viral sejak semalam ini menunjukkan satu kejadian dimana seorang wanita tua yang sidang menyapu sampah di depan rumahnya dan kemudian seorang anak perempuan dilihat menamparnya beberapa kali.

Video berkenaan dimuatnaik oleh pengguna Facebook Apoh Tecky Numero yang menahan sabar terlalu melihat kejadian seperti ini, namun tidak mampu melakukan apa-apa tindakan.

Apoh, atau nama sebenarnya Mohd Juani Ali memberitahu sebelum ini wanita berkenaan seorang yang ceria namun bertukar menjadi pemurung selepas beberapa dikasari anaknya.

Malah kepalanya juga dibotakkan, begitu juga dapat dilihat kesan lebam di mukanya, dipercayai akibat dipukul.

Tindakan Juani itu menerima pujian ramai pihak, sehingga Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura mengambil tindakan segera menyelamatkan wanita malang itu dan anaknya ditahan bagi siasatan lanjut. -Siakapkeli.my

Pukul Ibu Sebab Banyak Hutang Dengan Ramai Orang
siakapkeli.my

Rentetan rakaman video seorang wanita tua ditampar oleh anak perempuannya yang viral sejak beberapa hari lalu, dikhabarkan kini rumah yang didiami keluarga berkenaan ditinggalkan kosong.

The Straits Times dalam laporan terbaru memberitahu pintu rumah itu berkunci selain sekeping nota dilekatkan di dinding luar rumah berkenaan.

Dipercayai nota itu ditulis oleh anak perempuan wanita berkenaan, dengan memberitahu kedua-dua orang tuanya iaitu Khamis dan Kamisah berhutang dengan ramai orang.

Jiran-jiran keluarga itu memberitahu keluarga berkenaan sering bertengkar pada waktu malam dan kadangkala terdengar bunyi objek dihentak ke dinding.

Malah salah seorang jiran juga mendakwa perbuatan Siti yang menampar ibunya juga seolah 'pemandangan biasa' di koridor rumah mereka. -Siakapkeli.my

Thu Jul 23, 2015 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cebisan Al-Quran Tertua Dunia Ditemui di Perpustakaan Universiti Birmingham

siakapkeli.my

Satu cebisan Al-Quran yang tersimpan di perpustakaan University of Birmingham telah disahkan salah satu dari cebisan Al-Quran yang tertua di dunia.

Hasil dari analisis Radiocarbon yang dijalankan keatas cebisan itu mendapati ianya ditulis antara 568 AD dan 645 AD dengan ketepatan 95.4%. Nabi Muhammad wafat pula wafat 8 Jun 632 AD.

Ini sekaligus menafikan dakwaan anti-islam bahawa Al-Quran tidak boleh dipercayai kerana ditulis beratus-ratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Hasil dari ujian yang dijalankan oleh University of Oxford itu mencadangkan cebisan itu ditulis kurang dari 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Professor David Thomas, professor bahagian Kristian dan Islam di University of Birmigham menyifatkan keputusan dari ujian radiocarbon itu teramat mengujakan. Tambahnya lagi, keputusan ini juga boleh merungkai sejarah Islam dengan lebih mendalam.

Pakar percaya permukaan yang digunakan untuk menulis diambil dari haiwan yang sama ada masih hidup atau baru sahaja disembelih.

Prof Thomas menambah : "Ini menambahkan lagi keyakinan bahawa cebisan Al-Quran ini ditulis, lebih kurang dua dekad selepas kematian Muhammad".

"Cebisan ini mungkin mempunyai kandungan yang sama dengan Al-Quran yang dibaca pada hari ini, menyokong pandangan bahawa kandungan Al-Quran hari ini hanya sedikit atau langsung tidak berubah setelah ia mula disebarkan", kata Prof Thomas.

Dalam Islam, Al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad antara 610 AD dan 632 AD.

Dua helai cebisan tersebut dipercayai mengandungi bahagian Surah 18 ke Surah 20.

Cebisan terbabit ditulis menggunakan dakwat di dalam tulisan Arab lama yang dikenali sebagai Hijazi,

Dr Muhammad Isa Waley, ketua kurator bagi Perpustakaan Manuscript Turki dan Parsi berkata : "Sekarang kita tahu cebisan ini, yang berada dalam keadaan cantik dan mengandungi tulisan tangan Hijazi asli, sudah pasti ditulis dalam masa pemerintahan tiga Khalifah".

"Menurut rekod sebelum ini, Al-Quran mula disatukan dan ditulis mengikut urutan surah semasa pemerintahan Khalifah ketiga, Uthman ibn Affan.

Cebisan itu akan dipamerkan untuk umum di Berber Institute of FIne Arts di Universiti terbabit pada Oktober. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: