Tuesday, August 9, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4563

8 Messages

Digest #4563

Messages

Mon Aug 8, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kecoh dalam saingan Liga Super

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

SEKURANG-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di sini malam tadi.‎

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.

Ketika penyokong JDT berada di tengah padang bagi meraikan kemenangan itu, provokasi tercetus sehingga menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan saling membaling botol minuman selain turut melontar mercun.

Setengah jam kemudian, kira-kira 1,000 penyokong JDT diarahkan oleh pihak keselamatan untuk berkumpul di tengah padang sebagai langkah keselamatan selama hampir satu jam.

Sementara itu, jurufoto NSTP yang cedera, Supian Ahmad, 36, mendakwa beliau diserang penyokong JDT di tengah padang selain dipijak di beberapa bahagian badan.

"Kamera saya yang bernilai kira-kira RM30,000 juga dirampas dan saya mengalami kecederaan di kaki, mata dan perut akibat dipijak," katanya. - Bernama

Perak Bangsat Dan JDT Bangsat Punca Pergaduhan
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

Penyokong JDT menyerang jurufoto NSTP, Supian Ahmad (kiri) selepas tamat perlawanan Perak menentang JDT di Stadium Ipoh, semalam (Foto petikan video Ihsan RTM) dan keadaan Supian yang cedera.

Ipoh: Tujuh laporan termasuk dua kecederaan anggota polis diterima dalam pergaduhan membabitkan penyokong Perak dan Johor Darul Ta'azim (JDT) di Stadium Perak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis turut membuka satu kertas siasatan membabitkan tangkapan dua penyokong JDT yang membawa masuk suar ke dalam stadium.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 31 tahun yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1975.

"Punca kejadian dipercayai disebabkan provokasi kedua-dua penyokong yang mengeluarkan perkataan 'Perak bangsat' dan 'JDT bangsat' diiringi paluan gendang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

"Cacian dan maki kemudian bermula diikuti balingan objek seperti botol minuman dan mercun sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku di tempat duduk penyokong sebelum petugas stadium dan polis membuka pintu pagar untuk mengasingkan mereka," katanya.

Sum berkata, penyokong JDT yang diasingkan dalam padang kemudian bertindak agresif merosakkan papan iklan sebelum mengambil botol air, batu serta serpihan kerusi dan melontarkannya ke arah penyokong Perak.

Menurutnya, penyokong Perak yang berada di tempat duduk penonton mula membalas tindakan itu dengan membaling objek ke arah penyokong JDT.

Menurutnya, selain tujuh laporan dan satu kertas siasatan tangkapan, polis turut membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Jurugambar NSTP cedera diserang, kamera dicuri
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

ANGGOTA Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal penyokong JDT di tengah padang selepas tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum itu. - Foto Muhaizan Yahya


ipoh: jurugambar new strait times press (nstp) supian ahmad, cedera di muka dan tangan selepas diserang penyokong bola sepak johor darul takzim (johor dt) selepas tamat perlawanan bola sepak saingan liga super di stadium perak, malam tadi.

selain mengalami kecederaan, kamera jenis canon 1dx yang digunakan oleh mangsa sewaktu bertugas dianggarkan bernilai lebih rm30,000 turut hilang dicuri penyokong pasukan terbabit.

kejadian berlaku apabila penyokong johor dt diarahkan oleh pihak unit simpanan persekutuan (fru) dan polis untuk masuk ke tengah padang selepas tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum itu.

Menurut supian, 36, segelintir penyokong johor dt bertindak menyerbu ke arah jurukamera yang berada di belakang pintu gol. "pada mulanya, salah seorang daripada mereka menarik saya sehingga jatuh dan memukul bahagian muka sebelum memijak belakang leher.

"saya tidak sempat untuk mengelak serangannya. "ketika itu, saya menyedari kamera dan lensa sudah tiada," katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.

insiden tersebut menyebabkan kedua-dua mata dan leher supian bengkak. jelasnya, dia mengesyaki penyokong yang menyerangnya itu berada dalam pengaruh alkohol berikutan bau daripada mulut salah seorang daripada mereka yang menyerangnya.

-bharian

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/08/jurugambar-nstp-cedera-diserang-kamera.html#ixzz4GeejxfXI
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

INI DIA SPESIS BANGSA JOHOR YANG SAKAIKAN SEMUA ORANG PERAK SEMATA2 SEBAB BOLA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Bahasa ko tu yng mcm sakai..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 8, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rahman Dahlan mengesahkan yang Malaysia Official 1 (MO1) tu adalah Najib?
bloglist-malaysia.blogspot 
cenangau.blogspot
Lagi pun, macam kata Rahman Dahlan, Najib mungkin tidak disiasat kes pengubahan wang haram 1MDB di Amerika tu jadinya nama dia memang tak sesuai disebut tak sama macam Riza Aziz, Jho Low dan beberapa orang lagi tu.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "'Hanya orang bodoh tak tahu siapa MO1, tapi Najib tak terlibat'" melaporkan:

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adlah bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya. - Mkini.
Memang tepat sekali macam yang menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno ni kata. Hanya orang yang bodoh macam menteri-menteri lain saja yang kata MO1 tu bukan Najib.

Juga dilaporkan:

"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya pada sidang akhbar, sambil menambah mereka yang sudah biasa dengan isu itu dan membaca dokumen mahkamah akan tahu siapa yang MO1.

"Soalan yang paling penting ialah mengapa mereka meletakkan Malaysian Official 1 (dalam kertas mahkamah dan bukannya terus menamakannya)?

"Malaysiakini tak tanya, mereka hanya tanya siapa MO1. Mengapa mereka (DOJ) tidak menamakan dia tetapi nama MO1 ...?

"Sebab mengapa orang itu tidak dinamakan sebagai Najib adalah kerana beliau tidak terlibat atau sebahagian daripada siasatan," katanya.

DOJ hanya menggunakan ini bagi merujuk mengenai seseorang kerana menamakan beliau tidak akan berlaku adil kepadanya, katanya.

"Ini sebenarnya satu petunjuk bahawa Najib bukan di kalangan orang-orang yang disiasat," katanya.

"Mereka menggunakan nama samaran kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan dan ini adalah satu perkara yang baik," katanya. - Ibid.
Dalam berita tu walaupun Rahman tak kata MO1 tu Najib tapi dia jugak tak nafikan secara terang yang MO1 tu bukannya Najib, cuma dia kata Najib tak dinamakan sebab terlibat dalam siasatan DOJ tu.

Persoalan yang ramai tertanya-tanya sebab apa DOJ tak namakan Najib tapi sebaliknya guna perkataan "Malaysia Official 1".

Fahri Azzat seorang peguam yang agak terkenal bagi penjelasan dari sudut undang-undang yang pada aku sangat relevan.

"Berkenaan dengan Malaysian Official 1, ini kerana dia seorang ahli politik yang masih memegang jawatannya. Jadi seperti yang diucapkan oleh bekas duta US ke Malaysia John Mallot, adalah merupakan polisi US untuk tidak menamakan ahli politik sebagai budi bahasa diplomatik.

Sebab lain kenapa mereka tidak menamakannya adalah mungkin kerana mereka tidak boleh dipersalahkan dari segi undang-undang, jadi perbuatan menamakan mereka boleh memberi kesan yang buruk terhadap reputasi masing-masing." – Fahri Azzat.
Aku sangat tak mahir dalam bab undang-undang ni tapi setakat yang aku tau orang yang ada taraf diplomat menang kebal dari undang-undang dan tentunya Najib sebagai seorang Perdana Menteri tentu bertaraf diplomat di mata negara luar.

Lagi pun, macam yang Rahman Dahlan kata, Najib mungkin tidak disiasat secara langsung dalam kes pengubahan wang haram 1MDB tu jadinya nama dia memang tak sesuai disebut tak sama macam Riza Aziz, Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny yang mana depa disebut secara jelas oleh DOJ.

Pun bagitu ada jugak teori yang kata Malaysia Official 1 tu bukan Najib sebab tak tepat berdasarkan kreteria yang DOJ nyatakan, tambah pulak DOJ juga namakan Malaysia Official 2 dan Malaysia Official 3 macam rencana Malaysiakini yang bertajuk "Siapa '1MDB Officer 1, 2, 3' dalam senarai Amerika?"

Pada aku secara peribadi aku pun tak berapa setuju Malaysia Official 1 tu merujuk kepada Najib pasai pada aku nampak tak berapa nak tepat macam status yang aku tulis facebook aku:

Cenangau Daunkari
Siapa sebenarnya 'Malaysia Official 1'?

Status aku sebelum ni adalah dirujuk.

Ramai yang silap besaq bila depa yakin sungguh-sungguh hat yang DOJ kata tu tentu PM Malaysia Najib Razak.

Bila DOJ guna istilah Malaysia Official 1 mungkin pasai depa ada bukti ujud unofficial 2 contohnya.

Hat viral khabar angin skandal yang kat Port Dickson dulu tu contohnya mungkin Malaysia Unofficial 3 kut ...

Hahaha...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 8, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



3 Maut Kereta Terbabas Sebelum Masuk Longkang
siakapkeli.my

SERDANG, 7 Ogos - Tiga dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan PU3, Taman Puchong Utama di sini dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kenderaan jenis Honda DRV yang dinaiki oleh tiga mangsa itu dipercayai terbabas sebelum memasuki longkang berhampiran.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai maut di tempat kejadian.

Harian Metro pula melaporkan mangsa terdiri dari dua wanita dan seorang lelaki.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Sumber : Kosmo

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 8, 2016 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mufti Perak: 'Tidak perlu bincang' lagi, Pokemon Go sudah jelas haram
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

DETIK DAILY



IPOH — Dikhuatiri mempunyai unsur judi, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggesa semua negeri mengharamkan permainan maya di telefon, Pokemon Go.

"Perkara berkaitan pengharaman permainan ini saya ada ulas sejak minggu lepas lagi. Sebarang perkara yang melibatkan perjudian dan melalaikan, ia adalah haram.

"Bagi saya, pengharaman permainan ini perlu dibuat dan melibatkan semua negeri di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat memandangkan permainan berkenaan dibimbangi mempunyai unsur perjudian selain mampu melalaikan masyarakat, termasuk umat Islam.

Beliau berkata perkara yang sudah sedia haram juga tidak perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri seperti hukum yang jelas terhadap arak.

"Tidak perlu perbincangan sebab permainan itu sudah jelas haram dan bertentangan dengan Islam," katanya.

Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos mengkaji permainan ini, yang menjadi kegilaan dunia sejak ia dilancarkan awal bulan lalu di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Pokemon Go, yang boleh dimainkan di Malaysia mulai semalam, dilarang untuk umat Islam atas faktor maslahah dan kemudaratan.

"Mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah, yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku — pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya," kata Datuk Zulkifli Mohamad kelmarin.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan permainan realiti berperantara Pokemon Go lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

Semalam, beliau dilaporkan berkata kajian Jabatan Mufti Pulau Pinang sebelum ini juga menunjukkan aspek negatif permainan itu melebihi perkara positif.

Ramai yang mengaku Islam telah diperbodohkan oleh 'Game Pokemon Go'

bloglist-malaysia.blogspot 

Terpaksa berhenti di tepi lebuh raya, 'wabak' Pokemon undang bahaya?

ARIF ATAN

 

Nahas jalan raya selepas ini dibimbangi bakal berpunca daripada ketagihan Pokemon

Golongan muda terutamanya dilihat mulai dilanda 'wabak' ketagihan permainan telefon bimbit baharu, Pokemon Go apabila mulai dilancarkan secara rasmi di Malaysia semalam.

Laman Facebook, Pokemon Go Malaysia setakat hari ini dengan lebih 59,000 pengikut turut memuatkan perkongsian pengalaman mereka yang cuba untuk menangkap makhluk animasi tersebut.

Antaranya, Khalif Samsudin ketika dalam perjalanan dari Bangi ke rumahnya di Shah Alam melalui Lebuhraya Baru Pantai lewat tengah malam tadi.

"Terpaksa stop tepi highway (bagi signal walaupun tetap salah) just untuk tangkap this majestic creature Pikachu!" akuinya meceritakan pengalamannya mencari dan menangkap karakter maya Pokemon seperti Pikachu di lokasi alam nyata.

Sementara itu, pengguna Facebook, Ainul Azie Azuren mengakui seronok dengan permainan yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Android atau telefon iPhone itu.

"Wah, bestnya dapat Pikachu. First time main jadi ketagih. Lepas ni kena slow down sikit. Memang bahaya, haha," ujarnya lagi.

Pada masa sama, Facebook 'Pokemon Go Malaysia' juga menjadi ruang bagi ramai lagi anak muda berkongsi cara dan tips permainan berkonsepkan integrasi dunia nyata dan maya itu.

Selepas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan pengharaman Pokemon Go dan Pokemon itu kelmarin, Kelantan akan memutuskan status permainan siber itu bulan depan manakala Kedah pula akan menelitinya lebih lanjut. -malaysiadateline

* Silalah baca surah Al-Asr سُوۡرَةُ العَصر بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Surah Al-Asr Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1)

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;(2)

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)

Mufti Wilayah Persekutuan dihentam teruk kerana Fatwa Pokemon.
bloglist-malaysia.blogspot 
sisibukit.blogspot

Adakah anda mahu kenal Mufti Wilayah Persekutuan? Dr. Zulkifli Al-Bakri? Beliau dihentam dengan teruk kerana fatwa berkaitan Pokemon. Okey jika anda tidak bersetuju dengan fatwa tersebut, bolehlah dibahaskan. Ini kerana dalam fatwa tersebut, Dr. Zulkifli Al-Bakri sendiri menyatakan:

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go

Maka ia masih terbuka kepada perbincangan pro dan kontra.

Cuma, sedihnya, banyak komen mengheret isu-isu lain kepada Mufti Wilayah. Kononnya mufti duitan, pembodek kerajaan, tak berani tegur pemimpin dan lain-lain.

Di sini saya kongsikan tulisan daripada status FB Ustaz Razif Fuad, seorang penuntut ilmu yang rapat dengan Dr. Zulkifli al-Bakri dan yang saya ambil daripada wikipedia berkaitan Dr. Zulkifli al-Bakri.

~~~~~~~~~~~~~
-1-

Selepas beberapa hari dilantik 2 tahun lalu, beliau dipanggil bertemu DS Najib. Beliau serahkan beberapa buah buku yang beliau pilih sendiri kepada PM. Antaranya, buku yang beliau tulis sendiri berjudul "Pemimpin Yang Adil: Rahmat Untuk Rakyat". Rujuk [https://facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/431189773687674/?type=3]

Selain daripada mereka yang sekadar berdegar-degar di Facebook, ada yang berani menegur dengan kaedah sedemikian?

-2-
Beliau Mufti pertama dalam Malaysia yang keluarkan Irsyad berhubung bolehnya mangsa banjir Kelantan menerima zakat. Satu pandangan kontemporari yang banyak menyelesaikan masalah mangsa banjir. Masih katakan beliau hanya tahu berfatwa isu remeh?

-3-
Antara isu utama di Wilayah adalah masalah Masjid yang tidak cukup untuk menampung jemaah bagi Solat Jumaat. Sejak pelantikan beliau pada Jun 2014, jumlah permohonan Surau Jumaat yang diluluskan adalah yang tertinggi; sekaligus banyak menyelesaikan isu KELEWATAN ribuan pekerja Muslim masuk ke pejabat selepas solat Jumaat akibat kesesakan yang merupakan antara indikator utama pekerja yang produktif.

-4-
Saya percaya kebanyakan daripada anda ada kisah peribadi dengan Mufti Wilayah yang membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang dimomokkan oleh mereka yang langsung tidak kenal beliau. Kita tahu semua label negatif itu tidak benar.

-5-
Biasanya kalau sekadar berceramah di tempat yang berhampiran, beliau lebih selesa menaiki Perodua Viva dan hampir-hampir tidak dibenarkan park di kawasan khas penceramah kerana tidak sangka seorang Mufti cuma datang dengan Viva. Masih katakan beliau cuma nak kenyang dengan gaji?

-6-
Beliau ada jiran berbangsa Cina yang sangat baik dengan beliau dan sehingga kini, jiran itu tidak pernah tahu yang beliau seorang Mufti. Mereka biasa bertukar-tukar buah tangan. Masih katakan beliau rasis?

-7-
Bukan sekadar banduan akhir, mereka yang berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan turut diziarahinya kerana beliau ingin memahami orientasi psikologi mereka yang bermasalah mental kerana ia sangat-sangat penting bagi pengeluaran fatwa berkaitan.
Beliau Mufti pertama dalam sejarah penubuhan hospital berkenaan yang datang melakukan lawatan dan kajian ke sana. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-8-
Mufti Wilayah sentiasa adakan ziarah berkala kepada banduan akhir di Penjara Kajang. Di sana, Mufti berikan motivasi dan kata-kata semangat untuk mereka sebelum menghadap tali gantung. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-9-
Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir

-10-
Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai 'bersejarah' itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama [8].

-11-
Institusi Fatwa Yang Responsif[sunting | sunting sumber]
Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 2016

Sebagai satu langkah menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku, beliau telah memperkenalkan 5 ruangan di dalam web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah:

Bayan Linnas. Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional
Irsyad Fatwa. Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.
Irsyad al-Hadith. Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah
Irsyad Usul al-Fiqh. Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh
Al-Kafi li al-Fatawi. Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

Untuk melihat fatwa-fatwa di atas, boleh lihat dalam web ini http://www.muftiwp.gov.my/index.php

Untuk mereka yang mahu mengenali siapakah Dr. Zulkifli al-Bakri, klik link berikut:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri

Semoga kita semua belajar menjadi manusia beradab. Jika tidak setuju dengan fatwa beliau, lontarkan pandangan dengan beradab. Jika kita yang sudah dewasa boleh memaki hamun dan mencerca seorang mufti, janganlah marah nanti jika anak kita membesar lalu mereka memaki hamun kita. Cerminlah diri kita.

Semoga kita memperolehi hidayah.
Sumber fb.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, August 07, 2016 5:45 PM
Subject: Fw: Umat Islam dilarang bermain Pokemon Go

Umat Islam dilarang bermain Pokemon Go

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

SHAH ALAM - Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan, permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah dilarang kepada umat Islam selepas beberapa penelitian dibuat terhadap permainan itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata larangan itu diputuskan Isnin lalu, selepas bermuafakat hasil daripada perbincangan yang menyeluruh yang dilakukan bersama ahli jawatankuasa berkenaan.
Zulkifli Mohamad berkata, ketetapan larangan itu dibuat selepas mengambil kira faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku.

"Justeru, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan berkenaan.

"Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasminya, http://muftiwp.gov.my, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa permainan itu turut mempunyai unsur mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian

"Kami berpendapat hujah yang dikemukakan mengenai hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes lalu, membawa bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian,ketagihan melampau terhadap gajet,kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling dan lain-lain mudarat," katanya.

Oleh itu, ujarnya pihak Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar umat Islam memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

"Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.

"Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba ALLAH dan pemegang amanah-NYA di bumi ini sebagai khalifah ALLAH," katanya. - Sinar Harian

Pokemon Go Haram - Mufti Wilayah Persekutuan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.

"Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku - pengintipan pihak luar; pencerobohan ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan sebagainya," katanya lagi.

Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tidak mempunyai usur khurafat. - BERNAMA

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/08/pokemon-go-haram-mufti-wilayah.html#ixzz4GYrZeLZB
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

JAKIM Sokong Pokemon Go Tidak Dibenarkan Untuk Umat Islam
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato' Hj Othman Bin Mustapha, menerusi Facebooknya sebentar tadi.

"Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

"Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع)*di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudharatan kepada diri kita.", tulis beliau.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan mencapai kata putus Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam di Malaysia.

"Setelah meneliti pendapat ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes yang sudah berlaku-pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya," katanya Dr. Zulkifli. - Siakapkeli.my

Sumber : Facebook , Harian Metro

SOLIDARITI BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN #pokemongo #muftiwilayahperseketuan
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

SOLIDARITI BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah. Saya dengan ini menyatakan solidariti kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Saya menentang sepenuhnya pembunuhan karakter dan serangan peribadi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya kerana pandangan beliau berkenaan Pokemon GO tanpa melihat perkara ini secara luwes dan mengenali beliau secara dekat. Berlaku adillah kerana ia lebih menghampiri taqwa.

Saya mengenali beliau pada awal tahun 2014 iaitu sebelum beliau dilantik menjadi Mufti lagi. Kami pernah bersama dalam beberapa program dakwah khususnya anjuran Relawan Du'at (RINDU) dan Pusat Dakwah Serantau (PDS). Pernah bersama dalam siri ziarah dakwah dan menjadi penceramah dalam kursus-kursus Latihan Du'at.

Sebagai makluman kepada semua, berikut adalah serba-sedikit info tentang beliau agar kita dapat memahami pendirian 'ulamak yang disegani ini. Must read! ❤💚

----------------------------------

Adakah anda mahu kenal Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Al-Bakri? Beliau dihentam dengan teruk kerana fatwa berkaitan Pokemon GO. Okey jika anda tidak bersetuju dengan fatwa tersebut, bolehlah dibahaskan. Ini kerana dalam fatwa tersebut, Dr. Zulkifli Al-Bakri sendiri menyatakan:

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go

Maka ia masih terbuka kepada perbincangan pro dan kontra.

Cuma, sedihnya, banyak komen mengheret isu-isu lain kepada Mufti Wilayah. Kononnya mufti duitan, pembodek kerajaan, tak berani tegur pemimpin dan lain-lain.

Di sini saya kongsikan tulisan daripada status FB Ustaz Razif Fuad, seorang penuntut ilmu yang rapat dengan Dr. Zulkifli al-Bakri dan yang saya ambil daripada wikipedia berkaitan Dr. Zulkifli al-Bakri.

~~~~~~~~~~~~~
-1-

Selepas beberapa hari dilantik 2 tahun lalu, beliau dipanggil bertemu DS Najib. Beliau serahkan beberapa buah buku yang beliau pilih sendiri kepada PM. Antaranya, buku yang beliau tulis sendiri berjudul "Pemimpin Yang Adil: Rahmat Untuk Rakyat". Rujuk https://facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/431189773687674/?type=3

Selain daripada mereka yang sekadar berdegar-degar di Facebook, ada yang berani menegur dengan kaedah sedemikian?

-2-
Beliau Mufti pertama dalam Malaysia yang keluarkan Irsyad berhubung bolehnya mangsa banjir Kelantan menerima zakat. Satu pandangan kontemporari yang banyak menyelesaikan masalah mangsa banjir. Masih katakan beliau hanya tahu berfatwa isu remeh?

-3-
Antara isu utama di Wilayah adalah masalah Masjid yang tidak cukup untuk menampung jemaah bagi Solat Jumaat. Sejak pelantikan beliau pada Jun 2014, jumlah permohonan Surau Jumaat yang diluluskan adalah yang tertinggi; sekaligus banyak menyelesaikan isu KELEWATAN ribuan pekerja Muslim masuk ke pejabat selepas solat Jumaat akibat kesesakan yang merupakan antara indikator utama pekerja yang produktif.

-4-
Saya percaya kebanyakan daripada anda ada kisah peribadi dengan Mufti Wilayah yang membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang dimomokkan oleh mereka yang langsung tidak kenal beliau. Kita tahu semua label negatif itu tidak benar.

-5-
Biasanya kalau sekadar berceramah di tempat yang berhampiran, beliau lebih selesa menaiki Perodua Viva dan hampir-hampir tidak dibenarkan park di kawasan khas penceramah kerana tidak sangka seorang Mufti cuma datang dengan Viva. Masih katakan beliau cuma nak kenyang dengan gaji?

-6-
Beliau ada jiran berbangsa Cina yang sangat baik dengan beliau dan sehingga kini, jiran itu tidak pernah tahu yang beliau seorang Mufti. Mereka biasa bertukar-tukar buah tangan. Masih katakan beliau rasis?

-7-
Bukan sekadar banduan akhir, mereka yang berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan turut diziarahinya kerana beliau ingin memahami orientasi psikologi mereka yang bermasalah mental kerana ia sangat-sangat penting bagi pengeluaran fatwa berkaitan.
Beliau Mufti pertama dalam sejarah penubuhan hospital berkenaan yang datang melakukan lawatan dan kajian ke sana. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-8-
Mufti Wilayah sentiasa adakan ziarah berkala kepada banduan akhir di Penjara Kajang. Di sana, Mufti berikan motivasi dan kata-kata semangat untuk mereka sebelum menghadap tali gantung. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-9-
Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir

-10-
Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai 'bersejarah' itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama [8].

-11-
Institusi Fatwa Yang Responsif[sunting | sunting sumber]
Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 2016

Sebagai satu langkah menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku, beliau telah memperkenalkan 5 ruangan di dalam web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah:

Bayan Linnas. Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional
Irsyad Fatwa. Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.
Irsyad al-Hadith. Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah
Irsyad Usul al-Fiqh. Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh
Al-Kafi li al-Fatawi. Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

Untuk melihat fatwa-fatwa di atas, boleh lihat dalam web ini http://www.muftiwp.gov.my/index.php

Untuk mereka yang mahu mengenali siapakah Dr. Zulkifli al-Bakri, klik link berikut:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri

Semoga kita semua belajar menjadi manusia beradab. Jika tidak setuju dengan fatwa beliau, lontarkan pandangan dengan beradab. Jika kita yang sudah dewasa boleh memaki hamun dan mencerca seorang mufti, janganlah marah nanti jika anak kita membesar lalu mereka memaki hamun kita. Cerminlah diri kita.

Semoga kita memperolehi hidayah.

#MuftiWilayah
#TarbiyahDakwahSiyasah
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Fatwa-Fatwa Dunia Berkenaan Pokemon & Pokemon Go.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

"Fatwa-fatwa berkenaan Pokemon dan Pokemon Go"

Pertama: Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi Pada tahun 2001, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon.

Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga akal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini.

Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman.

Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:

- Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.

- Memberikan bahaya kepada akal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar akal dan naqli.

- Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.

- Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.

- Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya. Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

Kedua: Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi Majlis Ulama Tertinggi (Hai'ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon Go. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Ketiga : Universiti al-Azhar Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Prof Dr Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon. Negara-negara yang mencegahnya:

Di Arab Saudi, Suruhanjaya Komunikasi, Teknologi dan Informasi Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan amaran bahawa Pokemon Go dan permainan yang seumpamanya boleh mengancam pemain kerana mendedahkan lokasi pemain kepada pihak-pihak yang mengambil kesempatan.

Ini termasuklah ancaman penggodam, pencerobohan ruang peribadi dan ancaman jenayah rompak dan curi. Pihak berkuasa Kuwait dan Mesir sebelum ini memberi amaran dan ancaman bahawa permainan ini berisiko membawa pemain ke kawasan-kawasan sensitif seperti istana, masjid-masjid, stesen minyak dan pengkalan tentera. Ahmed Badawi, Timbalan Ketua Majlis Komunikasi Kerajaan Mesir, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengadakan sekatan terhadap permainan Pokemon Go kerana dipercayai boleh mendedahkan bahagian keselamatan negara kepada dunia luar.

Manakala, Hamdi Bakheet, ahli Majlis Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negara Mesir pula memberitahu Parlimen Mesir bahawa aplikasi Pokemon Go ialah usaha yang licik pihak luar untuk membuat perisikan dalam masyarakat dan negara Mesir. Begitu juga pertubuhan imam-imam di Turki menggesa agar pihak berkuasa mengharamkan permainan itu kerana menjejaskan nilai kemurnian dan kesucian tempat-tempat ibadat apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki premis masjid semata-mata untuk mencari raksasa maya berkenaan.

Pihak kerajaan Indonesia melarang anggota polis negara itu bermain Pokemon Go ketika menjalankan tugas dan larangan itu bakal dilaksanakan kepada anggota tentera tidak lama lagi. Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata pegawai polis seluruh negara itu telah menerima arahan itu bermula 19 Julai 2016.

Pihak kerajaan risau pegawai polis akan menjadi ketagih dan mengganggu tugas pihak polis dalam berkhidmat kepada masyarakat yang dengan konsentrasi dan kerja keras. Arahan ini juga dikeluarkan susulan kes penangkapan warga Perancis yang menceroboh pengkalan tentera Indonesia yang terletak di Pulau Jawa kerana bermain Pokemon Go. Kes ini menimbulkan kegusaran dan kemungkinan dalam kalangan tokoh pembangunan keselamatan yang menegaskan teknologi tinggi dalam permainan tersebut berpotensi menjadi alat perisikan. 'Pokemon Go nampak comel, tetapi semakin lama anda melihat, ada sesuatu yang tidak betul padanya," Kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.

SUMBER: WhatsApp

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 8, 2016 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sampai bila mahu tipu daaa..?!
bloglist-malaysia.blogspot
dollahyankee.blogspot.
Posted by dollahyankee Numero Quarto

Sejak beberapa hari lalu, watak-watak dalam UMNO sudah mula 'bertelagah' sesama sendiri (kerana tidak disediakan skrip) dalam menjawab isu "Siapa 'Malaysian Official 1' ?" dan hal-hal yang berkaitan dengannya. (maklumlah yang dok ada semua jenis 'mangkuk-hayun')
Di Indonesia, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam temubual bersama media televisyen tempatan di sana dengan tegas (telah buat lawak) mempertahankan bahawa "dirinya, Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)" tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.(Kah..Kah..Kah..memang lawak habis!)
Sementara di tanah air, ironinya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan lantang pula mengatakan bahawa hasil siasatan hampir setahun pihak DOJ melalui FBI untuk menyita aset yang dipercayai 'dicuri' melalui 1MDB seolah-olah mengatakan bahawa Putrajaya sememangnya telah didapati bersalah.
Semalam, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Majlis Tertinggi UMNO berkata hanya orang bodoh sahaja (ahli-ahli umno lah tuu..) yang tidak tahu bahawa 'MO1' itu merujuk kepada perdana menteri, tetapi sedikit cerdik apabila kata Najib tak terlibat dalam saman sivil berkenaan.
Namun, kenyataan yang paling boleh mengundang ketawa kita semua (ketawa sampai terkentut-kentut) adalah datangnya dari tidak lain dan tidak bukan dari Datuk Bung Mokhtar sendiri, apabila beliau berkata tiada siapa pun tahu siapa 'MO1', ia boleh jadi sesiapa sahaja, boleh jadi saya, kita semua.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam dokumen saman setebal 136 muka surat tersebut dinyatakan ciri-ciri 'MO1', antaranya mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Riza Aziz dan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara dan 1MDB.
Tidak mungkin rakyat marhaen seperti kita mampu dilabel sebagai 'MO1' yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman berkenaan.
Saman sivil DOJ itu bukan sahaja bertujuan untuk merampas aset-aset curi Riza Aziz dan Jho Low, tapi membawa bersama pelbagai pertuduhan penglibatan 'MO1' dalam usaha terancang individu-individu tersebut menjarah berbilion dolar AS wang rakyat Malaysia.
Ekoran daripada pendedahan-pendedahan tersebut negara dapat malu di mata dunia, sehingga digelar sebagai antara negara terasuah di dunia!
Itu sebabnya, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ada berpesan supaya pentadbiran Najib mengeluarkan Kertas Putih dan kenyataan rasmi kerajaan bagi menafikan tuduhan DOJ terbabit.
Kerana beliau sedar bahawa ketiadaan tindakan konkrit dari pihak kerajaan Malaysia terhadap saman sivil itu tidak boleh lagi dipertahankan lagi. Malah digesanya supaya agensi-agensi kerajaan melakukan siasatan semula untuk menjernihkan kembali reputasi negara di persada antarabangsa.
Sampai bila agaknya pihak UMNO mahu rakyat ketawakan mereka?

NAK NANGIS ATAU KETAWA? KENAPA TAK CADANG PUTUS HUBUNGAN DENGAN AS?
bloglist-malaysia.blogspot 
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Makin parah nampaknya tahap percubaan pemimpin UMNO mahu mengautakan orang-orang Melayu sekarang ini.

Malas nak ulas panjang-panjang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini, nak bagi peluang penjenguk blog ini mengulasnya pula.

Kadang-kadang tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa bila pemimpin bercakap seperti ini. Malu kat rakyat beb!!

Cuma nak bagi satu contoh, jika mahkamah negeri Melaka mengambil tindakan merampas harta pencuri yang berasal daripada Kedah atau Perak, apakah ia bermakna Melaka mahu campurtangan dan menjatuhkan kerajaan negeri tersebut?

Tetapi, jika benar Idris Haron ada fakta kukuh bahawa Amerika ada perancangan mahu menjatuhkan Najib dan membunuh orang Melayu sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Iraq, ada baiknya beliau mencadangkan kepada kerajaan agar memutuskan hubungan diplomatik dengan kuasa besar itu.

Jangan gebang besar depan perwakilan UMNO saja? (SH 07/08/2016).

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, August 07, 2016 5:47 PM
Subject: Fw: Saman DoJ Amerika Tak Babitkan Saya

Saman DoJ Amerika Tak Babitkan Saya, Kata Najib Di Jakarta
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, saman oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini tidak membabitkan beliau, Kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung.

"Saya ingin menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh DoJ baru-baru ini tidak membabitkan saya atau Kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.

"Saman itu menamakan lima individu. Ini bukan saman jenayah tetapi adalah saman sivil," katanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Metro TV, hari ini.

Dalam writ saman bagi merampas aset individu dan syarikat difailkan di Los Angeles, DoJ berkata, sejak 2009 sehingga 2015, lebih daripada AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana milik 1MDB diseleweng oleh pegawai-pegawai tinggi dan sekutu mereka.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Meskipun nama Najib tidak disebut secara langsung di dalam writ saman itu, tetapi 'pegawai atasan Malaysia' yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' adalah Perdana Menteri yang turut memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB.

Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu ~ IsmaWeb

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 8, 2016 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Apa Silap Saya" - Zainal Abidin

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: "Saya masih memikirkan di mana silap saya".

Demikian rintihan bekas ketua jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan yang ditamatkan kontrak dengan serta-merta oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Ahad lalu.

Mengakui keputusan drastik itu amat mengecewakannya, Zainal berkata beliau sudah cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan Selangor.

Namun, katanya, keadaan menjadi lebih teruk apabila ramai pemain bergelut dengan kecederaan sekali gus membantutkan hasrat pasukan untuk melakar keputusan cemerlang.

"Awal musim perjalanan boleh dikatakan baik dan sekarang pun Selangor masih di kelompok teratas.
"Cuma kalah berturut-turut itu yang menampakkan keadaan jadi lebih buruk," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Namun, Zainal berkata beliau terpaksa akur dengan keputusan yang dianggap amat mengejutkannya itu.

"Saya kena terima keputusan itu dengan hati terbuka," katanya.

Susulan pemecatan FAS itu, Zainal berkata beliau tidak serik untuk memimpin mana-mana pasukan selepas ini.

"Kenapa nak serik? Ini memang tugas saya ... bola sepak memang darah daging saya. Jika kurang akan diperbaiki.

"Cuma di Selangor keputusan teruk apabila pemain dibelenggu kecederaan dan tidak dapat beraksi," katanya.

Mengulas mengenai rancangannya selepas ini, Zainal berkata beliau akan berehat seketika sebelum menyambung kursus lesen pro yang sudah lama mahu dimiliki.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk saya ambil kursus lesen pro yang sudah lama dalam perancangan.

"Lesen ini amat penting kerana pada masa akan datang semua kena memilikinya," katanya.

Pada masa sama, Zainal turut berharap agar pemain meneruskan perjuangan demi mengangkat dan mengembalikan prestasi pasukan dalam Liga Malaysia.

"Teruskan perjuangan dan selamat maju jaya kepada semua pemain," katanya.

FAS Pecat Zainal Abidin Serta Merta
siakapkeli.my

Selangor, 7 Ogos - Berikutan prestasi hambar pasukan Bola Sepak Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak ketua jurlatih pasukan itu, Zainal Abidin Hassan berkuat kuasa serta merta.

Pengurus pasukan itu, Amirudin Shari berkata, keputusan itu diambil keran prestasi hambar pasukan serta atas arahan Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tambah Amirudin, tugas Ketua Jurulatih akan digalas oleh penolongnya, K.Gunalan sehingga satu tempoh yang ditetapkan selepas ini.

"Gunalan, iaitu penolong Ketua Jurulatih akan menggalas tugas berkenaan sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi Selangor dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Amiruddin juga berkata bahawa rombakan menyeluruh terhadap pengurusan FAS akan diumumkan pada Isnin.

Sebelum ini, Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan Amirudin dan penolongnya, Noor Hisham Mohd Ghouth untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan membuat rombakan segera ke atas pasukan tersebut.

Sumber : Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 8, 2016 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Olimpik : Alet Gimnastik Perancis Patah Kaki Ketika Beraksi, 'Kedengaran Bunyi Gema Patah' - Wartawan
siakapkeli.my

Rio, 7 Ogos - Seorang atlet gimnastik Perancis, Samir Ait berdepan dengan detik menyakitkan apabila kaki kirinya patah ketika dia beraksi dalam kejohanan sukan Olimpik Rio semalam.

Kaki kiri atlet berusia 26 tahun itu difahamkan patah pada bahagian bawah selepas gagal mendarat dengan baik ketika melakukan persembahan bagi bersaing dalam acara palang pusingan kelayakan lelaki yang berlangsung di Rio Olympic Arena.

Menurut wartawan NY Times Sport Juliet Macur, ketika kejadian kedengaran bunyi patah yang bergema di saat Samir Ait mendarat ketika beraksi.

Susulan kejadian itu, perlawanan ditangguhkan beberapa minit sebelum dia ditolak keluar menaiki kerusi roda sambil mengangkat tangan dan disusuli dengan tepukan gemuruh daripada penonton.

Kecederaan yang dialami Said sekali gus menjadi petanda bahawa atlet Perancis itu terpaksa meninggalkan pentas Olimpik Rio lebih awal di samping turut terlepas semua aksi perlawanan selepas ini.

Said sebelum ini pernah bertanding dalam Kejohanan Dunia di Glasgow pada 2015 serta memenangi pingat emas dalam Kejohahan Eropah 2013.

Amaran : Graphic Content.

Sumber : Daily Mail

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 8, 2016 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LAWAK AHAD: KETUM
bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot
Oleh: biaqpila hensem >>>

Seorang guru membuat ujikaji mengenai bahayanya ketum jika diminum..

" Murid-murid mari kita lihat apa jadi pada cacing sekiranya diletak kan kedalam air sejuk dan air ketum"..

Maka seekor cacing diletak dalam air sejuk, nyata cacing masih mampu hidup

Seekor lagi cacing diletak kan kedalam air rebusan ketum, lantas cacing itu mati dgn cepat skali..

Cikgu bertanya kepada murid murid..

" Jadi murid-murid air manakah yang akan kamu minum setelah melihat ujikaji ini? "

Murid2 pon menjawab..

" Kami akan minum ketum cikgu sebab cacing dalam perut akan mati "

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2016/08/lawak-ahad-ketum.html#ixzz4GcKL74kQ

Ketum : Mitos Dan Realiti, Manfaat Atau Mudarat

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Pokok ketum (Malaysia) ataupun kratom (Thailand) merupakan pokok berdaun hijau yang sangat mudah tumbuh di dalam iklim tropika. Nama saintifik untuk ketum adalah Mitragyna speciose. Ia adalah salah satu ahli di dalam keluarga tumbuhan yang dikenali sebagai Rubiaceae di mana pokok kopi dan gardenia adalah juga di dalam keluarga yang sama. Pokok ketum pertama kalinya dikenalpasti pada tahun 1839 oleh pakar botani Belanda, Pieter Korthals dan penulisan tentang tumbuhan ini telah disiarkan semenjak tahun 1897.

Pokok ketum selalunya boleh tumbuh sehingga ketinggian 12-30 kaki, malah ada yang boleh mencapai ketinggian sehingga 60 kaki. Batang pokok ketum boleh membesar sehingga 15 kaki dan daunnya boleh membesar sehingga 7 inci panjang dan 4 inci lebar.

Daun ketum digunakan untuk banyak tujuan termasuk untuk tujuan pengubatan. Terdapat lebih 40 jenis compound ataupun bahan kimia yang terdapat di dalam daun ketum termasuk alkaloid seperti mitragynine, mitraphylline, 7-hydroxymitragynine dan mitragynine pseudoindoxyl. Lain-lain bahan kimia aktif adalah raubasine, yohimbe, rhynchophylline dan sebagainya.

Alkaloid adalah sekumpulan bahan kimia yang mempunyai atom nitrogen dan terdapat banyak jenis alkaloid yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk untuk tujuan pengubatan, menghilangkan sakit, merawat batuk, membunuh kuman, demam, antimalarial, penyakit arythmia, cirit-birit dan tidak kurang juga yang mempunyai kesan psikotropik.

Psikotropik bermaksud bahan kimia yang boleh merubah fungsi otak dan menyebabkan perubahan kepada persepsi, mood dan juga kesedaran seseorang. Sebab itu ianya seringkali digunakan untuk tujuan menghilangkan stress dan untuk tujuan berkhayal. Pendek kata di dalam daun ketum ini terdapat banyak bahan kimia yang boleh memberi kesan yang pelbagai daripada kesan fizikal hinggalah kesan psikologi termasuk ketagihan dan kebergantungan (dependency).

Salah satu compound penting dalam daun ketum yang dikategorikan sebagai alkaloid adalah mitragynine. Ia adalah salah satu bahan alkaloid yang paling banyak terdapat di dalam daun ketum. Dipercayai bahan inilah yang menjadi sebab ramai penggemar ketum mengambil daun ketum.

Apa yang menarik adalah kepekatan mitragynine di dalam daun ketum bergantung kepada banyak faktor, salah satu faktor paling penting adalah tempat di mana pokok ketum ini membiak.

Pokok ketum yang tumbuh di negara-negara Asia Tenggara mempunyai kandungan mitragynine yang tinggi, manakala jika tumbuh di tempat lain dan di bawah rumah hijau, kepekatannya menjadi rendah.

Mitragynine ini dikatakan 13 kali lebih poten dari morfin. Ia bertindak ke atas reseptor mu dan delta-opioid, reseptor serotonin di otak serta reseptor noradrenergic di saraf tunjang. Kajian analisis LC-ESI-MS menunjukkan bahawa peratusan kandungan mitragynine di dalam daun ketum adalah pada tahap 1-6%. Di dalam dos rendah, daun ketum boleh memberi kesan ransangan (stimulant) sehingga seseorang itu merasa bertenaga, lebih ceria dan mesra tetapi di dalam dos yang tinggi, ia boleh memberi kesan mengantuk dan kesan narkotik termasuk depresi sistem saraf pusat.

Dos rendah adalah daun seberat 1-5 gram manakala dos tinggi pula adalah dari 5-15 gram. Jika diambil pada dos melebihi 15gram, seseorang akan mengalami kesan sedatif yang melampau (mengantuk dan lali), malah boleh menjadi stupor (hampir tidak sedar diri). Terdapat juga lapuran kejadian sawan selepas mengambil daun ketum melebihi 15 gram.

Sehelai daun ketum yang segar seberat 2 gram boleh mengandungi 79 mg (0.078 gram) mitragynine.

KEGUNAAN

Hampir kesemua manfaat yang dikaitkan dengan pengambilan daun ketum ini adalah berasaskan kepada dakwaan pengamalnya kerana daun ketum tidak digunakan oleh pengubatan moden.

Malah kesan farmakologi daun ketum ke atas tubuh badan manusia juga tidak dikaji dengan mendalam dan tidak ada maklumat terperinci mengenainya. Secara traditionalnya, daun ketum diambil dengan mengunyah daunnya di dalam bentuk mentah seperti yang diamalkan oleh penduduk selatan Thailand dan juga utara Malaysia.

Ada juga yang menjadikan ia seperti minuman teh, merebus serta diambil airnya dan menghisap asap daun ketum (merokok). Jika diambil seperti minuman teh , jus limau dicampurkan supaya ia dapat mengekstrak bahan alkaloid, gula dan madu dicampurkan untuk menghilangkan rasa pahit. Ia seringkali diambil oleh pekerja-pekerja untuk tujuan mengurangkan keletihan, meningkatkan mood serta mengurangkan kesakitan dan anti keradangan (inflammatory).

Lain-lain kegunaan adalah seperti dinyatakan di atas yang dikaitkan dengan kegunaan kompoun alkaloid.Ada juga yang menggunakannya untuk tujuan mengurangkan ketagihan dan kebergantungan kepada dadah seperti opiod. Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa kesan menghentikan batuk oleh mitragynine ini hampir sama dengan kodein, manakala 7-hydroxymiragynine ini pula dikatakan mempunyai kesan mengurangkan sakit yang lebih poten dari morfin.

Pada asalnya pengambilan daun ketum ini dianggap sebagai budaya orang kampong dan diamalkan oleh semua golongan sehingga ianya dianggap bukan kesalahan dan baik untuk kesihatan.

Sehelai daun ketum yang segar seberat 2 gram boleh mengandungi 79mg (0.078 gram) mitragynine. Di samping dalam bentuk daun mentah, produk daun ketum ada juga dihasilkan di dalam bentuk serbuk, kapsul, resin dan pes (paste). Banyak produk daun ketum ini dapat dibeli dengan mudah dari internet, malahan ianya sangat mudah ditanam di sekitar rumah.

Di selatan Thailand, cocktail daun ketum ais yang dihasilkan di rumah pernah popular satu masa dahulu, ia dikenali sebagai "4X100", dikatakan memberi kesan seakan-akan arak. Cocktail ini terdiri dari daun ketum, minuman ringan yang mengandungi kafein (contoh: coca cola) dan ubat batuk yang dicampurkan dengan kiub ais, ubat penenang, ubat antidepresi ataupun ubat penahan sakit.

KESAN SAMPINGAN

Seperti yang dinyatakan tadi daun ketum mengandungi banyak jenis bahan kimia ataupun phytochemicals (fitokimia) yang mempunyai nisbah berbeza sehingga sukar untuk dibuat kajian.

Secara umumnya, kesan pengambilan daun ketum ke atas manusia bergantung kepada berapa banyak ianya diambil ataupun "dose-dependent".

Pada kadar dos yang rendah, ia boleh meransang seperti pengambilan kokain, manakala di dalam dos yang tinggi ia boleh memberi kesan mengantuk dan khayal seperti morfin.

Selepas mengambil beberapa gram daun ketum kering kesan khayal dan keseronokan mula dialami dalam masa 10 minit dan kesannya boleh berakhir sehingga 1-1.5 jam.

Pengamal daun ketum mendakwa lebih bertenaga, lebih bersedia dan ada juga yang mengatakan nafsu sek meningkat. Kajian ke atas sebilangan kecil manusia yang mengambil 50 mg mitragynine menunjukkan ransangan otot, diikuti dengan pening, hilang perseimbangan badan dan mengeletar.

Mekanisma aktiviti ransangan ini masih tidak dapat diterangkan dengan jelas. Daun ketum kering yang diambil sebanyak 10-25 gram pada peringkat awalnya boleh menyebabkan berpeluh, pening, loya dan perasaan tidak selesa. Kemudiannya kesan ini akan bertukar menjadi tenang, seronok dan seperti bermimpi yang boleh mengambil masa sehingga 6 jam.

Kesan-kesan ini disebabkan oleh dua jenis alkaloid yang disebutkan tadi iaitu mitragynine dan 7-hydroxymitragynine. Pengambilan daun ketum secara tetap boleh menyebabkan ketagihan dan kebergantungan (dependence). Kesan withdrawal ke atas manusia adalah ringan dan seringkali akan hilang di dalam masa satu minggu. Ketagihan, lemah badan, risau, gelisah, berhingus, lemah otot, loya, berpeluh, kejang otot, gangguan tidur dan halusinasi boleh berlaku. Lain-lain kesan sampingan yang dikesan ke atas pengamal daun ketum yang kronik adalah hipotiroidism (kurang hormon tiroksin) dan kerosakan hati.

Terdapat kes kematian akibat pengambilan ketum dalam dos yang terlalu tinggi dan ujian post-mortem menunjukkan kandungan mitragynine di dalam darah sehingga 1.20 mg/l. Jika daun ketum digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Kes kematian telah dilapurkan ke atas seorang penagih daun ketum yang mencampurkan pati daun ketum dengan ubat fentanyl, ubat batuk, kopi dan morfin (ianya dijual sebagai ubat herba).

Satu kajian "case series" kematian akibat pengambilan daun ketum telah dijalankan di Sweden yang melibatkan 9 kematian dalam satu tahun akibat mengambil daun ketum yang dicampurkan dengan ubat tramadol (ubat kategori opioid untuk melegakan kesakitan), campuran ini dikenali sebagai "Krypton".

Untuk mendapat rasa bersemangat dan seronok/khayal, 1 hingga 3 helai daun ketum segar dikunyah serentak. Selepas mengunyah, dan menelan, pengamal akan meminum air suam ataupun kopi. Penagih daun ketum akan mengunyah 3 hingga 10 kali di dalam satu hari.

Kesan sosial pengambilan daun ketum adalah membimbangkan. Walaupun ketagihan daun ketum tidak seberat ketagihan dadah yang lebih kuat seperti heroin dan ganja, tetapi kesan sosialnya tidak boleh dipandang ringan kerana pengambilan daun ketum dianggap sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat tertentu. Ianya juga diamalkan oleh golongan-golongan agamawan yang akan menjadi tauladan kepada ahli-ahli masyarakat yang lain.

Dengan berumpankan kesan positif terhadap tenaga, boleh merawat kesakitan, cirit-birit dan lain-lain dakwaan yang mungkin sengaja ditokok tambah, individu yang mengambil daun ketum ini lama kelamaan akan mula mengalami ketagihan dan kebergantungan sama seperti ketagihan dadah berbahaya dan ubat batuk. Daun ketum juga boleh menjadi alternatif (pilihan) lain kepada penagih morfin,heroin dan lain2 yang kurang berkemampuan kerana harganya yang murah dan mudah diperolehi.

Dengan kelonggaran peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penggambilan daun ketum, kita tidak boleh bayangkan apakah kesan jangka panjang terhadap masyarakat jika budaya ini dibiarkan berkembang. Tidak hairan mengapa ia bakal memberi kesan sosial yang lebih serius dari penyalahgunaan dadah-dadah yang lain.

UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN DAUN KETUM

Tidak ada alkaloid yang diambil dari tumbuhan termasuk mitragynine yang tersenarai di dalam mana-mana jadual ubat di dalam United Nations Drug Conventions.

Daun ketum, dan/atau mitragynine dan/atau 7-hydroxymitragynine adalah bahan terkawal di banyak negara Eropah seperti Denmark, Latvia, Lithuania, Poland, Romania dan Sweden. Lain-lain negara yang mengawal penggunaan daun ketum di bawah undang-undang narkotik adalah Australia, Myanmar dan Thailand. Di negeri Thai, kerajaan Thailand telah meluluskan Kratom Act 2486 di mana ianya mengharamkan penanaman pokok ketum.

Di New Zealand, daun ketum dan mitragynine diletakkan di bawah Medicines Amendment Regulations. Walau bagaimanapun di Amerika, daun ketum tidak dikawal tetapi dianggap sebagai "drug of concern".

Pada bulan Jun 2015, FDA telah membuat pengumuman amaran pengimpotan produk daun ketum disebabkan oleh kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan produk ini, FDA membuat kenyataan bahawa "Pengambilan daun ketum boleh menyebabkan beberapa kesan masalah kesihatan termasuk depresi sistem pernafasan, perasaan takut, agresif, agitasi, gangguan tidur, halusinasi, delusi, menggigil, hilang nafsu seks, sembelit, hiperpigmentasi kulit, loya, muntah dan gejala withdrawal yang berat".

Disebabkan ketum tidak pernah diterima penggunaannya dari sudut undang-undang, ia tidak pernah mendapat pengiktirafan sebagai bahan pengubatan oleh perubatan moden.

Di Malaysia, daun ketum dan Mitragynine disenaraikan dalam jadual ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengekspot, mengilang, membekal, menjual dan memiliki ataupun menggunakan bahan psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000 ataupun penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali. Terdapat ura-ura untuk meminda akta ini kepada akta dadah berbahaya 1952 yang sabit kesalahan akan dipenjara seumur hidup dan sebatan 6 kali ataupun hukuman mati mandatori. Sehingga rencana ini ditulis, daun ketum masih lagi di bawah akta racun 1952.

FATWA DAUN KETUM

Daun ketum boleh dianggap sebagai bahan yang boleh memabukkan/mengkhayalkan serta boleh memudaratkan. Berikut adalah petikan daripada Irsyad Al-Fatwa ke 124 (Majlis fatwa pejabat mufti Wilayah Persekutuan):

Kami nukilkan di sini fatwa dari majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah mengenai dadah Syabu dan jenis-jenis dadah baru yang lain yang mana daun ketum juga boleh dimasukkan sekali kerana 'illah yang sama iaitu memabukkan/mengkhayalkan serta memudaratkan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).

Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pelbagai pandangan dan pendapat dalam isu penanaman pokok ketum ini, kami lebih cenderung kepada untuk dielakkannya kerana berbeza penggunaannya dengan bab yang lain di mana ianya lebih kepada mudarat dan juga mafsadah.

Keduanya, sekalipun niat baik dan tujuan yang jelas bagi tujuan farmaseutikal/perubatan, tetapi isu tahap kawalan agar tidak terarah kepada penyalahgunaannya begitu mencabar untuk dipertahankan. Sudah barang tentu akan di ambil kesempatan dan peluang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ketiganya, dalam suasana amat sukar menangani isu dadah dan seumpamanya, jika ia dibiarkan untuk pokok ketum ditanam secara berleluasa, maka ia boleh menyukarkan untuk proses pembasmian salah guna dadah.

Seterusnya kami berpendapat bahawa masih banyak lagi jenis tanaman yang boleh dikormesialkan bagi tujuan perubatan dan juga menambahkan pendapatan yang lumayan bagi menggantikan daun ketum dalam skala yang besar. Akhir kalam, semoga Allah SWT sentiasa melindungi rakyat Malaysia dari segala bala-bencana serta memberikan kefahaman yang baik dalam beragama. Wassalam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Irsyad Al-Fatwa ke 124 ini sila layari laman web DI SINI

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke 12 pada tahun 2013 juga memfatwakan penyalahgunaan daun ketum dan produk-produknya sebagai haram. KLIK DI PAPARAN INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Wakil PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) sendiri pernah menyarankan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa haram ke atas penyalahgunaan daun ketum, klik di paparan ini untuk membaca.

KESIMPULAN

Daun ketum mengandungi lebih 40 jenis bahan kimia dan di antaranya terdapat beberapa jenis bahan yang dikategorikan sebagai alkaloid. Bahan alkaloid yang paling utama adalah Mitragynine yang mempunyai ciri-ciri Psikotropik bermaksud bahan kimia yang boleh merubah fungsi otak dan menyebabkan perubahan kepada persepsi, mood dan juga kesedaran seseorang.

Disebabkan oleh terlalu banyak bahan kimia yang terdapat di dalam daun ketum, kesan pengambilan daun ketum dalam bentuk mentah samada basah ataupun kering boleh menyebabkan pelbagai kesan kepada fizikal dan juga mental seseorang.

Walaupun ianya mempunyai kesan-kesan pengubatan tetapi kesan sampingan yang dibawa olehnya tidak boleh dipandang ringan terutamanya yang berkaitan dengan kesan ke atas otak ataupun psikotropik sehingga pengamal mengalami masalah ketagihan, kesan withdrawal dan berpotensi mengancam nyawa jika daun ketum ini dicampurkan dengan bahan-bahan lain.

Daun ketum ini bolehlah diumpamakan sejenis daun yang di dalamnya mengandungi bahan-bahan kimia untuk merawat beberapa jenis penyakit tetapi juga ada racun tersembunyi yang boleh memudaratkan pengamalnya di dalam jangkamasa panjang.

Malahan jika pengamalnya mengambil pada dos yang tinggi ataupun mencampurkannya dengan bahan-bahan kimia yang lain termasuk ubat-ubat dari kategori opioid, boleh menyebabkan kesan sampingan serius jangkamasa pendek termasuk kematian. Jika ianya hendak digunakan untuk tujuan pengubatan, maka ahli sains perlu mengambil ataupun mengekstrak bahan-bahan ubatan tersebut satu persatu dan ditentukan dos serta kaedah pengambilan yang sesuai, sama seperti ubat-ubatan moden yang lain. Kesimpulannya pengambilan daun ketum tanpa kawalan boleh berpotensi menyebabkan bermacam masalah kesihatan fizikal, ketagihan dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat negara kita.

Ketagihan daun ketum boleh menjadi tapak permulaan kepada ketagihan dadah-dadah lain yang lebih kuat dan memudaratkan. Saya tidak bersetuju jika disamakan daun ketum ini dengan buah anggur yang boleh dijadikan arak kerana buah anggur adalah jelas halal dimakan kerana ianya bersih dan bebas dari bahan kimia terlarang. Ianya menjadi haram apabila sudah melalui proses bertukar menjadi arak.

Sedangkan daun ketum adalah jelas sudah mengandungi bahan kimia yang memudaratkan jika dimakan secara mentah tanpa melalui proses pengubahsuaian. Kita berharap ahli-ahli sains akan membuat kajian saintifik yang lebih mendalam ke atas potensi manfaat dan mudarat daun ketum di masa hadapan.

Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor
DSDK.,SDK.,AMK.,BCK
MD,MOG (UKM),FGO(S'PORE),AM
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hospital Sultanah Bahiyah

RUJUKAN

https://en.wikipedia.org/wiki/Mitragyna_speciosa

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/minum-secawan-ketum-lama-lama-ketagih-1.254428
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

http://drwanrushidi.blogspot.my/2009/11/ketum-kebaikan-keburukan-dan-penagihan.html?m=1

"Import Alert 54-15". FDA. 28 February 2014. Retrieved 18 April 2014.

Takayama, Hiromitsu; Ishikawa, Hayato; Kurihara, Mika et al. "Studies on the Synthesis and Opioid Agonistic Activities of Mitragynine-Related Indole Alkaloids: Discovery of Opioid Agonists Structurally Different from Other Opioid Ligands". Journal of Medicinal , (2002). Chemistry45 (9): 1949–56. doi:10.1021/jm010576e.PMID 11960505.. ,

Adkins, Jessica E.; Edward W. Boyer; Christopher R. McCurdy (2011-05-01). "Mitragyna speciosa, a psychoactive tree from Southeast Asia with opioid activity". Current Topics in Medicinal Chemistry 11 (9): 1165–1175. doi:10.2174/156802611795371305.PMID 21050173.)
Addict Biol. 2016 Jan;21(1):98-110. doi: 10.1111/adb.12185. Epub 2014 Sep 28.

Abuse potential and adverse cognitive effects of mitragynine (kratom).
Yusoff NH1, Suhaimi FW1, Vadivelu RK1,2, Hassan Z1, Rümler A3, Rotter A3, Amato D3, Dringenberg HC4,Mansor SM1, Navaratnam V1, Müller CP3.
https://www.drugs.com/article/kratom.html
http://muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/1105-irsyad-al-fatwa-ke-124-hukum-menanam-pokok-ketum-bagi-tujuan-perubatan-farmaseutikal
http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=398:fatwa-daun-ketum&catid=34:fatwa-muamalat&Itemid=92 )
http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/pemadam-saran-majlis-fatwa-haramkan-daun-ketum-42631

http://www.bharian.com.my/node/12372

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: