Monday, August 8, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4562

10 Messages

Digest #4562

Messages

Sun Aug 7, 2016 2:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Umat Islam dilarang bermain Pokemon Go

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

SHAH ALAM - Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan, permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah dilarang kepada umat Islam selepas beberapa penelitian dibuat terhadap permainan itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata larangan itu diputuskan Isnin lalu, selepas bermuafakat hasil daripada perbincangan yang menyeluruh yang dilakukan bersama ahli jawatankuasa berkenaan.
Zulkifli Mohamad berkata, ketetapan larangan itu dibuat selepas mengambil kira faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku.

"Justeru, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan berkenaan.

"Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasminya, http://muftiwp.gov.my, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa permainan itu turut mempunyai unsur mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian

"Kami berpendapat hujah yang dikemukakan mengenai hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes lalu, membawa bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian,ketagihan melampau terhadap gajet,kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling dan lain-lain mudarat," katanya.

Oleh itu, ujarnya pihak Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar umat Islam memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

"Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.

"Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba ALLAH dan pemegang amanah-NYA di bumi ini sebagai khalifah ALLAH," katanya. - Sinar Harian

Pokemon Go Haram - Mufti Wilayah Persekutuan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.

"Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku - pengintipan pihak luar; pencerobohan ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan sebagainya," katanya lagi.

Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tidak mempunyai usur khurafat. - BERNAMA

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/08/pokemon-go-haram-mufti-wilayah.html#ixzz4GYrZeLZB
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

JAKIM Sokong Pokemon Go Tidak Dibenarkan Untuk Umat Islam
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato' Hj Othman Bin Mustapha, menerusi Facebooknya sebentar tadi.

"Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

"Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع)*di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudharatan kepada diri kita.", tulis beliau.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan mencapai kata putus Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam di Malaysia.

"Setelah meneliti pendapat ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes yang sudah berlaku-pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya," katanya Dr. Zulkifli. - Siakapkeli.my

Sumber : Facebook , Harian Metro

SOLIDARITI BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN #pokemongo #muftiwilayahperseketuan
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

SOLIDARITI BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah. Saya dengan ini menyatakan solidariti kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Saya menentang sepenuhnya pembunuhan karakter dan serangan peribadi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya kerana pandangan beliau berkenaan Pokemon GO tanpa melihat perkara ini secara luwes dan mengenali beliau secara dekat. Berlaku adillah kerana ia lebih menghampiri taqwa.

Saya mengenali beliau pada awal tahun 2014 iaitu sebelum beliau dilantik menjadi Mufti lagi. Kami pernah bersama dalam beberapa program dakwah khususnya anjuran Relawan Du'at (RINDU) dan Pusat Dakwah Serantau (PDS). Pernah bersama dalam siri ziarah dakwah dan menjadi penceramah dalam kursus-kursus Latihan Du'at.

Sebagai makluman kepada semua, berikut adalah serba-sedikit info tentang beliau agar kita dapat memahami pendirian 'ulamak yang disegani ini. Must read! ❤💚

----------------------------------

Adakah anda mahu kenal Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Al-Bakri? Beliau dihentam dengan teruk kerana fatwa berkaitan Pokemon GO. Okey jika anda tidak bersetuju dengan fatwa tersebut, bolehlah dibahaskan. Ini kerana dalam fatwa tersebut, Dr. Zulkifli Al-Bakri sendiri menyatakan:

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go

Maka ia masih terbuka kepada perbincangan pro dan kontra.

Cuma, sedihnya, banyak komen mengheret isu-isu lain kepada Mufti Wilayah. Kononnya mufti duitan, pembodek kerajaan, tak berani tegur pemimpin dan lain-lain.

Di sini saya kongsikan tulisan daripada status FB Ustaz Razif Fuad, seorang penuntut ilmu yang rapat dengan Dr. Zulkifli al-Bakri dan yang saya ambil daripada wikipedia berkaitan Dr. Zulkifli al-Bakri.

~~~~~~~~~~~~~
-1-

Selepas beberapa hari dilantik 2 tahun lalu, beliau dipanggil bertemu DS Najib. Beliau serahkan beberapa buah buku yang beliau pilih sendiri kepada PM. Antaranya, buku yang beliau tulis sendiri berjudul "Pemimpin Yang Adil: Rahmat Untuk Rakyat". Rujuk https://facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/431189773687674/?type=3

Selain daripada mereka yang sekadar berdegar-degar di Facebook, ada yang berani menegur dengan kaedah sedemikian?

-2-
Beliau Mufti pertama dalam Malaysia yang keluarkan Irsyad berhubung bolehnya mangsa banjir Kelantan menerima zakat. Satu pandangan kontemporari yang banyak menyelesaikan masalah mangsa banjir. Masih katakan beliau hanya tahu berfatwa isu remeh?

-3-
Antara isu utama di Wilayah adalah masalah Masjid yang tidak cukup untuk menampung jemaah bagi Solat Jumaat. Sejak pelantikan beliau pada Jun 2014, jumlah permohonan Surau Jumaat yang diluluskan adalah yang tertinggi; sekaligus banyak menyelesaikan isu KELEWATAN ribuan pekerja Muslim masuk ke pejabat selepas solat Jumaat akibat kesesakan yang merupakan antara indikator utama pekerja yang produktif.

-4-
Saya percaya kebanyakan daripada anda ada kisah peribadi dengan Mufti Wilayah yang membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang dimomokkan oleh mereka yang langsung tidak kenal beliau. Kita tahu semua label negatif itu tidak benar.

-5-
Biasanya kalau sekadar berceramah di tempat yang berhampiran, beliau lebih selesa menaiki Perodua Viva dan hampir-hampir tidak dibenarkan park di kawasan khas penceramah kerana tidak sangka seorang Mufti cuma datang dengan Viva. Masih katakan beliau cuma nak kenyang dengan gaji?

-6-
Beliau ada jiran berbangsa Cina yang sangat baik dengan beliau dan sehingga kini, jiran itu tidak pernah tahu yang beliau seorang Mufti. Mereka biasa bertukar-tukar buah tangan. Masih katakan beliau rasis?

-7-
Bukan sekadar banduan akhir, mereka yang berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan turut diziarahinya kerana beliau ingin memahami orientasi psikologi mereka yang bermasalah mental kerana ia sangat-sangat penting bagi pengeluaran fatwa berkaitan.
Beliau Mufti pertama dalam sejarah penubuhan hospital berkenaan yang datang melakukan lawatan dan kajian ke sana. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-8-
Mufti Wilayah sentiasa adakan ziarah berkala kepada banduan akhir di Penjara Kajang. Di sana, Mufti berikan motivasi dan kata-kata semangat untuk mereka sebelum menghadap tali gantung. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-9-
Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir

-10-
Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai 'bersejarah' itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama [8].

-11-
Institusi Fatwa Yang Responsif[sunting | sunting sumber]
Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 2016

Sebagai satu langkah menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku, beliau telah memperkenalkan 5 ruangan di dalam web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah:

Bayan Linnas. Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional
Irsyad Fatwa. Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.
Irsyad al-Hadith. Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah
Irsyad Usul al-Fiqh. Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh
Al-Kafi li al-Fatawi. Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

Untuk melihat fatwa-fatwa di atas, boleh lihat dalam web ini http://www.muftiwp.gov.my/index.php

Untuk mereka yang mahu mengenali siapakah Dr. Zulkifli al-Bakri, klik link berikut:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri

Semoga kita semua belajar menjadi manusia beradab. Jika tidak setuju dengan fatwa beliau, lontarkan pandangan dengan beradab. Jika kita yang sudah dewasa boleh memaki hamun dan mencerca seorang mufti, janganlah marah nanti jika anak kita membesar lalu mereka memaki hamun kita. Cerminlah diri kita.

Semoga kita memperolehi hidayah.

#MuftiWilayah
#TarbiyahDakwahSiyasah
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Fatwa-Fatwa Dunia Berkenaan Pokemon & Pokemon Go.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

"Fatwa-fatwa berkenaan Pokemon dan Pokemon Go"

Pertama: Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi Pada tahun 2001, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon.

Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga akal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini.

Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman.

Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:

- Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.

- Memberikan bahaya kepada akal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar akal dan naqli.

- Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.

- Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.

- Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya. Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

Kedua: Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi Majlis Ulama Tertinggi (Hai'ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon Go. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Ketiga : Universiti al-Azhar Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Prof Dr Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon. Negara-negara yang mencegahnya:

Di Arab Saudi, Suruhanjaya Komunikasi, Teknologi dan Informasi Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan amaran bahawa Pokemon Go dan permainan yang seumpamanya boleh mengancam pemain kerana mendedahkan lokasi pemain kepada pihak-pihak yang mengambil kesempatan.

Ini termasuklah ancaman penggodam, pencerobohan ruang peribadi dan ancaman jenayah rompak dan curi. Pihak berkuasa Kuwait dan Mesir sebelum ini memberi amaran dan ancaman bahawa permainan ini berisiko membawa pemain ke kawasan-kawasan sensitif seperti istana, masjid-masjid, stesen minyak dan pengkalan tentera. Ahmed Badawi, Timbalan Ketua Majlis Komunikasi Kerajaan Mesir, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengadakan sekatan terhadap permainan Pokemon Go kerana dipercayai boleh mendedahkan bahagian keselamatan negara kepada dunia luar.

Manakala, Hamdi Bakheet, ahli Majlis Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negara Mesir pula memberitahu Parlimen Mesir bahawa aplikasi Pokemon Go ialah usaha yang licik pihak luar untuk membuat perisikan dalam masyarakat dan negara Mesir. Begitu juga pertubuhan imam-imam di Turki menggesa agar pihak berkuasa mengharamkan permainan itu kerana menjejaskan nilai kemurnian dan kesucian tempat-tempat ibadat apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki premis masjid semata-mata untuk mencari raksasa maya berkenaan.

Pihak kerajaan Indonesia melarang anggota polis negara itu bermain Pokemon Go ketika menjalankan tugas dan larangan itu bakal dilaksanakan kepada anggota tentera tidak lama lagi. Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata pegawai polis seluruh negara itu telah menerima arahan itu bermula 19 Julai 2016.

Pihak kerajaan risau pegawai polis akan menjadi ketagih dan mengganggu tugas pihak polis dalam berkhidmat kepada masyarakat yang dengan konsentrasi dan kerja keras. Arahan ini juga dikeluarkan susulan kes penangkapan warga Perancis yang menceroboh pengkalan tentera Indonesia yang terletak di Pulau Jawa kerana bermain Pokemon Go. Kes ini menimbulkan kegusaran dan kemungkinan dalam kalangan tokoh pembangunan keselamatan yang menegaskan teknologi tinggi dalam permainan tersebut berpotensi menjadi alat perisikan. 'Pokemon Go nampak comel, tetapi semakin lama anda melihat, ada sesuatu yang tidak betul padanya," Kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.

SUMBER: WhatsApp

Kes Saman Pertama Libatkan Pokemon Go di Malaysia : Lelaki Disaman Kerana Buru Pokemon Sambil Memandu
siakapkeli.my

PETALING JAYA, 7 Ogos: Baharu sahaja dilancarkan di Malaysia semalam, sudah ada saman yang dikeluarkan disebabkan permainan Pokemon Go.

Menurut laporan dari Sin Chew Daily, saman itu dikeluarkan kepada seorang pemuda yang memburu karakter pokemon tersembunyi ketika dia sedang memandu semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang itu, tindakan lelaki berkenaan dikesan oleh seorang anggota polis trafik yang kemudiannya mengeluarkan saman RM300 kepada lelaki itu diatas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Dalam kejadian pukul 11 pagi semalam itu, lelaki berkenaan bersama rakannya memperlahankan kenderaan untuk menangkap pokemon sebelum mereka diarahkan berhenti oleh seorang anggota polis trafik yang menunggung motosikal.

"Apabila polis trafik itu ternampak skrin telefon kami yang menunjukkan imej Pokemon Go dan tahu kami sedang menangkap raksasa, anggota trafik itu tidak tahan untuk ketawa.

"Kami juga ketawa, tapi anggota trafik itu kemudian memberi amaran kepada kami telefon bimbit tidak boleh digunakan ketika memandu dan mengeluarkan saman kepada kami", kata lelaki terbabit.

Katanya juga, mereka tahu tentang amaran yang dikeluarkan oleh Pokemon Go tentang bermain sambil memandu, dan berharap agar pemain Pokemon Go yang lain akan mematuhinya dan tidak melanggar undang-udang untuk mengelakkan disaman atau menjadi punca kemalangan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, tindakan memandu sambil bermain aplikasi permainan, menghantar sistem pesanan ringkas atau menjawab panggilan telefon tanpa menggunakan alat 'hands free' adalah menyalahi Akta Pengangkutan Jalan.

"Pemandu akan hilang tumpuan dan mungkin menyebabkan kemalangan, membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : FMT, Malay Mail

Akhirnya, Pokemon GO Sudah 'Available' di Malaysia
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 6 Ogos - Permainan Agumented Reality Pokemon GO akhirnya sudah tersedia untuk peminat-peminat Pokemon di Malaysia. Permainan itu dilihat sudah boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan pengguna iOS masing-masing menerusi Google Play Store dan Apple App Store sejak pagi tadi.

Perkara itu juga turut diumumkan pagi tadi oleh akaun Twitter PokemonGoApp yang berkata pemain-pemain Pokemon Go di 15 buah negara di Asia sudah boleh mula menangkap pokemon di negara mereka. 15 negara itu adalah Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Solomon Islands, Federated States of Micronesia, dan Palau.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa Jatawankuasa Perundingan Hukum Syaratk Wilayah Perseketuan menjatuhkan hukum haram buat umat Islam memainkan permainan video itu. - Siakapkeli.my

Pokemon Go dilihat sudah boleh di muat turun menerusi Play Store oleh pengguna di Malaysia.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, August 01, 2016 11:38 PM
Subject: Fw: Tiada halangan Pokemon Go Masuk

Tiada halangan Pokemon Go Masuk ke Malaysia - Salleh Keruak
siakapkeli.my

PUTRAJAYA, 25 Julai - Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan virtual realiti, Pokemon Go ke negara ini kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

"Walaupun di sesetengah negara mungkin ada yang menghalang tetapi kita di Malaysia. Kita belum sampai ke tahap itu," katanya.

Salleh berkata sedemikian ketika Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Pokemon Go menjadi trending di seluruh dunia kerana permainan tersebut menggabungkan elemen dunia sebenar dan dunia virtual sehingga mendatangkan masalah, termasuk kecederaan kepada pemain-pemainnya. - Siakapkeli.my

Sumber : Kosmo

Pokemon Go Mungkin Muncul Di Malaysia Tidak Lama Lagi
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Terdapat tanda-tanda yang kuat bahawa Pokemon Go akan muncul buat kali pertama di Malaysia tidak lama lagi.

Pengguna internet telah menemui sebuah laman web tersembunyi dari sebuah laman web syarikat pembekal perkhidmatan komunikasi prabayar mudah alih, yang mengumumkan bahawa terdapat tawaran promosi disediakan untuk 'Pokemon trainer' (pelatih Pokemon).
Dokumen bocor itu, menyebut bahawa pembekal itu telah menjalinkan kerjasama dengan aplikasi mudah alih perjalanan, Grab, dan menyatakan bahawa jenama prabayar mudah alih itu akan menawarkan perjalanan percuma untuk PokeStop paling dekat dari pukul 10 pagi dan 7 malam pada Selasa (2 Ogos) dan Rabu.

PokeStops adalah lokasi di mana pelatih Pokemon boleh menambah peranti Pokeballs yang digunakan untuk menangkap Pokemon.

20 pelatih pertama juga akan mendapat PokeCoins bernilai AS$100 (S$540) yang merupakan mata wang dalam permainan ini.

Pelatih adalah pemain yang menangkap dan melatih Pokemon untuk pertempuran dalam permainan.

Jurucakap sebuah syarikat telekomunikasi mengesahkan bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan Grab untuk promosi Pokemon Go.

Beliau berkata promosi itu turut melibatkan PokeCoins tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut. Promosi ini dijangka akan dilancarkan pada Isnin di Tavern13, sebuah restoran di Petaling Jaya.

Tetapi bukan itu yang membuatkan semua peminat Pokemon teruja.

Malaysia, yang sebelum ini ketinggalan dalam kegilaan permainan Pokemon Go semasa pengumuman rekaan pelayan di lapan buah negara di Asia, akhirnya akan mendapat pelayannya sendiri tidak lama lagi.

Ia telah didedahkan oleh sebuah laman web yang menjaga tab status-status pelayan permainan dalam talian secara besar-besaran, www.mmoserverstatus.com.

Malah, ada juga yang menyedari bahawa pelayan Malaysia ini dapat dilayari pada pagi Sabtu lalu untuk masa yang singkat sebelum ia ditutup kemudian. Ia dipercayai dibuka untuk tujuan ujian.

Pokemon Go telah mencetuskan fenomena sejak dilancarkan pada 6 Julai dengan pelayan terpaksa memenuhi jumlah yang tinggi daripada pengguna.

Permainan ini memerlukan pemain keluar dari rumah dan 'menangkap' Pokemon melalui lokasi-geo pada telefon pintar mereka.

Pokemon Go pertama kali dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Britain.

Tetapi, Jepun, negara asal di mana syarikat permainan Nintendo memulakan francais makhluk mitos 20 tahun lalu, terpaksa menunggu 12 hari selepas pelancarannya untuk menerima permainan ini.

Game Freak, pemaju utama Pokemon dan Niantic, yang juga rakan kongsinya dalam membangunkan permainan mudah alih baharu itu kemudian memohon maaf kepada masyarakt awam Jepun di atas kelewatan itu.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/08/pokemon-go-mungkin-muncul-di-malaysia.html#ixzz4G4gFKEk2
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 2:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



3 Rentung Dalam Kemalangan Babitkan Bas Ekspress, Kereta
siakapkeli.my

Foto : Twitter

Kuala Lumpur, 6 Ogos - Dua dilaporkan rentung dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspress dengan sebuah kereta di KM 447.7 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang Selatan - Hospital Sungai Buloh malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira 8.23 malam itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kereta terbabit.

Dua yang rentung adalah pemandu dan penumpang kereta tersebut.

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dalam kejadian.

Difahamkan juga, terdapat 15 penumpang di dalam bas berkenaan dan seorang pemandu namun, semua dilaporkan selamat.

BH Online melaporkan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata seramai 14 anggota bomba bersama 3 jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Terdapat dua mangsa rentung namun, identiti mereka belum dikenal pasti.

"Operasi masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang rentung," katanya. Sementara itu, Twitter @plustrafik, melaporkan kejadian menyebabkan lorong tengah lebuh raya terhalang. Trafik turut dilaporkan sesak menghala selatan sepanjang lebih dua kilometer.

Selain itu, video awam yang merakamkan kejadian ketika bas itu terbakar dimuat naik di Instagram.

[Kemaskini]

Bomba sahkan tiga mangsa rentung dalam nahas babitkan bas ekpres dengan kereta di KM447.7 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan.

Ketiga-tiga mangsa adalah seorang pemandu dan dua orang penumpang kereta berkenaan.

Sumber : ,BH Online, Instagram

Foto : Twitter

Foto : Twitter

Foto : Twitter

Foto : Twitter

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 2:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Panggillah Anak Dengan Nama Penuh, Rugi Orang Letak Nama Anak Panjang-Panjang
siakapkeli.my

Dari dulu sehingga sekarang, kita boleh lihat perubahan dan kelainan pada nama anak-anak yang baru lahir diberi, dulu namanya cukup ringkas dan sudah pasti mudah dipanggil dengan nama penuh.

Namun kini nama panjang-panjang sudah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia, ada yang bercampur dengan pelbagai bahasa dan berubah ejaan untuk sebutan yang sama.

Namun, ianya bukanlah satu kesalahan selagi membawa maksud yang baik seperti yang dituntut oleh agama, cuma ia satu kerugian bila nama terlalu panjang sudah pasti kita akan panggil dengan nama pendek, ruginya kerana nama anak itu sebenarnya adalah satu doa kepadanya.

Seperti penerangan dari Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz nama yang diberikan bukan sekadar untuk kehidupan di dunia, bahkan akan dibawa sehingga ke akhirat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraiarah ra , Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama kamu di akhirat nanti".

Pada nama juga terdapat keberkatan daripada orang yang dinasabkan nama itu. Oleh sebab itu, umat Islam sangat digalakkan menggunakan nama Muhammad SAW.

Panduan dalam memberi nama:

Menurut Nabi SAW, "Sesungguhnya sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman". Daripada kajian pada ulama, didapati lebih 300 orang sahabat Nabi yang bernama Abdullah.

Menamakan anak dengan nama para Nabi SAW atau nama orang-orang yang soleh.

Nama yang paling buruk ialah Murrah dan Harbun, seperti yang disebut dalam hadis di bawah:

"Namakan dengan nama para Nabi,dan nama yang paling disukai di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman dan yang paling tepat ialah Haris (pekerja), Hammam(yang mempunyai keazaman). Dan nama yang paling buruk ialah Harb(perang) Dan Murrah (pahit)". Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie

Selepas nama Nabi, elok diambil nama sahabat yang dekat dengan Nabi SAW. Zubbair Ibnu Awwam yang mempunyai 9 orang anak, menamakan anak-anaknya dengan nama sahabat yang syahid ketika perang Badar.

Berikut adalah soalan lazim mengenai nama:

S: Nama penuh saya ialah Mat Saad, tetapi rakan-rakan memendekkan dan memanggil saya 'Ad, sedangkan kaum Ad merupakan kaum yang dilaknat Allah. Mohon ulasan ustaz?

J: Jika kita ingin memanggil seseorang, kita perlu memastikan nama itu ialah nama yang disenangi olehnya. Walaupun begitu, jika panggilan 'Ad itu tidak diniatkan untuk merujuk kepada kaum 'Ad, maka tidak mengapa, tetapi tuan punya perlu redha. Jika tidak perlu dinyatakan dan minta rakan memanggil nama penuh atau nama lain yang lebih disukai.

S: Bolehkah saya meletak nama "Ahmad Muhammad" kepada anak kerana maksudnya berganda?

J: Ulama membincangkan dan mengatakan makruh kerana berganda.

S: Bolehkah seorang muallaf tidak menukar nama asalnya?

J: Pada prinsipnya, dibolehkah selagi nama asalnya tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Contoh pada zaman Jahiliyyah, ada banyak nama seperti "Abdul Uzza" yang bermaksud 'hamba kepada patung berhala Uzza.

S: Bagaimana jika ada ibu bapa yang memanggil anak dengan nama-nama seperti 'ketot', 'gemuk' dan seumpamanya?

J: Dalam Islam yang utama ialah menjaga kemuliaan seseorang. Jika dia tidak redha, kita tidak dibenarkan memanggilnya begitu. Jika dia redha, maka terpulang kepada kita untuk menimbangkan kesesuaian panggilan.

S: Nama saya Ashaari, dan nama timbangan saya "Tan". Ibu saya kata "tan" itu berasal daripada Intan, dan orang Kedah kata berasal daripada 'Jantan'.

J: Ini bergantung kepada keredhaan orang yang dipanggil. Jika redha, tidak mengapa. Jika tak, perlu dinyatakan kepada orang sekeliling dan rakan-rakan.

S: Nama anak saya Umair, dan baru berumur 7 bulan. Memandangkan dia masih agak lembut, ramai orang memanggilnya Umairah atauh Humairah.

J: Ini masalah besar kerana melibatkan nama lelaki dan perempuan. Pada rakan-rakan, pesan agar mereka menggunakan namanya yang diberikan.

S: Nama yang diberi atau nama yang dipanggil yang akan digunakan di akhirat?

J: Nama yang diberi.

S: Bagaimana pula jika menggunakan nama malaikat seperti 'Muhammad Mikhael" dan nama-nama bunga?

J: Dalam mazhab Syafie dikatakan hukumnya harus (boleh). Cuma mazhab Imam Malik yang mengatakan hukumnya makruh. Berkenaan nama bunga – asalkan nama itu tidak mempunyai makna atau kaitan yang tidak elok oleh penduduk setempat, maka bolehlah digunakan.

S: Bagaimana dengan sikap ibu bapa yang menukar nama Islam kepada nama Arab yang diinggeriskan, contohnya Hawa menjadi Eve, Jibril menjadi Gibrael?

J: Pertama, perlu dilihat apakah niat diletakkan begitu. Jika ibu bapanya memang orang Inggeris, maka tidaklah salah.

- Siakapkeli.my

Rujukan Dan Sumber: Kerana Kasih Nabi

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 2:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Manusia Kedua Terkaya di Dunia Perkenal Waktu Kerja 3 Hari Seminggu Untuk Stafnya
siakapkeli.my

Lelaki kedua terkaya di dunia, Carlos Slim, nampaknya bukan jenis seorang yang mementingkan wang semata-mata, tetapi juga mementingkan kualiti kehidupan.

Terbaharu, Carlos memperkenalkan waktu kerja 3 hari seminggu untuk pekerjanya dan dia berfikir setiap syarikat di dunia ini perlu mengikuti jejaknya itu.

Namun 'skim waktu kerja rilek' Carlos itu mempunyai pertukaran iaitu tempoh persaraan para pekerjanya akan dilanjutkan.

Bercakap kepada Bloomberg Businessweek, Carlos menjelaskan mengapa semua orang perlu kurangkan bekerja dan melebihkan masa bersantai.

Menurut Carlos, semakin maju teknologi di dunia ,sepatutnya waktu manusia bekerja menjadi semakin kurang.

"Saya fikir mereka patut bekerja tiga hari seminggu, jadi ia boleh memberi ruang kepada orang lain.

"Kualiti hidup dan mempunyai masa empat hari cuti membolehkan menggalakkan banyak pertumbuhan aktiviti ekonomi - seperti pelancongan, hiburan, sukan, kebudayaan dan pendidikan.", kata Carlos.

Carlos merupakan pemilik syarikat Telmex yang bernilai £59 billion.

"Ianya sesuatu yang bagus untuk mengurangkan hari bekerja dan menukarkannya dengan tambahan waktu persaraan. Lagipun, kami sudah memulakan perkara ini di Telmex beberapa tahun yang lalu. Kami memberi peluang kepada mereka yang mempunyai banyak pengalaman untuk tinggal lebih lama dan bekerja hanya beberapa hari sahaja. - Siakapkeli.my

Sumber : Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 2:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saman DoJ Amerika Tak Babitkan Saya, Kata Najib Di Jakarta
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, saman oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini tidak membabitkan beliau, Kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung.

"Saya ingin menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh DoJ baru-baru ini tidak membabitkan saya atau Kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.

"Saman itu menamakan lima individu. Ini bukan saman jenayah tetapi adalah saman sivil," katanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Metro TV, hari ini.

Dalam writ saman bagi merampas aset individu dan syarikat difailkan di Los Angeles, DoJ berkata, sejak 2009 sehingga 2015, lebih daripada AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana milik 1MDB diseleweng oleh pegawai-pegawai tinggi dan sekutu mereka.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Meskipun nama Najib tidak disebut secara langsung di dalam writ saman itu, tetapi 'pegawai atasan Malaysia' yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' adalah Perdana Menteri yang turut memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB.

Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu ~ IsmaWeb

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 2:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Denda RM 300 Jika Merokok di Luar Bulatan Kuning
siakapkeli.my

GEORGE TOWN, 2 Ogos: Jika anda ingin merokok di zon larangan dalam tapak warisan, sila cari bulatan kuning beserta dengan papan tanda 'zon merokok' atau tidak, anda akan dikenakan denda RM 300.

Sehingga kini, terdapat 30 lokasi yang diwujudkan khas untuk perokok dalam tapak warisan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, langkah itu diambil supaya orang ramai tidak terdedah dengan asap rokok di tapak warisan kerana kedegilan perokok.

"Oleh kerana sesetengah perokok tetap mahu merokok dan kami tidak mahu mengeluarkan denda sepanjang masa, kami mencipta sudut-sudut merokok bagi mereka.

"Anda mempunyai hak untuk merokok, tetapi anda tidak mempunyai hak untuk mencemarkan udara dan mendedahkan orang tersayang dan rakan-rakan dengan asap rokok," kata beliau.

Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di seluruh tapak warisan dunia di sini telah beroperasi sejak 1 Januari lalu kecuali di kawasan rumah-rumah persendirian.

Walaupun sudut merokok adalah biasa di lapangan terbang dan hotel, George Town dipercayai menjadi satu-satunya daerah tidak boleh merokok di Malaysia dengan pengenalan sudut khas untuk perokok.

Sudut-sudut itu tidak berbumbung supaya asap akan menghilang dengan cepat.

Anda juga perlu membawa bekas abu rokok mudah alih sendiri.

"Tiada siapa yang akan membuang puntung rokok anda untuk anda. Simpan puntung rokok sehingga anda menemui tong sampah," kata Phee. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 2:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TMJ : 'Budak Mentah' Telah Berjaya Kalahkan Rejim 30 Tahun FAM, 'Saya Akan Musnahkan Apa Mereka Bina & Bina Semula Dengan Lebih Baik'
siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam dunia bola sepak Malaysia selepas satu pengumuman penting dibuat oleh Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Menerusi satu penulisan panjang di Facebook Johor Southern Tiger, TMJ menulis tentang pertemuannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ).

Difahamkan, pertemuan itu diadakan bertujuan membincangkan beberapa perkara antaranya untuk memberi tawaran kepada TMJ untuk memegang tiga jawatan besar dalam arena bola sepak Malaysia iaitu Pengerusi Pasukan Kebangsaan, ketua kongres FMLLP, dan jawatan Presiden FAM.

Namun, TMJ menolak untuk memegang salah satu jawatan yang ditawarkan iaitu, Presiden FAM kerana menurut baginda, presiden FAM mestilah seorang yang neutral sedangkan baginda kini telah memegang kelab bola sepak negeri, JDT.

Mengenai dua lagi jawatan yang lain, TMJ berkata perkara itu akan diputuskan dalam satu pertemuan yang bakal diadakan kemudian.

'Budak Mentah' Berjaya Kalahkan Rejim 30 Tahun FAM

Selain itu, TMJ juga berkata usaha seorang pemuda yang digelar "budak mentah" telah berjaya mengalahkan rejim 30 tahun FAM yang dikawal oleh sekumpulan individu yang mementingkan diri sendiri selama ini.

"FAM dikawal oleh sekumpulan individu dan sistem yang mengawal bola sepak Malaysia dengan budaya mementingkan diri sendiri. Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah FAM selama lebih dari 30 tahun. Kemudiannya pada suatu hari, seorang pemuda yang begitu sayangkan bola sepak telah datang dan mengambil alih pentadbiran pasukan negeri yang dicintainya. Seorang lelaki yang menyedari bahawa satu-satunya cara untuk mengubah bola sepak malaysia adalah dengan mengubah keseluruhan sistem.

"Lelaki muda ini terpaksa berjuang dengan sistem FAM, ahli politik, penyokong bola sepak Malaysia yang jahil, media dan laman sosial, serta orang-orang yang hanya tahu bercakap tetapi enggan menukar sistem. Hari ini, Exco bersetuju untuk bersara bersama-sama dengan Presiden. Pilihan raya akan diadakan dan muka baru akan dipilih untuk mengendalikan bola sepak Malaysia.

"Kepakaran luar akan dibawa masuk untuk menambah baik sistem sedia ada dan hari ini saya dengan perasaan bangga ingin menyatakan bahawa lelaki muda tersebut yang benar-benar sayangkan bola sepak dengan impian besarnya dan pernah juga digelar "budak mentah", telah mengalahkan rejim 30 tahun FAM. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, saya akan memusnahkan apa yang mereka bina dari awal dan membina semula ianya dengan lebih baik", tulis baginda.

Sumber : Johor Southern Tiger

Perkongsian Penuh TMJ

BERKENAAN TAWARAN DARI MENTERI BELIA DAN SUKAN, KHAIRY JAMALUDDIN DAN APA YANG TELAH SAYA TUNJUKKAN KEPADA BELIAU

Sepertimana yang kebanyakan anda dengar, baru-baru ini saya telah diberi taklimat mengenai FAM oleh YB Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Norza. Antara topik yang diperbincangkan adalah berkenaan untuk melantik saya sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan, ketua kongres FMLLP, dan jawatan Presiden FAM.

Walaubagaimanapun, saya mempunyai cadangan saya tersendiri dan saya ingin berkongsikannya dengan penyokong bolasepak tanahair semua yang berhak tahu.

1. Presiden FAM tidak sepatutnya datang dari golongan keluarga diraja, dan juga mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian. Beliau juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab-kelab yang mengambil bahagian.

Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih.

2. Pengadil mesti mempunyai sebuah Persatuan pengadil yang bebas dan dibiayai oleh kerajaan supaya mereka juga akan dibayar gaji seperti persatuan pengadil di luar negara. Ini adalah untuk menghapuskan sebarang bentuk pilih kasih dan mengelakkan berlakunya campur tangan secara halus daripada pegawai-pegawai tertinggi FAM yang akan mempengaruhi mereka.

3. Presiden dan ahli Exco yang sedia ada mesti digugurkan. Ahli-ahli Exco baru pula perlu terdiri daripada mereka yang berupaya untuk menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara. Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang-orang yang berkebolehan.

4. Ketelusan FAM dalam perancangan mereka amat diperlukan dan penyokong mesti dibenarkan sekali-sekala untuk memberi persoalan dan pertanyaan kepada FAM. Penyokong berhak untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam FAM dan segala matlamat serta hala tuju FAM untuk masa-masa akan datang.

5. Untuk Pasukan Kebangsaan, kita perlu menggunakan khidmat jurulatih luar. Jurulatih dengan latar belakang, pencapaian dan rekod prestasi yang baik. Beliau juga perlu mempunyai pengalaman sebagai jurulatih kelab atau pasukan kebangsaan. Jurulatih tersebut mesti dibenarkan untuk membawa pasukannya sendiri dan melaksanakan apa jua yang telah dirancangkannya. Paling penting, beliau mesti diberikan masa untuk membuat perubahan. FAM tidak begitu berkembang sejak 30 tahun yang lalu dan saya percaya kita perlu berikan masa secukupnya dan ruang yang diperlukan oleh jurulatih baru tersebut.

6. Mesyuarat Exco perlu diadakan dan dilakukan secara penggiliran di setiap negeri dalam negara ini.

7. Semua pasukan yang bertanding perlu mempunyai program akar umbi, stadium dan pusat latihan sendiri yang akan diusahakan oleh kelab.

Baru-baru ini YB Khairy telah mencadangkan agar saya mengambil alih jawatan Presiden FAM. Saya tidak bersetuju untuk menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT. Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya. Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian.

Berkenaan tawaran Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk FMLLP yang akan dipertimbangkan, saya akan menanti pertemuan sekali lagi dengan YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Norza sebelum membuat sebarang keputusan. YB Khairy Jamaluddin telah memberikan formula beliau, dan saya telah membentangkan pandangan saya untuk maklumat penyokong semua.

Kepada semua penyokong bola sepak di seluruh negara, tindakan saya membuktikan bahawa dua perkara yang sememangnya merupakan fakta. Pertama, saya bukan seseorang yang mementingkan diri sendiri, pemanipulasi, dan terbabit dalam gejala rasuah, kerana jika saya adalah sedemikian rupa, saya pasti akan menerima tawaran untuk menjadi presiden sekarang ini. Kedua, FAM dikawal oleh sekumpulan individu dan sistem yang mengawal bola sepak Malaysia dengan budaya mementingkan diri sendiri. Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah FAM selama lebih dari 30 tahun. Kemudiannya pada suatu hari, seorang pemuda yang begitu sayangkan bola sepak telah datang dan mengambil alih pentadbiran pasukan negeri yang dicintainya. Seorang lelaki yang menyedari bahawa satu-satunya cara untuk mengubah bola sepak malaysia adalah dengan mengubah keseluruhan sistem.

Lelaki muda ini terpaksa berjuang dengan sistem FAM, ahli politik, penyokong bola sepak Malaysia yang jahil, media dan laman sosial, serta orang-orang yang hanya tahu bercakap tetapi enggan menukar sistem. Hari ini, Exco bersetuju untuk bersara bersama-sama dengan Presiden. Pilihan raya akan diadakan dan muka baru akan dipilih untuk mengendalikan bola sepak Malaysia. Kepakaran luar akan dibawa masuk untuk menambah baik sistem sedia ada dan hari ini saya dengan perasaan bangga ingin menyatakan bahawa lelaki muda tersebut yang benar-benar sayangkan bola sepak dengan impian besarnya dan pernah juga digelar "budak mentah", telah mengalahkan rejim 30 tahun FAM. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, saya akan memusnahkan apa yang mereka bina dari awal dan membina semula ianya dengan lebih baik (Walaubagaimanapun, saya mendapat idea ini dari sebuah organisasi rahsia, bukan dari filem X-Men. Haha...).

Dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas 'Latihan Operasi Hitam' di Luar Negara yang telah menjadikan saya seorang lelaki sepertimana saya hari ini. Kepada penyokong bola sepak Malaysia, ia merupakan satu penghormatan melakukan perkara ini untuk anda... Terima Kasih.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Friday, August 05, 2016 10:48 PM
Subject: Fw: TMJ Ditawar Jawatan Presiden FAM Tetapi Ditolak.

Selepas Pendrive Bukti Rasuah Didedahkan, TMJ Ditawar Jawatan Presiden FAM Tetapi Ditolak.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

BERKENAAN TAWARAN DARI MENTERI BELIA DAN SUKAN, KHAIRY JAMALUDDIN DAN APA YANG TELAH SAYA TUNJUKKAN KEPADA BELIAU.

Sepertimana yang kebanyakan anda dengar, baru-baru ini saya telah diberi taklimat mengenai FAM oleh YB Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Norza. Antara topik yang diperbincangkan adalah berkenaan untuk melantik saya sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan, ketua kongres FMLLP, dan jawatan Presiden FAM.

Walaubagaimanapun, saya mempunyai cadangan saya tersendiri dan saya ingin berkongsikannya dengan penyokong bolasepak tanahair semua yang berhak tahu.

1. Presiden FAM tidak sepatutnya datang dari golongan keluarga diraja, dan juga mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian. Beliau juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab-kelab yang mengambil bahagian. Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih.

2. Pengadil mesti mempunyai sebuah Persatuan pengadil yang bebas dan dibiayai oleh kerajaan supaya mereka juga akan dibayar gaji seperti persatuan pengadil di luar negara. Ini adalah untuk menghapuskan sebarang bentuk pilih kasih dan mengelakkan berlakunya campur tangan secara halus daripada pegawai-pegawai tertinggi FAM yang akan mempengaruhi mereka.

3. Presiden dan ahli Exco yang sedia ada mesti digugurkan. Ahli-ahli Exco baru pula perlu terdiri daripada mereka yang berupaya untuk menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara. Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang-orang yang berkebolehan.

4. Ketelusan FAM dalam perancangan mereka amat diperlukan dan penyokong mesti dibenarkan sekali-sekala untuk memberi persoalan dan pertanyaan kepada FAM. Penyokong berhak untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam FAM dan segala matlamat serta hala tuju FAM untuk masa-masa akan datang.

5. Untuk Pasukan Kebangsaan, kita perlu menggunakan khidmat jurulatih luar. Jurulatih dengan latar belakang, pencapaian dan rekod prestasi yang baik. Beliau juga perlu mempunyai pengalaman sebagai jurulatih kelab atau pasukan kebangsaan. Jurulatih tersebut mesti dibenarkan untuk membawa pasukannya sendiri dan melaksanakan apa jua yang telah dirancangkannya. Paling penting, beliau mesti diberikan masa untuk membuat perubahan. FAM tidak begitu berkembang sejak 30 tahun yang lalu dan saya percaya kita perlu berikan masa secukupnya dan ruang yang diperlukan oleh jurulatih baru tersebut.

6. Mesyuarat Exco perlu diadakan dan dilakukan secara penggiliran di setiap negeri dalam negara ini.

7. Semua pasukan yang bertanding perlu mempunyai program akar umbi, stadium dan pusat latihan sendiri yang akan diusahakan oleh kelab. Baru-baru ini YB Khairy telah mencadangkan agar saya mengambil alih jawatan Presiden FAM. Saya tidak bersetuju untuk menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT. Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya. Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian.

Berkenaan tawaran Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk FMLLP yang akan dipertimbangkan, saya akan menanti pertemuan sekali lagi dengan YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Norza sebelum membuat sebarang keputusan. YB Khairy Jamaluddin telah memberikan formula beliau, dan saya telah membentangkan pandangan saya untuk maklumat penyokong semua.

Kepada semua penyokong bola sepak di seluruh negara, tindakan saya membuktikan bahawa dua perkara yang sememangnya merupakan fakta.

Pertama, saya bukan seseorang yang mementingkan diri sendiri, pemanipulasi, dan terbabit dalam gejala rasuah, kerana jika saya adalah sedemikian rupa, saya pasti akan menerima tawaran untuk menjadi presiden sekarang ini.

Kedua, FAM dikawal oleh sekumpulan individu dan sistem yang mengawal bola sepak Malaysia dengan budaya mementingkan diri sendiri. Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah FAM selama lebih dari 30 tahun. Kemudiannya pada suatu hari, seorang pemuda yang begitu sayangkan bola sepak telah datang dan mengambil alih pentadbiran pasukan negeri yang dicintainya.

Seorang lelaki yang menyedari bahawa satu-satunya cara untuk mengubah bola sepak malaysia adalah dengan mengubah keseluruhan sistem. Lelaki muda ini terpaksa berjuang dengan sistem FAM, ahli politik, penyokong bola sepak Malaysia yang jahil, media dan laman sosial, serta orang-orang yang hanya tahu bercakap tetapi enggan menukar sistem. Hari ini, Exco bersetuju untuk bersara bersama-sama dengan Presiden.

Pilihan raya akan diadakan dan muka baru akan dipilih untuk mengendalikan bola sepak Malaysia. Kepakaran luar akan dibawa masuk untuk menambah baik sistem sedia ada dan hari ini saya dengan perasaan bangga ingin menyatakan bahawa lelaki muda tersebut yang benar-benar sayangkan bola sepak dengan impian besarnya dan pernah juga digelar "budak mentah", telah mengalahkan rejim 30 tahun FAM.

Seperti pernah saya katakan sebelum ini, saya akan memusnahkan apa yang mereka bina dari awal dan membina semula ianya dengan lebih baik (Walaubagaimanapun, saya mendapat idea ini dari sebuah organisasi rahsia, bukan dari filem X-Men. Haha...).

Dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas 'Latihan Operasi Hitam' di Luar Negara yang telah menjadikan saya seorang lelaki sepertimana saya hari ini. Kepada penyokong bola sepak Malaysia, ia merupakan satu penghormatan melakukan perkara ini untuk anda... Terima Kasih. DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 8:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap.

Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India memohon waran tangkap bagi dua rakyat Malaysia yang dituduh telibat dalam skandal Aircel-Maxis selain dua bekas menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan adiknya Kalanithi Maran.

Permohonan itu dibacakan oleh agensi siasatan dihadapan hakim khas OP Saini menyatakan saman yang dikeluarkan kepada ahli perniagaan Malaysia, T Ananda Krishnan dan warga Malaysia, Augustus Ralph Marshall tidak dilayan, lapor Hindustan Times.

Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap.

Selain adik-beradik Maran, Krishnan dan Marshall, mahkamah menamakan empat syarikat, Sun Direct TV Pvt Ltd, Maxis Communication Berhad, Asia Selatan Hiburan Holding Ltd dan Astro All Asia Network PLC sebagai tertuduh dalam kes ini, lapor Hindustran Times semalam.

Semasa pendengaran, adik-beradik Maran mencabar kuasa mahkamah khas 2G untuk menilai semula perjanjian berkaitan kes pengubahan wang haram Aircel-Maxis, dengan menyatakan ia bukan sebahagian daripada penipuan spektrum 2G maka tidak boleh didengari oleh hakim yang ditetapkan.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan saman terhadap tertuduh dan mengambil perhatian caj fakta Direktorat Penguatkuasaan (ED) terhadap enam yang dituduh di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA).

Ia menyatakan "bahan-bahan mencukupi" untuk meneruskan pertuduhan ke atas tertuduh.
Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap
Sementara itu, ED pada Isnin menentang rayuan jaminan kepada adik-beradik Maran kerana kes pengubahan wang haram masih dalam siasatan dan kemungkinan ia boleh mengganggu bukti dan boleh mempengaruhi saksi.

Mahkamah menjadualkan kedua-dua pendengaran pada 27 Ogos.

Isteri Kalanithi, Kavery Kalanithi dan Pengarah Urusan Asia FM Ltd (SAFL), K Shanmugam, juga dituduh bersama-sama dua syarikat, SAFL dan Sun Direct TV Pvt Ltd (SDTPL) dalam kes itu.

Tertuduh dicaj bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 120-B (konspirasi jenayah) daripada Kanun Keseksaan India dan di bawah seksyen yang berkaitan dalam Akta Pencegahan Rasuah.

Pada 29 Ogos tahun lepas, CBI memfailkan kertas pertuduhan kes yang mengandungi 151 nama saksi pendakwaan dan satu set 655 dokumen, yang digunakan sepanjang siasatan.

Menurut dakwaan CBI di mahkamah, Dayanidhi menekan dan memaksa promoter telekom yang berpangkalan di Chennai, C Sivasankaran untuk menjual kepentingannya dalam Aircel dan dua syarikat subsidiari Malaysia Maxis Group pada tahun 2006.

Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap

Dalam kes ED, pendakwanya, N K Matta mendapati wujud transaksi wang yang menunjukkan SDTPL dan SAFL menerima Rs 742,58 crore sebagai "hasil jenayah" dari syarikat berpangkalan di Mauritius dalam perjanjian Aircel-Maxis.

Agensi itu juga mendakwa hasil jenayah berjumlah Rs 549,03 crore dan Rs 193,55 crore diterima oleh SDTPL dan SAFL, serta dikawal oleh tertuduh bersama Kalanithi, masing-masing melalui pelbagai entiti yang berpangkalan di Mauritius.

Pendakwa ED merujuk kepada butir-butir transaksi wang antara firma-firma ini dan mendapati SDTPL menerima Rs 549,03 crore dari firma berpangkalan di Mauritius M / s Asia Selatan Hiburan Holding Ltd.

Sebelum ini, di mahkamah, ED mendakwa Dayanidhi menjana dana bernilai Rs 742,58 crore melalui cara yang tidak sah dan ia antara prima facie untuk meneruskan tuduhan terhadapnya dan individu lain yang tertuduh dalam kes itu.

Ananda Krishnan, Boss Maxis Kena Waran Tangkap.

Menurutnya, Dayanidhi mendapat "habuan haram" Rs 742,58 crore dan wang itu "diletakkan" di firma Kalanithi dengan mengunjurkan sebagai "sah".

ED juga mendakwa Kalanithi mengawal kedua-dua SDTPL dan SAFL, di mana wang itu disalurkan melalui sebuah syarikat berpangkalan di Mauritius.

Waran Tangkap Ananda Krishnan : India Perlu Pohon Kebenaran Mahkamah Malaysia Sebelum Tindakan Selanjutnya - KPN
siakapkeli.my

SHAH ALAM, 2 Ogos - Susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh India terhadap tokoh telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan dan seorang pegawai kanak syarikatnya berhubung kes penggubahan wang haram di India, PDRM berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah dari mahkamah negara ini.

"Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

"Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 10:21 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mahfuz hairan macam mana KPN boleh duduk diam tanpa apa-apa tindakan terhadap budak Naib Ketua Pemuda UMNO
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

*KES BUDAK KHAIRUL:KPN JANTAN KA*?

1.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya *tak dak teloq atau bukan jantan bila berdepan dengan budak Khairul Naib Ketua Pemuda Umno yang menjadi suruhan Umno*.Mana tidaknya,pada waktu budak ini buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri dia menyatakan mempunyai bukti yang kukuh.

2.Bila di siasat polis, KPN menyatakan laporan Khairul bersifat andaian sahaja.Maknanya laporan palsu yang diberikan kepada polis. *Tiba tiba 3 Ogos 2016 budak Khairul ini beri tahu media dengan laporan polis yang dia buat dia telah berjaya menghalang komplot untuk menggulingkan PM Najib dan Kerajaan*.Dia juga mempertahankan laporan yang dia buat adalah mewakili suara hati pemuda Umno termasuk Khairi Jamaludin walaupun PM Najib dan KJ menyatakan tindakan Khairul adalah tindakan peribadi dan bukan pendirian pemuda Umno.

3.Kenyataan budak Khairul suruhan Umno ini telah *menghina KPN dan PDRM*.Khairul seperti menidakkan kenyataan KPN yang menyatakan siasatan kes dihenti dan ditutup kerana laporan Khairul hanya bersifat andaian.Kenyataan budak Khairul suruhan Umno ini seolah menyatakan yang *Polis bangang tak tahu jalankan siasatan*.

4.Saya hairan macam mana KPN boleh duduk diam tanpa apa apa tindakan terhadap budak Khairul.Apa yang KPN takut pada pemuda Umno. *Adakah KPN kita bukan seorang jantan bila berdepan dengan pemuda Umno*.Apa yang ditakuti KPN budak Khairul,KJ dan Najib. *Adakah KPN juga dah dapat dedak lembu daging*.

5.Saya menyarankan *Tan Sri Khalid meletakan jawatan sebagai KPN dan cukup menyandang pangkat Koperal mengambil laporan aduan orang awam di balai Polis Menglembu Ipoh* jika gagal mengambil apa apa tindakan pendakwaan terhadap budak Khairul Umno selewat lewat hujung bulan Ogos ini.

‪#‎DakwaKhairul‬
‪#‎TebusMaruahPenjawatAwam‬
‪#‎SejahteralahMalaysia‬.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.00am Taman Al-Walid Alor Setar
4 Ogos 2016/1 Zulkaedah 1437H

LEPAK POLITIK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 7, 2016 10:21 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bekas Mufti Besar Mesir Terselamat Cubaan Bunuh Ketika Mahu Memasuki Masjid, Tetap Teruskan Khutbah & Imamkan Solat Jumaat
siakapkeli.my

Mesir, 5 Ogos - Bekas Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa, terselamat dalam satu cubaan bunuh pada Jumaat, lapor stesen televisyen tempatan.

Dalam kejadian itu, difahamkan empat lelaki bersenjata melepaskan beberapa das tembakan kearah Gomaa ketika beliau memasuki sebuah masjid. Bagaimanapun Gomaa terselamat dan salah seorang pengawalnya mengalami kecederaan kecil di kaki. Dua lelaki itu kemudian melarikan diri.

"Jika Ali Gomaa mati, akan ada berjuta-juta orang yang akan menggantikan tempatnya", kata Gomaa kepada stesen televisyen selepas berita itu tersebar.

"Saya memberi khutbah sejurus selepas saya terselamat", kata Gomaa.

Menurut sumber, Menteri dalam Negeri, Magdy Abdel-Ghaffar, telah menubuhkan satu pasukan besar untuk mengenalpasti penembak yang cuba membunuh Gomaa.

Menceritakan kejadian, Gomaa berkata empat lelaki itu telah melepaskan tembakan kearahnya ketika dia menghampiri sebuah masjid di Cairo, untuk menjadi imam di untuk solat Jumaat.

Ketika kejadian, keempat-empat lelaki itu sedang bersembunyi di dalam semak samun sebelum melepaskan tembakan.

"Saya berlindung di belakang dinding masjid," katanya.

Difahamkan juga, serangan itu menyebabkan pengawal Gomaa berbalas tembakan dengan penyerang itu yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

Gomaa berkata, biarpun baru sahaja lepas diserang, dia tetap mahu meneruskan khutbah jumaat dan mengimamkan solat Jumaat.

"Ini adalah satu mesej (kepada pengganas itu) yang saya tidak pernah goyah biarpun diserang", katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: