Sunday, February 14, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4399[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4399
2
3
Fw: 10 virus paling berbahaya by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Suami Pukul Isteri Di Tepi Jalan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: AKSI TERLAMPAU DITEPI JALANRAYA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Ramai Siswazah Sekarang Kuat Perasan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
Fw: Kisah Diganggu Makhluk Halus by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
Fw: Rencah Berita by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
14
Fw: Berhati-hati jika membunuh lipas. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Feb 13, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Saturday, 13 February 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Sun Feb 14, 2016 2:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SUSPEK UGUT GEGAR KL DAN LETUPKAN KEDIAMAN PM DITAHAN PIHAK POLIS.

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Pihak polis telah menahan seorang pemuda dari Parit Buntar, Perak, petang semalam berhubung status ancaman yang dibuat melalui akaun facebook miliknya.

Suspek telah memuatnaik satu status pada 4 Februari melalui akaun Aidil Radzi yang berbunyi "Saya akan gegarkan Kuala Lumpur dan kediaman YAB Perdana Menteri Malaysia dengan letupan bom pada hari sabtu minggu ini kerana najib menyusahkan rakyat".

Pihak polis telah melakukan serbuan di rumah suspek serta merampas peralatan yang digunakan semasa memuatnaik status tersebut.

Suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 130G Kanun Keseksaan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 2:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



10 virus paling berbahaya

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

VIRUS boleh ditakrifkan sebagai ejen kecil berjangkit yang hanya boleh membiak dalam sel hidup sebarang organisma. Ia mampu menjangkiti sebarang bentuk hidupan dan terdapat kira-kira 5,000 virus yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Berikut adalah 10 virus paling berbahaya yang memberi ancaman kepada kesihatan manusia.

1. HIV

Ia meragut kira-kira tiga juta nyawa penduduk seluruh dunia setiap tahun. Sehingga kini, tiada vaksin untuk merawat virus kurang daya tahan melawan penyakit (HIV) itu yang pertama kali menjangkiti seorang pesakit lelaki di Republik Demokratik Congo pada 1959.

2. H1N1

Virus dikenali sebagai selesema babi ini memberi kesan kepada ramai orang di seluruh dunia pada 2009. Penyakit berkaitan pernafasan ini berjangkit juga boleh membawa maut.

3.Hepatitis C (HCV)

Ia disebarkan melalui hubungan secara terus dengan darah seperti pemindahan darah dan organ serta berkongsi jarum suntikan. Virus ini boleh merosakkan hati, sekali gus membawa kepada barah hati atau sirosis.

4. Rotavirus

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus berpunca dari najis dan objek tercemar ini sekurang-kurangnya sekali pada usia lima tahun. Simptom jangkitannya termasuk muntah-muntah dan cirit birit.

5.Hepatitis B (HBV)

Virus yang menyebabkan penyakit serius pada hati ini disebarkan apabila pesakit terdedah kepada darah atau cecair tubuh yang tercemar. Gejala penyakit ini adalah termasuk hilang selera makan, demam ringan, kulit kekuningan dan air kencing berwarna gelap.

6. Rubela

Virus ini telah meragut kira-kira 200 juta nyawa di seluruh dunia sejak 150 tahun lalu. Ia boleh membawa kepada komplikasi berbahaya seperti radang paru-paru, otot dinding jantung dan otak.

7. Hantavirus

Virus pembawa maut ini disebarkan kepada manusia melalui air kencing, najis dan air liur tercemar tikus. Dalam beberapa kes lebih teruk, masalah kardiovaskular serius juga mungkin boleh berlaku dan mengancam nyawa.

8. Anjing gila

Ia boleh disebarkan melalui gigitan daripada haiwan yang dijangkiti virus ini. Ia boleh mengancam nyawa kerana memberi kesan sehingga sistem saraf pusat. Menurut WHO, dianggarkan lebih 50,000 maut akibat virus berbahaya ini.

9. Demam kuning

Penyakit berdarah virus akut ini disebarkan melalui gigitan nyamuk betina, aedes aegypti yang ditemui di Amerika Selatan dan Afrika. Dalam beberapa kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati selain menyerang sistem limfa dan organ penting.

10. Demam denggi

Ia disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes betina dan boleh memberi kesan kepada tubuh dalam tempoh tujuh hari. Gejala penyakit ini adalah seperti demam panas, sakit sendi dan otot serta cirit birit. Ia boleh mengancam nyawa apabila berlaku pendarahan dalaman dan tekanan darah rendah melampau.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 2:56 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakyat pula dipersalahkan kerana kemasukkan warga Bangla..........?

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted by Mohd Sulaiman

Wak setuju juga dengan cadangan kerajaan membawa masuk 1.5 juta warga Bangla ke Malaysia secara berperingkat-peringkat. Kita juga tidak patut menyalahkan kerajaan kerana terpaksa membawa masuk rakyat Bangla ni ke Malaysia.

Merujuk kepada alasan TPM, kerajaan terpaksa memenuhi kehendak majikan-majikan yang memerlukan pekerja-pekerja di bidang perladangan dan pembenaan. Kunun kata TPM bahawa rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam bidang itu. Mungkin juga perkara ini ada kebenaran nya, kerana boleh pir semua remaja-remaja di Malaysia ini berpelajaran dan berpendidikan 'tinggi' juga.

Mungkin juga mereka tidak sanggup memperhambakan diri jadi kuli di ladang-ladang dan di sektor pembenaan dengan berkelulusan tinggi itu.

Dengan alasan-alasan seperti itu Wak sangat setuju kerajaan membawa masuk buruh-buruh dari Bangladesh seberapa banyak yang diperlukan oleh sektor pembenaan dan perladangan.

Akan tetapi kita jangan lupa bahawa bukan semua rakyat Bangla yang dibawa masuk itu sanggup bekerja di ladang dan disektor pembenaan. Mungkin juga pada perjanjian asalnya mereka bersetuju, akan tetapi tiada siapa yang boleh menjamin akuan mereka itu dipatuhi.

Sekarang kita sudah lihat banyak bukti bahawa warga Bangla ini tidak berminat langsung untuk bekerja di ladang-ladang atau di sektor pembenaan, kalau adapun bilangannya terlalu kecil jika dibandingkan dengan ramainya warga Bangla yang sedang berada di negara ini.

yahya pikin

Pergi tengok kat bengkel bengkel tepi jalan sekitar au5 ulu klang, sapa tauke sapa kuli sekarang?

Bangla jadi tauke kedai2 disitu doh budah melayu jadi kuli doh

Tu cuma satu condoh, tempat lain lagi berlambak, tu belum lagi yg merayau dalam kampung dan taman potong rumput dan jadi kontraktoe atau sub contraktor buat renovation dsbg

Menteri bodoh aje semua yg ada di malaysia sekarang ni

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 2:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suami Pukul Isteri Di Tepi Jalan

bloglist-malaysia.blogspot. 

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

AYER HITAM - Video seorang lelaki berketayap memukul isterinya di tepi jalan, tersebar di laman sosial pagi ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku berhampiran dengan Tol Ayer Hitam itu, mangsa dipukul bertubi-tubi oleh suaminya tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam oleh orang awam.

Video berdurasi 1 minit 3 saat itu menunjukkan seorang perempuan yang dipercayai anak pasangan terbabit cuba melindungi ibunya daripada terus dipukul oleh lelaki itu.

Bagaimanapun, lelaki itu gagal mengawal amarahnya terus menerus berlari dari kereta lalu menyepak mangsa.

Motif kejadian tidak diketahui, namun dipercayai berlaku salah faham di antara pasangan terbabit. - PIXEL MEDIA

Polis Siasat Video Lelaki Pukul Wanita Tepi Jalan
siakapkeli.my

BATU PAHAT: Polis kini sedang menyiasat kes seorang lelaki yang memukul wanita menggunakan kasut yang didakwa berlaku berhampiran pintu masuk Plaza Tol Ayer Hitam di sini petang Jumaat.

Video kejadian terbabit tersebar di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, lelaki terbabit yang dipercayai suami kepada wanita tersebut dilihat turut menendang wanita malang itu.

Selain itu, turut kelihatan seorang remaja perempuan dipercayai anak pasangan tersebut cuba memeluk erat mangsa bagi melindungi dari dipukul.

Perbuatan tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dipercayai menggunakan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kes dan meminta saksi kejadian tampil membuat laporan.

"Kita meminta orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan menyaksikan insiden berkenaan supaya tampil bagi membantu siasatan," katanya - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Feb 14, 2016 2:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



AKSI TERLAMPAU DITEPI JALANRAYA UNDANG RASA TIDAK SENANG PENGGUNA JALANRAYA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Amenda tu?

comments:

Anonymous said...
Syabas...inilah yang dikatakan kreatif dan inovatif...selamat menangkap gambar kepada en polis trafik... :-)

Anonymous said...
Nak buat macam mana depa diarah untuk perah peluh rakyat untuk nak bejoli kalau nak kata kejadian kemalangan nak dikurangkan dengan menekan rakyat secara sembunyi untuk mencari kesalahan kita tengok hari-hari kematian dijalan raya bertambah jadi itulah hakika ketua-ketua dan kepala-kepala hotak penguatkuasa hari ini yang dipilih oleh pemimpin yang tidak ada hati perut dan budi bicara untuk menasihat secara ilmiah pada rakyat yang sentiasa tertekan,dalam waktu yang sama pula ketua polis negara mencadangkan pula untuk menaikkan kos saman terafik sekarang kemaksima yang dianggapkan dapat mengurangkan kemalangan tapi adakah IGP kaji adakah disebabkna kelemahan maknusia atau ada faktor lain yang membuatkan banyak kemalangan terjadi dan adakah IGP kaji sumber meterial jalan raya yang diturapkan itu selamat atau sebaliknya.

Mohd.Tahir Abu Bakar said...
Assalamualaikum,IGP terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa saman akan dinaikan lagi. Se benarnya kerajaan sudah tidak mampu lagi membayar gaji kakitangan awam,jika tidak kerana GST,sudah lama kerajaan muflis,jadi utk menampung kekangan kewangan semua jabatan yg aneh menjana pendapatan seperti polis ,kastam,jpj,jhdn dll dikerah melipat gandakan usaha,sebagai contoh AES yg patutnya dimansuhkan telah ditambah bilangan .Skrg ini duit drpd rakyatlah yg menanggung segala perbelanjaan kerajaan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 2:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Habis Belajar "Expected"; Gaji RM3,500? Ramai Siswazah Sekarang Kuat Perasan

siakapkeli.my

Berjaya ke menara gading iaitu universiti adalah impian ramai orang dan sejak kecil lagi kita seolah-olah diasuh apabila berjaya ke Universiti kita akan memperoleh gaji yang besar dan dapat membalas jasa ibu bapa.

Tapi realitinya apabila habis belajar diperingkat ijazah ramai yang tidak dapat memperoleh gaji sedemikian dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan hutang pengajian dan hutang-hutang lain.

Satu posting yang dikongsikan oleh Puan Lily Sabrina Md Saberi yang juga merupakan seorang Business Consultant yang sering menjadi penemuduga di banyak syarikat di mana beliau telah berkongsikan satu artikel tentang masalah sesetangah mahasiswa kini yang terlalu 'perasan'.

Berikut apa yang ditulis oleh beliau.

Saya sering ke kedai printing / fotostat di Seksyen 7 Shah Alam.

Saya selalu nampak graduan print resume dan adakalanya mereka letak atas kaunter bayaran.
Saya nampak isi resume.

Saya tidak boleh bernafas bila tengok "expected salary" RM3,500 malah saya pernah nampak RM4,500

Saya tengok kelulusan ... oh biasa-biasa sahaja...bukan belajar Law ke, Medic ke Aerospace Engineering ke dari Uni luar negara ... diploma biasa-biasa sahaja rupanya

Saya tengok gaya pemakaian mereka yang sibuk print resume gaji RM4,500 dan fotostat transkrip yang banyak repeat paper pula :

1. Perempuan pakai tudung singkat nampak dada
2. Perempuan pakai legging ketat
3. Perempuan pakai baju jarang macam net bola sepak
4. Perempuan pakai selipar jepun masuk jamban
5. Perempuan ketawa berdekah-dekah satu Shah Alam boleh dengar

1. Lelaki hisap rokok depan kedai
2. Lelaki pakai seluar pendek atas lutut
3. Lelaki pakai baju gambar "hantu"
4. Lelaki "mengevape" depan kedai pegang resume gaji RM4,500
5. Lelaki selebet macam hantu baru bangun tidur

Saya rasa hendak pitam.

Saya rasa kecewa.

Saya bayangkan macamana pensyarah menahan rasa dan migrane melayan anak didik mereka.
Saya bersembang dengan beberapa orang yang sedang print resume. Sepanjang perbualan saya dengan mereka yang sedang cari kerja (graduan baru konvo), banyak perkara yang mengecewakan saya dan saya percaya orang dewasa yang berfikiran seperti saya akan tersangat kecewa dengan mereka seperti di atas.

Mungkin anak muda tidak faham fikiran kami.

Apa hendak jadi dengan graduan sekarang.

Maaf cakap "Mereka ini perasan lebih"

Saya? Saya dulu gaji RM1,600 kerja Isnin - Sabtu. Bukan gaji yang saya kejar tapi pengalaman dan ilmu. Budak sekarang sibuk gaji. Yelah, berangan nak pakai Ipong 6.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 2:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kereta BMW Tiba-Tiba Terbakar
siakapkeli.my

TANAH MERAH - Sebuah kereta mewah jenis BMW 5 Series musnah apabila tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Felda Kemahang 3 di Gugusan Felda Kemahang dekat sini tengahhari tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hanffi Mohd, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.51 tengahhari dan lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Setelah sampai di tempat kejadian pada 1.22 petang, kereta berkenaan sudah 100 peratus musnah.

"Anggota berjaya mengawal api dalam masa empat minit," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan kejadian dikatakan berlaku ketika pemandu kereta berkenaan dan isterinya dalam perjalanan ke tempat kenduri kahwin di rumah sepupu mereka di Kemahang 3 dari Pasir Puteh. - Siakapkeli.my

KPN Kecewa Dengan Sikap Pemandu, Cadang Naikkan Harga Saman Maksimum
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ternyata kecewa dengan sikap sesetengah penggunalebuh raya pabila statistik Ops Selamat 8 tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata saman maksima RM300 nampaknya begitu mudah dibayar menyebabkan mereka yang membuat salah tidak takut.

"PDRM akan terus menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan seperti mana saya sebut sebelum ini, kita tidak akan memberi apa-apa pengurangan dari segi kompaun terhadap sebarang pelanggaran peraturan jalan raya.

"Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana penguatkuasaan sahaja saya rasa yang mungkin boleh mengubah sikap orang dan kemungkinan kita akan cadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam 'kacang' je dia bayar," katanya dipetik laporan Astro Awani.

Menurut Khalid, pertambahan jumlah kompaun ini dilihat bakal memberikan kesan sekaligus mampu mengubah sikap pengguna jalan raya mematuhi peraturan.

"Sepanjang Ops Selamat 8 sempena Tahun Baru Cina kali ini, kesalahan sama berulang kali dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan laluan kecemasan selain melanggar lampu isyarat."

"Saya rasa Ops Selamat ini tidak menampakkan apa juga penambahbaikan dari segi bilangan kemalangan terutama kemalangan maut.

"Jadi kita sedar bahawa pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan, tetapi apa yang kami runsingkan adalah sikap," tegasnya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 2:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



JANGAN BAWA MOTOR TERLALU RAPAT DENGAN LORI KERANA PEMANDU LORI MUNGKIN TIDAK NAMPAK ANDA, KETAHUI BLIND SPOT LORI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

TAHUKAH ANDA..Gambar kawasan garisan kuning yang ditunjukkan adalah kawasan BLIND SPOT bagi lori, maka pemandu lori tidak nampak jika anda berada diruangan berkenaan. Maka untuk memastikan pemandu lori "ALERT" dengan kehadiran anda, pastikan anda berada dikawasan selain daripada garisan kuning dan bagi hon untuk memaklumkan keberadaan anda berhampiran lori.( Bagi hon ketika dalam keadaan selamat dan sesuai). Selamat Memandu dengan selamat ke destinasi yang dituju...-sumber

N'N: Seram bila aku tengok bila motor dibawa terlalu rapat dengan lori...Kita mohon perlindungan Allah SWT semoga diberi perlindunganNYA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 7:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ustaz Kongsi Kisah Dua Kali Diganggu Makhluk Halus
siakapkeli.my

Shahrun Nizan melakonkan semula bagaimana makhluk itu mengganggunya. Foto : Sinar Online.

Seringkali kita mendengar kisah-kisah gangguan makhluk halus. Tak dinafikan ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya apabila mendengar kisah-kisah ini.

Namun bagi mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman diganggu oleh makhluk ini, sudah tentu pengalaman menakutkan itu tidak boleh dilupakan.

Menerusi laporan yang dikongsi oleh Sinar Online yang menceritakan bagaimana dua individu berkongsi kisah bagaimana mereka diganggu oleh makhluk halus.

Hantu tumpang kereta

Seorang Ustaz, Shahrun Nizan Othman berkata dia pernah diganggu sebanyak dua kali ketika melalui laluan alternatif menghubungkan pekan Kuala Ketil dengan Sik.

Menurut beliau, pada kejadian pertama, gangguan itu dirasai ketika melalui jalan tersebut selepas taman latihan marhaban di sebuah masjid di Sik.

Tambah beliau, ketika itu dia pulang bersendirian dengan kereta selepas jam 12 tengah malam dan diganggu ketika melalui satu selekoh berhampiran kawasa berbukit.

"Waktu itu jalan berkenaan masih baru dibuka, sedang dalam perjalanan, saya terasa seperti ada yang menumpang di tempat duduk belakang, dari pandangan cermin hadapan kereta saya ternampak kelibat sidia olah-olah berbentuk manusia, namun samar-samar.

"Untuk pastikan apa yang saya nampak ketika itu, saya cuba menoleh ke belakang ,namun baru hendak toleh tiba-tiba leher saya keras,"katanya.

Lebih dari itu, kelibat yang dirasainya itu turut bertindak menghulurkan tangan di sebelah pipi kirnya sambil membuka dan menggenggam tangan beberapa kali.

"Saiz tangan itu seperti orang dewasa dan warnanya hitam, saya yang berada dalam situasi itu segera membacakan ayat al-Quran dari surah Al-Baqarah.

"Dengan bacaan secara taranum dan suara yang kuat, gangguan itu kemudiannya tidak lagi dirasainya sepanjang perjalanan ke rumah,"katanya.

Untuk kejadian kedua pula, Shahrun Nizan berkata ia berlaku sebelum selepas kejadian itu.

Menurut beliau, kejadian kedua itu berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika dia pulang menaiki motosikal selepas mengajar anak-anak jemaah membaca al-Quran di masjid.

"Tiba di satu lokasi berlainan dari kawasan pertama saya diganggu, motosikal saya menjadi berat dan semakin sukar ditunggang.

"Lebih menghairankan saya waktu itu, terdapat cebisan kain berwarna putih pudar berkibar-kibar di bahagian motosikal saya seolah-olah saya memakai pakaian labuh yang terkena tiupan angin,"katanya sambil menambah dia kemudian terasa pelukan seseorang dari arah belakang menyebabkan di sukar bernafas.

"Saya cuba sekuat hati membaca ayat-ayat suci al-Quran dan kemudiannya menjerkah makhluk itu.

"Selepas membaca, saya jerit dengan sekuat hati " Jangan kacau aku!" dan secara pantas gangguan itu hilang dan tidak lagi dirasai,"ceritanya.

Bagaimanapun Shahrun berkata, biarpun apa yang berlaku, rutin hariannya tidak terjejas kerana kuasa Allah adalah lebih besar dari segala-galanya.

Diganggu di Masjid

Seorang penduduk dari kawasan Felda Teloi Timur, Azzahari Zakarian berkata pengalamannya diganggu di masjid akan sentiasa segar dalam ingatan.

Menurut Azzahari, kejadian itu turut berlaku dua tahun lalu ketika dia mengambil keputusan bermalam di masjid.

"Sudah sebati masjid kampung ini dengan saya, selalunya saya akan tidur dan bermalam di masjid, namun pengalaman dua tahun lepas amat memeranjatkan,"katanya.

Menceritakan kisahnya, Azzahari berkata kira-kira jam 3 pagi dia terasa mahu membuang air kecil.

Dia secara tergesa-gesa keluar dari masjid dan terpandang kelibat seseorang di kawasan parking motosikal di perkarangan masjid.

Katanya ketika itu dia langsung tidak terlintas bahawa itu adalah makhluk halus dan hanya beranggapan ia hanyalah penduduk yang melepak di situ.

"Mulanya saya ingat ada orang lepak hisap rokok di kawasan tu,saya pun tidak endahkan dan masuk ke dalam tandas seperti biasa.

"Namun selepas keluar dari tandas, kelibat itu masih lagi berada di tempat parkir dan saya mengambil keputusan untuk pergi ke arahnya bagi mengetahui siapa yang ada di kawasan berkenaan,"katanya.

Tambah beliau, apabila dia menyuluh lembaga itu menggunakan lampu suluh, tanggapannya meleset.

"Bila hampir dan lampu terus dihalakan ke arah bawah kawasan parkir tu, saya terperanjat kerana rupanya adalah makhluk lain yang sedang bertenggek.

"Makhluk tersebut kemudiannya berdiri, wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan rambut panjang sebelum terbang ke arah bumbung masjid dan hilang dari pandangan mata,"katanya. - Siakapkeli.my

Kelibat Mistik Hantui Pemandu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Jalan Sungai Ular dekat Taman Seri Mahkota yang menyeramkan jika dilalui lewat malam.

KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut.

Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik.

Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana.

"Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.

"Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,"katanya.

Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu.

"Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil langkah memperlahankan kenderaan.

"Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan.

Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.

"Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,"katanya.

Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba.

"Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas saja sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan menjadi semakin perlahan.

"Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah- olah berlari menuju ke arah jalan dan sekelip mata hilang.

"Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang dipandu juga hampir terbabas mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,"katanya.

Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul disebabkan dahulunya ada seorang wanita mengandung dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik.

"Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,"katanya.

Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa tahun lalu di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech.

Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam menyebabkannya malam.

"Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob.

"Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi sekali.

"Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,"katanya.

Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa amat berat sekali. "Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas minyak.

"Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,"katanya.

"Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya.

"Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya sudah memasuki arah bertentangan,"katanya.

Mengingati pengalaman "diekori" entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan.

"Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh menafikan kewujudannya,"katanya.

Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi.

"Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran saya pun tak tahu,"katanya.

-Sinar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/kelibat-mistik-hantui-pemandu.html#ixzz407pvVKvm
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Remaja Dipercayai Dirasuk Makhluk Halus Panjat Bumbung
siakapkeli.my

Petra Jaya, 14 Feb: Pihak bomba berjaya membawa turun seorang remaja lelaki yang dipercayai dirasuk makhluk halus yang duduk diatas bumbung sebuah surau di Bandar Baru Samariang di sini dalam kejadian yang berlaku semalam.

Remaja 15 tahun itu dipercayai dirasuk makhluk halus dan naik ke atas bumbung dengna memanjat pokok atau kanopi yang dipasang berhampiran.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Muhd Mirza Dzalmira Miraj, sebaik sahaja tiba di lokasi pihak bomba cuba naik dengan meletakkan tangga di sisi bangunan.

Bagaimanapun, remaja tersebut bertindak menyepak tangga itu dan menjeling dengan muka bengis pada anggota bomba yang menyuluh lampu ke arahnya.

"Ketika azan berkumandang, remaja terbabit beberapa kali memukul pembesar suara.

"Kami terpaksa tenangkan dia dan tunggu sehingga betul-betul dia tenang sebelum tiga anggota berjaya memegang badan mangsa.

"Kami pegang dia erat-erat sehingga dia lemah, pujuk sambil membacakan ayat Al-Quran dan bawa dia turun," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, remaja tersebut telah diserahkan kepada bapanya untuk dibawa berubat secara tradisional.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat terbabit di dalam operasi tersebut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 7:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tinggalkan Kekasih Selepas Keluarga Lelaki Hidang Makanan Tidak Setaraf

siakapkeli.my

JIANGXI-CHINA: Gara-gara hanya menghidangkan makanan yang tidak setaraf (sederhana) pada perayaan Tahun Baru China oleh keluarga kekasihnya, seorang wanita mencetuskan kontroversi apabila dikatakan memutuskan hubungan dengan kekasihnya itu.

Memetik laporan Shanghaiist.com, wanita berkenaan yang merupakan seorang anak jutawan telah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya sejak setahun lalu.

Hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga kedua dua belah pihak namun mereka meneruskan hubungan tersebut kerana beranggapan ianya akan menjadi lebih baik selepas berkahwin.

Bagi keluarga sebelah wanita, mereka menentang kerana bimbang jika teman lelaki anak mereka itu tiadak mampu untuk menyediakan tempat tinggal kepada anak mereka itu selepas berkahwin kerana lelaki berkenaan daripada keluarga yang miskin.

Kejadian berkenaan terjadi apabila teman lelaki wanita tersebut membuat keputusan untuk membawa teman wanitanya itu berjumpa keluarganya buat pertama kali di kampung.

Keadaan yang pada mulanya dilihat berjalan lancar tiba-tiba berubah apabila mereka duduk bersama di meja makan untuk menikmati hidangan Tahun Baharu Cina.

Wanita tersebut menyatakan dia sangat terkejut melihat hidangan makanan yang dianggap tidak setaraf dengan kedudukannya menyebabkan dia terus meninggalkan teman lelakinya dan pulang ke Shanghai.

Insiden tersebut kemudiannya dikongsikan oleh wanita terbabit menerusi aplikasi sosial terkenal di China, Weibo.

Ia mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam tindakan wanita itu yang dikatakan terlalu memilih dan angkuh dengan apa yang dimiliki. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 7:50 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hanya 5 Perkara Yang Perlu Isteri Buat kepada Suami VS 65 Perkara Yang Perlu Suami Buat Kepada Isteri Untuk mengembirakan hati Pasangan..??

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Seni hubungan suami isteri bukan datang dengan sendiri tetapi perlu dipelajari. Kalau dulu sebelum berkahwin ibu bapa akan mengajar anak perempuannya bagaimana cara menambat nafsu suami dengan betul tetapi zaman sudah berubah.

Pasangan muda sekarang tidak mahu mengorek rahsia rumahtangga bahagia dan belajar teknik mendidik anak cemerlang daripada orang tua seperti zaman dahulu.

Pasangan suami isteri sekarang terlalu fokus kepada ekonomi tidak kira siang atau malam. Yang lelaki sibuk bekerja tidak kira waktu dan kepada yang berniaga sibuk dengan pelaburan saham, pelaburan emas, mencari kontrak kerajaan dan sekarang pulak sibuk mencari duit sampingan secara online apabila kawan-kawan kata boleh buat berpuluh ribu ringgit secara online.

Yang isteri sibuk berbisnes menggunakan facebook jual tudung, alat solek, jubah dan sebagainya sehingga dapat income ratusan ribu ringgit. Memang betul kalau tak ada duit susah hidup tetapi hidup suami isteri bukan segalanya duit.

Rahsia hubungan suami isteri

Suami pasti ada cara untuk memuas dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya. Mungkin cara berikut dapat membuatkan suami atau isteri anda bahagia.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA:

1. Jaga makan minumnya
2. Tidur dengannya
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefonnya
5. Jangan mengganggu pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA:

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi:

1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. Memberikan banyak perhatian kepadanya
51. Memberikan banyak masa kepadanya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi.

DAN YANG INI SANGAT PENTING:

54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim
57. Tolong buang sampah
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan
60. Bawa melancong
61. Jangan LEBIH tidur
62. Makan habis masakan dia
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



DI SELANGOR JUGA ADA BAUKSIT ?
bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

TAHUKAH anda di Selangor pun ada Bauksit? Aku pun baru tahu apabila diberitahu di dalam Forum Bauksit yang diadakan di Pusat Khidmat Adun Semambu, Kuantan baru-baru ini. Forum malam itu dihadiri oleh MP Kuantan, YB Fuziah Salleh dan MP Shah Alam, YB Khalid Samad dan wakil dari Pemuda Amanah serta Ketua AMK Pahang.

Walaupun di Selangor terdapat Bauksit, namun tiada satu pun lesen dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mana-mana syarikat melombong Bauksit di negeri tersebut. Adakah Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB DS Azmin Ali tidak mahu duit dan keuntungan banyak hasil dari perlombongan Bauksit? Jawapannya, duit dan harta seluruh dunia ini tidak boleh membayar nilai nyawa dan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Untungnya rakyat Selangor yang tidak lagi teringin kepada Umno/Bn menjadi Kerajaan Negeri.

Ini tidak berlaku di Pahang. Pahang diperintah oleh Bn ditunjangi oleh Umno. Isu Bauksit di Kuantan bukan lagi isu tempatan, negeri mahupun negara. Pencemaran akibat perlombongan Bauksit ini telah tersebar ke seluruh dunia. Entah berapa ramai wartawan-wartawan dari media-media asing telah turun ke Kuantan bagi melihat sendiri kerakusan perlombongan Bauksit di sini. Walaupun setelah ditekan dan didesak oleh Pembangkang, maka aktiviti perlombongan Bauksit telah digantung selama 3 bulan, namun apakah kita bersedia untuk melihat aktiviti perlombongan ini akan diteruskan selepas itu?

Aku difahamkan setelah tamat tempoh tiga bulan ini iaitu bulan Mac, aktiviti perlombongan hanya terhad kepada membawa sisa-sisa Bauksit yang masih berbaki sekarang untuk dibawa ke Pelabuhan. Sisa-sisa ini mesti dibawa keluar agar tidak terbiar dan lebih mendatangkan keburukan di kawasan perlombongan. Selepas itu, kita harap aktiviti ini dihentikan terus. Jika ini benar-benar dipraktikkan, mungkin kita boleh bersetuju untuk menghadkan aktiviti perlombongan tersebut tetapi ianya mesti mematuhi syarat-syarat yang ketat seperti yang dipersetujui oleh kerajaan Pusat sendiri.

Ianya satu penyakit yang telah merebak, maka hanya perlu kepada rawatan saja. Rawatan dan pantang larang. Mencegah penyakit lebih baik dari merawatnya. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor belajar dari apa yang terjadi di Pahang. Kerajaan Negeri Selangor berjaya mencegah penyakit Bauksit ini.

Penjara 1 Tahun Dan Denda 50 Ribu Menanti Mereka Hina Gambar Pemimpin
siakapkeli.my

Mana-mana individu yang mengaibkan gambar pemimpin negara atau pun menjadi penyebar gambar berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Mereka akan didakwa dibawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana akta ini turut menetapkan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

"Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid, lapor BERNAMA.

Di dalam Seksyen 233 adalah dilarang seseorang menggunakan kemudahan rangkaian atau perhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk membuat, mewujudkan, meminta-minta, dan menghantar komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, mengianayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Selain itu Rashid berkata polis akan menyiasat dan bertindak keatas pengguna laman sosial yang mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara termasuk kediaman Perdana Menteri. - Siakapkeli.my

Mengapa Jakim mahu bajet RM1 bilion?. Sultan Johor Mahu Jakim Jelaskan
kitabantai.info/
Posted by Kita Bantai


KUALA LUMPUR, 27 Disember: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jelaskan mengapa mereka memerlukan bajet sebanyak RM1 bilion.

"Saya ingin tahu – jika ia adalah benar – mengapa mereka memerlukan bajet sebanyak RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

Semasa sidang Majlis Raja-Raja seterusnya, saya mahu mereka tunjukkan kepada saya pecahan perbelanjaan mereka.

"Saya ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah-sekolah agama di sini (di Johor)," kata Sultan Johor dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Star.

Sultan Ibrahim berkata Jakim melapor kepada Majlis Raja-Raja dan mereka hanya badan penasihat Kerajaan Persekutuan.

Sultan Johor ditanya mengenai peranan Raja-Raja sebagai penjaga Islam, memandangkan ada perdebatan baru-baru ini bahawa beberapa agensi agama persekutuan kelihatan cuba mempengaruhi pihak berkuasa dalam ruang agama."Kami adalah Ketua Agama Islam di negeri-negeri kita sendiri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh memberi nasihat atau mencadangkan garis panduan tetapi ia terpulang kepada kita (Sultan) sama ada kita mahu menerimanya.

"Saya telah dilantik sebagai panel di Majlis Agama Islam Johor. Mereka datang dengan fatwa untuk saya meluluskannya. Fatwa ini tidak boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan saya. Kadang-kadang saya tidak mempersoalkan fatwa dan saya mahu mereka untuk menerangkannya, tetapi Jakim tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri ini," katanya sebagaimana memetik laporan TheRakyatPost.

Peniaga Di Melaka Yang Gunakan Bekas Polisterin Dan Beg Plastik Akan Didenda Mulai Esok
siakapkeli.my

MELAKA: Peniaga di semua premis perniagaan yang masih menggunakan bungkusan Polisterin untuk membungkus makanan dan beg plastik bukan biodegradasi (tidak mudah terurai) di Melaka akan dikenakan denda RM250 mulai esok.

Perkara ini disahkan oleh EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin dimana menurut beliau amaran sudah dikeluarkan kepada semua premis di negeri berkenaan dan bermula dengan tempoh satu hari diikuti dua dan tiga hari sebelum ia dilaksanakan setiap hari berkuatkuasa 1 Januari.

"Kita sudah memberi masa mencukupi kepada semua pihak berkaitan, untuk membiasakan terhadap larangan berkenaan. Jika gagal melakukan demikian (berkuatkuasa), akan didenda RM250," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Menurut beliau lagi, penguatkuasaan ini termasuk kepada peniaga yang menyediakan bekas makanan polisterin berikutan larangannya sudah pun bermula Mei lalu sebelum ia dikuatkuasakan pada September.

"Sebelum dikuatkuasakan, kami sudah bertemu dengan peniaga, pengeluar, pembekal, pengilang, pengurus pasar raya termasuk masyarakat setempat dan ia bukan lagi satu alasan untuk tidak mengetahui perkara ini," katanya.

"Saya menyarankan pengguna supaya membawa beg membeli-belah sendiri bagi memudahkan membawa barang masing-masing. "

"Pelaksanaan ini juga demi kebaikan semua pihak, termasuk pengguna dan kami memerlukan semua pihak perbadanan untuk merealisasikannya," katanya. - Siakapkeli.my

Anak Najib Dapat Datuk dari Sultan Pahang
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 7 Februari: Anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib antara 256 individu yang disenaraikan sebagai penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, semalam.

Sebagaimana lapor Bernama, Mohd Nizar Mohd Najib, Pengarah Eksekutif Deloitte, dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Istiadat penganugerahan itu disepurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



AWAS!! Berhati-hati jika anda membunuh lipas. Ini akibatnya
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot.
Posted by indah.com

Apabila melihat lipas ramai yang suka membunuhnya dengan memijaknya atau memukul guna tangan. Tolong pesan perkara ini kepada orang tersayang anda terutama anak anak yang masih dibawah umur yang suka membunuh lipas dengan cara memijaknya.
Karena di dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yangg tetap hidup sekalipun induknya mati ,cacing ini tidak nampak dengan mata kasar kecuali dengan jarak dekat,Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat/indukan baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.Untuk melihat cacing ini, anda dapat menaruh isi perut lipas diatas kertas hitam atau diatas cermin... disitu akan terlihat pergerakannya.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki kanak-kanak yang masih mempunyai kulit lebut) bahkan ada yang sampai kemata,kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau
bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Antara akibat yang bakal anda hadapi bila membunuh lipas.

kaki kanak-kanak menjadi induk baru cacing lipas yang masuk melalui pori pori kulit membiak di mata kanak kanak dan orang dewasa

Lebih baik membunuh lipas dengan menggunakan ubat sembur anti serangga, yg dapat membunuh lipas tanpa harus memukul hingga mengeluarkan isi perutnya.

Sumber..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Sun Feb 14, 2016 7:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SETIAP RAKYAT MALAYSIA LAYAK UNTUK DAPAT RUMAH PASTI MILIK
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kerja siang dan malam semata-mata nak beli rumah tapi selalu terlupa pasal rumah pasti milik..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: