Wednesday, December 9, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4351

11 Messages

Digest #4351
1
Fw: Bahaya lama tak jimak ?? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Buaian Gergasi Tumbang Di PD by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11
Cari remote radio espace 2 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Dec 8, 2015 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bahaya lama tak jimak ??
bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Muhammad bin Zakariya menambahkan, "Barangsiapa yang tidak bersetubuh dalam waktu lama, kekuatan organ tubuhnya akan melemah, sarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan jima' dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram."....baca semuanya

ULAMA salaf mengajarkan, "Seseorang hendaknya menjaga tiga hal pada dirinya: Jangan sampai tidak berjalan kaki, agar jika suatu saat harus melakukannya tidak akan mengalami kesulitan; Jangan sampai tidak makan, agar usus tidak menyempit; dan jangan sampai meninggalkan hubungan seks, karena air sumur saja bila tidak digunakan akan kering sendiri."

HUBUNGAN intim, menurut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam Ath-Thibbun Nabawi (Pengobatan ala Nabi), sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan: memelihara keturunan dan keberlangsungan umat manusia, mengeluarkan cairan yang bila mendekam di dalam tubuh akan berbahaya, dan meraih kenikmatan yang dianugerahkan Allah.

Hubungan intim –menurut Islam– termasuk salah satu ibadah yang sangat dianjurkan agama dan mengandung nilai pahala yang sangat besar. Karena jima' dalam ikatan nikah adalah jalan halal yang disediakan Allah untuk melampiaskan hasrat biologis insani dan menyambung keturunan bani Adam.

Selain itu jima' yang halal juga merupakan ibadah yang berpahala besar. Rasulullah SAW bersabda, "Dalam kemaluanmu itu ada sedekah." Sahabat lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli istri kita?." Rasulullah menjawab, "Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala." (HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah)

Karena bertujuan mulia dan bernilai ibadah itu lah setiap hubungan seks dalam rumah tangga harus bertujuan dan dilakukan secara Islami, yakni sesuai dengan tuntunan Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

Muhammad bin Zakariya menambahkan, "Barangsiapa yang tidak bersetubuh dalam waktu lama, kekuatan organ tubuhnya akan melemah, syarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan jima' dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram."

Sedangkan di antara manfaat bersetubuh dalam pernikahan, menurut Ibnu Qayyim, adalah terjaganya pandangan mata dan kesucian diri serta hati dari perbuatan haram. Jima' juga bermanfaat terhadap kesehatan psikis pelakunya, melalui kenikmatan tiada tara yang dihasilkannya. [berbagai sumber]

Kajian Menunjukkan Kualiti Sperma Lelaki Malaysia Semakin Merosot
siakapkeli.my

Jangan terkejut jika dikatakan kualiti air mani lelaki di Malaysia yang berusia 20 hingga 30 tahun menyusut sehingga 43 peratus.

"Hasil kajian itu menjadi keputusan penting kepada pengkaji membuat rumusan bahawa Malaysia kini perlu mempertingkatkan rawatan kesuburan dalam kalangan rakyatnya," kata pengarah perubatan Pusat Fertiliti Kuala Lumpur, Datuk Dr Prashant Nadkarni tentang kajian yang dijalan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.
Hal itu turut dipersetujui seorang lagi pakar, Dr Agilan Arjunan, dengan memetik pengalamannya menunjukkan lelaki punca masalah kesuburan bagi 40 hingga 50 peratus pasangan yang meminta khidmat nasihatnya.
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini juga adalah gaya hidup tidak sihat dan makanan yang mengandungi bahan kimia.
"Sebagai contoh, lelaki Malaysia masa kini dilihat lebih gemar mengambil makanan yang diproses, dicampur banyak perisa dan pewarna.
"Tabiat tersebut boleh menyebabkan kualiti sperma lelaki terganggu dan seterusnya menjadikan sperma tidak berkualiti," katanya.
Pakar sakit tuan Dr Ismail Tambi pula berpendapat penurunan kualiti sperma juga disebabkan tekanan kerja dan gangguan harian.
"Tekanan luaran kepada kaum lelaki boleh menyebabkan kualiti sperma dihasilkan kilang sperma tidak cukup sifat atau cacat seperti sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur.
"Lima daripada 10 lelaki Malaysia pada masa ini juga dikesan tiada masa untuk menjalinkan hubungan kelamin dengan pasangan," ujarnya. -Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Mana Kaki Abang Sebelah Lagi Ma?", Tanya Sarjan Sanip Kepada Isterinya
siakapkeli.my

"Mana kaki abang yang sebelah ma," tanya Sarjan Sanip Tukiman, 49, kepada isterinya selepas sehari sedar daripada koma selepas terlibat jalanraya dalam satu kemalangan semasa bertugas 6 November lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, pertanyaan ini keluar selepas menyedari akan kondisi kakinya apabila dimandikan jururawat dan akhirnya diajukan kepada isteri, Zarina Maidin, 47, selepas 10 hari tidak sedarkan diri.

Siapa yang tidak rasa hiba apabila tiba-tiba terkejut melihat kaki tiada sebelah untuk digunakan kerana dipotong berikutan urat pembuluh darah tidak lagi berfungsi, lebih-lebih lagi beliau adalah seorang anggota polis yang memerlukan banyak pergerakan dalam menjalankan kerja.

"Sebaik sahaja sedar, saya nampak hujung kaki kanan tapi saya tak nampak hujung kaki kiri dan saya hanya sedar kaki kiri tiada masa staf 'nurse' mandikan saya jam 8.30 malam namun, saya hanya diam dan berniat untuk bertanyakan isteri keesokan hari.

"Esoknya saya tanya, mana kaki abang yang sebelah ma? Isteri jawab... istighfar bang, abang kena banyak sabar, ini semua kuasa ALLAH," cerita Sanip.

Selain dirinya, seluruh keluarga redha dengan ujian ini dan bersyukut kerana bapa kepada empat cahaya mata itu terselamat selepas motosikal berkuasa besar ditunggangnya terbabas di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini.

"Saya syukur dan saya boleh terima keadaan ini cuma saya berharap supaya saya cepat sembuh. Anak-anak dan adik beradik pun boleh terima keadaan saya. Malah semua orang termasuk rakan beri saya semangat dan sokongan.

"Pernah kejadian sama menimpa seorang pegawai saya, jika dia boleh terima keadaannya kenapa saya tak boleh? Saya tak boleh ada rasa rendah diri sebab semua yang datang melawat cakap saya boleh guna kaki palsu," katanya.

Mengimbas kembali kejadian yang menimpanya 6 November lalu, katanya, kejadian ebrlaku sekelip mata ketika beliau dalam perjalanan ke IPK selepas melakukan penyeliaan di sekitar kawasan Ayer Keroh.

"Lebih kurang sebelum jam 8.30 pagi, saya memandu dalam 70km/j ketika melalui Jalan Ayer Keroh Lama dan laluan 'clear' cuma ada sebuah motosikal sahaja di depan, saya pandang motor itu masuk ke Mahkamah Syariah.

"Bila saya pandang depan semula, saya tiada ruang untuk mengelak dan terus melanggar tiang lampu menyebabkan saya tercampak di laluan bertentangan. Syukur laluan itupun 'clear' dan saya dibantu seorang pemandu kereta yang berhenti," katanya. - Siakapkeli.my

Melaka Negeriku ·
Kemalangan melibatkan seorang Penyelia Trafik, Sarjan Sanip bin Tukiman pagi tadi.
Penyelia ini dalam tugas memantau anggota bertugas ronda dan point duty pagi ini apabila sampai di hadapan Mahkhamah Syariah di Jalan Air Keroh Lama telah terbabas sendiri dan melanggar tiang lampu tepi jalan.

Beliau telah dibawa ke hospital dan kini berada diwad kecemasan Hosp Melaka.
Kecederaan dipercayai patah di peha dan kaki kanan dan luka-luka. Moga cepat sembuh.

Polis Bantuan Maut Tercampak Keluar Dari Myvi di LPT2
siakapkeli.my

Dungun, 3 Dis: Seorang polis bantuan yang berusia 23 tahun maut tercampak dari keretanya apabila kereta yang dipandunya itu terbabas di Kilometer 339.9 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) , paka dekat sini dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Nazrul Mohd Ropi, dari Kampung Bukit Aceh Matang maut di tempat kejadian.

Kereta mangsa dipercayai terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum berpusing dan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta tersebut.

Mangsa parah di kepala serta patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian ketika dihubungi. - Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Kalau Tok Arab Tu Gila Pun Dia Takkan Bagi Duit RM2.6 Bilion," - Tun Mahathir

siakapkeli.my

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden UMNO supaya menjelaskan kedudukan kewangan parti berkenaan.

"Saya nak tahu adakah terdapat duit RM2.6 Bilion tersebut, kalau tidak ada, di mana wang tersebut,?" katanya ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Beliau dalam pada itu, mempertikaikan jawapan yang diberikan sebelum ini yang mana mengatakan duit RM2.6 bilion tersebut adalah derma.

"Saya ingat kalau tok arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu," kata sinis beliau yang mendapat sorakan dan tepukan hadirin.

Menurut Tun Maharthir lagi, beliau sebelum ini pernah menulis surat meminta 'derma' daripada negara arab untuk membina Universiti Islam Antarabangsa (UIA), namun negera arab tidak memberikan sebarang bantuan dana melainkan sedikit kitab. - Siakapkeli.my

Isu 2.6b - Penjelasan-Penjelasan Najib Yang Buat Anda Ketawa Terbahak-Bahak!
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Sorry Najib. Penjelasan kau sangat... membuatkan aku.. kah kah kah

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kalau la yang jawab tu penyokong tegar Najib ke apa ke aku boleh faham lagi level kebodohan dia. Tapi sebab yang bagi penjelasan tu Najib = seorang PM, maka aku rasa eh Najib, kau seriyus? Kau pasti kau sedar apa yang kau ucapkan? Kau bukannya tengah mamai kan?

KAH KAH KAH

Pada awalnya aku macam ragu-ragu sikit bila baca laporan portal. Walaupun aku percaya juga mungkin benar apa yang dilaporkan tetapi rasanya lebih baik mendengar sendiri untuk memahamkan betul-betul apa yang Najib sampaikan.

Selepas mendengar dengan telinga sendiri, aku menjadi semakin yakin kenapa Mahathir semakin bersemangat untuk menjatuhkan Najib dalam UMNO. Bukan Najib yang Mahathir benci. Bukan juga kerana Najib enggan peduli atau mengikuti kehendak Mahathir.

Tetapi kerana nak menyelamatkan UMNO dari ranap dan tersungkur. Macam neh punya penjelasan, manusia yang sokong UMNO pun tak mampu nak percaya. Bezanya, samada mereka berani meluahkan secara berdepan atau mengutuk belakang-belakang atas nama menjaga intergriti ketua dan parti.

Lihat video yang aku petik menerusi tv3 sebagai bukti hujah. Jangan kata ia fitnah.

Point Najib ;

1. Dia tidak bersalah dalam isu 2.6b

2. Penggunaan perkataan DERMA jelas disebutkan oleh Najib disitu.

3. Aku pernah baca kemarahan geng2 UMNO kepada SPRM kononnya istilah DERMA itu tidak tepat.

4. Tapi apa guna kau semua marah-marah suatu waktu dahulu apabila tuan punya badan yang dikaitkan dengan isu tersebut pun guna istilah DERMA? Pftttt.

5. 2.6b bukan hasil dari sumbangan orang ramai jauh sekali duit 1MDB.

6. Mereka yang menderma tidak beranggapan ia satu bentuk rasuah dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

7. Ini satu lagi penjelasan yang kelakar (baca : bangang).

8. Jika mereka merasuah dan kau sedang terima rasuah, adakah kau akan mengakui secara terbuka di kaca TV, Najib?

9. Mungkin itu akan berlaku jika kau sedang menginsafi, tetapi apakah kau sedang menginsafi Najib?

10. 2.6b bukan suatu angka yang sedikit atau kecil.

11. Tak mungkin mereka tidak mengharapkan apa-apa sumbangan dan balasan.

12. Tetapi aku macam pelik sedikit dengan point Najib bila dia sebut 'MEREKA'.

13. Bukan kah mereka itu merujuk kepada 'orang arab yang menderma'?

14. Ada berapa ramai orang arab yang mengumpulkan duit-duit mereka untuk menderma ke akaun Najib agaknya?

15. Najib juga menyebut, ketika account berkenaan diwujudkan, Bank Negara sedar akan perkara tersebut.

16. Jadi ianya tidak bersalah dengan undang-undang negara.

17. Sebelum itu Najib turut mengatakan dia tidak bersalah dalam isu 2.6b.

18. Takan la nak buka account bank dianggap bersalah. Sudah tentu buka account bank tak bersalah. Kita persoalkan urusniaga yang melibatkan account bank tersebut kot. Alahai Najib.

19. Najib begitu berani menggunakan station TV untuk membuat penjelasan bahawa dia tak bersalah dalam isu 2.6b.

20. Dalam waktu yang sama, apabila diminta untuk menjelaskan isu berkenaan di dalam parlimen, Najib memilih untuk mengelak.

21. Itu pun bagi alasan bodoh. Kononnya atas nasihat AG.

22. Itu kan sidang parlimen. Kau kan PM Malaysia. Diminta menjawab dalam parlimen bermaksud untuk kau menjawab kepada rakyat Malaysia. Untuk kau mendengar pandangan2 rakyat melalui wakil rakyat pembangkang. Untuk kau tahu apa yang rakyat Malaysia fikir tentang 2.6b. Untuk kita berkomunikasi. Walaupun kami menggunakan lidah pembangkang, mulut pembangkang, body pembangkang, tetapi point-point itu semua ada dalam ahti kami, otak kami, pemikiran kami. Dan itu pun Najib tak sudi nak muncul dan menjelaskan serta melalui sesi soal jawab dan perbahasan terbuka di parlimen.

23. Lalu bila rakyat berdemo, protes, placard atau buat lagu mahupun parodi, jangan la marah. Bila ajak bahas direct, taknak. Bila ajak bahas guna pembangkang pun taknak. Punya susah nak berkomunikasi dengan piem melainkan melalui jalan bodek. Apakah itu perhubungan yang ikhlas? Mereka yang bodek kau ialah mereka yang mahu duit. Apakah kau 'buat' kawan-kawan dengan duit?

24. Jawab guna Zahid. 3 minit punya penjelasan yang tak macam penjelasan dan lebih teruk sesi soal jawab 'diharamkan' sama sekali. Dalam masa yang sama memaksa rakyat mempercayai penjelasan tersebut. Adakah itu perkara yang betul?

25. Kemudiannya kata Najib lagi, apabila ditanya kenapa ianya dimasukkan ke dalam account bank peribadi Najib, Najib menjawab ianya adalah atas kehendak penderma.

26. Penderma menderma 2.6b kepada Najib. Penderma bukan melakukan rasuah. Penderma tidak mengharapkan apa-apa balasan. Penderma cuma mahu satu. Iaitu duit derma perlu masuk ke dalam account Najib. Ia adalah atas kehendak penderma.

27. Jika Najib ialah piem yang waras, sudah tentu dia akan mengesyaki niat penderma tersebut.

28. Pasal apa kau nak masukkan derma dalam account aku?

29. Bukan rasuah, bukan ada niat jahat tetapi hanya nak masukkan derma dalam account aku?

30. Niat macam tu aje pun dah 'fishy'. Ada elemen-elemen yang mencurigakan. Kenapa Najib tak pertikaikan?

31. Then proceed. Kemudian kantoi. Lepas tue dikritik hebat. Nampak tak kebodohan kau sebagai piem disitu?

31. Sepatutnya dari awal lagi ko tolak tawaran bangang macam tu.

32. Lue nak derma? Oke, pada siapa, atas tujuan apa? Owhh politik ya, dana pilihanraya ye? Kami ada undang2 tersendiri. Kena masukkan dalam account parti dan diaudit. Perlu dibuat secara terbuka.

33. Tambah Najib, derma itu dibuat secara peribadi kepada Najib.

34. Ini satu lagi benda bangang.

35. Kau orang kaya kot. Ko bukan orang miskin yang memerlukan bantuan. Ko perlu diderma untuk apa? Jika kau bukan piem kau rasa ada ke orang nak derma pada orang sihat walafiat, kaya raya semua ada macam kau?

36. Aku ingat lagi. Dulu puak2 UMNO mencabar BERSIH 4 dedahkan penyumbang dan cara derma 2.6 juta dibelanjakan.

37. BERSIH 4 dedahkan semua sekali. Siapa yang derma, perincian perbelanjaan semua cukup.

38. Kenapa dalam 2.6b tak berani buat tindakan yang sama?

39. Apatah lagi selepas Najib dengan mulutnya sendiri mengakui bahawa DERMA ITU DIBUAT KEPADANYA SECARA PERIBADI.

40. Ayat itu jelas menggambarkan sesuatu yang PELIK sedang berlaku.

41. Najib ialah PM Malaysia, ketua dalam banyak hal dan berkuasa untuk merangka dan meluluskan pelbagai polisi dan dasar-dasar negara serta mempunyai pengaruh dalam banyak projek-projek berkaitan pembangunan dalam negara.

42. Tak mungkin dalam dunia neh akan ada orang yang mahu derma 2.6b kepada Najib tanpa mengharapkan sesuatu sebagai 'reward'.

43. Jika ada orang sebegitu, tolong bawa jumpa aku. Aku nak minta derma untuk bina rumah-rumah orang miskin dan edarkan secara percuma. Ada ramai yang miskin memerlukan rumah dan memerlukan wang untuk merawat penyakit di dalam negara aku neh.

44. Penjelasan tersebut juga tak disusuli dengan alasan mahu membendung ISIS. Masih ingat lagi tak dulu isu derma dikaitkan dengan mengawal dan membendung pengaruh ISIS di Malaysia?

45. Kemudian banyak cerita-cerita tentang ISIS berlaku di sana sini. Dan-dan ada ancaman bom la. Dan-dan data tentang pengaruh ISIS di Malaysia dihebah-hebahkan seolah2 Malaysia neh dah teruk diresapi dengan roh-roh ISIS di sana sini. Dan-dan ada orang kena tahan kerana ISIS dan sebagainya.

46. Tetapi kenapa dalam wawancara tersebut tak diperjelaskan tentang isu ISIS yang dikaitkan dengan derma 2.6b tersebut?

47. Nampak sangat penjelasan pada awalnya ialah AUTA kan?

48. Apabila kau asyik kantoi kerana menipu, kantoi dan kantoi. Apakah kau fikir rakyat akan mempercayai kau lagi? Jika kau pernah menipu dulu, apakah yang akan menghalang kau untuk menipu lagi Najib? Walaupun penjelasan-penjelasan Najib neh kelakar tetapi dalam waktu yang sama dia sebenarnya sedang beranggapan rakyat Malaysia neh bodoh-bodoh belaka. Walaupun menyediakan jawapan sebegitu bodoh, dia tahu paling kuat pun rakyat hanya akan troll di media sosial dan mengkritik di facebook. Ia tak mungkin revolusi atau rakyat baling batu di depan rumahnya. Dia tahu kemampuan dan keberanian rakyat takat mana. Berani mulut bukan berani tindakan. Itu kami. Najib berjaya memanipulasikan kelemahan rakyat dengan begitu baik sekali dan macam biasa, kita kalah sekali lagi. Walaupun mungkin kita marah membuak-membuak dalam ahti.

49. Aku harap penulisan neh, blog ini akan bertahan dalam masa yang lama. Walaupun aku dah mati berpuluh-puluh tahun, beratus-ratus tahun ataupun berkurun-kurun zaman.

50. Tolong la rakyat Malaysia. Rakyat pada generasi akan datang. Jangan tiru apa yang kami buat. Jangan pilih pemimpin seperti yang kami pilih. Yang menyeksa kami, yang menindas kami, yang memperbodohkan kami, yang mempermainkan kami, yang memanipulasikan kami, yang menipu kami untuk kepentingan politik mereka. Penulisan ini adalah sejarah untuk kamu. Untuk kamu belajar dan jangan tiru apa yang pernah kami buat. Kesalahan kami biar berakhir pada generasi ini. Tolong jangan teruskan pada masa akan datang. Tolong jadi lebih berani dari aku, tolong jadi lebih berani dari kami, tolong jadi lebih berani dalam menjatuhkan pemimpin yang zalim. Dengan menjadi pengecut seperti aku, itu bermaksud aku beri kemenangan percuma kepada yang jahat. Inilah kebenarannya.

SPRM Sahkan Pegawainya Telah Dihantar Bertemu Penderma RM 2.6 Billion
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan pihkanya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah untuk mengadakan pertemuan dengan penderma dana kontroversi RM 2.6 billion.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki, satu laporan akan dikemukakan oleh pihaknya kepada Peguam Negara setelah siasatan selesai.

"Bagaimanapun SPRM tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, jika ada perkembangan terkini SPRM akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya memetik laporan Bernama.

SPRM sebelum ini mengesahkan dana RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan dari penderma Timur Tengah. - Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kesan Donat 10 Sen : Bukan Donat Je Laris, Empunya Badan Pun Laris
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: "Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan, " itu kata Muhammad Waliuddin Chua, 24, apabila gambarnya menjual donat menjadi viral di media sosial.

Sebelum ini, Siakapkeli pernah memuat naik gambar tersebut yang mana mendapat komen yang positif dari pengguna media sosial.

Waliuddin, yang memeluk Islam pada 2011, berkata idea untuk menjual donut murah tercetus apabila dia melihat orang ramai sukar untuk memilih kuih kegemaran kerana faktor harga.

"Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli.

"Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga," katanya memetik laporan myMetro.

Walaupun harga 10 sen, Waliuddin berkata dia mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM40 untuk 1,000 donat yang terjual.

Menurut Waliuddin juga, perniagaan donat 10 sennya itu bermula sejak Jumaat lalu dan sejak ia tersebar, permintaan semakin menggalakkan dimana pada hari ini sahaja dia menerima tempahan sebanyak 1,500 biji donat berbanding dengan 100 biji pada hari pertama.

Selain donatnya yang laris, Waliuddin juga berkata dia terkejut apabila dirinya juga menjadi laris apabia ada wanita yang mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita. Lebih dari itu, ada juga ibu bapa yang mahu menjadikannya menantu mereka.

"Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya 'viral' di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya.

"Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini," katanya.

Namun, Waliuddin turut menzahirkan rasa kecewanya apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menjual kembali donatnya pada harga yang lebih mahal.

"Saya tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menjual donat saya dengan harga lebih mahal.

"Idea asal ialah pengguna menikmati kuih itu dengan harga 10 sen dan saya akan pastikan pembeli menikmati donat dengan harga terbabit," katanya.

Waliuddin yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan sepatutnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada 2013. Namun hasratnya terbantut apabila gagal mendapat pinjaman pendidikan.- Siakapkeli.my

Nak Donut Murah? Abang Ini Jual Dengan Harga RM0.10 Sahaja!
siakapkeli.my

Sedang rancak dikongsikan pelayar media sosial adalah kisah seorang lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen yang menjual donut di Flat Maluri, Cheras.

Lebih mengejutkan dia hanya menjual kuih tersebut dengan harga RM0.10 sahaja, satu harga yang mungkin mustahil untuk kita perolehi di waktu ini, apatah lagi di kawasan-kawasan bandar besar.

Ramai menyifatkan Muhammad Waliuddin sebagai seorang yang sangat pemurah dan baik hati.

Sebelum ini beliau dikatakan pernah bekerja di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Lelaki ini juga disifatkan mereka yang mengenalinya sebagai seorang yang sentiasa tersenyum dan sering ke masjid untuk solat berjemaah. -Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Selepas Cadang Mansuhkan JAKIM, G25 Cadang Hukum Khalwat Dihapuskan

siakapkeli.my

Jika sebelum ini, G25 yang merupakan kumpulan bekas penjawat awam mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan, terbaru, kumpulan berkenaan mendesak supaya sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah ditubuhkan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kumpulan ini mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

"Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

"Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam," tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.

Beliau selain itu berkata, perlaksanaan undang-undang syariah menajdai masalah kerana ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

"Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda."

"G25 kini sedang cuba mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka," tegasnya.

Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk 'memperbetulkan' beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.

"Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan," jelasnya. - Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hospital Damai Didakwa Berbohong..
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Bukan isu disiplin, Naziah dedah p'bualan WhatsApp

Naziah bersama Muhammad Yusuf menunjukkan surat tawaran kerja, kontrak perjanjian kod pemakaian dan laporan polis. Gambar kanan, Naziah menunjukkan sebahagian perbualan di WhatsApp antara beliau dan pihak hospital.

KUALA LUMPUR - Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat menafikan pemecatannya dari Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd berpunca daripada masalah disiplin seperti mana dakwaan pihak hospital.

Beliau sebaliknya mendakwa pihak hospital cuba memutar belit fakta dan situasi sebenar.

Naziah bertegas bahawa pemecatannya adalah kerana keengganannya memakai uniform berlengan pendek serta berstoking tangan bagi menutup auratnya.


Bertempat di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Naziah bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi sekali lagi tampil menjelaskan isu sebenar sekali gus menafikan setiap dakwaan bekas majikannya.

Pada pertemuan itu, Naziah turut mendedahkan beberapa rakaman perbualan dan mesej di aplikasi WhatsApp antara beliau dan pihak pengurusan hospital, dipercayai berkaitan tindakannya memakai uniform lengan panjang dan tudung.

"Jika pemecatan saya kerana masalah disiplin, sehingga hari ini (semalam), saya tidak menerima apa-apa notis bertulis atau surat tunjuk sebab mahupun dipanggil pihak pengurusan hospital menyatakan masalah disiplin seperti yang didakwa.

"Malah dakwaan pihak hospital mengatakan saya dipecat kerana gagal hadir bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa kebenaran, juga tidak benar," katanya dalam temubual khas bersama Sinar Harian, semalam.

Menurut Naziah, beliau sebaliknya digantung tugas bermula 24 hingga 29 November lalu sehingga beliau bersetuju untuk mematuhi kod pemakaian.

"Mengapa isu ini timbul selepas dua bulan saya bertugas di hospital? Sedangkan pada awalnya pengurusan tertinggi membenarkan saya memakai uniform berlengan panjang. Dalam kontrak tawaran bekerja, juga tidak dinyatakan mengenai kod pemakaian.

"Selepas saya menyerahkan notis menyatakan akan mematuhi kod pemakaian ditetapkan (memakai uniform berlengan pendek), hospital tanpa prejudis kepada hak saya untuk memakai stoking tangan, saya digantung dan tidak dibenarkan bertugas," katanya.

Naziah akui, penggantungannya juga tanpa disusuli sebarang surat rasmi, sebaliknya arahan tersebut hanya melalui perbualan telefon dan mesej pada aplikasi WhatsApp antara beliau dan pengurus pentadbiran hospital berkenaan.

Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November lalu, namun dengan memakai pakaian uniform berlengan pendek dan berstoking tangan untuk menutup aurat.

"Tetapi, jadual tugas saya tetap ditulis sebagai 'digantung kerja' oleh pihak hospital tanpa penjelasan kukuh sehingga saya diberhentikan," katanya.

Susulan tindakan yang dikenakan ke atasnya, Naziah akan memfailkan aduan ke Jabatan Tenaga Kerja hari ini bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya sebelum merujuk kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Mengulas mengenai saman yang bakal dikenakan ke atas beliau dan PPIM, Naziah bersedia bertemu di mahkamah.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf berkata, pihaknya juga bersedia menghadapi saman itu.

"Buat masa ini, kami belum menerima surat saman berkenaan. Jika ada, barulah kes ini akan dirujuk kepada peguam kami untuk tindakan lanjut. Kita ada bukti, tunggu hendak naik mahkamah saja," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pihak hospital yang mengatakan diugut PPIM akan menjadikan kes itu sebagai isu perkauman serta PPIM menceroboh kawasan hospital, Muhammad Yusuf menafikannya.

"Kami datang secara baik untuk membuat temu janji, bertemu dan berbincang. Kami tidak menceroboh.

"Saya percaya banyak lagi kes seperti ini berlaku di mana-mana organisasi, namun mungkin pekerja takut ke depan kerana khuatir dibuang kerja," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pihak hospital akan mengambil tindakan saman terhadap Naziah dan pihak PPIM.

- sharian

Kerana Tutup Aurat, Jururawat Dakwa Didiskriminasi Oleh Sebuah Hospital Swasta
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Gara-gara memakai baju seragam lengan panjang dan tudung ketika menjalakna tugas beliau sebagai jururawat, seorang wanita dinasihatkan berhenti kerja oleh pihak pengurusan hospital swasta di bandar ini.

Menurutnya lagi, dia bukan sahaja dinasihatkan berhenti kerja sebaliknya sijil Perakuan Amalan Tahunan(APC) milik Naziah Sauni Samat, 24, yang membolehkan dia bekerja di hospital atau klinik turut digantung menyebabkannya sukar mendapat pekerjaan lain.

"Saya bersama seorang lagi rakan perlu memotong lengan baju supaya lebih pendek malah tindakan memakai stoking tangan turut dilarang kerana dibimbangi boleh menyebabkan tersebarnya kuman melalui sentuhan.

"Saya diberi pelbagai tekanan oleh pihak pengurusan hospital itu iaitu tidak membenarkan saya melakukan sebarang pekerjaan selain turut dimaki hanya kerana mahu menutup aurat," katanya dipetik laporan Harian Metro dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, pagi tadi. - Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Buaian Gergasi Tumbang Di PD, Dua Lelaki Tercampak Dan Seorang Wanita Tersepit

siakapkeli.my

Port Dickson: Tragedi tengah malam apabila sebuah buaian besar di pesta ria di PD Waterfront tumbang menyebabkan dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit kira-kira 12 tengah malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.

Semasa operasi menyelamat, mereka berjaya menyelamatkan seorang wanita yang tersepit pada kerusi buaian manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dirawat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam perkembangan terbaru, pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung permit penganjuran pesta ria di PD Waterfront, berkuat kuasa serta merta berikutan kejadian tersebut. - Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kilang Mi Jenama 'Melayu' Disita, Halal Diragui

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

STATUS terbaharu seorang pengguna Facebook, Normala Yusoff yang mendakwa satu jenama mi kononnya menggunakan nama 'Melayu' tetapi sebenarnya diragui kehalalannya menarik perhatian ramai netizen tempatan.

Menurutnya, jenama 'Melayu' itu sebenarnya keluaran sebuah syarikat milik pengusaha Cina dan tahap kualiti pemprosesan mi tersebut diragui berikutan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Assalamualaikum, jangan beli mi jenama Azam. Syarikat Cina tapi pakai nama Melayu. Pekerja Bangladesh tak pakai sarung tangan dan penutup mulut. Logo halal palsu dan tidak diiktiraf. Member reporter yang beritahu.

"Tadi dia ikut JAIS sita kilang. Kilang beroperasi di Jalan Baru, Kampung Baru Sungai Buluh," tulis Normala yang turut menyertakan dua keping gambar hasil operasi serbuan secara mengejut oleh pihak JAIS.

Tue Dec 8, 2015 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jumlah Hutang Kerajaan Kini RM623.3 bilion

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Timbalan menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini di dalam dewan rakyat telah mendedahkan bahawa jumlah hutang kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion.

Beliau memberitahu perkara berkenaan di dewan parlimen selepas menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini dipetik dari Bernama. - Siakapkeli.my

Tue Dec 8, 2015 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lampu Putih, Signal Merah Kereta Yang Celaka !

bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Saper pernah bertembung dengan situasi kereta celaka ni konfem panas hati. Dengan lampu putih gila terang sakit mata, ditambah pulak bangang mereka dengan tukar lampu signal warna merah. Nak masuk simpang, signal dah pasang tapi kita tak perasan. Sebabnya owner tu buat undang2 ikut kepala lutut dia jer. Takkan nak turun hentak kereta diaorang, nantikan jadi kes lain. Besar pulak kes. Aku rasa benda ni dah ramai orang cakap and bagitau. Memang la cantik tapi lampu ko tu menyusahkan orang ramai. Harap ada reader dlm ni yang buat lampu kaler putih or lampu signal tukar kaler merah. Harap korang tukar balik kepada asal. Ko buat kat kereta kontrol ko cukup lah.

comments :
1..
Anonymous
tula rakyat malaysia

2..
ma ❥
tu la pntgkan diri sendiri. cantik kat mata dia jee tp menyakitkan mata org lain.

3..
Anonymous
pernah jumpa kereta mcm tu, mmg menyusahkan org jer.....

Tue Dec 8, 2015 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Assalam.

Saya sedang cari remote radio untuk MPV Renault Espace 2.
Sesiapa yang ada dan nak jual, sila email saya. Berikan no akaun
untuk saya bank inkan. Remote saya dah tak function.

Atau ada cara lain nak onkan radio tanpa remote?

Terima kasih.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: