Wednesday, October 12, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4605

8 Messages

Digest #4605

Messages

Tue Oct 11, 2016 6:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Difitnah Sebagai Pengedar Cannabis Lalu Dihukum Mati, Adakah Ini Adil? - Baca Kisah Malang Individu Ini.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Ibu seorang banduan di Penjara Sungai Buloh yang kini menunggu hukuman mati merayu Sultan Selangor memberikan pengampunan kepada anaknya.
Sudah 13 tahun Shahrul Izani Suparman, ketika itu berusia 19, ditahan polis atas kesalahan mengedar 622 gram kanabis.
Pada 2011, Shahrul, kini 32, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Shahrul kini menunggu keputusan rayuannya yang difailkan pada 3 Mac 2014, kepada Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan Sultan Selangor, selepas rayuannya ditolak oleh Mahkmah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
"Saya meminta semua pihak dapat mendoakan yang terbaik untuk usaha terakhir ini. Semoga pihak berwajib dan Sultan Selangor dapat memansuhkan hukuman mati terhadapnya," kata ibunya, Sapenah Nawawi, ditemani aktivis hak asasi di luar Penjara Sungai Buloh, pagi tadi.
"Bantulah dia sehingga ke penghujung, dan semoga ia berakhir dengan baik," katanya.
Beliau seakan kehilangan kata-kata selepas menerima lebih 200 kad ucapan hari lahir kepada anaknya dari seluruh dunia, inisiatif pertubuhan Amnesty International Malaysia sempena Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia hari ini.
"Sebagai ibu saya tidak dapat berkata apa-apa melainkan ucapan terima kasih," kata Sapenah yang sempat menyampaikan ucapan itu kepada anaknya.
Amnesty turut menjalankan kempen tandatangan menyokong Shahrul, dan setakat ini berjaya mengumpul 10,202 tandatangan dari seluruh dunia.
Shahrul ditahan pada 2003, ketika itu berusia 19 tahun, dalam satu sekatan jalan raya ketika menunggang motosikal kawannya.
Sepanjang perbicaraan, dia bertegas tidak tahu-menahu tentang kewujudan bahan tersebut yang dibalut dengan kertas surat khabar dan terselindung pada motosikal tersebut.
Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia, Shamini Darshni berkata kes Shahrul membuktikan betapa Malaysia perlu memansuhkan hukuman mati.
"Sepanjang 13 tahun, Shahrul kekal dengan kenyataannya tidak tahu (kewujudan bahan tersebut). Hukuman mati mandatori meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh, dia dianggap bersalah sejak awal," katanya.
Katanya lagi, tiada bukti hukuman mati mampu mengurangkan jenayah, selain hanya menafikan "peluang kedua" kepada pesalah.
Malaysia merupakan antara 58 negara yang masih melaksanakan hukuman mati, di kala negara lain sama ada sudah tidak lagi melaksanakannya atau memansuhkannya daripada undang-undang, termasuk di kebanyakan negara Eropah. - FMT.

Shahrul Izani Dimasukkan Ke Penjara Umur 19 Tahun & Kini Menunggu Saat Di Gantung - Adakah Dia Layak Diberi Peluang Kedua? Sign Petition Ini.
sozcyili.blogspot

Kenapa Tiada Maaf?

Masa kau umur 19 tahun, apa benda bangang yang kau buat? Kalau aku, aku pergi bertumbuk dengan penyokong pasukan bola yang lain... Ketika kita 19 tahun, kita buat banyak benda bodoh. Bergantung dengan keadaan sekeliling kita lah... Kalau sekitar kau ramai kaki bola, kau jadi kaki bola... Kalau sekitar kau ramai mat motor, kau akan jadi mat motor... Kalau sekitar kau ramai stoner, kau akan jadi stoner lah...

Begitu juga dengan #Shahrul_Izani_bin_Suparman. Umur 19 tahun saja. Nyawanya sekarang di hujung tanduk. Bila-bila je nak kena gantung.

Sudahlah marijuana itu sendiri bukannya dadah, malah ia adalah herba. Bukan seperti Cocaine dan Heroine.Bukannya sintetik seperti Her-5 atau batu. Buku Cocaina tulisan Magnus Linton dan The Last Narco oleh Malcolm Beith jelas-jelas menerangkan#war_on_drugs adalah untuk memastikan company pharmaceutical boleh kaut untung berlipat kali ganda dengan limitkan supply resources (cocaine, heroine dan marijuana adalah antara bahan asas ubat) dan membiayai kegiatan-kegiatan haram state seperti CIA dan DEA untuk menjatuhkan kerajaan demokratik sekitar Amerika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Point aku sebenarnya, adakah hukuman gantung untuk kesilapan ketika remaja itu worth untuk ambil kehidupannya? Adakah kesilapannya sampai ke tahap membunuh nyawa manusia? Perempuan bangang yang membunuh baby (buang bayi) pun aku rasa, tidak berhadapan dengan hukuman gantung mandatori.

Dia sudah membayarnya dengan masa remajanya di habiskan di penjara Sg Buloh. Cuba kau bayangkan masa remaja kau habis hanya semata-mata satu kesilapan.

Dia berhak untuk membetulkan kesilapannya. #Hazmi_Salah_Perang pun berhak betulkan kebangangannya.

Terima kasih #Amnesty_International_Malaysia kerana highlight kes ini... Apalagi yang kau tunggu? Sign je petition. Bukannya mintak kau pi langgar Sungai Buloh tu... May be itu je yang tinggal untuk selamatkannya di atas kesilapan kita kerana buat tak tahu di atas sistem yang bodoh yang kita semua hidup sekarang....

http://amnesty.my/Messages_To_ShahrulIzani

Oleh Faisal Ahmad.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 11, 2016 6:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ular Tedung Selar Telan Ular Sawa Dalam Reban Ayam
siakapkeli.my

Foto: Ihsan Bomba

SEREMBAN: Bunyi bising ayam telah membuatkan seorang lelaki bergegas ke reban ayam miliknya, beliau yang sampai nyata terkejut selepas menemui seekor ular sawa yang menceroboh rebannya sedang ditelan oleh seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di Kampung Gadong Jaya, Labu, di sini, malam tadi.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seremban, Prebet V Yogeswaran, berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 8.40 malam di mana pemilik reban itu meninjau rabannya ekoran bunyi bising.

"Dia kemudian mendapati seekor ular yang agak besar di atas lantai dan apabila melihat lebih dekat, ia adalah ular tedung selar yang sedang menelan seekor ular sawa.

"Lelaki itu mendapati tiada ayamnya yang hilang, justeru berpendapat ular sawa itu tidak sempat memakan ayam di reban itu apabila diserang ular tedung selar berkenaan," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Beliau telah menghubungi pihak Bomba bagi mendapatkan bantuan di mana pihak bomba mengambil masa lima minit untuk menangkap ular seberat lapan kilogram itu yang diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN). - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 11, 2016 6:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Liverpool F.C Tandatangan Kerjasama Global Dengan MAS
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 11 Okt - Liverpool FC telah menandatangani kerjasama global selama tiga tahun dengan Malaysia Airlines (MAS) yang mana menjadikan MAS sebagai rakan penerbangan global rasmi kelab itu.

Ketua pegawai komersial Liverpool FC, Billy Hogan berkata : "Liverpool dan Malaysia sentiasa berkongsi semangat unik untuk bola sepak - apabila kita melawat Malaysia dalam lawatan pra-musim pada tahun 2011 dan 2015, sambutannya adalah luar biasa.

"Kerjasama ini mencerminkan ikatan tersebut dan kami berharap bekerjasama dengan Malaysia Airlines akan mendatangkan masa depan yang cerah"

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew pula berkata : "Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Liverpool FC dalam keluarga Malaysia Airlines.

"Kedua-dua jenama ini mempunyai sejarah yang panjang dan menarik semangat kekeluargaan. Liverpool FC merupakan salah satu kelab yang paling diikuti di dunia, termasuk sekitar 100 juta pengikut di Asia Tenggara dan 40 juta di China, yang juga pasaran utama kami.

"Selain itu, Liverpool FC juga akan mengukuhkan jenama kami di UK, pintu masuk utama kita ke Eropah." - Siakapkeli.my

Sumber : FcExclusive

Benteke Lakar Sejarah Sumbat Gol Paling Cepat Dalam Sejarah Piala Dunia, Seawal 8.1 Saat
siakapkeli.my

Christian Benteke mencipta sejarah apabila menjaringkan gol paling cepat dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia dalam perlawanan Belgium menentang Gibraltar.

Penyerang Belgium itu berjaya mencuri bola sejurus sepak mula perlawanan kemudian terus menyumbat gol seawal saat ke 8 perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Belgium menang 6-0.
.
Gol lain perlawanan disumbangkan oleh Benteke (43' minit, 56' minit), Witsel (19' minit), Mertens (51' minit) dan Hazard (79' minit)

UEFA berkata, gol tersebut adalah 0.2 saat lebih pantas dari rekod sebelumnya yang dipegang oleh Davide Gualtieri dari San Marino dalam perlawanan menentang England pada kelayakan Piala Dunia 1993.

"Apa yang paling penting adalah gol awal", kata Benteka.

The Guardian melaporkan, Benteka pada mulanya menyangka dia menjaringkan gol seawal saat ke 6 apabila dia meraikan gol tersebut dengan menunjukkan enam jari. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 11, 2016 6:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KESIAN JAMAL BAJU MERAH....

bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Memang tak patut...sampai hati Noh Omar buat begini kepada Jamal Md Yunus.

Jika Nazri Aziz cuba menjarakkan diri daripada Jamal dengan mengatakan tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bersama Gerakan Baju Merah tidak mewakili pendirian UMNO atau seperti Khairy Jamaluddin yang lebih tegas mahukan pihak polis mengambil tindakan terhadap anggota NGO itu yang terkait dengan aksi ganas, ia barangkali sesuatu yang biasa dan boleh diterima.

Tetapi, kenapa Noh Omar juga mahu menjarakkan dirinya daripada Jamal?

Bukanlah Jamal itu sahabat karibnya dan hubungan bagai "adik-abang" antara kedua-dua mereka adalah sesuatu yang bukan rahsia dan sudah diketahui umum sejak dahulu lagi?

Tidak bolehkah Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan memandangkan Jamal pula adalah salah seorang Ketua UMNO Bahagian di negeri itu, maka beliau menunjukkan lebih tanggungjawab dengan apa yang dilakukan Jamal bersama Gerakan Baju Merahnya?

Adakah hanya kerana Gerakan Baju Merah terkait dengan aksi ganas dan menjadi cemuhan masyarakat, lalu Noh Omar cuba lepas tangan?

Bagaimana agaknya jika dalam kes lain di mana Gerakan Baju Merah berbuat sesuatu yang menjadi pujian masyarakat, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut memberi kata-kata sanjungan, adakah Noh Omar juga akan mengatakan ia tidak ada kena-mengena dengan UMNO Selangor yang diketuainya?

Lagi pun, bagaimana Noh Omar mahu menafikan Gerakan Baju Merah adalah semata-mata gerakan yang dilakukan oleh sebuah NGO yang berkecuali sedangkan jelas terpampang sebahagian pesertanya turut meletakkan logo UMNO pada pakaian mereka?

Apa pun kesian kepada Jamal...sudahlah tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil Sungai Besar beberapa bulan lalu yang memungkinkan beliau hari ini sudah bergelar Yang Berhormat, sekarang pula perjuangannya bersama NGO Gerakan Baju Merah seolah-olah langsung tidak dihargai.

Sabor jelah Jamal...

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 11, 2016 6:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sudah ada pengguna yang dikenakan charge denda lebih masa di RNR GURUN sebelum kes viral semalam
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Semalam ada sahabat yg mengadu mengatakan beliau kena denda sebab duduk lama di RNR GURUN...

Kini ada seorang lagi sahabat di komen status fb sahabat yg kena charge denda itu mengaku beliau juga sudah beberapa kali dikenakan charge denda sedemikian kerana berada lama di RNR tersebut.

Beliau menyatakan sewaktu beliau ada kerja di Station Minyak Shell di RNR GURUN yang berada seharian telah dikenakan charge sedemikian.

Nampaknya sekarang perkara ini ada kebenarannya.. bukanlah seperti ada komen mengatakan sahabat kita sebelum ini sudah menghilangkan resit beliau sebab itu dia dikenakan charge maksimun.

Dan disini juga ada penjelasan sahabat yang diviralkan bagaimana beliau boleh berada lama di.RNR tersebut..

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 11, 2016 6:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apabila MRT Beroperasi, Kereta Persendirian Masuk Kuala Lumpur Akan Dikenakan Caj Untuk Elak Kesesakan
siakapkeli.my

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan akan melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas pojek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi siap dan beroperasi, lapor The Edge Financial Daily.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad berkata. pihak DBKL sedang mengkaji perkara ini di mana harga yang bakal dicaj belum ditentukan lagi.

"Kami akan laksanakan (caj jalan raya) yang akan menjadi inisiatif terakhir untuk mengurangkan kesesakan di bandar.

"Kami masih melihat butirannya. Kami telah menemui orang ramai bukan sahaja untuk dapatkan pandangan mengenai caj berkenaan, tetapi lebih kepada bagaimana nak mengubah pengangkutan awam di Kuala Lumpur, "katanya dipetik laporan The Edge.

Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan stesen Semantan di Damansara Heights, dijadual memulakan operasi pada bulan Disember dan fasa keduapula antara stesen Semantan dan Kajang akan beroperasi pada Julai 2017.

Terdahulu, Nik Mastura Diyana berkata caj berkenaan dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kita tidak boleh melaksanakannya sekarang kerana tidak ada alternatif kepada orang ramai," jelas beliau.

Pihak berkuasa telahmerancang untuk melaksanakan dasar itu bagi menghalang kesesakan lalu lintas di pusat bandar seawal tahun 1980-an lagi di mana bertujuan untuk mengurangkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri di pusat bandar.

"Seperti yang dilaksanakan di Singapura. Jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya," katanya. - Siakapkeli.my

DBKL Nafi Caj Kereta Persendirian Selepas MRT Siap
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 7 Okt - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengenakan caj kereta persendirian yang memasuki ibu kata sebaik sahaja projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz kepada Bernama sekaligus menafikan sebuah laporan akhbar tempatan berhubung perkara itu.

"Tiada perancangan dalam melaksanakan sistem caj kereta persendirian masuk ke ibu kota selepas MRT selesai (siap dibina)," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Kanan Jabtan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad sebagaimana dipetik laporan sebuah akhbar tempatan berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem itu sebagai inisiatif terakhir dalam mengurangkan kesesakan di bandar dan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam.

Sistem itu dilihat akan mengenakan caj kepada mana-mana kenderaan yang pergi ke pusat bandar seperti mana yang dilaksanakan di Singapura ketika ini.

Sumber : Sinar Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 11, 2016 6:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Penah Lupa Wanita Hebat Yang Setia Bersama Kita Semasa Kita Susah
siakapkeli.my

Ibu, seorang wanita yang melahirkan kita, pernahkah dengar sejahat mana pun anak itu, ibu akan tetap sayangkan mereka kerana anak itu lahir dari rahimnya dan dikandung selama 9 bulan, apatah lagi anak itu seorang anak yang baik.

Ibu, adalah wanita yang paling setia bersama kita walaupun susah senang, lihatlah anak-anak, ramai antara kita bila susah akan cari ibu, berhutang, tetapi jarang sekali ibu menghampakan kita kerana mereka tidak sanggup melihat anak mereka susah.

Jagalah hati ibu, ingatlah pengobanan mereka membesarkan kita disamping pengobanan seorang ayah, elakkanlah melakukan perkara yang menyakiti hati mereka.

Isteri pula seorang wanita yang dijodohkan oleh Tuhan untuk bersama lelaki yang bergelar suaminya, berjanji setia sehingga mati dan hidup bersama walau dalam keadaan susah dan senang.

Isteri, walaupun betapa susahnya suami, majoriti mereka akan setia bersama susah senang, jadi jika anda lelaki dapat isteri seperti ini, hargailah mereka, jagalah hati mereka sebaik-baiknya.

Jika kita sudah senang, ingatlah siapa yang berada bersama kita semasa kita susah, pengorbanan yang mereka sudah lakukan bersama kita.

Dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad sebuah kisah tauladan yang cukup berguna kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan sudah berumah tangga, kisah pengorbanan wanita-wanita ini diceritakan sebagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam cerita dibawah.

JANGAN LUPA KITA PERNAH SUSAH

Ada seorang gadis yang buta akibat kemalangan jalanraya. Dia sangat membenci dirinya kerana tidak dapat melihat seperti dulu. Dia hanya menyayangi teman lelakinya yang mencintainya tanpa syarat. Selalu berada di sisinya di saat susah dan senangnya.

Dia memberitahu teman lelakinya bahawa dia akan sedia berkahwin dgn teman lelakinya jika dia dpt melihat semula.

Suatu hari ada orang yang sanggup menderma anak matanya untuk gadis ini.

Selepas pembedahan dan balutan dibuka, dia gembira kerana dapat melihat semula, termasuk teman lelakinya.

Dia sangat terperanjat melihat keadaan diri teman lelakinya yg juga buta.

Teman lelakinya berkata "Sekarang awak sudah dapat melihat. Sudikah awak berkahwin dengan saya?"

Sekarang hatinya berubah kerana memikirkan masa hadapannya bila berkahwin dengan si buta.

Akhirnya dia menolak lamaran teman lelakinya yang menagih janji gadis ini.

Akhirnya teman lelakinya berkata "Baiklah. Saya akan pergi meninggalkan awak selama-lamanya"

Tetapi dia berkata lagi "Cuma tolong jagakan penglihatan yg awak miliki sekarang sebab pada suatu masa dulu penglihatan mata itu kepunyaan saya".

Begitulah kehidupan.

Hari ini sebelum kita marah makanan yang tidak sedap dimasak oleh isteri atau ibu kita, fikir dulu, kenangkan ada yang kelaparan tidak ada makanan untuk dimakan.

Sebelum kita memarahi isteri kita, kenangi orang yang terpaksa hidup sendirian.

Sebelum kita mengeluh dengan kerenah anak kita, kenangi orang yang tiada mempunyai zuriat langsung.

Sebelum kita mengeluh berjalan jauh, kenangilah ada orang yang tak mampu berjalan.

Semoga kita mendapat iktibar.

#inspirasidrzubaidi

- Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 11, 2016 6:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Berhenti Duduk Cara Begini Dalam Kereta Kalau Sayang Nyawa Anda..

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Kami yakin dan pasti ini adalah posisi duduk paling selesa semasa di dalam kereta terutama bila kita dah tak tahu nak buat apa. Tapi laporan telah menunjukkan cara duduk dengan meletakkan kaki di atas dashboard adalah sangat bahaya dan boleh bawa maut!

Beg udara akan aktif pada kelajuan 100 hingga 220 MPH. Jadi, bayangkan kalau sesuatu terjadi dan airbag anda keluar tapi kaki berada di situ.

Seorang pengguna pada post yang viral di Facebook menulis, " Saya duduk dalam keadaan begitu dan terlibat dalam kemalangan. Disebabkan itu, tulang hidung saya patah dan hilang gigi saya. Saya menerima 8 jahitan di luar dan 6 jahitan di dalam."

Jadi sentiasa beringat dan pastikan anda memakai tali pinggang keledar.

Sumber: Info Terbaik

"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: