Friday, February 12, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4397

9 Messages

Digest #4397

Messages

Thu Feb 11, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Status Di Facebook, Amin Beyond Seperti Sudah Tahu Dan Ramal Kematiannya
siakapkeli.my

Pemilik restoran nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kenderaan, Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut pagi tadi akibat ditembak sebenarnya seperti sudah tahu tragedi berkenaan akan menimpanya.

Di dalam status laman Facebook beliau bernama Amin Beyond, di telah memuatnaik satu status bersama gambar sebuah kejadian tembakkan dalam kereta di mana dia meramalkan perkara yang sama akan menimpanya suatu hari nanti.

Menerusi gambar dan status itu, Syed Amen menyatakan dia tidak takut dengan kerana baginya hidup dan mati itu ditentukan Allah.

Ia memuatnaik status berkenaan kerana katanya dia pernah menerima ugutan sedemikian akibat kerja-kerja yang dilakukannya.

Berdasarkan pendedah, beliau adalah seorang aktivis yang aktif membantu penduduk Pulau Pinang dan berdasarkan laporan sebuah akhbar 2014 dua buah kereta di dalam premis kedai cuci kenderaannya telah dibakar.

Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi. - Siakapkeli.my

Nyawa Bernilai RM0.80 Sahaja
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Dah banyak kali kita dengar cerita ada yang kena tembak dari jarak dekat di Malaysia.... dalam banyak kes kita dengar saspek menggunakan pistol automatik... dengan peluru 9mm ... dan saspek berjaya melarikan diri dengan motorsikal Yamaha 135 warna merah....

Nampak tak senarionya? Nampak tak trend dia....

Mmmm.... ini semua kerja paid shooter la.... penembak berbayar.... @ pembunuh upahan....

Soalan yang selalu gua tanyakan kepada kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman aderlah..... aderkah ini kerja "local"... warganegara... Sebab sangat susah nak kesan saspeknya....

Ramai kengkawan yang bersetuju yang buat nih ader dua jenis orang..... yang mana mungkin melibatkan warga asing yang bekerja satu grup dengan warga tempatan... Macam contoh aaa.... yang bawak motor adalah warga tempatan... manakala yang jadi paid shooter aderlah warga asing...

Motor yang digunakan adalah motor sama ada curik atau motor dalam "tahanan" yang ditukarkan nombor pletnya.....sebab tu kalau dapat jumpa motor pon... takleh nak track kepada siapa yang punya sebab yang empunya ada alibi....

Pistol yang digunakan biasanyer bukan diseludup masuk ke Malaysia... tapi yang disewakan oleh pihak-pihak tertentu.... Harga peluru bukannya mahal sangat... baru-baru ni gua ader beli sekotak 9mm punya peluru (30 bijik) jenama XXXX gua dapat pada harga RM0.80 sebijik.... sudah naik harga ... sudah ada GST ... dulu boleh dapat dalam RM0.60 sebijik... Pernah dulu gua beli peluru .38 untuk pistol kawan .... gua dapat pada harga RM0.45 sebijik... Murah betul nyawa manusia... bernilai sekita RM0.45 sahaja

Aper pon,,, kita biar PDRM selesaikan siasatan kes nih... tapi percayalah.. shooter dier takkan dapat dikesan dan dijejaki.

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/02/nyawa-bernilai-rm080-sahaja.html#ixzz3zrvfdqpv

Lelaki Pernah Jadi Viral Mengamuk Di JPJ Sebelum Ini, Maut Ditembak Awal Pagi tadi
siakapkeli.my

GEORGE TOWN: Seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kereta maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi, lapor Astro Awani.

Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah maut serta merta selepas terkena lima das tembakan di kepala dan badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang dikenalpasti.

Hasil semakan, Syed Amen amin sebelum ini pernah menjadi viral di laman sosial apabila beliau dipercayai mengamuk di pejabat JPJ dan sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu. - Siakapkeli.my

Posted by OMAK KAU!!!!

Amuk JPJ : Lelaki 40 Tahun Akan Dituduh Esok
siakapkeli.my

Georgetown, 30 Dis: Polis akan mendakwa seorang lelaki berusia 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Fardalathrash Wahid, lelaki tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistert Georgetown esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu juga telah ditahan untuk diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, video lelaki berkenaan yang memaki hamun pegawai JPJ menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari yang lalu. - Siakapkeli.my

Thu Feb 11, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



20 Kenderaan Dibocorkan Tayar
siakapkeli.my

Cameron Highlands, 11 Feb: Kira-kira 20 kenderaan yang diletakkan dalam keadaan menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands dibocorkan tayar dipercayai dilakukan oleh sekumpulan individu.

Laporan Harian Metro menyebut, dalam kejadian 3 - 5 pagi tadi, kesemua tayar kenderaan-kenderaan itu dibocorkan menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berdasarkan keterangan saksi mendapati kesemua kenderaan itu dibocorkan tayar oleh sekumpulan lelaki.

Katanya lagi, kesemua kenderaan itu dipercayai diletak dalam keadaan yang menghalang laluan jalan.

"Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis sudah menerima sebanyak 11 laporan daripada pemilik sehingga jam 3 petang tadi.

"Rondaan cegah jenayah dijalankan polis sekitar jam 2 pagi tadi tidak mengesan sebarang aktiviti jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 11, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Lawat Bayi Ketika Anda Sakit Atau Jangan Lawat Bayi Ketika Bayi Tidak Sihat
siakapkeli.my

Seorang ibu bernama Siti Naqiah Fami telah berkongsikan satu catatan yang cukup meruntun hati di mana beliau dan suami telah kehilangan anakanda tercinta hanya selepas beberapa hari menatap wajah anak tercinta mereka itu.

Menurut Naqiah anaknya telah dijangkiti virus Adeno dimana berjangkit daripada orang yang datang melawatnya ketika di dalam pantang.

Virus Adeno punca Rayyan pergi.

Coretan kisahku dan suami,

23 November 2015 (Isnin)

"shah ar rayyan" inilah nama anak kami.. bayi yg comel seberat 2.65kg hasil perkongsian hidup aku dan suamiku.. x dapat aku bayangkan betapa gembira nya hatiku di saat melihat kehadiran bayi sulung ini di dalam diriku selama sembilan bulan.Mana taknya stiap kali scan, muka die sentiasa berpaling atau tutup muka.Betul la orang cakap kalo tengok muka baby,hilang sakit beranak.camtula perasaan aku ,rasa teruja melihat rayyan di sisiku.Bermulalah sesi berpantang di rumah mak ayahku di seremban.Mak dan ayah antara orang yg paling hepi melihat cucu mereka.Stiap kali mak balik keja,ade je barang dibelikan utk rayyan.Rayyan jarang menangis,stiap kali nak susu die akan memuncungkan mulutnya. Tidoku pun cukup sebab die jarang meragam.Baik anak mama.

4 Desember (Jumaat)

Malam tu Rayyan batuk2 kerap dan nafas die laju.Aku x sedap hati lalu pergi ke KPJ. Sampai KPJ,doc ckp oksigen Rayyan lemah dan disebabkan KPJ tiada NiCU untuk kanak2,Rayyan terus dihantar ke hospital Tuanku Jaafar dengan ambulans.Pertama kali aku naik ambulans sambil memeluk rayyan.Luluh hati bila lihat rayyan bernafas dengan bantuan oksigen.Terasa dunia gelap gelita.

5 Desember (Sabtu)

-Rayyan dimasukkan NiCU untuk kanak2.Pagi2 lagi Aku dan suami pergi melihat rayyan di dalam incubator. Doktor benarkan kami memegang rayyan.Aku peluk,usap rambut dia,pegang tangan dan kaki dia. Menurut doktor anakku kena radang paru2.Setelah puas melihat dia dan memberikan dia susu,aku balik rumah sekejap untuk berehat.petang tu juga doktor call suamiku memberitahu rayyan dimasukkan ICU kerana kekurangan oksigen yg truk.Allah je yang tahu betapa sedihnya aku dan suamiku.

6-7 Desember

-Doc memberitahu Rayyan semakin kritikal.Air tulang belakang rayyan diambil dan dihantar ke Sungai Buloh. X sanggup aku lihat tangan rayyan lebam2 kena cucuk.stiap kali aku panggel namanya,matanya memberi respon."Rayyan,mama ngan papa dtg ne sayang".air mata rayyan keluar bila melihat aku dan suami".

8 Desember (Selasa)

-Doc bertanya kepadaku sepanjang aku berpantang ada tak orang yg datang melawat demam,batuk2.Aku sendiri tidak pasti sebab ramai yang datang lihat rayyan. Doc cakap kemungkinan rayyan kena virus dari orang yg sakit melawat dia.Imun rayyan tidak kuat,dan dia semakin tenat sebab kurang oksigen.

Kami redha dan pasrah.Malam tu aku dan suami berpeluang melihat dan bercakap dgn rayyan. Sambil usap kepalanya aku cakap "Rayyan sayang pergi ok.Allah da tunggu.Tunggu mama dan papa kat syurga tau.Mama x sanggup tgk rayyan camne lagi.mama tau rayyan kuat.cukupla sayang.Mama halalkan air susu mama".Rayyan seakan mengerti memandang aku dan suami sambil menangis.die cuba mengeluarkan suara walaupun tesekat2.Aku cakap kat doktor "doc,thanks jaga rayyan,saya ade request,lepas ni kalo call suami saya,tolong jangan cakap datang segera lagi,just bagitau je Rayyan dah tak de.Kami ok.thanks suma jaga Rayyan dgn baik".

Tak sampai 30 minit kat rumah,suamiku dpt call dari hospital mengatakan Rayyan dah kembali kepada Allah.Maafkan mama kerana selalu menangis sepanjang Rayyan kat hospital.

Pergila sayang,tunggu mama dan papa.Rayyan slamat di kebumikan esoknya.Alhamdulillah rumah Rayyan dekat sangat dengan rumah atuk. Senang mama nak tengok Rayyan.Abah simpan semua barang Rayyan sebab taknak aku still teringat.

Pertama kali dalam hidupku melihat abahku menangis semasa Rayyan pergi.Abah cakap dekat kawanku "Rumah ne baru nak ceria tapi sunyi balik. Takpela pakcik redha.Allah sayang dia".Malam tu aku tido bertemankan baju rayyan.Setiap pukul 2 pagi aku slalu terbangun sebab tu time Rayyan nak susu. Abah selalu nasihatku supaya kuat dan sabar.Masa mula2 Rayyan pergi,hidupku terasa kosong dan slalu termenung.Sedihnya berpantang tanpa Rayyan walaupun aku tau Rayyan dah hepi sekarang ne. Berkat sokongan dr mak,abah,family,kazen dan yg paling penting suamiku sendri,alhamdulillah aku pulih semangat selepas sebulan.

5 Februari 2016 (Jumaat)

-Hari yang paling kutunggu iaitu appointment dgn Dr Juliana,pakar kanak--kanak. Menurutnya,Rayyan meninggal sebab virus adeno.Salah satu cara Virus Adeno terjadi daripada orang luar yang sakit2 semasa melawat dia.

Sebab tu kita tak digalakkan melawat baby bila tidak sihat (demam,selsema).Imun baby tidak sama macam orang dewasa. so,lepas ne kalo siapa2 sakit,tunggu sihat dulu baru pergi melawat. Tak pun tunggu abes pantang baru pegi melawat. Menurut doc lagi, elakkan dari kerap mencium baby sebab kita tak tau diri kita ade virus ke tak.

Kami redha dengan ketentuan Allah.Ajal dan maut di tangan-Nya.Rayyan insan terpilih..Sakit ne hanya penyebab saja sebab da tiba masa anak mama dan papa ne pergi.Pergilah sayang.Mama halalkan susu mama.Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan slama 15 hari.Rumah Rayyan dekat je dengan rumah atuk tau.Senang mama dan papa nak tengok.Ketahuila sayang,stiap saat mama dan papa bernafas,mama x kan lupakan Rayyan yg pena hadir dalam perut mama dan juga dunia.

-Shah Ar Rayyan Bin Shah Affandi-

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 11, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LAYANAN SEORANG KERANI PEJABAT POS TERHADAP OKU GAMATKAN PEJABAT POS
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kejadian di Pejabat Pos Kepala Batas dimana seorang pakcik OKU warga emas yang tiada kaki untuk berjalan, hanya dgn mengesot datang untuk mengambil dividen ASB..

Seorang staf wanita yang baik hati dan tidak sombong keluar untuk membantu pakcik tu hingga selesai urusannya...

Pada staf tersebut, hanya Allah saja yg dapat membalas jasa baiknya.

Sumber FB UtaraNews

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 11, 2016 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Awasi Kanak-Kanak Pakai Kasut Getah Ketika Guna Eskalator
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Pemakaian sandal atau kasut getah yang lembut oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian dan diawasi oleh penjaga kerana ia lebih mudah ditarik atau tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam kenyataan pada Rabu menegaskan bahawa tanggungjawab bagi memastikan keselamatan ketika menggunakan eskalator terletak pada pemunya dan pengguna.

"Tanggungjawab pihak pemunya adalah sentiasa memastikan setiap eskalator yang dipasang di premis mereka disenggara mengikut jadual penyenggaraan yang ditetapkan oleh pembuat," katanya.
Tanggungjawab pengguna pula memerlukan mereka lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan eskalator termasuk memastikan dan mengawasi anak-anak yang dibawa bersama, katanya.

Ini termasuk memastikan kaki berada dalam garisan yang ditetapkan (yellow demarcation line) serta mematuhi setiap arahan dan tatacara penggunaan yang disediakan oleh pihak pemunya.
"Sekiranya semua langkah ini dipraktiskan oleh pemunya dan pengguna, kemalangan boleh dielakkan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan susulan kes kemalangan eskalator di KL Sentral pada 8 Februari lalu, melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun.
JKKP memandang serius insiden tersebut, tambah kenyataan itu.
Jabatan itu sebelum ini menerima laporan 31 kes kemalangan melibatkan eskalator dari 2011 sehingga Mei 2015. - BERNAMA

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/awasi-kanak-kanak-pakai-kasut-getah.html#ixzz3zrsSpflf
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 11, 2016 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Terpaksa Tahan Sakit Kaki Tersepit Celah Longkang Depan Sekolah
siakapkeli.my

PUCHONG - Seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah kebangsaan Puchong Permai terpaksa menahan sakit selama 15 minit apabila kakinya tersepit di besi penutup longkang di hadapan sekolah tersebut pagi tadi.

Pelajar itu dikatakan baru melintas jalan utama Persiaran Permai bersama rakannya dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.40 pagi itu.

Sumber dari laporan Sinar Online berkata, mangsa dipercayai tidak sedar bahawa satu dari besi penutup longkang itu sudah reput dan patah ketika dipijak untuk dilalui olehnya.

Akibat dari itu kaki mangsa terperosok ke dalam longkan di celah-celah besi itu.

Pelajar tersebut menangis dan terpaksa menahan kesakitan sebelum orang ramai memoton besi itu untuk mengeluarkan kakinya.

"Dia yang bersekolah sesi petang mengalami luka ringan dan tercalar akibat bergesel dengan besi," katanya.

Selain itu, Sinar Online juga berkata mereka difahamkan aduan mengenai kerosakan telah pun beberapa kali dibuat namun tiada tindakan diambil sehingga kejadian berlaku pada pagi tadi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 11, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Ramai Anggap Karut Tapi Saya Berjaya Jual 150-300 Paket Sehari" - Spiderman Nasi Lemak
siakapkeli.my

KOTA BHARU: Kemunculan 'Spiderman' di bandar ini sejak beberapa hari lalu menjadi tumpuan orang ramai sehingga ia menjadi viral di media sosial.

Namun, Spiderman itu bukanlah Spiderman yang biasa dilihat di dalam filem - menyelamatkan orang - tetapi Spiderman yang meniaga nasi lemak RM 2.

Spiderman tersebut, Zawawi Ghazali yang berusia 29 tahun berkata, idea tersebut muncul setelah pelbagai perniagaan yang dijalankan olehnya sebelum ini tidak mendatangkan hasil.

"Ramai menganggap idea saya mengarut, tapi dalam masa seminggu Nasi Lemak Spiderman saya berjaya dijual antara 150 hingga 300 paket sehari," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemubu, Ketereh dekat sini.

Laporan BH Online menyebut, Nasi Lemak Spiderman itu dijual dengan konsep perniagaan bergerak dan kini dijual di beberapa tempat seperti Pasir Tumbuh, hadapan Stadium Sultan Muhammad IV dan sebuah hotel di sini.

"Saya hanya meletakkan meja di lokasi dipilih untuk menjual nasi lemak. Setiap hari Nasi Lemak Spiderman akan berada di tempat berlainan," katanya.
Menurut Zawawi dia membeli kostum adiwira itu secara atas talian dari China dengan harga RM500.

Zawawi, yang turut mempunyai syarikat pembinaan di Ketereh, memulakan perniagaan nasi lemak bermula jam 8 pagi setiap hari di sekitar bandar Kota Bharu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 11, 2016 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Warga Emas Maut Dihempap Tong Gas 920Kg

siakapkeli.my

Ipoh, 10 Feb - Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggang olehnya terbabit dalam satu kemalangan dengan lori yang membawa muatan gas jenis 'Methyl Chloride' sebelum dihempap tong gas berkenaan yang dianggarkan seberat 920 kg di Jalan Lahat dekat Menglembu Bestari di sini pada petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Cheah Seaw Oon@Cheah Seaw Oow, 65, maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ismail Darus, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima oleh pihaknya pada jam 5.27 petang dan satu jentera dan ambulan EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa tersepit di bawah tong gas tersebut.

Tambahnya, anggota bomba meminta bantuan trak tunda untuk menarik tong gas berkenaan dan mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

"Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa maut sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Tong gas berkenaan bocor sedikit, namun ia tetap berbahaya kerana gas berkenaan mudah meletup. Langkah pencegahan awal sudah diambil termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) yang sudah bersiap sedia untuk ke lokasi sekiranya diperlukan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Feb 11, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 11 February 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: