Tuesday, August 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4574[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4574

Messages

Mon Aug 29, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SIAPA KATA RAKYAT MALAYSIA MISKIN, MARI TENGOK GAMBAR INI
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kereta pun rakyat Malaysia buang kat tong sampah jer..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 29, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ambulans Bawa Bayi Berusia 8 Hari Terbalik Dilanggar Kereta
siakapkeli.my

Kuantan, 29 Ogos: Sebuah ambulans yang membawa bayi berusia 8 hari terbalik selepas dilanggar di lampu isyarat simpang MEC Jalan Gambang di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, bayi tersebut yang masih belum mempunyai pengenalan diri tidak mengalami kecederaan.

Pemandu ambulans terbabit, Salahuddin Saleh, 40, juga tidak mengalami kecederaan manakala jururawat klinik kesihatan Gambang, Hafizah Omar, 35, mengalami lebam di dahi dan pinggang.

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati ambulans yang dipandu Salahuddin yang dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini sudah pun memberi isyarat kecemasan ketika tiba di lampu isyarat simpang MEC.

"Pada masa sama, kereta dipandu seorang lelaki dari FELDA Chini, Pekan dari arah Plaza Tol Gambang menghala ke Jalan Kuantan-Segamat melanggar bahagian kiri ambulans itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, ambulans berkenaan terbalik di kanan jalan manakala semua mangsa termasuk bayi itu dibantu orang awam dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

Pelajar Temui Ajal Ketika Cuba Bantu Rakan Ambil Beg
siakapkeli.my

Putrajaya: Seorang pelajar tingkatan tiga di SMK Presint 9 (2) di sini maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.

Sumber Harian Metro berkata, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya itu mengambil beg tersebut.

"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal mengawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sumber : Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 29, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mat Redho Berjaya Lepas Pusingan Kedua 'Ninja Warrior' Vietnam, Kibar Jalur Gemilang Dengan Megah di Vietnam
siakapkeli.my

Vietnam, 28 Ogos - Rakyat Malaysia yang bertanding dalam pertandingan Sasuke Vietnam (Ninja Warrior versi Vietnam) berjaya melepasi pusingan kedua pertandingan tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, Mat Redho, yang memakai baju bertemakan jalur gemilang, dengan lancar menghabiskan aksi tersebut dengan masa 34 saat sahaja.

Disaat kemenangan, Mat Redho mengambil jalur gemilang yang dibawanya di dalam poket dan dengan bangga mengibarkan jalur gemilang itu di hadapan kamera televisyen dan penonton di pertandingan tersebut.

"Saya sangat gembira. Kita tunggu pula pusngan ketiga", kata Mat Redho selepas aksi terbabit.

Sebelum ini, Mat Redho pernah menjadi viral dalam kalangan netizen Malaysia apabila berjaya melepasi pusingan pertama pertandingan tersebut. - Siakapkeli.my

Aksi Redha Rozlan Dalam Ninja Warrior Kagumkan Netizen
siakapkeli.my

Video yang merakamkan Mohd Redha Rozlan yang menyertai program sukan televisyen Jepun, Sasuke Việt Nam atau lebih dikenali sebagai 'Ninja Warrior', mendapat pujian dari netizen Malaysia.

Redha yang juga seorang pegawai Teknologi Maklumat (IT) berjaya melepasi peringkat pertama permainan itu bagi kategori di bawah 46 saat dan beliau mungkin rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Redha Rozlan, yang turut dikenali sebagai Mat Redho pernal tampil dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014 yang menampilkan beliau berpasangan dengan pelakon Erin Malek.

Viet Nam News melaporkan, program sukan yang berasal dari Jepun itu telah memulakan musim keduanya di Vietnam pada 19 Mei lalu dan pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Mat Redho dengan bersahaja melepasi rintangan-rintangan sehingga ke titik penamat.

Selepas menematkan permainan itu, Mat Redho yang memakai baju berlambangkan Malaysia itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton. - Siakapkeli.my

Rakyat Malaysia Sertai 'Ninja Warrior'
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Video Mohd Redha Rozlan yang menyertai program hiburan sukan televisyen Jepun, Sasuke Vit Nam atau lebih dikenali sebagai 'Ninja Warrior', mengagumkan banyak warga Internet dari Malaysia.

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.

Lelaki kelahiran Pahang ini, yang dikenali sebagai 'Mat Redho' dalam akaun Facebooknya, menyiarkan temu bual dan persembahannya dalam program itu pada Isnin, yang disiarkan saluran Vietnam VTV3 .

Mohd Redha, yang berpasangan dengan pelakon Erin Malek dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014, mencatat 20,105 penonton melalui video sepanjang 2.47 minit itu.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Viet Nam News (VNS), Sasuke, program hiburan sukan itu berasal dari Jepun dan memulakan musim keduanya di Vit Nam pada 19 Mei.

Menurut akhbar itu, pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.

Peserta dikenakan temuduga atau uji bakat dan pusingan percubaan diadakan bagi menguji kemampuan mereka dari segi fizikal sebelum menyenaraipendekkan hanya 100 peserta.

Katanya, Sasuke menyediakan empat peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi sesuatu peringkat sebelum layak ke peringkat seterusnya dan setakat ini Sasuke disiarkan di hampir 200 negara.

Peserta perlu melepasi rintangan seperti Jambatan Pusing, Memanjat Tali, Lompat Berhalang, Salmon Ladder serta Spider Flip dan Dodging Hammer untuk sampai ke puncak menara dikenali sebagai Midori-yama dalam tempoh ditetapkan, lapor akhbar itu.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/rakyat-malaysia-sertai-ninja-warrior.html#ixzz4CysmZA5U
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Aug 29, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bekas model Playboy dilabel bodoh, gila peluk Islam

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


PETALING JAYA: Bekas model majalah Playboy, Raisyyah Rania Yeap dilabelkan bodoh dan gila kerana mengambil keputusan untuk bertudung serta memeluk Islam lebih dua tahun lalu.

Dugaan yang dihadapi wanita berkenaan tidak terhenti setakat itu, apabila rakannya turut menjauhkan diri daripada beliau kerana tidak memahami Islam serta cara hidupnya sebagai mualaf.

"Ada kawan yang mula menjauhkan diri apabila saya mula berhijab sebelum Islam, dan terkejut apabila mereka mengetahui saya agak petah bertutur dalam bahasa Malaysia.

"Katanya saya bodoh, gila dan pelik sebab 'ada orang Cina tak mau jadi (Cina), tapi mau jadi Melayu'.

"Tak mengapa, mereka tak faham perbezaan antara kaum dan agama, dan mereka lupa bahasa Malaysia itu bahasa kebangsaan orang-orang Malaysia," tulisnya dalam Facebook beliau, kelmarin.

Raisyyah Rania berkata, rakannya juga segan mengajak beliau keluar bersama disebabkan cara hidup dan penampilannya yang jauh berbeza dengan mereka.

Beliau berkata, semua ini berlaku kerana mereka tidak memahami cara hidup dan kewajipannya sebagai seorang umat Islam serta isteri.

"Mungkin diri dan hati kita sendiri rasa selesa dan senang untuk melangkah keluar dari kejahilan dan keseronokan dunia, tetapi fahamilah yang ianya mungkin tidak sama untuk kawan-kawan kita di sekeliling.

"Mungkin suatu hari mereka akan faham, jika mereka membuka hati. Sehingga waktu itu tiba, kita doakan sahaja mereka untuk dapat hidayah dan semoga Allah membuka hati mereka," tulisnya.

Wanita berusia 30 tahun itu mula bertudung pada Disember 2013 sebelum memeluk Islam pada 3 Julai 2014 dan berkahwin pada 6 Jun 2015.

Wanita Palestin dipecat hari pertama bekerja kerana bertudung

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Seorang warga Palestin dipecat Datuk Bandar Luckenwalde di Jerman pada hari pertama beliau bekerja kerana enggan menanggalkan tudungnya.

Portal berita dw.com yang memetik akhbar tempatan, Märkische Allgemeine sebagai melaporkan, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu apabila wanita berusia 48 tahun itu yang sepatutnya menjalani latihan amali selama enam minggu untuk sebuah projek membantu pelarian, mengingkari arahan Elisabeth Herzog-von der Heide.

Elisabeth berkata, kerajaan tempatan itu mengamalkan prinsip berkecuali dalam premisnya, jadi tiada salib digantung pada dinding bangunan majlis perbandaran, apatah lagi pemakaian tudung.

"Tudung adalah satu cara untuk menunjukkan kepercayaan agama seseorang," katanya sambil menambah syarat itu akan dijelaskan kepada pelatih sebelum mereka mula bekerja pada masa depan.

Pelatih berkenaan enggan menanggalkan tudung di hadapan lelaki kerana perbuatan tidak menutup aurat bertentangan dengan agamanya.

Pemecatan itu dikritik ahli politik parti konservatif, Kesatuan Demokratik Kristian (CDU), Sven Petke kerana tiada undang-undang yang melarang wanita bertudung di Jerman.

Beliau berkata, Mahkamah Perlembagaan Persekutuan Jerman sudah memutuskan kepercayaan peribadi dan cara berpakaian seseorang itu tidak patut dihalang atau dihina.

"Itu berbeza dengan menggantung salib pada dinding," katanya.

Bagaimanapun, ada yang menyokong keputusan Elisabeth.

"Jika salib tidak dibenarkan digantung dalam bangunan majlis perbandaran, maka tiada layanan istimewa perlu diberikan kepada umat Islam.

"Jadi, datuk bandar itu wajar dipuji bukannya dimarahi kerana keputusannya," kata ahli Parlimen parti berhaluan kanan, Alternatif untuk Jerman, Thomas Jung yang terkenal dengan pendirian anti-Islamnya.

Walaupun ia dibenarkan di Jerman, pemakaian tudung ke tempat kerja, khasnya dalam sektor awam dan perundangan adalah isu kontroversi sejak sekian lama.

Berlin sedang mempertimbangkan larangan memakai purdah di ibu negara Jerman itu.

Wanita Islam Dihalau Dari Sebuah Restoran Mewah

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PERANCIS - Sebuah restoran mewah Perancis dianggap sebagai Islamophobia selepas didakwa enggan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Islam dengan alasan semua penganut agama itu sebagai pengganas.

Menerusi rakaman video yang disebarkan secara meluas di Perancis, dua orang wanita Islam dilihat tidak menerima layanan daripada sebuah restoran dikenali sebagai Le Cenacle yang terletak berhampiran Tremblay - en - France.

Difahamkan, seorang lelaki yang merupakan chef di restoran terbabit enggan memberi layanan dan mendakwa bahawa semua umat Islam merupakan pengganas dan dia berhak untuk memberi pendapat memandangkan Perancis merupakan sebuah negara sekular.

Wanita terbabit ternyata terkejut dengan dakwaan chef tersebut dan menjelaskan bahawa mereka tidak mahu menerima layanan daripada seorang yang rasis.

Lelaki terbabit kemudiannya mengarahkan dua wanita terbabit untuk meninggalkan restoran tersebut.

Wanita tersebut kemudiannya meninggalkan restoran terbabit selepas menerima layanan buruk daripada chef berkenaan.

Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa chef terbabit telah disiasat oleh polis berikutan daripada tindakan diskriminasi kaum yang ditunjukkan olehnya ke atas dua wanita itu.

"Saya terlepas cakap dan saya minta maaf.

"Sahabat saya meninggal dalam serangan di Bataclan dan saya benar-benar tidak percaya apa yang saya katakan sebelum ini kepada mereka.

"Kenyataan saya tidak mencerminkan apa yang saya fikir,"kata chef terbabit kepada media tempatan.

Masyarakat Islam tempatan di sana turut berkumpul di luar restoran tersebut pada hujung minggu lalu bagi menuntut permohonan maaf di atas insiden yang berlaku tersebut.

Selain itu, Jawatankuasa Menentang Islamophobia di Perancis (CCIF) turut mengeluarkan kenyataan bagi menyokong kedua-dua wanita berkenaan dan berjanji untuk memberi sokongan undang-undang kepada mereka.

Ketegangan di Perancis semakin meningkat sejak beberapa minggu ini selepas larangan memakai burkini dikenakan ke atas umat Islam di sana.

Beberapa bandar di Perancis telah mengharamkan pemakaian burkini di kawasan pantai khususnya melibatkan wanita Islam.

- independent.co.uk

Pemimpin pembangkang Belanda ikrar tutup masjid, haramkan Quran

Dilulus untuk paparan oleh Editor
tranungkite.net

THE HAGUE: Pemimpin parti pembangkang terbesar di Belanda, Geert Wilders berikrar akan menutup masjid dan "mengharamkan al-Quran" jika beliau dipilih sebagai perdana menteri pada tahun depan.

"Semua masjid dan sekolah agama Islam akan ditutup serta al-Quran diharamkan," menurut dokumen menggariskan program pilihan raya Parti Kebebasan (PVV) menjelang pilihan raya Parlimen pada Mac 2017 yang turut dimuat naik ke Twitter Wilders, kelmarin.

Menurut PVV, ia akan menterbalikkan "Islamisasi" di Belanda menggunakan pelbagai cara, termasuk melarang wanita Islam bertudung di khalayak ramai, mengharamkan pendatang dari negara Islam, menutup sempadan dan pusat pencari suaka.

Di sebalik krisis pendatang asing tanpa izin (PATI) di Eropah, tinjauan pendapat sejak beberapa bulan lalu menunjukkan PVV mempunyai kelebihan berbanding gabungan parti pemerintah, iaitu Parti Buruh serta Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi yang diketuai Perdana Menteri, Mark Rutte.

Tinjauan pendapat pada hujung tahun lalu meramalkan sokongan meningkat secara mendadak untuk PVV dan ia akan memenangi 38 kerusi daripada 150 kerusi Parlimen.

Namun, ia kemudiannya merosot. Satu tinjauan daripada Ipsos pada Ogos lalu menjangkakan parti itu hanya mampu mendapat 28 kerusi, lebih banyak daripada 12 kerusi dikuasai PVV ketika ini.

Krisis PATI memecahbelahkan Belanda yang mempunyai populasi 17 juta orang sehingga menyebabkan perbincangan hangat dan serangan ke atas pusat pelarian.

Wilders yang akan didakwa atas pertuduhan menghasut kebencian antara kaum pada Oktober ini berkata, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mengadakan pungutan suara bagi menentukan jika Belanda akan keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), selepas cubaan pertama yang gagal pada Jun lalu, ekoran keputusan Britain yang mengejutkan.

Partinya juga berjanji akan menghentikan semua pemberian bantuan asing bagi meningkatkan pembiayaan dana untuk polis dan keselamatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 29, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



HAMPIR RM4 BILLION DALAM AKAUN NAJIB?
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot.

HAMPIR RM4 BILLION DALAM AKAUN NAJIB !!!

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.

Najib mendakwa kononnya AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

TS Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah TS Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Najib.

"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Najib sebelum itu.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan

TS Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.

Dakwaan TS Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.

Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".

Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.

Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.

DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.

TS Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.

TS Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

https://m.facebook.com/GKCMBKB/photos/a.429809743894588.1073741828.429798750562354/521189631423265/?type=3

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 29, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja Lelaki Mati Akibat Strok Yang Dipercayai Berpunca Dari 'Gigitan Cinta' Oleh Kekasih
siakapkeli.my

Foto Hiasan.

Mexico, 28 Ogos - Seorang remaja lelaki mati selepas mengalami strok yang dipercayai berpunca dari satu gigitan cinta (love bite) yang diberikan oleh kekasihnya.

Beberapa laporan di Mexico melaporkan bahawa remaja tersebut, Julio Macia Gontzalez mengalami sawan secara tiba-tiba sebelum mati di meja makan.

Pakar percaya bahawa gigitan cinta yang diberi oleh kekasihnya telah menyebabkan pembentukan darah beku, yang kemudiannya bergerak ke otak remaja 17 tahun itu.

Kekasihnya, yang berusia 24, telah menghilangkan diri dan keluarga Julio kini menyalahkan gadis tersebut penyebab kematiannya.

Ini bukanlah kali pertama kes strok yang disebabkan oleh gigitan cinta.

Pada 2011, seorang wanita 44 tahun dari New Zealand mengalami lumpuh separa selepas darah beku bergerak ke arah hatinya.

Bagaiamanapun, wanita itu dilaporkan berjaya sembuh sepenuhnya.

Dr. Teddy Wu, doktor yang bertanggungjawab merawat wanita berkenaan berkata : "Setahu saya, ini adalah kali pertama seseorang itu dihospitalkan akibat gigitan cinta" - Siakapkeli.my

Sumber : Mirror, NBC26, Metro.co.uk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 29, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki Buat Laporan Polis 'Ular Patuk' Kereta Sampai Remuk
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Seekor dari sekumpulan 'ular' yang melintas jalan dikatakan telah 'mematuk' sebuah kereta yang dipandu oleh seorang jurujual sehingga remuk.

Kemudian, ular itu lari bersama dengan kumpulannya ke dalam semak di Jalan Besar Sungai Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.

Itulah laporan yang diterima oleh anggota polis di Balai Polis Ulu Yam Baharu dari seorang lelaki berusia 48 tahun pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, siasatan polis kemudiannya mendapati ular yang dimaksudkan itu adalah seekor kuda.

"Pengadu yang merupakan seorang lelaki dan berasal dari Puchong sebenarnya tidak fasih berbahasa Melayu sehingga kuda disebut ular. Pengadu sebenarnya diserang sekumpulan kuda yang melintas jalan tersebut," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam kepada Bernama pada Ahad.

Supramaniam berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.

Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit.

Sumber : Bernama.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 29, 2016 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Polis Siasat Pengguna Jalan Raya Buat Aksi Bahaya
siakapkeli.my

Keratan video yang viral

BENTONG 28 Ogos - Polis memandang serius tindakan berbahaya pengguna jalan raya yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta ketika kenderaan itu sedang bergerak sepertimana yang viral di media sosial hari ini.

Dipercayai, kejadian dirakam di Jalan Genting Highlands di sini baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden S. Somu, siasatan sedang dijalankan termasuk mengenalpasti identiti mereka yang melakukan perbuatan itu.

Tindakan tersebut diambil susulan rakaman perbuatan tiga penumpang kenderaan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

"Kejadian dipercayai melibatkan tiga penumpang wanita yang duduk di bahagian tingkap kereta semasa kenderaan itu sedang bergerak ke puncak Genting Highland yang telah viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

"Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan, tetapi berdasarkan rakaman, laluan dipercayai di daerah Bentong iaitu jalan menuju ke Genting Highlands," katanya di sini hari ini.

Kata Somu lagi, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

Katanya, kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 bagi penumpang kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

"Kita minta mana-mana individu yang merakam kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat lanjut untuk membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Safie Yasin di talian 012-7045464," katanya.

Selain Facebook dan Whatsapp, video itu turut sama di kongi di Twitter yang mana mendatangkan banyak kritikan dari netizen.

- Sumber : Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Aug 29, 2016 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TNB Tukar No Acc Bil Pengguna, Bayaran Terbaru Dianggap Tidak Diterima TNB.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net

Kisah neh sebenarnya dah viral 4,5 hari yang lepas. Aku cuma nak reshare sebab lagi beberapa hari kita akan menerima bill TNB. So, sila semak dengan teliti bill masing2 terutamanya yang bayar online. Aku pun bayar online. Tapi aku dahsyat sikit. Aku jarang dapat tengok bill. Aku main bayar je ikut suka. Bila perasan ada tunggakan mula la aku mengata TNB sesuka ahti. Bila ada negatif bill (sebab terbayar lebih) pun aku mengata TNB sambil puji diri sendiri. Oke tak perangai aku?? Bagus khannn?

Kahkahkahkah!

Ringkasnya. Check bila semasa. Semak acc nombor sebelum melakukan sebarang bayaran. Jika ada kesilapan dari pihak TNB, laju2 print out bukti pembayaran online dan serangg. Jangan bagi dorang chance oke.

Kahkahkah!

KENYATAAN MEDIA 23 OGOS 2016 ADUAN BERKENAAN BIL TNB, ADAKAH TNB SENGAJA CUAI ?

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapat banyak aduan berkenaan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kelihatan sengaja cuai dan boleh dianggap menipu. TNB kononya mempertingkatkan sistemnya dengan menukar nombor akaun pelanggan tanpa memaklumkan pelanggan. Pertukaran nombor akaun ini telah menyebabkan banyak wang pelanggan hilang.

2. Contohnya ialah pelanggan yang membayar secara auto debit (arahan bank) atau membuat bayaran dengan permindahan atas talian (online) melalui 'favorites account' akan membuat pembayaran kepada akaun lama bil TNB mereka. Ramai terkejut apabila bulan ini menerima bil baru dengan jumlah tertunggah yang menunjukkan bulan lepas tidak dibayar walaupun mereka sudah bayar melalui atas talian atau arahan bank.

3. Contoh kedua ialah pelanggan yang membayar lebih dengan nilai negative di bil. Sepatutnya bil baru terus ditolak dengan baki lebihan bulan lepas malangnya apabila nombor akaun bertukar jumlah lebihan tersebut tidak dibawa kehadapan.

4. Bila panggilan dibuat ke TNB Careline, telefonis yang menjawab meminta pelanggan agar pergi ke kaunter TNB membawa bil lama dan bil baru bagi mengemas kini akaun mereka kononya TNB ada sedikit masalah kerana pertukaran sistem yang mana nombor akaun pelanggan bertukar.

5. Kenapa TNB tidak memaklumkan kepada pelanggan berkenaan pertukaran sistem yang membawa kepada pertukaran nombor akaun pelanggan pelanggan ? Jika pelanggan sedar dan tampil ke kaunter TNB membuat pembetulan dan penyelarasan maka selamatlah wang tetapi berapa ramai yang tak sedar dan berapa puluh juta TNB 'menggelapkan' wang pelanggan melalui cara ini. TNB digesa tampil meminta maaf dan menyelesaikan perkara ini segera.

6. Sebelum ini SAMM pernah membangkitkan TNB mengutip dalam bil dinyatakan sebagai Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baru sekitar 1% yang dilihat sebagai pemerasan kecil yang akhirnya membawa jumlah jutaan ringgit kemana sebenar dan berapa jumlah kutipan TNB masih gagal perjelaskan.

Sekian
Faisal Zainal
Penyelaras Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, August 28, 2016 10:06 PM
Subject: Fw: Mansuh bil TNB bulan Julai

FAQ Pengebilan BCRM TNB

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

FAQ Pengebilan BCRM TNB

Kenapa saya masih tidak menerima bil bulan Julai 2016?*

TNB sedang dalam proses menaiktaraf sistem pengebilan. Bagi pengguna yang tidak menerima bil bulan Julai, mereka akan menerima bil pada bulan Ogos 2016 melalui pos atau dihantar oleh pembaca meter TNB. Walau bagaimanpun, pengguna boleh dapatkan salinan bil melalui cara-cara berikut:

Layari dan daftar di www.mytnb.com.my
Kunjungi Kedai Tenaga yang berdekatan
Hubungi TNB Careline 1300 88 5454

Adakah saya akan dikenakan caj penalti disebabkan kelewatan pembayaran bil?

Tidak

Kenapa nombor akaun saya bertukar?

TNB telah menggunapakai sistem pengebilan yang baru dinaiktaraf. Pertukaran nombor akaun ini dirasakan perlu bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.

Adakah saya perlu mendaftarkan semula permohonan Autopay atau Direct Debit dengan nombor akaun baru?

Tidak perlu.

Adakah saya perlu mendaftar semula favourite bill payment di dalam internet banking?

Semua favourite setting pada online banking perlu didaftarkan semula dengan nombor akaun TNB yg baru KECUALI maybank2u dan AGRONet.

sumber : FB TNB Careline & www.tnb.com.my

Adakah saya perlu bayar lebih daripada lazim? Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter.

Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 30 hari, TNB akan menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan. Sebagai contoh: Tempoh pembilan = 45 hari Faktor prorata dikira: 45/30 = 1.5 Jumlah unit digunakan: 452 kWh. Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, pengguna dapat menikmati 300 unit pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

Mansuh bil TNB bulan Julai – CAP
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Ekoran kesulitan yang berpunca daripada tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa bil bulan Julai pengguna domestik dimansuhkan.

Menurut kenyataan CAP yang dipetik Free Malaysia Today, TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.

Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal, tidak menerima bil bulan Julai, menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka, antara isu yang dibawa pengguna kepada CAP.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, oleh kerana pendekatan TNB mengelirukan pengguna maka wajarlah mereka (TNB) menangung bil bulan Julai pengguna domestik yang dibeban secara berganda.

"Kami membantah tindakan TNB menghantar bil Julai dan Ogos sekali gus pada bulan Ogos.

"Kenyataan TNB yang menyatakan tidak akan memotong bekalan elektrik bagi mereka yang lewat menerima bil bulan Julai pula tiada kaitan dengan pengguna.

"Soalnya ialah apa akan berlaku kepada pengguna yang dibebankan dengan dua bil dalam sebulan dan tidak mampu membayarnya sekali gus? Bolehkah mereka mendapat jaminan bahawa bekalan elektrik mereka tidak "dipotong"?" soal beliau melalui artikel tersebut.

Idris menggesa TNB bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

"CAP juga meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau hal ehwal "tenaga" seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga memastikan tindakan ini diambil. Lebih baik lagi, TNB perlu melakukannya secara sukarela sebagai cara mengganti rugi pelanggan mereka," katanya.

TNB Perkenal Transaksi Dalam Talian
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melancarkan portal sehenti di www.mytnb.com.my hujung bulan ini bagi membolehkan pengguna membuat urusan 'tanpa sempadan'.
Dalam satu kenyataan di sini, TNB berkata 8.6 juta pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi dan mendapat akses kepada maklumat yang mereka kehendaki.

"Semasa tempoh peralihan sistem sepanjang bulan Julai ini, gangguan kecil mungkin terjadi bagi beberapa transaksi.
"Bagaimanapun, warga kerja kami sedia membantu dan akan berusaha sebaik boleh bagi mengurangkan gangguan tersebut," kata TNB.

Urusan yang boleh dibuat termasuklah permohonan bekalan, pertukaran nama dan penutupan akaun.
Perkhidmatan lain ialah pemulangan wang cagaran dalam tempoh yang lebih singkat dan terus didebitkan ke akaun bank pelanggan serta pembayaran bil.
Pelanggan juga boleh mendapat akses kepada maklumat dan trend penggunaan elektrik dan carian ke portal-portal lain yang berkaitan industri elektrik. - BERNAMA

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/tnb-perkenal-transaksi-dalam-talian.html#ixzz4DQoQee5p
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: