Tuesday, December 15, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4355

6 Messages

Digest #4355

Messages

Mon Dec 14, 2015 7:21 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Terkejut, iPhone 6 Miliknya Meletup Dalam Poket

siakapkeli.my

Seorang lelaki mengalami sedikit kecederaan dibahgain pahanya selepas iPhone 6 miliknya meletup secara tiba-tiba di dalam poket seluarnya.

Menurut Muhammad Asyraf Daud, kejadian berlaku ketika beliau sedang berjalan di sekitar Jonker Walk, Melaka kira-kira jam 11 malam di mana iPhone itu meletup.

"Selepas terdengar bunyi letupan yang agak kuat, saya terasa paha saya panas seperti emelcur dan cepat-cepat ambil telefon berkenaan dan buang ke atas jalan."

"Keadaan telefon tersebut ketika terbakar seperti asap vape dalam kereta yang tidak dibuka tingkap atau dalam kata lain berkepul-kepul keluar," katanya ketika dihubungi.

Menurut Asyraf lagi, keesokan harinya dia telah pergi ke Mac City di Dataran Pahlawan untuk merujuk hal itu.

"Pihak Mac City bagitahu saya mereka akan cuba menyiasat kejadian ini kerana jika tiada kesan yang meragukan mereka akan ganti baru."

"Saya sedikit tidak berpuas hati kerana kata mereka saya mungkin mengubah suai telefon yang saya beli awal Februari lalu menyebabkan kejadian tersebut berlaku sedangkan saya tidak pernah buka atau 'baraikan' telefon tersebut,'' katanya. - Siakapkeli.my

Mon Dec 14, 2015 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ini nak bagi rakyat yang sakit terus mamposs !!!

bloglist-malaysia.blogspot
dollahyankee.blogspot
Posted by dollahyankee Numero Quarto

Nampak gaya macam Kementerian Kesihatan macam nak mula buat berniaga parkir pulak dah. Semua rakyat mula ingat macam ni bila KKM mula menyuarakan hasrat mereka untuk mengenakan caj bagi tempat meletak kereta di kawasan hospital.

Yang kerap pergi ke hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan ialah rakyat-rakyat yang susah, yang tak berkemampuan untuk mendapatkan rawtan dihospital-hospital swasta. Bila kena caj parkir yang tinggi, tak kah ini membebankan mereka?

Rasa-rasanya bila pengurusan tempat parkir letak kereta ini diswastakan sudah kadar caj parkir akan selalu naik dan berlaku melalui perjanjian konsesi yang ditetapkan.

Ini bukan nak meringankan beban rakyat dan nak mensejahterakan rakyat, tapi ini nak bagi rakyat mamposs!

Beban yang bertimpa-timpa terhadap rakyat pada hari ini menunjukan yang kerajaan pada hari ini bukan saja tak ada otak tapi hati perut pun tak ada.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr.Hilmi Yahya yang sebelum ini berkata langkah untuk mengenakan caj parkir kereta dalam kawasan hospital perlu lah pikir semula cadangan itu, jangan dalam kepala otak asyik dok pikir nak buat duit dan nak bagi tender tu kepada kroni-kroni.

dollah yankee -
Orang umnu kata tak payah naik kereta,naik saja moto. Tapi kalau dah terketar-ketar sakit, masih boleh ka nak naik moto?

Berita Gempar Ini Mungkin Disorok TV3, RTM Dan Utusan..
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) meminta ahli UMNO yang sependirian dengannya supaya berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat UMNO.

Seruan itu dibuat bagi menyuarakan sokongan kepada sembilan ketua UMNO cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Hebahan mengenainya dimuat naik di laman Facebooknya, meminta mereka yang bersimpati dan menyokong datang ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengahari, pada Rabu.

Selain itu, sebagai simbolik, mereka juga diminta memakai baju berwarna putih.

"Jika anda berkelapangan jom sokong pemimpin kecil yg berjuang utk rakyat ini… ada pemimpin tinggi umno yg perlekehkan Ketua2 Cawangan spt yg kena hadap lembaga disiplin ni… tp pemimpin tinggi ni lupa siapa yg letakkan mereka di situ… ‪#‎BeraniKeranaBenar," tulis pengendalinya.

"Buktikan umno bukan parti yang bertunjangkan duit…bangkit anak melayu jangan biarkan bangla menguasai negara kita," tulis Abu Adli.

Mereka berdepan dengan tindakan itu susulan sidang media pada 24 Oktober lalu yang mendesak supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya meletak jawatan.

Selain, sembilan ketua UMNO cawangan bahagian berkenaan, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor turut dipanggil Lembaga Disiplin pada Rabu.

Sumber

Mon Dec 14, 2015 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MEE HOON GORENG PERENCAH LIPAS DI R&R BUKIT GANTANG ... BILA DI TEGUR PENJAGA SEKADAR TANGKAP LIPAS TERSEBUT TAPI MASIH HIDANG SEMULA MAKANAN TERSEBUT.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

"Semalam di RnR bukit gantang bila kami tegur penjaga terus tangkap lipas dan hidang balik makanan tersebut.....silah ambil tindakan yang berkenaan" ...

PENGIRIM GAMBAR DAN INFORMASI.

Mohon pihak pengurusan PLUS yang cukup terkenal amat menitik berat tentang kebersihan makanan yang halal dijual kepada setiap pengguna lebuhraya PLUS untuk tindakan susulan mengenai maklumat ini terhadap KIOSK ANIKA RASA R&R BUKIT GANTANG.

Tiada tanah runtuh di Terowong Menora
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kejadian tanah runtuh berlaku di Lebuh Raya PLUS berhampiran Terowong Menora di Ipoh seperti yang tersebar melalui media sosial sejak semalam.

PLUS Malaysia Berhad (PMB) mengesahkan perkara itu melalui laman Twitternya, Plusline1800880000, tengah malam tadi.

"Viral tanah runtuh di Lebuhraya PLUS tersebar melalui media sosial adalah palsu. Sila abaikan," katanya. Mesej yang viral melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook mengenai kejadian tanah runtuh berserta beberapa gambar berlaku di lebuh raya itu dikesan mula tersebar semalam.

Ia sekali gus mengundang tanda tanya dan keresahan dalam kalangan orang ramai terutama pengguna lebuh raya berkenaan.

Difahamkan, gambar yang tersebar itu sebenarnya adalah kejadian tanah runtuh yang berlaku di Lebuh Raya Karak, baru-baru ini.

Mon Dec 14, 2015 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Imam Baru Balik Solat Subuh Maut Dilanggar Lari Di Lampu Isyarat

siakapkeli.my

Bukit Mertajam: Seorang imam yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat subuh di surau maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di persimpangan lampu isyarat, Simpang Tiga Kubang Ulu, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi berkenaan,mangsa Tuan Haji Chee Saad Mat Aisa, 67, dikatakan melalui kawasan lampu isyarat di simpang tiga Tiga Kubang tersebut.

"Bagaimanapun ketika berada di persimpangan lampu isyarat yang sedang hijau beliau telah bergerak tetapi tiba-tiba sebuah kereta jenis proton wira telah merempuh motosikal mangsa sebelum pemandunya dikatakan melarikan diri," kata saksi

Pemandu kereta berkenaan telah meninggalkan keretanya dilokasi kejadian.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Kaki Kanak-Kanak Tersepit Tangga Eskalator Di Johor
siakapkeli.my

Nampaknya kejadian kemalangan melibatkan tangga eskalator semakin kerap berlaku selepas kejadian yang menggemparkan berlaku di China yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Semalam, satu kejadian terbaru melibatkan eskalator berlaku di hentian Rehat Dan Rawat (RnR) Pagoh, Johor apabila seorang kanak-kanak lelaki kakinya telah tersepit di tangga eskalator.

Kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira jam 9.20 malam itu menyebabkan orang ramai mula berkerumun.

Menurut seorang saksi bernama Shahrul Hisham, selepas kaki kanak-kanak itu tersepit, eskalator secara automatik telah terhenti.

"Kanak-kanak itu menangis menahan kesakitan sambil dipeluk oleh bapanya, saya rasa ngilu dan alhamdulillah dia selamat," katanya.

Pegawai Kanan 2 Bomba Dan penyelamat Muar, Idris Bin Ali mengesahkan kejadian ini, menurut beliau yang mengetuai operasi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9:34 malam dan terus bergegas ke tempa kejadian.

Mereka yang sampai ke RnR Pagoh kira-kira setengah jam terus cuba melepaskan kaki kanak-kanak berkenaan.

"Kami mengambil masa agak lama iaitu kira-kira setengah jam lebih untuk mengeluarkan kaki mangsa kerana terlalu bahagian tangga yang perlu dibuka dan kerja dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan," katanya ketika dihububungi oleh Siakapkeli.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederan yang serius dimana tiga jarinya dipercayai patah dan kini dirawat di hospital Muar. - Siakapkeli.my

Mon Dec 14, 2015 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah Wanita Bawa 2 Anak Naik Motor Dari Perak Ke KL…Sedihnya!

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Hati mana tidak tersentuh apabila melihat foto seorang ibu menunggang motorsikal bersama dua orang anaknya yang masih kecil. Seorang diletakkan di belakang pada kerusi 'khas' yang dipasang manakala seorang lagi didukung pada bahagian hadapan.
Menerusi bacaan kami wanita ini sebenarnya dari Kuala Kangsar Perak menuju ke Kuala Lumpur. Namun ada kisah disebalik foto yang menjadi viral ini.

Ibu tunggal

Selepas beberapa keping foto ibu ini mulai viral di laman sosial, netizen tidak putus-putus melahirkan rasa simpati malah ramai yang bertanya bagaimana mahu menyampaikan bantuan kepada dirinya.
Wanita ini dikhabarkan seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan suami dan kini menetap di Kuala Kangsar Perak sejak beberapa bulan yang lalu.

"Kini aku berseorangan"

Ini dibuktikan menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
"Dia insan yang sangat tabah"

Seorang pengguna media sosial, Norassidah Mohammed memaklumkan bahawa dirinya pernah menghulurkan bantuan kepada wanita ini.

Update terbaru daripadanya mengatakan bahawa ibu tunggal ini telah pun sampai ke destinasi yang dituju dan kini berada bersama sepupunya.
Kita doakan yang terbaik buat ibu muda ini agar semua urusan dipermudahkan.

Sumber : Wantyrman, Norassidah, Dina

Mon Dec 14, 2015 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perwakilan Tegur 'kain tak jahit' Pramugari MAS

siakapkeli.my

Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini turut menjadi tempat luahan perwakilan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus yang menyuarakan pandangannya berkenaan isu pakaian petugas-petugas perempuan dalam penerbangan MAS.

"(Pekerja) lelaki pakai dalam bentuk yang lebih sopan.

"Tetapi perempuannya kita biarkan pakai kain tak jahit," kata wakil Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus memetik laporan MalaysiaKini.

Ahmad berkata jika pihak yang berkenaan memperjuangkan Islam, mereka harus menyediakan pakaian yang lebih sopan kepada petugas MAS.

"Kalau kita melihat ini (Islam) sebagai perjuangan kita, kita (pihak berkenaan perlu) sediakan bukan orang lain sediakan.

"Bukan kita beri kebebasan kepada mereka untuk pakai ikut suka tetapi kita sediakan pattern yang sama," katanya.

Selain dari itu, Ahmad turut mempersoalkan pemakaian pakaian sukan atlit wanita negara.

Beliau mengambil contoh pemakaian dalam sukan bola tampar dimana pemakaian atlet lelaki dilihat lebih sopan dimana memakai seluar pendek sedangkan perempuan pula berpakaian seperti seluar dalam.

"Ini cara orang putih, cara Yahudi. Tengoklah sukan lain, sama juga.

"Sukan tenis pun sama, lelaki pakai sopan sikit, kadangkala seluar sampai ke lutut, tapi perempuan pakai apa?

"Apakah kita nak samakan penerbangan MAS dengan apa yang dibawa Yahudi ini?" katanya. - Siakapkeli.my

Monopoli TV Berbayar Astro Tamat Februari 2017
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Kerajaan mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran melalui satelit kepada pengendali "Astro" iaitu Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn Bhd (MBNS) sehingga 28 Februari 2017, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu memberitahu bahawa hak itu dikekalkan berasaskan prinsip kedudukan "no worse off"semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.

"Hak eksklusif ini diberi oleh kerajaan Malaysia kepada MBNS pada 1997, sebelum Lesen Penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 MBNS berhijrah ke rejim baharu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98)".
"MBNS boleh meneruskan perkhidmatan penyiaran TV berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas 2017, tetapi bukan secara eksklusif," kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).
Hasan ingin tahu sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif Astro yang akan tamat tahun depan.
Selain itu, kementerian itu menyebut syarikat-syarikat lain boleh mula memohon untuk membeli perkhidmatan penyiaran TV berbayar melalui satelit selepas 28 Februari 2017.

Jangan Jual Barang Tak Ori, Jangan Gaji Pekerja Asing - Amaran Ismail Sabri kepada Peniaga Low Yat 2
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 11 Dis - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi amaran kepada peniaga-peniaga di Low Yat 2 atau nama rasminya, Mara Digital supaya tidak menjual barangan tiruan serta menggaji pekerja asing.

Ingkar kepada arahan itu, peniaga mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan akta yang telah ditetapkan.

"Saya sudah ingatkan jangan menjual barang tiruan kerana risikonya akan berdepan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Barang murah tapi perlu original," katanya kepada pemberita memetik laporan dari Sinar Harian.

Mara Digital telah dibuka kepada orang ramai bermula Selasa lalu.

Mengulas tentang nama "Low Yat 2" yang dikaitkan dengan Mara Digital, Ismail Sabri berkata pihaknya tidak menghalang jikalau masih ada yang mahu memanggilnya dengan nama Low Yat.

"Nama sudah diumum dan logo juga sudah ada. Dan kita harap boleh dikenali Mara Digital. Kita merancang untuk tubuh diseluruh negara dengan nama Mara Digital.

"Tetapi kalau da mahu panggil nama sebelum ini (Low Yat 2) saya tidak boleh halang.", kata beliau. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: