Monday, August 15, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4566

14 Messages

Digest #4566
1
Fw: Sistem GPS Yang Merosakkan Pendidikan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
6
Fw: Lagi Kes Kereta Vellfire Artis Hilang by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
Fw: Gajah Bergading Unik Ditemui di Sabah by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11
Fw: Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Aug 14, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sistem GPS Yang Merosakkan Pendidikan Negara - Luahan Bekas Guru.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Di sekolah dulu, perkara yang paling aku tak boleh lupa ialah mesyuarat guru. Sebab mesyuarat guru ni boleh kata tiap minggu ada. Kalau mood Guru Besar tengah into mesyuarat, boleh jadi 3 kali ke 4 kali seminggu.

Dan biasanya berjam-jam, kadang kalau mula jam 1, jam 4 petang baru selesai. Pernah juga mesyuarat ni membawa hingga jam 4.40 petang. Bayangkan, datang sekolah jam 7 pagi.

Apa yang biasanya dibincangkan dalam mesyuarat guru yang tiap minggu dijalankan ni? GPS. GPS ni Gred Purata Sekolah. Ia dikira berdasarkan prestasi murid dalam peperiksaan.

Seingat aku selama 6 tahun mengajar, tak pernah sekali pun mesyuarat diadakan untuk membincangkan bagaimana sekolah mahu menguruskan murid yang belum boleh membaca. Sedangkan murid yang tidak boleh membaca peratusannya besar juga, kadangkala ada murid sehingga Tahun 4 masih tak boleh membaca lancar. Bayangkan, dalam ratusan ribu mesyuarat yang diadakan itu, tak pernah sekali pun dibincangkan mengenai anak bermasalah, ataupun mengenai murid miskin.

Sedangkan itulah beban sekolah yang sebenarnya. Walhal yang diperbincang saban hari ialah GPS, melalui angka-angka yang tidak dapat menerangkan sosiologi dan kesan ekonomi terhadap keberadaan murid dan prestasi mereka. Jadi bila ada orang kata jangan salahkan sistem pendidikan di negara kita ni, aku rasa nak tepuk je dahi dia kuat-kuat bagi bergegar otak dia.

Sebab mungkin lepas otak dia bergegar dia akan faham apakah real-politik di sekolah, masalah beban guru serta isu kepimpinan yang semakin barai di sekolah nasional.

Sistem GPS selama bertahun-tahun telah berjaya mengalih perhatian sekolah dari mendidik anak murid kepada sebuah syarikat ala-1MDB yang akhirnya bukan saja melingkup, tapi mengheret anak kita kedalam sebuah masalah yang lebih besar.

ZF Zamir
Telah menghadiri ratusan ribu mesyuarat guru sejak 2010.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dijemput Tuhan Ketika Sedang Solat Jenazah
siakapkeli.my

Tasek Gelugor, 14 Ogos: Bekas imam di Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda 23 tahun apabila dia rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia dalam kejadian jam 10 pagi tadi.

Ahmad Bidin, 78, sebelum itu menguruskan jenazah seorang pemuda tersebut yang meninggal dunia selepas koma selama tiga bulan akibat kemalangan jalan raya.

Ketika takbir pertama solat jenazah, warga emas itu hampir rebah tetapi sempat di pegang jemaah lain yang menasihatinya agar berehat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Permatang Binjai, Ahmad Fuad Saad, ketika hendak mengangkat takbir pertama, arwah hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakang.

"Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, namun arwah tetap meneruskan solat jenazah," katanya di sini.

Namun, ketika hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri.

"Saya yang berada di sebelahnya tidak sempat memberi salam dan cuba membantunya yang ketika itu kelihatan sukar bernafas sebelum dibantu jemaah lain.

"Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian," katanya.

Sumber : Harian Metro

Pelakon, Shafiee Jaafar atau Pak Piee Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang 9 malam tadi

Arwah meninggal dunia akibat sakit tua.

Berita pemergian arwah disahkan oleh rakan karibya, Omar M Hashim atau Omara sebentar tadi kepada portal Kosmo!

Menurut Omara, beliau dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee dari anak perempuan arwah menerusi panggilan telefon.

"Anak dia (Pak Piee) beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya

Arwah merupakan seorang pelakon yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan pernah membintangi beberapa filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Lady Boss dan banyak lagi.

Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat industri seni negara dan juga rakyat Malaysia. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian Metro, Kosmo! , Utusan Online

Tiada Nama Besar Hadir Pengkebumian Piee
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

BALIK PULAU: Shafiee Jaafar yang lebih dikenali sebagai Piee bukanlah nama besar dalam industri seni tanah air, tetapi anak kelahiran Pulau Pinang itu dikenali ramai melalui lakonannya dalam filem berkaitan pulau mutiara itu.

Bagi peminat filem, 'Anak Mami' dan 'Mami Jarum' tidak akan lengkap jika tiada kelibat Piee, walaupun bukan sebagai watak utama.

Piee, 85, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam Khamis di rumah anaknya di Flat Jalan Hassan Abbas akibat sakit tua dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang, pada 3.30 petang tadi dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan.

Tiada kelibat nama besar dalam industri filem negara mahupun rakan-rakan artis dari luar Pulau Pinang dilihat pada pengebumian Piee.

Keadaan itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kecewa dan penggiat seni veteran, Omar Md Hashim atau dikenali sebagai Omara, 61, menyifatkan pemergian Piee adalah satu kehilangan kerana beliau pelakon berdedikasi.
"Allahyarham banyak menyumbang dalam lakonan filem seperti Nana Tanjong, Anak Mami, Jutawan Fakir, Mami Jarum dan banyak lagi.

"Sekurang-kurangnya mereka hadir sebagai tanda hormat dan terima kasih atas jasa arwah," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Bagaimanapun, bagi keluarga Piee, mereka memahami sekiranya penggiat seni dari luar Pulau Pinang tidak dapat hadir pengebumian pelakon itu.

Subariah Shaffii berkata, beliau tidak mengharapkan apa-apa dan memahami mereka tidak dapat hadir menziarahi bapanya mungkin disebabkan kekangan masa.

"Sebagai anak, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini, terutamanya kariah masjid yang banyak membantu melancarkan pengebumian arwah ayah," katanya.

Shaffii yang dilahirkan pada 9 Januari 1931 di Kedah mempunyai sembilan anak dan bergiat aktif dalam industri perfileman tanah air sejak 1980-an.

Piee berhenti berlakon sejak 2011 disebabkan masalah kesihatan dan filem terakhirnya ialah 'Kongsi' sebagai pelakon tambahan.

Antara yang hadir pada pengebumian Piee petang tadi ialah penggiat seni boria tempatan, Hasyim Ariffin, 56; peserta Maharaja Lawak daripada kumpulan Mamu, Abu Musarrif Abu Bakar, 28, dan penyanyi zaman 60-an, Mohd Hashim Mohd Sharif yang dikenali sebagai Rocky Din, 67.

Imam, Rakan Maut Ditembak Selepas Selesai Solat
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Lokasi kejadian dikawal ketat polis.

NEW YORK: Seorang imam dan rakannya meninggal dunia selepas ditembak di kepala dalam serangan di bandar raya ini.

Bunyi tembakan kedengaran kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan berdekatan sebuah masjid di Ozone Park di kawasan kejiranan Queens.
Kedua-dua lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Jamaica berhampiran di mana imam, Maulama Akonjee, 55, disahkan meninggal dunia, kata jurucakap Pejabat Timbalan Komisioner Polis New York.
Rakan Akonjee, Tharam Uddin, 64, turut meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan itu.
Menurut polis, motif kejadian masih disiasat.
"Tiada sebarang petunjuk ditemui hasil siasatan awal dan mereka menjadi mangsa sasaran," kata jurucakap polis kepada wartawan.
Kedua-dua mangsa dipercayai diserang sekumpulan suspek yang ramai sebelum penyerang beredar selepas melepaskan tembakan, kata polis.
Kedua-dua mereka ditembak di belakang kepala selepas meninggalkan Masjid Jame Al-Furqan, kira-kira pukul 2 petang untuk menunaikan solat.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/08/imam-rakan-maut-ditembak-selepas.html#ixzz4HIt4m7fJ
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Petua & Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula
pingje.org

lokmanamirul

Bagaimana nk pastikan jika minyak masak adalah kitar semula

Petua 1
Letakkn minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam, kalau ada buih keputihan atau berbuih, jadi kita tau minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula dan kita patut beritahu kepada orang yang kita sayang.

Petua 2
Masukkan seulas bawang putih bila goreng sayur-sayuran, jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Doktor Dituduh Sebabkan Kematian Menantu Zahid Hamidi
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Seorang doktor yang bertuas di sebuah klinik gigi di Bangsar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian menantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat ke atas Syed Alman Zain Syed Ali.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Dr Ting, 36, didakwa menyebabkan kematian menantu timbalan perdana menteri berkenaan di Klinik Pergigian Imperiah di Jalan Telawi, Bangsar di Kuala Lumpur antara jam 6 petang dan 9.05 malam pada 1 Jun lalu.

Tertuduh diwakili peguam kanan K Kumaraendran manakala pertuduhan dilakukan timbalan pendakwa raya Mohd Abazafree Mohd Abbas.

Hakim Zainal L Saleh membenarkan Dr Ting diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Klini itu sedang berdepan satu tuduhan lain di mahkamah sesyen berasingan.

- mkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Dengan Hanya Bayaran RM80, Brader Ini Cuci Kusyen Kereta Aku Macam Baru Beli Kat Kedai" - Mufarwa Farid
siakapkeli.my

Dalam bidang perniagaan, jika perkhidmatan yang diberikan baik, sudah pasti ianya akan dihargai, dicari lagi dan diwar-warkan.

Yang pasti orang yang berusaha gigih dan ikhlas menjalankan kerja, maka balasan yang setimpal pasti diperolehinya, ini kerana rezeki bagi mereka yang berusaha itu terbuka luas, Allah memandang mulia orang yang berusaha atau berkerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mufarwa Farid di mana beliau telah mendapatkan perkhidmatan membersih kusyen keretanya yang sudah agak teruk dan kotor, dia telah menghubungi seorang lelaki ini untuk membersihkan keretanya itu, ternyata hasil yang dia dapat amat menakjubkan.

Jom kita baca perkongsian beliau.

Hari itu aku call sorang brader ni. Dia buat servis bersihkan kusyen kereta. Aku mintak dia datang ke rumah aku kat Seremban 2 untok bersihkan Myvi aku yang dah 9 tahun ni.

Pukul 7.30 pagi dia sampai rumah bersama isteri. Kemudian, dia keluarkan segala vakum, dipasangkan pada suis luar rumah, letak air dalam satu baldi, kemudian cuci.

Kau bayangkan, kusyen kereta aku yang warna kuning selama hari ni, dia buat jadi bersih gila. Ada satu kotoran chewing gum kat tempat duduk penumpang depan, hilang macam tak pernah ada apa-apa sebelum ni.

Aku masuk kereta pagi tadi macam masuk kereta beli dari kedai. Memang mantop lah. Diorang siap vakum lantai kereta sampai hilang dah pasir-pasir kat celahan kereta.

Servis mantop, orangnya pun mantop. Brader ni jenis brader baik-baik. Tengok janggut pun tahu, jenis orang pergi surau dia ni.

Dua jam dia buat kereta aku jadi cantik. Takda merungut, takda pun nak bising-bising komplen kereta aku ni kotor macam haram.

Kesemuanya kos kereta Myvi macam aku ni, RM80.00 sahaja. Bagi aku, kos ni sangat berpatutan memandangkan diorang buat kerja sampai 2 jam, dan kotoran degil memang betul-betul hilang.

Mereka berdua boleh pergi area Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan. Tempat lain, boleh setting dengan dia. Dia akan datang ke rumah kau atau setting jumpa mana-mana, asalkan ada plag elektrik dan paip air.

Boleh call brader ni, +6017-3922516 (Ferdaus, Tukang Cuci Kusyen Kereta NS) untok tempahan perkhidmatan.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lagi Kes Kereta Vellfire Artis Hilang
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Furyna meminta jasa baik orang ramai membantu mencari kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu. - Foto Astro Gempak

SELEPAS kereta pelakon Rozita Che Wan hilang beberapa hari lalu, pengasas AuraWhite, Furyna Azmer juga mengalami nasib sama petang semalam (Jumaat).

Furyna menerusi laman sosial Facebook dan Intagramnya, telah meminta jasa baik orang ramai membantu mencari kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu dengan cara memviralkan beberapa keping foto kenderaan miliknya itu.

Menerusi entri yang dimuat naik pengasas produk kecantikan tersebut, dia menyedari kehilangan kereta bernombor plat SS 234 itu kawasan pejabatnya yang terletak di Taman Mahkota Cheras, kira-kira jam 7.21 malam.

Terdahulu, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta kerugian RM300,000 selepas keretanya dilarikan dari tempat letak kereta di kediamannya sebuah kondominium di Subang Jaya.

Sementara itu pengikut di kedua-dua laman sosial Furyna menyatakan kebimbangan mereka kerana kedua-dua kes (Che Ta dan Furyna) kecurian melibatkan kereta jenis Vellfire berlaku dalam minggu yang sama.

Vellfire Milik Che Ta Dicuri
malaysiandigest.com
.
Kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire berwana hitam milik pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) telah dicuri pada pagi Selasa.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurusnya, Afeeq, meerusi akaun Facebook sebentar tadi.

.

Toyota Velfire Che Ta dicuri‎

NURFARHANA ABD MANAN
mediahiburan.my

Instagram Rozita Che Wan
KENDERAAN Toyota Vellfire milik pelakon Rozita Che Wan, 43, atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilaporkan hilang di ‎kawasan perumahannya di Subang Jaya pagi tadi.

Perkara itu disahkan Che Ta menerusi Instagram rasminya bahawa kereta berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ93 itu telah dicuri.

Beliau juga meminta semua pihak agar dapat menghebahkan perkara itu dan meminta mereka yang ternampak kereta berkenaan agar menghubungi talian 012-6160949.

Difahamkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya.

‎Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan kenderaan mewah Toyota Vellfire milik pelakon terkenal itu pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi Rozita yang popular dengan gelaran Che Ta menyedari kehilangan kereta berkenaan ketika ingin keluar dari rumahnya di sebuah kondominium di USJ 11, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pelakon itu meninggalkan keretanya di tempat letak kereta kondominium dihuni kira-kira jam 3 pagi.

‎Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakam kereta mangsa dilarikan dua lelaki kira-kira jam 4 pagi.

‎"Dalam rakaman CCTV suspek dilihat melanggar palang keselamatan di pintu masuk kondominium sebelum melarikan diri. Mangsa kehilangan beberapa barangan berharga termasuk beg tangan miliknya.

‎"Sehubungan itu orang ramai yang ada ternampak kereta milik mangsa diminta berhubung dengan mana-mana balai polis di kawasan berhampiran," katanya Rozita membuat laporan polis kira-kira jam 11 pagi, tadi.

Ning Baizura Hilang MPV Di Hartamas
astrogempak.com

Pelakon dan penyanyi popular, Ning Baizura menerima dugaan besar di bulan Ramadan ini apabila kehilangan kereta jenis MPV di Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Kereta MPV milik Ning Baizura adalah dari model Toyota Velfire yang berharga lebih RM300,000 dan mempunyai 7 tempat duduk serta buatan sepenuhnya dari negara Jepun.

Berita mengenai kehilangan keretanya itu juga telah disebarkan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sebagai platform kepada orang ramai sekiranya terjumpa, untuk menghubungi talian tertera.

Komen daripada Ning Baizura gagal diperolehi kerana penyanyi ini enggan mengulas lanjut atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin Ning mahu serahkan sahaja perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sehingga semuanya selesai.

Kereta Velfire Ning Baizura hilang
malaysiagazette.com

Kenderaan pelbagai guna (MPV) milik penyanyi popular, Ning Baizura telah hilang di Hartamas di sini pukul 10 malam semalam.

Toyota Velfire dari Jepun itu berharga lebih RM300,000 dan mempunyai tujuh tempat duduk.

Kehilangan kereta Ning itu kini diheboh di laman-laman sosial dalam usaha menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

Gambar kereta dan nombor telefon turut tertera bagi memudahkan orang ramai menghubungi sekiranya terjumpa kereta tersebut.

Difahamkan Ning enggan mengulas lanjut mengenai kehilangan kereta ini namun atas sebab-sebab tertentu dia menyerahkan kepada pihak polis menyiasat kes itu sehingga selesai. - MalaysiaGazette

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sepasang Suami Isteri Diarah Keluar Pesawat Kerana Menyebut Perkataan Allah
siakapkeli.my

Gara-gara hanya menyebut perkataan 'Allah' semasa menggunakan telefon bimbit di dalam pesawat. sepasang suami isteri telah diarahkan turun dan meninggalkan pesawat.

Memetik laporan The Washington Post, pasangan berkenaan, Nazia Ali dan suaminya Faisal dikatakan dalam perjalanan pulang ke Ohio setelah pulang dari di London dan Paris sempena ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka.

Ketika dalam pesawat, mereka tidak menyedari yang salah seorang anak syarikat penerbangan terkemuka US itu telah memaklumkan kepada juruterbang bahawa beliau kurang senang dengan pasangan tersebut, menurut laporan Cincinnati Enquirer.

Alasan yang digunakan kru berkenaan untuk menyuruh pasangan ini keluar adalah Nazia menggunakan telefon dan memakai tudung manakala suaminya sedang berpeluh-peluh.

Selain itu anak kapal itu juga mendakwa pasangan berkenaan telah menyebut perkataan "Allah".

Oleh itu, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehingga pasangan tersebut dikeluarkan daripada pesawat.

"Kami sudahpun duduk di dalam pesawat selama 45 minit,"

"Anak kapal kemudian bertanya 'Bolehkah anda keluar bersama saya? Kami mahu bertanya beberapa soalan'. Maka saya bertanya kepada beliau sama ada kami perlu membawa barangan kami dan beliau menjawab, 'Ya, sila bawa semua barangan anda. Anda tidak akan menaiki pesawat ini," kata Nazia kepada Cincinnati Enquirer.

Berikutan tindakan kru pesawat berkenaan, kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk masyarakat Muslim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai "religious profiling".

Wakil Majlis Perbuhungan Amerika-Islam Cincinnati, Sana Hassan menggesa pemerintah Amerika supaya mengambil tindakan dan ia juga mengumumkan rancangan untuk membuat aduan terhadap syarikat penerbangan itu kepada Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang wanita Muslim yang juga dalam perjalanan pulang setelah berbulan madu di Turki, diarah keluar daripada laluan mengecap passport di Lapangan Terbang Doncaster Sheffield di South Yorkshire, kerana membaca buku tentang Syria. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Dulu Aku Selalu Tak Puas Hati Dengan Isteri Sebab Kalau Bagi Sedekah Dia Bagi Banyak, Tapi Rupanya..."
siakapkeli.my

Jika makan di gerai makan, pasti kita akan melihat kelibat mereka-mereka yang meminta sedekh atau menjual tisu, kadang-kadang kita terfikir mereka ini betul-betul susah ataupun sendiket.

Ada antata kita yang bermurah hati memberi, ada yang mengangkat tangan tanda tidak mahu bagi dan ada yang tidak mengendahkan mereka ini.

Diceritakan oleh seorang lelaki kisah isterinya yang suka memberi sedekah kepada penggemis ini dengan jumlah yang banyak sehingga membuatkan beliau tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya itu.

Namun, akhirnya beliau tidak menyangka rupanya tindakan isterinya itu yang suka memberi membuatkan hidupnya berkat dan sentiasa cukup.

Jom kita baca cerita beliau.

Salam. aku nak cerita pasal isteri aku. isteri aku ni orangnya biasa-biasa sahaja. biasa bermaksud, urmm biasalah... haha.

suatu hari kami ke pasar. isteri aku memang selalu lah aku nampak sedekah cuma pada hari tu baru aku ternampak nilai yang dia sedekah tu. dia bagi rm 50. jadi dalam kereta aku tanyalah kenapa bagi banyak sangat, kot pakcik tu menipu ke. dia jawab menipu atau tak itu urusan pakcik tu dgn Allah, saya nak bantu je.

kalau betul susah ada anak bini lapar dekat rumah haa mcm mana. aku tanya lagi, tapi kenpa smpai 50. dia kata dia pernah terbaca kalau nak derma train diri bagi duit yg paling besar yg ada dalam purse.aku still tak puas hati tapi diamkan aje lah takut gaduh.

tapi sejak tu aku akan perhatikan bila dia derma. kadang 50, pernah 100, pernah juga 5 aje. lepas tu aku bukak dompet dia senyap2, memang tinggai singgit2 je pun.

isteri aku ni cikgu, sekolah asrama. budak selalu la nk pinjam duit. kadang datang ketuk pintu rumah sebab nk pinjam duit, dia bagi je. aku mcm biasa lah bising aku cakap kalau budak tak pulangkan macam mana.dia jwb biarlah, kita tolong anak orang nanti mintak2 anak kita pun orang tolong.

yang aku sedar pasal isteri aku ni, rezeki dia sangaaaat murah. gaji dia taklah besar mana, tapi sentiasa cukup. bagi mak ayah adik2 atok duit, belanja rumah selalu dia tolong bayar walau aku kata tak payah. pernah sekali tu kami belanja agak banyak bulan tu, tup2 dia dapat bonus banyak. alhamdulillah. tapi duit tu pun dia belanja untuk orang, diri sendiri tak. urusan dia juga Allah permudahkan.

dia pun sedar benda ni, kadang dia nangis. dia kata Allah sayang dia, tapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yg Allah beri. solat kadang lambat, mengaji sehari sekali je. tapi Allah tetap permudahkan. akuu fail sket bila perempuan nangis, cuma aku cakap la takpa mari kita sama2 cuba perbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu struggle dalam diri kita. manusia hanya akan tgk hasil, tapi Allah tengok usaha kita.

urmm macam mana nak simpulkan cerita ni haha. kesimpulan nya

1. jangan berkira dalam bersedekah, in sya Allah rezeki kau akan murah.

2. jangan pernah menghakimi orang. mungkin di mata manusia dia tak alim, tapi ada amal baik dia yg kita tak tahu

3. sayangi isteri anda. insan yang sntiasa ada waktu kau tergolek terkangkang. hargai pengorbanan mereka. kalau kau rasa isteri kau tak ckup bagus, kau tengok cermin dulu. kalau kau rasa kau memang dah bagus, ubah lah isteri kau jadi macam kau. ( haha tetiba, tapi dua tiga menjak ni banyak sangat cerita laki kawen dua tiga)

ok itu sahaja. chow – amin

- Siakapeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Filem Kabali gambarkan polis Malaysia jahat – CAP
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Malaysia nampaknya melakukan sesuatu yang tidak wajar apabila membenarkan filem Tamil Kabali melakukan penggambaran dan ditayangkan di sini walaupun menerima sambutan hebat daripada penggemar aktor Ranjinikanth.

Filem ini menonjolkan terlalu banyak aksi ganas dan kehidupan golongan samseng di sekitar watak utamanya, Kabaleeswaran ataupun Kabali, di sepanjang tayangan filem tersebut.

Ironinya, pada ketika Malaysia sedang berusaha keras untuk membanteras kegiatan samseng dan keganasan, kerajaan telah membenarkan filem itu melakukan penggambaran di sini pada penghujung 2015 sementara tayangan perdananya pada 21 Julai tahun ini.

Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata cuma beberapa saat dari beberapa adegan dalam filem Kabali yang ditapis iaitu cuma sekadar 5 minit daripada keseluruhan waktu tayangannya.

Tidak ada apa yang perlu dibanggakan kerana filem itu memaparkan adegan ganas dalam setiap 3-5 minit tayangan filem itu dan ini termasuklah:
a.. Kabali dengan sengaja merempuh keretanya ke arah penyeludup dadah dan membunuhnya dengan serta merta.
b.. Salah seorang teman Kabali, Jeeva, dipotong tangannya oleh ketua kumpulan samseng, Tony Lee, yang kemudian menghantar kotak berisi tangan Jeeva kepada Kabali.
c.. Kabali menembak tangan Tony dengan menggunakan pump gun.
d.. Kabali menusuk pisau ke kerongkong konco Tony.
Datuk Abdul Halim menambah, LPF cuma memendekkan tempoh tayangan adegan ganas tersebut.
Sendiri leka

Tujuan memendekkan adegan keganasan ialah bagi membolehkan lebih ramai penonton di Malaysia menyaksikan filem tersebut.

Dengan berbuat demikian, Kabali diberikan rating P13 yang bermaksud kanak-kanak di bawah usia 13 tahun boleh menontonnya di bawah pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.

Bagaimanakah ibu bapa hendak memantau anak mereka sedangkan orang dewasa sendiri leka dengan filem tersebut?

Dalam ertikata lain, kanak-kanak boleh menontonnya sendiri tanpa pengawasan sekalipun dengan rating yang ada.

Kesan keganasan dalam media kepada penonton sudah dilakukan kajian yang mendalam.

Pada Julai 2016, Akademi Pediatrik Amerika menyebut bahawa "cara kanak-kanak dan remaja terdedah kepada unsur-unsur ganas dalam 'diet media' mereka apabila mereka melayari aplikasi media sosial, bermain permainan video dan menonton filem boleh menjadikan mereka bertambah agresif dan menakutkan."

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tergamam apabila mendapati filem itu mempromosi Kabali sebagai samseng yang dermawan serta tidak ada kaitannya dengan dadah dan pelacuran.

Samseng dermawan

Namun apa yang membimbangkan ialah Kabali asyik membunuh di dalam filem itu dan mesej yang ingin disampaikan seolah-olah kegiatan jenayah tidak ada salahnya asalkan seseorang itu bersifat dermawan.

CAP berasa bimbang pengajaran dari filem tersebut ke atas remaja kita adalah:
a.. Tidak ada salahnya menjadi samseng asalkan anda menjalankan projek-projek yang bersifat dermawan atau disamari sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (Kabali menyokong Free Life Foundation).
b.. Di sebalik tidak diterima oleh masyarakat, anda masih dihormati dan menjalani gaya hidup mewah. Bayangkan apabila Kabali dibebaskan dari penjara, kira-kira 3.5 minit tayangannya dihabiskan untuk menunjukkan ahli-ahli kumpulan meraikan kepulangannya dengan meriah.
c.. Polis Malaysia adalah penjahat, sepertimana yang disarankan oleh filem berkenaan.
d.. Keganasan dan kegiatan samseng disokong oleh pemimpin politik kita dan penyokong mereka yang menghadiri tayangan perdana filem berkenaan pada 21 Julai lalu.
Mungkin disebabkan sebahagian besar penggambaran filem Kabali dilakukan di Malaysia, maka ia menjadi filem Tamil pertama yang dialih suara ke Bahasa Malaysia dan ditayangkan di beberapa buah pawagam.

Ini akan menyebar-luaskan tanggapan yang salah mengenai nilai-nilai penduduk Malaysia kepada lebih ramai penonton.

Bagaimanapun CAP berpendapat Malaysia dipromosikan secara negatif dengan mendedahkan lebih ramai remaja kita kepada kehidupan yang dipenuhi jenayah, balas dendam dan keganasan yang glamor.

Tambahan pula, CAP berasa bimbang mengenai adegan dalam filem itu yang menyampaikan mesej bahawa polis Malaysia mendapatkan bantuan penjenayah sebagai pembunuh upahan.

Fikirlah sendiri apa tanggapan anda selepas melihat adegan ini.

Seks dan keganasan

Di penghujung filem Kabali, seorang pegawai polis kelihatan menyerahkan sepucuk senjata kepada Tiger di dalam bilik soal siasat sementara seorang pegawai kanan polis melihatnya melalui cermin sehala.

Tiger kemudian kelihatan mamakai baju "hoodie" sambil berjalan ke arah Kabali dalam satu majlis anjuran Free Life Foundation. Skrin kemudian menjadi gelap dan kedengaran bunyi tembakan.

Sungguhpun pihak LPF telah meminta dibuat ubahsuai kepada filem berkenaan dengan memasukkan "pengajaran bahawa jenayah tidak ada faedahnya, adegan ganas yang banyak dalam filem Kabali seolah-olah menenggelamkan pengajaran yang sedikit itu.

Terdapat satu kenyataan pada penghujung tayangan filem itu yang menyebut: "Akhirnya Kabali menyerah diri kepada pihak polis" tetapi ia tidak meyakinkan langsung.

Kenyataan itu hanya dipaparkan untuk tontonan penonton di Malaysia tetapi bukan di seluruh dunia. Adakah ini menyarankan bahawa polis Malaysia menyokong hukuman extra-judicial?

Sehubungan itu CAP menuntut pengharaman sepenuhnya semua filem yang memaparkan seks dan keganasan kerana ia tidak memberi sebarang manfaat dan sebaliknya membawa masyarakat ke arah kemerosotan akhlak.

Sejak sekian lama CAP telah berkali-kali menggesa agar pihak berkuasa menyingkirkan media yang hanya mencetuskan masalah sosial.

*SM Mohamed Idris adalah Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gajah Bergading Unik Ditemui di Sabah
siakapkeli.my

KOTA KINABALU, 11 Ogos: Seekor gajah unik ditemui oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah di Tawau.

Gajah itu kelihatan mempunyai gading yang terbalik - seolah-olah seperti taring harimau pra-sejarah yang dikenali sebagai 'saber-toothed tiger'.

Saber Toothed Tiger

Penolong pengarah jabatan itu, Dr. Sen Nathan berkata pasukannya menemui gajah itu ketika mengalihkan sekumpulan gajah dari Felda Umas, Tawau ke satu tempat baru.

"Ini merupakan penemuan yang sangat jarang berlaku, tapi semua gajah ada keunikan tersendiri", kata beliau.

Gajah-gajah itu akan dilepaskan ke dalam satu kawasan hutan yang dikawal.

Gajah Borneo Pygmy disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli atau IUCN. - Siakapkeli.my

Sumber : NST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari - Petua Penjagaan Diri & Kediaman Dari Makhluk Halus
Famili Ceria
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot

Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari? - Assalamualaikum, rupanya sidai baju di ampaian pada waktu malam tidak elok sebab jin akan buat macam-macam kat baju kita tu. Patutlah mak selalu basuh balik baju yang kalau lupa angkat waktu malam. Jadi, sama-sama kita elakkan memakai baju yang tersidai lebih pada waktu Maghrib.

SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 MEH BACA NI
(Drp Ustaz Syahidan KUIS)

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

a.. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².
b.. Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.
c.. Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
d.. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.
e.. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
f.. Angkat baju di ampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.
g.. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
h.. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).
i.. Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus
j.. Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
k.. Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
l.. Elakkan duduk di pintu.
m.. Selalu² baca surah Al~Baqarah
n.. Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 7:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Elakkan Guna Wet Tissue Ketika Basuh Berak Bayi
siakapkeli.my

Ibu akan disuruh untuk menyusukan anak mereka seawal hari pertama kelahiran kerana susu pertama ibu mempunyai khasiat dan antibodi yang tinggi kepada bayi.

Bayi yang baru dilahirkan sudah pasti kita ketahui agak lemah antibodi da ketahanan, setiap bayi mempunyai tahap ketahanan badan tidak sama dengan bayi lain.

Ketika ini mereka mudah terdedah kepada jangkitan seperti kuning, ruam dan sebagainya, namun, apa yang dikongsikan kali ini pula adalah cara penjagaan bayi yang sering orang ramai lakukan, iaitu membasuh najis bayi mengunakan tisu basah.

Kenapa dengan menggunakan tisu basah? bahaya ker? jom kita baca pengalaman ibu ini yang dikongsikan oleh page Info Ibu Hamil.

Asslamualaikum admin hari ni sy nak share pengalaman sy..ni anak sy yg pertama..umur dah 2 bulan 9 hari..baby boy..anak sy ditahan wad dah 2 hari kerana kencing kotor berpunca dari wet tissue..

Saya: Doktor..macamman anak saya boleh kena kencing kotor?? Berpunca pada mase saya pregnant kan dye ke?? Sebab masa saya pregnant kan dye saya ada kne kencing kotor sekali tapi xde makan ubat..then next apointment da xde dah kencing kotor saya tu..

Doktor pakar: Bukan puan..sebenarnya berpunca dari ibu2 mengunakan wet tissue masa bersih kan najis baby..

Saya: Wet tissue??? Wet tissue kn mmg khas untuk baby?? Maaf ye bagi saya macam x masuk akal je?? Saya siap pakai jenis untuk sensitif skin yg ade vitamin E dan aloe vera lagi..xkan lah itu puncanya??

Doktor pakar: Ye puan..puan dengar memang macam x masuk akal taip itu lah hakikatnya dan kesilapan ibu2 kite skarang ni..jarang kes macam ni berlaku..sebab dye tengok pd antibody baby dan juga pada masa umur berapa start guna kan wet tissue tu..kegunaan wet tissue ni x elok sbenarnya..

1. Wet tissue mengandungi banyak cemical.

2. Kita tak tahu sama ade wet tissue ni bersih atau tidak kerana dye buat dari kilang..kita x tau macam mana proses wet tissue ni..

3. Puan juga bley tgk pd wet tissue punya MFG date dan EXP date..contoh kalo dye buat 2016 tp tahan smpai 2019..so kuman yg ade pd wet tissue tu kte x tau brape bnyk yg trdedah di kilang mase dye pack tissue ni..so germs yg ade dah terperap sgt lama pd tissue tu..dan bwk pd baby..

Kes mcm ni memang jarang dgr..tapi jika puan gunakan wet tissue mase bersihkan najis baby mmg sangat tak bagus kerana kuman x hilang lagi pade kemaluan baby..ye puan nmpk bersih bila najis dah xde..tp kuman masih ade..lepas tu puan pakai kn dye pampers dan kuman dari wet tissue dan kuman najis tu dah terperap dekat pampers baru baby mase pakaikan dye..

Jadi bila baby kencing, kuman tu boleh merebak dalam kemaluan baby ye..sebab bila pampers lencun baru puan tukar..sebernarnye x bagus juga pakai pampers ni sebab tu org dulu2 dye pakai lampin dan cuci najis baby dgn air yang mengalir..bukan saya kata pampers x bole pakai still bole pakai lagi tapi kena basuhlah kemaluan baby stiap kali tukar pampers..kalo x cuci dgn air yg mengalir itu lah punca baby ade kuman..

Lagi bagus cuci dengan sabun..kita yang dewasa ni pon cuci bila kencing n buang air besar..baby pon same sebenarnya kena cuci..tapi banyak ibu ambil mudah sebab tu bole kena kencing kotor..nak pakai wet tissue bole..tapi bukan pada kemaluan baby ye puan..sbb baby to sensitive antibody baby masih x kuat macam orang dewasa..seelok eloknya memang cuci dgn air mengalir lebih baik dari guna tissue atau wet tissue..kalo lmbt puan rawat boleh menyebabkn buah pinggang baby rosak ye..

Kita penat angkat baby stiap kali nk cuci najis xpe sbb baby masih depan mata..jgn kita penat mananggung rindu bila dye dah tiada..nnt kita x bole maaf kn diri kita atas kesilapan yg kita nmpk remeh..yg remeh tulh bole jd serius..ajal mmg ditgn tuhan tp kita syg kn anak mesti kita nk anak sihat dan yang terbaik untuk dye..

Mencegah lebih baik dari merawat..

Doakan anak saya membesar dengan sihat dan cepat sembuh ye..

Muhammad Darwisy Hurairah

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 14, 2016 10:38 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Aug 14, 2016 10:38 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: