Sunday, July 12, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4249

5 Messages

Digest #4249

Messages

Sun Jul 12, 2015 12:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BEBERAPA PEMANDU TEKSI DIGARI PEGAWAI SPAD KERANA LANGGAR SYARAT PERMIT MENJADI KECUH DI MEDIA SOSIAL.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Teksi disita dan pemandunya digari atas kesalahan langgar syarat permit ... langgar syarat permit dikira kesalahan jenayah ke????

Begitulah luahan waris-waris pemandu teksi yang digari pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat selain teksi mereka disita dalam suatu operasi di Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Mohon penjelasan dari pihak berwajib mengenai tindakan mengari ini sebab sudah timbul keraguan dikalangan warga media sosial betapa tindakan penguatkuasa SPAD sudah melampaui batas ... kalau sudah teksi mereka disita apa perlu mereka digari????

Sun Jul 12, 2015 12:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Umpan gula-gula culik murid menggunakan sebuah van putih
bloglist-malaysia.blogspot.
kitabantai.info
Kita Bantai

DI kawasan sekolah inilah terjadi kes cubaan culik seorang murid perempuan oleh dua suspek lelaki menaiki van putih di Shah Alam Jumaat lalu.

----------------------------------------------------------

SHAH ALAM – Tindakan berani seorang murid perempuan tahun empat menggigit tangan seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di hadapan sebuah sekolah di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari, budak perempuan itu cuba dilarikan oleh dua lelaki yang menggunakan taktik menawarkan gula-gula sebagai umpan untuk menculik.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat (gambar kecil) berkata, ketika kejadian murid tersebut sedang menunggu ibu bapa yang kebetulan lewat datang menjemputnya pada hari tersebut.
"Ketika itu mangsa telah didatangi seorang lelaki dan cuba mengumpannya dengan memberikan gula-gula tetapi dia kemudian dipaksa masuk ke dalam van manakala seorang lagi lelaki bersiap sedia di bahagian pemandu.
"Namun tindakan berani mangsa menggigit tangan suspek dan kemudian berlari masuk ke dalam kawasan sekolah menggagalkan cubaan culik tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3fRmy0c4i

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/07/umpan-gula-gula-culik-murid-menggunakan.html#ixzz3fU1WeIXX

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, July 09, 2015 11:51 PM
Subject: Fw: Jumlah Kanak2 Bawah 18 Tahun Hilang Amat Membimbangkan

Jumlah Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Hilang Amat Membimbangkan

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Kes melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun dari tahun 2011 adalah amat membimbangkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata daripada jumlah 8,842 yang dilaporkan hilang seramai 8,441 berjaya ditemui.

"Jumlah yang masih hilang agak tinggi dan membimbangkan," katanya selepas melancarkan 'Portal Kanak-Kanak Hilang' di ibunegara semalam.

Portal tersebut dilancarkan adalah kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Simstem ini adalah berbeza dengan NUR Alert yang telah diwujudkan pada 2011 bagi membuat sebaran pantas berkenaan maklumat kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang hilang.

"Portal Kanak-kanak Hilang" membolehkan orang ramai menyemak dan menyalurkan data kanak-kanak hilang secara 'real-time'," katanya. - Siakapkeli.my

Sun Jul 12, 2015 12:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Waktu Kerja Pegawai Perubatan : Kerajaan Jangan Mendera

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Untuk kesekian kalinya, di penghujung Ramadhan ini kita dikejutkan pula semalam dengan kematian seorang pegawai perubatan, Dr. Afifah Mohd Ghazi 29 tahun akibat nahas kemalangan jalan raya selepas bertugas 'on call' di Hospital Sungai Buloh. Allahyarham meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia setahun.

Bagaimanapun, nahas yang dialami Allahyarham menjadi polemik apabila ia berlaku selepas Allahyarham dikatakan bertugas 'on call' selama 36 jam dengan hanya rehat beberapa jam sahaja. Ia sekaligus mengakibatkannya keletihan untuk memandu dan selari dengan kenyataan saksi yang menyebut bahawa kereta yang dipandu Allahyarham terhoyong-hayang sebelum berlaku kemalangan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar kerajaan mengambil berat isu bebanan kerja yang berlebihan yang dipikul oleh pegawai-pegawai perubatan muda ini. Ini bukanlah kes kemalangan yang pertama yang menghiasi dada akhbar melibatkan doktor muda yang memandu di dalam keletihan akibat beban kerja yang berlebihan. Kerajaan perlu berhenti dari mendera.

DPPM menggesa kerajaan agar bertindak segera terhadap isu kekurangan pegawai perubatan demi memastikan agihan kerja seimbang dapat dilaksanakan di kalangan pegawai perubatan. Perlulah diingatkan bahawa data rasmi kerajaan sendiri menyatakan bahawa nisbah antara doktor dan penduduk di Malaysia kini berlegar sekitar 1 : 660 sahaja berbanding 1 : 400 yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi negara maju. Angka ini lebih sedikit berbanding kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada tahun 2012 bahawa Malaysia akan mempunyai nisbah doktor 1 : 600 pada tahun 2015. Beliau yang merupakan Menteri Kesihatan pada masa tersebut mengeluarkan kenyataan demikian selepas melakukan lawatan ke Hospital Kluang pada 29 April 2012.

DPPM mengajak warga dunia perubatan agar bangkit menyuarakan hak mereka sebagai professional yang dilatih untuk berkhidmat untuk masyarakat. Warga perubatan harus mendesak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar prihatin dengan waktu kerja mereka yang tidak berperikemanusiaan ini.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sun Jul 12, 2015 12:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ustaz Misbahur Munir terlibat kemalangan malam tadi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Doakan kesembuhan buat Ustaz Misbahur Munir(TIMBALAN PESURUHJAYA III PAS PERAK) yg kemalangan malam tadi,dikabarkan keadaan ustaz baik ketika ini....beliau tidak dapat mengawal kereta yg dipandu akibat mengantuk....lokasi di Simpang Pulai Ipoh
Teruskan Perjuangan,Teruskan Jihad DiJalan Allah

Sun Jul 12, 2015 12:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PUNCA SEBENAR INSIDEN PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendam.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut kenyataan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka. Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut.

Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.

Gaduh Di Plaza Lowyat
penburukonline.blogspot
kezoom.blogspot.

Gambar & Video : Gaduh Di Plaza Lowyat | Menerusi media sosial, berlaku satu pergaduhan di Plaza Lowyat yang melibatkan beberapa individu. Pergaduhan ini telah mencetuskan suasana kelam kabut di plaza berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa buah video menunjukkan beberapa lelaki menerpa masuk di sebuah kedai di Lowyat seterusnya mula menerbitkan pergaduhan sehingga premis lain turut menjadi mangsa.

2 Punca Pergaduhan

1. Menurut beberapa netizen, punca pergaduhan disebabkan kes kecurian handphone di sebuah premis. Suspek telah dibawa kepada pihak management, namun dilepaskan kerana ketiadaan bukti.

2. Namun ada juga netizen mendakwa, suspek sebenarnya telah ditipu oleh pekedai tersebut dengan memberikannya handphone (tiruan) klon. Suspek yang menyedari dirinya tertipu kembali untuk menukar handphone tersebut, namun pekedai membuat report kononnya lelaki tersebut ingin mencuri. Suspek semasa ditahan telah menunjukkan resit pembelian dan dilepaskan.

7 Lelaki Serang Lowyat

Perkara tersebut telah membuatkan suspek bengang, lalu membawa beberapa rakannya menyerang premis tersebut.

Apapun, selagi ianya belum dibuktikan, tak perlu menuduh sebarangan. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.Semoga kebenaran dapat ditegakkan.

sumber
http://www.siakapkeli.my/2015/07/3-video-11-gambar-pergaduhan-di-plaza.html

Pergaduhan Beramai-ramai di Plaza Lowyat
siakapkeli.my

Satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan tujuh individu pada jam 7.50 malam Sabtu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan.

Sebuah kedai telefon bimbit di Plaza berkenaan telah mengalami kerosakan akibat daripada pergaduhan tersebut.

Menurut sumber polis, suspek telah memecahkan peralatan dalam kedai itu dan memukul pekerja kedai tersebut.

Selain itu, katanya kerugian dianggarkan lebih RM 70,000.

"Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis." katanya memetik Harian Metro.

"Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Manakala beberapa buah video menunjukkan orang ramai sesak mengerumi tempat kejadian selain itu beberapa babak pergaduhan sehingga ada premis-premis lain yang menjadi mangsa pergaduhan. — Siakapkeli.my

Gambar-Gambar Pergaduhan di Plaza Lowyat

Sumber gambar: Oh Media!
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: