Wednesday, December 23, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4362

11 Messages

Digest #4362
2
9
Fw: BERITA BAIK UNTUK WARGA SELANGOR... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
Fw: TINGGALKAN NOTA & JUJUR by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11
Fw: Didakwa di Mahkamah & Ditahan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Dec 22, 2015 7:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Brunei Haramkan sambutan Krismas secara terbuka
bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei telah menyatakan bahawa siapa pun yang ditemukan secara ilegal merayakan Natal boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, menurut laporan, sebagaimana disiar oleh The Telegraph, (21/12/2015).

Brunei yang merupakan sebuah negara Muslim di pulau Borneo itu menyatakan bahawa hukuman juga akan berlaku bagi siapa pun yang ditemukan mengirim ucapan selamat natal – atau memakai topi Santa.

Non-Muslim diperbolehkan untuk merayakan Natal – tetapi mereka harus melakukannya hanya dalam komuniti mereka.

Kementerian Agama Brunei mengatakan dalam sebuah pernyataan: "Langkah-langkah penegakan aturan ini dimaksudkan untuk mengontrol tindakan merayakan Natal secara berlebihan dan terbuka, yang boleh merusak aqidah (keyakinan) komuniti Muslim." Dalam peringatan kepada ummat Islam awal bulan ini, para imam memperingatkan bahawa perayaan apapun yang sama sekali tidak ada berhubungannya dengan Islam dapat menyebabkan tasyabbuh dan tanpa sadar merusak 'aqidah ummat Islam....

"Selama perayaan Natal, ummat Islam mengikuti perbuatan yang dilakukan penganut agama tersebut – seperti menggunakan simbol-simbol agama mereka seperti salib, menyalakan lilin, membuat pohon Natal dan menyanyikan lagu-lagu keagamaan, mengirimkan ucapan selamat Natal, menggunakan tanda-tanda yang memuliakan agama tersebut, memasang dekorasi atau bunyi-bunyian, dan melakukan apa-apa yang bermaksud untuk memuji agama mereka – hal itu bertentangan dengan agama Islam," kata para imam, menurut Borneo Bulletin.

"Beberapa orang mungkin berfikir bahwa itu adalah masalah remeh dan tidak boleh dibawa sebagai sebuah masalah. Tapi sebagai Muslim dan sebagai Negara Zikir, kita harus menghindarinya (berikut perayaan agama lain) karena boleh mempengaruhi keyakinan Islam kita."

Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, beberapa waktu lalu telah menerapkan hukum atau Syariah Islam, yang di dalamnya termasuk ancaman hukum rajam bagi para pelaku zina.

(arrahmah.com)

Tue Dec 22, 2015 7:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Polis Hilang Bot disedut Turbin Kilang

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Alor Gajah: Anggota polis dipercayai lemas manakala birasnya terselamat selepas bot yang dinaiki mereka disedut kipas turbin kilang janakuasa di Pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu mangsa, Mohd Samsul Sharip, 33, dipercayai hilang selepas bot dinaiki terputus dua.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat negeri Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.18 malam, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Jalan Kubu dan BBP Tangga Batu dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 25 anggota termasuk lima pegawai.

"Ketika kejadian mangsa dikatakan pergi menjala ikan bersama adik ipar isterinya, Mohamad Amin Osman, 26, sebelum bot dinaiki mereka dipercayai disedut kipas turbin kilang janakuasa, menyebabkan bot terbabit pecah dan mangsa hilang dibawa arus namun birasnya berjaya menyelamatkan diri.

"Kini usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankanmanakala birasnya dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan," katanya.

Sehingga 5.30 pagi tadi, mangsa yang hilang belum belum ditemui.

Tue Dec 22, 2015 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INILAH LELAKI YANG DITAHAN KERANA TUNJUK ISYARAT LUCAH TERHADAP SULTAN JOHOR DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN DEKAT YONG PENG.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Assalamualaikum YDH Dato'/Tuan

1. Tajuk : Satu kejadian ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

2. No rpt/tkh : Yong Peng/4239-4240/15@20/12/2015@ 12:00Hrs.

3. Klasifikasi: 506/509 KK

4. IO Kes :Insp Sugendharan Nair A/L Karunagaran (016-7590306)

5. Pengadu : Sugumaran A/L Raman G/12547 Pekerjaan: Ketua Keselamatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Alt: IPK Johor

6. Mangsa : Tiada

7. Fakta Kes : Pada jam lebih kurang 1120hrs @ 20/12/2015 semasa pengadu bersama sjn 70884 Mukhlas Bin Dinyati, Kpl 89563 Hj Othman Bin Hj Mohd Anuar dan Kpl 115767 Maisan Bin Kasim dengan menaiki m/kar nombor pendaftaran:JZ 12 jenis: Porsche Cayenne S sedang mengiringi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan dari Muar ke Johor Bahru dan apabila sampai di KM 95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, telah melihat seorang lelaki melayu yang sedang memandu m/kar nombor pendaftaran BLD 345 jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan.

Melihat kejadian itu, DYMM Tuanku Sultan telah memberhentikan kereta yang dipandu oleh baginda sendiri dan mengarahkan pengadu supaya mengambil tindakan terhadap lelaki melayu pemandu yang telah menunjukkan isyarat lucah terhadap baginda.

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan pengadu bersama anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki melayu tersebut dan telah meminta butir-butir suspek dan dapati:

Butir-Butir Tangkapan :

Nama : Md Aris Bin Husin

No. KPT: 750330015153

Umur : 40

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Tarikh Lahir : 30/03/1975

Keturunan : Melayu

Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor

Butir-Butir Rampasan:

No : 1

Jenis Barang : Kunci Kenderaan Dan Alarm

Kuantiti : 1 Bentuk

Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan

Cara Disembunyikan : Di Ambil Daripada M/Kar No:BLD 345 Jenis:Perodua Viva warna Putih

No : 2

Jenis Barang : Motokar (Saloon)

Kuantiti : 1 Buah

No Siri : BLD345

Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan

Cara Disembunyikan : Diambil Daripada Pemandu M/Kar

Kemudian pengadu dan anggota bawa balik lelaki Melayu tersebut dan rampas kereta Perodua Viva BLD 345 ke Balai Polis Air Hitam untuk mengambil tindakan seterusnya. Sesalinan borang bongkar telah dikeluarkan kepada suspek untuk ditandatangani beliau. Saspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik Ipd Batu Pahat.

Hasil soalsiasat:

Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Saspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Hasil ujian air kencing negatif.

8) Tangkapan :

Nama : Md Aris Bin Husin

No. K/p Baru : 750330015153

Umur : 40

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Tarikh Lahir : 30/03/1975

Keturunan : Melayu

Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor

9)Tindakan yang diambil.

i) Rakaman percakapan pengadu

ii) Rakaman percakapan okt.

iii)Reman ke atas saspek.

iv)Rujuk kertas siasatan kepada YA TPR.

Sekian untuk makluman YDH Dato'/Tuan. Terima kasih.

Tue Dec 22, 2015 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Bumbung Rumah Bocor, Peralatan Sekolah Anak Belum Beli.."

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Keadaan dalam rumah Zainal yang sudah bocor teruk bumbungnya manakala dinding rumah banyak yang sudah berlubang dan reput.

KEADAAN ekonomi sebuah keluarga yang sudah sedia dihimpit kemiskinan di Kg Simpangan (Sungai Gali), Tumpat, Kelantan kian sempit selepas rumah tempat berlindung pula rosak teruk dijilat api, baru-baru ini.
Pihak surau kampung berkenaan kemudiannya tampil membantu dengan menampal dinding yang berlubang akibat kebakaran namun keadaan rumah yang dihuni keluarga Zainal Awang, 41, masih kelihatan daif.

Memang menyedihkan. Apa yang boleh dikatakan rumahnya sekadar untuk berlindung daripada hujan dan panas semata-mata, dapur sering tak berasap kerana ketiadaan barang dapur manakala tandas tidak dibina di dalamnya untuk jimatkan kos.

Bahagian dapur rumah Zainal yang kadangkala tak berasap.
Demi empat anak yang perlukan makanan untuk masuk ke perut saban hari, Zainal berusaha keras mencari pendapatan dengan melakukan kerja-kerja kampung termasuk bertukang dan menyalurkan tenaga tulang empat keratnya buat sesiapa sahaja demi sedikit upah.
Biasanya dia hanya mampu memperoleh sekitar RM30 sahaja sehari, jumlah yang sekadar 'cukup-cukup makan' sebelum perlu mengais rezeki lain keesokan harinya.
Keempat-empat anak Zainal iaitu Nurul Alisya, 16, Nurul Aliya Nadhira, 15, Nurul Ilyanis, 10, dan Mohd Zairul Hilman, 6, dijaganya sendiri selepas berpisah dengan isteri dua tahun lalu.
Kini menjelang tahun baru 2016, bukan soal makanan buat anak-anak sahaja yang difikirkan Zainal tetapi kos untuk mereka memulakan sesi persekolahan baharu turut buat fikirannya buntu. Hingga ke saat ini tidak ada sebarang persediaan dapat dibuat kerana keadaan kewangan yang terhad.

Zainal (kanan) bersama anak bongsunya, Mohd Zairul Hilman, 6.
Justeru, insan-insan pemurah di luar sana diseru untuk membantu meringankan beban ditanggung Zainal sekaligus dapat membantu keempat-empat anaknya meneruskan persekolahan seperti rakan sebaya mereka.
Selain wang ringgit, keluarga ini boleh dibantu dengan menyalurkan sumbangan berupa peralatan, buku dan baju sekolah selain barangan dapur dan keperluan hidup lain.
Difahamkan kerana kasihan melihat kepayahan Zainal membesarkan anak-anaknya dengan sempurna, penghulu kampung Sha'ari Abd Kadir pernah menyarankan agar anak-anaknya itu ditempatkan di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat namun dibantah olehnya yang berkeras, mahu berusaha selagi mampu dengan tulang empat keratnya.
Justeru bagi mereka yang memerlukan khidmat tukang, anda boleh juga membantu keluarga ini dengan memberikan pekerjaan kepada Zainal yang mempunyai kemahiran bertukang.
Selain itu, keadaan rumah keluarga ini juga memerlukan bantuan agar Zainal dan anak-anak dapat hidup lebih selesa. Antara yang perlu dibetulkan adalah bumbung yang bocor teruk, dinding berlubang dan reput, ketiadaan elektrik serta bekalan air paip yang kecil disebabkan tekanan rendah.
Pada masa sama, ketiadaan tandas menimbulkan masalah sanitasi kerana anggota keluarga ini terpaksa ke Sungai Golok berhampiran rumah untuk melepaskan hajat, dan situasi ini sudah tentu kurang manis buat anak-anak Zainal yang sudah mencecah usia gadis sunti.
Untuk sebarang bantuan persekolahan, tawaran kerja dan sebagainya, bolehlah salurkan ke akaun Maybank 1530 9207 1962 atau berhubung dengan Zainal sendiri di talian 011 14928540.
sumber

Tue Dec 22, 2015 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

GST : Pengguna Boleh Tuntut Rebat Prabayar Mulai 1 Januari

siakapkeli.my

KUALA BERANG: Penguna-penguna kad prabayar boleh mula menuntut rebat bagi perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 Januari depan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan bajet 2016 untuk membayar balik caj GST yang dikenakan sebelum ini.

"Bagaimanapun, rebat ini hanya untuk warga negara. Pengguna boleh menyemak dengan pihak pengendali telekomunikasi sama ada mereka layak menerima rebat itu atau sebaliknya," katanya dipetik laporan BH Online.

Beliau juga berkata rebat itu akan dilaksanakan sehingga hujung tahun depan. - Siakapkeli.my

Tue Dec 22, 2015 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP lebur?

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
oleh Fatih Hassan Nordin

PERAK 20 DIS: Simpanan hari tua dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin 'lebur' jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan hutang tertunggak yang ditanggung negara.
Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham membuat pendedahan itu dengan merujuk maklum balas Menteri Kewangan yang menyenaraikan KWSP sebagai antara pemiutang.
"Wang yang dipinjamkan KWSP adalah wang rakyat, rakyat bakal alami kerugian besar jika Kerajaan BN gagal lunaskan hutang itu," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Malaysia menangung hutang RM627.5 bilion dengan 97 peratus daripadanya hutang domestik dan selebihnya iaitu tiga peratus hutang asing bernilai RM18.80 bilion.
Tidak menolak kemungkinan negara menuju muflis, beliau berkata tindakan mencetak wang bagi membayar hutang berkenaan pula dikhuatiri mencetuskan masalah lain.
"Kita tidak mahu jadi Zimbabwe. Suatu masa dulu maju dan mencetak wang sesuka hati tetapi kini tidak bernilai langsung," katanya dan menambah mata wang negara itu satu-satunya tidak diterima di seluruh dunia.
Justeru, Koo Ham menyeru rakyat mendesak Kerajaan BN supaya telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat terus-terusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu.
"Segala simpanan yang dikumpul dari jerih payah rakyat bakal dirompak jika Kerajaan BN gagal melunaskan hutangnya dan memilih secara sembarangan mencetak wang untuk melunaskan hutang," katanya.

Tue Dec 22, 2015 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kebakaran Dekat LRT : Suspek Ditahan Polis

siakapkeli.my

PETALING JAYA, 22 Dis: Susulan insiden kebakaran yang berlaku berhampiran stesen LRT Taman Jaya semalam, pihak polis telah menahan suspek yang berusia pertengahan 20-an pada lewat malam Isnin.

Suspek dijangka ditahan reman pada Selasa bagi membantu polis menjalankan siasatan. - Siakapkeli.my

Kisah Sebenar Disebalik Kebakaran Dekat LRT : Perasaan Cemburu Punca Kejadian
siakapkeli.my

PETALING JAYA, 21 Dis: Seorang lelaki nekad mencurahkan petrol ke kereta seorang wanita sebelum menyalakan api untuk membakar kereta tersebut.

Difahamkan, kereta tersebut dinaiki oleh wanita itu dan juga seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki wanita berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 petang itu, suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego menghampiri kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Proton Wira itu sebelum mebaling petrol dan menyalakan api.

Laporan Bernama menyebut suspek dan wanita itu kini dalam proses penceraian.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, api yang merebak telah menyebabkan enam buah kereta termasuk kereta mangsa terbakar dalam kejadian.

The Star melaporkan, lelaki terbabit muncul di tapak tempat kereta berdekatan dengan LRT Taman Jaya, tempat dimana teman lelaki wanita itu bekerja, sekitar jam 1.30 petang pada Isnin hanya untuk melihat lelaki itu memasuki kereta wanita tersebut.

"Teman lelaki wanita itu sedar yang lelaki tersebut (suspek) mahu melontar botol tersebut ke dalam kereta teman wanitanya itu yang berada dalam keadaan pintu terbuka kerana dia sedang mencuci keretanya"

"Nasib baik, wanita itu berjaya melompat keluar sebelum api menelan kereta terbabit", katanya sebagaimana memetik laporan The Star.

Suspek terbabit meloloskan diri dari tempat kejadian, meninggalkan selipar dan helmetnya.

"Api merebak dengan cepat dan marak ke lima kereta berdekan sehinggakan beberapa orang di sekeliling tidak mampu memadamkannya", kata beliau sambil menambah tiga letupan kuat turut kedengaran.

Portal TheRakyatPost pula melaporkan bahawa ACP Mohd Zani berkata kerugian akibat kejadian dianggarkan RM300,000.

"Susulan kejadian itu, dianggarkan kerugian kira-kira RM300,000.

"Suspek yang tinggal di Pantai Dalam itu berusia 30an sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya diteruskan," katanya sebagaimana memetik laporan TheRakyatPost.

Teman lelaki wanita itu yang berusia 20 tahun cedera di bahagian tangan akibat terkena pintu keret ketika menyelamatkan diri.

Selain itu, Mohd Zani juga turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetus kembimbangan awam. - Siakapkeli.my

Suspek Bakar 6 Buah Kereta Akhirnya Berjaya Ditangkap
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SUSPEK (tengah) yang membakar kereta dalam kejadian berhampiran Stesen LRT Taman Jaya semalam dibawa ke mahkamah oleh polis bagi mendapatkan tahanan reman di Mahkamah
Petaling Jaya, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 27 tahun direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian enam kereta musnah dalam kebakaran berhampiran Stesen LRT Taman Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya mendapatkan perintah reman itu pagi tadi bagi membolehkan polis menyiasat kejadian kebakaran kereta dipercayai berpunca akibat perbuatan khianat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi melengkapkan kertas siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

BH hari ini melaporkan seorang lelaki bertindak membaling molotov cocktail ke arah kereta dinaiki bekas isteri bersama teman lelakinya sehingga mengakibatkan enam kenderaan musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu.

Bagaimanapun, wanita terbabit dan temannya berjaya menyelamatkan diri daripada kereta yang sedang terbakar itu.

Suspek berjaya ditahan polis pada jam 11 malam semalam di sekitar lokasi kejadian dan polis turut merampas motosikal jenis Yamaha Ego yang dinaiki lelaki itu.

Tue Dec 22, 2015 7:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jururawat Hilang: Anggota Penyelamat Jumpa Organ Dalaman Namun Tidak Pasti Samada Milik Mangsa

siakapkeli.my

SANTUBONG: Pihak penyelamat hari ini berjaya menemui organ dalaman menyerupai paru-paru manusia berkemungkinan milik jururawat, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, yang dilaporkan hilang selepas lemas di Pantai Pasir Pandak, di sini, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Muhammad Mirza Dzalmmira Miraz berkata, mereka menemui organ dalaman tersebut di celah-celah batu kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari lokasi mangsa hilang kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurutnya serpihan organ dalaman berkenaan menyerupai paru-paru manusia, bagaimanapun mereka belum dapat memastikan sama ada organ dalaman itu milik manusia atau haiwan.

"Semuanya masih dalam siasatan dan kita sudah hantar organ berkenaan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk ujian forensik,"katanya dipetik laporan Harian Metro.

Isnin lalu, pihak penyelamat telah berjaya menemui pakaian yang dipakai oleh Wazieyana ketika dilaporkan hilang dimana terdapat kesan gigitan pada pakaian yang dijumpai tersebut.

Operasi berkenaan dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). - Siakapkeli.my

Wanita Nekad terjun kereta
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Butterworth: Seorang wanita cedera di kaki kiri ketika menyelamatkan diri daripada diculik dengan terjun daripada kereta yang dipandunya dalam kejadian di Prai, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa Tan Geik Bee, 31, terjun daripada kereta Perodua Viva dipandunya selepas diugut dengan pisau oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menaiki keretanya.

Sumber berkata, mangsa sebelum itu berada di dalam kereta di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Seberang Jaya di sini, berseorangan sebelum seorang lelaki masuk ke dalam keretanya.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian mengacukan pisau kepadanya sebelum menyuruh mangsa memandu ke Prai.

"Mangsa mengikut arahan lelaki berkenaan kerana bimbang dicederakan dan sebaik sampai di hadapan sebuah kilang di Prai, dia nekad terjun daripada kereta dipandunya itu.

"Sejurus terjatuh di atas jalan raya mangsa kemudian mendapatkan pertolongan daripada seorang pemandu bas di kawasan itu sebelum keretanya dilarikan lelaki berkenaan," katanya.

Menurut sumber, mangsa cedera di kaki kiri dan kerugian lebih RM1,000 selain kereta miliknya dilarikan.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam dan polis kini sedang berusaha memburu lelaki berusia 30-an berkenaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100931#sthash.BOjxJtgp.dpuf

Tue Dec 22, 2015 7:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SUBHANALLAH ! ALHAMDULILLAH ...BERITA BAIK UNTUK WARGA SELANGOR... SUBHANALLAH ! ALHAMDULILLAH ...BERITA BAIK UNTUK WARGA SELANGOR...
bloglist-malaysia.blogspot 

Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2

 

YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali (Dato' Menteri Besar Selangor) telah mengumumkan 3 perkara dalam Bajet Belanjawan Selangor bagi Tahun 2016 :

1. Cukai Taksiran bagi Pangsapuri Kos Rendah DIMANSUHKAN (Tak perlu bayar)

2. Lesen Peniaga/Penjaja Kecil DIMANSUHKAN (Lesen perlu mohon tapi tak perlu bayar)

3 - Lesen Penjaja Pasar Pagi/Malam/Pasar Tani DIMANSUHKAN (Lesen perlu mohon tapi tak perlu bayar)

Terima Kasih. Y.A.B. DATO' SERI MOHAMED AZMIN HAJI ALI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR ‪

#Baldatuntoyyibatunwarobburghofur‬ ‪

#SmartSelangor‬.

 

Tue Dec 22, 2015 7:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PENUNTUT TINGGALKAN NOTA TERPAKSA "PINJAM" DUIT TABUNG MASJID KOLEJ RM7.85 SEN SEBAB KELAPARAN 3 HARI TAK MAKAN SEBAB TIDAK ADA DUIT.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

"Assalamualaikum semua ... Saya pinjam duit tabung masjid RM 7.85. Maaf saya dah 3 hari tak makan sebab saya x da duit. insha Allah dlm masa terdekat saya akan ganti balik. saya one of student/budak kolej ini . Terima Kasih. May Allah bless all of U.

Doakan saya kuat".

BRADER NI MEMANG ORANG PALING JUJUR KAT MALAYSIA RASANYA
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sumber: fb sukan star

comments:

Anonymous said...
alhamdullah..ade lagi orang cam ni dalam negara kita.kalu Najib dia udah tibai tuuu.Doa terbaik untuk hamba ALLAH yg pulang kan purse bro ni.

Tue Dec 22, 2015 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Vape : Individu Pertama Didakwa di Mahkamah

siakapkeli.my

KOTA BHARU, 15 Dis - Seorang peniaga berusia 27 tahun menjadi individu pertama di Kelantan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu berikutan kesalahan yang membabitkan penjualan cecair vape.

Muhd Azahar Safie bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Muhd Azahar didakwa memiliki cecair racun jenis nikotin sebanyak 518 milimiter di sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini pada 11.15 malam pada 5 November lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Berikutan penafian oleh tertuduh, kes ditangguh pada tarikh sebutan semula pada 14 Januari depan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000. - Siakapkeli.my

Dipenjara Kerana Miliki Kapak Tanpa Kebenaran
siakapkeli.my

Mohd Bakri kanan.

Kota Bharu, 22 Dis: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan memiliki kapak tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen hari ini.

Peniaga terbabit, Mohd Bakri Mohd Adnan, 43, dijatuhi hukuman terbabit selepas mengaku bersalah dihadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 November 2014.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki kapak berukuran 44 sentimeter di dalam kereta kancil tanpa kebenaran yang sah di Jalan Bukit Gedombak, Pasir Puteh pada 5.45 petang pada 25 November 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata 1958.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjaram minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, NurLiyana Md. Zukri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Siakapkeli.my

Polis Tahan Suspek Kes Rusuhan Di Kompleks Kota Raya
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Susulan kekecohan di kedai telefon bimbit di Kompleks Kota Raya semalam, seorang lelaki yang berusia 38 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Suspek ditahan jam 5 petang semalam dan disyaki menyerang salah satu kedai telefon di sana.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supritendan Habibi Majinji berkata seramai 15 hingga 20 individu dipercayai terlibat dalam kekecohan itu.

Mereka mendakwa pernah ditipu oleh penjual telefon di kompleks tersebut dan bertindak untuk berkumpul pada semalam selepas dipanggil oleh seseorang menerusi laman Facebook.

Kekecohan yang berlaku pada petang semalam menyebabkan dua individu cedera. -Siakapkeli.my

Ali Tinju Ditahan Dibawah Akta Hasutan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju ditahan polis pada Isnin mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan susulan kenyataan berbaur hasutan yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, Ali ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 7 malam Isnin.

"Polis turut merampas satu telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya menerusi laporan Bernama.

Permohonan reman akan dikemukakan pada Selasa. - Siakapkeli.my

Ali Tinju ditahan dibawah Akta Hasutan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PETALING JAYA: Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenal Ali Tinju di tahan dibawah Akta Hasutan pada Isnin malam.

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kepada FMT kira-kira jam 9 malam.

Penahanan Ali Tinju dipercayai susulan tindakan dia bersama kumpulannya turun ke Kompleks Kota Raya pada Jumaat sebagai respon terhadap kes seorang individu yang dilaporkan dikurung di dalam sebuah bilik kecil selepas enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di situ.

Pada Ahad, Kota Raya sekali lagi gempar dengan pergaduhan antara segerombolan lelaki dan para peniaga di kompleks itu.

Ali Tinju menafikan pembabitannya dengan kejadian itu.

FMT diberitahu dia ditahan susulan laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan Sabtu lepas.

DI PLAZA KOTA RAYA ADA BILIK KECIL UNTUK PERAS UGUT PELANGGAN.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Sebuah bilik kecil di dalam sebuah premis menjual telefon bimbit di Plaza Kota Raya didakwa dijadikan sebagai tempat untuk memeras pelanggan.

Perkara itu diceritakan seorang kakitangan syarikat perbankan di plaza berkenaan.

Wanita itu yang enggan namanya disiarkan atas faktor keselamatan mendakwa, seorang pekerja kedai sering mengugut pelanggannya di dalam bilik tersebut yang keluasannya lebih kurang satu meter persegi.

"Bilik itu terletak di bahagian paling tepi. Kita boleh nampak dengan jelas kalau tak tutup," katanya sambil menunjukkan lokasi bilik berkenaan.

"Di dalamnya ada sebuah meja kecil dan kerusi plastik. Di situlah mereka suruh pelanggan duduk. Ini dibuat secara terbuka," katanya.

Selain itu, dia turut mendakwa sering kali mendengar pekerja kedai terbabit memarahi pelanggannya dengan mengeluarkan kata-kata kesat, terutama terhadap pelanggan warga asing.

Dalam perkembangan berkaitan, pemerhatian di bangunan itu mendapati, beberapa kedai yang terbabit dengan dakwaan menipu pelanggan masih ditutup.

Ia berikutan pergaduhan yang tercetus pada petang Ahad lalu antara beberapa pekerja kedai dengan sekumpulan 20 individu yang ingin menuntut semula wang daripada kedai yang didakwa menipu mereka.

Sementara itu, rakan sekerja kakitangan syarikat perbankan itu turut mendakwa, pekerja kedai telefon bimbit terbabit `berani' memarahi pekerja kedai lain yang melihat atau menegur sikap mereka terhadap pelanggan yang berkunjung ke kedai itu.

"Dia akan beri amaran, termasuk kepada pengawal keselamatan, kalau kita tengok mereka marah pelanggan," katanya lagi.

Dalam pada itu, percubaan untuk mendapatkan kenyataan daripada pihak pengurusan setakat ini masih gagal.

Semalam, kakitangan di pejabat Kota Raya Complex Management Sdn Bhd hanya memaklumkan siasatan sedang dijalankan, dan semua pegawai pengurusan kanan sedang sibuk.

Alasan yang sama juga diberikan kakitangan Kota Raya Complex Management dan Kota Raya Development Sdn Bhd ketika dihubungi pagi tadi.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: