Wednesday, December 16, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4356

6 Messages

Digest #4356

Messages

Tue Dec 15, 2015 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Murid Tahun 4 Tak Pernah Beli Baju Sekolah Sejak Darjah 1

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Murid Tahun Empat, Sholi Dollah Mohd Yusuf gembira terima bantuan persekolahan.

KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Empat, Sholi Dollah Mohd Yusuf tersenyum lebar apabila menerima bantuan wang tunai yang membolehkannya membeli baju sekolah baharu bagi menggantikan pakaian lama yang dipakainya sejak empat tahun lalu.

Murid SK Seri Budiman itu berkata, dia telah memakai pakaian seragam yang sama sejak darjah satu.

"Baju sekolah saya sudah buruk," kata Sholi yang bersyukur kepada Allah dan semua orang yang membantunya.

"Dengan duit bantuan ini, saya juga akan membeli sepasang baju sekolah untuk adik saya yang akan berada di tahun dua," kata Sholi ceria dan teruja.

Dia adalah antara 80 pelajar miskin yang menerima bantuan wang tunai untuk mereka membeli tiga pasang pakaian seragam sekolah setiap seorang.

Selain pakaian seragam, murid-murid itu juga menerima beg sekolah, buku dan alat tulis untuk penggal baru persekolahan yang bermula pada 3 Januari ini di Terengganu.

Bantuan tunai itu disediakan oleh Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad, sebuah pertubuhan berkaitan kerajaan yang membantu mengenal pasti 80 pelajar yang memerlukan bantuan dari empat buah sekolah - SK Seri Budiman, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Losong dan SK Gong Tok Nasek - untuk program kembali ke sekolah.

Bagi Pengurus Besar Komunikasi dan Perancangan Korporat organisasi itu Abdul Adzim Abdul Hamid, pengalaman melihat wajah ceria dan kegembiraan murid-murid turut membuatkan beliau dan kakitangan lain gembira.

"Bagi kami, ia berjalan dengan baik. Kami telah melakukannya selama tujuh tahun berturut-turut untuk 80 pelajar di Kemaman, tetapi untuk kali pertama, kami telah melanjutkan program ke Kuala Terengganu.

"Setiap tahun, syarikat memperuntukkan RM100,000 bagi murid-murid dan kami membelanjakan kira-kira RM625 untuk setiap murid.

"Idea ini adalah untuk meringankan beban kewangan ibu bapa mereka dan untuk menyediakan permulaan yang baik kanak-kanak yang akan masuk sekolah semula," katanya.

Tambahnya, program ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 640 pelajar sejak ia bermula tujuh tahun lalu.

Abdul Adzim berkata 80 pelajar dari empat buah sekolah di daerah Kemaman juga akan mendapat manfaat daripada program ini.

Sekolah tersebut ialah SK Kijal, SK Kemasek, SK Telok Kalong dan SK Kampung Chabang.

mStar

Tue Dec 15, 2015 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Jam 4 Pagi Saya Nampak Wanita Sedang Dukung Anak Dan Suami Sedang Menolak Motosikal" - Wayne Phang

siakapkeli.my

Tersebar dilaman sosial sebuah cerita yang cukup menarik yang boleh dikatakan menunjukkan lambang perpaduan sebenar yang sememangnya patut dicontohi oleh semua orang tidak kira kaum di negara kita.

Kisah yang dikongsikan di media sosial yang cukup mengharukan melambangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama kita rakyat Malaysia.

Kisah ini telah beribu-ribu kali di kongsi, betul cakap saudara Wayne Phang tersebut di mana katanya, kebanyakkan isu kaum ini bermula dari isu politik yang ditokok tambah oleh pihak tertentu.

Jom baca kisah yang ditulis beliau.

Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.

"Ini mesti kes kehabisan minyak,".

Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.

"Kak, balik mana? Nak tumpang ke?"

"Tak apalah, abang ada di depan tu," jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.

Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya memberikan salam.

"Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?" saya cadang pada dia.

"Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit," katanya.

Sekali tengok kat tayar, "Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,"

"Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti," katanya menolak pelawaan aku sekali lagi.

"Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali. Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang," kata saya yang cuba menyakinkan dia.

"Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja," katanya.

"Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye," balas saya.

Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.

"Abah! Adik nak KFC!"

Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.

"Abang dah makan ke belum?"

"Tak apa encik, kami tak lapar," jawabnya dalam nada segan.

Hati jadi sebak, saya terus buang U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.

"Adik nak makan apa?"

"Abang kita suka ayam," katanya

Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.

Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.

Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.

Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak benci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu. Tetapi kita semua dipolitikkan untuk membenci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka.

Yang paling saya benci, kaki rasis yang suka menghasut orang. Kami Cina bukan benci Islam, Islam itu indah kata Cikgu Nik Aziz, cuma secara kebetulan kerajaan kita itu Melayu dan kami hanyalah menentang korupsi, penyelewengan, penindasan dan penipuan. Kalau kerajaan kita itu Cina, kami tetap lawan menentang! Cina haprak kami bantai, M** G*****n pun kami hentam ye tak? Jadi, mana ada cerita Cina lawan Melayu? Itu semua poyo.

Jika semua rakyat Malaysia tidak kira keturunan atau kaum bersikap seperti Encik Wayne Phang ini rasanya Malaysia ni pupus sentimen perkauman dan sifat cemburu sesama sendiri. - Siakapkeli.my

Tue Dec 15, 2015 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Agong hilang kuasa terhadap tentera jika RUU MKN lulus, kata aktivis

bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Yang di-Pertuan Agong akan hilang kuasa terhadap angkatan tentera jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, menambah rang undang-undang itu melanggar 3 artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, rang undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ada banyak peruntukan di dalamnya yang bertentangan dengan Perlembagaan.

"Kita temui isu baharu yang berkaitan ketenteraan – perundangan itu mengabaikan rantaian arahan secara keseluruhan berkaitan dengan tentera.

"Mengikut Artikel 41, anda akan lihat Yang di-Pertuan Agong memberi arahan kepada tentera.

"Kuasa itu kini diabaikan oleh RUU itu," kata Ambiga yang juga jurucakap kempen #TakNakDiktator menentang RUU itu.

Beliau bercakap demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada senator Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong ialah komander kehormat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Di bawah RUU MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat, perdana menteri yang mengetuai majlis boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan dan membenarkan tangkapan, pencarian dan penggeledahan dibuat di kawasan berkenaan tanpa waran. – 15 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/agong-hilang-kuasa-terhadap-tentera-jika-ruu-mkn-lulus-kata-aktivis#sthash.2P0zvaXB.dpuf

Tue Dec 15, 2015 6:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rai Majlis Baby Shower, Makan Dalam Pampers Ganti Pinggan, Apa Kata Netizen?

siakapkeli.my

Tersebar di laman sosial beberapa keping gambar yang menjadi viral di laman sosial Facebook memaparkan beberapa orang indiividu di dalam sebuah majlis 'baby shower' yang menggunakan lampin pakai buang budak sebagai ganti pinggan.

Gambar berkenaan menjadi buah mulut dan kritikan para pengguna media sosial di Malaysia di mana mereka mengatakan mereka yang terlibat di dalam majlis ini mengamalkan gaya hidup hipster yang keterlaluan.

Gambar yang dimuatnaik di Instagram berbunyi "No plates today! Fine dining in nappies at @a*****ann's baby shower," itu menujukkan makanan seperti kek dipotong dan diletakan di dalam pampers pengganti pinggan dan di makan, gelinya!

Gambar-gambar tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Berikut adalah reaksi pengguna media sosial.

"Jadi pengotor skit dah lah.. ada plak feel nk mkn dlm tu.. Kenapa tak beli tandas baby yang kecik tu je lgi rare" kata Reen Rose .

"Baby shower la sgt, apa moralnyer majlis tu? Mana ajaran dan adab islam dlm raikan kesyukuran rezeki zuriat yg Allah bg?..Kesian pd kaum2 ini, tlalu ikut trend, tnpa sedar trend tu yg d agungkan oleh bukan agama Islam,..Awal pendidikan anak sudah pun mnyimpang..nauzubillahiminzalik.." kata Ummu Hanani Nasuha.

"Tak tergamak pulak nak makan dalam pampers walaupun pampers belum guna...hmm..jagalah etika wahai ibu mengandung.sedih dengan ibu2 mengandung skrg yg suka ikut bnda yg islam larang," kata Lolipop Coklat.

"Adoiii..mcm² prgai manusia skrg ni... Lpas ni buatlh plok parti letak makanan atas tuala wanita plak.. Huhuhu," kata Azami Amie Ganu.

"Idea yang pelik tapi telah mencemarkan nilai makanan yang dihidangkan... walaupun mahukan perbezaan tetapi jgnlah sampai mengetengahkan idea yg bertentangan dgn nilai2 Islam, Islam itu Indah!," kata Arina Sophia. - Siakapkeli.my

Anak MT UMNO Kena Kutuk KAW2 Kerana Buat Baby Shower Makan Menggunakan Pampers.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net
Kesian. Kesian. Kesian.

Orang yang jadi tetamu pun kena kutuk kaw-kaw. Bukan tuan rumah je kot.

Hihi.

Kisahnya begini.

Ada dua orang individu ataupun tetamu yang menghadiri majlis baby shower anjuran anak bekas menteri yang juga pengerusi MARA = ahli majlis tertinggi UMNO = presiden KAFA = Tan Sri Annuar Musa telah mengupload gambar mereka makan menggunakan pampers.

Berikut gambar2 yang dimaksudkan ;

Alia & Vivy ialah tetamu kepada majlis baby shower anjuran Ajjrina. Ajjrina neh bila kau godek-godek kat sini dan sini ko akan tahu la bahawa dia neh anak Annuar Musa.

Benda neh jadi kecoh bila mana wanita-wanita dalam gambar di atas makan menggunakan pampers berbanding pinggan sebagai alas. Memang teruk gila kena kutuk kaw2 bahkan ada yang menganggap mereka sebagai tuan rumah = bukannya tetamu. Maka kutukan bertambah-tambahnya merobek jiwa si kena kutuk kot.

Kesian. Kesian. Kesian.

Komen-komen yang mengutuk dan menghentam memang menghiris ahti nurani sungguh.
Nak-nak yang kena kutuk tu mak-mak mengandung.
Lagi la kesian. Kesian. Kesian.
Aku takmau yaw kutuk-kutuk.
Ibu mengandung kot.
Simpati ar sikit.

Majlis baby shower tu ko kena makan menggunakan pampers. Aku rasa bukan paksaan kot. Maybe alternatif lain ada tapi pada yang sudi makan guna pampers, sila-silakanlah. Aku rasa je la. Kononnya atas alasan tema dan sebagainya.

Jujur aku katakan, aku tak berapa faham sangat konsep baby shower neh. Agak kekunoan la juga aku neh sebenarnya. Aku memang bukan jenis yang tah, baby shower la apa la benda-benda macam tu mungkin trend sekarang tetapi aku benda-benda macam tu la aku ketinggalan. Tapi kalau jemput makan insya-Allah aku tak tolak kot. Tapi makan guna pinggan tau. Bukan guna pampers yaw. Aku geli sikit la.

Hihi.

And then lepas kena kutuk kaw-kaw, gambar-gambar berkenaan sudah tidak dapat diakses lagi di laman instagram individu2 berkenaan. Maybe kena delete kot. Kat laman instagram anak Annuar Musa pun apa yang ada hanyalah gambar2 majlis baby shower ja. Maybe kena delete juga la kot. Aku tak sure. Cumanya si basher-basher online seperti yang kita semua sedia maklum, kemaraan mereka bukan boleh kau sekat-sekat hanya semata-mata kau delete gambar-gambar makan dengan pampers tu beb.

Dorang kejar ko kot.

Tengok dorang kejar anak Annuar Musa macam mana ;

Kesian. Kesian. Kesian.

Bila orang tahu dia ada kaitan dengan UMNO maka bashing tu akan semakin membara. Almaklumla, UMNO kan. Faham-faham je la kenapa. So, sekali lagi. Kesian. Kesian. Kesian.

Ini pendapat peribadi aku la kan.

1. Pompuan-pompuan yang kena bashing tu tengah mengandung.

2. Bagi la muka sikit. Simpati. Jangan la bashing teruk-teruk nau.

3. Orang mengandung tak boleh stress kot.

4. Ya, aku nampak kesilapan dan kebahlolan dorang disitu yang makan menggunakan pampers. Bukan isu geli semata-mata tetapi membazir pun ya juga. Pampers mahal-mahal. Kot ye dah kaya sangat (aku rasa memang kaya kot) ace ko sponsor pampers orang-orang miskin dan memerlukan.

5. Kalau nak tahu Benz Ali ada buat inisiatif untuk bantu orang-orang miskin yang memerlukan barang keperluan harian. Contohnya macam beras, makanan dalam tin dan juga pampers.

6. Inisiatif tersebut pada aku sangat bagus. Berbanding mengutip wang, Benz Ali cenderung untuk kutip barang dan agih kepada yang memerlukan.

7. So anak Annuar Musa neh aku tengok perghhh kaya nak mampos gak neh.

8. Cer ko hulur-hulur sikit stok pampers setahun dua kat geng2 Benz Ali supaya mereka boleh buat collection dan agih sumbangan. Almaklumla, geng2 neh lebih dekat pada orang miskin, lebih cakna sebab hasil pergaulan dan percampuran. Dok bawah2 neh kita semua bercampur dan peduli tentang masalah-masalah yang membelenggu orang2 miskin macam aku dan dia.

9. So Ajjrina yang aku melihat sebagai golongan elit, VVIP, kaya raya sampai mampu membazir pampers dan dijadikan alat pelapik makanan, aku cadangkan duit-duit kau tu convert kepada bentuk pampers, beras atau makanan dalam tin, biskut dan sebagainya, bagi pada kumpulan Benz Ali. Klik dia nama dia. Direct ke fb dia dan berbincang dengan dia macam mana nak salurkan bantuan.

10. Bukan aku nak kata si Ajjrina neh tak pernah menyumbang atau apa ye, cuma aku nak nyatakan, untuk dia yang membazir pampers dalam majlis berkenaan, tindakan itu sebenarnya salah konsep.

11. Baby shower neh kalau ko bagi makan anak-anak yatim pun aku rasa lagi happening kot.

12. Meraikan anak yang dalam perut kau dan meraikan anak-anak miskin. Seronok kot perasaan tu.

13. So aku bagi cadangan pada anak2 orang kaya neh, mak-mak kaya yang mengandung sakan neh, baby shower neh ubah sikit konsep. Bagi makan anak orang miskin, bagi makan anak yatim. Jangan kita beria ikut trend yang tak tentu hala. Sedangkan trend yang ada matlamat tu ada, tinggal lagi kita nak jadi perintis ka taknak. Tak payah bajet havoc, hot, meletup la dengan baby-baby shower bagai neh. Ko beli barang bagi anak yatim tengok dia senyum je setahun ko tak boleh lupa wajah-wajah dorang tau. Kita umat Islam jangan ikut trend mengarut, kita umat Islam cipta trend kita sendiri dan biar orang pula tiru trend kita. Itu baru betul ma. Moga-moga Ajjrina dan geng2 baby shower neh faham la ye. Memang la guna duit korang sendiri. Tapi aku cuma nak bagi korang rasa gembira dalam erti kata sebenar, bukannya gembira yang digambarkan gembira tetapi benda tu tak menggembirakan pun. Percayala cakap aku. Ko buat baby shower 10 kali pun ko takan gembira sepertimana ko meraikan anak-anak orang miskin dan anak-anak yatim dengan melihat mereka senyum menerima bantuan dan pertolongan dari kau. Itu sangat nikmat kot. Seriously, nikmat.

Fikir-fikirlah ek wahai anak-anak orang kaya.

Kbai.

Tue Dec 15, 2015 6:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jom Beli Sandwich, Bubur Ayam, Mee Goreng. 20 sen Sahaja!
siakapkeli.my

Selain sandwich, usahawan cilik ini turut menjual pelbagai lagi makanan seperti nasi bubur dan mee goreng pada harga yang sama.

Kuala Lumpur: Jika sebelum ini kisah seorang lelaki yang menjual donut dengan harga 10 sen menjadi viral, kini timbul pula kisah viral tentang sandwich yang dijual dengan harga serendah 20 sen.

"Niat saya hanya untuk tolong orang susah dan tidak peduli dengan untung atau rugi," kata seorang anak usahawan, Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10.

Memetik laporan Harian Metro, kisah sandwich 20 sen ini menjadi viral sejak Sabtu lalu apabila gambar Iman Sufiah menjual sandwich telur tersebar.

"Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.

"Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebih mengujakan, bukan sahaja sandwich telur yang dijual. Sufiah yang ditemani adinya, Iman Ayeisha Muhamad Taufik, 8, turut menjual bubur ayam, dadih, cekodok pisang dan mi goreng dengan harga yang sama sejak memulakan perniagaan amal itu pada 9 Disember lalu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara.

Sekiranya makanan-makanan yang dijual tidak habis, kedua beradik ini akan mengagihkan makanan-makanan tersebut kepada orang awam di Pasar Besar TTDI secara percuma.

Sufiah berkata, mereka hanya menyediakan sebanyak 150 bungkus makanan setiap hari dan projek amal ini adalah projek cuti sekolah yang dijalankan setiap tahun sejak dia berumur 7 tahun lagi.

Ibu kepada usahawan cilik ini, Sitir Nurhuda Samsudin, 35, berkata dia memberi sokongan penuh kepada anaknya selain berharap anak-anaknya dapat belajar erti kehidupan serta nilai memberi kepada yang susah.

"Saya tidak menghalang apa sahaja kehendak anak dan sentiasa memberi semangat kepada mereka.

"Saya tahu harga yang dijual itu murah dan tidak mendatangkan untung tetapi untuk beramal, niat itu perlu ikhlas," katanya - Siakapkeli.my

Lelaki Mualaf Ini Jelaskan Kenapa Harga Donatnya Hanya 10 Sen
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Lelaki Mualaf Ini Jelaskan Kenapa Harga Donatnya Hanya 10 Sen Sebiji: Gambar seorang lelaki menjual kuih donatnya dengan harga 10 sen sebiji menjadi viral dimedia sosial, terutamanya di Facebook. Dibawah Muhammad Waliuddin Chua, 24, menjelaskan kenapa harga donatnya tersangat murah...

"Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan, "

Muhammad Waliuddin yang memeluk Islam pada 2011 berkata, idea menjual donat dengan harga semurah itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai memilih kuih kegemaran akibat faktor harga.

"Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli.

"Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga," katanya.

Muhammad Waliuddin yang ditemui di rumahnya di Flat Taman Maluri, Cheras, di sini, hanya memperoleh untung RM40 untuk 1,000 biji donat yang terjual, walaupun dia boleh menjual dengan harga lebih daripada 10 sen untuk sebiji donat dijualnya.

Anak muda yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan itu sepatutnya menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi pada September 2013.

Bagaimanapun, dia gagal mendapat pinjaman pendidikan menyebabkan impiannya menyambung pengajian hanya tinggal angan-angan.

Menurutnya, dia mula menjual donat 10 sen itu sejak Jumaat lalu dan sejak ia tersebar di laman sosial, permintaannya amat menggalakkan.

Pada hari ini saja, dia menerima tempahan 1,500 biji donut selepas bermula hanya dengan 100 biji pada hari pertama.

Dengan peralatan yang terhad termasuk terpaksa meminjam kuali untuk menggoreng, dia dibantu rakan serumahnya untuk menyiapkan tempahan berkenaan.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mula mengambil kesempatan di atas kemulian hatinya itu apabila membeli donatnya dan menjual kembali dengan harga yang lebih mahal.

"Saya tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menjual donat saya dengan harga lebih mahal.

"Idea asal ialah pengguna menikmati kuih itu dengan harga 10 sen dan saya akan pastikan pembeli menikmati donat dengan harga terbabit," katanya.

Selain donat 10 sen dihasilkan semakin laris, kesan 'viral' menyebabkan dirinya juga laris selepas ada wanita mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita, malah ada ibu bapa yang mahu menjadikannya sebagai menantu mereka.

"Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya 'viral' di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya.

"Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini," katanya.

Dalam pada itu, hasil inisiatif Harian Metro, Biro Pekerja Muda di bawah Exco Pemuda UMNO Malaysia menghulurkan bantuan.

Menerusi Pengerusinya, Dazma Shah Daud, biro itu menyampaikan sumbangan peralatan memasak kepada Muhammad Waliuddin.

"Peralatan berkenaan ialah bantuan segera untuk memudahkan pemuda itu menyiapkan tempahan dan kami sedang berusaha untuk memberi bantuan lain termasuk kewangan.

"Usaha anak muda ini perlu dicontohi kerana dia antara golongan yang mencari jalan penyelesaian ketika berdepan kenaikan kos sara hidup," katanya ketika melawat Muhammad Waliuddin di rumahnya tengah hari tadi.

Sementara itu, seorang pelanggan, L Thilashiny,24, yang juga jirannya berkata, dia mengetahui mengenai donat 10 sen itu melalui FB dan mahu merasai sendiri keenakannya.

"Kakak saya mengesyorkan saya mencuba sendiri donat murah ini. Saya beli RM2 dan saya akan bawa ke pejabat untuk makan bersama-sama rakan kerana sukar untuk mendapatkan makanan dengan harga semurah ini," katanya.

Sumber

Tue Dec 15, 2015 6:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Wahai Najib Razak" : Luahan Terbuka Seorang Rakyat Malaysia kepada Perdana Menteri Jadi Viral

siakapkeli.my

Gambar hiasan

Satu luahan terbuka seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Ruzaimi Hussain menjadi viral di media sosial Facebook setelah dia berkongsi luahan tersebut di Facebook miliknya.

Menurut Ruzaimi, apa yang ditulis olehnya adalah dari pengalamannya sendiri yang beliau sifatkan mungkin tidak pernah dirasai oleh pemimpin-pemimpin atasan negara.

"Saya bukanlah wakil rakyat mahupun berpendidikan amat tinggi cuma apa yang saya taipkan hanyala pengalaman hidup sendiri yang mungkin x pernah dirasai oleh pemimpin atasan kita", tulis beliau di Facebooknya di dalam posting berasingan.

Luahan hati pengguna Facebook itu telah dikongsi 1,743 kali.

Luahan terbuka oleh Mohd Ruzaimi Hussain

Wahai Najib Razak.. kau x pernah rasa mcm mane tengok beg duit ade cuma rm5 .. ko x pernah rasa pergi ATM tgk dlm akaun ade rm20 dan hanya dapat kluarkan rm10.

Ko x pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama sminggu.. kau x pernah rasa nak tuang minyak tgk dlm poket cme ade rm5 tp hanya tuang rm3.

Kau x pernah rasa makan nasi kat tepi jalan masa tgh rehat kerje sambil kenderaan lalu lalang dan bnyak debu jalanan..

kau x pernah rasa bila xde duit nak beli baju baru hanya dapat beli baju bundle 3helai rm10.

Kau x pernah rasa bila ada modal skit mniaga tepi jalan lalu diberi saman oleh majlis daerah atau perbandaran..

kau x pernah rasa bila malam terpaksa tutup smua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik.. lau x pernah rasa satu hari hanya bole guna 2 baldi air tuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air..

kau x pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal2 tapi teringat dalam beg duit ade rm30..

kau x pernah rasa walaupun demam tp x beli panadol kat 7eleven sbb duit x cukup..

kau x pernah rasa walaupun hujan terpaksa start motor pergi kerje walaupun baju hujan xde demi x dipotong gaji bulanan..

kau x pernah rasa bila dapat gaji rm900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama tapi bila hari ke2 dah bermasam muka sbb banyak benda nak dibayar..

kau x pernah rasa bila tapak kasut tercabut kau akan pergi kedai rm2 tuk beli gam dan tampal balik kasut tu yang mana hnya bole tahan slama 3 hari..

kau x pernah rasa bila ibu bapak kita nak kan sesuatu terpaksa kita sebagai anak simpan dlm hati saja dan mengambil masa yang agak lama tuk tunaikan impian ibu bapa kita tu..

kau x pernah rasa ini semua... sebab bila kau bangun dari tido semuanya dah tersedia.. -inilah apa yang aku rasa sebagai rakyat malaysia pada hari ini.

- Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: