Wednesday, July 22, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4253

6 Messages

Digest #4253

Messages

Tue Jul 21, 2015 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak Maut Dilanggar Kereta Bapa
siakapkeli.my

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak maut setelah dilanggar oleh pacuan empat roda yang dipandu oleh bapanya yang berniat ingin membetulkan keadaan kereta terbabit.

Kejadian di Taman Sejati Ujana, Batu 7 disini itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam semalam. Ketika kejadian bapa kanak-kanak perempuan itu membetulkan kenderaan ketika berkunjung ke rumah salah seorang ahli keluarga sempena Aidilfitri.

Memetik Astro Awani, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain berkata mangsa, Mutia Noraini Ayup, meninggal setelah cedera parah di kepala.

Siasatan awal mendapati mangsa pergi beraya di rumah bapa saudaranya di taman perumahan terbabit bersama bapa, ibu dan adik beradiknya.

Tambah Zabidi, setelah tiba di hadapan rumah berbabit, bapa mangsa, 38, menurunkan kesemua penumpang sebelum membetulkan parkir keretanya ke arah hadapan.

Bapa mangsa merasa seperti terlanggar sesuatu dan isteri yang ketika itu berada di hadapan rumah menjerit. Dia kemudiannya turun dan mendapati anak ketiganya dilanggar tayar hadapan belah kanan kenderaan tersebut.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Duchess of Ken namun telah disahkan sudah meninggal dunia. - Siakapkeli.my

BAYI MAUT BAPA PARAH KEMALANGAN DI SETIU

Posted by OMAK KAU!!!

 

Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala bapanya cedera parah setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Tong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 pagi itu, Nurul Akma Azmi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya manakala bapanya Azmi Mat, 47, cedera parah di kaki kanannya selain dua lagi anggota keluarga mereka cedera ringan.

Kereta yang dipandu Azmi dikatakan bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Muhammad Amirullah Ramlan, 21, dari arah Kuala Terengganu.

Muhammad Amirullah cedera parah pada kaki kanannya selain patah tulang rusuk manakala enam lagi anggota keluarganya cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Idris Mohamad ketika dihubungi Bernama hari ini, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata mayat Nurul Akma dibawa ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat dan kesemua mangsa lain turut dirawat di hospital itu

Bintang Rancangan Elly dan Epit Cedera, Kakak Maut Dalam Kejadian Langgar Lari BMW

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Kegembiraan lima sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah keluar untuk mengambil baju raya bertukar tragis apabila kereta yang mereka naiki dilanggar lari oleh sebuah kereta BMW di Jalan Kuching di sini.

Kemalangan meragut nyawa anak sulung keluarga terbabit manakala ibu dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital.

Memetik laporan dari The Star Online, keluarga terbabit dalam perjalanan ke Kampung Baru pada awal jumaat selepas mereka selesai bertemu dengan tukang jahit mereka di Klang.

Pemandu kereta BMW terbabit melanggar belakang kereta Proton Perdana yang dinaiki keluarga berkenaan menyebabkan kereta Proton Perdana terbabit terbabas ke laluan bertentangan.

Menurut Supt Markandan Subramaniam, sebuah bas ekspress kemudian melanggar kereta Proton Perdana itu di bahagian sisi kanan.

Pemandu BMW itu kemudian melarikan diri selepas kejadian.

Pelajar kolej, Farhanna Qistina Supandi(gambar kecil), 21, mengalami kecederaan teruk dan meninggal di Hospital Kuala Lumpur pada 5.45 pagi.

Farhanna Qistina pernah menjadi pelakon tambahan di beberapa rancangan TV.

Adiknya, Farhanna Qismina, bintang rancangan Astro Ceria, Elly dan Epit, cedera ringan dan kini dirawat di hospital

Farhanna Qismina

Anak perempuan bongsu keluarga berkenaan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Keluarga tersebut sepatutnya pulang ke kampung di Muar Johor hari ini.

DSP Markandan berkata polis berjaya menemukan beberapa cebisan nombor plate kereta BMW yang terlibat.

Mereka kini sedang melihat beberapa rakaman CCTV untuk mengenalpasti pemandu kereta berkenaan. - Siakapkeli.my

Wanita 26 Tahun Maut Kemalangan
siakapkeli.my

JITRA: Seorang wanita berusia 26 tahun maut setelah kereta yang dipandunya terbabas dan terlanggar sebatang pokok sebelum terjatuh kedalam parit di Jalan Sungai Korok pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi tadi, mangsa, Norshuhada Mansor, sedang memandu bersendirian dari Sungai Korok kearah Pekan Jitra sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kanan bahu jalan sebelum rempuhan sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Rahim Abdullah berkata impak dari rempuhan menyebabkan kereta terbelah dua dan terjunam ke dalam parit.

Menurutnya, mangsa bekerja sebagai jurujual telefon, maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat - Siakapkeli.my

LIMA MAUT DALAM KEMALANGAN DI MACHANG

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Lima orang dilapor maut dalam nahas yang membabitkan dua buah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut, Machang.

Mangsa dikenali sebagai Irwan Mohd Zain, 33, Siti Khadijah Ibrahim 33, Muhammad Zahrin Ariq Irwan, 6 bulan, Muhammad Zahran Arfan Irwan, 4 tahun, dan Nurul Atiqah Abd Aziz, 19.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, DSP Ashraff Ali Kutti berkata kedua-dua kereta berkenaan dilapor bertembung kira-kira jam 4.20 petang semalam.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Yusoff Mahmood berkata mangsa tersepit di dalam kereta dan orang ramai turut membantu mengeluarkan mereka.

Katanya, kemalangan yang berlaku menyebabkan kesesakan teruk dari Guchil ke Kampung Pek.

Kes kemalangan musim Hari Raya meningkat dengan lebih 200 kematian
bloglist-malaysia.blogspot
lagiberita.blogspot

Keadaan sebuah kereta yang remuk selepas terbabas di KM12 Lebuhraya Damansara-Puchong pagi tadi, menyebabkan seorang lelaki maut. Kemalangan sepanjang musim Hari Raya terus meningkat, menurut perangkaan polis. – Gambar Twitter Bomba, 19 Julai, 2015.

Sebanyak 12,383 kes kemalangan jalan raya yang menyebabkan 203 kematian direkodkan sehingga hari kedua Aidilfitri semalam, sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan pada 10 Julai lepas.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata angka itu mencatatkan peningkatan berbanding 11,277 kemalangan dan 185 kematian sehingga hari pertama Aidilfitri pada Jumaat.

"Daripada 203 kes kematian yang direkodkan sehingga 18 Julai, sebahagian besar melibatkan motosikal iaitu 123 kes diikuti 51 kes membabitkan kereta," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Johor merupakan negeri yang mencatat kematian jalan raya paling tinggi dengan 36 kes diikuti Selangor (29), Pahang (21) manakala Perak dan Kelantan berkongsi jumlah sama iaitu sebanyak 19 kes.

Selain itu, sebanyak 76 kes direkodkan di jalan persekutuan, 56 kes di jalan negeri, 26 kes di lebuh raya, 23 kes di jalan bandar, dan 22 di jalan-jalan lain.

Fuad berkata sebanyak 123,190 saman juga dikeluarkan polis setakat ini yang membabitkan 61,940 kes memandu melebihi had laju, 2,781 kes memotong barisan dan 958 kes menyalahgunakan lorong kecemasan. – Bernama

Seperti berlaku peperangan di jalan raya. Ubahlah strategi demi menjaga nyawa rakyat. Tidak perlulah rakyat menunggu kerajaaan yang baharu untuk melakukan perubahan dalam isu menangani 'kegawatan' ini.


comment :
1..
Anonymous
Polis dan penguatkuasa JPJ hanya tahu hendak keluarkan saman saja tapi tidak mahu kaji cara telus kenapa kenapa kemalangan bertambah padahal pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan apakah semua individu yang bergelar pemandu terlalu cuai semasa mengendalikan kenderaan mereka tidakkah pehak berwajib berasa bertanggung jawab diatas kejadian yang tidak diingini oleh semua rakyat negara yang mengaku bertanggungjawab keatas rakyat tidak mahu membuat sesuatu yang pehak polis pula ketuanya asyik sebok hendak menyiasat hal langsung tidak memberi kebaikan pada rakayat sebaliknya sibukk dengan arahan twiternya saja

Tue Jul 21, 2015 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KISAH MEKANIK YANG BERI PERKHIDMATAN PERCUMA KERANA TIDAK SAMPAI HATI NAK CAJ PEMILIK KENDERAAN YANG MAU MERAYAKAN AIDIL FITRI TERSEBAR LIGAT DIMEDIA SOSIAL.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Dia menolak untuk menerima bayaran kerana memahami pemilik kenderaan yang dibaikinya memerlukan wang di musim perayaan

Telahan seorang pemandu dia akan dikenakan caj berganda ketika keretanya rosak di sebuah kawasan ladang kelapa sawit, dekat Gemas, Negeri Sembilan meleset.

Sebaliknya dia diberikan perkhidmatan percuma tanpa perlu membayar sesen kepada mekanik yang datang membaiki.

Ketika ditawarkan bayaran, lelaki berkenaan enggan menerimanya.

"time tu aku dh stanby rm200 nk bg pomen yer la kawasan kelapa sawit aku fikir mmg kene byr mahal punye.. bile kereta dh siap aku tanye pomen berapa ringgit..

"Die wat xtahu jer die trs pergi..ku nk bg duit die xckp "x payah abg lagi banyak mau guna duit sekarang musim raya". Bagai seorg insan xterharu ker bangsa lain ckp mcm tu.. aku letak duit tu dlm sampul raya "ini duit raya bkn duit u tolong I I" baru die terima.." tulis Crime Azhar Wpc, dalam status yang dimuat naiknya pada 18 Julai lalu.

Tue Jul 21, 2015 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RAYUAN: Kutipan Dana Untuk Jalani Pembedahan Pemindahan Hati Adik Raef Uqael

siakapkeli.my

Sebelum ini kami di Facebook Siakapkeli telah menyiarkan kisah seorang kanak-kanak bernama Raef Uqael Bin Mohd Rosli SINI di mana kanak-kanak ini memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati.

Walaupun sudah pernah beberapa kali kami pernah pos tentang kisah kanak-kanak ini, kali ini adalah satu rayuan kepada anda semua teman pembaca SK kerana keadaan amat-amat memerlukan.

Ini adalah dari page adik Raef

RAEF UQAEL Donation
Community · 2,358 Likes
· June 16 ·
‪#‎PrayForraefUqael‬

MOHON SHARE DAN VIRALKAN POSTING INI*

Assalamualaikum Raef Uqael lovers..
TERKINI, 15 JUNE 2015 Raef hari ini masih berada di ICU di Renjin Hospital, Shanghai.

Mesej dari ayah Raef:
》As salam...
Mohon Doakan dan solat Hajat utk Raef. Kondisi agak Kritikal. Mohon diberi kekuatan Raef bernafas sendiri dan diberi keajaiban

Raef sedar cuma doktor nk bukak tube prnafasan... sama ada Raef boleh sendiri brnafas atau kena bantuan mesin...
----------------------------------------
keadaan masih membimbangkan lagi dan Kos Rawatan adik Raef makin meningkat hari demi hari, dana yg ada sekarang tidak mencukupi.. saya wakil dari pihak keluarga adik Raef Uqael b. Mohd Rosli, ingin memohon sedikit sumbangan dr anda walaupun kecil tapi teramat2 bermakna untuk anak Kecil ini untuk meneruskan kehidupan seperti anak kecil2 yg lain....

Pembedahan tidak boleh dilakukan jika Raef dalam keadaan tidak stable seperti sekarang.. Mohon jasa baik semua Rakyat Malaysia sama2 untuk mendoakan memberikan kekuatan kepada raef untuk stable semula.

Kepada mereka yg ingin membuat sumbangan ikhlas utk rawatan susulan Raef Boleh sumbangkan ke Account Bank Bapa Raef Uqael :

■ 5623 8451 8559 (Maybank)
■ [MOHD ROSLI B. ABDUL RANI]

● No.tel Ibu Raef [Pn. Noraini] : +60122137407
● No.tel Bapa Raef [En. Rosli] : +60176688550

**( Memandangkan medium berkomunikasi amat terhad kerana kedua ibu bapa adik Raef sedang berada di hospital dan hanya bergantung kepada WiFi hospital, kami berharap agar sebarang komunikasi hanya dilakukan melalui Whatsapp dan WeChat sahaja)

Akhir kata, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama semua. Kami berdoa agar anda semua sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah. Jazakumullahu Khairan Kathira."

Noraini Jaafar (Bonda) dan Mohd Rosli Abdul Rani(Ayah) Rosli Rani Lee..

**MOHON VIRALKAN MISI BANTUAN UNTUK ADIK RAEF...

‪#‎PrayForRaef‬ ‪#‎DonationForRaefUqael‬

Selain itu memetik tulisan Puan Natipah Abu seorang sukarelawan yang sememangnya sudah dikenali ramai.

Bismillah... Dengan rendah hatinya saya ingin panjangkan sebuah episod duka untuk kita selami dan kongsi bersama...

Raef Uqael Bin Mohd Rosli ( 4thn ) berangkat ke China pada 7 Mei 2015 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati yg didermakan oleh ayahnya hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Hakikat fitrah kita sebagai kita sbg manusia hanya mampu merancang...sedangkan perancangan terhebat adalah milik mutlak Allah S.W.T.

Di Shanghai, ujian mendapati hati ayahnya tidak sepadan dgn Adik Raef Uqael maka bapa saudaranya diterbangkan ke Shanghai dgn harapan mengambil tempat ayahnya sbg penderma.
Namun keadaan Adik Raef Uqael sudah tidak mengizinkan utk menjalani proses pembedahan ketika bapa saudaranya tiba.

Seminggu selepas berada di Shanghai.. Adik Raef Uqael kritikal dan dimasukkan ke ICU kerana masalah kegagalan hati yg mengakibatkan pendarahan.

Satu2nya zuriat kepada pasangan suami isteri Noraini Bt Jaafar dan Mohd Rosli Abdul Rani, kini sedang berjuang di ICU Shanghai Children Medical Centre.

Sehingga saat ini...kedua ibu-bapanya tidak dibenarkan menatap wajah anak tunggal mereka kerana prosuder yg ketat di sana. Mereka hanya mampu menunggu di luar ICU dengan harapan dan doa yg tak pernah putus agar anakanda tercinta kembali stabil dan pembedahan dapat diteruskan.

Masa yg berlalu menyebabkan beban kewangan mula menghimpit. Kos perubatan semakin meningkat naik hari demi hari. Pihak hospital mula menuntut bayaran kerana kos yg semakin melonjak. Kedua ibu bapanya pula terpaksa berpindah dr satu motel ke motel yg lain kerana kewangan yg kian meruncing.

Bayangkanlah betapa pilunya hati seorang ayah dan seorang ibu ! Satu2nya benih kasih mereka sedang bertarung nyawa di bumi asing dlm keadaan mereka sendiri hidup bermusafir yg kini berkelana.

Saya menyeru kepada semua sahabat dan seluruh masyarakat penyayang di luar sana, semoga sudilah kiranya kita sama2 melapang kesempitan keluarga ini. Insha Allah... suatu hari nanti saat kita dlm kesempitan...akan ada insan lain pula yg Allah S.W.T kirimkan untuk melapangkan kita kelak.

Mewakili kedua ibu bapa Adik Raef Uqael..saya juga mohon kesudian seluruh sahabat dan rakyat Malaysia mendoakan keajaiban buat Adik Raef Uqael . Doakan agar beliau kembali pulih dan stabil utk meneruskan pembedahan pemindahan hati....

Berdasarkan maklumat yang SK perolehi bantuan yang berjaya dikumpul sekarang adalah sudah mencecah 200k tetapi kerana dimasukkan ke ICU di Shanghai Children Hospital kerana mengalami pendarahan dalaman yang serius dan terus berada di dalam keadaan kritikal menyebabkan wang kutipan terkumpul terpaksa digunakan untuk membayar bil hospital.

Dalam masa yang sama Shanghai Children Hospital juga perlu dibayar untuk rawatan PICU dan ini yg diluar rancangan asal, bermakna tiada allocation budget untuk ini. Sehubungn itu ia memberi kesan kepada tabungan Adik Raef yang dikutip sebelum ini.

Sahabat-sahabat yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke MAYBANK MOHD ROSLI B.ABD RANI 5623 8451 8559.- Siakapkeli.my

Tue Jul 21, 2015 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gurauan Seperti Ini Tidak Bertanggungjawab

siakapkeli.my

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memuat gambar keratan satu gurauan yang dianggap tidak bertanggungjawab oleh pihak PDRM.

Menulis di Twitter rasmi miliknya, @KBAB, Tan Sri Khalid berkata :"@PDRMsia memandang gurauan sebegini sebagai sesuatu yg tidak bertanggungjawap. Hati2 lah walaupun cuma niat bergurau".

Selain dari menyifatkan gurauan itu sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab, Tan Sri Khalid juga meminta orang ramai supaya berhati-hati walaupun niat cuma untuk bergurau.

Bersama tweet tersebut, Tan Sri Khalid melampirkan satu gambar keratan status dari seorang pengguna Facebook yang memuat naik satu gurauan sempena hari raya.

Tue Jul 21, 2015 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Status "No Raya On This Year…Work Until Die" Di Whatsapp Tanda Farid Pergi Selamanya

siakapkeli.my

Sungguh meruntun hati ini membaca kisah seorang lelaki yang seolah-olah sudah tahu yang dia akan 'menghadap Maha Pencipta'.

Mana tidaknya sebelum pergi selama-lamanya dia telah memuatnaik status di laman Whatsapp miliknya berbunyi "No raya on this year…work until die".

Beliau yang dikenali dengan nama Farid telah ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di saat semua rakannya pulang berhari raya.

Diceritakan oleh seorang blogger terkenal,Dato Ammar Yasir, kejadian ini menimpa bekas rakan rumah bujangnya di mana menurutnya semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Dungun dia mendapat penggilan telefon dari seorang rakan rumah bujangnya, Herman, bertanyakan tentang Farid.

Ini kerana Farid sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi sejak malam raya hingga beberapa hari selepas itu(19/7/2015). Kerana kehilangan Farid tersebut keluarganya telah membuat laporan polis.

"Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab," cerita Ammar.

Namun sesuatu yang mengejutkan apabila rakan Herman itu apabila telah membuka tingkap bilik Farid yang berada di depan sekali, beliau ternampak sebujur mayat kaku di atas tilam yang sudah mengeluarkan bau.

Lalu rakan Herman tersebut telah pergi ke balai membuat laporan polis dan polis telah bergegas ke lokasi berkenaan.

Mereka telah memecahkan pintu rumah dan kelihatan mayat Farid sudah beberapa hari meninggal dunia. Mayat Farid telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia", itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan beliau begitu sebak.

Ammar berkata rakannya itu tidak dapat balik beraya pada tahun ini kerana perlu bekerja dan hanya tinggal seorang diri di rumah bujang mereka.

"Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas."

"Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman." katanya.

Jadi status Farid "No raya on this year…work until die" di Whatsappnya itu benar-benar menjadi satu kejutan kepada rakan-rakannya. Adakah dia sudah tahu akan dijemput oleh yang Maha Esa.

Hasil laporan bedah siasat menunjukkan Farid meninggal dalam keadaan normal dan jenazah telah dibawa ke rumah bapa saudaranya di Puchong untuk urusan pengebumian.

Apapun bersama kita mendoakan agar roh Farid sentiasa dirahmati dan tergolong dalam golongan orang beriman. - Siakapkeli.my

Tue Jul 21, 2015 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Polis Tahan 21 Orang Individu Untuk Bantu Siasatan kes Pergaduhan Di Wangsa Walk

siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) hari ini berjaya menahan 10 lagi individu yang dipercayai terbabit di dalam insiden pergaduhan di Wangsa Walk Mall menjadikan jumlah keseluruhan mereka ditahan adalah 21 orang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mereka yang ditahan pagi tadi berusia antara 15 hingga 20 tahun dan direman empat hari hingga Jumaat ini.

"Setakat ini hanya seorang lagi yang cedera masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Kejadian dipercayai berpunca apabila seorang lelaki cuba membelasah kekasih adik perempuannya yang membawa adiknya itu kelaur tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Bagaimanapun kekasih adiknya itu telah memanggil beberapa orang rakannya menyebabkan kekecohan mula terjadi. - Siakapkeli.my

Dua Remaja Parah Dalam Insiden Gaduh Di Wangsa Walk Mall
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki parah dalam satu insiden pergaduhan di pusat membeli-belah Wangsa Walk, petang semalam.

Manakala tiga lagi remaja dilaporkan cedera dan 11 lagi ditahan polis kerana terbabit dengan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata kejadian pada jam 6.50 petang itu membabitkan remaja lelaki antara 15 hingga 29 tahun.

Seorang lelaki dilaporkan patah tengkuk, manakala seorang lagi retak tulang bahu.

"Ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan remaja yang berpunca dari tindakan seorang abang yang menghalang perhubungan adiknya dengan seorang lelaki," katanya memetik mStar.

Kesemua yang cedera itu dipercayai dipukul dengan kayu, batang besi, topi keledar dan sepit udang motosikal.

"Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: