Sunday, October 9, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4602[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4602

Messages

Sat Oct 8, 2016 11:27 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Siapa Pengarah Jabatan Air Sabah Yang Ditangkap SPRM?
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

Kerna ada yang bertanya termasuklah mereka yang berada jauh dari Semenanjung sampai sanggup membuat panggilan telefon semata-mata ingin mendapatkan kepastian sama ada Datuk Shafie Apdal terlibat atau tidak. Ini berdasarkan satu artikel yang cuba diviralkan, dinyatakan disana bahawa wang yang berjaya dirampas oleh SPRM ini adalah hasil projek yang dianugerahkan terus dari Federal. Seolah olah wang yang dirampas itu adalah milik Datuk Shafie Apdal. Hemmm

Maka disini admin ingin memberikan sedikit pencerahan awal yang berbentuk pengenalan supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi yang cuba mengaitkannya dengan Datuk Shafie Apdal.

1. Pengarah Jabatan Air berkenaan adalah proksi dan kroni kepada Ketua Menteri dan Menteri Luar. Manakala Timbalan Pengarah Air itu adalah macai kepada dua Menteri diatas dan seorang Adun dari pantai timur Sabah.

2. Perkara yang perlu diketahui dari konteks ini dan UMNO ialah status Pengarah Air Sabah berkenaan dia merupakan ahli UMNO dan berjawatan Bendahari di peringkat Bahagian UMNO Kimanis.

3. Perlu juga diketahui, setiap projek yang bernilai lebih dari RM1 juta perlu mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan Sabah sebelum disalurkan ke jabatan yang dianugerahkan.

Cukup setakat itu. Belum admin sebutkan mereka terpalit atau tidak, ok.

Tapi yang pasti kalau pengarah berkenaan tidak berjaya dijamin selepas habis tempoh tahanan reman. Maka sudah tentu dia akan berteriak. Waktu itu barulah timbul pelbagai cerita. Apa kaitannya dia dengan pemimpin pemimpin yang admin sebutkan diatas. Nah waktu itu admin akan tampil bagi "mengeruhkan" keadaan.

#politikbolos #sabahubah

Dipetik dari SINI

60 sen masuk poket bagi setiap RM1

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Mohd Sulaiman

Kota Kinabalu – Mengejutkan apabila 60 sen bagi setiap RM1 yang diperuntukan kerajaan Pusat untuk projek air telah dimasukkan ke poket individu yang tidak bertanggungjawab.

Pegawai kanan kerajaan negeri di sini memberitahu, hanya 40 peratus daripada dana bagi menyalurkan kemudahan air di Sabah diterima , manakala selebihnya disalahguna.

Penjawat awam yang maklum berhubung siasatan terhadap dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah itu berkata, skala rasuah melibatkan kedua suspek itu melibatkan terlalu besar kerana membabitkan dana awam mencecah RM3.3 bilion bagi projek di negeri itu sejak 2010.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Tahir Ag Talib, 54 dan timbalannya, Teo Chee Kong, 52 melibatkan rampasan mencecah RM115 juta termasuk wang tunai RM52 juta yang ditemui di kediaman dan pejabat.

Kes ini adalah antara yagn terbesar melibatkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dan pengubahan wang haram.

Difahamkan, proses tender ditetapkan untuk syarikat proksi pada kadar yang lebih tinggi.

Modus operadi yang dilakukan adalah dengan memecahkan projek kepada pakej kecil sehingga RM100,000 bagi mengelak proses tender.

Langkah ini dilakukan kerana pengarah dan timbalannya layak menandatangani projek kurang RM100,000.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan sebanyak 38 syarikat milik keluarga dan rakan kedua-dua suspek terlibat.

Difahamkan, 17 syarikat mempunyai kaitan langsung dengan pengarah jabatan itu, manakala 21 lagi timbalannya.

Syarikat berkenaan dikatakan digunakan untuk mengambil bahagian untuk mendapatkan tender projek berkenaan.

Tindakan tidak berintegriti ini dikatakan telah berlangsung sejak lima tahun lalu dengan jumlah semakin meningkat setiap tahun.

Sumber SPRM berkata, seramai 40 saksi di kalangan pegawai Jabatan Air yang terlibat memproses kontrak dan kontraktor akan dirakamkan keterangan mereka.

Pasukan khas melibatkan 70 anggota SPRM dibentuk bagi merekodkan keterangan saksi dan mengimbas dokumen serta penyaluran wang habuan.

Dua suspek utama itu juga akan diarah mengisytiharkan harta masing-masing mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 supaya siasatan lebih terperinci melibatkan kekayaan mereka dikesan.

Setakat ini, SPRM menemui wang tunai RM57 juta di pejabat dan kediaman, selain RM60 juta di peti simpanan di bank, selain barang kemas seberat 19 kilogram yang nilainya mencecah RM3.64 juta, 97 beg tangan berjenama bernilai RM500,000 milik isteri pengarah terlibat.

Selain itu, 127 geran hak milik tanah atas nama timbalan pengarah juga ditemui.

SPRM juga sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menjejak wang yang disimpan di beberapa bank di luar negara.

– mStar

Read more http://www.kualalumpurpost.net/60-sen-masuk-poket-bagi-setiap-rm1/

Suspek RM114.5 Juta Tidak Tunjuk Kemewahan dan Hidup Serdahana

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KOTA KINABALU: Secara luarannya, mereka merupakan penjawat awam yang menjalani kehidupan sederhana dan tidak dikenali.

Namun, kehidupan mereka sebenarnya dilimpahi kemewahan dalam bentuk wang ringgit, barang kemas, jam tangan dan kereta mewah.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Tahir Ag Talip dan Timbalannya, Teoh Chee Kong cukup dikenali di kalangan kejiranan mereka tetapi tiada siapa menyedari sisi kehidupan mewah mereka.

Ag Tahir, 54, gemar mengumpul kereta mewah.

"Dia mengumpul untuk dirinya sendiri dan tidak suka bersosial walaupun ramai mengenalinya," kata sumber yang mengenali beliau.
Sumber berkata dia pernah melihat pengarah itu menggunakan kereta mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lalu.

"Saya pernah melihatnya memandu Range Rover. Saya percaya semua kereta yang gambarnya dirakam media kepunyaan beliau. Saya pernah melihatnya memandu kereta tersebut," kata sumber itu lagi.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada kenderaan itu didaftarkan di bawah nama Ag Tahir.

Difahamkan kenderaan itu dirampas dari rumah salah seorang ahli keluarganya.

Sembilan kenderaan mewah yang dirampas termasuk sebuah Range Rover V8 (bernilai RM1.1 juta), Mercedes Benz C300 (RM308,000), Audi A1 (RM180,000) dan Lexus ES (RM260,000).

Individu lain yang mengenali Ag Tahir berkata dia berasal dari Bongowan di Papar, Sabah.

Dia dikenali sebagai seorang yang tidak gemar menunjuk-nunjuk walaupun pernah bercuti di luar negara.

Ag Tahir merupakan bapa kepada tiga orang anak - dua perempuan dan seorang lelaki.

Sementara itu, Teoh pula disifatkan sebagai pegawai kerajaan yang suka merendah diri dan hanya memandu kereta model lama Toyota Vios.

Dia yang berasal dari Beaufort, Sabah tinggal di sebuah banglo dekat Luyang di sini.

Bagaimanapun dia sering berkunjung ke Australia dan merancang untuk berhijrah ke negara jiran itu.

Seorang jurutera terlatih, Teoh berasal dari keluarga berada yang terlibat dalam perniagaan hotel, pembinaan dan pembangunan.

Rakan-rakannya menyifatkan Teoh seorang individu yang pemurah dan tidak pernah menunjuk-nunjuk kekayaannya.

"Dia tidak pernah memakai jam tangan," kata rakannya.

13 CAWANGAN BANK PUN TEWAS OOO
bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot
Oleh: biaqpila hensem >>>

KES RASUAH RM117 JUTA, SIMPAN CASH 52 JUTA KAT RUMAH 😡

Mesti anda tak tahu kan? Jumlah cash yg dijumpai di rumah si perasuah durjana tersebut adalah bersamaan 13 buah cawangan bank? Ya, on average, sebuah branch bank ada dalam 2-4 juta sahaja atau mungkin kurang dari itu. Rumah dia dah mengalahkan bank. 😈 (based on pengalaman saya jaga branch bank sebelum ni)
.
Siang malam kita semua rakyat marhaen bekerja. One way or another, semua orang kena cukai. GST semua kena. Duti hiburan, road tax, import duty etc. Dulu income yg layak saja kena income tax. Now everyone kena tax! 😤 Income kerajaan akan meningkat, tapi kalau duit sikit pun diseleweng begini, duit banyak nanti makin teruk lah jadinya. 😡
.
Bila keluar berita camni, its heart breaking for the rakyat kan? 😔 Kita menyumbang kepada kerajaan tapi begini jadinya. Memanglah bukan semua orang kerajaan macam tu, masalahnya ini yang kantoi. Yang masih bebas di luar sana tu tentu lagi ramai yg buat kerja terkutuk macam ni. 😤
.
Kronisme, projek pass kat adik beradik, pakai proxy, rasuah terima cash (supaya tak boleh trace). Apa bodoh sangat auditor kerajaan tak boleh hidu benda ni selama bertahun-tahun? Harap organisasi luar jabatan (SPRM) jugak yang tangkap. 😡
.
Bab-bab tender kerajaan ni bukan saya tak tau semua wayang jer. 1 individu buka 5 syarikat. Bila submit tender, buat harga lain-lain supaya nampak macam ramai orang submit proposal padahal orangnya sama. Baru nak submit tender, kerani bilis dah mintak percent. Macam mana kerajaan boleh kata Malaysia ni index rasuah rendah? Tak paham aku 😓
.
Tak sedarkah semua tu DUIT HARAM?! Bagi anak-anak & pasangan makan sumber haram. Tak rasa bersalah ke? Buatlah jahat macam mana pun. Dunia mungkin boleh lepas. Akhirat tak lepas boss. Kalau semua orang bertanggungjawab buat kerja benda ni tak jadi. Masalahnya sekarang ada yg tak buat kerja! 👊🏻
.
1MDB (1 Malaysia DiBodohkan) & derma RM2.6 billion tu lagi lah tak yah citer. Anda makan duit haram hasil penganiayaan pihak lain, hidup anda takkan tenang. Kaya kejap je tu. Duit tak berkat memang cepat habis dan takkan pernah cukup. Betul? 😡
.
Manusia tak nampak, tapi TUHAN NAMPAK WOI! What you give, you get back! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah juga.
.
Kita ni kalau boleh nak hidup lama (selagi Tuhan izinkan). Jangan lupa kalau kita buat taik, mak ayah, isteri, suami, anak-anak, cucu, cicit, kawan-kawan semua terpalit sama sampai bila-bila. Ingatlah, hidup ni sementara je boss. Kat "SANA" tu destinasi kita semua akhirnya. Biarlah pengakhiran kita ni semua baik-baik. Mati ni anytime boleh datang. Jangan lupa tuh...
.
Silakan SHARE jika setuju. 👍🏻
.
Bersama membenci & membanteras rasuah tak kira pihak swasta mahupun awam. 💪🏻
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com
.
P/S - Baru 5 hari lepas bayar income tax lebih RM10k. Hujung bulan ni syarikat saya kena bayar GST almost RM25k. Baca kes rasuah ni ingat nak suruh LHDN amik duit dari situ lah. Boleh tak? Dapat kat gomen balik juga kan? 🤔

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2016/10/13-cawangan-bank-pun-tewas-ooo.html#ixzz4MULlV6vd

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Oct 8, 2016 11:27 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lagi 2 loji air ditutup akibat pencemaran bau

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Pengguna di beberapa kawasan Kuala Lumpur, daerah Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan loji rawatan air Langat dan Sungai Cheras Batu 11.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata loji tersebut ditutup akibat pencemaran bau dari Sungai Semantan, Pahang.

"Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' atau melayari www.syabas.com.my dan menghantar alamat premis ke nombor 15300 melalui sistem pesanan ringkas, jika memerlukan bantuan air.

Selasa lalu, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup sekali lagi kerana pencemaran bau di Sungai Semenyih, selepas ia ditutup 3 hari sebelum itu kerana masalah sama.

Susulan itu, beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling mengalami gangguan bekalan air, seperti mana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 September lalu.

Loji itu dibuka semula keesokannya, selepas langkah proaktif diambil pihak berkaitan, termasuk melakukan pembenihan awan untuk mempercepatkan penurunan hujan bagi mengurangkan kesan pencemaran di Sungai Semenyih dan seterusnya membolehkan loji beroperasi semula.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, October 05, 2016 10:54 PM
Subject: Fw: Loji Semenyih ditutup kali keempat

Pencemaran: Loji Semenyih ditutup kali keempat
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
SALMIYAH HARUN

KUALA LUMPUR: Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ke-4 pada jam 10 pagi ini akibat pencemaran bau yang berpunca daripada premis di Sungai Lalang, Semenyih.

Ekoran ini, beberapa daerah dan kawasan akan mengalami gangguan bekalan air iaitu di Daerah Hulu Langat (Bangi, Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rincing), Daerah Kuala Langat (Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbaya dan Teluk Panglima Garang), Daerah Petaling (USJ1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang), dan Daerah Sepang Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Height, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sg Merab).

Menurut Syabas di dalam kenyataannya, mereka telah mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Semenyih akibat daripada sebuah premis yang terletak di Batu 22 1/4 Jalan Sungai Lalang Semenyih.

Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang masing-masing akan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha tersebut.

Menurut Syabas bantuan air kecemasan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Bagaimanapun pengguna di minta mendapatkan maklumat terkini di www.syabas.com.my atau menghantar sms ke alamat premis 15300 untuk mendapatkan bantuan bekalan air kecemasan.

Jumaat 30 September baru-baru ini bekalan air di beberapa kawasan kembali pulih setelah seminggu menghadapi gangguan air, dan hari ini sekali lagi penduduk terpaksa berdepan dengan masalah gangguan air buat kali keempat.

Notis gangguan ini telah menjadi viral di 'group whatapps' dan masing-masing penduduk melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berhadapan masalah ini lagi sekali. - HARAKAHDAILY

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Oct 8, 2016 11:29 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tok Ayah Mat Lundang Paku Meninggal Dunia

siakapkeli.my

KOTA BHARU, 7 Okt: Ulama terkenal, Tok Ayah Mat Lundang Paku atau nama sebenarnya Mamat Awang Noh, 110, meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham meninggal kira-kira jam 4.45 pagi tadi akibat sakit tua selepas tujuh tahun terlantar di atas katil akibat patah peha.

Beliau meninggalkan isteri, Ramlah Abd Majid, 74 tahun dan tidak mempunyai anak.

Allahyarham dikebumikan di Madrasah As-Saadiah Kampung Paya Zaman Lundang Paku jam 9.30 pagi tadi bersebelahan dengan kubur gurunya yang dikenali sebagai Tok Ayah Said.

Allahyarham mempunyai ribuan anak murid dan terkenal dalam bab pengajian ilmu tauhid.

Ketika hayatnya, Allahyarham juga beberapa kali ke Makkah untuk menunaikan haji dan pernah menuntut ilmu dengan ulama terkenal, Tok Kenali, ketika beliau masih muda.

Sumber : BH Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Oct 8, 2016 11:29 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gambar Jamal pak tongkol julang bayi dengan pistol tersisip dipinggang tersebar

bloglist-malaysia.blogspot

MALAYSIA DATELINE

 

'Perang gambar' antara ketua geng baju merah Datuk Jamal Md Yunos dengan penyokong Bersih semakin menjadi-jadi apabila foto tanpa baju ketua Umno bahagian Sungai Besar itu disebarkan di media sosial.

Jamal menjulang seorang bayi dengan pistol tersisip dipinggang.Setelah memuat naik foto mirip menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dengan seorang wanita di tandas di laman facebooknya, foto Jamal yang tidak berbaju dengan pistol tersisip dipinggang dan sedang menjulang seorang bayi disebarkan di internet.

Jamal sebelum ini dibidas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin kerana mengadakan sidang akhbar di dalam tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam setelah mengoyak dan mencampak surat tuntutan permohonan maaf Bersih ke dalam lubang tandas.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal mendakwa badan NGO itu diresapi militan IS @ Daesh.

Jamal di laman facebook miliknya hari ini memuat naik foto dakwaan skandal seks di dalam tandas yang dikaitkan dengan Azmin oleh blog pro-Umno sekitar tahun 2012.

Tindakan itu dibuat bagi menjawab kenyataan Dr Afif bahawa "hanya syaitan yang suka duduk di dalam tandas".

Dr Afif juga dalam sidang media semalam menyifatkan tindakan Jamal sebagai bertentangan dengan budaya Melayu.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie dilapor menyarankan pihak media agar tidak lagi melayan atau memberi liputan kepada Jamal.

Ini kerana Jamal, ujarnya menggunakan gambar fitnah yang sering kali digunakan kepimpinan Umno apabila terdesak.

Dalam perkembangan berkaitan, Maria Chin memfailkan tuntutan samannya terhadap Jamal di mahkamah hari ini.

Saman dikemukakan peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Maria bagaimanapun tidak dapat hadir di mahkamah kerana berada di Kedah menghadiri majlis berkaitan Bersih.

Samseng baju merah terajang penyokong Bersih 5 depan Polis
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
SAMSENG baju merah yang dipimpin oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal (sebut Jamal Jamban) semakin mengganas.

Jika sebelum ini mereka memberi amaran kepada anggota Polis (baca — Samseng baju merah beri amaran kepada Polis), kali ini mereka dengan biadap terajang seorang penyokong Bersih 5 meskipun dengan kehadiran anggota Polis.

Seorang lelaki memakai T shirt Bersih 5, yang menunggang motorsikal kebetulan lalu di tempat kejadian untuk pulang ke rumah diserang oleh kumpulan samseng baju merah, dia disepak hingga terjatuh dari motorsikal. Scroll ke bawah untuk menonton video.

Bukan itu sahaja lelaki itu turut dibaling dengan objek termasuk telur ke arah muka dan badan sambil kumpulan samseng itu menunjukkan isyarat lucah jari tengah terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, dia turut diterajang sekali lagi oleh salah seorang samseng baju merah yang menutup muka dan memakai 'cap' dipercayai untuk menyembunyikan identiti. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Sabak Bernam sebentar tadi.

Malunya aku tengok gelagat machai-machai upahan Umno, baru terima dua tiga puluh ringgit upah (sebut dedak) sanggup jadi beruk buat kacau serang orang tak tentu pasal.

Senangnya jadi pemimpin Umno, rembat berbilion duit rakyat, bagi dedak sikit sorang RM30 kepada machai bawahan, sudah boleh kekalkan jawatan untuk terus merembat lagi.

Nak tipu machai senang je, beritahu mereka cina nak rampas Malaysia nescaya mengaruklah sekalian machai bagai beruk-beruk yang terkena belacan.

Sebuah video lagi di bawah sumber EdisiRakyat.com

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/samseng-baju-merah-terajang-penyokong.html#ixzz4MUNdGv88

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Sat Oct 8, 2016 11:30 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pahit tapi benar, pembangkang perlukan PAS

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Tiada pakatan pembangkang yang akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) tanpa penyertaan PAS, kata penganalisis politik.

Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian bersetuju dengan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang pembangkang perlu mengetepikan politik kaum dan agama.

Tetapi, mereka berkata Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencapai kemenangan jika PAS tidak bersama mereka.

Dalam ucapannya pada Isnin, Zaid mendesak parti pembangkang untuk fokus kepada prinsip asas berbanding penyelesaian "pantas" dan katanya mereka patut mengeluarkan PAS daripada mana-mana pakatan pembangkang.

Sementara itu, Faisal berkata cadangan Zaid itu tidak realistik dalam konteks memenangi pilihan raya umum.

"Untuk menewaskan BN, anda perlu jadi alternatif kepada Umno, yang boleh memenuhi keperluan, dan anda perlu ingat keperluan itu berbeza mengikut tempat," katanya kepada FMT.

Keperluan Melayu

Beliau berkata sebagai contoh keperluan masyarakat Melayu di selatan seperti Johor, berbeza dengan keperluan komuniti Melayu di pantai timur.

"Umno berdepan kepelbagaian dalam susah payahnya. Tidak ada parti boleh cabar dominasinya dalam kawasan Melayu, selain PAS," katanya.

Katanya, cabaran pembangkang ialah membawa PAS kembali dalam pakatan pembangkang sementara mencapai kata sepakat apa yang perlu dibuat untuk maju ke depan, termasuk naratif yang hendak digunakan untuk pengundi Malaysia.

Ibrahim memberi pendapat yang hampir sama dan berkata Zaid perlu ingat yang PAS mungkin mempunyai sokongan besar dan ini bermakna parti pembangkang perlu berkompromi untuk memperbaiki peluang mereka menewaskan BN.

"Meskipun ahli politik perlu menegakkan prinsip, mereka juga perlu memasukkan prinsip itu dengan realiti.

"Kadangkala anda perlu bekerja dengan parti yang tidak setuju sepenuhnya dengan agenda anda tetapi boleh menyediakan kemenangan," katanya kepada FMT.

Zaid berkata gabungan Pakatan Rakyat berpecah kerana ia tidak berdasarkan prinsip yang dikongsi bersama.

Beliau turut memberikan komen terhadap usaha Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan pertembungan 1 lawan 1 dengan BN.

"Idea mendapatkan 1 lawan 1 dilakukan oleh mereka yang mahu jadi perdana menteri.

"Apa yang mereka patut buat ialah merayu undi untuk pertandingan 1 lawan 1 berdasarkan kepada kepercayaan kesaksamaan dalam politik, tidak diskriminasi dan perjanjian untuk mempertahankan maruah semua rakyat Malaysia," katanya.

PKR, Pas masih lagi bekerjasama

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, parti itu akan meneruskan kerjasama dengan Pas, khususnya dalam pentadbiran di Selangor.

Menurut Tian Chua, di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan disebabkan itu kerjasama berkenaan akan tetap diteruskan selepas ini.

"Tidak timbul isu PKR tidak akan jalinkan lagi kerjasama dengan Pas selepas ini memandangkan mereka juga sebahagian daripada kerajaan di Selangor," katanya, semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Tian Chua bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

"Pasal Nasrudin, saya tak nak komen tapi kita memang masih meneruskan kerjasama dengan Pas," katanya.

Dendam DAP Terpercik Ke Muka Sendiri

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

"

Ketika PAS mendakwa dikhianati oleh bekas wakil rakyatnya yang melarikan kerusi dan meminta mereka meletakkan jawatan, pelbagai alasan diberikan oleh mereka yang berseteru dengan PAS. Golongan pro-DAP dan PKR sanggup pula bersekongkol dengan golongan politikus durjana yang akhirnya membentuk PAN.

Begitu juga apabila PAS menegaskan untuk mengambil (bertanding) kembali kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada rakan sekutu Pakatan Rakyat, mereka mendakwa tiada kerusi tradisi bagi satu-satu parti. Tiada istilah kerusi pinjam.

Kini, DAP dan PKR rasa yang PAS pernah alami. Wakil rakyat DAP bagi kerusi Likas, Junz Wong keluar parti. DAP minta beliau agar letak jawatan. Manakala Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukim serta Adun Moyog Terrence Siambun – kedua-duanya daripada PKR mengumumkan keluar parti dalam satu majlis bersama di Kota Kinabalu.

Marah benar DAP dengan pengkhianatan oleh wakil rakyat mereka. Tetapi bukankah dulu, DAP tidak mengganggap pemimpin yang melarikan kerusi PAS sebagai pengkhianat? DAP ketawa dan meraikan pula manusia yang tidak bermaruah itu. Malah akhirnya mereka mengajak pula golongan itu menubuhkan Pakatan Harapan.

Begitu juga apabila DAP dan PKR hendak bertanding semula di Sungai Siput pada PRU14 nanti. Naib Pengerusi DAP Perak menyatakan hasrat untuk bertanding semula di kerusi yang diberi pinjam kepada PSM. Bukankah semasa PAS guna istilah " kerusi pinjam", kamu kata tiada istilah kerusi pinjam. Kena kepada kamu, ada pula istilah kerusi pinjam. Kan haprak tu.

Inilah sebahagian sandiwara politik oleh golongan oportunis. Golongan ini mendakwa dengan seribu hujah bertaraf 'akademik longkang'. Mereka boleh membentang dokumen dengan fakta palsu demi menegakkan benang basah. Mereka megah dengan title professional, pintar berbahas, istilah rahmatan lil 'alamin, CAT (competency, accountability, transparency dan kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz. Rakyat menjadi keliru lantas membantai PAS dari kiri dan kanan.

Kesimpulannya, motif tulisanku ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat wajah-wajah sebenar pelakon opera yang mementaskan politik palsu dan jelek. Saksikanlah.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Zuraida tolak pandangan Zaid Ibrahim nak singkirkan PAS

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin berkata keadaan semasa negara adalah sebab mengapa terdapat keperluan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pucuk pimpinan negara.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada bekas ahli parlimen Datuk Zaid Ibrahim yang mengingatkan pengundi bahawa negara ini tidak akan menjadi lebih baik jika perdana menteri ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan keadaan semasa di Malaysia - pengundi masih tidak diberi kuasa di peringkat politik - kita perlu membawa beliau (Najib) turun terlebih dulu.

"Turunkan dia dan seluruh kerajaan Barisan Nasional," kata Zuraida kepada Malaysiakini.

Ahli parlimen Ampang itu juga menekankan kepentingan pertandingan satu lawan satu, sebagai respons kenyataan Zaid bahawa idea berkenaan kini digunakan oleh indivitu tertentu yang berminat mengintai jawatan perdana menteri.

"Kita perlu memikirkan kepentingan rakyat terlebih dulu (dan) mungkin bercakap tentang perkongsian kuasa sebaik saja kita menang," katanya.

"Untuk itu, kita perlu pertandingan satu lawan satu," tegas beliau.

Tanpa menyebut nama, Zaid berkata kini terdapat seorang lagi calon yang ingin mengintai jawatan perdana menteri dan berjanji membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Pemimpin ini, katanya, akan berperanan untuk merundingkan agihan kerusi kerana PAS menolak untuk berkomunikasi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Anwar mahu HARAPAN, BERSATU berunding dengan PAS

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau setuju supaya rundingan dilakukan antara Pakatan Harapan (HARAPAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi mengukuhkan pembangkang di negara ini.

Malah, beliau berkata, perbincangan bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini juga menjurus kepada peningkatan usaha kerjasama antara BERSATU dan HARAPAN.

"Ya, ya kita setuju ada rundingan dengan PAS.

"Saya alu-alukan kehadiran dia (Muhyiddin) dan kita akan tingkatkan kerjasama dan kita minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengan dia untuk adakan kerjasama.

"Kita bincang usaha tingkatkan kerjasama bersama Pakatan Harapan dan BERSATU dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, ketika ditanya sama ada PAS akan dimasukkan dalam 'pakatan pembangkang baru' berkenaan, Anwar berkata rundingan perlu dilakukan terlebih dahulu.

"Runding dulu kemudian kita tengok persetujuan bersama," katanya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Oct 8, 2016 11:30 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Salleh (Brothers) Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Anggota kumpulan nasyid Brothers iaitu Mohd Salleh Mohamed Deril, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 3.25 petang Khamis, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Ahli kumpulan Raihan iaitu Zulfadhli atau Ah Fad, berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat darah tinggi dan serangan jantung selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak Ahad lalu.

"Dia mengalami darah tinggi dan sakit jantung sudah lama dan pada Ahad lalu arwah dimasukkan ke Hospital Klang kemudian semalam (Rabu) dia dipindahkan ke PPUM kerana keadaannya semakin kritikal dan koma.

"Saya tidak berkesempatan berjumpa dan hanya dapat berbual dengan Allahyarham di telefon sahaja ketika dia di Hospital Klang," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Tambahnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Isyak di kampung halamannya di Kampung Seri Tiram Jeram, Kuala Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Selain Salleh, Brothers yang terkenal sebagai kumpulan nasyid kontemporari, turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Oct 8, 2016 11:30 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mereka cuba nafikan usaha Arwah Prof Ahmad Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"Assalamualaikum,
Kenyataan akhbar Khalid RUU 355 sebagai menggugat perpaduan kerana tidak mengikuti perlembagaan bukan sahaja janggal tetapi merupakan satu percubaan menafikan usaha yang telah dibuat oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim, seorang pakar perundangan sivil yang juga memiliki pengetahuan luas tentang undang undang Islam serta mempunyai wawasan besar agar satu hari perundangan Islam dapat dilaksanakan dalam negara.

Arwah disifatkan oleh Tun Mahathir sebagai anak melayu paling cerdik sudah memikirkan bagaimana jalan yang perlu dibuat untuk membolehkan perundangan Islam akhirnya dapat terlaksana tanpa perlu menggugat perlembagaan negara yang pada masa itu merupakan halangan utama kepada perlaksanaan undang undang Islam.Maka dengan usaha yang dimulai oleh Arwah Prof Ahmad Ibrahim, terjadinya RUU pindaan 355 hari ini, siapakah kata RUU 355 bukan Hudud? Dan kenapa ada lagi orang orang bebal mahu mengatakan RUU 355 bertentangan dengan perlembagaan?

Arwah Prof Ibrahim pernah berkata untuk melaksanakan perundangan Islam, satu fasa mesti dimasukkan dalam perlembagaan persekutuan untuk menyatakan setiap undang undang yang nak dijalankan mesti tidak bertentangan dengan Islam.Saranan arwah ini dilakukan ketika kerajaan dikuasai oleh orang orang Islam di mana 2/3 ahli parlimen adalah Islam tetapi malangnya tiada yang berminat dengan saranan arwah.

Kerana tiadanya minat ahli parlimen ketika itu dan ketika nergara tidak mempunyai apa apa undang undang Islam, maka arwah yang diberi tugas oleh kerajaan untuk memikirkan satu alternatif kepada perundangan Islam maka akhirnya dengan usaha dan idea arwah, satu kaedah undang undang syariah diperkenalkan dalam negara dengan autonomi diberikan kepada negeri negeri untuk menggubal dan menguatkuasakan undang undnag syariah mereka sendiri walaupun sebenarnya undang undang syariah itu tidak langsung syariah tetapi kerana undang undang itu diterima oleh kerajaan yang dikuasai oleh orang Islam maka undang undang itu tetap dibuat oleh arwah dengan harapan satu hari nanti akan ada pihak yang akan mengubahnya kepada syariah yang sebenar.Seiring dengan terlaksananya undang undang syariah di setiap negeri, maka terbentuknya mahkamah syariah yang berfungsi membicarakan kes kes syariah di setiap negeri dan mahkamah syariah diberi kuasa untuk menghukum oleh persekutuan atau parlimen.

Maka tertulis akta 355 sebagai akta yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah tetapi kuasanya terhad kepada denda dan hukuman penjara yang terlalu kecil malah kuasa ini jauh lebih rendah dari mahkamah majistret yang membicarakan kes kes sivil.Walaupun akta ini pernah dubah untuk mengujudkan mahkamah tinggi syariah tetapi kuasanya tetap terhad.

Di sinilah jawabnya kenapa RUU pindaan dibawa ke parlimen hari ini untuk mengubah kuasa kuasa mahkamah syariah menurut hukum hukum yang terdapat dalam Hudud kecuali hukuman rejam dan bunuh(saya tidak berminat memperkatakan tentang hukuman ini buat masa sekarang dan ingin melihat dulu respon yang ada).ini juga bermakna RUU 355 sebenarnya Hudud, kerana kalau mahkamah syariah diberi kuasa untuk merotan pesalah penzina dengan 100 rotan, maka itu adalah Hudud.

Satu perkara yang perlu difahami ialah kalau RUU 355 lulus, enakment berkaitan Hudud mesti dilulusakan di DUN negeri masing masing bagi membolehkan Hudud dilaksana, secara jelasnya Kelantan dan Terengganu sudahpun mewartakan enakment ini dan akan dengan mudah dapat melaksanakan Hudud kalau RUU 355 ini lulus dan dikuatkuasakan.Bagi negri negeri lain terpulang kepada kerajaan yang dipilih rakyat samaada nak luluskan enakment Hudud atau tidak dan secara automatiknya, terpulang kepada rakyat nak pilih kerajaan yang nak wartakan Hudud atau tidak.

Selain dari ini, pindaan dan pewartaan enakment Hudud tidak langsung melibatkan perlembagaan kerana seharusnya kita faham masalah perlembagaan sudah lama diselesaikan oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim yang pernah berucap dipersidangan antarabangsa yang katannya antara lain berbunyi "saya percaya satu hari nanti anda semua akan kembali kepada undang undang Islam", itu ucapan arwah Prof dihadapan ratusan pendengar yang terdiri dari orang kafir, arwah tidak berkata kepada orang Islam tetapi hari ini ada segelintir orang Islam di negaranya sendiri cuba menafikan usahanya.

Alangkah sedihnya kita...............

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

PAN Mengesahkan Lagi Mereka 'Talibarut' DAP

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Kenyataan akhbar Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad, di dalam Berita Harian yang menolak usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali dengan Akta 355, mengesahkan lagi peranan parti itu sebagai 'tali barut' DAP.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menilai alasan-alasan yang diberikan, yang kesemuanya dangkal semata-mata hanya untuk memuaskan hati 'tuan' politik mereka.

Pakar-pakar perundangan telah menjelaskan dengan panjang lebar, bahawa usul meminda Akta 355 tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, malah memperkukuhkan semangat federalisme kerana memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri.

PPP melihat Pengarah Komunikasi PAN tersebut hanya mereka-reka alasan dengan menyatakan pindaan itu akan menggugat perpaduan negara kerana dikatakan tidak selari dengan perlembagaan.

Selain daripada itu, alasan yang dikemukakan beliau bahawa pindaan itu hanya akan memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan hukum Taazir sebagai cadangan yang kurang bijak, secara jelas menunjukkan beliaulah yang jahil tentang ruh Perundangan Syariah.

Biarkan Hukum Taazir adalah hukuman yang ditentukan oleh pemerintah, tetapi penggubalan undang-undang berkaitan Hukum Taazir tidak terlepas daripada ruh Perundangan Syariah dan peranan fatwa.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal juga apabila beliau memfokuskan usaha untuk mengangkat Mahkamah Syariah hanya dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran Mahkamah Syariah, dan pada masa yang sama menolak cadangan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

Usaha meningkatkan kecekapan itu adalah selari dengan cadangan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah, malah PPP dimaklumkan perkara yang berkaitan dengan kecekapan itu telahpun dan sedang diusahakan oleh JAKIM sejak empat tahun lalu.

Jelas sekali, PAN sedang mencari seribu alasan untuk menolak usaha meminda Akta 355 ke arah memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Ketika seluruh umat Islam di negara ini mengalu-alukan usul tersebut yang turut disokong oleh para mufti, amatlah menjengkelkan bila PAN pula yang menolakkan.

Tindakan mereka menolak usaha memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah akan dilihat oleh generasi sepanjang zaman sebagai 'talibarut' kepada pihak-pihak yang anti Perundangan Syariah.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
6 Oktober 2016
5 Muharram 1438

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Oct 8, 2016 11:30 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kisah Rumah RMH Dan Ibu Tunggal, Kerja Berat 7 Hari Seminggu Demi Pastikan Rawatan Tulang Belakang Dan Persekolahan 4 Anak Terjaga
siakapkeli.my

Menjadi ibu tunggal adalah satu keadaan yang cukup mencabar sebenarnya bagi wanita di mana merekalah ayah dan mereka jugalah ibu.

Segala tanggungjawab dipikul demi memastikan yang terbaik untuk anak-anak, jadi tidak hairanlah kenapa ibu tunggal dianggap sebagai wanita berhati waja dan tabah.

Kisah yang bakal dikongsikan ini, menyerlahkan lagi kisah hebat seorang ibu tunggal yang menjaga 4 orang anak yang masih bersekolah dan pada masa yang sama memastikan rawatan kepada anak-anaknya yang menghidapi sakit tulang belakang.

Kisah mereka ini agak menyedihkan seperti diceritakan oleh Encik Iskandar Syah Ismail, apabila si ibu terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur daripada Johor untuk mendapat rawatan di mana dia terpaksa membawa kesemua anak-anaknya.

Namun, nasib mereka sedikit terbela dan bebannya apabila datang ke Kuala Lumpur sedikit ringan dengan wujudnya sebuah rumah kebajikan yang ramai orang tak tahu kewujudannya iaitu Rumah Ronald McDonald.

Jom kita baca kisah ini.

Puan Azian Ali berkongsi cerita. Saya mengesat air mata ketika menulisnya semula untuk bacaan tuan dan puan.

Ada seorang ibu tunggal yang baru sahaja diberikan kemudahan untuk tinggal di Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Pusat Perubatan UKM (PPUKM).

Ibu yang cekal ini sudah lama berulang-alik dari Johor ke PPUKM, dengan membawa empat orang anaknya untuk mengubati penyakit Spinal - tulang belakang bengkok.

Kesemua anaknya itu masih bersekolah. Anak yang paling tua sedang belajar di sekolah menengah.

Walaupun diuji kesusahan dan penyakit, anak-anaknya cerdas dalam pelajaran. Tulisan mereka kemas sekali sedangkan ibu mereka tidak pandai menulis.

Ibu tunggal ini bukan seorang warganegara namun suaminya seorang rakyat Malaysia yang sudah pun meninggal dunia.

Sebab itu mungkin beliau sukar memperoleh sebarang bantuan walaupun beliau mempunyai MyKad berwarna merah.

Ibu tabah ini, cekal bekerja tujuh hari seminggu demi memastikan anak-anaknya dapat terus bersekolah, dan pada masa yang sama mendapat rawatan yang terbaik di hospital ini.

Pada waktu pagi, si ibu bekerja di kantin sekolah.

Sebelah petang sampai ke malam pula, akan beliau bekerja di pasar malam dengan majikan yang berlainan, sebagai tukang masak ataupun sebagai pembantu.

Bagi mendapatkan rawatan untuk anak-anaknya, mereka menaiki kereta api KTM dari Johor ke Kuala Lumpur semata-mata untuk berjimat duit.

Tiket bas terlalu mahal untuk mereka berlima. Tidak dapat dibayangkan anak-anaknya dengan masalah tulang belakang mereka, mampu duduk dengan selesa dalam kereta api di sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.

Sebelum mereka mendapat kemudahan menginap di Rumah McDonald, apabila tiba sahaja di sini, mereka akan mencari hotel-hotel bajet yg berhampiran hospital.

Bayangkan seorang ibu dan empat anak tidur berhimpit-himpit di atas sebuah katil di bilik hotel dengan kos RM150 semalam sementara menunggu pagi hari untuk pergi ke hospital.

RM150 itu pula datang daripada hasil penat lelahnya bekerja siang malam 7 hari seminggu. Demi mencari penawar keempat-empat anak-anaknya yang menderita.

Apabila selesai mendaftar masuk di Rumah McDonald (RMH), seperti biasa petugas RMH akan memberikan sedikit taklimat orientasi kepada penghuni baru rumah ini.

Mereka akan menerangkan peraturan dan kemudahan-kemudahan yang ada di RMH.

Ketika petugas RMH menceritakan tentang kemudahan dapur di RMH yang turut menyediakan bekalan beras dan minyak masak bagi membolehkan ibu memasak untuk anak-anak, tiba-tiba si ibu berkata,

"Inilah khabar yang saya tunggu-tunggu untuk dengar. Tadi jururawat di wad ada beritahu saya yang di sini ada beras dan saya boleh memasak!"

Jelas kelihatan perasaan lega pada wajah ibu kepada 4 beranak yang cekal ini!

Dan tahukah kalian, berapakah caj bilik untuk semalam di Rumah McDonald?

RM5 sahaja untuk semalam! Ronald McDonald House – PPUKM

- Siakapkeli.my

SK: Kalau nak tahu, ke rumah inilah wang yang anda masukkan di dalam tabung merah di kuanter mcdonald disalurkan.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: