Tuesday, December 22, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4361

13 Messages

Digest #4361
3
Fw: Urusniaga JPJ Ditutup Lima Hari by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
7
Fw: INILAH GAMBAR KEPALA AIR by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12
Fw: PEGAWAI IMIGRESEN DAN KASTAM by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon Dec 21, 2015 7:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Guru Wanita Maut Terkena Tayar Lori Bauksit Tercabut, Pemandu Lori Dicari

siakapkeli.my

KUANTAN, 21 Dis: Seorang guru wanita maut apabila kereta yang dipandunya terkena tayar tengah lori yang membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini pada petang Isnin.

Pengawai Turut Trafik Pahang, DSP Ahmad Nazri Zainal dalam satu kenyataan berkata mangsa, Nohaili Ahmad Zabidi, 40, adalah seorang guru di sebuah Kebangsaan Balok.

"Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya sebagaimana laporan Bernama.

Nazri turut berkata polis kini sedang mencari pemandu lori tersebut yang mana syarikat dia bekerja beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus kejadian.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori tersebut diminta menghubungi balai polis. - Siakapkeli.my

Mon Dec 21, 2015 7:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jenazah 5 Beranak Mati Lemas Dikebumi Dalam 1 Liang

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Foto BHarian Online

KUALA NERUS – Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang di sini kira-kira 1.30 pagi tadi.

Jenazah Abdul Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, dan tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung isterinya.
Anak lelaki tunggal pasangan itu, Mohd Hasif, 9, bagaimanapun terselamat. Jenazah kelima-lima beranak itu sebelum itu disembahyangkan di masjid kampung berkenaan pada 9 malam.

Kerja pengebumian ditangguhkan selepas tengah malam kerana menunggu bapa arwah, Samian Samor, 84, yang tiba pada 12 malam dari Kuala lumpur bersama-sama beberapa saudara mara yang lain manakala ibu arwah Siti Edah Ali, 75, yang tinggal di Johor tiba pada 10 malam. Samian dan Siti Edah telah berpisah.
Sepanjang kerja pengebumian itu, Mohd Hasif, yang trauma dengan nasib yang menimpa keluarganya, sentiasa dipapah dan didakap ibu saudaranya Dr Zabariah Samian, 38.
"Saya menawar diri untuk menjaga Mohd Hasif kerana Mohd Hasif sangat rapat dengan dua anak lelaki saya Abdullah Azam Annur Azalan, 11 dan Abdulah Allef Uddris Azalan, 12.
"Bagaimanapun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan semua keluarga dan kalau dipersetujui saya sanggup menjaganya," kata Dr Zabariah kepada pemberita.
Abdul Halim yang merupakan seorang jurutera mempunyai syarikat sendiri dan juga iman Surau Al-Furqan Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Selangor serta Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Puncak Alam dan pengerusi guru Kafa.
Sementara itu, Samian ketika ditemui pemberita berkata kali terakhir dia berjumpa dengan arwah anaknya itu pada hari raya puasa lepas.
"Saya reda dengan apa yang berlaku kerana ia sudah ditentukan Yang Maha Esa," katanya. – BERNAMA

Lima Sekeluarga Mati Lemas Di Hulu Terengganu

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


HULU TERENGGANU: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di sini tengah hari Sabtu.
Kesemua mangsa yang berasal dari Selangor itu dikenal pasti sebagai Abdul Halim Samian, 44, Nurul Adila@Salawati Awang, 39, Nurul Arifah Abdul Halim, 16, Nurul Aina Abdul Halim, 11, dan Nurul Izah Abdul Halim, 10.
Pegawai Bomba Kanan II Zuraidi Mohd Yusof berkata, seorang lagi mangsa, Mohd Hasif Abdul Halim, 9, bagaimanapun selamat.

Beliau berkata bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi dan 11 anggota telah dikerah ke tempat kejadian.
"Mayat seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak perempuan dijumpai pada pukul 12.17 tengah hari, pada pukul 12.33 tengah hari mayat seorang perempuan dewasa pula ditemukan.
"Mayat terakhir dijumpai pada pukul 12.37 tengah hari tidak jauh dari lokasi semua mangsa dilaporkan hilang. Kesemua mayat ditemukan anggota dengan bantuan orang awam," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.
Beliau berkata kesemua mayat berasal dari Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor itu dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris terdekat. --Bernama

"Sewaktu kejadian tiada pengunjung lain di lokasi tersebut, bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca apabila salah seorang mereka di bawa arus sebelum ahli keluarga yang lain cuba membantu.

"Memandangkan terdapat pusaran air di kawasan berkenaan, kita percaya kesemua mereka telah dibawa pusaran itu hingga kesemuanya lemas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Bilik Forensik Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Mon Dec 21, 2015 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Urusniaga JPJ Ditutup Lima Hari

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PETALING JAYA: Semua urusniaga Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) akan ditutup selama lima hari bermula pada 23 Disember ini.

Dalam satu notis di laman web jabatan itu, JPJ berkata penutupan itu dilakukan bagi menjalankan kerja-kerja naik taraf sistem pada pukul 10 malam, 23 Disember hingga 7 malam, 27 Disember ini.

"Semasa aktiviti tersebut semua urusniaga JPJ sama ada di kaunter JPJ, kaunter POS, kiosk JPJ, kiosk MYEG, UTC serta urusniaga atas talian oleh orang awam atau syarikat atau rakan niaga JPJ akan ditutup," demikian menurut kenyataan itu.
Berikutan itu, JPJ memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Mon Dec 21, 2015 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tanpa Protokol, Cara Sultan Johor Dapat Pujian Rakyat
siakapkeli.my

Muar, 18 Dis: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencemar duli bersantap di Restoran Ansari disini pada pagi tadi.

Tanpa sebarang protokol, Sultan Ibrahim masuk ke dalam restoran tersebut lalu memesan roti canai.

Difahamkan, restoran itu adalah restoran kegemaran baginda.

Gambar-gambar baginda di restoran tersebut turut dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda dengan kapsyen :

Salam Jumaat
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan of Johor, having a meal at Restoran Ansari in Muar, Johor Darul Ta'zim.
Salam Jumaat
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, sedang bersantap di Restoran Ansari di Muar, Johor Darul Ta'zim.

Di ruang komen media sosial, orang ramai memuji sifat Sultan Ibrahim yang disifatkan berjiwa rakyat.

"Salam Jumaat Tuanku. Walaupun saya bukan rakyat negeri Johor, tetapi saya selalu mengikuti perkembangan Tuanku sekeluarga. Terasa bangga mempunyai seorang Sultan seperti Tuanku. Keperibadian Tuanku benar2 sy kagumi. Bulan depan plan nak g Johor. Harap2 lah dpt terserempak dengan Tuanku di mana2.", tulis pengguna Facebook, Azira Fadzil.

"Tuanku mmg the best sultan in malaysia.. lihat dr sikap n sifat bsahaja tuanku,buatkn sy teringin jd rakyat johor sbb mpunyai sultan bjiwa rkyt.. phm ksusahn hdup rkyt.. semoga tuanku dn tuanku permaisuri dberikn kshatn bpjgn.. daulat tuanku.." tulis Fazidah Husin

"Lepas tengok foto-foto ini terasa nak makan roti canai. Haha!! Terbaik Sultan Johor.", tulis Wilson Lee pula.

Seorang pengguna Facebook yang berkata dirinya berasal dari Sabah pula berkata dia kagum dengan sifat Sultan Ibrahim.

"aiii sultan johor makan d restoran biasa dgn hidangan biasa serta berpakaian biasa...sya dr sabah sya sangat kagum dgn gaya hidup sultan ni..smoga panjang umur tuanku..", tulisnya.

Antara komen-komen lain :

Tuanku Tegur Pengunjung Dan Ajak Mereka Makan
siakapkeli.my

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini sekali lagi mencemar duli untuk bersantap pagi di Restoran Muar Soup House di Jalan Sisi di sini.

Baginda pagi ini telah datang ke restoran berkenaan menaiki kenderaan rasmi kira-kira jam 7 pagi di mana kelihatan tuanku terus menegur beberapa orang pengunjung dan menjemput mereka makan.

Sultan Ibrahim pagi ini segak berbaju kemeja dan bersongkok telah memesan roti canai garing, samosa, kari kambing dan teh tarik ais kurang manis.
'

Hadir sama menemani baginda ialah Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jamaluddin A Hamid dan beberapa rakannya.

Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan beramah mesra dengan pengunjung serta bergambar bersama mereka sebelum berangkat pulang ke Istana Tanjung. - Siakapkeli.my

Luahan Sayu Sultan Johor Selepas 12 Hari Kemangkatan Tunku Jalil
siakapkeli.my

Selepas 12 hari pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil akibat kanser, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan rasa rindu terhadap anakandanya itu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, Baginda menyifatkan tempoh kehilangan ini adalah satu tempoh yang sukar buat mereka sekeluarga, apatah lagi Tunku Jalil, atau mesra dipanggil Lil di kalangan keluarganya amat tabah dan kuat sepanjang melawan penyakitnya itu.

Keperitan tersebut juga menurut Baginda terllau sukar untuk digambarkan, apatah lagi Baginda sendiri melalui saat-saat mengebumikan Tunku Jalil.

"Telah 12 hari berlalu semenjak anakanda saya, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, meninggalkan kita.

"Saya dan keluarga ingin merakamkan penghargaan kami kepada anda semua yang telah berdoa dan menghantar ucapan takziah buat Almarhum dan kami sekeluarga.

"Saya juga sesungguhnya amat menghargai serta Menjunjung setinggi kasih keatas Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Pahang Darul Makmur, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, kerana telah Mencemar Duli turut bersama sewaktu pemakaman Almarhum.

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Paduka-Paduka Kekanda dan Adinda Sultan-Sultan yang lain diatas ucapan takziah yang telah diterima dan diatas keberangkatan wakil masing-masing. Terima kasih juga kepada ahli-ahli majlis eksekutif, menteri-menteri, orang-orang kenamaan asing, kaum kerabat, rakan-rakan, Bangsa Johor, dan semua rakyat Malaysia, yang telah hadir memberi penghormataan terakhir kepada Almarhum.

"Ia sesungguhnya satu masa yang pedih buat keluarga kami untuk menghadapi apa yang berlaku walaupun kami menyimpan semua memori indah tentangnya.

"Perasaan kasih yang telah ditunjuk dan dikongsi oleh anda semua terhadap Almarhum sangat mendalam dan mengesankan, dan telah membantu melegakan hati kami yang berduka ini.

"Sebagai seorang bapa, kesakitan kehilangan seorang anak adalah amat memeritkan. Tiada ibu atau bapa yang patut mengebumikan anak mereka, namun, Allah juga Yang Maha Mengetahui.

"Almarhum merupakan seorang yang rendah diri, baik hati dan penyayang, dan saya amat berbangga dengannya. Walaupun di saat-saat terakhirnya, Almarhum sedang menanggung kesakitan yang amat sangat, kebimbangannya bukan tentang dirinya sendiri tetapi tentang kami semua.

"Senyumannya menyinari kehidupan kami dan walaupun dia telah meninggalkan kami sebelum kami bersedia melepaskannya, dia akan terus kekal di dalam hati kami selama-lamanya.

"Saya berharap Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang mana telah diasaskan oleh Almarhum bagi membantu mereka yang menderita dari kanser akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, tua dan muda, yang sedang bergelut dengan penyakit tersebut.

"Lil sesungguhnya istimewa dan tidak akan dilupakan. Mama, abang-abang, kakak, adik-adik Lil dan Babah, akan mengingati Lil sepanjang hayat kami. Al-Fatihah." – Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Mon Dec 21, 2015 7:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

LAGI KISAH PELANGGAN GUNA TROLI UNTUK BAWA ANJING PELIHARAAN .... SEBELUM INI DI TESCO PLENTONG, JOHOR KALI INI BERLAKU DI TESCO EXTRA IPOH.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Seorang wanita dirakam sedang membawa anjing peliharaannya ke dalam pasar raya Tesco Extra Ipoh menggunakan trol.

Sebelum ini kecoh akan kejadian yang serupa berlaku di Tesco Plentong Johor.

Nampak gayanya pihak pengurusan Tesco seolah-olah mengabaikan tentang jeritan rakyat ini malahan langsung tidak tegas dalam menunaikan janji betapa semua cawangan Tesco diseluruh negara akan mempastikan tiada perkara serupa berulang.

Mon Dec 21, 2015 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kebakaran 6 Kereta Di Amcorp Mall, Angkara Khianat

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PETALING JAYA – Kebakaran yang memusnahkan enam buah kereta di tempat letak kenderaan Seksyen 52, berhampiran Amcorp Mall di sini, tengah hari Isnin dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din, berkata pihaknya namun masih menunggu hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum membuat kesimpulan berhubung kebakaran itu.

"Kalau difikirkan secara logik adalah mustahil bagaimana enam buah kereta boleh terbakar dalam satu masa sekiranya berlaku kecuaian manusia atau masalah berkaitan elektrik sehingga berlakunya kebakaran.
"Namun kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dari semua sudut sebelum mengenal pasti punca utama kejadian ini," katanya ketika dihubungi BH.
Bagaimanapun, beliau menafikan kebakaran itu ada kaitan dengan dakwaan berlaku letupan bom. Katanya, setakat ini beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat hingga berlakunya kebakaran berkenaan.
Dalam kejadian itu sekitar jam 12.50 tengah hari, dua daripada enam buah kereta iaitu jenis Toyota Vios dan Proton Wira dilaporkan musnah sepenuhnya.
Empat lagi kereta jenis Suzuki Swift dan Proton BLM terbakar 70 peratus, manakala sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda terbakar 20 peratus.
Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala yang tiba pada pukul 1.09 tengah hari dapat memadamkan api dalam masa hampir setengah jam. – BHarian Online

Mon Dec 21, 2015 6:07 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Insurans cover ke tak untuk act of sabo/riot?

2015-12-21 23:46 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
> *Kebakaran 6 Kereta Di Amcorp Mall, Angkara Khianat*
>
> kitabantai.info
> Posted by Kita Bantai
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-eySVttRyV1k/Vne45kV5dnI/AAAAAAAAR80/4NHJgGF_BIU/s1600/burn.jpg>
>
> PETALING JAYA – Kebakaran yang memusnahkan enam buah kereta di tempat
> letak kenderaan Seksyen 52, berhampiran Amcorp Mall di sini, tengah hari
> Isnin dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.
>
>
> Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din,
> berkata pihaknya namun masih menunggu hasil siasatan Jabatan Bomba dan
> Penyelamat sebelum membuat kesimpulan berhubung kebakaran itu.
>
> "Kalau difikirkan secara logik adalah mustahil bagaimana enam buah kereta
> boleh terbakar dalam satu masa sekiranya berlaku kecuaian manusia atau
> masalah berkaitan elektrik sehingga berlakunya kebakaran.
> "Namun kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dari semua sudut
> sebelum mengenal pasti punca utama kejadian ini," katanya ketika dihubungi
> *BH*.
> Bagaimanapun, beliau menafikan kebakaran itu ada kaitan dengan dakwaan
> berlaku letupan bom. Katanya, setakat ini beliau tidak menolak kemungkinan
> wujud unsur khianat hingga berlakunya kebakaran berkenaan.
> Dalam kejadian itu sekitar jam 12.50 tengah hari, dua daripada enam buah
> kereta iaitu jenis Toyota Vios dan Proton Wira dilaporkan musnah sepenuhnya.
> Empat lagi kereta jenis Suzuki Swift dan Proton BLM terbakar 70 peratus,
> manakala sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda terbakar 20 peratus.
> Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala yang
> tiba pada pukul 1.09 tengah hari dapat memadamkan api dalam masa hampir
> setengah jam. – *BHarian Online*
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-d0O8ex-ih_c/Vne78QciBHI/AAAAAAAAR9U/8LdCL0Dj3qw/s1600/mmexport1450686816899.jpg>
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-vQ6Mwh9zNk4/Vne8DMwleII/AAAAAAAAR9g/NJOCSCZcq68/s1600/mmexport1450686754999.jpg>
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-ootmrRsOfOY/Vne8CoQuzII/AAAAAAAAR9c/k61IR2C3SqE/s1600/mmexport1450686861051.jpg>
>
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-7oIEiKGoBl0/Vne8PyQfxwI/AAAAAAAAR90/ZY_YlO5YO0Q/s1600/mmexport1450686865115.jpg>
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-rJvaep07TtE/Vne8UBydE2I/AAAAAAAAR98/SlZVtXnUNRA/s1600/mmexport1450686872017.jpg>
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-DTUa4E3ppnM/Vne8ZYRyUfI/AAAAAAAAR-E/KafjjR-KW10/s1600/mmexport1450686875567.jpg>
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-Xo3ogGhKQG4/Vne8iFL_cTI/AAAAAAAAR-Q/HGJUr2eyEDI/s1600/mmexport1450686879258.jpg>
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-FIqvnBD6aeE/Vne8hWX-7rI/AAAAAAAAR-M/O87rG5Mf6zw/s1600/mmexport1450686882648.jpg>
>
>
>

Mon Dec 21, 2015 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KEPADA MEREKA YANG TIDAK PERNAH TENGOK KEPALA AIR, INILAH GAMBAR KEPALA AIR YANG TELAH MERAGUT BANYAK NYAWA DISUNGAI.

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kita minta perlindungan Allah SWT drpd musibah ini...

Mon Dec 21, 2015 7:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Juru Dandang Warga Malaysia Maut Dalam Kejadian Letupan Di Sebuah Kilang Di Abu Dhabi

siakapkeli.my

Seorang juru dandang warga Malaysia yang bekerja dengan sebuah kilang plastik di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu maut dalam satu kejadian dandang meletup, semalam.

Ketika kejadian, mangsa Mohd Shukri Sulaiman, 45 yang berasal dari Besut sedang memeriksa kawasan kilang apabila tiba-tiba sebuah dandang meletup.

Ahli keluarga Mohd Shukri dimaklumkan pada jam 2 pagi semalam, oleh seorang rakannya, Ahmad Shukkri Md Nor yang juga rakan setugasnya di sana.

"Ahmad Syukkri memaklumkan yang beliau telah mendengar letupan kuat pada pagi berkenaan (Sabtu) dan telah pergi ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa terbakar hampir keseluruhan badan berdekatan dengan dandang (boiler) di situ," demikian menurut adik mangsa, Faizol.

Mohd Shukri meninggalkan seorang isteri dan empat anak yang menetap di Kuantan. -Siakapkeli.my

Warga Malaysia Maut Insiden Dandang Meletup Di Abu Dhabi
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Fatimah Ismail, 72 (kanan) menatap wajah anaknya Mohd Shukri Sulaiman,45, pada telefon pintar setelah menerima perkhabaran yang anaknya terbunuh ketika sedang memeriksa sebuah tangki berasaskan produk plastik di Abu Dhabi, Arab Saudi awal pagi Sabtu. Turut bersedih adik mangsa, Faizol Sulaiman, 33 (kiri). - Foto BERNAMA

BESUT – Seorang pekerja warga Malaysia berasal dari Besut terbunuh dalam kejadian sebuah dandang meletup di sebuah kilang plastik di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.

Mohd. Shukri Sulaiman, 45; yang bekerja sebagai jurudandang dengan Al-Borouge Pte Company Limited sejak 2011 sedang melakukan pemeriksaan apabila sebuah daripada dandang berkenaan tiba-tiba meletup.
Adik mangsa, Faizol, 42, berkata keluarga mereka dimaklumkan mengenai kejadian malang yang menimpa abangnya itu oleh rakan abangnya yang bekerja di syarikat sama dan juga berasal dari Besut.

Mangsa letupan tangki produk berasaskan bahan plastik di Abu Dhabi, Arab Saudi , Mohd Shukri Sulaiman, 45 (belakang,kanan) awal Sabtu lalu, bergambar bersama isteri Azmahani Mamat (dua kanan belakang) dan empat anaknya ketika pulang bercuti baru-baru ini. – Foto BERNAMA
Ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Padang Landak di sini, pada Ahad, katanya rakan abangnya, Ahmad Syukkri Md. Nor, 33; memaklumkan kepada mereka pada kira-kira pukul 2 pagi Sabtu.
"Ahmad Syukkri memaklumkan yang beliau telah dengar letupan kuat pada pagi berkenaan (Sabtu) dan pergi ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa terbakar hampir keseluruhan badan berdekatan dengan dandang (boiler) di situ."
Menurutnya, abangnya Saria, 52; dijangka berlepas ke Abu Dhabi pada Ahad untuk urusan mengenal pasti jenazah arwah dan urusan berkaitan.
Faizol berkata abangnya itu ialah anak keenam daripada 11 beradik dan arwah meninggalkan seorang isteri, Azmahani Mamat, 43, serta empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 7 tahun yang tinggal di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Allahyarham pernah bertugas dengan Petronas di Kerteh, syarikat Grace di Kuantan, YTL di Paka, Malaysia Newsprint Industry (MNI) di Mentakab, Pahang dan Electric Suplly Board di Kulim, Kedah sebelum menyertai syarikat di UAE itu.
Sementara itu, ibu arwah Fatimah Ismail, 72; berkata beliau reda kerana apa yang terjadi adalah dengan kehendak Allah SWT.
Katanya, anaknya itu sempat bercuti dan balik selama seminggu pada 7 Disember serta telah membawanya bersama-sama dengan isteri dan anaknya bercuti di Kundasang, Sabah. – BERNAMA

Mon Dec 21, 2015 7:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Wahai KTMB" - Luahan Hati Pengguna Setia Perkhidmatan Komuter

siakapkeli.my

Berikutan kenaikan pelbagai harga pada masa kini, ramai rakyat terpaksa mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban mereka di dalam kehidupan seharian.

Dengan kos yang semakin meninggkat, pelbagai kemudahan yang ada contohnya pengangkutan awam pun nampaknya harga semakin naik contohnya tol, tambang bas, tambang LRT, tambang ERL, Komuter dan lain lain lagi.

Seorang pengguna Facebook bernama Nieta Shairi meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pekhidmatan di kaunter komuter KTM yang disifatkannya sebagai tidak cekap sedangkan KTMB mengalakkan penggunanya menggunakan perkhidmatan Touch&Go.

Jom kita baca luahan beliau.

Wahai KTM Berhad,

Kalau rasa tidak mampuuntuk upgrade Touch&Go machine, jangan galakkan 'passenger&#39; pakai Touch&Go.

Kalau rasa malas handak 'upgrade&#39; sistem perjalanan, jangan naikkan harga tambang.

Pilihan awak utk penumpang, kalau pakai Touch&Go, harga tiket lebih murah berbanding beli tiket di kaunter. 'Obviously&#39; akan pilih yg lebih murah kan? Tapi kenapa tak tambahkan mesin Touch&Go?

Bila nak beli tiket, 1 kaunter sahaja buka, kaunter lain tutup. Apa function kaunter yang tutup tu di waktu kemuncak?

Awak naikkan harga bukan calang2. Sampai 100%! Kalau service awak tip top mcm Rapid, sy tak kisah bayar mahal. Tapi service awak lembab mengalahkan kura2 berlumba dengan arnab dalam cerita kanak2.

Page official FB awak pun last update 2012. Dalam website awak xde satu pun option utk passenger complaint service awak. Takut la tuuu sebab mmg tau banyak complaint kan kan kan???

Nak naikkan harga perkhidmatan, awak tingkatkan la dulu kecekapan perkhidmatan awak tu. Barulah passenger tak merungut bayar mahal. Barulah rasa berbaloi bayar mahal.

Sy tak marah tp kecewa dgn service awak. Asek delay je. Problem itu problem ini. Pang nak???

Sekian luahan hati penumpang dari tambang harga RM5.60 kepada harga RM7.20 sehari utk perjalananan 8 stesen yg memakan masa antara 30min-1jam. - Siakapkeli.my

"Terbang" Lagi Jimat Dari Naik ERL - Tony Fernandes
siakapkeli.my

PETALING JAYA, 14 Dis: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kini adalah lebih murah untuk 'terbang&#39; berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) berikutan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam tersebut.

"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tidak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah lagi untuk terbang sekarang," tweet beliau pada Isnin sebagaimana memetik laporan mStar Online.

Menurut Fernandes, pihaknya menjadi tidak 'popular&#39; kerana sering menentang kenaikan kos dan meminta pemain dalam industri penerbangan supaya lebih efisyen dalam mengurangkan beban orang awam - Siakapkeli.my

ERL Umum Kenaikan Harga Tambang Berkuatkuasa 1 Januari Ini
siakapkeli.my

Petaling Jaya, 1 Dis - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan harga tambangnya sebanyak RM 20, menjadikan harga terbaru RM55, bermula 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Harga tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor, kadar tersebut adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan perjanjian konsesi iaitu kenaikan kepada RM 64 bagi perjalanan sehala.

Namun, pihaknya akan bekerjasama denga pihak korporat untuk membantu meringankan beban pengguna berikutan kenaikan tersebut.

"Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan ini tanpa berkompromi dengan mutu perkhidmatan dan piawaian keselamatan, " katanya memetik laporan FMT.

Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan kerjasama dengan MasterCard bagi menawarkan potongan harga kepada pengguna.

Kata Noormah, sebagai contoh pengguna yang menggunakan MasterCard cuma perlu membayar RM40 jika dibandingkan dengan harga baharu RM55.

Katannya juga, potongan harga sehingga 20% bagi sesetengah pemegang kad kredit juga akan disediakan dan kini perbincangan mengenainya sedang dibuat dengan bank-bank terlibat.

Selain itu, potongan sebanyak 10% juga boleh dinikmati apabila pengguna membeli tiket dalam talian, apliaksi telefon bimbit dan kioks ERL sama seperti pengguna yang menggunakan kad Touch n Go. - Siakapkeli.my

Penumpang ERL Perlu Bayar RM55 Sehala Bermula 1 Januari
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Mulai 1 Januari depan, penumpang Express Rail Link (ERL) perlu membayar jumlah tambahan sebanyak RM20 kepada harga asal bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi kenyataan pada Isnin, Express Rail Link Sdn Bhd berkata tambang baharu bagi perjalanan sehala laluan berkenaan akan meningkat menjadi RM55 sehala.

Kenyataan itu menyebut semakan tambang terkini tersebut telah diluluskan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdasarkan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Ini adalah harga diskaun selepas ERL diberi kuasa untuk menyemak semula tambang kepada RM64 berdasarkan syarat-syarat perjanjian konsesi.

"Bagaimanapun kami lakukan penstrukturan tambang baharu dengan mengutamakan pelanggan. Kami sedar bahawa kos sara hidup yang meningkat adalah satu cabaran," demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif ERL Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor.

Selain itu Noormah memberitahu bahawa ERL juga sedang bekerjasama dengan rakan pernigaannya untuk menawarkan diskaun kepada pengguna.

"Kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kami seperti MasterCard untuk menawarkan diskaun yang menarik. Sebagai contoh, penumpang yang hendak ke lapangan terbang menggunakan KLIA Ekspres boleh membayar serendah RM40 setiap perjalanan, iaitu hanya RM5 lebih daripada tambang lama RM35.

"Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan tanpa menjejaskan standard perkhidmatan dan keselamatan," tambah beliau.

Penumpang juga digalakkan untuk membeli tiket secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih dan dari kiosk ERL kerana mereka dapat menikmati potongan 10 peratus.

Pengguna Touch 'n Go akan dapat menikmati potongan 10 peratus dalam tempoh promosi manakala pelancong boleh berjimat sebanyak RM10 dengan membeli tiket pergi balik antara KL Sentral dan lapangan terbang.

Warga emas dan orang kurang upaya akan terus menerima diskaun 30% untuk tambang sehala menggunakan KLIA Transit, katanya.

Ini adalah semakan pertama harga tiket ERL sejak ia mula beroperasi hampir 14 tahun yang lalu.

Mon Dec 21, 2015 7:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Prinsip 'patuh syariah' Rayani Air dapat pujian

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Belum pun memulakan operasinya, syarikat penerbangan terbaharu negara, Rayani Air sudah pun menerima pujian dari banyak pihak.

Berdasarkan perbualan di laman sosial, netizen dilihat senang dengan aspirasi syarikat penerbangan tersebut yang mempraktikkan prinsip patuh syariah dalam operasinya.

Ini termasuklah tidak menghidangkan alkohol di dalam pesawat, selain pramugari beragama Islam diwajibkan bertudung.

Krew bukan beragama Islam pula dimestikan berpakaian sopan.

Langkah yang diambil Rayani Air disifatkan permulaan kepada pelaksanaan peraturan patuh syariah yang lebih menyeluruh di masa hadapan.

Berpangkalan di Langkawi, Rayani Air dijangka bakal memulakan operasinya hujung bulan ini dengan menjadikan empat lokasi sebagai destinasi iaitu Kota Bharu, Kuching, klia2 dan Kota Kinabalu.

Penerbangan Pertama Rayani Air Berlepas Pagi Ahad
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


SEPANG – Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.

Secara keseluruhannya, katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran penerbangan itu walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang.
"Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi petugas. Mereka adalah petugas terlatih dan sebahagiannya telah mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan.
"Saya berharap segalanya berjalan lancar," katanya kepada Bernama semasa ditemui sebelum penerbangan itu berlepas menggunakan pesawat Boeing 737-400.
Seorang penumpang, Ahmad Aiman Mohd Razali, 29, berkata beliau begitu teruja untuk mencuba penerbangan patuh syariah itu buat kali pertama.
Katanya harga yang ditawarkan syarikat penerbangan itu amat berpatutan memandangkan ia memberikan perkhidmatan penuh yang membezakan­nya dengan syarikat penerbangan lain.
"Dengan satu tiket, boleh dapat daftar masuk bagasi sebanyak 20 kilogram serta hidangan dalam pesawat. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya.
Rayani Air menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Jumaat lepas.
Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal. – BERNAMA

Rayani Air Sedia Untuk Terbang

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air, menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, menyampaikan pengesahan tersebut kepada Pengarah Urusan baharu syarikat itu, Jaafar Zamhari, di Kementerian Pengangkutan di sini pada Jumaat.

Jaafar berkata Rayani Air yang akan melancarkan penerbangan sulungnya pada Ahad, dari Langkawi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menawarkan kelas ekonomi dan perniagaan.

"Bersandarkan lapan juruterbang dan 50 krew penerbangan, syarikat kini menerima tempatan untuk laluan kedua, Langkawi-Kota Bharu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bagi fasa pertama, syarikat penerbangan itu akan menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.

"Fasa berikutnya kemudian akan menggunakan pesawat baharu, Boeing 737-800,dan akan menawarkan lebih banyak laluan domestik, serantau dan antarabangsa," katanya.

Jaafar berkata Rayani Air, yang mahu menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebagai hab penerbangannya, telah memilih Langkawi bagi tujuan itu dalam usahanya menarik lebih ramai pelancong ke pulau peranginan tersebut.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka kekurangan kapasiti untuk kami menempatkan pesawat Boeing 737-400 kami," katanya dengan menambah, maklum balas pasaran terhadap Rayani Air adalah rendah memandangkan orang ramai telah menempah tiket mereka dengan syarikat penerbangan lain.

Tanpa memperincikan pelaburan atau pelan pengembangan syarikat itu, Jaafar berkata Rayani Air akan menggunakan pesawat Boeing 777 untuk memenuhi keperluan mereka yang mahu mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Sementara itu, Azharuddin mengingatkan Rayani Air supaya mematuhi peraturan dan undang-unhdang yang ditetapkan di bawah lesen perkhidmatan udara dan sijil perkhidmatan udara serta sentiasa meletakkan keutamaan keselamatan penumpang dan pesawat.

"DCA juga akan terus melaksanakan pemeriksaan, audit dan pemantauan Rayani Air dan syarikat penerbangan lain," katanya.

Selain Rayani Air, Malaysia Airlines, Air Asia, Firefly dan Malindo Air turut mempunyai operasi penerbangan ke Langkawi. -Bernama

Mon Dec 21, 2015 7:50 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tertikam Keris Hingga Maut Ketika Persembahan Silat Di Majlis Kahwin

siakapkeli.my

LABUAN: Satu pertunjukan silat yang menjadi persembahan setiap kali majlis perkahwinan Melayu tidak disangka-sangka menjadi tragedi maut buat seorang remaja.

Mohd Amil Zulkarnain, 17 yang tertusuk keris pada kejadian 11.30 pagi semalam mengalami luka di bahagian dada dan segera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Namun beliau gagal diselamatkan kerana kecederaan di jantung sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak.

Ketika kejadian, mangsa sedang bersilat bersama sepupunya yang secara tiba-tiba tertikam badannya.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. -Siakapkeli.my

PESILAT MAUT DI KENDURI KAHWIN
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Mangsa (kiri)

LABUAN - Seorang remaja lelaki maut akibat tertikam dengan keris semasa membuat persembahan di rumah pengantin, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Patau itu, Mohd Amil Zulkarnain bin Jafar, yang juga ahli Silat Gayong Malaysia Cawangan Labuan (Gayong Serantau) maut setelah tertikam dengan keris.

"Saya dimaklumkan dan disahkan oleh gurulatihnya, Cikgu Rosni, bahawa seorang murid Gayong Labuan meninggal dunia ketika membuat persembahan di kenduri kahwin petang tadi. Mangsa tertikam keris di rusuk pada buah terakhir," kata Makngah Perak.AL-Fatihah

Update

LABUAN: Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak.

Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital jam 1.23 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun .

"Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris. Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun tidak dapat menyelamatkannya.

"Suspek sudah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

sumber

Pelajar Silat Hilang : Anak Murid Dakwa Suspek Larikan Mangsa ke Thailand Untuk Bernikah
siakapkeli.my

Kajang, 17 Dis: Seorang guru silat lelaki berusia 30-an kini menjadi buruan polis selepas dipercayai melarikan remaja perempuan berusia 13 tahun yang keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Delima, Batu 14, Hulu Langat, pada Ahad lalu.

Lelaki terbabit dipercayai melarikan Sufi Arifah, 13, selepas remaja tersebut keluar dari rumah dalam kejadian jam 1.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, suspek diburu selepas polis mengambil keterangan dari lelaki yang juga anak murid suspek yang mengaku membantu suspek melarikan mangsa.

"Anak muridnya itu mengaku bekerjasama dengan suspek untuk melarikan mangsa. Dia juga ada memberitahu, gurunya akan membawa mangsa ke Thailand untuk bernikah.

"Kita masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau juga, pihaknya telah pun meminta bantuan unit risikan sempadan PDRM untuk mengesan mangsa.

"Kita sudah hantar semua maklumat dan butiran suspek serta mangsa dan operasi mengesan mereka giat dijalankan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis," katanya memetik laporan myMetro.

Tambah beliau, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau kerana merogol.

Sufi dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu apabila bapanya memeriksa bilik anaknya pada 3 pagi dan mendapati dia tiada di bilik tidurnya.

Bapa Sufi, Mohd Rizal Johari, 40, yang bimbang terus membuat laporan polis berikutan kehilangan anaknya. - Siakapkeli.my

Mon Dec 21, 2015 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PIC OF THE DAY .... PEGAWAI IMIGRESEN SUSUKAN BAYI ANAK PELANGGAN YANG BERURUSAN DI UTC SENTUL.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kesian mendengar suar bayi yang asyik menangis dan ibunya pula terkial-kial keseorang cuba nak memujuk .... Seorang pegawai imigresen cawangan UTC Sentul membantu pengunjung menenangkan bayinya yang menangis itu..Syabas diatas keperihatinannya..semangat 1 Malaysia yang patut dicontohi.

KASTAM DAPAT BONUS SEBULAN GAJI. PENJAWAT AWAM LAIN TAK CUKUP BERJASAKAH?
bloglist-malaysia.blogspot
yongsukakuning.blogspot.
Posted by Yong Intan Noor

Seorang hamba Allah hantar imej ini kepada Yong. Kandungannya menyebut pegawai kastam akan dibayar insentif bonus sebulan gaji. Dia tanya Yong: Betulkah?

Yong pun nak tahu juga: Betulkah?

Kalau betul, tahniah kepada semua pegawai kastam. Di atas jasa kamu mengutiap cukai untuk kerajaan, kamu dapat bonus. Maklumlah, kamu semua berkhidmat untuk negara.

Penjawat awam lain jangan dengki.

Kami yang tak kerja dengan kerajaan lagi tak boleh dengki. Sebabnya kami hanya tukang bayar cukai jer. Walaupun kami kerja menoreh getah, kami tetap kena GST.

comments:
1..
shukor
kutip cukai tak syaraie.

2..
nick
Bagaimana pulak hukum mereka2 yang dok berkecuali dalam hal budget yang berteraskan GST sampai sanggup keluar hujah bangang kalau budget tak lulus, kakitangan kerajaan tak dapat gaji? Adakah di akhirat nanti boleh berhujah depan Allah Azzawajalla dengan berkata "saya berkecuali maka saya pun duduk dalam kategori orang yang tak setuju dengan cukai haram tu"! Adakah dengan jawapan dan tindakan berkecuali tu, Allah dan Nabi Muhammad SAW akan sambut mereka sebagi Muslim sejati? Agak2nya inilah dia tanda2 akhir zaman, dimana "alim ulamak" dok diam diri sibuk jaga tembolok sendiri sementara rakyat yang dhaif dan yang kurang ilmu yang bangun menentang kezaliman dan kemungkaran! Bagaimana pula dengan isu RM2.6 billion? Puak2 tu juga yang label ahli2 parlimen yang angkat plakad "mana 2.6 billion" sebagai budak2 (singkat akal) sedangkan mereka yang langsung tak caya malah berkias kata isu tu fitnah (sebab perlu 2 saksi) adalah orang2 yang waras. Ulamak ke, uztaz ke, hulur duit, pangkat, imbuhan, semua cair!

Nick.
Cape Tiger.

3..
♥z@z@♥
mmg betul..pekerja gomen lain xde jasa pun..diorg je berjasa sbb kutip gst..
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: